Laporan Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat Perdana Pada tarikh 10 Mei 2012, bersamaan hari Khamis, satu majlis bacaan Yassin dan solat hajat sempena peperiksaan semester telah diadakan di Surau An- Nur, IPG Kampus Gaya. Majlis ini telah dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG Kampus Gaya dengan kerjasama Persatuan Guru Pelatih Islam, IPG Kampus Gaya. Semua pelajar Muslim IPG Kampus Gaya adalah diwajibkan hadir pada majlis ini. Majlis dimulakan solat Maghrib berjemaah pada jam 6.30 petang yang telah diimamkan oleh Ustaz Abdullah. Kemudian, setelah selesai solat Maghrib berjemaah, majlis bacaan Yassin dimulakan dengan diketuai oleh Ustaz Abdullah. Setelah majlis bacaan Yassin selesai, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG Kampus Gaya, Encik Ibrahim Hj. Ismail telah menyampaikan sedikit ucapan dan amanat untuk para pelajar yang akan menduduki peperiksaan semester pada kali ini. Setelah itu, semua jemaah bersolat Isyak secara berjemaah dengan diimamkan oleh Ustaz Zulkifli. Seusai solat Isyak berjemaah, majlis solat hajat secara berjemaah telah dijalankan dengan diimamkan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Gaya, Ustaz Rafihi Derim. Setelah selesai majlis solat hajat, para jemaah telah dijemput untuk bersama menjamu selera yeng telah disediakan oleh Encik Aznan bersama ahli Persatuan Guru Pelatih Islam, IPG Kampus Gaya. Secara keseluruhannya, majlis telah berjalan dengan lancer seperti apa yang telah dirancang. Majlis telah selesai lebih kurang pada jam 9 malam. Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh, ___________________________ (MOHD. NAZREEN BIN ZAINUL) Ahli Jawatankuasa, Biro Tugas- tugas Khas, Persatuan Guru Pelatih Islam, IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu,