Jalan Membina Perniagaan & Kewangan
Jalan Membina Perniagaan & Kewangan
Hak cipta © Azizan Osman Publications Sdn Bhd Cetakan Pertama 2015
Hakcipta terpelihara tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis Azizan Osman Publications Sdn Bhd. Perpustakaan Negara Malaysia
Data Pengkatalogan Pengkatalogan-dalam-penerb -dalam-penerbitan itan
Azizan Osman MUDAHNYA BERNIAGA / Azizan Osman ISBN 978-967-0703 978-967-0703-22-0 -22-0 1. Celebritie Celebrities--Malays s--Malaysia--Biogra ia--Biography. phy. 2.Busines 2.Businessmen--Mala smen--Malaysia--Biog ysia--Biography. raphy. 3. Success in business--Malaysia. I. Judul. 791.092 Penerbitan sedaya upaya memastikan buku yang diterbit ini berautoriti dari segi topik yang dibincangkan. Penerbit dan penulis buku tidak boleh menganggap memberikan khidmat perundangan, atau khidmat profesional yang lain kepada pembaca. Sekiranya memerlukan khidmat dan bantuan pakar pakar,, sila dapatkan nasihat bertauliah dan berkelayakan. Diterbit / Dicetak / Diedar Oleh
Azizan Osman Publications Sdn Bhd No 74, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel : 03 5524 2966 | Fax : 03 5524 1966 www.richworks.com.my
Pengurus
Zafrol Rizal bin Mat
[email protected]
Editor Pengurusan
Abie Abdullah
[email protected]
Susun Atur
Aizzuan Mohamad Ali
[email protected]
Kulit/Grafk
Hasnita Ahmad
[email protected]
Penulis
Azizan Osman
KANDUNGAN PRAKATA PENGENALAN Dari kosong menjadi jutawan
1
FASA PERTAMA Persediaan seorang usahawan
11
Pelajaran #1 Bekerja vs berniaga
13
Pelajaran #2 Benarkah berniaga itu mudah?
30
Pelajaran #3 Bercadang jadi kaya atau merancang hidup papa?
33
Pelajaran #4 Nampak jelas masa depan sebagai usahawan
43
Pelajaran #5 Ciri-ciri usahawan berjaya
48
Pelajaran #6 Kenali peluang perniagaan terbaik
57
Pelajaran #7 Memastikan idea perniagaan ‘meletop’
63
Pelajaran #8 Tahu jenis-jenis perniagaan
71
Pelajaran #9 Fahami struktur perniagaan
77
Pelajaran #10 Pilihan - Mulakan yang baru atau ambil alih sedia ada
83
Pelajaran #11 Bagaimana anda tahu anda bersedia?
87
Pelajaran #12 10 kesilapan persepsi tentang bisnes baru
100
Pelajaran #13 Layakkah anda menerima rezeki berniaga?
107
Pelajaran #14 Komitmen seorang usahawan
111
FASA KEDUA Permulaan perniagaan berjaya
117
FASA KETIGA Membina perniagaan menguntungkan
135
FASA KEEMPAT Meluaskan perniagaan
151
FASA KELIMA Memberi kembali kepada masyarakat
161
13 KUNCI USAHAWAN BERJAYA
165
PEMASARAN DIGITAL
173
TEKNOLOGI DIGITAL
241
MENJEMPUT REZEKI
253
MASA UNTUK BERTINDAK
273
PRAKATA
B
erniaga bukannya suatu yang sukar tetapi ia bukanlah juga sesuatu yang senang. Saya bukan mahu menakutnakutkan anda tetapi ini adalah realiti. Saya yakin anda pun sering terjumpa dengan seseorang atau diri sendiri pernah bercita-cita untuk berniaga tetapi sampai sekarang masih belum memulakannya atau jika sudah berniaga, perniagaannya masih di tahap yang biasa-biasa. Saya selalu menekankan kepada semua peserta program saya, jika anda telah berniaga selama tiga tahun dan anda masih belum mencapai tahap jutawan, itu bermakna ada kesilapan dalam cara anda menjalankan perniagaan. Bagi orang yang benar-benar mahu berjaya, mereka akan memulakan tindakan dengan mencari ilmu asas supaya perniagaan yang hendak dimulakan, diasaskan dengan ilmu yang betul. Ramai juga yang bertanya kepada saya, bagaimana mahu memulakan perniagaan, apakah perniagaan yang boleh dimulakan tanpa modal, apakah perniagaan yang boleh dimulakan segera, perniagaan apakah yang boleh bantu saya mencapai peningkatan pendapatan dan banyak lagi soalan yang saya rangkulkan jawapannya dalam buku Mudahnya Berniaga ini. Dalam program-program yang saya kendalikan, saya juga berjumpa dengan ramai peniaga-peniaga yang telah berniaga selama beberapa tahun tetapi masih tidak tahu tentang asas-asas perniagaan. Akibatnya, mereka sukar untuk mengembangkan perniagaan. Perniagaan mereka statik di satu tahap sahaja.
Buku Mudahnya Berniaga ini saya tulis untuk membantu anda yang mahu memulakan perniagaan, dengan modal yang kecil tanpa memerlukan kos perbelanjaan yang besar dan berpotensi untuk pergi jauh. Juga untuk mereka yang mahu mengembangkan perniagaan. Ia digarap berdasarkan pengalaman saya berniaga lebih 23 tahun dan sehingga kini memiliki lebih 25 buah syarikat. Sudah pasti saya tidak melakukannya dan memiliki semuanya dalam masa sehari. Ada banyak perjalanan berliku yang saya lalui. Namun, berkat pengalaman tersebut, dan ilmu-ilmu perniagaan yang saya amalkan, dan sudah pasti dengan izin Allah SWT, saya telah berjaya mencapai apa yang saya miliki sekarang dan mampu untuk berkongsi ilmu yang saya ada dengan lebih ramai orang. Dalam buku ini saya kongsikan apa yang perlu anda tahu tentang ilmu asas memulakan perniagaan. Apa langkah-langkah pertama yang perlu dilakukan untuk memulakan perniagaan dan apa yang anda perlu lakukan untuk memastikan perniagaan anda itu dapat bersaing secara kompetitif. Buku ini saya harapkan dapat membantu anda untuk mengelakkan diri daripada ‘terlanggar tembok’ dan membuat kesilapan-kesilapan yang mungkin dapat menggagalkan perniagaan anda nanti. InsyaAllah, ia dapat membantu anda yang ingin menambahkan pendapatan dengan berniaga tetapi tidak tahu di mana mahu bermula dan juga untuk mereka yang langsung tidak ada idea untuk berniaga namun faham bahawa hanya dengan perniagaan kita mampu meningkatkan pendapatan sendiri. Bersama kita tingkatkan ekonomi sendiri dengan perniagaan supaya dapat memberi lebih kepada masyarakat. Semoga anda mendapat suatu ilmu yang dapat membantu anda mencapai apa yang diimpikan.
PENGENALAN DARI KOSONG MENJADI JUTAWAN
DARI KO SO NG MENJ ADI J UTAWA N
3
PENGENALAN engan lafaz Bismillahirahmanirrahim serta surah Al-Fatihah. Sentiasa mulakan tindakan dan perlakuan dengan nama Allah SWT, pujian ke atasNya, Tuhan yang berhak terhadap sekelian alam serta selawat dan salam sebanyak-banyaknya ke atas kekasihNya baginda Rasulullah SAW.
D
Kita mahu setiap ilmu yang dihadam sentiasa diberkati, walaupun sedikit. Tanpa restuNya, tiada ilmu bakal melekat di minda. Semuanya berlaku dengan kehendak dan izinNya. Hanya Allah SWT sahaja yang berkuasa untuk memberi seseorang itu untuk menghidu bau-bauan kejayaan. Hanya Dia sahaja yang berhak, menaikkan serta menjatuhkan martabat seseorang manusia mengikut kehendakNya. Saya mahu mulakan dengan bertanya soalan ini. Siapa yang tidak mahukan rezeki yang banyak? Anda yang sedang baca buku ini, sudah pasti mahukannya tanpa sebarang ragu-ragu. Saya yakin tiada siapa yang tidak mahu dilimpahkan dengan rezeki yang melimpah-ruah. Saya sebenarnya sejak kecil lagi sangat terpengaruh dengan katakata bijak pandai tentang ‘9/10 sumber rezeki adalah daripada perniagaan’. Daripada perspektif usahawan, saya sangat bersetuju dengan kata-kata ini kerana ia benar malah bagi saya, 9 sumber rezeki datangnya daripada perniagaan dan hanya 1 adalah daripada bekerja makan gaji.
4
M UDA HNYA BERNIAG A
Jika umat Islam memegang kata-kata ini, insyaAllah kita akan menguasai ekonomi dunia. Dan jangan risau, tidak semua orang akan memilih untuk berniaga, walau selepas khatam buku ini 70 kali pun, bukan semua orang akan terbuka hatinya serta mempunyai tahap keberanian untuk memulakan sesuatu yang baru seperti berniaga dan menjadi usahawan.
Bermula dari kosong Buku ini amat dekat di hati saya. Ketika di darjah 1 hingga darjah 3, saya seperti kebanyakan daripada anda ditanya oleh cikgu pada penghujung tahun tentang apakah pekerjaan yang saya mahu lakukan apabila dewasa kelak. Cikgu bertanyakan mengenai cita-cita. Jawapan saya ketika itu masih lagi berkisar tentang cita-cita untuk menjadi polis, tentera atau kerja di jabatan kerajaan. Dan setiap tahun ia akan bertukar-tukar di antara ketiga-tiga jawapan ini kerana saya tidak dibenarkan memilih untuk menjadi Superman, Batman dan Ultraman, jika tidak, pasti itu pilihan utama saya. Memasuki darjah 4 (tahun 1984) dan apabila saya mula membaca banyak majalah ilmiah seperti Dewan Pelajar, saya mula berfikir tentang persoalan apa yang saya mahu jadi apabila dewasa nanti. Ketika itu, saya tertarik dengan keretakereta mewah yang menghantar rakan-rakan sekelas saya ke sekolah. Keluarga saya juga mempunyai kereta ketika itu tetapi rakan-rakan selalu memanggilnya sebagai kereta kodok. Jika anda tahu, kereta kodok waktu itu bukanlah seperti kereta kodok hari ini. Kereta kodok ayah saya waktu itu adalah kereta Volkswagon lama model tahun 1969. Kereta mewah yang membawa beberapa rakan-rakan sekelas saya adalah termasuk
DARI KO SO NG MENJ ADI J UTAWA N
5
Mercedez Benz, Volvo, Ford, BMW dan ketika itu kereta Jepun belum semewah hari ini. Saya mula bertanya kepada rakan-rakan sekelas saya yang datang ke sekolah rendah menaiki kereta-kereta mewah milik ibu bapa mereka ini tentang apakah pekerjaan ayah atau ibu mereka? Dan kesemua mereka, ya, kesemua mereka tidak menjawab jawapan yang saya ingin dengar iaitu ‘kerja kerajaan’ seperti ayah saya tetapi semuanya mengatakan ayah mereka menjalankan perniagaan sendiri dan menjadi pengarah urusan syarikat mereka sendiri. Bermula dari tahun tersebut, apabila saya ditanya oleh cikgu saya tentang apakah pekerjaan yang ingin saya lakukan bila saya dewasa nanti, saya menjawab pengarah urusan sebagai pilihan pertama saya, walaupun pilihan kedua dan ketiga masih lagi polis dan tentera kerana pengaruh drama televisyen cerita polis dan tentera ketika itu iaitu ‘Starsky & Hutch’ serta ‘Combat’. Di situlah permulaannya saya diperkenalkan secara tidak langsung dengan satu kerjaya di masa hadapan saya sebagai pengarah urusan kepada perniagaan sendiri. Perjalanan saya berniaga bermula sejak dari sekolah rendah lagi. Ketika di darjah 5, saya telah mula dibayar untuk kerja saya. Waktu itu saya mula mengajar tuisyen kepada muridmurid darjah satu dan dua. Kemudian saya mula lebih agresif berniaga sementara menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan kemudiannya di universiti.
6
M UDA HNYA BERNIAG A
Selepas habis belajar di universiti, saya bekerja selama hampir tiga tahun sebelum membuat keputusan nekad untuk berhenti dan berniaga sepenuh masa. Ia satu keputusan yang silap ketika itu yang menyebabkan saya sengsara untuk beberapa tahun lamanya. Ibu bapa saya tidak menyokong keputusan saya untuk berhenti kerja dan berniaga. Setiap perniagaan yang saya ceburi tidak bertahan lama dan mengalami kerugian sehingga akhirnya ia hampir membuatkan saya hampir muflis dengan menggadaikan rumah ayah saya. Saya juga diburu Ah Long ketika itu. Apa yang mampu buat saya bertahan adalah impian saya. Impian saya untuk memperbaiki kehidupan ibu bapa saya serta membahagiakan mereka selagi mereka masih ada. Ia satu perjalanan yang jauh dan sukar. Jika saya ada pilihan ketika itu dan jika saya tahu apa yang saya tahu seperti hari ini, nescaya saya tidak akan lalui jalan yang sama tetapi itulah takdir saya. Takdir saya juga untuk melalui dan kuat mengatasi pelbagai cabaran serta kesusahan agar ia menjadi inspirasi buat anda hari ini. Hidup saya mula bagaikan melihat sinar di hujung terowong apabila saya mendapat nasihat daripada seorang jutawan berbangsa Cina. Seorang usahawan yang tidak pernah belajar di sekolah kerana dek kesusahan keluarga tetapi akhirnya mencapai tahap jutawan. Beliau tidak mahu menjadi mentor saya tetapi menasihatkan saya mencari seorang mentor yang berjaya di dalam perniagaan serta mahu mengajar saya berniaga demi merealisasikan impian saya.
DARI KO SO NG MENJ ADI J UTAWA N
7
Salah satu sebab utama bangsa kita gagal menakluki ekonomi di bumi sendiri adalah, kita tidak menghargai apa yang ada dalam genggaman kita. Banyak perkara yang sepatutnya hak milik kita, tapi ditakluk oleh bangsa lain. Ini bukan salah mereka. Anak bangsa kita, lebih rela menjadi hamba di tanah air sendiri. Dapat gaji tetap RM1,500, sudah cukup berpuas hati. Sudah rasa boleh tanggung pakai kereta dan berbelanja sana-sini lagak orang kaya tetapi sebenarnya papa. Ramai dalam kalangan kita terlalu terbawa-bawa dengan cara hidup seperti kata pepatah, biar papa asalkan bergaya. Bayangkan setiap hari, ramai anak bangsa kita sanggup meredah kesesakan jalan raya. Tidak kurang ramai yang suka membuang masa. Tidak termasuk memandang ringan dalam menjalankan tanggungjawab mengerjakan solat yang dituntut oleh agama. Sebabnya? Ramai yang tidak mahu memahami asas sebenar agama Islam itu sendiri. Nabi Muhammad SAW sendiri merupakan seorang peniaga yang dihormati. Selalu disebut dalam Al-Quran, kunci asas melebatkan rezeki adalah melalui zakat. Bab berzakat pula, kita bukan hanya sekadar wajib membayar yang fitrah sematamata. Sedekah itu melebatkan sungai rezeki. Namun mengapa ramai orang masih berat mahu melakukan tanggungjawab ini? Ini adalah kesan masalah jika sesebuah asas tidak difahami secara mendalam. Seperti sekadar melepaskan batuk di tangga yang hanya cukup sekadar tahu wajib membayar zakat fitrah setahun sekali tetapi sudah rasa cukup buat amal jariah di dunia.
8
M UDA HNYA BERNIAG A
Terdetiknya anda membeli dan mula baca buku ini adalah kerana anda mahu ubah nasib hidup dan bisnes anda. Jikalau saya beritahu anda, anda boleh mula ubah perkara ini dengan kadar segera, adakah anda percaya? Mudah sahaja jika anda mahu ubah hidup. Anda hanya perlu lakukan yang terbaik pada hari ini berbanding semalam dan amalkannya setiap hari. Ini adalah asas memperbaiki kehidupan dan bisnes. Ia bukanlah rahsia besar. Tip ini nampak mudah dan bersahaja. Namun, ia boleh beri impak maksima kepada hidup dan bisnes anda. Anda pasti terfikir, kenapa saya cakap seperti ini? Bayangkan apabila pelanggan datang berurusan dengan anda dan anda gagal memberikan perkhidmatan atau layanan yang terbaik dan bersikap sambil lewa, tidak melemparkan sebarang senyuman, bagaimana mahu mencuit, apatah lagi menggenggam status usahawan berjaya? Anda tidak akan menjadi seorang usahawan yang berjaya jika anda tidak dapat berikan yang terbaik kepada pelanggan anda. Walhal, pesaing anda boleh melakukan berkali-ganda lebih baik daripada anda. Tiada sebab sebesar zarah pun yang anda perlu melayan pelanggan anda dengan teruk. Cuba letakkan diri anda sebagai pelanggan, anda pasti mahukan layanan yang terbaik. Jadi, kenapa anda perlu layan pelanggan anda kurang daripada ini?
DARI KO SO NG MENJ ADI J UTAWA N
9
Berniaga itu seronok jika buat duit Ada sesuatu yang ajaib tentang memulakan sebuah perniagaan. Ia ibarat seperti ibu bapa yang menunggu kelahiran anak dan kemudian membesarkannya. Ia mempunyai satu perasaan seronok dan takjub yang tidak mudah untuk dibayangkan melainkan anda sudah menjadi ibu atau bapa. Anda akan faham maksud saya. Ia bagaikan perasaan seperti suatu penemuan baru daripada ujian makmal yang anda lakukan di hadapan cikgu yang selama ini selalu merendah-rendahkan anda. Proses memulakan perniagaan dan membina perniagaan hampir sama seperti proses membesarkan anak-anak. Ia memerlukan penjagaan yang rapi serta perhatian yang tinggi. Semakin perniagaan itu berkembang, anda akan menjadi semakin takut atau risau tentang cabaran-cabaran yang mungkin mendatang. Dan kepuasan di dalam perniagaan adalah apabila anda dapat melihat hasilnya sama ada dari segi pulangan kewangan ataupun dari segi perkembangan perniagaan tersebut. Tetapi apalah ertinya berniaga jika anda tidak buat duit, bukan? Buku ini ditulis dengan gaya bahasa yang santai dan mudah difahami. Ia sarat dengan perkongsian proses memulakan perniagaan yang pernah saya lalui berulang-ulang kali serta seperti mana yang saya kongsikan di dalam seminar-seminar perniagaan dan pemasaran saya selama beberapa tahun ini dan Alhamdulillah formula yang dikongsikan telah berjaya membantu ratusan ribu peserta saya memperbaiki kehidupan mereka serta tahap kewangan mereka dengan berniaga dari kosong hingga ada yang telah mencapai tahap jualan jutaan ringgit setahun. Keseronokan berniaga bukan hanya pada saat melihat
10
M UDA HNYA BERNIAG A
perniagaan ini mendatangkan keuntungan wang ringgit sematamata, tetapi ia sebenarnya terletak pada kebahagiaan melihat ramai orang gembira dan mendapat manfaat daripada produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
Dari kulit ke kulit Bagaimana anda membaca buku ini adalah sangat bergantung kepada sebab utama anda membacanya. Jika anda baru bermula untuk berniaga, saya cadangkan anda membaca buku ini dari kulit hadapan hingga ke kulit terakhir. Tetapi jika anda telah lama berniaga, anda mungkin boleh memilih bab-bab yang anda mahu beri keutamaan untuk membacanya terlebih dahulu. Sekiranya anda adalah seperti saya, saya lebih suka membaca keseluruhan buku ini untuk pertama kali sebelum saya memilih untuk memberikan tumpuan kepada topik-topik tertentu. Suka juga saya mengingatkan bahawa membaca buku ini semata-mata tidak menjamin yang anda akan membina perniagaan yang berjaya dan menguntungkan. Saya sangat jelas bahawa teori selalunya tidak selari dengan praktikal apabila anda mula melakukannya. Disebabkan itu, saya selalu mencadangkan agar anda mulakan langkah mengikut kemampuan anda. Saya juga ingin mencadangkan kepada anda, sekiranya anda belum pernah membaca buku saya yang lain seperti buku Magnet Kekayaan & Kejayaan; Kuasai Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan serta Kuasai Pemasaran Facebook , agar
dapat membacanya kerana ketiga-tiga buku ini telah membantu ramai untuk lebih memahami bagaimana untuk membina perniagaan yang menguntungkan dalam masa yang singkat.
1
FASA PERTAMA
PERSEDIAAN SEORANG USAHAWAN
PERSEDIAA N SEO RA NG USA HAWA N
13
PELAJAR AN 1 PERSEDIAAN SEOR ANG USAHAWAN
“Mereka yang bekerja amat risau tentang kelangsungan hidup. Mereka amat mementingkan ‘cukup-cukup makan’ atau mampu untuk sekadar membayar hutang atau komitmen. Ia berbeza dengan mereka yang berniaga. Kemampuan buat banyak duit amatlah penting di dalam sebuah perniagaan.” -Robert T. Kiyosaki-
ahulu, saya dan keluarga bukan daripada kalangan orang senang. Sebab itulah saya faham bagaimana perasaan orang susah. Saya sendiri mengalami dan merentasi pahit getir kesusahan orang yang tidak berduit dan dililit hutang keliling pinggang.
D
Jika saya tidak pernah berhadapan dengan kesukaran hidup begitu, mungkin sukar untuk saya mengubah nasib hidup dan merasai kemudahan yang saya kecapi hari ini.
14
M UDA HNYA BERNIAG A
Manusia sentiasa perlukan punca dan dorongan dalam melakukan sesuatu perkara. Lebih-lebih lagi untuk melakukan perkara yang memerlukan banyak pengorbanan dan momentum tindakan yang berterusan. Kalau anda perasan, manusia sekarang kerap didedahkan dengan perkara yang melemahkan minda dan semangat mereka. Apakah anda setuju dengan saya, jika saya katakan yang manusia sekarang semakin lemah dan tidak sekuat manusia yang terdahulu? Untuk pengetahuan anda, bonda saya mula berhenti bekerja selepas melahirkan anak pertama. Saya anak yang keempat daripada lima beradik. Waktu itu, arwah ayahanda saya bekerja di Jabatan Parit Tali Air (JPT) yang sekarang dikenali sebagai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bermula sebagai seorang juruteknik rendah. Saya sendiri tidak terfkir untuk mengecapi kejayaan semanis hari ini dalam hidup saya. Dengan izin Allah SWT, Alhamdulillah, saya boleh hidup sedikit lebih selesa berbanding dahulu. Saya boleh kongsi kejayaan hari ini dengan keluarga dan orang lain. Ia bukan semata-mata untuk diri saya sendiri sahaja. Kalau diizinkan Allah SWT, sudah pasti saya mahu berkongsi kejayaan bersama lebih ramai orang lagi. Siapa sangka, budak dungu yang berasal dari kampung yang tinggal di kuarters kerajaan, kini mampu membina empayar perniagaan serta membantu ramai di luar sana membina perniagaan yang berjaya demi mencapai impian mereka.
PERSEDIAA N SEO RA NG USA HAWA N
15
Berniaga dan sebagai usahawan, ia memerlukan sikap yang berbeza daripada sikap seorang pekerja. Apa perbezaannya? Saya kongsikan beberapa perbezaan cabaran di antara gaya fkir dan perbuatan seseorang yang biasanya bekerja dibandingkan dengan seorang usahawan yang berjaya serta cabaran sikap seorang yang biasanya bekerja dan kemudian menjadi usahawan. Dan apa yang dikongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri serta pengalaman membimbing anak-anak didik saya melalui siri seminar perniagaan dan pemasaran anjuran Richworks International Sdn. Bhd.
Cabaran 1: Teragak-agak membuat keputusan Seorang usahawan bebas menentukan halatuju mereka, tahap keuntungan, kebahagiaan, tugasan dan masa bekerja mereka. Tetapi sebaliknya, seorang pekerja biasanya tertakluk kepada keputusan majikan mereka dari segi pendapatan, masa, jadual dan kadang-kadang termasuk kenaikan pangkat. Maka, apabila seseorang pekerja ingin menjadi usahawan, mereka biasanya akan menghadapi gencatan fkiran atau takut serta teragak-agak di dalam membuat sesuatu keputusan. Semua ini kerana selama bertahun-tahun mereka bekerja di bawah orang lain (majikan) dan sentiasa perlu diberitahu apakah tugasan mereka serta mendapatkan kelulusan untuk kerja-kerja mereka, tetapi sebagai usahawan, mereka tiba-tiba perlu mula membuat keputusan sendiri. Ini menyebabkan banyak tindakan adalah di dalam keadaan ragu-ragu dan ini meningkatkan risiko perniagaan mereka.
16
M UDA HNYA BERNIAG A
Saya selalu berjumpa dengan peserta seminar saya yang tampil mengaku bahawa mereka selama berbelas tahun selain daripada bekerja, mereka memasang angan-angan untuk berniaga suatu hari nanti agar dapat memperbaiki taraf kehidupan serta tahap kewangan mereka, tetapi ia hanya tinggal angan-angan sehinggalah selepas mereka hadir berjumpa saya, ramai yang mula berani berniaga setelah mempunyai ilmu berniaga yang telah terbukti kejayaannya.
Cabaran 2: Takut ambil risiko Siapa tidak takut menanggung risiko sama ada takut rugi atau gagal di dalam apa sahaja usaha mereka, bukan? Dan majoriti mentaliti orang ramai, mereka yang bekerja adalah asalnya sentiasa mahukan jaminan atau bahasa mudahnya sekuriti (rasa terjamin) di dalam pekerjaan mereka. Ini menyebabkan ramai yang takut untuk mengambil risiko memulakan perniagaan sendiri dan selalu memilih jalan selamat asalkan mereka masih dapat bekerja dan dapat gaji mereka. Namun pemikiran yang sama tidak boleh dibawa sebagai seorang usahawan. Seseorang usahawan perlu tahu waktu bila mereka harus berani mengambil risiko dan mengambil kira pilihan keputusan mereka mengikut tahap risiko dan pulangan yang mereka bersedia capai. Memulakan perniagaan itu sendiri sebenarnya menakutkan seseorang yang bermentaliti pekerja, melainkan mereka mempunyai sebab yang kukuh serta matlamat yang jelas kenapa mereka sanggup mengambil risiko yang ada dengan berniaga.
PERSEDIAA N SEO RA NG USA HAWA N
17
Ramai juga yang memberanikan diri berhenti kerja dan memulakan perniagaan mereka tetapi akhirnya kecundang. Saya tidak bercadang untuk menakut-nakutkan anda yang ingin memulakan perniagaan tetapi itulah hakikat yang berlaku di luar sana apatah lagi jika memulakan perniagaan tanpa ilmu dan bimbingan daripada mereka yang telah terbukti berjaya. Acapkali rasa takut itu perlu agar kita lebih berhati-hati tetapi ia tidak bermakna kita takut sehingga menghalang kita daripada memulakannya tetapi ia lebih kepada menjadi seorang yang lebih bersedia dan melengkapkan diri dengan ilmu dan strategi yang betul agar risiko gagal dapat dikurangkan. Sebaliknya ini juga menjadi antara punca kegagalan ramai orang. Di dalam ketakutan mengambil risiko, ada yang memberanikan diri memulakan perniagaan tanpa ilmu dan secara membuta tuli sehingga akhirnya mengalami kerugian dan ada yang berputus asa.
Cabaran 3: buat keputusan atas desakan orang lain Ini adalah satu lagi masalah kepada sesetengah mereka yang selama ini bekerja dan mencari peluang untuk memulakan perniagaan. Mereka membuat keputusan untuk berniaga menjadi usahawan di atas desakan kawan ataupun orang lain tanpa persediaan ilmu, mentor dan strategi ataupun secara ikut-ikutan tanpa memahami perniagaan yang bakal diceburi. Mereka terlalu percaya kepada rakan mereka dan akhirnya menceburi perniagaan secara perkongsian tetapi apabila rakan mereka yang memahami tentang perniagaan tersebut membuat keputusan pecah kongsi atau berpisah daripada perniagaan itu, mereka menjadi terkontang-
30
M UDA HNYA BERNIAG A
PELAJAR AN 2 BENARK AH BERNIAGA ITU MUDAH?
adi, anda mahu kaya dengan berniaga? Siapa mahu menolak ajakan untuk menjadi kaya-raya? Meskipun orang tidak siuman sekali pun, mustahil dia menolak duit yang dihulurkan kepadanya. Sudah tentu orang normal seperti anda dan saya tidak akan menolak setiap peluang untuk hidup senang. Namun, tidakkah anda pelik? Boleh dikatakan, ramai orang berimpian mahu jadi kaya-raya tetapi tidak semua orang berjaya menggapai impian ini. Apakah masalahnya?
J
Ini jawapan saya:
“Anda tidak akan kaya jika niat di hati mahu berniaga kerana hanya mahu kaya.” -Dr. Azizan Osman-
PERSEDIAA N SEO RA NG USA HAWA N
31
Jika dari awal anda ada niat sebegini, sampai ke sudah anda tidak akan berjaya jadi kaya-raya. Salah simpan niat, kelak boleh bawa padah kepada kehidupan kita. Saya tidak mahu hidup anda disia-siakan oleh niat yang tidak betul. Mulai sekarang, anda perlu tanam niat yang membawa hidup anda ke arah yang lebih baik dan sempurna. Fakta yang anda harus tahu - ramai yang tinggal di bandar seperti Kuala Lumpur ini diklasifikasikan miskin bandar. Setakat gaji RM2,000 atau RM3,000 sebulan akan dianggap sebagai ‘miskin bandar’. Tambah pula dengan perasaan syok sendiri, suka dan bangga cakap dengan orang lain duduk di Kuala Lumpur. Walhal duduk di sini hanya menyewa bilik. Kenapa saya cakap begini? Sebab saya sendiri pernah buat dahulu. Setiap bulan dapat gaji, pasti defisit. Tidak pernah cukup hendak bayar segala benda pada waktu itu. Duit bulanan kereta selalu lambat bayar. Kemudian, apabila tahu pihak bank cari, mulalah main sorok-sorok dengan bank. Selimutkan kereta dan biar ia tidak berjalan di rumah. Sayangnya, ramai anak bangsa saya sendiri yang jadi begini. Slogan ‘biar papa, asal bergaya’ sudah jadi pedoman hidup di dunia. Jangan mengeluh jika harga hartanah semuanya mahal di Malaysia. Bukan di negara kita sahaja, bahkan ia terjadi di seluruh pelosok dunia ini. Hendak saya tambah? Berat hati mahu dikatakan, tetapi ini adalah hakikat yang pahit untuk ditelan oleh rata-rata anak bangsa saya. Tahun demi tahun harga hartanah lebih meningkat. Anda akan jadi saksi kepada harga hartanah yang melampaui batas. Sehingga anda akan kata: “Aku sudah tidak ada peluang memiliki hartanah sendiri.” Gaji semasa anda dilihat berpeluang tipis untuk
32
M UDA HNYA BERNIAG A
meningkat setaraf dengan harga barangan keperluan dan tanah. Ini bakal dan tidak mustahil terjadi kepada diri anda. Terimalah hakikat ini jika anda tidak mula berusaha dari sekarang. Pilihan sentiasa berada di tangan anda. Anda boleh pilih untuk mendendangkan lagu berkenaan rasa tidak puas hati anda kepada dunia, tanpa ambil sebarang tindakan. Anda boleh berbogel dan berkumpul di mana-mana dataran bagi menunjukkan rasa tidak puas hati anda kepada keadaan semasa dan kesukaran hidup anda. Saya boleh beritahu anda sebuah lagi bentuk hakikat. Biar anda menangis air mata darah sekalipun, anda tidak akan menyelesaikan masalah anda dengan setakat merungut sematamata. Ini sama sekali tidak akan memulihkan ekonomi keluarga kita. Atau, anda boleh mula ambil tindakan drastik sekarang demi mengubah nasib anda menjadi lebih baik pada masa hadapan. Berniaga itu tidak mudah, saya bukan mahu menakutnakutkan anda tetapi jika ia mudah mungkin ramai yang telah melakukannya. Berniaga tidak mudah maka hanya orang yang terpilih saja yang boleh berjaya dalam perniagaan. Berniaga itu tidak mudah, tetapi hasilnya adalah sangat besar dan hebat, berkali-kali ganda berbanding dengan bekerja. Bila berniaga, kita ada peluang untuk bersara awal dan hidup goyang kaki menikmati hasil. Atau kita ada peluang untuk terus mengembangkan perniagaan dan membantu lebih ramai orang lain.
PERSEDIAA N SEO RA NG USA HAWA N
33
PELAJAR AN 3
BERCADANG JADI K AYA ATAU MERANCANG HIDUP PAPA? enar Allah SWT adalah sebaik-baik perancang namun kitalah yang harus berusaha untuk mendapatkan yang terbaik untuk kehidupan kita. Sesungguhnya Allah SWT menurut sangkaan hambaNya, jika kita sangka kita ini harus hidup susah dan papa, insyaAllah itulah yang akan diberikanNya. Ada juga yang menyalahkan takdir yang menjadikan dirinya papa. Sebenarnya ini adalah satu kesilapan besar. Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:
B
“Aku menurut sangkaan hambaKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatKu. Apabila dia mengingati Aku dalam dirinya maka Aku akan mengingatnya dalam diriKu. Dan apabila dia mengingat Aku dalam keramaian maka Aku akan mengingatinya dalam keramaian pula yang lebih baik daripada itu. Apabila dia mendekati Aku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta, apabila dia mendekati Aku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepadaKu dengan berjalan maka aku akan sambut dia dengan berlari-lari kecil.” ~(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)~
34
M UDA HNYA BERNIAG A
Ramai orang merancang untuk kaya, ada juga yang merancang untuk hidup sederhana sahaja. Jarang pula kita dengar seseorang yang mahu hidup papa. Kesilapan kita adalah kita tidak tahu untuk apa kita mahu, menjadi kaya dan berjaya. Kita sering merasakan kita mahu kaya kerana kita mahu hidup senang, tidak mahu hidup susah. Jika anda berfkiran demikian, anda salah. Orang kaya juga ada cabaran dan risikonya tersendiri. Kaya atau senang tidak menjamin hidup kita tidak akan mendapat susah kerana kehidupan di dunia ini adalah untuk bersusah-payah. Di akhirat nantilah kita akan mendapat balasan kesenangan yang sebenar, sekiranya kita telah memanfaatkan kehidupan di dunia. Jadi apa perancangan hidup anda? Suka saya menyeru semua untuk merancang mendapat kesenangan hidup di dunia dan juga di akhirat. Sebaik-baik manusia adalah mereka yang kaya dunia dan juga kaya akhirat. Bagaimana pula dengan kekayaan di dunia boleh menjadi asbab untuk kita mendapat kekayaan di akhirat? Mudah sahaja, kita seharusnya menjadikan kekayaan yang kita miliki di dunia ini sebagai punca untuk kita mendapatkan sebanyak-banyak pahala untuk kejayaan kita di akhirat. Ramai orang bertanya saya, apakah kita boleh menjadi kaya-raya dengan berniaga, dan apakah kita tidak boleh menjadi kaya dengan bekerja? Suka untuk saya nyatakan bahawa kita semua boleh menjadi kaya-raya sama ada berniaga atau bekerja, bezanya ialah melalui perniagaan, kita insyaAllah dapat mengumpul kekayaan dengan lebih cepat. Bukan sahaja kekayaan wang, juga kekayaan masa yang membolehkan kita menikmati kekayaan harta yang kita miliki.
PERSEDIAA N SEO RA NG USA HAWA N
35
Jika kita fkirkan secara logik akal, kenapa ramai bangsa lain yang lebih gemar berniaga? Kenapa ramai jutawan ternama dunia memperolehi kekayaan melalui perniagaan? Jadi kenapa kita tidak mahu meniru cara mereka untuk kaya melalui perniagaan?
Apakah sebab utama a nda ma hu ber niaga? Tanya diri sendiri, kenapa anda mahu berniaga? Apakah kerana keturunan anda semuanya usahawan? Adakah kerana ia menjanjikan keuntungan yang banyak? Apakah kerana minat? Adakah kerana 9 dari 10 punca rezeki datangnya daripada perniagaan? Apakah kerana suka-suka dan ikut kawan? Tanyakan diri anda betul-betul, apakah anda bersedia untuk menghadapi cabaran dan melakukan tindakan yang sepatutnya jika anda mahu berniaga? Semasa saya bersekolah, seperti yang saya ceritakan sebelum ini, saya selalu perhatikan kawan-kawan sekolah saya pergi dan balik sekolah dengan menaiki kereta mewah. Ketika itu arwah ayah saya memiliki sebuah kereta Volkswagen lama yang saya panggil ‘kereta kodok’. Dalam sebulan ada 30 hari, saya rasa 28 hari kereta ayah saya akan masuk bengkel! Bila saya tanyakan kawan-kawan saya, apakah pekerjaan ayah mereka sehingga mereka mampu memiliki kereta mewah, mereka kata ayah mereka bekerja sebagai CEO, pengarah, pengarah urusan dan lain-lain nama jawatan yang saya tidak faham. Maklumlah, ayah saya cuma juruteknik di dalam perkhidmatan awam. Dari situ mula timbul perasaan bahawa saya mahu menjadi seperti ayah mereka yang mampu memiliki kemewahan. Kemudian barulah saya faham, jawatan-jawatan
36
M UDA HNYA BERNIAG A
tersebut adalah berkaitan dengan perniagaan dan saya pun mula berazam untuk berniaga. Ada orang mahu berniaga kerana mahu memperbaiki taraf ekonomi. Syabas saya ucapkan kerana keadaan ekonomi yang turun naik akan berlaku setiap beberapa tahun. Anda juga mahu berniaga kerana mahu memiliki kehidupan yang lebih baik, dan anda tahu hanya melalui perniagaan yang berjaya anda mampu memiliki kekayaan masa dan kekayaan wang. Saya selalu tekankan, bekerja bukan tidak bagus tetapi apabila bekerja, kita seolah-olah menggadaikan masa kita untuk mendapatkan wang. Dan apabila kita menggadaikan masa bererti kita menggadaikan kesempatan untuk bersama keluarga, bersama diri sendiri dan juga bersama Allah SWT yang Maha Memiliki Masa. Apabila perniagaan berjaya, kita juga mampu mempunyai kekayaan wang yang membantu kita untuk membuat pilihan yang lebih besar. Kita boleh memilih untuk menderma sebanyak mana, kepada siapa dan bila, tanpa perlu berfkir panjang. Kita mampu bersedekah, berinfak, berwaqaf dan berzakat untuk membantu membangunkan masyarakat kita tanpa perlu rasa takut. Ini yang saya selalu tekankan di dalam setiap program saya. Pasti anda sudah tahu. Saya mencapai angka RM1 juta yang pertama dalam akaun semasa umur 32 tahun. Saya mahu anda juga memperoleh jumlah ini, kalau lebih lagi bagus. Kalau boleh, lebih muda umur anda, lebih bagus. Saya gembira dapat tahu anda lebih berjaya daripada saya. Tiada perkara yang lebih menggembirakan hati seorang guru melihat anak muridnya lebih berjaya.
PERSEDIAA N SEO RA NG USA HAWA N
43
PELAJAR AN 4
NAMPAK JELAS MASA DEPAN SEBAGAI USAHAWAN nda kini telah faham bahawa dengan perniagaan yang berjaya anda mampu memiliki kebebasan masa dan kewangan. Bila anda memiliki kebebasan kewangan, anda mampu membuat pilihan yang lebih banyak, anda mampu mencapai segala apa yang anda cita-citakan dan mencapai impian orang yang anda sayang. Anda mungkin rasa berkobar-kobar dan bersemangat untuk melakukan perniagaan sekarang tetapi jauh di hati anda ada sedikit kebimbangan dan kecelaruan. Anda mungkin rasa tidak pasti bahawa apakah keputusan yang anda ambil ini adalah keputusan yang tepat.
A
Pasti ada yang mempunyai soalan seperti ini. Bagaimana hendak memiliki kehidupan yang mempunyai banyak pilihan? Jawapan saya, tidak lain dan tidak bukan ialah dengan mempunyai banyak wang. Ada pula yang akan tanya, kenapa saya kata begini? Benar. Wang bukanlah segalanya. Namun hakikatnya, segalanya perlukan wang dalam dunia ini. Saya minta anda tinggalkan sebentar dunia fantasi, kita lihat sebentar realiti. Apakah anda perasan, saban tahun keadaan ekonomi negara semakin lama, semakin mencabar? Jikalau ekonomi diri sendiri tidak dikukuhkan, anda bakal menghadapi pelbagai masalah yang melibatkan kewangan. Apabila
44
M UDA HNYA BERNIAG A
seseorang itu tiada masalah berkaitan kewangan, maka banyak pilihan yang boleh dibuat olehnya. Pilihan ini terdiri dari pelbagai aspek, daripada keselesaan tempat tinggal bersama ahli keluarga, kenderaan yang selesa dan elok atau pakaian yang lebih elok. Saya tidak rasa dengan menggunakan sesuatu yang bagus untuk diri sendiri itu boleh menimbulkan perasaan riak dalam diri. Bagi membuktikan keputusan anda untuk berniaga adalah satu keputusan yang tepat, ini adalah masanya untuk anda melakukan tindakan yang penuh komited dan konsisten bagi membuktikannya. Sudahkah anda bersedia? Tanyakan kepada diri anda sendiri, apakah maknanya untuk menjadi seorang usahawan? Usahawan datang dalam pelbagai jenis, ada usahawan kecil, usahawan sederhana, usahawan industri, usahawan Muslimah, usahawan makanan, usahawan pelancongan dan pelbagai label lagi yang diberikan kepada usahawan. Persoalan sebenarnya apa maknanya menjadi seorang usahawan kepada anda? Bagi saya, menjadi usahawan dalam pelbagai bentuk perniagaan yang saya ada sekarang bermakna saya berkemampuan untuk membantu lebih ramai orang. Saya yakin saya tidak mampu membantu lebih 650,000 orang peserta yang pernah hadir ke program-program yang saya adakan jika saya masih bekerja makan gaji. Menjadi usahawan bermakna saya membantu meningkatkan pandangan umum tentang bangsa saya. Jika saya boleh buat, bangsa saya yang lain juga boleh melakukannya. Menjadi usahawan juga bermakna saya ingin menjadi seorang yang luar biasa, saya tahu apa potensi dan kemampuan diri saya dan sejauh mana saya boleh melangkah. Bila saya menjadi usahawan berjaya, saya mampu mencapai lebih banyak impian saya dan membantu orang lain mencapai impian mereka. Anda bagaimana?
48
M UDA HNYA BERNIAG A
PELAJAR AN 5 CIRI-CIRI USAHAWAN YANG BERJAYA
S
eseorang usahawan yang berjaya selalunya mempunyai ciri-ciri yang khusus. Di bawah ini saya menggariskan 8 kriteria yang dapat anda fahami dan pelajari tentang apa yang saya maksudkan sebagai usahawan contoh.
1. Komited Kita boleh belajar bagaimana untuk menjadi seorang usahawan tetapi kita perlu komited untuk melakukan semua tindakan dan berhadapan semua proses yang perlu untuk menjadi seorang usahawan. Apa yang membezakan seorang usahawan dengan orang lain ialah usahawan mampu menukarkan idea yang mereka ada menjadi satu realiti.
2. Pandai melihat peluang Seseorang usahawan pandai melihat masalah sebagai satu peluang. Dengan niat yang ikhlas untuk membantu orang lain, dan dengan kepakaran yang ada, usahawan mampu mengambil inisiatif dan menukar sesuatu yang dilihat oleh orang lain sebagai masalah kepada satu perkara yang positif.
PERSEDIAA N SEO RA NG USA HAWA N
49
3. Berfkiran besar dan berfkiran jauh Usahawan yang berjaya mampu berfkiran besar dan jauh. Sebagai contoh, orang biasa akan melihat masalah ekonomi sebagai satu titik noktah tetapi bagai usahawan mereka mampu melihatnya dalam konteks yang lebih besar dan di luar daripada masalah ekonomi yang ada. Usahawan akan melihat peluang yang akan wujud selepas masalah ekonomi selesai atau peluang lain jika masalah ekonomi tidak selesai dalam satu jangka masa yang lama.
4. Ker ja ber pasukan Usahawan tahu bahawa mereka tidak akan mencapai kejayaan sekiranya mereka bekerja bersendirian. Sebab itu, kita sering melihat usahawan yang berjaya mempunyai satu rangkaian sokongan yang kuat di belakang mereka dan dikelilingi oleh logistik dan usahawan-usahawan lain yang lebih berjaya. Secara tidak langsung, mereka dapat berkongsi kejayaan dengan orang lain dalam masa yang lebih singkat. Sebagai contoh, ramai antara peserta program saya yang menjalankan perniagaan melalui sistem ejen di mana ia membantu mereka mencapai jualan sehingga RM1 juta dalam tempoh satu tahun sahaja.
5. Panda i mengur uskan r isiko Usahawan tidak cepat melatah. Dalam sesuatu matlamat yang hendak dicapai dalam tempoh masa tertentu, usahawan akan menjangkakan risiko yang bakal dihadapi dan telah bersedia dengan cara penyelesaiannya. Risiko bukan dilihat sebagai
50
M UDA HNYA BERNIAG A
halangan tetapi sebagai batu loncatan untuk mereka bergerak ke hadapan dengan lebih pantas.
6. Usahawan adalah pemimpin Seorang usahawan yang berjaya mesti mampu memimpin dirinya, perniagaannya, pasukannya dan keluarganya. Usahawan mesti mampu menjadi yang pertama dalam membuat tindakan dan menjadi contoh terbaik untuk orang lain. Usahawan juga perlu mempunyai nilai-nilai jati diri yang positif supaya kejayaan yang dicapai boleh menjadi sumber inspirasi kepada orang lain. Usahawan mesti mampu menggerakkan perniagaan dan membina legasi untuk menjadi contoh teladan kepada orang lain.
7. Usahawan mesti mahir dalam ur usan per niagaan Ramai orang berpendapat seseorang usahawan tidak perlu tahu selok-belok perniagaan. Mereka hanya perlu mengeluarkan modal dan membina perniagaan seterusnya menawarkan jawatan pemasaran dan pegawai kewangan kepada orang lain. Ini salah. Bagaimana seseorang mahu digelar usahawan jika mereka tidak tahu memasarkan perniagaan dan tidak tahu untung rugi perniagaannya? Siapa yang menguruskan pemasaran dan kewangan bukan menjadi persoalan tetapi yang lebih penting usahawan itu sendiri mesti sangat arif di dalam kedua-duanya.
10
MASA UNTUK BERTINDAK
M A SA UNTUK BERTIND A K
275
pa yang membezakan seseorang yang berjaya dengan seseorang yang gagal ialah tindakan. Orang yang berjaya buat tindakan dengan penuh komited dan konsisten sehingga selesai. Orang yang gagal selalu buat kerja separuh jalan.
A
Ramai orang tunggu lama sangat untuk berjaya. Kita suka tunggu, tunggu cukup modal, tunggu cukup ilmu, tunggu kedai siap, tunggu anak besar sikit akhirnya kita langsung tidak mulakan apa-apa. Mulakan tindakan anda dengan mencari ilmu. Apabila selesai menuntut satu ilmu, terus bertindak. Kecil pun tidak mengapa asalkan lakukan sesuatu. Kemudian cari dan gali lagi ilmu dan teruskan lagi dengan tindakan. Bertindaklah dengan mula membuat perancangan perniagaan. Juga mulakan dengan pelan pemasaran. Sila tengok kalendar tahun hadapan dan dapatkan maklumat cuti umum. Mula rancangkan promosi dan tawaran yang anda hendak lakukan apabila cuti umum tiba. Anda boleh mula bertindak dengan berfikir secara positif. Latih diri untuk fikir yang baik-baik, cakap yang baik-baik dan buat yang baik-baik. Apa yang kita fikir, kita cakap, kita dengar, kita buat adalah doa. Kita tidak tahu dalam sehari bila waktunya Allah SWT mendengar doa kita. Jadi haruslah kita lakukan yang terbaik. Saya berharap catatan dalam buku ini dapat membantu anda memulakan perniagaan. Walaupun kecil ia bermakna bagi saya. Saya akan rasa seronok apabila dapat tahu ilmu yang saya kongsi membawa manfaat kepada ramai orang. Saya juga doakan anda berjaya menubuhkan perniagaan anda dan terus maju dan
276
M UDA HNYA BERNIAG A
berkembang dengan lebih baik. Saya juga doakan anda akan lebih berjaya daripada saya, itu sebenarnya adalah satu kebanggaan apabila dapat tahu ada anak didik yang lebih berjaya daripada saya. Saya doakan Allah SWT memakbulkan permintaan anda untuk memudahkan kehidupan seharian anda dan membantu anda menjadi orang yang lebih baik. Saya doakan anda kaya dan berjaya dunia akhirat!
Salam Kejayaan Dr. Hj. Azizan Osman