Standar Nasional Perpustakaan di bidang perpustakaan umum dan khusus ini berisi lima standar perpustakaan, antara lain : perpustakaan umum provinsi, perpustakaan umum kabupaten/kota, perpust…Full description
Standar Nasional Perpustakaan di bidang perpustakaan umum dan khusus ini berisi lima standar perpustakaan, antara lain : perpustakaan umum provinsi, perpustakaan umum kabupaten/kota, perpust…Full description
SEKOLAH KEBANGSAAN JITRA 3, 06000, JITRA KEDAH TEL: 04-9174036
Rujukan Tuan: .
Rujukan Kami: SKJ3:800-2/1/5(6) Tarikh : 29 Oktober 2017
Kepada, Pengarah, Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, Jalan Kolam Air, 05100 Alor Setar, Kedah Darulaman .
Tuan, JEMPUTAN UNTUK MENGADAKAN PAMERAN PERPUSTAKAAN BERGERAK
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah kami bercadang untuk menjemput pihak tuan bagi mengadakan pameran buku dan perpustakaan bergerak. 3. Pameran ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang perkhidmatan yang disediakan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam seperti perpustakaan bergerak. 4. Bagi mencapai objektif diatas pihak tuan dengan hormatnya adalah dijemput untuk mengadakan pameran tersebut seperti ketetapan berikut: Hari : Tarikh : Tempat: Masa :
Rabu 8 November 2017 SK Jitra 3 9.00 Pagi
5. Bagi urusan selanjutnya, pihak tuan boleh menghubungi En. Zahir Bin Hj. Harun (GPK KOKO) ditalian 04-9174036.
6. Segala jasa baik dan perhatian dari pihak tuan amat kami hargai.
Sekian, terima kasih
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”
Saya yang menurut perintah:
____________________________ KHAI ROL SALEH BIN HALIM Guru Besar, SK Jitra 3, 06000 Jitra Kedah.