BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan Kajian ini adalah mengenai sejarah Ekskavasi dan konservasi di Kota Kuala Kedah. Kota Kuala Kedah atau juga dikenali sebagai Kota Kuala Bahang adalah terletak di tebing utara muara sungai Kedah dan ianya terletak dikedudukan rujukan latitude 100 17’30’ Timur dan Longitude 6 6’ 0”. Kota tersebut adalah berhampiran muara sungai Kedah dan bertentangan dengan bandar sungai kedah. Bentuk kota adalah empat segi bujur yang memanjang dari arah Selatan ke Utara dan melebar dari Barat ke Timur. Terdapat sebuah Alor Melaka yang dibina untuk mengawal air daripada memasuki kota.
1.2 Pemasalahan kajian Hasil pembacaan yang telah dilakukan dari semua sudut pembacaan mengenai Kota Kuala Kedah telah dikenalpasti mana-mana penulis tidak menyentuh beberapa aspek dalam penulisan mereka. Mereka hanya menyentuh mengenai peristiwa Kota Kuala Kedah, kepentingan kota, dan latar belakang kota tersebut. Daripada pembacaan yang dijalankan, pemasalahan kajian yang menarik yang perlu disentuh adalah daripada aspek sejarah, ekskavasi dan konservasi kota yang dihadapi dalam mengekalkan struktur asli kota agar tidak terjejas daripada perkara-perkara yang boleh menggugat keaslian kota. Sejarah kota adalah bermaksud pengkajian mengenai maklumat Kota Kuala Kedah. Adakah maklumat mengenai sejarah Kota Kuala Kedah meliputi kesemua aspek. Penulisan ini adalah melengkapkan sejarah Kota Kuala Kedah. Ekskavasi
pula adalah cari gali yang dilakukan oleh ahli arkeologi di tapak Kota Kuala Kedah. Artifak yang dijumpa di tapak kota tidak pernah ditengahkan oleh penulis lain di dalam penulisan tesis mereka. Mengapa maklumat mengenai artifak tidak ditulis. Penulisan tesis ini akan menulis mengenai maklumat artifak tersebut. Manakala konservasi pula merupakan pemuliharaan atau penjagaan sesuatu secara tersusun bagi mengatasi kerosakan. Pembaikpulihan telah dilakukan di kota tersebut bagi menjaminkan keaslian kota tersebut. Laporan konservasi tidak diselitkan oleh mana-mana pengkaji sebelum ini dan ianya tidak diketahui umum.
1.3 Objektif kajian Objektif utama dalam kajian ini adalah untuk menerangkan sejarah Kota Kuala Kedah. Sejarah Kota Kuala Kedah ini perlu ditulis agar sejarah kota tersebut tidak harus lenyap ditenggelam oleh arus pemodenan. Hal ini penting bagi mengekalkan keaslian monumen Kota Kuala Kedah. Seterusnya, aspek ekskavasi merupakan penemuan artifak yang pernah dijumpai di tapak kota tersebut. Maklumat mengenai artifak yang pernah dijumpai di tapak kota tersebut perlulah diketengahkan agar perhubungan Kedah dengan negara luar sudah lama terjalin. Konservasi adalah aspek yang penting bagi memperbaiki bahagian struktur-struktur kota yang telah rosak akibat daripada faktor peralihan masa yang lama. konservasi ini adalah bagi mengekalkan keaslian kota untuk kajian generasi yang akan datang. Konservasi adalah bertujuan untuk menghalang faktor-faktor kerosakan yang boleh menjejaskan keaslian kota tersebut seperti pembagunan dan serangan haiwan perosak.
1.4 Sorotan literatur Abdul Halim Nasir (1990) menyentuh mengenai Kota Kuala Kedah di dalam bahagian bab lapan daripada keseluruhan karyanya. Di dalam penulisannya beliau banyak menyentuh mengenai kota-kota yang pernah wujud di Tanah Melayu dan salah satu kota yang beliau sentuh adalah Kota kuala Kedah. Karya beliau dijadikan sebagai sorotan buku kerana tajuk tesis yang akan ditulis adalah berkaitan dengan Kota Kuala Kedah. Kota Kuala Kedah yang beliau sentuh merangkumi tiga aspek utama iaitu bentuk kota, kedudukan kota dan sejarah kota itu sendiri. Beliau 2
mengulas dengan lengkap tiga aspek tersebut sehingga karya beliau dijadikan sebagai sumber rujukan oleh penyelidik masa kini. Di dalam penulisannya, beliau telah terlepas pandang beberapa sudut lain dan salah satunya iaitu dari aspek sejarah kota agar tidak dimusnahkan kota-kota yang bersejarah yang terdapat pada masa kini. Halangan atau cubaan untuk menghapuskan kota-kota yang bersejarah
akan
menjejaskan
atau
menghapuskan
sumber
primer
untuk
penyelidikan pada masa akan datang. Aspek ekskavasi juga beliau tidak menyentuh didalam penulisannya. Sumber-sumber yang penting masih terdapat di kota tersebut. Kota-kota yang bersejarah harus dikekalkan untuk tatapan generasi yang akan datang. Selain itu, aspek konservasi kota harus diketengahkan untuk mengekalkan monument asal agar tidak terjejas dimamah usia atau sebarang ancaman yang boleh menjejaskan bentuk asalnya. Konservasi juga perlu dilakukan agar bentuk asal kota dapat dipelihara.1 Raiha Mohd Saub 1981 menyentuh mengenai Kota Kuala Kedah. Penulisan beliau banyak menyentuh mengenai kepahlawanan Melayu yang berjuang mempertahankan kota Kuala Kedah semasa diserang oleh Siam dan kerajaan Ligor. Beliau menceritakan ramai pahlawan Melayu yang telah terkorban semasa menpertahankan kota tersebut. Selain itu, beliau juga menceritakan mengenai keadaan kota selepas diserang atau peninggalan kota selepas diserang. Peralatan perang yang digunakan semasa berperang di Kota Kuala Kedah seperti meriam dan pintu gerbang kota juga disebut di dalam penulisan beliau. Beliau juga menulis mengenai pewartaan Kota Kuala Kedah kepada jabatan muzium Kuala Kedah. Di dalam penulisannya, beliau tidak menyentuh menyenai sejarah Kota Kuala Kedah. Di samping itu, Konservasi adalah amat penting dalam mengekalkan struktur asli kota tersebut. Selain itu, aspek ekskavasi kota dalam mengekalkan keaslian monumen kota tersebut perlu diberi perhatian yang serius bagi mengekalkan keaslian kota tersebut. Justeru, aspek sejarah, ekskavasi dan konservasi akan dijadikan permasalahan kajian dalam penulisan tesis ini.2
1
2
Abdul Halim Nasir, Kota-Kota Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990.
Raiha Mohd Saub, Kota-Kota Bersejarah di Semenanjung Malaysia, Jabatan Musium Jalan Damansara, 1981.
3
Dato Haji Wan Shamsudin bin Mohd Yusuf 2001 menfokuskan Kota Kuala Kedah sebagai tajuk utama. Justeru, buku ini digunakan sebagai sorotan bagi menyiapkan tesis ini. Penulisan beliau banyak menyentuh mengenai zaman kesultanan semasa pembinaan Kota Kuala Kedah dibangunkan. Beliau juga menjelaskan mengenai pembinaan kubu di Kuala Kedah yang sekarang ini dikenali sebagai Kota Kuala Kedah. Beliau menceritakan secara mendalam mengenai Kota Kuala Kedah. Pertahanan kota juga beliau menulis didalam buku beliau. Pertahanan yang beliau ceritakan adalah berkaitan dengan ancaman dan serangan yang berlaku terhadap kedah. Serangan yang dilancarkan adalah bermula daripada Kuala Kedah. Justeru, pembinaan Kota Kuala Kedah dilakukan bagi menakis serangan yang dilakukan oleh pihak musuh. Didalam penulisannya, beliau tidak menyentuh mengenai sejarah kota bagi memudahkan orang awam memahami sejarah Kota Kuala Kedah. Penemuan artifak melalui ekskavasi juga tidak diketengahkan oleh beliau. Selain itu, beliau juga tida menyentuh mengenai konservasi perlu ditempuhi bagi mengekalkan keaslian Kota Kuala Kedah itu. Ketiga-tiga aspek ini perlu disentuh agar kota yang bersejarah ini dapat dikekalkan untuk tetapan atau penyelidikan pada masa akan datang.3 Napidza bt Haji Abdullah 1986 yang menulis tesis mengenai Kota Kuala Kedah secara mendalam dan menyeluruh. Di dalam tesisnya, beliau menyentuh mengenai pembinaan Kota Kuala Kedah secara teratur. Kedudukan kota kuala Kedah atau pemetaan kota tersebut telah dilampirkan didalam tesis beliau. Pemetaan dengan
skala jarak ukur yang tepat telah membuatkan tesis beliau
kelihatan menarik. Selain itu. Beliau juga menyentuh mengenai cirri-ciri kota tersebut. Setiap sudut di kota tersebut telah dihurai dengan terperinci oleh beliau. Kota Kuala Kedah yang dihurai oleh beliau ada menyebut mengenai zaman kesultahan pada masa itu. Beliau menceritakan campur tangan sultan keatas Kota Kuala Kedah itu tersendiri. Kota Kuala Kedah yang terdapat didalam tesis beliau adalah sebagai kota pertahanan yang kukuh yang terdapat di Kedah pada masa tersebut. Walaupun tesis beliau lengkap menghuraikan Kota Kuala Kedah tetapi 3
Dato Haji Wan Shamsudin bin Mohd Yusuf, Sejarah dan Perkembangan Kota Kuala Kedah menurut
Kronolog Zaman Pemerintahan Sultan-sultan Kedah Darul Aman, Jabatan Muzium Negara, 2001.
4
tesis beliau tidak menyebut mengenai sejarah Kota Kuala Kedah tersebut. Selain itu, beliau tidak menyentuh mengenai ekskavasi yang perlu ditempuh bagi mengekalkan Kota Kuala Kedah sebagaimana pada masa dahulu. Aspek konservasi juga adalah penting bagi mengekalkan struktur asli kota tersebut.4 Wan Shamsudin Mohd Yusuf 1990 menerangkan Kota Kuala Kedah sebagai kota pertahanan negeri Kedah. Peperangan yang beliau tulis melibatkan Kedah dengan kerajaan luar seperti Siam dan Ligur. Kota Kuala Kedah digunakan sebagai pusat
pertahanan
bagi
ancaman
dari
luar.
Kepahlawanan
Kedah
juga
diketengahkan oleh beliau di dalam penulisan beliau. Beliau memuji pahlawan dan hulubalang Kedah yang sanggup mempertahankan negeri mereka. Mereka sanggup mati demi mempertahan kedaulatan negeri Kedah. Beliau juga melampirkan gambaran pelukis mengenai wajah pahlawan negeri Kedah. Walaupun penulisan beliau menjurus kepada Kota Kuala Kedah tetapi beliau tidak menyentuh mengenai aspek sejarah Kota Kuala Kedah. Selain itu, penemuan artifak melalui ekskavasi di Kota Kuala Kedah itu tidak dilampirkan beliau. Konservasi amatlah penting bagi mengekalkan keaslian Kota Kuala Kedah itu tersendiri selepas atau sebelum era peperangan dan kegemilangan Kedah. Beliau hanya menumpu kepada zaman peperangan sahaja. Hal ini amatlah penting bagi penyelidik akan datang untuk membuat kajian.5 Ismail bin Saleh 26.12.1970 mengumpul kesemua artikel yang berkaitan dengan Kota Kuala Kedah dan membuat kesimpulan keatas kesemua artikel tersebut. Di dalam artikel yang beliau keluarkan, beliau menulis kembali mengenai pembinaan Kota Kuala Kedah dan peperangan yang berlaku di kota tersebut. Beberapa peperangan telah berlaku di Kota Kuala Kedah seperti pertempuran dengan Siam dan kerajaan ligur. Beliau juga menulis mengenai kronologi peperangan tersebut. Selain itu, beliau menulis peranan Kota Kuala Kedah sebagai perlabuhan barang dagangan pada masa dahulu selain daripada kubu atau benteng perang. Proses dibina Kota Kuala Kedah juga turut diceritakan di dalam artikel yang 4
Napidza bt Haji Abdullah, Kota Kuala Kedah, Balai Nobat, Masjid Zahir & Balai Besar, 1986.
5
Wan Shamsudin Mohd Yusuf, Kearah Pembagunan, Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, 1990.
5
mereka keluarkan. Kelemahan yang terdapat dalam artikel tersebut adalah mereka tidak menyentuh mengenai sejarah Kota Kuala Kedah dan aspek konservasi Kota Kuala Kedah tersebut selepas era peperangan. Aspek konservasi amatlah penting bagi mengekalkan monumen bersejarah yang terdapat pada masa dahulu. Kota yang asal akan memudahkan pengkaji yang akan datang untuk membuat kajian. Selain itu, aspek ekskavasi juga perlu disentuh agar peninggalan artifak yang sejarah dapat disimpan untuk generasi yang akan datang. 6 Jabatan Warisan Negara cawangan utara 2000 menulis mengenai Kota Kuala Kedah. Beliau menceritakan secara umum sejarah Kota Kuala Kedah. Penubuhan Kota Kuala Kedah sampailah era peperangan dengan Siam dan Lingur telah ditulis oleh penulis dengan panjang lebarnya. Selain itu, penulis juga menyelitkan penglibatan Sultan-sultan terhadap Kota Kuala Kedah. Beliau menulis bahawa, Kota Kuala Kedah dibina semasa perebutan takta kerajaan negeri kedah pada tahun 1724-1726. Kronologi runtuhnya Kota Kuala Kedah dan dibina semula pada 1771 telah ditulis secara terperinci di dalam artikel tersebut. Artikel ini juga menceritakan ciri-ciri kota dengan lengkapnya iaitu kedudukan meriam dan pintu gerbang Kota Kuala Kedah. Mengenai aspek sejarah Kota Kuala Kedah tidak disentuh dalam artikel ini. Selain itu, ekskavasi dan konservasi di Kota Kuala Kedah juga tidak disentuh oleh penulis.7 Dato James F.Augustine 1996 menulis dengan panjang lebar mengenai sejarah Kedah. Beliau menyentuh segala aspek mengenai sejarah mengenai Kedah. Di dalam penulisannya, beliau turut menyentuh mengenai Kota Kuala Kedah. Beliau menceritakan sejarah pembinaan kota tersebut. Pembinaan kota tersebut adalah bertujuan sebagai kubu pertahan negeri Kedah bagi menangkis serangan musuh dari arah laut. Beliau juga menulis mengenai peperangan Kedah dengan Siam. Siam yang cuba menyerang Kedah menemui kegagalan kerana kekuatan kubu pertahanan Kedah begitu kukuh iaitu Kota Kuala Kedah. Aspek-aspek sejarah kota tidak disentuh di dalam penulisannya. Konservasi kota adalah seperti pemeliharaan dan pemuliharaan tidak disentuh beliau. Aspek ini penting bagi mengekalkan 6
Ismail bin Saleh (Persatuan Sejarah Malaysia), 26.12.1970, Kota Kuala Kedah.
7
Jabatan Warisan Negara. 2000. Kota Kuala Kedah.
6
struktur asal kota tersebut untuk generasi yang akan datang. Penemuan artifak di Kota Kuala Kedah juga tidak disentuh oleh beliau.
8
Asyaari Muhamad 2009 dalam penulisannya mengatakan bahawa peranan arkeologi dalam kerja konservasi di Malaysia. Di dalam penulisannya beliau menerangkan bahawa konservasi adalah proses pemuliharaan dan pembaikan sesuatu monument sejarah. Sehubungan itu, pentingnya penyelidikan arkeologi dalam memastikan kejayaan kerja konsevasi itu ditunjukkan. Selain pemuliharaan harus dimulai dengan penyelidikan arkeologi yang sesuai, juga dicadangkan hasil penemuan arkeologi perlu dipelihara. Untuk mengekalkan keaslian sesuatu bangunan warisan atau tapak bersejarah, ciri-ciri yang asal perlu dibina semula. Kesemua kerja itu dikehendaki dilaksanakan arkeologis yang berkelayakan dan juga yang berpengalaman. Kelemahan penulisan beliau adalah didalam penulisannya tidak menyatakan tempat-tempat bersejarah yang pernah di konservasikan. Beliau hanya menceritakan makna konservasi dan kepentingan konservasi sahaja.9 Zulkifli Jaafar 2004 telah menulis di dalam penulisannya mengenai ekskavasi. Ekskavasi merupakan satu disiplin dalam arkeologi yang meupakan satu cara bagi sesebuah artifak yang tenggelam didasar laut atau di dalam tanah. Beliau telah menulis bahawa ekskavasi merupakan proses galicari bagi mendapatkan sesuatu fakta dari artifak di dalam tanah atau laut bagi melengkapkan fakta sejarah. Proses galicari akan dilakukan oleh arkeologis agar artifak yang dijumpai tidak dicuri atau diambil oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.10 Kelemahan penulisan beliau adalah beliau tidak menyentuh mengenai ekskavasi yang dilakukan di Kota Kuala Kedah. Siti Norhaliza Harun 2004 didalam penulisannya menyentuh mengenai ekskavasi dan konservasi di tapak bersejarah di Pulau Pinang. Semasa penyelidikan beliau dijalankan telah menjumpai pelbagai artifak sejarah di dalam tanah semasa
8
Dato james F.Augustine, Kedah Zaman Silam, Muzium Negeri Kedah Darul Aman, 1996.
9
Asyaari Muhamad, 2009, Arkeologi Dalam Kerja konsevasi, Sari 27(2009) 185-197
10
Zulkifli Jaafar, 2004, Aspek-aspek Ekskavasi di Malaysia, Sari 106(2004) 201-215
7
proses ekskavasi dijalankan di tapat bersejarah di
Pulau Pinang. Artifak yang
dijumpai adalah seperti tembikar dari China dan syiling dari barat. Manakala bagi konservasi pula, beliau membuat penyelidikan di tugu Peringatan Sir James Richardson Logan yang dikelilingi pokok yang berusia hampir 200 tahun di Mahkamah Tinggi, Pulau Pinang. Konservasi telah dilakukan di tapak tersebut bagi melindungi tugu tersebut bagi mengekalkan keaslian monument tersebut. Kelemahan penulisan beliau adalah beliau tidak menceritakan sejarah tapak bersejarah di Pulau Pinang dan beliau tidak menyentuh langsung mengenai Kota Kuala Kedah khususnya dalam aspek ekskavasi dan konservasi.11
1.5 Kepentingan kajian Ramai pengkaji terdahulu yang telah membuat kajian mengenai Kota Kuala Kedah ini tetapi mereka hanya banyak mengkaji mengenai pembinaan kota dan kepentingan-kepentingannya. Sama ada dari segi pertahanan, perdagangan, dan pentadbiran. Namun terdapat kekeliruan dari segi fakta mengenai Kota Kuala Kedah ini yang akan diperjelaskan di dalam tesis ini di dalam bab yang seterusnya dimana tesis ini akan terdapat penambahan fakta yang tidak terdapat di dalam kajian-kajian terdahulu. Sebagai kota yang bersejarah peninggalan masa dulu, semestinya ia mempunyai nilai penting untuk ilmu pengetahuan dan perkembangan sejarah sesebuah negara. Justeru ia menjadi tarikan ramai untuk dibuat kajian. Disimpulkan bahawa tesis ini adalah untuk tatapan umum ataupun kepada orang ramai sebagai satu cabang ilmu yang berguna pada masa akan datang dan menjadi rujukan kepada pengkaji pada masa yang akan datang.
1.6 Skop batasan kajian Di dalam kajian tesis ini mengadungi tiga batasan kajian. Batasan kajian diperlukan adalah untuk menyelaraskan kajian tesis ini agar tidak terpesong dari aspek sejarawan. Pertama, skop bidang tesis ini menggunakan sejarah sosial yang bermaksud teori yang menekankan bahawa fenomena sosial dan budaya adalah 11
Siti Norhaliza Harun, Amalan Kerja Pemuliharaan Bangunan Bersejarah di Malaysia, Tesis Ph.D, Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia, 2004.
8
ditentukan oleh sejarah. Sejarah sosial yang digunakan di dalam tesis ini kerana pembinaan dan mempertahankan Kota Kuala Kedah adalah berkait rapat dengan masyarakat sekeliling. Dengan itu, amat wajarlah sejarah sosial diselitkan didalam penulisan tesis ini. Selain itu, bagi skop tahun kajian tesis mengenai Kota Kuala Kedah ini bermula pada tahun 1760 dan berakhir pada tahun 2003. Tarikh 1760 dipilih adalah kerana bermula pada tarikh tersebut pembinaan Kota Kuala Kedah sudah dijalankan secara perlahan-lahan. Manakala bagi tahun akhir ini dipilih kerana pada tahun tersebut kerja pembaikpulihan dijalankan dan pada tahun tersebut juga berakhir bagi kerja-kerja pembaikpulihan. Justeru, tahun akhir bagi analisis tesis ini amatlah sesuai. Batasan kajian yang terakhir ialah mengenai tempat. Tempat yang dipilih bagi membuat analisis ini adalah di Kuala Kedah. Di kawasan tersebut terdapat sebuah kota yang bersejarah yang dikenali sebagai Kota Kuala Kedah. Kota ini digunakan sebagai kota pertahanan oleh kerajaan Kedah pada satu ketika dahulu. Tempat ini dipilih kerana keunikannya kota bersejarah yang menarik untuk dirungkai.
1.7 Metodologi kajian Semasa menjalankan analisis kajian ini beberapa kaedah metodologi kajian telah digunakan bagi mengumpul maklumat-maklumat supaya kajian yang dijalankan menjadi kompleks. Antara kaedah yang digunakan ialah kaedah perpustakaan. Bahan-bahan mengenai tajuk kajian telah dikumpulkan daripada perpustakaan, arkid dan muzium negeri. Selain itu, kaedah perbincangkan juga digunakan dimana sebuah perbincangan dengan En.Bazley Bee iaitu pensyarah UMS telah dilakukan agar pemilihan tajuk kajian yang ingin dijalankan menepati penulisan latihan ilmiah sejarah. Di samping itu, kaedah pemerhatian juga digunakan di dalam analisis kajian ini. Langkah ini dijalankan bagi mendapatkan maklumat secara bergambar. Sumber-sumber bahan yang diperolehi adalah bersifat primer dan sekunder. Bahan-bahan primer telah di perolehi daripada Jabatan Warisan Negara dan 9
Muzium. Manakala bagi sumber sekunder pula diperolehi di perpustakaan negeri. Keseluruhan maklumat mengenai kajian ini diperolehi daripada negeri Kedah.
1.8 Pembahagian bab Di dalam penulisan tesis ini akan dipecahkan kepada lima bahagian atau bab. Bab yang pertama adalah mengenai pengenalan Kota Kuala Kedah. Latar belakang lokasi kajian juga diselitkan di dalam bahagian pengenalan. Keseluruhan lokasi kajian adalah berpusatkan di Kuala Kedah, Kedah. Segala objektif, kepentingan, permasalahan, sorotan, metodologi, skop dan lokasi telah dilampirkan di dalam bab satu. Pengenalan bagi kota telah diberikan di dalam bab satu. Maklumat awal bagi Kota Kuala Kedah telah diberikan di dalam pengenalan bab satu. Di dalam bab dua pula, analisis mengenai sejarah Kota Kuala Kedah akan dihuraikan di dalam bab dua. Sejarah pembinaan Kota Kuala Kedah akan dihuraikan dengan lengkap di dalam bab dua serta peristiwa yang pernah berlaku di Kota Kuala Kedah juga akan dihuraikan. Aspek ini dihurai agar Kota Kuala Kedah dapat dikekalkan fakta sejarah kota tersebut. Pelan Kota Kuala Kedah juga akan dilampirkan didalam bab dua. Peristiwa yang berlaku di dalam Kota juga akan dihuraikan bagi melengkapkan sejarah Kota Kuala Kedah. Pembinaan Kota Kuala Kedah akan diceritakan di dalam bab dua. Sejarah Kota Kuala Kedah adalah amat penting bagi memastikan fakta sejarah mengenai kota tersebut bagi pengkajian dari aspek lain seperti ekskavasi dan konservasi. Bab yang seterusnya iailah bab tiga iaitu aspek ekskavasi. Ekskavasi adalah bermaksud kegiatan penggalian yang dilakukan untuk mendapatkan maklumat tentang artifak zaman purbakala. Semasa ekskavasi dijalankan di Kota Kuala Kedah, ahli erkologi telah menemui beberapa tembikar negara luar misalnya dari negara China. Hal ini menunjukan negeri Kedah pernah menjalinkan hubungan dengan negara luar seperti China dari aspek politik atau perdagangan. Bagi bab keempat pula mengenai konservasi. Konservasi adalah bermaksud pemeliharaan atau penjagaan sesuatu secara tersusun bagi mengatasi kerosakan. Aspek koservasi adalah penting bagi mengekalkan struktur asal Kota Kuala Kedah. 10
Hal ini kerana, semasa tinjauwan dilakukan di Kota Kuala Kedah banyak struktur atau bahagian kota yang telah rosak akibat peralihan masa yang begitu lama. Justeru aspek koservasi amat penting bagi mengekalkan Kota Kuala Kedah seperti bentuk asal kepada generasi yang akan datang. Bagi bab yang terakhir kesimpulan iaitu bab lima. Di dalam kesimpulan ini akan disimpulkan bahawa aspek pemeliharaan dan pemuliharaan, halangan dan cabaran, ekskavasi dan konservasi perlu wujud bagi setiap kota bersejarah yang ada agar kota yang bersejarah ini perlu dikekalkan sampai ke generasi akan datang agar mudah penyelidikan agak datang untuk membuat kajian. 1.9 Kesimpulan Sejarah Kota Kuala Kedah dipilih sebagai tajuk pilihan. Pelbagai sumber telah digunakan bagi merungkai sejarah kota tersebut. Aspek yang ingin dikaji adalah sejarah kota, ekskavasi dan konservasi. Kesemua aspek ini perlu diterungkai. Aspek yang dikaji adalah bagi melengkapkan fakta-fakta sejarah yang tidak ditulis di dalam latihan ilmiah.
11