PENGENALAN
Sistem penghantaran ialah satu rangkaian penghantaran kuasa dari enjin ke roda untuk menggerakkan kenderaan. Ia merupakan gabungan beberapa komponen asas seperti syaf putar,syaf pandu, kotak gear,klac,unit kerbeda dan sendi universal. klac mempunyai 3 fungsi utama:Memutuskan penghantaran kuasa semasa kenderaan hendak berhenti tetapi enjin tetapi enjin masih hidup untuk mengelakkan enjin turut sama terhenti apabila kenderaan berhenti. Memutuskan sementara penghantaran kuasa dari enjin dari enjin ke roda semasa penukaran gear untuk mengelakkan daripada kerosakan sistem transmisi. Menyediakan sedikit gelinciran apabila mula bergerak daripada gear satu untuk mengelakkan enjin daripada terhenti akibat kilasan akibat kilasan yang kurang mencukupi semasa kelajuan enjin rendah. Antara fungsi gear adalah seperti seperti berikut:
Untuk mendapatkan kelajuan yang berbeza berbeza dan sesuai sesuai mengikut keadaan dan beban pada kenderaan Menghasilkan daya kilas tambahan untuk mendaki bukit Membolehkan enjin hidup hidup tanpa kenderaan bergerak dengan gear dalam keadaan neutral Mewujudkan gear maju, undur dan bebas
Terdapat pelbagai jenis-jenis system penghantaran kuasa seperti sistem penghantaran automasi manual(AMT), sistem penghantaran automatik(ATF) dan sistem penghantaran boleh laras(CVT).
KOMPONEN-KOMPONEN SISTEM PENGHANTARAN KUASA
KOTAK GEAR
Kotak gear terdiri daripada rangkaian gear yang terkandung dalam satu kotak dan dipasang selepas pepasangan klac. Fungsi gear:- untuk mendapatkan kelajuan yang berbeza dan sesuai mengikut keadaan dan beban pada kenderaan. - mewujudkan gear maju, undur dan bebas - menghasilkan daya kilas tambahan untuk mendaki bukit
SYAF PUTAR
Fungsi syaf putar ialah menghubungkan kuasa yang dihasilkan oleh enjin melalui kotak gear ke unit kerbeda seterusnya ke roda selain menghubungkan kuasa yang dihasilkan oleh enjin melalui kotak gear ke unit kerbeda seterusnya ke roda. Seterusnya, kotak gear pula terdiri daripada rangkaian gear yang terkandung dalam satu kotak dan dipasang selepas pemasangan klac.
SYAF PANDU
Fungsi syaf pandu ialah menghantar kuasa dari enjin melalui unit kerbeda bagi memusingkan roda hadapan.
KLAC
Fungsi klac ialah menyambung dan memutuskan kuasa dari enjin ke sistem penghantaran supaya: - penukaran gear dapat dilakukan dengan mudah dan lancar - membolehkan kenderaan mula bergerak dengan lancar - membolehkan enjin terus hidup semasa kenderaan tidak bergerak dan gear tidak berada dalam kedudukan neutral dengan cara menekan pedal klac
UNIT KERBEDA Fungsi untuk membezakan kelajuan pusingan roda semasa kenderaan membelok. Apabila kenderaan membelok,kuasa bebanan adalah berbeza dan menyebabkan gear matahari sebelah dalam mempunyai lebih rintangan. Oleh itu gear planet akan memusingkan gear matahari yang kurang rintangan dan hanya bergolek pada yang banyak rintangan. Ini menyebabkan roda belakang sebelah luar berpusing lebih pantas daripada roda sebelah dalam.
JENIS-JENIS SISTEM PENGHANTARAAN KUASA
Sistem Penghantaran Automasi Manual (AMT) Sistem penghantaran manual sering digunakan oleh kenderaan lama. Sistem ini juga merupakan yang pertama dihasilkan berbanding dengan sistem penghantaran kuasa yang lain dan ianya juga digunakan sehingga sekarang. Kelebihan sistem ini pula ialah dapan memberi kecekapan semasa memandu, mudah diselenggara dan mengurangkan kos penyelenggaraan. Sistem ini adalah sistem transmisi automotif yang memerlukan pemandu sendiri menekan injak klac dan menukar gear secara manual. Dari segi pemilihan gear, transmisi manual boleh dibahagikan kepada dia iaitu:-
transmisi manual konvensional (seperti yang digunakan pada kereta) yang membolehkan pemandu menukar pada mana-mana posisi gear pada bila-bila masa
transmisi manual berjujukan (seperti yang digunakan pada motosikal ) yang hanya membenarkan pemandu menukar gear mengikut urutan (gear lebih rendah atau lebih tinggi).
Transmisi Manual Konvesional
Transmisi Manual Berjujurkan
Sistem penghantaran Automatik (ATF)
Penghantaran automatik adalah sistem kotak gear automotif yang boleh menukar gear secara automatik semasa kenderaan sedang bergerak tanpa memerlukan pemandu untuk menukar gear secara manual. Pada awalnya, kereta dengan penghantaran automatik kurang berkuasa, mempunyai kadar pecutan yang lambat, mempunyai nisbah gear yang sedikit serta tidak menjimatkan minyak berbanding penghantaran manual, namun kemajuan teknologi automotif telah menjadikan penghantaran automatik kini lebih menjimatkan minyak. Sungguhpun demikian, penghantaran automatik masih tidak dapat menandingi penghantaran manual dari segi kecekapan kuasa, pecutan, kelajuan maksimum dan penjimatan minyak. Penghantaran automatik dikendalikan dengan hanya menggerakkan tombol gear ke posisi tertentu. Sesetengah model kenderaan dengan penghantaran automatik pula menggunakan butang-butang bagi menggantikan tombol gear, sekaligus menjimatkan ruang. Posisi bagi mod penghantaran automatik disusun mengikut format P-R-N-D-3-2-L, sama ada dari kiri ke kanan ataupun dari atas ke bawah. Enjin boleh dihidupkan semasa dalam posisi P ataupun N sahaja.
Sistem Penghantaran Kuasa Boleh Laras (CVT)
Transmisi boleh laras berterusan (CVT) adalah sejenis sistem transmisi yang boleh menukar tanpa langkah melalui suatu bilangan nisbah gear berkesan yang tak terhingga antara nilai maksimum dan nilai minimum. Ia bertentangan dengan transmisi mekanikal lain yang hanya membenarkan beberapa bilangan nisbah gear tertentu untuk dipilih. Keanjalan CVT membolehkan aci pacuan untuk mengekalkan kelajuan sudut yang malar melalui satu banjaran kelajuan keluaran. Ia mampu menghasilkan penggunaan bahan api yang lebih baik daripada sistem transmisi lain dengan membenarkan enjin berjalan pada putaran seminitnya (RPM) yang paling cekap pada satu banjaran kelajuan kenderaan. Sistem penghantaran kuasa ini merupakan yang terbaru dan sering digunakan untuk kenderaan mewah. Tidak ketinggalan juga kenderaan Malaysia seperti proton Aspira juga menggunakan sistem penghantaran boleh laras.
Kebaikan sistem ini ialah sistem transmisi ini boleh memampas untuk mengubah kelajuan kenderaan, membenarkan kelajuan enjin dikekalkan pada tahap kecekapan mekanikal kemuncaknya. Ini menambah baik penjimatan bahan api. Sistem ini beroperasi dengan lancar kerana tiada penukaran gear yang boleh menyebabkan kejutan gear. Kos pembinaan kotak gear CVT juga lebih murah berbanding kotak gear lain.
JENIS-JENIS KEROSAKAN DAN SEBAB
Klac Simptom
Sebab kerosakan
Tindakan
- Klac tergelincir
-Plac klac haus.
-Tukar minyak klac.
-Plac klac berminyak
-Servis atau tukar plat klac.
-Pegas plat tekanan lemah.
-Tukar plat klac
-Hab plat klac longgar.
-Tukar hab plat klac.
-Pegas klac lemah atau patah.
-Tukar pegas klac.
-Galas pelepas haus atau
-Tukar galas pelepas.
-Klac hingar
melekat.
Kotak Gear Simptom Sukar menukar gear
Kotak gear hingar
Sebab kerosakan -Tiada gerak bebas injak klac
Tindakan -Laras gerak bebas injak
-Klac tidak bebas sepenuhnya
-Laras gerak bebas
-Minyak kotak gear kurang -Minyak gear kurang
-Tukar penyegerak -Tambah minyak
-Galas haus atau rosak
-Tukar galas
-Kehausan atau kerosakan pada gear cantuman malar
-Tukar gear cantuman malar
CARA-CARA MENSERVIS
1.
Menanggal, menservis,memeriksa dan memasang klac
I. II. III. IV. V. VI. VII. VIII. IX. X. XI.
2.
Mengeluar dan memasang syaf pacu roda hadapan I. II. III. IV.
3.
Tanggal dan keluarkan kotak gear dari enjin. Buka bolt disekeliling perumah klac. Tanggal pepasangan klac dari roda tenaga. Periksa kerosakan permukaan roda tenaga. Periksa galas pandu klac pada roda tenaga. Periksa kerosakan dan kehausan plat tekanan klac dan jejari pegas gegendang. Tukar jika rosak. Periksa kerosakan dan kehausan plat klac dan galas pelepasan. Tukar jika perlu. Pasang semula pepasangan klac dengan menggunakan aci pandu untuk menjajar lubang plat klac dengan lubang roda tenaga. Gunakan perengkuh daya kilas dan ikat bolt perumah klac mengikut spesifikasi. Bolt hendaklah diikat secara menyilang. Pasang semula kotak gear pada enjin.
Longgarkan bolt bahagian dalam sambungan halaju malar dari punting syaf kotak gear. Pisahkan sambungan berbola dari pengumpar stereng dengan penanggal sambungan berbola( pickle fork). Keluarkan aci pacu luar dari hab pengumpar. Pegang di kedua-dua sambungan halaju malar pada bahagian perumah semasa hendak mengeluarkan aci pacu.
Mengganti dan menservis sambungan sendi halaju malar
I. II. III. IV. V. VI. VII.
Tanggalkan kelip lengkung Ketuk perlahan-lahan untuk mengeluarkan sambungan halaju malar. Tanggalkan kelip dan tukar dengan yang baharu sebelum memasang sambungan semula. Condongkan sangkar untuk mengeluarkan bebola. Periksa kehausan dan kerosakan bahangian sambungan luar sambungan halaju malar. Bubuh gris khas sebelum memasang but getah. Perlu ditukar sekiranya rosak. Bubuh gris khas di bahagian spider dan dalam perumah dan pasang semula mengikut tanda jajaran.
KESIMPULAN
Sistem penghantaran kuasa ada kebaikanya dan ada juga keburukanya. Keburukan ini dapat diatasi melalui jurutera-jurutera yang berkemahiran tinggi dalam bidang Kejuruteraan. Malah, dapat meningkatkan teknologinya mengikut semasa ke semasa. Sebagai contoh Sistem penghantaran kuasa yg pertama dihasilkan iaitu sisem penghantaran kuasa manual. Kemudian jurutera telah menghasilkan pula Sistem penghantaran kuasa automatik dan yang terbaru iaitu sistem penghantaran kuasa boleh laras. Walaupun sistem penghantaran kuasa ini telah ditingkatkan teknologinya, namun masih lagi mempunyai keburukanya dan masalah yang dihadapi oleh pengguna. Oleh itu, Para jurutera-jurutera perlu meningkatkan kemahiran dalam bidang ini agar masalah itu dapat diatasi.