Bismillahirahmanirrahim. Hadirin warga dewan yg di kasihi. Dalam hidup saya dan anda semua banyak perkara yang boleh kita fikirkan, kecuali 1 perkara iaitu asal usul kita. Kerana di sinilah kita bermula, kita tumpahkan taat setia dan segala-galanya demi pengorbanan kita kepada negara tercinta. Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013 menyatakan dalam tempoh empat dekad yang lalu, Malaysia telah mencapai pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosio-ekonomi yang memberangsangkan. Indeks Kualiti Hidup Malaysia telah dibangunkan pada tahun 1999 bagi membolehkan kemajuan negara diukur. Indeks Kualiti Hidup Malaysia telah mengalami beberapa perubahan iaitu berkembang daripada 10 komponen dan 38 indikator kepada 11 komponen dan 45 indikator untuk memberi
gambaran
dengan
lebih
jelas
tentang
kehidupan
sosio-ekonomi
masyarakat pelbagai etnik dan kualiti hidup yang lebih tepat. Ini menunjukkan kepada kita bahawa aman dan makmurnya negara kita yang tercinta. Saya bukan Mawi dengan Aduh Salihanya, juga bukan Dato AC Mizal bersama 4U2C dengan Fionanya, apatah lagi Taufik Batishah dengan Awak Kat Mana, Awak Awak Kat Mana! tapi tuan-tuan saya Cikgu Farizan seorang guru pendidikan khas ingin mengajak hadirin tuan-tuan dan puan-puan untuk sama-sama mhayati, mendalami dan memahami akan mauduk bicara yang berbunyi KEMAKMURAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT AGENDA UTAMA NEGARA. Terima kasih di ucapkan kepada peneraju acara, yang di hormati kombinasi intelektual kehakiman bervisi, dif-dif kehormat yang di sanjungi, seterusnya hadirin yang di hormati sekalian. Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam sehati sejiwa. Hadirin yang di kasihi sekalian. Menurut kamus dewan edisi yang ke empat kemakmuran membawa maksud di mana rakyatnya hidup dalam keadaan aman dan cukup serba serbinya tanpa ada kekurangan. Kesejahteraan pula, di mana kita hidup bebas daripada kesusahan 1
serta hidup dalam aman dan sentosa. Manakala agenda utama Negara pula ialah semua hal yang berkaitan dengan usaha-usaha yang di jadikan fokus utama dalam menyediakan dasar untuk memastikan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat sentiasa terbela. Rakyat dan pemimpin ini tidak boleh di pisahkan ibarat irama dan lagu, ibarat isi dan kuku. Kesemua ini perlu untuk sama di pacu bagi membina sebuah negara yang jitu. Tuntasnya kesejahteraan dan kemakmakmuran rakyat agenda utama negara berkehendakkan kita untuk berbicara tentang tanggungjawab serta kepentingankepentingan dan usaha-usaha yang telah di lakukan oleh negara dalam usaha untuk memastikan nasib rakyat sentiasa terbela. Kerana apalah negara maju di mata dunia tapi sayang rakyat tidak terbela. Hadirin yang di kasihi sekalian. 4 perpektif utama akan kita telusuri bersama, PERTAMA! AGENDA NEGARA SELEPAS MERDEKA. Sepanjang sejarah selepas kemerdekaan, isu bagi mewujudkan hubungan harmoni antara kaum telah menjadi isu yang tiada titik noktahnya. Kerajaan telah mewujudkan pelbagai dasar ke arah pembentukan integrasi nasional. Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971–1990 dan Dasar Pembangunan Negara (DPN) 1991– 2000, Dasar Wawasan Negara, kesemuanya telah kita jalankan demi memastikan tiada rakyat yang ketinggalan. Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971-1990 merupakan dasar yang diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak semasa berlakunya rusuhan kaum 13 Mei 1969. Dalam waktu yang membimbangkan ini, punca tercetusnya perusuhan itu dikesan dan langkah mengatasinya telah diambil. Penggubalan dasar ini bertujuan untuk mencapai perpaduan negara dengan memperbetulkan ketidakseimbangan sosio–ekonomi antara kaum dan wilayah. Bagi mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat, usaha diteruskan lagi dengan pelancaran dasar pembangunan nasional pada 17 Jun 1991. Dasar tersebut meneruskan pencapaian DEB dalam pembasmian kemiskinan dan penyusunan 2
semula masyarakat. Objektifnya ialah untuk membina sebuah negara yang bersatu padu dan mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih adil, maju, aman dan makmur berasaskan prinsip-prinsip perlembagaan dan rukun negara. Dasar Wawasan Negara (2001-2010) atau dikenali sebagai Wawasan 2020 merupakan usaha kerajaan untuk mengembangkan ekonomi, sosial dan politik pada peringkat
nasional
dan
antarabangsa
serta
menitikberatkan
pembangunan
menyeluruh dan meliputi aspek-aspek politik, ekonomi, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Menjelang tahun 2020, Malaysia diharapkan mampu menjadi sebuah negara yang bersatu padu di mana masyarakat Malaysia mempunyai nilai moral dan etika yang utuh, penyayang, adil dan saksama, berkeyakinan serta mampu bersaing. Hadirin yang di kasihi sekalian. KEDUA! KEPERIBADIAN PEMIMPIN TUNJANG NASIB RAKYAT AKAN TERBELA. Pernahkah kita sedari, bahawa jatuh dan bangunnya sesebuah negara itu di tunjangi oleh aspek keperibadian yang di miliki oleh seseorang pemimpin itu. Dari corak pemerintahan seorang raja hinggalah pengabdian seorang hamba, dari kejujuran seorang pemimpin hinggalah ketaatan orang-orang yang di pimpin. Kesemua ini perlu untuk sama di adun untuk memastikan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat terus terbela. Menurut Edword Gibbon dalam The Decline and Fall Of The Ruman Empire menceritakan bagaimana Maharaja Lucius telah menanam bibit-bibit kehancuran dalam Empayar Rom melalui masalah korupsi dan penyalah gunaan kuasa di era pemerintahannya. Kehidupan rakyat tidak terbela yang kaya terus kaya yang papa terus derita. Akhirnya empayar rom tidak kemana, hari ini mereka hanya tinggal pada naman. Di Malaysia saya cukup berbangga apabila kepemimpinan berintegriti di jadikan asas utama. Pelan Integriti nasional telah di laksanakan bagi menjaga kebajkan rakyat jelata tidak mengira bangsa, agama dan juga budaya serta menjadikan rakyat sebagai agenda utama. Hadirin yang di kasihi sekalian. Saudara saudari yang di kasihi sekalian.
3
Dunia pada hari ini sememangnya di akui hebat dengan pembangunan material yang semakin meningkat. Persaingan untuk medapatkan kekayaan berlaku di mana sahaja. Namun tuan-tuan dan puan-puan adakah kita layak untuk di katakan sebagai sebuah negara yang bertamadun sekiranya nasib rakyat tidak terbela. Makmur dan sejahterakah kita jika masih ada rakyat di negara ini ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Makmur dan sejahterakah kita jika di dalam kepesatan ekonomi sekarang tapi sayang rakyat masih merempat di negara sendiri. Makmur dan sejahterakah kita jika di bandar-bandar utama di negara kita di penuhi dengan warga asing yg mencari rezeki di negara kita. Lantaran menyedari hakikat ini pelbagai usaha telah di rangka pelbagai usaha telah di rencana. Dari dasar ekonomi baru hinggalah pengenalan kepada slogan “Rakyat di Dahulukan Pencapaian di Utamakan segala-galanya telah kita laksanakan supaya apa? Supaya rakyat tidak ketinggalan. Warga dewan yang di kasihi sekalian KETIGA! PENYEDIAAN MODAL INSAN KELAS PERTAMA. Pembangunan sumber manusia yang dikenali juga modal insan (human capital) antara agenda yang akan diberi penekanan oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK 9). Nilai modal insan ini walaupun tidak pernah tertera dengan jelas dalam laporan untung rugi mana-mana organisasi, ia berperanan besar dalam menentukan prestasi organisasi terbabit. Dalam konteks lebih luas, modal insan mencorak hala tuju negara ke arah wawasan yang disasarkan. Tanpa sumber manusia berkualiti, sesebuah negara akan lemah kerana ketiadaan faktor manusia yang menjadi pencetus kepada inisiatif baru dalam kegiatan sosioekonominya. Menurut Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, untuk memperkukuhkan modal insan dan membawa perubahan budaya dan sikap pastinya merupakan satu cabaran utama dalam tempoh Rancangan Malaysia ke 9. Faktor yang paling utama untuk menjadi sebuah negara maju ialah keupayaan dan keperibadian masyarakat negara tersebut. Malaysia tidak boleh lagi dilihat sebagai sebuah negara yang memilik ‘infrastruktur kelas pertama’ tetapi ‘mentaliti kelas ketiga’. Kita perlu menerapkan pendekatan
yang
menyeluruh
terhadap
4
pembangunan
modal
insan,
yang
menekankan bukan sahaja ilmu pengetahuan dan kemahiran tetapi juga nilai etika, minda yang progresif dan kesedaran budaya yang tinggi. RMK9 menggariskan strategi Modal Insan untuk meletakkan mentaliti masyarakat kita di kelas pertama. Pembangunan Modal Insan yang ditekankan meletakkan satu tujuan utama iaitu memberi kesedaran kepada masyarakat kita supaya lebih diterap dengan nilai-nilai murni serta disulami dengan warna-warna empati sesama insan. Ini memperlihatkan betapa kuat strategi ini mampu membuang mentaliti kelas ketiga masyarakat kita. Strategi Pembangunan Modal Insan ini dianggap seiring dengan konsep Islam Hadhari yang kelapan iaitu ‘Keutuhan Budaya dan Moral’. Hadirin yang di hormati sekalian. KE EMPAT! MALAYSIA PADA MASA KINI YANG PATUT KITA BANGGAKAN. Setelah sekian lama kita sering di dendangkan dengan pelbagai program yang dijalankan oleh negara dalam usaha untuk menjaga kebajikan rakyat. Projek Perumahan 1 Malaysia, Bantuan Rakyat 1 Malaysia, Baucer Buku 1 Malaysia, Kedai Rakyat 1 Malaysia dan sebagainya. Namakanlah apa sahaja program yang di laksanakan, persoalannya adakah kita sebagai rakyat benar-benar menghargainya dan berapa ramaikah di antara kita benar-benar menghargainya. Jika benar-benar kita memahaminya mengapa masih ada di kalangan kita akan menyalahkan pemimpin di atas apa yang telah di lakukan. Jika benar-benar kita memahami dan menghargainya mengapa masih ada di kalangan kita yang tidak pernah menyokong usaha yang di lakukan oleh pemimpin dalam apa jua keadaan dan jika benar-benar kita memahaminya mengapa semakin ramai di antara kita yang menghalang akan usaha-usaha yang di mainkan oleh pemimpin dalam usaha untuk menjaga kebajikan rakyat jelata. Saya yakin ini semua ini berlaku kerana kita tidak faham dengan apa yang kita dengar dengan apa yang kita ungkapkan. Hadirin yang budiman sekalian, Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), 2016-2020 merupakan rancangan pembangunan lima tahun terakhir ke arah merealisasikan matlamat Wawasan 2020. Wawasan 2020 yang dilancarkan pada tahun 1991 menggariskan aspirasi Malaysia untuk menjadi negara maju dalam semua aspek, iaitu ekonomi, politik, sosial, 5
kerohanian, psikologi dan budaya menjelang tahun 2020. Susulan daripada pencapaian pembangunan yang cemerlang dalam tempoh separuh abad yang lalu, RMKe-11 mengukuhkan lagi komitmen kerajaan untuk mencapai pertumbuhan yang bermatlamatkan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. RMKe-11 berteraskan prinsip “Bangsa Malaysia” atau pertumbuhan berpaksikan rakyat yang progresif dan bersatu serta berkongsi cita-cita dan komitmen yang sama dalam meningkatkan lagi kemakmuran negara untuk rakyat. KONKLUSINYA. Sudah tiba masanya kita menetapkan satu matlamat, kita hidup bermuafakat dalam kepelbagaian budaya masyarakat. Yang ringan sama di jinjing, yang berat sama di pikul, hati gajah sama di lapah hati kuman sama di cecah, gunung sama di daki lurah sama kita turuni. Semoga! Kesedaran kita pada hari ini dapat memberikan ruang dan peluang untuk anak-anak kita menari, menyanyi dan hidup dalam keadaan harmoni. Tidak mengapa kita kehilangan kekasih hati, tapi tuan-tuan dan puan-puan jangan sesekali kita kehilangan akan kemakmuran dan kesejahteraan yang telah sekian lama kita kecapi.. Sekian Assalamualaikum wbt.
6