arus inrush disebabkan oleh magnetisasi yang timbul pada saat trafo dienergize atau dihubungkan langsung denga sumber ACFull description
arus transienFull description
Deskripsi lengkap
laporan prakttikum elektronik dasarFull description
Arus EksitasiDeskripsi lengkap
Arus KasFull description
Page 1 of 1
Arus Terus Dan Arus Ulang-alik
Arus terus (AT) terus (AT) ataupun direct current (DC) merupakan arus elektrik yang mengalir dalam satu hala sahaja. Arus ulang-alik (AU) ulang-alik (AU) ataupun alternating current (AC) pula merupakan arus elektrik yang berulang-alik arah pengaliran arusnya. Sumber asas arus terus adalah bateri manakala sumber asas arus ulang-alik adalah soket rumah. Arus terus
Arus ulang-alik
Di atas adalah graf arus terus melawan masa dan graf arus ulang-alik melawan masa. Dalam arus terus, nilai magnitud di ambil kira sama ada magnitudnya tetap ataupun magnitud berubah-ubah mengikut masa selagi ia tidak menukar arah iaitu tidak melintasi nilai kosong. Dalam arus ulang-alik pula, nilai magnitud dan nilai frekuensi di ambil kira. Magnitud arus ulang-alik juga boleh tetap ataupun berubah-ubah. Frekuensi adalah bilangan ulangan dalam masa satu saat. Frekuensi juga boleh tetap ataupun berubah-ubah. Penukaran arus ulang-alik kepada arus terus lebih mudah berbanding penukaran arus terus kepada arus ulang-alik. Arus ulang-alik ditukarkan kepada arus terus t erus menggunakan recifier manakala arus terus ditukarkan kepada arus ulang-alik menggunakan inverter. Sistem penjanaan dan pengagihan elektrik dari stesen janakuasa sehingga ke rumah menggunakan arus ulang-alik. Ini kerana, voltan arus ulang-alik mudah dinaikkan dan juga diturunkan menggunakan transformer. Penghantaran elektrik dilakukan dalam keadaan voltan tinggi t inggi supaya merendahkan nilai arus. Arus yang rendah bertujuan mengurangkan kehilangan kuasa dalam kabel penghantaran.