PQE 3102 ULUM AL-QURAN & ULUM HADIS Riwayat Hidup Perawi-perawi Hadis Disediakan oleh : AFIFAH BT RAMLI AIMUNI BT ZAKARIA AZZINI NUDRA-AFIFI BT HUSIN SITI FAIRUZ BT MOHD SAUFI PISMP PENDIDIKAN ISLAM-PR-2 AMBILAN JANUARI 2012
Nama Penuh
Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Mughirah bin Bardizbah al-Ju’fi al-Bukhari.
( أبو عبد اهلل محمد بن اسماعيل بن ابراهيم بن المغيرة بن بردزبه )الجعفي البخاري
Keturunan
Berketurunan Parsi
Kelahiran
dilahirkan di Bukhara pada hari Jumaat, 13 Syawal tahun 194 Hijrah bersamaan 21hb. Julai 810 Masihi.
Panggilan
Beliau terkenal dengan panggilan al-Bukhari kerana dinisbahkan kepada daerah kelahirannya, iaitu Bukhara.
Bapa Imam Bukhari
• Seorang ahli hadis yang mempelajari hadis daripada ulama terkenal, seperti : Malik bin Anas dan Ibn al-Mubarak. • Bapanya meninggal dunia ketika Imam alBukhari masih kanak-kanak.
Tarikh wafat
Imam al-Bukhari meninggal dunia pada malam Sabtu selepas solat Isyak. Iaitu pada malam Hari Raya Fitrah, 30 Ramadan 256 Hijrah bersamaan 31hb. Ogos 870 Masihi di kampung Khartang ( )خرتنک, salah sebuah kampung di daerah Samarkand, Bukhara, ketika berusia 62 tahun.
Peribadi
Imam Al-Bukhari berusaha dengan bersungguhsungguh menimba ilmu pengetahuan yang memberi manfaat. Beliau teliti dan berhati-hati dalam sesuatu perkara yang dilakukannya. Beliau mempunyai daya ingatan yang kuat. Beliau telah hafaz Al-Quran sejak kecil. Beliau sangat menghormati ilmu yang dipelajarinya terutama sekali ilmu hadis. Imam Al-Bukhari sangat berminat pada ilmu hadis. Beliau sanggup bermusafir ke beberapa daerah untuk berjumpa dengan ulama-ulama hadis dan mendapatkan ilmu daripada mereka. Beliau sangat warak (taat kepada suruhan Allah S.W.T. dan meninggalkan laranganNya) dan tidak makan benda-benda yang syubhat.
PENDIDIKAN 11 tahun
Beliau mula mempelajari ilmu hadis. Menghabiskan masa selama 5 tahun di Basrah untuk mempelajari ilmu Hadis dan ilmu-ilmu lain.
16 tahun
Imam al-bukhari telah mampu dan berjaya menghafal kitab yang dikarang oleh Ibn Mubarak & al-Waqi’. Mampu mengulas dan berhujah dengan gurunya dalam usia semuda itu. Beliau sendiri pernah berkata: “Saya diberi ilham oleh Allah untuk menghafaz hadis-hadis”. Beliau mula tulis kitab mengenai hadis daripada para sahabat dan perawi-perawi hadis
18 tahun
Imam Bukhari berada di Hijaz selama 6 tahun dan mengembara ke Baghdad, Basrah dan Kufah sebanyak 8 kali.
Al-Bukhari mendalami ilmu Hadis dan mengumpulkan hadis daripada lebih 1000 orang guru dan mempelajari Hadis selama lebih kurang 16 tahun. Beliau telah meriwayat hadis daripada lebih 90 000 perawi dan tidak pernah jemu untuk menuntut ilmu Hadis. Imam Bukhari mahir dalam ilmu Sanad dan ilmu ‘illat (kecacatan hadis).
METOD PENULISAN SAHIH AL-BUKHARI
1. 2. 3.
4. 5.
Untuk memastikan setiap hadis yang diperolehi oleh Imam al-Bukhari itu benar-benar sahih, beliau mengambil beberapa langkah, iaitu : Memastikan sanadnya bersambung. Perawinya bersifat adil, thiqah dan memenuhi ciri-ciri perawi hadis maqbul. Perawi hadis tersebut mempunyai ingatan yang baik dan penjagaan hadis riwayatnya baik sudut tulisan atau hafalan(dhabit). Beliau berusaha untuk bertemu sendiri dengan perawi tersebut dan mengenali peribadinya. Beliau akan menolak mana-mana hadis yang mana perawinya tidak beramal dengan hadis.
KEDUDUKAN DAN KEISTIMEWAAN SAHIH AL-BUKHARI Sahih al-Bukhari adalah sebuah kitab yang paling masyhur di kalangan umat Islam, khususnya mereka yang banyak membaca dan mengkaji tentang hadis. 1. Sahih al-Bukhari mendapat pengiktirafan ulama’ sebagai kitab yang menduduki tempat kedua selepas al-Quran sebagai sumber agama. 2. Kitab yang paling banyak dan tepat mengumpulkan hadishadis Sahih berbanding kitab-kitab sebelumnya yang masih lagi bercampur dengan hadis yang berbagai-bagai martabat. 3. Kitab Sahih al-Bukhari adalah tapisan daripada 600,000 hadis yang dilakukan dalam masa 16 tahun. 4. Pengarangnya istimewa dengan kekuatan hafalan anugerah Allah. Beliau hanya menulis hadis di dalam Sahihnya selepas membersihkan badan dan sembahyang 2 rakaat terlebih dahulu.
KEDUDUKAN DAN KEISTIMEWAAN SAHIH AL-BUKHARI 5. Susunannya begitu mantap, di mana hadis-hadisnya merangkumi semua topik penting dan dasar dalam Islam, antaranya : Akidah, Fiqh, Akhlak, Muamalat, Sirah, Tafsir, Manaqib dan sebagainya. 6. Lebih kukuh lagi, perbahasan hadis disokong oleh nas-nas alQuran yang bersifat qat’i yang menunjukkan kebenaran hadis yang beliau tulis di dalam Sahihnya. 7. Beliau bukan sahaja menulis nas dan hadis, malah turut memuatkan fatwa Sahabat, Tabi’in dan selepasnya selaras dengan hadis yang beliau tulis berdasarkan topik berkaitan. 8. Paling istimewa ialah, beliau melakukan ijtihad dan sememangnya beliau digelar oleh ulama’ sezamannya sebagai seorang yang faqih dan mujtahid. 9. Perawi-perawi yang mencapai jumlah puluhan ribu itu adalah kalangan mereka yang thiqah dan diakui oleh ulama’ sezamannya.
Antara guru Imam alBukhari :
Ulama’ yang meriwayatkan hadis daripadanya ialah :
• Ahmad bin Hanbal • Yahya bin Yahya alTamimi • Muhammad bin abdullah al-Ansari • Abdullah bin Musa
• Imam al-Tirmidzi • Imam Muslim • Saleh bin Muhammad al-Asad
Kitab "Sahih Al-Bukhari" adalah sumbangan Imam Bukhari yang paling besar. Hadis-hadis tersebut disusun mengikut bab-bab yang tertentu termasuklah bab fekah. Kemudian dihuraikan menjadi beberapa pecahan seperti ibadat, muamalat dan jenayah.
Beliau telah berjaya mengumpulkan 60 000 hadis dalam kitab sahih Al-Bukhari. Keistimewan Sahih Al-Bukhari: Kitab "Sahih Al-Bukhari" adalah himpunan hadis-hadis nabi yang paling sistematik dan penting sebagai rujukan umat Islam selepas Al-Quran. Imam Al-Bukhari mengambil masa selama 16 tahun dalam usahanya mengumpul, menapis, menyelidik dan menyusun hadishadis tersebut untuk dimuatkan dalam kitab Sahih Al-Bukhari. Kitab "Sahih Al-Bukhari" mempunyai 7,275 buah hadis yang telah ditapis daripada 600,000 buah hadis.
Karya • Qadaya al-Sahabah wa al-Tabi’in • Kitab al-Tarikh al-Kabir • Kitab al-Tarikh al-Awsat • Al-Tarikh al-Saghir • Al-adab al-Mufarrad • Al-Qira’ah Khalfa alImam • Birr al-Walidain
• • • • • • • •
Khalq Af’al al-’Ibad Kitab al-Du’afa’ Al-Jami’ al-Kabir Al-Musnad al-Kabir Al-Tafsir al-Kabir Kitab al-Asyribah Kitab al-Hibah Kitab al-Mabsut
NAMA
Imam Abu al-Husain Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim bin al-Warid al-Nisaburi TEMPAT & TARIKH LAHIR
Dilahirkan di Nisabur Bulan Rejab tahun 204H. bersamaan 820M.
RIWAYAT HIDUP
10 tahun • Imam Muslim sering datang dan berguru pada seorang ahli hadis, iaitu Imam Ad-Dakhili
11 tahun • Beliau mulai menghafal hadis Nabi SAW, dan mulai berani menegur kesalahan dari gurunya yang salah menyebutkan periwayatan hadis.
RIWAYAT HIDUP
Pada tahun 218 H (15 tahun) • Beliau mulai belajar hadis • Dianugerahi kepintaran yang luar biasa & kecerdasan ingatan serta kefahaman yang tajam. Mula merantau ke seluruh tempat untuk mendapatkan ilmu seperti: •Di Khurasan, beliau berguru kepada Yahya bin Yahya dan Ishak bin Rahawaih
RIWAYAT HIDUP
• Di Hijaz beliau belajar kepada Sa'id bin Mansur dan Abu Mas 'Abuzar • Di Mesir beliau berguru kepada 'Amr bin Sawad dan Harmalah bin Yahya, dan ulama ahli hadits lainnya. • Di Iraq beliau belajar hadis kepada Ahmad bin Hanbal dan Abdullah bin Maslamah. • Di Ray beliau berguru kepada Muhammad bin Mahran dan Abu 'Ansan.
RIWAYAT HIDUP
• Imam Muslim yang dikenali sangat kuat beribadat sangat menghormati gurunya bertaqwa warak berani tawaduk telah meriwayatkan puluhan ribu hadis
NAMA GURU YANG MENGAJAR & MERIWAYATKAN HADIS KEPADA IMAM MUSLIM :
Qutaybah bin Said Ahmad bin Hanbal Ismail bin Abu Uways Muhammad bin Yahya Uthman bin Abu Syaibah Abdullah bin Asma’ Muhammad bin al-Muthanna Muhammad bin Mahran
NAMA MURID atau ORANG YANG MERIWAYATKAN HADIS DARIPADA IMAM MUSLIM : Yahya bin Sa’id Imam al-Tirmidzi Ibrahim bin Muhammad bin Sufian Muhammad bin Ishaq bin Khuzaymah Muhammad bin Abdul Wahab al-Farra’ Ali bin Husain Abu Hamid Ahmad bin Muhammad al-Syarqi Hatim bin Ahmad al-Kindi Muhammad bin Mukhlid Ibn al-Mubarak Abu ‘Awamah Ibn Siraj
METOD PENULISAN SAHIH MUSLIM o Sahih Muslim adalah hasil kajian dan pengumpulan hadis yang dibuat oleh Imam Muslim daripada jumlah asalnya sebanyak 30 000 buah hadis yang dikumpul selama 15 tahun. o Imam Muslim meletakkan syarat & menggunakan metod tertentu dalam mengumpul dan menulis hadis di dalam Kitab Sahihnya, iaitu : 1. Hadis itu mestilah diriwayatkan oleh perawiperawi yang thiqah, adil dan dhabit. 2. Sanadnya bersambung dari awal smpai akhir. 3. Hadis itu mestilah disandarkan kepada Rasulullah SAW.
METOD PENULISAN SAHIH MUSLIM Konteks lain, Imam Muslim menyusun Kitab Sahihnya adalah dengan beberapa tujuan tertentu, antaranya ialah : a. Untuk menjadi rujukan ulama’ dan umat Islam, khasnya dalam menangani masalah persoalan semasa serta untuk menjaga daripada aktiviti pemalsuan hadis. b. Antara lain juga Kitab Sahih tersebut disusun supaya menjadi rujukan kepada ulama’ untuk melaksanakan hukum syarak.
KEDUDUKAN DAN KEISTIMEWAAN SAHIH MUSLIM Sahih Muslim mengandungi 7275 buah hadis termasuk yang matannya disebut-sebut berulangulang. Jumlah Hadis Sahih Muslim yang matannya tidak berulang-ulang berjumlah sebanyak 4000 buah hadis. Kitab Sahih Muslim dikumpulkan di dalam 54 tajuk yang dikenali dengan : Kitab Kelebihan Kitab Sahih Muslim ialah mengandungi 54 tajuk yang merangkumi bidang: Ibadat, Muamalat, Jihad, Zikir, Doa serta Fadai’l al-A’mal.
KEDUDUKAN DAN KEISTIMEWAAN SAHIH MUSLIM Antara bukti keistimewaan Kitab Sahih Muslim ialah : 1. Tidak ada sebarang penambahan atau kritikan dan pengurangan terhadap Kitab Sahih itu pada zaman beliau juga selepas kematian beliau hingga sekarang. 2. Jumhur ulama’ bersetuju dan bersepakat mengiktiraf kedudukan kitab Sahih Muslim sebagai kitab kedua selepas Kitab Sahih al-Bukhari. 3. Sahih Muslim merupakan kitab yang paling sahih selepas Sahih al-Bukhari dan pelengkap kepada kitab gurunya : Sahih al-Bukhari. Sebagaimana kata-kata Imam al-Muslim sendiri: Aku kumpulkan hadis-hadis supaya aku dan orang yang menulis hadisku mempunyai satu kumpulan hadis yabg tidak diragui kebenarannya.
SUMBANGAN IMAM MUSLIM / KARYA
1. Al-Jami as-Sahih (Sahih Muslim). 2. Kitab al-Mukhadramin. 3. Al-Musnadul Kabir (kitab yang menerangkan nama-nama para perawi hadits). 4. Kitab al-’llal. 5. Kitab Tabaqat al-Tabi’in 6. Kitab Awham al-Muhaddithin 7. Kitab al-Tamyiz
TARIKH WAFAT
Meninggal di kota Nasr Abad, Nisabur
Pada hari Ahad bulan Rejab tahun 261H. bersamaan 875M. Ketika berusia 57 tahun dan dikebumikan di Nisabur.
AN-NASAI’
BELAKANG SUNAN ANNASAI’ PERKARA
MAKLUMAT
Nama Penuh
Abu Abd al-Rahman Ahmad Ibn Ali Ibn Syu‘ib Ibn Sanan Ibn Bahr al-Khurasani
Nama timangan beliau
Al-Nasai’ (sempena dengan tempat daerah kelahiran)
Tempat Lahir
Sebuah kampung kecil Nasa’ yang terletak di pinggir bandar Khurasan
Tarikh Lahir
Tahun 215 hijriah
Tarikh Meninggal
Isnin, 16 Safar tahun 303H bersamaan 915M
Tempat Meninggal
Ramlah, Palestin dan dikuburkan di BaitulMaqdis.
Sifat Peribadi
Wara’, zuhud, amanah serta kuat beribadat
Imam An Nasa `i merupakan seorang lelaki yang tampan, berwajah bersih dan segar, wajahnya seakan-akan lampu yang menyala. Beliau adalah seorang tokoh yang berkarisma dan tenang, berpenampilan yang sangat menarik. Keadaan itu kerana beberapa faktor, antaranya, dia sangat memperhatikan keseimbangan dirinya dari segi makanan, pakaian, dan kesenangan, minum sari intipatii buah-buahan yang baik dan banyak makan ayam.
PENDIDIKAN IMAM ANNASAI’ Sejak kecil lagi Imam Nasa’i menunjukkan tandatanda yang luar biasa dan semangat mencintai ilmu pengetahuan yang sangat tinggi. Beliau sering berbincang dengan ulama sezaman dengannya, walaupun ketika itu umurnya masih terlalu muda.
Ketika berusia kurang dari 15 tahun, beliau menjelajah dan mengembara ke serata daerah dan negeri untuk menimba ilmu dan belajar daripada ulama yang ada pada waktu itu. Antara daerah dan negeri yang pernah beliau pergi ialah Khurasan, Hijaz, Iraq, Syam, Mesir dan Jazirah.
Beliau kemudiannya menetap di Mesir sehingga tahun 302 H dan kemudiannya berpindah pula ke Damsyik sehinggalah beliau meninggal dunia di Ramallah, Palestin. Beliau mempelajari dan mengambil hadis daripada ulama dan ahlul hadis pada waktu itu. Berkat usaha dan kesungguhannya serta anugerah kepintaran yang ada pada diri beliau, dalam masa usia yang masih muda beliau telah dapat menguasai hampir semua ilmu yang dipelajarinya dan il yang ada pada waktu itu. Beliau mempelajari tentang hadis beserta sanad dengan mendalam.
Ishaq Ibn Habib
Qutaibah Ibn Saad
Hisyham Ibn Ammar
Ishaq Ibn Rahawaih
Al-Tirmizi
Sulaiman Ibn al-Ash’ath
Guru-guru Yang Mengajar Hadis
Ishaq Ibn Musa alAnsari
Abu Daud
Ishaq Ibn Syahin Ibrahim Ibn Sa’id alJawhari
Mahmud Ibn Ghaylan
ORANG YANG MERIWAYATKAN HADIS DARIPADA BELIAU:
Al-Imam Abu al-Qasim alTabarani
Abu Ali alHusayn Ibn Ali al-Hafiz alNiyamuzi
Abu alQasim Ibn Abi al-Aqab Ahmad Ibn Amir Muhammad Ibn Jaafar Ibn Qalas
METOD PENULISAN -An-Nasai’ menyusun kitab sunannya dengan mengikut tajuk ilmu Fekah. - beliau membahagikan kitab sunannya kepada 51 kitab dan dipecahkan kepada bahagian kecil yang dinamakan dengan bab. - antara ciri dan syarat yang dikenakan oleh an-Nasai’ di dalam penyusunan kitab sunannya ialah:
Hadis itu mestilah diriwayatkan daripada perawi yang berdasarkan kepada ijma’ para fuqaha’
Dalam mengumpul dan mencatat hadis, imam an-Nasai’ akan mencatat isnad-isnad yang berlainan bagi sesebuah hadis, kemudiannya beliau menjelaskan mana yang benar di antara isnad-isnad tersebut
Sekiranya terdapat sanad atau isnad yang tidak benar, al-Nasai’ akan menjelaskan sebab dan punca kecacatannya. Untuk itu, di dalam kitab Sunan al-Nisai’, terdapat hadis Sahih, Hasan dan Da’if, namun hanya segelintir sahaja hadis Da’if yang dikumpulkannya
KEDUDUKAN DAN KEISTIMEWAAN SUNAN AL-NISAI’ Sunan an-Nasa’I atau al-Mujtaba termasuk salah sebuah kitab yang paling sedikit memuatkan hadis-hadis Da’if. Sunan an-Nasa’i adalah sebuah kitab hadis yang penting, Imam al-Subki berpendapat: Imam an-Nasa’i lebih banyak menghafaz hadis-hadis berbanding Imam Muslim. Sunannya menduduki tempat ketiga selepas Sahih al-Bukhari dan Muslim dari segi kurangnya bilangan Hadis Da’if.
Menurut, pendapat al-Hakim dan al-Khatib, syarat perawi hadis di dalam sunan an-Nasa’I lebih kuat berbanding dengan syarat perawi hadis di dalam Sahih Muslim. Konteks lain, Bab Haji yang terdapat di dalam Sunan an-Nasa’i adalah mazhab as-Syafi’i. Kerana beliau juga dikatakan berpegang kepada mazhab as-Syafi’i.
SUMBANGAN DAN ULASAN SUNAN ALNISAI’ Al-Nasai’ telah mengarang beberapa karya : -Sunan al-Sughra - Sunan al-Kubra - Kitab al-Tamyiz - Kitab al-Du’afa’ - Khasa’is Ali - Musnad Ali - Musnad Malik - Manasik al-Haj
Ramai daripada kalangan ulama dan ahli hadis yang membuat ulasan terhadap kitab sunan al-Nisai’ : - Jalal al-Din alSuyuti dengan kitab : Zahr al-Raba ‘Ala al-Mujtaba
Ibnu majah
LATAR BELAKANG PERKARA
MAKLUMAT
Nama Penuh
Abu Abdillah Muhammad Ibn Yazid al-Qazwini ibn Majah al-Rab’i
Nama timangan
Abu Abdullah
Tempat Lahir
Qazwin, Iran
Tarikh Lahir
Tahun 207H bersamaan 824M
Tarikh Meninggal
Isnin, 21 Ramadhan tahun 273H bersamaan 887M
Usia Meninggal
64 tahun
PENDIDIKAN Beliau sangat mencintai ilmu pengetahuan dan hadis semenjak kecil lagi.
Justeru itu, beliau sentiasa mengembara ke segenap daerah untuk mendalami ilmu pengetahuan. Antara daerah yang dikunjungi:
Setiap daerah yang beliau kunjungi, beliau akan menemui ulama hadis dan mempelajarinya.
- Syam
Beliau juga banyak menghabiskan masa untuk menulis dan berkarya, antaranya ialah:
- Iraq
- Kitab Tasir
- Mesir
- Tarikh
- Kufah
- Sunan
- Hijaz
- Basrah
METOD PENULISAN Ibnu Majah telah membahagikan kitab sunannya itu menurut kedudukan ilmu Fekah, yang mana mereka membahagikannya kepada 37 kitab dan dipecahkan pula kepada 1500 bab kecil Dalam kitab sunan Ibnu Majah da penyusunannya tidak dinyatakan sebabnya dan tujuan penyusunannya. Antara lain, beliau tidak menyatakan manakah hadis yang disusunnya itu Da’if, Munkar atau Maudu’, tetapi beliau hanya mengambil sikap berdiam diri dengan tidak menjelaskannya. Sunan Ibnu Majah mempunyai mukaddimah yang panjang yang mengandungi 24 bab dan 266 hadis. Di dalam mukaddimah itu dinyatakan tentang wajib berhujah dengan al-Sunnah serta membawa hadis yang berkaitan denga dosa orang yang tidak mahu berhujah dengan al-Sunnah. Beliau juga membawa persoalan keimanan, kelebihan mempelajari al-Quran, kelebihan ilmu, ulama dan sahabat. Sebagai rumusannya, sunan Ibnu Majah merupakan kitab sunan yang disusun mengikut tajuk ilmu Fekah dan di dalamnya mengandungi hadis sahih, hasan dan da’if yang tidak diterangkan kedudukan kedai’fannya.
TARAF DAN KEDUDUKAN SUNAN IBN MAJAH -Sunan ini merupakan kitab yang paling rendah berbanding lima kitab sunan yang lain, yang mana ianya mengandungi hadis Da’if dan Munkar. -Hadis-hadis yang dikumpulkan di dalam Sunan Ibnu Majah disusun mengikut susunan Fekah.
-Mengandungi 4 000 buah hadis. -Di dalamnya mengandungi 1 500 bab di bawah 37 kitab. -Kitab ini berasal daripada kumpulan 400,000 hadis yang dibahagikan kepada 1, 500 bab dan asalnya ialah 32 jilid.
-Kitab Sunan Ibn Majah mengandungi 4341 hadis.
Muhammad Fu’ad Abd alBaqi
- 3002 hadis yang ada dalam sunan Ibn Majah juga dicatat dalam kitab sunan lima, iaitu: Sahih al-Bukhari Sahih Muslim Sunan al-Nasai’ Sunan Abu Daud Sunan al-Tirmizi - Bakinya yang berjumlah 1339 hadis lagi itu adalah dikumpulkan dan dicatat oleh Ibn Majah secara bersendirian dan ia dapat diklasifikasikan seperti berikut:
428 hadis adalah hadis Sahih disebabkan sanadnya thiqah.
199 hadis adalah hadis Hasan, kerana sanadnya adalah bertaraf hasan.
613 hadis lagi adalah Da’if kerana sanadnya adalah bertaraf lemah atau da’if.
99 buah hadis lagi adalah hadis munkar dan makzub, kerana sanadnya adalah terlalu lemah, munkar dan dusta.
Abu Bakr Ibn Abu Syaibah
Ulama Yang Meriwayatkan Hadis Kepada Ibnu Majah
Para sahabat Imam Malik
Para sahabat alLayth Ibn Sa’id
Abu alHassan alQattan Ahmad Ibn Hakim alMadani
Jaafar Ibn Idris
Sulaiman Ibn Yazid
Ulama Hadis Yang Meriwayatkan Hadis daripada Ibnu Majah
Ibrahim Ibn Dinar
Abu Bakar Hamid alAbhari
Abu Jaafar Muhamma d Ibn Isa
KEISTIMEWAAN DAN ULASAN SUNAN IBN MAJAH
Di dalamnya sangat sedikit hadis yang berulang
Ciri dan Keistimewa an Sunan Ibn Majah
Lebih sistematik dengan penyusunan bab kecil
Ulama dan Ahli Hadis yang Mengulas kitab sunan Ibn Majah
Al-Suyuti
- Kitab: Misbah alZujat ‘Ala Sunan Ibn Majah
Kamal al-Din Muhammad Ibn Musa
- Kitab: al-Dibajah
Nama: Sulaiman bin al-Asy'at bin Ishaq bin Basyir bin Syidad bin 'Amr al-Azdi al-Sijistani Nama gelaran: Imam Abu Daud Tarikh lahir: 202H (817 M) Tempat lahir: Sijistan (antara Khurasan dan Kirman di India) Tarikh meninggal: (Jumaat) 16 Syawwal 275 H / 889M di Basrah pada usia 73 tahun.
Bermukim: Kota Basrah, Iraq Mengembara: Hijaz, Syam, Mesir, Iraq, Syria, Arab Saudi, Khurasan, Baghdad, Nisabur dan banyak lagi.
Gemar mengembara untuk mencari ilmu. Seorang ulama yang amat mencintai ilmu. Zuhud Warak Kuat beribadat Menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan (al-Quran dan ulumnya, hadis dan ulumnya, fiqh, dll)
Peringkat awal
Belajar dengan ulama, di negeri asalnya; Khurasan
Bermula musafir ilmu Imam Abu Daud. (18 tahun/ 220 H)
Rehlah ilmu ke Baghdad dan berguru dengan Imam Ahmad bin Hanbal. Kufah: berguru dengan al-Hasan bin Rabi’ dan Ahmad bin Yunus. Basrah: berguru dengan Muslim bin Ibrahim, Abdullah bin Raja’, Abu al-Walid al-Tayalisi, Musa bin Ismail. Syam: Damsyik, Hims, Halab dan berguru dengan Al-rabi’ bin Nafi’ , Yazid bin Abd Rabah, Hisham bin Ammar. Beliau juga ke Harran. Hijaz, Mekah: sambil mengerjakan haji beliau juga berguru dengan al-Qa’nabi dan Sulaiman bin Harb Mesir: berguru dengan Ahmad bin Salih. Khurasan: Nisabur dan Balakh berguru dengan Ishaq bin Rahawaih dan Qutaibah bin Sa’id.
1.
Kitab as-Sunan (Sunan Abu Daud).
2.
Kitab Al-Marasil.
3.
Kitab Al-Qadar.
4.
An-Nasikh wal-Mansukh.
5.
Fada'il al-A'mal.
6.
Kitab az-Zuhd.
7.
Akhbar al-Khawarij.
8.
Dala'il an-Nubuwah.
9.
Ibtida' al-Wahyu.
10. Al-Dua.
Imam Abu ‘Isa at-Tirmidzi
Abu Awanah
Imam Abu Abdur Rahman an-Nasa'ie
Abu Sa'id al-A'rabi
Abu Ubaid Al Ajury
Abu Bakar bin Dassah
Abu Thoyib Ahmad bin Ibrohim Al
Abu Salim Muhammad bin Sa'id al-Jaldawi
Baghdady (perawi Sunan Abi Daud daripada
Ahmad bin Sulaiman An Najjar (perawi kitab
beliau).
Nasikh wal Mansukh daripada beliau).
Abu `Amr Ahmad bin Ali Al Bashry (perawi
Ali bin Hasan bin Al `Abd Al Anshory (perawi
kitab Sunan daripada beliau).
sunan daripada beliau).
Abu Bakr Ahmad bin Muhammad Al Khollal
Muhammad bin Bakr bin Daasah At
Al Faqih.
Tammaar (perawi sunan daripada beliau).
Isma`il bin Muhammad Ash Shofar.
Abu `Ali Muhammad bin Ahmad Al Lu`lu`y
Abu Bakr bin Abi Daud (anak beliau).
(perawi sunan daripada beliau).
Zakariya bin Yahya As Saajy.
Muhammad bin Ahmad bin Ya`qub Al
Abu Bakr Ibnu Abi Dunya.
Matutsy Al Bashry (perawi kitab Al Qadar daripada beliau).
Kitab sunan disempurnakan oleh Abu Daud ketika beliau berada di Baghdad. Beliau mengemukakan kitab tersebut kepada Imam Ahmad bin Hambal, Imam Bukhari, dan Imam Muslim. Kitab ini berkisar tentang masalah fiqh. Disusun bermula dengan topik terpenting bagi seseorang mukallaf; taharah dan solat.
Abu Daud mengambil masa selama 20 tahun untuk menyusun sunannya. Sunan ini adalah hasil tapisan daripada 500000 hadis. Hasilnya, beliau telah memasukkan sebanyak 4800 buah hadis di dalam sunannya. 600 buah hadis bertaraf sahih, selebihnya menyamai sahih dan hampir sahih.
Nama: Abu Isa Muhammad bin Isa bin Saurah bin Musa bin ad-Dahhak as-Sulami at-Tirmizi Nama gelaran: Imam at-Tirmidzi
Tarikh lahir: tahun 209 Hijrah di desa Bughy Tarikh meninggal: (Isnin) 13 Rejab tahun 279 H (8
Oktober 892) dalam usia 70 tahun di kota Tirmizi Mengembara: Hijaz, Iraq, Khurasan dan lain-lain.
Sejak kecil Imam Tirmizi amat cintakan llmu Hadis.
Beliau mengembara ke mana sahaja untuk me pelajari hadis; Hijaz, Khurasan, Iraq, dll. Imam Tirmizi pernah diuji oleh sebahagian pakar hadis waktu itu
tentang hafalannya. Pernah dibacakan kepada beliau 40 buah hadis gharib secara bercampur aduk, namun beliau mampu membetulkannya. Ilmu beliau diperakui oleh ulama hadis dan tiada orang setanding dengannya pada waktu itu.
1.
Imam Bukhari
2.
Qutaibah bin Sa’id
3.
Ishaq bin Musa,
4.
Mahmud bin Gailan
5.
Said bin ‘Abdur Rahman
6.
Muhammad bin Basysyar,
7.
‘Ali bin Hajar,
8.
Ahmad bin Muni’,
9.
Muhammad bin al-Musanna
10. Dan lain-lain.
1.
Makhul ibnul-Fadl,
2.
Muhammad binMahmud ‘Anbar,
3.
Hammad bin Syakir,
4.
‘Ai-bd bin Muhammad an-Nasfiyyun,
5.
al-Haisam bin Kulaib asy-Syasyi,
6.
Ahmad bin Yusuf an-Nasafi,
7.
Abul-‘Abbas Muhammad bin Mahbud al-Mahbubi, yang meriwayatkan kitab AlJami’ daripadanya,
8.
dan lain-lain.
• Kitab Al-Jami’ (terkenal dengan sebutan Sunan at-Tirmidzi) • Kitab Al-‘Ilal al-Kabir • Kitab At-Tarikh
• Kitab Asy-Syama’il an-Nabawiyyah • Kitab Az-Zuhd
• Kitab Al-Asma’ wal-Kuna (mengenai nama dan gelaran perawi)
Imam Malik bin Anas
Riwayat Hidup • Beliau dilahirkan di Madinah pada tahun 93 Hijrah. • Namanya yang sebenar Imam Malik ialah Malik bin Anas bin Abu Amar Al-Asbahi. • Imam Malik rahimahullah adalah pengasas "Mazhab Maliki". • Beliau berasal daripada keturunan Arab yang terhormat dan dimuliakan oleh masyarakat. • Beliau telah meninggal dunia pada tahun 179 Hijrah ketika berusia 86 tahun dengan meninggalkan tiga orang putera dan seorang puteri.
Peribadi • Imam Malik rahimahullah mempunyai kecerdasan akal fikiran yang tinggi. Beliau hafaz Al-Quran ketika usianya masih muda. • Beliau mempunyai akhlak yang sangat mulia, bersopan santun, suka memakai pakaian yang bersih danmahal, serta bau-bauan yang harum. • Beliau bergaul dengan semua lapisan masyarakat dan sangat benci kepada perbuatan mencela sesama manusia.
• Beliau merupakan seorang hartawan yang sangat dermawan dan menggunakan hartanya untuk menolong golongan yang susah. • Beliau sangat menghormati hadis-hadis Rasulullah s.a.w. • Beliau sangat tabah menghadapi sebarang ujian yang menimpanya. Beliau pernah disebat dengan cemeti (sejenis rotan) sehingga patah tulang belakangnya kerana mengeluarkan fatwa yang tidak disukai oleh khalifah. • Beliau adalah seorang ulama yang warak, taat dan patuh kepada Allah S.W.T. Beliau juga kuat beribadat terutama sekali pada waktu malam.
Pendidikan • Imam Malik sangat gemar menuntut ilmu pengetahuan. Sejak kecil beliau hafaz Al-Quran dan hadis. • Beliau mempunyai kecerdasan akal fikiran yang luar biasa. Suatu hari beliau mendengar gurunyamenyampaikan 30 buah hadis secara lisan, beliau dapat mengingati 29 buah hadis daripadanya.
• Beliau pernah belajar daripada 900 orang guru. Sebahagian daripadanya terdiri daripada ulama tabiin.
• Imam Malik banyak menimba ilmu pengetahuan di kota Madinah kerana pada waktu itu kota Madinah menjadi pusat pengajian ilmu, khususnya ilmu agama. Ramai para sahabat dan ulama tabiin berdakwah di Madinah. • Berkat kerajinan dan usaha gigih beliau dalam menuntut ilmu pengetahuan, akhirnya Imam Malik muncul sebagai ulama fikah yang terbesar dan unggul di seluruh Madinah.
Sumbangan • Imam Malik seorang yang pakar dalam bidang ilmu hadis. Beliau sangat berhati-hati dalam menyelidik sanad dan perawi (periwayat) hadis untuk memastikan kesahihannya. • Kerana kemashyuran Imam Malik dalam bidang ilmu hadis, ramai ulama dari luar Madinah datang untuk mendapatkan ilmu daripada beliau. • Selain mengumpul hadis-hadis nabi, Imam Malik juga menganalisa hadis-hadis tersebut untuk merumus hukum-hukum agama. • Menurut satu riwayat, Imam Malik telah menghabiskan umurnya selama 40 tahun untuk menghimpunkan dan menapis hadis-hadis yang diterima daripada gurunya.
• Imam Malik telah menghafaz sebanyak 100,000 buah hadis. Walau bagaimanapun tidak semua hadis-hadis tersebut diterima untuk dijadikan sumber hukum. Setelah ditapis, hanya 10,000 buah hadis sahaja yang diakui sah. • Daripada 10,000 buah hadis yang telah disiasat dan dipadankan dengan Al-Quran, akhirnya hanya 5,000 buah hadis saja yang benar-benar diterima sebagai hadis Rasulullah s.a.w. yang sah.
• Hadis-hadis tersebut disusun dalam sebuah kitab yang diberi nama "Al-Muattok".
• Beliau sangat berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu fatwa. Sebelum setiap hukum yang dikeluarkan, terlebih dahulu merujuk kepada Al-Quran dan hadis. Jika tidak terdapat di dalam kedua-dua sumber tersebut, barulah beliau merujuk kepada Ijmak ulama, Qias dan akhir sekali Masolih Al-Mursalah. • Peninggalan Al-Imam Malik yang terbesar ialah kitab AlMuattok yang menjadi bahan rujukan kepada seluruh umat Islam sehingga sekarang.
• Mazhab Maliki berkembang di Morocco, Algeria, Libya dan Palestin.
DILAHIRKAN
NAMA AHMAD B. MUHAMMAD B. HANBAL NASAB: NAZAR B.MAAD B. ADNAN
DI BANDAR BAGHDAD, IRAQ PADA BIODATA
BULAN RABIULAWAL
164 H(780 M)
►SALASILAH BERTEMU DENGAN KETURUNAN RASULULLAH- (MAZAN B. MAAD B.ADNAN)
SUMBANGAN
Bapanya meninggal semasa beliau masih kecil
Ibunya bernama Syafiah Bt Abdul Malik Al-Syaibani ( Qabilah Amir )
Imam Ahmad Ibn Hanbal seorang miskin ( Bapanya hanya meninggalkan sebuah rumah dan tanah kecil )
Mengamb il upah untuk menyara hidup
Mementingka n pendapatan yang halal
Mementingkan kebersihan-warna putih menjadi kesukaan Seorang yang pendiam-suka berfikir dan tegas menentang kemungkaran Tidak sombong dan bongkak Selalu memberi bantuan kepada orang lain Tidak mengejar kemewahan Berani dan tidak takut kepada celaan atau di benci orang Seorang yang bertakwa dan baik hati Banyak melakukan ibadat
SABAR DENGAN KESUSAHAN
REDHA DENGAN KETENTUAN ALLAH
JAUHI SIFAT MEMENTINGKA N DIRI SENDIRI
DI GELAR AL-HAKAM KERANA MENGHAFAZ LEBIH DARIPADA 700,00 HADITH SERTA MEMPUNYAI PENGETAHUAN YANG MENDALAM TERHADAP ILMU HADITH
ﺍﻹﻣﺎﻢ ﺍﻠﺷﺎﻓﻌﻲ
ﺴﻓﻴﺎﻥ ﺒﻥ ﻋﻴﻳﻧﻪ
ﻴﺣﻲ ﺑﻦ ﺴﻌﻴﺪ ﺍﻠﻗﻄﺎﻦ