REUNION SMK SERI KURAU Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua, Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang untuk semua Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke MAJLIS REUNION ALUMNI PELAJAR SMK SERI KURAU SESI SESI 85 - 89. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi. Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan puan-puan serta hadirin sekalian sekalian diminta mengambil tempat. tempat. Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan tetamu-tetamu jemputan, guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kurau sesi 85 - 89. Semua hadirin diminta berdiri. Hadirin dipersilakan duduk. Ke Pekan Kuala membeli bingka, Burung merbah di pohon cemara, Majlis bermula tirai dibuka, Assalamualaikum Assalamua laikum pembuka pembuka bicara Bismillahirrahmanirrahim.... Assalamualaikum warahmatullahiwa Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, barakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Yang Berhormat, Dato Hj Dr Noor Azmi bin Hj Ghazali Ahli Parlimen Parlimen Bagan Serai Serai
1
Yang Berhormat, En.Abdul Yunus Bin Jamhari Adun Kuala Kurau
Yang berusaha, En.Khairul Anuar bin Md Salim Penolong Kanan Pentadbiran SMK Seri Kurau Yang Dimuliakan Barisan bekas guru-guru pelajar SMK Seri Kurau 85-89 i. ii. iii.
En Abdul Wahab bin Hashim En.Tarmizi bin Yahya Pn.Jamilah bt Din
Yang dihormati, Saudara Atan Bin Samat Pengerusi Program MAJLIS REUNION ALUMNI PELAJAR SMK SERI KURAU SESI 85 - 89. Yang dihormati, Ahli Jawatankuasa Program MAJLIS REUNION ALUMNI PELAJAR DAN SMK SERI KURAU SESI 85 - 89. Yang Dikasihi Rakan-rakan seperjuangan yang hadir pada hari ini. Serta hadirin dan hadirat sekalian. Selamat datang ke MAJLIS MAJLIS REUNION ALUMNI PELAJAR SMK SERI KURAU SESI 85 - 89 buat kali pertama sejak menamatkan persekolahan pada tahun 1989. Lebih kurang 28 lamanya. Majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke majlis ini.
2
Kuntum melati tumbuh melata Burung merbah di pohon cemara Assalamualaikum pembuka bicara Selamat datang untuk semua Hari ini memugal jagung Hari esok memetik peria Hari ini kita berkampung Meraikan majlis penuh ceria Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta mengalu-alukan kehadiran tetamu terhormat dan guru-guru atas kesudian meluangkan masa menghadiri ke majlis kami buat kali pertama diadakan. Alhamdulilah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT , kerana dengan limpah dan kurnianya, dapat kita bersama-sama berkumpul bagi menjayakan majlis ini. Awal bismillah menepek inai, Inai ditepek terasa nyaman, Mari berdoa beramai-ramai, Supaya majlis di dalam aman. Bagi memberkati majlis kita pada hari ini dengan segala hormatnya di persilakan Encik Hishamuddin b hashim untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan ############################ Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi. Sidang Hadirin Yang dimuliakan, Kalau dilipat sebesar kuku, Kalau dibentang seluas alam, Yang jauh diimbau, Yang dekat digamit, Seuntai salam, sejambak kata, Degup bicara merisik kata.
3
Embun menitik hamparan rumput, Kekwa merimbun tepian melati Besar hajat kami menjemput, Besar niat di dalam hati. 1.Sebagai pembuka persada ucapan , pihak majlis dengan hormat dan sukacitanya mempersilakan Saudara Atan Bin Samat Pengerusi MAJLIS MAJLIS REUNION ALUMNI PELAJAR SMK SERI KURAU SESI 85 - 89 untuk memberikan ucapan alu-aluannya. Majlis mempersilakan............................. .......“UCAPAN PENYELARAS PROGRAM”...... Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas ucapan saudara Atan Bin Samat sebentar tadi. 2.Seterusnya majlis menjemput Yang berusaha, En.Khairul Anuar bin Md Salim Penolong Kanan Pentadbiran SMK Seri Kurau selaku wakil pentadbir / tuan rumah untuk menyampaikan sedikit ucapan . Dipersilakan ......“UCAPAN Pentadbir (WAKIL SMKSK)”.........
Terima kasih kepada En.Khairul Anuar Di atas ucapan yang telah disampaikan. 3. Kini tibalah saat yang amat dinantikan oleh kita semua. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berhormat Dato Hj Dr Noor Azmi bin Hj Ghazali Ahli Parlimen Bg Serai untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan MAJLIS REUNION ALUMNI PELAJAR SMK SERI KURAU SESI 85 - 89 yang bertemakan merah kelabu dan berslogankan MENGAMIT KENANGAN. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
4
......“UCAPAN WAKIL GURU / PERASMIAN”...... Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih pada . YB Dato Hj Dr Noor Azmi bin Hj Ghazali .diatas kesudian beliau memberikan ucapan dan merasmikan MAJLIS REUNION ALUMNI PELAJAR SMK SERI KURAU SESI 85 - 89
Bagi pihak majlis, di sini ada sedikit cenderahati daripada pihak penganjur sebagai tanda ingatan daripada kami.
Dijemput En.Khairul Anuar bin Md Salim Penolong Kanan Pentadbiran SMK Seri Kurau Diiringi oleh saudara Atan untuk menyampaikan cenderahati kepada YB Dato Hj Dr Noor Azmi bin Hj Ghazali Terima kasih diucapkan kepada pemberi dan penerima cenderahati.
Lebat rumbia di Sungai Kedah, Sayang senduduk di tepi muara; Penganan mulia terletak sudah, Samalah duduk menjamu selera. Terbang sekawan si burung merbuk, Batang selasih di Tanjung Dara; Padamu tuan kami persembah, Santapan kasih juadah mesra. Sungguh indah bunga kemboja, Di bawah atap tepi halaman; Juadah sudah letak di meja, Sudilah santap tuan budiman Hadirin dan hadirat sekalian, Hadirin semua dijemput untuk menikmati juadah yang disediakan. Selamat Menjamu Selera. 5
Untuk pengetahuan Tuan-tuan dan puan juadah petang ini dibiayai @ ditaja oleh 1. YB Dato Hj Dr Noor Azmi bin Hj Ghazali -Juadah mkn petang 2. Saudari Lela -Nasi beriani dan daging kambing masak kurma 3. Rakan-rakan reunion sendiri yang turut menyediakan juadah kita petang ini Terima kasih kepada………………………………………. …………………………………………………………………… Sambil menikmati juadah, majlis kita akan diserikan dengan alunan lagu-lagu retro mengamit kenangan untuk menghiburkan kita semua.
@ @ @ @ @ B oleh pang g il bekas2 g uru kita memberi s epatah kata..rindu nak deng ar celoteh dan s uara yg pernah mewarnai kehidupan kami s emua pada s uatu mas a dahulu. 1. ……………………. 2……………………… 3…………………….
@@@@ Sesi berkenalan ahli-ahli REUNION ALUMNI PELAJAR SMK SERI K URA U S E S I 85 - 89 Kata pepatah Tak kenal maka tak cinta….Masa berlalu terlalu pantas beredar..hidup kita seperti roda, mungkin kita dah terlupa sesama kita… dulu lain sekarang lain…dulu bujang sekarang dah kahwin..dulu slim sekarang dah bulat….dulu rambut hitam sekarang dah beruban… Kita letak fahaman @ perbezaan politik kita ditepi sat demi memeriahkan majlis kita hari ini.Kita jemput sahabat kita ke depan untuk memperkenalkan diri. (48 ORANG)
################################################ Seterusnya, majlis ada menyediakan hadiah cabutan bertuah kepada tetamu yang hadir pada hari ini. Hadiah telah ditaja oleh 1.
YB Dato Hj Dr Noor Azmi bin Hj Ghazali 6
2.
YB Abdul Yunus YB Yunus Bin Jamhari
Bagi cabutan bertuah yang pertama, majlis menjemput Encik______________________________ Terima kasih diucapkankepada Encik/Puan _________________________
Majlis mengucapkan terima kasih kepada pemberi dan penerima cenderahati.
Hadirin sekalian, Majlis akan mengadakan game suka2 ....siapa bertuah dia boleh bawa balik hadiah... Acara terbuka ..siapa cepat dia dapat. 1. 2. 3. 4. 5.
Terima kasih diucapkan kepada semua. Majlis diteruskan semula dengan cabutan bertuah yang berikutnya. Dijemput (guru) ___________________ Seterusnya, majlis menjemput Tetamu-tetamu terhormat, guru-guru dan rakan-rakan untuk mengambil tempat di ____________________ bagi sesi fotografi sbagai tanda kenang-kenangan. Majlis mempersilakan. .....................SESI FOTOGRAFI...............................................
Dengan berakhirnya sesi fotografi itu tadi, maka berakhirlah MAJLIS REUNION ALUMNI PELAJAR DAN GURU GURU SMK SERI KURAU SESI 85 - 89 7
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada tetamu terhormat , guru-guru, bekas pelajar serta hadirin dan hadirat sekalian atas kesudian untuk bersama-sama menjayakan majlis pertemuan semula ini. Kuning emas masaknya padi, Mawar merah dalam jambangan, Terima kasih daun keladi, Diri kami ini dilupa jangan. Hari ini bertanam jagung, Hari esok bertanam serai, Hari ini kita berkampong, Hari esok kita bercerai.
Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan, Intailah kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan. Sekiranya terdapat sebarang kelemahan dan kekurangan dalam pengendalian majlis pada hari ini, saya bagi pihak ahli jawatankuasa, dengan rendah hati memohon ribuan ampun dan maaf. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Yang Maha Esa dan yang buruk itu datangnya dari kami. ##################################################################### Majlis Bersurai
8