Esquema de Ordenamiento Territorial del municipio de Gómez Plata
Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT)
Apabila Apabila sesuatu sesuatu projek projek itu dirasaka dirasakan n mengala mengalami mi kelewata kelewatan n dan mempun mempunyai yai alasan alasan diberi Lanjutan Masa. Maka Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa atau Extension Of Time (EOT) boleh dikeluarkan kepada pihak kontraktor sekiranya ia didapati layak untuk memperolehinya.
Hampir semua jenis kontrak yang berkaitan kontrak pembinaan seperti Borang PAM atau Borang JKR 203 atau atau JKR D&B mengandun mengandungi gi peruntuk peruntukan an untuk untuk pengel pengeluara uaran n Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT) kepada pihak kontraktor.
Di dalam Borang JKR 203 versi 2007, klausa peruntukan Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT) ialah pada Klausa 43. Antara alasan-alasan yang dibenarkan untuk kelulusan pengeluaran EOT adalah seperti berikut:
•
Force Majuare
•
Keadaan cuaca buruk lebih dari keadaan biasa
•
Pertelingkahan antara 2 pemilik tanah berjian
•
Pengeluaran Arahan Perubahan Kerja (VO) oleh klien
•
Kelewatan kontraktor menerima tapak bina daripada klien
•
Kelewatan artis tradesman yang dilantik oleh klien
•
Berlaku rusuhan atau mogok yang memberi kesan kepada pelaksanaan kerja di tapak
•
Kelewatan perlantikan Sub Kontraktor Dinamakan (NSC)
Kesan Kesan daripad daripada a pengelu pengeluaran aran sijil sijil Perakuan Perakuan Kelamba Kelambatan tan Dan Lanjuta Lanjutan n Masa (EOT) (EOT) adalah seperti berikut:
•
Tempoh penyiapan asal akan berubah ke tempoh masa yang baru
•
Kontraktor tidak boleh dikenakan Denda LAD
•
Kontraktor perlu melanjutkan tempoh liputan untuk polisi insuran dan jaminan bank pada bon pelaksanaan atau bayaran pendahuluan (sekiranya perlu)
•
Kontraktor diminta untuk mengemukakan program kerja (work programme) yang baru
Sijil Perakuan Tak Siap Kerja @ Certificate Non Completion (CNC)
Sijil Perakuan Tak Siap Kerja atau Certificate Non Completion (CNC) ialah sijil perakuan yang dikeluarkan oleh pihak majikan atau klien kepada pihak kontraktor apabila ia didapati tidak layak untuk diperakukan bagi pengeluaran Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT).
Kesan daripada pengeluaran Sijil Perakuan Tak Siap Kerja (CNC), pihak kontraktor akan dikenakan Denda Ganti Rugi Ditetapkan (LAD) seperti yang terkandung di dalam borang kontrak sehinggalah kerja itu siap.
Walaubagaimanapun, sekiranya selepas Sijil Perakuan Tak Siap Kerja (CNC) dikeluarkan, dan didapati prestasi kerja kontraktor masih tidak memuaskan, pihak klien mempunyai hak untuk menamatkan kerja kontraktor.
Kontraktor adalah tidak dibenarkan untuk dikenakan denda LAD ketika pembayaran interim sehinggalah Perakuan Sijil Tak Siap Kerja (CNC) dikeluarkan dan ditandatangani oleh pihak Pegawai Penguasa (SO) atau Pengarah Projek (PD)
Pendudukan separa @ Certificate of Partial Occupation
1. Sebelum penyiapan praktikal bagi keseluruhan kerja, kerajaan boleh dan dengan persetujuan kontraktor mengambil milik dan menduduki mana–mana bahagian kerja yang telah siap.
2. Perkara-perkara berikut boleh di gunakan sekiranya terdapat mana–mana bahagian kerja yang telah di ambil milik dan di duduki oleh kerajaan sebelum penyiapan keseluruhan kerja.
a. Satu perakuan pendudukan separa, borang JKR 203 W/82 hendaklah di keluarkan dalam masa 7 hari dari tarikh pemilikan dan pendudukan sebahagian kerja tersebut.
Perakuan tersebut hendaklah menyatakan nilai anggaran bagi bahagian kerja yang diambil milik dan di duduki.
b. Tempoh liabilti kecacatan bagi bahagian kerja yang di ambil milik dan di duduki hendaklah bermula dari tarikh kerajaan mengambil milik dan menduduki bahagian kerja tersebut.
c. Ganti rugi tertentu dan di tetapkan yang di nyatakan di dalam kontrak akan di kurangkan mengikut kadar jumlah nilai bahagian yang di ambil milik dan di duduki berbanding dengan jumlah harga kontrak.
d. Peruntukan kontrak mengenai insurans dan pelepasan pelaksanaan adalah tidak berubah.
Sijil Perakuan Siap Kerja @ Certificate Practical Completion (CPC)
Apabila sesuatu projek yang sedang dilaksanakan itu telah siap atau telah mencapai keperluan untuk bangunan tersebut berfungsi serta pihak Pegawai Penguasa (SO) telah berpuas hati. Pihak Pegawai Penguasa (SO) tersebut boleh memperakukan kepada pihak kontraktor untuk pengeluaran Sijil Perakuan Siap Kerja atau Certificate Practical Completion (CPC).
Peruntukan klausa di dalam borang kontrak atau Conditions Of Contract yang berkaitan dengan Perakuan Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) adalah seperti berikut:
a) Klausa 39- Borang JKR 203A versi 10/83 b) Klausa 41- Borang Kontrak Design And Build (PWD Form DB/T) version 2002
Kesan daripada pengeluaran Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) adalah seperti berikut:
•
Tempoh Liabiliti Kecacatan (DLP) bermula iaitu selama 1 tahun untuk kontrak konvensional dan selama 2 tahun untuk kontrak secara design and build
•
Kontraktor layak dipertimbangkan pengeluaran Bon Pelaksanaan samaada menggunakan kaedah Jaminan Bank atau Wang Jaminan Pelaksanaan dengan 50% atau 2.5% daripada nilai asal bon pelaksanaan.
•
Sekiranya pihak kontraktor tersebut dikenakan denda LAD atas kegagalan menyiapkan kerja dalam tempoh yang dibenarkan atau kegagalan untuk memperolehi Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT), perlaksanaan keatas denda tersebut automatik ditamatkan sehingga tarikh CPC dikeluarkan.
Sijil perakuan membaiki Kecacatan @ Certificate of Making Good Defects
1. Kontraktor hendaklah memperbaiki kecacatan, kekecutan dan kerosakan lain yang mungkin kelihatan pada kerja dalam tempoh tanggungan (liability) kecacatan yang di sebabkan oleh bahan atau mutu kerja yang tidak menepati kontrak dengan perbelanjaan sendiri.
2. Prosedur–prosedur yang perlu di ikuti mengenai kecacatan kerja adalah seperti berikut:-
a. Jabatan atau kementerian pelanggan hendaklah di nasihatkan supaya melaporkan dengan kadar segera apa-apa kecacatan yang kelihatan dalam tempoh tanggungan (liability) kecacatan
b. Setelah menerima laporan mengenai sebarang kecacatan dari jabatan atau kementerian pelanggan, kontraktor hendaklah diarahkan memperbaiki kecacatan tersebut. Kontraktor akan di beri tempoh masa yang munasabah untuk berbuat demikian.
c. Pada tarikh tamat tempoh liability kecacatan, satu pemeriksaan bersama ke atas kerja (oleh kontraktor, P.P, jabatan kementerian pelanggan dan pihak lain yang terlibat) hendaklah diadakan.
•
Sekiranya hasil daripada pemeriksaan bersama tersebut menunjukkan tiada lagi kecacatan, perakuan siap membaiki kecacatan iaitu borang JKR 203 Y/82 akan dikeluarkan.
•
Sekiranya terdapat kecacatan lagi, satu jadual kecacatan yang telah di kenalpasti hendaklah di sediakan dan di serahkan kepada kontraktor dalam tempoh masa 14 hari dari tarikh tamat tempoh liability kecacatan.
•
Kontraktor hendaklah membaiki kecacatan tersebut dalam tempoh masa yang berpatutan tetapi tidak lewat daripada tiga bulan dari tarikh penerimaan jadual kecacatan tersebut.
d. Sekiranya kontraktor gagal membaiki kecacatan dalam tempoh masa yang di tetapkan, tindakan segera untuk membaiki kecacatan tersebut hendaklah di ambil dengan cara lain. Kos perbelanjaan yang terlibat di dalam membaiki kecacatan tersebut hendaklah di dapatkan kembali daripada kontraktor dengan cara potongan atau tuntutan daripada bon pelaksanaan atau sebagai suatu wang tuntutan tertentu.
3. Salinan asal Perakuan Siap Membaiki Kecacatan hendaklah di keluarkan kepada kontraktor. Salinan–salinanya hendaklah juga di edarkan kepada semua pihak sepertimana yang tersenarai di dalam perakuan tersebut.
4. Pengeluaran Perakuan Siap Membaiki Kecacatan menandakan tamatnya obligasi kontraktor di bawah kontrak. Liabiliti bank atau syarikat insurans yang menjadi penggerenti bon pelaksanaan hendaklah juga di lepaskan.