Siapa saya?
Terima kasih kerana sudi download dan baca ebook percuma ni. Nama saya Nurazianis Zulkefli. Pengasas produk Azanis Scar Serum ( Link Link)) dan Krim Jerawat Datang Bulan (Link (Link). ). Saya buat ebook percuma tentang Instagram Ads ni bagi membantu peniaga online di luar sana yang masih tidak tahu cara beriklan di Instagram. Tutorial ini sesuai untuk yang ada pengalaman buat iklan Facebook sebelum ini. Semoga bermanfaat untuk anda. SHARE-kan pada yang lain juga ya!
Perlu ke beriklan di Instagram?
Jika tanya pada Anis, Anis akan kata perlu! Sebab apa? 1. Ia medium yang ‘fresh’ untuk kita beriklan dengan cara lebih kreatif melalui gambar. Instagram Ads ni baru dilancarkan pada orang ramai pada awal Oktober baru ni. Jadi ia ‘ladang’ yang baru untuk semua ‘bercucuk tanam’.
2. Sebab kita buat iklan Instagram di platform Facebook. Maksudnya, kita boleh target siapa yang akan lihat iklan Instagram Ads kita. Caranya sama macam kita buat iklan Facebook sebelum ni. Cuma ‘ladang’ saja berbeza.
‘Fresh’ & ‘Targeted’, dua sebab ini saja dah cukup kukuh untuk kita cuba beriklan di Instagram!
Pastikan objektif anda betul!
Sama ada beriklan di Facebook mahupun di Instagram. Objektif yang betul akan pastikan anda sentiasa berada di jalan yang betul dan tidak kecewa di kemudian hari. 1. Beriklan di Instagram BUKAN untuk dapatkan jualan terus. 2. Beriklan di Instagram hanyalah untuk dapatkan DATABASE! Bila beriklan, sentiasa ingat yang kita nak kumpul DATABASE. Dalam konteks ni, kita nak kumpul nombor telefon supaya kita boleh close sale di Whatsapp. Jika anda tahu ini objektif anda, anda tidak akan kecewa bila ramai hanya whatsapp tapi tidak membeli terus. Sebab objektif anda beriklan dah tercapai. Close sale di Whatsapp adalah satu tajuk berbeza, seninya juga berbeza. Ini insyaAllah nanti akan saya kongsikan.
Langkah demi langkah. Langkah 1 Masuk dalam page perniagaan anda. Klik pada Settings.
Langkah 2 Di bahagian Settings ini, klik pada Instagram Ads
Langkah 3 Di bahagian ini, sila klik Add an Account.
Langkah 4 Di bahagian ini, sila pilih ‘Add an existing account’ jika anda dah ada akaun Instagram. Sila pilih ‘Create a new account ’ jika anda masih belum ada akaun Instagram.
Dalam contoh ni, Anis andaikan anda dah ada akaun Instagram. Isikan Username dan Password akaun IG anda.
Langkah 5 Selepas anda berjaya masukkan akaun Instagram anda, ia akan kelihatan seperti di bawah ini.
Langkah 6 Iklan di Instagram hanya boleh dibuat di Power Editor, bukan di Ads Manager. Jadi sekarang kita perlu masuk ke Power Editor. Sila klik link berikut untuk ke Power Editor. Link - https://www.facebook.com/ads/manage/powereditor
Jika anda masih bingung tentang apa itu Power Editor, berikut adalah link kepada semua persoalan tentang Power Editor yang disediakan oleh pihak Facebook sendiri. Link - https://www.facebook.com/business/help/162528860609436
Langkah 7 Seperti biasa, sila download dulu data ke Power Editor anda. Pilih akaun iklan anda dan klik Download.
Langkah 8 Sila klik pada ‘Create Campaign’.
Langkah 9 Pada saat ebook ini dibuat, tidak semua orang dah dapat fungsi Instagram Ads di Power Editor mereka. Jika anda masih tidak dapat lihat paparan seperti di bawah, besar kemungkinan anda masih belum terima fungsi ini. Jika anda dah ada, boleh teruskan membaca. Isikan nama Campaign anda di ruang yang disediakan. Abaikan Buying Type.
Berkenaan Objective, bagi Instagram Ads, hanya TIGA pilihan objective saja yang anda boleh pilih iaitu ‘Clicks to Website’, ‘Mobile App Installs’ dan ‘Video Views’.
Sekiranya anda ingin tarik trafik ke link website anda, anda boleh pilih ‘Clicks to Website’. Sekiranya anda ada ingin tarik pengguna Instagram untuk install mobile app anda sendiri, boleh pilih ‘Mobile App Installs’. Sekiranya anda ingin tarik pengguna Instagram untuk tonton video pendek anda, boleh pilih ‘Video Views’.
Dalam contoh ini, kita pilih ‘Clicks to Website’.
Teruskan dengan isi nama Ad Set dan nama Ad anda. Kemudian klik ‘Create’.
Langkah 10 Klik pada Ad Set seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.
Langkah 11 Isikan Budget, Schedule dan Audience sama seperti anda buat iklan Facebook macam biasa. Letak mengikut strategi anda.
Di bahagian Placement, anda perlu pilih Instagram. Sebenarnya, ini adalah perbezaan utama dalam membuat iklan Facebook dan iklan Instagram. Mudah kan?
Untuk Optimization & Pricing, anda boleh letak mengikut strategi anda.
Langkah 12 Sila klik pada bahagian Ads seperti gambar di bawah.
Langkah 13 Sila pilih page yang anda ingin gunakan. Selepas itu klik pada link seperti yang ditunjukkan. Facebook akan terus gunakan akaun Instagram yang dah kita daftarkan awal tadi.
Langkah 14 1. Sila letakkan URL website anda. 2. Sila letakkan ayat caption gambar iklan Instagram anda. 3. Sila upload gambar iklan Instagram anda. 4. Sila pilih button Call To Action anda.
Langkah 15 Selesai dah setting semua. Sekarang kita perlu klik button ‘Upload Changes’ seperti gambar di bawah.
Klik Continue.
Selesai! Sekarang anda baru saja siap buat iklan Instagram! Anda boleh lihat iklan anda di Ads Manager. Semuanya sama seperti anda analisa dan uruskan iklan Facebook biasa.
Di bawah ni Anis tunjukkan contoh iklan yang kita cuba buat di atas tadi.
Anis buat iklan bawah ni sebagai contoh untuk tunjukkan step by step buat iklan IG saja. Bawah ni bukan iklan terbaik, ada beberapa yang perlu anda masukkan lagi, termasuklah ayat Call to Action dan #. Sila rujuk bahagian seterusnya untuk 10 tips I nstagram Ads yang berkesan.
Tips buat iklan Instagram yang berkesan!
Anis nak share sikit beberapa tips untuk buat iklan Instagram yang berkesan. InsyaAllah. 1. Gunakan gambar yang TIDAK TERLALU nampak macam iklan. Instagram adalah tempat orang ramai suka tengok gambar yang nampak cantik. Gambar yang organik, maksudnya gambar yang nampak macam gambar orang biasa upload, bukan gambar iklan. Jika anda edit gambar dengan terlalu banyak grafik merapu, akan buat iklan anda lagi nampak macam iklan. Pengguna IG sama seperti di FB, mereka berInstagram untuk bersosial, lihat gambar yang cantik, bukan untuk membeli dan lihat iklan.
2. Cuba gunakan gambar yang ada paparkan pengguna sedang menggunakan produk. Jika produk anda adalah krim jerawat, cuba letak gambar yang ada seorang wanita yang selfie sambil wajahnya diletakkan krim itu. Jika produk anda adalah jus kesihatan, cuba letak gambar seorang pengguna sedang memegang botol dan menuangkan jus itu ke sudu. Jika produk anda adalah tudung, tangkap gambar model yang sedang pakai tudung anda. Jangan hanya letak gambar tudung yang diletakkan atas meja.
3. Pastikan gambar iklan anda ada Focal Point. Ini penting. Anda dah faham nak guna gambar yang tidak nampak macam iklan. Tapi anda terlupa sesuatu. Anda letak gambar produk dengan background yang sangat serabut. Contoh, ada gambar wanita sedang minum produk jus anda. Tapi background di belakang wanita tu, penuh dengan objek dengan pelbagai warna. Terus produk anda tenggelam dalam gambar. Lihat gambar di bawah, jelas kan gambar produk?
4. Pastikan gambar anda tidak serabut dengan teks. Jika ada teks, jangan letak teks yang terlalu mengarah prospek. Contoh, jika anda letak teks ‘Whatsapp sekarang! ’. Lebih baik anda letak satu ayat pendek yang fokuskan kelebihan produk anda. Biarkan ayat Call to action anda ada di caption gambar. Contoh, anda jual produk minyak lebatkan rambut. Letak ayat pendek pada gambar anda, ‘Rambut lebat, mudahnya!’.
5. Targeting mesti betul! Ini asas yang sama seperti Facebook Ads. Anda perlu kenal siapa target market anda. Siapa yang ada masalah yang produk anda cuba selesaikan, siapa yang sanggup bayar. Cuba kaji target market anda. Gambar dan ayat caption yang bagaimana dapat menarik perhatian mereka.
6. Jangan selalu tukar targeting setiap masa. Contoh, anda dah pilih satu target market ni. Anda baru cuba buat 1 iklan, kurang respon, anda terus tukar targeting. Ini agak kurang berkesan. Kenapa? Sebab biasanya orang ramai takkan terus beli lepas sekali nampak pasal produk kita. Mereka biasanya akan rasa nak beli lepas berkali-kali nampak iklan kita. Kalau kita sentiasa tukar targeting, iklan baru keluar sekali pada mereka, belum sempat minat membeli mereka timbul, kita dah tukar targeting lain. Fokus pada satu target market dulu, cuba dapatkan kekerapan/frequency yang agak tinggi, jika tiada respon juga, baru tukar targeting lain.
7. Tahu apa objektif anda dan pastikan ada ‘Call to Action’. Maksudnya, jika objektif anda untuk pastikan prospek Whatsapp anda, jangan lupa letakkan ayat Call To Action dalam caption gambar yang arahkan sedemikian. Tapi jangan arahan yang rumit, buat sesimple boleh. Contoh, ‘Minat? Whatsapp ‘KJHR’ ke 012-3456789!’ Jangan campurkan dua tiga arahan dalam satu iklan. Jika nak Whatsapp, fokuskan pada Whatsapp saja. Jangan suruh Whatsapp, pada masa sama ada arahan minta komen, ada lagi arahan ke website. Nanti prospek pening. Keep It Simple & Stupid.
8. Jangan lupakan Hashtag! # Konsisten dengan # anda. Pilih satu # yang anda akan gunakan pada seluruh kempen iklan anda. Selitkan juga beberapa # yang popular tapi berkaitan dengan produk anda. Jangan suka letak berpuluh # yang merapu dan tiada kena mengena. Prospek akan rasa sakit kepala dengan iklan anda!
9. Kerap tukarkan gambar iklan anda. Jika anda nak buat iklan untuk satu produk, jangan hanya guna 1 saja gambar sama untuk semua iklan. Cuba konsisten dengan targeting yang sama, tapi perbanyakkan gambar yang berbeza. Maksudnya, setiap prospek anda nampak produk anda, kenal produk anda melalui pelbagai gambar. Ini akan pastikan CTR iklan anda sentiasa tinggi. Iklan anda sentiasa relevan pada target market anda. Jika gambar sama saja, orang akan bosan dan mereka akan abaikan iklan kita.
10. Pastikan anda patuh rules yang anda dah biasa tahu ketika buat iklan Facebook. Jangan ingat beriklan di Instagram, anda boleh abaikan rules yang biasa kita kena patuh ketika di Facebook. Dari apa yang Anis cuba buat baru ni, iklan di IG lagi lambat untuk di approved kan. Itu tanda mereka pasti sangat berhati-hati dalam memilih iklan yang i ngin dilepaskan di IG. Mereka taknak IG jadi tempat yang penuh dengan iklan merapu. Jika anda abaikan dan banyak kali disapproved, jangan menangis bila FB flagged akaun ads anda.
SHARE PLEASE. ^_^
Alhamdulillah. Selesai Anis share cara simple buat iklan di IG dan 10 tips Instagram Ads. Anis pun masih belajar-belajar lagi nak mahir dalam Instagram Ads ni. Kita belajar sama-sama ya. InsyaAllah, semoga perkongsian simple ni dapat bantu anda yang masih tidak tahu cara nak beriklan di IG. Mohon SHARE ebook ni pada rakan-rakan ya!
Nurazianis Zulkefli. Pengasas Azanis Scar Serum dan Krim Jerawat Datang Bulan (Hajah Ramlah).