Strategi carta bogel (naked chart’S strategies)
Edisi semakan semula Mei 2016
Muhammad 99124
Isi kandungan
Bil
Tajuk
Muka Surat
1
PENGENALAN
7
2
SASARAN KEUNTUNGAN
8
3
SENIORITI BROKER
10
4
WAKTU PASARAN
12
5
PESANAN BELIAN DAN PESANAN JUALAN
14
6
DAGANG BERPANDUKAN BERITA
18
7
LINGKARAN BOLINGER
25
8
MACD DENGAN RANGKA MASA M1, M5 DAN H4
28
9
ASAS GERAKAN PURATA EKSPONEN (EMA)
33
10
ASAS DAGANG JURANG (GAP TRADING)
37
11
BAR AHAD (SUNDAY BAR)
41
12
ASAS FIBONACCI
46
13
STRATEGI PEMUSATAN H1 (PIVOT)
49
14
TIGA LETUSAN (BREAK OUT)
53
15
LETUSAN ASIA (ABO)
55
16
LETUSAN LONDON (LBO)
59
17
LETUSAN AMERIKA (USBO)
62
18
STRATEGI POSISI YANG AMPUH
65
19
KAEDAH SENANDUNG SEMALAM
67
20
KAEDAH 150
70
21
KAEDAH SUBUH ISNIN SAHAJA
73
22
KAEDAH SEHARI SEMALAM
76 2
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
23
KAEDAH LAWAN TREN (CRS)
79
24
LAIN-LAIN STRATEGI YANG AMPUH -
82
25
KAEDAH 00 KE 12 (5KE17)
83
26
KAEDAH 00 KE 08 (5KE3)
85
27
KAEDAH SEPARUH SEMALAM
86
28
KAEDAH 4 LILIN JEPUN
89
29
KAEDAH 4 LILIN BRITISH
90
30
KAEDAH 3 LILIN AMERIKA
91
31
STRATEGI GELOMBANG BIRU
92
32
KAEDAH MALAS
94
33
KAEDAH XLITANG BUDAK MALAS
97
34
KAEDAH RUGI 1000
98
35
KAEDAH LICIK 15
99
36
SOKONGAN DAN RINTANGAN (SONAR)
100
37
DAGANGAN SEMBOYAN KEBALIKAN LILIN (CARES)
107
38
PATEN LILIN
111
39
PENUNJUK SERAMPANG ANDREWS (AML)
115
40
MELINDUNGI NILAI (HEDGE) DAN MEMAGAR (HEDGING)
122
41
SEGITIGA ARBITRAJ (ARBITRAGE)
127
42
PENGURUSAN KEWANGAN FIBONACCI
130
43
PENGURUSAN KEWANGAN PANGGILAN MARGIN (MARGIN CALL)
133
44
SALAH FAHAM MC DAN SO
136
45
LEVERAJ, MARGIN, EKUITI, APUNGAN
139
46
DAFTAR ISTILAH
151 3
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Strategi carta bogel (naked chart’S strategies)
EDISI PERTAMA APRIL 2016 EDISI KEDUA (SEMAKAN SEMULA) MEI 2016 SUKA BUKU SAYA? Jika suka, berilah hadiah kepada saya kerana saya menulis, menterjemah dan menaip kesemuanya selama sebulan. Sekurang-kurangnya penat jerih saya dihargai dan saya tidak bercadang menjualnya. Semoga hadiah anda bermanfaat buat kami sekeluarga. No akaun Maybank: 154026565302 (Mohd Nur Syaitul)
4
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
JUDIKAH AKU? Tak kira apa kaedah, teknikal, strategi dan ramalan, pokok pangkalnya niat kemudian kita harus tahu ke mana pasaran hendak pergi selepas ini. Ada yang berkata, e-forex ialah sebuah mesin judi kerana tiga perkara: 1. Tak tahu apa benda pun padahal ada ilmu Masalah yang timbul ialah, adakah mereka yang dagangannya semata-mata bergantung pada penunjuk Bolinger, MACD, EMA, SMA, Stochastic , Parabolic, RSI, Momentum, CCI, RVI, Oscillator, Alligator, perkakasan Nasihat Pakar (EA – Expert Advisor) dan lain-lain lagi sebenarnya memperjudikan nasib mereka? Syarat jual beli ialah tahu untung rugi dan berlaku akad pembelian sebelum pembelian dilakukan, tetapi mereka yang bergantung pada penunjuk sering bertanya soalan ini pada hari Sabtu atau Ahad, ke mana pasaran hendak tuju? Beruang atau lembu? Mengapa? Mengapa mereka bertanya soalan itu? Jawapannya, kerana penunjuk-penunjuk yang dianggap hebat berharga RM250 atau RM1000 itu hakikatnya digerakkan oleh tren, berita, fundamental dan sentimen. Tren terhenti pada hari Sabtu dan Ahad! Akhirnya mereka buntu ke mana pasaran akan tuju? Boleh beli? Boleh Jual? Atau tunggu dan lihat? Akhirnya ada fon pun tidak boleh beli. 2. Buka Pesanan Jual Beli Serentak Dengan memasang tempahan serentak jual dan beli sama ada secara tertangguh mahu pun pelaksanaan segera sebagaimana yang dipaparkan kaedahnya di dalam buku ini melalui bar tinggi rendah atau pada bayang lilin semasa atau apa sahaja cara. Ini membuktikan bahawa peniaga sebegini jahil mengenai graf dan carta. Memperjudikan nasib dengan cara ini juga dianggap salah oleh sesetengah broker tetapi jalan penyelesaiannya ialah memansuhkan salah satu tempahan sebaik sahaja pasaran memicu tempahan pertama. Paling seronok, cara ini digunakan sewaktu berita dengan kekuatannya tinggi dan amaran merah dan juga ketika tiga letusan berlaku. Nasibnya sama seperti perenggan satu tadi tetapi kali ini, tanpa ilmu! 3. Bukan Melabur Jangka Masa Pendek Atau Panjang Dengan wang simpanan atau pinjaman peribadi yang sedia ada dimiliki, kita cuba meletakkannya sebagai modal untuk memasuki pasaran dengan harapan dapat mengaut keuntungan dengan kadar segera. Sekali untung, sekali pengeluaran. Di 5
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
satu hari, wujud perasaan marah sampai sanggup memukul anak sendiri atau menengking ibu sendiri gara-gara dek kerana warna merah yang berkerdipan terpapar! Bila ditewaskan, timbul perasaan ingin menggandakan lagi saiz lot. Padahal pelaburan bukan begitu, dan harus kita tahu bahawa pelaburan mata wang asing ada risiko kerugian. Tinggi risiko tetapi tinggi pulangannya (High risk, high return). Buku ini dikarang untuk menjelaskan kepada kita bahawa perniagaan e-forex boleh menjana pendapatan tambahan jika semua ilmu ini didedahkan dan dipraktikkan sekali gus menepis dakwaan bahawa haramnya forex kerana dinisbahkan dengan judi. Sentiasa ingat bahawa pentingnya kita menentukan kerugian dan keuntungan kita dengan nisbah 1:2 atau 1:3. Semoga kalian mendapat manfaat! Penafian: Perdagangan di dalam pasaran Forex adalah sangat berisiko, pembaca yang menggunakan konsep dan kaedah di dalam dokumen ini adalah kehendak diri sendiri dan risiko sendiri. Sesiapa sahaja yang terlibat dalam dagangan daripada dokumen ini diingatkan bahawa penulis tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian yang ditanggung dengan menggunakan kaedah yang diterangkan dalam dokumen ini manakala pengurusan wang atau tahap rugi dibincangkan kerana ia berbeza dari peniaga kepada peniaga mengikut risiko dan modal sedia ada.
Fatwa di Malaysia mengharamkan e-forex kerana tiada konsep niaga yang jelas dalam untung rugi hingga menyamai judi
6
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
pengenalan Saya telah berada dalam pasaran ekuiti dan pasaran forex selama enam tahun. Saya belajar bahawa dagangan mata wang asing bukan untuk orang-orang yang goyah dan mudah putus asa. Kita harus diuji dan berdisiplin untuk mengikuti strategi dan melaksanakan rancangan masa hadapan. Keputusan masuk berniaga mesti tepat dan risiko kurang rugi dikurangkan. Ya, saya juga telah membeli buku dan berkursus. Saya menghadiri seminar web secara langsung dua hari. Semua ini tidak membantu saya sama sekali kerana ia tidak sesuai dengan gaya personaliti saya. Lebih lima tahun menonton graf dengan penunjuk yang berbeza, purata bergerak dan lain-lain, saya mula rasa pergerakan demi pergerakan pasaran terutamanya EURUSD, pasangan Jepun dan pasangan Paun bergerak dengan purata tertentu. Ada kalanya beberapa isyarat tidak menghasilkan hasil yang positif. Ambillah mana-mana strategi yang kita rasakan serasi dengan kita, tetapi cubalah kesemuanya terlebih dahulu selama sebulan dengan akaun demo. Belum cuba belum tahu. Jika ditanya, saya selalu guna apa? Saya pasti menjawab Fibonacci sebagai panduan menetapkan untung rugi dan SoNaR sebagai tambahan kepada kajian tren. Itu pun selepas saya kuasai semua teknik! Saya suka jika penetapan kerugian dibuat kurang dari keuntungan manakala keuntungan mestilah selalunya 20 pip (poin ikut peratus) keuntungan melainkan ada isyarat bahawa boleh mengutip lebih 30 pip (poin ikut peratus). Jika anda rasa 20 pip (poin ikut peratus) tidak cukup besar, maka besarkanlah saiz lot atau membuat kemasukan pesanan jual/beli yang banyak. Saiz 0.01 = 20 pip = $1.40 (Saiz 0.01 = 20 pip) x 5 tempahan = $7.00 Saiz 0.10 = 20 pip = $14.00
7
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
SASARAN KEUNTUNGAN
8
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
SASARAN KEUNTUNGAN Pengambilan untung dengan dua cara sama ada dengan tetapan Ambil Untung (Take Profit) atau dengan cara manual dengan menekan Tutup Pesanan (Close Order’s Button). Berikut ialah keuntungan yang dicadangkan bagi kebanyakan mata wang dunia dan bergantung pada risiko kewangan dan pengurusan kewangan individu. Rangka Masa Pip Minimum Pip Maksimum Pip Kebiasaan Diambil M1 2 5 3 M5 7 15 7 M15 10 20 10 M30 10 70 15 H1 10 100 20 H4 15 200 30 D1 20 300 50 W1 100 400 100 Nilai pip maksimum bergantung kepada jenis pasangan mata wang. Semakin banyak potensi pip, semakin besar jumlah pip kebiasaan diambil atau semakin kecil dari yang dicadangkan .
9
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
SENIORITI BROKER
10
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
BROKER MENGIKUT SENIORITI Mungkin sesetengah kita tak ambil kisah siapa senior atau siapa yang ditubuhkan dahulu, kerana ada yang berdagang dengan sesebuah broker itu kerana syor oleh kenalan, kerana berkursus dengan Pengenal Broker (Introducing Broker atau singkatannya IB) dan mungkin kerana broker itu tersohor. Pernah saya dengar satu ceramah, Pengenal Broker berkata bahawa broker yang telah lama bertapak adalah broker paling stabil dan beliau berkata broker yang menaunginya adalah broker stabil berdasarkan tahun ditubuhkan. Apabila saya melakukan semakan sebenar, broker beliau ditubuhkan pada tahun 2010 dan ada banyak lagi broker terlebih dahulu ditubuhkan. Itulah tugas IB, mempromosi broker masing-masing. Lihat jadual dibawah sebagai panduan sahaja Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18
Broker HY Market iForex Swiss Quote FX Primus FXCM Oanda Easy Forex Forex.com FXDD Alpari Dukascopy Lite Forex FXPro (Euro Orient) MFX Avatrade eToro Instaforex ACFX (Atlas Capital)
Tahun 1977 1996 1996 1996 1996 2001 2001 2001 2002 2004 2004 2005 2006 2006 2006 2006 2007 2007
Bil 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36
Broker HotForex Exness Mayzus FBS IkoFX XM (Trading Pipt) Plus 500 Markets.com XTrade Amana Capital FX Citizen Pepperstone Mocaz OctaFX JustForex FXTM Trade360 Tickmill
Tahun 2008 2008 2008 2009 2009 2009 2009 2009 2010 2010 2010 2010 2011 2011 2012 2012 2013 2014
Soalannya, adakah broker berkomplot dalam pakatan sulit (scam) atau kita yang tidak membaca terma dan syarat (T&C), Soalan Lazim Ditanya (FAQ) dan info-info tambahan setiap broker di dalam laman web mereka? 11
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
WAKTU PASARAN DIBUKA
12
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
WAKTU PASARAN Waktu pasaran dibuka adalah berbeza di dalam setahun sebanyak dua kali kerana faktor cuaca. Perlu diketahui oleh setiap pedagang akan masa-masa dan waktu pasaran dibuka dan ditutup. Perlu juga tahu bilakah pasaran mula aktif. Lihat jadual di bawah. Perbandingan waktu di dalam carta dan waktu Malaysia. (Waktu Malaysia bermula 5.00 pagi. 0
5
0
5
1
6
1
6
2
7
2
7
3
8
3
8
4
9
4
9
5
10
5
10
Bulan November hingga Februari
6
11
6
7 8 Jepun
9
12
14
13
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
London 15
16
17
18
19
Bulan Mac hingga Bulan Oktober
7 8 Jepun
11
10
12
13
9
10
11
12
13
15
16
17
18
21
22
23
Amerika 0 1 2
3
4
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
19
20
21
22
Amerika 23 0
1
2
3
4
London 14
20
Pentingkah tajuk waktu pasaran dibuka dan ditutup? Ya, kerana ia mempengaruhi pengurusan masa dan pengurusan kewangan kita. Bayangkan, dengan mengetahui waktu pasaran dibuka, kita tahu bilakah hendak masuk kedudukan dagangan jurang dan yang penting, kita tahu pada pukul berapakah letusan kembar tiga akan berlaku. Bagi akaun bukan Islamik atau jenis akaun bukan bertukar (non-swap), adalah perlu diketahui bahawa cas akan dikenakan jika kita membiarkan akaun berjaga malam (overnight) dan tidak menghentikan dagangan pada hari Sabtu dan Ahad mengikut masa carta. Selepas menghabiskan bacaan buku ini, kita akan dapati pengurusan masa juga penting dan sebahagian dari kehidupan seorang pedagang mata wang asing secara atas talian.
13
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
PESANAN DAN TEMPAHAN
BELIAN DAN JUALAN
14
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
PESANAN BELIAN DAN PESANAN JUALAN Apabila membeli mata wang, kita akan membeli dengan harga tanya (ask price) dan sewaktu menjual mata wang, kita akan menjual dengan harga bida (bid price). Di dalam strategi jual beli, terdapat dua cara untuk memesan belian mahu pun jualan. Ia terbahagi kepada dua iaitu: 1. PELAKSANAAN SEGERA (INSTANT EXECUTION)
Segera melakukan transaksi belian atau jualan dengan alasan: a. terlewat masuk pasaran kerana sibuk atau mungkin berlaku perubahan tren mengejut sama ada kerana khabar angin, pengumuman kerajaan mengenai dasar ekonomi negaranya atau bencana alam. b. Semasa mengukur dan menyukat data yang dikehendaki, didapati sudah berada di garis sememangnya yang dimahukan untuk masuk jual beli. c. Melakukan jual beli pantas sebagai seorang pedagang licik (Scalper) atau mungkin kerana tersalah tekan dan juga memang tabiat suka bersegera dan kelam kabut.
a. b. c. d.
2. PESANAN TANGGUH (PENDING ORDER) Di dalam pesanan tangguh, terdapat empat jenis pesanan iaitu: Hentian Belian (Buy Stop) Hentian Jualan (Sell Stop) Had Belian (Buy Limit) Had Jualan (Sell Limit)
15
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Hentian Belian (Buy Stop) dan Hentian Jualan (Sell Stop) umpama hentian bas. Kita menantikan harganya pergi keluar dan menjauhi garisan lilin harga pasaran di buka atau mungkin dari garisan letusan tren yang bakal berlaku atau garis selamat dari sentuhan bayang lilin setelah menentukan garis sokongan dan rintangan (support and resistance) atau mungkin kerana jangkaan-jangkaan penunjuk Fibonacci.
Jadual Jualan
16
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Jadual Belian Berbeza dengan Had Belian (Buy Limit) dan Had Jualan (Sell Limit) merupakan batasan iaitu batas paling ke bawah bagi belian atau batas paling ke atas untuk jualan setelah menentukan garis sokongan dan rintangan (support and resistance) atau mungkin kerana jangkaan-jangkaan penunjuk Fibonacci. Istilah masyhur yang digunakan ialah Jual di pucuk, Beli di akar (Sell at tip, buy at root)
17
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
DAGANGAN BERITA
(NEWS TRADING)
18
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
DAGANGAN BERPANDUKAN BERITA (NEWS TRADING) Terdapat dua laman web yang dicadangkan untuk mengetahui berita pasaran semasa iaitu di Forex Factory atau di MyFXbook. Dan dinasihati banyak pedagang jenis ini bahawa hanya mula berdagang ketika berita impak tinggi atau berwarna merah. Inilah ilmu yang juga dikenali sebagai fundamental.
AUDUSD CADJPY EURUSD AUDJPY USDCAD AUDNZD NZDJPY EURCAD NZDUSD GBPJPY
Bagaimana saya melakukannya? Kita melihat berita merah akan berlaku di dalam tempoh sejam atau kurang, jadi bagaimana kita akan melakukan dagangan risiko tinggi ini? 1. Buka dua pesanan tertangguh iaitu hentian belian dan hentian jualan dalam lingkungan 10 minit sebelum impak berita. Rangka masa dicadangkan ialah 30 minit (M30) 2. Kemasukan dagangan pada 10 pip di atas bayang dan di bawah bayang lilin semasa. 3. Ambil rugi kedua-dua pesanan jualan dan belian di tempat pesanan tertangguh. Ambil untung hanya 30 pip hingga 50 pip walaupun boleh jadi ia boleh pergi mencecah sehingga 100 pip dalam sejam. 4. Berita datang dengan dua cara sama ada menggila (sekejap turun, sekejap naik) atau kenaikan/penurunan yang stabil. Jika menggila, strategi ini tidak berhasil dan berakhir dengan rugi kedua-dua kemasukan (entry)
19
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
BAGAIMANA UNTUK BERDAGANG NFP DAN FOMC SERTA BERITA IMPAK MAKSIMA UNTUK MATA WANG U$D Secara amnya semasa berlakunya NFP dan FOMC, pasangan xxxUSD dan USDxxx mula berlaku tren menggila ke atas dan ke bawah sejumlah besar pip (poin ikut peratus) bergantung kepada NFP (Bayaran Bukan Perladangan) data majikan Amerika untuk FOMC. The Federal Open Market Committe (FOMC) adalah Pengambil keputusan di badan Sistem Simpanan Persekutuan Amerika. Sebagai permulaan terdapat 3 pilihan di tangan untuk kita: a. Tutup komputer, tablet dan telefon pintar kita untuk menjauhkan diri daripada berita berimpak tinggi NFP atau FOMC) b. Gunakan perisian dagangan perkembangan Commercial seperti Pedagang Oracle (Oracle Trader) dan Pemanduan NFP (NFP Pilot) c. Gunakan strategi yang sangat mudah yang akan kita gunakan. Sebagai seorang peniaga, sedarkah kita telah membiarkan NFP atau berita FOMC mewujudkan fenomena luar biasa? Bagaimana untuk kita berdagang dengan bijak? Banyak pendekatan terlibat dalam mencuba berdagang waktu ini dan ada yang telah meraih jumlah pip yang banyak. Antara pendekatan tersebut ialah:
20
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Sebelum bermula berita dalam tempoh 10 minit, ambil pesanan tangguh sebanyak enam tempahan jualan dan belian serentak dengan jarak 30 pip dari harga semasa. Sebagai contoh, kedudukan masuk belian: Tiga pasangan major atau minor dari xxxU$D: Beli 0.1 EUR USD Beli 0.1 GBP USD Beli 0.1 AUD USD Kemudian beli lagi tiga pasangan major atau minor dari U$Dxxx: Beli 0.1 USDJPY Beli 0.1 USDCAD Beli 0.1 USDCHF Demikian juga jualan, jika kita merasakan hendak membuka jualan pada hari itu. Apabila mana-mana pasangan diaktifkan iaitu sama ada jualan diaktifkan atau belian diaktifkan, pilih enam daripada 12 pasangan yang mempunyai keuntungan tadi dan batalkan tempahan yang mana pasangan tidak diaktifkan. Kadar keuntungan bergantung kepada berapa banyak pip akan nai dan turun tetapi meletakkan garis ambil untung sebanyak 20 pip sudah memadai. Maksimum? Mungkin 100 pip bahkan pernah terjadi (bukan NFP) penurunan 1800 pip dalam tempoh sejam bagi pasangan USDCHF pada bulan Januari tahun 2015. Hasil dagangan dengan berita jika di buat tempahan pesanan 15 minit sebelum berita. Jadual keuntungan bagi tarik 6 Mei 2016 ini hasil dari strategi Fibonacci dan keuntungan sebenar kemungkinan lebih dari nilai di bawah. Ini hanyalah ambilan keuntungan berdasarkan garis-garis fibonacci. JUAL GU EU AU UCAD UJ UCHF Jumlah
PIP (poin ikut peratus) 33 5 19 41 9 107
BELI GU EU AU UCAD UJ UCHF Jumlah 21
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
PIP (poin ikut peratus) 18 32 13 51 9 123
Jika kita berdagang serentak di dalam akaun yang sama, keuntungan mungkin 123-107 = 16 pip atau mungkin rugi. Tetapi jika kita dagang di akaun berbeza, salah satu akaun beli dan yang lain jual, keuntungannya kemungkinan bersamaan dengan 230 pip. Sedikit maklumat mengenai berita yang perlu kita tahu dari komuniti e-forex. 1. SENARAI GAJI BUKAN PERLADANGAN - NON FARM PAYROLL • Kesan Pip : 100 - 200 pip (Lilin pacak turun naik) • Negara : USA (Setiap Hari Jumaat Awal Bulan) • Mata wang terkesan: seluruh mata wang 2. DAGANGAN SEIMBANG - TRADE BALANCE (Paling baik jam 9.30pm Malaysia) • Kesan Pip : 70 - 120 pip • Negara : USA • Mata wang : seluruh pasangan USD 3. PENYATA KADAR FAEDAH - INTEREST RATE STATEMENTS • Kesan Pip : lebih dari 100 pip • Negara : Semua • Mata Wang : seluruh pasangan mata Wang 4.BARANG TAHAN LAMA - DURABLE GOOD • Kesan Pip : 50 - 100 pip • Negara : USA • Mata Wang : seluruh pasangan USD 5. INDEKS HARGA PENGELUAR - PRODUCER PRICE INDEX • Kesan Pip : 50 - 60 pip • Negara : Semua • Mata Wang : seluruh pasangan mata Wang 6.PPI KECUALI TENAGA DAN MAKANAN (PPI excl FOOD AND ENERGY) • Kesan Pip : 50 - 100 pip • Negara : Semua • Mata Wang : seluruh pasangan mata Wang 22
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
7.Indeks Harga Pengguna - CONSUMER PRICE INDEX • Kesan Pip : 50 - 100 pip • Negara : Semua • Mata Wang : seluruh pasangan mata Wang 8.CPI kecuali TENAGA DAN MAKANAN (CPI excl FOOD AND ENERGY) • Kesan Pip : 50 - 100 pip • Negara : Semua • Mata Wang : seluruh pasangan mata Wang 9.UCAPAN DARI TRICHET, BERNANKE DAN FUKUI • Kesan Pip : 30 - 100 pip • Negara : E-12, USA dan JPN • Mata wang : EURO, USD dan JPY 10.Kadar Pengangguran - UNEPLOYMENT RATE • Kesan Pip : 30 - 50 pip • Negara : Semua • Mata Wang : seluruh pasangan mata Wang Berikut ini adalah data ekonomi yang boleh mempengaruhi USD: 1. Average Earning = Purata Pendapatan = USD Menjadi Kuat 2. Balance Of Payment = Baki Bayaran = USD Menjadi Kuat 3. Budget Deficit = Defisit Belanjawan = USD Menjadi Kuat 4. Bussiness Inventory = Inventori Perniagaan = USD Menjadi Kuat 5. Capacity Utilitation = Kapasiti Utiliti = USD Menjadi Kuat 6. Car Sales = Jualan Kereta = USD Menjadi Kuat 7. Chicago PMI = USD Menjadi Kuat 8. Construction Spending = Belanja Pembinaan = USD Menjadi Kuat 9. Consumer Confidence Index (CCI) = Keyakinan Pengguna = USD Menjadi Kuat 10. Consumer Credit = Hutang Pengguna = USD Menjadi Kuat 11. Consumer Price Index (CPI) = Indeks Harga Pengguna = USD Menjadi Kuat 12. Consumer Spending (Expenditure) = Belanja Pengguna = USD Menjadi Kuat 13. Cost Of Living = Kos Sara Hidup = USD Menjadi Kuat 14. Current Account = Akaun Semasa = USD Menjadi Kuat 23
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
15. Corporate Profit = Keuntungan Korporat = USD Menjadi Kuat 16. Deflasi = Harga Barang Turun = USD Menjadi Kuat 17. Discount Rate = Kadar Diskaun = USD Menjadi Kuat 18. Durable Goods Order = Pesanan Barangan Tahan Lama = USD Menjadi Kuat 19. Economic Monetary System (EMS) = Dasar Kewangan Ekonomi = USD Kuat 20. Factory Order = Tempahan Perkilangan = USD Menjadi Kuat 21. Federal Budget = Bajet Pusat = USD Menjadi Kuat 22. Federal Reserve Fund = Tabung Simpanan Pusat = USD Menjadi Kuat 23. Gross Domestic Product (GDP) = Keluaran Domestik Kasar = USD Menjadi Kuat 24. Gross National Product (GNP) = Keluaran Negara Kasar = USD Menjadi Kuat 25. Housing Start = Perumahan = USD Menjadi Kuat 26. Industrial Production = Pengeluaran Industri = USD Menjadi Kuat 27. Invisible Trade = Dagangan Telus = USD Menjadi Kuat 28. Jobless Claim = Tuntutan Penganggur = USD Menjadi Kuat 29. Leading Indicator = Penunjuk Pendahulu = USD Menjadi Kuat 30. Money Supply = Saluran Kewangan = USD Menjadi Kuat 31. National Asociation = Kesatuan Kebangsaan = USD Menjadi Kuat 32. NAPM = USD Menjadi Kuat 33. Non Farm Payrolls (NFP) = Baaran Bukan Perladangan = USD Menjadi Kuat 34. Personal Expenditure = Belanja Persendirian = USD Menjadi Kuat 35. Personal Income = Pendapatan Persendirian = USD Menjadi Kuat 36. Prime Rate = Kadar Utama = USD Menjadi Kuat 37. Product Price Index (PPI) = Indeks Harga Barang = USD Menjadi Kuat 38. Public Sector Debt Repayment = Bayaran Debit Penjawa Awam = USD Kuat 39. Retail Sales = Jualan Runcit = USD Menjadi Kuat 40. Trade Balance = Dagangan Seimbang = USD Menjadi Kuat 41. Trade Deficit = Defisit Dagangan = USD Menjadi Kuat 42. Trade Weighted Index = Indeks Beban Dagangan = USD Menjadi Kuat 43. Kadar pengangguran (unemployment rate)= USD Menjadi Kuat 44. Unit Labour Cost = Kos Unit Buruh = USD Menjadi Kuat 45. Value Added Tax = Cukai Nilai Tambahan = USD Menjadi Kuat 46. Visible Trade = Dagangan Telus = USD Menjadi Kuat Hijau = Graf Menaik Merah = Graf Menurun
24
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
LINGKARAN BOLINGER
(BOLINGER BAND)
25
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
LINGKARAN BOLINGER (BOLINGER BAND) Penafian pencipta Bolinger Band, John Bollinger berkata: "lingkaran yang terjulur hanya merupakan tanda, bukannya isyarat jual beli. Lingkaran Bollinger bahagian atas bukanlah isyarat menjual manakala yang rendah bukanlah isyarat membeli. Harga semestinya mampu berjalan di mana sama ada di atas atau di bawah lingkaran Bollinger" Itulah yang menakutkan kita kerana kenyataan dari pencipta lingkaran ini sendiri menafikan kaedah mengaut untung dengan alat ini. Bagi saya, sudah tentu banyak penunjuk tambahan harus dipasang untuk sokongan masuk ke dalam pasaran. Persediaan bagi kaedah ini semestinya 1. Lingkaran Bolinger (Bolinger band) 2. Simple Moving Average 20 atau Linear Weight Moving Average 5 3. Stochastics 14, 3, 3 4. Carta H4
Belian = Belian berlaku apabila lingkaran atas menyentuh lilin diikuti dengan isyarat Stochastics tamat jualan (over sell) apabila garisnya melampaui 80. Jualan = Jualan berlaku apabila lingkaran bawah menyentuh lilin diikuti dengan isyarat Stochastics tamat belian (over buy) apabila garisnya melampaui 20. Ambil untung atau henti rugi jika lilin menyentuh SMA 20. Mudah sahaja.
26
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Semak arus tuju apabila stochastic digerakkan oleh pasaran. Selepas pelajaran ini, anda akan mahir menggunakan penunjuk BB, SMA dan Stochastics.
27
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
PERGERAKAN PURATA (MACD)
28
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
MACD DENGAN RANGKA MASA SEMINIT (M1), 5 MINIT (M5) DAN 4 JAM (H4) Saya menemui tetapan MACD yang mudah dibaca isyaratnya secara tetap pada tempoh masa 4 jam. Saya suka 4 jam sebagai tempoh masa berdagang dengan MACD walaupun rangka masa seminit juga bagus untuk urus niaga pantas oleh peniaga licik (scalper). Dengan 4 jam, tidaklah terpaku ke skrin sepenuh masa. Jika anda melihat semua gambar rajah di bawah, anda akan melihat bahawa terdapat banyak isyarat yang diberikan adalah terbaik. Saya mendapati bahawa MACD bergerak dengan cara yang tertentu menghasilkan ketepatan 80%. Kadang-kadang apa yang membuatkan hasil ia lebih baik ialah kesanggupan kita menanti dalam tempoh 4 jam. Mata wang dicadangkan ialah EURAUD
Aturan MACD MACD 5, 13, 2 bermaksud tetapannya Fast EMA 5, Slow EMA 13 dan Signal EMA 2 Ada beberapa lagi cadangan antaranya: - Jangka masa panjang = MACD 30, 60, 30 - Jangka masa pendek = MACD 12, 26, 5 - Jangka masa pendek M1 dan M5 sahaja = MACD 12, 26, 9 - Linear Weight Moving Average 5
29
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Aturan Telefon Pintar
Jadual M5 – Kajilah bagaimana setiap aturan ini mengubah dan berubah
30
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Jadual H4 - Kajilah bagaimana setiap aturan ini mengubah dan berubah
Tempat mula menjual kerana tren sudah memulakan memberuang
Tren kekal menglembu memberuang sedikit
selepas
Tren berubah mengejut memberuang dengan hanya tiga lilin sahaja
31
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Tren tidak berubah dan mendatar
Kepala dan bahu. Tren menglembu dengan kenaikan secara bertingkat
Keuntungan hasil MACD sahaja
32
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
PERGERAKAN PURATA EKSPONEN (EMA)
33
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
ASAS GERAKAN PURATA EKSPONEN (EMA) Perlu diketahui oleh semua peniaga dan pedagang mata wang asing bahawa semua penunjuk di dalam Metatrader dipengaruhi oleh gerakan tren. Penunjuk digerakkan oleh tren, berita, fundamental dan sentimen dan keputusan membeli dan menjual bergantung kepada berapa lama anda di hadapan komputer, berapa panaskah kerusi tempat duduk anda. Teknik ini dinamakan strategi GU hebat untuk peniaga antara hari (intraday) dan juga pengatur (swinger) kononnya sangat serasi dengan pasangan GBPUSD tetapi pasangan lain pun boleh juga dicuba. Rangka masa ialah 4 jam (H4) Disarankan hanya berniaga pada hari biasa dan bukan hari bencana alam atau hari berita yang menyebabkan carta terganggu. Sediakan persiapan berikut: 1. Carta dengan rangka masa 4 jam (H4) dan sehari (D1) hanya sebagai rujukan. 2. Tiga gadis jelita EMA (4, 13, 50), penunjuk purata gerakan (moving average) kesemuanya eksponen (kerana itu disebut EMA – exponent moving average) dan ditutup (semuanya "close") iaitu: a. EMA 4 - garis hijau b. EMA 13 - garis biru c. EMA 50 - garis merah 3. Opsyenal sebagai bantuan tambahan, boleh juga digandingkan bersama dengan penunjuk pilihan masing-masing sama ada Stochastic (13, 5, 5) ke atau MACD (5,13, 2) Jika memasukkan data ke dalam penunjuk purata gerakan (moving average) satupersatu menyusahkan kita, masalah ini boleh diselesaikan dengan menukar tetapan penunjuk alligator dengan menggunakan penunjuk sedia ada Metatrader iaitu dalam menu navigator (Ctrl+n) Bill William -> alligator dengan aturan seperti berikut: 34
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Caranya ialah : 1. Masuk beli sama ada segera mahupun tertangguh apabila - hijau silang pada merah atau - biru silang pada merah 2. Masuk jual sama ada segera mahupun tertangguh apabila - merah silang pada hijau atau - merah silang pada biru 3. Berhenti jual beli jika - hijau silang pada biru atau - biru silang pada hijau.
Carta di atas dengan rangka masa 4 jam dan kaedah ini amat sesuai dengan rangka masa 4 jam tetapi carta sejam atau 15 minit atau sehari atau 30 minit juga boleh diterima. Perhatikan gambar di atas. Satu lilin empat jam. Lihat pada “beli 4” itu, ianya berlaku pukul 9 malam dan sudah untung lebih 180 pip tanpa isyarat silang hijau biru lagi. 35
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Sasaran untung di atas pengurusan kewangan masing-masing, cadangan hanya 20 pip hingga 50 pip dan maksimum sehingga 150 pip walaupun ada masanya ia boleh mencecah 300 pip!. Bagi saya, teknik ini sesuai untuk peniaga sepenuh masa kerana ia menggunakan rangka masa H4 dan bermakna, ambil untung paling cepat ialah 5 jam Jika kita menguasai teknik ini, bermakna kita telah menguasai teknik penunjuk Alligator dan juga teknik penunjuk gerakan purata (moving average).
36
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
DAGANGAN JURANG
(GAP TRADING)
37
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
ASAS DAGANG JURANG (GAP TRADING) Saya dapati, dagangan jurang adalah cara terbaik untuk memulai hari dagangan saya bahkan bukan pada hari pertama malah pada hari di mana berlaku tindakan drastik pada pasaran mata wang dunia. Saya berkata-kata di mana-mana sahaja berkenaan kaedah unik ini yang jarang-jarang berlaku seolah-olah kepastian melanda diri dan sangat yakin bahawa saya akan mendapat keuntungan dan mustahil akan rugi. Tetapi John Carter di dalam bukunya Mastering the Trade menulis, “tidak semua jurang akan ditutupi”. Apakah maksudnya itu? Yang menyeronokkan mengenai dagangan jurang, ia umpama pintu yang terbuka dan harus menutupi pintu itu. Hari terbaik untuk dagang jurang ialah hari Isnin. Biasanya jurang berlaku pada awal pasaran pada hari Isnin dan juga bila berlaku cuti perayaan dan pasaran dibuka pada hari seterusnya atau berlaku bencana alam mahupun bencana keganasan. Lilin yang muncul menjauhi dan membentuk jurang. Jika kita sedang berniaga, ia mungkin akan menguntungkan atau mungkin merugikan kita kerana ia menyentuh garis ambil untung mahupun garis henti rugi secara mengejut. Jika tidak letak garis henti rugi, barangkali kerugian beratusratus pip boleh terjadi. Sebab itulah henti rugi perlu diletakkan.
38
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Syarat utama ialah mestilah jurang itu melebih 30 pip tetapi John Carter berkata, hanya 10 pip sahaja untuk berdagang manakala jangan lebih nilai terbukanya dari 70 pip. Jurang bencana alam di Jepun baru-baru ini sebagai contoh bolehnya niaga jurang kerana cukup syaratnya bagi saya tetapi tidak buat John Carter. Masuk jual atau beli pada harga pasaran dibuka di lilin pertama dan ambil untung pada harga tutup lilin sebelumnya. Rugi mestilah separuh atau sepertiga dari nilai pip harga buka lilin baharu ditolak dengan harga tutup lilin sebelumnya. Lihat gambar di bawah, harga tutup lilin sebelumnya ialah 84.881 manakala harga buka ialah 83.499.
Jurang yang berlaku ialah 138 pip dan jurang inilah keuntungan yang dicari. Cuma bagaimana hendak tahu sama ada jual atau beli? Gambar di atas menunjukkan 138 pip keuntungan boleh berlaku jika kita melakukan urus niaga belian. Dan percayalah, inilah yang kita cari. Rumusnya mudah: - Belian = kemunculan lilin baharu di bawah jurang dari lilin yang sebelumnya - Jualan = kemunculan lilin baharu di atas jurang dari lilin yang sebelumnya Oleh sebab 138 pip terlalu besar hentian rugi jika dibahagi dua bersamaan 69 pip, saya tidak berani ambil risiko ini. Saya bahagikan dengan tiga, dan hentian rugi saya menjadi 46 dan itu sangat berpatutan. Lihat gambar seterusnya. Nampaknya empat kali saya diuji dengan bayang lilin yang ingin menyentuh hentian rugi saya di 83.049 dan akhirnya pada pukul 11 malam waktu Malaysia, barulah saya menerima hasil yang dikehendaki. Itu pun 39
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
kerana kejatuhan mata wang utama sekali gus menunjukkan isyarat kenaikan harga yen! Jika saya tidak bersabar, sudah pasti pada pukul 0300 petang waktu Malaysia, saya sudah ambil untung hanya 20 pip!
Seeloknya bila berlakunya jurang, haruslah menggunakan 10% risiko daripada modal anda. Jadi pengiraan saiz lot amat penting. Ada kalanya kerana tamak, kita abaikan saiz lot dan baki modal sehingga kita tidak dapat menikmati keuntungan kerana perniagaan kita berstatus panggilan margin (MC). Risiko modal perlu diambil kira kerana tempat hentian rugi terlalu besar sehingga mencecah 70 pip. Di akhir pelajaran ini, sekurang-kurangnya kita tahu bagaimana hendak memutuskan sama ada jual atau beli, memutuskan kerugian dan keuntungan dan mengambil berat akan tren dan berita. 40
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
BAR AHAD
(SUNDAY BAR)
41
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
BAR AHAD (SUNDAY BAR) Digelar Bar Ahad kerana munculnya lilin baharu pada petang Ahad waktu Amerika sekitar 5.00 petang sedangkan di Asia adalah pada pukul 5.00 atau 6.00 pagi hari Isnin. Pasaran dibuka pada hari Isnin pukul 0001H atau 0100H waktu carta. Ramai peniaga mata wang enggan berniaga pada hari Isnin waktu Asia kerana England dan Amerika masih tidur. Ini mengakibatkan pasaran tidak dapat membuat keputusan yang tepat. Pengatur (swinger) yang berdagang dengan bar ahad biasanya mengutip keuntungan pada keesokan harinya tetapi ada kalanya keuntungan berlaku terlalu awal, demikian juga kerugian. Aturan ini khusus untuk pasangan mata wang USDJPY kerana lebih stabil (pasangan lain seperti GBPUSD, EURUSD, USDCHF dan Emas di atas risiko masingmasing) manakala aturan rangka masa ialah sehari (D1). Cara-caranya ialah 1. Pada hari Isnin pukul 12 tengah hari waktu Malaysia, buka rangka masa D1 dan sukat ketinggian lilin hari Isnin Asia. Jika terlewat masuk, buka rangka masa H4 untuk mencari kedudukan terakhir lilin pada pukul 11.59 tengah hari. 2. Jika ukuran tertinggi dan terendahnya kurang 60 pip, lupakan dagangan Bar Ahad kerana risiko tersentuh dua hentian jual/beli sangat tinggi melainkan kita yakin dengan fundamental bahawa tiada risiko besar berlaku dalam tempoh empat hari dalam minggu tersebut. Lihat gambar di bawah cara masuk berniaga dan bagaimana saya memberanikan diri pada 1 April 2016 walaupun nilai empat lilin itu kurang 60 pip. 3. Untuk belian tertangguh, dari bayang harga tertinggi, letakkan hentian belian 10 pip di atas bayang harga tersebut manakala hentian rugi ialah 10 pip di bawah bayang harga terendah 4. Untuk jualan tertangguh pula, dari bayang harga terendah, letakkan hentian belian 10 pip di bawah bayang harga tersebut manakala hentian rugi ialah 10 pip di atas bayang harga tertinggi.
42
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
5. Ambil untung sekadar 50 pip. Pasang dan tinggalkan sehari semalam. Kemudian semak semula pada hari Selasa sama ada sudah beroleh untung atau tidak. Inilah hasilnya selepas seharian:
Hanya menyentuhi garis hentian jualan dan terus terjun ke garis ambil untung (Take Profit). Tidak tersentuh hentian rugi sama sekali mahupun garisan hentian belian. Jadual seterusnya ialah contoh urus niaga dan untung rugi di dalam sebulan dengan kaedah Bar Ahad. 43
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
TARIKH 29 Feb 2016
JUALAN X
BELIAN X
7 Mac 2016 14 Mac 2016 21 Mac 2016 28 Mac 2016
50 pip 50 pip X 50 pip Untung sebenar
X X 50 pip - 70
LABA/RUGI Apungan. Henti hari Jumaat 50 50 50 -20 130
- Pada 29 Feb 2016, berlaku apungan di mana pada minggu tersebut, lilin tidak menyentuh mana-mana hentian jualan dan hentian belian. - Pada 28 Mac 2016, berlaku ralat kerana berita positif hingga mengganggu carta di mana pada awalnya berlaku jualan tetapi dalam hari yang sama, lilin menyentuh hentian belian (Buy Stop) dan kemudian menyentuh garisan hentian rugi. Perhatian 1. Adalah menjadi kesalahan jika cara ini digunakan oleh pedagang licik (scalper) yang berniaga secara jual/beli pantas (scalping) dengan rangka masa M1 hingga M15 iaitu ketika berita besar atau bencana besar berlaku. Semua broker melarang perbuatan ini iaitu mendapat dua keuntungan dalam satu masa serentak dan perniagaan anda boleh diisytiharkan tidak sah dan tidak boleh menuntut keuntungan hasil perniagaan ini. 2. Kaedah ini juga menyamai dengan judi jika pedagang intra-hari (interday) berniaga dengan rangka masa M30 hingga H1 pada waktu puncak atau waktu berita disiarkan sekiranya tidak segera memadam salah satu kemasukannya (entry) jual atau belinya setelah salah satu kemasukannya sama ada garis hentian jualan atau hentian belian tersentuh terlebih dahulu. Ini bermakna, hanya ada satu sahaja perniagaan dalam satu masa. Semua broker melarang perbuatan ini iaitu mendapat dua keuntungan dalam satu masa serentak dan perniagaan anda boleh diisytiharkan tidak sah dan tidak boleh menuntut keuntungan hasil perniagaan ini.
44
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
3. Jadilah bijak dan jangan bersikap tamak seperi George Soros walaupun ia persaingan sihat kerana anda akan “dibenci” oleh broker yang melihat anda sebagai musuhnya yang mampu melingkupkan syarikat mereka.
45
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
FIBONACCI
46
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
ASAS FIBONACCI Perlu diketahui bahawa Fibonacci tidak lengkap tanpa nilai tertinggi dan nilai terendah. Di dalam pelajaran ini, dua nilai ini dapat dikuasai dengan mempelajari carta dengan rangka masa sejam (H1). Kita memerlukan carta semalam untuk menyukat nilai tertinggi dan nilai terendah. Kaedahnya, seret Fibonacci dari nilai tertinggi ke nilai terendah atau sebaliknya. Lihat gambar di bawah.
Di dalam Fibonacci, kita dapat mempelajari pusat atau pivot. Sekurang-kurangnya kita tahu asas pivot terbina iaitu nilai tertinggi ditolak dengan nilai terendah. Jumlah yang diperoleh itu dinamakan jumlah pip kasar dan ditolak dengan nilai terendah. Hasilnya ialah titik tengah atau pusat atau pivot. Rumus bagi pivot ialah: 1. Tinggi - Rendah=Pip 2. Pip + Rendah = Pivot
1.43195 – 1.41905 = 0.01290 0.01290 + 1.41905 = 1.43195
47
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
ASAS MASUK JUAL BELI DENGAN FIBONACCI Setelah kita mengetahui cara seret Fibonacci, kita perlu tahu bahawa angka kosong mewakili henti rugi tertinggi (stop loss) manakala 100.0 ialah ambil untung tertinggi (take profit). Cara memasuki pasaran sama ada dengan kadar serta merta atau tertangguh. Jika tertangguh, nilai 50.0 atau 61.8 ialah tempat masuk berniaga sama ada hentian jual (sell stop) atau hentian beli (buy stop). Kebiasaannya nilai 100.0 ialah sekitar 20 hingga 40 pip. Maka kita harus tahu, kadar untung sekali masuk mestilah di dalam jumlah pip ini. Jadi, bagaimanakah kita tahu hari itu hari untuk jual atau beli?
Mainan Graf Menguji Kesabaran. Kelihatan graf turun tangga satu persatu mengikut tangga Fibonacci.
48
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
STRATEGI PEMUSATAN (PIVOT)
49
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
STRATEGI PEMUSATAN H1 (PIVOT’S STRATEGY – H1) Tak tahu lilin akan bergerak ke mana? Hai, nak pergi mana sayang? Kaedah ini memerlukan anda melihat dan mengkaji carta sejam (H1) mana-mana pasangan mata wang seelok-eloknya Asia lawan Barat. Berita baiknya, kaedah ini boleh digunakan dalam apa sahaja jenis saham. Ia kaedah tradisional sebelum wujud Metatrader dan Broker anda. Tiada masa? Kaedah ini juga untuk mereka yang tiada masa hendak melayan kerenah pasaran semasa. Rumus kira-kira pivot yang membentuk Fibonacci secara standard seluruh dunia adalah seperti berikut: Rintangan 3 = R1 + (Tertinggi - Terendah) Rintangan 2 = Pivot + (Tertinggi - Terendah) Rintangan 1 = 2 x Pivot- Terendah PIVOT = (Tertinggi + Terendah + Tutup)/3 Sokongan 1 = 2 X Pivot - Tertinggi Sokongan 2 = Pivot - (Tertinggi - Terendah) Sokongan 3 = S1 - (Tertinggi - Terendah) Contohnya, nilai Tertinggi carta semalam ialah 1.4450 manakala terendah ialah 1.4313. Ia ditutup pada kadar 1.4407 P = (1.4450 + 1.4313 +1.4407)/3 = 4.3170/3 =1.4390 Kiraan selain dari itu ialah nilai pip hasil dari tertinggi dan terendah di bahagikan dua kemudian ditambah kepada nilai terendah. Tetapi kiraan ini salah kerana ia adalah kiraan Median. (1.4450 - 1.4313)/2 = 0.0068 0.0068 + 1.4313 = 1.4381 Baiklah, setelah kita mencari tinggi dan rendah carta semalam, kemudian tunggu lilin baharu hari ini iaitu ketika jam carta pukul 0000H atau waktu Malaysia pada jam 5 pagi. Adakah lilin baharu berada di bawah pivot? Atau di atas daripada pivot? 50
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Jika di bawah pivot, bererti mulakan hari itu dengan jualan. Jika lilin baharu berada di atas pivot, maka urusan hari itu bermula dengan belian. Kita boleh terus masuk membeli atau menjual hanya dengan kaedah ini. Gambar di bawah ialah contoh hari baharu untuk jual. Lilin baharu di bawah Pivot 50.0 dan jumlah untung 32 pip dalam masa 10 jam. Kerugian saya tetapkan pada 61.8 atau boleh juga di atas garis pivot, manakala untung pada garis 100.0
Gambar di bawah ini pula ialah contoh hari baharu untuk beli. Lilin baharu di atas Pivot 50.0 dan jumlah untung 20 pip dalam masa 10 jam. Kerugian saya tetapkan pada 61.8 atau boleh juga di atas garis pivot, manakala untung pada garis 100.0
Ingat, dengan strategi pivot sahaja, kita mampu menjana dan memperoleh untung sekurang-kurangnya 20 pip seminggu bagi satu kemasukan (per entry). Ketepatannya strategi ini di dalam seminggu ialah dengan nisbah minimum 3:2 iaitu tiga hari untung berbalas dua hari rugi. Ini bermakna kita mampu menjana dan memperoleh untung sekali dalam 5 hari atau sekurang-kurangnya 20 pip seminggu! Ada kalanya, lima hari berturut-turut mendapat keuntungan. 51
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Hari Isnin
Hari Selasa
Hari Rabu
Hari Khamis 20 pip 20 pip 20 pip 20 pip
Jumlah Untung/Rugi 20 pip 20 pip 20 pip 20 pip 20 pip 20 pip 20 pip 60 pip 20 pip 20 pip 20 pip 20 pip 20 pip 20 pip 20 pip 100 pip Laba sebulan ---> 200 pip Jadual laba strategi pemusatan (pivot strategy) di dalam seminggu
52
Hari Jumaat 20 pip 20 pip 20 pip 20 pip
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
LETUSAN KEMBAR TIGA (TRIPLE BREAK OUT)
53
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
TIGA LETUSAN (TRIPLE BREAK OUT) Kita telah mengetahui, gambar rajah sebelum ini di dalam strategi pemusatan (pivot strategy) menunjukkan hanya selepas 10 jam, barulah mendapat untung. Mengapa? Jawapannya ialah letusan. Letusan itu berlaku ketika paun sterling (GBP), euro dan swiss franc (CHF) baru memulakan hari bekerja pada paginya. Ia berlaku sekitar jam 1000 waktu carta atau pada pukul 3 petang waktu Malaysia. Terdapat tiga letusan utama iaitu Asia, London dan Amerika. Oleh itu, harus diketahui bahawa tiga jenis letusan ini memainkan peranan besar kepada keuntungan kita. Mungkin menjadi untung besar jika berita yang diumumkan adalah positif bagi mata wang tersebut sebaliknya jika berita itu negatif, garisan henti rugi akan disapu oleh bayangan dan perniagaan kita pada hari itu berakhir dengan rugi. Berlatih selama sebulan bagi setiap satu teknik amat disarankan bahkan lebih dari itu juga lebih baik! Lebih baik tahu sedikit paten atau jenis lilin yang menjadi isyarat kepada letusan berlaku. Antara ciri kebiasaan yang akan berlaku ialah dengan kemunculan paten letusan tiga askar dan tiga gagak. Ia mestilah diikuti dengan mana-mana doji, tukul atau bintang. Letusan berlaku kerana pasaran baru bermula aktif atau kerana berita.
54
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
LETUSAN ASIA (ABO)
55
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
LETUSAN ASIA (ASIA BREAK OUT - ABO) Asia merujuk kepada mata wang yen Jepun (JPY), Dolar New Zealand (NZD) dan Dolar Australia (AUD). Dengan teknik Fibonacci yang telah dipelajari lepas, hanya aplikasikan sahaja dengan strategi ini. Bini empat diperlukan iaitu empat batang lilin hari pertama menjadi sumber rujukan. Seret nilai tertinggi dan terendah bagi empat batang lilin itu. Masih ingat lagi rangkap “Hai, nak pergi mana sayang?” di dalam strategi pemusatan (pivot strategy)? Kaedah yang sama, tetapi kali ini kita meragui strategi pemusatan. Ini kerana, ada berita baharu melanda buat Yen di pagi hari waktu Malaysia kebiasaannya pukul 7.30 pagi hingga 8.00 pagi atau mungkin berlaku bencana alam di Jepun. Contohnya, telah berlaku gempa bumi di Jepun pada bulan April 2016 ketika hujung minggu. Disebabkan itu, kita tidak tahu apakah nasib lilin kerana cara pastinya berubah dengan drastik. Jika dilihat dari teknik Fibonacci yang lalu, ternyata yen akan menurun kerana ia berada di bawah pivot. Sebagai langkah berhati-hati, ramai memesan agar tidak digalakkan berniaga pada hari itu. Jika anda berani, ada pilihan iaitu teknik Bar Ahad (Sunday Bar) iaitu membuka dua jalan jual beli iaitu jual dan beli serentak dengan syarat, segera mansuhkan salah satu kemasukan sama ada jual atau beli jika tren sudah diketahui kerana jika anda untung serentak dengan cara ini, inilah yang dinamakan berjudi sehinggakan difatwakan haram oleh JAKIM dan melanggar peraturan broker itu sendiri. Saya masih berdegil masuk berniaga mengikut kaedah asas Fibonacci dan pivot dan saya yakin tren menurun kerana lilin baharu berada di bawah pusat 50.0. Syarat mula dagang ialah nilai seret mestilah melebihi 20 pip iaitu bayang lilin tertinggi ditolak jumlahnya dengan bayang lilin terendah. Jangan risau kerana saya akan terangkan di dalam LBO nanti. Lihat gambar di bawah.
56
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Kemudian saya seret satu lagi Fibonacci ke atas empat bini saya iaitu empat lilin baharu (pada bulan April, pukul 5 pagi hingga 8 pagi waktu Malaysia). Hasilnya, muncullah angka baharu apabila Fibonacci diseret iaitu angka 161.8. Di situlah tempat saya ambil untung sebanyak 45 pip kerana tempat saya masuk jual ialah di angka 100.0. Lihat apa yang berlaku manakala saya menetapkan rugi saya pada 50.0 iaitu 35 pip.
57
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Risiko yang saya ambil agak berbaloi kerana ia masih mengikut tren pusat hari yang lalu! Nyaris menyapu garis henti rugi saya pada jam 9 pagi dan pada jam 2 petang, hasil dituai. Syukur alhamdulillah. Kemudian berlaku kebalikan lilin kerana Yen menjadi kuat pada waktu London petanda mata wang Eropah terjejas. Hari Isnin
Hari Selasa
20 pip 20 pip 30 pip 20 pip
30 pip 20 pip 20 pip 20 pip
Hari Rabu
Hari Khamis 20 pip 20 pip 20 pip 20 pip
Hari Jumaat 20 pip 20 pip 30 pip 20 pip
20 pip 20 pip 20 pip 20 pip Laba sebulan ---> Jadual laba ABO di dalam seminggu
58
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Jumlah Untung/Rugi 30 pip -20 pip 120 pip -20 pip 110 pip
LETUSAN LONDON (LBO)
59
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
LETUSAN LONDON (LONDON BREAK OUT - LBO) Merujuk kepada mata wang sekitar Eropah terutamanya Paun Sterling, Euro dan Swiss Franc. Dagangan mata wang bertiga berpasangan sangat menarik jika bersama kaedah dagangan berita (news trading). Dengan kaedah fundamental ini, keuntungan berlipat ganda. Sama juga, bini empat. Cuma masanya berbeza, waktu di carta jam 0600 hingga 0900 pagi ini diseret atas ke bawah atau sebaliknya. Cari pivot hari sebelumnya dari pukul 0500 pagi sehingga 0500 pagi waktu carta (10 pagi hingga 10 pagi waktu Malaysia) dan bukan dari 0000 malam hingga 0000 malam. Selepas ditentukan tren, masuk jual atau beli dengan hentian jual (sell stop) atau hentian beli (buy stop). Lihat gambar di bawah:
Saya tahu tren menurun kerana lilin pukul 6 pagi muncul di bawah pivot 50.0. Jadi, misi saya ialah menjual tetapi saya harus seret Fibonacci dari jam 6 pagi hingga 9 pagi untuk jualan pada pukul 10 pagi. Saya tidak galakkan anda membuat cara sama seperti niaga jurang kecuali terdapat berita negatif kepada tiga mata wang ini. Itu pun bersyarat iaitu mansuhkan salah satu selepas pasti haluan tren baharu. Malangnya jumlah pip bagi empat lilin ini kurang dari 20 pip (bayang tertinggiterendah) . Saya tidak mahu ambil risiko. Apa yang berlaku jika saya ambil risiko? Bayang lilin akan menyapu hentian rugi saya sebelum untung berlaku. Lihat gambar di bawah! 60
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Saya masuk berdagang pada tepat pukul 10 pagi waktu carta dengan hentian jualan pada angka 100.0 dan mengambil untung 19 pip di angka 261.8 dan bukan 161.8 kerana jumlah pip terlalu kecil di bawah 10 pip. Angka 0.0 ialah henti rugi saya telah disentuh oleh bayang lilin sejam selepas masuk dagang padahal untung berlaku hanya tiga jam kemudian. Itulah sebabnya saya tidak masuk niaga jika empat bini saya kurang 20 pip! Mungkin ada yang berkata, boleh buat had jualan (sell limit) di angka 0.0. Masalahnya, saya tak tahu bayangnya akan jadi begitu dan saya tidak mahu mempertaruhkan nasib dengan dua dagangan iaitu tempahan had jualan (sell limit) dan hentian jual (sell stop) serentak. Ianya sama dengan kes peniaga negara China ke atas broker ACFX. Untung memang lumayan tetapi tidak sah! Hari Isnin
Hari Selasa
30 pip 20 pip 20 pip 20 pip
50 pip 20 pip 30 pip 20 pip
Hari Rabu
Hari Khamis 20 pip 20 pip 20 pip 20 pip
Hari Jumaat 30 pip 30 pip 20 pip 20 pip
20 pip 20 pip 20 pip 20 pip Laba sebulan ---> Jadual laba LBO di dalam seminggu
61
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Jumlah Untung/Rugi 150 pip -20 pip 30 pip -60 pip 100 pip
LETUSAN AMERIKA (USBO)
62
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
LETUSAN AMERIKA (US BREAK OUT - USBO) Merujuk kepada mata wang sekitar Amerika iaitu Dolar Amerika (USD) dan Dolar Kanada (CAD). Kali ini bukan empat bini, tetapi laksamana Do Re Me. Bertiga sahaja! Sudahlah bertiga, syarat mula dagang ialah nilai seret mestilah melebihi 15 pip iaitu bayang lilin tertinggi ditolak jumlahnya dengan bayang lilin terendah dan bukan 20 pip seperti ABO atau LBO. Masanya juga berbeza, waktu di carta jam 1200 hingga 1459 petang ini diseret atas ke bawah atau sebaliknya untuk mencari pivot (5 petang hingga 7.59 petang waktu Malaysia). Selepas ditentukan tren melalui pivot, masuk jual atau beli dengan hentian jual (sell stop) atau hentian beli (buy stop) pada pukul 1500 waktu carta. Lihat gambar di bawah:
Melalui gambar di atas, kita cuma mencari pivot pada masa terkini dan bukan seperi teknik ABO dan LBO. Ini kerana, gangguan dua letusan besar baru berlaku dan mengganggu carta. Saya dapati pada pukul 1500 waktu carta, lilin muncul di bawah pivot. Saya yakin tren menurun maka saya telah memasang jualan di angka 100.0 dan cuba meletakkan untung pada 161.8 tetapi saya dapati untung kurang 20 pip. Saya juga cuba masukkan dagangan kedua dengan mengambil untung di angka 261.8 dan jika benar, maka saya untung 36 pip. Selepas sejam, dagangan pertama 63
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
saya membuahkan hasil dan iga jam, membuahkan hasil kedua. Jumlah untung saya bagi dua dagangan ialah hampir 50 pip. Malah saya dapati, lilin terus turun tetapi jangan tamak. Dua puluh pip sudah sebegitu banyak! Hari Isnin
Hari Selasa
30 pip 20 pip 20 pip 30 pip
50 pip 30 pip 20 pip 50 pip
Hari Rabu
Hari Khamis 20 pip 20 pip 20 pip 20 pip
Hari Jumaat 30 pip 20 pip 30 pip 20 pip
20 pip 20 pip 20 pip 20 pip Laba sebulan ---> Jadual laba USBO di dalam seminggu
64
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Jumlah Untung/Rugi 130 pip 30 pip -20 pip 60 pip 200 pip
STRATEGI POSISI YANG AMPUH
65
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Posisi (Position) atau kedudukan kita dalam pasaran melebih sehari tanpa mempedulikan graf. Kelebihan strategi posisi ialah pasang dan tinggal dan tidak perlu sibukkan diri dengan menghadap carta atau mengambil berat akan beritaberita kewangan semasa. Tidak perlu asas SoNaR, Fibonacci, penunjuk itu ini dan lain-lain. Pasang dan tinggal! Disarankan menggunakan akaun bertukar (swap) yang ditawarkan sesetengah broker sebagai akaun islamik kerana tanpa swap, kita akan dikenakan cas berjaga malam (overnight)
66
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
KAEDAH SENANDUNG SEMALAM
67
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
1. KAEDAH SENANDUNG SEMALAM Mata wang dicadangkan ialah GBPUSD dengan rangka masa D1 dan W1. Kadar kerugian seminggu maksimum dua kali sahaja. Caranya: a. Ambil harga tertinggi semalam dan harga terendah semalam dan tandakan dengan garisan silang. Di situ maklumat kemasukan harga muncul. b. Masuk pasaran secara pesanan tertunda di mana garisan yang tinggi dijadikan sebagai hentian beli dan garis silang rendah di bawah sebagai hentian jualan.
c. Dari garisan kemasukan tempahan kita tadi, ambil untung maksimum 25 pip sahaja. d. Jangan lupa hentian rugi iaitu di rugi bagi jualan di garis tempahan Hentian Belian manakala garis kerugian bagi belian terletak di Hentian Jualan.
68
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
e. Kelemahan kaedah ini ialah kerugiannya tinggi mencecah antara 50 pip sehingga 300 pip sedangkan untungnya hanya 20 pip. Ringkasannya seperti berikut: RANGKA MASA DAN MATAWANG D1, W1 GBPUSD
KAEDAHNYA Kaedah Senandung Semalam 1. Tertinggi semalam = T 2. Terendah semalam = R 3. TP = 25 pip from PO only 4. SL = di T untuk Hentian Belian dan R untuk Hentian Jualan.
69
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
KAEDAH 150
70
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
2. KAEDAH 150 Mata wang dicadangkan ialah GBPJPY dengan rangka masa D1 dan W1 sebagai rujukan. Kadar kerugian seminggu maksimum tiga kali sahaja jika berlaku gangguan banyak berita. Caranya: a. Cari nilai pip (N) melalui hasil tertinggi (T) semalam di tolak dengan harga terendah (R) semalam. Di situ maklumat pip diperoleh. Campur kedua-dua nilai ini iaitu 1.2793-1.2630 = 163 pip dan itulah nilai pip (N) dan nilai ini melebih 150 pip sekali gus kaedah ini disahkan dan boleh diteruskan. b. Darabkan 163 pip tadi dengan 30% dan jumlah kemasukan nanti (E) ialah 48.9 pip atau 50 pip setelah dibundarkan. c. Cara memasuki pasaran ialah dengan dua cara: i. Hentian Belian = Lilin Baharu + E 1.2652+0.0050 = 1.2702 ii. Hentian Jualan = Lilin Baharu - E 1.2652-0.0050 = 1.2602
d. Dengan menjadikan tempat pesanan dua hentian jualan dan belian sebagai hentian rugi juga, maka sempurnalah aturan pemasangan dan tempahan. Lihat hasilnya di bawah langsung tidak mencecah garis hentian rugi yang juga 71
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
merupakan garis hentian jualan. Ramai para pengatur (swinger) enggan meletakkan hentian rugi tetapi bagi saya, jangan cuba-cuba.
e. Kelemahan kaedah ini ialah kerugiannya tinggi mencecah antara 50 pip sehingga 100 pip sedangkan untungnya hanya 30 pip. Rumusnya seperti berikut: RANGKA MASA DAN MATAWANG D1 GBPJPY
KAEDAHNYA Kaedah 150 1. Pip (N) = (T - R) 2. Kemasukan (E) = 0.3 x N 3. Hentian Belian = Lilin Baharu + E 4. Hentian Jualan = Lilin Baharu - E 5. TP = 10 hingga 30 pip dari nilai tempahan 6. elakkan jika nilai pip kurang 150 pip > 150
72
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
KAEDAH SUBUH ISNIN (BAR AHAD)
73
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
3. KAEDAH SUBUH ISNIN SAHAJA ATAU LEBIH KENALI SEBAGAI BAR AHAD Mata wang dicadangkan ialah semua pasangan dengan rangka masa D1 dan W1 sebagai rujukan. Kadar kerugian seminggu maksimum dua kali sahaja jika berlaku gangguan banyak berita. Caranya dalam bab Bar Ahad. Cuma, kita boleh dagang tak kira sama ada berjurang atau tidak. a. Waktu carta 0000H hari Isnin berlaku jurang renggang atau tidak. Jika tidak, pastikan jumlah pip lilin terakhir hari Jumaat melebihi 30 pip. b. Hentian Beli ditambah 12 pip daripada bayang atas manakala Hentian Jual ditolak 12 pip daripada bayang bawah lilin sebelumnya. Ambil untung 30 pip dari pesanan.
c. Hentian Rugi di atas pesanan tangguh. Pesanan hentian jualan adalah tempat hentian rugi dan begitu juga sebaliknya. Tamatkan salah satu pesanan dengan segera jika pasaran memicu salah satu pesanan kita.
74
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Ringkasannya seperti berikut: RANGKA MASA DAN MATAWANG D1 Semua pasangan
KAEDAHNYA Kaedah Subuh Isnin Sahaja (SIS) 1. waktu carta 0000H hari Isnin berlaku jurang renggang 2. Hentian Beli = +10 daripada bayang atas lilin sebelumnya 3. Hentian Jual = +10 daripada bayang bawah lilin sebelumnya 4. Tamatkan salah satu pesanan jika memicu salah satu 5. Hentian Rugi = 10 dari pesanan 6. Ambil untung = 30 pip dari pesanan.
75
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
KAEDAH SEHARI SEMALAM
76
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
4. KAEDAH SEHARI SEMALAM a. Mata wang dicadangkan ialah GBPUSD, EURUSD (pukul 1200H waktu Malaysia), GOLD (hanya terhad keuntungan 50 hingga 100 pip), USDJPY (terhad keuntungan 80 pip) dan USDCHF (masih dalam percubaan) dengan rangka masa D1 dan W1 sebagai rujukan. Kadar kerugian seminggu maksimum sekali sahaja jika tidak berlaku gangguan banyak berita. Caranya: a. Saiz lilin kelmarin jika kurang 90 pip tidak sah untuk cara ini. Jika saiznya 90 pip tetapi lilin terdiri dari bentuk bintang mahu pun Doji atau lilin kelmarin dan dua hari sebelumnya berbentuk Bar Dalaman (Inside Bar)
b. Pesanan tangguh di bayang tinggi dan rendah lilin kelmarin c. Henti rugi pada hari Jumaat malam Sabtu atau hari biasa di keesokan hari jika berlaku apungan. Inilah kelemahannya, bila berlaku apungan, mungkin untung mungkin rugi. d. Ambil untung 30 pip jika berlaku apungan, maksimum untung 300 pip
77
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Ringkasannya seperti berikut: RANGKA MASA DAN MATAWANG D1
GBPUSD EURUSD (1200H my) GOLD (50p-100p) USDJPY (80p) USDCHF
KAEDAHNYA Kaedah Sehari Semalam 1. Lilin jika kurang 90pip tidak sah 2. Pesanan tangguh di bayang lilin kelmarin 3. Elakkan inside bar, bintang, tukul dan lain-lain jenis lilin tren kebalikan 4. tamatkan jika muncul doji, bintang, tukul kecuali Emas 5. Henti rugi hari Jumaat malam Sabtu atau esok hari jika apung. 6. Ambil untung 30 pip jika berlaku apungan, maksimum untung 200 pip
78
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
KAEDAH LAWAN TREN (CARES)
79
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
5. KAEDAH LAWAN TREN (CaReS) Strategi unik ini hanya untuk yang berani ambil risiko tetapi hasilnya berbaloi. Biasanya kaedah ini diguna pakai semasa dagangan berita (News Trading). Semua pasangan mata wang boleh digunakan dan cadangan rangka masa D1 sebagai rujukan dan H1 sebagai pemerhatian ketika hendak ambil untung. a. Tanda awal berlaku patah balik (retrace) apabila muncul pin bar semasa memberuang atau menglembu. Ini adalah isyarat kebalikan lilin (Candlestick Reversal Signal). Pesanan tangguh bermula pada harga buka lilin baharu. b. Ambil rugi di hujung ekor pin bar manakala ambil Untung di garisan 20 pip hingga 80 pip dari pesanan.
c. Kesabaran selama sejam atau lebih adalah perlu, saya sarankan jika di H1, sila tunggu sehingga untung dan ingat, potong dan batal dagangan jika lawan tren berakhir tidak kira untung atau rugi. Jika rangka masa D1, biarkan sahaja dan taruhlah kepercayaan.
80
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Ringkasannya seperti berikut: RANGKA MASA DAN MATAWANG D1 Semua pasangan
KAEDAHNYA Kaedah Lawan Trend (CRS) 1. muncul pin bar semasa memberuang atau menglembu 2. Pesanan tangguh = harga buka lilin baharu 3. Ambil rugi = hujung ekor pin bar. 4. Ambil Untung = 20pip hingga 80 pip dari pesanan. 5. Potong dan batal jika lawan trend berakhir 6. Kena tunggu sehingga untung
81
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
LAIN-LAIN KAEDAH YANG AGAK AMPUH
82
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Semua kaedah yang diterangkan ini hendaklah diuji dengan akaun demo dan berlatihlah sekurang-kurangnya selama sebulan bagi setiap strategi sehingga anda mahir dan taelah membiasakan diri dengan kaedah-kaedah ini serta gelagat pasaran.
KAEDAH 00 KE 12 (5KE17)
Idea ini berasal dari Fibonacci dan Letusan Amerika, setelah mencari punca dan sokongan serta rintangan (SoNaR) berakhir dengan kebuntuan kerana carta melakukan helah tipu daya sehingga hilang kenampakan arah tujunya. Rangka masa M30 dan mata wang dicadangkan ialah GBPJPY, EURJPY dan GBPUSD. Caranya: a. Cari bayang tertinggi dan bayang terendah dari tempoh 0000 sehingga 1200 waktu carta lalu tetapkan pesanan tangguh jualan dan belian serentak.
b. Ambil untung hanya 20 pip dari pesanan manakala rugi ditetapkan 20 pip sahaja dari pesanan garis yang pasaran memicu iaitu garis yang sama di mana pesanan berlaku. 83
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Ringkasannya seperti berikut: RANGKA MASA DAN MATAWANG M30 GBPJPY EURJPY GBPUSD
KAEDAHNYA Kaedah 00 ke 12 (5ke17) 1. Cari T dan R dari tempoh 0000 sehingga 1200 waktu carta 2. T = Beli, R = Jual 3. Ambil untung = 20 pip dari pesanan 4. Rugi ditetapkan = 20 pip dari pesanan
84
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
KAEDAH 00 KE 08 (5KE3)
Idea ini berasal dari Fibonacci dan Letusan London, setelah mencari punca dan sokongan serta rintangan (SoNaR) berakhir dengan kebuntuan kerana carta melakukan helah tipu daya sehingga hilang kenampakan arah tujunya. Rangka masa H1 dan mata wang dicadangkan ialah GBPUSD sahaja. Caranya: a. Mulakan pesanan tangguh jualan dan belian 12 pip dari harga buka lilin baharu pukul 4 petang waktu Malaysia. b. Rugi ditetapkan di setiap hentian berlawanan (hentian belian adalah hentian rugi jualan dan sebaliknya) dan ambil untung 41 hingga 50 pip dari pesanan
Ringkasannya seperti berikut: 85
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
RANGKA MASA DAN MATAWANG H1 GBPUSD
KAEDAHNYA Kaedah 00 ke 08 (5ke3) 1. pesanan tangguh jualan dan belian 12 pip dari buka 2. Rugi = di setiap hentian berlawanan 3. Ambil untung = 41 hingga 50 pip dari pesanan
86
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
KAEDAH SEPARUH SEMALAM
a. Catat nilai tertinggi semalam sebagai T dan terendah semalam sebagai R. b. Cari median atau pivot dengan menolak kedua-dua jumlah ini. Tandakan dengan garis lintang.
c. Cara masuk pasaran ialah pesanan tertangguh sama ada jual atau beli atau kedua-duanya sekali seperti berikut. Jika M berada bawah dari lilin baharu, hari itu ialah hari belian. Demikian sebaliknya. Rumusnya: M > lilin baharu = Jualan M < lilin baharu = Belian
d. Tempahan jual beli ialah bermula 30 hingga 50 pip dari lilin baharu. Ambil untung sekitar 20 hingga 40 pip dari tempahan, manakala henti rugi di M atau 20 pip. Henti rugi di M atau 20 pip.
87
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
e. Kekuatan strategi ini ialah kerana menyamai kaedah strategi Fibonacci. f. Kelemahannya, jika lilin semalam atau semasa letusan Asia berlaku berita tergempar, carta akan terganggu dengan berita, kebiasaannya saya jauhkan diri dari carta. Ringkasannya seperti berikut: RANGKA MASA DAN MATAWANG H1 GBPJPY EURJPY CADJPY
KAEDAHNYA Kaedah Separuh Semalam
1. Tertinggi semalam = T, Terendah semalam = R 2. T – R = median (M) 3. M > lilin baharu = Jual 4. M < lilin baharu = Beli 5. Tempahan jual beli = 30 hingga 50 pip dari lilin baharu 6. Ambil untung = 20-40 pip dari tempahan, Henti rugi di M atau 20 pip Jika semalam terganggu dengan berita, tp hari ini ambil <20 pip atau jauhkan dari carta 88
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
KAEDAH 4 LILIN JEPUN
Idea ini berasal dari Fibonacci dan Letusan Asia. Rujuk kepada tulisan saya dalam bab Letusan Asia (ABO). Ringkasannya seperti berikut: RANGKA MASA DAN MATAWANG
KAEDAHNYA Kaedah 4 Lilin Jepun
1. Garis bayang tertinggi dan terendah 4 lilin hari pertama H1 dan H4 Pada pukul 0900 waktu Malaysia Semua pasangan 2. Semak stochasic, EMA, LWMA, Bolinger dan JPY MACD 3. Hentian Belian = bayang tertinggi 4. Hentian Jualan = bayang terendah 5. Ambil untung = 20 pip dari pesanan (maksimum 130) 6. Ambil rugi = di garisan pesanan tangguh bertentangan
89
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
KAEDAH 4 LILIN BRITISH
Idea ini berasal dari Fibonacci dan Letusan London. Rujuk kepada tulisan saya dalam bab Letusan London (LBO). Ringkasannya seperti berikut: RANGKA MASA DAN MATAWANG H1 dan H4 Semua pasangan GBP
KAEDAHNYA Kaedah 4 Lilin British 1. Garis bayang tertinggi dan terendah 4 lilin hari pertama Pada pukul 1200 waktu Malaysia 2. Semak stochasic, EMA, LWMA, Bolinger dan MACD 3. Hentian Belian = bayang tertinggi 4. Hentian Jualan = bayang terendah 5. Ambil untung = 20 pip dari pesanan (maksimum 130) 6. Ambil rugi = di garisan pesanan tangguh bertentangan
90
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
KAEDAH 3 LILIN AMERIKA
Idea ini berasal dari Fibonacci dan Letusan Amerika. Rujuk kepada tulisan saya dalam bab Letusan Amerika (USBO). Ringkasannya seperti berikut: RANGKA MASA DAN MATAWANG
KAEDAHNYA Kaedah 3 Lilin Amerika
1. Garis bayang tertinggi dan terendah 4 lilin H1 dan H4 hari pertama Semua pasangan pukul 1900waktu Malaysia USD 2. Semak stochasic, EMA, LWMA, Bolinger dan MACD 3. Hentian Belian = bayang tertinggi 4. Hentian Jualan = bayang terendah 5. Ambil untung = 20 pip dari pesanan (maksimum 130) 6. Ambil rugi = di garisan pesanan tangguh bertentangan
91
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
STRATEGI GELOMBANG BIRU
Pedagang licik (scalper) banyak mengaut untung dengan cara ini. Kaedah ini memerlukan dua peranti sama ada: a. telefon pintar dengan telefon pintar b. telefon pintar dengan komputer. c. telefon pintar dengan tablet. d. tablet dengan tablet.
Ini disebabkan, terdapat penunjuk biru dan merah di telefon pintar dan tablet yang terbina di dalam sistem operasi iOS dan Android sebagai panduan kita untuk memasuki pasaran. Cara-caranya ialah: a. Satu akaun demonstrasi (demo) dan satu akaun sebenar. Rangka masa seminit (M1) dan lima minit (M5) sebagai rujukan tambahan kedua-dua peranti, b. Masuk jual atau beli dengan akaun demo pada waktu pilihan sendiri seelokeloknya sejam sekali iaitu pukul 7.00, 8.00, 9.00, 10.00, 11.00, 12.00 dan seterusnya. c. Apabila keluar isyarat biru, ikutlah jual beli tersebut dengan akaun sebenar. Ambil untung sekitar 5 pip sehingga 20 pip kemudian berhenti sejam. d. Sambung semula sejam kemudian. Fokus betul-betul dan capai matlamat untung 40 pip sehari. 92
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
e. Mungkin rujukan tambahan diperlukan dengan memerhatikan tren besar (major trend) mahupun tren kecil (minor trend) serta pemerhatian kepada pengumuman berita. Atau bantuan dari penunjuk seperti Lingkaran Bolinger, Stochastic, MACD, MA, EMA, LWMA, SMA, MLA dan lain-lain lagi. Kelemahan Terdapat ruang masa dan harga (spread) yang menjadi perbezaan ketika proses jual dan beli berlaku di antara tiga pip sehingga sepuluh pip menyebabkan cara ini kurang berkesan untuk rangka masa M1 dan M5. Ketepatan kemasukan pesanan juga harus dititik beratkan kerana jika masuk jual di saat tren menaik, kerugian akan berlaku.
93
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
KAEDAH MALAS
Ada tujuh cara kaedah pemalas yang berdagang mata wang. Biasanya digunakan oleh mereka yang malas memikirkan apa sahaja mengenai e-forex tetapi hanya mahu untung sahaja. Keuntungan kecil sahaja tetapi ada yang menjadikan kaedah ini sebagai sara hidup. Untuk mata wang EURUSD sahaja. Inilah kaedah yang dilakukan kebanyakan peniaga pemalas. Keuntungan secara tetap dapat dilakukan dengan cara ini.
Apa yang anda nampak dalam carta 4 jam ini? a. Bangun pukul 5.00 pagi terus jual dan beli segera serentak. Lapan jam selepas itu henti kerugian salah satu pesanan dan tunggu keuntungan dalam tempoh 8 jam kemudian hingga sehari. Untung ikut selera sama ada 20 pip, 30, 50 atau 100 pip.
94
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Apa yang anda nampak dalam carta 30 minit ini? b. 1 minit sebelum 2.30 petang lakukan pesanan tangguh hentian jual dan beli dari kadar 5 pip dari harga semasa jam 1429H waktu Malaysia. Untung ikut selera sama ada 20 pip , 30, 50 atau 100 pip. c. 1 minit sebelum 8.00 malam, lakukan pesanan tangguh hentian jual dan beli dari kadar 5 pip dari harga semasa jam 1959H waktu Malaysia. Untung ikut selera sama ada 20 pip , 30, 50 atau 100 pip. d. 1 minit sebelum 12.00 malam, lakukan pesanan tangguh hentian jual dan beli dari kadar 5 pip dari harga semasa jam 2359H waktu Malaysia. Untung ikut selera sama ada 20 pip , 30, 50 atau 100 pip. e. selepas 12 tengah hari cuba lakukan pesanan segera jual dan beli dari kadar untung 5 pip sahaja secara dagangan licik (scalping). f. Sebulan sekali Jumaat minggu pertama tepat jam 8.30 malam untuk NFP. Luangkan masa melakukan pesanan tangguh hentian jual dan beli dari kadar 10 pip dari semasa, ambil untung cuma 10 pip tetapi tukar ambil untung segera kepada 5 pip untuk pulang modal (breakeven) jika pasaran tidak menyentuh kadar yang dikehendaki. g. Dua minit sebelum berita kekuatannya tinggi dengan warna merah, lakukan 95
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
pesanan tangguh hentian jual dan beli dari kadar 5 pip dan ambil untung hanya 10pip.
96
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
KAEDAH XLITANG MALAS
Sebahagian besar daripada kita mungkin tidak menjadi jutawan lagi dan mungkin masih mempunyai pekerjaan makan gaji. Di bawah ini strategi mungkin sesuai untuk anda. Rangka Masa D1. 1. Di hari akhir waktu rangka masa hampir menunjukkan 0000H tengah malam , lihat lilin yang bakal di tutup pada hari itu. Jika ia ditutup dengan menglembu dan mempunyai badan lilin melebihi 50 pip, buka kedudukan membeli dengan 50 pip hentian rugi dan ambil untung 100 pip. 2. Jika sebaliknya pula berlaku di mana ia ditutup memberuang, buka kedudukan jual dengan 50 pip hentian rugi dan ambil untung 100 pips. . 3. Datang semula pada hari berikutnya, ulangi langkah 1. 4. Jika badan hari berikutnya lilin kurang daripada 50 pip dan tiada keuntungan kerana apungan, jangan buka apa-apa posisi baru. Kenal pasti apakah tren akan berubah? Adakah muncul doji? Jika pasaran memihak kepada anda mungkin kita boleh mengagak tetapi jika kita tak pasti, gerakkanlah garis hentian rugi anda ke atas atau ke bawah 50 pip dari posisi pasaran baru dibuka. Setelah kedudukan anda adalah pulang modal, lakukan dagangan licik dan biarkan sehingga mendapat keuntungan yang dikehendaki.
97
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
KAEDAH RUGI 1000
1. Beli atau jual mengikut SoNaR dan ambil untung sekitar 100 hingga 200 pip tetapi kerugian besar di mana hentiannya 1000 pip. Jika untung, ulang lagi. Maksimum kedudukan dibuka 10 unit dalam satu masa. Rangka Masa D1. 2. Pengurusan Kewangan amat penting kerana kerugian yang ditetapkan sangat tinggi. Cadangan hanya menggunakan akaun mikro atau akaun sen dan saiz lot sebanyak 0.01 dengan modal $1000 per akaun. 3. Sangat banyak kelemahan dan boleh jadi panggilan margin berlaku tanpa kawalan.
98
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
KAEDAH LICIK 15
Dengan rangka masa M15, ada 4 batang lilin bagi setiap sejam dan tempat mula masuk berdagang ialah pada lilin ketiga iaitu lilin minit ke 45 setiap 4 batang lilin selepas mendapat tanda letusan iaitu lilin 45 minit lebih panjang daripada lilin 30 minit. Masuk membeli atau menjual dengan pelaksanaan segera dan bukan secara jual beli tangguh mahu pun berhad. Gandaan keuntungan boleh dilihat berlaku ketika waktu London dan Amerika.
Ini cara pedagang pantas yang sangat licik mengambil keuntungan. Sasaran untung 3 pip hingga 15 pip.
99
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
SOKONGAN DAN RINTANGAN (SONAR)
100
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
ASAS GARISAN SOKONGAN DAN RINTANGAN (SONAR) Akhirnya inilah yang anda akan guna nanti selepas menguasai banyak cara, asasnya adalah tren! Inilah kaedah yang digunakan oleh George Soros, kaedah tradisional yang mana generasi baharu telah meninggalkannya, adapun yang celik matanya telah mendapat banyak manfaat daripadanya. Saya rasa saya faham bagaimana analisis teknikal berfungsi, tetapi sesiapa yang tidak mengambil perhatian terhadap kaedah sokongan dan rintangan dalam pasaran sebenarnya telah mengambil risiko yang luar biasa. Dan itulah yang masih menghairankan saya mengapa masih ramai meninggalkan kaedah ini! Saya fahami bahawa tahap implikasi penawaran dan permintaan menjadi sokongan dan rintangan. Sokongan adalah tempat harga lantai yang menghalang penurunan pasaran dan rintangan adalah tahap harga siling yang biasanya berhenti daripada kenaikan harga pasaran. Saya juga bersetuju dengan teori-teori di sebalik pembentukan lilin. Sokongan: Berlaku apabila harga bergerak dari atas ke bawah, tetapi gagal untuk menembusi satu baris atau zon dan melantun di mana-mana bahagian secara memberuang dan menglembu. Inilah harga lantai. Rintangan: Berlaku apabila harga bergerak dari bawah ke atas tetapi gagal untuk menembusi satu baris atau zon dan melantun ke bawah dan melantun di manamana bahagian secara memberuang dan menglembu. Inilah harga siling.
Terma-terma di dalam SoNaR antaranya: Sokongan Jadi Rintangan = SaBaR = Support Become Resistance Rintangan Jadi Sokongan = ReBuS = Resistance Become Support 101
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Tertinggi dari yang rendah = HL = Higher Than Low Terendah dari yang tinggi = LH = Lower Than High Tertinggi dari tinggi = HH = Higher Than High Terendah dari rendah = LL = Lower Than Low SKL = Semboyan kebalikan lilin (CaReS) LK = letusan keluar (break out) LK = letusan ke bawah (break down) Letusan Keluar: Harga berjaya menembusi Sokongan dan Rintangan yang merupakan titik dan zon di mana fungsi pertukaran sokongan dan rintangan yang berlaku. Kebalikan Lilin: Sokongan dan Rintangan sudah bertukar fungsi di garis dan zon Sokongan Jadi Rintangan (SBR) dan Rintangan Jadi Sokongan (RBS)
Daripada SoNaR, wujudlah teori paten beruang (Bearish Paterns), paten kebalikan (Reversal Paterns) dan paten lembu (Bullish Paterns). Ianya tepat jika dilihat pada rangka masa jam, hari dan minggu. Untuk rangka masa minit, banyak berlaku kesalahan isyarat (false signal). Di bawah ini adalah asas-asas kepada paten tersebut yang harus diingati oleh semua pedagang mata wang asing.
102
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Lukis Garis Sokongan: Garisan sokongan dilukis berdasarkan beberapa kali kekerapan lilin turun pada harga yang sama dalam tempoh berjam-jam dan berhari-hari yang lepas. Untuk lebih sempurna, cari dua sahaja garisan harga lantai dalam tempoh seminggu (sama ada dalam bentuk jam atau hari). Lukis Garis Rintangan: Garisan rintangan dilukis berdasarkan beberapa kali kekerapan lilin naik pada harga yang sama dalam tempoh berjam-jam dan berhari-hari yang lepas. Untuk lebih sempurna, cari dua sahaja garisan harga lantai dalam tempoh seminggu (sama ada dalam bentuk jam atau hari). Pertindihan garisan: Jika semasa menggariskan, ada yang asalnya rintangan telah menjadi sokongan dan sebaliknya. Itulah garisan SaBaR dan ReBus
103
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Cari garisan Sokongan Jadi Rintangan = SaBaR = Support Become Resistance dan Rintangan Jadi Sokongan = ReBuS = Resistance Become Support
104
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Harga seolah-olah “bermain-main” di garisan harga lantai 1 dan harga ReBuS. Sekarang, bagaimana hendak mengetahui aliran tren seterusnya terjadi? Ke manakah ia akan menuju?
Cuba fokus (zoom) keluar dan ke dalam untuk melihat paten carta. Apakah kasilnya? Kelihatan ia terjun sehingga 140 pip ke bawah. Keadaan ini selama dua hari dan ia melampaui garisan sokongan 2. Ini letusan ke bawah pertama kali minggu ini. Jadi, selepas ini, sudah tentu kita dapat mengagak, ke mana harga akan menuju pada minggu seterusnya!
Masih hendak lihat apa yang berlaku lagi? 105
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Ada juga di antaranya letusan buat-buat (fake breakout) yang hanya menguji garis hentian rugi. Semakin banyak berlatih, semakin kita mahir meletakkan garisangarisan ini. Kita harus banyakkan latihan kerana latihan akan menyempurnakan kaedah kita hingga sampai satu tahap di mana hanya renungan tajam, kita sudah tahu pasaran ke mana. Dan itulah jenis mata pelabur Bursa Saham! Dalam bab selanjutnya, kita akan mempelajari kebalikan (reversal) dan patah baliknya (retrace) lilin carta. Ia kerap menguji daya ketahanan emosi dan juga kerap menguji modal kita untuk panggilan margin (margin call).
106
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
SEMBOYAN KEBALIKAN LILIN (CARES)
107
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
DAGANGAN SEMBOYAN KEBALIKAN LILIN (CaReS) Dari SoNaR lahirlah ilmu CaReS. Ia kerap menguji daya ketahanan emosi dan juga kerap menguji modal kita untuk panggilan margin (margin call). Berita baiknya, kita juga boleh berdagang dengannya dengan keuntungan kadar biasa sekitar 30 pip dan maksimum sehingga 90 pip, bahkan semasa patah balik yang kedua, kita mampu berdagang lagi sekali. Dalam lembu ada beruang, dalam beruang ada lembu. Beli kerana harga murah dan jual kerana harga mahal
merupakan langkah yang sangat berisiko dan berbahaya melainkan dengan kaedah ini!
Perkara penting yang anda perlu ingat dan ikut apabila berdagang ialah; 1. Niaga ikut tren: Tren adalah kawan anda. Belai tren bagai "kekasih" anda. Jangan sekali-kali tidak peduli terhadap tren. Mudah untuk mendapat keuntungan apabila kita "Niaga ikut Tren" berbanding Lawan Tren.
2. Beli pada sokongan: Pembeli memasuki pasaran pada garis sokongan dan menguasai penjual. Ini bermakna, masuk "BELI" hanya di "sokongan". Adalah salah jika anda membeli pada garis rintangan.
108
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
3. Jual pada Rintangan: Para penjual memasuki pasaran pada rintangan dan menguasai pembeli. Ini bermakna, masuk "JUAL" hanya di "rintangan". Adalah salah jika anda membeli dengan rintangan. Tren Menaik: Beli Sahaja Tren Menurun: Jual Sahaja Apakah penyebab utama kepada kebalikan (reversal) ini sehinggan tren sanggup berpatah balik (retrace) beberapa kali? Harus diketahui tanda-tanda asasnya. Doji berlaku apabila pasaran dan peniaga tidak dapat membuat keputusan jual beli. Inilah empat simbol utamanya!
Dapatkah kita mengesan tanda-tanda kebalikan di dalam gambar di bawah?
109
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Bagaimanakah yang dikatakan di dalam lembu ada beruang dan di dalam beruang ada lembu? Lihat gambar ini!
110
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
PATEN LILIN
111
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
PATEN LILIN Pada asasnya, bentuk lilin membentuk dengan cara begini (lihat gambar di bawah). Kemudian mungkin kerana ada sentimen, khabar angin, berita, bencana dan lain-lain berlaku sehingga ia mengubah bentuk lilin. Ada banyak andaian dan pendapat terhadap bagaimana pembentukan lilin berlaku dan secara mudahnya, bayang atas bermaksud berapa ramai pelabur berdagang pada ketika itu. Bayang atas boleh disifatkan sebagai ramainya pembeli dan penjual melakukan pertukaran urus niaga sama ada mengambil untung atau melepaskan kerugian. Adapun, panjang pendek lilin bergantung kepada berapa banyakkah urus niaga yang terjadi ketika itu.
LILIN PENGUBAH TREN Mungkin pernah kita mendengar nama lilin seperti Inside bar (bar dalam), three soldier (tiga askar), three crows (tiga gagak), jurang (gap) dan banyak lagi. Sebenarnya saya pun tidak hafal nama-nama lilin ini. Cuma saya cam bentuknya. Pengecaman ini penting terutamanya yang melibatkan CRS. Saya cadangkan buku dari pengarang Greg Morris berjudul Candlestick Charting Explained untuk huraian lanjut. Beliau mencatatkan, terdapat 32 jenis lilin yang menjadi penunjuk kepada kebalikan mahu pun patah balik. Doji adalah asas kepada pengubah tren walaupun doji merupakan lilin yang menjadi penunjuk bahawa pasaran masih tidak dapat membuat keputusan dan dari doji inilah terbentuk nama lain kerana bentuk uniknya. Antara lilin yang menyebabkan tren berlawan arus, antaranya bintang pagi, bintang petang, tukul,tukul songsang, tembakan bintang, orang tergantung, pin bar, bintang jendela pagi/petang, lilin bertubi (continuous), penyepit dan gasing. 112
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Ini adalah sebahagian contoh di mana apabila muncul paten sebegini, tandanya akan berlaku kebalikan lilin (CSR) dan paten ini memberuang. Ia dimulakan dengan tren menaik. Muncul empat paten ini akan menterbalikkan pergerakan tren sama ada bersifat sementara mahu pun kekal. Warnanya menunjukkan kekuatan beruang. Jika hitam, maknanya lebih besar pip penurunan berlaku.
Manakala ini pula jenis menglembu. Ia dimulakan dengan tren menurun kemudian muncul paten ini. Warnanya menunjukkan kekuatan lembu. Jika putih, maknanya lebih besar pip kenaikan berlaku. Adapun untuk jenis gasing, terpulang dari mana arah ia datang dan kebalikan arah tuju akan berlaku. Gambar di bawah ini pula menunjukkan lilin yang mengubah tren kepada menglembu.
113
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Terdapat banyak lagi, tetapi memadai ini sahaja untuk dikenal pasti sebagai pengubah tren sama ada kekal atau sementara, ia amat penting bagi kita.
114
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
SERAMPANG ANDREW
(ANDREW'S PITCHFORK)
115
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
PENUNJUK SERAMPANG ANDREWS (GARISAN MEDIAN) Dari SoNaR dan tren maka lahirnya CRS dan Fibonacci. Dari tiga ilmu ini, terhasillah AML. Apakah AML? Saya telah menggunakan Andrew Pitchfork’s Median Lines (AML) untuk sekian lama dalam dagangan saya dan mendapati cabang tekpi ini sangat tepat dan telah membantu saya dalam dagangan saya. Dalam pelajaran sonar, kita juga harus tahu sedikit konsep garisan median Andrew.
AML seperti Serampang atau Tekpi Penunjuk Garisan Median Andrew biasanya untuk menyukat: 1. Garis Dalaman (sama kaedah dengan menggunakan Fibonacci) 2. Garis Amaran 3. Garis Tindak Balas 4. Garis Picu 5. Garisan Selari Untuk mula menggunakan penunjuk serampang, mulakan dengan merancang dan menggariskan garisan sokongan dan rintangan (SoNaR) pada carta. Tentukan sama ada tren menaik atau menurun dengan membetulkan garis rintangan, sokongan dan garis tengah dan semak semua tahap sokongan dan rintangan bagi memastikan keseimbangan yang baik serta menjejaki harga dan perubahan keuntungan dan risiko. Untuk versi android, seret garisan serampang. Serampang akan membentuk t dan Y. Garis tengah di tarik ke belakang, garis atas dilaraskan kepada harga tertinggi manakala garisan di bawah dilaraskan kepada harga terendah. Betulkan dan sesuaikan dengan tren dari permulaa sehingga ke hujung. Jangan pening 116
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
dimanakah hendak meletakkannya. Hanya latihan sahaja membuatkan kita menjadi mahir.
Untuk versi komputer, kita perlu klik kanan pada menu garis ulang kaji (Line Studies Bar) dan pilih tempahan (customize). Masukkan Serampang Andrews di dalam menu ada (available) kepada kotak pilihan (selected) dengan menekan butang masuk (insert). Lihat gambar sebagai rujukan. 117
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Untuk membuat garisan, serampang ini mempunyai tiga mata di dalam versi komputer. Mata ini perlu diletakkan mengikut susunan betul supaya tidak berlaku masalah keyika hendak menarik garisan nanti kecuali anda telah pakar. Caranya, pertama sekali ingat bahawa: a. titik pada klik pertama mewakili garis tengah. Klik bahagian tengah mana-mana carta dan lilin. b. titik kedua dan ketiga hendaklah di klik pada kiri dan kanan lilin iaitu ke hadapan sedikit berbanding klik mata pertama. Lihat gambar di bawah:
118
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Jika pening dengan aturan yang saya berikan tadi, kita boleh juga menggunakan saluran sama jarak (equidistant channel). Caranya: a. seret dari nilai terendah terus ke lilin terbaharu. Baiki garisan di bawah biar sama paras dengan tren atau sokongan.
119
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
b. Demikian juga garisan kedua seperti di bawah ini. Baiki dan betulkan garisan.
c. Data di dalam carta akan memaparkan saiz dan jumlah dagangan disyorkan dengan mengambil kira risiko yang ditetapkan dalam parameter. Perhatikan pergerakannya sekata di dalam ruang parameter yang tergaris. Sesekali ia menguji garisan atas dan garisan bawah tetapi kembali ke trennya semula sehinggalah berlaku pertukaran tren yang seterusnya. Semua pesanan perlu mempunyai hentian kerugian atau perlu tahu zon pulang modal. Penunjuk ini juga boleh digunakan untuk menentukan mungkin arah harga masa depan. Alat Serampang Andrews biasanya dilukis mengikut tiga harga utama carta iaitu nilai terendah dan tertinggi dalam tempoh tiga hari hingga seminggu. Penunjuk ini mempunyai tetapan tertentu apabila digerakkan tiga garisannya.
120
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Pada masa yang sama, satu lagi parameter penting ialah jarak dari tahap rintangan dan sokongan serta bagaimana harga bermain di dalam lingkungan garisan ini dan beberapa harga yang cuba melakukan beberapa ujian semula (retest) ke atas dua garisan sama ada garisan atas mahupun garisan bawah serta lilin-lilin yang keluar dari garisan tren (break out dan break down) kemudian masuk semula di dalam tren.
121
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
LINDUNG NILAI (HEDGE)
122
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
STRATEGI MELINDUNGI NILAI DENGAN MEMAGAR (HEDGING) Bulatan pasangan bermakna setiap mata wang "GBP" "USD" dan "CHF" muncul dua kali dalam tiga pasangan. Kita mungkin berfikir kita bijak tetapi tidak. Setengah broker suka dengan kaedah ini tetapi banyak pula melarangnya broker. Tanpa kita sedari, kita membayar jumlah agihan (spread) tiga pasangan ini dan inilah yang menguntungkan broker bahkan belum tentu mendapat untung tetapi kebanyakannya berakhir dengan untung. Saya tidak tahu mengapa begitu sukar bagi sesetengah kita untuk memahami makna sebenar perlindungan nilai dan tiada seorang pun yang tahu sama ada strategi lindung nilai memberikan keuntungan atau tidak. Perlindungan nilai ditakrifkan sebagai kedudukan pelaburan untuk mengimbangi atau mengurangkan potensi kerugian dan keuntungan. Broker Wall Street dan Bursa KL melakukannya sepanjang masa dan ianya menguntungkan. Pada dasarnya kita mengawal dagangan kita dan mengurangkan kerugian kita dengan membeli mata wang lain yang sama nilai. Umumnya terdapat dua cara. Pertama Memagar Tiga Pasangan (Three Pairs Hedging) atau Arbitraj (Arbitrage) dan kedua pula ialah Memagar (Hedging). Pagar (hedging) adalah strategi di mana memperdagangkan pasangan yang sama dengan kaedah jual-beli-beli atau beli-jual-jual. Kebanyakan broker melarang memagar mata wang (hedging) sama seperti melarang dagangan berita (news trading), tetapi sesetengah dari mereka yang melarang itu mengatakan, hendaklah berada di dalam kedudukan pagar melebihi 10 minit. Jangan risau, kerana keuntungan biasanya diperoleh seawal 15 minit pada waktu tempoh bertenang. Jika waktu berita atau pada waktu letusan berlaku, keuntungan boleh dipungut seawal 5 minit, demikian juga kerugian besar boleh berlaku di situ.
123
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
MEMAGAR (HEDGING)
124
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
1. MEMAGAR (HEDGING) Satu cara yang mana kita membeli pasangan yang sama berulang kali sehingga tiada baki margin. Contohnya, kita membeli EURUSD sebanyak 10 posisi masuk. Sebagai contoh, seorang peniaga yang mempunyai kedudukan perdagangan yang besar dengan belian berjumlah 50 lot EURUSD, boleh memutuskan untuk lindung nilai sebahagian daripada kedudukannya dengan jualan 30 lot EURUSD. Sekarang, pergerakan harga yang tidak menentu menyebabkan kerugian hanya di sebelah belian ini akan diimbangi oleh keuntungan daripada jualan. Makan kiri kanan, itulah bahasa mudahnya.
Walau bagaimanapun, peraturan NFA tidak lagi membenarkan kita melakukan itu. Kini kita perlu untuk menutup kerugian 30 lot dan teruskan keuntungan lagi 20 lot. Mudah difahami bahawa broker yang memilik NFA terikat dengan peraturan ini. Ada sesetengah broker (contohnya Dukascopy, FXDD, Swissquote, Oanda dan lain-lain lagi) tidak membenarkan memagar kedudukan masuk pasangan yang sama. Kita akan sedari sewaktu masuk membuat tempahan, terpapar close hedge by #order_number” yang memaksa kita membatalkan pesanan kita yang lalu jika hendak memasukkan pesanan baharu. Mereka menggelarkannya, keadilan! Bagaimanakah caranya? Caranya ialah: a. Membuat pembelian mata wang asing contohnya EURUSD sama ada dengan posisi masuk belian sebanyak 10 kemasukan atau satu kemasukan dengan 10,000 saiz lot. 125
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
b. Berlaku kebalikan (retrace) menyebabkan belian tadi mengalami kerugian bahkan muncul lilin-lilin yang menunjukkan akan berlaku beruang menyebabkan kita mengambil keputusan untuk masuk posisi jualan pasangan yang sama iaitu EURUSD. dengan kemasukan sama banyak dengan jualan atau saiz lot sama banyak dengan belian. Ketika CaReS berlaku, jualan ini mengutip keuntungan hasil kebalikan lilin tadi. c. Segera kedudukan belian ditutup jika petanda bahawa kebalikan ini menjadi penyebab pengubah tren dan mewujudkan tren baharu. Kerugian kita dikurangkan dengan kuntungan tadi. d. Jika berlaku kebalikan sekali lagi, hentikan jualan dan ambil untung kemudian tunggu masa untuk mengutip keuntungan belian. Jika pergerakan graf bertambah berat, ambil posisi pulang modal sahaja (breakeven).
126
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
SEGI TIGA ARBITRAJ
(TRIANGULAR ARBITRAGE)
127
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
2. SEGITIGA ARBITRAJ (TRIANGULAR ARBITRAGE) Selain Arbitraj, ia juga dikenali dengan nama Memagar Tiga Pasangan (Three Pairs Hedging). Kaedahnya ialah dengan membeli-menjual-menjual atau menjualmembeli-membeli. Dua jualan lawan satu belian atau satu jualan lawan dua belian. Contohnya membuat belian GBP/USD kemudian jualan ke atas pasangan USD/JPY dan GBP/JPY. Pasangan lain yang boleh didagangkan cara ini ialah : EUR/CHF CHF/JPY EUR/JPY GBP/CHF CHF/JPY GBP/JPY EUR/GBP GBP/USD EUR/USD
USD/CHF CHF/JPY USD/JPY EUR/USD USD/CHF EUR/CHF EUR/USD USD/JPY EUR/JPY
EUR/GBP GBP/CHF EUR/CHF EUR/GBP GBP/JPY EUR/JPY GBP/USD USD/CHF GBP/CHF
Di dalam gambar ini, saya telah pagar EURUSD, EURJPY dan USDJPY dengan EURJPY dan USDJPY pada waktu biasa dan kaedah jual beli dengan perlaksanaan segera dan bukan bertangguh. Kebiasaannya kaedah ini digunakan oleh pedagang licik (Scalper) kerana tempoh keuntungannya yang perlu diperhatikan dari masa ke semasa. Walau bagaimanapun, ianya masih bergantung kepada sonar dan berita. Peluang untung itu akan ada di dalam tempoh masa sejam dan perlu diketahui bahawa kita turut membayar jumlah agihan (spread) tiga pasangan ini 128
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
apabila masuk berdagang tiga pasangan serentak antara 3 pip hingga 10 pip. Perlu diberi perhatian, sesetengah broker melarang Arbitraj antaranya OctaFX
129
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
PENGURUSAN KEWANGAN FIBONACCI
130
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
PENGURUSAN KEWANGAN FIBONACCI Fibonacci Laba Strategi pemusatan 200 pip ABO 110 pip LBO 100 pip USBO 200 pip Jumlah 610 pip sebulan Jadual laba Fibonacci di dalam sebulan Jika satu pip dengan saiz kontrak 0.1 maka laba bagi 1 pip bersamaan USD0.79, bermakna dengan Fibonacci sahaja, boleh mendapat laba USD481.90 sebulan atau bersamaan RM1927.60 bagi pertukaran USD1.00/RM4.00
Semakin besar nilai kontrak, semakin tinggi laba/rugi. Jika kontrak seperti di atas tetapi masuk berniaga sebanyak lima unit kemasukan, laba/rugi adalah lima kali ganda dari jumlah di atas. Pilihan di tangan kita sama ada: SAIZ KONTRAK YANG BESAR TETAPI JUAL/BELI HANYA SATU ATAU
KEMASUKAN JUAL/BELI YANG BANYAK TETAPI SAIZ KONTRAK KECIL.
Jika satu pip dengan saiz kontrak 0.1 maka laba bagi 1 pip bersamaan USD0.79, bermakna dengan Fibonacci sahaja, boleh mendapat laba USD979.60 sebulan 131
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
atau bersamaan RM3918.40 bagi pertukaran USD1.00/RM4.00. Itu belum termasuk strategi EMA lagi. Strategi pemusatan ABO LBO USBO Bar Ahad Dagang Jurang Posisi Jumlah
200 pip 110 pip 100 pip 200 pip 130 pip 138 pip 500 pip 1378 pip sebulan
132
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
PENGURUSAN KEWANGAN PANGGILAN MARGIN
133
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
PENGURUSAN KEWANGAN PANGGILAN MARGIN (MARGIN CALL) Ingat lagi strategi dagang jurang di mana jurangnya 138 pip? Risiko kewangan kita sangat tinggi jika kita menetapkan hentian rugi pada kadar paling selamat iaitu separuh (69 pip) manakala kadar tidak selama ialah 1/3 iaitu sepertiga (46 pip) daripada nilai jurang.
Gambar ini menunjukkan contoh MC sebanyak 99.6% dari modal akaun saya lesap dan saya telah dikeluarkan dari urus niaga secara automatik. Bagaimanakah hendak menentukan nisbah dan margin agar dagangan tidak sampai panggilan margin (MC)? Jika setiap satu pip itu bersamaan dengan USD0.091 bagi saiz 0.01, laba yang diperoleh ialah USD6.28. Laba juga bererti nilai kerugian. Ini bermakna, kita memerlukan USD100.00 sekurang-kurangnya jika kita mahukan menetapkan kerugian sebanyak 69 pip bagi saiz 0.01. Itu pun jika nisbah pengumpil besar seperti 1:200 atau 1:500. Secara kasarnya, Panggilan Margin dipengaruhi oleh Margin Bebas, Pengumpil, Ekuiti dan Saiz Lot. Jadual di atas tadi dengan kadar pengumpil 1:200 menunjukkan kadar asas untuk saya ditendang keluar dari urus niaga. Secara rumus mudah, dapat diketahui kiraannya seperti berikut:
Saya bundarkan baki setelah MC menjadi 20,000 dan ia dibahagikan dengan modal asal. 134
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
20,000/5,000,000 = 2/500 = 1/250 = 1:250 (padahal pengumpil saya 1:200) Andaikan saya dengan modal $1000 dan pengumpil pula 1:500, berapakah nilai panggilan margin saya? MC/1000 = 1/500 MC/1000 = 2/1000 MC = 2 Ini bermakna, dengan modal $1000.00, akaun saya akan berbaki $2.00 apabila MC. Itulah kiraan mudah walaupun bukan begitu cara mengiranya. Sekurangkurangnya cara kiraan begini lebih tepat berbanding yang ditunjukkan dalam kelas forex. Bahkan salah besar berlaku apabila mereka berkata, MC berlaku apabila ekuiti sama dengan margin. Apakah yang berlaku sebenarnya? Saiz Lot
Hentian Rugi Hentian Rugi Separuh Sepertiga Pip Laba/Rugi Pip Laba/Rugi (USD) (USD) 0.01 69 6.28 46 4.19 0.10 69 62.80 46 41.90 1.00 69 628.00 46 419.00 10.00 69 6280.00 46 4190.00 100.00 69 62,800.00 46 41,900.00 1k 69 628,800.00 46 419,000.00 Inilah pengurusan kewangan. Jangan biarkan anda terkeluar dari dagangan kerana salah faham MC dan SO!
135
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
SALAH FAHAM MC DAN SO
136
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
SALAH FAHAM PANGGILAN MARGIN (MC) DAN TERKELUAR (STOP OUT) Kebiasaannya, broker menawarkan panggilan margin antara 50% hingga 70% manakala terkeluar (SO) pada kadar 10%-30% dari panggilan margin. Kerap kali kita terkeliru antara panggilan margin (MC) dengan terkeluar dari dagangan (SO). Biasanya panggilan margin dapat dikenali di dalam Metatrader versi android dengan kerdipan merah dan seterusnya berwarna merah. Disebab itulah ia digelar ianya digelar panggilan margin. Untuk aturan tetapan FXCM, jejak henti (Trailing Stop) ini memerlukan aturan manual terlebih dahulu kerana kebiasaannya sesetengah broker seperti FXCM dan FXDD menetapkan terkeluarnya dari dagangan (stop out) dengan aturan lalai 10 pip. Untuk mengubah kepada 20 pip atau lebih, pilih custom dah masukkan 200 poin
Klik kanan pada garisan hentian dan muncul tetapan MT4 untuk jejak hentian dagangan FXCM, FXDD dan seangkatan dengannya. Terkeluar (Stop Out) dari dagangan kebiasaannya akan berlaku selepas panggilan margin. Itulah mitos yang perlu diperbetulkan! 137
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Contohnya, broker XXX menawarkan panggilan margin (MC) 30% dan Terkeluar (SO) pada kadar 20%, dapatlah difahami dengan begini: Jika broker mengatakan bahawa panggilan margin berlaku ketika modal kita berbaki 30%, itu bermakna 70% modal kita telah digunakan bagi menampung kerugian) dan apabila mencecah 20% sahaja, server akan mengeluarkan kita dari dagangan sekaligus mengelakkan kita dari mengalami kerugian negatif (berhutang). Ini bererti bahawa, Ekuiti bersamaan dengan Margin diperlukan darab 30% Perbezaan panggilan margin dan terkeluar adalah berbeza-beza di antara broker dengan broker yang lain. Ada yang menawarkan 70% dan 50%, ada juga yang menawarkan 50% dan 30%, ada juga 30% dan 20%. Bagi panggilan margin yang tidak diterima di dalam bentuk kotak teks, berlakunya terkeluar pada tahap sama dengan panggilan margin sama ada seawal 98% (FXCM) dan 80% (FXDD). Di sini saya lampirkan beberapa broker terpilih dan kadar terkeluar secara rambang di dalam MT4.
138
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
LEVERAJ, MARGIN, EKUITI DAN APUNGAN
139
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
ISTILAH HARUS TAHU DI DALAM PENGURUSAN KEWANGAN 1. Margin ialah perbezaan jumlah keuntungan dan kerugian. Ia dibahagi dengan Pengumpil (leverage). Rumus margin boleh difahami seperti berikut: Margin = 1/Pengumpil Katakanlah kita menggunakan nisbah pengumpil hasil 1:500, peratusannya ialah 1/500 = 0.002 bersamaan 0.2%, dan jika pengumpil hasil ialah 1:50, peratusannya ialah 1/50 = 0.02 bersamaan 2%. 2. Pengumpil (Leverage) ialah alat jual beli di mana dengan modal yang sedikit, kita boleh membeli atau menjual dengan nilai yang besar. Bukan bermaksud broker memberi pinjaman wang kerana pinjaman wang oleh broker biasanya di dalam bentuk bonus deposit. Pengumpil di dalam dagangan mata wang asing ibarat mengail ikan besar dengan tali yang halus. Jika tali tangsi itu mampu menahan berat sehingga 100kg ikan, hasilnya agak lumayan walaupun hanya dengan tali yang halus.
Mengumpil batu berat dan besar hanya dengan kayu yang mudah patah Ini bermakna, broker menyediakan satu mekanisma untuk kita berdagang nilai besar, hanya bermodalkan sedikit wang. Contohnya, dengan USD100 kita boleh jual beli seperti modal USD1000 bahkan lebih lagi. Pengumpil yang ditawarkan dengan nisbah 1:1, 1:10, 1:100, 1:200, 1:500 dan lain-lain bergantung pada broker. Rumus pengumpil boleh difahami seperti berikut: Pengumpil = 1/Margin Peratusan Pengumpil = 100/Peratus Margin Katakanlah kita menggunakan margin 0.002, maka nisbahnya 100/0.2 = 500 140
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Jika menggunakan margin 0.02, maka nisbahnya 100/2 = 50 3. Ekuiti pula bermaksud pemilikan saham. Pemilikan saham ini diambil kira dari modal kita. Jika kita sedang berniaga, jumlah modal ditolak dengan kadar untung/rugi semasa. Jika ekuiti kurang dari baki (EB) bermakna anda sedang dalam posisi untung. (Ekuiti > Baki = Untung) (Ekuiti > Baki = Rugi) Katakanlah modal $1000 dan jumlah kerugian semasa ialah $50, ini bermakna ekuiti anda ialah $950. Jika modal $1000 dan jumlah laba semasa ialah $50, ini bermakna ekuiti anda ialah $1050.00 Ekuiti = Modal + Untung - Rugi 4. Margin Bebas (Free Margin) iaitu margin boleh guna pula digunakan untuk menilai dan menentukan sama ada bolehkah membuka jual/beli tambahan. Rumusnya ekuiti ditolak dengan margin (E-M). FM = (Ekuiti - Margin) Katakanlah E bersamaan dengan 500 manakala M ialah 588, ini bermakna 500588 akan menjadi -88, maka FM anda ialah dan tiada lagi keizinan untuk membuka jual beli tambahan kerana berada dalam keadaan negatif. 5. Paras Margin (Margin Level) ialah peratusan margin dari ekuiti. Rumusnya ialah 100(E/M) iaitu dibahagikan ekuiti dengan margin kemudian didarabkan dengan 100. ML = 100 (Ekuiti / Margin) Katakanlah E = 500 manakala M ialah 588, ini bermakna 100(500/588) akan menjadi 100(0.8503), maka ML anda ialah 85.03% 6. Panggilan Margin (Margin Call) ialah amaran awal apabila ekuiti kurang dari margin (Ekuiti < Margin) dan panggilan margin (MC) berlaku dengan nilai boleh guna menjadi $0.00 dan dengan segera jual beli kita akan dihentikan dan berakhirlah dagangan dengan kerugian besar. Rumusnya: Ekuiti = Margin Diperlukan X 30% 7. Margin Dikehendaki ialah keperluan modal simpanan untuk masuk ke dalam pasaran dan membuat pembelian. Dapat difahami rumus mudahnya: 141
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Margin dikehendaki (MDK) = Harga Semasa*Unit Dagangan*Margin 8. Penerangan Pengumpil. Sediakan rumus mudah dahulu iaitu: Margin = 1/Pengumpil Margin dikehendaki (MDK) = Harga Semasa*Unit Dagangan*Margin Baki Ekuiti = Modal-MDK kuasa membeli lagi = Baki Ekuiti*Peratusan Pengumpil nilai mata wang sebenar = kuasa membeli lagi/Harga Semasa Contoh 1: Kita memiliki modal sebanyak USD500 dan pengumpil kita 1:500. Harga semasa GBPUSD ialah $1.44327. Saiz lot ialah 1.00 (bersamaan 100,000 unit). Margin = 1/500 = 0.002 Margin dikehendaki (MDK) = 1.44327*100,000*0.002 = $288.65 Baki Ekuiti = $500 - $288.65 = $211.35 kuasa membeli lagi = 211.35*500 = $105,675.00 Hebat, dengan USD500 memberikan kuasa membeli kita serendah $105,675.00. Jadi, berapakah nilainya dalam Paun Sterling? nilai mata wang sebenar (£) = 105,675/1.44327 = £73219.14 Contoh 2: Untuk jual beli melibatkan pasangan XXXJPY, maka kiraannya berbeza. Kita memiliki modal sebanyak €200 (USD228.00) dan pengumpil kita 1:888. Harga semasa EURJPY ialah ¥122.570. Saiz lot ialah 1.00 (bersamaan 1000 unit). Margin = 1/888 = 0.00112 Margin dikehendaki (MDK) = 122.570*1000*0.00112 = ¥137.28 Baki Ekuiti = $200 -137.28 - ¥62.72 kuasa membeli lagi = ¥62.72*888 = ¥55695.36 Hebat, dengan €200 memberikan kuasa membeli kita serendah $105,675.00. Jadi, berapakah nilainya dalam Euro? nilai mata wang sebenar = ¥55695.36/¥122.570 = €454.39
142
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
9. Mengira Margin Yang Diperlukan Dengan Apungan Pengumpil (Margin Requirements with Floating Leverage) Kebiasaannya, cara pengiraannya adalah seperti berikut: a. Langkah Pertama Kedudukan Belian 5 lot GBPUSD 1.4584. Pengumpil 1:1000 Kadar harga notnya ialah 5 * 100,000 * 1.4584 = 729,200. Not tidak lebih 1,200,000 (pengumpil yang ditawarkan untuk 1:1000), maka marginnya dibahagi dengan pengumpil iaitu 729,200/1000 = 729.20 USD dan itulah margin yang diperlukan. b. Langkah Kedua Kedudukan Belian 20 lots EURUSD 1.3175. Pengumpil 1:1000 Kadar harga notnya ialah 20 * 100,000 * 1.3175 = 2,635,000. Nilai tanggapan ialah 729,200 (langkah 1) + 2,635,000 = 3,364,200. Dalam kes ini, nilai not melebihi 1,200,000 USD tetapi di bawah 7,000,000 (pengumpil yang ditawarkan untuk 1:500). Margin diperlukan untuk kedua-dua dagangan ini ialah: 1,200,000/1000 + 2,164,200/500 = 5,528.4. Demikian langkah seterusnya di mana pengumpil yang seterusnya boleh jadi semakin berkurangan. 1:1000 = Not tidak lebih 1,200,000 1:500 = Not melebihi 1,200,000 USD tetapi di bawah 7,000,000 1: 200 = Lebih 7,000,000 kurang 12,000,000. 1:100 = Lebih 12, 000,000 USD tetapi kurang 17,000,000. 1:25 = Lebih 17,000,000 Nilai Not Major USD 0 - 3.5 juta 3.5 juta - 7 juta 7 juta - 12 juta 12 juta - 17 juta Lebih 17 juta
Nilai Not Minor USD 0 - 2.6 juta 2.6 juta-5.2 juta 5.2 juta - 9 juta 9 juta - 12.7 juta Lebih 12.7 juta
Nilai Not Major EUR 0 - 2.5 juta 2.5 juta - 5 juta 5 juta - 7 juta 7 juta - 10 juta Lebih 10 juta
143
Nilai Not Minor EUR 0 - 1.9 juta 1.9 juta - 3.8 juta 3.8 juta - 5.4 juta 5.4 juta - 7.7 juta Lebih 7.7 juta
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Pengumpil
Apung
1:1000 1:500 1:200 1:100 1:25
0.1% 0.2% 0.5% 1% 4%
Latihan Pengiraan Pengurusan Kewangan 1
Katakanlah kita nak berdagang dengan mata wang EURGBP kerana tertarik dengan untungnya 1 pip bersamaan USD14.48 bagi 1 lot. Jadi, mesti kita kena tahu margin yang diperlukan, panggilan margin (margin call) dan seterusnya terkeluar (stop out). Di sini nota pengumpil adalah 1:500. Berapakah modal yang perlu kita ada untuk 1 lot? Inilah namanya margin yang diperlukan. Jom kira! Rumusnya margin diperlukan ialah: (nilai lot * kadar mata wang semasa)/pengumpil 1*100000*0.78993 = USD78,993 78993/500 = USD157.98 Kemudian kita hendak tahu berapa panggilan margin. Katalah broker menetapkan 70% kadar MC USD157.98 * 0.7 = USD110.586 Bila masakah kita tahu panggilan margin? Ketika metatrader 4 versi andorid berwarna merah. Kerana itulah ia digelar panggilan (call) kerana server cuba memberitahu anda berkenaan ini dan menyuruh anda menambahkan wang. Jika tidak? akan terkeluar. Kemudian kita hendak tahu berapa nilai terkeluarnya kita dari dagangan. Katalah broker menetapkan 89% kadar Stop Out. USD157.98 * 0.89 = USD140.60 Bermakna baki wang dari dari U$D157.98 tadi tinggallah hanya USD17.38 Soalannya, berapakah hentian rugi perlu kita letakkan setelah kita tahu, kita akan terhenti pada kadar USD140.60? SL = SO/Currency SL = USD140.60 / USD14.48 SL = 9.7 pip Jadi, jika kita hendak menetapkan SL sebanyak 20 pip, sepatutnya modal yang kita ada mestilah 3 hingga 5 kali ganda dari margin yang diperlukan iaitu kira-kira USD500.00 hingga USD800.00. Jika kurang, tak sampai 10 pip dah terkeluar. Perkiraan panggilan margin dan terkeluar ini adalah berdasarkan broker masingmasing. 144
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Latihan Pengiraan Pengurusan Kewangan 2
Lihat carta di bawah yang saya siap tandakan di mana saya masuk dagang dan di mana saya ambil untung untuk dagangan jurang. Ramai yang terkeluar kerana pengurusan kewangan tidak ambil peduli.
KES 1: Baiklah, andaikan sahaja kadar mata wang pada hari itu ialah 83.510. Saya tertarik dengan tawaran broker terhadap mata wang CADJPY dengan keuntungan 1 pip bersamaan USD0.75 untuk 0.1 lot, pengumpil saya adalah 1:500 dan saya membuka posisi entri harga belian 83.510 dan mengambil untung pada harga 84.739 iaitu lebih kurang 122 pip. Saya tidak ambil hentian rugi kerana saya yakin, graf akan menutupi jurang itu. Tetapi graf mengalami penurunan sehingga serendah 83.090 iaitu 10 jam selepas posisi entri saya bersamaan 42 pip. Adakah saya akan terkeluar? Jom kita kira. 1 Lot CADJPY = 100,000 0.1*100000*83.510 = 835100 835100/500 = USD1670 (inilah modal yang saya sepatutnya dilaburkan) maka MC 70% = 1670*0.7 = USD1169 dan SO 80.4% = 4175*0.804 = USD1342.68 Maknanya baki yang tinggal selepas SO = USD327.32 Jadi maksimum SL = 327.32/0.75 = 49.8 pip 145
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Saya terselamat walaupun bukaan (spread) ditambahkan lagi 3 pip, masih saya tidak terkeluar. Apa akan jadi jika modal saya kurang dari USD1169? KES 2: Andai kata saya bermodalkan bawah USD100. Pengumpil 1: 888 manakala saiz lot sebanyak 0.01. Ini bermakna, daripada 0.01 lot, keuntungan 1 pip adalah USD0.075 Jom kira! 0.01*100000*83.510 = 83510 83510/888 = USD94.04 (inilah modal yang saya sepatutnya dilaburkan) maka MC 70% = 94.40*0.7 = USD65.82 dan SO 80.4% = 94.40*0.804 = USD75.89 Maknanya baki yang tinggal selepas SO = USD18.14 Jadi maksimum SL = 18.14/0.075 = 241 pip Nampaknya saya boleh menikmati untung USD9.15. Nilai ini cukup besar dengan modal tak sampai USD100. Bahkan saya boleh membuat kedudukan entri lagi sebanyak 4 entri sebenarnya, tetapi saya tidak tahu apakah risikonya. Mengapa saya berkata, kita boleh masuk 3 entri lagi? Kerana jumlah pip menurun serendah 42 pip sedangkan terkeluarnya kita pada kadar 241 pip. Ini bermakna, = kita merisikokan 168 pip (hasil dari 42 pip*4 entri) + bukaan (spread) 12 pip (hasil dari 3 pip * 4 entri) = jumlahnya 180 pip bersamaan dengan USD13.50 (SO USD18.14) = masih belum mencecah 241 pip. = Manakala keuntungan dengan 4 entri ialah USD9.15*4 = USD36.60 atau 38.7% Apakah yang akan terjadi jika kita meletakkan kedudukan entri sebanyak 5 kali? Anda tahu jawapannya. KES 3: Andai kata saya bermodalkan USD400. Pengumpil 1:200 manakala saiz lot sebanyak 0.1. Ini bermakna, daripada 0.1 lot, keuntungan 1 pip adalah USD0.75 Jom kira! 0.1*100000*83.510 = 835100 835100/200 = USD417.55 (inilah modal yang saya sepatutnya dilaburkan) maka MC 70% = 417.55*0.7 = USD292.28 dan SO 88% = 417.55*0.88 = USD367.44 Maknanya baki yang tinggal selepas SO = USD50.10 Jadi maksimum SL = 50.10/0.75 = 66.8 pip 146
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Sedangkan modal saya bukan USD417.55, tetapi USD400.00. Adakah saya akan terkeluar? MC 70% = 400*0.7 = USD280 dan SO 88% = 400*0.88 = USD352 Maknanya baki yang tinggal selepas SO = USD48 Jadi maksimum SL = 48/0.75 = 64 pip Ya, saya terselamat dari risiko terkeluar (stop out). Ini adalah contoh dan sila semak berapakan nilai terkeluar broker anda.
147
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
BERAPA KEUNTUNGAN BROKER PILIHAN ANDA?
Sedikit nota yang telah saya salin berkenaan keuntungan yang ditawarkan oleh broker yang saya pernah berdagang secara sebenar. Semua keuntungan di bawah adalah berdasarkan saiz lot 0.10 manakala keuntungannyai 1 pip (poin ikut persen) sahaja. Sila gunakan mesin kira-kira untuk mengira penambahan jumlah saiz lot dan penambahan bagi pip. ACFX 1:500 EURGBP 1.42 EURUSD 1.00 USDJPY 0.88 EURJPY 0.91 EURCHF 0.99 GBPJPY 0.88
INSTAFOREX 1:200 EURGBP 0.08 EURUSD 0.10 USDJPY 0.08 EURJPY 0.10 USDCAD 0.08 GBPJPY 0.09
FXTM 1:200 EURGBP 0.92 EURUSD 1.00 GBPUSD 1.00 USDJPY 0.93 EURJPY 0.93 GBPJPY 0.93
XM 1:500 EURGBP 1.42 EURUSD 1.00 USDJPY 1.06 EURJPY 1.06
AMANA CAPITAL 1:500 EURGBP 1.44 EURUSD 1.00 EURJPY 0.90 USDJPY 0.93
OCTAFX 1:500 EURGBP 1.44 USDJPY 1.00 EURUSD 1.00 EURJPY 0.93
Dari sini, kita mengetahui bahawa Atlas Capital Forex, Amana Capital, XM.com, OctaFX dan FXCM menawarkan mata wang EURGBP dengan keuntungan sangat lumayan berbanding broker lain. Warna biru adalah broker yang menjadi tempat saya berdagang senantiasa. Manakala instaforex untuk mereka yang memiliki modal besar melebihi 10k untuk menjadikan kiraannya sama seperti broker lain. Jika kurang, akaun anda dikategorikan sebagai akaun mikro (1000 unit). Kadar ini mengikut akaun standard dan kemungkinan nilainya bertambah atau berkurangan jika akaun tersebut dari jenis mikro, cent, ecn dan lain-lain lagi Seterusnya, di bawah ini pula saya mencuba DUA akaun demo broker yang mana broker ini memiliki NFA serta memerlukan deposit tunai yang tinggi sekitar 148
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
USD1000 sehingga USD5000 kecuali akaun FXDD dan FXCM yang saya cuba secara nyata, namun begitu broker ini menyarankan agar deposit minimum serendah USD500. FXDD 1:200 EURGBP 1.45 USDJPY 0.93 EURUSD 1.00 GBPUSD 1.00 USDCHF 1.03 GBPJPY 0.61 EURJPY 0.75 EURCHF 1.26
OANDA 1:200 EURGBP 1.44 USDJPY 0.93 GBPUSD 1.00 USDCHF 1.03
FXCM 1:200 EURGBP 1.44 UUSDJPY 0.93 EURUSD 1.00 GBPUSD 1.00 USDCHF 1.04
SWISSQUOTE 1;200 EURGBP 1.45 EURUSD 1.00 EURJPY 0.93 GBPJPY 0.78
Ini adalah rumus asal yang patut kita pelajari sehinggalah broker sendiri mengubah harga mereka. Tadi saya ada terangkan akaun mikro adalah 1000 unit. Katakanlah kita menggunakan akaun satndard, saiz lot 100,000 unit. Kesan pip akan berlaku seperti ini: Jika USD/JPY kadar pertukarannya 119.80, maka (0.01/119.80)*100,000 = $8.34/pip Jika USD/CHF kadar pertukarannya 1.4555, maka (0.0001/1.4555)*100,000 = $6.87/pip Untuk kes USD pula, keadaannya berbeza. Jika EUR/USD kadar pertukarannya 1.1930, maka (0.0001/1.1930)*100,000 = $8.38. Hasil dari itu, 8.38*1.1930 = $9.99734 dibundarkan menjadi $10/pip Jika GBP/USD kadar pertukarannya 1.8040, maka (0.0001/1.8040)*100,000 = 5.5 Hasil dari itu, 5.50*1.8040 = 9.99416 dibundarkan menjadi $10/pip.
149
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
PERCAYAKAH? SEBELUM MENGUASAI:
Banyak penunjuk, sangat mengelirukan SELEPAS MENGUASAI
Hanya SoNaR, AML dan Fibo jadi rujukan
150
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Daftar Istilah PO = pesanan tangguh/tangguh tempahan (pending order) SS = jualan sehenti/hentian jualan (sell stop) BS = belian sehenti/ hentian belian (buy stop) SL = had jualan (sell limit) BL = had belian (buy limit) SL = henti rugi (Stop Loss) TP = ambil laba (take Profit) CS = lilin (candle stick) TF = rangka masa (time frame) T = Tinggi (high) R = rendah (low) M = median N = nilai (value) K = kemasukan (Entry) SDT = sokongan dan rintangan (SoNaR) CaReS = Semboyan kebalikan lilin (Candlestick Reversal Signal) LK = letusan keluar (break out) LK = letusan ke bawah (break down) PM = pulang modal (break even) Pelaksanaan segera (Instant execution) Apungan (floating) Daras/Tayor : dagangan atas risiko anda sendiri (trade at your own risk) letusan buat-buat (fake breakout) Menglembu = tren menaik (bullish : uptrend) Memberuang = tren menurun (bearish : downtrend) MC = panggilan margin (margin call) WD = pengeluaran wang (withdraw, withdrawal) MM = pengurusan kewangan (money management) RM = pengurusan risiko (risk management) Fundi = berita fundamental (news) Teknikal = garisan di carta dan menggunakan penunjuk Peniaga licik (Scalper) Dagangan Pantas (Scalping) = menutup posisi kurang dari sejam Intra-hari (Intra Day) = menutup posisi selepas sehari semalaman Pengatur (Swinger) 151
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Bergayut (Swing) = menutup posisi selepas sehari semalaman hingga seminggu dan sebulan. Dagangan Berita (News Trading) Mt4 = metatrader 4 terminal niaga
152
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)
Fatwa Malaysia mengharamkan e-forex kerana tiada konsep niaga yang jelas dalam untung rugi hingga menyamai judi
ADAKAH SUDAH JELAS sekarang?
SUKA BUKU SAYA? Jika suka, berilah hadiah kepada saya kerana saya menulis, menterjemah dan menaip kesemuanya selama sebulan. Sekurang-kurangnya penat jerih saya dihargai dan saya tidak bercadang menjualnya. Semoga hadiah anda bermanfaat buat kami sekeluarga. No akaun Maybank: 154026565302 (Mohd Nur Syaitul)
Dibenarkan untuk dicetak semula, dijual untuk
keuntungan dan kepentingan peribadi dan diedarkan kepada sesiapa sahaja dengan syarat, tidak mengaku
bahawa ilmu ini bukan milik anda dan tidak mengubah suai bahagian ini yang menjadi sebagai kredit kepada pengarang.
153
Strategi carta bogel (Edisi Semakan Kedua Mei 2016)