MUKTAMAR SURAU NURUL YAQIN 2017 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT BAGI TAHUN 2017 MASA
CUE Makluman Pelajar
8.00 PM
ANN Hadirin mohon bersedia kerana majlis akan dimulakan sebentar sahaja lagi.
Ketibaan KJ HEP
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Pn Hajah Nancy Loo Kasun, Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru Kampus Kent.
Alunan Asma Ul Husna
Alunan Asma Ul Husna Hadirin mohon bersedia. (ASMA UL HUSNA) Hadirin dipersilakan duduk.
MUKTAMAR SURAU NURUL YAQIN 2017 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT BAGI TAHUN 2017 Salutasi
Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahi rabbil alamin Wassolatu wassalamu ala asyrafil anbiyai walmursalin Wa ala alihi wasahbihi aj’main. Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. [RUJUK VIP LIST] Selamat Datang ke : MUKTAMAR SURAU NURUL YAQIN 2017 Anjuran Ahli Majlis Tertinggi Surau Nurul Yaqin sesi 2016/2017
MUKTAMAR SURAU NURUL YAQIN 2017 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT BAGI TAHUN 2017 Bacaan Doa
Cantik bersulam kebaya nyonya, Ronanya merah menambat hati, Tangan ditadah mohon rahmatNya, Semoga majlis akan diberkati. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menadah tangan memohon doa yang akan dizahirkan. Bagi tujuan itu, majlis dengan sukacitanya menjemput Saudara Muhammad Syafiq bin Roslan, Exco Kerohanian, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2017/2018 bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan. (BACAAN DOA) Terima kasih kepada Saudara Muhammad Syafiq atas pimpinan bacaan doa itu sebentar tadi.
MUKTAMAR SURAU NURUL YAQIN 2017 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT BAGI TAHUN 2017
Aluan Pengerusi
Terlebih dahulu, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana limpah perkenan dan kurniaNya, kita dapat berhimpun untuk bersama-sama menjayakan majlis pada malam ini. Sekalung penghargaan ditujukan buat Yang Berbahagia KJ HEP yang sudi hadir bersama-sama memeriahkan majlis pada malam ini.
MUKTAMAR SURAU NURUL YAQIN 2017 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT BAGI TAHUN 2017 Pimpinan SNY Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan semua 16/17 mengambil Pimpinan Surau Nurul Yaqin sesi 2016/2017 untuk mengambil tempat tempat di bahagian hadapan dewan. Dipersilakan. Deskriptif program
(Rujuk buku Program)
MUKTAMAR SURAU NURUL YAQIN 2017 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT BAGI TAHUN 2017 8.10 PM
Ucapan aluan (Pengerusi SNY 16/17)
Hadirin yang dimuliakan, Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Saudara Muhammad Arif Hanif Bin Aris, Pengerusi Surau Nurul Yaqin sesi 2016/2017 untuk menyampaikan ucapan aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. (UCAPAN) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudara Muhammad Arif Hanif atas ucapan aluan sebentar tadi.
MUKTAMAR SURAU NURUL YAQIN 2017 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT BAGI TAHUN 2017 8.20 PM
Pembentangan Laporan Aktiviti (Setiausaha)
Hadirin sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan pembentangan laporan aktiviti SNY 2017 oleh Saudari Nor Hidayah Binti Abd Talib, Setiausaha Agung Surau Nurul Yaqin sesi 2016/2017. Dipersilakan. (PEMBENTANGAN) Terima kasih diucapkan kepada Saudari Nor Hidayah atas pembentangan laporan aktiviti itu tadi.
MUKTAMAR SURAU NURUL YAQIN 2017 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT BAGI TAHUN 2017 8.30 PM
Pembentangan Laporan Kewangan (Bendahari)
Seterusnya, majlis menjemput Saudari Nur Amirah Adibah Binti Khairon Anuar, Bendahari Kehormat Surau Nurul Yaqin sesi 2016/2017 bagi membentangkan laporan kewangan. Dipersilakan. (PEMBENTANGAN) Terima kasih diucapkan kepada Saudari Nur Amirah Adibah atas pembentangan laporan kewangan itu tadi.
MUKTAMAR SURAU NURUL YAQIN 2017 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT BAGI TAHUN 2017 8.40 PM
Tayangan Multimedia
Hadirin yang dihormati, Seterusnya, ayuh kita alihkan perhatian ke paparan utama bagi menyaksikan tayangan multimedia Aktiviti Surau Nurul Yaqin sepanjang tahun 2017. Ayuh, kita saksikan bersama-sama. (TAYANGAN MULTIMEDIA) Demikianlah tadi tayangan multimedia yang telah disediakan oleh Lajnah Multimedia & Dokumentasi SNY sesi 2016/2017.
MUKTAMAR SURAU NURUL YAQIN 2017 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT BAGI TAHUN 2017 Cabutan Bertuah
Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan aktiviti cabutan bertuah bagi sesi pertama. Oleh itu, majlis menjemput untuk naik ke pentas bagi mencabut nombor. Dipersilakan. (CABUTAN BERTUAH) Terima kasih diucapkan kepada
MUKTAMAR SURAU NURUL YAQIN 2017 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT BAGI TAHUN 2017 9.00 PM
Ucapan KJ JAPIM @ Penasihat SNY (Pembubaran & Perlantikan AJK SNY)
Hadirin yang dimuliakan, Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Encik Kamarulzaman Bin Ideres, Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Islam dan Moral merangkap Penasihat Surau Nurul Yaqin untuk menyampaikan ucapan seterusnya membubarkan AJK SNY 2016/2017 dan mengumumkan perlantikan AJK SNY 2017/2018. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. (UCAPAN) (PEMBUBARAN AJK SNY 16/17) (PERLANTIKAN AJK SNY 17/18) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Kamarulzaman atas pembubaran dan perlantikan sebentar tadi.
MUKTAMAR SURAU NURUL YAQIN 2017 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT BAGI TAHUN 2017 Ucapan Pengerusi Seterusnya, majlis menjemput Saudara Mohd Firdaus SNY 17/18 Syahrullnizam Bin Tugiman, Pengerusi Surau Nurul Yaqin sesi 2017/2018 untuk naik ke pentas bagi memimpin bacaan ikrar dan seterusnya menyampaikan sepatah dua kata. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan. (BACAAN IKRAR) (UCAPAN) Terima kasih diucapkan kepada Saudara Mohd Firdaus Syahrullnizam atas pimpinan bacaan ikrar dan ucapan itu tadi.
MUKTAMAR SURAU NURUL YAQIN 2017 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT BAGI TAHUN 2017 9.30 PM
Penyampaian hadiah (anugerah)
Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis pada malam ini diteruskan lagi dengan sesi penyampaian hadiah. Untuk tujuan itu, majlis menjemput dan mempersilakan _________________________________ diiringi oleh __________________________________ untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan majlis. Dipersilakan. Dipersilakan, penerima anugerah bagi…
Kumpulan Usrah Terbaik; Muslimin:
Ahli Usrah Komited; Muslimin: Muslimat:
Muslimat:
MUKTAMAR SURAU NURUL YAQIN 2017 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT BAGI TAHUN 2017 Seterusnya adalah anugerah bagi Skuad Sahabat SNY. Untuk makluman hadirin, penerima anugerah ini telah mendapat undian tertinggi dalam kalangan AJK SNY berdasarkan kriteria pemilihan yang telah ditetapkan. Bagi kategori Lajnah Contoh, aspek yang dinilai adalah: perlaksanaan program lajnah komitmen lajnah terhadap gerak kerja surau kerjasama yang baik antara ahli lajnah Lajnah Contoh: Manakala adalah:
bagi kategori, Ahli SNY Terbaik, aspek yang dinilai Kehadiran liqo’ Komitmen dalam kerja lajnah Responsive dan proaktif Kehadiran ke program surau Ahli SNY Terbaik: (3 orang)
MUKTAMAR SURAU NURUL YAQIN 2017 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT BAGI TAHUN 2017 Cabutan Bertuah
Seterusnya, majlis diteruskan dengan aktiviti cabutan bertuah bagi sesi kedua. Oleh itu, majlis menjemput _____________________________ untuk mencabut nombor. Dipersilakan. (CABUTAN BERTUAH) Terima kasih diucapkan ________________________________ atas hadiah itu tadi.
kepada penyampaian
MUKTAMAR SURAU NURUL YAQIN 2017 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT BAGI TAHUN 2017 9.50 PM
Ucapan Perasmian Penutupan
Warga dewan yang dimuliakan, Seterusnya, Majlis dengan penuh takzim dan sukacitanya menjemput Yang Berbahagia, Yang Berbahagia Pn Hajah Nancy Loo Kasun, Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru Kampus Kent untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Muktamar Surau Nurul Yaqin 2017. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
(UCAPAN PERASMIAN)
Terima kasih diucapkan. Mohon Yang Berbahagia Pn Hajah Nancy Loo Kasun untuk terus berada di atas pentas bagi sesi penyampaian cenderahati.
MUKTAMAR SURAU NURUL YAQIN 2017 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT BAGI TAHUN 2017 10.10 PM
Penyampaian Cenderahati
Seterusnya, majlis pada malam ini diteruskan lagi dengan upacara penyampaian cenderahati. Untuk tujuan itu, majlis menjemput Yang Berbahagia Puan Hajah Nancy Loo Kasun, Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar diiringi oleh Yang Berusaha Encik Kamarulzaman Bin Ideres, Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Islam dan Moral untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan majlis. Dipersilakan. Dipersilakan, Pimpinan Surau Nurul Yaqin sesi 2016/2017 untuk menerima cenderahati. Dijemput,
Wakil Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Wakil Lajnah Tarbiyyah dan Kepimpinan (LTK) Wakil Lajnah Dakwah dan Disiplin (LDD) Wakil Lajnah Usrah dan Kebajikan (LUK) Wakil Lajnah Multimedia dan Dokumentasi (LMD) Wakil Lajnah Perhubungan Luar (LPL) Wakil Lajnah Pembangunan Ekonomi (LPE) Wakil Lajnah Peralatan, Kebersihan & Keceriaan (LP2K)
Seterusnya, majlis menjemput Yang Berusaha Encik Kamarulzaman Bin Ideres, Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Islam dan Moral untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia Puan Hajah Nancy Loo Kasun, Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Puan Hajah Nancy Loo Kasun atas kesudian menyempurnakan majlis penyampaian cenderahati itu tadi.
MUKTAMAR SURAU NURUL YAQIN 2017 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT BAGI TAHUN 2017 10.20 PM
Persembahan Nasyid
Tuan-tuan, puan-puan, saudara dan saudari, Majlis pada malam ini beralih ke persembahan nasyid yang akan dipersembahkan oleh kumpulan Wildan. Oleh itu, tanpa membuang masa majlis menjemput dan mempersilakan. (NASYID) Demikianlah tadi persembahan hebat dipersembahkan oleh Kumpulan Wildan.
yang
telah
MUKTAMAR SURAU NURUL YAQIN 2017 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT BAGI TAHUN 2017 Penutup
Hadirin dan hadirat, Dengan berakhirnya persembahan sebentar tadi, maka tamatlah sudah majlis kita pada hari ini. Rakaman setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada semua tetamu jemputan kerana sudi hadir bagi menjayakan majlis pada hari ini. Syabas diucapkan kepada seluruh jawatankuasa kerja atas kesungguhan dalam melaksanakan majlis ini. Sebagai juruacara majlis pada hari ini, kami ingin memohon maaf sekiranya terdapat kesulitan sepanjang berlangsungnya majlis ini. Semoga berjumpa lagi. Sekian, Wabillahi taufik walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
MUKTAMAR SURAU NURUL YAQIN 2017 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT BAGI TAHUN 2017 Sesi Fotografi
Dijemput kepada semua tetamu jemputan untuk naik ke pentas bagi sesi fotografi. Semua Pelajar AJK SNY 2017/2018 (Baru) AJK SNY 2016/2017 (Lama) Pimpinan SNY 2017/2018 (Baru) Pimpinan SNY 2016/2017 (Lama)