PENDAHULUAN
Pengertian Etika Etika berasal dari bahasa yunani, yaitu Ethos, yang menurut Araskar dan David (1978) berarti ” kebiasaaan ”. ”model pe perilaku” atau standar yang diharapkan dan kriteria tertentu untuk suatu tindakan. Penggunaan istilah etika sekarang ini banyak diartikan sebagai motif atau dorongan yang mempengaruhi perilaku. (Dra. Hj. Mimin Emi Suhaemi. 2002. 7) Etika adalah kod perilaku yang memperlihatkan perbuatan yang baik bagi kelompok tertentu.Etika juga merupakan peraturan dan prinsip bagi perbuatan yang benar. Etika berhubungan dengan hal yang baik dan hal yang tidak baik. Etika adalah peraturan atau norma yang dapat digunakan sebagai acuan bagi perlaku seseorang yang berkaitan dengan tindakan yang baik dan buruk yang dilakukan seseorang.(NilaIsmani, seseorang.(NilaIsmani,2001). 2001).
Etika Berpakaian Mencari gaya peribadi bukan hal yang mudah untuk setiap orang. Namun begitu jika kita menemukanya,kita akan menyedari bahawa melalui pakaian, kita boleh mengekspresikan diri dan menunjukan diri kita. Tanpa sadar banyak hal diluar sana yang boleh mempengaruhi cara kita berpakaian dan bergaya. Percaya atau tidak , gaya personal seseorang boleh mengubah perspektif seseorang. Manusia memerlukan pakaian untuk memenuhi keperluan hidup. Pakaian dapat memberikan keindahan, perlindungan dari penyakit, keselesaan dan sebagainya. Tanpa pakaian boleh mengakibatkan seseorang dikatakan gila. Oleh karena itu dalam berpakaian seharusnya kita memerhatikan etika dalam berpakaian.
1
Dalam pengertiannya yang paling umum, pakaian ditakrifkan sebagai penutup anggota badan. Kita memakai pakaian bukan sahaja untuk melindungi aurat kita, tetapi ianya juga melindungi kita daripada anasir persekitaran. Sebagai Penjawat Awam kita tertakluk kepada kepada Garis Panduan dan Etika Berpakaian.
Garis panduan ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai fesyen pakaian alternatif kepada pakaian sedia ada yang sesuai dipakai oleh pegawai perkhidmatan awam semasa bekerja dan menghadiri upacara rasmi
Beberapa Pekeliling Perkhidmatan telah diedarkan dan ianya adalah bertujuan untuk menetapkan jenis pakaian yang sesuai dan kemas dipakai semasa bekerja dan semasa menghadiri upacara-upacara rasmi bagi pegawai-pegawai awam.
2
Dalam pengertiannya yang paling umum, pakaian ditakrifkan sebagai penutup anggota badan. Kita memakai pakaian bukan sahaja untuk melindungi aurat kita, tetapi ianya juga melindungi kita daripada anasir persekitaran. Sebagai Penjawat Awam kita tertakluk kepada kepada Garis Panduan dan Etika Berpakaian.
Garis panduan ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai fesyen pakaian alternatif kepada pakaian sedia ada yang sesuai dipakai oleh pegawai perkhidmatan awam semasa bekerja dan menghadiri upacara rasmi
Beberapa Pekeliling Perkhidmatan telah diedarkan dan ianya adalah bertujuan untuk menetapkan jenis pakaian yang sesuai dan kemas dipakai semasa bekerja dan semasa menghadiri upacara-upacara rasmi bagi pegawai-pegawai awam.
2
ETIKA PEMAKAIAN PENJAWAT AWAM DI SEKTOR PENDIDIKAN Surat Pekeliling Iktisas Bil.6/1985 Peraturan Pakaian Guru di Sekolah/Pensyarah di Maktab Peguruan, Politeknik, Lain-lain Pegawai dan Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran di Pejabat Pelajaran Daerah dan Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran.
Tujuan surat pekeliling ini adalah untuk menetapkan peraturan pakaian sewaktu bertugas bagi guru-guru di sekolah, pensyarah di Maktab Peguruan, Politeknik, lainlain Pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Pelajaran di Pejabat Pelajaran Daerah dan Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran. Peraturan pakaian ini adalah disesuaikan dengan peraturan pakaian masa bekerja dan semasa menghadiri upacara-upacara rasmi bagi peawai-pegawai awam dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 tahun 1985 bertarikh 18hb Februari, 1985 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
2. Sebagai golongan pendidik, guru-guru, pensyarah-pensyarah dan lain-lain pegawai perkhidmatan pelajaran sewajarnyalah menunjukkan pakaian yang sesuai apabila bertugas di dalam atau di luar sekolah/maktab dan pejabat. Oleh yang demikian, di samping pakaian yang kemas dan bersih, pakaian yang berpatutan dan bersesuian
bagi
guru-guru/pensyarah-pensyarag
serta
pegawai-pegawai
dan
kakitangan perkhidmatan pelajaran adalah penting. Pakaian seumpama ini adalah melambangkan disiplin imej profesyen perguruan.
3. Untuk tujuan ini, berikut adalah peraturan pakaian yang ditetapkan: 3.1.1 Guru-guru/Pensyarah-pensyar Guru-guru/Pensyarah-pensyarah ah Lelaki i)Seluar panjang dan berbaju kemeja (digalakkan bertali leher, atau bush jacket atau lounge suit. Jika baju berlengan panjang. Tangan baju itu hendaklah jangan dilipatkan. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam. ii) Kasuit kulit atau lain-lain kasut sejenis dengannya.
3
iii)Pakaian baju Melayu lengkap dengan samping, atau pakaian yang mirip dengan potongan baju Melayu dan dipakai dengan seluar panjang. iv) Pakaian baju Melayu dengan kain sarong, jean, track suit, seluar pendek, kemeja t/sukan, kersi, kasut sukan, baju Hawaii, baju batik, selipar; kasut getah dan lain-lain jenis pakaian yang menjolok mata tidak boleh dipakai.
3.1.2 Guru-guru/Pensyarah-pensyarah Perempuan i)Pakaian kebangsaan dan pakaian kaum masing-masing dan lain-lain jenis pakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata. ii)Kasut kulit, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai dengan pakaian yang ditetapkan, iii) Kasut sukan, jean, slack, track suit, kemeja t /sukan, jersi, seluar pendek atau apa-apa pakaian yang menutup muka serta lain-laian pakaian dan jenis kain jarang dan menjolok mata, tidak boleh dipakai.
3.2 Sewaktu bertugas di luar bilik darjah ( menjalankan gerakerja Pendidikan Jasmani dan sukan) – lelaki dan perempuan. 3.2.1 Track suit, seluar panjang yang sesuai, seluar pendek ( bagi guru/pensyarah lelaki sahaja ), kemeja sukan, jersi, kasut getah, kasut sukan dan lain-laian pakaian yang sesuai yang tidak menghalang kecergasan gerak geri dalam gerakerja tersebut. 3.2.2 Kasut tumit tinggi atau kasut kulit yang mengganggu kecergasan gerakgeri, sarong ketat atau seluar ketat, cheongsam, kebaya, sari dan lain-laian pakaian dari jenis kain jarang dan menjolok mata adalah tidak sesuai dipakai.
3.3 Sewaktu menjalankan kerja-kerja praktik di bilik makmal / sains rumahtangga/ bengkel seni perusahaan. 3.3.1 Pakaian khas, jika ada, untuk menjalankan kerja-kerja praktik di tempat-tempat berkenaan hendaklah dipakai. 4
3.3.2 Seluar panjang dan berbaju kemeja, Sekiranya memakai baju berlengan panjang, lengan baju itu bolehlah dilipatkan jika perlu. 3.3.3 Bagi guru dan pensyarah perempuan, jenis pakaian sewaktu bertugas di bilik darjah boleh dipakai dan hendaklah sesuai dengan jenis kerja-kerja praktik tersebut.
3.4 Sewaktu menjalankan kerja praktik sains pertanian. 3.4.1 Pakaian khas, jika ada untuk menjalankan kerja-kerja praktik di tempat berkenaan hendaklah dipakai. 3.4.2 Seluar panjang dan berbaju kemeja ( jika berlengan panjang, lengan baju itu bolehlah dilipatkan jika perlu ) atau kemeja sukan, kasut sukan atau kasut getah. 3.4.3 Bagi guru dan pensyarah perempuan, jenis pakaian sewaktu bertugas di bilik darjah atau lain-laian pakaian yang sesuai dengan kerja-kerja praktik tersebut dengan berkasut sukan atau berkasut getah.
4. Sewaktu bertugas di pejabat sekolah/maktab, Pejabat Pelajaran Daerah atau Bahagian / Jabatan Pelajaran Negeri / Kementerian Pelajaran bagi pegawaipegawai perkhidmatan pelajaran
4.1 Lelaki 4.1.1 Seluar panjang dan berbaju kemeja dan bertali leher atau bush jacket atau lounge suit. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam dan jika berlengan panjang, tangan baju hendaklah jangan dilipatkan. 4.1.2 Pakaian baju Melayu yang lengkap dengan samping, atau pakaian baju yang mirip dengan potongan baju Melayu dan dipakai dengan seluar panjang. 4.1.3 Pada hari Sabtu atau bekerja separuh haru, baju batik (batik buatan Malaysia) boleh dipakai, kecuali pegawai-pegawai yang dikehendaki memakai pakaian seragam.
5
4.1.4 Ksut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya. Capal hanya boleh dipakai dengan baju Melayu yang lengkap dengan samping.
4.2 Perempuan 4.2.1 Pakaian kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing dan lain-lain pakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata.
4.2.2 Selipar, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai boleh dipakai dengan pakaian yang ditetapkan. 4.2.3 Kasut sukan, jean, slack, seluar pendek dan apa-apa pakaian yang menutup muka atau yang menjolok mata tidak boleh dipakai.
5. Pakaian seragam kakitangan sekolah/maktab/pejabat yang dibekalkan dengan pakaian seragam hendaklah memakai pakaian tersebut sewaktu bekerja.
6. Pakaian batik di sekolah / maktab ( lelaki ) Baju batik boleh dipakai pada bila-bila masa kecuali sewaktu mengajar secara rasmi di
bilik
darjah
/
kuliah
atau
di
luar
bilik
darjah/kuliah
pada
hari-hari
persekolahan/kuliah.
7. Sewaktu menghadiri bengkel dan lain-lain majlis rasmi peringkat daerah/negeri dan kementerian seperti yang dinyatakan dalam para 3.1.1 dan 4.1 (bagi lelaki) atau para 3.1.2 dan 4.2 (bagi perempuan) jika tiada peraturan pakaian khas ditetapkan,
8. Pakaian semasa menghadiri upacara rasmi ( seperti yang dipetik daripada para 3, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 tahun 1965 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam ) 6
8.1 Pakaian rasmi (formal) untuk lelaki Seorang pegawai awam yang berhak memakai uniform ataupun dikehendaki memakai uniform yang khasm hendaklah memakai uniform tersebut apabila menghadiri upacara-upacara rasmi. Peraturan-peraturan pakaian seperti yang telah ditetapkan melalui edaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA SULIT.2578/Pt.1/35 bertarikh 8hb Jun 1970 di Lampiran A mengenai pakaian seragam pegawai-pegawai tadbir dan profesional dalam Kumpulan Pengurusan dan Ikhtisas, seperti dipinda oleh Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 8 Tahun 1975, hendaklah dipatuhi pada masa menghadiri istiadat-istiadat rasmi yang menetapkan dif-dif jemputan memakai pakaian seragam, serta pakaian rasmi kebangsaan. Sekiranya pegawai itu tidak mempunyai uniform maka lounge suit bolehlah dipakai, kecuali jika peraturan khas ditetapkan.
8.2 Pakaian untuk upacara separuh rasmi (lelaki) Untuk
upacara-upacara
separuh
rasmi
seperti
menghadiri
upacara-upacara
pembukaan seminar, adalah diputuskan bahawa bagi peringkat kebangsaan, di mana tidak ada perwakilan dari luar negara, maka pakaian sewaktu bertugas di pejabat seperti yang ditetapkan dalam pekeliling ini hendaklah dipakai. Untuk upacara-upacara peringkat antarabangsa, maka pakaian lounge suit hendaklah dipakai.
9. Dengan surat pekeliling ini, para 3 Surat Pekeliling Profesional Kementerian Pelajaran Bil.11/68 bertarikh 25 September 1968; Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Bil.13/69 bertarikh 26 Disember, 1969, para 4.3 dan 4.4 dalam surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1979 bertarikh 2 Mei,1979: dan surat siaran KP)BS)8591/Jilid 11/(14) bertarikh 2 Julai 1983 adalah dimansuhkan.
10. Adalah diharapkan tuam memaklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua pegawai dan kakitangan perkhidmatan pelajaran di semua sekolah, maktab, politeknik, Pejabat Pelajaran Daerah atau Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Bahagian di Kementerian Pelajaran. 7
ETIKA PEMAKAIAN RASMI KAKITANGAN PENJAWAT AWAM Pegawai tertakluk kepada etika berpakaian yang dijelaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1985. Selain keperluan berpakaian seragam dan rasmi bagi perkhidmatan tertentu, pakaian pada waktu bekerja untuk pegawai lelaki dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi serta KumpulanPengurusan dan Profesional adalah : 1.0 Pakaian yang ditetapkan semasa bekerja atau menghadiri majlis rasmi
1.1 Pakaian Lelaki 1.1.1 Pegawai-pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan I, ‘lounge suite’ atau ‘bush jacket’ buatan dari kain yang sesuai, atau seluar panjang dengan baju kemeja berlengan panjang serta bertali leher.
1.1.2 Pegawai-pegawai dari Kumpulan Sokongan II, seluar panjang dengan baju kemeja dengan warna yang sesuai; baju hendaklah dimasukkan ke dalam.
1.1.3 Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya. Capal hanya boleh dipakai sekiranya majlis mensyaratkan pegawai memakai Baju Melayu lengkap dengan bersamping. 1.1.4 Seluar ‘jeans’ atau seluar pendek tidak boleh dipakai semasa bekerja. 1.1.5 Selipar, kasut getah dan kasut sukan juga t idak boleh dipakai semasa bekerja.
1.2 Pakaian Wanita 1.2.1 Pakaian kebangsaan iaitu baju kurung atau kebaya atau pakaian tradisional kaum masing-masing. 1.2.2 Pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, termasuk Penolong Pengarah, Penyelia, Pengetua dan Guru Besar hendaklah memakai ‘lounge suite’ atau ‘blazer’ semasa menghadiri program rasmi anjuran Jabatan. 8
1.2.3 Seluar ‘jeans’, ‘slacks’, seluar pendek dan apa-apa pakaian yang menutup muka tidak boleh dipakai semasa bekerja. 1.2.4 Pegawai wanita tidak dibenarkan memakai pakaian yang ketat serta menjolok mata. 1.2.5 Memakai kasut bertutup, selipar, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai. 1.2.6 Kasut sukan tidak boleh dipakai semasa bekerja.
2.0 Pakaian Batik (Lelaki dan Wanita) Pegawai-pegawai hendaklah memakai baju batik buatan Malaysia pada setiap hari Khamis atau di dalam majlis rasmi yang mensyaratkan pemakaian baju batik.
2.1 Pakaian Seragam (Lelaki dan Wanita) 2.1.1 Pegawai-pegawai yang disyaratkan memakai pakaian seragam dan dibekalkan pakaian
berkenaan
hendaklah
sentiasa
memakainya
semasa
bekerja.
2.2 Pakaian Lain 2.2.1 Pegawai dibenarkan memakai pakaian lain seperti pakaian sukan atau kasual sekiranya tugas-tugasnya memerlukan pakaian sedemikian atau disyaratkan oleh penganjur majlis rasmi.
2.3 Fesyen Pakaian Alternatif Pegawai Lelaki 2.3.1 Baju kemeja atau baju batik Malaysia berlengan panjang: (a) berkolar baju Melayu cekak musang berbutang tiga atau lima
9
(b) berkolar Nehru berbutang terselindung, atau (c) berkolar Mandarin berbutang tiga (butang hadapan atau terselindung).
2.4 Pemakaian Tanda Nama Tanda nama diwajibkan dipakai setiap masa pada hari bekerja atau semasa menghadiri program-program rasmi kerajaan.
10
ETIKA PEMAKAIAN RASMI DI ISTANA 1. PAKAIAN RASMI Apabila pakaian rasmi dikehendaki dipakai, maka cara pakaian itu ialah seperti berikut:
:
(a) Waktu Siang (i)
Pakaian Kebangsaan Rasmi : Baju Melayu hitam cekak musang, berseluar
hitam, bersamping hitam benang emas, bertanjak, berbengkung, berkeris, bersetokin hitam dan berkasut kulit hitam. (ii)
Pakaian Rasmi Yang di-Pertuan Dewan Negara dan Yang di-Pertuan Dewan
Rakyat, Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan Menteri. (iii)
Pakaian-pakaian Rasmi Darjah Kebesaran bagi DMN, SMN, SSM, PMN, PSM,
PJN dan PSD. (iv)
Pakaian Seragam (Uniform) Angkatan Tentera, Polis DiRaja Malaysia,
Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan dan Pegawai-pegawai Perkhidmatan yang mempunyai Pakaian Seragam (Istiadat) atau pakaian Rasmi secara Barat. (v)
Pakaian Pagi (Morning Suit) atau Sut Barat berwarna gelap (Dark Lounge Suit)
dengan
baju
kemeja
putih
berkolar
dan
INGATAN
kasut
kulit
warna
hitam.
:
Jika dipakai Darjah Lencana Leher bersama-sama dengan Sut Barat Rasmi (Morning Suit) atau Sut Barat biasa (Lounge Suit), tali Iehernya hendaklah jenis bowtie.
(b) Waktu Malam (i)
Pakaian Kebangsaan Rasmi seperti perenggan (a) (i) di atas berwarna hitam.
(ii)
Mess Kit untuk Majlis Rasmi Malam bagi perenggan (a) (ii), (iii) dan (iv) di atas, atau Pakaian Petang Rasmi secara barat. 11
(iii)
Tail Coat hitam, Waist-Coat (Rompi) putih, kemeja putih berkanji di sebelah hadapan Wing Collar, Bow-Tie putih, seluar hitam, setokin hitam dan kasut kulit hitam atau
(iv)
Shell Jacket putih, kameja putih berkanji di sebelah hadapan, Wing Collar, Bow Tie hitam, rompi putih, bengkung hitam, setokin hitam dan kasut hitam.
INGATAN : Darjah-darjah Kebesaran, Bintang-bintang dan Pingat-pingat hendaklah dipakai apabila Pakaian Rasmi dikehendaki dipakai (lihat perenggan 3 di bawah).
2. PAKAIAN KEBANGSAAN Apabila Pakaian Kebangsaan dikehendaki dipakai, maka cara pakaian orang lelaki adalah songkok hitam, baju dan seluar Melayu hitam bersamping benang emas atau perak, setokin dan kasut hitam ataupun Pakaian Kebangsaan untuk warga negara asing.
3. DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT Darjah-darjah Kebesaran, Bintang-bintang dan Pingat-pingat apabila dikehendaki dipakai hendaklah dipakai dengan pakaian-pakaian seperti berikut : (a)
Pakaian Rasmi Jawatan, Pakaian Rasmi Darjah, Pakaian Seragam Angkatan Tentera dan Polis Diraja atau Pakaian Seragam lain-lain perkhidmatan, mengikut Peraturan Pakaian Perkhidmatan¬perkhidmatan yang berkenaan.
(b)
Pakaian Kebangsaan Rasmi. Dengan
Pakaian
Kebangsaan
Rasmi,
penyandang
Darjah-darjah
Kebesaran, Bintang-bintang dan Pingat-pingat hendaklah memakainya seperti berikut : 12
(i)
Tidak lebih daripada tiga Bintang Darjah Kebesaran;
(ii)
Tidak lebih daripada tiga Darjah Lencana Leher;
(iii)
Pingat-pingat Besar yang bersusun pada sebaris pada waktu siang dan Pingat-pingat kecil yang bersusun sebaris di waktu malam.
INGATAN
:
Dalam susunan pingat-pingat itu, panjang bingkasnya (bar) itu tidaklah boleh lebih daripada lipatan baju di tengah-tengah dada ataupun lebih daripada jahitan baju sebelah bahu. Jika mustahak, reben kepada Pingat-pingat itu boleh disusun berlapislapis
(c)
Pakaian Rasmi Waktu Malam
Darjah Kebesaran, Bintang-bintang dan Pingat-pingat bolehlah dipakai dengan Pakaian Rasmi Waktu Malam seperti yang dinyatakan dalam perenggan 1(b). (i)
Tidak lebih daripada tiga Bintang Darjah-darjah Kebesaran;
(ii)
Satu sahaja Darjah Lencana Leher;
(iii)
Pingat-pingat Kecil yang bergantung daripada satu bingkas (bar) pada baju di sebelah kiri dada. Panjangnya bingkas itu tidaklah boleh lebih daripada kelepak baju (lapel) ataupun lebih daripada jahitan lengan baju di kepala bahu sebelah kiri.
INGATAN : Darjah Kebesaran, Bintang-bintang dan Pingat-pingat sama ada yang besar atau yang
kecil
(miniature)
tidaklah
boleh
13
dipakai
dengan
Dinner
Jacket.
(d) Pakaian-pakaian yang lain yang boleh dipakai Darjah-darjah Kebesaran, Bintang-bintang dan dan Pingat-pingat dengannya. Seperti yang dinyatakan dalam perenggan 1(a) apabila dikehendaki. Darjah-darjah Kebesaran, Bintang-bintang dan Pingat-pingat bolehlah dipakai dengan Lounge Suit di Istiadat-istiadat Rasmi pada waktu siang oleh mereka yang tiada pakaian uniform ataupun Pakaian Kebangsaan Rasmi yang lengkap. Apabila Darjah-darjah Kebesaran, Bintang-bintang dan Pingat-pingat di pakai dengan Sut Barat (Lounge Suit) bolehlah dipakai sebagai berikut: (i)
Tidak lebih daripada satu Bintang Darjah Kebesaran;
(ii)
Tidak lebih daripada satu Darjah Lencana Leher;
(iii)
Pingat besar yang bergantung daripada satu bingkas (bar) sahaja.
INGATAN : Jika dipakai darjah Lencana Leher dengan Lounge Suit, tali lehernya hendaklah Bow-tie
(e)
Lain-lain Istiadat waktu mana Darjah-darjah Kebesaran, Bintang-bintang
dan Pingat-pingat boleh dipakai. Darjah-darjah Kebesaran, Bintang-bintang dan Pingat-pingat bolehlah dipakai oleh ahli-ahli Persatuan Bekas Perajurit pada Istiadat-istiadat yang dikelolakan oleh Persatuan-persatuan mereka misalnya pada Istiadat-istiadat Hari Peringatan. Selain daripada itu, Darjah-darjah Kebesaran, Bintang-bintang dan Pingat-pingat bolehlah dipakai oleh Bekas-bekas Perajurit yang mengambil bahagian dalam Istiadat-istiadat
dan
Perbarisan-perbarisan
Persekutuan.
Pada
Istiadat
atau
Perbarisan-perbarisan Persekutuan itu, mereka yang memakai Lounge Suit belehlah memakai Darjah-darjah Kebesaran, Bintang¬bintang dan Pingat-pingat seperti yang dinyatakan dalam perenggan 3(d) di atas. Mereka yang memakai Pakaian Kebangsaan (iaitu bukan Pakaian Kebangsaan Rasmi), bolehlah memakai Darjah-
14
darjah
(f)
Kebesaran,
Bintang-bintang
dan
Pingat-pingat
seperti
berikut
(i)
Tidak boleh lebih daripada satu Bintang Darjah Kebesaran;
(ii)
Tidak boleh lebih daripada satu Darjah Lencana Leher;
(iii)
Pingat-pingat Besar yang bergantung daripada satu bingkas (bar).
:
Selempang
Bagi Darjah Kerabat Diraja Malaysia dan Darjah Utama Seri Mahkota Negara, hendaklah disangkut pada bahu kiri dan diselempangkan ke pinggang sebelah kanan. Selempang bagi lain-lain Darjah Kebesaran disangkut pada bahu kanan dan diselempangkan ke pinggang sebelah kiri.
Apabila dipakaikan dengan Pakaian Rasmi Jawatan, Pakaian Rasmi Darjah atau Pakaian seragam (uniform) selempangnya hendaklah disusupkan di bawah epolet. Jika dipakai dengan Pakaian Kebangsaan Rasmi, selempang hendaklah dipakai tersusup di bawah bengkung. Jika dipakai dengan Pakaian Rasmi Waktu Malam, Selempang hendaklah dipakai dari bawah ketiak dan diselempangkan ke pinggang Coat atau Mess Kit.
(g)
Kalung
Kalung Darjah Kebesaran bolehlah dipakai pada Hari-hari Kalung (Collar Days) bagi Darjah Kebesaran itu. Apabila memakai Kalung, Selempang bagi Darjah itu tidaklah boleh dipakai. Hari-hari Kalung bagi Darjah-darjah Persekutuan — Darjah Utama Seri Mahkota Negara dan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara adalah seperti berikut : (i)
Hari Mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang-bintang dan Pingatpingat bagi Darjah itu;
(ii)
Pada Hari Pembukaan Parlimen atau Majlis Undangan Negeri;
15
(iii)
Majlis Istiadat Menghadap apabila ditentukan oleh Jabatan Perdana Menteri;
(iv)
Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Sultan bagi sesuatu Negeri.
(h) (i) (a)
Peringatan cara memakai Darjah waktu malam : Selempang Dengan Pakaian Kebangsaan, selempang hendaklah dipakai di sebelah atas
baju daripada bahu kepada rusuk yang sebelah lagi sebagai yang dinyatakan dalam undang-undang (statute). (b)
Dengan Pakaian Waktu Malam atau Pakaian Uniform, selempang hendaklah
dipakai sebelah dalam baju coat atau jacket tetapi di atas rompi (waist coat) daripada bawah ketiak sehingga kepada rusuk yang sebelah lagi. (ii)
Bintang-bintang
Bintang-bintang bolehlah dipakai di sebelah kiri pada sebelah bawah pingat-pingat keci (miniatures). Jika dipakai jua, hendaklah diaturkan yang kanan di sebelah atas dan yan satu lagi di sebelah bawahnya. Jika dipakai tiga, hendaklah diaturkan tiga segi, yen kanan sekali di sebelah atas dan yang dua lagi bersaing-saing di sebelah bawah sam tinggi. (iii)
Darjah Lencana Leher
Darjah Lencana Leher hendaklah dipakai di leher tergantung pada reben yang pendek lebih kurang satu inci di sebelah bawah kolar (apabila memakai Pakaian Kebangsaan) atau inci di sebelah bawah bow (jika memakai pakaian waktu malam atau pakaian uniform). Jika memakai Pakaian Kebangsaan, bolehlah dipakai sehingga tiga Darjah Lencana Leher, diatur bersusun ke bawah mengikut susunan kanannya, digantungkan pada reben yang pendek daripada lubang butang baju.
16
(iv)
Kalung
Kalung bagi Darjah-darjah Kebesaran hendaklah dipakai pada masa-masa yang ditentukan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengikut Undangundangnya (sila perenggan (g)). (v) Jika memakai Dinner Jacket, Darjah-darjah Kebesaran, Bintang-bintang dan Pingat-pingd1 sama ada yang besar atau yang kecil, tidaklah boleh dipakai.
17
LAMPIRAN ETIKA PEMAKAIAN
18
SUIT LELAKI
SUIT PEREMPUAN
19
BAJU KERJA LELAKI
BAJU KERJA PEREMPUAN
20
BAJU BATIK
B A J U K O R P R A T
21
PAKAIAN TRADISIONAL
22
Gambar Berpakaian Rasmi Menunjukkan Cara-Cara Memakai Darjah-Darjah Kebesaran Dan Pingat-Pingat (kecuali Darjah Kebesaran D.K.P. dan D.K.)
PAKAIAN MAJLIS RASMI HARI SIANG
Cara Memakai Kalung dan Selepang dengan Pakaian Rasmi Kebangsaan: Kalung dipakai terletak di atas kedua bahu
tergantung
disebelah Darjah
di
belakang
tergantung
atas
dada
dengan di
dan
Lencana
tengah-tengah
dada. Selepang disangkut di bahu kanan diselepangkan
menyusup
bengkong
pinggang
ke
di
bawah
kiri
dengan
Lencana Darjah tersangkut di bawah ikatan reben terletak tepat pada jalur seluar, manakala Bintang disematkan di tengah poket atas baju atau bertempat seakan-akannya. Pingat digantung pada pitanya
dan
disematkan
pada
dada
sebelah kiri. Pakaian
lengkap
berbengkong berkeris
dan
(Warna
bersampin,
bertengkolok pakaian
serta
mengikut
sepertimana yang ditentukan di dalam Kad Jemputan) 23
Cara Memakai Selepang tanpa Kalung dengan Pakaian Rasmi Kebangsaan: Selepang disangkut di bahu kanan dan diselepangkan
menyusup
bengkong
pinggang
ke
di
bawah
kiri
dengan
Lencana Darjah tersangkut di bawah ikatan reben dengan Lencana terletak tepat
pada
jalur
seluar;
manakala
Bintang disematkan di tengah poket atas baju atau bertempat seakan-akannya. Lencana Leher (Neck Order) hendaklah digantung kepada pita pendek terletak betul-betul di bawah butang kedua (dikira dari atas). Pakaian
lengkap
berbengkong berkeris
dan
(Warna
bersampin,
bertengkolok pakaian
serta
mengikut
sepertimana yang ditentukan di dalam Kad Jemputan)
24
Cara
Memakai
Kalung
dan
Selepang dengan Pakaian No.1 (Number One Dress): Kalung
dipakai
terletak
di
atas
kedua bahu disusup di bawah epolet tergantung sama tinggi di atas dada dan
disebelah
Lencana
belakang
Darjah
tengah-tengah disangkut
tergantung dada.
di
dengan
bahu
di
Selepang
kanan
juga
disusupkan di bawah epolet dan kalung
dan
pinggang
diselepangkan
kiri
dengan
ke
Lencana
Darjah tersangkut di bawah ikatan reben
tepat
manakala tengah
pada
Bintang
poket
bertempat
jalur
seluar;
disematkan
atas
di
baju
atau
seakan-akannya
atau
sepertimana tertera dalam gambar. Anak Bintang (miniature) digantung pada
pita
dan
disematkan
pada
dada sebelah kiri. Pakaian
Rasmi
No.1
lengkap
dengan Epolet dan Georget
25
Cara Memakai Selepang tanpa Kalung Dengan Pakaian No.1 (Number One Dress): Selepang disusupkan
disangkut di
di
bawah
bahu epolet
kanan dan
diselempangkan ke pinggang kiri dengan Lencana Darjah tersangkut di bawah ikatan reben tepat pada jalur seluar; manakala Bintang disematkan di tengah poket atas baju atau bertempat seakanakannya atau sepertimana tertera dalam gambar. Lencana Leher (neck Order) digantung pada pita pendek terletak betul-betul
di
bawah
Georget.
Anak
Bintang (miniature) digantung pada pita dan disematkan pada dada sebelah kiri.
Pakaian Rasmi No.1 lengkap dengan Epolet dan Georget
26
PAKAIAN MAJLIS RASMI MALAM
Cara
Memakai
Selepang
dengan
Pakaian rasmi Kebangsaan: Selepang menyusup
disangkut di
di
bawah
bahu
kanan
bengkong
dan
diselepangkan ke pinggang kiri dengan Lencana Darjah tersangkut di bawah ikatan reben tepat pada jalur seluar; manakala Bintang disematkan di tengah poket atas baju atau bertempat seakanakannya atau sepertimana tertera dalam gambar.
Anak
Bintang
(miniature)
digantung pada pita dan disematkan pada
dada
Pakaian
berwarna
bersampin,
sebelah
hitam
kiri.
lengkap
berbengkong
dan
bertengkolok.
27
Cara Memakai Selepang dengan Mess Kit: Selepang disangkut di bahu kanan di bawah Mess Kit dan diselepangkan ke pinggang kiri atas bengkong dengan Lencana Darjah tersangkut di bawah ikatan reben terletak tepat pada jalur seluar; manakala Bintang disematkan di sebelah kiri dada lebih kurang di atas rusok.
Lencana
Leher
(Neck
Order)
hendaklah digantung pada pita pendek tergantung di bawah "Bow Tie". Anak Bintang (miniature) digantung pada pita dan disematkan di dada sebelah kiri. PERHATIAN: Epolet dan Bengkong serta Crest yang dipakai di dalam gambar ialah Epolet dan Bengkong PTD dan Federal Crest
dan
perlu
diselaraskan.
Pakaian Mess Kit lengkap dengan Epolet dan Bow Tie serta Bengkong (Baju dalam
(inner
shirt)
hendaklah
baju
kemeja lengan panjang berwarna putih)
28
REFLEKSI
29
PENUTUP
Meskipun pada hakikatnya kita dilahirkan di dunia ini dalam rupa, situasi, dan tempat yang berbeza-beza, tapi tentu saja dalam hati kita mempunyai keinginan untuk menjadi orang yang berguna bagi bangsa,masyarakat keluarga,teman dan lain-lain. Hal itu tidak terlepas dari nilai etika dalam diri kita. Terutama etika berpakaian . Jadi,dimanapun kita berada harus memerhatikan penampilan kita atau cara berpakaian kita. Oleh kerana itu sangat penting untuk kita mempelajari etika berpakaian kerana penampilan kita mencerminkan kepribadian kita.
30