PENGENALAN
Dua pertiga dari permukaan permukaan bumi merupakan lautan, dan lebih dari 150 buah negara yang telah wujud di permukaan bumi ini merupakan negara yang berpantai dan atau negara kepulauan. Melalui hal ini, ianya memberikan kita pemahaman atas suatu fakta, bahawa kehidupan manusia manusia di dunia baik yang berkaitan berkaitan dengan kesejahteraan kesejahteraan dan keamanan, dan juga dalam hubungan hubungan antarabangsa antara antara kelompok masyarakat masyarakat yang besar yang juga dikenali sebagai negara negara ini tidak dapat dilepaskan kaitannya dengan dengan kelautan atau lingkungan maritim. Oleh hal demikian, kita dapat melihat bahawa segala ruang lingkup perlakuan setiap negara bangsa termasuklah politik, ekonomi, sosial, dan juga aspek ketenteraan adalah sangat dipengaruhi oleh fenomena maritim dunia. Fenomena maritim dunia ini telah berubah mengikut peredaran masa seiring dengan kemajuan itelektual atau ilmu pengetahuan pengetahuan manusia dan juga perkembangan teknologi. Dengan perkembangan perkembangan maritim yang pesat ini, ianya telah menimbulkan implikasi yang sangat luas bagi setiap negara bangsa di dunia dalam meningkatkan keamanan serta kesejahteraan rakyatnya dan kedaulatan wilayah jajahan mereka. Oleh hal demikian, saban hari, kesedaran terhadap kepentingan menjaga kawasan perairan telah menjadi pegangan setiap negara, maka, dengan ini muncullah sebuah ketenteraan baru yang dikenali pada amnya sebagai tentera laut. Tentera laut bertindak untuk melindungi perairan sesebuah negara naugannya demi memastikan wilayah mereka tidak dicerobohi oleh mana-mana pihak yang tidak berkenaan, lebihlebih lagi pihak musuh yang sering menjadi ancaman kepada negaranya. Dengan perkembangan perkembangan dalam aspek ketenteraan di setiap negara bangsa yang wujud di dunia maka muncul suatu terma yang dikenali sebagai kekuatan maritim.
1
Kekuatan maritim atau „maritime power‟ pada dasarnya membawa maksud kekuatan nasional atau kekuatan sebuah negara dari sudut bangsa yang digunakan sebagai alat untuk menegakkan kedaulatan dan kekuasaan undang-undang di laut. Kegunaan maritime power ini adalah untuk menang serta meneruskan pengawalan terhadap laut untuk kegunaan suatu negara sahaja dan ianya juga adalah untuk 1
menafikan pengawalan kekuasaan kuasa lain. Melalui hal ini, perkembangan kuasa maritim ini semakin menjadi suatu kepentingan dalam aspek ketenteraan bagi memastikan kekuatan tentera mereka lebih kukuh. Oleh hal yang demikian, wujudlah suatu strategi yang telah diaplikasikan dalam memperkuatkan lagi institusi ketenteraan bahagian laut yang sememanganya sangat berbeza dengan strategi yang lain. Melalui perkembangan startegi ketenteraan di laut ini, maka telah muncul atau lahir beberapa pemikir-pemikir strategi perang di laut yang sangat terekenal dan telah menjadi rujukan kepada negara bangsa yang lain dalam menjalankan perang yang berlaku di atas pemukaan air laut. Antara pemikir-pemikir strategi perang laut yang sangat terkenal ialah Admiral A. T. Mahan, Sir Julion Corbett. Melalui teori serta strategi perang di laut yang telah dikemukakan oleh beberapa tokoh ini, ianya telah memberikan gambaran yang jelas terhadap taktik yang boleh diaplikasikan semasa berlakunya perang di atas permukaan air laut.
1
Captain S. W. Roskill, The Strategy of Sea Power, London, Greenwood Press, 1962, p. 15
2
ADMIRAL ALFRED THAYER MAHAN (1840-1914)
Admiral A. T. Mahan merupakan seorang pemikir ketenteraan yang telah dilahirkan di West Point, New York. Beliau pernah berkhidmat sebagai United State Navy Flag Officer , ahli geostrategi, dan juga ahli sejarawan. Beliau juga pernah
digelar sebagai “The most important American strategist of the nineteenth century” iaitu orang yang paling penting dalam pemikir startegi di Amerika pada abad ke 19.
2
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai komander USS Wachusett dan ditugaskan di Callao, Peru, untuk melindungi kepentinagn Amerika semasa peringkat akhir perang yang dikenali sebagai „ War of Pacific‟.3 Pemahaman serta intepritasi beliau terhadap strategi yang telah banyak dipengaruhi dan dibentuk daripada konflik yang berlaku pada abad ke 19 diantara negara Belanda, England, Perancis, Sepanyol dan juga semasa peperangan laut yang telah berlaku diantara Perancis dan Britain. Dalam peperangan laut diantara Perancis dan Britain, di mana Britain yang mempunyai kekuasaan tentera laut yang sangat besar dan kuat telah mengalahkan tentera laut Perancis yang akhirnya telah menghalang peperangan dari terus berlaku. Bagi pemikir moden, kepentingan untuk menguasai kawasan laut hanyalah merupakan suatu kebiasaan negara, namun di abad ke 19 yang lalu, penguasan laut ini sangat radikal terutamanya kepada negara yang sangat obses dengan perluasan kawasan jajahan iaitu di sebelah barat. Oleh hal yang demikian, Mahan melihat kepentingan kuasa laut sangat kritikal disebalik kemenangan tentera Britain. Melalui hal ini, pandangan Mahan terhadap strategi perang sangat dipengaruhi oleh kekuatan kuasa laut.
2
Keagen, John, The American Civil War , New York, Knopf, 2009, p.272
3
Theodore Roosevelt and A. T. Mahan by Richard W. Turk, See’ The Ambiguous Relationship, Greenwood press, 1987, p. 10
3
Melalui pandangan serta pemerhatian beliau terhadap peperangan yang telah berlaku seperti perang diantara Inggeris dengan Belanda pada akhir abad ke 17 dan juga perang diantara Inggeris dan Perancis pada abad ke 18, beliau telah menghasilkan bukunya yang sangat terkenal iaitu “ The Influence of Sea Power Upon History 1660-1783”. Buku ini telah diterbitkan pada tahun1890 dan banyak
mengandungi teori-teori berkenaan strategi untuk mengekalkan kuasa laut. Melalui pengalaman beliau juga, beliau telah mengeluarkan satu teori iaitu dari sudut interpritasi beliau iaitu Mahan mengatakan bahawa “Sea Power” atau kekuatan laut merupakan unsur yang penting untuk mencapai kejayaan sesuatu negara bangsa tersebut yang turut dikaitkan dengan kekuatan maritim sesebuah negara. Melalui penumpuan terhadap kekuatan-kekuatan itu diberikan , maka kesejahteraan dan keamanan negara akan dapat dicapai, dan apabila kekuatankekuatan itu kurang diberi perhatian yang sepatutnya, ia akan mengakibatkan keruntuhan sesebuah negara di samping merugikan bangsa tersebut. Mahan menyatakan, bahwa Kekuatan Laut adalah " All that tends to make a people great upon the sea or by sea ". Oleh hal demikian, dapatlah kita simpulkan bahawa Mahan
sangat menitikberatkan kegunaan serta kepentingan laut dalam sesebuah negara dan mampu untuk merubah segala-galanya. Di samping itu, bagi Mahan, sejarah merupakan aspek yang harus diberikan perhatian dalam memahami sesuatu kejadian . Kita seharusnya memahami prinsip-prinsip serta kaedah dalam memahami sesuatu peperangan dan ia mestilah dibuat dalam konteks kajian sejarah tersebut. Hal ini dapat dilihat di mana Mahan telah melihat sejarah serta memahaminya dalam memfokuskan aspek kekuatan negara Britain serta hubungan negara tersebut dalam konteks laut.
4
A. T. Mahan juga telah menggariskan beberapa faktor yang menjadi penentu kepada kekuatan laut atau kuasa laut, antaranya ialah:
Matlamat atau tujuan negara.
Mahan telah mengatakan bahawa kerajaan atau negara memiliki pelbagai perwatakan serta perundangan mereka yang tersendiri bagi memperkasakan 4
pembangunan kuasa laut . Hal ini dapat dilihat dalam proses demokratik iaitu bagi mencapai matlamat keselamatan ketenteraan laut, kerajaan mestilah menyimpan duit untuk tujuan pertahanan. Dengan itu, kerajaan akan berupaya mendapatkan pelbagai peralatan ketenteraan seperti senjata dan sebagainya.
Keadaan atau kedudukan geografi.
Mahan juga telah menyatakan bahawa perjalanan atau pergerakan melalui jalan laut adalah lebih mudah berbanding jalan darat. Negara yang memiliki akses atau kemudahan sedemikian akan
memiliki
potensi
yang besar
dalam
menguasai perairan dunia berbanding negara yang tidak dikelilingi oleh laut 5
atau kepulauan (landlocked) . Dengan adanya laut ataupun pulau, negara akan mendapat kebaikan kerana mereka
dapat berkongsi sempadan tanah dengan
negara jiran mereka. Hal ini demikian kerana perkongsian ini akan membawa kepada
lahirnya
pakatan
di
antara
negara
terutamanya
dalam
aspek
perdagangan bersama. Justeru itu, faktor tersebut dapat mempastikan kekuatan laut sesebuah negara amnya.
4
A.T.Mahan. The Influence of Seapower Upon History, 1660-1783 . Chapter 1. 12 ed. Boston: Little, Brown Company, 1890. P58. 5James E. Dougherty, Robert L. Pfaltzgraff Jr. "Mahan, the Seas and National Po wer." In Contending Theories of International Relations : A Comprehensive Survey . Addison Wesley Longman Inc, 2001.p.159.
5
Melalui interpritasi yang telah dilakukan terhadap strategi yang telah digubal atau telah difikirkan oleh Mahan, maka dapatlah kita lihat strategi-strategi utama yang diguna pakai oleh Mahan. Antaranya ialah:
Arahan Laut ( Command of The Sea)
Arahan laut ataupun kawalan terhadap laut merupakan aspek yang diberi keutamaan oleh Mahan di dalam strategi maritim beliau. Menurut Geoffrey Till, kawalan atau arahan laut adalah perkara yang berkaitan dengan penggunaan laut, tetapi bukan dalam aspek pemilikan laut oleh sesebuah negara tersebut 6
seterusnya menjadi kunci kepada kejayaan . Hal ini demikian kerana satu pasukan tentera laut dikatakan akan mendapat tugas arahan laut daripada ketua armada mereka. Arahan yang wujud ini adalah disebabkan oleh berlakunya persaingan dengan mana-mana kuasa laut yang lain. Selain daripada itu, melalui penulisan Mahan di bawah konsep kekuatan laut,
beliau
turut
mengaitkan
arahan
laut
dengan
aspek
perdagangan
antarabangsa. Mahan mengatakan bahawa command of the sea ini telah menjadi asas yang penting di dalam pembentukan ekonomi sesebuah negara. Akan tetapi Mahan tidak menggunakan terma ini secara terus di mana beliau mengaitkan
konsep
ini
dengan
kaedah
untuk
mengawal
perdagangan
7
antarabangsa tersebut . Dalam hal ini, apabila perdagangan antarabangsa dapat dikawal serta diselia dengan baik, maka command of the sea dikatakan akan berjaya.
6
Till, Geoffrey. Maritime Strategy and the Nuclear Age . 2 ed. London: Macmillan Press London, 1984. P.16. 7 A.T.Mahan. The Influence of Seapower Upon History, 1660-1783 . Chapter 2. 12 ed. Boston: Little, Brown Company, 1890. P.138.
6
Konsep Kapal Perang Tertumpu.
Konsep kapal perang bertumpu ini mempunyai kaitan yang sangat rapat 8
dengan Mahan . Dalam memahami strategi tersebut, ia membawa kepada konsep pembatalan
pertimbangan
ruang.
Melalui
strategi
ini,
kapal
perang
yang
mempunyai kelengkapan peralatan ketenteraan yang mencukupi akan mengawal laluan sendirian, manakala bagi kebanyakkan tentera pula, mereka akan kekal bertumpu di lokasi yang akan ditentukan oleh komander dan lazimnya kawasan 9
yang ditentukan merupakan kawasan yang tidak aktif . Sebagai contoh strategi ini telah dilaksanakan dengan rapi oleh tentera British dan Amerika Syarikat semasa Perang Dunia Pertama dan oleh tentera laut Jepun dalam Perang Dunia Kedua. Hal ini dapat dilihat semasa perang Perancis dengan Inggeris. Yang menjadi pencetus terhadap berlakunya
perang ini adalah
berpunca
daripada
perkembangan tentera laut yang pesat dijalankan serta dilaksanakan oleh pihak Perancis dan Jerman. Mereka ingin melawan kekuasaan pihak Inggeris terhadap lautan dunia. Dalam operasi tersebut, kapal tempur dikatakan perlulah diiringi oleh kapal yang lain iaitu Kapal Jelajah (Cruiser) dan kapal kecil. Dengan munculnya perkembagan teknologi dalam bidang perkapalan, kapal yang kecil pula telah dilengkapi oleh torpedo bagi mempastikan kapal kecil tersebut dapat menyerang kapal tempur dari jarak yang lebih dekat. Hasilnya, wujud ancaman yang lebih besar kepada kapal tempur yang akhirnya membawa kepada lahirnya pula kapal pengiring yang lain seperti Kapal Perosak (Destroyer) , Kapal Fregat (Fregat), dan juga Kapal Korret (Corret).
8
Mahan, Alfred Thayer. Naval Strategy . 1911. P.6. Luttwak, Edward N. Strategy:The Logic of War and Peace . Cambridge: Belknap Press of Harvard University Press, 1987.p.140. 9
7
Sekatan Laut (Blockade)
Seterusnya bagi Mahan, antara strategi yang boleh dilakukan bagi 10
menewaskan musuh adalah dengan menjalankan Blockade ataupun sekatan laut . Melalui strategi tersebut, sekatan yang dijalankan mestilah terhadap laluan air. Hal ini demikian kerana sekatan yang dijalankan adalah sebagai satu usaha bagi menyekat pelbagai bahan keperluan daripada pihak musuh seperti makanan, alatan peperangan serta peralatan komunikasi. Maka dengan adanya sekatan ini, pihak musuh akan dapat dilemahkan. Untuk menentukan kejayaan sesuatu sekatan laut itu, pelbagai faktor haruslah diambil kira, termasuklah faktor nilai barang yang ingin disekat atau dikepung.
Nilai sesuatu barang tersebut mestilah relevan dengan tujuan sekatan
yang akan dijalankan. Contohnya ketika Krisis Peluru Berpandu Cuba. Pada masa tersebut, Presiden AS, J.F.Kennedy telah mengepung peluru berpandu jarak sederhana yang dibawa oleh pihak Russia. Hal ini
demikian kerana
peluru jarak sederhana ini merupakan ancaman yang terbesar kepada tentera laut AS.
10
McGwire, Michael. "Maritime Strategy and the Super-Powers: Old Issues and New Challenges." In Sea Power and Influence, edited by Jonathan Alford. New Jersey: International Institute for Strategic Studies, 1980. P.57 .
8
SIR JULIAN CORBETT (1854-1922)
Julian Corbett merupakan antara pemikir strategi perang laut yang sangat terkenal. Beliau dilahirkan di Kennington Road, Lambeth. Beliau telah menuntut ilmu di Kolej Marlborough dan di Kolej Trinity, Cambridge mana beliau telah mendapat kepujian tertinggi bagi sarjana muda perundangan.
11
Beliau memulakan kerjaya
sebagai seorang ahli sejarah tentera laut. Dalam tahun 1896, beliau menerima permintaan dari John Knox Laughton untuk mengedit jumlah dokumen pada perang Sepanyol, 1585 – 87. Itu merupakan permulaan kerjayanya sebagai seorang ahli sejarah tentera laut. Corbett dikenali sebagai salah satu intelektual terkemuka Tentera Laut Diraja, dan 1901-1922 kerap menulis mengenai sejarah tentera laut dan strategi. Pada tahun 1902, beliau mula bersekolah di Kolej Perang Tentera Laut British, yang diasaskan pada tahun 1900. Pada tahun 1903, beliau telah memberikan Kuliah Ford dalam Sejarah Bahasa Inggeris di Universiti Oxford. Bagi Corbett penumpuan terhadap strategi maritim dan peperangan tentera laut amat penting untuk menunjukkan kuasa negara dan mengatakan bahawa kepentingan dan keperluan tentera laut berbeza dengan peperangan darat. Corbett juga percaya bahawa melindungi garis komunikasi adalah lebih sukar di laut berbanding di darat. Kesukaran disebabkan perbezaan fizikal geografi laut yang dipenuhi air dan kedalaman. Pada zaman Corbett juga, adalah sukar untuk menakluk laut kerana ia tidak terdedah kepada pemilikan.
11
Venn J. A. Corbett, Julian Stafford, Alumni Cantabrigienses , Cambridge University Press, 1958, p.
12
9
Sir Julian Corbett telah banyak mengeluarkan teori serta falsafah beliau dalam usaha untuk memahami fenomena perang laut. Antaranya ialah:
Teori Objek (penguasaan laut)
Bagi Sir Julian Corbett, tujuan perang laut atau Naval Warefare mestilah selalu secara terus atau secara tidak terus samada untuk mengukuhkan penguasaan di laut dan menghalang musuh untuk menguasainya. Saranan yang kedua yang seharusnya diberikan perhatian dengan penjagaan yang istimewa dalam cara untuk menghindari perangai meneka atau „habit of thought‟ iaitu salah satu daripada kebiasaan sumber bagi kesilapan dalam spekulasi perang di laut.
Teori Cara (pengusaan benda)
Corbett yakin dengan penggunaan kapal-kapal laut mampu memberi satu petanda dan gambaran kekuatan sesebuah armada laut. Namun penggunaan kapal harus dimaksimumkan dalam menakut-nakutkan musuh. Selain untuk digunakan sebagai alat peperangan namun, secara psikologinya pihak musuh boleh tercabar dan takut apabila kapal-kapal laut digunakan dengan cara yang baik. Oleh itu, Corbett menggalakkan agar kapal-kapal laut bergerak secara bersama-sama iaitu dalam bentuk formasi. Tujuannya adalah untuk memberi amaran kepada pihak musuh bahawa tentera lautnya lagi besar dan kerkuasa.
10
Teori Kaedah (Penguasaan cara)
Corbett telah menyatakan dan menerangkan bahawa teori kaedah sebagai “Concentration and dispersal of force” atau penumpuan dan penyebaran kuasa. Ianya merupakan kaedah yang digunakan bagi menyusun strategi bagi mendapatkan arahan laut atau pertahanan dan serangan strategik. Penumpuan dan penyebaran kuasa adalah penempatan pasukan tentera di kawasan-kawasan yang berpotensi boleh diserang bagi melemahkan pasukan lawan, ianya seperti pelabuhan kapal laut, kawasan simpanan sumber makanan dan tempat simpanan senjata. Kebijaksanaan dalam pembahagian kuasa atau fleksibiliti dalam kerahan turut dititikberatkan iaitu setiap angkatan tentera mampu melakukan serangan secara sistematik apabila arahan diberikan secara mengejut. Corbett percaya bahawa dalam melakukan satu serangan strategik tidak dapat dinafikan bahawa serangan secara berkumpulan juga amat penting
12
12Daveluy, L'Esprit de la Guerre Navale, vol. i, p. 27, note
11
Melalui kajian serta pengalaman yang telah dilakukan dan dilalui oleh Corbett, maka telah wujudlah beberapa strategi hasil daripada gubahan Corbett mengenai taktik perang di laut. Antaranya ialah:
Strategi Menjalankan Arahan.
Corbett telah menyatakan bahawa, melalui kaedah ini arahan dijalankan bertujuan bagi pertahanan terhadap pencerobohan. Pengawalan terhadap jaringan komunikasi di laut. Menghapuskan setiap benda atau barangan musuh yang berada dalam jaringan komunikasi yang dikawal. Selain itu turut ditekankan serangan dan pertahanan perdagangan. Kawasan perdagangan yang strategik dan maju sering menjadi sasaran bagi menakluki kawasan tersebut, oleh itu pengawasan kawasan ini amat penting. Serangan dan pertahanan perdagangan begitu berkait rapat dah hampir sama dari
segi pelaksanaannya, cuma perbezaan dari segi kapasiti serangan balas.
Bentuk serangan terkuat adalah penguasaan terminal musuh. Selain itu serangan, pertahanan dan sokongan ekspedisi ketenteraan adalah amat penting dari kacamata Corbett. Serangan hanya akan dilakukan apabila pihak musuh menjalankan serangan terlebih dahulu, maka pihak armada boleh membalas serangan hanya untuk mempertahankannya. Sokongan ekspedisi diperlukan bagi memastikan pasukan armada terus bertahan dalam medan pertempuran sekaligus menambahkan kekuatan pasukan armada.
12
Strategi mempertikaikan arahan
Bagi Corbett, dalam menjalankan strategi ini kaedah yang telah diberikan penekanan adalah prinsip "A Fleet In Being". Corbett telah memperkenalkan konsep ini
iaitu tindakan mengelak
konfrontasi, pertempuran atau perselisihan dengan
musuh yang jauh lebih kuat. Hal ini tidak bermaksud sesebuah angkatan laut akan mudah terdedah kepada serangan daripada musuh yang lebih kuat sebaliknya Corbett menjelaskan bahawa tentera laut yang kecil tidak perlu berperang secara berhadapan dengan musuh yang kuat, cukuplah dengan menghadirkan diri secara aktif sebagai amaran dan pengawasan terhadap musuh. Dalam kaedah ini turut dimuatkan kaedah serangan balas kecil atau Minor Counter-Attack. Bagi mengelakkan kemusnahan yang lebih besar dan seterusnya menyebabkan kerugian, Serang kecil memadai dilakukan sekadar untuk memberi peringatan kepada musuh bahawa pasukan lawan masih bertahan dan untuk mengelakkan tercetusnya serangan lagi dashat apabila salah satu pihak memulakan serangan skala besar.
Strategi menjamin arahan
Menurut Corbett, kaedah ini terbahagi kepada dua bentuk, iaitu dalam mendapatkan arahan dan sekatan. Dalam bentuk apa pun juga sifat perang di mana kita terlibat, sama ada terhad atau tidak terhad, perintah laut adalah kunci kepada kejayaan dan itu merupakan suatu kepastian. Cara untuk mendapatkan apa-apa arahan melalui laut adalah untuk mendapatkan keputusan dengan perjuangan menentang armada musuh. Lambat laun ia mesti dilakukan, dan lebih cepat lebih baik. Itu adalah kepercayaan British lama. Jika pasukan bersenjata laut yang terdiri daripada ekspidisi tentera, maka sekatan yang dijalankan adalah dengan kaedah mendapatkan arahan.
13
Sekatan ekspidisi tentera biasanya diiringi oleh pengiring tentera laut. Jika ianya adalah tentera, maka akan digunakan kaedah menjalankan arahan iaitu dengan cara pertahanan terhadap serangan.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, perkembangan strategi laut ini pada awalnya tidak begitu ketara. Hal ini dapat dikaitkan dengan perkembangan itelektual masyarakat dunia yang belum dapat melihat bahawa laut merupakan salah satu daripada aspek yang sangat penting dalam menjalankan apa-apa aktiviti sekalipun, namun, melalui peredaran masa, manusia mula mengalami evolusi dari segi pemikiran yang terhasil daripada tindak balas terhadap persekitaran mereka, maka wujudlah kesedaran terhadap pentingnya kawasan laut terhadap perkembangan sesebuah negara. Oleh hal yang demikian, lahirlah pula individu-individu yang menjadi pelopor serta peneraju terhadap perkembangan penggunaan kawasan laut termasuklah dari segi perdagangan dan penguasaan wilayah. Antara individu yang begitu berpengaruh ialah Admirl A. T. Mahan dan jugan Sir J. Corbett. Kedua- dua individu ini boleh dikatan sebagai pelopor utama dalam mengkaji teori serta strategi yang boleh digunakan dalam menghadapi peperangan di kawasan
laut.
Mereka
ini
mempunyai
kekuatan
pemikiran
masing-masing
sehinggakan menjadi rujukan oleh hamper kesemua institusi ketenteraan maritim ataun Navy di seluruh dunia. Hal ini demikian kerana strategi yang telah mereka hasilkan merupakan strategi yang boleh diguna pakai serta relevan sehingga ke hari. Selain mereka ini, tokoh Sun Tzu juga merupakan individu yang sangat berpengaruh dan menjadi rujukan kepada semuan institusi ketenteraan yang wujud pada hari ini.
14
BIBLIOGRAFI
Captain S. W. Roskill, The Strategy of Sea Power, London, Greenwood Press, 1962.
Keagen, John, The American Civil War , New York, Knopf, 2009.
Theodore Roosevelt and A. T. Mahan by Richard W. Turk, See’ The Ambiguous Relationship, Greenwood press, 1987.
A.T.Mahan. The Influence of Seapower Upon History, 1660-1783. Chapter 1. 12 ed. Boston: Little, Brown Company, 1890.
James E. Dougherty, Robert L. Pfaltzgraff Jr. "Mahan, the Seas and National Power." In Contending Theories of International Relations : A Comprehensive Survey . Addison Wesley Longman Inc, 2001
Till, Geoffrey. Maritime Strategy and the Nuclear Age. 2 ed. London: Macmillan Press London, 1984.
A.T.Mahan. The Influence of Seapower Upon History, 1660-1783. Chapter 2. 12 ed. Boston: Little, Brown Company, 1890.
Mahan, Alfred Thayer. Naval Strategy . 1911.
Luttwak, Edward N. Strategy:The Logic of War and Peace. Cambridge: Belknap Press of Harvard University Press, 1987.
McGwire, Michael. "Maritime Strategy and the Super-Powers: Old Issues and New Challenges." In Sea Power and Influence, edited by Jonathan Alford. New Jersey: International Institute for Strategic Studies, 1980.
Venn J. A. Corbett, Julian Stafford, Alumni Cantabrigienses, Cambridge University Press, 1958.
Daveluy, L'Esprit de la Guerre Navale, vol. i
15
16