BA B 2 T E OR I - T E OR I P E M I L I H A N D A N P E M B A NG NG U N A N K E R J A Y A
OBJEKTIF BAB
Setelah mempelajari bab ini, anda seharusnya dapat: 1. Membincangkan pelbagai teori tentang pemilihan dan pembangunan kerjaya dari pelbagai perspektif. 2. Menghuraikan faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan kecenderungan dan minat individu. 3. Menjelaskan proses-proses pembangunan kerjaya individu yang berlaku sepanjang hidup. 4. Membincangkan sebab individu memilih dan membuat sesuatu keputusan.
2.1
PENGENALAN
Di dalam Bab 1 kita telah telah didedahkan dengan kepentingan dan keperluan kepada pekerjaan. Para pelajar juga telah mengetahui serbasedikit sejarah ringkas yang membawa kepada aspek pemilihan dan pembangunan kerjaya pekerja. Model 3 Langkah yang diutarakan oleh Parsons 3 Steps Model Parsons ( Parsons ) telah membuka ruang kepada perbincangan dan kajian yang lebih mendalam bukan sahaja di kalangan ahli-ahli psikologi tetapi juga mendapat perhatian ahli-ahli sosiologi, ekonomi, dan para pendidik untuk lebih memahami bagaimana seseorang itu membuat pilihan kerjaya ( career choice ) dan menyelesaikan career problem masalah kerjaya ( career ). Oleh itu dalam bab ini kita akan cuba membincangkan beberapa teori berkenaan pemilihan dan pembangunan kerjaya agar kita dapat memahami masalah-masalah berkaitan kerjaya dan seterusnya mencari jalan penyelesaian agar dapat membuat keputusan yang lebih tepat. Sebenarnya terdapat banyak teori berkenaan pemilihan dan pembangunan kerjaya yang diutarakan oleh ahli-ahli teori dari pelbagai bidang. Antaranya adalah teori berasaskan trait dan faktor ( trait and factor theories ), teori–teori t eori–teori berasaskan pembangunan ( developmental theories ), teoriteori yang berkaitan dengan pembelajaran ( learning theories ) dan Teori Sosioekonomi. 11
Teori berasaskan trait dan faktor ( trait and factor theories ) menekankan bahawa individu perlu membangunkan sifat-sifat yang mencakupi minat, nilai, personaliti, dan bakat atau kecenderungan mereka. Di samping itu, pelopor teori ini juga mencadangkan agar individu memilih persekitaran yang sesuai dan sepadan ( congruence ) dengan mereka. Contoh teori berasaskan trait dan faktor ( trait and factor theories ) ialah Teori Pemilihan Vokasional ( Vocational Choice Theory ) oleh Holland yang dibincangkan dengan lebih mendalam dalam bab personaliti dan kerjaya. Teori berasaskan pembangunan pula mengandaikan bahawa perkembangan faktor-faktor personal dan psikologikal akan mempengaruhi pemilihan dan pembangunan kerjaya. Contoh teori yang dikategorikan dalam teori berasaskan pembangunan ialah Teori Jangka Hayat ( Life Span Theory ) oleh Super. Teori berkaitan pembelajaran ( learning theories ) pula menerangkan prosesproses yang berlaku dan dibentuk oleh individu serta proses-proses bagaimana dan mengapa individu membuat sesuatu pilihan atau keputusan. Teori berasaskan pembelajaran yang lazim digunakan ialah Toeri Pembelajaran Sosial oleh Krumboltz ( Krumboltz Sosial Learning ). Manakala teori-teori yang dikategorikan sebagai Teori Theory Sosioekonomi ialah Teori Pencapaian Status ( Status Attainment Theory ) dan Teori Dwi Pasaran Buruh ( Dual Labor Market Theory ). Berbeza daripada teori Trait and Factor , teori ini kurang memberi perhatian kepada faktor-faktor dan sifat psikologi individu tetapi mengaitkannya dengan status sosioekonomi pembuat keputusan ( decision maker ) dan pengaruh faktor-faktor ekonomi terhadap proses pemilihan pekerjaan. Beberapa daripada teori-teori yang telah disebutkan akan dijelaskan dengan lebih lanjut dalam bahagian-bahagian seterusnya. Selain daripada itu, bab ini juga akan membincangkan satu model yang dikategorikan sebagai pernyataan teoritikal yang agak terkini, iaitu Model Pemprosesan Maklumat Kerjaya ( Career Information Processing Model - CIP). Oleh kerana terdapat pelbagai teori yang diklasifikasikan kepada pelbagai kategori mengikut pendekatan dan faktor-faktor yang berbeza, maka terdapat ahli-ahli teori yang mengkelaskan teori-teori tersebut kepada dua jenis, iaitu Teori-teori Struktur ( Structured Theories ) dan Teori-teori Proses ( Process Theories ) (Patton dan McMahon, 1999). Teori Struktur memandang masalah kerjaya dan pembuatan keputusan mengenainya sebagai sesuatu yang berlaku pada satu-satu masa dalam hidup seseorang. Oleh itu, ia memberi penekanan kepada apa yang perlu dipilih dengan memadankan individu dengan persekitaran. Contoh teoriteori jenis ini ialah teori Parsons, Roe dan Holland. Teori Proses pula memandang masalah kerjaya dan pembuatan keputusan mengenainya sebagai satu proses sepanjang hayat yang melibatkan pelbagai peristiwa 12
dan pilihan. Ia memfokuskan kepada pemilihan dan kemudiannya menentukan peristiwa-peristiwa dan tanggungjawab yang membawa kepada pencapaian matlamat kerjaya. Misalnya memilih untuk mengambil major Kesusasteraan semasa di universiti untuk menjadi seorang penulis. Contoh Teori proses ialah Teori Jangka Hayat oleh Super dan Teori Pembelajaran Sosial oleh Krumboltz. Walau bagaimanapun, untuk perbincangan seterusnya kita tidak akan mengkategorikan teori-teori tersebut kepada struktur dan proses sebaliknya memfokuskan kepada beberapa teori yang dirasakan penting dan signifikan dalam mempengaruhi pemilihan dan pembangunan kerjaya.
SOALAN DALAM TEKS 2.1
1. 2.
Apakah yang anda faham dengan teori berasaskan trait dan faktor ( trait and factor theories )? Berikan dua contoh teori yang tergolong dalam Teori Sosioekonomi.
Semak jawapan anda di akhir bab ini.
2.2
TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL KRUMBOLTZ
Teori Pembelajaran Sosial oleh Krumboltz ini merupakan adaptasi daripada teori Albert Bandura (1969). Ia cuba menjelaskan bagaimana seseorang itu menceburi sesuatu bidang pekerjaan daripada pelbagai peluang pekerjaan yang ada. Teori yang berasaskan kepada prinsipprinsip pembelajaran ( based on learning principles ) ini menerangkan bahawa individu belajar tentang diri mereka, prioriti-prioriti dalam hidup dan dunia pekerjaan melalui pengalaman-pengalaman langsung dan tidak langsung yang dilalui. Mereka kemudiannya akan bertindak berdasarkan maklumat dan pengetahuan yang telah dipelajari tersebut (Patton dan McMahon, 1999). Menurut Krumboltz terdapat empat faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan kerjaya, iaitu (i) Faktor Genetik dan Kebolehan ( Genetic Endowment & Special Abilities ); (ii) Keadaan Persekitaran dan Peristiwa Berkaitan Environmental Conditions and Events ( ); 13
(iii) (iv) 1.
Pengalaman-pengalaman Yang Dilalui/Dipelajari ( Learning Ebxperiences ); dan Kemahiran-kemahiran Tugas ( Task Approah Skills ).
Faktor Genetik dan Kebolehan (Genetic Endowment & Special Abilities)
Faktor pertama iaitu genetik adalah berkaitan dengan ciri-ciri yang diwarisi oleh seseorang dari keturunannya seperti bangsa, jantina, rupa bentuk fizikal dan bakat serta kebolehan lain termasuk juga kecacatan (ability and disability) (Patton & McMahon; 1999). Bagaimanapun menurut Krumboltz faktor genetik ini boleh dipengaruhi pula oleh faktor-faktor lain seperti persekitaran. Misalnya seseorang yang berbakat dalam bidang muzik tetapi keluarganya kurang berkemampuan dari segi ekonomi mungkin tidak berupaya untuk mengembangkan potensi dirinya kerana tidak mendapat pendedahan yang sewajarnya dalam bidang berkenaan. 2.
Faktor Keadaan Persekitaran dan Peristiwa Berkaitan ( Environmental Conditions and Events)
Faktor kedua adalah keadaan persekitaran dan peristiwa-peristiwa berkaitan yang dilalui oleh individu sepanjang hidupnya. Faktor ini merupakan faktor-faktor yang berada di luar kawalan s eseorang sama ada dirancang atau tidak dan sama ada berpunca daripada tindakan manusia atau secara semulajadi. L.K Mitchell & Krumboltz (1996) menyenaraikan 12 keadaan dan peristiwa yang termasuk dalam kategori ini, iaitu (i) bilangan dan jenis peluang pekerjaan yang ada (ii) bilangan dan jenis peluang latihan yang wujud (iii) prosedur dan polisi-polisi pemilihan dan pengambilan pekerja (iv) ganjaran kewangan dan sosial (v) undang-undang buruh dan peraturan Kesatuan Sekerja (vi) bencana alam (vii) ketersediaan dan permintaan terhadap sumber-sumber semulajadi (viii) perkembangan teknologi (ix) perubahan dalam organisasi sosial (contoh; kebajikan) (x) pengalaman keluarga dan sumber kewangan (xi) sistem pendidikan dan (xii) pengaruh komuniti dan kejiranan (Patton dan McMahon, 1999)
14
3.
Faktor Pengalaman-Pengalaman yang Dilalui/Dipelajari ( Learning Ebxperiences)
Selain itu, faktor-faktor sejarah dan pengalaman yang dilalui dan dipelajari juga boleh mempengaruhi pembuatan keputusan tentang kerjaya. Mengikut teori ini setiap orang mempunyai pengalamanpengalaman yang unik yang boleh memberi kesan kepada hidup mereka dan aspek kerjaya yang diceburi. Pengalaman-pengalaman dan sejarah ini boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu instrumental dan associative (Osipow dan Fitzgerald, 1996). Instrumental Learning Experiences adalah situasi di mana individu bertindak terhadap persekitaran untuk menghasilkan sesuatu akibat. Associative Learning Experiences pula adalah keadaan yang dipelajari dan dilalui oleh
seseorang melalui rangsangan-rangsangan luaran seperti pemerhatian, mengkaji sesuatu model atau peristiwa dan sebagainya. Contohnya kanak-kanak mungkin mempelajari bahawa menjadi seorang jaguh sukan adalah sesuatu yang lebih baik dan berjaya daripada menjadi menjadi seorang ahli politik. Perkaitan di antara mesej yang diterima ini dengan pekerjaan akan memberi kesan sama ada positif atau negatif terhadap pembuatan keputusan mengenai kerjaya. 4.
Kemahiran-Kemahiran Tugas (Task Approah Skills)
Faktor keempat yang diutarakan oleh Krumboltz dalam modelnya ialah faktor kemahiran-kamahiran berkaitan tugas ( task approach skills ). Ini adalah kemahiran-kemahiran yang diapplikasikan oleh individu terhadap sesuatu tugas baru ataupun masalah yang dihadapi. Ia juga dikatakan hasil daripada interaksi di antara ketiga-tiga faktor yang telah dibincangkan. Kemahiran-kemahiran tersebut termasuklah standard dan nilai prestasi, tabiat kerja, proses-proses kognitif dan perceptua l serta maklumbalas emosional. Pengaplikasian kemahiran-kemahiran ini akan mempengaruhi sesuatu tugas atau penyelesaian masalah yang dihadapi dan seterusnya memberi kesan kepada hasil yang diperolehi. Kombinasi keempat-empat faktor yang telah dijelaskan iaitu warisan, persekitaran, pengalaman dan kemahiran akan menghasilkan tiga akibat iaitu self-observation generalizations, task approach skills dan tindakan ( action ). Self-observation generalizations adalah pandangan individu terhadap diri sendiri yang diperolehi dan dipelajari daripada pengalaman-pengalaman hidupnya. Ini dapat dilihat dalam bentuk minat yang ditunjukkan oleh seseorang. Task Approach Skills pula adalah ciri-ciri kognitif dan afektif yang ditunjukkan oleh individu dalam berurusan dengan persekitaran dan juga sebagai panduan untuk meramal masa depan. Akibat ketiga iaitu tindakan ( action ) adalah perlaksanaan sesuatu sikap ( implementation of 15
) hasil daripada pandangan individu terhadap dirinya ( self- behavior observation generalizations ) dan task approach skills. Contohnya permohonan pekerjaan dan minat mempelajari sesuatu kemahiran adalah tindakan yang terhasil daripada dua akibat tersebut.
SOALAN DALAM TEKS 2.2
1. Apakah faktor-faktor genetik yang mempengaruhi proses pembuatan keputusan mengenai kerjaya mengikut Krumboltz? 2. Nyatakan tiga daripada 12 keadaan persekitaran yang disenaraikan oleh L.K Mitchell dan Krumboltz (1996) yang memberi kesan kepada proses pembuatan keputusan kerjaya. 3. Jelaskan apa yang anda faham dengan Associative Learning Experience .
Semak jawapan anda di akhir bab ini.
2.3
TEORI SOSIOEKONOMI
Mengikut ahli-ahli ekonomi terdapat sebahagian faktor iaitu faktor-faktor luaran yang tidak dapat dikawal oleh individu tetapi boleh mempengaruhi corak pemilihan dan pembuatan keputusan mereka. Faktor-faktor luaran ini ialah elemen ekonomi seperti keadaan ekonomi global, pasaran buruh serta kuasa permintaan dan penawaran yang memberi kesan kepada pekerja dari segi jawatan dan kadar upah. Hotchkiss dan Borow (1996), menekankan kepada pembolehubah-pembolehubah berstruktur ( structural variables ) seperti status sosioekonomi, diskriminasi, pengasingan pekerjaan ( occupational segregation ) dan kedaan pasaran buruh yang mempengaruhi kerjaya. Untuk memahami dengan lebih lanjut aspekaspek ini kita akan membincangkan dua teori utama iaitu Teori Pencapaian Status ( Status Attainment Theory ) dan Teori Dwi Pasaran Buruh ( v ). 2.3.1 Teori Pencapaian Status
Mengikut teori ini status sosioekonomi sesebuah keluarga akan mempengaruhi tahap pendidikan di mana ini seterusnya akan mempengaruhi pula jenis pekerjaan yang diceburi. Bagaimanapun 16
kemudiannya terdapat pembolehubah baru yang ditambah kepada elemen sosioekonomi tersebut iaitu kebolehan mental. Hotchkiss dan Borow (1996) menerangkan bahawa status keluarga dan variable kognitif iaitu kebolehan mental seseorang akan bergabung melalui proses-poses psikologikal sosial yang akan mempengaruhi pencapaian dalam pendidikan. Pencapaian dalam pendidikan ini pula akan memberi kesan kepada pencapaian dalam pekerjaan dan pendapatan yang diterima (Isaacson dan Brown, 2000). Ini bererti individu yang status sosioekonominya adalah tinggi mungkin berpeluang untuk mendapat tahap pendidikan yang lebih tinggi namun terdapat faktor lain yang boleh menghalang pencapaiannya dalam pendidikan iaitu kebolehan mental atau kebijaksanaan. Begitulah sebaliknya dengan individu yang taraf sosioekonominya adalah rendah. Walaupun seseorang yang berasal dari status sosioekonomi rendah dikatakan kurang berpeluang melanjutkan pendidikan ke tahap yang lebih tinggi, tetapi faktor kebijaksanaan dan kebolehan mentalnya mungkin boleh mengubah keadaan ini. Misalnya dengan memohon biasiswa atau tajaan pendidikan. Sungguhpun begitu terdapat kritikan terhadap teori ini di kalangan ahliahli sosiologi dan ekonomi. Mereka mengatakan bahawa teori ini terlalu ringkas dan cuba mencari alternatif lain yang mempengaruhi pencapaian dalam pekerjaan ( occupational attainment ), iaitu jenis firma yang diceburi. Dari sinilah timbulnya Teori Dwi Pasaran Buruh.
SOALAN DALAM TEKS 2.3
1. Apakah pembolehubah yang boleh mempengaruhi tahap pencapaian seseorang dalam pendidikan selain daripada status sosiekonomi? 2. Namakan teori yang menjadi alternatif kepada Teori Pencapaian Status.
Semak jawapan anda di akhir bab ini. 2.3.2 Teori Dwi Pasaran Buruh
Mengikut Borow & Hotchkiss (1996), teori ini mengandaikan bahawa terdapat dua jenis perniagaan atau firma dalam pasaran buruh iaitu core dan peripheral . Core merupakan firma teras yang memainkan peranan yang dominan dalam pasaran di mana firma jenis ini berdaya saing, 17
menggunakan peralatan dan teknologi terkini serta berupaya mengembangkan kedudukan mereka dalam pasaran. Oleh itu, individu yang bekerja dalam firma jenis ini dikatakan mempunyai peluang yang lebih baik untuk merancang dan membangunkan kerjaya mereka. Berbeza dengan firma teras, firma yang tergolong dalam kategori peripheral dianggap kurang penting dan tidak dapat menyediakan komitmen jangka panjang kepada pekerja-pekerjanya. Ini bererti peluang untuk mereka membangunkan kerjaya adalah kurang kerana peranan yang dimainkan oleh firma jenis ini dalam pasaran adalah kurang penting dan tidak mempengaruhi buruh secara signifikan (Isaacson dan Brown, 2000). SOALAN DALAM TEKS 2.4
1. 2.
Namakan dua jenis firma yang terdapat dalam pasaran buruh mengikut Teori Dwi Pasaran Buruh. Pada pendapat anda individu yang berorientasikan kerja ( career oriented ) patut menceburi firma yang bagaimana?
Semak jawapan anda di akhir bab ini.
2.4
TEORI KITAR HAYAT ( LIFE-SPAN ) OLEH SUPER
Teori Donald Super ini tergolong dalam kategori Teori Pembangunan ( Developmental Theory ). Ia merupakan lanjutan daripada teori awal pembangunan kerjaya yang dibincangkan oleh Ginzberg dan rakanrakannya. Antara kajian utama yang mempengaruhi teori Donald Super ialah tulisan Buehler (1933) berkenaan psikologi pembangunan. Buehler mengatakan bahawa hidup seseorang terdiri daripada beberapa peringkat yang berbeza bermula dengan tahap pertumbuhan ( growth stage ) iaitu sejak lahir sehingga berumur 14 tahun. Tahap kedua adalah tahap penerokaan ( exploratory stage ) yang bermula dari umur 15 hingga 25 tahun diikuti oleh tahap penyenggaraan ( maintenance stage ) iaitu tahap paling lama dalam hidup seseorang bermula dari umur 25 hingga 65 tahun. Tahap terakhir ialah tahap penurunan ( decline stage ) yang bermula selepas umur 65 tahun. Konsep teori Super tentang pembangunan kerjaya adalah berasaskan tahap-tahap tersebut dan juga andaian bahawa tanggungjawab dan tugas dalam pekerjaan merupakan sebahagian besar daripada tugas dan tanggungjawab dalam hidup seseorang (Osipow dan Fitzgerald, 1996). 18
Pada permulaannya Super mengutarakan 10 saranan pada tahun 1953 dan mengembangkannya menjadi 14 dengan sedikit penambahbaikan pada tahun 1990. Saranan-saranan tersebut adalah (i) Manusia adalah berbeza dari segi kebolehan, personaliti, keperluan, nilai minat, sikap dan konsep kendiri. (ii) Berdasarkan ciri-ciri tersebut (personaliti, nilai, kebolehan dan sebagainya) manusia berkelayakan menceburi beberapa jenis pekerjaan. (iii) Setiap pekerjaan memerlukan satu bentuk karekteristik dari segi bakat, kebolehan dan personaliti, namun terdapat variasi atau kepelbagaian pekerjaan untuk setiap individu dan kepelbagaian individu untuk setiap pekerjaan. (iv) Kecekapan dan keutamaan pekerjaan, situasi di mana manusia hidup dan bekerja dan konsep kendiri berubah mengikut masa dan pengalaman. Walaupun begitu konsep kendiri menjadi semakin stabil dari zaman akhir remaja sehinggalah peringkat kematangan dan ini mewujudkan kesinambungan dari segi pilihan dan penyesuaian. Mengikut Isaacson & Brown (2000) perubahan dalam konsep kendiri akan mempengaruhi kepuasan kerja dan mungkin mendorong seseorang itu melakukan sesuatu untuk mencapai kembali tahap kepuasan mereka, misalnya dengan menukar kerjaya. (v) Proses-proses perubahan tersebut boleh disimpulkan kepada beberapa tahap dalam kehidupan seseorang iaitu bermula dengan pertumbuhan ( growth ), penerokaan ( exploration ), pengukuhan ( establishment ), penyenggaraan ( maintenance ) dan penurunan ( decline ). (vi) Corak kerjaya, iaitu tahap pekerjaan yang dicapai, dan turutannya, kekerapan dan jangkamasa percubaan dan kestabilan sesuatu kerja ditentukan oleh tahap sosioekonomi keluarga, kebolehan mental, pendidikan, kemahiran, personaliti (keperluan, nilai, minat, sikap dan konsep kendiri) serta peluang-peluang yang ada. (vii) Kejayaan seseorang dalam memenuhi tuntutan persekitaran sepanjang tahap berkerjaya ( life-career stage ) bergantung kepada kesediaan individu untuk mengendalikan tuntutan-tuntutan tersebut (iaitu kematangan kerjaya). Kematangan kerjaya mengikut Super merujuk kepada karekteristik-karekteristik fizikal, psikologikal, dan sosial yang mempengaruhi kesediaan dan kebolehan individu dalam menghadapi segala masalah dan cabaran dalam proses pembangunan. 19
(viii)
(ix)
(x)
(xi)
(xii)
(xiii)
(xiv)
Kematangan kerjaya adalah sesuatu yang hipotetikal ( hypothetical ). Definisi operasionalnya sukar untuk dijelaskan sepertimana menjelaskan kebijaksanaan tetapi sejarahnya lebih ringkas dan mudah. Perkembangan melalui tahap-tahap kerjaya ( life stages ) boleh dibimbing dengan cara mematangkan kebolehan dan minat serta pembangunan konsep kendiri. Proses pembangunan kerjaya pada dasarnya adalah membangunkan dan melaksanakan konsep kendiri pekerjaan ( occupational self-concept ). Ia adalah satu proses sintesis dan berkompromi di mana konsep kendiri ini adalah hasil interaksi bakat-bakat yang diwarisi, pembentukan fizikal, peluang dan pembelajaran interaktif. Proses sintesis dan berkompromi di antara individu dengan faktor-faktor sosial, antara konsep kendiri dan realiti adalah satu peranan ( role-play ) dan belajar dari maklumbalas ( learning from feedback ) tanpa mengambilkira bentuk peranan tersebut. Kepuasan kerja dan kepuasan hidup bergantung kepada sejauh mana individu dapat mempraktikkan bakat, kebolehan, keperluan, nilai, minat, ciri-ciri personaliti dan konsep kendirinya dalam kerja yang dilakukan. Faktorfaktor ini bergantung kepada jenis kerja, situasi kerja dan cara hidup di mana seseorang itu dapat memainkan peranannya. Tahap kepuasan yang dicapai oleh individu daripada kerja yang dilakukan adalah berkadaran ( proportional ) dengan tahap sejauh mana individu tersebut dapat memgimplementasikan konsep kendirinya. Kerja dan pekerjaan memberikan fokus kepada personaliti organisasi walaupun untuk sesetengah individu fokus ini mungkin berkait ataupun tidak wujud. Tradisi sosial seperti perbezaan peranan dari segi jantina, bias etnik dan perbezaan individu merupakan penentupenentu penting yang mempengaruhi peranan individu seperti sebagai pekerja, pelajar, rakyat dan sebagainya. Dengan kata lain individu merupakan jelmaan atau cerminan kerja yang dilakukannya atau peranan yang dimainkannya. (Patton dan McMahon, 2000)
20
SOALAN DALAM TEKS 2.5
1.
2. 3.
Donald Super mengasaskan teorinya daripada Buehler (1933) yang mengutarakan bahawa hidup seseorang terbahagi kepada empat peringkat. Namakan tahap-tahap atau peringkat tersebut. Berapakah saranan yang diberikan oleh Super (1990) dalam Teori Life-Span beliau? Adakah perubahan konsep kendiri akan mempengaruhi kepuasan kerja seseorang? Jika Ya apakah tindakan yang mungkin dilakukan oleh individu?
Semak jawapan anda di akhir bab ini.
2.5
MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT KERJAYA (CIP MODEL)
Isaacson & Brown (2000) mengklasifikasikan Model Career Information Processing ( CIP ) ini dalam Teori Pembelajaran ( Learning Theory ). Ia diutarakan oleh Peterson, Reardon dan Sampson (1991) dalam buku mereka berjudul Career Development and Services: A Cognitive Approach . Mereka memberikan lapan anadaian berkenaan CIP, iaitu (i) Pilihan kerjaya adalah berasaskan kepada apa yang kita rasa dan fikirkan. (ii) Membuat pilihan kerjaya adalah satu aktiviti penyelesaian masalah. (iii) Kebolehan kita sebagai penyelesai masalah kerjaya adalah berasaskan apa yang kita tahu dan bagaimana kita berfikir. (iv) Keputusan kerjaya memerlukan memori yang baik. (v) Keputusan kerjaya memerlukan motivasi. (vi) Pembangunan kerjaya berlaku berterusan sebagai sebahagian daripada pertumbuhan dan pembelajaran sepanjang hidup. (vii) Kerjaya kita sangat bergantung kepada apa dan bagaimana kita berfikir mengenainya. (viii) Kualiti kerjaya kita bergantung kepada sejauh mana efektifnyakita belajar untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah-masalah kerjaya. (Reardon, Lenz, Peterson dan Sampson, 2000) 21
Pendekatan Model CIP ini cuba menerangkan proses kognitif atau peristiwa tentang bagaimana otak kita memproses segala maklumat dan pengetahuan dalam penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan kerjaya. Ini dapat diterangkan berdasarkan Rajah 2.1. Rajah 2.1 Model CIP
Thinking About My Decision Making Meta-cognitions
Generic Info. Processing Skills
Knowing How I Make Decision
(CASVE)
Knowing About Myself
Occupational Knowledge
Selfknowledge
Knowing About My Options
Sumber : Diubahsuai daripada Reardon, Lenz, Sampson, Peterson. (2000).
Rajah 2.1 menunjukkan piramid yang mengandungi komponen-
komponen yang terlibat dalam membuat pilihan kerjaya. Tahap yang paling bawah dalam piramid tersebut dikenali sebagai Knowledge Domain yang terdiri daripada self knowledge iaitu pengetahuan terhadap diri sendiri dan occupational knowledge iaitu pengetahuan tentang pilihan-pilihan kerjaya yang ada. Self knowledge termasuklah mengetahui tentang nilai-nilai, minat dan kemahiran diri sendiri. Manakala occupational knowledge pula merujuk kepada pemahaman tentang sesuatu pekerjaan, bidang pendidikan dan bagaimana menguruskannya (Reardon, Lenz, Sampson, Peterson ; 2000). Tahap kedua yang ditunjukkan dalam rajah dikenali sebagai Decision Making Skills Domain iaitu tahap bagaimana seseorang itu membuat keputusan ( Knowing How I Make Decisions ). Domain ini menerangkan lima elemen yang terlibat untuk membuat keputusan yang berkesan iaitu Communication, Analysis, Synthesis, Valuing dan Execution (CASVE). Fasa komunikasi ( Communication - C ) bermula apabila adanya isyarat dari dalaman atau luaran tentang sesuatu masalah yang wujud. Sebagai 22
maklumbalas kepada isyarat ini individu akan cuba menentukan aspek di mana masalah itu wujud. Peringkat ini dikenali sebagai analisis ( Analysis A ). Pada peringkat sintesis ( Synthesis - S ) seseorang itu akan cuba memikirkan beberapa penyelesaian kepada masalah yang wujud dan seterusnya mengenalpasti pilihan-pilihan yang dirasakan realistik. Pada tahap penilaian ( Valuing - V ) pula analisis kos dan faedah terhadap penyelesaian yang ada dibuat berasaskan kepada sistem nilai individu. Akhirnya plan akan dibentuk dan dilaksanakan ( Execution - E ) untuk bertindak ke atas alternatif-alterhatif yang telah dipilih. (Isaacson dan Nrown, 2000) Rajah 2.2 menunjukkan hubungan yang lebih jelas yang berlaku dalam Domain Kemahiran Membuat Keputusan ( Decision Making Skills Domain ).
Tahap tertinggi dalam piramid yang ditunjukkan dalam Rajah 2.2 yang juga dikenali sebagai Executive Processing Domain melibatkan pemikiran tentang keputusan yang dibuat ( Thinking About My Decision Making ) termasuklah perolehan, penyimpanan, pengeluaran dan pemprosesan maklumat-maklumat yang relevan dengan masalah kerjaya yang dihadapi. Peringkat metacognitions ini melibatkan dialog dengan diri sendiri ( self-talk ), kesedaran terhadap diri sendiri ( self-awareness ) serta pemantauan dan pengawalan (Patton dan McMahon, 1999). Rajah 2.2 CASVE Cycle of Information Processing Skills External or Internal Problem Signals
Communication (Identifying a Gap)
Execution (Forming Means-ends Strategies)
Valuing (Priotizing Alternatives)
Analysis (Interrelating Problem Components)
Synthesis (Creating Likely Alternatives)
Sumber : Reardon, Lenz, Sampson, Peterson. (2000).
23
SOALAN DALAM TEKS 2.6
1. 2.
3.
Terangkan secara ringkas apa yang anda faham dengan Model CIP. Apakah bentuk pengetahuan yang terdapat dalam Knowledge Domain yang dapat membantu individu mengetahui pilihan-pilihan yang ada untuknya? Senaraikan elemen-elemen yang membentuk CASVE dalam Generic Information Processing Skills yang menerangkan bagaimana seseorang itu membuat keputusan.
Semak jawapan anda di akhir bab ini.
2.6
KESIMPULAN
Secara ringkasnya kita boleh simpulkan bahawa terdapat banyak teori yang diutarakan oleh pelbagai pihak yang merangkumi pelbagai aspek, pendekatan dan bidang. Teori-teori ini sentiasa dikaji, dinilai semula dan dikembangkan dari semasa ke semasa selaras dengan perubahan zaman dan persekitaran. Teori-teori yang membincangkan tentang pemilihan dan pembangunan kerjaya ini penting diketahui dan difahami secara asasnya agar dapat membantu dan membimbing kita membuat keputusan dan pilihan yang lebih baik kerana kerjaya adalah proses sepanjang hayat yang berinteraksi dan sangat mempengaruhi hidup seseorang.
SOALAN PENILAIAN KENDIRI
1. 2. 3.
Jelaskan secara ringkas apa yang anda faham dengan Teori Pembelajaran Sosial oleh Krumboltz. Terangkan empat faktor yang mempengaruhi proses pembuatan keputusan kerjaya mengikut Krumboltz. Jelaskan bagaimana bentuk firma di pasaran mempengaruhi pembangunan kerjaya individu.
24
4. 5.
Berikan 4 daripada 14 saranan yang diterangkan oleh Super dalam Teori Life-Span beliau. Bincangkan bagaimana Model CIP membantu individu membuat pilihan dan keputusan tentang kerjaya mereka. Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.
JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS SDT 2.1
1.
Teori yang menegaskan bahawa individu perlu mengembangkan sifat-sifat mereka berdasarkan minat, bakat, nilai dan personaliti masing-masing.
2.
a) b)
Teori Pencapaian Status Teori Dwi Pasaran Buruh
SDT 2.2
1.
Faktor-faktor genetik yang mempengaruhi proses pembuatan keputusan mengenai kerjaya mengikut Krumboltz ialah ciri-ciri yang diwarisi oleh seseorang dari keturunannya seperti bangsa, jantina, rupa bentuk fizikal dan bakat serta kebolehan-kebolehan lain.
2.
a) b) c)
3.
Bilangan dan jenis pekerjaan yang ada Prosedur dan polisi-polisi pemilihan dan pengambilan pekerja Ketersediaan dan permintaan terhadap sumber-sumber semulajadi.
Satu keadaan yang dinilai dan dipelajari oleh individu melalui rangsangan-rangsangan luaran seperti pemerhatian atau kajian terhadap sesuatu model atau peristiwa. SDT 2.3
1.
Kebolehan mental ( cognitive variable )
2.
Teori Dwi Pasaran Buruh 25
SDT 2.4
1.
a) b)
Firma Teras ( Core ) Firma Peripheral
2.
Firma Teras ( Core ) SDT 2.5
1.
a) b) c) d)
Tahap Pertumbuhan ( Growth Stage ) Tahap Penerokaan ( Exploratory Stage ) Tahap Penyenggaraan ( Maintenance Stage ) Tahap Penurunan ( Decline Stage )
2.
14 saranan
3.
Ya, Individu akan cuba melakukan sesuatu untuk mencapai kembali kepuasan kerjanya, misalnya dengan mencari kerja baru. SDT 2.6
1.
Model CIP adalah model yang cuba menjelaskan proses kognitif atau pemikiran yang berlaku dalam otak seseorang. Ia cuba menerangkan bagaimana akal kita memproses segala maklumat dan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah kerjaya dan seterusnya membuat pilihan atau keputusan.
2.
a) b)
Self knowledge iaitu pengetahuan tentang diri sendiri. Occupational knowledge iaitu pengetahuan tentang sesuatu
pekerjaan. 3.
C - Communication A - Analysis S - Synthesis V - Valuing E - Execution
26