SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN
1.0 PENGENALAN
Berniaga merupakan kerjaya mulia. Menceburi bidang perniagaan bererti kita memajukan diri sendiri, memperkukuhkan ekonomi keluarga sendiri, membuka peluang pekerjaan kepada orang lain, dan membayar sebahagian wang peruntukan kepada peniaga lain yang berkaitan dengan perkara asas perniagaan seperti sewa atau beli kedai dan pejabat, membeli perkakas dan perabot serta khidmat
pakar.
Menerusi
perniagaan
ini
kita
menawarkan
produk
dan
perkhidmatan. Secara tidak langsung kita telah menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada orang ramai. Menurut Sabri Husin (2005), mentakrifkan perniagaan sebagai petukaran barang atau perkhidmatan dengan wang atau alat pertukaran lain, bertujuan untuk mendapat keuntungan atau sebarang bentuk faedah. Manakala Keusahawan menurut Wim Naude (2010) menganggap usahawan sebagai golongan pengusaha dan peniaga yang sanggup menanggung risiko, sentiasa berusaha untuk melakukan inovasi dan bijak serta kreatif dalam mendapatkan cara meningkatkan kekayaan, kekuasaan dan status sosial. Penggunaan peluang yang sedia ada merupakan satu perkara yang amat penting dalam perniagaan kerana kebiasaannya memberikan hasil yang lumayan dan seterusnya merupakan tapak untuk mencapai kejayaan dan keuntungan. Jika dilihat dari perspektif agama, bidang perniagaan turut diceburi oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Kita yakin bahawa baginda memilih untuk berniaga kerana ia merupakan profesion yang baik. Justeru itu tentulah baik juga kepada umatnya yang mengikuti jejak langkah baginda agar turut sama berniaga. Secara umumnya, beza peniaga dengan keusahawan ialah peniaga ialah individu yang menjual produk atau perkhidmatan sahaja; atau kedua-duanya sekali gus. Manakala usahawan ialah individu yang menguasai sesuatu industri seperti melibatkan perniagaan yang besar dan terbesar.
Lazimnya seseorang usahawan memilih sesuatu jenis perniagaan selepas meneliti potensi permintaan serta peluang pasaran yang sedia ada. Namun, bagi
NO MATRIK 251577
1
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN
Puan Kamsiah binti Yacob minat dalam bidang perniagaan mendorong beliau untuk menceburi bidang perniagaan. Walaupun beliau seorang balu, itu bukan la penghalang untuk beliau terus berniaga. Pemilik asal perniagaan Abah Enterprise Co. ialah arwah suami beliau, Ishak bin Mohd Anis yang telah meninggal dunia pada tarikh 5 september 2016.Kehilangan arwah suami pada tahun lalu telah meletakkan nama beliau sebagai pemilik syarikat Abah Enterprise Co. pada tarih 27 oct 2016 dan sekali gus mengambil alih perniagaan tersebut .Selain itu, Abah Enterprise
Co
menawarkan
perkhidmatan
katering,memprosesan,
pemborongan,Pembungkusan, Pengedaran, serta menjual makanan kering, basah, produk kecantikan dan minuman. Abah Enterprise Co. ini terletak di sibu Sarawak beralamt no 9, ground floor,kwong Ann crescent,Sibu(Lot 1593,Block 2 sungai merah T.D.
2.0 LATAR BELAKANG
Saya telah memilih syarikat Abah Enterprise Co. untuk kajian saya. Abah Enterprise Co. ialah sebuah syarikat yang menjalankan perkhidmatan katering, memprosesan, pemborongan ,Pembungkusan, Pengedaran serta menjual makanan kering, basah, produk kecantikan dan minuman. Pemilik Abah Enterprise Co. ialah Puan Kamsiah binti bt Yacob yang berusia 54 tahun. Beliau berkhidmat sebagai guru selama 30 tahun bermula di sekolah Sk Penghulu Imban ,Bt 28,Nanga Sekuau,Jln Oya.Sibu, Sk Kpg Bungan,Btg Igan,Sibu, Sk St Joseph,Miri,Sibu, Sk Campuran Daro, Sk Penakub Ulu,Mukah Dan terakhir di sekolah sk st Rita dan telah bersara pada 25 januari 2017.Beliau berasal dari Igan Sarawak dan juga berbangsa melanau. Beliau pernah menjadi Pemenang Anugerah Anugerah Usahawan Usahawan melanau harapan harapan dari persatuan persatuan melanau melanau Sarawak Sarawak (PMS) pada 29 november 2015.
NO MATRIK 251577
2
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN
Gambar diatas ialah ketika beliau memenangi Anugerah Usahawan Harapan 2015.Di sebelah beliau ialah Encik Ishak bin Mohd Anis iaitu arwah suami beliau. Abah enterprise enterprise ditubuhkan ditubuhkan oleh Encik Ishak bin Mohd Anis. Semasa arwah suami beliau menjalani rawatan di hospital sibu, beliau tidak menjalankan perniagaan sepanjang suami beliau sakit. Selepas itu, pertukaran pemilik syarikat telah bertukar ke nama beliau selepas arwah suami beliau be liau meninggal dunia pada Tarikh 27 oktober 2016. Di bawah ialah surat akuan yang dipersetujui oleh beliau.
NO MATRIK 251577
3
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN
SURAT AKUAN
NO MATRIK 251577
4
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN
2.1 MAKLUMAT SYARIKAT PERNIAGAAN
NAMA SYARIKAT : Abah Enterprise Co.
ALAMAT
SYARIKAT : no 9, ground floor,kwong Ann crescent,Sibu (Lot 1593,Block 2 ,sungai merah T.D)
NO PENDAFTARAAN PERNIAGAAN : SA20160561
NO TELEFON : 013-698163 / 01166619807
TARIKH PENDAFTARAN : 12 MAY 2016
STATUS SYARIKAT : 100 % Bumiputera
NAMA PEMILIK : Puan Kamsiah binti Hj Yacob.
2.2 MAKLUMAT PEMILIK
NAMA : Puan Kamsiah binti Hj Yacob
JAWATAN : Pengurus.
NO KAD PENGENALAN : 631010-13-5XXX
ALAMAT KEDIAMAN : No.34 Lorong 3b, Taman Indah, Jalan Teku,96000 sibu.
BANGSA : Melanau
AGAMA : Islam
KEWARGANEGARA : Malaysia.
NO TELEFON : 0135698163
NO MATRIK 251577
5
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN
LOGO SYARIKAT ABAH ENTERPRISE CO.
2.3 MATLAMAT PERNIAGAAN
Mengoptima pemprosesan sayur-sayuran segar(asas tani) .
Meningkatkan kuantiti dan kualiti produk serta perkhidmatan.
Mendapat
jaminan
kepuasan ke puasan
pelanggan,
hasil
daripada dar ipada
keberkesanan (efektif) dan kecekapan(efesien) khidmat pelanggan dalam menangani maklum balas pengguna(bebentuk aduan)
MISI
Membekal produk makanan dan minuman menepati citarasa tempatan dan memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pelangggan.
VISI
Beriltizam menjadi di antara pengeluar dan pemasaran produk makanan, minumam yang dijamin halal toiyiban di Sarawak.
NO MATRIK 251577
6
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN
2.4 PRODUK DAN PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
1. Perkhidmatan Perkhidmatan yang ditawarkan ialah perkhidmatan katering dengan aneka pilihan masakan dan sajian. Jaminan harga dan bajet yang paling berpatutan serta kompetetif tidak kira apa jua majlis yang pelanggan inginkan . Syarikat bersedia untuk memberikan kualiti sajian dan perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan.
2. Makanan dan minuman Telah mengeluarkan produk makanan sendiri seperti menghasilkan tepung cakui, donut, pau dan roti jala serta mengeluarkan biskut Snowball berjenama pesmmi. Selain mengeluarkan produk makanan,syarikat telah pengeluaran produk minuman iaitu Sirap Tamar bejenama pesmmi. Berikut ialah produk pengeluaran syarikat:
NO MATRIK 251577
7
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN
Produk Makanan
Produk Minuman
NO MATRIK 251577
8
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN
Produk kecantikan
Produk kecantikan juga ialah salah satu produk yang beliau usahakan seperti kosmetik Nurraysa beauy skincare yang muncul di tv3 sejak akhir-akhir ini. Selain itu, terdapat produk kecantikan serta produk kesihatan yang lain-la in. Menjadi ejen bagi produk kecantikan serta kesihatan bukan penghalang untuk beliau mencuba kerana di luar sana terdapat ramai ramai pesaing yang menjual
produk-produk produk-p roduk
kecantikan dan kesihatan.
NO MATRIK 251577
9
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN
Perkhidmatan tambahan
Akademi Syuhadah menyediaan tempat pengajaran dan pembelajaran yg lebih
konklusif. Bermula bulan Mac 2017
beroperasi serta menawarkan pengajian
Alquran,Tahfiz,Ba Alquran,Tahfiz,Bahasa hasa Arab,Bahasa Arab,Bahasa Malaysia ,fardu ain ,mandarin,Bahas ,mandarin,Bahasa a Inggeris,Matematik dan sains. Kelulusan tenaga pelajar seperti: 1.Pesara guru Sijil perguruan Asas 3 tahun. 2. Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Kesusasteraan Uni.Mafraq Jordan 3. Al- Hafiz @ Sijil Talaqqi 30 juz Madinah/ Karantina Malaysia/ Indonesia 4.Ijazah Sarjana uni.Malaya/ Diploma Tahfiz Ikmas 5. Guru sekolah (separuh masa) 6. Lepasan Madrasah Stam
NO MATRIK 251577
10
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN
3.0 STRATEGI DALAM PEMASARAN
Konsep pasaran terbuka dan bebas yang diamalkan di Negara ini berlangsung dengan kawalan yang amat minimum oleh pemerintah dan membentuk teras pasaran yang terkecuali. Ini menyebabkan kesemua elemen perniagaan terbentuk hasil daripada asas permintaan dan penawaran produk serta perkhidmatan.Selain daripada barangan yang tersenarai sebagai barang kawalan, harga adalah ditentukan oleh pasaran. Oleh itu, sebagai usahawan yang bijak maka, sebagai pemilik syarikat Abah Enterprise, beliau perlu berhati-hati dalam menyediakan strategi untuk menawan pelanggan.
Dalam merangka startegi pemasaran, syarikat Abah Enterprise co telah memberi perhatian terhadap empat elemen penting yang perlu dalam perniagaan beliau iaitu yang pertama, produk atau barangan merupakan startegi untuk mengenal pasti produk yang dikehendaki dan sentiasa mendapat permintaan daripada pelanggan.Yang kedua pula, dari segi harga, penetapan harga perlu kadar yang kompetetif selalunya berhasil menarik pelanggan untuk berbelanja.Ini dibuktikan oleh syarikat Abah Enterprise co. kerana beliau telah meletakkan harga yang berpatutan sesuai dengan ekonomi sekarang. Yang ketiga ialah melalui promosi, biasanya pelanggan tertarik dengan aktiviti promosi iaitu meliputi kerja-kerja pengiklan atau potongan harga.Seterusnya ialah daripada dar ipada agihan dan pengedaran ialah barangan yang di dagangkan sampai kepada pelanggan melalui peruncit,talian telefon dan jualan langsung.
Mendata Pelanggan atau Target market ialah strategi pertama yang digunakan oleh pemilik kerana memasarkan produk ke target market yang tepat adalah yang terpenting
dalam
strategi
pemasaran
produk
beliau.
Oleh
karena
itu,
mengumpulkan data pelanggan merupakan kegiatan yang sangat diperkenalkan. Semasa proses perkenalan produk ataupun penjualan berlangsung, untuk memastikan telah mendapat data pelanggan yang sesuai dengan keperluan
NO MATRIK 251577
11
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN
syarikat sehingga berguna untuk strategi promosi dan rancangan perusahaan yang akan datang.
Seterusnya, strategi kedua ialah melalui harga produk dan kualiti produk yang berpatutan dengan harga. Produk yang dihasilkan oleh beliau mempunyai banyak persaing dari segi pembungkusan dan harga yang berpatutan seperti jenama terkenal iaitu BluKey yang memgeluarkan tepung pelbagai jenis. Selain itu, persaingan ini tidak akan mematahkan semangat perusahawan dalam diri beliau
3.1 STRATEGI PEMASARAN MENGGUNAKAN E-DAGANG
Menurut Kalakota dan Whinston (1997), e-dagang telah didefinisikan dengan meluas sebagai aktiviti perniagaan secara atas talian menggunakan gabungan teknologi dan strategi perniagaan. Menurut mereka lagi, strategi perniagaan ini melibatkan bidang utama perniagaan dalam teknologi maklumat, pemasaran dan kewangan. Menurut Mohd. Johari (2001), e-dagang melibatkan proses melihat dan meneliti barang-barang yang ingin dibeli, mendapat barang-barang yang diperlukan, serta membayar pembelian tersebut. Selain itu, Sejak tahun 1995, edagang telah mula menggantikan EDI (electronic data interchange) sebagai penyelesaian utama kepada perniagaan dan perkhidmatan kerajaan. E-dagang adalah lebih murah untuk dilaksanakan, lebih fleksibel dan sesuai bagi syarikat kecil. Bagi Hernandez, Jimenez dan Martin (2009), kepercayaan (belief), kecekapan
diri
(self
efficacy),
persepsi
kemudahgunaan
dan
persepsi
kebergunaan mempunyai kesan terhadap penerimaan e-dagang. Mengambil kira kepentingan e-dagang dalam perniagaan masa kini, kajian ini diliha t signifikan bagi mengetahui sejauh manakah niat bertingkah laku untuk menggunakan e-dagang di kalangan pengurusan atasan syarikat industri kecil dan sederhana (IKS).
NO MATRIK 251577
12
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN
Seperti yang kita tahu, dunia perniagaan merupakan satu bidang yang amat kompetitif dan mencabar. Pelbagai produk dan perkhidmatan terkini boleh menembusi pasaran setiap hari dan bermacam-macam strategi digunakan untuk memastikan keuntungan dapat diperolehi. Kewujudan medium digital menjadikan persaingan semakin sengit kerana faktor sempadan sudah tidak lagi wujud dan ini membolehkan sesiapa sahaja mampu menjual produk atau perkhidmatan. Apa yang diperlukan hanyalah talian internet untuk berhubung dengan pelanggan dari serata dunia. Oleh itu, pemilik Abah Enterprise co. juga menggunakan medium digital iaitu facebook untuk mempromosikan produk-produk dan perkhidmatan yang beliau tawarkan. Bagi beliau, melalui facebook ramai yang mengenali Abah Enterprise co. sebagai pembekal, perkhidmatan catering dan sebagainya. Di bawah merupakan facebook milik Abah Enterprise co:
NO MATRIK 251577
13
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN
Melalui laman web Facebook beliau telah mempromosikan produk dan perkhidmatan untuk pelanggan. Oleh itu, beliau dapat memperluaskan perniagaa n ke dalam dan luar sabah dan sarawak seperti di semenanjung malaysia, sebagai contoh gambar diatas. Kesimpulanya, e-dagang memiliki kelebihan seperti beliau tidak terikat dengan masa dan boleh menggunakan internet sebagai medium. Justeru, ‘kedai maya’ beliau beroperasi 24 jam sehari
NO MATRIK 251577
14
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN
3.2 CABARAN MENNGUNAKAN E-DAGANG
Masalah Penipuan
Penipuan lebih mudah berlaku dalam perniagaan melalui Internet. Ini disebabkan tiada peluang berinteraksi secara terus antara pihak pembeli dan peniaga. Kegagalan transaksi perniagaan apabila talian Internet tidak berfungsi dengan baik akan menimbulkan kerisauan di kalangan pembeli. Selain itu, kebimbangan terhadap kegiatan penggodaan, penipuan dan pembongkaran identity atau maklumat pembeli serta rahsia kewangan turut menjadi faktor penolakan di kalangan pengguna. Bagi pihak perusaha pula, mereka juga berwaspada dengan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab memanipulasi sistem ke arah keuntungan mereka. Begitu juga, system money laundering yang diperkenalkan oleh sesetengah pihak melalui penipuan.
Kekurangan Pengetahuan Dalam Konsep E-Dagang
Masalah seterusnya ialah kekurangan pengetahuan pengetah uan dan pendedahan di kalangan pengguna tempatan berkaitan dengan konsep e-dagang, lebih-lebih lagi di kawasan pendalaman. Biarpun kemudahan Internet telah lama wujud, namun sebahagian daripada pengguna tempatan masih tidak memahami konsep edagang dan cara ia berfungsi. E-dagang bukan satu revolusi tetapi ia merupakan satu evolusi. Walaubagaimanapun, kebanyakan pengguna internet dan vendor gagal dalam mempromosikan bahawa konsep e-dagang hanya merupakan satu pengembangan kaedah jualan tradisi kepada jualan elektronik dalam proses perniagaan. Oleh itu, Perusaha kurang pengetahuan dalam perniagaan online kerana faktor usia yang semakin meningkat.
NO MATRIK 251577
15
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN
Peningkatan Kualiti yang Berterusan
Beliau perlu memberi tumpuan yang lebih kepada isu ini memandangkan masyarakat mahukan produk atau perkhidmatan yang setimpal dengan jumlah wang yang dibelanjakan. Oleh itu. beliau harus mengutamakan kepuasan pelanggan melalui peningkatan kualiti yang berterusan yang membolehkan syarikat memenuhi cita rasa pelanggan untuk terus bersaing dalam pemasaran.
4.0 SUMBANGAN PERNIAGAAN KEPADA IKS
Aktiviti-aktiviti Aktiviti-akti viti keusahawanan dapat mewujudkan peluang pekerjaan untuk diisi oleh masyarakat seterusnya mengurangkan kadarpengganguran (Abdullah Azhar et al., 2010).
Menyediakan pelbagai barangan bagi memenuhi tuntutan kehendak manusia seperti menghasikan produk makanan dan minuman yang halal sesuai untuk semua orang. Selain itu, menjual barangan ubat-ubatan dan makanan sampingan untuk kesihatan tubuh badan.
Menjadi penyebab kepada kewujudan industri dan perniagaan yang berkaitan di kawasan sekitar. Ini kerana beliau telah mempromosikan produk beliau di kawasan sekitar untuk meningkatkan perniagaan IKS.
Menyumbangkan ilmu dalam bidang perniagaan. Melalui proses ini, perusaha dapat memberi bimbingan kepada semua orang mengenai ilmu perniagaan atau lain-lain.
Menggalakkan penggunaan teknologi canggih. Oleh itu, beliau dapat menarik perhatian pelanggan melalui facebook dan whatssap kerana zaman sekarang golongan belia dan golongan dewasa tidak kurangnya terlalu leka dengan melihat telefon bimbit.
NO MATRIK 251577
16
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN
Meningkatkan imej negara, bangsa dan agama. Sebagai rakyat Malaysia, mengeluarkan produk halal sendiri amat di alu-alukan kerana dapat meningkatkan imej bangsa dan agama.
5.0 CIRI-CIRI USAHAWAN DALAM DIRI
Menanam semangat yang tinggi untuk mencapai kejayaan.
Ciri-ciri keusahawanan dalam diri pemilik amat dikagumi kerana mempunyai sifat yang berani untuk menempuh apa sahaja rintangan dan beliau juga menanam cita-cita yang tinggi untuk berjaya. Menurut Zain, Akram & Ghani, (2010) seorang usahawan biasanya melibatkan keberanian dalaman, cita-cita cita-c ita dan perasaan untuk berdikari tanpa bergantung kepada orang lain.
Sentiasa mendapatkan dorongan dari keluarga
Beliau juga mengakui bahawa sokongan keluarga adalah amat penting untuk mendorongnya terutamanya anak-anak yang sentiasa memberikan dorongan kepadanya dan beliau telah mengatakan bahawa kejayaannya adalah hasil sokongan kuat keluarga. Kata-kata semangat yang membina dari anak-anak yang taat adalah umpama mutiara yang berkilauan di malam kelam. Islam amat menitikberatkan hubungan kekeluargaan. Hal ini adalah kerana, dorongan dan semangat dari ahli keluarga adalah lebih memberi kesan terhadap hati terutamanya dalam menghadapi pelbagai permasalahan di dalam kehidupan.
NO MATRIK 251577
17
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN
Berpegang kepada prinsip-prinsip yang mulia
Di samping itu, beliau sentiasa memegang kepada prinsip-prinsip yang amat ditekakan oleh islam di dalam menjalankan perniagaan iaitu kejujuran, menitikberatkan mutu barangan yang dihasilkan dan lain-lain lagi. Keutamaan dan pandangan pelanggan terhadap barangan keluaran syarikatnya tidak pernah diambil ringan. Hal ini adalah bagi memastikan kepuasan pelangan dapat dijaga dengan baik.
Mementingkan produk halal
Perniagaan mempunyai pelbagai cabang. Islam hanya menghalalkan segala jenis perniagaan yang bersih. Sikap usahawan yang tidak pernah mengambil berat isu halal haram adalah usahawan yang tidak mementingkan agama. Menjual dadah, arak, mengamalkan rasuah, judi, menipu, menyembunyikan aib produk, menjual produk tarikh luput, monopoli, menyorok barang adalah antara contoh perniagaan yang dilarang sama sekali. Namun segelintir usahawan mahu cepat kaya dan mahu mengambil jalan pintas.
Wujud juga sesetengah usahawan yang menjalankan perniagaan halal seperti membuka restoran dan kedai makan tetapi tidak mementingkan sumber yang halal. Ada yang menjual ayam yang tidak disembelih disembel ih dengan syariat dan cara yang betul,tidak membasuh telur dengan bersih kemudian memegang dan membuat roti canai, menggunakan susu dan bahan minuman yang telah luput tarikh,menipu dalam kiraan harga, menjual makanan yang telah basi dan lain-lain. Segala perbuatan tersebut jelas menyebabkan rezeki yang diperolehi usahawan menjadi tidak halal walaupun asal perniagaan adalah halal.
Begitu juga usahawan yang menipu dalam timbangan dan sukatan kerana mahu mengaut lebih keuntungan.Ada juga usahawan yang menjual emas yang telah dicampur dan mendakwa ianya asli dan tulin. Pelbagai usaha dan langkah NO MATRIK 251577
18
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN
dilakukan usahawan untuk mengaut keuntungan tanpa mengira perbuatan tersebut adalah salah. Usahawan yang mahu mendapat keredaan Allah perlu menjalankan perniagaan dengan cara yang jujur, amanah, bersih dan suci. Usahawan yang mementingkan rezeki yang halal adalah usahawan yang diakui Tuhan sebagai usahawan yang taat dan mendapat balasan baik di akhirat nanti. Janganlah mementingkan keuntungan sehingga mengabaikan faktor halal dan haram. Rezeki yang haram akan membawa usahawan ke neraka nanti. Berusahalah menjalankan perniagaan yang halal dan pastikan perniagaan mendapat berkat dan bersih.
6.0 CABARAN-CABARAN DALAM PERNIAGAAN
Bukan sedikit cabaran yang perlu dihadapi, bermacam-macam dugaan perlu diharungi oleh beliau untuk memulakan perniagaan. Daripada sekecil-kecil hinggalah sebesar-besar masalah. Antara masalah yang dihadapi pada mulamulanya adalah kekeurangan motivasi dan pendorong. Memang nampak ringan faktor ini, tapi semangat hendak memulakanperniagaan dan bercerita tentang rancangan beliau kepada keluarganya jatuh bila tidak mendapat kepercayaan sepenuhnya dari keluarga.
Kekurangan pengalaman adalah antara faktor kebuntuan dalam memulakan perniagaan pada awal perdagangan dilakukan. Kebuntuan ini didorong oleh kekurangan kekuatan dalam mengurus dan menjalankan perniagaan beliau. Memang tak dinafikan kebanyakan peniaga akan mengalami masalah yang sama ini dalam memulakan perniagaan, tapi bila beliau sudah berjaya, kesusahan itu menjadi kemanisan akhirnya. Sementara itu, terlalu banyak yang perlu dihadapi untuk meneruskan perniagaan ini seperti melayan kerenah pelanggan yang pelbagai.
NO MATRIK 251577
19
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN
Cabaran yang seterusnya adalah kesukaran untuk mencari pekerja . Menurutnya, agak sukar untuk mendapatkan pekerja yang berpengalaman bekerja dan mempunyai pelbagai kemahiran. Selain itu pekerja yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri dan tidak rasuah.
7.0 FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN
Pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi
Keinginan yang kuat untuk Berjaya dalam perniagaan
Berdisiplin dalam menguruskan perniagaan
Memberi tumpuan dalam perniagaan
Mempunyai pasukan pengurusan yang cekap
Membentuk jaringan perniagaan yang luas
8.0 HARAPAN
Harapan beliau semoga perniagaan yang dimiliki ini akan lebih maju dan mendapat sambutan ramai, tidak kira berbilang kaum, agama dan akan meluas di semenanjung malaysia juga. Selain itu, Beliau berharap agar produk yang dikeluarkan dari syarikat beliau mendapat sambutan yang mengalakkan dan mengharap mendapat komen-komen yang positif untuk memperbaikikan lagi produktiviti syarikat beliau.
NO MATRIK 251577
20
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN
8.1
KATA-KATA MOTIVASI PEMILIK PERNIAGAAN ABAH ENTERPRISE
UNTUK BAKAL-BAKAL USAHAWAN
Menceburi diri dalam bidang keusahawan merupakan suatu usaha yang murni kerana sebagai usahawan, kita bukan sahaja menjadi bos kepada diri sendiri malahan turut membuka peluang perkerjaan dan perniagaan kepada individu lain. Palbagai jenis usaha boleh dibuat oleh bakal-bakal usahawan, sama ada berniaga secara
kecil-kecilan,
menjual
barangan,
mengeluarkan
produk
mahupun
menawarkan perkhidmatan. Bagaimanapun, kesemua ikhtiar tersebut perlu dimulakan dengan langkah dan strategi yang tepat serta persediaan yang mencukupi supaya tidak terbantut separuh jalan. Seterusnya, bakal-bakal usahawan perlu la ada sifat bersabar kerana dari kesabaran kita dapat menghindari sikap yang bertindak tanpa berfikir seperti mengambil jalan singkat untuk Berjaya. Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 177 untuk renungan kita bersama seperti berikut:
” Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, – kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan
untuk
memerdekakan
hamba-hamba
abdi;dan
mengerjanya
seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan
NO MATRIK 251577
21
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN
perang Sabil, mereka itulah orang-orang yang benar dan mereka itulah juga orang-orang orang-orang yang bertaqwa. “
[Quran 2:177]
Ayat-ayat Ayat-ayat di atas untuk kita ambil iktibar apakah maksud sebenar sebenar perkara kebaikan yang perlu kita amalkan. Dalam menjalankan perniagaan, tidak boleh tidak kita pasti menghadapi berbagai masalah terutamanya kesempitan duit untuk menjayakan perniagaan kita. Ketika itu, usahawan perlu bersabar dan tetap berusaha menyelesaikan segalanya dengan memilih jalan yang halal dan lurus. Kesabaran itu juga merupakan satu kebaikan kebai kan dan hasilnya akan pulang balik pada usahawan apabila apa yang diusahakannya berjaya.
9.0 KESIMPULAN
Pengalaman yang dilalui ini penting kerana dalam menceburkan diri di bidang perniagaan, kita perlu melihat dan mengkaji pelbagai aspek supaya perniagaan yang dijalankan mencapai kejayaan. Walau pun kerugian dan keuntungan adalah lumrah dalam perniagaan tetapi yang penting difikirkan dan diambil perhatian ialah menentukan perniagaan yang dijalankan hendaklah mendapat keuntungan sama ada untuk jangka pendek mahupun jangka panjang. . Syarikat Abah Enterprise co. ini akan terus dimajukan sehingga ke pasaran antarabangsa dan jika diizinkan Allah syarikat syarikat beliau akan menjadi antara pelopor makanan halal dunia. Hal ini kerana beliau rasa bertanggungjawab ke atas keselamatan umat islam terutamanya dalam bidang pemakanan yang mana sekarang ini pihak orientalis sedang giat berusaha untuk menghapuskan umat islam walau dalam apa jua bentuk sekalipun. Oleh itu beliau bersedia memperkembangkan penghasilan makanan dalam pelbagai bentuk idea baru untuk di pasarkan dengan lebih meluas. Beliau yakin dengan misi m isi yang di bawa dan asas keusahawanan yang dia miliki,Beliau akan dapat mencapai target yang kami idam-idamkan.
NO MATRIK 251577
22
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN
LAMPIRAN 1
NO MATRIK 251577
23
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN
LAMPIRAN 2
NO MATRIK 251577
24
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN
LAMPIRAN 3
NO MATRIK 251577
25