Langkah : 1. Skim galakan. Merupakan daya tarikan yang mustahak untuk menggalakkan pelaburan asing. Pihak kerajaan memberikan taraf perintis untuk membolehkan syarikat-syarikat asing yang baru menikmati kemudahan pengecualian cukai, di samping melanjutkan tempoh pengecualian cukai untuk syarikat- syarikat asing yang sedia ada. Dalam usaha menambahkan modal asing, pihak kerajaan juga harus melonggarkan peraturan pelaburan dengan membenarkan rakyat asing memiliki ekuiti yang lebih besar sehingga 100% dalam sesuatu projek. Keistimewaan ini dapat menarik pera pelabur asing untuk melabur di Malaysia. Malaysia juga mengamalkan dasar pertukaran wang asing yang liberal. Pelabur-pelabur asing dibenarkan membawa keluar segala keuntungan dan pulangan modal. Ini satu-satunya insentif negara yang dihargai oleh pelabur asing.
2. Rombongan penggalakan pelaburan. Penghantaran rombongan penggalakan pelaburan ke luar negeri adalah langkah yang wajar untuk menarik kemasukan pelaburan asing. Sejak bulan Mei 1987, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan industri telah mengetuai banyak rombongan penggalakan ke luar negeri. Untuk menyedarkan pelabur asing mengenai potensi pelaburan di d i Malaysia melalui seminar pelaburan, mesyuarat serta laporan media massa. Mak lumat pelaburan untuk pelabur asing juga disampaikan menerusi pejabat Lambaga Kemajuan Perindustrian Malaysia di luar negeri dan kedutaan asing. Langkah ini dapat memberi penjelasan mengenai dasar-dasar baru kerajaan dan galakan serta peluang pelaburan kepada bakal pelabur asing. Ini akan menimbulkan minat di kalangan pengusaha asing dan memandang Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan yang menguntungkan. 3. Tapak perindustrian. Kawasan perindustrian yang sesuai dan ke mudahan infrstruktur yang sempurna mustahak untuk menjayakan sesuatu projek pelaburan asing. Dalam usaha menarik pelabur asing, tapak perusahaan yang strategik telah dipilih untuk dimajukan sebagai kawasan perusahaan. Kerajaan juga perlu memperuntukkan perbelanjaan yang banyak untuk menyediakan kemudahan elektrik dan bekalan air, di d i samping memperbaiki sistem pengangkutan di kawasan perindustr ian tersebut demi menjayakan projek pelaburan asing. Contohnya, Kawasan Perindustrian Mak Mand in, Butterworth di Pulau Pinang dan Kawasan Perindustrian Shah Alam, Selangor. Dengan adanya kemudahan infrastruktur yang lengkap, sudah tentu ini akan memudahkan pelabur asing melaksanakan projek pelaburan mereka di sini kerana boleh menjimatkan kos penyediaan kemudahan asas yang diperlukan.
4.
Teknologi dan kemahiran.
Kerajaan telah melaksanakan rancangan latihan kepakaran demi meningkatkan kemahiran dan kecekapan tenaga buruh dan mempergiatkan program penyelidikan dan pembangunan untuk memperkenalkan teknik pengeluaran moden. Daya produktiviti yang tinggi bukan sahaja menjimatkan kos penghasilan, bahkan memaksimunkan keuntungan sesuatu projek pelaburan. Ini memang sesuai dengan hasrat pelabur asing untuk meningkatkan keuntungan. Dengan usaha ini, pelabur asing tertarik untuk melabur di Malaysia kerana t erdapatnya tenaga pekerja yang mahir serta tingkat tekno logi yang tinggi. 5. Keyakinan pelabur asing. Kestabilan politik merupakan faktor utama untuk menggalakkan pelaburan asing. Jika sesebuah negara iru sentiasa mengalami pergolakan politik akan menjejaskan keyakinan para pelabur kerana modal dan keselamatan mereka akan terancam. Masalah ini akan menyebabkan ramai pelabur asing beralih ke negara-negara yang lebih stabil. Yang demikian, segala perjuangan politik yang keterlaluan harus dielakkan demi melahirkan sebuah negara yang aman, damai dan harmoni agar usahawan asing berani menanam modal di negara ini. Kerajaan juga telah menandatangani Perjanjian Jaminan Pelaburan dengan negaranegara asing. Matlamatnya ialah untuk memberi jaminan bahawa kerajaan Malaysia tidak memiliknegarakan mana-mana syarikat asing di negara ini. Perjanjian ini akan menambahkan keyakinan pelabur asing dan mengglakkan kemasukan modal asing ke negara ini. Keburukan : 1. Persaingan dengan pelabur-pelabur tempatan. Mereka dianaktirikan dan tidak mendapat tender-tender yang sepatutnya mereka usahakan. Tidak dapat bertanding dengan pelabur asing yang berteknologi canggih dan bermodal lumayan. Barangan baru yang dihasilkan tidak dapat dikeluarkan oleh pelabur tempatan. 2. Tiada pemindahan teknologi. Mereka membawa kepakaran dan kakitangan sendiri. Merugikan negara kita kerana ini adalah harapan negara. Mereka lebih mengutamakan keuntungan menyebarkan pengetahuan baru. Hanya membawa wang keluar dari Malaysia. 3. Pencemaran. Masalah ini akan berlaku daripada segi air, udara dan alam sekitar. Ini bertentangan dengan konsep untuk hidup dalam alam yang bersih. Dengan pembukaan kilang-kilang baru, hutan diterokai dan pokok ditebang untuk tujuan tersebut. Ini telah merosakkan sistem eko-sistem dan ekologi alam sek itar. Asap yang keluar dan sisa-sisa buangan kilang mencemarkan laut, sungai dan udara yang bersih. 4. Kebudayaan kuning dan asing. Ini bertentangan dengan kebudayaan yang lebih halus di negara kita. Adat, cara hidup, tarian, seni, lagu dan agama dipengaruhi oleh pelabur pelabur asing. Ini kerana masyarakat lebih mendewakan kebudayaan mereka yang dianggap kompleks dan ³sophisticated´. Ini secara tidak langsung telah mencemarkan hubungan kekeluargaan orang- orang Asia. Semangat kejiranan juga merosot. 5. Penjajahan ekonomi asing. Ini amat membahayakan kerana pelabur-pelabur asing ini boleh menyebabkan kita terlalu bergantungan kepada mereka. Tanpa pelabur asing kedudukan ekonomi negara kta akan terjejas dan menjadi tidak stabil. Contoh : Sekiranya Amerika Syarikat menarik balik GSP, banyak kilang elektronik akan tutup. Ini boleh mengakibatkan ramai pekerja kilang elektronik menganggur dan menggugat kestabilan ekonomi negara kita.