Selawat Thobibiyah
Ya Allah semoga Engkau curahkan selawat dan salam kepada Junjunganku, Kekasihku, pengubat hatiku, jiwaku dan ragaku, Junjunganku inilah yang menjadi utusan Allah, Nabi Muhammad bin Abdullah Dialah insan yang jujur dan dipercayai. Semoga selawat dan salam juga tercurah kepada semua keluarga dan sahabat Baginda
Selawat Ya Asyiqol Musthofa
-
Qasidah Mahabbah Rasul
Mahabbah Rasul jadi perlumbaan, Bagi sekalian makhluk Tuhan, Tidak kira manusia atau haiwan, Bukit bukau dan tumbuh tumbuhan,
Seekor unta datang berlari lari, Berlutut dan mengucup kaki Nabi, Mengalir air matanya menangisi, Kerana rindu kepada Nabi, Mengadu domba tentang badan sakit, Kerja banyak makannya sedikit,
Di dalam peristiwa Israk wal Mikraj, Batu yg besar tersangatlah berat, Ingin menjadi pengikut yang taat, Lalu timbullah dan jua terangkat, Lantas ditahan oleh malaikat, Maka terapunglah hingga kiamat,
Pelepah tamar yang sudah kekeringan, Merintis menangis kerna ditinggalkan, Hingga tangisannya telah didengarkan, Kepada para sahabat yang beriman, Lalu baginda turun menenangkan, Berhentilah menangis berkat usapan,
Bukit uhud kuat bergoncang, Kerana gembira Nabi di belakang, Sehinggalah kaki Baginda menendang, Barulah berhenti dari bergoyang, Disaksi oleh Saidina Abu Bakar, Dan bakal shahid Uthman dan Umar,
Saidina Thauban kekuningan badan, Sakit kerana asyik memikirkan, Apakah dirinya akan dimasukkan, Ke dalam syurga bersama Rasul junjungan, Kerna baginya jika berasingan, Tiada nikmatnya syurga pilihan,
Saidina Jaafar sepupu baginda, Satu badannya penuh terluka, Dalam berperang sambil berpuasa, Shahidlah dia mempertahan Baginda, Dikurnia Allah sayap kepadanya, Berbuka puasa di dalam syurga, Sesudah merasakan pelbagai nikmat, Didalam syurga pun masih teringat, Kepada insan yg bernama MUHAMMAD, Yang begitu mengasihi ummat, Diizin Allah bersama para malaikat, Ziarah nabi dibumi yang berkat,
Ingatlah wahai teman sekalian, Nabi Muhammad pernah berpesan, Seseorang itu akan dibangkitkan, Bersama siapa yang paling dicintakan, Kami berdoa padamu Allah, Cintakan kami kepada Rasulullah
Qasidah Rindu Madinah Rindunya daku kepada bumi Madinah Takkan terubat walau sudah ziarah Sekalipun menangis berair mata darah Hatikan tetap rindukan Rasulullah ALLAHU ALLAHU ALLAHU ALLAH ALLAHU ALLAH HABIBI ROSULULLAH.. Terimalah hadiah imbalan ziarah Insan yang lemah ingin berqasidah Diilhamkan Allah Syamail Muhammadiyah Berkat menangis di Raudhatul Jannah ALLAHU ALLAHU ALLAHU ALLAH ALLAHU ALLAH HABIBI ROSULULLAH..
Di suatu malam, bulan yang penuh cerah Baginda mengenakan pakaian serba merah Lalu bersumpah Jabir bin Samurah Jika dibezakan, Nabi terlebih indah ALLAHU ALLAHU ALLAHU ALLAH ALLAHU ALLAH HABIBI ROSULULLAH.. Matanya yang terang, sangat suka bercelak Nampak yang dibelakang, dan depan serentak Jinjang tengkuk Nabi, sangat putih melepak Tiada berdaki, umpama pantulan perak ALLAHU ALLAHU ALLAHU ALLAH ALLAHU ALLAH HABIBI ROSULULLAH..
Dahinya yang luas, anak matanya hitam Cahaya berhias, menatap kan tenteram Tulang baginda kemas, saling kuat menggenggam Rukanah tertewas, lalu memeluk Islam ALLAHU ALLAHU ALLAHU ALLAH ALLAHU ALLAH HABIBI ROSULULLAH.. Rambutnya ikal mayang, tidak terlalu panjang Tingginya yang sedang, dada luas berbidang Ketika berjalan, condongnya kehadapan Lajunya seperti, turun tempat yang tinggi ALLAHU ALLAHU ALLAHU ALLAH ALLAHU ALLAH HABIBI ROSULULLAH..
Helaian bulunya tetapkan terus wujud Hanya belasan uban memikirkan surah Hud Umpama pedang jaguh, hidung baginda mancung Dipandang dari jauh, kening seakan bersambung ALLAHU ALLAHU ALLAHU ALLAH ALLAHU ALLAH HABIBI ROSULULLAH.. Nafas berbau wangi, semerbak kasturi Sukakan bersugi, yang busuk dihindari Tak pernah menguap, berkat cucian hati Takkan pernah dihinggap, lalat walau sekali ALLAHU ALLAHU ALLAHU ALLAH ALLAHU ALLAH HABIBI ROSULULLAH..
Berjarak gigi hadapan, cahaya kelihatan Segala pertuturan, adalah wahyu tuhan Lebar bibirnya, menandakan pemurah Membaca Al-Quran, dengan penuh Fasoohah ALLAHU ALLAHU ALLAHU ALLAH ALLAHU ALLAH HABIBI ROSULULLAH.. Baginda memilih, hidup dalam berzuhud Sekalipun maksum, sangat banyak bersujud Menipis isi tumit, lamanya bertahajjud Banyak mendaki bukit, sangat sayangkan Uhud ALLAHU ALLAHU ALLAHU ALLAH ALLAHU ALLAH HABIBI ROSULULLAH..