Kehidupan pelajar kejuruteraan yang terlibat secara langsung dalam dakwah o
Permasalahan sekolah lama
o
Permasalahan kampus
o
Menangani masalah batch
o
Dalam masa sama, kelompok Jemaah sendiri tidak kemas
o
Hati pula berbolak balik. Diuji dengan teruk.
Dalam masa yang sama masuk bidang yang sibuk. Reminder. Sebab menulis: o
Sebar fikrah
o
Bangkit semangat
o
Bina peribadi
o
Beri penjelasan
Elemen penting: o
Pastikan fikrah jelas sepanjang penulisan
o
Kekalkan gaya penyampaia penyampaian n
o
Fahami tabiat pembaca
o
Istiqamah menulis
Tahapan Penulisan Faham, Ikhlas, Amal, Jihad, Korban
Motivasi: “Satu peluru hanya mampu menembusi satu kepala, tapi satu tulisan bias mampu menerobos ribuan kepala”-Syed kepala”-Syed Qutb
Plot: Asal sekolah tahfiz
“aku dah terlampau penat fikirkan masalah orang lain. Malu pun ada bila orang nampak kelompok kita sendiri cacamarba” Saat ni, aku mula keliru. Apa natijah dakwah sebenarnya jika hasilnya pengabaian kepada mad’u terdekat. T.T Panggilan masuk. Terpampang nama Ustazah Hajrah di skrin. “Luqman, boleh tolong bagi ceramah untuk adik-adik dekat MTS?” Buntu seketika. “21 haribulan ni. Hari Selasa” Aku masih ingat perbualan haritu. Aku terpaksa tolak bukanlah disebabkan tak bersedia namun waktu tu aku dalam proses menyiapkan beberapa perkara persatuan. Dan perkara itu menyebabkan aku bersalah dengan pihak sekolah. Sekolah yang melahirkanku. Kali ni aku tekad untuk datang ke sekolah. Ingin sekali berbincang kembali dengan Teacher Nazrah perihal sekolah. Setidaknya, ada benda yang dapat ku sumbang. Setibanya di sekolah, aku dan beberapa sahabatku dipertemukan terlebih dahulu dengan Sir Norhisyam. “Hah, kebetulan datang ni, buat pengisian lah kat pelajar form 5 ni. Sir dah lama fikir nak buat macamana kat pelajar ni. Taknak dengar sangat dah cakap bapak tiri dorang ni” Darah kami tersirap. Haha. Apa yang tak nya, hajat datang hanya untuk berbincang langkah seterusnya tapi tetiba terus diberi tugas. Aku menerawang. Jauh sekali. Allah, adakah ini perancangan-Mu? “Ok sir. Baiklah” Ok jum! Sir nak kumpul semua pelajar dulu. Lepastu kamu semua masuk. Slot ringkas aku gunakan sebaik mungkin untuk menilai mereka. Selesai slot, aku merasakan beberapa perkara kembali memberati kepala aku. Pelajar sekolah aku ke ni? Heh. Bungkam. Selesai solat Zuhur, aku terus naik ke bilik guru kaunseling. Berjumpa teacher Nazrah sepertimana yang dirancang pada awalnya. Sebelum menerima tugasan di pertengahan jalan. “Luqman, awak apa khabar?”, ceria sekali mukanya. Panjang perbualan awalnya memandangkan amat lama sekali tidak bersua. “Teacher, macamana perkembangan sekolah?”, aku masuk kepada tajuk perbincangan.
Kali ni, nada bertukar serius. Mata teacher kelihatan berat sekali. Bukannya kerana mengantuk. Namun mungkin ada beban lain yang tertanggung. Kita sekolah kita ada tujuan kita sendiri. Kita ada 3 elemen yang perlu dicapai. 1- Menjadi bijak 2- Menjadi orang baik 3- Menjadi orang yang boleh memberi sumbangan Jadi kita semua perlu sedar benda ni. Kita bukan semata nak yang baik. Bukan nak yang cerdik sahaja. Tapi kita mahu kesemuanya. Biar orang boleh menumpang kebaikan dari kita. Titik akhir nanti bertemu Tuhan kita. Allah. Aku terus merasa semakin berat. Dalam hati aku, makin bertempur antara kehendak diri dan tanggungjawab. Aku punya tanggungjawab di kampus. Di rumah. Dalam persatuan. Dengan kawan-kawan. Dengan sekolah. Mana kamu hamba Tuhan? Apatah lagi yang bernaung dibawah title seorang pelajar agama. Seorang pelajar tahfiz. Disaat dunia memerlukan kamu, semuanya ber’halimunan’. Tidak punya jejak lagi. Dakwah ‘Meme’ Aku terbaca beberapa perbincangan para asatizah mengenai method dakwah sekarang yang kian lengai. Entah mengapa. Aku turut merasakan perkara yang sama. Bukanlah bermaksud aku ingin menidakkan sumbangan dakwah tersebut namun aku risau bila mana perkara yang sepatutnya serius juga dibawa dalam bentuk sarcastic, dalam bentuk yang kelakar. Maka apa impak yang kita inginkan sebenarnya? Dakwah ini sebenarnya bagus untuk menyentuh hati dan jiwa yang baru berjinak dengan Islam. Wujudnya perkataan “deep”, “headshot”, “jatuh kerusi” dan bermacam gaya lagi. Kita semua sepatutnya faham bahawa tidak semua perkara perlu dibawa dengan perkara tersebut. Bahkan bagi sesiapa yang telah punyai ruh, maka beralihlah. Dalami agama secara lebih khusus. Bukan secara sarcasm, meme. Sudah tiba masanya mendalami aspek agama hingga ke isinya, bukan setakat menyentuh kulit yang entah kan berisi, entahkan tidak. “Satu cara nak akhiri kapel ialah dengan mengatakan kita akhiri kapel kita dengan tasbih kaffarah dan surah al-‘asr” Kedengaran sarkastik sekali bukan? Mungkin ada yang menilai secara positif tapi masalahnya, mengapa perkara haram dan sensitif sebegini masih dibawa dengan nada mainan?
Cuba tukar kapel tu kepada rogol, makan babi dan hal-hal lain nescaya kalian akan mendapati bahawa post tersebut jauh lagi dahsyat dari perbahasan tahlil. Victim Mentality Pagi itu, usrah aku berjalan seperti biasa. Menyambung perbincangan lepas berkaitan tasawwur tarbiyah. 7 orang daripada kami memberi gambaran masing-masing. “Siapa dah ready jadi naqib untuk usrah baru lepasni?”, naqib kami melontar pertanyaan. Dan adalah 2, 3 orang dalam kalangan kami yang kelihatan membantah. “Tak ready lagi lah bang” “Ana ni tak cukup ilmu nak sampaikan” “Ana ni pendiam. Takut hambar usrah nanti” Beberapa alas an yang diberikan. Ya Allah. Aku sayang mereka semua. Kuatkanlah kami di jalan-Mu. Aku teringat satu masalah yang dikongsi oleh pensyarah aku. Mengenai mentaliti mangsa. Katanya, Ustaz Dahlan, seorang murabbi tarbiyah p ernah berpesan, tarbiyah yang terus menerus diikuti tanpa diiringkan dengan proses dakwah akan melahirkan pengikut yang mandul. Sebab itulah, tarbiyah tanpa dakwah hanyalah sia-sia. Oh ye, kenapa mentaliti mangsa? Mangsa ni lumrahnya mereka mahukan kelompok atau individu lain menyumbang untuk mereka. Sumbang harta, makan minum dan sebagainya. Mereka tak meletakkan diri mereka pada posisi pihak pemberi. Pemikiran mereka adalah sebagai penerima, bukan pemberi. Kita perlu keluar dari mindset ini. Dunia sekarang sudah memerlukan kita menjadi murabbi, bukan selamanya mutarabbi, yang sentiasa mahu dilayan dan diberi sesuatu. Kita sendirilah yang perlu bergerak dalam kerja dakwah. Yang bersedia untuk terus berjalan walaupun tiada siapa disisi. Pensyarah aku menyambung bahawa Saidina Abu Bakar sendiri ketika mana telah menerima seruan dakwah, terus menggembleng tenaga dalam melahirkan kader baru yang berkualiti. Beliau tak seali-kali menunggu untuk menjadi seorang muslim yang sempurna. Dan tak sekali kali meminta Rasul untuk sentiasa disisinya. Sahabat, selama kita tidak memberi, selagi itulah kita tak merasakan kesan tarbiyah dalam diri. Selagi mana kita tidak memberi, selagi itulah kita terus k abur dengan masalah umat. Normalisasi Ustaz Abdullah mengajak aku dan kawan-kawan ke program ceramah. Aku merasa tertarik dengan tajuk malam tu. “Normalisasi”. Something catchy. Tapi apakan daya aku terlibat dengan aktiviti persatuan waktu tu. Apapun, aku sempat Tanya Ustaz Abdullah akan maksud disebalik tajuk tu. “Normalisasi ni satu keadaan dimana sesuatu perkara tu dilihat perkara biasa. Sedangkan boleh jadi perkara tersebut adalah salah disisi Islam”
Fuh. Benar. Banyak sekali berlaku normalisasi dalam kalangan kita semua. Menipu tak lagi dirasakan benda yang salah. Pergaulan lelaki perempuan dilihat sebagai perkara normal dan lazim. Solat di akhir waktu sudah menjadi satu rutin harian. Iya. Begitu sekali normalisasi. Dari sekecil kecil perkara hingga sebesar besar perkara. Namun semuanya dilihat kecil di mata kita. Ataupun mungkin tak terlihat langsung. Hm. Mungkin. Ukhuwah Tonggak Tarbiyah “Luqman, dah settle masalah ukhuwah grup enta?” Aduh. Aku rasa bagai ditampar awal pagi lagi. Sungguh, persoalan ini amat sukar bagiku. Masakan tidak, pelbagai masalah yang timbul boleh dikaitkan dengan ukhuwah. Entahkan hidup entahkan tidak makhluk bernama ‘ukhuwah’ ini dalam kalangan kami. Banyak modul berkaitan ukhuwah. Namun bilamana ia dinamakan modul, sejauh manakah kesannya. Teori pula? Hm. Ramai sekali yang boleh mahir bab teori. Kita perlu begini, kita tak boleh begitu. Daie ‘Touching’ “Ikut la kau nak kata apa kat aku. Kamu semua tak faham aku macamana.” Tujuan Hidup dah settle? “Kau ahli penggerak tarbiyah sekalipun, tapi kalau tak pergi kelas, malu syeikh” “Bab solat Jemaah ni, sapa-sapa pun perlu settle. Tak semestinya geng badan dakwah syeikh” Masalah vs Solusi Waktu aku ke sekolah, aku pernah ditanya oleh seorang pimpinan. “Abang, macamana kita nak settle kan masalah tarbiyah pelajar-pelajar ye?” Tak Adil dalam Menilai Aku berada dalam kelompok pelajar beragama dan juga dalam masa sama bergiat dengan sahabatsahabat yang baru bertapak dalam perkara k egamaan. Jauh bezanya mereka menilai agama Islam. Orang agama, biarpun faham namun kebanyakan dari mereka tidak menghargai nilai sebenar setiap perbuatan. Bila mana sambut Ramadhan, tak jauh beza dengan bulan lain. Kerana mereka tak merasakan ia berbeza. Lain impaknya dengan masyarakat awam.
Didiklah Hati, Didiklah dengan Hati “Nak didik hati, kena dengan hati”, kata ustazah Syafa ni aku memang minat. Selalu je diulang-ulang. Kaitkan dengan ayat “illa man ata Allah biqalbin salim”. Gopoh “Wakana al-insanu ‘ajulaa”. Allah berfirman dan mengatakan bahawa manusia ni gopoh. Aku teringat zaman kat sekolah. Biasalah sekolah agama negeri kan. Kurang sikit part kewangan, sistem ni. Jadi pelajar baya aku mesti bandingkan dengan sbp, mrsm. Macam-macam lah perbandingan yang dibuat. Tapi aku sedar sebenarnya bahawa semua tu kehendak biasa. Yang tak berapa betul sangat pun. Sebab kami lupa bahawa Allah ada sebenarnya. Dia ada perancangan dan hikmah atas setiap perkara. Teruskan Pagi ni, aku sedikit bisu. Biasalah. Bila keadaan macamni, mesti sebab dalaman aku tengah berperang. Kali ni, aku masih keliru. Mana satu aku perlu settlekan dulu ni. Banyak sekali masalah. Cuti sem menghampiri. Tapi ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan selewatnya sebelum tamat cuti. Paling banyak adalah perancangan persatuan sem depan. Mahasiswa dan Dakwah “Cik, masuk kampus nanti, fokuskan belajar. Tak payah terlibat sangat persatuan ni. Biasa banyak kerja luar kumpulan ni”. Aku masih ingat lagi. Bicara ayah aku waktu naik kereta sebelum masuk pendaftaran. Lembut sekali intonasi ayahku. Apa Hasil Kerja Kamu? “Ustaz nak tanya, setakat yang kamu sibuk ni apa yang kamu dah dapat? Maksud ustaz, benda yang kamu perjuangkan tu.” “Kamu je terasa kamu buat kerja banyak tapi sebenarnya takda hasil pun. Sebab perancangan kamu tak kemas.” Benarlah kata hikmah, “Kebenaran yang tak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang bersistematik” Memilih dalam Menegur
Kebetulan waktu menulis kali ini, timbul isu coklat Cadbury yang mempunyai kandungan babi. Maka ramailah yang berdiri melenting. Tak kurang juga wujudnya NGO yang mengeluarkan kenyataan pelik pelik. “Macamana nak samak daging kami ni” “Kita kena tukar darah kita” Kenyataan ini kedengaran melucukan tapi dalam satu aspek berbeza, kita sepatutnya berasa gundah. Mengapa solusi yang kita datangkan terlampau kuno dan tidak punyai nilai Islam. Ini bahana bila berbicara tanpa kefahaman. Dahsyat bila ramai sekali yang melenting bab ni. Tapi bagaimana pula kesedaran dalam bab-bab lain? Soal aurat contohnya. Oh ye, pasal babi tadi, kena samak. Samak dengan taubat. Taksub “Enta sebagai presiden kena pastikan benda ni. Kalau dia tak bersama kita, maka dia juga tak boleh bersama dengan yang lain” Terus terang, disaat aku mendengar hujah ini, aku berasa teramat sedih. Mengapa diatas kerencaman umat yang kian teruk, kita masih memilih dalam mentarbiyah? Aku menyuarakan perkara ini kepada Ustazah Syafa. “Luqman, tarbiyah ni untuk siapa?” Aku hanya bungkam. Memendam rasa dan pendapat. “Dakwah sebegitu adalah dakwah irihati, dengki. Islam tak ajar macamtu. Tarbiyah ni untuk semua orang. Merentasi kaum, umur, jantina, persatuan dan lain-lain”. Iya. Aku tenang sekali saat mendengar ucapan tersebut. Sekaligus menghilangkan 1001 salah sangka aku terhadap konsep dakwah yang diamalkan. Pelik kan. Kita berbicara mengenai dunia yang semakin tenat. Umat yang semakin hilang arah tuju. Namun disaat kita mempunyai peluang untuk menyebarluaskan dakwah kita, ia terhalang. Terhalang oleh perasaan cemburu. Biarpun kita seagama.
Benar. Kita adakalanya perlu bertegas dengan prinsip. Tapi prinsip itu perlu dimanifetasikan dengan ajaran sebenar. Agar kita tak berkeras dengan perkara yang sebenarnya salah. Lagi teruk jika kita menyangka bahawa kita benar. Sifat Buruk Iblis Malam tersebut, aku mengikuti ayahku ke masjid. Muda sekali penceramahnya. Aku menilik diri. Malu sekali. Aku ini apatah mampu atau tidak menyumbang ilmu. “Kita jangan sesekali keluar masjid nanti bila mana ternampak kelompok-kelompok di kedai, kita mula membuat persepsi. Dia ni tak solat, buang masa dan macam-macam lagi lah. Kita waktu tu kita merasakan bahawa kita berada pada satu tahap yang lebih tinggi. Kerna kita telah solat Jemaah di masjid. Siap dengar ceramah lagi. Jangan.” Allah telah berfirman dalam surah… Aku acapkali ketikamana bersama kumpulan ku, melihat individu-individu yang sentiasa menuding jari. “Kau ni begini, begini…” Bersatulah Kelompok Agama Aku dah amat terbiasa
Masalah. Masalah. Dan masalah. Apa yang aku hujahkan, banyak. Namun percayalah bahawa masih banyak lagi yang belum tersenarai. Itu masalah marhaen, masyarakat keseluruhannya. Cuba pula buat list masalah kita sendiri. Bermula dengan dalaman sendiri seterusnya kehidupan dirumah dengan ibu bapa, adik beradik. Beralih pula kepada kehidupan dengan sahabat, teman dan hinggalah akhirnya dengan masyarakat. Banyak bukan? Sebab itulah aku sentiasa termenung. Monolog hati sentiasa menghalang aku untuk berfikir perihal masalah orang lain. Terus terang, ia perkara yang berat. Dan akan memberatkan kepala si pemikir. Solusinya? Aku sebenarnya dahagakan pemuda yang sedar dengan perkara ini. Bahawa masih banyak benda yang kita perlu capai sebenarnya. Sebelum kita dikatakan layak untuk menghuni syurga Allah Azza wa Jalla.
Imam Hasan al-Banna penah berkata, “berikan aku pemuda nescaya kami akan menakluki dunia dengannya” Allah. Aku sedih ya Allah. Adakah telah wujud hati yang telah mampu ku sentuh ya Allah. Yang mana hati ini mampu pula membawa hati-hati lain kepadaMu. Masih jauh perjalanan kita…