1 IMPLIKASI ALIRAN FALSAFAH PROGRESIVISME, PRAGMATISME, REKONSTRUKTIVISME DAN EKSISTENSIALISME DI DALAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (PTV)
Terdapat dua cabang falsafah barat iaitu falsafah aliran tradisional dan aliran moden. Kertas kerja ini akan membincangkan implikasi empat falsafah moden di dalam falsafah pendidikan teknik dan vokasional. Empat falsafah tersebut adalah Pragmatisme, Progresivisme, Rekonstruktivisme dan Eksistensialisme yang lahir daripada penentangan terhadap aliran pemikiran tradisional.
Pragmatisme merupakan falsafah moden yang pertama lahir daripada aliran pemikiran tradisional idealisme dan realisme. Manakala Progresivisme dan Reknstruktivisme memperkembangkan ciri-ciri yang terdapat didalam pendidikan pragmatisme dari sudut peranan kurikulum. Di dalam Pragmatisme, kurikulumnya hanya memperkenalkan jalan penyelesaian masalah, manakala dalam falsafah pendidikan Progresivisme, kurikulumnya memberikan penekanan kepada kemahiran-kemahiran penyelesaian masalah dan Rekonstruktivisme pula menitik beratkan kepada jawapan dan alternatif-alternatif kepada masalah. Eksistentialisme pula terkeluar daripada falsafah-falsafah di atas. Walaubagaimanapun, ia masih bergantung kepada falsafah-falsafah diatas.
2 1
Aliran Falsafah Pragmatisme di dalam PTV
1.1
Latar belakang Falsafah Pragmatisme
Pragmatisme telah membawa perubahan yang besar terhadap budaya Amerika dari lewat abad ke 19 hingga kini. Falsafah ini telah dipengaruhi oleh teori Charles Darwin dengan teori evolusinya dan Albert Estein dengan teori relativitinya. Falsafah ini cenderung kepada falsafah epistomologi dan aksiologi dan sedikit perhatian terhadap metafizik. Falsafah ini merupakan falsafah di antara idea tradisional mengenai realiti dan moden mengenai nihilsme dan irrationalisme. Idea tradisional telah mengatakan bumi ini tetap dan manusia mengetahui hakiki mengenai bumi dan perkara-perkara nilai murni, sementara nihilsme dan irrationalisme adalah menolak semua dugaan dan ketentuan.
1.2
Definisi Falasafah Pragmatisme
Perkataan Pragmatisme berasal dari perkataan Greek iaitu pragma yang bermaksud kerja. Ini boleh dimaksudkan sebagai kaedah mengatur dan mengurus perkara yang harus dilakukan oleh seseorang. Dari segi sudut falsafahnya, iaitu pembinaan kehidupan manusia dan mencari keperluan. Sebenarnya pragmatisme ialah satu mazhab falsafah yang dikaitkan dengan teori makna (theory and meaning). Ahli-ahli pragmatisme menganggap bahawa idea manusia mengenai alam adalah neutral, ini bermaksud realiti adalah interaksi antara manusia dan alam sekeliling.
3 1.3
Tujuan Falasafah Pragmatisme
Pragmatisme menolak semua punca yang membawa kesan negatif kepada masyarakat contohnya satu idea mengenai keadilan mutlak. Manusia harus menerima perubahan, oleh itu cara dan matlamat pendidikan mestilah fleksibel dan terbuka. Pendidikan adalah matlamat dan cara di mana matlamat adalah memajukan manusia dan cara adalah bagaimana manusia melaksanakannya untuk mencapai matlamat tersebut. Realiti mestilah dicapai oleh manusia yang berinteraksi dengan alam sekeliling.
1.4
Tokoh falsafah Pragmatisme
Terdapat 3 tokoh di dalam falsafah pragmatisme iaitu Charles Sanders Pierce, Williams James dan John Dewey. Bagi Charles Sanders Pierce, beliau berminat terhadap kaedah saintifik dan matematik, juga ingin memasukkan pemikiran saintifik ke dalam falsafah dan masyarakat. Beliau mengatakan paningkatan ilmu adalah mewujudkan tabiat rohani yang boleh menguji idea melalui pemerhatian, pengujian dan persoalan. Williams James pula merupakan seorang ahli psikologi dan teologi. Beliau berminat dengan sistem nilai-nilai keagamaan dan kepercayaan. Beliau mengatakan perasaan dan logik sangat penting kepada rational dan membawa isu-isu besar kepada kehidupan, nilai-nilai dan kepercayaan agama. Jika sesuatu yang berlaku sepertimana yang difikirkan, maka ia adalah benar. Manakala John Dewey pula merupakan seorang ahli sains, teknologi, ahli falsafah dan juga pendidik. Beliau mengatakan bahawa pengalaman, kepintaran, dan masyarakat adalah alat untuk perkembangan minda. Dengan kepintaran dan pengalaman, manusia bolah menyelesaikan masalah dan juga semua ahli anggota
4 masyarakat berkemampuan untuk menyelesaikan masalah justeru demokrasi dicetuskan. Beliau juga berpendapat bahawa idea-idea tradisional hendaklah dimasukkan atau dikaji semula. Proses pertanyaan adalah satu transaksi dua hala di mana melibatkan manusia dan realiti. Manusia melakukan sesuatu terhadap alam sekeliling dan manusia bertindak balas ke atas alam sekeliling dan alam sekeliling akan bertindak balas, maka alam sekeliling bertindak terhadap manusia.
1.5
Implikasi Aliran Falsafah Pragmatisme dalam PTV
Aliran ini amat sesuai didalam falsafah pendidikan teknik dan vokasional kerana di dalam falsafah pendidikan teknik dan vokasional, ia bertujuan untuk melahirkan para pelajar yang dapat menguasai kemahiran hasil penjelmaan daripada pengetahuan-pengetahuan yang dipelajari. Di dalam falsafah PTV, adalah menekankan kepada outcome-outcome tertentu seperti pelajar mempelajari matapelajaran teori litar elektrik, di dalam konteks pragmatisme, setelah pelajar itu mempelajarinya, pelajar akan dapat menyelesaikan masalah-masalah ataupun soalan-soalan yang diberikan oleh guru. Disamping itu, pelajar sepatutnya juga dapat membina litar elektrik tertentu. Seterusnya, aliran falsafah pragmatisme amat bertepatan dan berguna bagi pelajar PTV ini memandangkan aliran ini memerlukan penyelesaian masalah. Antara teknik penyelesaian masalah yang boleh digunakan di dalam PTV adalah teknik PBL ( problem base learning), brainstorming, ujikaji dan lain-lain. Teknik-teknik ini akan dapat melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran-kemahiran yang jitu dan dapat menguasai sepenuhnya ilmu pengetahuan yang dipelajarinya. Misalnya, satu masalah diberi kepada pelajar iaitu ‘Apakah punca berlakunya ‘short circuit’ di dalam litar elektrik?’. Dengan cara ini, pelajar akan dapat menguasai ilmu teori
litar elektrik itu bukan saja dari segi pengetahuan tetapi juga dari segi pengetahuan ‘ skill’.
5
Secara keselurhannya, terdapat 3 golongan masyarakat di dalam pendidikan teknik dan vokasional yang menerima implikasi daripada falsafah pragmatisme ini. Guru merupakan salah satu golongan yang menerima implikasi tersebut, guru merupakan seorang ketua projek penyelidikan dan perlu mengambil bahagian di dalam usaha menimba ilmu. Mereka harus mengetahui sesuatu pelajaran dan juga hal-hal mereka. Guru akan mengenengahkan masalah dan beberapa penyelesaian masalah di samping menggalakan para pelajar mencari penyalesaian lain terhadap masalah tersebut. Sekolah juga tidak boleh dipisahkan dari kehidupan kerana sekolah adalah tempat untuk pelajar menguji kebenaran dan kebenaran dugunakan untuk penghidupan pelajar. Implikasi daripada falsafah pragmatisme ini, sekolah-sekolah yang lengkap dengan prasarana untuk pelajar menjalankan amali ataupun ujikaji lebih banyak telah dibina.
Pelajar pula merupakan pelajar yang semulajadi kerana pelajar akan belajar perkaraperkara yang diminati sahaja. Pelajar mestilah belajar mengenai alam sekeliling kerana pelajaran memberikan kesan terhadap kehidupannya. Manusia adalah organisme sosial dan kajihayat yang mempunyai daya tenaga dan gerak hati untuk hidup, untuk menambah tumbesaran dan perkembangan. Manusia juga perlu hidup di kawasan atau alam sekalilingnya di mana manusia akan menemui masalah dan mereka perlu bijak untuk menyelesaikan masalah. Untuk itu, hasil daripada aplikasi falsafah pragmatisme di dalam PTV, para pelajar akan dapat diberikan pendedahan untuk bijak menyelesaikan masalah dan juga teknik-teknik penyelesaian masalah bagi sesuatu masalah yang akan diberikan. Pelajar juga tidak semestinya mengikut prinsipprinsip moral, tetapi mereka dapat belajar membuat keputusan terhadap tindakan moralnya supaya dapat diterima oleh orang lain.
6
Kurikulum sekolah juga mendapat kesan hasil daripada falsafah pragmatisme di dalam PTV ini. Sebagaimana yang kita maklum, pendidikan adalah satu penghidupan dan bukan persediaan untuk penghidupan. Maka kurikulum perlu dihubungkaitkan dengan masalah semasa dan hendaklah diselesaikan oleh pelajar dan juga masyarakat. Oleh kerana itu, kini di dalam pendidikan teknik dan vokasional, terdapat banyak mata pelajaran yang bersangkut paut dengan kehidupan sebenar pelajar contohnya di dalam mata pelajaran sains yang banyak menerangkan bagaimana hidupan di bumi ini sangat memerlukan di antara satu sama lain, yang mana ia boleh dilihat sendiri oleh pelajar di dalam kehidupan sebenar mereka. Kurikulum juga tidak mengandungi fakta-fakta atau idea-idea atau pengetahuan yang perlu dikuasai pada masa akan datang, tetapi mestilah mengandungi bermacam-macam pengalaman mengenai evolusi. Disebabkan pengalaman tidak pernah kekal benar, maka kurikulum mesti selalu bertukar. Sepertimana yang berlaku kini, silibus ataupun sukatan matapelajaran sering kali diubah mengikut kemampuan semasa pelajar, dengan ini dapatlah kita melahirkan pelajar yang mengetahui ilmu-ilmu terkini di dalam pendidikan teknik dan vokasional.
2
Aliran Falsafah Progresivisme di dalam PTV
2.1
Latarbelakang Falsafah Progresivisme
Falsafah ini wujud pada abad ke 20, tetapi sebenarnya pada akhir abad 19 ianya sudah bermula. Ianya berkembang daripada falsafah pragmatisme dan kemudian dibentuk untuk tujuan pendidikan oleh John Dewey. Pada tahun 1915, buku yang pertama diterbitkan adalah School of
7 Tomorrow dan kemudiannya pertubuhan pendidikan progresivisme ditubuhkan empat tahun
kemudian. Selepas 30 tahun pertubuhan ini bergerak, barulah ia membawa kesan kepada pendidikan. Pada peringkat awalnya, ianya bersifat individualistik tetapi akhir 1930 an barulah ia menumpukan kepada perubahan sosial.
Falsafah ini mengatakan objektif pendidikan tradisional tidak sesuai ada zaman moden. Falsafah ini berbeza daripada skolatisisme, perenalisme dan essentialisme. Ini kerana skolatisisme mementingkan dunia akhirat manakala perenalisme pula memuja kegemilangan zaman lampau. Essentialisme menghadkan konsep essential kepada fakta dan perkara-perkara tertentu saja. Tetapi progresivisme ini pula lebih menumpukan perhaian kepada dunia sekarang iaitu masyarakat masa kini.
Pada mulanya, falsafah ini merupakan sebahagian daripada pergerakkan sosio politik yang besar di Amerika di mana ianya mendukung cita-cita untuk pembaharuan umum dan ia dipengaruhi kehidupan di Amerika Syarikat pada abad ke 19 atau akhir abad ke 20. Ahli-ahli politik progresivisme seperti Robert La Follette dan Woodrow Wilson mahukan sistem demokrasi dilaksanakan bagi menggantikan dasar monopoli. Mereka memberi tumpuan kepada memperbaiki kehidupan manusia dalam masyarakat.
2.2
Tujuan Falsafah Progresivisme Dalam PTV
Progresivisme bertujuan memberi kemahiran dan alat yang diperlukan kepada individu untuk berinteraksi dengan persekitaran yang sentiasa berubah secara konstan. Alat ini merupakan
8 kemahiran penyelesaian masalah di mana individu boleh menggunakannnya untuk mengenalpasti, menganalisa dan menyelesaikan dalam masalah di dalam matapelajaran yang dipelajari seperti matapelajaran matematik moden, matematik tambahan, teori litar, lukisan kejuruteraan dan banyak lagi. Sementara itu, ia juga boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah di dalam perkara-perkara berkaitan dengan peribadi atau personal dan juga sosial. Proses pembelajaran berfokus kepada kerjasama dan disiplin diri yang mana kedua-duanya adalah diperlukan untuk hidup dalam masyarakat berdemokrasi.
2.3
Implikasi Falsafah Progresivisme Dalam PTV
Kurikulum di sekolah-sekolah ataupun institusi pendidikan telah dibangunkan di sekeliling pengalaman sosial dan personal pelajar. Dasar pelajarannya adalah sains sosial yang digunakan sebagai pengalaman penyelesaian masalah dan projek-projek. Oleh kerana penyelesaian masalah melibatkan kemahiran-kemahiran komunikasi, proses-proses matematik dan penyelidikan saintifik maka kurikulum yang wujud berdasarkan falsafah progresivisme ini adalah benar-benar yang berkaitan dengan disiplin atau alam (nature). Ahli-ahli progresivisme juga berpendapat pendekatan induktif merupakan pendekatan yang sesuai digunakan dalam hal ini. Apa yang dimaksudkan dengan pendekatan ini adalah guru tidak perlu memberi penerangan secara am atau terperinci terhadap sesuatu pelajaran tetapi pelajar perlu membentuk penerangan sendiri. Ini dapat di lihat dengan adanya sesi pembentangan tugasan oleh para pelajar di institusi pengajian tinggi, kolej-kolej mahupun sekolah-sekolah. Dimana tugasan yang diberi merupakan tajuk-tajuk yang perlu diajar oleh guru di dalam kelas. Pendekatan induktif ini amat sesuai dilaksanakan untuk memastikan pelajar lebih memahami matapelajaran tersebut. Disamping itu,
9 akan terdapat idea-idea baru berkenaan tajuk yang dibentangkan dapat dikongsi bersama rakanrakan di kelas.
Kaedah saintifik dalam penyelidikan dan penyelesaian masalah merupakan kaedah yang diterima dalam falsafah pendidikan progresivisme. Bagi falsafah ini, buku hanyalah alat dalam proses pendidikan bukannya sebagai sumber ilmu. Ia juga tidak bergantung semata-mata kepada kaedah mengajar. Ia juga menentang kepada kaedah pembelajaran pasif iaitu pembelajaran secara menghafal dan mengingati fakta. Falsafah ini juga menentang falsafah pendidikan yang cuba mengasingkan pendidikan daripada kenyataan sosial. Dengan ini, dapat kita lihat, di dalam PTV, proses pendidikan tidak hanya tertumpu kepada buku sebagai sumber utama buku tetapi dengan kecanggihan teknologi kini, terdapat pelbagai sumber yang boleh digunakan seperti internet, journal, majalah dan sebagainya. Bagi pendidikian teknik dan vokasional, pelbagai enota dan e-jurnal dapat dicapai dengan melayari internet. Para guru juga kini tidak lagi membuat penilaian kepada pelajar hanya melalui peperiksaan yang mana pelajar perlu menghafal dan mengingati fakta-fakta untuk menjawab soalan yang dikemukakan, tetapi kini pelbagai aspek dapat dinilai oleh guru-guru. Diantaranya adalah penglibatan pelajar di dalam kelas, tugasantugasan yang diberikan, penganjuran program oleh pelajar, kuiz-kuiz, soalan-soalan secara lisan di dalam kelas dan banyak lagi. Kebanyakan teknik-teknik ini telahpun digunapakai oleh institusi pengajian tinggi, malah terdapat sekolah-sekolah sudah mula untuk menggunakan teknik penilaian ini.
Menurut falsafah progresivisme, keseluruhan bidang pengajian kurikulum perlu ditentukan dengan merujuk kepada keperluan dan desakan masa kini. Ini bermakna tiada
10 rekabentuk kurikulum yang digunakan hanya atas sebab ia berjaya pada masa lepas. Oleh kerana keperluan dan kehendak manusia sentiasa berubah, maka kurikulum PTV juga mudah diubahsuaikan dan tidak terikat pada mana-mana corak kurikulum yang lepas. Kurikulum PTV yang wujud hasil daripada falsafah ini bukan saja mempunyai matapelajaran-matapelajaran yang tidak berheirarki, tetapi ia juga lebih luas dan mungkin tidak terbatas jika dibandingkan dengan kurikulum tradisional. Kurikulum PTV kini juga mengambil kira bahawa sumber ilmu yang semakin mudah diperolehi oleh para pelajar kini. Pendidikan tradisional menetapkan had-had kurikulum tetapi progresivisme pula menolak kesemua ini. Semua matapelajaran yang di sampaikan di dalam PTV adalah bernilai dan berfaedah asalkan matapelajaran itu boleh digunakan sebagai alat untuk memenuhi kehendak, keperluan dan kepentingan setiap pelajar dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran. Selain itu, pelajar juga dapat menghadapi cabaran atau perubahan dalam kehidupan sebagai individu serta sebagai ahli masyarakat.
Implikasi falsafah ini juga adalah, kebebasan diberikan kepada pelajar bagi mengejar apa sahaja ilmu dan kemahiran yang diminatinya untuk perkembangan mental, jasmani dan rohaniya. Contohnya, seperti yang telah diimplimentasikan oleh kerajaan kini, bermula pada tingkatan empat, pelajar telah diberikan peluang untuk memilih bidang pengajian mengikut pakej-pakej yang diminati dengan seluas-luasnya. Dengan pengenalan pakej PTV lepasan tingkatan tiga, telah memberi sesuatu nafas baru kepada pelajar untuk memilih bidang PTV yang diminati sesuai dengan keperluan kerjaya yang difikirkan mampu menjana sosio ekonomi seseorang individu.
11 Falsafah ini juga memberikan kesan terhadap guru-guru, dimana falsafah progresivime ini telah menegaskan bahawa ia menolak wujudnya kebenaran atau hakikat yang mutlak dan ia juga berpegang kepada doktrin. Pengajaran guru progresivisme mestilah mengutamakan pelajar. Oleh itu, guru tidak boleh menggunakan cara-cara memaksa seperti dendam, hafal dan latih tubi tetapi mesti membimbing pelajar untuk berfikir dengan kritis, menjalankan eksperimen, menyelidik, meneliti dan menimbangkan sesuatu bukti, membincangkan dengan bebas apa yang hendak dipelajari serta memberi peluang kepada pelajar untuk mendapat pendidikan daripada pengalamannya di dalam di luar bilik darjah. Sepertimana yang dilaksanakan di dalam falsafah PTV, guru-guru lebih fleksible dan mudah dibawa berbincang. Guru-guru juga dilatih untuk menyayangi para pelajarnya. Disamping itu juga, guru dilatih untuk memberikan tumpuan dalam memperbaiki kehidupan manusia dalam masyarakat. Guru juga lebih bijak mengawal suasana pembelajaran supaya perkembangan bermakna dapat dicapai. Ahli-ahli progresivisme telah menggambarkan guru sebagai pembimbing atau penasihat dalam membantu pelajar-pelajar mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka di dalam persekitaran yang sentiasa berubah secara konstan. Selain dari itu, mereka juga berperanan membantu dari segi mencari sumber-sumber data yang relevan, menafsir dan menilai ketepatan data serta merumuskan kesimpulan dalam membantu menyelesaikan masalah yang timbul. Oleh yang demikian, guru progresivisme akan mengenalpasti tahap di mana pelajar memerlukan arahan dalam kemahiran tertentu bagi membolehkan atau memudahkan mereka untuk meneruskan penyelidikan mereka. Selaras dengan itu, penekanan mesti diberikan kepada pelajar iaitu, membentuk pelajar supaya memperolehi kemahiran berfikir. Guru yang dihasilkan daripada falsafah progresivisme ini adalah lebih sabar, fleksibel, kreatif, dan inovatif serta bijak.
12 Hasil daripada falsafah progresivisme ini, sekolah-sekolah yang dibina lebih demokratik dan juga dapat memberikan suasana positif kepada pelajar. Ini kerana, ahli-ahli progresivisme berpendapat sekolah bukan saja tempat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tetapi juga untuk mendapatkan kemahiran contohnya pelajaran pertukangan yang dapat menimbulkan daya cipta daripada pelajar itu sendiri. Mengikut falsafah progresivisme, sekolah sepatutnya tidak mengajar sebarang prinsip tetap kepada pelajar-pelajar tetapi sebaliknya berperanan untuk menyediakan pelajar-pelajar pelajar-pelaja r supaya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan-keadaan yang berubah. Selain itu, sekolah berperanan untuk menggalakkan demokrasi. Pendidikan, pertumbuhan dan demokrasi sekolah itu sendiri mestilah demokratik.
3
Aliran Falsafah Rekonstruktivisme di dalam PTV
3.1
Latarbelakang Falsafah Rekonstruktivisme
Kemunculan falsafah rekonstruktivisme bermula pada tahun 1920 an oleh John Dewey apabila beliau mencadangkan istilah Rekonstruktivisme di dalam bukunya Reconstruction In Philosophy. Pada tahun 1930an ketika pergerakkan pendidikan progresif berada di puncak
masyarakat Amerika, pendidikan progresif yang significant, mahukan kemajuan dan pembentukan semula didalam pendidikan dan masyarakat. Ahli-ahli rekonstruktivisme mempercayai bahawa sekolah boleh menjadi institusi pembentukan semula masyarakat dan agen perubahan sesuatu masyarakat (Van Scottes, Kraft dan Haas, 1979).
13 3.2
Tujuan Falsafah Rekonstruktivisme
Secara amnya rekonstruktivisme memberikan penekanan terhadap melahirkan masyarakat yang demokratik dan berfikiran kritis di dalam membangunkan masyarakat tersebut. Guru berperanan penting untuk mendidik masyarakat agar dapat menerima, mengaplikasikan dan berfikiran demokrasi. Disamping itu juga, guru haruslah mendidik masyarakat agar menjadi masyarakat yang kreatif untuk menyelesaikan masalah-masalah yang mendatang. Penekanan terhadap peranan sekolah juga dinyatakan di dalam falsafah rekonstruktivisme.
3.3
Implikasi Falsafah Rekonstruktivisme Dalam PTV
Kesan daripada falsafah Rekontruktivisme ini di dalam falsafah PTV, guru-guru bukan saja bertindak menyampaikan pengetahuan malah bertanggungjawab untuk menerangkan dan mencadangkan kepada pelajarnya untuk membentuk masyarakat demokrasi di dalam persekitaran yang baik. Guru juga lebih menggalakkan pelajarnya berfikiran kehadapan yang mana boleh membentuk pelbagai jalan atau cara penyelesaian masalah, mampu menguruskan diri dan mampu membimbing pelbagai aktiviti pembelajaran secara berterusan. Oleh kerana itu, manusia digalakkan untuk membentuk bakat yang ada pada diri mereka. Ia juga menekankan ke arah pembelajaran yang aktif dan penyelesaian masalah. Hasil daripada aplikasi falsafah ini, ia akan membentuk masyarakat yang unggul. Selain itu, guru bertindak sebagai egen pengubah dan pembaru sosial serta kebudayaan. Guru juga dapat memastikan pelajarnya berhati-hati dengan masalah yang membelenggu mereka untuk diselesaikan dan memastikan pelajar mempunyai kemahiran untuk berbuat demikian.
14
Selain itu, rekonstruktive akan memberi implikasi kepada falsafah PTV ke arah pembinaan prasarana yang bersifat PTV. Aliran ini menekankan bahawa institusi itu penting. Samaada ianya ditahap sekolah, politeknik, kolej komuniti, kolej universiti, universiti dan lainlain dalam melahirkan pelajar-pelajar yang berkemahiran secara sistematik dan terancang. Sistematik adalah dari segi kaedahnya, matlamat, outcomenya dalam menghadapi zaman sains teknologi dan globalisasi. Kesimpulannya, dengan aliran ini, ia telah memberi implikasi kepada falsafah PTV yang mana memberi penekanan pembinaan lebih banyak kepada institusi PTV di Malaysia seperti pembinaan kolej komuniti, politeknik, kolej universiti yang bersifat teknikal, lebih banyak pembinaan institusi-institusi kemahiran oleh MARA-Pusat Kemahiran MARA, Pusat GIAT MARA. Di samping itu, lahirnya pelbagai kolej-kolej swasta yang bersifat teknikal seperti Universiti Multimedia, Universiti Telekom, Sunway Kolej yang menjadi medan kepada perkembangan PTV negara. Pembinaan prasarana institusi-institusi di atas adalah amat bersesuaian dan berkemestian untuk menghadapi pesaingan. Disamping mewujudkan lebih banyak institusi-institusi pengajian tinggi ini, kurikulum yang dilaksanakan juga harus dititik beratkan dan dikaji dari segi keberkesanannya terhadap proses pembelajaran yang bakal dihadapi oleh pelajar-pelajar. Seperti yang dinyatakan di dalam Laporan Kabinet, pada bulan September 1974 telah ditubuhkan satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan, Dr. Mahathir Mohamed untuk :
15 “Mengkaji semua matlamat dan kesan sisitem pelajarn sekarang, termasuk kurikulumnya, dalam rangka dasar pelajaran kebangsaan yang wujud, dengan tujuan untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat dapat dipenuhi sama ada dari jangka pendek mahupun jangka panjang lebihlebih lagi untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara kearah melahirkan masyarakat yang bersepadu, berdisiplin dan terlatih.”
4
Aliran Falsafah Eksistensialisme di dalam PTV
4.1
Latarbelakang Falsafah Eksistensialisme
Eksistensialisme adalah salah satu falsafah baru yang muncul di Eropah selepas Perang Dunia Pertama. Seorang ahli falsafah Denmark, Soren Kierkegaard telah menyediakan asas bagi falsafah ini apabila beliau menulis mengenai kebebasan dalaman manusia untuk mengarahkan penghidupannya. Falsafah ini tidaklah begitu popular pada awalnya sehinggalah selepas Perang Dunia Kedua di mana ia mula mendapat perhatian umum. Menurut Van Scottes, Kraft dan Haas (1979), falsafah ini terlalu individualistik dan juga terlalu bergantung atas faktor-faktor yang subjektif seperti intuisi, merenung ke dalam, penghayatan emosi dan perasaan keseorangan.
4.2
Tujuan Perlaksanan Falsafah Eksistensialisme Dalam PTV
Secara amnya eksistensialisme berasaskan naturalisme dan mazhab humanis yang mana
16 memberikan tumpukan kepada kewujudan manusia berkaitan dengan individu dilahirkan dan seterusnya membentuk diri sendiri. Individu juga mestilah bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan bebas menentukan arah hidupnya. Di dalam pendidikan, guru mestilah menghormati pelajar dan pelajar mesti menghormati kebebasan guru. Kedua-duanya diperlukan bagi membentuk pendidikan yang diinginkan.
4.3
Implikasi Falsafah Eksistensialisme Dalam PTV
Kesan daripada falsafah eksistensialisme ini di dalam falsafah PTV ialah meletakkan pendidikan PTV yang berasaskan kepada kemahiran dan pengetahuan menjadi pendidikan yang penting kepada pembangunan dan pembinaan sesuatu masyarakat. Masyarakat yang menguasai pendidikan khasnya PTV akan dapat membangunkan masyarakat, contohnya masyarakat yang dapat menguasai pembinaan empayar maka masyarakat atau tamadun sesuatu bangsa itu akan menjadi unggul contohnya pembinaan empangan Saad di Baghdad yang mampu menbina pembangunan ekonomi di negara tersebut. Selain daripada itu, pendidikan mampu membangunkan penghidupan manusia, contohnya pendidikan penguasaan angkasa lepas seperti pembinaan satelit, ianya telah memberikan pembangunan dalam telekomunikasi masyarakat dunia. Dengan kemajuan pengetahuan kejuruteraan elektrik perhubungan atau telekomunikasi telah melahirkan teknologi telefon bimbit yang mana telah membantu pembangunan perhubungan, ekonomi, sosial, politik, keselamatan dan sebagainya kepada masyarakat. Oleh itu, ciri aliran eksistensialisme mampu membawa membawa perubahan kepada masyarakat sukarnya di bawa dengan teliti.
17 Rujukan
1.
Syarifah Alawiyah Alsogoff. (1987). Falsafah Pendidikan . KL : Heinemann Educational Books ( Asia ).
2.
Abdul Rahman Md Aroff, Zakaria Kasa . (1986). Falsafah dan Konsep Pendidikan. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
3.
Salleh Lebar. (1996). Kurikulum pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur. : Berita Publishing.
4.
Robin B. , Ronald W. (1994). An Introduction to Philosophy of Education. United State: Routledge.
5.
Sidek Baba. (30 November 1998). Pembangunan Sahsiah Tunjang Pendidikan Negara. Dicapai Julai 16, 2005, dari
http://www.geocities.com/athens/parthenon/4926/rencana/tunjang.htm