1 Teknik marketing percuma yang akan buat pelanggan Beli apa sahaja produk yang anda jual. (Boleh gunakan di Facebook atau laman web. Atau, suka hati anda)
Oleh: Aqif Azizan (Co-Founder, Write to Wealth Alliance Sdn Bhd) www.writetowealth.my
Cerita 30,000 bakal pembeli Cerita ini berlaku apabila Noah Kagan (Pengasas App Sumo) ingin lancarkan produk beliau iaitu Monthly1k.com. Secara ringkasnya, apa yang produk ini buat adalah: 1) Bantu pembeli untuk mulakan bisnes startup. 2) Bantu pembeli untuk jelas dengan matlamat dan tindakan yang perlu dilakukan, untuk buat bisnes banyak duit. Beliau mempunyai jumlah subscriber emel sebanyak 30,000 orang. Sama juga seperti ramai usahawan online, kita anggap sekali klik dan hantar kepada 30,000 orang ini... Semua masalah akan selesai. Beliau pun begitu. Lalu beliau pun hantar emel kepada 30,000 orang. (Dengan harapan ribuan orang akan berebut-rebut untuk dapatkan produk Monthly1k.com ini)
Gagal
Hanya 1% yang beli. ;(
!
Apa yang berlaku? 1) Walaupun beliau sudah terkenal dan dapat kepercayaan yang tinggi daripada pelanggannya, jumlah unit yang terjual SANGAT MENDUKACITAKAN. 2) Hanya 1% daripada 30,000 (300 orang) sahaja yang beli. 3) 99%... Pergi mana? :( Ini yang buatkan Noah Kagan geram dan mahu bereksperimen. Beliau mahu tahu punca yang menyebabkan conversion rate beliau sangat merosot. (Walaupun beliau terkenal sebagai pekerja nombor 30 Facebook, dan berjaya membantu Mint.com dapatkan 100,000 pelanggan, kemudian dijual dengan harga USD170 juta).
Jalan penyelesaian – Jangan buat split testing LAGI Bagaimana beliau cuba selesaikan masalah ini? Biasanya -- Kita akan buat split testing. Noah Kagan gelarkan cara ini sebagai, "Menambah alat ganti kereta ke dalam kereta Honda" dan ia ada kelemahannya yang tersendiri. 1) Walau apa jua alat ganti yang ditambah (sehebat mana pun), ia tetap kereta Honda. 2) Kalau kita mahu kereta yang laju, elegan dan nampak hensem seperti Tuan Aqif Azizan (Phuih!), terus beli sahaja kereta BMW 3 Series Coupe Special Edition. Jadi, beliau buat keputusan untuk TIDAK BUAT SPLIT TESTING seperti: 1) Tukar subjek emel. 2) Ubahsuai reka bentuk laman web.
1 Teknik marketing percuma 1 Teknik yang Noah Kagan buat (dan patut kita bagi perhatian 199.99%) adalah: "Tanya (survey) kepada pelanggan yang hampir mahu beli -Tetapi berhenti separuh jalan." Apa yang beliau lakukan langkah demi langkah? Langkah 1 - Beliau hanya emel orang yang: + Buka emel itu. + Klik pada laman web yang disertakan dalam emel itu. + Tetapi... berhenti separuh jalan (tidak jadi beli). Menurut beliau, ada beberapa ratus orang yang buat aktiviti ini. Maksudnya, ada beberapa ratus orang lagi yang berpotensi jadi pelanggan untuk produk Monthly1k.com beliau. (Siapa sanggup lepaskan pelanggan tercinta?) :)
Ambil & tiru cara ini Noah Kagan siap kongsikan secara detail bagaimana beliau buat teknik ini. Anda boleh klik sini & tiru 100%: http://okdork.com/firstdollar-survey
4 Soalan yang akan menentukan sales bisnes kita Kemudian, Noah Kagan tanya empat soalan kepada ratusan bakal pelanggan beliau. Empat soalan itu adalah: SOALAN #1 "Adakah anda minat untuk beli produk ini?" Pilihan jawapan: YA atau TIDAK sahaja. SOALAN #2 "Sila jawab soalan pertama dengan spesifik." SOALAN #3 "Apakah halangan yang menyebabkan anda takut untuk memulakan bisnes?" SOALAN #4
"Adakah perlu kami perlu berjoget dan rakam 1 video khas?" (Soalan nombor 4, saya sendiri pun masih pening kepala fikirkan kenapa beliau tanya begitu)
Setiap jawapan yang pelanggan beliau berikan dalam survey, Noah Kagan akan tapis.
Contoh kes Noah Kagan Contohnya, 1) Buang dan endahkan segala respon pelanggan yang tidak berminat untuk beli produk. Kata Noah Kagan, "I can't help people who don't want to be helped."
2) Beliau fokus pada jawapan untuk soalan nombor 2. 3) Kemudian beliau senaraikan mengikut prioriti, apa yang menyebabkan mereka tersekat dan tidak jadi beli.
4 Sebab pelanggan beliau tidak berani beli produknya Terdapat 4 sebab utama (ikut prioriti) iaitu: 1) Saya takut. 2) Adakah ia berkesan digunakan dalam negara saya. 3) Bagaimana untuk saya pastikan ia berkesan dan boleh membantu saya. 4) Saya gagal sebelum ini. Apa bezanya produk ini dengan produk lain?
5 Langkah gandakan jualan bisnes anda menerusi teknik survey ini Bagaimana beliau menggunakan 4 respon ini dan ubahsuai semua kempen marketing, untuk produk Monthly1k.com? PERTAMA -- Beliau gunakan bahasa yang pelanggan beliau gunakan. Laman web itu ditulis semula mengikut respon pelanggan sebelum ini. KEDUA -- Noah Kagan susun prioriti soalan yang menghalang minda pelanggannya untuk beli produk ini. Contohnya? Beliau jawab secara spesifik bagaimana "Orang yang takut untuk memulakan bisnes" boleh gunakan Monthly1k.com untuk musnahkan ketakutan mereka. KETIGA -- Beliau tambah maklumat yang sebelum ini tidak ada dalam laman web jualan. KEEMPAT -- Beliau kongsikan cerita tentang "The Failure Olympics" untuk musnahkan minda pelanggannya yang "takut gagal.” KELIMA -- Beliau tambah bantuan sokongan pelanggan dalam bentuk individu. Supaya dapat membantu pembeli semasa mengalami waktu sukar, selepas membeli produk ini. Ini adalah strategi yang beliau lakukan secara spesifik.
Ikut langkah demi langkah, dan berusaha untuk adaptasikan dalam bisnes anda. Semoga buat banyak duit. ;) - Aqif Azizan
Berapa anda sanggup bayar untuk ebook ini? Ia ditulis khas untuk membantu anda: 1) Dapat ramai pelanggan yang terlepas pandang. 2) Buat banyak duit. 3) Buat anda, sebagai pemilik bisnes seronok hari ini sebab sudah tahu ada cara lain, untuk tingkatkan sales. Jika ebook ini bermanfaat, dan anda mahu hargai hasil kerja tim Write to Wealth menghasilkan ebook ini, boleh lakukan perkara berikut: 1) Bankin atau transfer RM20. 2) Lakukan bayaran ke akaun berikut: Write to Wealth Trading (Maybank - 562508515927) 3) Guna emel
[email protected] jika online transfer. TOLONG JANGAN BAYAR KALAU TIDAK MAHU. TIADA PAKSAAN. (Kami sedang cuba teknik baru untuk hasilkan jualan. Bagi maklumat bermanfaat, kemudian baru minta duit. Itupun kalau tuan puan rasa berbaloi)
Anda ada bisnes? Mahu dapat lebih 1,000+ pelanggan setia tahun ini? Akademi Online Content Marketing Write to Wealth akan berusaha membantu anda mencapai impian ini.
(Ya, Tuan Aqif Azizan secara personal akan bantu. Sebab saya suka pelanggan saya buat banyak duit daripada saya) Boleh klik laman web di bawah & claim diskaun anda (Jimat RM999): http://www.writetowealth.my/online-content-marketing-academy