Bab 5: Rumpun Bahasa Austronesia
BAB 5: RUMPUN BAHASA AUSTRONESIA
Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat: a) b) c) d)
Membezakan di antara keluarga dan rumpun Membincangkan ciri-ciri bahasa Austronesia Membanding persamaan bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa nusantara lain Membanding persamaan bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa Austronesia lain
5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 5.6 5.7 5.8 5.9 5.10
Pengenalan Filum Austrik Rumpun Austroasia Rumpun Austronesia Keluarga Nusantara Bahasa Melayu dan Bahasa Nusantara Lain Bahasa Melayu dan Bahasa Polinesia Bahasa Melayu dan Bahasa Melanesia Bahasa Melayu dan Bahasa Mikronesia Rumusan
Perkataan Penting Ringkasan Rujukan
1
Bab 5: Rumpun Bahasa Austronesia
5.1 PENGENALAN
Kebanyakan bahasa-bahasa dunia mempunyai pertalian kekeluargaan sama ada pertalian jauh atau pertalian dekat. Sesuatu bahasa yang memiliki lebih banyak ciri-ciri yang sama antara mereka akan menganggotai satu kelompok. Walau pun terdapat berbagai-bagai cara mengkategorikan bahasa-bahasa dunia, secara umum bahasa dikelompokan berdasarkan usianya seperti berikut:
Filum bermaksud kelompok bahasa induk yang paling tua usian ya, iaitu 5000 tahun ke atas. Rumpun pula bermaksud kelompok bahasa yang berusia 2500-5000 tahun. Keluarga bermaksud kelompok bahasa berusia kurang dari 2500 tahun. Bahasa-bahasa yang dikelompok dalam sesuatu keluarga kemudiannya dipecahkan kepada Subkeluarga
5.2 FILUM AUSTRIK
Lihat Rajah 5.1. Filum Austris terbahagi kepada TIGA Rumpun: iaitu rumpun Austronesia, rumpun Tibet-China dan rumpun Austroasia. Perkataan Austrik berasal daripada perkataan Latin, austro yang bermakna “selatan”. Filum Austrik merangkumi beribu jenis bahasa yang ditutur di seluruh benua Asia dan terbahagi kepada TIGA rumpun.
Rumpun Austroasia terdiri daripada bahasa Khasi di Annam, Nicobar, Mon, Khmer, dan Munda. Rumpun Cina-Tibet terdiri daripada bahasa Cina, Tibet, Burma, Siam, Annam, dan lain-lain. Rumpun Austronesia (dahulu dikenali sebagai Malayo-Polinesia) terdiri daripada EMPAT keluarga bahasa: Nusantara, Polinesia, Melanesia, dan Mikronesia
Pembahagian rumpun kepada beberapa keluarga juga dipengaruhi oleh ciri-ciri persamaan dan perbezaan. Sejumlah bahasa yang mempunyai ciri-ciri persamaan yang banyak, dan nampak jelas membezakan kesemuanya dari sejumlah bahasa yang lain digolongkan menjadi satu dan dinamakan keluarga bahasa. Begitu juga halnya pembahagian keluarga kepada beberapa sub-keluarga.
2
Bab 5: Rumpun Bahasa Austronesia
5.3 RUMPUN AUSTROASIA
Rumpun bahasa Austro-Asiatik yang bermaksud “Asia Selatan” adalah sebuah rumpun bahasa-bahasa yang dipertuturkan di Asia Tenggara dan Asia Selatann (Lihat Rajah 5.1). Di antara bahasa-bahasa yang termasuk rumpun bahasa ini, hanya bahasa Vietnam, bahasa Khmer, dan bahasa Mon yang mempunyai catatan sejarah yang panjang, dan bahasa Vietnam dan bahasa Khmer yang dianggap sebagai bahasa rasmi (masing-masing di Vietnam dan Kemboja), sementara bahasa Santali dan bahasa Khasi masing-masing dijadikan bahasa rasmi di utara India. Bahasa lain dari rumpun ini dituturkan oleh sekelompok kecil masyarakat.
Rajah 5.1 Taburan Rumpun Bahasa Austroasia
Rumpun bahasa Austroasia tersebar secara terpisah-pisah di India, Bangladesh, dan Asia Tenggara. Ia dipisahkan oleh daerah di mana bahasa-bahasa lain dituturkan. Secara luas dipercayai bahwa rumpun bahasa Austroasia merupakan bahasa asli daerah di Asia Tenggara dan bahagian timur benua India. Rumpun bahasa lain di kawasan tersebut termasuklah IndoEropah, Tai-Kadai, Dravida, dan Sino-Tibet. Ia lantaran hasil dari proses migrasi manusia. (Sebagai contoh, terdapat kata-kata bahasa Austroasia pada rumpun bahasa Tibeto-Burma di Nepal timur). Beberapa ahli bahasa telah cuba membuktikan baahwa rumpun Austroasia mempunyai pertalian dengan rumpun bahasa Austronesia. Rumpun bahasa ini dipecahkan kepada dua cabang iaitu cabang Mon-Khmer dan Munda di India. Cabang Mon-Khmer ada dua bahasa yang penting iaitu bahasa Khmer yang dipertuturkan oleh kurang lebih 10 juta penduduk di Kemboja dan bahasa Vietnam yang dipertuturkan oleh kurang lebih 80 juta penduduk di Vietnam. Selain itu bahasa Mon juga dituturkan oleh sekelompk kecil etnik Mon di Myanmar di sempadan Thailand dan bahasa
3
Bab 5: Rumpun Bahasa Austronesia
Khmer dipertuturkan di utara Laos (bersempadan dengan Myanmar). Bahasa yang dituturkan oleh orang Negrito d Semenanung Malaysia juga merupakan cabang bahasa Mon-Khmer. Di India bahasa Mundari dan bahasa Santali adalah bahasa Austroasia yang telah dipengaruhi oleh bahasa Indo-Eropah. Penutur asli bahasa Mundari adalah dari kelompok yang telah tersebar luas di India utara. Di kepulauan Nicobar pula dipertuturkan bahasa-bahasa Austro-Asiatik. Penduduk asli kepulauan Nicobar dan Andaman adalah suku bangsa Negrito yang masih mempunyai pertalian dengan orang asli di Malaysia dan penduduk Papua. Sebagai kesimpulannya rumpun bahasa Austroasia boleh dikategorikan seperti berikut:
Bahasa Munda Bahasa Mundari Bahasa Santali Bahasa Mon-Khmer bahasa Mon bahasa Vietnam bahasa Khmu bahasa Asli
Tulisan bahasa Mon (Burma)
5.4 RUMPUN AUSTRONESIA
Dalam bab ini, kita akan bertumpu kepada rumpun Austronesia yang pertama kali digunakan oleh sarjana lingustik bandingan, Wilhelm Schmidt pada abad ke-19. Beliau banyak meneliti bahasa-bahasa dalam rumpun dan bahasa yang terdapat di tanah darat Asia. Istilah Austronesia terhasil daripada kata bahasa Latin, iaitu “austro” yang bermaksud “selatan” dan 4
Bab 5: Rumpun Bahasa Austronesia
kata bahasa Yunani “nesos” yang bermaksud “pulau”. Oleh itu rumpun Austronesia membawa maksud “bahasa-bahasa di pulau- pulau selatan”. Sebelum wujudnya istilah Austronesia, istilah yang digunakan ialah “Melayu-Polinesia”. Kesamaan bahasa yang sama atau hampir sama di kawasan sekitar telah menyebabkan Wilhelm membuat kesimpulan bahawa bahasa-bahasa itu berasal daripada sumber yang sama, tetapi perkaitan kekeluargaan itu berlaku di dalam satu tempoh masa yang lama, yakni 5000 tahun ke atas.
FILUM
AUSTRIK
AUSTRONESIA
TIBET-CINA
AUSTROASIA
RUMPUN SUBKELUARGA NUSANTARA KELUARGA
Melanesia
Bali-Sasak
Filipina
Jawa
Kalimantan
Sumatera
Mikronesia Polinesia
Melayu
Batak
Minangkabau
Aceh
Lampong
Nias
Rajah 5.2: Salasilah Bahasa Melayu 5
Bab 5: Rumpun Bahasa Austronesia
Terdapat sesetengah pakar bahasa yang membahagikan rumpun Austronesia kepada rumpun Austronesia Barat dan rumpun Austonesia Timur . Sesetengah pengkaji menamakan rumpun Austronesia Barat sebagai bahasa Hesperanesia manakala rum pun Aus trone sia Timur sebagai bahasa-bahasa Oceanasia. Bahasa-bahasa Austronesia tersebar ke bahagian pesisir pantai timur (Lautan Pasifik), pantai barat (Lautan Hindi) dan selatan Asia (kawasan Nusantara). Juga termasuk Madagaskar, Indonesia, Filipina, Formosa, dan kelompok pulau Melanesia, Mikronesia dan Polinesia di Pasifik. Seperti dinyatakan tadi, rumpun Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibe t-China (Nik Safiah Karim, 1999). Lihat 5.3. Rumpun Bahasa Austronesia terdiri daripada beberapa bahasa yang tersebar yang meliputi gugusan kepulauan Asia Tenggara dan Lautan Pasifik. Beberapa bahasa ini juga dituturkan di Tanah Besar Asia. Rumpun bahasa Austronesia tersebar luas dari Taiwan dan Hawaii hingga ke New Zealand di wilayah (Aotearoa) dan dari Madagascar sehinggalah ke Pulau Easter (Rapanui).
Rajah 5.2 Peta Gugusan negara Rumpun Austronesia
Walau bagaimanapun, bahasa Austronesia utama mempunyai penutur yang ramai. Sesetengah bahasa Austronesia merupakan bahasa rasmi di beberapa buah negara. Otto Dempwolff, seorang sarjana Jerman, merupakan ahli bahasa pertama yang menyelidik bahasa-bahasa Austronesian dengan mendalam menggunakan kaedah bandingan (comparative method ). Para pakar bahasa pula tidak sepakat tentang keluarga bahasa manakah yang mempunyai bahasa yang terbanyak. Walau bagaimanapun, rumpun bahasa Austronesia mempunyai 1,268 bahasa (berdasarkan Ethnologue), yakni lebih kurang satu perlima daripada jumlah keseluruhan bahasa yang diketahui di dunia. Rumpun Austronesia terbahagi kepada EMPAT keluarga bahasa; iaitu Nusantara, Melanesia, Mikronesia dan Polinesia (Lihat Rajah 5.2).
6
Bab 5: Rumpun Bahasa Austronesia
5.5 KELUARGA NUSANTARA
Dalam keluarga bahasa Nusantara terdapat kira-kira 200 hingga 300 bahasa. Namun begitu, bahasa-bahasa tersebut dikelaskan kepada subkeluarga tertentu seperti subkeluarga:
Filipina
Sumatera
Jawa Kalimantan Bali-Sasak Muna Butung Gorontalo Tomini Loinang Bunku-Laki Sulawesi selatan Bima- Sumba Ambon-Timul Sula-Bacon, dan Halmahera selatan-Irian Jaya.
Bahasa Melayu tergolong ke dalam kumpulan bahasa Sumatera. Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Pemerincian subkeluarga kepada unit yang lebih kecil boleh berlaku dan dipanggil sebagai subkelompok . Keterangan lanjut berdasarkan subkelompok ini boleh dilihat berdasarkan nama bahasa dan tempat tertentu. Sebagai contohnya, bahasa Melayu dan bahasa Miningkabau termasuk di dalam kumpulan yang sama. Perkataan „Nusantara‟ berasal daripada dua perkataan bahasa Jawa kuno, iaitu “nusa” yang bermaksud “pulau” dan “antara” yang bermaksud “lain”. Istilah Nusantara merujuk kepada lingkungan pengaruh kebudayaan dan linguistik orang Melayu yang merangkumi Kepulauan Indonesia, Malaysia, Singapura, bahagian paling Selatan Thailand, Filipina, Brunei, Timor Timur, dan mungkin juga Taiwan. Istilah ini digunakan untuk menunjukkan persamaan antara bahasa-bahasa di pulauan Polinesia, yakni bahasa bahasa yang meliputi bahasa Fiji, Maori, Hawaii dan bahasa Melayu. Istilah Polinesia yang dicipta oleh William Marsden juga menunjukkan hal yang sama. Istilah padanan untuk Nusantara dalam bahasa Melayu ialah “Alam Melayu” dan dalam ba ha sa Indo ne si a ia la h “N us an ta ra” , wa lau pa un is ti lah in i ki ni juga digunakan secara meluas di Malaysia. Bagi memastikan kebenaran fakta-fakta ini, kita perlu meruj uk k epa da pen yel idikan yang kebanyakannya dilakukan oleh para pengkaji yang datang dari Barat. Antara pengkaji dan hasil-hasil penyelidikan para pengkaji tersebut adalah seperti 7
Bab 5: Rumpun Bahasa Austronesia
William Marsden (1754-1836M) iaitu seorang yang banyak mengkaji bahasa di Asia Tenggara khususnya bahasa-bahasa di Sumateras seperti bahasa Melayu, Batak d a n l a i n - l a i n . K a j i a n i n i d i b u a t s e m a s a b e l i a u t i n g g a l d i Bengkulu dan selepas beliau pulang ke negara asalnya. Antara hasil karya tulisannya ialah A H i s t o r y o f S u m a t e r a ( 1 7 8 3 ) d a n A D i c t i o n ar y o f t h e M a l a y a n L a ng u a g e ( 1 81 2 ) . Beliau telah membuat rumusan dengan mengatakan bahawa bahasa Melayu dan bah as a Po lin esi a ad ala h serumpun. Lihat Rajah 5.1. Keluarga Nusantara terdiri daripada subkeluarga Bali-Sasak (seperti Bali, Sasak, Sumbawa), Filipina (seperti bahasa Tagalog, Bikol, Sulu), Jawa (seperti Sunda, Jawa, Madura), Kalimantan (seperti Iban, Melanau) dan Sumatera. Bahasa Melayu termasuk dalam Subkeluarga Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut. Bentuk Bahasa Melayu yang dituturkan di Kepulauan Melayu pada zaman dahulu dikenali sebagai bahasa Melayu kuno dan jauh berbeza dengan bahasa Melayu yang moden. Bentuk bahasa Melayu kuno hanya dapat dilihat melalui kesan tinggalan sejarah seperti batu-batu bersurat. Batu-batu bersurat yang menggunakan bahasa Melayu dipercayai ditulis bermula pada akhir abad ke-7. Seperti yang telah kita pelajari dalam Bab 1, terdapat beberapa bukti yang menunjukkan perkembangan bahasa Melayu Kuno. Dengan memahami tentang penyebaran bahasa, kita dapat mengkaji tentang rumpun Austronesia. Rumpun Austronesia bermula dengan bahasa-bahasa yang kawasan penyebarannya dari Formosa ke New Zealand, dan dari Madagaskar ke Perpulauan Easter, dan justeru itu digolongkan di dalam satu rumpun. Jumlah bahasa yang terdapat di dalam rumpun ini tidak pula dapat dipastikan. Di Indonesia, terdapat lebih kurang 400 bahasa, di Filipina terdapat 250 bahasa dan di Malaysia pula terdapat lebih kurang 50 bahasa. Keseluruhan bahasa yang terdapat di dalam rumpun ini mungkin mencecah ribuan.
5.6 BAHASA MELAYU DAN BAHASA NUSATARA LAIN
Perlu di fahami bahawa rumpun Austronesia adalah berdasarkan ciri-ciri persamaan antara satu sama lain. Terdapat juga perbezaan yang ketara antara rumpun tersebut. Perbezaan inilah yang menjadi asas kepada pembahagian keluarga tersebut. Perbezaan tersebut dapat kita lihat dari aspek sistem bunyi, pembentukan kata dan ayat, dan perbendaharaan kata. Mari kita lihat tentang komponen rumpun tersebut. A) BAHASA ACEH
Bahasa Aceh merupakan sebuah bahasa yang dituturkan oleh suku Aceh yang terdapat di wilayah pesisir Indonesia, sebahagian pedalaman dan sebahagian pula di kepulauan Aceh. Bahasa-bahasa yang memiliki keakraban yang rapat dengan bahasa Aceh adalah bahasa 8
Bab 5: Rumpun Bahasa Austronesia
Cham, Roglai, Jarai dan Rade. Bahasa-bahasa lain yang turut mempunyai pertalian dengan bahasa Aceh adalah bahasa Melayu dan bahasa Minangkabau. Contoh
Tapajôh mi Acèh jak! Makan mi Aceh ya! Jak! Pat tapajôh? Ya! Di mana kita makan? Pat nyan? Na mangat? Di mana tu? Enak kah? Padum sikilo Bang? Berapa sekilo Bang? Siplôh ribèë Dék. Sepuluh ribu Dik. Meuh„ay that lagoë! Mahal sekali tu! Nyan cit ka dumnan Dék. Memang sudah begitu Dik.
B) BAHASA SUNDA
Sekiranya kita melihat bahasa Sunda, ia telah digunakan oleh lebih kurang 34 juta orang dan merupakan bahasa kedua paling banyak digunakan di Indonesia selepas Bahasa Jawa. Bahasa ini ditutur oleh mereka di bahagian selatan Provinsi Banten, Jakarta dan di kebanyakan tempat di Jawa Barat. Terdapat beberapa dialek dalam bahasa Sunda, bermula dengan dialek Sunda-Banten sehinggalah dialek Sunda-Jawa Tengahan yang mulai bercampur dengan bahasa Jawa. Terdapat beberapa dialek yang sering dipertuturkan iaitu:
Dialek Barat Dialek Utara Dialek Selatan Dialek Tengah Timur Dialek Timur Laut Dialek Tenggara
9
Bab 5: Rumpun Bahasa Austronesia
Contoh Bilangan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Sebutan hiji dua tilu opat lima genep tujuh dalapan salapan sa-puluh
C) BAHASA TAGALOG Tagalog ialah salah satu bahasa terpenting di Republik Filipina. Bahasa ini tergolong dalam kumpulan bahasa Austronesia dan mempunyai hubungan dengan bahasa Indonesia dan bahasa Melayu. Tagalog berasal dari sebuah bahasa Filipina Tengah. Ia mempunyai hubungan rapat dengan bahasa yang dipertutur di kawasan Bicol dan Visayas (cuba kenalpasti kedudukan kawasan ini). Bahasa-bahasa yang telah membuat sumbangan penting dalam pembangunan perbendaharaan kata bahasa Tagalog termasuklah bahasa Sepanyol, Inggeris, Hokkien, Melayu, Arab dan bahasa-bahasa tempatan yang lain. Contoh Tagalog masakit basa malambot malagkit kanan tulong lima mura mahal kalapati sayang tanghalì dalamhatì luwalhatì saráp pinto
Melayu sakit basah, baca lembut melekit kanan tolong lima murah mahal merpati sayang tengah hari dalam + hati luar + hati sedap pintu
10
Bab 5: Rumpun Bahasa Austronesia
D) BAHASA DAYAK Bahasa Dayak , adalah bahasa yang diucapkan oleh suku-suku Dayak , dan terdiri dari 7 kelompok bahasa. Pemakai bahasa Dayak, tersebar di seluruh Kalimantan, Malaysia hingga ke kepulauan Sulu Filipina. Bahasa Dayak dapat dikelompokkan seperti berikut: Kelompok Bahasa Dayak Darat
Kelompok Bahasa Borneo Utara Kelompok Bahasa Sulawesi Kelompok Bahasa Melayik Borneo Barat Kelompok Bahasa Barito Barat Kelompok Bahasa Barito Timur Kelompok Bahasa Melayik Borneo Timur
E) BAHASA BIDAYUH Bahasa Bidayuh merupakan salah satu cabang bahasa Austronesia di Borneo Barat. Bahasa ini tersebar daru hujung barat Sarawak di sebelah utaranya hinggalah ke daerah utara di Kalimantan Barat, iaitu sekitar Sungai Pawan. Di bahagian timur, kawasan bersempadan dengan Sungai Sekadau juga termasuk di dalam varian ini. Bahasa Bidayu mempunyai bilangan penutur yang ramai dan sebahagian besar daripadanya tersebar di wilayah Kalimantan barat, Indonesia. Dari segi terminologinya, penutur bahasa Bidayuhik biasanya digelar sebagai Land Dayak (Dayak Darat). Istilah ini telah muncul pada abad ke-19 dalam tulisan mubaligh dan penulis Barat. Istilah inilah yang membezakan suku ini daripada suku Sea Dayak (Dayak Laut), yakni suku Iban yang dikatakan sering menyerang kapal di di perairan Sarawak. Walaupun pada masa kini, Sea Dayak tidak digunakan lagi untuk merujuk kepada suku Iban, namun istilah Land Dayak tetap digunakan sebagai etnonim untuk penutur subcabang bahasa Austronesia ini yang dikenal sebagai cabang Bidayuh.
5.7 BAHASA MELAYU DENGAN BAHASA POLINESIA
Keluarga Polinesia meliputi bahasa-bahasa yang digunakan di Hawaii, Fiji, New Zealand, Haiti dan Tonga. Antara bahasa-bahasa keluarga Polinesia yang digunakan dengan meluas ialah bahasa Hawaii, bahasa Tonga, bahasa Maori, bahasa Haiti dan bahasa Samoa. A) BAHASA HAWAII
Bahasa Hawaii mengambil namanya daripada Hawaii yak ni pulau yang terbesar di kepulauan Pasifik Utara. Bahasa Hawaii merupakan ahli daripada rumpun bahasa Austronesia dan ia juga berkaitan rapat dengan bahasa Polinesia yang lain (misalnya Marquesan, Tahiti, Maori, Rapa Nui dan pertalian yang lebih jauh seperti Bahasa
Penduduk Asal Hawaii 11
Bab 5: Rumpun Bahasa Austronesia
Melayu, Indonesia, Malagasi, dan Bahasa asli Filipina (misalnya, Pangasinan, Tagalog, Ilokano, Visayan).
Contoh Bahasa Hawaii dan Bahasa Melayu
Hawaii kahi lua kolu hā lima ono hiku walu iwa hulu niho make maka lepo lau
Melayu satu dua tiga empat lima enam tujuh lapan sembilan sepuluh gigi mati mata kotor daun
Bahasa Hawaii, bersama dengan bahasa Inggeris, adalah bahasa rasmi bagi negeri Hawaii, Amerika Syarikat. Raja Kamehameha III menubuhkan Bahasa Hawaii pertama perlembagaan pada tahun 1839 dan 1840. Kerana berbagai alasan, jumlah penutur asli Hawaii berkurang secara berperingkat sejak tahun 1830. Pada tahun 2000, jumlah penutur asli di Hawaii di bawah 0,1% daripada jumlah penduduk dan ahli Bahasa bimbang tentang masa depan bahasa Hawaii. B) BAHASA TONGA Tonga terletak di sebelah selatan Samoa dan timur Fiji. Negara ini terdiri dari 176 pulau. Bahasa Tonga adalah bahasa masyarakat Tonga yang termasuk dalam rumpun Austronesia. Bahasa ini dituturkan oleh lebih kurang 100 ribu penutur.
12
Bab 5: Rumpun Bahasa Austronesia
Contoh
Bahasa Tonga afi
aka au efu fakakaukau fale
fua fulufulu hā
hai
Melayu api akar aku debu berfikir rumah
buah bulu apa siapa
5.8 BAHASA-BAHASA KELUARGA MELANESIA
Melanesia merupakan sebuah subkawasan di Oceania yang meliputi dari barat akhir Lautan Pasifik hingga ke Laut Arafura, berada di timur Fiji. Ka wasan ini meliputi kebanyakan pulau di utara dan timur laut Australia. Nama Melanesia telah pertama kali digunakan oleh Jules Dumont d'Urville pada 1832 bagi merujuk kepada etnik dan kumpulan geografi pulau yang terletak jauh dari Polinesia dan Mikronesia.
Bahasa-bahasa keluarga Melanesia ditutur oleh penduduk yang tinggal dibahagian pedalaman pulau-pulau besar yang terdiri daripada New Guinea, Kepulauan Solomon, Vanuatu, New Caledonia, Fiji, Wilayah Maluku dan Irian Barat.
13
Bab 5: Rumpun Bahasa Austronesia
5.9 BAHASA-BAHASA MIKRONESIA
Lihat peta di sebelah yang menunjukkan kawasan Mikronesia yang terletak di sebelah timur Filipina dan ke utara kawasan Melanesia. Pelbagai jenis bahasa ditutur oleh penduduka di pulau Caroline, pulau Marshall, pulau Mariana, Palau, Guam, pulau Wake, pulau Gilbert dan Kiribati. .
5.10 RUMUSAN
Sebagai rumusan lihat jadual dibawah yang menunjukkan perbandingan beberapa bahasa daripada rumpun Austronesia.
14
Bab 5: Rumpun Bahasa Austronesia
a) Kenalpasti 4 rumpun Austronesia. b) Jelaskan sejarah bahasa Aceh. c) Kenalpasti 5 perkataan daripada bahasa Tagalog yang mempunyai persamaan dengan bahasa Melayu. d) Kenalpasti beberapa perkataan daripada bahasa Tonga yang mempunyai persamaan dengan bahasa Melayu.
15
Bab 5: Rumpun Bahasa Austronesia
PERKATAAN PENTING
Filum Rumpun Keluarga Subkeluarga Austronesia Autrik
Austroasia Nusantara Sumateria Polinesia Melanesia Mikronesia
Di dalam bahasa terdapat pertalian kekeluargaan sama ada pertalian jauh dan pertalian yang dekat. Filum bermaksud kelompok bahasa induk yang paling tua usianya, iaitu 5000 tahun ke atas.
Rumpun pula bermaksud kelompok bahasa yang berusia 2500-5000 tahun.
Keluarga bermaksud kelompok bahasa berusia kurang dari 2500 tahun.
Rumpun bahasa Austroasia tersebar secara terpisah-pisah di India, Bangladesh, dan Asia Tenggara. Keluarga Nusantara terdiri daripada subkeluarga Bali-Sasak (seperti Bali, Sasak, Sumbawa), Filipina (seperti bahasa Tagalog, Bikol, Sulu), Jawa (seperti Sunda, Jawa, Madura), Kalimantan (seperti Iban, Melanau) dan Sumatera. Terdapat sesetengah pakar bahasa yang membahagikan rumpun Austronesia kepada rumpun Austronesia Barat dan rumpun Austonesia Timur. Istilah Austronesia terhasil daripada kata bahasa Latin, iaitu “austro” yang bermaksud “selatan” dan kata bahasa Yunani “nesos” yang bermaksud “pulau”.
16
Bab 5: Rumpun Bahasa Austronesia
Perkataan „Nusantara‟ berasal daripada dua perkataan bahasa Jawa kuno, iaitu “nusa” yang bermaksud “pulau” dan “antara” yang bermaksud “lain”.
Tagalog ialah salah satu bahasa terpenting di Republik Filipina.
Bahasa Bidayu merupakan salah satu cabang bahasa Austronesia di Borneo Barat.
17