Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017
1
Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017 Fokus 1 : Kepentingan pemakanan seimbang
Mengelakkan masalah obesiti
Mengurangkan Mengurangkan risiko risi ko penyakit kronik
Menggalakkan tumbesaran badan
Secara umumnya, umumnya , amalan pemakanan seimbang merujuk kepada budaya makan yang sihat mengikut piramid makanan bagi keperluan tubuh badan. Hal ini ini amat penting bagi memastikan kesihatan tubuh badan pada tahap yang paling baik. Menurut pakar pemakanan, seorang manusia memerlukan makanan yang berkhasiat dan zat penting, khususnya golongan kanak-kanak dan oran tua. Sungguhpun budaya ini sering diwara-warakan di media massa, namun sambutan namun sambutan yang diterima agak dingin. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan kerana kebanyakan ibu bapa tiada masa untuk menyediakan hidangan lantaran pulang lewat ke rumah akibat desakan kerja. Tambahan pula, pula , makanan berkhasiat yang mahal menyebabkan ibu bapa berfikir dua kali untuk membelinya me mbelinya kerana kos sara hidup yang kian meningkat. Tidak lupa juga, kempen juga, kempen yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan tidak menyeluruh dan bermusim menyebabkan seruan ini umpama mencurah air ke daun keladi. Persoalannya, Persoalannya, apakah kepentingan-kepentingan pemakanan seimbang kepada kesihatan masyarakat? Antara kepentingan Antara kepentingan pemakanan seimbang kepada kesihatan masyarakat ialah budaya ini dapat mengelakkan masalah obesiti yang kian kronik. Tahukah anda bahawa kanakkanak dan remaja di Malaysia dikatakan paling obes di Asia Tenggara? Sesungguhnya, pendedahan ini bukan berita yang sedap didengar oleh telinga tetapi perlu dirisaukan oleh ibu bapa. Contohnya, Contohnya, makanan yang bergoreng seperti ayam goreng, kentang goreng dan roti canai perlulah dielakkan kerana mempunyai lemak yang tinggi. Makanan bersantan seperti nasi lemak, kari ayam dan gulai juga hendaklah dikurangkan walaupun kita tahu bahawa makanan ini menjadi pilihan masyarakat Malaysia. Tidak ketinggalan, ketinggalan, minuman bergula seperti teh tarik dan minuman berkarbonat juga perlu dihindari kerana gula boleh menyumbang kepada obesiti. Kesannya, amalan pemakanan yang seimbang ini dapat mengurangkan kolesterol dalam tubuh. Oleh itu, impian kudus kerajaan yang ingin mewujudkan masyarakat yang sihat dapat direalisasikan. Jangan sudah terhantuk baru hendak terngadah kerana lebih baik sesal dahulu da hulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Selain itu, itu, pemakanan seimbang yang mengikut piramid makanan boleh dalam kalangan masyarakat. Statistik menunjukkan mengurangkan risiko penyakit kronik dalam bahawa seorang daripada lima orang dewasa di Malaysia menghidapi diabetes manakala penyakit jantung diisytiharkan sebagai pembunuh senyap nombor satu negara. Walaupun 2
Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017 penyakit ini bukan disebabkan pemakanan sepenuhnya, namun budaya pemakanan yang tidak sihat juga menjadi faktor pendorong juga. Namun begitu, peribahasa Cina ada menukilkan bahawa penyakit itu berpunca daripada mulut. Misalnya, masyarakat perlulah mengurangkan kadar gula dalam minuman tetapi membanyakkan minum air kosong. Bukan itu sahaja, makanan bergaram seperti snek, makanan segera dan garam dalam makanan hendaklah dikurangkan kerana boleh menyebabkan hipertensi atau darah tinggi. Makanan berkolesterol seperti piza, burger dan ayam goreng juga perlu dielakkan kerana lemak tepu yang terhasil akan menyempitkan salur darah. Bukankah mengecah lebih baik daripada mengubati kerana langkah pencegahan perlu dilakukan sebelum kudis menjadi tokak? Impaknya, masyarakat dapat hidup sihat dan cerdas tanpa penyakit. Seterusnya, budaya pemakanan seimbang mengikut piramid makanan dapat menggalakkan tumbesaran badan , khususnya golongan kanak-kanak dan remaja. Umum mengetahui bahawa makanan yang berkhasiat amat penting bagi kanak-kanak dan remaja kerana pada ketika ini mereka mengalami proses tumbesaran. Seandainya kita meninjau negara yang mengalami masalah kebuluran seperti Afrika, banyak kanak-kanak yang mengalami penyakit kwashiorkor, riket, skurvi dan beri-beri kerana kekurangan nutrisi. Umpamanya, masyarakat perlulah mengambil protein seperti ayam, daging, sotong dan ketam dalam kadar yang betul demi membentuk tisu-tisu baharu dan menggantikan tisu yang rosak. Masyarakat juga hendaklah mengambil makanan berkalsium seperti susu, keju dan dadih untuk menguatkan struktur tulang dan gigi. Tambahan pula, bijirin seperti kacang soya, kacang hijau dan kacang merah serta sayur-sayuran dan buah-buahan hendaklah diambil kerana dapat membantu proses penghadaman. Implikasinya, masyarakat dapat mengelakkan penyakit malnutrisi seterusnya menjamin kesihatan diri kerana badan sihat, otak cerdas. Secara kesimpulannya, terdapat seribu satu kepentingan pemakanan seimbang mengikut piramid makanan seperti yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan. Sehubungan dengan itu, semua pihak perlulah berganding bahu bagai aur dengan tebing dalam memikul obligasi untuk melahirkan masyarakat yang sihat. Oleh hal yang demikian, pihak sekolah perlulah mengeluarkan garis panduan yang ketat kepada pihak kantin untuk menjual makanan yang berkhasiat. Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia pula hendaklah melakukan pemantauan secara berkala di premis makanan dan pasar raya bagi memastikan masakan yang dijual berkhasiat dan tidak membahayakan kesihatan. Tindakan yang paling utama ialah ibu bapa haruslah bijak menghidangkan makanan yang berkhasiat dengan cara yang paling kreatif sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini berpunca daripada kajian menunjukkan bahawa anak-anak kecil tidak gemar akan sayur-sayuran dan buah-buahan. Semoga dengan usaha sederap ini bagai lagu dengan irama dapat melahirkan generasi yang sihat kerana merekalah menjadi tonggak negara seperti peribahasa pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Akhir kata, tepuk tanya tanya selera kerana tanpa kesedaran dalam diri, segala usaha yang direncanakan akan menjadi angan-angan Mat Jenin.
3
Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017 Fokus 2 : Cara-cara mewujudkan masyarakat penyayang
Tumbuh merendang pohon kemboja, Sayang ditimpa dahan temangi; Budaya penyayang disemai dibaja, Moga berbunga harum mewangi. Serangkap pantun di atas jelas menunjukkan usaha mewujudkan budaya penyayang dalam kalangan masyarakat di negara ini. Sejajar dengan matlamat itu, kerajaan pernah menggariskannya dalam Wawasan 2020 sebagai cabaran ketujuh yang perlu dihadapi sekiranya ingin diiktiraf sebagai negara maju sebaris dengan Jepun, Singapura dan Amerika Syarikat seperti peribahasa duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Hal ini berpunca daripada pengabaian warga tua, masalah sosial yang kian bernanah, penganiayaan kanakkanak dan sikap kurang hormat akan orang kelainan upaya. Contohnya, kes seorang anak lelaki yang meninggalkan ibunya di hotel kononnya bekerja telah mendapat liputan yang meluas daripada media massa arus perdana. Tidak dilupakan, alam sekitar juga turut menjadi mangsa kerakusan manusia yang membakar hutan, menggondolkan lereng bukit dan membuang sampah ke dalam sungai. Lebih malang lagi, nilai kemanusiaan semakin terhakis dalam sanubari masyarakat apabila terdapat kes penyeksaan haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing. Persoalannya, apakah cara-cara mewujudkan masyarakat penyayang dalam kalangan masyarakat di negara ini? Cara paling utama untuk membudayakan masyarakat penyayang ialah masyarakat perlulah membantu orang yang memerlukan bantuan . Dengan perkataan lain, masyarakat seharusnya lebih bersikap ringan tulang apabila terdapat insan yang memerlukan khidmat mereka. Sebagai contoh, masyarakat perlulah membantu warga emas yang membawa barangan berat seperti beg plastik yang berisi barangan dapur sesuai dengan slogan yang tua dihormati, yang muda disayangi. Sekiranya bertemu dengan orang buta di tepi jalan, masyarakat sewajarnya memimpin tangan mereka untuk melintas jalan raya. Andai kata mendengar berita jiran ditimpa malapetaka yang tidak diundang, masyarakat perlu menghulurkan wang dan kudrat kerana berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Kesannya, tindakan yang mulia ini dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh mereka. Masyarakat juga dapat menguatkan ikatan silaturahim yang kian longgar akibat sikap 4
Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017 mementingkan diri sendiri seperti peribahasa enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Pendek kata, masyarakat perlulah membantu orang yang memerlukan bantuan untuk memupuk budaya masyarakat penyayang. Di samping itu, masyarakat hendaklah menjaga haiwan dengan kasih sayang untuk memupuk masyarakat penyayang. Jika dilihat dari sudut Islam, peristiwa Nabi Muhammad SAW yang memotong sejadah kerana tidak mahu mengganggunya tidur memerlukan kita mengikut suri teladan yang dipamerkan oleh baginda. Sebagai misalan, masyarakat janganlah menzalimi haiwan seperti memukulnya mahupun menyeksanya. Sebaliknya, masyarakat disarankan mengasihi haiwan dengan memeliharanya dan memberikannya makan kerana tindakan itu juga dihitung sebagai sedekah. Hakikatnya, masyarakat digalakkan untuk membela haiwan seperti kucing, terutamanya kucing terbiar dengan memberikannya tempat perlindungan dan penjagaan khusus. Impaknya, masyarakat dapat mengurangkan tekanan perasaan dan penyakit kronik kerana banyak kajian yang dilakukan telah membuktikannya. Selain itu, pemeliharaan haiwan juga dapat mengelakkan kebosanan kerana haiwan ini boleh menjadi penghibur. Tambahan pula, haiwan seperti anjing juga dapat menjamin keselamatan rumah dan pemiliknya. Seterusnya, masyarakat yang penyayang dapat dibuktikan dengan tindakan mereka memelihara kebersihan alam sekitar . Dewasa ini, pembangunan yang pesat telah menyebabkan alam sekitar terpaksa menjadi mangsa kerakusan dan sikap masyarakat yang mementingkan diri, umpama enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Oleh itu, masyarakat janganlah membuang sampah sarap merata-rata kerana tindakan ini akan mengundang pencemaran bau dan penyakit sebaliknya mengamalkan kitar semula yang berslogankan ‘Fikir Dahulu Sebelum Buang’. Masyarakat juga hendaklah mengelakkan pembakaran terbuka dan pembakaran hutan. Suka saya mengambil contoh yang lain, masyarakat sewajarnya menyertai Kempen Cintai Alam Sekitar dengan menanam pokok dan membersihkan sungai atau pantai. Implikasinya, masyarakat dapat menjamin kesihatan kerana menghindari penyakit asma, kanser dan demam denggi. Dari sudut yang berbeza, masyarakat dapat mengekalkan ekosistem seterusnya membantu bumi daripada kesan rumah hijau. Walhasil, terdapat seribu satu cara untuk mewujudkan masyarakat yang penyayang sesama manusia, kepada haiwan dan alam sekitar. Sehubungan dengan itu, semua pihak perlulah bersatu hati dan menggerakkan langkah sederap seperti peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni dalam menjayakan impian kudus ini. Oleh hal yang demikian, media massa haruslah mengwara-warakan kepentingan melahirkan masyarakat yang penyayang secara efektif dan menyeluruh. Guru pula tidak harus ketinggalan dengan mengajar murid-murid melalui pengajaran formal atau tidak formal di sekolah. Dalam pada itu, usaha yang paling mustahak ialah ibu bapa seharusnya mendidik anak-anak dengan nilai kasih sayang sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sesungguhnya, kita tidak mahu rakyat Malaysia hanya kaya dengan material tetapi miskin dengan nilai dan moral. Akhir kata, tepuk tanya tanya selera kerana tanpa kesedaran dalam diri, segala usaha yang direncanakan akan menjadi angan-angan Mat Jenin. 5
Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017 Fokus 3 : Aktiviti mengeratkan hubungan keluarga
Seperti yang kita sedia maklum, slogan ‘Baiti, Jannati’ atau ‘Rumahku, Syurgaku’ sering singgah di kuping kita dilihat sangat gah. Ironinya, slogan itu hanyalah tinggal slogan kerana masalah dalam hubungan keluarga terus menjadi polemik dan paparan di media massa arus perdana. Contohnya, isu penderaan, perceraian dan gejala sosial hanyalah sebahagian daripada masalah dalam keluarga yang sering menadi topik perbincangan. Buktinya, statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menunjukkan bahawa Selangor mencatatkan bilangan pasangan Islam bercerai paling tinggi dengan pola perceraian di Malaysia meningkat sejak tahun 2014. Selain itu, terdapat pasangan yang berkahwin kurang lima tahun sudah mengalami kegoyahan rumah tangga ibarat peribahasa retak menanti belah. Apabila menyedari hakikat ini, ibu bapa seharusnya mencari jalan untuk menyelamatkan mahligai yang dibina dengan melakukan aktiviti yang sesuai. Persoalannya, apakah aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan keluarga untuk mengeratkan hubungan keluarga? Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dengan anak-anak untuk mengeratkan hubungan keluarga ialah keluarga boleh makan bersama-sama. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa yang sibuk mencari rezeki sering mengabaikan tanggungjawab ini kerana kekangan masa. Oleh itu, mereka akan memberikan wang kepada anak-anak untuk makan di luar sehingga mereka tidak betah untuk makan di rumah. Sebagai contoh, ibu bapa boleh menjadikan waktu malam dan hari cuti sebagai hari wajib untuk berkumpul dan makan bersama-sama. Sebelum makan, anak-anak juga perlu membantu ibu bapa seperti memotong sayur, menyusun pinggan mangkuk dan memasak hidangan. Selepas makan pula, anak-anak boleh mencuci pinggan mangkuk dan mengelap meja makan. Kesannya, ibu bapa boleh bertanyakan masalah anak-anak dan memberikan jalan penyelesaian kerana kehidupan remaja sememangnya dipenuhi onak dan duri. Pada masa itu juga, ibu bapa boleh memberikan buah fikiran agar anak-anak mendapat jalan penyelesaian seterusnya menggalakkan komunikasi yang berkesan. Di samping makan bersama-sama, keluarga juga boleh melakukan aktiviti riadah pada masa senggang. Umum mengetahui bahawa terdapat ramai ibu bapa yang terpaksa kerja lebih masa pada hujung minggu sehingga anak-anak terpaksa mencari hiburan dengan rakanrakan hingga terperangkap dalam kancah gejala sosial. Buktinya, kajian ahli psikologi 6
Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017 mendapati bahawa anak-anak yang kurang perhatian dan kasih sayang akan mudah terjebak dengan masalah sosial demi meraih perhatian. Misalnya, ibu bapa perlulah membawa anakanak pergi makan angin dengan melancong dan berkelah ke tempat-tempat menarik seperti Pulau Tioman, Pantai Cenang atau Hutan Simpan Belum. Tambahan pula, ibu bapa boleh melakukan aktiviti yang menarik seperti membina istana pasir, berkhemah, melakukan barbekue atau meneroka hutan. Pada masa ini, ibu bapa janganlah melakukan kerja pejabat sebaliknya melayan anak-anak bermain-main. Natijahnya, anak-anak akan berasa diri mereka dihargai lalu mengelakkan diri melakukan perkara yang boleh menconteng arang ke muka ibu bapa. Bukan itu sahaja, untuk mewujudkan keluarga bahagia, ahli keluarga boleh bergotong-royong melakukan kerja rumah. Seperti yang kita sedia maklum, ibu bapa di kota metropolitan kebiasaannya bekerja dan mereka sudah letih apabila pulang ke rumah. Hal ini turut disokong dengan kenyataan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah yang menyatakan bahawa 54 peratus wanita di Malaysia bekerja pada tahun 2015. Oleh hal yang demikian, anak-anak boleh membantu ibu bapa mengemas rumah seperti menyapu sampah, mengemop lantai dan mengemas ruang tamu. Dalam pada itu, pembahagian kerja antara adik-beradik boleh dilakukan mengikut kesesuaian usia dan tenaga kerana muafakat membawa berkat. Di samping itu, pada hujung minggu, ibu bapa boleh mengajak anak-anak membersihkan kawasan persekitaran seperti menebas rumput dan membersihkan longkang. Implikasinya, langkah ini dapat mengurangkan beban ibu bapa yang telah gigih membanting tulang empat kerat. Semangat bekerjasama dan bertolak ansur juga dapat dipupuk dalam sanubari ahli keluarga. Secara konklusinya, terdapat berbagai-bagai aktiviti yang perlu dirancang dan dilaksanakan oleh ibu bapa dengan anak-anak untuk mewujudkan keluarga yang bahagia. Sehubungan dengan itu, semua pihak perlulah bekerjasama dalam meletakkan tanggungjawab ini di atas bahu masing-masing kerana peribahasa ada menyatakan bahawa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Benarlah seperti yang dinukilkan oleh Allahyarham P. Ramlee menerusi lirik lagu ‘Sedangkan Lidah Lagi Tergigit’, perselisihan faham antara suami dengan isteri pasti berlaku. Oleh itu, pasangan hendaklah mengamalkan prinsip bertolak ansur dan berhemah dalam menyelesaikan masalah keluarga. Dalam pada itu, kerajaan hendaklah mengeluarkan garis panduan tentang larangan masa bekerja lebih waktu kepada individu yang telah berkahwin demi menjaga keharmonian rumah tangga. Pihak swasta juga tidak boleh melepaskan tanggungjawab kerana mereka boleh menganjurkan kursus dan seminar seperti Keluarga Sakinah demi bersama-sama memikul obligasi ini. Moga-moga dengan usaha yang bersepadu ini, impian kudus untuk mewujudkan keluarga yang bahagia dapat direalisasikan dengan jayanya. Akhir kata, tepuk tanya tanya selera kerana tanpa kesedaran dalam diri, segala usaha yang direncanakan akan menjadi angan-angan Mat Jenin.
7
Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017 Fokus 4 : Manfaat aktiviti masa lapang Aktiviti masa lapang seperti bersukan, menyertai aktiviti kemasyarakatan, dan menyertai perkhemahan memberikan manfaat kepada remaja. Jelaskan manfaat-manfaat yang anda peroleh daripada aktiviti tersebut.
Cadangan isi penting: 1. Bersukan – bermain bola sepak, berbasikal – menyihatkan tubuh badan 2. Aktiviti kemasyarakatan – rumah kebajikan masyarakat, bergotong-royong – memupuk nilai-nilai murni 3. Perkhemahan – perkhemahan unit beruniform – menambahkan ilmu pengetahuan 4. Perkhemahan – berkhemah di hutan lipur – meredakan tekanan perasaan Dalam Surah al-Asr, Allah SWT berfirman bahawa, “Demi Masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.” Hal ini membuktikan bahawa masa itu amat penting dalam kehidupan manusia sesuai dengan peribahasa Melayu yang berbunyi, masa i tu emas. Oleh hal yang demikian, remaja sering diingatkan agar memanfaatkan masa lapang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah seperti bersukan, menyertai aktiviti kemasyarakatan mahupun menyertai perkhemahan kerana aktiviti ini membawa pelbagai manfaat. Kendatipun demikian, remaja marcapada lebih gemar menghabiskan masa lapang dengan melayari laman sosial, berpelesiran di kompleks beli-belah atau berlumba haram. Sebenarnya, hal ini telah mendorong mereka terlibat dalam kancah masalah sosial seperti pergaulan bebas, merokok gengsterisme dan vandalisme. Sesungguhnya, gejala yang tidak sihat ini disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya yang negatif lantaran usia remaja yang setahun jagung, darah setampuk pinang. Tambahan pula, golongan remaja mengalami tekanan emosi bagi mencapai kejayaan dalam akademik sehingga menganggap masa lapang perlu dipenuhi oleh aktiviti yang menyeronokkan dan tidak membebani fikiran. Persoalannya, apakah manfaat yang saya peroleh apabila melakukan aktiviti masa lapang seperti bersukan, menyertai aktiviti kemasyarakatan, dan menyertai perkhemahan? Pada waktu lapang seperti waktu petang, saya gemar bersukan. Antara sukan yang saya gemari ialah sukan bola sepak, badminton atau berbasikal. Sungguhpun begitu, tidak ramai remaja yang gemar bersukan kerana mereka lebih gemar menghabiskan masa dengan tidur di rumah sahaja. Bukan itu sahaja, alasan bersukan akan menyebabkan badan berbau busuk dan tidak selesa kerana berpeluh juga sering didengari. Sebenarnya, bersukan dapat menyihatkan tubuh badan saya. Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti sukan seperti bermain bola sepak dan badminton menyebabkan pergerakan badan yang aktif. Oleh itu, aktiviti ini akan menyebabkan saya mengeluarkan peluh yang menyingkirkan toksin dalam tubuh. Penyingkiran ini juga menyebabkan asid laktik dikeluarkan hingga menyebabkan saya tidak berasa lesu dan lebih cergas kerana badan sihat, otak cerdas. Pada masa yang sama, kolesterol dalam tubuh saya dapat dibakar jika berbasikal hingga menyebabkan masalah obesiti dapat dicegah. Dalam jangka masa yang panjang, saya dapat melancarkan pengaliran darah seterusnya mengelakkan penyakit kronik seperti serangan jantung dan strok. Hal ini dapat dikaitkan dengan peribahasa yang berbunyi mencegah lebih baik daripada mengubati
8
Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017 kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Pendek kata, aktiviti bersukan dapat menyihatkan tubuh badan saya. Di samping itu, pada masa lapang seperti musim cuti sekolah juga saya gemar menyertai aktiviti kemasyarakatan . Antara aktiviti kemasyarakatan yang pernah saya sertai ialah aktiviti ke rumah warga emas, menemui gelandangan sekitar ibu kota Kuala Lumpur dan melawat ke rumah anak yatim. Semasa tiba di tempat terbabit, saya mendengar kisah warga tua yang dipinggirkan oleh anak-anak, mengedarkan makanan kepada warga geladangan, dan bergotong-royong membersihkan dan menceriakan rumah anak yatim. Oleh hal yang demikian, aktiviti ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri saya. Misalnya, aktiviti mendengar kisah orang tua yang ditinggalkan oleh anak-anak dapat memberikan nilai keinsafan dan kasih sayang kepada saya kerana lebih menyayangi dan membalas jasa keduadua ibu bapa yang telah membesarkan saya seterusnya tidak menjadi seperti kacang melupakan kulitnya. Aktiviti memberikan makan kepada gelandangan pula dapat menyemai nilai keprihatinan dan tanggungjawab terhadap orang yang kurang bernasib baik. Aktiviti melawat anak-anak yatim pula dapat memupuk nilai kerjasama kerana saya membersihkan kawasan rumah anak-anak yatim bersama-sama selain dapat memupuk nilai kebersihan. Sesungguhnya, menyertai aktiviti kemasyarakatan dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri saya. Selain bersukan dan menyertai aktiviti kemasyarakatan, saya juga gemar menghabiskan musim cuti sekolah dengan berkhemah. Saya gemar melakukan aktiviti perkhemahan di hutan lipur seperti Hutan Simpan Belum di Perak atau Hutan Lipur Sungai Tua di Selangor. Pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan semasa saya berkhemah seperti mendirikan khemah, menyediakan hidangan, mencari kayu api, mengambil air atau m eneroka hutan. Oleh sebab itu, saya akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Apabila saya terlibat dalam pendirian khemah, saya akan dapat menambahkan ilmu dari segi pembinaan struktur khemah dan ikatan yang paling sesuai. Manakala apabila saya meneroka hutan, saya dapat menambahkan ilmu tentang spesies haiwan dan tumbuh-tumbuhan liar yang boleh dimakan atau beracun. Daripada aktiviti ini juga, saya dapat mengetahui cara keluar dari hutan jika tersesat, iaitu dengan mengikut arah air sungai mengalir ke hilir. Impaknya, saya dapat mengaplikasikan ilmu tersebut dalam kehidupan sehari-hari. Tambahan pula, saya dapat menggunakan ilmu tersebut sebagai panduan dalam hidup sesuai dengan peribahasa, ilmu itu pelita hati. Secara tidak langsung, saya dapat mengelakkan diri daripada dikatakan seperti katak di bawah tempurung. Secara ringkasnya, dengan menyertai aktiviti berkhemah saya dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang cetek di dada. Intihanya, terdapat seribu satu manfaat yang boleh saya peroleh daripada aktiviti seperti bersukan, menyertai aktiviti kemasyarakatan, dan menyertai perkhemahan semasa masa lapang. Sehubungan dengan itu, semua pihak perlulah bekerjasama dalam meletakkan tanggungjawab ini di atas bahu masing-masing kerana peribahasa ada menyatakan bahawa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Benarlah seperti yang dinukilkan Saidina Ali, “Masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, maka pedang itu akan memotong kita”. Oleh itu, pihak sekolah perlulah menyusun dan melaksanakan pelbagai aktiviti yang 9
Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017 menyeronokkan pada musim cuti sekolah seperti perkhemahan unit beruniform dan mengadakan lawatan ke rumah orang tua. Dalam pada itu, kerajaan hendaklah memperbanyakkan penganjuran karnival untuk remaja terutamanya pada masa cuti sekolah demi mengisi masa lapang remaja daripada terlibat dalam masalah sosial. Ibu bapa juga tidak boleh melepaskan tanggungjawab kerana mereka boleh mendidik anak-anak sejak kecil dengan melakukan aktiviti yang berfaedah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Moga-moga dengan usaha yang bersepadu ini, impian kudus untuk melahirkan generasi yang bijak memanfaatkan masa lapang dapat direalisasikan dengan jayanya. Akhir kata, tepuk tanya tanya selera kerana tanpa kesedaran dalam diri, segala usaha yang direncanakan akan menjadi angan-angan Mat Jenin.
10
Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017 Fokus 5 : Peranan ibu bapa membudayakan amalan berjimat cermat ketika berbelanja Amalan berjimat cermat dalam kehidupan ketika berbelanja perlu dibudayakan dalam kehidupan berkeluarga. Anda ingin menulis sebuah rencana bertajuk ‘Peranan ibu bapa dalam membudayakan amalan berjimat cermat ketika berbelanja dalam kehidupan anak-anak ’ untuk dimuatkan dalam majalah sekolah. Tulis rencana anda selengkapnya.
Cadangan isi penting: 1. Mendidik anak-anak tentang amalan berjimat cermat – membeli barangan keperluan, membeli barangan ketika jualan murah, menggunakan pendekatan bercerita 2. Menjadi suri teladan kepada anak-anak – menggunakan barangan buatan tempatan, menyediakan senarai perbelanjaan, meneliti maklumat pembungkusan 3. Menggalakkan amalan menabung wang – membeli tabung, menyuruh anak-anak menyimpan wang saku, menyediakan bekalan buat anak-anak 4. Memberikan ganjaran kepada anak-anak yang berjimat cermat – memberikan hadiah, menyediakan wang untuk ditabung, membawa mereka melancong
Peranan ibu bapa dalam membudayakan amalan berjimat cermat ketika berbelanja dalam kehidupan anak-anak Oleh : Adib Safuan bin Mohd Sofi Peribahasa Melayu ada mengungkapkan bahawa, ingat sebelum kena, jimat sebelum habis kerana amalan berjimat cermat dalam kehidupan amat mustahak. Walaupun begitu, kajian menunjukkan bahawa rakyat Malaysia khususnya golongan remaja mengamalkan sikap boros dan tidak berjimat cermat dalam berbelanja. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja terpengaruh oleh trend semasa yang ingin menonjolkan gaya hidup yang mewah dan bermegah-megah. Oleh itu, mereka telah membeli pakaian berjenama, memiliki telefon bimbit yang mewah dan berhibur tanpa memikirkan akibat yang terpaksa ditanggungnya. Tambahan pula, pengaruh iklan yang menarik dan menonjolkan keistimewaan produk telah menjadikan remaja rambang mata untuk memilikinya. Lebih memburukkan keadaan apabila remaja tidak memiliki pendidikan kepenggunaan sehingga sering menjadi mangsa peniaga yang suka menangguk di air keruh. Buktinya, Jabatan Insolvensi Malaysia mendapati bahawa golongan berusia 25 hingga 40 tahun merupakan golongan yang paling tinggi diisytiharkan sebagai muflis kerana mengamalkan gaya hidup yang mewah. Situasi ini jelas menunjukkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membudayakan amalan berjimat cermat ketika berbelanja dalam kehidupan. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam membudayakan amalan berjimat cermat ketika berbelanja dalam kehidupan? Antara peranan ibu bapa dalam membudayakan amalan berjimat cermat ketika berbelanja dalam kehidupan anak-anak ialah ibu bapa perlulah mendidik anak-anak tentang amalan berjimat cermat sejak kecil . Hal ini selaras dengan peribahasa yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnya. Umum mengetahui bahawa anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya. Dengan kata lain, 11
Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017 anak-anak ialah amanah Allah SWT kepada ibu bapa untuk dididik dan diasuh dengan ajaran yang sebaik-baiknya. Sebagai contoh, ibu bapa boleh mengajar anak-anak dengan membeli barangan keperluan sahaja kerana mereka seharusnya bijak membezakan antara kehendak dengan keperluan. Tambahan pula, ibu bapa boleh mendidik anak-anak membeli barangan ketika jualan murah seperti jualan akhir tahun dan promosi sempena hari perayaan. Tidak dilupakan, ibu bapa boleh menggunakan pendekatan bercerita tentang kisah Nabi Muhammad SAW yang menjahit bajunya yang koyak dan tidak membeli baju baharu kerana membazir itu amalan syaitan. Natijahnya, anak-anak akan memperoleh ilmu pengetahuan tentang pendidikan kepenggunaan kerana ilmu itu pelita hati. Dalam pada itu, anak-anak akan mengaplikasikan ilmu yang diperoleh semasa berbelanja seterusnya menjimatkan perbelanjaan keluarga. Sesungguhnya, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak tentang amalan berjimat cermat sejak kecil. Di samping itu, ibu bapa hendaklah menjadi suri teladan kepada anak-anak dalam usaha membudayakan amalan berjimat cermat ketika berbelanja dalam kehidupan anak-anak . Seperti yang kita sedia maklum, ibu bapa ialah insan yang paling dekat dengan anak-anak dan sering menjadi idola kepada anak-anak. Oleh hal yang demikian, setiap perlakuan, percakapan dan pemikiran ibu bapa akan ditiru oleh anak-anak kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Cuba kita fikirkan, mampukah sebatang kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus? Misalnya, ibu bapa perlulah menggunakan barangan buatan tempatan seperti kereta nasional Proton atau Perodua selari dengan seruan kerajaan melalui Kempen Belilah Barangan Buatan Tempatan. Selain itu, sebelum berbelanja ibu bapa seharusnya menyediakan senarai perbelanjaan agar perbelanjaan tidak melebihi pendapatan. Maka, ibu bapa seharusnya berpegang pada prinsip ukur baju di badan sendiri supaya tidak terjadi besar pasak daripada tiang. Ibu bapa juga perlu meneliti maklumat pembungkusan seperti tanda harga dan tarikh luput bagi makanan dalam tin mahupun dibungkus agar tidak ditipu oleh penjual yang tidak bertanggungjawab. Impaknya, tindakan ibu bapa yang menjadi contoh ini dapat menjadikan anak-anak mengikut jejak langkah ibu bapa sesuai dengan peribahasa ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Pendek kata, ibu bapa hendaklah menjadi suri teladan kepada anak-anak. Selain itu, bagi membudayakan amalan berjimat cermat ketika berbelanja dalam kehidupan anak-anak, ibu bapa sewajarnya menggalakkan amalan menabung wang kepada anak-anak . Bukankah peribahasa Melayu ada mengungkapkan bahawa sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain? Bertitik tolak daripada kata bijak pandai ini, ibu bapa tidak boleh memandang enteng tentang budaya menabung wang kerana tabungan boleh menjamin masa hadapan. Walaupun anak-anak mempunyai sumber kewangan yang terhad, iaitu hanya wang saku daripada ibu bapa, namun hal ini tidak seharusnya menjadi batu penghalang kepada tabiat murni ini. Tamsilnya, ibu bapa boleh membeli tabung untuk setiap anak-anak bagi menyemai tabiat menabung wang dalam diri mereka. Sementara itu, ibu bapa boleh menyuruh anak-anak menyimpan wang saku daripada lebihan belanja di sekolah walaupun sepuluh sen sehari kerana sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. Bagi ibu yang tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumah pula, mereka bolehlah menyediakan bekalan ke sekolah dan wang saku pula boleh ditabung bagi menampung perbelanjaan untuk membeli 12
Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017 alat tulis. Implikasinya, tindakan ini akan memastikan anak-anak tidak membazir wang untuk perkara yang tidak penting. Ibu bapa bukan sahaja dapat menyemai tabiat berwaspadadalam diri anak-anak tetapi juga mengelakkan anak-anak berhutang. Tuntasnya, ibu bapa sewajarnya menggalakkan amalan menabung wang kepada anak-anak. Sesungguhnya, peranan membudayakan amalan berjimat cermat ketika berbelanja dalam kehidupan anak-anak sememangnya perlu dimainkan oleh ibu bapa. Kendatipun demikian, tanggungjawab ini tidak boleh diletakkan bulat-bulat kepada ibu bapa kerana tugas ini perlu dipikul oleh semua pihak seperti peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Sehubungan dengan itu, persatuan pengguna seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang hendaklah menyebarkan risalah kepenggunaan dari rumah ke rumah untuk melahirkan pengguna yang bijak dalam berbelanj a. Media massa pula haruslah menghebahkan kempen berjimat cermat seperti Kempen Belilah Barangan Buatan Tempatan secara efektif demi memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan berjimat cermat sekali gus membantu negara meningkatkan ekonomi agar duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju. Dalam pada itu, pihak sekolah melalui Kelab Pengguna bolehlah menganjurkan pelbagai aktiviti yang menarik seperti pertandingan menulis esei, kuiz, dan melukis poster bertemakan kepenggunaan dan berjimat cermat agar budaya berjimat cermat dapat dipupuk sejak bangku sekolah. Moga-moga, usaha bersepadu ini tidak seperti melepaskan batuk di tangga dan hangat-hangat tahi ayam kerana kejayaan ini dapat mengubah ekonomi negara. Akhirulkalam, tepuk tanya tanya selera kerana tanpa kesedaran dalam diri, segala usaha yang direncanaka n akan menjadi angan-angan Mat Jenin.
13
Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017 Fokus 6 : Usaha kerajaan dan pihak swasta memperkenalkan produk pelancongan Produk pelancongan seperti keindahan alam semula jadi, warisan budaya dan bangunan bersejarah perlu diperkenalkan untuk menarik pelancong. Huraikan usaha-usaha kerajaan dan pihak swasta dalam memperkenalkan produk pelancongan tersebut.
Cadangan isi penting: 1. Keindahan alam semula jadi – Kementerian Pelancongan menggiatkan kempen pelancongan – menerbitkan dokumentari pelancongan – menulis rencana tentang tempat yang wajib dilawati – mengiklankan destinasi menarik 2. Bangunan bersejarah – kerajaan negeri menguatkuasakan undang-undang – mengenakan kompaun dan denda – mengeluarkan garis panduan mengurus bangunan bersejarah – melakukan pemantauan secara berkala di bangunan bersejarah 3. Warisan budaya – pengusaha inap desa mempromosikan keistimewaan inap desa – menyertai karnival pelancongan di dalam dan di luar negara – mempamerkan gambar, video dan risalah tentang inap desanya – menyebarluaskannya melalui Internet 4. Keindahan alam semula jadi – agensi pelancongan menawarkan pakej yang menarik – menawarkan harga yang berpatutan – menawarkan khidmat jurupelancong percuma – menawarkan lawatan ke tempat yang menarik
Malaysia yang kupuja Di desa juga di kota Mari nikmati semua Cuti-cuti Malaysia. Pohon-pohon melambai Terkenang desa nan permai Keluarga sahabat handai Mari beramai-ramai. Demikianlah dua rangkap lagu ‘Cuti -cuti Malaysia’ yang dialunkan oleh penghibur tersohor Malaysia, Siti Nurhaliza bertemakan pelancongan. Jelaslah bahawa lirik lagu yang ditulis bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia itu memaparkan keindahan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dunia dan mengajak pelancong meneroka keistimewaan negara kita. Sesungguhnya, industri pelancongan Malaysia benar-benar dimajukan pada tahun 1990an di bawah pimpinan Perdana Menteri Keempat, Dr. Mahathir Mohamad melalui Tahun Melawat Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana sebelum itu negara menumpukan sektor pertanian dan perlombongan sebagai penjana utama Keluaran Dalam Negara Kasar. Walaupun negara luar mempunyai pelbagai tempat yang menarik dikunjungi, namun negara kita juga tidak ketinggalan dan mempunyai keistimewaan yang wajar diketengahkan. Kini, Malaysia mengekalkan kedudukan pertama tiga tahun berturut-turut sejak tahun 2014 sebagai destinasi pilihan pelancong Muslim. Dengan kata lain, Malaysia sudah menjadi hab pelancongan Islam kerana menawarkan kemudahan untuk orang Islam dan makanan halal. 14
Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017 Menyedari hakikat ini, produk pelancongan seperti keindahan alam semula jadi, warisan budaya dan bangunan bersejarah perlu dimajukan oleh kerajaan dan pihak swasta secara bersama-sama bagai aur dengan tebing bukan sahaja untuk menarik kehadiran pelancong Islam tetapi juga pelancong dari Eropah dan Asia. Persoalannya, apakah usaha-usaha kerajaan dan pihak swasta dalam memperkenalkan produk pelancongan tersebut? Umum mengetahui bahawa Malaysia ialah negara yang memiliki keindahan alam semula jadi kerana terletak di garisan khatulistiwa. Sehubungan dengan itu, pelancong akan disajikan oleh kehijauan hutan, kicauan unggas, desiran angin sepoi-sepoi bahasa, lambaian nyiur yang berjajaran di pantai memutih, deburan ombak memecah di pantai, aliran air sungai yang lesu dan air laut yang jernih bagai kaca. Sesungguhnya, dari utara ke selatan, dari timur ke barat Malaysia tidak kurang dengan destinasi menarik seperti Pantai Cenang, Pulau Sipadan, Taman Negara, Gunung Kinabalu, Tanah Tinggi Cameron, Air Terjun Sekayu dan Gua Niah. Oleh itu, Kementerian Pelancongan hendaklah menggiatkan kempen pelancongan secara lebih terancang dan menyeluruh demi mempromosikan produk ini. Seyogianya, kerajaan hendaklah menerbitkan dokumentari pelancongan seperti yang pernah dilakukan oleh kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama TV3 pernah menerbitkan rancangan Teganu Kita. Tambahan pula, Kementerian Pelancongan bolehlah menulis rencana tentang tempat yang wajib dilawati seperti Berita Harian melalui kolum Santai. Kementerian Pelancongan juga haruslah menggunakan wadah televisyen dan majalah pelancongan seperti Libur untuk mengiklankan destinasi menarik dan terkemuka seperti yang dilakukan oleh kerajaan Negeri Pahang sempena Tahun Melawat Pahang 2017. Impaknya, usaha ini dapat memperkenalkan tarikan setiap negeri. Tegasnya, Kementerian Pelancongan hendaklah menggiatkan kempen pelancongan untuk memperkenalkan keindahan alam semula jadi. Bukan itu sahaja, Malaysia juga kaya dengan warisan budaya pelbagai kaum yang begitu unik. Hal ini demikian kerana kehadiran penjajah British ke Tanah Melayu telah mewujudkan masyarakat majmuk dengan kehadiran bangsa Cina dan India untuk bekerja sebagai pelombong dan penoreh getah. Oleh sebab itu, mereka telah membawa budaya nenek moyang dari negara asal dan diasimilasikan dengan budaya tempatan, misalnya masyarakat Baba dan Nyonya. Seperti yang kita sedia maklum, negara kita kaya dengan cara hidup masyarakat, sambutan perayaan, tarian, makanan tradisional, pakaian dan permainan tradisional yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Oleh hal yang demikian, pengusaha inap desa patut mempromosikan keistimewaan inap desa di persada dunia. Sebagai contoh, mereka boleh menyertai karnival pelancongan di dalam dan di luar negara seperti Karnival Pelancongan Antarabangsa Malaysia yang menghimpunkan pelanggan daripada pelbagai negara. Di samping itu, pengusaha inap desa haruslah mempamerkan gambar, video dan risalah tentang inap desanya seperti pengalaman memancing dan menangguk ikan di tali air, menyemai dan membanting padi dan berderau ketika majlis kenduri-kendara. Tindakan mereka yang menyebarluaskannya melalui Internet seperti Facebook dan blog juga patut diberikan pujian seperti yang dilakukan oleh pengusaha Inap Desa Sungai Haji Dorani. Natijahnya, usaha ini dapat memperkenalkan warisan budaya kita
15
Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017 di persada dunia kerana tak kenal maka tak cinta. Pendek kata, pengusaha inap desa patut mempromosikan keistimewaan inap desa untuk memperkenalkan warisan budaya. Selain itu, Malaysia juga mempunyai banyak bangunan bersejarah yang menyimpan seribu rahsia. Secara umumnya, bangunan bersejarah ialah bangunan yang dibina pada zaman lalu dan usianya melebihi 100 tahun. Tidak dapat dinafikan bahawa bangunan bersejarah ini mempunyai keistimewaan dari segi seni binanya dan kepentingannya pada zaman dahulukala. Antara bangunan bersejarah yang terkenal ialah Kota A’ Famosa, Stesen Kereta api Tanah Melayu, Bangunan Sultan Abdul Samad, Masjid Tengkera, Candi Lembah Bujang, Masjid Jamek Muar, Gereja St. Paul, dan pelbagai lagi. Hakikatnya, bangunan ini mempunyai ciriciri seni bina kolonial dan dapat dijadikan bukti konkrit sejarah. Oleh sebab itu, kerajaan negeri hendaklah menguatkuasakan undang-undang terhadap binaan bangunan bersejarah. Hal ini boleh dilakukan dengan mengenakan kompaun dan denda yang tinggi terhadap pihak yang menceroboh atau merosakkannya melalui Akta Bendapurba 1976. Bukan itu sahaja, kerajaan negeri melalui Jabatan Kerja Raya juga boleh mengeluarkan garis panduan mengurus bangunan bersejarah agar tidak mengubah suai struktur asal dan binaannya. Dalam jangka masa yang panjang, kerajaan negeri patut melakukan pemantauan secara berkala terhadap bangunan bersejarah kerana khuatir diubah atau dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti yang terjadi di Pulau Pinang. Implikasinya, monumen ini dapat dijadikan bahan kajian dan bukti sejarah lampau oleh pelancong yang berminat untuk melihat tinggalan tersebut kerana lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang. Tuntasnya, kerajaan negeri hendaklah menguatkuasakan undang-undang terhadap binaan bangunan bersejarah. Ironinya, tak sungguh tak melata, tak sungguh orang tak kata bahawa produk pelancongan seperti keindahan alam semula jadi, warisan budaya dan bangunan bersejarah perlu diperkenalkan untuk menarik pelancong. Sehubungan dengan itu, kerajaan dan pihak swasta memainkan peranan yang sangat penting dalam memperkenalkan produk pelancongan tersebut. Kendatipun demikian, pihak-pihak lain tidak boleh bersikap lepas tangan kerana masing-masing juga perlu bersama-sama bagai aur dengan tebing untuk memajukan sektor pelancongan demi kebaikan bersama. Masyarakat misalnya, hendaklah menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah merata-rata seperti ke dalam sungai mahupun persisir pantai juga menjaga kebersihan tandas awam. Nescaya, tindakan yang kecil ini memberikan impak yang besar kerana akan menaikkan imej negara sebagai salah sebuah negara yang bersih. Tahukah anda bahawa negara jiran kita, Singapura disenaraikan sebagai antara 10 buah negara yang terbersih di dunia? Maka, tidak hairanlah jika negara ini sering menjadi tumpuan dan buah mulut pelancong sungguhpun tidak mempunyai keistimewaan dari segi keindahan alam semula jadi. Sesungguhnya, usaha memajukan indsutri pelancongan tidak sia-sia kerana menyajikan peluang pekerjaan yang bukan sedikit sama ada kepada pekerja mahir, separuh mahir ataupun tidak mahir. Dalam pada itu, ekonomi negara juga dapat dijanakan melalui kehadiran pelancong yang berbelanja. Ingatlah, melancong ke Malaysia bermakna anda telah melancong ke seluruh Asia!
16
Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017 Fokus 7 : Aktiviti manusia yang tidak terkawal mengakibatkan pencemaran sungai hingga menjejaskan kehidupan masyarakat Aktiviti manusia yang tidak terkawal seperti pembuangan sampah sarap, pengaliran sisa toksik dan pembalakan haram mengakibatkan pencemaran sungai hingga menjejaskan kehidupan masyarakat. Bincangkan.
Cadangan isi penting: 1. pembuangan sampah sarap – petempatan setinggan – sikap masyarakat – petempatan berhampiran dengan sungai – menjejaskan rutin harian masyarakat 2. pengaliran sisa toksik – kelemahan penguatkuasaan undang-undang – kurang pemantauan – kurang sivik pemilik premis – menjejaskan sumber pendapatan masyarakat 3. pembalakan haram – pengkuatkuasaan undang-undang yang lemah – permintaan yang tinggi – sikap tamak pembalak – menyebabkan aktiviti rekreasi masyarakat terjejas Apabila kita singkap sejarah perkembangan tamadun awal manusia, sungai memainkan peranan yang amat penting. Buktinya, empat tamadun awal manusia bermula di lembangan sungai, iaitu Tamadun Mesir Purba, Tamadun Hwang Ho, Tamadun Mesopotamia dan Tamadun Indus. Ironinya, sungai amat berperanan kepada kehidupan manusia kerana membekalkan sumber air bersih dan sumber protein seperti ikan dan udang. Tambahan pula, masyarakat di kawasan pedalaman menjadikan sungai seperti Sungai Kinabatangan dan Sungai Rajang sebagai jalan pengangkutan yang utama seperti di Sabah dan di Sarawak. Sungai Pahang pula misalnya dijadikan tempat rekreasi bagi penduduk sekitarnya untuk menikmati angin petang sambil menghirupi udara segar, tidak kurang juga untuk memancing ikan. Kendatipun demikian, sungai semakin tercemar akibat aktiviti manusia yang tidak terkawal. Hakikatnya, kajian oleh Jabatan Alam Sekitar mendapati bahawa beberapa batang sungai di negara ini telah mati kerana tidak lagi berfungsi, antaranya Sungai Juru dan Sungai Pinang di Pulau Pinang. Tahukah anda bahawa pencemaran sungai telah berlaku sejak tamadun awal manusia? Hal ini dikatakan demikian kerana dalam Tamadun Mesir Purba, golongan bangsawan akan membuang sampah ke dalam Sungai Nil manakala golongan marhaen akan mengumpul sampah di hadapan rumah untuk dikutip. Persoalannya, apakah kesusahan yang dihadapi masyarakat daripada pencemaran sungai akibat aktiviti manusia yang tidak terkawal? Umum mengetahui bahawa pembuangan sampah sarap oleh masyarakat ke dalam sungai telah menyebabkan masalah pencemaran sungai semakin rumit. Hal ini berpunca daripada sikap masyarakat yang mementingkan diri sendiri, persis peribahasa bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Keadaan menjadi lebih parah apabila banyak petempatan yang didirikan di sepanjang sungai, misalnya Sungai Klang menjadikan sungai sebagai lubuk sampah seperti plastik, polisterin, botol dan sisa makanan. Seperti yang kita sedia maklum, masyarakat Malaysia banyak menghasilkan sampah. Buktinya, kajian mendapati bahawa 13.5 juta tan sampah dibuang setahun. Jika tidak diberikan perhatian yang serius, aktiviti ini akan menjejaskan rutin harian masyarakat . Misalnya, pencemaran sungai yang berlaku di Sungai Semenyih berpunca daripada tapak pelupusan sampah dan 17
Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017 pembuangan sampah oleh peniaga dan penduduk setempat. Hal ini sudah tentu menyebabkan sumber air bersih terjejas kerana loji air yang memproses sumber air mentah terpaksa ditutup. Keadaan ini sudah pasti mengganggu aktiviti harian seperti mandi, memasak hidangan dan mencuci pakaian. Dalam jangka masa yang panjang, masalah catuan air pasti berlaku hingga menyusahkan masyarakat. Jika digunakan, air yang tercemar boleh menjejaskan kesihatan seperti kulit gatal-gatal dan keracunan makanan. Pendek kata, pembuangan sampah sarap oleh masyarakat menjejaskan rutin harian masyarakat. Selain itu, aktiviti yang boleh menyumbang kepada masalah pencemaran sungai ialah pengaliran sisa toksik oleh pihak kilang yang hanya mementingkan keuntungan tanpa menyedari bahawa masalah ini menjadi duri dalam daging. Kita sememangnya maklum bahawa sisa toksik mengandungi bahan kimia, bahan beracun dan minyak. Umpamanya, sisa toksik yang dibuang dan mengandungi minyak akan melitupi permukaan air sungai. Hal ini sudah tentu menyebabkan oksigen tidak boleh masuk ke dalam air hingga sumber protein seperti ikan dan udang mati. Dalam jangka masa yang panjang, kepupusan sumber akan berlaku. Akibatnya, pencemaran sungai sudah tentu menjejaskan pendapatan masyarakat , terutamanya masyarakat yang bergantung pada sungai. Sebagai misalan, tumpahan minyak diesel yang berlaku di Sungai Johor berpunca daripada sebuah kilang di Felda Taib Andak, Kulaijaya telah menjejaskan kehidupan masyarakat. Oleh itu, hasil yang diperoleh para nelayan menjadi susut gara-gara pencemaran sungai. Secara langsung, mereka tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk menampung perbelanjaan harian. Perkara ini sudah tentu menjadi beban kepada mereka yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Secara ringkasnya, pembuangan sisa toksik ke dalam sungai telah menjejaskan pendapatan masyarakat. Di samping itu, aktiviti pembalakan haram oleh pembalak haram yang tamak seperti anjing beroleh bangkai turut menyumbang kepada masalah pencemaran sungai. Situasi ini disebabkan oleh penguatkuasaan undang-undang berhubung penerokaan dan penggondolan hutan masih lemah hingga menyebabkan pembalak haram tidak takut. Tambahan pula, permintaan yang tinggi terhadap kayu balak dan industri perkayuan menyebabkan mereka mengetepikan nilai kemanusiaan. Apabila hutan ditebang, maka hakisan tanah akan berlaku lebih-lebih lagi pada hari hujan. Oleh hal yang demikian, tanah yang terhakis akan dialirkan ke dalam sungai hingga menyebabkan sungai berkeladak dan dipenuhi mendapan. Impaknya, pencemaran sungai yang berlaku telah menyebabkan aktiviti rekreasi masyarakat terjejas. Misalnya, pembalakan haram di Sungai Kelantan dan di Cameron Highlands menyebabkan air menjadi kuning kerana dipenuhi tanah lumpur. Kejadian ini sudah pasti menjejaskan aktiviti berkelah dan memancing masyarakat kerana air yang kotor tidak lagi sesuai untuk menjalankan aktiviti ini. Dari sudut yang berbeza, bagi kawasan pelancongan seperti Cameron Highlands, pencemaran sungai ini telah menyebabkan kemerosotan jumlah pelancong untuk makan angin. Tidak kurang juga, masalah ini akan menyebabkan lahirnya masyarakat yang tidak sihat. Secara ringkasnya, aktiviti pembalakan haram telah menyebabkan aktiviti rekreasi masyarakat terjejas.
18
Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017 Intihanya, terdapat seribu satu aktiviti manusia yang tidak terkawal menyebabkan pencemaran sungai hingga mendatangkan kesusahan kepada kehidupan masyarakat. Sehubungan dengan itu, semua pihak perlulah bekerjasama dalam meletakkan tanggungjawab menjaga kebersihan sungai di atas bahu masing-masing kerana peribahasa ada menyatakan bahawa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Benarlah seperti firman Allah SWT dalam Surah ar-Rum yang menyebut, “Telah berlaku kerosakan di darat dan di laut daripada perbuatan manusia.” Oleh itu, pihak sekolah perlulah menyusun dan melaksanakan pelbagai aktiviti bagi memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga sungai seperti pertandingan dan aktiviti bergotong-royong membersihkan sungai. Dalam pada itu, kerajaan hendaklah memperuntukkan dana bagi tujuan pembersihan sungai yang tercemar seperti yang dilakukan terhadap Sungai Melaka yang akhirnya menjadi tempat pelancongan. Ibu bapa juga tidak boleh melepaskan tanggungjawab kerana mereka boleh mendidik anak-anak sejak kecil tentang peranan anak-anak dalam menjaga kebersihan sungai kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Moga-moga dengan usaha yang bersepadu ini, impian kudus untuk memelihara dan memulihara sungai dapat direalisasikan dengan jayanya. Akhir kata, tepuk tanya tanya selera kerana tanpa kesedaran dalam diri, segala usaha yang direncanakan akan menjadi angan-angan Mat Jenin.
19
Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017 Ekstra 1 : Obesiti / Kegemukan
Punca obesiti 1. Kurang bersenam dan bersukan – ketiadaan masa akibat bekerja dan bersekolah – sikap malas dan tiada kesedaran untuk menjaga kesihatan – kemudahan rekreasi yang jauh atau rosak – terdapat penyakit atau masalah kesihatan 2. Pemakanan yang tidak berkhasiat – mementingkan selera berbanding dengan kesihatan – gaya dan budaya hidup masyarakat – kurang didikan ibu bapa – pengaruh iklan yang kuat dan menarik 3. Kewujudan restoran makanan segera – permintaan masyarakat yang tinggi – sikap masyarakat yang ingin mudah dan segera – kurangnya penguatkuasaan undang-undang – suasana tempat makan yang kondusif – masa urus niaga yang tiada had Peranan ibu bapa 1. Ibu bapa membawa anak-anak bersenam dan bersukan – membawa anak-anak ke taman rekreasi untuk berbasikal – berjoging bersama-sama pada waktu petang di kawasan perumahan – mendaki bukit seperti Bukit Broga pada hari cuti – membakar lemak tepu dalam badan – mengurangkan berat badan 2. Ibu bapa menyediakan makanan yang berkhasiat – menghidangkan buah-buahan dan sayur-mayur – memasak makanan menggunakan kaedah yang tidak menggunakan minyak seperti sup atau stim – mengurangkan minyak, santan dan gula dalam makanan – mengurangkan kandungan kolesterol dalam tubuh – mendapatkan gizi seimbang 3. Ibu bapa mendidik anak-anak makanan yang berkhasiat – menerangkan bahaya makanan berminyak – tidak membenarkan anak-anak membeli makanan segera dan makanan ringan – menceritakan kisah manusia obes yang hanya hidup di atas katil – merendahkan kandungan kolesterol dalam saluran darah – mengelakkan penyakit kronik 4. Ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak – tidak kerap mengambil makanan bergoreng, snek atau minuman berkarbonat – makan nasi dalam kadar yang diperlukan – mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan beriadah dan banyak berjalan kaki – menjadi contoh kepada anak-anak – menjalani hidup dengan lebih cergas dan aktif Usaha pelbagai pihak 1. Pihak kerajaan mengeluarkan garis panduan kepada premis makanan – berdasarkan perbincangan meja bulat dengan pihak berkaitan termasuklah pakar pemakanan dan kesihatan – mesti dipamerkan dan dipatuhi oleh peniaga dan tukang masak – menyatakan tindakan susulan jika gagal mematuhinya 2. Pihak berkuasa mengetatkan undang-undang pengeluaran dan penjualan makanan – menggantung lesen perniagaan bagi restoran yang ingkar – mengharamkan pengeluaran makanan yang tinggi kandungan lemak – memantau premis perniagaan secara berkala 3. Media massa menghebahkan kempen kesedaran tentang keburukan obesiti – televisyen mengiklankan keburukan obesiti – televisyen menyiarkan dokumentari tentang masalah obesiti – wartawan media cetak menulis rencana tentang langkah pencegahan 4. Pihak swasta menganjurkan karnival kesihatan – menganjurkan progran joging dan senamrobik – menyediakan khidmat menimbang berat badan dan menyukat tahap kolesterol – mengadakan forum dan ceramah tentang obesiti 20
Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017 Ekstra 2 : Menabung wang
Kebaikan menabung wang 1. Menjamin kehidupan hari tua 2. Digunakan sewaktu kecemasan 3. Menjamin pendidikan 4. Menggalakkan amalan berjimat cermat Peranan ibu bapa 1. Ibu bapa mendidik anak-anak tentang kepentingan menabung wang 2. Ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak 3. Ibu bapa memberikan ganjaran kepada anak-anak 4. Ibu bapa membuka akaun tabungan anak-anak Usaha pelbagai pihak 1. Kerajaan memberikan potongan cukai kepada penabung 2. Media massa menghebahkan kempen kesedaran tentang kepentingan menabung wang 3. Guru memberikan pendidikan kewangan di sekolah 4. Pihak bank menganjurkan karnival menabung di premis awam Ekstra 3 : Pelancongan
Faedah melancong dalam negara 1. Meningkatkan ekonomi negara 2. Menstabilkan nilai mata wang negara 3. Menaikkan imej negara 4. Mewujudkan peluang pekerjaan 5. Memupuk semangat patriotik 6. Memperkenalkan kebudayaan nasional Peranan masyarakat memajukan industri pelancongan 1. Menjaga kebersihan alam sekitar – membuang sampah ke dalam tong sampah – tidak memusnahkan tanaman hiasan – tidak melakukan pembakaran terbuka / hutan 2. Mengamalkan budi bahasa kepada pelancong – menggunakan bahasa yang sopan – sentiasa tersenyum dan bermuka manis – mengalu-alukan kedatangan pelancong 3. Memperkenalkan budaya warisan – menonjolkan keistimewaan budaya warisan – menunjukkan cara pembuatannya – menyebarkannya melalui laman sesawang 4. Menjaga infrastruktur dan kemudahan awam – tidak merosakkan kemudahan awam – tidak menconteng dinding – memastikan tandas bersih selepas digunakan Peranan kerajaan memajukan industri pelancongan 1. Kerajaan pusat memperuntukkan dana untuk pelancongan 2. Kementerian Pelancongan menganjurkan karnival / pesta / ekspo pelancongan 3. Pihak berkuasa menjaga keamanan dan keselamatan negara 4. Media massa mempromosikan destinasi menarik 5. Kerajaan negeri mewartakan lebih banyak hutan simpan dan taman laut 21
Hak Cipta : Roslan Daud @ 2017 Ekstra 4 : Pengguna Bijak
Ciri-ciri pengguna bijak 1. Menyediakan senarai perbelanjaan 2. Membandingkan harga barangan 3. Membeli-belah ketika jualan murah 4. Meneliti maklumat pembungkusan 5. Membeli barangan tempatan Kepentingan melahirkan pengguna bijak kepada pengguna 1. Menjimatkan perbelanjaan pengguna 2. Menjamin keselamatan dan kesihatan pengguna 3. Mengelakkan pengguna menjadi mangsa penipuan 4. Memupuk perasaan patriotik dalam diri pengguna Kepentingan melahirkan pengguna bijak kepada negara 1. Meningkatkan ekonomi negara 2. Menggalakkan pertumbuhan industri negara 3. Mengelakkan pengaliran wang ke luar negara 4. Mengelakkan masalah inflasi Langkah pelbagai pihak melahirkan pengguna bijak 1. Kerajaan mengiktiraf kedai / premis yang menjual bara ngan dengan harga murah 2. Pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas 3. Media massa menghebahkan kempen kesedaran tentang hak pengguna 4. Guru memberikan pendidikan kepenggunaan di sekolah 5. Ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak dengan berbelanja secara bijak Ekstra 5 : Sukan
Faedah bersukan 1. Menyihatkan tubuh badan 2. Mengurangkan tekanan perasaan 3. Memupuk nilai-nilai murni 4. Mengisi masa lapang dengan berfaedah 5. Mengeratkan hubungan / perpaduan kaum 6. Menjanakan pendapatan individu Langkah kerajaan meningkatkan mutu sukan negara 1. Kerajaan mendirikan lebih banyak sekolah sukan 2. Kerajaan menganjurkan program pencungkilan bakat atlet muda 3. Kerajaan mendapatkan khidmat jurulatih berpengalaman 4. Kerajaan membina kemudahan sukan bertaraf antarabangsa 5. Kerajaan menawarkan diri dengan menganjurkan sukan bertaraf antarabangsa 6. Kerajaan menyediakan ganjaran kepada atlet yang berjaya
22