43 Bab 3: Menggunakan Ujian Objektif
B Baabb 33:: M ME EN NG GG GU UN NA AK KA AN NU UJJIIA AN NO OB BJJE EK KTTIIFF Di akhir bab ini pelajar harus boleh: Mentakrif ujian objektif Membezakan di antara jenis-jenis ujian objektif Membincangkan kebaikan menggunakan jenis-jenis ujian objektif berlainan Mengenal pasti kelemahan jenis-jenis ujian objektif berlainan Menerangkan teknik membina item ujian objektif berlainan Merancang sebuah jadual spesifikasi bagi membuat keputusan tentang apa dan bagaimana untuk ditaksir
BAB SEPINTAS LALU 3.1 Apa itu Ujian Objektif? 3.2 Soalan Aneka Pilihan a) Apa itu Soalan Aneka Pilihan? b) Membina Soalan Aneka Pilihan c) Kenapa Soalan Aneka Pilihan Digunakan Dengan Meluas? d) Batasan Soalan Aneka Pilihan 3.4 Soalan Betul-Salah a) Apa itu Soalan Betul-Salah? b) Membina Soalan B-S c) Kelebihan Soalan B-S d) Batasan Soalan B-S 3.5 Soalan Memadankan a) Apa itu Soalan Memadankan? b) Membina Soalan Memadankan c) Kelebihan Soalan Memadankan d) Batasan Soalan Memadankan 3.6 Merancang Ujian Anda Ringkasan Istilah Penting Rujukan
Bab 1: Pengenalan Bab 2: Memutuskan apa yang akan ditaksir Bab 3: Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Objectif Bab 4: Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Karangan Bab 5: Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Projek dan Amali Bab 6: Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Pencerapan, Ujian Lisan, dan Portfolio Bab 7: Kebolehpercayaan dan Kesahan Kaedah Pentaksiran Bab 8: Analisis Item Bab 9: Analisis Pemarkahan Ujian dan Melaporkan Pentaksiran Pelajar
Dalam Bab 2 kita telah membincangkan keperluan mentaksir pelajar secara menyeluruh, melibatkan hasil pembelajaran kognitif, afektif dan psikomotor. Di dalam empat bab seterusnya kita akan membincangkan bagaimana kita boleh mentaksir ketiga-tiga jenis hasil pembelajaran ini. Di dalam Bab ini kita akan memfokus kepada menggunakan ujian objektif untuk mentaksir berbagai jenis perlakuan dalam bilik darjah. Tiga jenis ujian objektif diperincikan dan garis panduan membina ujian tersebut akan dibincangkan. Kelebihan dan batasan setiap jenis ujian objektif akan dijelaskan, diikuti dengan perincian jadual spesifikasi dan peranannya bagi menentukan distribusi item ujian dalam pentaksiran hasil pembelajaran yang berbeza.
44 Bab 3: Menggunakan Ujian Objektif 3.1 APA ITU UJIAN OBJEKTIF?
Apabila ujian objektif mula digunakan dalam tahun 1845 oleh George Fisher di Amerika Syarikat ia tidak diterima dengan baik oleh masyarakat. Walau bagaimanapun, ia kemudiannya digunakan dengan meluas dan hari ini ia mungkin merupakan format pentaksiran yang paling terkenal untuk mengukur keupayaan, kecekapan dan sosio-emosi manusia. Ujian objektif digunakan dengan meluas di sekolah, industri, perniagaan, organisasi profesional, university dan kolej. Bolehkah anda meneka kenapa? Apa itu ujian objektif? Sebuah ujian objektif adalah sebuah ujian bertulis yang terdiri daripada item atau soalan yang memerlukan responden memilih daripada suatu senarai jawaban yang berkemungkinan. Perkataan objektif bermaksud ‘tepat’. Maka, sebuah item atau soalan objektif memberi responden sebuah senarai jawaban yang berkemungkinan. Sebuah item atau soalan objektif adalah ‘tepat’ kerana ia tidak boleh dipengaruhi oleh kecenderungan peribadi dan prejudis pentaksir. Dalam erti kata lain, ia bukan ‘subjektif’ dan bukan terbuka kepada pelbagai interpretasi. Ini merupakan salah satu sebab ujian objektif terkenal bagi mengukur keupayaan, kecekapan dan berbagai ciri psikologi seperti keperibadian, minat dan sikap manusia.
Soalan Aneka Pilihan UJIAN OBJEKTIF
Soalan Memadankan Soalan Betul-Salah
Gambarajah 3.1 Format yang Biasa Bagi Ujian Objektif Ujian objektif berbeza bergantung kepada bagaimana soalannya dipersembahkan. Tiga jenis soalan yang biasa digunakan dalam kebanyakan ujian objektif adalah soalan aneka pilihan, soalan memadankan dan soalan betul-salah (lihat Gambarajah 3.1). 3.2 SOALAN ANEKA PILIHAN
a) APA ITU SOALAN ANEKA PILIHAN? Pernahkah anda terjumpa soalan aneka pilihan yang ditulis dengan tidak bagus? Jawabannya mungkin terlalu jelas, boleh diperdebatkan, apa yang diperlukan tidak jelas atau jawabannya tiada. Selain daripada mengelirukan dan mengecewakan pelajar, soalan ujian yang tidak ditulis dengan baik boleh menghasilkan markah yang
45 Bab 3: Menggunakan Ujian Objektif syak apabila digunakan sebagai asas mentaksir pelajar (Burton, Sudweeks, Merrill dan Wood, 1991). Soalan Aneka Pilihan atau Multiple-Choice Questions (MCQ) digunakan dengan meluas di dalam berbagai keadaan sebab ia boleh mengukur hasil pembelajaran kognitif tahap rendah serta juga hasil pembelajaran kognitif yang kompleks. Soalan aneka pilihan adalah yang paling susah untuk disediakan. Soalan jenis ini ada dua bahagian: stem yang mengandungi soalannya dan 4 atau 5 pilihan yang mengandungi jawabannya, dipanggil respon kekunci dan pilihan yang salah dinamakan pengganggu. Stem mungkin dipersembahkan sebagai soalan, arahan atau pernyataan manakala pilihan mungkin berbentuk perkataan, frasa, nombor, simbol dan sebagainya. Mungkin ini zalim, tetapi peranan pengganggu dalah untuk menarik perhatian responden yang kurang pasti jawaban yang betul. Anatomi Soalan Aneka Pilihan: Soalan (atau item) aneka pilihan secara tradisinya memerlukan responden memilih satu jawaban daripada sebilangan pilihan yang diberi. Contoh: Apakah ibu negara China?
Pengganggu
a. Hong Kong b. Shanghai c. Beijing d. Kun Ming
Stem
Pilihan
Jawaban atau Respon Kekunci
Stem harus a) berbentuk soalan atau pernyataan untuk dipenuhkan b) diekspresi dengan jelas dan ringkas, betul nahu bahasanya, tidak ambiguous dan bebas daripada pernyataan negatif berganda c) dipersembahkan sebagai soalan positif. (sekiranya negatif digunakan, ia harus diberi penekanan dengan italik atau digarisbawahkan) d) secara umumnya meminta satu jawaban sahaja (jawaban yang betul atau yang paling tepat) Pilihan (yang mengandungi jawaban dan pengganggu) a) harus terdapat empat atau lima pilihan, semuanya eksklusif dan tidak terlalu panjang b) semua pilihan harus mempunyai nahu bahas mengikut daripada stem dan selari daripada segi nahu bahasanya c) semua pilihan harus diekspresi dengan cukup mudah agar perbezaan di antara mereka jelas, dan mesti tidak ambiguous
46 Bab 3: Menggunakan Ujian Objektif d) semua pengganggu harus nampak berkemungkinan sebagai penyelesaian kepada masalah bagi pelajar yang belum mencapai objektif (pengetahuan atau kecekapan) yang diukur oleh item (atau soalan) tersebut. e) pengganggu harus nampak tidak berkemungkinan sebagai penyelesai kepada masalah (atau jawaban) bagi pelajar yang telah mencapai objektif item tersebut. f) Penyelesaian kepada masalah (atau jawaban) harus Nampak berkemungkinan kepada pelajar yang telah mencapai objektif item (atau jawaban) tersebut. SEMAK KENDIRI 3.1
c) Apa itu ujian objektif? d) Kenapa ujian objektif terkenal untuk mentaksir pelajar? e) Senaraikan beberapa hujah menolak ujian objektif.
b) MEMBINA SOALAN ANEKA PILIHAN Walaupun soalan aneka pilihan mudah untuk ditanda atau diberi markah ianya agak susah untuk dibina. Soalan atau item aneka pilihan boleh dibina untuk mentaksir berbagai hasil pembelajaran, daripada sekadar mengingat kembali fakta atau konsep kepada menilai fakta dan konsep (Osterlind, 1998). Berikut adalah beberapa garis panduan menulis soalan aneka pilihan dan beberapa contoh diberi untuk mendemonstrasi bagaimana garispanduan tersebut diaplikasi. 1. Semasa menulis STEM, nyatakan satu pernyataan yang khusus untuk dipenuhi atau dijawab dengan salah satu pilihan yang diberi. Stem harus mempunyai makna dengan sendirinya dan harus menyatakan satu permasalahan yang khusus.
Soalan yang Lemah: Perang Dunia Kedua adalah: a. hasil kegagalan the League of Nations b. menggerunkan c. berlaku di Eropah, Asia dan Africa d. berlaku di antara tahun 1939-1945. Soalan yang Diperbaiki: Di dalam jangkamasa manakah Perang Dunia Kedua berlaku? a. 1914 - 1917 b. 1929 - 1934 c. 1939 - 1945 d. 1951 - 1955
47 Bab 3: Menggunakan Ujian Objektif
Perhatikan bahawa di dalam soalan yang lemah, stemnya tidak jelas apa yang dikehendaki oleh soalan. Versi soalan yang telah diperbaiki mengenal pasti dengan jelas soalannya dan memberi pelajar beberapa pilihan jawaban yang hampir sama. 2. Apabila menulis STEM, elakkan bahan yang membazir dan tidak berkaitan. Soalan yang Lemah: Selama hampir satu abad, Sungai Rhine digunakan oleh orang Eropah untuk berbagai tujuan. Walau bagaimanapun, kebelakangan ini, pengguna sungai yang bertambah telah menyebabkan peningkatan pencemaran diesel pada air sungai tersebut. Yang mana di antara berikut adalah kesan yang paling ketara sekiranya, disebabkan pencemaran itu, the Council of Ministers of the European Community memutuskan untuk menutup Sungai Rhine kepada laluan kapal? a. penutupan pelabuhan-pelabuhan yang sibuk seperti Rotterdam, Marseilles and Genoa di sepanjang Sungai Rhine b.peningkatan harga barangan Ruhr c. Industri Aerospace Perancis akan kurang berdaya saing d. kekurangan air untuk industri Itali Soalan yang Diperbaiki: Yang mana di antara berikut adalah kesan yang paling ketara sekiranya, disebabkan pencemaran itu, the Council of Ministers of the European Community memutuskan untuk menutup Sungai Rhine kepada laluan kapal? a. penutupan pelabuhan-pelabuhan yang sibuk seperti Rotterdam, Marseilles and Genoa di sepanjang Sungai Rhine b.peningkatan harga barangan Ruhr c. Industri Aerospace Perancis akan kurang berdaya saing d. kekurangan air untuk industri Itali Perhatikan bahawa soalan yang lemah itu terlalu panjang dan mengandungi bahan yang tidak diperlukan. [sumber: C.McKenna & J. Bull. 1999. Designing effective objective questions. Loughborough University]
3. Semasa menulis STEM gunakan bahasa yang jelas dan terus terang. Soalan yang menggunakan ayat yang kompleks mungkin menguji kefahaman dan bukan mentaksir samada pelajar tahu tentang bidang tersebut. Soalan yang Lemah: Dengan tahap kesuburan mendekati nadirnya, apakah ramifikasi yang mungkin terjadi kepada kewarganegaraan sebuah negara membangun? a. kurangnya tenaga kerja wanita b. trend menurun dalam ratio kebergantungan kepada belia c. piramid populasi yang lebar di bawah d. bertambahnya kadar kematian bayi
48 Bab 3: Menggunakan Ujian Objektif Soalan yang Diperbaiki: Penurunan dalam kesuburan dalam kalangan penduduk negara membangun kemungkinan menyebabkan a. kurangnya tenaga kerja wanita b. trend menurun dalam ratio kebergantungan kepada belia c. piramid populasi yang lebar di bawah d. bertambahnya kadar kematian bayi Perhatikan bahawa di dalam soalan yang diperbaiki perkataan“nadir” diganti dengan “penurunan” dan “ramifikasi” digantikan dengan “menyebabkan” yang merupakan perkataan yang lebih terus terang dan jelas. [sumber: C.McKenna & J. Bull. 1999. Designing effective objective questions. Loughborough University]
4. Semasa menulis STEM elakkan menggunakan ayat negatif. Sekiranya ayat negatif terpaksa digunakan, gunakan huruf besar, gariskan atau gunakan bold.
Soalan yang Lemah: Yang mana di antara berikut bukan simptom osteoporosis? a. kurangnya kepadatan tulang b. selalu berlaku patah tulang c. suhu badan yang tinggi d. sakit tulang belakang di sebelah bawah Soalan yang Diperbaiki: Yang mana di antara berikut merupakan simptom osteoporosis? a. kurangnya kepadatan tulang b. suhu badan yang tinggi c. keguguran rambut d. sakit sendi Perhatikan bahawa soalan yang diperbaiki dinyatakan dalam bentuk ayat positif agar mengelak menggunakan ayat negatif dengan perkataan“bukan”. Isu menggunakan ‘negatif’ untuk soalan aneka pilihan boleh diperdebatkan kerana masih ramai menggunakannya apabila membina soalan aneka pilihan. Di dalam kajiselidik dengan 46 rujukan unggul dalam pengukuran pendidikan, 31 daripada 35 penulis yang membincangkan penggunaan ‘negatif’ mencadangkan untuk mengelakkannya (Haladyna dan Downing, 1989). Kadang kala, penggunaan item negatif sesuai untuk soalan yang berkaitan dengan isu kesihatan atau keselamatan, di mana mengetahui apa yang tidak patut dibuat adalah penting (Burton, Sudweeks, Merrill dan Wood, 1991). Di dalam situasi sebagini, item negative mesti diungkapkan dengan hati-hati bagi mengelak mengelirukan pelajar. Perkataan negatif harus diletakkan di dalam stem, bukan di dalam pilihan, dan harus ditekankan dengan menggunakan garis bawah, italik, bold atau HURUF BESAR. Tambahan lagi, setiap
49 Bab 3: Menggunakan Ujian Objektif pilihan jawaban harus diungkapkan sebagai positif bagi mengelak daripada membentuk negate berganda yang boleh mengelirukan. 3.1 AKTIVITI
Adakah anda bersetuju bahawa kita tidak harus menggunakan‘ayat negatif’ semasa membina soalan aneka pilihan?
5. Semasa menulis STEM letakkan sebanyak mungkin soalan itu di dalam stem, daripada mengulangnya di dalam setiap pilihan.
Soalan yang Lemah: Ahli Teori atau pluralisma menyatakan bahawa a. mengekalkan demokrasi memerlukan ramai orang kelas pertengahan. b. mengekalkan demokrasi memerlukan pusat kuasa countervailing yang berotonomi. c. mengekalkan demokrasi memerlukan adanya pelbagai kumpulan ugama. d. mengekalkan demokrasi memerlukan pengasingan kuasa kerajaan. Soalan yang Diperbaiki: Ahli Teori atau pluralisma menyatakan bahawa mengekalkan demokrasi memerlukan a. ramai orang kelas pertengahan. b. pusat kuasa countervailing yang berotonomi. c. adanya pelbagai kumpulan ugama. d. pengasingan kuasa kerajaan. Perhatikan bahawa di dalam soalan yang diperbaiki, ayat “mengekalkan demokrasi memerlukan” dimasukkan di dalam stem supaya ia tidak diulang dalam setiap pilihan. [sumber: C.McKenna & J. Bull. 1999. Designing effective objective questions. Loughborough University]
6. Semasa menulis STEM elakkan daripada memberi jawaban dengan petanda nahu bahasa. Soalan yang Lemah: Kawasan yang subur di padang pasir di mana air sampai ke permukaan dipanggil dalam bahasa Inggeris sebagai “an ...” a. mirage b. oasis c. water hole d. polder
50 Bab 3: Menggunakan Ujian Objektif Soalan yang Diperbaiki: Kawasan yang subur di padang pasir di mana air sampai ke permukaan dipanggil dalam bahasa Inggeris sebagai “a/an ...” a. mirage b. oasis c. water hole d. polder Perhatikan bahawa soalan lemah menggunakan article “an” yang membantu mengenal pasti pilihan ‘b’ sebagai jawaban yang betul. Dengan mengakhiri stem dengan “a/an” memperbaiki soalan ini.
7. Semasa menulis STEM, elakkan selagi boleh, daripada meminta pendapat.
Soalan yang Lemah: Yang mana di antara orang berikut telah menyumbang kepada kekalahan Hitler di Jerman dalam Perang Dunia Kedua? a. Winston Churchill b. Josef Stalin c. Franklin D. Roosevelt d. George Patton
8. Semasa menulis PENGGANGGU untuk soalan aneka pilihan satu respon, pastikan Cuma terdapat satu sahaja jawaban yang betul.
Soalan yang Lemah: Apakah sumber utama pencemaran sungai di Malaysia? a. pembersihan tanah b. pembakaran terbuka c. pembuangan sampah d.hakisan pinggiran pantai Soalan yang Diperbaiki: Apakah sumber utama pencemaran sungai di Malaysia? a. penghasilan karbon dioksida b. pembakaran terbuka c. pembuangan sampah d. hakisan pinggiran pantai
51 Bab 3: Menggunakan Ujian Objektif Perhatikan bahawa di dalam soalan yang lemah kedua-dua pilihan ‘a’ dan ‘c’ mungkin boleh dikatakan jawaban yang betul.
9. Semasa menulis PENGGANGGU gunakan hanya pilihan yang berkemungkinan dan menarik sebagai penggangu.
Soalan yang Lemah: Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang ketiga? a. Hussein Onn b. Ghafar Baba c. Mahathir Mohamad d. Musa Hitam Soalan yang Diperbaiki: Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang ketiga? a. Hussein Onn b. Abdul Razak Hussein c. Mahathir Mohamad d. Abdullah Badawi Perhatikan bahawa di dalam soalan yang lemah ‘b’ dan ‘d’ bukanlah pengganggu yang baik.
10. Semasa menulis PENGGANGGU, jika boleh, elakkan pilihan “Semua di atas” dan “Tiada yang di atas”. Sekiranya anda memasukkannya, pastikan semua pilihan nampak berkemungkinan adalah jawaban yang betul. Kita mungkin terpanggil untuk menngunakan pilihan ini tetapi ianya bermasalah. Pertamanya, ia mungkin nampak seperti suatu pilihan tetapi ia mengundang jawaban yang salah. Sekiranya anda menggunakannya, pastikan ia merupakan jawaban yang kadang kala betul. Pilihan “semua di atas” boleh digunakan dengan pelajar yang bijak menjawab ujian, yang dapat mengenalinya sebagai jawaban yang betul dengan hanya mengenal pasti dua pilihan. Sama juga dengan pelajar yang boleh mengenal pasti satu pilihan yang salah, dia boleh juga menolak pilihan ini. Yang jelas, kemungkinan pelajar meneka jawaban yang betul bertambah dengan menggunakan teknik ini. Walaupun proses eliminasi tidak dapat digunakan dengan “tiada yang di atas”, apabila pilihan ini digunakan sebagai jawaban yang betul, soalan tersebut sekadar menguji kebolehan pelajar mengenal pasti jawaban yang salah, dan ini tidak menjamin bahawa mereka tahu jawaban yang betul (Gronlund, 1988).
52 Bab 3: Menggunakan Ujian Objektif
ACTIVITY 3.2
Adakah anda bersetuju bahawa ‘SEMUA DI ATAS’ atau ‘TIADA YANG DI ATAS’ tidak harus digunakan semasa Membina soalan aneka pilihan?
11. Pengganggu berdasarkan kesalahan atau salah anggap pelajar yang biasa adalah sangat berkesan
Salah satu teknik mengumpul pengganggu adalah dengan meminta pelajar untuk merespon kepada soalan pendek yang terbuka, mungkin sebagai pentaksiran formatif. Kenal pasti respon salah yang paling selalu diberi dan gunakannya sebagai pengganggu untuk soalan aneka pilihan. 12. Jangan buat pengganggu yang terlalu dekat dengan jawaban yang betul yang mungkin mengelirukan pelajar yang sebenarnya tahu jawaban kepada soalan. Pengganggu harus berbeza daripada jawaban secara jelas, bukan hanya berbeza sedikit daripada segi ungkapan atau penekanan. Anda mungkin memilih tiga, empat atau lima pilihan dalam soalan aneka pilihan. Sehingga kebelakangan ini, ramai yang berpendapat tiga atau empat pengganggu diperlukan untuk item dianggap cukup susah. Jelas lebih banyak pengganggu, kuranglah kemungkinan jawaban yang betul diteka, dengan syarat semua pilihan adalah sama susah. Dan juga, lebih sedikit bilangan item dalam ujian, lebih banyak kemungkinan pelajar meneka membuta tuli (lihat Jadual 3.1). 13. Sediakan bilangan pengganggu yang cukup untuk mengurangkan kemungkinan pelajar meneka membuta tuli.
Bilangan Soalan 4-Pilihan dalam Ujian Soalan Aneka Pilihan 2 5 10 15 20 25
Kemungkinan mendapat markah 70% atau Lebih Dengan Meneka Sahaja 1 daripada 16 1 daripada 64 1 daripada 285 1 daripada 8,670 1 daripada 33,885 1 daripada 942,651
Sumber: S. J. Burton. Multiple-choice test items: Guidelines for university faculty. Brigham Young University Testing Services. 1991 Jadual 3.1 Probabiliti Meneka
53 Bab 3: Menggunakan Ujian Objektif
Sebagai contoh, jika suatu ujian terdiri daripada cuma 2 soalan aneka pilihan dengan empat pilihan setiap satu, anda boleh menganggarkan 1 daripada 16 pelajar akan menjawab kedua-dua item dengan betul dengan meneka membuta tuli. Sebaliknya, sekiranya ujian anda terdiri daripada 15 soalan aneka pilihan dengan empat pilihan setiap satu, anda boleh anggarkan hanya 1 daripada 8,670 pelajar akan mendapat 70% atau lebih dalam ujian itu dengan meneka membuta tuli. KENAPA SOALAN ANEKA PILIHAN DIGUNAKAN DENGAN MELUAS? Soalan aneka pilihan digunakan dengan meluas untuk mengukur hasil kognitif tahap rendah. Soalan aneka pilihan boleh juga dibina untuk mengukur hasil pembelajaran tahap tinggi. Ia terkenal sebab perkara-perkara berikut: Ia boleh mengukur hasil pembelajaran mudah hingga ke kompleks. Ia menyediakan tugasan yang sangat berstruktur dan jelas. Ia boleh mengukur sampel pencapaian yang luas. Pilihan yang salah menghasilkan maklumat diagnostik. Markah kurang dipengaruhi oleh penekaan berbanding soalan betul-salah. Markah lebih berkebolehpercayaan berbanding item yang diberi markah secara subjektif (e.g. esei). Pemarkahan lebih mudah, objektif dan boleh dipercaya. Analisis item boleh menunjukkan tahap kepayahan setiap item dan sejauh mana diskriminasi di antara pelajar bagus dan lemah di dalam kelas. Prestasi boleh dibandingkan di antara kelas dan di antara tahun. Boleh merangkumi banyak bahan dengan cekap (lebih kurang satu item setiap minit waktu ujian). Item boleh ditulis agar pelajar perlu mendiskriminasi antara pilihan yang berbeza daripada segi tahap kebetulannya.
BATASAN MENGGUNAKAN SOALAN ANEKA PILIHAN Walaupun terdapat banyak kelebihan menggunakan soalan aneka pilihan, terdapat juga banyak batasan menggunakan item tersebut: Membina item yang baik mengambil masa. Selalunya payah untuk mencari pengganggu yang baik. Soalan aneka pilihan tidak seberkesan untuk mengukur sesetengah jenis kecekapan menyelesaikan masalah dan keupayaan menyusun dan mengekspresi idea. Markah boleh dipengaruhi oleh keupayaan membaca. Kurang maklumbalas tentang proses pemikiran individu – payah untuk memastikan kenapa individu pelajar memilih jawaban yang salah. Pelajar kadang kala membaca terlalu halus soalan yang diberi. Ia selaly menfokus kepada pengujian maklumat fakta dan gagal menguji pemikiran kognitif tahap tinggi. Kadangkala terdapat lebih daripada jawaban yang “betul”. Ia terlalu bergantung kepada kecekapan membaca pelajar dan keupayaan menulis pembina ujian. Tidak memberi ukuran tentang keupayaan menulis pelajar. Mungkin menggalakkan pelajar meneka.
54 Bab 3: Menggunakan Ujian Objektif
SEMAK KENDIRI 3.2
a) Apakah kelebihan menggunakan soalan aneka pilihan? b) Kenapa soalan aneka pilihan harus digunakan sambil mengingati batasannya?
BEBERAPA PERATURAN MEMBINA SOALAN ANEKA PILIHAN Uji tentang maklumat penting Elakkan item yang mengelirukan Gunakan kosa kata yang selaras dengan tahap kefahaman pelajar Elakkan pengetahuan yang terlalu khusus di dalam item Elakkan mengungkap secara buku teks, verbatim semasa membina item Elakkan item berdasarkan pendapat Sentiasa beri perhatian kepada isu budaya, ugama dan gender Pilihan harus berasingan dan tidak bertindan
Elakkan memberi petanda melalui penggunaan ayat yang salah nahu bahasanya Elakkan menggunakan lawak semasa membina pilihan Persembahkan situasi yang praktikal atau sebenar kepada pelajar Gunakan bahan bergambar yang memerlukan pelajar mengaplikasi prinsip dan konsep Gunakan carta, jadual atau gambarajah yang memerlukan interpretasi Elakkan pengganggu yang boleh menguji kebijakan mengambil ujian
Jadual 3.2 Peraturan Membina Soalan Aneka Pilihan Jadual 3.2 memberi ringkasan beberapa peraturan membina soalan aneka pilihan sebagai tambahan kepada garis panduan yang telah diberikan terlebih dahulu. Sebagai contoh, anda patut mengelakkan mengambil pernyataan secara verbatim daripada buku teks, elakkan item yang mengelirukan dan pastikan kosa kata sentiasa konsisten agar tidak mengelirukan pelajar. SEMAK KENDIRI 3.3
a) Semasa membina soalan aneka pilihan elakkan pengganggu yang boleh memberi petanda kebijakan mengambil ujian. Jelaskan. b) “Elakkan menggunakan lawak semasa membina pilihan. Adakah anda bersetuju?
55 Bab 3: Menggunakan Ujian Objektif 3.3 SOALAN BETUL-SALAH
APAKAH SOALAN BETUL-SALAH? Dalam formatnya yang paling biasa, soalan betulsalah adalah di mana suatu pernyataan dipersembahkan dan pelajar memberi indikasi dalam suatu cara bagi menunjukkan samada pernyataan tersebut betul atau salah. Dala erti kata lain, hanya terdapat dua respon yang berkemungkinan bagi setiap item, dan pelajar memilih di antaranya. Sebuah soalan betul-salah merupakan format soalan jenis aneka pilihan yang khusus di mana hanya terdapat dua pilihan jawaban. Soalan jenis ini boleh digunakan apabila penguji ingin mengukur keupayaan pelajar untuk mengenal pasti samada fakta sebuah pernyataan adalah benar atau tidak. Soalan betul-salah boleh digunakan untuk menguji tentang pengetahuan dan pertimbangan dalam berbagai mata pelajaran. Apabila dikumpulkan, sebuah siri soalan betul-salah tentang suatu topic atau senario yang khusus boleh menguji kefahaman yang lebih kompleks tentang suatu isu. Ia boleh distrukturkan untuk membawa pelajar ke suatu pathway yang logikal (Brown 1997) dan boleh menunjukkan sebahagian daripada proses pemikiran yang digunakan oleh pelajar semasa menyelesaikan masalah. Contoh: Betul
Salah
Ikan paus adalah mamalia sebab ia beranak.
KENAPA SOALAN BETUL-SALAH DIGUNAKAN? Soalan betul-salah sesuai mentaksir keupayaan mengingat kembali atau kefahaman pelajar. Secara umumnya pelajar merespon kepada banyak soalan, mencakup kandungan yang luas, dalam masa yang agak singkat. Daripada perspektif guru, soalan jenis ini boleh ditulis dengan segera dan mudah ditanda. Kerana ia boleh ditanda secara objektif, markah mempunyai kebolehpercayaan yang lebih tinggi daripada item yang bergantung kepada pertimbangan guru. Secara umumnya, ia lebih mudah untuk dibina berbanding soalan aneka pilihan kerana tidak perlu membina pengganggu. Dengan itu, ia kurang mengambil masa berbanding membina soalan aneka pilihan. BATASAN SOALAN BETUL-SALAH Walau bagaimanapun, soalan betul-salah mempunyai beberapa batasan: Meneka – pelajar mempunyai 1 dalam 2 peluang meneka jawaban yang betul kepada soalan diberi. Markah item betul-salah selalunya tinggi kerana tahap kesenangan mendapat jawaban yang betul tidak diketahui. Dengan hanya dua
56 Bab 3: Menggunakan Ujian Objektif
pilihan (betul atau salah) pelajar boleh mengharapkan agar dapat meneka dengan betul untuk separuh item yang jawabannya dia tidak ketahui. Maka, sekiranya pelajar tahu jawaban yang betul untuk 10 daripada 20 soalan dan meneka jawaban untuk yang 10 lagi, pelajar itu boleh mengharap dapat markah untuk 15 soalan. Guru juga boleh meramal markah di antara lebih kurang 50% untuk pelajar yang semata-mata meneka, dan 100% untuk pelajar yang tahu semua bahan. Oleh kerana soalan jenis ini adalah dalam bentuk pernyataan, guru boleh mengambilnya daripada buku teks, mengharapkan pelajar mengenali quotation atau nota yang dengan betul dengan (sedikit) perubahan pada ungkapanyya. Guru juga mungkin memasukkan bahan yang tidak penting daripada teks. Kedua-dua amalan ini tidak digalakkan. Menulis pernyataan yang jelas betul atau salah boleh jadi agak susah – lebih lagi untuk bahan yang kompleks. Format soalan ini tidak mendiskriminasi di antara pelajar berbagai tahap keupayaan sebaik jenis-jenis soalan lain.
CADANGAN-CADANGAN UNTUK MEMBINA SOALAN BETUL-SALAH Sertakan cuma satu idea utama dalam setiap item. Seperti di dalam soalan aneka pilihan, secara umumnya kurangkan menggunakan ayat negatif. BETUL Cuba gabungkan dengan bahan lain seperti geraf, peta, ke bahan bertulis. Gabungan ini membolehkan ujian SALAH? keupayaan lebih tinggi. Elakkan daripada mencedok terus daripada bahan bacaan, nota atau bahan kursus yang lain supaya pelajar mendapat jawaban betul bukan sekadar melalui hafalan. Secara umumnya elakkan menggunakan perkataan yang memberi petanda jawaban yang betul kepada pelajar yang bijak membuat ujian. Perkataan penentu seperti “tiada”, “tidak pernah”, “sentiasa”, “semua”, “mustahil” selalunya salah, manakala qualifiers seperti “selalunya”, “umumnya”, “kadang-kadang” “selalu” berkemungkinan betul. Sama keadaannya dengan penggunaan "boleh" dalam sebuah pernyataan betul-salah. Sekiranya pelajar tahu suatu kes di mana ia “boleh” dibuat, maka pernyataan itu betul. Pernyataan yang ambiguous atau samar dan perkataan seperti "besar," "masa yang lama," "selalu," "sesetengah," dan "biasanya" baik dielakkan bagi mengekalkan kejelasan. Sesetengah perkataan mempunyai lebih daripada satu makna dan mungkin diinterpretasi secara berbeza oleh individu. Pernyataan yang betul harus sama panjangnya dengan pernyataan yang salah (Kita selalu terpanggil untuk menambah butiran pada pernyataan yang betul untuk membuatnya bertambah jelas). Ungkapkan pernyataan dengan jelas supaya ia boleh dianggap jelas samada betul atau salah. Elakkan menggunakan ayat negatif dan elakkan negative berganda. Pernyataan berbentuk pendapat harus merujuk kepada sumber yang khusus. Pernyataan harus sentiasa pendek dan gunakan struktur ayat yang mudah.
57 Bab 3: Menggunakan Ujian Objektif
Elakkan petanda verbal (determiner khusus) yang memberi indikasi jawaban. Uji idea yang penting dan bukan yang remeh. Jangan persembahkan item dalam bentuk yang mudah dipelajari.
SEMAK KENDIRI 3.4
a) Apakah kelebihan soalan betul-salah? b) Senaraikan beberapa batasan soalan betul-salah. c) Cadangkan beberapa kelebihan dan kelemahan menggunakan soalan betul-salah. questions.
3.4 SOALAN MEMADANKAN
KENAPA SOALAN MEMADANKAN DIGUNAKAN?
Satu soalan memadankan boleh menggantikan beberapa soalan betulsalah.
Soalan memadankan digunakan untuk mengukur keupayaan pelajar mengenal pasti hubungan di antara dua terma, frasa, pernyataan, takrifan, tarikh, kejadian, orang dan sebagainya, yang disenaraikan.
MEMBINA SOALAN MEMADANKAN Semasa membina soalan memadankan, anda perlu mengenal pasti dua column bahan yang disenaraikan secara vertikal. Item dalam Column A (atau I) digelar premise dan diberi nombor (1, 2, 3, dan seterusnya) manakala item dalam Column B (atau II) digelar respon dan ditandakan dengan huruf besar (A, B, C, dan seterusnya). Pelajar membaca suatu premise (dalam Column A) dan mencari respon yang sesuai dalam Column B. Pelajar kemudian menulis huruf yang betul sebagai respon dalam tempat kosong sebelah premise dalam Column A. Guru juga boleh mengarahkan pelajar meletakkan garisan daripada premis kepada respon yang betul, tetapi ini lebih mengambil masa untuk menandanya. Satu cara untuk mengurangkan kemungkinan meneka jawaban yang betul adalah untuk menyenarai bilangan respon (Column B) yang lebih berbanding premise (Column A), seperti di dalam contoh. Cara yang lain mengurangkan kemungkinan pelajar meneka ialah dengan membenarkan respons digunakan lebih daripada satu kali. Arahan kepada pelajar tentang penggunaan respon mestilah jelas. Ada ahli psikometri mencadangkan harus ada lebih daripada 5 hingga 8 premise (Column A) dalam satu set. Untuk setiap premise, pelajar mesti membaca semua dalam senarai respon (atau yang belum digunakan) untuk mencari respon yang sepadan. Oleh kerana itu, Column B harus mengandungi elemen yang lebih pendek daripada Column A untuk mengurangkan pembacaan bagi setiap item (Alabama
58 Bab 3: Menggunakan Ujian Objektif Department of Education, 2001). Respon (Column B) harus disenaraikan dalam urutan yang logik sekiranya ada (kronologi, mengikut saiz, dan sebagainya). Sekiranya tidak ada urutan yang jelas, respon harus disenaraikan mengikut abjad. Premise (Column A) harus disenaraikan dalam urutan yang serupa seperti respon. Anda harus berhati-hati agar hubungan yang dipersembahkan sebagai jawaban yang betul adalah benar-benar betul dan bilangan item yang bernombor tidak boleh dihubungkan dengan jawaban yang lain. Contoh: Arahan: Column A mengandungi pernyataan yang menerangkan Bandar-bandar terpilih di Asia. Untuk setiap pernyataan diberi cari bandar yang sesuai dalam Column B. Setiap bandar dalam Column B boleh digunakan hanya sekali. Column A Column B _____ 1. Ibu negara lama Thailand A. Ayuthia _____ 2. Bandar terbesar di Sumatera B. Ho Chih Min City _____ 3. Ibu negara Mynmar. C. Karachi _____ 4. Dahulu dikenali sebagai Saigon D. Medan _____ 5. Ibu negara lama Pakistan E. Yangdon F. Hanoi G. Surabaya
KELEBIHAN SOALAN MEMADANKAN Soalan memadankan sangat bagus untuk mentaksir kefahaman pelajar tentang hubungan. Guru boleh menguji ingatan kembali dengan meminta pelajar memadankan elemen-elemen berikut (McBeath, 1992).: o Takrifan - terma o Peristiwa sejarah- tarikh o Pencapaian - orang o Pernyataan- postulate o Penerangan - prinsip
Guru juga boleh mentaksir keupayaan pelajar mengaplikasi pengetahuan dengan meminta pelajar memadankan yang berikut: o Contoh - terma o Fungsi - bahagian o Klasifikasi - struktur o Aplikasi - postulate o Problems - principles
Soalan memadankan sebenarnya adalah suatu jenis soalan format aneka pilihan. Sekiranya anda mendapati bahawa anda menulis soalan aneka pilihan yang berkongsi pilihan jawaban, anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk mengumpul soalan-soalan itu menjadi item soalan memadankan. Soalan memadankan adalah secara umumnya mudah ditulis dan ditanda sekiranya kandungan yang diuji dan objektifnya bersesuaian. Soalan memadankan sangat cekap kerana banyak pengetahuan boleh disampelkan dalam masa yang singkat.
59 Bab 3: Menggunakan Ujian Objektif
BATASAN SOALAN MEMADANKAN Soalan memadankan terbatas kepada bahan yang boleh disenaraikan kepada dua column dan mungkin tidak banyak bahan yang dibuat dalam format sedemikian. Sekiranya terdapat empat item dalam satu ujian memadankan dan pelajar tahu jawaban kepada tiga daripadanya, item keempat sudah tentu diketahui melalui proses eliminasi. Susah untuk membezakan di antara item berkesan dan yang tidak berkesan. Selalu membawa kepada pengujian fakta yang remeh atau maklumat kecil. Selalu dikritik kerana menggalakkan penghafalan. CADANGAN UNTUK MEMBINA SOALAN MEMADANKAN YANG BAIK Sediakan arahan yang jelas. Ia harus menerangkan berapa kali respon boleh digunakan. Selagi boleh, biar semua maklumat dalam sesebuah column adalah sejenis. Masukkan lebih banyak respon daripada premise atau benarkan respon digunakan lebih daripada satu kali. Letakkan item dengan lebih perkataan dalam Column A. Jawaban yang betul tidak harus terlalu jelas kepada seseorang yang tidak tahu kandungan yang diajar. Harus ada kata kekunci dalam premis dan juga respon, yang memberi petanda kepada jawaban yang betul. Semua respon dan premis untuk item memadankan harus dalam mukasurat yang sama.
AKTIVITI 3.3
a) Apakah di antara kelebihan soalan memadankan? b) Senaraikan batasan soalan memadankan. c) Cadangkan kelebihan dan kelemahan lain menggunakan soalan memadankan. d) Pilih 5 soalan betul-salah dalam mata pelajaran anda dan analisa setiap item menggunakan garis panduan di atas. e) Pilih 5 soalan memadankan dalam mata pelajaran anda dan analisa setiap item menggunakan garis panduan di atas. f) Cadangkan bagaimana anda akan memperbaiki item yang lemah untuk setiap jenis soalan itu.
60 Bab 3: Menggunakan Ujian Objektif RINGKASAN
Ujian objektif adalah ujian bertulis yang terdiri daripada item atau soalan yang memerlukan responden memilih daripada sebuah senarai jawaban yang berkemungkinan.
Item atau soalan objektif adalah ‘tepat’ kerana ia tidak boleh dipengaruhi oleh kecenderungan peribadi dan prejudis penanda.
Ujian objektif berbeza bergantung kepada bagaimana soalan ditulis. Tiga jenis soalan yang biasa digunakan dalam kebanyakan ujian objektif adalah soalan aneka pilihan, soalan memadankan dan soalan betul-salah.
Soalan aneka pilihan mempunyai dua bahagian: stem yang mengandungi soalan dan 4 atau 5 pilihan yang mengandungi jawaban yang betul, dipanggil respon kekunci dan pilihan yang salah dipanggil pengganggu.
Soalan aneka pilihan digunakan dengan meluas kerana ia boleh mengukur hasil pembelajaran daripada yang mudah kepada yang kompleks selagi soalan distruktur dengan baik dan tugasannya jelas dan menguji sample pencapaian yang berbagai tahap.
Soalan aneka pilihan susah untuk dibina, selalunya mengukur hasil pembelajaran tahap rendah, mengundang pelajar meneka dan tidak mengukur kebolehan menulis.
Soalan betul-salah adalah soalan yang mempunyai pernyataan dan pelajar mengindikasi samada pernyataan itu betul atau salah.
Soalan betul-salah boleh ditulis dengan cepat dan senang ditanda. Oleh kerana ia diberi markah secara objektif, markahnya lebih tinggi kebolehpercayaannya berbanding item yang bergantung kepada pertimbangan guru.
Elakkan mencedok terus daripada bahan bacaan, nota atau bahan kursus lain yang membolehkan pelajar menjawab melalui penghafalan sahaja.
Soalan memadankan digunakan untuk mengukur keupayaan pelajar mengenal pasti hubungan di antara dua senarai terma, frasa, pernyataan, takrifan, tarikh, peristiwa, orang dan sebagainya.
Bagi mengurangkan kemungkinan pelajar meneka jawaban, senaraikan lebih banyak respon daripada premis dan benarkan respondigunakan lebih daripada satu kali.
Sebuah jadual spesifikasi dapat membantu memastikan agar ujian lebih tinggi keesahannya, mewakili objektif pembelajaran dan kandungan yang diliputi dalam ujian.
61 Bab 3: Menggunakan Ujian Objektif
Semasa menulis item ujian, guru harus peka tentang panjangnya ujian atau peperiksaan serta tahap pembacaan pelajar. ISTILAH PENTING Ujian objektif Soalan betul-salah Stem Meneka Pengganggu Soalan memadankan Pilihan Rancangan Soalan aneka pilihan Jadual spesifikasi
Peruntukan masa Respon Premis Liputan kandungan
RUJUKAN:
Burton, S., Sudweeks, R., Merrill, P. and Wood, B. (1991). Multiple-choice test items: Guidelines for university faculty. Brigham Young University Testing Services. Utah.
Haladyna, T. M., & Downing, S. M. (1989a). A taxonomy of multiple-choice itemwriting rules. Applied Measurement in Education, 2(1), 37-50.
McKenna, C. and Bull, R. (1999). Designing effective objective questions. London: Loughborough University.
Nitko, A.J. (2004). Educational assessments of students. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.
Osterlind, S. J. (1998). Constructing test items. Boston: Klumer Academic.