PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KINABUTAN Peti Surat 60267 91012 Tawau Tel : 089-912161 SABAH Fax : 089- 913690 Email :
[email protected]
Rujukan Kami Tarikh
: XEA3062 300-14(2) : 24 Januari 2018
Y.A.B Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah. Melalui dan salinan: YAB Datuk Haji Nizam Bin DSP Haji Abu Bakar Titingan, Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Ketua Menteri Sabah, Naib Ketua Bahagian P. 190 Tawau. Yang Berhormat Tan Sri, MEMOHON SUMBANGAN DAN TAJAAN MEMBINA DEWAN SERBA GUNA TERBUKA SMK KINABUTAN TAWAU Perkara di atas adalah dirujuk. 02.
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru SMK Kinabutan Tawau mengalu-alukan memohon sumbangan dan tajaan dari
pihak Yang Berhormat Tan Sri untuk membina dewan serba guna terbuka. 03.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat Tan Sri, bilangan pelajar sekolah ini adalah seramai 1507 pelajar.
Sebarang aktiviti sekolah akan dilaksanakan di Dewan Makan Asrama yang hanya boleh memuatkan 300 orang sahaja. Perhimpunan Rasmi pula terpaksa di adakan di tapak perhimpunan yang tidak berbumbung dan terdedah kepada cuaca. 04.
Oleh yang demikian, kami memohon simpati daripada Yang Berhormat Tan Sri agar menyalurkan sumbangan
dan tajaan anggaran kos sebanyak RM216,167.40 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Enam Belas Ribu, Satu Ratus Enam Puluh Tujuh Dan Empat Puluh Sahaja). Bersama-sama ini disertakan kertas kerja cadangan sebagai rujukan dan tindakan pihak Yang Berhormat Tan Sri. 04.
Dengan itu adalah menjadi harapan kami, permohonan ini akan mendapat pertimbangan dan perhatian yang
utama daripada Yang Berhormat Tan Sri dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah, ....................................................... (TN. HAJI MOHD JOHN BIN LAKIM) Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru SMK Kinabutan Tawau. s.k. 1. YAB Datuk Haji Nizam Bin DSP Haji Abu Bakar Titingan. 2. Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. 2. Pejabat Pelajaran Daerah Tawau 3. Sekolah Menengah Kebangsaan Kinabutan, Tawau.