Sejarah Perkembangan Sajak di Malaysia Sajak tergolong dalam puisi moden yang terkeluar daripada ciri-ciri rigid puisi Melayu tradisional. Dari segi bentuk, sajak bersifat bebas. Dalam hal ini, kebebasan bermaksud keupayaan dan kesediaan menerima bentuk-bentuk yang terdapat daripada puisi tradisional mahupun kemunculan bentuk-bentuk baru yang dihasilkan berdasarkan kreativiti dan sensitiviti penyair mahupun penggabungan daripada bentuk-bentuk yang sedia ada. Secara umumnya, period atau zaman itu dapat dibahagikan kepada dua. Period yang pertama ialah period sebelum merdeka iaitu bermula dari tahun 1933 hingga 1956. Dalam period yang pertama ini menyentuh period sebelum Perang Dunia Kedua ( 1933-1941 ), Zaman Pemerintahan Jepun ( 1942-1945 ), Zaman Selepas Pemerintahan Jepun ( 1946-1949 ) sehingga tahun-tahun 1950-an. Period yang kedua pula ialah period selepas merdeka iaitu selepas tahun 1957. Dari segi sejarahnya, Harun Amin al-Rashid yang menciptakan menciptakan sajak "Oh Sarikoe" ( Poedjangga Poedjangga Baroe; 1933 ) dikesani sebagai bentuk sajak Melayu moden pertama ditulis oleh penulis Melayu. Melalui bentuk karya kreatif imaginatif seperti sajak ini penulis mengadun pemikiran, isu dan persoalan yang timbul dalam masyarakat secara kreatif dengan menggunakan medium bahasa sebagai wahana untuk dihayati dan direnung tafsir oleh khalayak pembaca Seratus Tahun Perkembangan Puisi Melayu Moden
22 Safar 1435 = 25 Disember 2013 (Rabu):
Berdasarkan kepada puisi moden terawal diterbitkan ialah pada 18 Januari 1913 oleh Omar Mustaffa berjudul `Angan-angan Dengan Gurindam` yang terbit dalam Utusan Melayu Melayu pada tarikh tersebut, maka kini (2013) usia Puisi Melayu moden telah mencapai 100 tahun atau seabad genap, iaitu satu tempoh yang panjang yang cukup mencerminkan perkembangan puisi moden itu sendiri. Dari permulaan puisi awal hingga sebelum kemerdekaan lebih dari 500 buah puisi dihasilkan oleh lebih dari 300 penyair, (Lihat: Abdul Latiff Abu Bakar, Puisi-Puisi Kebangsaan 1913-1957, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1987:XXX1 – 1987:XXX1 – lii) lii) maka dalam tempoh 100 tahun, khususnya selepas kemerdekaan hingga kini jumlah puisi moden tentulah berkali ganda banyaknya.
Walaupun dilihat dari permulaan digubah puisi moden oleh Omar Mustaffa penyair-penyair terus lahir, tetapi melihat kepada perubahan gaya pengucapan amat perlahan, bahkan dapat dikatakan dari tahun 1913 hingga perang dunia kedua perubahan dari segi bentuk amat static. Untuk perbincangan lebih lanjut Penulis melihat dalam tempoh seratus tahun perkembangan puisi moden dapat dibahagikan kepada tahap-tahap berikut:
1) 1913 hingga menjelang Perang Dunia Kedua (1941) 2) Zaman Jepun (1942 – 1945) 3) Selepas Jepun hingga menjelang Kemerdekaan (1946-1956) 4) 1957 – 1969 5) 1970- 1999 6) 2000- Kini.
Tahap 1913 – Menjelang Perang Dunia Kedua
Sebenarnya selepas Omar Mustaffa dengan pengucapan puisi bebasnya – berjudul Angan-Angan Dengan Gurindam, tiada pengikut dan penerusan mengungkapkan puisi secara bebas seperti Omar Mustaffa, sebaliknya hampir keseluruhan mengungkap puisi terikat persis syair contoh seperti Harun Aminurrashid, walaupun persoalan dan isi adalah baharu, tetapi gaya pengucapannya kembali kepada syair. Contoh puisinya yang berjudul:
Semenanjung
Penulis termenung sutu hari Kepada semenanjung yang difikiri Tanahairku tumpah darah sendiri Mengenangkan halnya zaman yang lari.
Ayuhai Semenanjung buah hatiku Mengapakah kamu demikian laku Membiarkan puteramu duduk berteleku Bersenang lenang belia berpangku ? Dan seterusnya.
(Abdul Latiff Bakar, 1987; 21).
Gaya terikut sedemikian diungkapkan oleh beratus penyair lain, contoh Ingatkan Semenanjung Tanahairku oleh IBHY (Abdu Latiff, hlm. 26-27), Nasihat Kepada Pemuda oleh Zainal Rashid (35-36), Buah Percintaan oleh Rahimu Yakubi (39-40), Wahai Bangsaku Di Semenanjung oleh Yaakub Mohd. Amin (44-45) dan banyak lagi.
Beberapa pengucapan secara bebas selepas Omar Mustaffa, ialah puisi yang dihasilkan oleh Kasmani Haji Arif berjudul `Pertanyaan Sukma. Kata Kasmani:
Pertanyaan Sukma
Sedih Bagaimana air Tak mendidih ? Sedang tenang Dalam tempayan Dilumba api Setiap petang.
Bagaimana hati Tak sedih ? Buah lebat Dalam taman Habis dijolok Orang datang
….
(Abdul Latiff Bakar, 1987: 88).
Sebuah lagi puisi yang membawa penyimpangan ialah, Ayuhai ! Malaya – Watanku oleh Mohamad Ali Mohamad:
Ayuhai ! Malaya – Watanku
Oh ! Malaya ! Watanku ! Tanah tumpah darah kaum bangsaku Masyhur namanya tanah bumiku ini Bukannya sahaja ketika ini ! dari pun dahulu dikenali
Apakah tidak dikatakan demikian perinya ? Lihatlah mewah – makmur – kaya – aman – senang dan lenang Sukanya kaum ku duduk – tidur Makan dan minum semuanya dengan hati yang lapang dan tenang
…..
(Abdul Latiff Bakar, 1987: 124).
Dilihat dari segi tema, maka kebanyakan puisi-puisi sebelum perang membawa tema-tema cintkan tanahair, kesedaran ekonomi dan ketinggalan dari segi kemajuan. Walau bagaimana tidak ada suara yang lantang misalnya menuntut kebebasan, apa la gi kemerdekaan.
Di samping tema-tema di atas terdapat penyair-penyair yang membawa tema keislaman dan keinsafan. Ahmad Kamal Abdullah dan Mohd Hanafi Ibrahim menghimpunkan puisi-puisi yang bernafaskan keislaman dan keinsafan antara tahun 1933-1986. Antara tahun 1933 hingga sebelum Perang Dunia Kedua (1941) terdapat sebanyak:
1) Umat Islam Di Timur oleh Asmazas (24 Ogos 1940). 2) Sariku oleh Atma Jiwa (Disember 1933) 3) Tuhan oleh Kamaluddin (30 September 1940) 4) Anak Yatim oleh Kasmani Haji Ariff (1 Julai 1937) 5) Islam oleh Kasmani Haji Ariff (1 Julai 1937) 6) Selamat Hari Raya oleh Kasmani Haji Ariff (3 Disember 1937) 7) Putaran Masa oleh M.B. Abdul Malek (23 Januari 1941). 8) Berserah Diri Kepada-Nya oleh Nijar Abdul Hamid (23 Januari 1940) 9) Hanya Dia Tempat Mengadu oleh Nijar Abdul Hamid (24 Februari 1940) 10) Di Tengah Segara oleh Pungguk (Disember 1933) 11) Oh … Tuhan oleh Pungguk (Julai 1936) 12) Dewasa Subuh oleh Roslani Ashikin (5 Julai 1940). 13) Janjian Tuhan oleh Shamsuddin Saleh (Jun 1941).
Ahmad Kamal Abdullah & Mohd Hanafi Ibrahim, Mengenangmu – Puisi-Puisi Melayu Berunsur Islam 1933-1986, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1989: 5-34).
Jumlah puisi bernafaskan Islam sebelum Perang Dunia Kedua adalah sedikit, tetapi ketara banyak yang meluahkan ilham secara bebas. Contoh:
Umat Islam Di Timur …. Islam menerangi timur seluruhnya Tapi alangkah …hiba Manakala datang si pancaroba Bumi tanah kita terbalik gelantang Ke mana kita sekarang berada Carilah ! Salahnya diri sendiri
Wahai sekalian umat Islam di timur Baikilah bersama kesalahan ini. … Asmazas
(Mastika, 24 Ogos 1940)
(Mengenangmu, 1989: 5).
Pengucapan bebas juga dapat dilihat pada puisi:
Anak Yatim
Anak miskin – yatim piatu Segenap waktu Mengharap Bantu ! Tidakkah tuan-tuan menaruh belas Memberi sedekah Menolong nafkah Memelihara mereka itu ? ….
Kasmani Haji Ariff,
(Bulan Malaya, 1 Julai 1937).
(Mengenangmu, 1989: 17).
Ungkapan secara bebas juga dilakukan oleh Nijar Abdul Hamid:
Hanya Dia Tempat Mengadu
Hening, bening, tenang, benang Angin berhembus sepoi-sepoi bahasa Kuteringat lalu terkenang Kuraba mataku basah ! Angin berhembus sepoi-sepoi bahasa Menggerakkan daun-daun kayu Bila kuraba mataku basah Kiranya hatiku bertambah pilu ! Menggerakkan daun-daun kayu Teringat diriku dagang melara Bermacam-macam bunyi suara
…. (Majlis 24 Februari 1940).
(Mengenangmu, 1989: 26).
Penerbit-penerbit yang memberi ruang kepada penulis-penulis sebelum Perang Dunia Kedua adalah terhad. Penerbit-penerbit sebelum perang Dunia Kedua ialah Utusan Melayu, Malaya, Al -Ikhwan, Jasa, Warta Negara, Lidah Benar, Temasik, Majlis, Tanah Melayu, Warta Ahad, Al-Hikmah, Persahabatan, Warta Jenaka, Warta Malaya, Majalah Guru, Bulan Melayu, Utusan Zaman, Idaman, Semangat Asia, Berita Malai dan Mastika.
Sebagai puisi moden peringkat permulaan yang diterbitkan di dalam penerbitan-penerbitan sebelum Perang Dunia Kedua, walaupun mungkin tidak begitu tinggi dari segi mutu, tetapi amat penting melihat dari segi sejarah penulisan dan perkembangan daya estetik perpuisian dan pemikiran masyarakat sezaman.
Sekian.
Definisi Puisi Moden
Za’ba mendefinisikan puisi atau karangan berangkap sebagai,”khas dipakai untuk m elafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa. Maka dengan gambaran yang cantik ini perkara yang dikatakan itu bertambah menarik hati orang yang mendengarnya. Seterusnya Za’ba mengatakan bahawa karangan berangkap itu ialah karangan yang disusunkan dengan bahagian yang berkerat-kerat, dan antara sekerat dengan sekerat itu biasanya berjodoh bunyi atau rentaknya atau isinya, serta kebanyakan memakai timbangan atau sukatan yang tertentu. Definisi puisi yang dikemukakan oleh Za’ba di atas memperlihatkan dua ciri utama puisi. Pertama, sifat abstraknya seperti kecantikan ataupun keindahan bahasa dan kemerduan bunyi. Kedua, sifat konkritnya, struktur dasar yang merangkumi binaan baris dalam rangkap, kedudukan suku kata dalam baris, kedudukan suku kata dalam baris dan susunan rima. Kedua-dua ciri tersebut mempunyai hubungan yang erat dengan tema dan kesannya kepada pembaca. Definisi puisi yang dikemukakan oleh Za’ba lebih merupakan definisi dari sudut pandangan seorang pengkaji. Definisi puisi yang dikemukakan oleh seorang penyair dan sekali gus sarjana sastera pula, iaitu Muhammad Haji Salleh, puisi ialah bentuk sastera yang kental dengan muzik bahasa serta kebijakan penyair dengan tradisinya. Dalam segala sifat kekentalannya itu, puisi setelah dibaca akan menjadikan kita lebih bijaksana. Daripada penyair Inggeris di Barat pula, Wordsworth, mendefinisikan puisi sebagai pengucapan tentang perasaan ghairah yang imaginatif, biasanya berentak ... curahan perasaan yang kuat secara spontan yang diingatkan kembali dalam suasana yang tenang. S.T. Coleridge, juga seorang penyair Inggeris, mendefinisikan puisi sebagai kata-kata te rbaik dalam susunan yang terbaik. Masih banyak lagi definisi puisi yang dikemukakan oleh pengkaji puisi dan penyair. Namun, daripada sejumlah kecil definisi yang diberikan itu dapat memberikan ciri-ciri puisi yang bermutu tinggi. Sejarah Awal Puisi Melayu Moden Secara Ringkas
Penulis Melayu yang pertama menulis puisi Melayu moden ialah Omar Mustaff a. Puisinya bertajuk “Angan-angan dengan Gurindam’, disiarkan dalam Utusan Melayu, 18 Januari 1913. Puisi ini dari segi bentuk dan isinya telah jauh menyimpang daripada puisi Melayu tradisional – pantun dan syair terutamanya. Dari segi bentuk, susunan baris, rangkap, dan rima akhirnya tidak terikat lagi dengan bentuk tradisional. Dari segi isinya, mengungkapkan persoalan semasa pada waktu itu, iaitu menyuarakan persoalan ekonomi dan politik. Sejak tersiarnya puisi yang memperlihatkan pembaharuan atau pemodenan pada bentuk dan isinya, berlaku semacam kekosongan dalam penghasilan puisi moden. Hanya pada awal-awal tahun 1930-an, kegiatan menulis puisi mula kelihatan jelas kembali. Ini berdasarkan puisi “O Sariku”, karya Harun Aminurrasyid yang tersiar dalam ma jalah Pujangga Baru, Bil. 6, Disember 1933. Pada tahun 1934, Pungguk menghasilkan lima buah puisi s ekali gus dan disiarkan dalam Majalah Guru, Mac 1934. Judul puisi- puisi Pungguk itu ialah, “Keluh Kesah”, “Selalu Merayu”, “Tak Disangka-sangka”, “Pujukan hati”, dan “Ibuku”. Dalam kelima-lima buah puisi ini telah ditemui penyimpangan daripada peraturan puisi-puisi Melayu tradisional yang ketat. Sejak Harun Aminurrasyid dan Pungguk menghasilkan puisi moden, puisi Mela yu moden tumbuh dan berkembang dengan pesat sekali. Pelbagai tema dan persoalan yang dikemukakan oleh para penyair yang bersesuaian dengan zaman mereka dan harapan mereka tentang hidup dan kehidupan ini yang berkaitan dengan hubungan sesama manusia, manusia
dengan Pencipta, dan manusia dengan alam. Hal ini akan lebih jelas terlihat apabila alur sejarah pertumbuhan dan perkembangan puisi Melayu moden disusuri