CONTOH SURAT KEPADA BALAI POLIS TERDEKAT UNTUK LANGKAH KESELAMATAN SEPANJANG PROGRAM BERLANGSUNG.
digunakan untuk sukaneka
Deskripsi lengkap
hhFull description
Full description
contoh panduan untuk membuat surat makluman kepada pihak berkuasa tentang aktiviti yang dilakukan dikawasan dijagai.Full description
Historia de GreciaDescripción completa
Full description
lhv;bFull description
Etika
Full description
KEUNIKAN PAKAIAN ADATDeskripsi lengkap
Full description
PANDUAN PEMAKAIAN UNIFORM KADET POLIS PAKAIAN SERAGAM DAN LENCANA – LENCANA KOR KADET POLIS DIRAJA MALAYSIA
1.BAJU RASMI. Anggota Kadet Kadet Lelaki Lelaki : Baju kemeja potongan polis polis berlengan berlengan pendek. Anggota Kadet Perempuan : Baju “ bush jacket ” berlengan panjang. Sarjan Mejar ke atas boleh memilih untuk memakai “ bush jacket ”. Pegawai Kanan Lelaki : Baju “ bush jacket ” berlengan pendek. Pegawai Kanan Perempuan : Baju “ bush jacket ” berlengan panjang. Warna : Biru gelap ( Blueblack ).
2.BAJU OPERASI. Semua anggota kadet tidak dibenarkan memakai baju operasi kecuali Pegawai Kanan KKP sahaja. Potongan baju mengikut potongan PDRM ( Semua lencana dan pangkat mestilah bersulam ). Tanda nama bersulam di sebelah kanan dan perkataan “ KKPDRM” di sebelah kiri.
3.SELUAR. Seluar panjang berpotongan lurus ( Straight Cut ) tanpa plet di bahagian hadapan. Warna : Biru gelap ( Blueblack ).
4.BERET. Bewarna biru gelap ( Blue black ).
5.LENCANA BERET. Lencana besi berlogo Polis dan berpelapik biru muda ( turquoise ) bagi semua anggota kadet. Lencana sulam berlogo Polis dan berpelapik biru muda ( turquoise ) bagi semua Pegawai Kadet.
6.LENCANA BAHU ( Shoulder Title ). Lencana bahu kain bersulam “ KADET POLIS ” hendaklah dipakai 3cm di bawah lidah bahu di kanan dan kiri . Lencana besi TIDAK dibenarkan sama sekali.
7.TALI PINGGANG Tali pinggang nilon lebar 3cm bewarna biru gelap. Kepala tali pinggang berlogo PDRM. Tali pinggang putih ( detachment ) hanya dibenarkan untuk pertandingan kawat dan kawalan sahaja.
8.BUTANG BAJU Butang plastik sedang bewarna sama dengan baju bagi APR / anggota kadet. Butang besi TIDAK dibenarkan sama sekali. Butang logam hanya dipakai oleh Pegawai Kanan Kadet sahaja.
9.LENCANA KOLAR ( Collar Badges ). Dipakai di hujung kolar baju di kanan dan kiri bagi semua pegawai dan anggota kadet.
10.WISEL & RANTAI Rantai logam sepanjang 7 inci bersambung wisel logam berbentuk sama dengan wisel polis. Dipakai oleh semua pegawai dan anggota kadet.
11.TANDA NAMA Tanda nama latar bewarna hitam dengan tulisan b ewarna putih berukuran 2 cm X 7 cm hendaklah dipakai di atas poket sebelah kanan baju.
12.LENCANA INTEGRITI Hanya Pegawai Kanan Kadet sahaja dibenarkan memakainya. APR / anggota kadet TIDAK dibenarkan memakainya sama sekali.
13.REBEN Hanya Pegawai Kanan Kadet sahaja dibenarkan memakai reben PPA kecuali APR / anggota kadet yang telah dianugerahkan reben apabila lulus ujian tahap I , II , III dan VI . Dipakai di atas poket sebelah kiri baju.
14.LENCANA POKET KHIDMAT MESRA Hanya Pegawai Kanan Kadet sahaja dibenarkan memakainya. APR / anggota kadet TIDAK dibenarkan memakainya sama sekali.
15.LENCANA SEKOLAH Hendaklah dipakai di tengah-tengah poket sebelah kiri baju menggantikan lencana poket khidmat mesra.
16.APULET Hanya dipakai oleh Pegawai Kanan berpangkat S.I dan ke atas bewarna biru / hitam.
17.SARUNG KAKI Sarung kaki nilon berwarna hitam sepenuhnya.
18.KASUT Kasut potong kulit / PVC bertali bewarna hitam dan bertumit. Boots berladam hanya dipakai untuk aktiviti kawat sahaja.
19.TALI LEHER Tali leher PDRM hendaklah dipakai dalam majlis rasmi oleh Pegawai Kanan Kadet sahaja. Pemakaiannya sebagaimana yang telah ditetapkan.