Khamis
6 Ogos 2009
( Penjodoh Bilangan )
Latihan 1: Gariskan penjodoh bilangan yang sesuai berdasarkan ayat di bawah: 1. Kakak Tina membelikan empat (biji,buah,batang) pensel untuk adiknya. 2. Mohd. Fikri memberikan susu kepada tiga (orang,ekor,buah) anak kucingnya yang baru lahir itu. 3. Ayah membeli se (puntung,bilah,laras) pisau di kedai Pak Katon. 4. Ibu menanam enam (rumpun,buah,biji) pokok serai di belakang rumah. 5. Karangan itu panjangnya hendaklah tidak melebihi seratus (rangkap,patah,butir) perkataan. 6.
Setiap bulan kami akan gunakan 4
(buku,batang,kampit) sabun untuk mandi. 7. Abang belikan tunangnya se(gulung,utas,ulas) rantai emas. 8. Setiap pelajar dikehendaki membeli sepuluh (helai,keping,buah) buku rampaian. 9. Empat (buah,gelung,gulung) filem digunakan untuk mengambil gambar perkahwinan kakak. 10. Zamri mempunyai dua (helai,buah,utas) baju sukan. 11. Lidahnya kelu sehingga tiada se (buah,bentuk,patah) perkataan pun yang dapat dituturkan. 12. Cikgu Jasni meminta kami menulis nama di atas se (pucuk,keping,ulas) kertas. 13. Pihak polis telah melepaskan beberapa (das,dentuman,biji) tembakan ke arah penjenayah itu. 14. Ayah membeli dua (pasang,buah,batang)
kasut sempena hari raya. 15. Di puncak Bukit Melawati terdapat beberapa (buah,pucuk,biji) meriam lama. 16. Pemandu itu memberhentikan keretanya serta-merta kerana terdapat se (batang,ketul,buah) batu besar di tengah jalan. 17. Pak Kasim membawa pulang sepuluh (ulas,tandan,biji) buah mangga. 18. Tiga (bentuk,utas,pasang) cincin ibu telah hilang malam tadi. 19. Lembu Pak Tam diikat dengan menggunakan dua (utas,gulung,bidang) tali. 20. Beribu-ribu (manusia,orang,buah) penduduk Somalia mati akibat kebuluran. Latihan 2: Isikan tempat kosong di bawah dengan penjodoh bilangan yang sesuai.
1. Lima _______ pokok telah tumbang akibat dipukul ribut. 2. Pihak polis telah berjaya merampas se _______ pistol daripada penjenayah itu. 3. Pihak polis terpaksa melepaskan beberapa _______ tembakan ke udara untuk menyuraikan orang ramai yang sedang melakukan demonstrasi jalanan. 4. Ibu membeli se _______ payung dari kedai Muniandy. 5. Abang telah membeli se _______ tanah untuk persediaan masa tua nanti. 6. Ahli gusti itu selalu memakan lima _______ telur ayam setiap pagi. 7. Pak Ngah mempunyai lapan _______ anak yang belum bersekolah.
8. Saya makan empat _______ nangka sebagai pencuci mulut selepas makan nasi. 9. Datuk ada menyimpan tiga _______ keris yang dipusakainya turun-temurun. 10.Setiap pagi saya makan dua _______ roti bakar sebelum ke sekolah. 11.Perenggan ketiga itu mengandungi lima _______ ayat. 12.Abang memanjat lalu memetik lima _______ buah rambutan untuk kami. 13.Acapan menjual lapan _______ pisang kepada pemborong itu. 14.Nelayan itu mempunyai tiga _______ jala. 15.Kemalangan yang berlaku di simpang itu melibatkan empat _______ kenderaan. Latihan 3: Pilih penjodoh bilangan yang paling sesuai bagi melengkapkan ayat-ayat di bawah:
1. Ayah membeli empat _______ nasi lemak untuk kami bersarapan. A. ketul C. buah
B. batang D. bungkus
2. Adik memasukkan empat ________ ais ke dalam gelas air limaunya. A. buku C. ketul
B.ulas D. kerat
3. Cikgu Nazira menyuruh kami mengarang dua _______ pantun setiap seorang. A. rangkap C. patah
B. perenggan D. baris
4. Hashimi menghadiahkan se _______ bunga mawar kepada Cikgu Murni sempena Hari Guru. A. pucuk C. kuntum
B. rumpun D. bungkus
5. Kami telah dinasihatkan supaya membawa empat _______ pensel ketika menghadapi peperiksaan. A. bilah
B. pucuk
C. butir
D. batang
6. Wanita itu telah kehilangan dua _______ cincin dan se _______ rantai emas. A. utas ... gulung C. biji ... utas
B. bentuk ... buah D. bentuk ... utas
7. Pemenang yang bertuah itu mendapat hadiah se _______ basikal dan dua _______ kasut sukan. A. pasang ... biji C. biji ... buah
B. buah ... pasang D. buah ... bentuk
8. Di belakang rumah atuk saya terdapat se _______ anak sungai dan dua _______ lombong yang dijadikan kolam untuk menternak ikan. A. batang ... buah C. batang ... butir
B. buah ... batang D. biji ... patah
9. Dalam se _______ ayat yang kakak tulis terdapat kira-kira lapan _______ perkataan. A. rangkap ... buah C. patah ... biji
B. baris ... baris D. baris ... patah
10. Abang membeli lima _______ ikan emas dan tiga _______ daun plastik untuk diisi ke dalam akuarium. A. buah ... helai C. biji ... kuntum
B. ekor ... tangkai D. ekor ... tandan
11. Untuk menyedapkan masakan, campurkan se _______ garam dan masukkan tiga _______ daun pandan. A. cawan ... helai C. kilo ... keping
B. cubit ... rumpun D. cubit ... helai
12. Syarikat itu membeli se _______ tanah untuk membina sembilan _______ rumah bagi penempatan para pekerjanya. A. bidang ... buah C. bidang ... bentuk
B. ketul ... biji D. buah ... buah
13. Kanak-kanak itu telah terjumpa tiga _______ peluru meriam lama yang tersorok di dalam se _______ pokok buluh di tepi sungai. A. butir ... rumpun C. biji ... pohon
B. buah ... batang D. butir ... buah
14. Petang semalam kakak telah makan dua
_______ kek dan minum tiga _______ air sirap di majlis hari jadi kawannya. A. biji ... gelas C. potong ... gelas
B. potong ... buah D. keping ... biji
15. Ibu membawa pulang beberapa _______ buah cempedak dan dua _______ pisang emas yang dikirimkan oleh nenek dari kampung. A. butir ... sisir C. buah ... biji
B. biji ... tandan D. biji ... keping
Latihan 1 ( Pengimbuhan ) : Lengkapkan ayatayat di bawah dengan memberikan imbuhan awalan yang betul pada perkataan di dalam kurungan.
1. Ahmad Albab dapat _______ (lihat) dengan jelas apabila dia memakai sermin matanya. 2. Natasya _______ (lari) lintang-pukang apabila dikejar anjing gila. 3. Gunung Kinabalu merupakan gunung yang _______ (tinggi) di Malaysia.
4. Suara _______ (nyanyi) itu seakan-akan suara Siti Nurhaliza. 5. Mohd. Faris mendapat tempat _______ (dua) dalam pertandingan syarahan di sekolahnya. 6. Pakaian yang kotor itu sudah _______ (basuh) oleh ibu pagi tadi. 7. Kami sekeluarga telah _______ (cat) rumah pada minggu lepas. 8. Malaysia telah _______ (eksport) kereta Proton Waja ke Indonesia. 9. Zuraidah bercita-cita ingin menjadi _______ (karang) novel yang terkenal di Malaysia. 10. Kelajuan kita berlari tidaklah _______ (pantas) kuda. Latihan 2 ( Pengimbuhan ) : Lengkapkan ayatayat di bawah dengan memberikan imbuhan
akhiran yang betul .
1. "Tolong _______ (bungkus) saya dua kilo tepung pulut," kata ibu kepada pekedai itu. 2. Shalin Zulkifli telah dipilih sebagai _______ (olahraga) negara . 3. Untuk menjadi manusia yang baik kita perlu lah sentiasa _______ (budi) bahasa. 4. Ibu bergegas di _______ (ampai) untuk mengangkat baju kerana hujan turun tiba-tiba. 5. Harta yang di _______ (waris) daripada datuknya bernilai lima juta ringgit. 6. Keris Mas merupakan _______ (sastera) pertama yang menerima Anugerah Sastera Negara pada tahun 1981 7. Allahyarham Tan Sri P. Ramlee merupakan _______ (seni) negara yang tidak ada tolok bandingnya sehingga sekarang.
8. Di dalam pusat sumber itu terdapat kenyataan yang berbunyi sila '_______ (letak) semula buku-buku di tempat asal'. 9. _______ (letup) gas yang berlaku di rumah Maniam menyebabkan seluruh kampung terkejut. 10. Sekolah Kebangsaan Putrajaya 1 telah menubuhkan Kelab _______ (usaha) Muda untuk mendedahkan murid-murid di dalam bidang perniagaan. Latihan 3 ( Pengimbuhan ) : Lengkapkan ayatayat di bawah dengan imbuhan apitan yang betul bagi perkataan di dalam kurungan.
1. Ayah _______ (beli) adik sebuah kereta mainan. 2. Wang syilling dan kertas _______ (tabur) di lantai apabila tabung simpanannya pecah. 3. Ular Senduk ialah sejenis reptilia yang
paling _______ (takut) oleh manusia. 4. Sekiranya semua warga Malaysia bersamasama menjaga _______ (bersih) sudah tentu rakyatnya menjadi sihat. 5. Minggu lepas kami sekeluarga melancong ke Bukit Frazier untuk _______ (nikmat) udara yang nyaman. 6. Empat orang pelajar telah _______ (masuk) ke hospital kerana termakan makanan beracun. 7. Kumpulan koir sekolah telah _______ (sembah) dua buah lagu sempena Hari Guru . 8. Tabiat suka makan ulam _______ (percaya) dapat mencegah penyakit kencing manis. 9. _______ (jalan) dari Ipoh ke Kuala Lumpur mengambil masa dua jam sahaja jika kita menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan. 10. Kami berkelah dengan _______ (bekal) beberapa bungkus nasi lemak dan dua botol minuman setiap orang.
Latihan1: Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan menggandakan perkataan-perkataan dalam kurungan. 1. Kereta yang dipamerkan itu _______(cantik) belaka. 2. _______(Rumah) yang terletak di pinggir sungai itu sering dilanda banjir. 3. Raksa ialah sejenis bahan _______(cair) yang terdapat di dalam jangka suhu. 4. Hutan di Sabah kaya dengan _______(kayu) yang bermutu tinggi. 5. _______(Lembu) yang sedang meragut rumput di kawasan padang itu milik Pak Tam. 6. Kita janganlah suka memperbesarbesarkan perkara yang _______(remeh). 7. Empat orang pelajar _______(Laki) telah ditangkap oleh guru disiplin ketika sedang menghisap rokok.
8. Kelihatan _______(tin) kosong bekas minuman yang dibuang oleh penonton bertaburan di tengah padang. 9. Lipas menggunakan _______(sungut) sebagai deria bau dan rasa. 10. Rumah Pak Kasim menjadi _______(gelap) akibat bekalan elektrik terputus. Latihan 2: Isikan tempat kosong dalam ayatayat di bawah dengan kata ganda yang paling sesuai.
1. Kereta baru Encik Fahmi _______ kerana digosok oleh anaknya dengan berus dawai. 2. Selepas penat bersiar-siar, mereka pun singgah untuk _______ di restoran yang terkenal itu. 3.
Anda semua janganlah cepat percaya
kepada cerita yang _______. 4. Mat Rani pergi ke kedai basikal untuk memperbaiki _______ basikalnya yang bengkok. 5. Sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini disambut dengan upacara yang sungguh _______. 6. Kanak-kanak itu lari _______ apabila dikejar oleh anjing. 7. _______ di Sekolah Kebangsaan Putrajaya 1 memakai baju biru dan bertali leher merah jambu. 8. Budak itu memang tidak tahu malu, bak kata pepatah ' hidung tak mancung, pipi _______. 9. Beberapa batang pokok telah _______ akibat dilanda ribut kencang petang semalam. 10. Pekerja binaan itu sedang memasang _______ rumah itu manakala rakannya sedang menggergaji kayu.
Latihan 3 : Pilih kata ganda yang paling sesuai bagi melengkapkan ayat-ayat di bawah.
1. Hamidah berasa _______ apabila seekor pacat memanjat di kakinya. A. lintang-pukang C. huru-hara
B. geli-geliman D. riuh-rendah
2. Penduduk Kampung Seri Wangi telah terdengar _______ yang mengatakan bahawa kampung mereka akan dimajukan oleh pihak kerajaan sebagai tempat pelancongan. A. C.
gedak-geduk dolak-dalik
B. D.
hiruk-pikuk desas-desus
3. "Mengaku sahajalah akan kesalahan kamu itu, janganlah hendak _______ lagi," kata Cikgu Zawawie kepada budak nakal itu. A. C.
berdolak-dalih berbelit-belit
B. D.
bersimpang-siur bersusah-payah
4. Kanta _______ telah semakin popular di kalangan remaja dewasa ini. A. C.
cecair sesentuh
B. D.
kekaca bebola
5. Pemabuk itu telah ditangkap oleh polis ketika berjalan _______ di kaki lima kedai itu. A. C.
simpang-siur
B. terhuyung-hayang D. melenggangtunggang-langgang lenggok
6. Masih ada kaum Asli yang hidup _______ di dalam hutan negara kita. A. C.
bersuka-ria mundar-mandir
B. D.
porak-peranda berpindah-randah
7. "Saya tidak ada _______ dengan masalah yang menimpa awak itu," kata Tajudin kepada Ahmad. A. C.
kait-mengait berpaut-paut
B. D.
kena-mengena libat-melibat
8. Para petani itu semakin _______ kerana hujan masih lagi belum turun sedangkan tanaman padi memerlukan banyak air. A. C.
keluh-kesah kering-kontang
B. D.
kusut-masai haru-biru
9. Anggota-anggota bomba itu sedang _______ untuk memadamkan api yang sedang marak itu. A. C.
bersusah-payah kelam-kabut
B. D.
bertungkus-lumus bolak-balik
10. Mereka terpaksa berjalan kaki _______ sebelum sampai ke kawasan Gua Niah yang terkenal itu. A. C.
semalam-malaman B. terhincut-hincut D.
bertahun-tahun berduyun-duyun
11. Suasana semasa kebakaran itu sungguh memilukan kerana kita boleh mendengar _______ mangsa yang terperangkap di dalam
bangunan yang terbakar itu. A. C.
riuh-rendah remuk-redam
B. D.
jerit-pekik hingar-bingar
12. Dia mempelajari kerja _______ kain songket itu daripada datuknya di Terengganu. A. C.
sulam-menyulam tenun-menenun
B. D.
jahit-menjahit silang-menyilang
13. Harga sebungkus _______ ikan itu ialah dua ringgit. A. C.
jejari bebola
B. D.
tetulang tetikus
14. Suasana di sekitar taman perumahan itu sungguh tidak menyenangkan kerana terlalu banyak _______ di situ. A. C.
15.
lalu-lalang susup-sasap
B. D.
simpang-siur sampah-sarap
Aminah berasa terharu kerana ramai
_______ yang datang menziarahinya ketika dia terlantar di hospital. A. kawan-rakan B. sahabat-handai C. saudara-mara D. orang-orang
16. Pencari rotan itu lari _______ apabila terdengar suara harimau mengaum tidak jauh dari tempat dia mencari rotan. A. hiruk-pikuk B. terpekik-terlolong C. kelam-kabut D. pontang-panting
17. Kapal yang dinaikinya itu _______ apabila dipukul ribut besar. A. terumbangambing C. terbuai-buai
B.
terhoyong-hayang
D.
tergoyang-goyang
18. Shuhada masih _______ akan peristiwa manis yang dialaminya ketika berada di Pulau Tioman dahulu. A. terlupa-lupa C. terkenangkenang
B.
ingat-mengingati
D.
rindu-merindui
19. Orang ramai _______ ke Stadium Putrajaya untuk menyaksikan konsert Siti Nurhaliza sempena Hari Wilayah. A.
berpusu-pusu
C.
bersorak-sorak
B. berebut-rebut D. berlengganglenggok
20. Jalan yang _______ itu boleh mengakibatkan kemalangan kepada penunggang basikal. A. tungganglanggang C. licin-lecur
B.
lekak-lekuk
D.
simpang-perenang
Pilih sepuluh daripada perkataan yang disediakan dalam kotak dan isikan tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan kata banyak makna yang sesuai.
1. a) Semua mata pelajaran diajar dalam _______ Melayu. b) Orang berbudi kita ber _______, barulah hidup aman sentosa. 2. a) Persembahan tarian dari murid-murid SK. Putrajaya 1 telah _______ perhatian ramai penonton. b) Ahmadi _______ tangan saya sambil mengajak saya pulang. 3. a) Hasil daripada kemenangan itu, pasukan Selangor telah berjaya menambah tiga lagi _______ . b) Adik menangis kerana _______ nya dimasuki habuk. 4. a) Musani berjumpa dengan gurunya untuk mendapatkan maklumat _______ tentang pertandingan syarahan itu. b) Walaupun usianya telah agak _______ tetapi dia kelihatan segak. 5. a) Azmi telah menjadi _______ bomba sejak sepuluh tahun yang lalu. b) _______ badannya sengal-sengal, sejak
dia terjatuh dari pokok. 6. a) Zamzuriah berkulit _______ manakala kakaknya berkulit gelap. b) Jika kita rajin berusaha sudah tentu _______ masa depan kita. 7. a) Hatinya menjadi _______ selepas mendengar permohonan maaf adiknya. b) Kakak suka memakai baju kurung ini kerana kainnya begitu _______ . 8. a) Orang yang suka bercakap _______ dibenci orang. b) Rumah yang _______ itu kepunyaan Encik Asmat. 9. a) Adik saya sangat berminat dengan kerja-kerja _______ ukir. b) Dunia _______ hiburan tidak seindah yang disangkakan. 10. a) Pisau yang baru ayah beli itu sungguh _______ . b) Untuk menjadi seorang ketua yang baik, seseorang itu mestilah _______ fikirannya.
Latihan 1 ( Tanda Baca ) : Tulis kembali ayatayat di bawah dengan memberikan tanda baca dengan betul.
1. kakak menyuruh saya membeli gula ikan bilis dan kelapa parut
_____________________________________ _______________________ 2. mengapakah kamu tidak hadir ke sekolah semalam tanya ibu
_____________________________________ ______________________ 3. amboi meriah sungguh majlis hariraya di kampung kamu ya
_____________________________________ ______________________ 4. sultan mahmud bertitah beta akan berangkat ke linggi esok
_____________________________________ ______________________ 5. di dalam feri itu ada berbagai-bagai jenis kenderaan seperti basikal motosikal kereta van lori dan bas
_____________________________________ ______________________ 6. ayah baru pulang dari pejabat dia penat lalu berehat di ruang tamu
_____________________________________ ______________________ 7. kata asma kepada dinnie syabas kamu mendapat tempat pertama
_____________________________________ ______________________ 8. malaysia mencapai kemerdekaaan pada 31 ogos 1957
_____________________________________ ______________________
9. siapakah orang yang mencipta telefon tanya abang kepada saya
_____________________________________ ______________________ 10. malaysia merupakan pengeksport getah bijih timah kelapa sawit dan kayu balak pada tahun 70 an
_____________________________________ ______________________
Latihan 1 ( Simpulan Bahasa ) : Pilih simpulan bahasa yang paling sesuai bagi mengisi tempattempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
Kasim dan Wahab tinggal di Kampung Pandan. Kasim disukai penduduk kampung kerana dia _______ , sering bertegur sapa dengan orang apabila bersua. Walaupun Kasim hanya menjadi _______ kepada keluarga Pak Samad, tetapi dia tetap disayangi oleh semua ahli keluarga angkatnya.
Wahab pula digelar _______ kerana dia tidak suka bercampur gaul dengan orang lain. Wahab bangga kerana dia menjadi _______ kepada Encik Jamil. Wahab menjadi _______ dan sering berbuat sesuka hati kerana ayahnya merupakan orang kaya di kampung itu. Akhirnya Wahab menjadi
_______ pantang melihat barang berharga akan dicurinya.
Apabila ayahnya mengetahui perangai Wahab, dia pun _______ lalu memukul Wahab dengan teruknya. Kejadian itu telah menjadi _______ orang kampung dan semenjak hari itu Wahab mula berubah perangai. Wahab telah insaf dan berkawan baik dengan Kasim. Mereka berdua _______ , sering menolong orang kampung dan kini menjadi _______ orang kampung. Latihan 2 ( Simpulan Bahasa ): Pilih simpulan bahasa yang sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
1. Miskam itu memang _______ , tendang bola pun tak pandai. A. kaki ayam C. kaki bangku
B. kaki botol D. kaki kelentong
2. Maria berasa _______ kerana tidak dijemput ke majlis hari jadi Rita. A. besar hati C. kecil hati
B. ada hati D. hati tikus
3. Kamis dan isterinya berasa gembira kerana mereka mendapat _______ pertama. A. cahaya mata C. buah hati
B. mata air D. muka tembok
4. _______ telah berlaku di antara Ramesh dan Suva kerana Ramesh menuduh Suva mengambil buku rampaiannya. A. Perang teluk C. Perang mulut
B. Mulut murai D. Mulut tempayan
5. Dalam pemilihan pasukan pingpong sekolah, tidak ada _______ , hanya mereka yang terbaik sahaja akan dipilih. A. pilih menantu C. anak buah
B. pilih kasih D. anak angkat
6. Janganlah kita tunggu sehingga _______ , kalau kita malas kita tidak akan hidup senang. A. terang tanah C. kucing bertanduk
B. terang hati D. kucing kurap
7. Low berada di _______, dia tidak tahu calon mana yang hendak diundinya. A. bawah pagar C. atas pagar
B. atas angin D. bawah angin
8. Pemain-pemain bola sepak yang _______ akan disingkirkan dari pasukan sekolah. A. kaki kuda C. kaki bangku
B. makan angi D. makan suap
9. Zuraidah mendapat _______ apabila memenangi hadiah dalam cabutan bertuah. A. durian runtuh C. buruk siku
B. serkap jarang D. kepala angin
10. Kita hendaklah menyambut kedatangan tetamu dengan _______ . A. tangan panjang C. tangan terbuka
B. hati batu D. kecil hati
Latihan 1 ( Kata Sendi Nama ) : Pilih kata sendi nama yang paling sesuai bagi mengisi tempat kosong di bawah.
1. Encik Kamal telah menghadiahkan sebuah kereta mainan _______ anaknya. A. pada C. kepada
B. daripada D. oleh
2. Para perajurit tanahair telah berjuang _______ titisan darah yang terakhir.
A. hingga C. dengan
B. kepada D. seperti
3. Encik Samion berjaya mencipta alat pengisar _______ bahan-bahan terbuang. A. untuk C. daripada
B. dengan D. seperti
4. Ceramah mengenai kebersihan itu akan disampaikan _______ Guru Penasihat Bulan Sabit Merah. A. dengan C. kepada
B. oleh D. daripada
5. Rombongan kami akan bertolak _______ Perlis pada pukul sepuluh malam ini . A. sampai C. ke
B. di D. daripada
6. Bilik kecil yang terletak di hujung bangunan hospital itu dikhaskan _______ pengawal hospital. A. dengan C. untuk
B. demi D. kepada
7. Semua pengawas sedang berbincang dengan guru disiplin _______ masalah murid yang sering datang lewat. A. tentang C. daripada
B. akan D. kepada
8. Murid-murid hanya dibenarkan makan di kantin sekolah _______ waktu rehat sahaja. A. kepada C. untuk
B. pada D. di
9. Norhayati memberikan sepiring air susu _______ anak kucingnya. A. ke C. dengan
B. kepada A. akan
10. Pasangan pengantin baru itu sama padan _______ pinang dibelah dua. A. dengan C. hingga
B. sejak D. umpama