Kerangka Karangan Autobiografi - Aku Sebuah Wau Pendahuluan
nama – dibuat daripada kertas, buluh, benang – dilahirkan di sebuah kampung – mengambil masa yang lama untuk disiapkan
Isi – isi
badanku dilukis dengan ilustrasi yang menarik – setelah siap aku dihantar ke kedai cenderahati yang menjual pelbagai barangan menarik termasuk permainan tradisional – harga yang diletakkan untukku agak mahal
seorang lelaki membelek diriku – tertarik akan kecantikanku – membeliku dengan harga yang mahal – membawaku pulang ke rumah – aku dijadikan hiasan dinding di sudut ruang tamunya
menunjukkan diriku kepada kawan – kawannya setiap kali mereka berkunjung ke rumah – ramai yang memuji ketinggian nilai seni pada diriku – dimainkan pada watu petang – bersam – sama keluarga
memasuki pertandingan wau – memenangi pertandingan tersebut – mendapat hadiah lumayan
Penutup
disayangi oleh tuanku – dijaga rapi – tidak rosak – bangga dapat berbakti
Kerangka Karangan Autobiografi - Aku Sebuah Motosikal Pendahuluan:
nama – dilahirkan di sebuah kilang – motosikal keluaran negara – setanding dengan motosikal dari luar Negara
Isi – isi:
reka bentuk yang cantik – berwarna merah – enjin berkuasa tinggi yang moden
aku dan rakan – rakan yang lain dihantar ke kedai – kedai motosikal seluruh Malaysia – dipamer – pengunjung tertarik melihat rupa dan gayaku – membanggakan – aku dipamerkan sebaris dengan motosikal – motosikal import
baru tiga hari di situ – tidak sempat bermesra dengan kawan – kawan baru – telah dibeli oleh seorang pemuda yang kacak – sempat aku dengar perbualan rakan – rakanku yang iri hati melihat ketampanan tuanku – dibeli dengan harga RM6 000 – dibawa pulang – berasa teruja – memulakan hidup baru bersama tuanku
disayangi oleh tuanku – akulah jantung hatinya - dimandikan setiap hari – tubuhku dijaga – tiada habuk atau debu yang sempat singgah lama di tubuhku
dibawa bersiar – siar – ditimpa kemalangan – dilanggar oleh sebuah lori – aku dan tuanku cedera parah – tuanku dikejarkan ke hospital – aku dihantar ke bengkel
Penutup:
malang tidak berbau – aku tidak dapat dibaiki – tubuhku rosak teruk - ibarat sudah jatuh ditimpa tangga - menjadi besi buruk – tamatlah riwayatku
Faedah dan Kebaikan Bersenam Pendahuluan - apa itu bersenam - aktiviti fizikal yang boleh mengeluarkan peluh - selalunya dilakukan pada waktu pagi atau petang - kelas pendidikan jasmani dan kesihatan di sekolah juga ada aktiviti bersenam. Isi-isi (Kebaikan & Faedah)
boleh menyihatkan tubuh badan - apabila bersenam badan akan mengeluarkan peluh perpeluhan dapat menyingkirkan sisa toksin dalam tubuh - selain itu dapat mengawal suhu badan kita - kita akan jadi lebih sihat
dapat bantu mengawal berat badan/mengatasi masalah obesiti - bersenam akan meningkatkan metabolisme badan, bakar lemak - maka bersenam adalah cara terbaik untuk menurunkan atau mengawal berat badan
meningkatkan stamina diri - apabila kerap bersenam - badan akan betah melakukan aktivitiaktiviti fizikal - tidak mudah penat - lebih cergas dalam menjalankan aktiviti harian
otak menjadi cerdas - apabila kerap bersenam - minda akan menjadi lebih cerdas - dapat berfikir dengan baik - penting untuk murid/pelajar - dapat memikirkan idea-idea yang tunas & bernas
sebagai aktiviti riadah - dapat menenangkan fikiran - bersenam boleh melegakan tekanan atau stres - apabila aktiviti ini dilakukan bersama kawan-kawan atau ahli keluarga - dapat mengeratkan hubungan sesama mereka
Penutup - banyak manfaat yang kita dapat dengan bersenam - banyak kesan positif yang dapat kita nikmati - lakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari - dua atau tiga kali seminggu - bersenam demi kesihatan atau cara hidup yang lebih sihat - 'badan cergas, otak cerdas'
Kerangka Karangan - Saya Sebuah Komputer Pendahuluan: -
Saya sebuah komputer bernama Toshiba.
-
Dibuat dan dipasang di Jepun.
-
Siap dipasang – dibungkus dan dimasukkan ke dalam kotak.
Isi-isi: -
Dimasukkan ke dalam kotak yang lebih besar.
-
Kotak itu kemudiannya dimasukkan ke sebuah lori.
-
Lori kemudian bergerak menuju pelabuhan.
-
Bersama teman-teman di masukkan ke kapal yang besar.
-
Kapal berlepas ke sebuah negara yang indah dan makmur, Malaysia.
-
Akhirnya tiba di Pelabuhan Klang.
-
Melalui pemeriksan ketat oleh Jabatan Kastam.
-
Kemudian dibawa dengan van ke sebuah kedai komputer.
-
Setelah beberapa hari dibeli oleh seorang ibu dengan harga RM4336.00.
-
Saya dihadiahkan oleh ibu itu kepada anak angkatnya.
-
Anak angkatnya belajar di UiTM.
-
Saya digunakan untuk menulis cerpen, menyiapkan tugasan-tugasan.
-
Saya menjalankan tugas dengan lancar dan gembira.
-
Apabila rosak saya dihantar ke pusat servis.
Penutup: -
Tiga tahun kemudian, tuan saya membeli komputer baru.
-
Saya diletakkan di sudut bilik dan tidak digunakan lagi.
-
Meratapi nasib malang.
Autobiografi: Aku Sebuah Televisyen Kerangka Karangan
Dilahirkan di sebuah kilang Panasonic di Shah Alam. Dihantar ke sebuah kedai elektrik di Kuala Lipis. Dipamerkan di dalam almari kaca. Dibeli oleh seorang lelaki. Diletakkan di ruang tamu rumahnya. Aku digunakan dengan lasak setiap hari. Rosak akibat petir. Dibuang
Aku Sebuah Televisyen
Aku dilahirkan di sebuah kilang televisyen Panasonic di Shah Alam. Badanku berbentuk leper dan kebanyakan bahagian badan ku diperbuat daripada plastik. Aku dicipta untuk membolehkan manusia menonton berita, cerita dan sebagainya. Bagaimanapun, meraka sering menggunakan aku untuk berhibur. Oleh itu ramai manusia ingin memiliki ku bagi menghiburkan mereka di rumah dan sebagainya. Setelah aku dan rakan-rakan ku selesai dipasang dan diuji, kami diletakkan di dalam sebuah kotak yang selesa untuk dihantar ke kedai-kedai elektrik di seluruh Malaysia. Aku dihantar ke sebuah kedai di Bandar Kuala Lipis, Pahang. Kemudian, aku dipamerkan di dalam almari kaca di kedai tersebut. Setiap kali pengunjung datang ke kedai itu, mereka pasti melihat-lihat aku. Ramai yang bertanya tentang harga ku dan memuji-muji akan kecantikan dan kecanggihan aku. Walau bagaimanapun mereka tidak mampu membeli ku kerana harga aku lebih mahal berbanding dengan televisyen-televisyen yang lain. Pada suatu hari, aku dikunjungi oleh seorang lelaki muda. Dia sangat berminat untuk memiliki aku apabila dia cuba tawar-menawar harga ku dengan tuan kedai. Akhirnya dia bersetuju membeli ku dengan harga RM3600.00. Selepas itu, aku dibawa balik ke rumahnya di Kampung Merapoh dan diletakkan di ruang tamu rumahnya. Aku lihat isteri dan anak-anaknya sangat gembira memperolehi aku. Sejak dari hari itu, aku sering digunakan oleh keluarga Encik Ali tanpa mengira waktu. Walaupun aku berasa sangat penat, namun aku terpaksa menunaikan tanggungjawab ku menghiburkan mereka. Kadang-kadang aku terus dipasang walaupun pada waktu itu hujan dan kilat sambar-menyambar. Aku berasa sedih kerana mereka tidak memperdulikan akan keselamatan diri ku. Akhirnya semasa mereka menonton ku pada suatu malam, aku terpadam secara tiba-tiba akibat disambar petir. Aku tidak boleh dibaiki lagi kerana perutku telah hangus terbakar. Akhirnya aku dibuang ke tempat perlupusan sampah. Walaupun begitu, aku tetap berasa bangga kerana dapat juga aku membuat bakti semasa hidupku.
Aku Sebuah Kapal Terbang
Namaku Great. Aku ialah sebuah kapal terbang persendirian. Aku dilahirkan di sebuah kilang di luar negara iaitu di Amerika. Setelah lengkap semua anggota badanku dipasang,aku dicat dengan warna kegemaranku iaitu,merah. Aku kemudiannya dieksport ke Malaysia menggunakan sebuah kapal laut yang besar. Sekarang,aku sudah menjadi warganegara Malaysia. Setibanya di Malaysia,aku dihantar ke ruang pameran kapal terbang persendirian yang terbesar di sini. Aku dipamerkan bersama-sama rakan-rakanku yang lain. Selama aku di sini,akulah yang selalu mendapat perhatian dan pujian orang ramai.Mereka kagum dan tertarik akan rupa parasku. Kawan-kawanku sering iri hati terhadap aku. Setelah dua minggu aku di ruang pameran itu,akhirnya aku terpaksa meninggalkan kawankawan yang telah menjadi sebahagian daripada hidupku. Aku dibeli oleh seorang jutawan ternama. Nama tuanku ialah Tan Sri Kamil. Aku dipandu pulang ke rumahnya yang terletak di Sri Hartamas oleh seorang juruterbang yang berpengalaman luas. Tugas aku adalah untuk membawa tuanku atas urusan kerja. Selain itu, aku turut digunakan untuk membawa tuanku melancong sama ada di dalam Malaysia atau di luar negara. Aku dijaga dengan baik bagai menatang minyak penuh. Pada suatu hari,tuanku hendak pergi bercuti ke luar negara iaitu ke Jepun. Dalam perjalanan, dengan tidak semena-mena juruterbang yang memanduku hilang kawalan dan akibatnya aku terhempas di dalam hutan yang tebal. Badanku habis remuk dan rangka-rangka badanku patah dan berkecai. Akibat kemalangan itu juga, tuanku meninggal dunia. Perasaan aku pada waktu itu umpaca kaca terhempas ke batu. Aku begitu sedih sekali. Aku dibawa ke tempat kelahiranku dan dibaiki semula. Setelah siap dibaiki, aku dihantar ke Malaysia semula. Malangnya, keluarga tuanku membuat keputusan untuk menjualku kepada orang lain memandangkan tiada siapa yang mahu akan diriku lagi. Hatiku terguris tetapi aku bangga kerana pernah mempunyai seorang tuan yang baik dan aku berpeluang menaburkan bakti kepadanya.
Ditulis oleh: Nur Syarahanim Mohd Naim 6 Aman Sekolah Kebangsaan Kuang
Aku Sebuah Basikal Aku berasal dari "Negara Matahari Terbit". Aku dibuat di sebuah kilang di negara maju itu. Badanku terdiri daripada besi, getah, kaca dan plastik. Setelah siap dipasang, aku digelar basikal. Aku dan kawan-kawanku yang lain ditempatkan di sebuah bilik di kilang itu sementara menunggu untuk dipasarkan. Aku berasa sungguh gembira kerana ramai kawan-kawan memuji kecantikanku. Tidak lama kemudian, aku dan kawan-kawanku dihantar ke sebuah pelabuhan untuk menaiki sebuah kapal dagang. Aku berasa sungguh seronok apabila mendapati kami akan dihantar ke Malaysia. Melalui perbualan beberapa orang kelasi kapal itu, aku dengar ramai kanak-kanak di Malaysia ingin memiliki kami. Aku semakin bangga. Nasib kami sungguh malang. Tanpa disangka kapal yang kami naiki karam setelah dipukul ombak besar. Aku dan kawan-kawanku tenggelam ke dasar laut. Setahun kemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu badanku sudah berkarat. Penyelam itu membawa aku dan kawan-kawanku naik ke daratan. Akhirnya kami dihantar ke kilang kitar semula. Aku berasa sungguh kesal kerana telah menjadi bahan terbuang sebelum sempat mencurahkan baktiku kepada orang Malaysia. Bagaimanapun, itu tidak penting kerana aku yakin semuanya adalah ketentuan Tuhan.
Aku Sehelai Baju Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku dipakaikan pada sebuah patung dan diletakkan di dalam almari cermin. Tanda harga yang terlekat di badanku menunjukkan RM 150. Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadis bernama Linda. Linda memakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja kawan-kawan Linda melihat diriku, mereka semua memuji kecantikan yang aku miliki. Selang beberapa bulan, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila melihat badanku berkedut, dia mengambil seterika lalu menggosokku. Ketika badanku diseterika, telefon berdering. Linda berlari meninggalkan aku sehingga terlupa untuk menutup suis seterika. Badanku mula terasa panas. Aku cuba menahan keperitan tetapi akhirnya aku hanya mampu menangis kerana terlampau sakit. Lama-kelamaan sebahagian badanku terbakar. Apabila terhidu bau badanku terbakar, Linda tergesa -gesa mendapatkanku. Namun sudah terlambat kerana sebahagian badanku telahpun hangus. Kini aku hanya menjadi penghuni setia almari usang.
Aku sebuah Komputer Riba Aku sebuah komputer riba yang berjenama HP. Aku dilahirkan di sebuah kilang komputer yang terletak di Johor Bahru. Aku berbentuk segi empat dan berwarna hitam. Aku merupakan hasil ciptaan canggih pada era kemajuan sains dan teknologi. Selepas siap dibuat, aku dimasukkan ke dalam kotak. Aku dan rakan-rakan dihantar ke sebuah kedai komputer dengan lori yang besar. Aku dipamerkan di dalam almari kaca. Aku diletakkan tanda harga RM 2499.Di sana, aku berkenalan dengan rakan-rakan seperjuangan aku yang berjenama lain. Kami mempunyai keistimewaan tersendiri untuk menarik perhatian pelanggan. Pada suatu hari, seorang wanita berkunjung ke kedai komputer tersebut. Dia ingin membeli komputer untuk anaknya sebagai hadiah hari jadi. Selepas mendengar penerangan penjual komputer, dia tertarik oleh kecantikan dan keistimewaan aku lalu memilih aku. Aku dibeli dan dibawa pulang ke rumah. Kehadiran aku disambut oleh ahli keluarganya dengan tangan terbuka. Tuan aku bernama Bin Quan. Dia murid yang rajin dan bertanggungjawab. Tuan aku menggunakan aku untuk melayari internet, membuat projek sekolah, bermain permainan komputer atas talian dan sebagainya. Aku berasa bangga dan gembira kerana dapat bergembira bersama tuan aku. Bin Quan menjaga aku dengan baik bagai menatang minyak yang penuh. Setiap kali selepas menggunakan aku, dia akan menutup aku dengan penutup plastik. Tuan aku mengelap aku pada setiap hujung minggu. Tuan aku menggunakan aku dengan cermat.
Aku bersyukur mempunyai tuan yang menghargai perkhidmatan aku. Aku berjanji akan terus berkhidmat untuk tuan aku buat selama-lamanya. Ke Dusun Buah-buahan Pada musim buah-buahan yang lepas,bapa membawa kami sekeluarga berkunjung ke dusun buah-buahan datuk yang terletak di hujung kampung. Kami berkunjung ke sana dengan menaiki kereta bapa yang baharu. Setibanya di destinasi, datuk menyambut kami dengan tangan terbuka. Kemudian,beliau membawa kami melawat dusunnya. Terdapat pelbagai jenis pokok di dusun datuk. Antaranya termasuklah pokok durian, pokok manggis, pokok rambutan dan sebagainya. Semua pokok buah-buahan di dusun datuk berbuah lebat. Saya menolong datuk mengutip buah durian yang gugur. Bau buah durian sungguh harum dan enak. Durian-durian yang dikutip diletakkan di dalam bakul yang besar. Abang dan kakak pula mengait buah rambutan dengan galah yang panjang. Rasa buah rambutan manis dan lazat. Di dusun datuk terdapat sebuah pondok yang besar. Kami meletakkan buah-buahan di pondok tersebut. Datuk mengopek buah durian untuk kami. Kami berehat di pondok sambil menikmati keenakan durian. Selain itu, kami juga menjamah buah manggis dan langsat. Sebelum pulang, datuk memberi beberapa jenis buah-buahan kepada kami sebagai buah tangan. Kami mengucapkan terima kasih kepada datuk. Selepas itu, kami meminta diri untuk pulang ke rumah. Berkunjung ke dusun buah-buahan merupakan pengalaman baru saya. Saya amat menghargai pengalaman sedemikian dan berharap dapat berpeluang ke dusun lagi pada masa akan datang.
Kegunaan Komputer Komputer merupakan sejenis alat ciptaan elektronik yang canggih pada era sains dan teknologi. Komputer mempunyai banyak kegunaannya. Kita boleh melayari internet dengan komputer. Melalui internet, kita boleh melayari pelbagai laman web untuk memperoleh maklumat. Ini boleh meluaskan pandangan dan menambahkan pengetahuan kita. Dengan itu, kita tidak akan menjadi katak di bawah tempurung. Selain itu, kita boleh menggunakan komputer untuk menulis laporan dan membuat projek kerja sekolah. Laporan yang ditaip dengan komputer boleh disimpan, dibetulkan dan dicetak. Datadata yang disimpan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja. Semua ini menjimatkan masa dan memudahkan kerja kita. Di sekolah, guru menggunakan komputer untuk menyampaikan pengajaran. Grafik dan illustrasi yang beranimasi dan berwarna-warni menarik minat murid-murid. Dengan itu, murid-murid boleh menguasai kemahiran dengan baik. Justeru, mereka dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Kita juga boleh mendapat hiburan dengan komputer.Untuk mengurangkan tekanan hidup dan menghiburkan diri, kita boleh menonton video, mendengar muzik dan bermain permainan komputer. Selain itu, kita juga boleh menggunakan komputer untuk menghubungi kawan-kawan dan berbual-bual dengan mereka yang jauh dengan rangkaian sosial Facebook. Kesimpulannya, komputer memberi banyak manfaat kepada kita. Komputer menjadikan hidup kita lebih selesa dan bermakna.
Aku Sebuah Telefon Bimbit Aku sebuah telefon bimbit yang canggih. Aku bernama Samsung Galaxy S5 dan aku berwarna hitam. Aku dilahirkan di sebuah kilang elektronik yang terletak di Senai, Johor. Setelah siap dibuat, aku diletakkan di dalam sebuah kotak. Selepas itu, aku dihantar ke sebuah kedai telekomunikasi di Skudai. Aku berharga RM1800. Aku berkenalan dengan rakanrakan seperti Oppo, Sony, Iphone dan sebagainya. Aku dan rakan-rakan dipamerkan di dalam almari kaca. Kami menunggu tuan kami dengan sabarnya. Pada suatu hari, seorang wanita berkunjung ke kedai tersebut. Beliau ingin membeli telefon bimbit untuk anaknya sebagai hadiah hari jadi. Beliau membelek-belek aku dan mencuba beberapa fungsi aku yang canggih. Beliau tertarik oleh keanggunan aku lalu membeli aku. Aku dibawa pulang ke rumahnya. Tuan aku bernama Anis. Dia pemuda yang rajin dan bertanggungjawab. Anis menjaga aku dengan baik bagai menatang minyak yang penuh. Anis membawa aku ke pejabat semasa bekerja. Rakan Anis memuji kecanggihan aku. Aku berasa bangga dan aku suka akan tuan aku. Anis menggunakan aku untuk berhubung dengan kawannya. Aku juga digunakan untuk melayari Internet. Anis selalu menggunakan aku untuk menghantar pesanan ringkas kepada kawan-kawannya. Dia juga bermain permainan komputer atas talian untuk melapangkan fikirannya. Tuan aku menggunakan aku dengan cermat. Aku bersyukur kerana mempunyai tuan yang baik. Aku akan terus berkhidmat untuk tuan aku.
Sekolah saya
Sekolah saya bernama SJK (C ) Pu Sze. Sekolah saya terletak di Skudai. Kawasan sekolah saya besar, ceria dan bersih. Bangunan sekolah saya terdiri daripada dua blok, iaitu blok A dan blok B. Terdapat 45 buah bilik darjah di sekolah saya. Di sekolah saya juga terdapat bilik-bilik khas. Antaranya termasuklah dewan kuliah, perpustakaan, makmal sains, bilik muzik, bilik komputer dan kantin. Murid-murid di sekolah saya belajar dalam dua sesi, iaitu sesi pagi dan sesi petang. Terdapat kira-kira 150 orang guru dan kira-kira 3000 orang murid belajar di sekolah saya. Guru Besar sekolah saya bernama Ong Min Yock. Beliau seorang guru besar yang peramah, mesra tetapi tegas. Semua guru di sekolah saya berdedikasi, rajin dan bertanggungjawab. Selain itu, murid-murid juga berbudi bahasa dan rajin belajar. Murid-murid di sekolah saya juga menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum. Antaranya termasuklah pasukan badan beruniform, persatuan, sukan dan permainan. Murid-murid menjalankan aktiviti tersebut pada hari Sabtu. Pencapaian murid-murid di sekolah saya sungguh menggalakkan. Mereka sentiasa belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Murid-murid juga turut mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai pertandingan. Saya suka akan sekolah saya. Saya suka belajar di sekolah ini kerana sekolah ini selesa dan berpotensi.
Tajuk karangan Laporan lawatan ke kilang nanas
LAPORAN LAWATAN KE KILANG NANAS
Pada 12 Julai 2015 yang lepas, Persatuan Sains SJK (C) Pu Sze telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kilang Nanas Lee Rubber. Kilang nanas tersebut terletak di Skudai. Kami menaiki bas sewa yang berhawa dingin ke sana. Rombongan kami terdiri daripada 30 orang murid dan empat orang guru pengiring. Kami diketuai oleh Cikgu Qiaokelic Tan.Tujuan lawatan sambil belajar ini adalah untuk menambahkan pengetahuan dan membolehkan murid melihat pemprosesan nanas. Setibanya di destinasi, pengurus kilang, Encik Ooi menyambut kami dengan tangan terbuka. Beliau memberi taklimat ringkas kepada kami. Kami diingatkan supaya mematuhi peraturan kilang semasa berada di dalam kilang. Kemudian, beliau membawa kami melawat kilangnya. Rombongan kami dibawa melawat setiap bahagian kilang mengikut kumpulan. Kami melihat bagaimana nanas dipotong, diproses dan ditinkan. Encik Lim juga memberi penerangan kepada kami. Kami pasang telinga dan mendengar dengan teliti. Selain itu, kami juga menonton tayangan video dan melihat pameran perusahaan nanas di sana. Sebelum meninggalkan kilang, kami menikmati jus nanas yang enak. Encik Lim juga menghadiahkan nanas dalam tin kepada kami. Kami mengucapkan terima kasih kepada beliau. Kami berasa gembira menerima buah tangan. Rombongan kami tiba di pekarangan sekolah pada waktu tengah hari. Lawatan ini telah meluaskan pandangan dan menambahkan pengetahuan kami.
Disediakan oleh,
______________ (TANG TING TONG) Setiausaha, Persatuan Sain, SJK ( C ) Pu Sze.
18 JULAI 2015.
Kerangka Karangan Laporan - Lawatan sambil Belajar ke Kilang Batik
Contoh soalan: Persatuan Bahasa Malaysia sekolah kamu telah mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang batik. Kamu sebagai setiausaha persatuan diminta untuk meyediakan laporan tentang lawatan tersebut. Sediakan laporan itu selengkapnya.
Pendahuluan tajuk laporan – melawat ke kilang batik – disertai oleh 40 orang murid dan tiga orang guru pengiring. Isi – isi guru memberikan taklimat dan pesanan – murid – murid diingatkan supaya menjaga nama baik sekolah – rombongan bertolak tepat pukul 8.00 pagi. kedatangan kami disambut dengan mesra – rombongan dibawa melawat di sekitar kilang – diberikan penerangan tentang proses – proses menghasilkan batik (mencanting, mewarna dan sebagainya) berpeluang melukis corak pada kain – mendapat tunjuk ajar daripada para pekerja – mendapat pengalaman baru setiap peserta diberikan cenderamata – sebagai tanda kenangan – dijamu dengan jamuan ringan di kilang kantin Penutup rombongan bertolak pulang pada pukul 4.00 petang – banyak pengetahuan diperoleh – tandatangan pelapor
Laporan: Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Sabun Andaikan bahawa anda setiausaha sesuatu persatuan di sekolah anda. Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang lawatan ke sebuah kilang yang telah dijalankan oleh persatuan tersebut. Sediakan laporan itu selengkapnya. Rangka karangan. Pendahuluan - Persatuan Kemahiran Hidup mengada lawatan ke kilang sabun - jumlah peserta dan guru yang terlibat dalam rombongan - tujuan lawatan; mendedahkan tentang proses membuat sabun - menambahkan ilmu pengetahuan - memupuk semangat keusahawanan Perenggan ke-2 - bertolak dengan menaiki bas - tiba di kilang sabun dengan disambut oleh pegawai kilang - mendengar taklimat Perenggan ke-3 - dibawa ke bahagian memproses sabun - proses dijalan dengan mesin berteknologi tinggi - pekerja kilang memakai pakaian seragam dan sarung tangan khas - peserta menyoal pekerja kilang dan dilayan mesra Perenggan ke-4 - dibawa ke bahagian pembungkusan sabun - pelbagai jenis sabun sedang diproses - mesin yang canggih - diberi jamuan ringan Penutup - setiap peserta diberi cenderamata sebelum pulang - cenderamata kepada pihak kilang sebagai tanda penghargaan - peserta sangat seronok dan mendapat banyak pengetahuan
LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG SABUN Pada 23 Januari 2010, Persatuan Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Merapoh telah mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang sabun di Kuala Lumpur. Seramai 30 orang ahli persatuan dan 3 orang guru pengiring terlibat dalam rombongan tersebut. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan para pelajar tentang proses membuat sabun. Justeru, akan menambahkan ilmu pengetahuan serta memupuk semangat keusahawanan para pelajar. Peserta bertolak pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki bas yang disewa khas. Kami sampai ke kilang sabun itu pada pukul 9.30 pagi. Ketibaan kami disambut oleh beberapa orang pegawai kilang. Kemudian, satu taklimat ringkas tentang kilang tersebut disampaikan oleh salah seorang pegawai kilang tersebut. Selepas itu para peserta dibawa ke beberapa bahagian memproses sabun. Sebahagian besar kerja memproses sabun ini dilakukan oleh mesin yang berteknologi tinggi. Pekerja-pekerja di kilang tersebut memakai pakaian seragam yang berwarna hijau dan sarung tangan ketika bekerja. Di situ, ramai peserta mengambil kesempatan menyoal beberapa orang pekerja kilang yang sedang bertugas dan mereka dilayan dengan mesra. Pada pukul 11.00 pagi, para peserta dibawa ke bahagian pembungkusan sabun. Di situ terdapat pelbagai jenama sabun seperti Lux, Protex dan Okchid dibungkus dengan mesin yang canggih. Kemudian pada pukul 12.30 tengah hari, semua peserta diberi sedikit jamuan ringan di kantin kilang tersebut. Para peserta bertolak balik pada pukul 2.00 petang. Kami diberi sebuku sabun setiap seorang sebagai cenderamata oleh pihak kilang. Guru pengiring iaitu Cikgu Aisyah telah menyampaikan cenderamata kepada pengurus kilang sebagai tanda penghargaan. Para peserta dilihat sangat seronok menyertai rombongan ini kerana mendapat banyak pengetahuan serta dapat melihat sendiri cara-cara membuat sabun. Disediakan oleh, 2010. .................................................. (Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi) Setiausaha, Persatuan kemahiran Hidup.
25 JANUARI