KERTAS KERJA SUMBER DAN KHIDMAT INTERNET DALAM PSS SMK SERI INTAN, KLUANG TAHUN 2011 1. Rasional Pusat Sumber Sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam pembelajaran dan membantu guru-guru dalam menjalankan pengajaran yang lebih kondusif. Oleh itu, penggunaan PSS perlulah dioptimumkan dengan menyediakan suasana bilik yang lebih selesa dan kemudahan mendapatkan maklumat serta bahan-bahan rujukan yang pelbagai dan berkualiti. 2. Nama program Sumber dan khidmat internet dalam PSS. 3. Matlamat Menjadikan PSS SMKSI sebagai satu tempat yang menyediakan perkhidmatan dan kemudahan mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber. Selain itu, menjadikan PSS SMKSI juga sebagai satu tempat yang menyediakan koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran secara sistematik dalam berbagai-bagai sumber dalam bentuk media cetak dan elektronik. Selain bahan buku, internet juga merupakan salah satu bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang sangat penting kepada guru dan pelajar. Oleh itu, PSS SMKSI amat memerlukan komputer untuk kemudahan guru dan pelajar mengakses internet di sekolah. Tambahan pula, pihak sekolah telah menyediakan talian internet Streamyx bagi memudahkan pelajar, guru dan kakitangan sekolah untuk mendapatkan maklumat dengan mengakses internet. 4. Objektif 1. Mendedahkan pelajar, guru dan kakitangan SMKSI kepada teknologi maklumat khususnya internet. 2. Pelajar, guru dan kakitangan SMKSI dapat mengakses internet di PSS SMKSI sebagai salah satu cara pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 3. Penggunaan komputer juga dapat meningkatkan fungsi dan perkhidmatan yang ditawarkan di PSS SMKSI. 4. Menggalakkan guru dan kakitangan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca dalam kalangan pelajar dengan menggunakan kemudahan internet. 5. Anjuran Pihak pentadbiran dan PSS SMKSI 6. Pelaksanaan Program 1. Perbincangan PSS SMKSI dengan pihak pentadbiran sekolah 2. Perbincangan pihak pentadbiran sekolah dengan PIBG SMKSI 3. Mesyuarat AJK Induk PSS SMKSI 4. Penilaian dan pelaporan 7. Kumpulan Sasaran 1. Semua pelajar SMKSI 2. Semua guru SMKSI 3. Semua kakitangan SMKSI
8. Aktiviti Program 1. Program P&P di PSS SMKSI menggunakan kemudahan internet untuk mencari maklumat 2. Jejak Maklumat di internet 3. Kuiz internet 9. Sumber Kewangan PIBG SMKSI 10. Anggaran Perbelanjaan RM 4,000 ( 2 buah komputer ) 11. Jawatankuasa Pelaksana 1. AJK Induk PSS SMKSI 2011 2. AJK Kerja PSS SMKSI 2011 12. 1. 2. 3. 4. 5.
Pemantauan / Kawalan Pengetua GPK 1 Guru Kanan Mata pelajaran Penyelaras PSS Ketua Panitia
13.
Plan Kontigensi
Perkara Punca kegagalan Penyelesaian
Hasil
Pengurusan peralatan yang lemah.
Tindakan Murid merosakkan komputer.
Murid terlalu ramai menggunakan komputer pada satu-satu masa. Membuat jadual penggunaan komputer.
Penjagaan dan Memberi taklimat membaik pulih sayangi harta komputer oleh AJK sekolah. PSS. Penggunaan komputer berinternet dioptimumkan
14. Penilaian Program 1. Jumlah pelajar menggunakan komputer untuk mengakses maklumat akan semakin meningkat 2. Jumlah pelajar yang datang ke PSS juga akan turut meningkat 3. Jumlah guru yang menggunakan kemudahan PSS juga akan meningkat 15. Tindakan Susulan / Program Penambahbaikan 1. Menyediakan AJK penggunaan komputer yang terdiri daripada pelajar. 2. Menambah bilangan komputer supaya lebih ramai pelajar dapat menggunakan kemudahan internet pada masa akan datang.