UMBANG DAN TUPANG 1. FUNGSI Fungsi umbang (stay) dan tupang (strut) ialah bagi memastikan tiang sentiasa berada dalam kedudukan tegak iaitu dengan menentang kekuatan tenaga yang terbit daripada daya tegang atas pengalir-pengalir dan kekuatan tenaga yang disebabkan oleh tekanan angin atau ribut keatas talian. 2. BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK UMBANG DAN TUPANG 2.1 Dawai Umbang a. Bahan – dawai keluli galvanized b. Grade 700 N/mm persegi (kualiti 45 ton) atau Grade 1150 N/mm persegi (kualiti 70 ton)
1 N/mm persegi = 145 lb/in persegi
c. Ukuran-ukuran yang boleh didapati dan data teknikal adalah seperti berikut: Bilangan lembar dawai/Garispusat dawai 7/2.0 mm 7/2.65 mm 7/3.25 mm
Beban Putus (KiloNewton – KN)
Beban Kerja (KN)
Berat Kg/m
15.4 27.0 40.65
6.16 10.8 16.26
0.17 0.30 0.46
d. Gunakan dawai umbang bersaiz 7/2.65 mm dan 7/3.25 mm grade 700 untuk sesalur utama dan dawai umbang bersaiz 7/2.0 mm untuk sesalur bekal (service). Dawai umbang grade 1150 N/mm persegi digunakan untuk talian aerial voltan tinggi.
2 2.2 KOMPONEN UMBANG Komponen-komponen umbang yang lain ialah: a. b. c. d. e. f. g.
Pengapit / Sepit umbang (stay bracket) Didal (thimble) Penebat umbang (stay insulator) Bebusar umbang (stay bow) Rod umbang dan Didal (stay rod and thimble) Pengancing putaran (turn buckle) Blok umbang kayu (stay wood block)
3. UMBANG MENGGUNAKAN ROD DAN PLET UMBANG Lihat rajah 4. UMBANG MENGGUNAKAN ROD DAN BLOK KAYU UMBANG 5. JENIS UMBANG DAN TUPANG a. b. c. d. e. f. g.
6. SAIZ Saiz pengapit / sepit umbang yang digunakan adalah mengikut bentuk dan saiz-saiz tiang elektrik. Tiang kayu berbentuk empatsegi manakala tiang spun konkrit berbentuk bulat, oleh itu bentuk pengapit umbang juga berlainan.
7. DIDAL Didal digunakan untuk: a. Senang membentuk dawai umbang semasa membuat sambat didal (thimble binding) b. Sebagai perlindungan bagi mengelakkan daripada dawai umbang patah apabila ditegangkan Saiz dawai 7/2.0 7/2.65 7/3.25 7/4.0
A mm 64
B mm 19
C mm 13
D mm 5
E mm 5
89
32
19
6
6
4
8. PENEBAT UMBANG a. Penebat umbang adalah komponen yang menghadkan tegangan dawai umbang. Tegangan kerja yang selamat bagi penebat umbang ialah 8.9KN (KiloNewton). Tegangan pecah penebat umbang ialah 22.25 KN. b. Penebat umbang digunakan juga untuk memisahkan diantara dawai umbang dibahagian atas dengan dawai umbang dibahagian bawah. Ia bertujuan untuk mengelakkan daripada pengaliran arus yang mungkin terdapat dibahagian atas dawai umbang daripada mengalir sehingga kebahagian bawah umbang.
5
9. BEBUSAR UMBANG DAN DIDAL a. Digunakan sebagai penyelarasan tegangan dawai umbang, saiz yang perlu digunakan hendaklah mengikut saiz rod umbang
6
10. ROD UMBANG Rod umbang digunakan untuk mendapatkan permukaan bumi yang lebih luas sebagai penahanan tegangan. Saiz-saiz yang terdapat ialah: a. 2.0 meter dengan garispusat rod 16mm b. 2.5 meter dengan garispusat rod 19mm Rod umbang 2 meter digunakan dimana keadaan tanah adalah kuat dan baik Rod umbang 2.5 meter pula digunakan dikawasan tanah lembut seperti tanah gambut atau paya, dan digunakan juga di umbang penolak luar.
7
11. PELIT UMBANG Digunakan sebagai penahan daripada rod umbang tercabut keluar dan untuk mendapatkan rintangan bumi.
12. BONGKAH KAYU UMBANG Digunakan sebagai pengganti pelit umbang. Bingkah kayu mestilah daripada jenis kayu keras tahan reput dan tanalised berukuran 100mm x 200mm x 1.2 meter panjang.
8
13. PENYELARAS BERPUSING (TURN BUCKLE) Digunakan pada umbang terbang sahaja untuk menyelaraskan tegangan dawai umbang terbang.
14. BINGKAI PENOLAK LUAR Digunakan hanya pada umbang penolak luar sahaja
9
BELITAN UMBANG 1. DIDAL Cara-cara belitan umbang diatas didal (thimble) digambarkan dalam fig. 1 2. PENEBAT Cara-cara belitan umbang diatas penebat umbang digambarkan dalam fig. 2 3. PEMBUMIAN BAHAGIAN ATAS TIANG Pada tiang kayu dan konkrit bahagian atas umbang mesti dibumikan
10
PEMASANGAN UMBANG 1.
PEMILIHAN UMBANG Bilangan umbang dan saiz umbang yang perlu digunakan untuk tiang sudut dan tiang punca boleh didapati daripada jadual pemilihan umbang.
2.
MEMILIH KEDUDUKAN UNTUK ROD DARI PLET UMBANG Apabila memilih kedudukan untuk umbang seboleh-bolehnya, sekiranya ruang mencukupi, jangkauan (spread) umbang hendaklah seberapa luas yang boleh. Pada kebiasaannya jangkauan umbang tidak melebihi 7.2 meter. Tanah yang dipilih hendaklah kukuh.
3.
JANGKAUAN UMBANG UNTUK UMBANG BERGANDA Apabila umbang berganda ditentukan, jarak diantara dua umbang tersebut ialah 2 meter. Jangkauan umbang didefinasikan sebagai purata jarak bagi dua umbang daripada tiang.
11
4. PENGGALIAN LUBANG UMBANG 4.1 Ukuran Lubang Umbang Lubang yang digali untuk umbang merupakan lubang empat persegi berukuran 0.6m lebar x 1 meter panjang x 150mm lebar lurah untuk rod umbang. 4.2 Tinggi Lubang dan Panjang Lurah Bagi jangkauan umbang yang diberikan tinggi lubang dan panjang lurah boleh didapati daripada carta umbang. Tinggi lubang dan panjang lurah telah dikira sedemikian rupa supaya apabila rod dan plet umbang dipasang, plet umbang akan terletak pada tinggi yang betul dan rod umbang tidak akan bengkok. 5. PEMASANGAN ROD DAN PLET UMBANG Setelah lubang digali, rod dan plet umbang diturunkan ke dalam tanah dan plet umbang ditukulkan ke dalam tanah dengan menggunakan pemukul tanah. 6. MENIMBUS SEMULA Setelah plet umbang dipasang, lubang ditimbus semula dan permukaan tanah diratakan dengan sempurna. 7. BELITAN UMBANG Setelah penimbusan, bebusar umbang (stay bow) dipasang. Dawai umbang kemudian dibelit diatas didal yang melekat kepada bow umbang. Ketegangan umbang boleh diselaraskan dengan memusing nat diatas rod umbang.
12 PENANGKAP KILAT 1. AM Penangkap kilat ialah alat kawalan untuk menghadkan voltan pusuan (surge voltage) atas perkakas dengan mengalirkan arus pusuan ke bumi. 2. KOMPONEN Ia mempunyai dua elemen yang berlainan yang bersiri diantara satu sama lain. a. Satu atau lebih spark gap direka bagi membolehkan sparking berlaku hanya pada voltan yang melebihi voltan maksima talian ke bumi bagi sistem itu. b. Satu blok valve diperbuat daripada silicon carbide. Rintangan blok valve ini menurun apabila voltan menaik. Dengan cara ini ia bersedia mengalirkan voltan pusuan yang tinggi tetapi memberikan rintangan yang tinggi pada voltan normal. 3. JENIS YANG DIGUNAKAN Dua jenis penangkap kilat yang biasa digunakan iaitu: a. b.
EMP LTX 30B ASEA XHL
Plastic bantu bagi jenis ASEA XHL putus secara otomatik apabila terjadi litar pintas kekal dalam alat penangkap kilat tersebut. 4. CARA PEMASANGAN Lihat rajah 5. TEMPAT DIPASANG Penangkap kilat dikehendaki dipasang dekat permulaan talian dan dibahagian akhir talian. Untuk talian yang panjang dalam kawasan dimana kilat sering berlaku, ianya dipasang pada tiang tampang (section pole) dan tiang tee off.