KEM GEMILANG merupakan Kem Motivasi 3 hari 2 malam yang berkonsepkan TIGA – Tuhan, Ibubapa, Guru dan Aku ( Pelajar ). Inilah komposisi penting yang mampu menjana pelajar menjadi insan yang c…Full description
Full description
Kertas Kerja Kem BI
Full description
pengawas, kepimpinan, motivasi, kem kepimpinan, ciri pengawas cemerlang, ketua, pemimpin
Full description
upsr
Full description
KERTAS KERJA AUDITDeskripsi lengkap
part time 4 wdFull description
Full description
jdgfsdjhfDeskripsi lengkap
Tahun 2013/2014Deskripsi lengkap
jdgfsdjhfFull description
silalah shareFull description
Buku kerja ini penting dibaca, dipelajari dan diimplementasikan oleh Pengawas sekolah/madrasah. selamat menjadi Pengawas profesional dan bermartabatFull description
SEKOLAH KEBANGSAAN SEREMBAN 2A
70300 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN
KERTAS KERJA
KEM KEPIMPINAN PENGAWAS
ANJURAN:
UNIT HAL EHWAL MURID
DAN
JAWATANKUASA DISIPLIN DAN LEMBAGA PENGAWAS
TEMPAT:
DEWAN SERI BUDI
SK SEREMBAN 2A
TARIKH:
13 HINGGA 14 MAC 2015
PENDAHULUAN
Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid dan Jawatankuasa Disiplin dan Lembaga Pengawas SK Seremban 2A. Program ini melibatkan semua pengawas sekolah yang telah dilantik bagi sesi persekolahan 2015. Tujuan utama penganjuran kem ini ialah untuk memberi pendedahan cara membantu pengendalian tugas yang pelbagai kepada pelajar sebagai panduan dan bekalan untuk menghadapi cabaran memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Oleh yang demikian, program ini khususnya dirancang untuk meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan, pengetahuan dan menambah pengalaman serta memantapkan pelajar.. Pengawas sekolah memerlukan bimbingan dan panduan yang betul. Pertambahan ilmu adalah salah satu cara yang dapat memantapkan kemahiran terhadap tugas mereka. Maka kursus kepimpinan ini sangat sesuai dilaksanakan. Semoga usaha ini akan memberi manfaat dan hasil kejayaan yang cemerlang dalam menjalankan tugas murni mereka dari masa ke semasa demi mengharumkan nama sekolah.
RASIONAL
Sebagai seorang yang terpilih menjadi pengawas sekolah, seseorang murid itu perlu sedar bahawa mereka memainkan peranan penting untuk mengerakkan segala aktiviti yang dirancang. Tanpa ilmu dan keyakinan diri, pengawas-pengawas tidak akan dapat menjalankan peranan mereka dengan berkesan. Melalui kursus ini murid-murid yang dilantik memegang jawatan pengawas akan mampu melaksanakan tanggungjawab mereka dan bersama-sama membantu mengatasi masalah disiplin di sekolah.
3.0 MATLAMAT
Untuk memastikan murid-murid terlibat mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai kepimpinan dan pengurusan sesebuah organisasi dan mempraktikkannya.
OBJEKTIF
Mengenal diri sendiri sebagai seorang pemimpin.
Mewujudkan ahli kepemimpinan dalam satu kumpulan.
Meyakinkan diri sendiri dalam memimpin sesebuah organisasi.
Memupuk nilai – nilai kreatif dan semangat dalam proses melengkapkan diri dengan modul yang pelbagai.
Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan persediaan yang mantap boleh menjadikan para pengawas dapat membantu kearah peningkatan akademik dan sahsiah.
Melalui aktiviti – aktiviti yang telah dirancang ini, dengan harapan akan menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap para pengawas apabila menghadapi tugas yang diamanahkan.
5.0 KUMPULAN SASARAN
95 orang Pengawas PPKI, tahun 3 hingga tahun 6 SK Seremban 2A.
6.0 TARIKH DAN MASA
Tarikh : 13 hingga 14 Mac 2015
Hari : Jumaat hingga Sabtu
Masa : 2:45 petang (Jumaat) – 12:30 tengahari (Sabtu)
7.0 TEMPAT
Dewan Seri Budi, SK Seremban 2A
8.0 AHLI JAWATANKUASA
Jawatankuasa Induk
Penaung : Pn Fuziah bt Abdul Malek (Guru Besar Cemerlang)
Pengerusi : En. Md Aris bin Yusof (GPK HEM)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Lena bt Mohd Yusof (GPK 1)
2 : Pn Mary Leong (GPK Kokurikulum)
3 : Pn Noor Aini bt Wahab (GPK PPKI)
Ketua Unit : En. Yudy bin Palanrai
Penyelaras : Pn. Norzalina bt Mohamad Nor
Bendahari : Pn. Rina Azwani bt Maamor
Jawatankuasa Kerja
Pendaftaran & Penginapan : Pn Rina Azwani bt Maamor
Kawalan dan Disiplin Peserta : En. Rizal bin Mohd Senong
Pembantu Fasilitator : Pn Harlina bt Samsudin
Pn Nongiza bt Aladdin
Pn. Norzalina bt Mohamad Nor
Makan Minum Peserta : Pn Robia'ah bt Abd Aziz
Pn. Akmal bt Jalaluddin
Pn. Nor 'aini bt Giman
Pn. Sahirun Hafizah bt Abd. Rahman
Pn. Mardiana bt Nordin
Pn. Norhidayu bt Abd Jabar
Pn. Faizah bt Abdullah Fadzil Shaimi
Pn. Santha a/p Seerangan
Penyediaan Alatan dan Bahan : Pn. Norzalina bt Mohamad Nor
Kerohanian : En. Yudy bin Palanrai
Pn.Hanisah bt Mohamed
Pn. Nabilah bt Hassan
Dokumentasi : Pn. Norzalina bt Mohamad Nor.
Juru Acara Majlis : Pn Harlina bt Samsudin
9.0 TENTATIF PROGRAM
HARI
MASA
AKTIVITI
JUMAAT
13 MAC 2015
2:45 petang
Pendaftaran dan Pembahagian Kumpulan
3:00
Taklimat/Ice Breaking
3:30
SLOT 1
Kerusi Sejuk Panas
4:30
Solat Asar dan minum petang
5:00
SLOT 2
Kemahiran Berkomunikasi
6:30
Makan malam / tadbir diri / Solat / Tazkirah
9:00 malam
SLOT 3
Si Buta Sayang
10:00
SLOT 4
Resolusi Pemimpin
10:30
Muhasabah Diri
11:00
Minum Malam
SABTU
14 MAC 2015
6:00 pagi
Solat / Tazkirah
7:00
Senaman pagi / Minum pagi
8:00
SLOT 5
Ceramah Kepimpinan
10:00
Rehat / Minum pagi
10:30
SLOT 6
Tugas Pengawas
12.00
Majlis Penutup dan Gotong Royong
12.30 tgh
Bersurai
10.0 ANGGARAN KEWANGAN
Anggaran Pendapatan
Jumlah ( RM )
Anggaran Perbelanjaan
Jumlah ( RM )
Bayaran Peserta
( RM 10 X 95 orang )
Sumbangan PIBG
(RM 4 x 95 orang)
Unit Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah
RM 950.00
RM 380.00
RM 200.00
RM 300.00
Makan Peserta (RM 14 x 95)
Minum petang Jumaat – RM3
Makan malam Jumaat – RM 5
Sarapan pagi Sabtu – RM 3
Minum pagi Sabtu – RM 3
Bayaran Penceramah
Bahan Edaran dan alatulis
RM 1330.00
RM 300.00
RM 200.00
JUMLAH
RM 1830.00
RM 1830.00
11.0 PENUTUP
Di akhir kursus ini, para peserta akan dapat menjalankan tugas dan tanggung jawab mereka sebagai pemimpin kecil di sekolah dan melakukan perubahan ke arah kecemerlangan di dalam diri dan sekolah. Kursus ini juga akan dapat memupuk murid-murid supaya mengetahui dan membudayakan nilai-nilai kepimpinan dengan berkesan untuk mencapai kecemerlangan diri dan sekolah. Sekaligus, dapat melahirkan pemimpin yang berkebolehan dan membentuk barisan kepimpinan Pengawas yang kreatif dan inovatif. Di atas Keprihatinan dan sokongan pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan Seremban 2A, jutaan terima kasih diucapkan.
Disediakan oleh,
…………………………………….
(NORZALINA BT MOHAMAD NOR)
Penyelaras
Jawatankuasa Disiplin dan Lembaga Pengawas
SK Seremban 2A
Disahkan oleh,
......................................................
(PN FUZIAH BT ABDUL MALEK)
Guru Besar Cemerlang,
SK Seremban 2A.