Chaikongleong870316526367
BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH W ITH HONOURS (BTPSE) FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE (FEL)
(AMBILAN JANUARI 2017)
OUMH1103 LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS
NAMA
:
CHAI KONG LEONG
NO. MATRIKULASI
:
870316526367001
NO. KAD PENGNEALAN
:
870316-52-6367
NO. TELEFON
:
016-8539996
E-MEL
:
[email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN
:
SARAWAK LEARNING CENTRE
1
Chaikongleong870316526367
PRAKATA
Ucapan ribuan terima kasih kepada Pensyarah OUMH1103 Kemahiran Belajar Jarak Jauh atas dorongan, galakan, tunjuk ajar beliau selama mengikuti kelas totarial sepanjang semester ini. Semoga kerja kursus ini dapat membantu kami memahami modul yang diajar dalam semester ini dan dapat dijadikan ilmu yang boleh dimanfaatkan kepada semua.
Sekian, terima kasih.
2
Chaikongleong870316526367
1.0 PENGENALAN
Menurut hasil kaji selidik iMoney, kos sara hidup yang semakin tinggi menjadi cabaran utama kepada rakyat-rakyat dari segi kewangan di seluruh Malaysia. Generasi milenial membelanjakan hampir separuh daripada pendapatan untuk membeli makanan, sekali gus menyukarkan mereka menyimpan kerana kos makanan semakin meningkat disebabkan inflasi. Pengumuman Kementerian Kewangan pada mesyuarat fokus Bajet 2017 menunjukkan bahawa rakyat Malaysia menghabiskan 31.2 peratus daripada pendapatan untuk makanan; 23.9 peratus ke atas petrol, perumahan dan utiliti; serta 14.6 peratus bagi pengangkutan. Sebanyak 87 peratus generasi milenial berusia antara 21 hingga 36 tahun di Malaysia menyatakan kos sara hidup yang tinggi menjadi cabaran utama kepada mereka dari segi kewangan, demikian hasil kaji selidik yang dijalankan oleh iMoney baru-baru ini. Kaji selidik yang disertai lebih 1,200 responden tersebut mendapati kurang kemahiran pengurusan kewangan telah meningkatkan bebanan terhadap situasi kewangan terutama golongan berpendapatan RM3,000 ke bawah. Ketua Pegawai Eksekutif iMoney, Lee Ching Wei berkata, generasi milenial membelanjakan hampir separuh daripada pendapatan untuk membeli makanan, sekali gus menyukarkan mereka menyimpan kerana kos makanan semakin meningkat disebabkan inflasi. Tiga cabaran yang perlu dilihat untuk merumuskan berhubung peningkatan kos sara hidup. Cabaran berkenaan adalah peningkatan pendapatan, peningkatan harga barangan dan perkhidmatan yang digunakan.Usaha-usaha untuk mengurangkan masalah-masalah ini turut menjadi topik utama yang akan dibincangkan dalam esei ini.Skop esei tertumpu kepada ketigatiga cabaran yang dinyatakan di atas dan cara-cara untuk mengurangkan masalah yang dihadapi.
3
Chaikongleong870316526367
2.0 Isi kandungan i) Cabaran Peningkatan Pendapatan.
Peningkatan kos sara hidup berlaku kerana peningkatan pendapatan individu untuk suatu jangka masa tidak dapat menampung peningkatan harga barangan atau perkhidmatan yang sama untuk jangka masa terbabit. Sekiranya seseorang menggunakan barangan dan perkhidmatan yang benar-benar sama. Jika peningkatan harga barangan dan perkhidmatan itu lebih tinggi daripada peningkatan pendapatannya, maka individu terbabit menghadapi peningkatan kos sara hidup. Di bandar, nilai gaji menjadi rendah akibat dari peningkatan kadar inflasi yang tinggi. Bandaraya Kuala Lumpur merupakan salah sebuah bandar yang merima impak yang sama akibat dari kadar penduduk bandar yang semakin meningkat.Perubahan ini sama ada membabitkan pertukaran kepada barangan gantian yang lain atau barangan yang sama tetapi mempunyai kualiti yang lebih tinggi. Perubahan cita rasa individu ini dipengaruhi oleh dua faktor. Pertama, faktor individu itu sendiri. Setiap orang mempunyai kecenderungan untuk mengubah cita rasa mereka apabila pendapatan mereka berubah atau yang dipanggil kesan pendapatan. Apabila pendapatan individu meningkat, mungkin mereka akan menggunakan barangan dan perkhidmatan yang berbeza, atau sekurang-kurangnya mereka akan bertukar kepada barangan serupa yang lebih berkualiti. Keadaan ini adalah kesan gantian disebabkan oleh perubahan taraf hidup individu. Faktor kedua mempengaruhi perubahan cita rasa individu adalah tahap pembangunan ekonomi negara. Cita rasa rakyat untuk sebuah negara maju tidak sama d engan cita rasa rakyat di negara tidak membangun atau sedang membangun. Umpamanya, barangan import di pasaran Malaysia pada dekad 1970-an tidak sebanyak sekarang sama ada dari segi kuantiti mahu pun pilihan. Pada masa itu restoran makanan segera francais dari luar negara dianggap sebagai mewah yang dikunjungi oleh orang yang berpendapatan tinggi, kini adalah sesuatu yang biasa dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat.
4
Chaikongleong870316526367
ii) Cabaran Harga Barangan.
Kos sara hidup merujuk kepada jumlah perbelanjaan isi rumah ke atas barangan dan perkhidmatan untuk mengekalkan taraf hidup. Semakin tinggi peningkatan harga barangan dan perkhidmatan, semakin tinggi perbelanjaan yang diperlukan. Kenaikan purata harga barangan dan perkhidmatan diukur dengan menggunakan Indeks Harga Pengguna (IHP). IHP disusun
berdasarkan pungutan harga pengguna secara bulanan mengikut `bakul’ tetap bara ngan. Kategori makanan dan minuman tidak beralkohol mendominasi 30 peratus daripada keseluruhan bakul perbelanjaan isi rumah dan diikuti oleh kategori perumahan, utiliti dan bahan api sebanyak 24 peratus dalam Bajet 2017.Berdasarkan data IHP yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), amat jelas sekali menunjukkan pergerakan IHP umum dipengaruhi oleh pergerakan di dalam IHP makanan dan minuman tidak beralkohol. Walau bagaimanapun, apabila harga barang keperluan meningkat melebihi paras normal atau harga meningkat secara berlebih-lebihan hingga payah dikawal, sudah pasti keadaan ini sukar ditanggung oleh pengguna, khususnya yang berpendapatan rendah. Belakangan ini, senario memperlihatkan harga makanan mengalami peningkatan yang agak drastik hingga mengejutkan pengguna yang terpaksa berdepan dengan keadaan yang amat menyukarkan. iii) Cabaran Harga Perkhidmatan.
Majoriti pendapatan rakyat Malaysia digunakan untuk bayaran ansuran seperti perumahan, kenderaan, pendidikan dan pinjaman peribadi.Terutamanya,kos perkhidmatan perubatan yang kian meningkat turut membebankan rakyat sekiranya mereka tidak dilindungi oleh insurans yang lengkap. Bagi mereka yang membayar insurans secara ansuran bulanan , kos insurans juga meningkat mengikuti tahap umur. Kenaikan bayaran Astro yang bermula pada 24 November 2013 adalah dalam lingkungan sebanyak RM 10 dan akhir sekali adalah tarif elektrik secara purata meningkat sebanyak 15 % mulai 1 Januari 2014. Kesan secara langsung adalah 70% isi rumah terkecuali daripada peningkatan kerana tariff elektrik yang digunakan di bawah 200 KwH sebulan manakala kesan tidak langsung adalah peningkatan kos perkhidmatan yang ditanggung oleh pengguna (cost pass through). Jangkaan perkhidmatan yang mengalami kenaikan pada tahun 2017 adalah seperti berikut : 1. GST 5
Chaikongleong870316526367
2. Peningkatan kadar tol 3. Tambang LRT 4. Tambang bas 5. Tambang bas sekolah 6. Tambang teksi 7. Alat tulis 8. Ais 9. Cukai taksiran DBKL/PBT iv) Cara Menangani Cabaran Kos Sara Hidup Yang Tinggi.
Antara langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi kos sara hidup rakyat adalah dengan melaksanakan Ops Harga 2013. Di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan, pihak kerajaan telah melaksanakan pemeriksaan terhadap premis-premis perniagaan di seluruh negara. Selain itu, Akta Kawalan Bekalan diwujudkan untuk memastikan barang keperluan pengguna sentiasa ada. Kerajaan juga telah melaksanakan Skim Kawalan Harga pada setiap musim perayaan dan pada setiap hujung tahun, Kerajaan melaksanakan Jualan Kembali ke Sekolah. Pihak kerajaan telah melaksanakan Kempen Penurunan Harga di 10 pasaraya yang mempunyai 955 cawangan dan berlangsung selama 6 bulan. Selain itu, pada 27 Februari 2014 Timbalan Perdana Menteri telah melancarkan Gerakan Pematuhan Tanda Harga dan melancarkan Anugerah Kedai Harga Patut. Tahun 2016, Dr Zulkiply Omar (Fello Penyelidik Kanan, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia) membuat kajian Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup, beliau merumuskan bahawa penyelesaian yang lebih hakiki untuk mengani isu ini pada peringkat makroekonomi adalah melalui peningkatan kecekapanatau produktiviti. Terdapat pelbagai langkah yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan melalui penggubalan dasar untuk meningkatkan produktiviti ekonomi. Peningkatan produktiviti berserta dengan pengagihan sumber yang cekap mampu menjana pertumbuhan ekonomi yang maksimum. 6
Chaikongleong870316526367
Walau bagaimanapun, setiap individu di dalam masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing dengan membudayakan elemen produktiviti di kalangan mereka. Setiap individu perlu berfungsi sebagai satu unit pengeluaran. Justeru masing-masing perlu meningkatkan produktiviti untuk memaksimumkan pengeluaran. Koleksi individu yang produktif di dalam ekonomi akan menyumbang kepada sebuah ekonomi yang produktif.Kesan akhir kepada pertumbuhan ekonomi akan berbalik kepada kesejahteraan untuk masyarakat. Dengan ini, isu kenaikan kos sara hidup mungkin mampu diatasi. Produktiviti bermaksud meningkatkan pengeluaran atau output dengan input yang sama atau mengurangkaninput untuk mendapat output yang sama. Berdasa rkan premis ini, individu
perlu meningkatkan “input” m ereka untuk proses pengeluaran negara. Ini boleh dicapai sama ada dengan meningkatkan kualiti input atau meningkatkan kecekapan penggunaan input. Kualiti input individu boleh ditingkatkan dengan peningkatan pengetahuan, kepakaran dan pengalaman mereka, atau dengan kata lain peningkatan modal insan. Dari perspektif keseluruhan ekonomi, peningkatan modal insan menyumbang secara positif kepada peningkatan pengeluaran negara. Sudah tentu, peningkatan pengeluaran negara akan diterjemahkan kepada peningkatan pendapatan individu. Justeru ini dapat mengimbangi perubahan cita rasa individu selari dengan pembangunan ekonomi.Peningkatan kecekapan penggunaan input pula bermakna menggunakan input secara optimum. Jika manusia atau tenaga kerja sebagai input terhadap proses pengeluaran negara digunakan secara cekap, pengeluaran negara akan meningkat dan pendapatan individu juga turut meningkat. Untuk mengoptimumkan guna tenaga individu, budaya multitasking atau mempelbagaikan tugas perlu diterapkan. Ini bukan sahaja bermakna individu perlu mempelbagaikan kerja untuk mendapatkan pendapatan tambahan, tetapi juga termasuk mentransformasikan hobi kepada aktiviti yang boleh menjana pendapatan.
3.0 Kesimpulan
Tuntasnya, masalah peningkatan kos sara hidup bukan kesemuanya disebabkan oleh faktor semasa seperti tanggapan ramai. Malahan majoritinya disebabkan oleh kesan pertumbuhan ekonomi. Orang ramai telah menerima hakikat bahawa harga cili adalah di dalam lingkungan RM 13.00 sekilo di pasaran, bukan lagi ditanam dan dipetik di belakang rumah. Sebaliknya, kalau kita memilih untuk mengekalkan status quo, cili masi h boleh dipetik di belakang rumah. 7
Chaikongleong870316526367
Menyedari hakikat ini, apa yang jauh lebih penting adalah ba gaimana untuk menangani isu ini. Semata-mata menumpukan perhatian kepada usaha membendung kenaikan kos adalah kurang berkesan untuk jangka masa panjang. Kuasa pasaran adalah jauh lebih berkesan memainkan peranan tersebut. Ini termasuk usaha kerajaan mengawal harga barang-barang kawalan perlu dianggap sebagai langkah jangka pendek, bukan satu penyelesaian mutlak. Hanya dengan kesedaran terhadap apa yang sedang berlaku dalam persekitaran ekonomi semasa dan mengambil tindakan serta langkah-langkah sewajarnya serta memahami tindakan kerajaan bagi memastikan kita bergerak seiring dengan perubahan tersebut kita sebagai sebuah masyarakat akan dapat mengawal kecelaruan yang timbul akibat kegawatan ekonomi ini. Si kap proaktif tersebut akan mengubah taraf hidup serta menambah baik jurang pendapatan dan menangani kos sara hidup dan memungkinkan kita untuk mencapai sasaran negara maju 2020 serta maju dalam pembangunan ekonomi, masyarakat dan sosial.
8
Chaikongleong870316526367
4.0 Rujukan
1) Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/milenial-sengsara-kos-sarahidup-tinggi-1.397427#ixzz4eeMUALp2 © Utusan Melayu (M) Bhd 2) Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/milenial-sengsara-kos-sarahidup-tinggi-1.397427#ixzz4edzpgXr8 © Utusan Melayu (M) Bhd 3) http://www.bharian.com.my/node/91102 4) Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/pengaruh-harga-makanan-ke-
atas-sara-hidup-1.371034#ixzz4emmS79Pi © Utusan Melayu (M) Bhd 5) Boskin M J, E R Dulberger, R J Gordon, Z Griliches, D W Jorgensen (1998). `Consumer Prices, the Consumer Price Index and the Cost of Living ́, Journal of Economic Perspectives , Vol 12, No 1.
6) Jabatan Perangkaan Malaysia (2014). `Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah ́. 7) Jabatan Perangkaan Malaysia (2014). `Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas ́. 8) Jabatan Perangkaan Malaysia (2009). `Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah ́. 9) https://www.mier.org.my/newsarticles/archives/pdf/DrZul21_12_2015.pdf
9