Memperkenalkan Dutch Lady
Sejak turun temurun kami di Dutch Lady Milk Industries Industries mempunyai komitmen komitmen untuk membekalkan produk tenusu dan produk pemakanan bayi yang berkualiti tinggi ke seluruh negara. Kini Dutch Lady adalah antara tiga pengilang produk tenusu yang terunggul di Malaysia. Generasi demi generasi di Malaysia telah membesar dengan produk-produk tenusu Dutch Lady. Masihkah anda ingat akan susu kotak Coklat Dutch Lady UHT yang sering dibawa ke sekolah untuk waktu rehat? Pengguna muda bagi generasi baru hari ini mempunyai banyak pilihan dengan adanya rangkaian produk susu yang meluas untuk keperluan tumbesaran mereka. Dutch Lady 123 dan 456 bukan sahaja diperkaya dengan DHA, tetapi juga boleh didapati dalam perisa vanila, madu dan coklat! Pada awal operasi, Dutch Lady memulakan perniagaannya sebagai pengilang susu pekat manis. Kini rangkaian produk Dutch Lady Milk Industries semakin meluas dari rumusan bayi dan susu untuk membesar sehinggalah jus buah-buahan dan yogurt. Setiap inovasi produk dalam rangkaian rumusan susu bayi dan kanak-kanak yang berkembang pesat disokong oleh kaji selidik tempatan dan antarabangsa yang terperinci. Royal FrieslandCampina, iaitu syarikat induk kami di Belanda, sentiasa melaburkan dana dalam usaha kaji selidik untuk meningkatkan pemakanan si manja anda ke tahap yang lebih tinggi. Rangkaian produk Dutch Lady bukan sahaja setakat produk popular seperti Dutch Lady UHT Milk atau Dutch Lady 123. Antara produk lain dari syarikat kami yang mungkin anda telah pun nikmati semasa waktu rehat di tempat kerja atau sebagai pencuci mulut di restauran kegemaran anda - termasuklah jus buah-buahan JOY, MooJooz dan Yogurt Rendah Lemak Dutch Lady. Produk seperti Yogurt dan Moojooz melambangkan usaha tekad kami di Dutch Lady untuk sentiasa meningkatkan rangkaian pilihan produk tenusu untuk dinikmati anda seisi keluarga. Dengan penghasilan penghasilan produk-produk produk-produk berkualiti berkualiti yang dirumuskan dirumuskan khas untuk memenuhi citarasa citarasa anda, Dutch Lady telah menjadi peneraju dan salah satu jenama produk tenusu yang paling dipercayai di seluruh pelosok negara. Sila terus membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana Dutch Lady telah berkembang bersama rakyat dan negara Malaysia sejak 50 tahun yang lalu.
Profil Syarikat
Dutch Lady Milk Industries Berhad (“Dutch Lady Malaysia”), peneraju industri tenusu berkualiti Malaysia, telah ditubuhkan pada tahun 1963. Ianya juga syarikat tenusu pertama yang disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 1968. Pemilik utamanya adalah Royal FrieslandCampina NV, suatu syarikat multinasional Belanda dan antara syarikat tenusu terbesar di dunia. Permodalan Nasional Berhad pula adalah pemegang saham kedua terbesar. Dutch Lady Malaysia mengilang serta memasarkan produk tenusu dan jus buah-buahan yang berkualiti berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan tempatan dan eksport eksport Antara Antara produk-produ produk-produk k termasukla termasuklah h
Rumusan Bayi, Susu Untuk Membesar, Susu Tepung, Susu Pekat Manis, Susu UHT, Susu Disteril, Susu Dipasteur, Susu Kultur, Yoghurt dan Minuman Jus Buah-Buahan. Syarikat juga mempunyai pengguna setia yang menyokong produk tenusu jenama Dutch Lady, Frisolac, Friso, Completa, Omela dan Joy. Syarikat percaya akan pentingnya inovasi produk yang berterusan, suatu hasrat yang disokong penuhnya oleh FrieslandCampina. Dutch Lady Malaysia juga sentiasa memperbaiki kualiti dan nutrisi produk sedia ada secara berterusan untuk memenuhi keperluan pihak pelanggan. Dutch Lady Malaysia adalah syarikat pertama di dunia yang memperkenalkan Susu Untuk Membesar yang diformulakan khas untuk kanak-kanak berumur satu hingga tiga tahun. Produk ini dipasarkan di Malaysia dengan nama Susu Untuk Membesar Dutch Lady 123 dan Susu Untuk Membesar Dutch Lady 456. Selain menyokong industri tempatan dengan penggunaan ramuan tempatan dalam penghasilan produk-produknya, Dutch Lady Malaysia juga adalah penyokong dan pembeli susu segar tempatan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Pembelian tersebut adalah hasil kolaborasi Projek Pembangunan Tenusu bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan dibantu oleh Kedutaan Belanda. Dutch Lady Malaysia amat mementingkan mutu produknya dengan memastikan penjagaan kualiti berada di tahap yang optimum. Ini terbukti dengan penganugerahan pensijilan ISO 9001 kepada premis syarikat sejak tahun 1995. Syarikat juga mengamalkan keselamatan penghasilan produk dengan aplikasi HACCP di dalam premis pembuatannya. Malah, penjagaan alam sekitar dan keselamatan pekerja turut dititikberatkan apabila dianugerahkan sijil ISO 14001 dan OHSAS 18001. Kesemua produk tenusu yang dihasilkan syarikat telah mendapat pengesahan halal oleh pihak Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM). Dutch Lady Malaysia memperoleh hasil pendapatan tahunan sebanyak RM692 juta pada tahun 2009. Syarikat ini beroperasi di Petaling Jaya dan mempunyai 600 orang pekerja. Kini, Dutch Lady Malaysia menerajui pasaran untuk produk tenusu seperti Susu UHT, Susu Steril, dan Susu Untuk Membesar. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.dutchlady.com.my Selain dairpada Dutch Lady Malaysia, FrieslandCampina mempunyai tiga syarikat lain yang beroperasi di Malaysia. Syarikat tersebut didaftarkan dengan nama FrieslandCampina Business Development Unit, CPI Sdn Bhd, yang berfungsi sebagai ibupejabat Operasi Nasional, Syarikat FrieslandCampina Service Centre Asia Pacific Sdn Bhd, yang berstatus MSC dan Syarikat FrieslandCampina Domo Asia, yang menjalankan perniagaan jualan bahan ramuan. Royal FrieslandCampina merupakan syarikat multinasional yang menghasilkan produk tenusu dan bahan ramuan yang semulajadi, bernutrisi dan bermutu tinggi. Rasa, sihat, mudah dan jujur merupakan aspek utama yang dipegang Syarikat. FrieslandCampina mencatatkan hasil pendapatan tahunan sebanyak Euro 9.5 billion pada tahun 2008. Ianya mempunyai 21,000 orang pekerja do 100 buah premis pembuatan dan pejabat jualan
di 25 buah negara. Syarikat terbahagi kepada empat organisasi dalaman iaitu Produk Pelanggan Eropah, Produk Pelanggan Antarabangsa, Keju & Mentega dan Bahan Ramuan. Variasi produk tenusu yang dihasilkan adalah seperti Susu berbentuk Tepung dan Likat, Minuman Susu, Yoghurt, Keju, Pencuci mulut, Krimer Kopi, Makanan Bayi, Mentega dan Bahan Ramuan. Berikut adalah jenama produk yang dihasilkan oleh FrieslandCampina iaitu Campina, Chocomel, Completa, Dutch Lady, Frisian Flag, Foremost, Betagen, Friesche Vlag, Fruttis, Fristi, Vifit, Landliebe, Milli, Mona, Optimel, Optiwell, Puddis, Pöttyös, Fruttis, NoyNoy, Peak, Rainbow, Yazoo, Appelsientje, DubbelFrisss, CoolBest, Debic, Frico, Milner, Buttergold, Valess, DMV, Kievit, Domo, Creamy Creation dan Nutrifeed. Syarikat mengamalkan model kerjasama dalam menjalankan perniagaannya dimana 16,000 penternak lembu tempatan adalah merupakan pemilik Syarikat dan mempunyai kepentingan di dalam Syarikat. Wawasan Kami Wawasan korporat Dutch Lady Milk Industries Berhad ialah untuk menjadi syarikat tenusu terbaik di Malaysia melalui produk-produk dan tawaran cemerlang kepada para pengguna, pelanggan perdagangan, pemegang saham dan pekerja. Misi Syarikat Helping Malaysians move forward in life with trusted dairy nutrition. Kisah Kejayaan PIAWAIAN DAN PENCAPAIAN SYARIKAT Dutch Lady Milk Industries Berhad adalah pemenang Anugerah Produktiviti Tahun 2004 yang telah diiktirafkan oleh Nasional Productivity Corporation (NPC) dalam kategori syarikat-syarikat yang mempunyai pulangan RM 100 juta keatas. Anugerah ini diberikan dengan objektif untuk menghargai syarikat yang cemerlang dalam pengurusan & peningkatan tahap produtiviti, dan juga untuk meningkatkan saingan dalam industri dan akhir sekali bagi menyedarkan semua akan kepentingan untuk memperbaiki produktiviti syarikat bagi menyumbang terhadap pembangunan ekonomi di Malaysia.
Kemenangan ini membuktikan kesungguhan syarikat untuk sentiasa mengamalkan yang terbaik bagi menaikkan keyakinan pemegang saham dan memperbaiki pengalaman pengguna bersama jenama Dutch Lady. Anugerah produktiviti NPC ini bukan sahaja merupakan penghargaan terhadap dedikasi dan kerjasama setiap pekerja di Dutch Lady, malah ia juga dapat membantu mengetengahkan kebaikan menggunakan unit-unit untuk mengukur tahap productiviti yang digunakan sebagai usaha untuk
memastikan daya ketahanan syarikat akan kekal lama dan terus meningkat maju. Pada tahun 2003, Dutch Lady Milk Industries Berhad memperoleh sijil pengiktirafan di bawah piawai ISO 9001 yang baru. ISO 9001 bukan saja membantu piawaian sistem kualiti dalam syarikat, malah digunakan sebagai jaminan tambahan untuk meyakinkan para pelanggan kami tentang sistem ketat yang diamalkan dalam penghasilan produk berkualiti untuk mereka. Organisasi Piawaian Antarabangsa (International Organization of Standardization, ISO) ialah rangkaian institut piawaian kebangsaan sedunia dari 146 buah negara. ISO menggalakkan piawaian sedunia yang memudahkan pertukaran barangan dan perkhidmatan antarabangsa. Pengiktirafan ISO diberi berdasarkan kriteria yang ditetapkan melalui kerjasama dengan organisasi-organisasi antarabangsa, kerajaan, industri, perniagaan dan wakil pengguna. Pada tahun 2007, para pengguna Malaysia sekali lagi memilih Dutch Lady sebagai jenama susu yang lebih digemari lalu memberikan anugerah "Reader's Digest SuperBrands Gold Award" yang kesembilan kepada kami. Ini adalah kemenangan terbaru dalam rekod berterusan Dutch Lady sejak Reader's Digest mula menganjurkan soal selidik tahunan ini pada tahun 1999. Soal selidik Reader's Digest SuperBrands ialah untuk mengenalpasti jenama yang paling digemari oleh para pengguna Asia berdasarkan 41 kategori produk. Secara spontan, responden menamakan jenama kegemaran, daripada kategori produk gaya hidup hinggalah keperluan harian yang merangkumi pelbagai perkhidmatan dan barangan seperti insurans, stesen minyak dan sup. Menurut penganjur, jenama yang "layak dipanggil SuperBrands mewakili pengiktirafan kualiti cemerlang oleh para pengguna umum, di samping menggambarkan pilihan para pengguna di antara pelbagai pilihan yang sedia ada. Kejayaan Dutch Lady adalah kerana ia sentiasa mengutamakan para pengguna dalam memenuhi keperluan pemakanan mereka - satu fokus yang mengilhamkan syarikat kami untuk menghasilkan produk-produk berkhasiat yang memenuhi keperluan pemakanan rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan umur.
Produk Dutch Lady mempunyai tanda 'halal' daripada Bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Islam, JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Proses pengilangan kami menunjukkan pemahaman bahawa makanan dan minuman halal adalah suatu perkara yang penting untuk setiap orang Islam. Sekiranya sebarang makanan atau minuman mempunyai tanda 'halal', ini bermaksud bahawa ia boleh dimakan oleh orang Islam. Barangan halal tidak mengandungi sebarang bahan tidak suci di bawah Undangundang Syariah. Dutch Lady Milk Industries Berhad begitu beriltizam untuk mendukung piawai kesucian dan mengekalkan kepercayaan pengguna dalam setiap barangan yang dikeluarkan oleh kilang Dutch Lady. Setiap produk Dutch Lady mempunyai logo 'halal' rasmi keluaran JAKIM. Selain daripada mengesahkan taraf 'halal' produk, ini juga memberi kepastian kepada pengguna bahawa Dutch Lady Milk Industries Berhad mematuhi amalan kebersihan yang ketat, mengesahkan nama baik jenama yang telah sekian lama bertapak di pasaran yang penuh dengan saingan. Segala kemudahan pengilangan Dutch Lady Milk Industries Berhad adalah tertakluk pada lawatan tapak rutin yang menyeluruh oleh pegawai-pegawai teknikal JAKIM. Tatacara ini biasanya termasuk lawatan fizikal ke tapak, temu ramah dengan pekerja kilang dan perbincangan dengan pegawaipegawai kanan Dutch Lady Milk Industries Berhad. Sijil 'halal' yang dikeluarkan oleh JAKIM diperbaharui setiap dua tahun. Pada bila-bila masa sahaja, JAKIM berhak untuk mengadakan pemeriksaan pematuhan menerusi pemantauan tetap secara perhubungan lisan dengan pihak syarikat, ataupun lawatan dan pemeriksaan mengejut. Sijil Piawaian HACCP (Sistem Analisis Bahaya dan Titik Pengendalian Kritikal - Hazard Analysis and Critical Control Point ) telah dianugerahkan kepada kilang Dutch Lady Milk Industries Berhad bagi semua kilang pemprosesan dan pengilangan mereka. HACCP ialah satu kaedah penilaian risiko yang menggunakan pendekatan sistematik untuk menilai amalan keselamatan makanan. Ia dirancang untuk mengenalpasti, menilai, dan mengawal bahaya dalam keselamatan makanan agar proses pengilangan terlindung daripada pencemaran dan risiko keracunan makanan dapat dikurangkan. ISO 14001:2004 Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) adalah satu pendekatan pengurusan bersistematik bagi menangani masalah alam sekitar yang dihadapi oleh syarikat seperti pengurusan air & sisa air, kualiti air, pengurusan sisa KELEBIHAN ISO14001 Mengurangkan risiko pencemaran sekitar melalui kaedah pencegahan punca Penambahan keuntungan hasil penjimatan kos yang berkait dengan
alam Mempertingkatkan dari syarikat
imej
dari Sentiasa memenuhi syaratalam syarat yang ditetapkan oleh
sekitar kerajaan Piawaian ini menyediakan satu sistem yang memberi perlindungan kepada pekerja, pengunjung dan kontraktor daripada kemalangan yang tidak diingini Ia membantu mengelak kecederaan di tempat kerja, kehilangan upaya, kesihatan yang terjejas, penyakit, kecelakaan dan kematian
Organisasi Antarabangsa
Syarikat pegangan Dutch Lady Milk Industries Berhad ialah Royal FrieslandCampina, sebuah syarikat yang diperbadankan di Belanda. Royal FrieslandCampina merupakan sebuah perbadanan multinasional yang membangun, menghasil dan menjual pelbagai produk tenusu dan minuman berasaskan buah-buahan yang berjenama untuk pasaran pengguna, para pengguna profesional dan pengeluar makanan. Rangkaian produk Royal FrieslandCampina mempunyai kehadiran yang kuat di market tenusu antarabangsa, terutama di Eropah Barat, Eropah tengah, Timur tengah, Afrika Barat dan Asia Tenggara. Syarikat ini beroperasi dari 90 cawangan di seluruh dunia dengan jumlah 17,500 orang pekerja di mana 12,000 orang bekerja di luar Belanda. Segala akitiviti dibahagi kepada 4 kumpulan produk: Produk pelanggan yang segar dan tahan-lama, keju, bahan mentah dan produk makanan layanan. FrieslandCampina mempunyai latar belakang korporat. Pekebun tenusu yang merupakan ahli syarikat korporat itu sendiri juga adalah pembekal susu kepada syarikat. Oleh kerana itu, mereka merupakan tiang yang memastikan qualiti produk sentiasa dijaga.
Polisi
Hak
Peribadi
Sila pastikan yang anda baca tentang polisi hak peribadi ini secara menyeluruh sebelum menggunakan atau menghantar sebarang maklumat ke laman web ini.
1. Penggunaan maklumat peribadi Kami menghormati hak peribadi pengguna laman web ini. Maklumat peribadi tidak diperlukan untuk mengakses laman web ini, walaubagaimanapun, anda perlu mendaftar maklumat anda yang betul dan tepat apabila diperlukan untuk sebab-sebab tertentu seperti yang dinyatakan di dalam laman web ini. Pengumpulan Maklumat Pengenalan Peribadi . Dutch Lady Malaysia mengumpul maklumat pengenalan peribadi anda hanya apabila anda mengemukakan maklumat tersebut dengan kerelaan anda sendiri. (Maklumat pengenalan peribadi adalah sebarang maklumat yang boleh digunakan untuk mengenali atau menghubungi seseorang itu termasuklah maklumat-maklumat lain berkenaan seseorang itu)
2. Pendedahan maklumat Kami berhak mendedahkan makumat pengenalan peribadi yang telah anda berikan melalui e-mel atau medium lain kepada anak-anak syarikat di bawah FrieslandCampina samada di dalam atau luar negara yang bersetuju mengendalikan maklumat tersebut selaras dengan polisi hak peribadi ini. Laman web ini mungkin mengandungi pautan atau rujukan ke laman-laman web yang lain; yang tidak diliputi oleh polisi hak peribadi ini. Pastikan anda membaca dan bersetuju dengan polisi hak peribadi di setiap laman web yang anda kunjungi. Apabila anda menghantar maklumat melalui laman web ini, anda memberi kebenaran kepada Dutch Lady Malaysia untuk mengumpul, mengguna dan mendedahkan maklumat anda, tertakluk kepada Polisi Hak Peribadi ini. Dutch Lady Malaysia berhak menukar atau memperbaharui polisi hak peribadi ini pada bila-bila masa sahaja. Sekiranya kami ada menukar sebarang polisi hak peribadi dan prosedur, kami akan memaklumkan perubahan tersebut di laman web kami supaya anda tahu apakah maklumat yang kami kumpul, bagaimana kami menggunakannya atau sebab-sebab kami mendedahkan maklumat tersebut. Sebarang perubahan dan pindaan akan berkuatkuasa serta-merta sebaik saja ia dipaparkan di laman web kami. Sila pastikan yang anda sentiasa maklum tentang sebarang pindaan berkenaan polisi ini terutamanya apabila anda memberikan sebarang maklumat pengenalan peribadi secara online.
BERKEMBANG DENGAN DUTCH LADY Potensi : Kita Mencarinya. Kita Memupuknya. Dutch Lady Milk Industry Berhad, “Pakar Tenusu Malaysia” adalah sebahagian daripada
Royal Friesland Foods, sebuah syarikat multinasional berpusat di Belanda dan terkemuka di dunia dalam industri tenusu dan pengeluar barangan makanan pengguna. Bermula sebagai pengimport susu manis, Dutch Lady Milk Industries Berhad telah berkembang di pasaran tempatan sejak 50 tahun lalu. Hari ini Dutch Lady ialah jenama utama yang dikenali di seluruh Malaysia. Dutch Lady menawarkan pelbagai jenis produk tenusu untuk segenap lapisan pengguna. Mengetahui bakat dan membina kerjaya Moto kami "Hidup sihat penuh semangat!" bukan saja kami amalkan terhadap pelanggan kami tetapi juga terhadap diri kami sendiri. Dutch Lady adalah tempat yang sesuai untuk anda sekiranya anda bersedia untuk menghadapi cabaran baru dan memulakan satu kerjaya yang mempunyai masa depan yang cerah. Di Dutch Lady, kami sentiasa mencari individu yang bersemangat tinggi, mempunyai inspirasi baru serta dapat melihat situasi menerusi sudut yang baru. Pekerja kami amat bermotivasi dan berupaya menggunakan kebolehan mereka untuk terus maju dan bekerjasama dengan ahli-ahli kumpulan lain. Kami menghargai kepentingan sumber manusia kami dan kami komited untuk membantu mereka untuk terus maju. Kenapa Dutch Lady? Kami berupaya memberikan lebih banyak perhatian kepada anda berbanding majikan lain kerana fokus syarikat ini adalah pada sumber manusianya. Anda boleh menimba ilmu dan pengalaman mengenai pengeluaran dan pemasaran produk yang telah mempengaruhi kehidupan pelbagai lapisan masyarakat. Sama ada kebolehan anda berasaskan kemahiran interpersonal ataupun pentafsiran data, syarikat kami menawarkan jawatan dengan pelbagai darjah tanggungjawab dan tugasan yang bersesuaian dengan kemampuan anda. Hari ini, 600 pekerja di Dutch Lady telah menemui suasana kerja yang bersemangat, rakan sekerja yang mudah berinteraksi, mempunyai inisiatif dan ingin belajar. Kesihatan Tulang Keutamaan Sepanjang Hayat
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, osteoporosis dikenal pasti sebagai salah satu masalah utama kesihatan, terutamanya di kalangan warga tua. Produk tenusu telah terbukti memberi jawapan bagi mengekalkan kekuatan dan kesihatan tulang, dan seterusnya mengurangkan masalah osteoporosis. Kesihatan tulang sangat penting bagi setiap individu Perubahan gaya hidup dan peningkatan taraf kehidupan menyebabkan bermulanya penyakit yang berunsurkan penuaan (rujukan 1). Osteoporosis, penyakit yang berpunca dari faktor penuaan, sangat diketahui menjadi masalah kesihatan utama yang dialami oleh kaum wanita dan warga tua, tidak kira jantinanya. Masalah utama osteoporosis ialah keretakan yang mengurangkan tahap kesihatan seseorang lantas meningkatkan kos perubatan. Fakta menunjukkan yang epidemik osteoporosis sejagat mungkin akan berlaku sekiranya tiada langkah diambil untuk mengelak dari penyakit ini berterusan.
Fakta & Nombor (Rujukan 2)
· Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun: 75 juta penduduk telah mengalami masalah osteoporosis · Amerika Syarikat: 10 juta penduduk mengalami masalah osteoporosis, 18 juta mempunyai tulang yang lemah · Hong Kong: masalah keretakan pinggul telah meningkat sebanyak 200% dalam masa 3 dekad ini · Seluruh dunia: pada tahun 2050, masalah keretakan pinggul dijangka akan meningkat sebanyak 310% di kalangan kaum lelaki dan 240% di kalangan kaum wanita Pelaburan berkhasiat untuk kesihatan tulang Pembentukan dan kehilangan tulang biasanya disokong oleh pelbagai faktor genetik dan persekitaran, termasuklah nutrisi. Bekalan nutrisi bagi mendapatkan kekuatan tulang yang tinggi sewaktu remaja mungkin boleh membantu mengurangkan kelemahan tulang akibat penuaan dan putus haid. Nutrisi tambahan dan gaya hidup yang sihat boleh membantu menjaga tulang sewaktu pertengahan umur dan mengurangkan masalah tulang pada tahun-tahun seterusnya, contohnya, mengurangkan kadar ketahanan tulang dan mengawal tahap hormon serum parathyroid (PTH).
Chart: (Janet, please replace the English word in the chart with the Malay words enclosed. On the left are the English words, thanks.) BMD = BMD Max = Max Peak Bone Mass = Tahap ketahanan tertinggi Risk Zone = Zon Risiko Dangerous Zone = Zon Bahaya Prevention = Penjagaan Therapy = Terapi Men = Lelaki Women = Perempuan Carta 1, rujukan 3: Penunjuk skematik tentang kadar ketahanan mineral tulang (BMD) semenjak dari lahir dengan petunjuk (*) di mana penjagaan perlu dititikberatkan
Nutrisi yang dikenal pasti memainkan peranan penting bagi mendapatkan tulang yang kuat Kalsium, Vitamin D Menyokong kepadatan tulang Magnesium Terlibat di dalam menyokong kekuatan, ketahanan dan pembentukan semula tulang Flourine, strontium Penting di dalam pembentukan tulang.
Walaubagaimanapun, jumlah yang berlebihan boleh mengakibatkan kelemahan tulang Besi, Zink, Mangan Bertindak bersama-sama enzim yang terlibat di dalam metabolisma tulang Boron Berkesan ketika kekurangan Vitamin D, Magnesium dan Potassium Vitamin K Penting untuk pengaktifan osteokalsin Vitamin C Membantu protein yang mengawal osteoblast
Kalsium, Vitamin D dan Magnesium Nutrien penting bagi mengawal masalah tulang
Kalsium dan Vitamin D telah menunjukkan kesan-kesan positif pada BMD dan kadar keretakan tulang. Cubaan menggunakan kalsium sebagai langkah awal dan ujian keseimbangan kalsium menyokong pengambilan kalsium sekurang-kurang 1300 mg sehari untuk orang dewasa dan mungkin sehingga 1500 mg. Jumlah ini juga sesuai untuk wanita yang baru putus haid dan ia bertepatan dengan peningkatan jumlah DRI-Amerika Syarikat (1997: 19-50 tahun 1000 mg / > 51 tahun 1200 mg). Jumlah setinggi 2500 mg sehari masih dikira selamat untuk diambil oleh seorang dewasa yang sihat. Jumlah pengambilan kalsium dan Vitamin D yang lebih dari itu boleh mengurangkan kadar PTH di mana objektif utamanya adalah untuk mengelak dari berlakunya kelemahan tulang semasa proses putus haid atau penuaan (rujukan 5,6,7). Susu sebagai jawapan kepada nutrisi yang diperlukan Penggunaan susu dan produk tenusu yang lain sebagai sumber nutrien bagi menyokong kesihatan tulang sepatutnya digalakkan, terutama kerana terdapatnya masalah-masalah kritikal yang bersangkut dengan nutrien di kalangan kanak-kanak dan remaja lagi, termasuklah pengambilan kalsium yang rendah. Ada juga saranan yang menyatakan bahawa caseinophosphopeptides (CPP) dan laktosa di dalam susu boleh membantu penyerapan kalsium ke dalam badan.
Kajian menunjukkan bahawa ketahanan tulang bagi orang dewasa berumur 18-50 tahun adalah lebih tinggi pada kaum lelaki dan wanita yang meminum susu pada setiap waktu makan, dan juga pada mereka yang berumur 50 tahun ke atas, berbanding mereka yang tidak kerap meminum susu.
Carta 2. Milk Consumption = Pengambilan Susu Liters = Liter Bone Mass = Ketahanan Tulang
Children – Kanak-kanak Teens = Remaja Adults = Dewasa Men = Lelaki Women = Perempuan
Carta 2. Hubung-kait antara pengambilan susu dan umur dengan ketahanan tulang