1.0
PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
Menurut Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon (2014a), matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial (JERIS). Oleh itu, sistem pendidikan di Malaysia sentiasa mengalami perubahan bagi tujuan penambahbaikan serta meningkatkan lagi kualiti pendidikan negara. Kementerian Pendidikan Malaysia (2012) “Bagi mencapai aspirasi yang tinggi di tengah-tengah persekitaran global yang semakin berdaya saing, kita tidak boleh berdiam diri. Negara memerlukan transformasi sistem pendidikan yang menyeluruh” Oleh itu, kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah telah digubal untuk melahirkan insan kreatif yang berpengetahuan serta dapat menghayati dan menikmati muzik secara intelektual menerusi aktiviti muzik yang dijalankan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013a). Azizi Jaafar, Abd. Razak Abdul Kadir & Awang Abdullah (2015) menyatakan bahawa Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) juga telah melakarkan lima visi sistem pendidikan dan enam aspirasi murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan. Aspirasi yang pertama ialah pengetahuan, di mana murid digalakkan untuk mengembangkan lagi pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang lain seperti seni, muzik dan sukan. Selain itu, kemahiran berfikir turut dititikberatkan dalam aspirasi kedua di mana murid diberi peluang untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti rangsangan minda. (Mohd Fuad Sam et.al., 2014). Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia (2013b) mengatakan bahawa Pendidikan Muzik merupakan satu medium yang penting dan tepat untuk muridmurid mengekpresikan emosi mereka secara sihat selain dapat melatih koordinasi mata dan tangan murid serta anggota fizikal yang lain menerusi aktiviti muzikal yang dijalankan. Malah, pendidikan muzik mampu membentuk pemikiran kogitif murid supaya mampu berkembang dengan lebih kreatif (Crease, 2006). Penyelidikan tindakan yang pengkaji akan laksanakan ini berkait rapat dengan kemahiran murid-murid tahun 4 untuk menepuk corak irama not krocet dan kuaver dalam meter empatan. Menurut Greata (2006), corak irama merupakan asas yang 1
amat penting dalam muzik kerana semua aktiviti muzik menggunakan corak irama tidak kira dalam nyanyian ataupun permainan alat muzik. Harapan pengkaji adalah untuk membantu murid-murid dalam penguasaan corak irama mudah agar mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran tersebut dengan lebih bermakna dalam kehidupan seharian.
1.2
Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran
Mengimbas kembali pengalaman saya dalam menjalani latihan mengajar pada semester lepas yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Tun Din, sekolah tersebut tidak mempunyai bilik muzik namun kemudahan seperti alat muzik dan bahan bantu mengajar ada disediakan dan diletakkan di dalam stor alat muzik walaupun agak terhad. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) Pendidikan Muzik yang lepas, saya dapati bahawa salah satu masalah kritikal yang berlaku ialah muridmurid tidak dapat membaca dan menepuk corak irama yang diberikan tidak kira sama ada semasa aktiviti nyanyian mahupun memainkan alat perkusi. Sudah menjadi satu kewajipan untuk murid membaca dan menepuk corak irama terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti seterusnya. Contoh masalah yang timbul ialah murid tidak boleh membaca corak irama pada skor yang saya berikan sehingga menyebabkan proses PdP saya terjejas akibat masa yang lama diperlukan untuk mengajar murid-murid membaca dan menepuk corak irama bagi sesebuah skor muzik. Hal ini bukan sahaja telah mengganggu kelancaran proses PdP saya, malah ia menyebabkan saya merasa kecewa kerana perlu mengajar kembali topik tersebut setiap kali sebelum memulakan sesi pengajaran. Masalah ini berlaku disebabkan oleh guru tidak menggunakan kaedah pengajaran yang betul. di mana guru tidak memberikan bimbingan kepada murid untuk menepuk corak irama. Saya hanya menyuruh murid untuk menepuk corak irama yang ditunjukkan di hadapan kelas tanpa sebarang bimbingan. Seterusnya, guru juga tidak memberi ganjaran kepada murid agar murid lebih bersemangat untuk belajar. Saya tidak pernah memberikan kata-kata pujian atau hadiah bagi meningkatkan semangat murid untuk belajar. Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon (2014b) berkata bahawa ganjaran boleh meningkatkan tumpuan dan semangat murid semasa belajar kerana mereka akan berusaha untuk mendapatkan ganjaran tersebut. Selain itu, aktiviti PdP guru juga tidak menarik dan membosankan. Menurut Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Wong Kiet Wah (2010), amalan kreativiti dan inovasi amat dititikberatkan semasa merancang aktiviti 2
pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi menjadikan PdP lebih menarik, contohnya aktiviti belajar sambil bermain. Anderson dan Lawrence (2007) juga mengatakan bahawa seorang guru perlu menggunakan idea menarik dalam PdP dengan mengaplikasikan pembelajaran abad ke-21 di dalam aktiviti muzikal. Punca isu ini terjadi juga adalah disebabkan oleh murid tidak tertarik serta merasa bosan semasa guru sedang mengajar. Oleh sebab itulah, murid-murid tidak mahir dalam membaca dan menepuk corak irama yang diberikan oleh guru. Setelah melakukan pemerhatian serta analisis dokumen murid, maka didapati bahawa masalah murid-murid dalam menyanyikan lagu mengikut skor atau memainkan alat perkusi berdasarkan skor lagu adalah berpunca daripada kurang kemahiran atau pengukuhan mereka dalam menepuk corak irama not krocet dan kuaver. Oleh itu, saya telah mengambil inisiatif dan membuat intervensi untuk mengetengahkan kajian saya bagi membantu murid-murid menambah baik amalan guru dalam meningkatkan kemahiran murid menepuk corak irama not krocet dan kuaver dalam meter empatan dengan menggunakan teknik “Power Rangers”. Menurut Hall (2005), kemahiran menepuk corak irama merupakan satu asas yang amat penting dalam pendidikan muzik kerana murid sememangnya perlu menepuk corak irama terlebih dahulu sebelum membaca skor bagi aktiviti nyanyian ataupun permainan alat perkusi. Saya meletakkan harapan yang besar dalam kajian saya ini agar ia mencapai kejayaan. Bagi memastikan masalah sebenar murid adalah berkaitan dengan menepuk corak irama, terdapat dua kaedah yang telah saya gunakan dalam pengumpulan data awal kajian iaitu pemerhatian berstruktur terhadap murid dan analisis dokumen. Ujian diagnostik menerusi pemerhatian ke atas murid tahun 4 telah dilaksanakan bagi mengesan masalah sebenar murid-murid dalam menepuk corak irama not krocet dan kuaver. Oleh kerana kekangan masa semasa praktikum, saya berjaya melaksanakan pemerhatian terhadap tepukan corak irama murid semasa pengajaran dan pembelajaran (PdP) sebanyak 3 kali sahaja berpandukan senarai semak. Othman Lebar (2011) menyatakan bahawa pemerhatian berstruktur biasanya menggunakan senarai semak dalam membuat analisis dan pemerhatian. Saya akan menunjukkan beberapa corak irama not krocet dan kuaver seterusnya murid-murid dikehendaki untuk menepuk corak irama tersebut tanpa bimbingan guru.
3
Bil.
Corak Irama
1
2 3 4 5
Rajah 1: Corak irama yang digunakan dalam pengumpulan data melalui pemerhatian berdasarkan senarai semak.
Jadual 1
Hasil dapatan pemerhatian melalui senarai semak terhadap kemahiran tepukan corak irama not krocet dan kuaver dalam meter empatan murid-murid.
Bil.
Murid
1
Corak Irama
Jumlah
1
2
3
4
5
A
√
√
X
X
X
2
2
B
X
√
X
X
X
1
3
C
X
X
X
X
X
0
4
D
X
X
X
X
X
0
5
E
√
X
X
X
X
1
Seterusnya, kaedah kedua pula merupakan analisis dokumen iaitu saya telah mendapatkan keputusan ujian murid dan merujuknya. Hasilnya, saya berjaya mengenal pasti keempat-empat peserta kajian saya sememangnya mempunyai masalah dalam tepukan corak irama not krocet dan kuaver dalam meter empatan. Hal
ini
dibuktikan
dengan
merujuk
kepada
rajah
di
bawah,
menurut
Halimatussaadiah Salleh et.al. (2015), gred bagi murid-murid tahun 4 ditentukan mengikut gred sekolah rendah dalam rajah berikut.
4
Rajah 2. Gred sekolah rendah
Jadual 2.
Prestasi murid-murid Tahun 4 Delima bagi Pendidikan Muzik Bil.
Murid
Skor Muzik
Gred
1
A
34
E
2
B
30
E
3
C
34
E
4
D
38
E
5
E
27
E
Tambahan pula, saya telah melakukan tinjauan literatur yang melibatkan aktiviti menepuk corak irama. Aktiviti menepuk corak irama dengan kaedah perlambangan ikonik telah dilakukan oleh Emmy Lim Hwa Kheng, Chang Yun Ping & Azhar Hussin pelajar PISMP Pendidikan Muzik di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak. Menurut Emmy Lim Hwa Kheng et.al. (2011), projek tersebut merupakan satu pengintegrasian pembelajaran bagi membantu murid menguasai lambang not dengan nilainya. Konsep yang sama dengan “Power Rangers” yang menekankan penguasaan corak irama dengan menerapkan kaedah Kodaly iaitu dari aspek penggunaan simbol. Ia bukan sahaja merangsang minda murid menerusi ilustrasi yang menarik dan gambar-gambar berwarna-warni yang dipaparkan pada LCD. Selain itu, Chiong Kai Shan pelajar kos Pendidikan Muzik di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar turut menjalankan intervensi yang sama iaitu penggunaan simbol melalui pendekatan Kodaly bagi meningkatkan kemahiran menepuk corak irama dalam kalangan murid tahun 4. Penggunaan simbol atau ikon yang menarik dan berwarna warni ini amat bersesuaian dengan jiwa kanak-kanak. 5
Ia akan memudahkan murid untuk membaca dan menepuk corak irama mudah yang diberikan (Chiong Kai Shan, 2011). Oleh itu, guru juga harus bijak dan kreatif dalam memilih ikon atau simbol-simbol dalam mewakili corak irama (Duckworth, 2007). Seterusnya, Yap Choon Theng, seorang pelajar kos Pendidikan Muzik di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, turut menggunakan teknik gambar serta suku kata bagi meningkatkan kemahiran menepuk corak irama krocet dan kuaver. Projek ini berkesinambungan dengan dua kajian yang telah dinyatakan di atas iaitu menggunakan teknik gambar dalam menepuk corak irama, namun ia ditambahbaik dan diimprovisasi dengan turut memasukkan penggunaan suku kata. Konsep masih sama iaitu menggunakan simbol namun ia diperbaharui dengan adanya suku kata mudah yang sering digunakan dalam kehidupan seharian. Kemahiran menepuk corak irama akan lebih berkesan dengan adanya ketiga-tiga jenis penguasaan ini iaitu melihat gambar (pembelajaran visual), menyebut suku kata sambil menepuk corak irama (Yap Choon Theng, 2015). Hal ini dapat dibuktikan oleh Hackett, P., & Lindeman, C.A. (2007) yang mengatakan bahawa: “Bruner's three modes, enactive, iconic, and symbolic representation, were also the foundation for all of the research and publications of Eunice Boardman Meske. Influenced by Piaget, Bruner studied how people actively select, retain, and transform information inductively relative to three developmental modes of assimilating knowledge: enactive (experiential), iconic (visual or mental pictures), and symbolic (symbolic systems such as language, mathematics, or musical notation). These three modes can be applied in the study of music learning” Ketiga-tiga kajian di atas telah terbukti keberkesanannya di mana teknik ikon atau gambar serta suku kata berjaya meningkatkan kemahiran murid-murid dalam menepuk corak irama mudah. Oleh itu, keberkesanan idea-idea tersebut telah saya lakukan sedikit improvisasi dan berjaya membentuk teknik “Power Rangers” dengan menggabungkan penggunaan simbol dan suku kata untuk menepuk corak irama. Teknik “Power Rangers” ini akan digunakan untuk menambah baik amalan guru dalam meningkatkan kemahiran murid menepuk corak irama not krocet dan kuaver dalam meter empatan.
6
2.0
FOKUS KAJIAN
Fokus kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menepuk corak irama not krocet dan kuaver dalam meter empatan dengan menggunakan “Power Rangers” dalam kalangan murid-murid Tahun 4 Delima. Dalam kajian ini pengkaji berjaya mengenalpasti isu utama yang berlaku dalam PdP iaitu masalah dalam tepukan corak irama. Murid-murid didapati tidak mahir dalam menepuk corak irama yang diberikan oleh pengkaji. Impak masalah tersebut kepada PdP ialah menjejaskan pengajaran nyanyian dan permainan alat perkusi serta mengambil masa guru untuk mengulang pengajaran yang sama setiap kali sebelum PdP diteruskan. Objektif PdP juga tidak dapat dicapai sebagaimana yang telah dikehendaki sehingga akhirnya pengkaji mengambil alternatif lain untuk menyelesaikan masalah tersebut Hal yang demikian, pengkaji lebih memfokuskan isu tidak dapat menepuk corak irama not krocet dan kuaver dalam meter empatan sebagai fokus kajian. Dalam usaha meningkatkan kemahiran menepuk corak irama dalam kalangan murid tahun 4 ini, pengkaji akan menggunakan teknik “Power Rangers” yang diilhamkan dari kaedah Kodaly. Menurut Lee Waui Sam. (2011), kaedah Kodaly menjadi tunjang dan nadi kepada kurikulum muzik di sekolah mahu pun di institut pendidikan guru. Menurut Estrella (2005), terdapat 3 jenis teknik atau komponen di dalam pengajaran dan pembelajaran kaedah Kodaly iaitu: i.
Tonik solfa
ii.
Isyarat tangan.
iii.
Simbol, notasi dan sebutan irama.
Dalam kaedah Kodaly, pembelajaran nyanyian dan teknik pendengaran menekankan penggunaan simbol irama dan suku kata (Abril dan Gault, 2016). Oleh itu, “Power Rangers” merupakan satu intervensi atau teknik yang digunakan bagi mengajar murid untuk menepuk corak irama not krocet dan kuaver dalam meter empatan. Kaedah ini diilhamkan setelah membuat tinjauan literatur terhadap kajian-kajian lepas yang menggunakan kaedah Kodaly bagi mengajar corak irama. Kaedah ini juga menggabungkan penggunaan simbol dan suku kata semasa menepuk corak irama mudah. Harris (2009) menyatakan bahawa gambar iaitu simbol yang digunakan bertujuan untuk merangsang otak seseorang kerana 7
ilustrasi yang menarik. Manakala, bahasa iaitu suku kata yang digunakan sehari hari sememangnya memudahkan lagi penguasaan seseorang terhadap sesuatu kerana ia sering digunakan dan dekat dengan kehidupan kita (Gudmundsdottir, 2010).
2.1
Pemilihan Fokus Kajian
Pemilihan fokus kajian diambil kira berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang berikut.
2.1.1 Kebolehtadbiran Fokus kajian yang telah dipilih adalah mengikut bidang kemahiran pengkaji agar pentadbirannya dapat dilaksanakan dengan lebih teliti. Seterusnya, pengkaji mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang mendalam dan jelas tentang fokus yang dikaji. Kajian ini sesuai dilaksanakan kerana pengkaji tidak memerlukan penggunaaan kos yang besar. DI samping itu, kajian ini juga mudah untuk dilaksanakan memandangkan peserta kajian diajar oleh pengkaji sendiri. Oleh itu, kajian ini boleh ditadbirkan di sekolah dan dapat membantu meningkatkan kemahiran murid dalam menepuk corak irama not krocet dan kuaver dalam meter empatan.
2.1.2 Kepentingan Konsep muzik yang digunakan iaitu corak irama telah menjadi fokus utama kajian. Kemahiran tepukan corak irama ini perlu ditingkatkan kerana aktiviti menepuk corak irama merupakan asas kepada aktiviti nyanyian dan permainan alat perkusi. Selain itu, isu kajian yang telah diketengahkan oleh pengkaji ini merupakan sesuatu yang sering berlaku dan dihadapi oleh ramai guru di sekolah serta ia perlu diberi perhatian. Tambahan pula, fokus kajian ini memberi tumpuan kepada tepukan corak irama not krocet dan kuaver dalam meter empatan kerana murid-murid perlu mahir menepuk corak irama mudah sebelum ke peringat seterusnya. Intervensi kajian ini akan membantu meningkatkan amalan pedagogi guru sekaligus meningkatkan kemahiran murid dalam menepuk corak irama not krocet dan kuaver.
2.1.3 Kerelevanan kepada Sekolah Fokus kajian ini sememangnya sangat relevan untuk dijalankan kerana isu kajian ini merupakan asas yang penting dalam muzik dan perlu diatasi segera. 8
Seterusnya, kajian ini sangat relevan dengan kehendak pengkaji kerana pengkaji merupakan seorang guru muzik yang juga mengajar kelima-lima murid. Fokus kajian ini juga memberi manfaat kepada guru Pendidikan Muzik di sekolah tersebut di mana ia boleh dijadikan sebagai panduan dalam meningkatkan kemahiran menepuk corak irama not krocet dan kuaver bagi kelas Tahun 4 Delima. Oleh itu, intervensi yang dibuat ini dapat mengatasi isu murid dalam tepukan corak irama.
2.1.4 Kebolehgunaan Aktiviti intervensi yang telah dirancang oleh pengkaji amat sesuai digunakan di samping mudah dijalankan. Murid-murid juga dengan mudahnya dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam aktiviti tepukan corak irama kerana dalam aktiviti intervensi ini, pengkaji menggunakan pengalaman sebenar dan pengetahuan sedia ada murid seperti menepuk dan membaca suku kata berpandukan simbol.
2.1.5 Kawalan Kriteria yang terakhir iaitu kawalan merupakan salah satu faktor yang penting dalam pemilihan fokus kajian. Hal ini kerana sebagai seorang pengkaji, semua keputusan haruslah dibuat oleh pengkaji itu sendiri dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak luar. Selain itu, pengkaji sendiri yang perlu mengumpul data, menganalisis data, serta membuat keputusan sendiri terhadap bahan yang dikaji. Justeru, hal ini memudahkan pengkaji untuk melaksanakan intervensi yang telah dirancang kepada peserta kajian bagi menangani masalah murid dalam menepuk corak irama not krocet dan kuaver.
2.2
Tindakan
Model yang telah digunakan dalam menjalankan kajian ini ialah model Kemmis & McTaggart (Rajah 3). Menurut Chua Yan Piaw (2006), model Kemmis & McTaggart sangat sesuai dilakukan oleh guru dalam kajian tindakan kerana ia merangkumi dua kitaran di mana jika kitaran pertama tidak berjaya mencapai objektif kajian tindakan, maka kitaran kedua perlu dilaksanakan. Terdapat empat elemen utama yang dapat diihat dalam rajah 3 iaitu membuat refleksi, membuat perancangan, melaksanakan tindakan dan menjalankan pemerhatian. 9
Rajah 3: Model Kemmis dan McTaggart
2.2.1 Refleksi Semasa sesi praktikum yang lepas, pengkaji telah membuat refleksi bagi PdP dan berjaya mengenalpasti isu atau masalah yang dihadapi oleh murid kelas Tahun 4 Delima. Isu tersebut ialah murid tidak mahir dalam menepuk corak irama mudah. Oleh itu, bagi mengsesan masalah sebenar murid, pengkaji telah membuat pemerhatian tepukan corak irama murid berpandukan senarai semak bagi mengetahui tahap kemahiran murid-murid. Selain itu, guru juga telah menmbuat analisis dokumen dengan melihat gred markah ujian murid dalam Pendidikan Muzik. Pengkaji mendapati bahawa 5 orang murid menunjukkan prestasi akademik yang lemah di mana mereka berempat memperoleh gred E yang membawa maksud gagal.
2.2.2 Perancangan Pengkaji telah mencari alternatif untuk menyelesaikan masalah yang timbul dengan menggunakan intervensi beliau iaitu teknik “Power Rangers” yang mengaplikasikan penggunaan simbol dan suku kata semasa menepuk corak irama. Menerusi kajian literatur yang diperoleh, pengkaji mendapati bahawa Kaedah Kodaly yang menggunakan simbol dan suku kata untuk menepuk corak irama, telah banyak menunjukkan keberkesanan dalam pengajaran 10
corak irama. Oleh itu, intervensi “Power Rangers” yang diimprovisasi oleh pengkaji daripada kajian-kajian lepas akan digunakan bagi meningkatkan kemahiran menepuk corak irama not krocet dan kuaver dalam meter empatan.
2.2.3 Tindakan Antara tindakan yang akan dilaksanakan ialah aktiviti menepuk corak irama secara ansur maju yang merangkumi 4 fasa dari peringkat pengenalan kepada pengukuhan. Fasa pertama guru akan memperkenalkan simbol dan suku kata semasa menepuk corak irama. Murid-murid pula perlu mengimitasi guru. Guru akan menerangkan bahawa not krocet menggunakan satu suku kata sahaja manakala not kuaver menggunakan dua suku kata. Tema yang digunakan pada fasa pertama ini ialah makanan (Lampiran A). Contohnya, kek mempunyai satu suku kata dan ia mewakili not krocet. Not kuaver pula diwakili oleh dua suku kata iaitu cok-lat. Guru akan menerangkan perkaitan simbol, suku kata dan notasi muzik dengan merujuk rajah di bawah.
Rajah 4. Contoh corak irama Fasa kedua dan fasa ketiga merupakan fasa pengukuhan di mana murid-murid perlu menepuk corak irama yang diberikan dengan bimbingan guru. Guru akan memperkenalkan simbol dan suku kata mengikut tema yang dipilih oleh guru itu sendiri. Contohnya, tema yang dipilih ialah peralatan sekolah. Maka, beg mewakili not krocet dan pensil mewakili not kuaver. Guru akan sentiasa menekankan tentang gabungan penggunaan simbol dan suku kata semasa menepuk corak irama. Murid-murid perlu menepuk corak irama yang diberikan tanpa bimbingan guru di dalam fasa yang keempat. Guru hanya akan memantau dan merekod data yang perlu dikumpul. Setelah keempat-empat fasa ini selesai, guru akan memperkenalkan permainan BINGO yang melibatkan corak irama sebelum
11
melaksanakan permainan BINGO tersebut pada minggu seterusnya. Guru menyediakan ganjaran berupa hadiah kepada murid yang menang.
2.2.4 Pemerhatian Semasa pemerhatian, pengkaji akan melaksanakan satu ujian amali serta menyediakan satu senarai semak yang mempunyai kriteria-kriteria atau komponen-komponen bagi memantau tahap kemahiran murid dalam menepuk corak irama. Selain itu, pemerhatian berstruktur ini juga dibuat untuk menilai keberkesanan intervensi yang dijalankan kepada murid. Pengkaji akan mengumpulkan data serta membuat analisis data menerusi pemerhatian yang dibuat. Sekiranya didapati bahawa intervensi yang dilakukan tidak berjaya mengatasi isu kajian dengan sepenuhnya, maka pengkaji boleh meneruskan dengan kitaran kedua seperti yang dinyatakan di dalam model Kemmis dan McTaggart. Refleksi: Tahap penguasaan muridmurid dalam menepuk corak irama not krocet dan kuaver berada dalam keadaan sangat lemah
Perancangan: Apakah strategi atau intervensi bagi membantu muridmurid untuk meningkatkan kemahiran menepuk corak irama?
Tindakan: Menggunakan Teknik "Power Rangers"
Pemerhatian: Membuat pemerhatian terhadap kemahiran murid-murid serta menjalankan ujian amali bagi mengetahui tahap kemahiran muridmurid
Rajah 5: Rumusan tindakan kajian berdasarkan Model Kemmis dan McTaggart 12
2.3
Objektif/Soalan Kajian 2.3.1 Objektif Kajian Objektif umum kajian ini adalah untuk menambah baik amalan guru dalam meningkatkan kemahiran murid menepuk corak irama not krocet dan kuaver dalam meter empatan dengan menggunakan teknik “Power Rangers”. Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai beberapa objektif khusus berikut: i.
Teknik “Power Rangers” dapat membantu murid-murid untuk menepuk corak irama not krocet dan kuaver dalam meter empatan dengan betul.
ii.
Mengenal pasti tahap peningkatan kemahiran murid-murid dalam menepuk corak irama not krocet dan kuaver dalam meter empatan dengan menggunakan teknik “Power Rangers”.
iii.
Teknik “Power Rangers” dapat menambahbaik amalan pedagogi guru dalam menepuk corak irama not krocet dan kuaver dalam meter empatan.
2.3.2 Soalan Kajian i.
Bagaimanakah teknik “Power Rangers” dapat membantu murid-murid untuk menepuk corak irama not krocet dan kuaver dalam meter empatan dengan betul?
ii.
Sejauhmanakah tahap peningkatan kemahiran murid-murid dalam menepuk corak irama not krocet dan kuaver dalam meter empatan dengan menggunakan teknik “Power Rangers”?
iii.
Adakah teknik “Power Rangers” dapat menambahbaik amalan pedagogi guru dalam menepuk corak irama not krocet dan kuaver dalam meter empatan?
2.4
Peserta Kajian
Kajian tindakan ini melibatkan seramai 5 orang murid Tahun 4 Delima yang terdiri daripada 3 murid lelaki dan 2 murid perempuan. Prestasi akademik bagi 5 orang murid ini dalam mata pelajaran Pendidikan Muzik berada pada tahap yang lemah kerana merujuk keputusan ujian (Jadual 2), kesemua mereka gagal dalam mata pelajaran tersebut. Murid-murid ini didapati tidak fokus semasa aktiviti PdP 13
dijalankan. Malah, terdapat seorang murid yang mempunyai kebolehan untuk menyanyi serta memiliki suara yang merdu.
14
3.0
PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN
3.1
Langkah-langkah Tindakan
Pengkaji akan melaksanakan langkah-langkah tindakan dengan merujuk kepada perancangan jadual pelaksanaan kajian di bawah. Jadual 3.
Aktiviti tindakan PdP dalam pelaksanaan Kajian MINGGU
AKTIVITI
1
Ujian Amali Pemerhatian
2 dan 3
Menepuk corak irama (Fasa 1)
4 dan 5
Menepuk corak irama (Fasa 2)
6 dan 7
Menepuk corak irama (Fasa 3)
8 dan 9
Menepuk corak irama (Fasa 4)
10
Permainan BINGO
11
Permainan BINGO
12
Ujian Amali
LANGKAH Melakukan ujian amali sebelum intervensi dan membuat pemerhatian ke atas 5 orang murid tahun 4 Memperkenalkan simbol dan suku kata semasa menepuk corak irama Murid perlu mengimitasi Tema: Makanan Contoh: Kek – krocet Coklat – kuaver Memperkenalkan simbol dan suku kata semasa menepuk corak irama Murid diberi bimbingan oleh guru Tema: Peralatan sekolah Contoh: Beg – krocet Pensil – kuaver Memperkenalkan simbol dan suku kata semasa menepuk corak irama Murid dibimbing oleh guru Tema: Makanan Contoh: Jem – krocet Roti – kuaver Memperkenalkan simbol dan suku kata semasa menepuk corak irama Murid menepuk corak irama tanpa bimbingan guru Tema: Keluarga Contoh: Mak – krocet Ayah – kuaver Pengenalan permainan BINGO Melaksanakan permainan BINGO Ganjaran diberikan kepada yang menang Ujian amali akan dijalankan ke atas 5 orang murid tahun 4
Pada minggu pertama, guru akan menjalankan ujian amali sebelum intervensi serta membuat pemerhatian terhadap murid bagi melihat tahap pencapaian murid seorang demi seorang. Guru akan melakukan ujian amali sebelum intervensi dan membuat pemerhatian ke atas 5 orang murid tahun 4 yang telah dipilih. Seterusnya, 15
pada minggu kedua, aktiviti menepuk corak irama secara ansur maju yang merangkumi 4 fasa dari peringkat pengenalan corak irama kepada pengukuhan corak irama. Minggu kedua dan ketiga, guru akan memperkenalkan simbol dan suku kata semasa menepuk corak irama. Murid-murid pula perlu mengimitasi guru. Guru akan membuat penerangan bahawa not krocet menggunakan satu suku kata sahaja manakala not kuaver menggunakan dua suku kata. Tema yang digunakan pada fasa pertama ini ialah makanan (Lampiran A). Contohnya, kek mempunyai satu suku kata dan ia mewakili not krocet. Not kuaver pula diwakili oleh dua suku kata iaitu cok-lat. Guru akan meminta murid untuk melihat corak irama yang menggunakan notasi muzik krocet dan kuaver. Kemudian, guru akan meletakkan gambar atau simbol bagi mewakili not muzik tersebut. Seterusnya, barulah guru menulis suku kata bagi simbol tersebut. Misalnya, notasi muzik diwakili oleh kek. Maka, murid perlu melihat simbol kek sambil menyebut suku kata kek tersebut. oleh kerana ia mempunyai satu suku kata, maka murid perlu menepuk sekali sambil menyebut suku kata tersebut.
Rajah 6. Contoh gabungan notasi muzik krocet, suku kata dan simbol Pada minggu keempat hingga ketujuh pula murid akan melalui fasa pengukuhan di mana murid-murid perlu menepuk corak irama yang diberikan dengan bimbingan guru. Guru akan memperkenalkan simbol dan suku kata mengikut tema yang dipilih oleh guru itu sendiri. Guru akan membuat penekanan bahawa not krocet menggunakan satu suku kata sahaja manakala not kuaver menggunakan dua suku kata. Tema yang digunakan pada minggu keempat dan kelima ini ialah peralatan sekolah manakala minggu keenam dan ketujuh pula ialah makanan. Guru akan memberikan corak irama yang menggabungkan not krocet dan kuaver serta simbol dan suku kata di hadapan kelas. Kemudian, murid perlu menepuk corak irama tersebut dengan bantuan guru. Memasuki minggu kelapan dan kesembilan, langkah-langkah PdP adalah hampir sama seperti pada minggu keempat hingga ketujuh, namun kali ini murid16
murid perlu menepuk corak irama yang diberikan tanpa bimbingan guru. Guru hanya akan memantau dan merekodkan data yang perlu dikumpul. Tema yang dicadangkan adalah keluarga. Contohnya, mak mewakili not krocet dan ayah mewakili not kuaver. Minggu ke-10 dan ke-11 pula, guru akan memperkenalkan dan menerangkan permainan BINGO yang melibatkan corak irama sebelum melaksanakan permainan BINGO tersebut pada minggu kesepuluh (Lampiran B). Permainan BINGO ini amat mudah di mana guru akan menepuk not krocet atau kuaver, kemudian murid perlu menandakan X pada mana-mana gambar yang mewakili tepukan guru tersebut. Contohnya, guru menepuk sekali, maka murid boleh memilih sama ada hendak menanda X pada gambar teh atau sos atau mana-mana gambar yang mempunyai satu suku kata. Namun, satu gambar sahaja perlu ditanda pada satu masa. Guru akan menepuk not lain setelah murid selesai menanda X pada satu gambar. Ganjaran berupa hadiah akan diberikan kepada murid yang menang. Konsep PdP ini dinamakan bermain sambil belajar dan Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon, (2014b) mengatakan bahawa ia merupakan teknik pengajaran yang menarik dan berkesan dalam meningkatkan tumpuan murid di dalam kelas. Minggu yang terakhir pula, ujian amali selepas intervensi akan dijalankan ke atas 5 orang murid tahun 4 bagi membuat penilaian akan keberkesanan ”Power Rangers” dalam meningkatkan kemahiran murid menepuk corak irama not krocet dan kuaver dalam meter empatan. 3.2
Perancangan Kaedah Mengumpul Data 3.2.1 Ujian Amali Menurut Boon Pong Ying et.al. (2017), ujian merupakan aspek yang sangat penting dalam pentaksiran pembelajaran murid. Ujian menyediakan maklumat yang sah, boleh dipercayai dan bermakna tentang tahap pencapaian murid. Noriati A. Rashid et.al. (2014) turut mengatakan ujian juga perlu dijalankan oleh guru bagi mengetahui tahap pembelajaran dan penguasaan murid terhadap apa-apa yang dipelajari. Seterusnya, menurut Boon Pong Ying, Lee Leh Hong & Lawrence Aloysius Aeria (2017), tujuan ujian dijalankan adalah untuk mengumpulkan data murid dan mengintepretasikan hasil data yang diperoleh. Data tersebut boleh digunakan bagi mengelaskan murid-murid yang mahir, sederhana dan lemah. Contohnya, menerusi kategori markah murid-murid tersebut, guru 17
dapat mengubahsuai strategi pengajaran yang sesuai dengan kumpulan murid itu. Pengkaji akan menjalankan ujian amali sebelum intervensi dan selepas intervensi bagi mengumpulkan data. Dalam ujian amali ini pengkaji akan menggunakan borang senarai semak bagi melihat tahap kemahiran murid dalam menepuk corak irama (Lampiran C dan Lampiran D). Melalui ujian amali ini pengkaji telah meminta murid untuk menepuk corak irama not krocet dan kuaver dalam meter empatan. Data yang diperoleh akan direkodkan menggunakan borang senarai semak tersebut.
3.2.2 Pemerhatian Berstruktur Pemerhatian merupakan satu alat pengumpulan data dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Emmy Lim Hwa Kheng, Chang Yun Ping & Azhar Hussin, 2011). Pengkaji akan menggunakan pemerhatian berstruktur dalam kajian ini. Othman Lebar (2011) berkata pemerhatian berstruktur digunakan untuk merekod maklumat murid berdasarkan aktiviti PdP yang telah dikenalpasti dengan menggunakan senarai semak yang akan ditanda oleh guru pembimbing atau rakan guru pelatih (Lampiran C). Seterusnya, menerusi kutipan data semasa pemerhatian, data tersebut akan dianalisis bagi tujuan penambahbaikkan terhadap kelemahan setiap perjalanan aktiviti. Pemerhatian ini akan melibatkan sama ada guru pembimbing atau rakan guru pelatih bagi mereka menilai keberkesanan intervensi pengkaji tersebut. Selain itu, guru pelatih sendiri sendiri akan menilai secara terus semasa murid menggunakan teknik “Power Rangers” dan guru pelatih akan membuat rakaman video. Borang senarai semak yang akan digunakan oleh pengkaji adalah untuk menilai tahap pencapaian atau kemahiran murid dalam menepuk corak irama not krocet dan kuaver dalam meter empatan. Tujuan pengkaji menggunakan senarai semak dalam kajian ini adalah bagi mengenal pasti kebolehpercayaan data pemerhatian adalah tepat.
18
3.2.3 Analisis Dokumen Pengkaji akan menggunakan kaedah analisis dokumen di dalam kajian ini di mana hasil kerja murid akan dinilai menerusi lembaran kerja BINGO. Murid perlu mendengar tepukan guru dengan teliti dan menanda X pada gambar yang berkenaan. Menerusi kaedah ini, pengkaji akan dapat melihat tahap kemahiran murid dalam tepukan corak irama not krocet dan kuaver sebelum dan selepas pengkaji menggunakan teknik “Power Rangers”. Lembaran kerja akan diberikan kepada murid pada minggu ke-10 dan ke-11.
3.3
Perancangan Kaedah Menganalisis Data
Pengkaji akan menganalisis hasil dapatan kajian seperti berikut. Jadual 4 Cara menganalisis data Soalan kajian i. Bagaimanakah teknik Power Rangers dapat meningkatkan kemahiran muridmurid untuk menepuk corak irama not krocet dan kuaver dalam meter empatan dengan betul? ii. Sejauhmanakah tahap peningkatan kemahiran muridmurid dalam menepuk corak irama not krocet dan kuaver dalam meter empatan dengan menggunakan teknik Power Rangers? iii. Adakah teknik Power Rangers dapat menambahbaik amalan pedagogi guru dalam menepuk corak irama not krocet dan kuaver dalam meter empatan?
i. Pemerhatian - oleh guru pembimbing atau rakan guru pelatih - guru lihat sendiri murid menggunakan teknik “Power Rangers”
Senarai semak
Cara Penganalisisan Data Kaedah kualitatif
Rakaman video
Kaedah kualitatif
i. Ujian amali sebelum dan selepas intervensi
Senarai semak
Kaedah kuantitatif
Kaedah Pengumpulan Data
Alat Mengumpul Data
Rubrik pentaksiran ii. Analisis dokumen
Lembaran kerja murid
Kaedah kualitatif
i. Pemerhatian - oleh guru pembimbing atau rakan guru pelatih
Senarai semak
Kaedah kuantitatif
19
3.3.1 Ujian Amali Ujian amali yang dijalankan kelak merangkumi sebelum dan selepas intervensi dan akan dianalisis dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Kaedah kuantitatif merujuk kepada data numerik dan ketepatan (Moreno dan Mayer, 2002). Data-data tersebut akan dikumpulkan menerusi senarai semak. Pengkaji akan menganalisis tahap kemahiran murid dengan berpandukan rubrik pentaksiran (Lampiran E) yang telah digubal. Menerusi analisis data secara kuantitatif, pengkaji akan dapat mengetahui masalah dalam kajian dan mampu menilai keberkesanan intervensi yang akan dilaksanakan. Ujian amali sebelum intervensi dibuat bagi membantu pengkaji untuk menilai tahap kemahiran murid dalam menepuk corak irama serta membuat perbandingan dengan ujian amali selepas intervensi bagi membuktikan peningkatan kemahiran murid dalam menepuk corak irama not krocet dan kuaver dalam meter empatan. 3.3.2 Pemerhatian Berstruktur Analisis data kualitatif adalah suatu proses yang sistematik dalam mengurus dan memaparkan hasil dapatan kajian dalam cara yang mudah difahami. Ia juga melibatkan melibatkan proses menguruskan data dan mensintesiskan data, mengkaji hasil dapatan kajian serta menginterpretasikan hasil dapatan kajian. Oleh itu, kaedah kualitatif akan digunakan untuk menganalisis data bagi pemerhatian berstruktur. Alat mengumpul data yang akan digunakan dalam pemerhatian ini termasuklah borang pemerhatian dan rakaman video. Data pemerhatian yang diperoleh oleh pengkaji akan dipersembahkan dengan cara pentafsiran data mentah kepada bentuk laporan atau koding agar data yang diperoleh menjadi maklumat yang lebih bermakna. 3.3.3 Analisis Dokumen Pengkaji akan menggunakan kaedah kualtitatif dalam menganalisis data yang diperoleh semasa kajian iaitu lembaran kerja murid. Zaiton Mohamad, Lee Chai Huat & Nik Rozalind Nik Hassan (2013) menyatakan bahawa proses penganalisisan data dalam kaedah kualitatif merangkumi penyaringan data, persembahan data dan penulisan kesimpulan/verifikasi. Pengkaji akan berusaha untuk mengurangkan jumlah data yang ada dengan memilih dan mengasingkan data yang kurang relevan. Selain itu, aktiviti meringkaskan, memilih buang dan menyusun data dalam bentuk tertentu dilakukan untuk 20
menjadikan data lebih berfokus bagi membantu proses membuat keputusan atau kesimpulan (Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel, 2016).
21
RUJUKAN
Abril, C.R. & Gault, B.M. (2016). Teaching general music: Approaches, issues, and viewpoints. New York: Oxford University Press. Anderson, W.M. & Lawrence, J.E. (2007). Integrating music into the elementary classroom (Edisi Ketujuh). Belmont: Thomson Schirmer. Azizi Jaafar, Abd. Razak Abdul Kadir & Awang Abdullah. (2015). Falsafah dan pendidikan di Malaysia. Selangor Darul Ehsan: Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd. Boon Pong Ying, Lee Leh Hong & Lawrence Aloysius Aeria. (2017). Pentaksiran dalam pendidikan. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Chiong Kai Shan. (2011). Meningkatkan kemahiran menepuk corak irama dalam kalangan murid tahun 4 melalui pendekatan Kodaly. Negeri Sembilan: Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar. Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah penyelidikan (Buku 1: Kaedah dan statistik penyelidikan). Kuala Lumpur: McGraw-Hill Education. Crease, S.S. (2006). Music lessons: Guide your child to play a musical instrument (and enjoy it!) (1st ed.). Chicago: Chicago Review Press. Duckworth, W. (2007). A creative approach to music fundamentals (9th edition). United State of America: Thomson Schirmer. Emmy Lim Hwa Kheng, Chang Yun Ping & Azhar Hussin. (2011). Membantu murid menguasai lambang not dengan nilainya. (kajian tindakan tidak diterbitkan). Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Sarawak. Estrella, E. (2005). The kodaly method: A primer. Dilayari pada 2 Februari 2018 daripada http://musiced.about.com/od/lessonplans/p/kodalymethod.htm Greata, J. (2006). An introduction to music in early childhood education. New York: Thomson Delmar Learning. Hackett, P. & Lindeman, C.A. (2007). The musical classroom: Backgrounds, models, and skills for elementary teaching (Edisi Ketujuh). New Jersey: Pearson Education. Halimatussaadiah Salleh, Badrul Hisham Ismail, Ahmed Nasir Abdul Muthalif & Izzah Abu Bakar. (2015). Murid dan alam belajar. Selangor: Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd. Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2016). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku (Edisi Kedua). Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Hall, A.C. (2005). Studying rhythm (Edisi Ketiga). New Jersey: Pearson Prentice Hall Harris, M. (2009). Music and the young mind: Enhancing brain development and engaging learning. Maryland: Rowman & Littlefield Education. 22
Gudmundsdottir H. R. (2010). Advances in music reading. University of Iceland: School of Education. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013a). KSSR Panduan Pengajaran Pendidikan Muzik Tahun 4. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013b). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Muzik Tahun Empat. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Lee Waui Sam. (2011). Meningkatkan pembelajaran corak irama lagu melalui pendekatan Kodaly bagi murid-murid tahun 4. (kajian tindakan tidak diterbitkan). Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan. Mohd Fuad Sam, Maszuria A. Ghani, Mohd Zain Kosnon, Marina Abdul Majid & Wan Noor Siah Wan Abdullah. (2014). Falsafah dan pendidikan di Malaysia. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Moreno & Mayer. (2002). Psychology of learning motivation, advance in research and theory. Oxford University Press. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Wong Kiet Wah. (2010). Asas kepimpinan dan perkembangan professional guru. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid. (2014). Budaya dan pembelajaran (Edisi Kemaskini). Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Othman Lebar. (2011). Kajian tindakan penyelidikan: Teori dan amalan. Perak: Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2014a). Pengantar pengajian profesional. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2014b). Budaya dan pembelajaran (Edisi Keempat). Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Yap Choon Theng. (2015). Meningkatkan kemahiran menepuk corak irama krocet dan kuaver dengan menggunakan teknik gambar serta suku kata dalam kalangan murid tahun 4 Jujur. (kajian tindakan tidak diterbitkan). Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan. Zaiton Mohamad, Lee Chai Huat & Nik Rozalind Nik Hassan. (2013). Buku Teks Pendidikan Muzik Tahun 4 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
23