Bab 9: Warisan Kesultanan Melayu
SMK Danau Kota, Kuala Lumpur
Warisan Kesultanan Melayu
Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran
Negeri-negeri Melayu mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Raja menjadi tunggak utama utama dalam sistem pemerintahan beraja. Struktur pentadbiran negeri-negeri Melayu bermula dari peringkat kampong, daerah dan jajahan dan seterusnya negeri.
Sultan
Pembesar Membantu Sultan Mentadbir
Daulat Sultan Diperkukuhkan
Pentadbiran di peringkat negeri diketuai oleh Sultan atau Raja. Raja dibantu oleh kaum kerabat dan pembesar. Raja berdaulat memiliki kesempurnaan, kebolehan, dan keistimewaan dalam mentadbir kerajaannya. Kedaulatan raja dapat dilihat melalui kemampuannya melaksanakan undangundang dengan adil dan menjamin keamanan serta kesetiaan pembesar dan rakyat yang tidak berbelah bagi.
Alat-alat kebesaran seperti cop mohor, tengkolok, keris, pedang, lembing, tombak berambu, payung ubur-ubur kuning, kendi, ketur, kipas dan tepak sireh. Nobat merupakan alat muzik diraja dimainkan dalam upacara pertabalan raja, kemangkatan raja dan kerabat atau keberangkatan raja ke balairung seri. Alat muzik nobat terdiri dar ipada gong, nafiri, nakara, serunai dan gendang kecil. Sultan menggunakan bahasa istana atau bahasa dalam seperti bersiram, bersantap, berangkat, bersemayam dan sebagainya. Perintah sultan mesti dilaksanakan, jika tidak ia dianggap menderhaka dan akan ditimpa tulah.
Rosle Bin Yasin
Pembesar negeri membantu dalam hal pentadbiran dan melaksanakan perintah sultan. Mereka diberi kuasa mengutip cukai dan mentadbir kawasan tertentu. Sultan akan memberi surat tauliah kepada pembesar jajahan dan daerah. Sebagai menghargai kepercayaan sultan, mereka amat menghormati dan mentaati sultan. Pembesar jajahan dan daerah bertanggungjawab menjaga dan mengekalkan keamanan, mempertahankan kedaulatan negeri, menyerahkan sebahagian hasil dan cukai kepada kerajaan serta menyediakan tenaga kerja. Ketua kampung dikenali sebagai penggawa ata u penghulu bertanggungjawab memungut cukai, cukai, membekalkan tentera, menjadi orang perantaraan antara pembesar dengan rakyat dan mengekalkan taat setia masyarakat kampung. Golongan agama merupakan golongan cerdik pandai Islam. Mereka menjadi penasihat sultan, kadi, mufti atau pembesar negeri. Di kampung ahli agama menjadi imam, khatib, bilal dan juru nikah. Ahli magis seperti bomoh dan pawang mahir dalam bidang perubatan, berkebolehan dan berkemahiran mengubati mengubati dan menyembuhkan penyakit. Mereka berpengetahuan tentang khasiat akar kayu dan ubat-ubatan herba.
34
Bab 9: Warisan Kesultanan Melayu
SMK Danau Kota, Kuala Lumpur
Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negeri Sembilan.
Sistem pemerintahan di Negeri Sembilan berbeza kerana mengamalkan sistem adat perpatih. Adat Perpatih dan Adat Temenenggung berasal dari Sumatera. Adat Temenggung diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan manakala Adat Perpatih diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan sebatang. Adat Temenggung diamalkan di seluruh negeri di Malaysia kecuali Negeri Sembilan dan Naning yang mengamalkan Adat Perpatih. Yamtuan Besar
Yamtuan Besar adalah merupakan pembesar tertinggi di Negeri Sembilan. Ketua bagi setiap jajahan atau luak ialah Undang. Terdapat emapat luak yang diperintah oleh Undang iaitu Sungai Ujong, Jelebu, Johol dan Rembau. Tugas utama Undang ialah melantik Yamtuan Besar. Lembaga ialah ketua suku yang bertanggungjawab memilih undang, menjaga keselamatan dan kemanana, menyelesaikan pertelingkahan antara suku, mengendalikan pembahagian harta pusaka dan menjadi orang perantaraan perantaraan antara sukunya dengan Undang. Buapak merupakan ketua Perut dan setiap angota Perut ialah anak buah. Buapak menjadi tempat rujukan dalam soal hukum dan adat. Sistem pemilihan dan pelantikan pembesar dalam Adat Perpatih adalah berdasarkan amalan demokrasi. Antara alat kebesaran diraja yang menjadi lamba ng kekuasaan Yang Dipertuan Besar ialah 16 kaki payung kuning, 16 bilah pedang, 16 bilah keris panjang, 16 batang tombak benderang, lapan buah tepak sirih, lapan buah tempat abu, lapan batang tiang lilin dan empat tunggul yang berwarna kuning, dua tunggul panji-panji yang berwarna merah dan dua tunggul panji-panji panji-panji yang berwarna hitam.
Rosle Bin Yasin
Undang
Lembaga
Buapak
Perut/ Anak buah
35
Bab 9: Warisan Kesultanan Melayu
SMK Danau Kota, Kuala Lumpur
Sistem Pemerintahan Kerajaan Melayu
Sistem perundangan Negeri-negeri Melayu terbahagi kepada Undang-undang adat dan undang-undang bertulis.
Undang-undang adat
Adat Temenggung
Sistem pemerintahan bercorak autokrtik. Kuasa tertinggi terletak di tangan raja atau sultan. Raja menjadi ketua pentadbir, ketua agama, dan menjadi simbol kedaulatan serta perpaduan rakyat. Sistem kekeluargaan mengikut sebelah ibu dan bapa berasaskan hukum syarak. Lelaki diberi keutamaan berdasarkan hukum syarak manakala nasab keturunan mengikut nasab bapa. Perkahwinan berasaskan peraturan hukum syarak. Dalam pembahagian harta lelaki diberi keutamaan kerana mempunyai tanggungjawab yang lebih besar berbanding kaum wanita. Hukum Adat Temenggung bertujuan memberi pengajaran kepada orang lain.
Rosle Bin Yasin
Undang-undang adat merupakan peraturan yang berdasarkan kebiasaan dalam masyarakat yang dihafal turun temurun dan menjadi peraturan yang mesti dipatuhi. Undang-undang adat di Negara kita terdiri daripada Adat Temenggung dan Adat Perpatih.
Adat Perpatih
Sistem pemerintahan bercorak demokrasi dan permuafakatan. Setiap suku mempunyai wakil dalam pemerintahan. Sesuatu keputusan dibuat dibuat secara bersama. Setiap ahli suku dianggap keluarga. Dari segi jurai keturunan, perempuan diutamakan kerana melahirkan suku. Perkahwinan sesama suku adalah dilarang. Pewarisan harta pusaka secara turun temurun daripada kepunyaan suku. Pewarisan harta diberatkan di sebelah ibu kerana anak perempuan menjadi asas kewujudan suku. Hukuman dalam Adat Perpatih bertujuan untuk pemulihan. Undang-undang dapat menyedarkan pesalah supaya tidak mengulangi kesalahan.
36
Bab 9: Warisan Kesultanan Melayu
SMK Danau Kota, Kuala Lumpur
Undang-undang Pahang
Undang-undang Kedah o
Undang-undang Kedah dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian antaranya ialah i.
Digubal semasa pemerintahan Sultan Abdul al -Ghaffar Muhaiyuddin Shah. Antara isi kandungannya ialah:i. ii.
Undang-undang pelabuhan seperti cukai, peraturan keselamatan, pelabuhan, serta peraturan ukuran dan timbangan.
Adat lembaga negeri, keistimewaan raja serta pembesar. Undang-undang jenayah, penderhaka, penzina dan undang-undang awam.
Undang-undang Bertulis Hukum Kanun Melaka
Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasal. Antara isi kandungannya ialah :i.
Hak dan keistimewaan raja dan kaum kerabat. ii. Peranan dan tanggungjawab raja dan pembesar. iii. Unsur Islam yang berkaitan dengan kesalahan jenayah, muamalah, kekeluargaan, keterangan dan acara.
Undang-undang bertulis merupakan himpunan peraturan, larangan dan adat-istiadat dalam bentuk bertulis. 2. Undang-undang bertulis terawal ialah Hukum Kanun Melaka dan undang-undang Laut Melaka. Undang-undang digubal pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. 3. Unsur-unsur undang-undang Melaka tersebar ke negeri Johor, Perak, Pahang dan Kedah kerana negeri-negeri tersebut merupakan jajahan takluk Kesultanan Melayu Melaka.
Undang-undang Laut Melaka
Berasal dari Parsi dan digunakan di Perak pada abad ke-18. Terdapat 99 kesalahan dan hukuman dalam undang-undang 99 Perak ini. Antara isi kandungan undangundang 99 Perak ialah:i.
Syarat untuk memegang jawatan kerajaan seperti sultan, penghulu, khatib dan kadi. kadi. ii. Peraturan adat istiadat menghadap dan melantik raja. iii. Hukuman jenayah, undangundang dan pertanian. iv. Undang-undang kekeluargaan seperti perkahwinan, perceraian dan zina.
Digubal bagi menentukan pelayaran dan perdagangan. Antara isi kandungannya ialah i. ii. iii. iv.
Rosle Bin Yasin
Undang-undang 99 Perak
1.
Tugas pegawai kapal. Langkah-langkah keselamatan dalam kapal. Sewaan dan penumpang kapal dagangan Kuasa nakhoda menjatuhkan hukuman.
37
Bab 9: Warisan Kesultanan Melayu
SMK Danau Kota, Kuala Lumpur
Perikanan
Kegiatan menangkap ikan dengan menggunakan peralatan tradisional seperti serkap, tangguk, tangguk, bubu dan tanggul. Hasil tangkapan akan diperdagangkan kerana permintaan yang tinggi. Hasil tangkapan yang berlebihan akan dibuat belacan, ikan kering, budu dan keropok.
Kraf Tangan
Masyarakat Melayu memanfaatkan sumber-sumber semula jadi untuk dijadikan kraf tangan. Daun pandan dan daun nipah boleh dijadikan tikar, bakul dan tudung saji. Orang Melayu juga pandai menenun songket, membuat senjata seperti keris dan menghasilkan perhiasan daripada emas dan perak. Perlombongan
Pertanian
Orang Melayu menanam padi sawah, padi huma, sa yur-sayuran, buah-buahan dan ubi yang yang merupakan sumber makanan yang penting. Kawasan pertanian berhampiran dengan sungai kerana tanahnya yang subur dan mudah mendapatkan sumber air. Peralatan pertanian yang digunakan ialah tajak, cangkul, bajak, tenggala, penyisir dan kuku kambing. Empangan telah dibina untuk menambah hasil pengeluaran padi.
Kegiatan Ekonomi di Negeri-negeri Melayu
Sistem Percukaian
Cukai ialah bayaran dikenakan ke atas hasil pertanian, perlombongan, perdagangan perdagangan dan hasil hutan seperti beras, bijih timah ikan kering, getah perca dan rotan. Cukai merupakan hasil pendapatan para pembesar dan menjadi lambang kekuasaan seseorang pembesar. Sungai yang menjadi jalan perhubungan dan pengangkutan, merupakan tempat yang penting untuk memungut cukai. Cukai yang dipungut dibahagian tertentu di sepanjang sungai dinamakan cukai labuh batu manakala cukai yang dipungut di kuala sungai dikenali sebagai cukai bebas kuala. Barang yang dibawa masuk m elalui pelabuhan juga dikenakan cukai. Selain itu, terdapat cukai cukai kepala dan cukai tanaman.
Rosle Bin Yasin
Sistem Kerah
Sistem kerah merupakan pekerjaan yang dilakukan tanpa sebarang upah seperti membina istana, kubu, jalan dan saliran. Sistem ini menggambarkan kesetiaan rakyat, sedia berkorban dan berganding bahu untuk membantu pemerintah.
Negeri-negeri Melayu kaya denga hasil logam seperti emas dan bijih timah. Kegiatan melombong adalah merupakan pekerjaan tradisi masyarakat Melayu. Kawasan utama bijih timah ialah di Lembah Kinta, Larut, Dinding dan Beruas di Perak, Sungai Linggi dan Sungai Ujong di Negeri Sembilan, Sungai Bernam, Sungai Selangor dan Sungai Klang di Selangor. Emas dilombong di Kelantan, Pahang dan Terengganu. Masyarakat Melayu melombong bijih timah menggunakan kaedah mendulang atau melampan dan lombong siam. Sistem Serah
Sistem serah ialah pemberian sebahagian daripada hasil tanaman yang diusahakan oleh rakyat kepada pembesar. Pemberian ini sebagai balasan kepada pembesar yang menyediakan tanah untuk diusahakan oleh rakyat. Kadarnya bergantung kepada hasil tanaman dan ternakan yang diperoleh dalam sesuatu tahun.
38
Bab 9: Warisan Kesultanan Melayu
SMK Danau Kota, Kuala Lumpur
Timbangan, Sukatan dan Ukuran
Perdagangan
Perdagangan dilakukan secara jual beli atau tukar barang. Sultan dan pembesar biasa menjadi pemodal dan memonopoli perdagangan. Rakyat menjalankan kegiatan perdagangan secara berjaja berjaja di pasar atau di luar kawasan. Pusat perdagangan terletak di pelabuhan yang berhampiran seperti pelabuhan Klang, Melaka, Kedah dan Johor Lama.
Barang Dagangan
Barang dagangan utama ialah rempah, garam, gambir, hasil tenunan, bijih timah, beras dan lada hitam. Mengumpul hasil hutan seperti kayu-kayan, rotan, da mar dan madu lebah untuk menjadi bahan dagangan dikenali sebagai meramu. Pengangkutan
Mata Wang
Sistem timbangan, sukatan dan ukuran yang digunakan oleh masyarakat Melayu ialah jengkal, hasta, tapak dan relung untuk mengukur jarak dan luas kawasan. Alat-alat kaul, cupak dan gantang untuk menyukat beras, bijih timah, rempah, garam dan kacang. Masyarakat Melayu mengukur jarak antara kampong dengan kampong yang berdasar tempoh masa berjalan atau berdayung sampan seperti sepelaung, setanak nasi, sehari, sepekan dan sepurnama.
Sistem tukar barang digunakan dalam perdagangan. Selepas perkembangan ekonomi, mata wang digunakan pada peringkat awal ialah kulit siput geweng geweng dan gerus kemudian diikuti dengan penggunaan logam daripada emas dan bijih timah sebagai mata wang. Pada abad ke-15, sejenis mata wang logam, kaleng (calains) yang diperbuat daripada timah digunakan. Di Terengganu telah menggunakan mata wang emas dan kupang yang berbentuk segi lapan serta wang syiling keeping atau pitis dan jokoh. Johor menggunakan mata wang emas iaitu mas dan kupang, manakala di Kelantan menggunakan wang emas kijang, dinar, kupang dan pohon pitis. Di Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Perak, mata wang jongkong tampang atau timah digunakan.
Rosle Bin Yasin
Perhubungan pada masa dahulu terdiri daripada jalan laut dan jalan darat. Jalan air iaitu sungai dan laut lebih mudah kerana barangan dapat diangkut dengan lebih mudah dan cepat. Terdapat jalan denai penarikan antara Pahang dengan Melaka kerana perahu terpaksa ditarik untuk sampai ke sungai. Masyarakat Melayu menggunakan gajah, kerbau atau lembu untuk mengangkut barangan. Pemilihan sungai sebagai jalan utama menyebabkan ia menjadi penting dan banyak penempatan dibina di kawasan berhampiran berhampiran dengan sungai.
39
Bab 9: Warisan Kesultanan Melayu
SMK Danau Kota, Kuala Lumpur
Sosiobudaya
Struktur Masyarakat Melayu tradisional
Struktur masyarakat merupakan pembahagian masyarakat beberapa lapisan social dalam masyarakat. Kedudukan individu boleh berubah melalui taraf tersedia iaitu pertukaran tugas atau pekerjaan tanpa menjejaskan taraf sosialnya dan melalui taraf pencapaian iaitu berubah ke lapisan yang lebih tinggi kerana kebolehan atau khidmat baktinya kepada masyarakat.
Golongan Pemerintah
Terdiri daripada raja atau sultan, kaum kerabatnya, pembesar, ulama dan pendeta. Raja bertanggungjawab menjaga perpaduan, keamanan dan kemakmuran negeri. Sistem pengantian raja berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Dalam pentadbiran raja dibantu oleh kerabatnya. Mereka menjalankan tugas rasmi dan ada yang menjadi pembesar daerah atau raja di tanah jajahan. Pembesar merupakan pentadbira yang membantu raja mentadbir. Ja watan pembesar dilantik oleh Raja. Ulama membantu kerajaan mendidik rakyat supaya berakhlak mulia. Selain menjadi penasihat raja, mereka juga bertugas sebagai guru agama, kadi dan imam. Pendeta merupakan orang yang pakar dalam ilmu pengetahuan. Mereka bertugas menjadi pakar rujuk sultan atau raja dan masyarakat.
Rosle Bin Yasin
Golongan Diperintah
Terdiri daripada golongan Merdeheka dan golongan hamba. Golongan merdeheka terdiri daripada rakyat biasa yang bermastautin tetap dan orang asing. Rakyat biasa menjadi pedagang, peniaga, petani, tukang ukir, pembuat senjata dan barangan tembikar di samping ada yang menjadi penghibur raja, pelakon sandiwara, pawing atau bomoh. Rakyat asing membantu kerajaan dengan menjadi askar upahan, pedagang atau pelombong. Hamba merupakan golongan masyarakat yang paling bawah. Terdapat tiga jenis hamba iaitu hamba raja, hamba berhutang dan hamba biasa. Mereka melakukan kerja-kerja pertanian, perlombongan dan pertahanan. pertahanan.
40
Bab 9: Warisan Kesultanan Melayu
SMK Danau Kota, Kuala Lumpur
Gaya Hidup Golongan Bangsawan dan Golongan Rakyat
Gaya Hidup Golongan Bangsawan
Gaya hidup raja dan kerabat diraja diamalkan di istana. Mereka mengamalkan gaya hidup yang unik dan tersendiri merangkumi adat istiadat, bahasa dan cara berpakaian. Semasa upacara pertabalan sultan Melaka, Bendahara duduk berhampiran singgahsana. Laksamana dan Seri Bija diraja membawa pedang kerajaa n di samping semua alat kebesaran diraja dibawa bersama. Kemangkatan raja disempurnakan mengikut hokum agama Islam. Mengikut adat kemangkatan raja, bendera kuning diturunkan dan diganti dengan bendera putih serta tembakan meriam dilepaskan untuk menghebahkan kemangkatan raja kepada rakyat. Pada masa yang sama upacara perlantikan raja yang baru diadakan. Istiadat menjunjung duli melambangkan hormat dan taat setia kepada raja dilakukan dibalairung seri. Semasa menghadap raja mesti menggunakan istilah patik dan tuanku. Mereka mestilah bertanjak, berpancung dan keris hendaklah diselitkan di hadapan. Upacara menyambut tetamu Melaka berbeza, be rgantung kepada Negara utusan sama ada setaraf atau tidak. Pakaian diraja bertatahkan emas dan dihiasi dengan permata manakala alat perhiasan pula terdiri daripada pending, pending, dokoh, bengkung dan keris.
Rosle Bin Yasin
Gaya Hidup Golongan Rakyat
Masyarakat Melayu mempunyai nilai murni seperti amalan gotong royong, menghormati jiran dan menghormati pemimpin. Amalan ziarah menziarahi diamalkan oleh masyarakat Melayu. Tetamu memberi salam, membasuh kaki dan bersalaman dengan tuan rumah. Tuan rumah mempersilakan tetamu masuk, kemudiannya menghamparkan tikar. Tepak sirih disorong dan tetamu dihidangkan dengan makanan dan minuman. Sebelum makan membasuh tangan dan membaca doa. Semasa makan dilarang berbual kerana perbuatan itu dianggap tidak sopan. Amalan tolong menolong dan toleransi dapat memupuk perpaduan di kalangan masyarakat serta dapat mencerminkan suasana bersatu padu dan harmoni.
41
Bab 9: Warisan Kesultanan Melayu
SMK Danau Kota, Kuala Lumpur
Kegiatan Sosio Budaya
Kegiatan Masa Lapang
Masa lapang pemerintah ialah ketika tidak menjalankan urusan pentadbiran Negara. Masa lapang rakyat semasa menunggu hasil atau selepas menuai hasil serta pada waktu malam atau petang. Golongan bangsawan dan rakyat mengisi masa lapang dengan bermain sepak raga, catur, senjata, bersilat dan menunggang kuda. Di istana, golongan penghibur seperti tukang cerita, penyair, penyanyi dan ahli muzik menghiburkan sultan dan pembesar seperti tarian asyik dan tarian Mak Yong. Golongan rakyat mengisi masa lapang dengan bermain layinglayang, gasing, bersilat dan congkak. Ada di kalangan mereka yang pandai bercerita dan bersyair.
Rosle Bin Yasin
Karya Persuratan
Karya persuratan dihasilkan dalam pelbagai bidang agama seperti fikah, usuluddin, tasawuf, tafsir dan hadis. Terdapat karya kesusasteraan, ketatanegaraan, sejarah, bahasa dan perubatan yang dihasilkan seperti Misa Melayu, Sejarah Melayu, Syair Sultan Ahmad Tajiddin, Nazam Kamsul Ula, Tuhfat al-Nafis dan Kitab al-Darr al-Manzum. Terdapat juga sastera lisan yang disampaikan oleh tukang cerita sambil bermain alat muzik seperti gendang dan rebab. Sastera lisan dapat menghiburkan di samping memberi nasihat.
Kesenian Rakyat
Merupakan hasil ciptaan rakyat seperti seni muzik, seni tari, seni suara, seni ukir, seni bina, seni tekat, seni tenun dan seni me mpertahankan diri. Kegiatan seni dapat mempamerkan bakat dan nilai mutu kesenian yang tinggi di samping dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu dan harmoni. Seni muzik yang boleh dibanggakan ialah hadrah dan gamelan. Alat-alat muzik yang digunakan ialah rebana ubi, seruling, kompang, nafiri dan gong. Seni tari yang terkenal ialah joget, inang, zapin, kuda kepang dan as yik. Seni suara yang terkenal ialah endoi atau dendang Siti Fatimah, ulit anak, nazam, marhaban, nasyid, qasidah, hadrah, dikir barat, rodat dan ghazal. Reka bentuk rumah Melayu turut dipengaruhi oleh unsur dari luar seperti rumah di Negeri Sembilan di pengaruhi seni bina Minangkabau, manakala seni bina rumah Kelantan, Terengganu dan Pahang dipengaruhi oleh seni bina Siam dan Majapahit. Masyarakat Melayu pandai mengukir tembaga, memahat dan mengukir pintu serta membuat mimbar masjid. Ukiran yang dihasilkan bercorak ukiran timbul, terbenam dan tembus, bertemakan ukiran berbentuk daun, bunga serta ayat-ayat al-Quran dengan tulisan khat. Seni kraf yang terkenal ialah seni tekat dan seni te nun. Seni tekat menggunakan kain baldu yang dijadikan kain dasar yang disualami dengan benang emas. Seni tenun terkenal di Pahang, Kelantan dan Terengganu dihasilkan berunsurkan tumbuhan, binatang, bunga dan bentuk geometri. Seni mempertahankan diri dan bermain senjata dapat mendisiplinkan serta membentuk ketahanan diri seseorang individu untuk menghadapi musuh.
42
Bab 9: Warisan Kesultanan Melayu
SMK Danau Kota, Kuala Lumpur
Kegiatan Sosio Budaya
Adat Resam
Merupakan amalan turun temurun yang masih diamalkan sehingga ke hari ini seperti adat perkahwinan, adat menyambut kelahiran bayi dan adat berkhatan. Dalam perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa upacara a dat yang dijalankan:i. ii.
iii.
Merisik untuk mengetahui gadis tersebut sudah berpunya atau tidak. Sebentuk cincin tanda diberikan sebagai tanda setuju. Meminang iaitu pihak lelaki menghantar rombongan peminangan dengan membawa cincin pertunangan dan menentukan tarikh akad nikah serta majlis perkahwinan. Akad nikah diadakan di rumah pengantin pere mpuan, biasanya dijalankan oleh juru nikah.
Pendidikan
Pendidikan dalam masyarakat Melayu dapat dibahagikan kepada pendidikan formal dan tidak formal. Pendidikan tidak formal disampaikan secara tidak langsung melalui cerita lisan, peribahasa, pantun dan teka-teki. Kemahiran pertukangan dan ilmu perubatan tradisional juga diajar secara tidak formal, diperoleh melalui pemerhatian. Sistem pendidikan formal berkembang selepas kedatangan Islam seperti mempelajari kitab muqadam, al -Quran, fardu ain, mengira, menulis jawi, tajwid, rukun Islam dan rukun Iman. Pendidikan agama dijalankan di istana, masjid, madrasah, pondok atau rumah guru agama.
Adat menyambut biasanya dilakukan selepas seminggu bayi dilahirkan. Kenduri dan bercukur rambut dilakukan sebagai ta nda kesyukuran. Di sesetengah tempat diadakan bacaan berzanji dan marhaban. Upacara berkhatan diadakan apabila seseorang kanak-kanak lelaki sudah baligh dan cukup umur. umur. Upacara berkhatan dijalankan oleh Tok Mudim.
Rosle Bin Yasin
43
Bab 9: Warisan Kesultanan Melayu
Rosle Bin Yasin
SMK Danau Kota, Kuala Lumpur
44