Dewasa ini kita sering disajikan dengan paparan tentang kemusnahan alam sekitar atau lebih tepat lagi pencemaran alam sekitar. Paparan bukan sahaja melalui surat khabar dan majalah malahan t…Full description
pencemaranDeskripsi lengkap
Isu Pencemaran Alam Sekitar
Write by Jess. Hmmm, I think she had repeated her contents a lot but still not bad. :)
Cara-cara mengatasi pencemaran alam sekitar.Full description
pencemaran alam
Folio Geografi - Tingkatan 3 - Pencemaran Alam SekitarFull description
alam sekitarFull description
Langkah Alam Sekitar
assigmentFull description
Alam SekitarFull description
Definisi Alam SekitarFull description
Full description
hubungkaitan antara seni (seni tampak, novel, syair dan pantun) dengan alam sekitar.
pelan-pelan kau bossku..
Full description
Full description
Feel free to use it as reference!
PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN JINTAN, PASIR MAS, KELANTAN.
PENGHARGAAN Assalamualaikum... Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan rasa syukur kehadrat ilahi kerana telah memberikan saya kesihatan tubuh badan dan kecergasan minda untuk saya menyiapkan tugasan ini. Tak lupa juga kepada ibu bapa saya, Foizi bin Mat Jusoh dan Naterah binti Ibrahim kerana telah mendoakan dan memberi sokongan yang padu kepada saya. Ribuan terima kasih kepada guru matapelajaran Georgrafi, YM. Tn. Subario bin Mat Jusoh kerana telah memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa tunjuk ajar dan penerangan daripada beliau, saya mungkin tidak dapat memahami matapelajaran ini dengan baik. Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada adik -beradik saya kerana telah membantu saya untuk menyiapkan folio ini. Terutama sekali kepada kakak saya, Nurul Fazwani binti Foizi kerana telah mengajar saya untuk menggunakan teknologi ICT dalam proses penyiapan tugasan ini. Beliau telah mengajar saya cara untuk menggunakan ´Microsoft Wordsµ secara effektif. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang telah banyak memberikan kerjasama dalam proses pengumpulan maklumat dan kajian yang dijalankan untuk menyiapkan kerja kursus ini. Kami saling bertukar-tukar maklumat bagi menanmbahkan infomasi untuk kajian ini. Sekian, terima kasih.
KANDUNGAN Bil.
Tajuk
1.
Penghargaan
2.
Pendahuluan
3.
Objektif kajian
4.
Kawasan kajian
5.
Kaedah kajian
6.
Dapatan kajian
7.
Rumusan
8.
Lampiran
9.
Rujukan
Muka Surat
PENDAHULUAN Sebagai kawasan kajian, saya telah memilih perumahan Taman Jintan, Pasir Mas, Kelantan untuk mengkaji tentang pencemaran alam sekitar. Hal ini kerana, kawasan tersebut mengalami banyak jenis pencemaran seperti pencemaran air, pencemaran udara, pencemaran bunyi dan pencemaran tanah. Di samping itu, jumlah
penduduk yang padat yang boleh
menyumbang kepada pencemaran alam menjadikan kawasan itu sesuai untuk saya menjalankan kajian. Selain itu, jarak kawasan ini berdekatan dengan rumah saya. Hal ini dapat memudahkan saya untuk menjalankan kajian serta menjimatkan kos dan masa. Tempoh untuk saya membuat pemerhatian di kawasan kajian adalah selama 3 hari. Untuk mencari maklumat pula saya mengambil masa selama 4 hari. Dan masa untuk saya menyiapkan tugasan ini selama 4 minggu.
Objektif kajian Selepas menjalankan kajian ini, saya boleh mengenal pasti: 1. Konsep pencemaran alam sekitar. 2. Jenis-jenis pencemaran alam sekitar. 3. Punca-punca pencemaran alam sekitar. 4. Kesan pencemaran alam sekitar. 5. Langkah-langkah mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar 6. Penerapan nilai-nilai murni dan unsure patriotism dalam dapatan kajian.
KAEDAH KAJIAN kaedah kajian saya ialah: a) Pemerhatian di kawasan kajian ² melalui pemerhatian, saya dapat mengenal pasti keadaan di kawasan tersebut. b) Rujukan ² melalui rujukan di internet saya dapat mengenal pasti peta negeri Kelantan dan peta daerah Pasir Mas. Melalui rujukan pada bahan bacaan juga saya memperoleh banyak maklumat untuk menyiapkan tugasan ini. c) Temu bual dengan 5 orang penduduk di kawasan kajian. Tujuannya untuk memperoleh banyak maklumat tentang punca-punca dan kesan-kesan pencemaran alam sekitar serta langkah-langkah pengurangan kesan pencemaran alam sekitar untuk mengatasi masalah tersebut.
KAWASAN KAJIAN Perumahan taman jintan termasuk dalam jajahan pasir masdan keluasannya lebih kurang 8 km. Ia juga merupakan sempadan antara pasir mas dan tanah merah. Perumahan ini terletak kirakira 50 km dari kota bharu, 17 km dari pusat Bandar pasir mas dan 15 km dari tanah merah. Perumahan ini bertanah pamah dan sedikit beralun kerana terdapatnya tanaman getah yang ditanam oleh segelintir penduduk. Kawasan ini semakin maju dan mempunyai kepelbagaian kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh para penduduk. Perumahan ini juga terdiri daripada pelbagai kaum seperti kaum melayu, cina, siam dan lain-lain. Para penduduk saling bekerjasama jika terdapat aktiviti bermasyarakat seperti aktiviti bergotongroyong. Mereka bagaikan ¶aur dengan tebing·.
KONSEP PENCEMARAN ALAM SEKITAR Hasil daripada maklumat yang diambil, konsep pencemaran alam sekitar ialah
JENIS-JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN JINTAN Jenis-jenis pencemaran yang berlaku ialah: 1. Pencemaran udara ²