PROSEDUR PENJANAAN IDEA MENGGUNAKAN TEKNIK SUMBANG SARAN UNTUK KURSUS EKSPLORASI REKA BENTUK TEKSTIL DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MALAYSIA
RAINAL HIDAYAT BIN WARDI
PUSAT KEBUDAYAAN UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2016
PROSEDUR PENJANAAN IDEA MENGGUNAKAN TEKNIK SUMBANG SARAN UNTUK KURSUS EKSPLORASI REKA BENTUK TEKSTIL DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MALAYSIA
RAINAL HIDAYAT BIN WARDI
TESIS DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH DOKTOR FALSAFAH PUSAT KEBUDAYAAN UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2016
UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN
Nama: Rainal Hidayat Bin Wardi
(No. K.P/Pasport:750218715045)
No. Pendaftaran/Matrik: RHA110011 Nama Ijazah: Ijazah Doktor Falsafah Tajuk Tesis (“Hasil Kerja ini”): Prosedur Penjanaan Idea Menggunakan Teknik Sumbang Saran Untuk Kursus Eksplorasi Reka Bentuk Tekstil Di Universiti Teknologi MARA Malaysia. Bidang Penyelidikan: Seni Visual
Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa: (1) Saya adalah satu-satunya pengarang/penulis Hasil Kerja ini; (2) Hasil Kerja ini adalah asli; (3) Apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa-apa petikan, ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dinyatakan dengan sejelasnya dan secukupnya dan satu pengiktirafan tajuk hasil kerja tersebut dan pengarang/penulisnya telah dilakukan di dalam Hasil Kerja ini; (4) Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sebenar atau patut semunasabahnya tahu bahawa penghasilan Hasil Kerja ini melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain; (5) Saya dengan ini menyerahkan kesemua dan tiap-tiap hak yang terkandung di dalam hakcipta Hasil Kerja ini kepada Universiti Malaya (“UM”) yang seterusnya mula dari sekarang adalah tuan punya kepada hakcipta di dalam Hasil Kerja ini dan apa-apa pengeluaran semula atau penggunaan dalam apa jua bentuk atau dengan apa juga cara sekalipun adalah dilarang tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari UM; (6) Saya sedar sepenuhnya sekiranya dalam masa penghasilan Hasil Kerja ini saya telah melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain sama ada dengan niat atau sebaliknya, saya boleh dikenakan tindakan undang-undang atau apaapa tindakan lain sebagaimana yang diputuskan oleh UM. Tandatangan Calon
Tarikh:
Diperbuat dan sesungguhnya diakui di hadapan, Tandatangan Saksi
Tarikh:
Nama: Jawatan
ii
ABSTRAK Tesis ini membentangkan dan memperkenalkan model empirikal penjanaan idea reka bentuk tekstil di Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui integrasi teknik-teknik sumbang saran yang diperlukan dalam pengajaran reka bentuk tekstil. Model ini dinamakan IBRAINTEX (Integrated Brainstorming for Textile Design Ideation) yang bertindak sebagai prosedur penjanaan idea reka bentuk tekstil seterusnya dapat membantu proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). I-BRAINTEX ini mempunyai dua objektif utama iaitu penjanaan idea kreatif reka bentuk dan penyelesaian masalah dalam proses reka bentuk tekstil. Melalui IBRAINTEX ini, idea dapat dijanakan dengan memberikan penekanan kepada kuantiti dan kualiti idea seterusnya memudahkan pembinaan tema projek reka bentuk. Beberapa teknik sumbang saran diaplikasikan sebagai teknik penjanaan idea khusus untuk reka bentuk tekstil ini. Di peringkat pertama penjanaan idea, teknik sumbang saran individu dan peta minda digunakan sebagai persediaan untuk merangsang idea-idea awal berkaitan subjek kajian yang difikirkan bersesuaian dengan tema projek reka bentuk. Sumbang saran individu ini bertujuan sebagai teknik pengayaan pengetahuan pra (enrichment to preknowledge) sebelum menjalani sesi sumbang saran yang dilaksanakan secara berkumpulan. Di peringkat kedua penjanaan idea, teknik sumbang saran berkumpulan digunakan bagi tujuan penjanaan, pengembangan dan penerokaan idea melalui sumbangan idea dari rakan dalam kumpulan. Objektif teknik terbahagi kepada dua iaitu penjanaan idea dalam kuantiti yang besar dan penghalusan idea-idea yang berkualiti. Sumbang saran berkumpulan ini juga dikenali sebagai aktiviti untuk kreativiti berkumpulan yang jega mempromosikan pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) kolaboratif. Teknik sumbang saran berkumpulan ini sangat praktikal diaplikasikan bersama kemahiran melukis dan melakar bagi memantapkan idea-idea yang dijanakan. Di peringkat ketiga penjanaan idea, teknik Brainwriting berkumpulan telah digunakan bagi tujuan penambahbaikan teknik sumbang saran berkumpulan dengan menetapkan kuantiti idea yang perlu dicapai tanpa mengabaikan kualiti idea. Semua teknik sumbang saran yang dicadangkan (sumbang saran individu, sumbang saran berkumpulan dan brainwiting) dilihat iii
sebagai konsep penjanaan idea dan penyelesaian masalah yang komprehensif dalam reka bentuk tekstil. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga teknik sumbang saran ini mempunyai siknifikasi yang tinggi melalui Ujian-T, dan praktikal dari aspek pelaksanaan dalam pengajaran dan pembelajaran reka bentuk tekstil. Hasil kajian juga mendapati I-BRAINTEX berjaya mencapai objektif kuantiti dan kualiti idea yang ditetapkan dan sesuai untuk dijadikan sebagai model penjanaan idea reka bentuk tekstil.
iv
ABSTRACT This thesis presents and introduces an empirical model of idea generation for textile design in Universiti Teknologi MARA (UiTM) through the integration of brainstorming techniques required for teaching textile design. This model is called I-BRAINTEX (Integrated Brainstorming for Textile Design Ideation) acting as a procedure for textile design idea generation thus helps teaching and learning process (T&L). I-BRAINTEX has two objectives, namely the idea generation for creative design ideas and problem solving in textile design process. Through I-BRAINTEX, these ideas can be generated with an emphasis on the quantity and quality of ideas thus facilitating the construction of the project design theme. Three brainstorming techniques were applied as an idea generation technique specifically for textile design. At the first stage, individual brainstorming and mind map techniques were used as preparation to stimulate initial ideas related to research subject that suitable with design project theme. Individual brainstorming was intended as pre-knowledge enrichment before undergoing group brainstorming session. In the second stage of idea generation, group brainstorming techniques used for the generation, development and exploration of ideas through the contribution of ideas from group members. The objective of this technique was divided into two, namely the generation of ideas in large quantities and refinement of quality ideas. Group brainstorming is also known as creativity in groups that also to promote collaborative Teaching and Learning approach (T&L). Group brainstorming technique is very practical to be applied together with sketching skills to strengthen the ideas. In the third stage of idea generation, group brainwriting technique was used for the purpose of improvement of group brainstorming by determining the quantity of ideas that need to be achieved without compromising the quality of ideas. All the proposed brainstorming (individual brainstorming, group brainstorming and brainwriting) was viewed as idea generation and comprehensive problem solving for textile design. The results of this study show that the three brainstorming techniques have a high significance towards creativity achievement through T-Test analysis and it is practical approach for teaching and learning textile design.
v
This study was also found that I-BRAINTEX is managed to achieve the objective of quantity and quality of ideas and suitable to serve as idea generation model for textile design.
vi
PENGHARGAAN Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT. atas limpah kurnia, keizinan, petunjuk serta HidayahNya dapat saya melengkapkan penulisan tesis ini. Ucapan penghargaan kepada penyelia pertama Dr. Sabzali Musa Kahn atas hospitaliti, seliaan dan panduan sepanjang pengajian. Dr. Ruzaika Omar Basaree, penyelia ke dua atas bantuan informasi dan sokongan. En. Jaffri Hanafi atas keihklasan perkongsian ilmu dan rakan penyelidikan Dr. Muhamad Firdaus Ramli atas perjuangan memartabatkan keilmuan dan kesarjanaan. Jazakallahu Khairan. Semoga Allah memberikan kebaikan kepada kalian. Kepada ibu dan ayah, Erlina Abdullah dan Wardi Bustami, setinggi-tinggi penghargaan atas doa dan restu yang tiada penghujung. Doaku semoga Allah SWT mengasihi, melindungi dan merahmati kalian di dunia dan akhirat. Penulisan tesis ini tidak mungkin dapat dilengkapkan tanpa pengorbanan besar isteriku Nor Azlinda Muhammad dan anak-anakku Putra Darwisy Rizky dan Putra Aish Zafri. Maaf atas keterabaianku terhadap kalian sepanjang tempoh pengajian. Untuk staf Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Prof. Dr. Hj. Mustaffa Halabi Hj. Azahari selaku dekan yang memberi kepercayaan dan galakan untuk menamatkan pengajian. Prof. Madya Sharifah Alwiyah Syed Sahil, Prof. Madya Dr. Norwani Nawawi, Dr. Basitah Taif, Dr. Mohd Azhar Samin, Dr Rosinah Edinin (IPG Kampus Bahasa Melayu), Encik Danuri Sakijan, Encik Rahman Rosman, Encik Padzir Ahmad, Encik Faizal Jumah dan Encik Fizul Ishak atas bantuan, nasihat dan motivasi yang diberikan. Kepada
rakan-rakan
seperjuangan,
Pn.
Rusmawati
Ghazali,
Mrs.
Maithreyi
Subramaniam, Pn. Suhaila Mohd Zaki, En. Shahrul Azman Shahabudin dan En. Mohamizam, terima kasih atas perkongsian ilmu dan semoga kalian dapat menamatkan pengajian dan kembali berkhidmat untuk anak bangsa. Jazakallahu Khairan, Wassalam.
vii
JADUAL KANDUNGAN
Borang Perakuan Keaslian Penulisan ............................................................................... ii Abstrak ............................................................................................................................. iii Abstract ............................................................................................................................. v Penghargaan .................................................................................................................... vii Jadual Kandungan .......................................................................................................... viii Senarai Gambar Rajah ................................................................................................. xxiv Senarai Jadual ............................................................................................................... xxv Senarai Simbol dan Singkatan ..................................................................................... xxvi Senarai Lampiran ........................................................................................................ xxvii
BAB 1: PENDAHULUAN 1.1
Pengenalan Kepada Penyelidikan............................................................................ 1
1.2
Latar Belakang Penyelidikan ................................................................................... 2
1.3
1.2.1
Tema Projek................................................................................................. 5
1.2.2
Penyelidikan Visual ..................................................................................... 6
1.2.3
Pengembangan Idea ..................................................................................... 7
1.2.4
Cadangan Reka Bentuk ............................................................................... 8
Kajian Rintis (Pilot Study)....................................................................................... 8 1.3.1
Rumusan Dari Kajian Rintis Temubual Pelajar ........................................ 10
1.3.2
Hasil Pemerhatian Di Dalam Studio.......................................................... 11
1.3.3
Rumusan Dari Kajian Rintis Temubual Pensyarah ................................... 11
1.3.4
Rumusan Dari Kajian Rintis Pemerhatian Di Dalam Studio .................... 12
1.3.5
Hasil Analisis Silibus Kursus Reka Bentuk Tekstil .................................. 12
1.3.6
Penilaian Hasil Kerja Pelajar ..................................................................... 13
1.3.7
Rumusan Keseluruhan Kajian Rintis......................................................... 14 viii
1.4
Penyataan Masalah ................................................................................................ 15
1.5
Tujuan Penyelidikan .............................................................................................. 16
1.6
Objektif Penyelidikan ............................................................................................ 16
1.7
Soalan Penyelidikan .............................................................................................. 17
1.8
Hipotesis Kajian .................................................................................................... 18
1.9
Skop Penyelidikan ................................................................................................. 18
1.10 Justifikasi Penyelidikan ......................................................................................... 19 1.10.1 Justifikasi Pemilihan Program Reka Bentuk Tekstil ................................. 19 1.10.2 Kepentingan Hasil Penyelidikan ............................................................... 20 1.11 Manfaat Penyelidikan ............................................................................................ 21 1.11.1 Pelajar ........................................................................................................ 21 1.11.2 Pensyarah/Fasilitator ................................................................................. 22 1.11.3 Perancang Kurikulum/Silibus .................................................................... 22 1.12 Definisi Terminologi ............................................................................................. 23 1.12.1 Analisis Reflektif ....................................................................................... 23 1.12.2 Prosedur Reka Bentuk Tekstil ................................................................... 23 1.12.3 Sumbang Saran .......................................................................................... 23 1.12.4 Kreativiti .................................................................................................... 23 1.13 Ringkasan BAB 1 .................................................................................................. 24
BAB 2: KAJIAN LITERATUR 2.1
Pengenalan ............................................................................................................. 27
2.2
Jabatan Seni Reka Tekstil ...................................................................................... 28
2.3
Kronologi Silibus Program Seni Reka Tekstil ...................................................... 29
2.4
Kandungan Silibus................................................................................................. 29
2.5
Proses Reka Bentuk Tekstil Mengikut Silibus ...................................................... 30 ix
2.6
Kelemahan/Kekurangan Proses Reka Bentuk Yang Sedia Ada ............................ 32
2.7
Keperluan Penyelidikan Berteraskan Inovasi ........................................................ 32
2.8
Ulasan/Semakan Alat Kreativiti Dalam Pelbagai Bidang ..................................... 33
2.9
Ringkasan Aplikasi Sumbang Saran Dalam Pelbagai Bidang .............................. 42
2.10 Teori Berkaitan Penjanaan Idea Menggunakan Sumbang Saran .......................... 44 2.10.1 Teori Kognitif Oleh Piaget (1929) ........................................................... 46 2.10.2 Teori Sosio Budaya Oleh Vygotsky (1978) ............................................. 48 2.10.3 Teori dan Model Kreativiti Oleh Ellis Paul Torrence (1967) .................. 51 2.11 Model Ujian Pemikiran Kreatif Torrence (1998) .................................................. 54 2.12 Ringkasan Teori Kreativiti Ellis Paul Torrence .................................................... 55 2.13 Model Taksonomi Bloom (1956) .......................................................................... 56 2.14 Implikasi Model Taksonomi Bloom Dalam Penjanaan Idea ................................. 59 2.15 Teori Berkaitan Pembelajaran Dan Kemahiran Aras Tinggi (KBAT) .................. 60 2.15.1 Jean Piaget (1968) ..................................................................................... 61 2.15.2 Benjamin Bloom (1956) ............................................................................ 61 2.15.3 Lev Seminovich Vygotsky ........................................................................ 62 2.16 Ringkasan Pembangunan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ................... 63 2.17 Penambahbaikan Penjanaan Idea Melalui Strategi Kognitif ................................. 63 2.18 Proses Reka Bentuk Berasaskan Kreativiti ........................................................... 65 2.19 Strategi Kognitif Dalam Pembelajaran .................................................................. 66 2.20 Jenis Strategi Kognitif ........................................................................................... 73 2.21 Peta Kognitif .......................................................................................................... 74 2.22 Peta Konsep ........................................................................................................... 76 2.23 Peta Minda ............................................................................................................. 77 2.24 Strategi Peta Minda Dalam Penjanaan Idea .......................................................... 78 2.25 Strategi Sumbang Saran Dalam Penjanaan Idea ................................................... 79 x
2.25.1 Halangan Kepada Sumbang Saran ............................................................ 83 2.25.2 Penilaian Awal Semasa Menjana Idea ...................................................... 83 2.25.3 Peserta Pasif .............................................................................................. 83 2.26 Strategi Sumbang Saran Dalam Pendidikan Reka Bentuk .................................... 84 2.26.1 Teknik Divergen dan Konvergen .............................................................. 85 2.26.2 Teknik Penguraian..................................................................................... 85 2.26.3 Teknik Input .............................................................................................. 86 2.26.4 Teknik Prop/Objek .................................................................................... 86 2.26.5 Teknik Kad Dek (Deck Of Cards)............................................................. 87 2.26.6 Teknik Relaksasi ....................................................................................... 87 2.28 Rumusan Teknik Yang Diperkenalkan ................................................................. 88 2.29 Kajian Proses Reka Bentuk ................................................................................... 89 2.30 Reka Bentuk Pakaian ............................................................................................. 90 2.31 Model Reka Bentuk Seni Bina ............................................................................... 93 2.31.1 Reka Bentuk Dan Proses Penyelesaian Masalah Kreatif .......................... 93 2.32 Model Reka Bentuk Industri .................................................................................. 94 2.32.1 Model Proses Reka Bentuk Archer ........................................................... 95 2.32.2 Model Proses Reka Bentuk Jones ............................................................. 95 2.33 Model Reka Bentuk Fesyen................................................................................... 98 2.33.1 Model Proses Reka Bentuk Watkins ......................................................... 98 2.33.2 Model Proses Reka Bentuk Lamb dan Kallal ......................................... 100 2.33.3 Model Proses Reka Bentuk DeJonge ...................................................... 102 2.34 Sintesis Model-Model Proses Reka Bentuk ........................................................ 102 2.34.1 Maklumat Reka Bentuk ........................................................................... 103 2.34.2 Objektif Reka Bentuk .............................................................................. 104 2.34.3 Penghalusan Reka Bentuk ....................................................................... 104 xi
2.34.4 Kriteria Reka Bentuk ............................................................................... 105 2.34.5 Pemilihan Reka Bentuk ........................................................................... 105 2.34.6 Pelaksanaan Reka Bentuk ....................................................................... 105 2.35.7 Penilaian Reka Bentuk ............................................................................ 106 2.35 Pemikiran Reka Bentuk IDEO ............................................................................ 106 2.36 Model Pemikiran Reka Bentuk IDEO ................................................................. 108 2.36.1 Peringkat Penemuan ................................................................................ 108 2.36.2 Peringkat Tafsiran ................................................................................... 109 2.36.3 Peringkat Penjanaan Idea ........................................................................ 109 2.36.4 Peringkat Eksperimen ............................................................................. 110 2.36.5 Peringkat Evolusi .................................................................................... 110 2.37 Ringkasan Kajian Literatur.................................................................................. 111
BAB 3: KAEDAH PENYELIDIKAN 3.1
Pengenalan ........................................................................................................... 114
3.2
Reka Bentuk Penyelidikan .................................................................................. 114
3.3
Kaedah Kualitatif Kajian Tindakan ..................................................................... 115
3.4
Kaedah Kuantitatif Pra-Eksperimen (Ujian Pra dan Pasca Satu Kumpulan) ...... 116
3.5
Justifikasi Reka Bentuk Kaedah Campuran ........................................................ 117
3.6
Pendekatan Penyelidikan: Kajian Tindakan ........................................................ 118
3.7
3.6.1
Definisi Kajian Tindakan ........................................................................ 118
3.6.2
Definisi Penyelidikan Kelas .................................................................... 120
3.6.3
Model Kajian Tindakan Untuk Penyelidikan .......................................... 120
Kerangka Kerja Teori dan Cadangan Model Konseptual ................................... 121 3.7.1
Pemboleh Ubah Kajian ........................................................................... 122
3.7.2
Pemboleh Ubah Bebas ............................................................................ 122 xii
3.7.3 3.8
Soalan Penyelidikan ............................................................................................ 123 3.8.1
3.9
Pemboleh Ubah Bersandar ..................................................................... 122
Hipotesis Kajian ...................................................................................... 124
Populasi dan Sampel............................................................................................ 124
3.10 Rasional Pemilihan Sampel ................................................................................. 125 3.11 Instrumen Kajian ................................................................................................. 127 3.12 Kaedah Pengumpulan Data Kualitatif ................................................................. 127 3.12.1 Pemerhatian ............................................................................................. 128 3.12.2 Pemerhatian Turut Serta ......................................................................... 129 3.12.3 Temu Bual Kumpulan Fokus Separa Berstruktur .................................. 130 3.12.4 Rasional Temu Bual Kumpulan Fokus Separa Berstruktur .................... 130 3.13 Kaedah Pengumpulan Data Kuantitatif ............................................................... 132 3.13.1 Ujian Kreativiti Menjana Idea ................................................................. 132 3.13.2 Aktiviti Ujian Aktiviti Menjana dan Menghalusi Idea............................ 135 3.14 Prosedur Mengumpul Data .................................................................................. 136 3.15 Analisis Data ....................................................................................................... 138 3.15.1 Analisis Data Pemerhatian, Nota Lapangan dan Temubual .................... 138 3.15.2 Analisis Data Ujian Menjana Idea .......................................................... 139 3.16 Kebolehpercayaan dan Kesahan .......................................................................... 140 3.16.1 Penyegitigaan Data (Data Triangulation) ............................................... 140 3.16.2 Refleksiviti Penyelidik ............................................................................ 141 3.16.3 Verifikasi Data Pemerhatian Oleh Pensyarah ......................................... 141 3.16.4 Kolaborasi ............................................................................................... 142 3.16.5 Deskripsi Tebal dan Terperinci ............................................................... 142 3.16.6 Penilaian Rakan Sekerja .......................................................................... 143 3.17 Ringkasan Kaedah Penyelidikan ......................................................................... 143 xiii
BAB 4: HASIL DAPATAN DAN PERBINCANGAN 4.1
Pengenalan ........................................................................................................... 145
4.2
Pengumpulan Data............................................................................................... 145
4.3
Pengumpulan Data Kualitatif .............................................................................. 147
4.4
Pengumpulan Data Kuantitatif ............................................................................ 148
4.5
Analisis Data ....................................................................................................... 149 4.5.1
Analisis Data Kualitatif .......................................................................... 149
4.5.2
Analisis Data Kuantitatif ........................................................................ 150
4.6
Prosedur Kajian Tindakan ................................................................................... 151
4.7
Analisis Ujian Diagnostik Menjana Idea (Ujian Pra) .......................................... 155
4.8
Refleksi ................................................................................................................ 155 4.8.1
4.9
Masalah Yang Dikenal Pasti .................................................................. 157 4.8.1.1
Latar Belakang Pendidikan Pelajar ......................................... 157
4.8.1.2
Pemahaman Tema dan Konsep ............................................... 158
4.8.1.3
Kuantiti Idea ............................................................................ 158
4.8.1.4
Kualiti Idea .............................................................................. 159
4.8.1.5
Isu Memuncul (Emerging Issue) ............................................. 159
4.8.2
Latar Belakang Pensyarah ...................................................................... 160
4.8.3
Paradigma Tradisional ............................................................................ 160
4.8.4
Inisiatif dan Motivasi ke Arah Pembaharuan ......................................... 161
Kitaran Tindakan 1 ............................................................................................. 162
4.10 Merancang Tindakan .......................................................................................... 165 4.10.1 Strategi Sumbang Saran Individu ............................................................ 165 4.11 Pelaksanaan Tindakan Kitaran 1 ......................................................................... 166 4.11.1
Strategi Sumbang Saran Individu ......................................................... 166
4.11.2
Ujian Kreativiti Menjana Idea Kitaran 1 .............................................. 167 xiv
4.12 Analisis Tindakan Kitaran 1 ............................................................................... 169 4.12.1 Analisis Strategi Sumbang Saran Individu ............................................. 166 4.12.2 Analisis Keputusan Ujian Kreativiti Menjana Idea Kitaran 1 ................ 170 4.12.3 Analisis Nota Lapangan Kitaran 1 ......................................................... 174 4.13 Refleksi Ke Atas Tindakan Kitaran 1 ................................................................. 176 4.13.1 Refleksi Ke Atas Strategi Sumbang Saran Individu............................... 176 4.13.2 Refleksi Ke Atas Ujian Kreativiti Menjana Idea Kitaran 1 ................... 177 4.14 Kelebihan Teknik Sumbang Saran Individu........................................................ 179 4.15 Maklum Balas Responden Terhadap Teknik Sumbang Saran Individu .............. 180 4.16 Masalah Yang Dikenal Pasti Kitaran 1 ............................................................... 181 4.16.1
Kelemahan Kemahiran Berfikir Secara Kritis ...................................... 181
4.16.2
Kuantiti Idea ......................................................................................... 181
4.16.3
Kualiti Idea ........................................................................................... 182
4.17 Kitaran Tindakan 2 .............................................................................................. 183 4.18 Merancang Tindakan ........................................................................................... 184 4.18.1
Sumbang Saran Berkumpulan .............................................................. 185
4.18.2
Ujian Kreativiti Menjana Idea Kitaran 2 .............................................. 187
4.19 Analisis Tindakan Kitaran 2 ................................................................................ 189 4.19.1
Analisis Strategi Sumbang Saran Berkumpulan................................... 190
4.19.2
Analisis Keputusan Ujian Kreativiti Menjana Idea Kitaran 2 .............. 191
4.19.3
Analisis Nota Lapangan Kitaran 2 ....................................................... 194
4.20 Refleksi Ke Atas Tindakan Kitaran 2 .................................................................. 195 4.20.1 Refleksi Ke Atas Strategi Sumbang Saran Berkumpulan ...................... 196 4.20.2 Refleksi Ke Atas Ujian Kreativiti Menjana Idea Kitaran 2 ................... 196 4.21 Kelebihan Teknik Sumbang Saran Berkumpulan ............................................... 198 4.22 Maklum Balas Responden Terhadap Teknik Sumbang Saran Berkumpulan ..... 199 xv
4.23 Masalah Yang Dikenal Pasti Kitaran 2 ............................................................... 199 4.23.1
Kuantiti Idea ......................................................................................... 199
4.23.2
Kualiti Idea ........................................................................................... 200
4.24 Kitaran Tindakan 3 .............................................................................................. 201 4.25 Merancang Tindakan .......................................................................................... 202 4.25.1
Brainwriting Berkumpulan ................................................................... 203
4.25.2
Prosedur Teknik Brainwriting 3-6-5 .................................................... 204
4.26 Ujian Kreativiti Menjana Idea Kitaran 3 ............................................................ 205 4.27 Analisis Tindakan Kitaran 3 ............................................................................... 208 4.27.1
Analisis Strategi Brainwriting Berkumpulan ....................................... 208
4.27.2
Analisis Keputusan Ujian Kreativiti Menjana Idea Kitaran 3 .............. 210
4.28 Refleksi Ke Atas Tindakan Kitaran 3 .................................................................. 214 4.28.1
Refleksi Ke Atas Strategi Brainwriting Berkumpulan ......................... 214
4.28.2
Refleksi Ke Atas Ujian Kreativiti Kitaran 3......................................... 215
4.29 Kelebihan Teknik Brainwriting Berkumpulan .................................................... 216 4.30 Maklum Balas Responden Terhadap Teknik Brainwriting Berkumpulan .......... 217 4.31 Temu Bual Pensyarah Kursus Reka Bentuk Tekstil............................................ 218 4.32 Kelemahan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Yang Sedia Ada .................. 219 4.32.1
Pensyarah Kanan A .............................................................................. 219
4.32.2
Pensyarah Kanan B............................................................................... 219
4.33 Kelemahan Proses Penyelidikan Reka Bentuk Yang Sedia Ada......................... 220 4.33.1
Pensyarah Kanan A .............................................................................. 220
4.33.2
Pensyarah Kanan B............................................................................... 220
4.34 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Sumbang Saran ........ 221 4.34.1
Pensyarah Kanan A .............................................................................. 221
4.34.2
Pensyarah Kanan B............................................................................... 222 xvi
4.35 Proses Reka Bentuk Tekstil Menggunakan Kaedah Sumbang Saran ................. 223 4.35.1
Pensyarah Kanan A .............................................................................. 223
4.35.2
Pensyarah Kanan B............................................................................... 224
4.36 Ujian Kreativiti Menjana Idea Berkategori (Ujian Pasca) .................................. 225 4.37 Dapatan Penyelidikan .......................................................................................... 226 4.38 Peranan Sumbang Saran Membantu Pelajar Menjana Idea ................................. 227 4.38.1
Peranan Sumbang Saran Dalam Strategi Meta Kognitif ...................... 230
4.38.2
Peranan Sumbang Saran Dalam Pembelajaran Koperatif .................... 231
4.39 Keperluan Yang Menyumbang Kepada Keberkesanan Teknik Sumbang Saran Dalam Proses Reka Bentuk Tekstil .......................................... 232 4.40 Keperluan Penjanaan Idea ................................................................................... 234 4.40.1
Taklimat Projek Reka Bentuk .............................................................. 234
4.40.2
Bahan Rujukan ..................................................................................... 235
4.40.3
Aktiviti Berkumpulan ........................................................................... 236
4.40.4
Kemahiran Komunikasi Pembentangan Lisan Berstruktur .................. 237
4.40.5
Pengkategorian Idea ............................................................................. 237
4.40.6
Unsur Dan Prinsip Reka Bentuk........................................................... 238
4.40.7
Pengurusan Masa .................................................................................. 240
4.40.8
Kemahiran Psikomotor Melakar Dan Melukis ..................................... 240
4.41 Keperluan Memperhalusi Idea (Idea Refinement) ............................................... 241 4.41.1
Kemahiran Metakognitif ...................................................................... 242
4.41.2
Aktiviti Berkumpulan ........................................................................... 242
4.41.3
Kemahiran Komunikasi Pembentangan Lisan Berstruktur .................. 243
4.41.4
Pengurusan Masa .................................................................................. 243
4.41.5
Papan Konsep (Concept Board) ........................................................... 244
xvii
4.42 Formulasi Teknik Sumbang Saran Yang Menyumbang Kepada Proses Reka Bentuk Tekstil Secara Efektif ......................................................... 244 4.42.1
Peringkat Tema Penyelidikan ............................................................... 245
4.42.2
Taklimat Projek Reka Bentuk .............................................................. 245
4.42.3
Bahan Rujukan ..................................................................................... 246
4.42.4
Jadual Pelaksanaan Reka Bentuk ......................................................... 247
4.42.5
Sumbang Saran Berkumpulan .............................................................. 248
4.42.6
Kategori Idea ........................................................................................ 249
4.42.7
Sumbang Saran Individu ...................................................................... 250
4.42.8
Persembahan Idea Melalui Papan Idea/Konsep ................................... 251
4.42.9
Sesi Kritik ............................................................................................. 251
4.43 Peringkat Penyelidikan Visual ............................................................................ 252 4.43.1
Kemahiran Melakar Dan Melukis ........................................................ 252
4.43.2
Papan Konsep/Idea ............................................................................... 253
4.43.3
Bahan Rujukan ..................................................................................... 254
4.43.4
Sumbang Saran Berkumpulan .............................................................. 254
4.43.5
Unsur Dan Prinsip Reka Bentuk........................................................... 254
4.43.6
Buku Lakaran/Diari Visual................................................................... 255
4.43.7
Sesi Kritik ............................................................................................. 255
4.44 Peringkat Pengembangan Idea ............................................................................ 255 4.44.1
Modifikasi Dan Simplifikasi Lakaran Dan Lukisan ............................. 256
4.44.2
Unsur Dan Prinsip Reka Bentuk........................................................... 256
4.44.3
Komposisi Dan Susun Atur .................................................................. 257
4.44.4
Sumbang Saran Berkumpulan .............................................................. 257
4.44.5
Sesi Kritik ............................................................................................. 258
4.45 Peringkat Cadangan Reka Bentuk ....................................................................... 258 xviii
4.45.1
Kategori Produk Berasaskan Tekstil .................................................... 259
4.45.2
Kategori Fesyen .................................................................................... 259
4.45.3
Kategori Kemasan Lembut ................................................................... 259
4.45.4
Kategori Kraftangan ............................................................................. 260
4.45.5
Sumbang Saran Berkumpulan .............................................................. 260
4.44.6
Komposisi Dan Pemetaan Reka Corak................................................. 260
4.45.7
Sesi Kritik Cadangan Reka Bentuk ...................................................... 261
4.45.8
Kemahiran Komunikasi Pembentangan Lisan Berstruktur .................. 261
4.46 Peningkatan Kuantiti dan Kualiti Idea Melalui Intervensi Sumbang Saran ........ 262 4.47 Kesimpulan .......................................................................................................... 265
BAB 5: KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1
Pengenalan ........................................................................................................... 267
5.2
Kesimpulan Kepada Matlamat Penyelidikan ...................................................... 267 5.2.1
5.3
Anjakan Paradigma ................................................................................ 270
Kesimpulan Kepada Objektif Penyelidikan ........................................................ 271 5.3.1
Meneroka Penggunaan Teknik Sumbang Saran Dalam Membantu Pelajar Menjana Dan Memperhalusi Idea Proses Reka Bentuk Tekstil ............................................................ 271
5.4
5.5
5.3.2
Teknik Sumbang Saran Individu ............................................................ 272
5.3.3
Teknik Sumbang Saran Berkumpulan .................................................... 274
Kelemahan Teknik Sumbang Saran Berkumpulan.............................................. 276 5.4.1
Peserta Aktif ........................................................................................... 276
5.4.2
Peserta Sederhana Aktif ........................................................................ 276
5.4.3
Peserta Pasif ........................................................................................... 276
Teknik Brainwriting ............................................................................................ 277 xix
5.6
Mengenalpasti Keperluan Yang Menyumbang Kepada Keberkesanan Teknik Penjanaan Idea Proses Reka Bentuk Tekstil ........................................................................ 278
5.7
Memformulasikan Teknik Sumbang Saran Dan Atribut Penyumbang Kepada Prosedur Reka Bentuk Tekstil Secara Efektif ....................................... 280
5.8
Perbezaan Min Skor Penghasilan Idea Di Antara Ujian Diagnostik Dan Ujian Kreativiti 1, 2 Dan 3 ........................................................ 282
5.9
Perbezaan Signifikan Kuantiti Dan Kualiti Idea Pada Setiap Ujian Kreativiti Yang Dijalankan .................................................... 283
5.10 Pencapaian Skor Penilaian Projek Reka Bentuk Tekstil ..................................... 283 5.11 Kesimpulan Kepada Kaedah Kajian Tindakan.................................................... 284 5.12 Kesimpulan Kepada Strategi Intervensi Yang Dijalankan .................................. 285 5.13 Implikasi Terhadap Amalan/Praktik.................................................................... 287 5.14 Implikasi Terhadap Teori Dan Kaedah ............................................................... 287 5.15 Implikasi Strategi Sumbang Saran Kepada Pelajar ............................................. 288 5.16 Implikasi Strategi Sumbang Saran Kepada Pensyarah Kursus ........................... 289 5.17 Sumbangan Penyelidikan Terhadap Ilmu Pengetahuan Reka Bentuk Tekstil ............................................................................................ 290 5.17.1
Kerangka Kerja Untuk Tujuan Perbincangan Ke Atas Kaedah Pelaksanaan Reka Bentuk Tekstil ........................................... 290
5.17.2
Model Integrasi Dan Penyelesaian Masalah ........................................ 293
5.17.3
Model Integrasi Penjanaan Idea Reka Bentuk Tekstil ........................ 295
5.17.4
Kerangka Kerja Pembangunan Kaedah Penjanaan Idea ..................... 297 5.17.4.1
Idea ..................................................................................... 298
5.17.4.2
Konsep ................................................................................ 298
5.17.4.3
Reka Bentuk ....................................................................... 299 xx
5.17.5
Garis Panduan Penilaian Pelajar dan Pensyarah ................................. 299
5.18 Cadangan Hasil Dari Penyelidikan ...................................................................... 300 5.19 Penambahbaikan Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran ................................... 300 5.19.1
Sangkutan Akademia Pensyarah .......................................................... 301
5.19.2
Kursus Reka Bentuk Kurikulum Dan Silibus ....................................... 302
5.19.3
Kursus Pengajaran Berkala................................................................... 303
5.20 Cadangan Penambahbaikan Proses Reka Bentuk Tekstil ................................... 304 5.20.1
Matlamat Reka Bentuk ......................................................................... 304
5.20.2
Pemikiran Reka Bentuk ........................................................................ 305
5.20.3
Teknik Kreativiti Berkumpulan ............................................................ 306
5.20.4
Pensyarah Pelawat Dari Industri .......................................................... 307
5.21 Cadangan Model Reka Bentuk Tekstil ................................................................ 307 5.21.1
Cadangan Model Proses Reka Bentuk A.............................................. 308
5.21.2
Cadangan Model Proses Reka Bentuk B .............................................. 309
5.21.3
Cadangan Model Proses Reka Bentuk C .............................................. 311
5.22 Cadangan Untuk Penyelidikan Di Masa Hadapan .............................................. 312 5.23 Bidang Yang Berpotensi Untuk Dikaji................................................................ 313 5.24 Kesimpulan .......................................................................................................... 314
RUJUKAN
................................................................................................................ 317
Lampiran A ................................................................................................................ 325 Lampiran B ................................................................................................................ 331 Lampiran C ................................................................................................................ 337 Senarai Penerbitan Dan Pembentangan Kertas Kerja ................................................... 367
xxi
SENARAI GAMBAR RAJAH Rajah 1.0:
Proses Penyelidikan Reka Bentuk Tekstil ................................................... 4
Rajah 1.1:
Proses Reka Bentuk Tekstil (Tema Projek) ................................................ 5
Rajah 1.2:
Proses Reka Bentuk Tekstil (Penyelidikan Visual)..................................... 6
Rajah 1.3:
Proses Reka Bentuk Tekstil (Pengembangan Idea)..................................... 7
Rajah 1.4:
Proses Reka Bentuk Tekstil (Cadangan Reka Bentuk) ............................... 8
Rajah 1.5:
Hierarki Keutamaan Terhadap Isu Proses Penyelidikan Reka Bentuk Tekstil ............................................................ 10
Rajah 1.6:
Empat Peringkat Penilaian Hasil Kerja Pelajar ......................................... 13
Rajah 1.7:
Proses Preskriptif Mengenalpasti Dan Pengesahan Kepada Isu Penyelidikan ............................................... 14
Rajah 2.0:
Carta Proses Reka Bentuk Tekstil (2008-2014) ........................................ 30
Rajah 2.1:
Implikasi Teori Piaget dan Vygotsky ........................................................ 50
Rajah 2.2:
Enam Tahap Penjanaan Kreativiti Individu Oleh Torrence (1967) .......... 54
Rajah 2.3:
Model Taksonomi Bloom Pemikiran Divergen ........................................ 57
Rajah 2.4:
Model Taksonomi Bloom Pemikiran Konvergen ..................................... 58
Rajah 2.5:
Implikasi Taksonomi Bloom Ke Atas Sumbang Saran ............................. 60
Rajah 2.6:
Kitaran Pembelajaran Melalui Pengalaman .............................................. 72
Rajah 2.7:
Model Proses Reka Bentuk Archer (1984) ............................................... 96
Rajah 2.8:
Model Proses Reka Bentuk Lamb dan Kallal (1992) .............................. 101
Rajah 2.9:
Model Proses Reka Bentuk DeJonge (1984)........................................... 103
Rajah 2.10: Model Proses Reka Bentuk IDEO (2015) ............................................... 108 Rajah 3.0:
Diagram Proses Reka Bentuk Penyelidikan ............................................ 115
Rajah 3.1:
Diagram Proses Reka Bentuk Kualitatif ................................................. 116
Rajah 3.2:
Ujian Pra dan Pasca Satu Kumpulan ....................................................... 116
Rajah 3.3:
Kitaran Kajian Tindakan Zuber Skerritt (1997) ...................................... 121 xxii
Rajah 3.4:
Cadangan Model Konseptual Penjanaan Idea Reka Bentuk Tekstil ....... 123
Rajah 3.5:
Carta Alir Proses Analisis Data Melalui Kitaran Tindakan .................... 137
Rajah 3.6:
Carta Proses Analisis Data Kualitatif ...................................................... 139
Rajah 4.0:
Carta Alir Proses Pengumpulan Data Melalui Kitaran Tindakan ........... 146
Rajah 4.1:
Carta Alir Kitaran Kajian Tindakan ........................................................ 152
Rajah 4.2:
Carta Alir Ujian Diagnostik Menjana Idea ............................................. 153
Rajah 4.3:
Proses Reka Bentuk Peringkat 1 Tema Penyelidikan (Bahan Kajian) .... 162
Rajah 4.4:
Carta Alir Proses Tindakan 1 .................................................................. 164
Rajah 4.5:
Carta Alir Operasi Sumbang Saran Individu Kitaran 1........................... 164
Rajah 4.6:
Carta Alir Proses Tindakan Satu Kitaran 2 ............................................. 183
Rajah 4.7:
Carta Alir Strategi Sumbang Saran Berkumpulan Kitaran 2 .................. 184
Rajah 4.8:
Carta Alir Proses Tindakan Satu Kitaran 3 ............................................. 201
Rajah 4.9:
Carta Alir Strategi Intervensi Kitaran 3 .................................................. 202
Rajah 4.10: Cadangan Carta Alir Proses Penyelidikan Reka Bentuk Tekstil Pensyarah Kanan A ............................................... 224 Rajah 4.11: Cadangan Carta Alir Proses Penyelidikan Reka Bentuk Tekstil Pensyarah Kanan B ............................................... 225 Rajah 4.12: Diagram Triangulasi Data Untuk Soalan Penyelidikan 1 ....................... 227 Rajah 4.13: Diagram Triangulasi Data Untuk Soalan Penyelidikan 2 ....................... 233 Rajah 5.0:
Kerangka Kerja Untuk Tujuan Perbincangan Ke Atas Pelaksanaan Proses Reka Bentuk Tekstil .................................. 292
Rajah 5.1:
Konsep Penjanaan Idea Reka Bentuk Tekstil ......................................... 294
Rajah 5.2:
Cadangan Model Integrasi Penjanaan Idea Reka Bentuk Tekstil ........... 295
Rajah 5.3:
Kitaran Reka Bentuk Untuk Bidang Reka Bentuk Yang Lain ................ 298
Rajah 5.4:
Proses Reka Bentuk IDEO (2012) .......................................................... 306
Rajah 5.5:
Cadangan Model Proses Reka Bentuk A ................................................ 308 xxiii
Rajah 5.6:
Cadangan Model Proses Reka Bentuk B................................................. 309
Rajah 5.7:
Cadangan Model Proses Reka Bentuk C................................................. 311
xxiv
SENARAI JADUAL
Jadual 2.0:
Kronologi Silibus Program Seni Reka Tekstil .......................................... 29
Jadual 2.1:
Perbezaan Taksonomi Bloom Dan Gagne ................................................ 69
Jadual 2.2:
Proses Reka Bentuk Dan Penyelesaian Masalah Kreatif Koberg Dan Bagnal....................................................................... 94
Jadual 2.3:
Model Proses Reka Bentuk Jones ............................................................. 97
Jadual 2.4:
Model Proses Reka Bentuk Watkins ....................................................... 100
Jadual 3.0:
Taburan Jumlah Keseluruhan Responden Lepasan STPM Semester Mac 2013 - September 2013 .......................... 125
Jadual 4.0:
Struktur Kod Kualitatif............................................................................ 150
Jadual 4.1:
Skor Ujian Diagnostik Menjana Idea (Ujian Pra) ................................... 155
Jadual 4.2:
Skor Ujian Kreativiti Menjana Idea (Ujian Pasca).................................. 226
Jadual 4.3:
Keperluan Menjana Dan Menghalusi Idea .............................................. 233
Jadual 4.4:
Keputusan Ujian-T Untuk Perbandingan Kuantiti Kelancaran Idea Ujian Pra dan Pasca ................................................................................. 263
Jadual 4.5:
Keputusan Ujian-T Untuk Perbandingan Fleksibiliti Idea Ujian Pra dan Pasca ................................................................................. 263
Jadual 4.6:
Keputusan Ujian-T Untuk Perbandingan Kualiti Idea Ujian Pra dan Pasca ................................................................................. 264
xxv
SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN
ATLAS.Ti
Perisian Interpretasi Teks
DIKN
Dasar Industri Kreatif Negara
DIVERGEN
Pemikiran Mencapah
DOMAIN
Bidang Spesifik
EFEKTIF
Berkesan Dari Aspek Kos, Masa dan Tenaga
FLEKSIBEL
Boleh Diubah
FSSR
Fakulti Seni Lukis & Seni Reka
IDEO
Model Pemikiran Dan Proses Reka Bentuk
KBAR
Kemahiran Berfikir Aras Rendah
KBAT
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
KDNK
Keluaran Dalam Negara Kasar
KOGNITIVIS
Ahli Kognitif
KONVERGEN
Pemikiran Kritis Menumpu Kepada Idea Berkualiti
KPT
Kementerian Pengajian Tinggi
MENGHALUSI IDEA
Proses Kreatif Pengaktegorian Idea
MENJANA IDEA
Proses Mendapatkan Idea
OBE
Outcome Based Education
P&P
Pengajaran Dan Pembelajaran
SCAFFOLDING
Sokongan Pendidik Kepada Pelajar
SPSS
Statistical Package For Social Science
STPM
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
UiTM
Universiti Teknologi MARA
ZPD
Zone Of Proximal Development
xxvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN A Lampiran 1:
Surat Kebenaran Mengumpul Data (Dekan FSSR)
Lampiran 2:
Surat Persetujuan Responden Untuk Turut Serta Dalam Penyelidikan
Lampiran 3:
Surat Lantikan Sebagai Penilai Projek Reka Bentuk
LAMPIRAN B Lampiran 1:
Borang Ujian Kreativiti Menjana Idea
Lampiran 2:
Borang Skor Penilaian Projek Reka Bentuk Oleh Pensyarah
Lampiran 3:
Maklumat Kursus Reka Bentuk Tekstil 1
Lampiran 4:
Maklumat Kursus Reka Bentuk Tekstil 2
LAMPIRAN C Lampiran 1:
Taklimat Projek Reka Bentuk (Project Brief)
Lampiran 2:
Rubrik Penilaian Projek Reka Bentuk Tekstil
Lampiran 3:
Contoh Nota Lapangan (Catatan Kuliah)
Lampiran 4:
Soalan Temubual Pensyarah Dan Pelajar
Lampiran 6:
Keputusan Markah Pelajar Untuk Kursus Eksplorasi Penyelidikan Reka Bentuk Tekstil (TXD418) Semester Mac 2013 – Julai 2013
Lampiran 7:
Keputusan Markah Pelajar Untuk Kursus Eksplorasi Penyelidikan Reka Bentuk Tekstil (TXD418) Semester Sept 2013 – Feb 2014
Lampiran 8:
Pelan Pengajaran Untuk Kursus Eksplorasi Penyelidikan Reka Bentuk Tekstil (TXD418)
Lampiran 9:
Contoh Informasi Kursus Reka Bentuk Tekstil
xxvii
BAB 1: PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan Kepada Penyelidikan Penjanaan idea adalah salah satu dari beberapa prosedur penting di dalam proses
reka bentuk yang merangkumi bidang pendidikan dan praktis. Menurut Jonson (2005), penjanaan idea adalah proses kreatif menjana, membangun, dan menyampaikan idea baharu, lantas dijadikan sebagai satu elemen asas pemikiran yang berbentuk visual, konkrit dan abstrak. Graham dan Bachmann (2004) pula mentakrifkan penjanaan idea sebagai satu kitaran pemikiran di semua peringkat, daripada inovasi, pembangunan dan realiti. Penjanaan idea penting bagi membolehkan proses pengembangan rangkaian idea baharu melangkaui rangkaian pemikiran yang sedia ada. Penjanaan idea juga digunakan sebagai istilah untuk merujuk kepada peringkat awal untuk membentuk idea baharu sebelum proses analisis terperinci dan membuat pemilihan (Graham & Bachmann, 2004). Peringkat penjanaan idea ini penting bagi menentukan kualiti peluang yang dijana dapat mendorong kualiti kitaran inovasi secara keseluruhan. Di dalam proses reka bentuk juga mempraktikkan penjanaan idea ini di peringkat awal sebagai salah satu prosedur penting untuk idea baharu, membina kefahaman dan menstrukturkan konsep sesebuah tema (Kanneth, 2013). Namun begitu, prosedur penjanaan idea ini berbeza mengikut bidang reka bentuk. Terdapat pelbagai kaedah penjanaan idea bagi setiap program di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka. Penjanaan idea yang dipraktikkan ini terbahagi kepada kaedah formal dan tradisional. Kaedah formal dalam penjanaan idea merujuk kepada kemahiran berfikir (kognitif) secara divergen (kreatif) dan konvergen (kritis). Amalan sumbang saran individu atau berkumpulan merupakan salah satu dari kaedah formal yang dipraktikkan oleh Program Reka Bentuk Perindustrian dan Program Reka Bentuk 1
Grafik & Media Digital, (silibus Program Reka Bentuk Perindustrian dan Program Reka Bentuk Grafik dan Media Digital 2013). Amalan sumbang saran ini juga bukan sahaja dipraktikkan di dalam Program Reka Bentuk Perindustrian Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, malah digunakan oleh beberapa buah universiti awam di Malaysia seperti yang dijelaskan oleh Amer Shakir Zainol (2010) dalam tesis yang bertajuk Factor Influencing Group Brainstorming Performance in Industrial Design Practice. Konteks penyelidikan beliau merujuk kepada amalan sumbang saran yang diamalkan di dalam Program Reka Bentuk Perindustrian di enam buah universiti awam Malaysia. Seterusnya beliau memberikan satu justifikasi amalan sumbang saran digunakan sebagai salah satu dari proses inovasi dalam program reka bentuk perindustrian. Berdasarkan silibus program Seni Reka Tekstil (2012), kaedah tradisional penjanaan idea yang diamalkan di Jabatan Seni Reka tekstil merujuk kepada proses menjana idea melalui kemahiran psikomotor, inspirasi dari alam, elemen dan prinsip reka bentuk, rujukan dari sumber bahan cetak, elektronik serta karya yang pernah dihasilkan adalah sumber rujukan asas untuk proses penghasilan idea. Kaedah ini pada asasnya merupakan penjanaan idea berinspirasi dan bersifat kajian individu. Membuat lakaran adalah salah satu dari kaedah tradisional yang dipraktikkan oleh beberapa Program Reka Bentuk yang lain termasuk Program Reka Bentuk Tekstil, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA Malaysia. 1.2
Latar Belakang Penyelidikan Reka bentuk tekstil pada asasnya merupakan proses untuk mencipta reka bentuk
permukaan (surface design) untuk tenunan, rajutan atau kain cetak (Wiley Suzanne S, 2008). Berbeza dengan penghasilan produk tekstil mentah, bidang reka bentuk tekstil ini memberikan nilai tambah kepada setiap produk tekstil melalui aplikasi reka corak 2
permukaan fabrik itu sendiri (Collier, Bide, & Tortora, 2009). Pereka tekstil adalah individu atau kumpulan yang terlibat dengan aktiviti dan penghasilan rekaan ini yang dijadikan sebagai produk keperluan seperti pakaian dan barangan hiasan dalaman (Fletcher & Grose, 2012). Produk keperluan asas ini menggambarkan kepentingan tekstil dalam kehidupan seharian manusia. Selain dari itu, reka bentuk tekstil juga memainkan peranan di dalam industri fesyen. Tidak dapat dinafikan pereka tekstil berperanan sebagai pencetus idea kreatif dalam reka bentuk di samping memberi inspirasi kepada koleksi, trend, dan gaya seiring dengan perkembangan fesyen dan produk tekstil kontemporari. Kepentingan bidang tekstil ini juga menjadi salah satu komponen penting di dalam Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN, 2009) di bawah kategori Industri Kreatif Seni Budaya. Salah satu objektif utama DIKN ini untuk menjadikan industri kreatif sebagai sektor dinamik yang dapat meningkatkan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK, 2012) negara dan seterusnya menyumbang kepada ekonomi berpendapatan tinggi. Proses reka bentuk adalah gabungan aplikasi kemahiran kognitif, psikomotor dan teknikal yang merangkumi kaedah yang berbeza untuk penghasilan produk tekstil. Kemahiran kognitif yang dimaksudkan ialah kemahiran berfikir secara divergen (kreatif) dan konvergen (kritis). Kemahiran kognitif ini merujuk kepada kemampuan seseorang itu berfikir termasuk memahami, menghafal, mengaplikasi dan menganalisis (Bloom, 1956). Menurut Taksonomi Bloom, kemampuan kognitif merujuk pada kebolehan berfikir secara hierarki yang terdiri dari pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian (Sax, 1980). Dalam konteks proses reka bentuk ini, kemahiran kognitif digunakan dalam penjanaan idea serta penyelesaian masalah. Kemahiran psikomotor pula merujuk kepada keterampilan dan kemampuan seseorang itu bertindak setelah menerima pengalaman belajar. Di dalam alam konteks proses reka
3
bentuk ini, kemahiran psikomotor ini merujuk kepada kemampuan seseorang itu membuat lakaran dan melukis. Program Reka Bentuk Tekstil mempunyai kaedahnya tersendiri dalam proses reka bentuk. Di dalam amalan piawai, proses ini dimulakan dengan mengenal pasti masalah, diikuti dengan penyelidikan, pengembangan idea untuk reka bentuk dan penghasilan produk seperti rajah di bawah:
Tema Projek
Penyelidikan Visual
Pengembangan Idea
Penghasilan Cadangan Reka Bentuk
Rajah 1.0: Proses Penyelidikan Reka Bentuk Tekstil (Silibus Program Reka Bentuk Tekstil 2013) Kepentingan proses reka bentuk adalah untuk memastikan perancangan dan tugasan di semua peringkat dalam proses reka bentuk dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang dipersetujui yang telah dirancang dan akhir sekali untuk menyediakan dokumentasi yang lengkap bermula dari proses awal hingga proses akhir. Proses reka bentuk tekstil ini masih dipraktikkan ke dalam kursus teras reka bentuk. Walaupun proses ini dilihat sebagai satu proses yang efektif dari aspek produksi, kos dan masa, namun terdapat beberapa kelemahan yang dikenal pasti setelah digunakan sekian lama (1974 – 2014). Dalam tempoh ini, tiada perubahan besar yang menekankan kepada aspek kemahiran berfikir secara khusus, (silibus Program Reka Bentuk Tekstil, 2013).
4
1.2.1
Tema Projek
Tema Projek
Penyelidikan Visual (Visualisasi 2D)
Pengembangan Idea
Penghasilan Cadangan Reka Bentuk
Rajah 1.1: Proses Reka Bentuk Tekstil (Tema Projek) Tema projek ini diberikan kepada pelajar pada awal semester dan merupakan preskriptif tentang projek yang akan dijalankan serta keperluan khusus yang dirasakan perlu. Pelajar bebas memilih bahan kajian berasaskan tema yang telah ditetapkan. Tema penyelidikan ini ditentukan oleh pensyarah yang mengendalikan kursus reka bentuk tersebut, namun ada kalanya tema projek berdasarkan kepada situasi semasa yang bersifat kenegerian seperti Tahun Melawat Negeri di Malaysia. Selain dari itu, tema projek yang biasanya diberikan adalah bersifat kebudayaan, warisan, kesenian, alam semula jadi, flora dan fauna. Kebanyakan bahan kajian untuk penyelidikan ini bersifat kitar semula iaitu persamaan idea dari penyelidikan yang sedia ada. Penjanaan idea pada peringkat ini berorientasikan tugasan individu di mana dalam tempoh ini, pelajar diminta untuk memikirkan serta /melahirkan idea tentang tema yang diberikan melalui bahan cetak, elektronik, fotografi dan sumber dari Internet. Idea dan bahan kajian yang diperoleh ini kemudiannya dibincangkan melalui konsultasi bersama pensyarah. Amalan ini dikenal pasti sebagai salah satu isu di mana idea yang dihasilkan oleh pelajar tidak mencapai tahap yang diharapkan kerana kebanyakan pelajar tidak dapat memahami serta memberikan rasional tentang subjek kajian yang dipilih.
5
1.2.2
Penyelidikan Visual
Tema Projek
Penyelidikan Visual
Pengembangan Idea
Penghasilan Cadangan Reka Bentuk
Rajah 1.2: Proses Reka Bentuk Tekstil (Penyelidikan Visual) Setelah pelajar membuat pemilihan bahan kajian berasaskan tema, proses seterusnya adalah meminta pelajar membuat penyelidikan visual dengan membuat kompilasi bahan visual dari pelbagai sumber seperti fotografi, media cetak dan elektronik. Ini bertujuan sebagai sumber inspirasi untuk melakar dan melukis bagi menzahirkan idea. Prosedur ini adalah kaedah asas untuk menjana idea melalui visual yang dihasilkan oleh pelajar. Pelajar diminta untuk melakar dan melukis seberapa banyak bahan kajian yang berkaitan dengan tema. Bahan lakaran dan lukisan yang biasa digunakan adalah terdiri daripada media kering dan basah seperti kertas lukisan, kertas arang, pensel grafit, pensel warna, pastel minyak, pastel lembut, warna air, akrilik dan pensel arang. Semasa penyelidikan ini dijalankan pada 2013, kaedah ini masih dipraktikkan. Dalam tempoh ini juga, pensyarah menetapkan kuantiti lakaran dan lukisan sebanyak enam hingga sembilan helai sebelum penilaian. Penjanaan idea pada peringkat ini lebih bertumpu pada kemahiran psikomotor melukis dan melakar dengan eksperimen ke atas pelbagai media. Walaupun bertujuan untuk menjana idea, namun potensi penerokaan ke atas subjek kajian adalah amat terbatas kerana kefahaman terhadap subjek tidak mendalam. Idea hanya dihasilkan dalam konteks objek semata-mata.
6
1.2.3
Pengembangan Idea
Tema Projek
Penyelidikan Visual
Pengembangan Idea
Penghasilan Cadangan Reka Bentuk
Rajah 1.3: Proses Reka Bentuk Tekstil (Pengembangan Idea) Pengembangan idea adalah peringkat ke tiga dalam proses penyelidikan reka bentuk tekstil. Proses ini juga kesinambungan dari lakaran dan lukisan idea asal yang kemudiannya dikembangkan melalui beberapa kaedah yang bersumberkan inspirasi dan kreativiti pelajar. Sebagai contoh, pelajar boleh merujuk kepada hasil karya pereka terkenal untuk dijadikan sumber inspirasi dari aspek gaya, gubahan, warna dan sebagainya. Proses ini juga mempraktikkan teknik modifikasi dan simplifikasi motif yang terbentuk. Proses ini berterusan sehingga terbentuknya beberapa cadangan reka bentuk yang akan dimajukan ke dalam proses penghasilan produk akhir. Pada peringkat ini, penjanaan idea bersifat tugasan individu yang menyebabkan kreativiti penggayaan dan penggubahan motif tidak berkembang. Perkara ini disebabkan oleh keterbatasan teknik kreativiti pengembangan idea kerana proses hanya menekankan ke atas kemahiran melukis/melakar yang dilaksanakan melalui tugasan individu.
7
1.2.4
Cadangan Reka Bentuk
Tema Projek
Penyelidikan Visual
Pengembangan Idea
Penghasilan Cadangan Reka Bentuk
Rajah 1.4: Proses Reka Bentuk Tekstil (Cadangan Reka Bentuk) Penghasilan produk akhir adalah proses akhir di dalam proses penyelidikan reka bentuk tekstil. Produk yang dihasilkan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu dua dimensi seperti kain batik, tekstil cetak dan tekstil tenunan. Kategori yang ke dua merupakan penghasilan produk tiga dimensi seperti kraf, aplikasi batik untuk produk seperti fesyen, kemasan lembut, kusyen dan sebagainya. Aktiviti penjanaan idea pada proses ini banyak tertumpu pada proses lakaran, melukis dan menggubah idea yang berlaku di peringkat pengembangan idea. Oleh yang demikian, proses penyelidikan reka bentuk tekstil yang sedia ada ini dilihat sebagai satu proses yang tidak lengkap terutamanya kepada penekanan kemahiran berfikir dalam menjana idea dan menyelesaikan masalah. 1.3
Kajian Rintis (Pilot Study) Penyelidik adalah seorang pensyarah Program Reka Bentuk Tekstil yang terlibat
secara langsung selama 14 tahun mengajar kursus reka bentuk tekstil ini. Sepanjang pengalaman mengajar, penyelidik menemui pelbagai isu khususnya berkaitan dengan masalah ketidakbolehan pelajar menguasai beberapa kemahiran seperti mengenal pasti masalah, mengklasifikasi, mengaplikasi, mengkategorikan idea dan tidak dapat memberi justifikasi tentang karya yang dihasilkan. Selain dari itu, kebanyakan pelajar 8
juga mempunyai masalah tidak boleh melukis di samping tidak dapat berkomunikasi secara efektif. Penyataan di atas adalah berdasarkan kepada pengalaman penyelidik sebagai pensyarah yang mengajar kursus reka bentuk tekstil. Di dalam konteks menjalankan penyelidikan, isu berbangkit itu tidak cukup kuat untuk dijadikan sebagai keperluan untuk menjalankan penyelidikan kerana berbentuk pengalaman peribadi dan tiada justifikasi kukuh untuk merumuskannya sebagai satu isu kolektif di Jabatan Seni Reka Tekstil Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA Malaysia. Sebagai inisiatif, penyelidik telah menjalankan satu kajian rintis (pilot study) pada September 2012 bagi mengenal pasti semula masalah yang wujud khusus di dalam proses reka bentuk. Penyelidik menggunakan tiga instrumen utama iaitu: i. Temu bual Tidak Berstruktur. ii. Pemerhatian Tidak Berstruktur. iii. Analisis Dokumen Dari Jabatan. Temu bual dijalankan dengan menemu bual empat orang pensyarah dan tiga orang pelajar kursus teras reka bentuk tekstil bagi mendapatkan maklumat berkenaan masalah yang sering dihadapi. Penyelidik juga menjalankan pemerhatian ke atas kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam studio. Hasil dari kajian rintis, penyelidik dapat merumuskan beberapa isu berbangkit mengikut hierarki keutamaan.
9
Pelajar tidak mempunyai idea dalam membuat rekaan (idea kitar semula / keterbatasan jumlah idea / idea tidak berkualiti Pelajar tidak boleh melukis Pelajar tidak dapat menyelesaikan masalah reka bentuk Pelajar tidak berkomunikasi dengan pensyarah atau sesama mereka Pelajar tidak faham kehendak pensyarah Studio tidak kondusif / kekurangan fasiliti Pelajar tidak bermotivasi
Rajah 1.5: Hierarki Keutamaan Terhadap Isu Proses Penyelidikan Reka Bentuk Tekstil. (Hasil Dapatan Kajian Rintis Yang Dijalankan Pada 9 September – 13 November 2012) 1.3.1
Rumusan Dari Kajian Rintis Temu Bual Pelajar Hasil dari temu bual dan pemerhatian yang dijalankan, penyelidik dapat
membuat rumusan isu yang paling utama dihadapi oleh pelajar adalah ketidakbolehan mereka menghasilkan idea baharu di dalam proses reka bentuk bermula dari pemilihan tema kajian, idea dan lakaran, pengembangan idea dan cadangan reka bentuk. Pelajar melihat proses keseluruhan reka bentuk tekstil ini sebagai satu proses yang susah untuk dijalankan. Salah satu sebab adalah kerana kemahiran dan teknik penjanaan idea tidak diajar. Pelajar juga memberi maklum balas mereka sukar untuk memahami arahan dan kandungan kursus oleh pensyarah.
10
1.3.2
Hasil Pemerhatian Tidak Berstruktur Di Dalam Studio Melalui pemerhatian yang dijalankan, penyelidik juga mendapati hasil kerja
pelajar tidak berada pada tahap yang memuaskan pada tiga peringkat pertama proses reka bentuk iaitu pemilihan bahan kajian, penyelidikan visual dan pengembangan idea. Kuantiti dan kualiti idea yang dipilih juga berada pada tahap rendah. Ini dizahirkan melalui lakaran bahan kajian yang dilihat tidak mencapai standard yang diharapkan. Bagi pemilihan bahan kajian, pada dua minggu pertama kuliah, penyelidik mendapati pelajar masih merasa tidak yakin dengan bahan kajian yang dipilih. Ini disebabkan kekurangan informasi tentang potensi bahan kajian tersebut untuk diketengahkan. Kebanyakan idea bahan kajian tersebut adalah hasil dari kitar semula idea yang telah dibuat oleh pelajar yang terdahulu. Selain itu, penyelidik juga mendapati pelajar tidak banyak berkomunikasi sesama mereka dan enggan mendedahkan hasil kerja mereka di hadapan pelajar lain. Kemajuan (progress) kerja pelajar dipantau oleh pensyarah dan sesi konsultasi dilakukan secara individu. Oleh itu, pelajar lain tidak dapat mengetahui apa yang sedang dibincangkan. Situasi ini dilihat sebagai satu gaya pembelajaran tertutup di mana pelajar bersifat pasif dan ada kalanya tidak bermotivasi di dalam studio. 1.3.3
Rumusan Dari Kajian Rintis Temu Bual Pensyarah Hasil dapatan dari temu bual bersama pensyarah, penyelidik mendapati kaedah
pengajaran yang dijalankan adalah mengikut silibus kursus reka bentuk tekstil yang telah ditetapkan. Pensyarah menggunakan pelan pengajaran 14 minggu yang selari dengan silibus yang ditetapkan. Pensyarah juga memberi maklum balas kebanyakan pelajar semester satu memerlukan masa untuk memahami sepenuhnya proses reka bentuk kerana sebelum ini, pelajar tidak mendapat pendedahan terhadap proses penyelidikan reka bentuk tekstil dan ada di antara mereka tidak boleh melukis. Ini 11
berlaku terutamanya pada pelajar semester satu kerana mereka tiada asas dalam seni lukis dan seni reka. Pensyarah juga masih mengekalkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada. 1.3.4
Rumusan Dari Kajian Rintis Pemerhatian Di Dalam Studio Melalui pemerhatian ke atas proses pengajaran dan pembelajaran pula,
penyelidik mendapati pensyarah yang mengajar proses penyelidikan reka bentuk tekstil tidak melaksana dan menekankan kemahiran menjana idea kepada pelajar. Penyelidik memerhatikan hal ini sehingga minggu ke enam sesi kuliah. Pensyarah secara konsisten memberi fokus kepada kemahiran psikomotor seperti membuat lakaran, lukisan, sudut pandangan, elemen dan prinsip rekaan serta sumber inspirasi dari media cetak dan elektronik. Penyelidik juga mendapati proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan proses reka bentuk tekstil ini adalah dua proses yang berbeza. Pensyarah berperanan sebagai pensyarah dan pada masa yang sama bertindak sebagai pereka. Hasil pemerhatian ini juga mendapati gaya pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan adalah berpusatkan pensyarah (lecturer centered learning). Ini diperhatikan melalui sesi konsultasi hasil kerja pelajar yang bersifat komunikasi individu antara pelajar dan pensyarah. 1.3.5
Hasil Analisis Silibus Kursus Penyelidik menjalankan analisis silibus kursus bagi mengenal pasti persamaan
dan kelainan kandungan silibus kursus yang melibatkan proses reka bentuk tekstil. Analisis dijalankan dengan menyemak/memeriksa kembali dua silibus diploma dan tiga silibus ijazah sarjana muda (kepujian). Hasil dari analisis ini, penyelidik mendapati semua kursus yang melibatkan proses reka bentuk tekstil mempunyai prosedur operasi 12
yang sama walaupun silibus ini telah bertukar sebanyak tiga kali untuk Ijazah Sarjana Muda, dan dua kali untuk Diploma. Jam kredit untuk kursus ini juga ada di antaranya tidak berubah dan silibus ini tidak menyatakan tentang pelaksanaan kemahiran kognitif secara formal. 1.3.6
Penilaian Hasil Kerja Pelajar
Penilaian hasil kerja pelajar dilakukan secara formatif. Terdapat empat peringkat penilaian seperti gambar rajah di bawah.
Peringkat 1 Tema Penyelidikan (bahan kajian)
Peringkat 2 Penyelidikan Visual (lakaran, lukisan 2D & 3D, eksperimentasi )
Peringkat 3 Pengembangan Idea (modifikasi, simplifikasi, susun atur, cadangan reka bentuk)
Peringkat 4 Cadangan Reka bentuk (aplikasi cadangan reka bentuk 2 dan 3 dimensi)
Rajah 1.6: Empat Peringkat Penilaian Hasil Kerja Pelajar Penilaian peringkat pertama dilakukan pada minggu ke empat yang menggabungkan penilaian tema penyelidikan dan penyelidikan visual. Penilaian ini dilakukan untuk menilai idea melalui bahan kajian, lakaran, lukisan serta beberapa eksperimentasi lakaran dan lukisan. Penilaian peringkat ke dua pula dijalankan pada minggu ke lapan yang memfokuskan kepada penilaian pengembangan idea yang melibatkan hasil modifikasi dan simplifikasi bahan kajian atau motif, susun atur rekaan dan cadangan reka bentuk. Penilaian peringkat ke tiga dijalankan pada minggu ke 14 yang melibatkan aplikasi reka bentuk ke atas produk. Melalui penilaian yang dijalankan, penyelidik mendapati rubrik penilaian yang digunakan adalah terlalu ringkas serta tidak selaras dengan objektif kursus. Markah yang diperoleh pelajar juga kurang memberangsangkan di mana purata pelajar 13
memperoleh sekitar gred (B) dan (B-) (sila rujuk lampiran). Melalui pemerhatian semasa penilaian, penyelidik juga mendapati pelajar tidak dapat mempersembahkan hasil kerja mereka secara konklusif. Pelajar didapati tidak yakin dengan hasil kerja mereka. 1.3.7 Rumusan Keseluruhan Kajian Rintis Penyelidik melihat dalam pelbagai aspek dalam mengenal pasti isu yang wujud. Melalui pemerhatian di dalam studio, jelas mengesahkan seperti mana a isu yang dinyatakan oleh penyelidik melalui pengalaman mengajar terdahulu. Pelajar tidak dapat mengenal pasti masalah, menjana, mengklasifikasi, mengaplikasi, mengkategorikan idea dan tidak dapat memberi justifikasi tentang karya yang dihasilkan. Pemerhatian di dalam studio juga memperlihatkan tiada perlaksanaan teknik penjanaan idea khusus berteraskan kemahiran kognitif. Di samping itu, gaya pembelajaran adalah bersifat tradisional berpusatkan pensyarah di mana pelajar tidak memainkan peranan aktif semasa sesi pembelajaran dijalankan. Terdapat beberapa faktor lain yang dapat dijadikan isu seperti kandungan silibus reka bentuk tekstil itu sendiri tidak komprehensif dan lebih menekankan kemahiran psikomotor seperti membuat lakaran, melukis dan sebagainya. Sebagai kesimpulan, isu utama yang dikenal pasti pada kajian rintis ini adalah ketiadaan perancangan dan pelaksanaan kepada kemahiran berfikir secara khusus di dalam proses reka bentuk tekstil.
Pengalaman Mengajar
Kajian Rintis
Refleksi
Pengesahan Kepada Isu
Rajah 1.7: Proses Mengenal pasti dan Pengesahan Kepada Isu Penyelidikan
14
1.4
Penyataan Masalah Hasil dapatan dari kajian rintis yang dijalankan, penyelidik telah membuat satu
kesimpulan iaitu isu utama di dalam proses reka bentuk tekstil adalah berdasarkan kepada ketiadaan teknik penjanaan idea berasaskan kemahiran kognitif dalam proses reka bentuk tekstil. Ini telah menyebabkan ketidakbolehan pelajar menghasilkan ideaidea kreatif dan menyelesaikan masalah pada setiap peringkat reka bentuk. Aplikasi tunggal penjanaan idea yang sedia ada memberi penekanan pada kemahiran psikomotor melukis dan melakar bagi menzahirkan kreativiti penghasilan sesuatu reka bentuk. Dalam proses reka bentuk tekstil, kemahiran ini khususnya digunakan pada peringkat penyelidikan visual, pengembangan idea dan cadangan reka bentuk. Pada zahirnya, tidak terlihat kepincangan terhadap amalan penjanaan idea melukis dan melakar ini, sebaliknya masih kekal relevan dalam proses reka bentuk. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kelemahan dari aspek kreativiti melalui kuantiti dan kualiti idea yang dihasilkan. Melalui kemahiran melukis dan melakar, kuantiti penghasilan idea adalah sedikit dan terhad kepada pengetahuan pra sesuatu subjek kajian. Di samping itu, eksplorasi ke atas bahan kajian juga sangat terbatas. Kualiti idea yang dihasilkan didapati bersifat stereotaip, pengulangan ke atas idea-idea yang pernah dihasilkan, dan idea-idea tidak dapat dihubungkan dan dikembangkan. Isu ini telah menyebabkan ketidakbolehan pelajar untuk meneroka subjek kajian melalui perspektif yang berbeza seterusnya penghasilan karya reka bentuk tekstil tidak sejajar dengan elemen dan tema reka bentuk yang ditetapkan. Di peringkat pembangunan tema, kelemahan ini jelas terbukti melalui kegagalan pelajar untuk mengenal pasti elemen dan imej yang berkaitan dan bersesuaian dengan tema projek reka bentuk. Penyelesaian kepada isu ini memerlukan satu mekanisme yang bersifat integrasi kemahiran psikomotor melukis dan melakar dengan kemahiran kognitif melalui teknik penjanaan idea bersistematik. Melalui sintesis kajian literatur berasaskan 15
konsep sumbang saran yang diperoleh, penyelidik percaya penggunaan tenik sumbang saran
berkategori
mempertingkatkan
dalam
pengajaran
kebolehan
pelajar
reka
bentuk
menjana
dan
tekstil
berpotensi
menghalusi
idea
untuk lantas
menyelesaikan isu yang berkaitan dalam proses reka bentuk. Oleh yang demikian, teknik penjanaan idea bersistematik perlu dibangunkan pada setiap aras proses reka bentuk dan dilaksanakan dalam pengajaran reka bentuk tekstil. 1.5
Tujuan Penyelidikan Tujuan penyelidikan ini adalah untuk membina justifikasi empirikal terhadap
potensi sumbang saran sebagai teknik penjanaan idea dalam reka bentuk tekstil melalui integrasi teknik, kemahiran dan keperluan-keperluan yang menyumbang kepada keberkesanannya. Konsep dalam penjanaan idea ini perlu dibentuk melalui pendekatan kemahiran
kognitif
(kreativiti
berkumpulan)
dan
kemahiran
psikomotor
melukis/melakar bagi memaksimumkan potensi penghasilan idea-idea kreatif reka bentuk tekstil. 1.6
Objektif Penyelidikan Objektif penyelidikan ini adalah berdasarkan kepada isu yang dikenal pasti
melalui kajian rintis yang dijalankan. Bagi menyempurnakan penyelidikan ini, penyelidik telah membentuk dua objektif utama seperti berikut: a)
Objektif Umum Objektif umum penyelidikan ini adalah untuk membangunkan model empirikal
penjanaan idea reka bentuk tekstil melalui teknik sumbang saran yang berpotensi diaplikasikan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
16
b)
Objektif Khusus Objektif khusus ini berdasarkan kepada tujuan penyelidikan yang diterangkan
iaitu pembinaan konsep penjanaan idea reka bentuk tekstil. Oleh yang demikian, penyelidik telah memberi fokus kepada empat objektif yang bersesuaian dengan tujuan penyelidikan seperti berikut: i.
Meneroka penggunaan teknik sumbang saran dalam membantu pelajar menjana dan menghalusi idea reka bentuk tekstil.
ii.
Mengenal pasti keperluan yang menyumbang kepada keberkesanan teknik sumbang saran dalam reka bentuk tekstil.
iii.
Mengintegrasikan teknik sumbang saran bersama keperluan penyumbang ke dalam proses reka bentuk tekstil.
iv.
Menentukan samada terdapat peningkatan kuantiti dan kualiti idea reka bentuk tekstil melalui intervensi teknik sumbang saran berkategori. Secara amnya, objektif penyelidikan ini adalah bersifat kualitatif dengan
meneroka potensi teknik-teknik sumbang saran yang dijadikan sebagai penjanaan idea reka bentuk tekstil (objektif i, ii dan iii). Namun begitu, penyelidikan ini menggunakan kaedah penyelidikan campuran yang melibatkan skor ujian kreativiti menjana idea. Data dari skor ujian ini adalah bersifat pengukuran pencapaian kreativiti pelajar. Oleh itu, penyelidikan ini melibatkan pengujian signifikan melalui hipotesis (objektif iv). 1.7
Soalan Penyelidikan Penyelidikan ini terdiri daripada tiga soalan yang berdasarkan dari objektif
umum dan khusus. Soalan penyelidikan adalah bersifat eksplorasi dalam membentuk satu kefahaman terhadap fenomena yang dikaji. Oleh yang demikian, penyelidik telah menyediakan tiga soalan penyelidikan seperti berikut:
17
i.
Bagaimanakah peranan sumbang saran membantu pelajar menjana dan menghalusi idea dalam proses reka bentuk tekstil?
ii.
Apakah keperluan yang menyumbang kepada keberkesanan teknik sumbang saran dalam proses reka bentuk tekstil?
iii.
Apakah bentuk integrasi teknik sumbang saran yang menyumbang kepada prosedur reka bentuk tekstil? Dengan terbentuknya soalan penyelidikan ini, maka penyelidik dapat merangka
hipotesis khusus berdasarkan kepada persoalan samada terdapat peningkatan kuantiti dan kualiti idea reka bentuk tekstil melalui intervensi teknik sumbang saran berkategori. 1.8
Hipotesis Kajian H0
Akan terdapat peningkatan yang tidak ketara secara statistik ke atas kuantiti
dan kualiti idea kumpulan eksperimen pada ujian kreativiti penjanaan idea sebelum dan selepas yang mungkin disebabkan oleh penggunaan teknik sumbang saran. 1.9
Skop Penyelidikan Tumpuan umum penyelidikan ini adalah berdasarkan kepada teknik sumbang
saran yang dijadikan sebagai teknik penjanaan idea reka bentuk tekstil. Skop penyelidikan memfokuskan pelajar semester satu, di Jabatan Reka Bentuk Tekstil yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Tekstil (Kepujian) di Universiti Teknologi MARA Malaysia. Konsep sumbang saran ini akan menumpukan kepada dua aspek iaitu: i. Penjanaan idea (kuantiti) ii. Menghalusi idea (kualiti) Objektif penyelidikan memfokuskan pada pembinaan model empirikal penjanaan idea reka bentuk tekstil dengan memberi penekanan kepada aspek kemahiran kognitif dan psikomotor. Oleh yang demikian, penyelidik hanya membina
dan 18
mencadangkan satu model empirikal penjanaan idea yang terdiri daripada keperluankeperluan utama dalam proses reka bentuk tekstil. 1.10
Justifikasi Penyelidikan Justifikasi penyelidikan merujuk pada rasional kajian atau mengapa kajian itu
perlu dilaksanakan, termasuk penerangan ke atas reka bentuk kajian dan kaedah yang digunakan. Penyelidik telah menyediakan justifikasi penyelidikan melalui dua perkara seperti berikut: 1.10.1 Justifikasi Pemilihan Program Reka Bentuk Tekstil, Universiti Teknologi MARA Selain dari tugas hakiki mengajar kursus reka bentuk, pensyarah berperanan untuk membuat perubahan dan penambahbaikan ke atas kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran dari masa ke masa. Program Reka Bentuk Tekstil di Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (FSSR) merupakan perintis dan pelopor yang menyediakan kursus-kursus reka bentuk tekstil di Malaysia (1974 – 2015). Program ini telah melahirkan ramai usahawan bumiputera dan pereka tekstil setelah empat dekad penubuhannya. Justifikasi utama penyelidikan ini dijalankan adalah berpandukan kepada aspirasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan melahirkan usahawan dan pereka tekstil bagi melengkapkan keperluan tenaga mahir yang diperlukan di masa hadapan. Kepentingan bidang tekstil ini juga menjadi salah satu komponen penting di dalam Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN, 2009) di bawah kategori Industri Kreatif Seni Budaya. Salah satu objektif utama DIKN ini untuk menjadikan industri kreatif sebagai sektor dinamik yang dapat meningkatkan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK, 2012) negara dan
seterusnya
menyumbang kepada ekonomi
berpendapatan tinggi. Oleh yang demikian, penyelidikan ini penting bagi memastikan 19
kelangsungan perkhidmatan yang disediakan kekal relevan melalui inovasi kaedah, pendekatan pengajaran dan pembelajaran dari masa ke masa. Justifikasi ke dua, Program Reka Bentuk Tekstil ini adalah peneraju kursuskursus reka bentuk tekstil di Malaysia. Kelebihan ini menjadikan program ini niche dan menjadi rujukan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) yang menawarkan program yang sama. Status peneraju kursus-kursus reka bentuk tekstil akan tergugat sekiranya pensyarah-pensyarah yang mempunyai kepakaran spesifik ini tidak berinisiatif membuat inovasi ke atas kaedah dan pendekatan baharu yang berpotensi diketengahkan. Sebagai contoh, kursus khusus penjanaan idea bersistematik perlu diwujudkan sebagai kursus teras kerana modus operandi kursus berorientasikan reka bentuk memerlukan kreativiti melalui penjanaan idea dan menyelesaikan masalah. Adalah tidak wajar sekiranya IPTA/IPTS yang baru diwujudkan mempunyai kaedah dan pendekatan reka bentuk yang jauh lebih berinovasi untuk kursus-kursus reka bentuk tekstil yang mereka tawarkan. Oleh yang demikian, penyelidikan ini penting sebagai satu justifikasi untuk Program Reka Bentuk Tekstil kekal relevan dan menjadi pilihan pelajar-pelajar dari masa ke masa. 1.10.2 Kepentingan Hasil Penyelidikan Justifikasi penyelidikan kedua ini terletak pada kepentingan hasil penyelidikan bagi membangunkan prosedur penjanaan idea reka bentuk tekstil berasaskan integrasi teknik-teknik sumbang saran melalui strategi intervensi yang melibatkan ujian, pemerhatian dan temu bual pelajar dan pakar bidang. Penyelidikan ini juga penting kerana menguji satu eksperimentasi penggunaan teknik sumbang saran yang dijangka dapat mempertingkatkan kreativiti pelajar dalam menjana dan menghalusi idea, serta dapat menjimatkan masa dan kos dalam proses reka bentuk tekstil.
Justeru
20
penyelidikan ini juga penting untuk dilaksanakan bagi mendalami teknik sumbang saran yang belum dikaji dalam kajian lepas khususnya dalam bidang reka bentuk tekstil. Teknik sumbang saran ini digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang seperti perniagaan, pentadbiran, pengurusan, jualan dan perkhidmatan serta industri kreatif. Pengaplikasian sumbang saran ke dalam proses reka bentuk tekstil dilihat sebagai satu eksperimen untuk merangsang keupayaan penjanaan idea kreatif dan penyelesaian masalah seterusnya memperkembangkan lagi potensi aplikasi sumbang saran dalam bidang reka bentuk secara khusus. 1.11
Manfaat Penyelidikan Setiap penyelidikan ilmiah mempunyai manfaat tersendiri. Hasil dapatan sesuatu
penyelidikan ini biasanya akan memudahkan seseorang penyelidik memahami sesuatu fenomena, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan memperoleh ilmu baharu. Oleh yang demikian, pembentukan konsep pelaksanaan proses reka bentuk tekstil yang komprehensif dapat memberikan manfaat kepada pemegang kepentingan (stake holders). Manfaat penyelidikan ini mencadangkan kepada tiga pemegang kepentingan seperti berikut: 1.11.1 Pelajar Pelajar merupakan pemegang kepentingan utama sebagai pelanggan di Universiti Teknologi MARA Malaysia. Kepentingan penyelidikan ini memberikan manfaat kepada pelajar dengan mengaplikasikan teknik penjanaan idea melalui kemahiran kognitif dan psikomotor. Melalui kombinasi kemahiran ini, teknik sumbang saran dapat diformulasikan sebagai kaedah pembelajaran kolaboratif, mempromosikan aktiviti dan kreativiti berkumpulan.
21
1.11.2 Pensyarah/Fasilitator Sebagai penyedia perkhidmatan, pensyarah berperanan dalam melaksana dan memperbaiki amalan pengajaran dari masa ke masa sesuai dengan keperluan semasa. Inisiatif ke arah penambahbaikan perlu bagi memperbaiki kelemahan kaedah pengajaran yang dilaksanakan. Matlamat penyelidikan ini dapat menyediakan satu konsep pengajaran komprehensif dengan memberi penambahbaikan kepada silibus kursus reka bentuk tekstil yang sedia ada. Selain dari penyediaan teknik penjanaan idea, penyelidikan ini juga dapat dijadikan
sebagai
rujukan
bagi
memperbaiki
amalan
pengajaran
serta
mempertingkatkan kesedaran pensyarah/fasilitator dalam merangka tugasan dan strategi pengajaran yang lebih berkesan di samping memupuk gaya pembelajaran kolaboratif. 1.11.3 Perancang Kurikulum/Silibus Menurut Saylor dan Alexander (1974), kurikulum bermaksud rancangan yang menyediakan semua pembelajaran dengan tujuan memperoleh maklumat dan objektif pendidikan di bawah bimbingan sekolah. Perancang kurikulum adalah individu atau kumpulan yang bertanggungjawab dalam pembentukan sesebuah kurikulum yang terdiri daripada tokoh dan ahli akademik di pusat pengajian tinggi. Kriteria perancang kurikulum ini seharusnya mempunyai latar belakang dalam bidang pendidikan dan pakar di dalam bidangnya sendiri. Dalam konteks ini, perancang kurikulum terdiri dari pensyarah yang mempunyai kepakaran dalam bidang reka bentuk tekstil. Hasil penyelidikan ini dapat dijadikan sebagai konsep bagi membantu pensyarah merangkap perancang kurikulum/silibus merangka kaedah, teknik dan strategi yang sesuai untuk dilaksanakan pada semakan kurikulum yang akan datang. Kaedah ini pula bersifat fleksibel bagi membolehkan nilai tambah bagi memantapkan lagi kaedah yang sedang dilaksanakan. 22
1.12
Definisi Terminologi
Definisi yang disediakan ini membawa istilah khusus bagi menjelaskan terma-terma yang lebih spesifik di dalam penulisan agar mudah difahami oleh pembaca. 1.12.1 Analisis Reflektif Analisis reflektif ini bermaksud kesan dari teori yang dipraktikkan melalui ujian atau pemerhatian yang kemudiannya diaplikasikan ke dalam pemikiran penyelidik. Istilah ini banyak merujuk kepada amalan pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan refleksi ke atas sesuatu intervensi yang telah dijalankan samada memberi kesan yang positif terhadap pencapaian pelajar atau sebaliknya. 1.12.2 Prosedur Reka Bentuk Tekstil Prosedur merujuk kepada proses manakala Reka Bentuk Tekstil merujuk kepada proses kreatif penghasilan reka bentuk produk tekstil. Istilah ini mewakili proses kreatif mengikut empat peringkat pelaksanaan reka bentuk tekstil secara sistematik. 1.12.3 Sumbang Saran Istilah sumbang saran dalam penyelidikan ini adalah alat kreativiti menjana idea reka bentuk tekstil yang berteraskan kepada kuantiti dan kualiti idea yang dijanakan. Kualiti idea terbahagi kepada kategori kefleksibelan dan keaslian idea. 1.12.4 Kreativiti Dalam penyelidikan ini, kreativiti ditakrifkan sebagai kebolehan untuk menghasilkan idea-idea baharu dan unik berasaskan idea yang sedia ada melalui tiga kategori kreativiti penghasilan iaitu kelancaran, fleksibiliti dan keaslian idea.
23
i.
Kelancaran (Fluency) iaitu kebolehan menjana idea-idea yang banyak dan pelbagai.
ii.
Fleksibiliti (Flexibility) iaitu kebolehan untuk menghasilkan idea dalam kategori dan pandangan yang berbeza.
iii.
Keaslian (Originality) iaitu kebolehan untuk menjana idea baharu, unik dan berbeza dari idea-idea biasa.
1.13
Ringkasan BAB 1 Bab ini merupakan latar belakang penyelidikan dan kupasan mengenai isu dan
masalah yang dihadapi oleh pensyarah-pensyarah kursus reka bentuk tekstil. Isu ketiadaan teknik penjanaan idea berasaskan kemahiran kognitif sebagai faktor utama yang memberi kesan kepada pencapaian pelajar-pelajar Jabatan Seni Reka Tekstil terutamanya semester satu. Silibus kursus hanyalah sebagai panduan sukatan pelajaran dan pengendalian kelas manakala kaedah pengajaran dijalankan mengikut gaya pengajaran bersifat individu. Ini ada kalanya menyebabkan ketidakselarasan dalam penyampaian ilmu kepada pelajar-pelajar kerana ketiadaan kerangka kerja atau prosedur operasi piawai yang seharusnya diikuti oleh pensyarah. Penjanaan idea adalah salah satu dari keperluan-keperluan penting dalam proses reka bentuk. Teknik penjanaan idea reka bentuk tekstil ini memerlukan prosedur yang lebih lengkap berbanding yang sedia ada. Penekanan kepada kemahiran kognitif dizahirkan melalui kreativiti menjana dan menghalusi idea yang terdiri dari kategori kelancaran menjana idea, fleksibiliti melalui pengkategorian idea dan keaslian idea unik yang lain dari idea kebiasaan. Alat kreativiti yang digunakan ini dinamakan teknik sumbang saran. Melalui dapatan kajian rintis yang dijalankan, isu utama telah dikenal pasti iaitu kreativiti penghasilan idea oleh pelajar-pelajar berada pada tahap lemah. Idea yang dihasilkan bersifat kitar semula di samping keterbatasan jumlah idea dan idea 24
tidak berkualiti. Hal ini disebabkan oleh kelemahan pendekatan pengajaran yang hanya menekankan penjanaan idea melalui kemahiran psikomotor dan imitasi (mimicry) semata-mata. Pendekatan ini perlu dipertingkatkan dengan kemahiran kognitif menjana idea dan menyelesaikan masalah reka bentuk. Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi evolusi pendekatan pengajaran reka bentuk adalah latar belakang pensyarah, paradigma tradisional pensyarah, dan inisiatif dan motivasi ke arah pembaharuan. Penyataan masalah dibentuk melalui isu ketiadaan teknik penjanaan idea yang menekankan kepada kemahiran kognitif menjana idea dan menyelesaikan masalah. Oleh yang demikian, proses reka bentuk tekstil itu sendiri dilihat jumud dan tidak fleksibel dalam memenuhi keperluan semasa pelajar. Oleh itu, satu model pelaksanaan pengajaran reka bentuk tekstil berasaskan kemahiran kognitif dan psikomotor perlu dibentuk bagi menyelesaikan isu yang dihadapi. Seperti yang telah diterangkan pada perenggan di atas, tujuan penyelidikan ini adalah untuk membangunkan model empirikal penjanaan idea reka bentuk tekstil melalui kemahiran kognitif dan psikomotor. Kombinasi dua kemahiran ini telah dibuktikan keberkesanannya dengan mengaplikasikan teknik sumbang saran pada empat peringkat proses reka bentuk tekstil. Model penjanaan idea reka bentuk tekstil ini juga terbentuk melalui sintesis dapatan penyelidikan dan model-model proses reka bentuk dari pelbagai bidang. Tujuan penyelidikan telah membentuk empat objektif khusus yang perlu dicapai melalui pendekatan penyelidikan kaedah campuran. Tiga objektif bersifat kualitatif penerokaan fenomena manakala satu objektif bersifat kuantitatif pengujian signifikan melalui ujian kreativiti menjana idea. Kombinasi empat objektif ini membentuk model empirikal penjanaan idea yang berasaskan kepada integrasi teknik sumbang saran. Dalam istilah sebenar penyelidikan, kepentingan penyelidikan adalah satu usaha pengayaan ilmu pengetahuan dalam bidang yang dikaji. Ini merupakan impak yang 25
besar kepada seseorang penyelidik dari aspek ilmu pengetahuan yang diperoleh dan sumbangan ilmu yang boleh disumbangkan ke dalam bidang keilmuan (body of knowledge). Kepentingan penyelidikan ini membentuk manfaat kepada pemegangpemegang kepentingan (stake holders) khusus dalam bidang pendidikan seperti pelajar, pensyarah dan perancang silibus. Aspek kreativiti sebenarnya berlaku semasa proses kreatif menjana dan menyelesaikan masalah. Oleh yang demikian, proses kreativiti pelajar dibentuk melalui aktiviti-aktiviti kognitif samada individu atau berkumpulan. Salah satu konsep yang terbukti berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sumbang saran yang terdiri dari pelbagai teknik yang berpotensi diaplikasikan ke dalam proses reka bentuk tekstil secara khusus.
26
BAB 2: KAJIAN LITERATUR
2.1
Pengenalan Bab ini merangkumi bahan-bahan rujukan yang terdiri daripada latar belakang
sejarah Jabatan Seni Reka Tekstil, dokumen-dokumen rasmi jabatan, falsafah, teori, model, dan jurnal berimpak tinggi (Q1-Q4/Scopus), yang membantu dalam menyediakan informasi dalam bidang yang dikaji secara spesifik. Ini dilakukan mengikut kronologi dalam membina satu fakta naratif sebagai tulang belakang bagi memperkukuhkan penyelidikan. Kajian literatur ini merupakan teras pemerolehan pengetahuan secara kolektif bagi mengupas isu-isu yang berkaitan serta ilmu pengetahuan yang diketahui (known issues) dalam perspektif yang berbeza. Ini memerlukan satu proses sintesis fakta yang terperinci bagi menyediakan satu literatur yang berteraskan inovasi proses reka bentuk tekstil. Kaedah kajian literatur ini dijalankan melalui tiga peringkat iaitu:
i.
Melihat dan mengulas semula (review) dokumentasi rasmi Program Seni Reka Tekstil seperti silibus yang terdahulu hingga yang terkini. Ini bertujuan untuk melihat evolusi kaedah dan pendekatan penjanaan idea melalui silibus kursuskursus yang berteraskan reka bentuk
ii.
Melihat dan mengulas semula (review) teori serta model yang berkaitan dengan penjanaan idea menggunakan teknik sumbang saran.
iii.
Melihat dan mengulas semula (review) alat-alat kreativiti khususnya digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
27
2.2
Jabatan Seni Reka Tekstil
Jabatan Seni Reka Tekstil, Universiti Teknologi MARA merupakan salah satu daripada tiga jabatan terawal ditubuhkan di bawah Sekolah Seni Gunaan yang bergabung dengan Sekolah Seni Bina, Perancangan dan Ukur Tanah. Studio sementara dan ruang kuliahnya terletak di Taman Petaling sebelum berpindah ke Seksyen 17 Petaling Jaya pada tahun 1970 (Ruzaika Omar, 2013). Pertambahan beberapa program dan jumlah pelajar yang meningkat, Sekolah Seni Gunaan ini menukar namanya menjadi Kajian Seni Lukis dan Seni Reka (KSSR). Namun begitu, Kajian Seni KSSR ini masih menggunakan kompleks Sekolah Seni Bina bila lokasinya berpindah ke Shah Alam pada tahun 1974. Akhirnya pada awal tahun 1982, Kajian Seni Lukis dan Seni Reka berpindah ke bangunannya yang baharu dan digunakan sehingga hari ini (2015). Semenjak penubuhannya pada tahun 1971, tiga program awal telah diwujudkan iaitu Seni Halus, Seni Reka Grafik dan Seni Reka Tekstil (Ruzaika Omar, 2013). Silibus yang dikenal pasti pada masa ini mengikut silibus dari Royal College of Art, United Kingdom (RCA). Pengajian yang mengambil masa empat tahun ini adalah bertaraf Diploma yang setaraf dengan Ijazah Am. Pengajian asas mengambil masa dua semester iaitu selama setahun dan diikuti tiga tahun untuk bidang pengkhususan. Begitu juga dengan Jabatan Seni Reka Tekstil di mana kursus yang menjadi pengkhususan pada masa ini adalah percetakan fabrik pada tahun 1971 hingga 1974. Selepas tahun 1975, atas faktor pertambahan tenaga pengajar pada masa itu, pengkhususan batik telah diperkenalkan dan diikuti pengkhususan tenun pada tahun 1978. Pengkhususan ini tidak berjalan serentak kerana beberapa faktor seperti kekangan ruang, kaki tangan dan peralatan dari tahun 1971 hingga 1978. Pada tahun 1982, jabatan ini mendapat bangunan baharu yang menempatkan ke semua program di bawah satu sekolah yang terletak di Shah Alam. Sehubungan itu, tiga pengkhususan 28
bidang seni reka tekstil ini kekal sebagai bidang teras yang masih digunakan hingga sekarang. Kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam program ini menekankan kepada aktiviti studio dan penghasilan karya. 2.3
Kronologi Silibus Program Seni Reka Tekstil Silibus atau sukatan pelajaran sesuatu program ditentukan oleh matlamat
kurikulum yang telah ditetapkan. Program Seni Reka Tekstil ini telah melalui beberapa fasa perubahan silibus yang dilakukan mengikut kesesuaian dari masa ke masa. Terdapat enam kohort silibus yang dikenal pasti seperti rajah berikut.
Jadual 2.0: Kronologi Silibus Program Seni Reka Tekstil Kohort / Silibus 4 tahun Diploma
Tahun 1974 hingga 1995
4 tahun Ijazah Am 4 + 1 tahun Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) 3 tahun Diploma (Kampus Cawangan) 3+2 tahun Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) 21/2 + 2 tahun Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)
1996 hingga 2002 1997 hingga 2002
2.4
2002 hingga 2008 2002 hingga 2008 2008 hingga 2015
Taraf Diploma setaraf Ijazah Am Ijazah Am Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Diploma Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)
Kandungan Silibus Sedia Ada Melalui pemerhatian dan analisis penyelidik, silibus ini mengandungi kursus-
kursus teras reka bentuk tekstil mengikut tahap seperti maklumat dan kod kursus, jumlah jam kredit, hasil pembelajaran, kaedah pengajaran dan pembelajaran, proses reka bentuk, penghasilan karya dan kaedah pemarkahan. Kandungan silibus untuk kursus reka bentuk disusun mengikut dua tahap iaitu penyelidikan reka bentuk dan penghasilan produk reka bentuk tekstil. 29
Tahap penyelidikan reka bentuk dikhususkan untuk semester satu hingga tiga, manakala penghasilan produk pula untuk semester empat hingga enam. Kandungan silibus ini juga menekankan kepada tiga disiplin utama reka bentuk tekstil iaitu tekstil cetak, batik/resis dan tenunan. Hasil dari pemerhatian kepada semua silibus, penyelidik menemui satu titik persamaan dalam proses reka bentuk. Setiap silibus menggunakan proses reka bentuk yang hampir sama dalam sesuatu kursus. Ini dapat diilustrasikan seperti rajah di bawah.
Penyelidikan
Lakaran & Idea
Pengembangan Idea
Cadangan Susun Atur Reka Bentuk
Penghasilan Karya Akhir
Rajah 2.0: Carta Proses Reka Bentuk Tekstil (2008-2015).
2.5
Proses Reka Bentuk Tekstil Mengikut Silibus Bagi kursus-kursus teras reka bentuk, proses reka bentuk yang digunakan adalah
sama dari segi kaedahnya dan berbeza dari segi pelaksanaannya mengikut pensyarah yang mengajar. Ini diakui oleh salah seorang pensyarah kanan reka bentuk tekstil yang menerangkan proses reka bentuk ini digunakan pada hampir semua kursus teras reka bentuk sebagai panduan pengajaran dan pembelajaran di studio reka bentuk. Kursuskursus teras ini meliputi kursus tekstil cetak, batik/resis dan tenunan. Merujuk kepada rajah 2.0 di atas, proses reka bentuk yang diamalkan di Jabatan Seni Reka Tekstil bermula dari prosedur penyelidikan. Ini adalah proses awal bagi setiap kursus teras reka bentuk. Setelah taklimat projek diberikan pada awal semester, pelajar-pelajar diminta untuk menjalankan penyelidikan komprehensif dengan 30
mendapatkan data visual dan fakta bertulis berkenaan dengan tema kajian yang ditetapkan. Pada kebiasaannya, proses ini mengambil masa dua hingga tiga minggu. Pengumpulan serta kompilasi data-data ini diperlukan untuk proses seterusnya. Proses ke dua di dalam carta alir proses rekaan ini adalah lakaran dan idea. Pelajar-pelajar diminta untuk membuat lakaran yang bersesuaian dengan tema kajian. Proses eksplorasi ini juga bertujuan untuk mendapatkan idea visual melalui elemen rekaan seperti bentuk, garisan, ruang, saiz, kepelbagaian sudut pandangan, tekstur dan perincian. Proses ini juga dikenali sebagai Mimesis atau imitasi langsung daripada visual ke kertas lakaran. Proses ke tiga dalam carta alir proses rekaan ini adalah pengembangan idea. Pelajar-pelajar akan diajar untuk mengembangkan idea melalui satu proses yang dinamakan pemudahan (simplification) dan penggayaan (stylization) imej. Proses ini melibatkan kreativiti yang tinggi bagi menghasilkan idea-idea rekaan yang relevan dengan tema projek yang ditetapkan. Proses ini juga dianggap mencabar kredibiliti pensyarah yang mengendalikan kursus kerana aras kreativiti setiap pelajar adalah berbeza. Proses ke empat adalah kesinambungan dari pengembangan idea yang telah dihasilkan. Pelajar-pelajar diminta untuk membuat penggubahan (arrangement) mengikut kesesuaian tema serta menyediakan susun atur akhir (final layout). Proses ini juga menguji kreativiti pelajar dalam mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran yang telah dipelajari. Proses terakhir dalam carta alir reka bentuk ini adalah proses teknikal bagi menghasilkan produk akhir. Proses ini agak berbeza secara teknikalnya mengikut tiga bidang utama iaitu tekstil cetak, batik/resis dan tenunan. Sebagai contoh, untuk menghasilkan produk tenunan, pelajar-pelajar perlu menyediakan bahan-bahan tenunan seperti benang dan mesin tenun.
31
2.6
Kelemahan/Kekurangan Kaedah Penjanaan Idea Sedia Ada Melalui kajian proses reka bentuk berbentuk akademik yang dijalankan,
penyelidik mendapati satu kekurangan di dalam proses reka bentuk ini yang tidak menekankan kepada proses penjanaan idea secara sistematik. Proses ini juga tidak menekankan kepada teknik berfikir dalam menghasilkan idea selain penjanaan idea melalui kemahiran psikomotor. Proses ini dilaksanakan dengan membuat lakaran dan proses imitasi (mimesis) iaitu melakar inspirasi melalui sumber rujukan seperti buku, majalah, media cetak dan elektronik. Oleh yang demikian, satu penyelidikan yang berteraskan pendekatan inovasi konsep pelaksanaan dijadikan sebagai satu keperluan bagi tujuan penambahbaikan pada dua perkara seperti berikut: i.
Penambahbaikan ke atas penjanaan idea reka bentuk tekstil yang sedia ada.
ii. 2.7
Penambahbaikan ke atas pendekatan pengajaran dan pembelajaran.
Keperluan Penyelidikan Berteraskan Inovasi Pada bab satu, penyelidik telah mengupas hubung kait dan implikasi teori dan
model ke atas teknik kreativiti sumbang saran, manakala pada bab dua pula tentang keperluan penyelidikan berteraskan inovasi melalui beberapa landasan teori yang berkaitan dengan proses reka bentuk tekstil. Pada hakikatnya, aspek kreativiti sangat berkait rapat melalui aplikasi teknik sumbang saran dan proses reka bentuk tekstil. Keperluan penyelidikan yang berteraskan inovasi bukan bertujuan untuk mengisi jurang pengetahuan (knowledge gaps) terhadap penyelidikan yang terdahulu. Ini adalah kerana melalui pencarian literatur, belum terdapat rujukan spesifik terhadap aplikasi teknik sumbang saran di dalam proses reka bentuk tekstil. Ini secara langsung menjadikan penyelidikan ini sebagai perintis jurang pengetahuan (knowledge gaps) kepada fenomena yang berpotensi untuk dikaji. Matlamat penambahbaikan terhadap 32
proses reka bentuk yang sedia ada ini adalah melalui beberapa strategi pembelajaran dan aplikasi alat kreativiti bagi tujuan inovasi proses reka bentuk tekstil kontemporari. Konsep penyelidikan ini memfokuskan kepada aspek kemahiran kognitif yang terapkan ke dalam kerangka kerja proses reka bentuk tekstil yang sedia ada. Kreativiti dan inovasi merupakan komponen tertinggi dalam hierarki domain kognitif mengikut model taksonomi Bloom (Bloom, 1956). Pendekatan yang digunakan dalam penyelidikan ini pula adalah strategi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berteraskan kemahiran berfikir konvergen dan divergen, manakala sumbang saran dijadikan alat kreativiti untuk menjana idea dan menyelesaikan masalah. Strategi ini dilihat sebagai satu keperluan untuk tujuan penambahbaikan dari proses reka bentuk tekstil yang sedia ada. 2.8
Ulasan/Semakan Alat Kreativiti Sumbang Saran Dalam Pelbagai Bidang Vernon (2016) dalam kajiannya An Evidence-Based Review of Creative Problem
Solving Tools: A Practitioner’s Resource telah membuat ulasan komprehensif berkenaan alat-alat kreativiti yang digunakan dalam menyelesaikan masalah melalui justifikasi empirikal. Kajian beliau ini memfokuskan kepada program-program latihan berkaitan penyelesaian masalah. Dengan mengetahui samada sesuatu alat kreativiti itu bersesuaian atau sebaliknya, usaha ini dapat menyediakan sumber yang dapat digunakan untuk latihan-latihan penyelesaian masalah kreatif. Vernon juga menegaskan kepentingan latihan kepada penyelesaian masalah kreatif (PMK) memerlukan solusi yang bermanfaat dan praktikal. Solusi ini secara dasarnya terdiri daripada tiga struktur utama yang perlu diberikan penekanan iaitu alat pencarian kepada masalah, penjanaan idea dan penilaian kritikal. Amalan PMK telah terbukti dapat meningkatkan prestasi dan memberi manfaat dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan dan industri. Walaubagaimanapun, menurut Vernon lagi, tidak ramai di antara pengamal PMK ini mengetahui jenis alatalat kreativiti yang bersesuaian digunakan secara khusus dalam sesuatu latihan. 33
Memberikan fokus kepada alat kreativiti yang bersesuaian untuk PMK adalah penting kerana: i.
Alat kreativiti yang bersesuaian dapat dijadikan sumber yang berguna kepada pengamal dan pendidik.
ii.
Alat-alat kreativiti boleh digabungkan untuk membangunkan program latihan yang disokong oleh kajian empirikal.
iii.
Alat kreativiti yang bersesuaian dapat menyediakan beberapa landasan teori ke dalam proses yang berkaitan penyelesaian masalah.
Vernon menggunakan kaedah garis panduan Cochrane bagi tujuan pencarian kajian literatur empirikal untuk mengenal pasti kepelbagaian alat kreativiti yang digunakan untuk menyokong PMK. Kebanyakan pencarian literatur ini diperoleh melalui pencarian pangkalan-pangkalan data seperti EBSCO, JSTOR, PsychINFO, Web of Science dan SCOPUS. Semua artikel yang diperoleh ini disemak menggunakan kriteria kandungan dan metodologi seperti (a) diterbitkan dalam artikel jurnal (b) ditulis dalam Bahasa Inggeris (c) dari pelbagai tahun (d) menggunakan kaedah eksperimen dan kajian kes (e) pemboleh ubah bebas yang dikenal pasti (f) mempunyai hasil dapatan kajian. Hasil dapatan kajian beliau mendapati teknik sumbang saran berada pada kedudukan teratas sebagai alat kreativiti yang sering digunakan oleh penyedia latihan dalam pelbagai bidang. Ini disebabkan oleh modus operandi teknik ini mudah dan sesuai diaplikasikan dalam pelbagai bidang tidak terkecuali kepada penyedia programprogram latihan berkaitan penyelesaian masalah. Teknik kedua yang popular mengikut kesesuaian adalah pemetaan minda yang digunakan sebagai pendekatan visual menyusun dan merumuskan pengetahuan mengenai masalah, mengenal pasti konsep dan hubungan di antara masalah dan konsep penyelesaian. Brainwriting telah dikenal pasti sebagai alat kreativiti yang berada pada kedudukan ketiga banyak digunakan dalam PMK. Ini adalah kerana alat ini adalah satu bentuk modifikasi dari sumbang 34
saran yang bertujuan untuk mengatasi masalah peserta pasif dalam aktiviti sumbang saran. Dengan menetapkan jumlah idea pada setiap peserta, objektif kuantiti dan komitmen peserta dapat dipertingkatkan. Melalui kajian Vernon ini, penyelidik dapat membuat kesimpulan pemilihan alat kreativiti yang bersesuaian sesungguhnya dapat membantu dalam proses penyelesaian masalah dengan berkesan dan menjimatkan kos masa dan tenaga. Kajian Vernon ini juga memberikan inspirasi kepada penyelidik dengan mengenal pasti kombinasi alatalat kreativiti yang mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi sebagai satu justifikasi kepada strategi intervensi yang dijalankan. Sumbang saran, peta minda dan brainwriting adalah alat-alat kreativiti yang bersesuaian dengan kajian yang dijalankan oleh penyelidik terutama untuk tujuan pembangunan model penjanaan idea reka bentuk tekstil. Paul B. Paulus dari Universiti Texas, Arlington telah mengkaji kreativiti dalam kumpulan, dan kajian beliau menunjukkan sumbang saran sebenarnya tidak berperanan seperti yang diharapkan. Dalam aktiviti sumbang saran berkumpulan, peserta perlu bersemuka, lantas peluang untuk berkongsi sepenuhnya maklumat dan pengetahuan adalah terhad kerana hanya seorang peserta sahaja boleh meluahkan idea masingmasing pada satu-satu masa. Paulus et. al. menulis dalam satu kajian mereka yang terbaru mendapati sementara menunggu giliran seseorang peserta untuk berkongsi idea, seseorang itu boleh lupa apa yang ingin dia sampaikan kerana faktor gangguan dari idea sendiri oleh proses perkongsian dalam kumpulan. Mungkin ada penyertaan agak tidak sekata kerana beberapa individu boleh menguasai perbincangan. Dalam ringkasan penyelidikan sumbang saran yang dijalankan oleh Paulus dan Brown (2015) menjelaskan banyak literatur mengenai sumbang saran berkumpulan didapati kurang berkesan berbanding sumbang saran individu. Tetapi ini tidak bermakna kaedah sumbang saran berkumpulan untuk tampil 35
dengan idea-idea baru tidak berfungsi sama sekali. Paulus dan et. al telah mendapati beberapa teknik penambahbaikan boleh meningkatkan keberkesanan sumbang saran. Salah satu teknik yang mereka kaji
adalah brainwriting, di mana ahli pasukan
berkongsi idea melalui kaedah menulis idea-idea mereka ke atas kertas dan bukannya mengumumkannya di khalayak ramai. Kajian menunjukkan brainwriting mempunyai potensi untuk meningkatkan produktiviti kumpulan berbanding dengan kaedah sumbang saran yang secara langsung peserta-peserta perlu bersemuka di dalam kumpulan. Paulus et. al menerangkan brainwriting pada awalnya bukanlah satu prosedur yang biasa digunakan dalam konteks organisasi kerana peserta merasa agak janggal menggunakan teknik ini. Kebanyakan peserta lebih menyenangi teknik sumbang saran lisan walaupun didapati ia kurang berkesan. Ini menunjukkan brainwriting mungkin satu pendekatan yang berkesan dalam persekitaran industri atau organisasi apabila terdapat minat dalam menjana sejumlah besar idea-idea baru. Paulus
(2015)
dalam
kajian
eksploratorinya
bertajuk
Asynchronous
Brainstorming in an Industrial Setting: Exploratory Studies mengulas tentang keberkesanan teknik brainwriting dalam bidang industri. Beliau berpendapat terdapat beberapa kelemahan dalam teknik sumbang saran seperti sekatan kreativiti kerana interaksi dalam kumpulan boleh menghalang penjanaan idea. Untuk mengatasi masalah ini, Paulus berpendapat kaedah verbal yang digunakan pada teknik sumbang saran perlu ditukar kepada kaedah menulis. Pertukaran idea atau maklumat melalui kaedah menulis dalam kumpulan merupakan cara yang berkesan untuk meningkatkan penjanaan idea samada dilakukan secara berkumpulan atau individu. Sejumlah 57 peserta dalam syarikat berteknologi tinggi mengambil bahagian dalam dua kajian brainwriting yang dikendalikan. Untuk kajian pertama, peserta diminta menjana idea samada secara individu atau berkumpulan atau berkumpulan 36
dahulu kemudian secara individu. Untuk kajian yang kedua, peserta diminta untuk menjana idea samada secara berkumpulan sepanjang sesi atau menjana idea secara individu dengan semakan berkala (periodic review). Keputusan dari eksperimen ini mendapati pada kajian pertama, peserta yang menjana idea secara berkumpulan dan kemudian secara individu menunjukkan prestasi yang baik. Pada sesi pertama kajian ini juga mendapati penulisan berkumpulan menghasilkan lebih banyak idea dari penulisan yang dilakukan secara individu. Pada kajian yang kedua, peserta yang menjana idea secara individu menggunakan teknik brainwriting ini menunjukkan prestasi yang baik dibandingkan berkumpulan. Keputusan kajian yang dilakukan oleh Paulus ini menunjukkan kaedah brainwriting yang dilakukan berselang seli melalui individu dan berkumpulan boleh meningkatkan kuantiti idea yang dihasilkan. Melalui kaedah berkumpulan kemudian individu ini memberikan manfaat kerana membolehkan ahli-ahli kumpulan untuk membina idea-idea yang dikongsi. Kajian ini menunjukkan kolaborasi teknik penjanaan idea dapat memberi manfaat dalam menyelesaikan masalah sekiranya paradigma brainwriting digunakan dengan integrasi aktiviti berkumpulan dan individu. Melalui kajian Paulus ini, penyelidik dapat membuat kesimpulan teknik brainwriting adalah penyelesaian kepada kelemahan yang terdapat pada teknik sumbang saran. Teknik brainwriting ini juga sesuai diaplikasikan dalam penjanaan idea reka bentuk tekstil terutama kepada peserta pasif semasa sesi sumbang saran. Aktiviti brainwriting memerlukan integrasi aktiviti berkumpulan dan individu untuk mendapatkan hasil penjanaan idea yang maksimum dari aspek kualiti dan kuantiti. Hasil kajian Paulus ini juga telah memberikan penyelidik satu panduan pengendalian teknik brainwriting melalui integrasi berkumpulan atau individu.
37
Dalam bidang sains tingkah laku (Behaviorial Science), satu kajian oleh Bushe et.al (2015) yang menjalankan kajian eksperimen Comparing the Generativity of Problem Solving and Appreciative Inquiry: A Field Experiment. Kajian beliau membandingkan pendekatan Appreciative Inquiry (AI) yang didakwa sebagai pendekatan generatif yang lebih berkesan berbanding pendekatan penyelesaian masalah yang sedia ada. Bushe menggunakan kaedah eksperimen pra dan pasca klasik melalui tiga proses ujian yang berbeza untuk menghasilkan idea-idea generatif yang ditakrifkan sebagai idea-idea baru bagi mendorong tindakan yang baru. Hipotesis diuji dengan menilai idea-idea yang dihasilkan daripada kumpulan pekerja di sebuah organisasi transit bandar. Hasil eksperimen mendapati kumpulan berasaskan Sinergi menjana lebih tinggi daripada salah seorang daripada kumpulankumpulan lain pada penilaian idea generatif. Keputusan eksperimen melalui peta semantik pra dan pasca oleh peserta menunjukkan perbezaan yang diramalkan dalam kesan penyelesaian masalah dan pendekatan menghargai penglibatan pekerja dalam fasa penjanaan idea daripada proses perubahan, selaras dengan hipotesis AI. Melalui kajian Bushe ini telah membuktikan, selain dari pendekatan penyelesaian masalah yang sedia ada, kaedah sinergi berkumpulan menggunakan AI juga telah berjaya menjana idea-idea bagi tujuan penyelesaian masalah. Dapatan kajian beliau ini juga diadaptasikan ke dalam strategi intervensi yang dijalankan oleh penyelidik melalui sumbang saran kumpulan fokus. Kajian seterusnya berkenaan sumbang saran berkumpulan oleh Levine et.al (2016) yang menjalankan kajian Group brainstorming: When regulatory nonfit enhances performance. Lavine mengkaji faktor motivasi dalam sumbang saran berkumpulan iaitu kesan ke atas prestasi regulatory fit/nonfit berdasarkan startegi kumpulan fokus dan tugasan. menggunakan teori regulatory fit, yang telah terbukti berguna untuk meramal dan menjelaskan pelbagai fenomena motivasi untuk menjana 38
hipotesis tentang keadaan di mana kumpulan sumbang saran akan lebih atau kurang berkesan dalam menjana idea-idea kreatif. Semua ahli kumpulan yang terdiri dari tiga orang dalam satu kumpulan telah ditempatkan samada dalam kumpulan tumpuan promosi atau tumpuan pencegahan. Kumpulan ini kemudiannya diberikan tugasan sumbang saran berkumpulan. Analisis keputusan mendapati kumpulan nonfit menghabiskan lebih banyak masa ke atas tugasan dan menjana kepelbagaian idea dalam kuantiti yang besar berbanding kumpulan fit. Juga seperti mereka diramalkan , tugas pengantara kesan bersama tumpuan peraturan dan strategi tugas kepada penjanaan idea mendapati keputusan selari dengan kepelbagaian idea dan kualiti telah kira dengan beberapa idea-idea yang dijana. Penemuan ini memberi penerangan tentang aspek motivasi sumbang saran kumpulan dan menunjukkan utiliti teori patut kawal selia untuk menerangkan fenomena kumpulan kecil. Melalui kajian Levine ini, penyelidik dapat membuat kesimpulan, selain dari alat kreativiti sumbang saran, faktor kumpulan fokus dan tujuan promosi ini amat kuat mempengaruhi kuantiti dan kualiti penjanaan idea kerana terdapat satu motivasi yang kuat iaitu peserta dijanjikan dengan ganjaran tertentu sekiranya mencapai kuantiti dan kualiti idea yang ditetapkan. Satu kajian tempatan oleh Norseha Unin dan Polin Bearing (2015) yang bertajuk Brainstorming as a Way to Approach Student-Centered Learning in the ESL Classroom yang mempromosikan aktiviti sumbang saran sebagai alat untuk menggalakkan penglibatan bercakap dalam Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. 21 pelajar tingkatan empat dari sebuah sekolah menengah di Kuching telah mengambil bahagian dalam kajian yang dikendalikan oleh mereka. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka jenis aktiviti sumbang saran digunakan dan bagaimana percambahan fikiran telah digunakan untuk menggalakkan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (PBP). Data-data kajian ini diperoleh melalui soal selidik dilengkapkan oleh pelajar, temu bual dengan tiga orang 39
guru Bahasa Inggeris, serta melalui pemerhatian dalam bilik darjah semasa sesi sumbang saran. Hasil kajian menunjukkan aktiviti sumbang saran menggunakan senarai perkataan, pemetaan perkataan, dan juga gambar-gambar adalah jenis yang biasa digunakan dalam tugasan bercakap. Hasil pemerhatian mendapati sumbang saran menyumbang kepada peningkatan motivasi pelajar, keyakinan, dan penyertaan seperti yang ditunjukkan melalui tingkah laku pelajar-pelajar yang positif semasa pemerhatian bilik darjah. Kajian mereka ini bukan sahaja menjadikan penggunaan sumbang saran untuk menangani keengganan pelajar untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris lebih secara sukarela, tetapi juga menyediakan maklumat yang berguna untuk guru-guru untuk menangani keengganan pelajar bercakap di dalam kelas Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Melalui kajian Norseha Unin dan Polin Bearing ini, penyelidik dapat membuat kesimpulan sumbang saran adalah alat kreativiti penjanaan idea yang sesuai digunakan dalam bidang linguistik dalam menggalakkan penglibatan pelajar-pelajar untuk menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar melalui perbualan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Penggunaan teknik sumbang saran juga pernah diaplikasikan ke dalam bidang muzik yang merujuk kepada kajian Gultepe dan Coskun (2016) bertajuk Music and cognitive stimulation influence idea generation. Kajian mereka ini bertujuan untuk mengkaji kesan-kesan muzik dan stimulasi kognitif ke atas kreativiti. Kajian eksperimen ini menetapkan tiga kumpulan peserta iaitu kumpulan kesan positif yang mendengar lagu Vivaldi Spring, kumpulan kesan negatif mendengar lagu Gyorgy Ligeti’s Lux Aeterna dan kumpulan kesan neutral mendengar lagu Chopin’s Waltzes. Selepas itu, semua peserta menjalani aktiviti sumbang saran tentang kelebihan dan kekurangan apabila mempunyai ibu jari tambahan pada setiap tangan. 40
Semasa sesi sumbang saran, peserta-peserta didedahkan dengan lapan perkataan yang mempunyai stimulasi yang tinggi seperti gunting dan sarung tangan dan perkataan yang tidak mempunyai stimulasi yang tinggi seperti perkataan zirafah, singa dan lain-lain. Terdapat juga keadaan stimulasi campuran atau rendah terdiri daripada empat perkataan berstimulasi dan empat perkataan yang tidak berstimulasi. Hasil kajian menunjukkan kumpulan kesan positif dan kumpulan kesan negatif berjaya mempertingkatkan kuantiti penjanaan idea dalam keadaan rangsangan yang rendah, manakala kumpulan kesan neutral berjaya menjana idea dengan kuantiti yang tinggi dalam keadaan rangsangan yang tinggi. Melalui kajian Gultepe dan Coskun ini, penyelidik membuat kesimpulan iaitu stimulasi kognitif yang memberi kesan ke atas kreativiti penghasilan idea secara individu atau kumpulan sangat dipengaruhi oleh teknik sumbang saran yang telah digunakan. Tiga kumpulan eksperimen ini telah menjalani sesi sumbang saran dan didapati stimulasi muzik ini jelas memberi kesan tambahan ke atas keberkesanan sumbang saran dalam kumpulan. Satu kajian berkaitan teknik sumbang saran oleh Rita Di Mascio, Slava Kalyuga dan John Sweller (2016) bertajuk The Effect of Wording and Placement of Task Instructions on Problem-Solving Creativity, telah memberi tumpuan pada aspek kepelbagaian tugasan semasa sesi sumbang saran. Mereka mendapati perbezaan arahan berbentuk perkataan oleh pengendali sumbang saran boleh menyebabkan perbezaan interpretasi ke atas isu atau masalah yang ingin diselesaikan oleh peserta. Kajian mereka ini mengkaji kesan yang berbeza-beza melalui perkataan dan tugasan pengendalian sumbang saran ke atas idea baharu yang lebih praktikal dan berkesan. Eksperimen secara rawak yang dijalankan dalam dua bilik darjah telah mendapati:
41
i.
Sumbang saran dan arahan kreatif telah memberikan kesan kepada beberapa dimensi kreativiti idea berbanding dengan arahan piawai.
ii.
Penggabungan dua arahan hanya meningkatkan sedikit peningkatan kuantiti idea berbanding arahan kreatif.
iii.
Kesan gabungan arahan adalah berbeza mengikut kelas. Keputusan kajian mereka ini menunjukkan pembinaan makna melalui arahan
yang jelas oleh pengendali sumbang saran adalah penting kerana dapat interpretasi dapat mempengaruhi kuantiti dan kualiti idea yang dihasilkan. Selain itu, keputusan dari kajian mereka ini juga membawa kepada cadangan arahan kreativiti mendorong tumpuan promosi semasa menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan. Melalui kajian mereka ini, penyelidik membuat kesimpulan iaitu pengendali sesi sumbang saran memainkan peranan penting dalam memberi arahan yang jelas kerana setiap arahan mempunyai interpretasi yang berbeza mengikut kumpulan. Apabila sesuatu arahan dan tugasan diberikan tidak jelas, kuantiti dan kualiti penjanaan idea juga turut terjejas. Melalui faktor kredibiliti pengendali sumbang saran inilah terletaknya kejayaan menjana idea untuk menyelesaikan sesuatu isu atau masalah. 2.9
Ringkasan Aplikasi Sumbang Saran Dalam Pelbagai Bidang Penyelidik mengambil inisiatif untuk mendapatkan rujukan alat kreativiti
sumbang saran dari pelbagai bidang memandangkan kesukaran untuk mendapatkan literatur khusus aplikasi sumbang saran dalam penjanaan idea dalam reka bentuk tekstil. Setiap literatur yang dinyatakan ini sebenarnya sangat berkaitan dengan konsep dan pelaksanaan penyelidikan ini. Kajian Vernon (2016) membuktikan alat kreativiti sumbang saran adalah yang paling praktikal dalam menjana dan menyelesaikan masalah untuk program-program latihan penyelesaian masalah kreatif dalam bidang pentadbiran dan pengurusan. Oleh itu, penyelidik percaya kajian Vernon ini dapat diaplikasikan dalam bidang reka bentuk 42
tekstil kerana mempunyai matlamat yang sama iaitu penjanaan idea dan menyelesaikan masalah. Dari aspek sumbang saran, pelaksanaannya berbeza melalui kreativiti penghasilan idea. Penjanaan idea reka bentuk tekstil menggunakan perkataan yang kemudiannya diterjemahkan ke dalam bentuk visual, manakala Vernon lebih objektif menyelesaikan isu atau masalah di peringkat pengurusan dan pentadbiran. Kajian Paulus (2015) pula telah memberikan inspirasi kepada penyelidik iaitu terdapat kelemahan pada teknik sumbang saran iaitu dominasi oleh peserta-peserta aktif semasa sesi sumbang saran dijalankan. Paulus telah memperkenalkan dan mengesyorkan teknik brainwriting sebagai teknik alternatif kepada sumbang saran dengan menetapkan kuantiti idea tertentu sebagai objektif aktiviti. Melalui teknik brainwriting ini peserta tidak berasa takut untuk menjana idea kerana dilakukan melalui kaedah menulis idea berbanding mengumumkan idea di khalayak ramai. Oleh itu, penyelidik telah pun mengadaptasikan teknik yang diperkenalkan oleh Paulus ini ke dalam pelaksanaan kajian tindakan melalui strategi intervensi selepas penggunaan teknik sumbang saran. Melalui kajian Bushe (2016), faktor penjanaan idea berkumpulan serta pendekatan Appreciative Inquiry (AI) memainkan peranan penting dalam penjanaan idea. Appreciative Inquiry adalah penambahbaikan kepada sumbang saran melalui soalan-soalan yang betul semasa proses sumbang saran. Ini memberikan penyelidik satu inspirasi dalam merangka soalan-soalan sumbang saran berkumpulan kerana soalan yang betul akan dapat merangsang kognitif peserta seterusnya dapat menjana idea dalam kuantiti dan kualiti yang diharapkan. Levine (2016) meletakkan motivasi sebagai faktor yang kuat mempengaruhi kuantiti dan kualiti idea yang dihasilkan semasa aktiviti sumbang saran. Levine telah meletakkan syarat imbuhan kepada peserta yang menjana idea dalam kuantiti yang besar. Oleh yang demikian, imbuhan atau ganjaran dilihat sebagai satu motivasi bagi 43
mencapai objektif kuantiti idea yang besar menggunakan teknik sumbang saran. Penyelidik menggunakan idea Levine ini sebagai strategi yang merangsang komitmen peserta untuk menjana idea dalam kuantiti yang besar. 2.10
Teori Berkaitan Penjanaan Idea Menggunakan Sumbang Saran Rujukan teori yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah teori pembelajaran
yang berkaitan aspek kognitif, interaksi sosial dan kreativiti. Pemilihan teori-teori ini adalah sejajar dengan konsep utama sumbang saran sebagai teknik penjanaan idea reka bentuk tekstil. Teori-teori ini juga membentuk beberapa model pelaksanaan seperti taksonomi Bloom, model sumbang saran dan model proses reka bentuk (IDEO 2012). Konstruktivism sosial adalah salah satu falsafah pendidikan yang menekankan kolaborasi dalam pembelajaran. Konstruktivism sosial telah dibangunkan oleh ahli psikologi Rusia, Lev Semenovich Vygotsky (1968). Beliau seorang ahli kognitif, tetapi seringkali tidak bersependapat dengan tokoh kognitif seperti Jean Piaget dan William Perry yang menyatakan sesuatu proses pembelajaran boleh dipisahkan dari konteks sosial. Vygotsky berpendapat semua fungsi kognitif terbentuk melalui pengaruh budaya seseorang dan oleh itu perlu dijelaskan sebagai hasil interaksi sosial, manakala proses pembelajaran bukannya semata-mata bersandarkan kepada asimilasi dan akomodasi pengetahuan baharu. Vygotsky menegaskan proses kognitif mengintegrasikan pelajar ke dalam integrasi sosial. Ahli kognitif seperti Piaget (1968) dan Perry (1966) melihat sesuatu pengetahuan itu dibina secara aktif oleh pelajar sebagai tindak balas kepada interaksi dengan rangsangan persekitaran. Vygotsky pula menekankan peranan bahasa dan budaya dalam perkembangan kognitif. Menurut Vygotsky, bahasa dan budaya memainkan peranan penting dalam kedua-dua perkembangan intelek manusia dan bagaimana manusia melihat sesuatu realiti. Bahasa dan budaya adalah kerangka kerja di 44
mana manusia menjalani pengalaman, berkomunikasi, dan memahami realiti (Vygotsky, 1978). Bahasa dan skema konsep yang disampaikan melalui bahasa secara dasarnya mewakili fenomena sosial. Menurut Vygotsky, struktur kognitif juga pada dasarnya dibina secara sosial, oleh yang demikian, pengetahuan bukan hanya dibina, malahan terbina bersama-sama dalam pengaruh sosial. Walaupun pandangan kognitif Vygotsky dan Piaget ini berbeza mengenai konstruktivism sosial, namun penyelidik mengambil rujukan teori mereka untuk dijadikan sebagai landasan pengetahuan yang berkait rapat dengan sumbang saran yang memerlukan proses kognitif berstruktur Piaget dan proses kognitif sosio budaya dan interaksi sosial Vygotsky. Gabungan dua teori kognitif ini dapat memperkukuhkan kerangka konsep proses pengajaran dan pembelajaran kolaboratif berasaskan sumbang saran. Asas kepada teori yang digunakan dalam penyelidikan ini merujuk kepada teori konstruktivism sosial yang diperkenalkan oleh Lev Vygotsky dan Jean Piaget. Implikasi teori konstruktivism sosial di dalam penyelidikan ini tertumpu pada keperluan aktiviti sumbang saran berkumpulan yang memerlukan interaksi di antara pengalaman dan kerja sama antara pelajar. Guru berperanan sebagai pembimbing dengan menyediakan sokongan (scaffolding). Rujukan utama berkaitan sumbang saran adalah menjurus kepada teori pendidikan dasar iaitu konstruktivism sosial yang dipelopori oleh Jean Piaget (1967) dan juga satu pendekatan baharu dalam pendidikan yang mendakwa manusia lebih berkemampuan untuk memperoleh maklumat dan makna melalui interaksi di antara pengalaman dan idea yang terbina melalui proses pembelajaran formal dan tidak formal. Menurut teori konstruktivism, pembelajaran adalah satu kemajuan sosial yang melibatkan bahasa, situasi dunia sebenar, interaksi dan kerjasama antara pelajar.
45
2.10.1 Teori Kognitif Oleh Piaget (1929) Piaget (1929) melihat pembelajaran sebagai proses penciptaan dan inovasi di mana proses pemikiran (kreatif dan kritikal) dan pembelajaran memerlukan empat proses iaitu: i.
Skema: struktur mental yang menganjurkan pengalaman lepas dan menyediakan satu cara untuk memahami pengalaman masa depan.
ii. iii. iv.
Asimilasi: Menggabungkan maklumat baharu ke dalam skema yang sedia ada.
v.
Akomodasi: Proses mental yang menyusun semula skema yang sedia ada supaya maklumat yang baharu lebih mudah difahami. Keseimbangan: Proses mencari keseimbangan mental. Piaget percaya keseimbangan dan ketidakseimbangan berlaku apabila pelajar cuba untuk mencari pengetahuan yang tidak sesuai dengan pengalaman baharu individu yang sedia ada. Dalam erti kata lain, proses pengalaman diubahsuai dan maklumat baharu
yang sesuai dengan apa yang individu tahu terlebih dahulu, dan berlaku apabila individu itu berhadapan dengan keadaan yang baharu dan cuba untuk mengubah suai pengalaman dengan kesesuaian struktur kognitif. Ini adalah satu proses perubahan pengalaman untuk membiasakan diri. Keseimbangan mempengaruhi skema kerana proses dalaman dan luaran melalui asimilasi dan akomodasi. Rangsangan dalam proses sumbang saran menyebabkan peningkatan pada konflik kognitif. Konflik kognitif adalah keadaan mental di mana pelajar-pelajar menyedari jurang dalam pemahaman, lantas pelajarpelajar berusaha untuk meningkatkan penerimaan terhadap penstrukturan semula pengetahuan pra yang sedia ada. Proses sumbang saran membolehkan pelajar membina skema yang sedia ada dan mewujudkan struktur baharu. Oleh itu, pelajar-pelajar aktif akan mendapatkan semula keseimbangan apabila mereka menghadapi atau mengalami sesuatu isu yang baharu.
46
Dalam proses sumbang saran ini juga, pelajar-pelajar terlibat dalam proses menjana idea yang melibatkan pemerolehan kemahiran verbal berkaitan dengan tema penyelidikan dan bahan kajian dan akhirnya membawa kepada pembangunan skema baharu melalui perbincangan dengan ahli kumpulan. Untuk tujuan ini, pelajar-pelajar perlu menguasai teknik sumbang saran berkumpulan agar prosedur sumbang saran ini dapat juga dipraktikkan secara individu. Pada ketika inilah berlakunya proses asimilasi iaitu proses menggabungkan maklumat baharu ke dalam skema yang sedia ada. Apabila proses ini berlaku, secara teorinya pelajar-pelajar akan cuba memperbaiki dan bersedia untuk menyelesaikan masalah dalam reka bentuk. Oleh yang demikian, keseimbangan akan mudah dicapai setelah melalui proses ini. Sekiranya, jika pengetahuan baharu tidak berjaya dikaitkan dengan skema yang sedia ada dalam minda pelajar, maka proses sumbang saran ini dapat memberikan ruang untuk pelajar berbincang, melontarkan idea dan menganalisis masalah idea reka bentuk bersama ahli kumpulannya. Ini bertujuan merangsang fikiran mereka untuk mengaplikasikan pemikiran kreatif menjana idea-idea dengan menggabungkan pengetahuan baharu dengan yang lama, membentuk penyatuan baharu, menyusun semula atau menterbalikkan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah idea reka bentuk yang diberikan. Berikutan itu, pelajar akan mengaktifkan pemikiran kritikal untuk menilai idea yang dihasilkan dan memilih idea yang paling praktikal dalam menyelesaikan masalah idea reka bentuk. Pada ketika ini, proses akomodasi iaitu proses mental yang menyusun semula skema yang sedia ada supaya maklumat yang baharu lebih mudah difahami telah berlaku dan keseimbangan mental akan mudah dicapai oleh pelajar. Secara ringkasnya, satu siri asimilasi dan akomodasi adalah bersifat proses berterusan semasa sesi sumbang saran sehingga pelajar melaksanakan idea yang tepat untuk
47
menyelesaikan masalah idea reka bentuk. Pada ketika inilah, pelajar mencapai keseimbangan mental dan berupaya membangunkan skema mereka. 2.10.2 Teori Sosio Budaya Oleh Vygotsky (1978) Lev Seminovich Vygotsky telah membangunkan pendekatan sosio budaya untuk perkembangan kognitif. Menurut beliau, pembangunan individu tidak boleh difahami tanpa merujuk kepada konteks sosial dan budaya di mana individu itu dibentuk. Proses mental yang lebih tinggi (pemikiran kreatif dan kritikal) dalam individu mempunyai hubungan yang kuat dalam proses sosial. Individu tidak boleh belajar dan membangunkan kemahiran mental yang lebih tinggi tanpa komunikasi bersama orang lain. Vygotsky (1978) percaya pembelajaran sentiasa mendahului pembangunan di sepanjang Zon Perkembangan Proksimal (ZPP). Menurut beliau, zon perkembangan proksimal (ZPP) adalah jarak antara tahap perkembangan sebenar yang ditentukan oleh penyelesaian masalah bebas dan tahap pembangunan yang berpotensi seperti yang ditentukan melalui penyelesaian masalah di bawah bimbingan orang dewasa, atau dengan kerjasama rakan sekerja berkumpulan. Perancah (scaffolding) adalah sokongan yang diberikan oleh pendidik semasa proses pembelajaran yang disesuaikan dengan keperluan pelajar dengan niat untuk membantu pelajar mencapai matlamat pembelajaran melalui soalan fokus dan interaksi positif. Usaha ini boleh direalisasikan melalui kaedah pembelajaran kumpulan kecil. Idea ini adalah untuk membina pengetahuan terlebih dahulu dengan guru agar dapat menyokong proses pembelajaran untuk sampai ke tahap yang seterusnya dan mengurangkan ketidakpastian atau kesukaran pembelajaran ke tahap maksimum. Pelajar memerlukan sokongan (scaffolding) untuk menyelesaikan masalah reka bentuk semasa prosedur sumbang saran. Oleh itu, guru berperanan untuk memudahkan proses pembelajaran dan membantu pelajar dengan cara: 48
i. ii. iii. iv.
Bekerjasama dalam satu kumpulan. Mengenal pasti masalah yang baik untuk merangsang minda pelajar. Menggalakkan ahli-ahli kumpulan untuk berbincang dan dialog. Menyediakan setiap pelajar kertas untuk menulis idea-idea untuk menyelesaikan masalah. v. Mengarahkan pelajar untuk menganalisis masalah dengan membahagikan kepada perincian yang lebih kecil. vi. Mengarahkan pelajar untuk mensintesis dan menyusun maklumat. vii. Mengarahkan pelajar untuk membincangkan dan menilai hasilnya. Oleh yang demikian, rangsangan bersama dalam sumbang saran berkumpulan dapat membantu pelajar untuk menjana idea-idea baharu dan membangunkan kemahiran berfikir kreatif. Proses rangsangan ini melibatkan proses keterbukaan pelajar untuk mendengar idea-idea pelajar yang lain lantas mencetuskan pemahaman kepada aspek-aspek yang berbeza yang tidak terfikir sebelum ini. Rangsangan ini membolehkan pelajar untuk mendengar idea orang lain dari perspektif yang berbeza dari pemikiran mereka sendiri. Selain dari itu, rangsangan ini memberi peluang kepada pelajar untuk bertukar-tukar idea, mengubah suai idea dan menambah maklumat yang sedia ada. Aktiviti sumbang saran ini juga boleh mempertingkatkan kemahiran komunikasi antara ahli kumpulan yang mempunyai pelbagai latar belakang. Penilaian semasa proses sumbang saran dapat menggalakkan pelajar menggunakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (analisis dan sintesis) melalui dialog dan perbincangan menghasilkan idea-idea. Proses ini melibatkan analisis dan sintesis ke atas idea yang berbeza daripada ahli-ahli kumpulan, pengecualian idea-idea yang salah, idea-idea yang tidak lengkap dan kemudian cuba untuk mencapai kesepakatan bersama dalam menentukan idea-idea yang berkualiti. Oleh yang demikian, teori kognitif Piaget dan teori sosio budaya Vygotsky ini berkait rapat dengan sumbang saran. Sumbang saran boleh diistilahkan sebagai aktiviti berkumpulan bertujuan untuk menjana idea yang melibatkan proses sosial pertukaran idea dan proses kognitif penjanaan idea. Kefahaman tentang dua proses ini perlu untuk memahami bagaimana idea dijanakan melalui sumbang saran berkumpulan. 49
Konstruktivism Sosial
Teori Kognitif Piaget Skema Asimilasi
Akomodasi
Teori Sosio Budaya Vygotsky Zon Pembangunan Proksimal Interaksi Sosial Pembelajaran Kolaboratif
Keseimbangan Sumbang saran Menjana Idea Menghalusi Idea
Rajah 2.1: Implikasi Teori Piaget, Vygotsky Ke Atas Sumbang Saran Dalam Penyelidikan Rujukan teori-teori yang dikemukakan secara jelas menerangkan tentang hubung kait fungsi kognitif, sosio budaya dan kreativiti dengan konsep sumbang saran. Sumbang saran adalah teknik kreativiti berkumpulan atau individu melalui aktiviti yang dilaksanakan untuk mencari satu kesimpulan bagi masalah tertentu dengan mengumpulkan senarai idea spontan yang disumbangkan oleh individu atau ahli dalam kumpulan. Secara kesimpulannya, aktiviti sumbang saran itu sendiri telah mempraktikkan kebolehan kognitif (kreativiti penghasilan) individu bagi menghasilkan idea dan penyelesaian kreatif dengan penekanan kepada peranan dan sokongan pendidik dalam membentuk kreativiti pelajar. 2.10.3 Teori dan Model Kreativiti Ellis Paul Torrence (1967) Teori dan model kreativiti Torrence telah dijadikan sebagai teori asas dalam penyelidikan ini. Justifikasi pemilihan teori kreativiti Torrence ini terletak pada penekanan kreativiti yang bersifat eksperimentasi dan meta kognitif, manakala model 50
kreativiti Torrence (TTCT) ini pula dijadikan sebagai pengukuran alat kreativiti sumbang saran. Proses reka bentuk tekstil juga berkait rapat dengan teori kreativiti yang diasaskan oleh Ellis Paul Torrence, (1967) dalam Jaffri Hanafi (2008). Beliau yang dikenali juga sebagai Bapa Kreativiti (Father’s of Creativity) bertanggungjawab dan berjaya mencipta satu kaedah penanda aras bagi membolehkan proses pengukuran tahap kreativiti pada seseorang individu. Instrumen yang telah berjaya beliau bangunkan dan perkenalkan adalah Torrence Test of Creative Thinking (TTCT). Di samping membangunkan pengujian dan pengukuran kreativiti beliau juga mencipta serta memperkenalkan teori kreativiti di dalam proses penjanaan kreativiti seseorang individu. Beliau telah menggaris dan memperkenalkan enam perkara utama dalam proses penjanaan kreativiti individu. Enam perkara tersebut adalah: i.
Penyoalan Bagi tujuan untuk merangsang pemikiran seseorang pelajar proses penyoalan
adalah sangat penting dan perlu dipraktikkan. Di samping itu, penyoalan juga boleh menggalakkan dan merangsang daya pemikiran pelajar berkenaan. Di dalam proses penjanaan idea reka bentuk tekstil, sesi kritikan reka bentuk boleh melahirkan dan mewujudkan cetusan pemikiran kritikal yang baik. Ini dipraktikkan dalam semua peringkat proses reka bentuk yang bermula dari tema penyelidikan, penyelidikan visual, pengembangan idea dan prototaip cadangan reka bentuk. Pendekatan pembelajaran meta kognitif juga boleh aplikasikan ke dalam proses reka bentuk. Pendekatan meta kognitif menekankan kaedah pemikiran berfikir (thinking about thinking) melalui proses pertanyaan dan penyoalan ke atas diri sendiri.
51
ii.
Penemuan Penemuan adalah penyingkapan tentang sesuatu sifat baharu dari suatu material
atau benda yang sudah dikenal pasti atau sudah wujud sebelumnya secara semula jadi. Ini juga merupakan satu aspek yang penting dalam usaha untuk memberikan galakan dan rangsangan oleh guru kepada pelajar untuk tujuan menggalakkan aktiviti eksplorasi kepada penemuan-penemuan yang terkini melalui kajian dan juga penyelidikan. Dalam hal ini pelajar digalakkan mencuba serta melakukan berbagai eksplorasi dan eksperimen bagi mencari penemuan terkini melalui aktiviti-aktiviti seni visual. Dalam proses reka bentuk tekstil, peringkat penemuan ini terletak pada peringkat pertama proses iaitu eksplorasi. iii.
Pemerhatian Pemerhatian ini adalah merujuk kepada penggunaan pelbagai deria yang
terdapat pada manusia. Biasanya apabila kita memperkatakan tentang pemerhatian, ia berkait rapat dengan aktiviti-aktiviti dan penghasilan lukisan. Di dalam proses pendidikan seni visual, proses pemerhatian tidak hanya tertumpu pada pengamatan sahaja malahan juga merangkumi deria-deria lain termasuklah deria sentuhan, rasa, hidu dan dengar. Dalam proses reka bentuk tekstil, pemerhatian ini melibatkan peringkat penyelidikan visual dan pengembangan idea. Tujuan utama pemerhatian ini adalah untuk mendapatkan pemahaman mendalam (emphaty) terhadap isu dan keperluan pengguna. iv.
Percubaan Percubaan dan eskperimentasi yang berterusan bagi mendapatkan hasil yang
terbaik adalah satu proses penghasilan kerja yang sangat baik diamalkan di kalangan pelajar. Seseorang yang kreatif tidak akan berhenti dari bereksperimentasi bagi 52
memastikan apa yang dihasilkannya adalah sesuatu yang terbaik. Secara tidak langsung proses mendidik pelajar supaya tidak mudah berpuas hati dan berputus asa dalam membuat eskperimentasi akan berupaya membina satu pengalaman yang berguna ketika menghasilkan karya. Dalam proses reka bentuk tekstil, percubaan dan kesilapan (trial and error) dapat dijadikan sebagai pemangkin kreativiti pelajar. Pelajar belajar dari kesilapan melalui beberapa siri eksperimentasi reka bentuk sehingga mendapat hasil yang terbaik. v.
Penerokaan Galakan kepada pelajar bagi membuat penerokaan dan eksplorasi dengan
menggunakan pelbagai bahan dan peralatan yang terdapat di sekeliling kita. Dalam konteks ini, pendidik dalam bidang pendidikan seni digalakkan untuk membimbing pelajar untuk menggunakan bahan terpakai yang terdapat di sekeliling mereka dalam proses menghasilkan karya. Proses ini secara tidak langsung akan mengakibatkan pelajar berkenaan akan menjadi lebih peka dan sensitif di samping berupaya menjadi seorang individu yang mampu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Melalui penerokaan ini, aspek kreativiti dapat dirangsang melalui konsep kitar semula idea dan bahan yang sedia ada untuk menghasilkan konsep yang berlainan. vi.
Memanipulasi Seseorang individu yang mampu bertindak dan menghasilkan sesuatu melalui
bahan atau keadaan yang ada merupakan satu proses memanipulasi yang sempurna. Ini bermakna apabila seseorang pelajar mampu menggunakan bahan dan objek yang berada di sekelilingnya untuk menghasilkan satu karya seni maka proses memanipulasi telah pun berlaku. Manakala di dalam proses pembelajaran seni pula, ia mampu menyedarkan
53
pelajar supaya lebih berjimat cermat di samping mengelakkan dari melakukan pembaziran penggunaan bahan semasa menghasilkan karya.
Peringkat Penyoalan
Peringkat Memanipulasi
Peringkat Penemuan
Peringkat Penerokaan
Peringkat PemerhaGan
Peringkat Percubaan
Rajah 2.2: Enam Tahap Penjanaan Kreativiti Individu Oleh Torence (1967) 2.11
Model Ujian Pemikiran Kreatif Torrence Ujian Pemikiran Kreatif Torrence (1998) adalah ujian yang paling banyak
digunakan untuk mengukur bakat kreatif di Amerika Syarikat dan telah diterjemahkan ke dalam lebih daripada 30 bahasa yang berbeza. Dr. E. Paul Torrance terkenal sebagai Bapa Kreativiti dalam sumbangannya membangunkan Torrence Test of Creative Thinking (TTCT). TTCT ini telah dibangunkan oleh Torrance pada tahun 1966. Format ujian kreativiti ini telah melalui pembaharuan dan penambahbaikan sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1974, 1984, 1990, dan 1998. Terdapat 2 bentuk ujian kreativiti yang dikategorikan ke dalam bentuk A dan B. TTCT kategori A adalah berbentuk lisan manakala TTCT kategori B pula berbentuk figura. Walau bagaimanapun, dalam skop kajian ini, penyelidik hanya menggunakan TTCT lisan yang dilaksanakan melalui ujian kreativiti menjana idea menggunakan teknik sumbang saran.
54
Ujian kreativiti menjana idea yang menggunakan pengukuran TTCT ini terdiri daripada tiga konstruk seperti berikut: a. Kelancaran (Fluency) iaitu kebolehan menjana idea-idea yang banyak dan pelbagai. b. Fleksibiliti (Flexibility) iaitu kebolehan untuk menghasilkan idea dalam kategori dan pandangan yang berbeza. c. Keaslian (Originality) iaitu kebolehan untuk menjana idea baru, unik dan berbeza dari idea-idea biasa. 2.12
Ringkasan Teori Kreativiti Ellis Paul Torrence Teori Torrence telah memberikan penekanan pada kreativiti yang bersifat
eksperimentasi dan meta kognitif. Melalui teori Torrence ini, kreativiti untuk proses reka bentuk dihasilkan melalui amalan eksperimentasi dan kaedah penyoalan yang perlu dijawab oleh seseorang pelajar. Ini bertujuan untuk membina kreativiti penjanaan idea dan penghasilan reka bentuk. Teori kreativiti Torrence ini pada hakikatnya cenderung kepada amalan-amalan yang dapat merangsang pemikiran kreatif melalui eksperimentasi, meta kognitif, pemikiran divergen dan konvergen. Proses reka bentuk tekstil juga tidak terkecuali dengan aspek kreativiti sedemikian kerana proses reka bentuk tekstil itu sendiri bersifat penerokaan dan eksperimentasi yang mengaplikasikan pemikiran meta kognitif (penyoalan), divergen dan konvergen. Melalui penjanaan idea reka bentuk tekstil yang sistematik, penyelidik percaya penyelesaian masalah reka bentuk dapat diselesaikan dengan berkesan. Oleh yang demikian, proses reka bentuk sesungguhnya memerlukan kemahiran kreativiti penjanaan idea untuk tujuan penyelesaian masalah reka bentuk dan kreativiti pembuatan untuk tujuan inovasi.
55
2.13
Model Taksonomi Bloom (1956) Taksonomi Bloom merupakan model hierarki yang mengklasifikasikan
perbezaan aras kognitif manusia. Pemilihan model taksonomi ini dibuat berdasarkan kepada beberapa faktor utama yang berkaitan dengan objektif dan kaedah penyelidikan ini dijalankan. Secara khususnya, pembentukan silibus Seni Reka Tekstil adalah berdasarkan
kepada
model
taksonomi
Benjamin
Samuel
Bloom.
Beliau
memperkenalkan tiga domain utama dalam pendidikan yang dijadikan model asas penyelidikan ini. Tiga domain yang dimaksudkan berkait rapat antara satu sama lain yang dinamakan sebagai Domain Kognitif, Psikomotor dan Afektif. Tiga komponen ini dinamakan Taksonomi Bloom yang perkenalkan pada tahun 1956, (Bloom 1956). Penyelidikan ini berkait rapat dengan ke tiga domain ini. Walau bagaimanapun, fokus diberikan kepada domain kognitif sebagai landasan khusus yang merujuk kepada isu dan permasalahan penyelidikan. Domain kognitif mempunyai kaitan dengan aktiviti yang menggambarkan intelektual individu atau kumpulan. Domain ini terdiri daripada variabel pengetahuan, kefahaman/pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Secara umum, pengajaran dan pembelajaran harus diarahkan kepada bidang aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian dan bukannya hanya ke arah pemerolehan pengetahuan dan kefahaman semata mata, walaupun penguasaan ilmu pengetahuan adalah pra-syarat untuk prestasi pencapaian tahap yang lebih tinggi. Melalui domain ini, penyelidik telah memberi fokus kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan mengetengahkan dua kategori kemahiran berfikir iaitu:
56
i.
Pemikiran Divergen Pemikiran divergen adalah satu proses pemikiran atau kaedah yang digunakan
untuk menjana idea kreatif dengan meneroka seberapa banyak penyelesaian yang mungkin. Ini biasanya berlaku secara spontan, bebas dan kebanyakan idea dijana melalui aktiviti kognitif. Menurut Chua Yan Piaw (2010), pemikiran divergen ini juga dikenali sebagai pemikiran bercapah iaitu keupayaan berdaya cipta dan boleh menghasilkan banyak idea yang asli dan unik, melibatkan kepelbagaian, fleksibiliti, keaslian dan keterperincian. Di dalam taksonomi kognitif Bloom, pemikiran divergen ini merujuk kepada variabel sintesis iaitu mewujudkan / mencipta. Oleh yang demikian, aktiviti sumbang saran adalah berkait rapat dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) mengikut taksonomi pembelajaran Bloom ini.
Penilaian
Analisis
Sintesis
Aplikasi Kefahaman Pengetahuan
Rajah 2.3: Taksonomi Bloom Pemikiran Divergen Yang Memberi Penekanan Kepada Aras Sintesis.
ii.
Pemikiran Konvergen Pemikiran konvergen ialah satu proses pemikiran atau kaedah yang bertumpu ke
arah mencari satu jawapan atau satu penyelesaian tertentu adalah dikenali sebagai pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu. Guilford (1967), melihat pemikiran konvergen sebagai daya berfikir yang membolehkan seseorang menggunakan pengetahuan sedia ada dengan integrasi logik dan susunan bagi menghasilkan satu idea 57
atau jawapan yang lazim. Penyelesaian masalah dilakukan berdasarkan pengetahuan, pengalaman, peraturan, prinsip, teori, hukum atau rumus yang sedia ada. Chua Yan Piaw (2004) berpendapat pemikiran menumpu kepada satu jawapan, meringkaskan pelbagai jawapan kepada satu jawapan yang tepat dan berdasarkan logik. Di dalam taksonomi kognitif Bloom, pemikiran konvergen ini merujuk kepada variabel analisis dan penilaian. Oleh yang demikian, aktiviti sumbang saran juga melibatkan proses Kemahiran Berfikir Aras Tinggi mengikut taksonomi pembelajaran Bloom.
Rajah 2.4: Taksonomi Bloom pemikiran konvergen yang memberi penekanan kepada aras kefahaman, aplikasi, analisis dan penilaian. Dari konteks taksonomi Bloom yang telah dibincangkan di atas, domain kognitif membentuk dua jenis pemikiran iaitu divergen dan konvergen. Bagi tujuan pelaksanaan penyelidikan ini, penyelidik menggunakan konsep, teknik dan kaedah sumbang saran yang mempunyai hubungan yang kuat dengan pemikiran divergen dan konvergen ini. Sumbang saran dijadikan sebagai instrumen untuk menjana, menghalusi idea dan menyelesaikan masalah. Konsep sumbang saran ini dipraktikkan oleh beberapa program reka bentuk khususnya penghasilan produk seperti Program Reka Bentuk Perindustrian. Dalam konteks reka bentuk produk ini, sumbang saran memainkan peranan sebagai alat untuk membentuk inovasi dari produk yang sedia ada. Manakala penggunaannya di dalam reka bentuk tekstil ini bertujuan untuk mempromosikan pembelajaran berkumpulan di samping dapat digunakan untuk menyelesaikan permasalahan pada setiap peringkat 58
proses reka bentuk tekstil. Kegunaan sumbang saran ini dilihat sebagai mesra bidang yang dapat dijadikan bukan sahaja untuk alat inovasi, malah kegunaannya juga dapat diperkembangkan lagi sebagai salah satu prosedur di dalam proses reka bentuk tekstil. 2.14
Implikasi Model Taksonomi Bloom Dalam Penjanaan Idea Model taksonomi Bloom ini berkait rapat dengan aspek kemahiran kognitif dan
psikomotor yang memberikan satu landasan preskriptif tentang kesesuaian aras kognitif pelajar. Sumbang saran adalah salah satu dari aktiviti yang menumpukan pada kemahiran kognitif dan kreativiti menjana idea. Teknik kreativiti ini bersesuaian dengan aras taksonomi penilaian dan penghasilan iaitu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Pemikiran divergen yang berada pada aras taksonomi ‘penghasilan’ mempromosikan aktiviti penjanaan idea yang mengutamakan kuantiti idea. Manakala pemikiran konvergen yang berada pada aras taksonomi ‘penilaian’ mempromosikan aktiviti menghalusi idea melalui fleksibiliti dan keaslian idea. Fleksibiliti idea merujuk pada kebolehan individu mencambahkan dan mengkategorikan idea asal kepada idea yang baharu, manakala keaslian idea pula merujuk kepada kreativiti menghasilkan ideaidea unik dan berbeza dari idea-idea yang biasa.
Sumbang saran
Aras Taksonomi
Penemuan/
Penghasilan
Penciptaan Baharu
Menjana Idea Menghalusi Idea
Aras Taksonomi
Pengubahan Konsep Asas
Penilaian
Kepada Idea Baharu
Rajah 2.5: Implikasi Taksonomi Bloom Ke Atas Sumbang Saran
59
2.15
Teori Berkaitan Pembelajaran Dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) John Dewey (1933) mendefinisikan KBAT sebagai proses produktif yang bermula dari refleksi, inkuiri dan kemudiannya kepada proses pemikiran kritikal. Turutan proses ini akhirnya menghasilkan satu kesimpulan yang dapat dibuktikan melalui kepercayaan individu atau kumpulan terhadap kesimpulan yang diperolehi. Menurut beliau lagi, pemikiran tidak berlaku secara spontan, sebaliknya memerlukan cetusan kepada permasalahan dan persoalan untuk diselesaikan. Cetusan permasalahan dan persoalan ini dijadikan sebagai keperluan kepada sesuatu penyelesaian. Kauchak dan Eggen (1998) mempersetujui konsep yang diutarakan John Dewey ini adalah selari dengan isu dan penyelidikan berkenaan penyelesaian masalah dan strategi meta kognitif serta kepentingannya dalam mengajar pelajar berfikir tentang proses pemikiran mereka sendiri. Kemahiran yang dikuasai oleh pelajar membolehkan mereka menyedari bagaimana kemahiran ini dapat diaplikasikan dalam membuat pilihan dan mentafsir situasi (Jacobs, 1997). Walau bagaimanapun, melalui pengalaman dalam pemikiran sistematik individu dan kumpulan dapat membangunkan prinsip panduan membuat keputusan. Kahneman (1982) menjelaskan faktor seperti budaya, pengalaman, keutamaan dan keinginan dapat mempengaruhi dan mengubah proses membuat sesuatu keputusan. Bahagian berikut memberikan penjelasan mengenai pandangan ahli teori, pengamal dan penyelidik dalam bidang pemikiran dan pembelajaran. 2.15.1 Jean Piaget (1968) Jean Piaget (1968) menegaskan tahap perkembangan individu adalah kunci kepada perkembangan kognitif. Kanak-kanak dan remaja membina pemikiran operasi, logik dan sistematik melalui simbol, dan setelah seseorang remaja meningkat dewasa, 60
mereka membina kemahiran berfikir penggunaan logik simbol yang berkaitan dengan konsep abstrak, pemikiran saintifik dan pengujian hipotesis. Crowl (1997) berpendapat kemahiran ini merupakan asas bagi penyelesaian masalah, refleksi kendiri dan pemikiran kritikal. Kebanyakan penyelidikan berkenaan perkembangan kognitif menunjukkan kanak-kanak melakukan tugas tertentu lebih awal seperti apa dihujahkan oleh Piaget. Perkembangan kognitif kanak-kanak ini menurut Crowl lagi berkembang dalam situasi yang berbeza, manakala proses peralihan ini mengambil masa yang lama dibandingkan dengan peringkat perkembangan kognitif seperti yang dihujahkan oleh Piaget. Walau bagaimanapun,
terdapat penyelidikan yang menunjukkan perkembangan biologi
individu bersama teknik pembelajaran telah memberi kesan kepada pergerakan dari satu peringkat pembelajaran kepada peringkat seterusnya. 2.15.2 Benjamin Bloom (1956) Melalui tiga domain taksonomi pembelajaran yang diperkenalkan oleh Bloom (kognitif, afektif dan psikomotor), tahap taksonomi yang lebih rendah merupakan asas (foundation) untuk peringkat pembelajaran yang lebih tinggi (Bloom, 1956). Aras kefahaman dan aplikasi menghubungkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Aras ini membolehkan pelajar menggunakan maklumat yang bermakna seperti persamaan, abstrak, formula atau algoritma dalam aplikasi dan situasi yang baharu. McDavitt (1993) menstrukturkan KBAT bermula daripada aras analisis, sintesis, penilaian dan memerlukan penguasaan kemahiran pada aras sebelumnya seperti aras kefahaman dan aplikasi. Kemahiran berfikir aras tinggi melibatkan tugasan seperti pemecahan isu kompleks kepada bahagian, mengesan hubungan, menggabungkan maklumat baharu dan sedia ada secara kreatif dalam had yang ditetapkan oleh konteks.
61
Seterusnya, KBAT ini juga melalui proses penggabungan dan penggunaan semua aras berfikir yang terdahulu dalam menilai dan membuat pilihan. Namun begitu, terdapat juga interaksi yang berlaku di antara domain taksonomi. Sebagai contoh, aras tertinggi dalam domain taksonomi psikomotor melibatkan penggunaan psikomotor tubuh, kemahiran afektif dan kognitif untuk meluahkan perasaan atau idea dalam persembahan tarian atau nyanyian yang bertujuan untuk menyampaikan maksud tertentu. 2.15.3 Lev Seminovich Vygotsky (1978) Crowl (1997) menjelaskan Vygotsky cuba menyatukan konsep utama perkembangan kognitif melalui konteks interaksi sosial. Vygotsky berpendapat fungsi kognitif kanak-kanak berkembang melalui proses belajar. Umur, kematangan dan pengalaman seseorang pelajar menyumbang kepada proses asas seperti maklum balas refleksif kefahaman pelajar terhadap sesuatu isu/masalah. Semasa pelajar mempelajari kemahiran yang spesifik, secara tidak langsung pelajar juga dapat melihat prinsip asas dalam membentuk sesuatu kefahaman. Interaksi sosial dan sosio budaya memainkan peranan penting dalam pembelajaran dan perkembangan kognitif pelajar. Menurut Vygotsky lagi, pelajar mendalami pengetahuan dengan cara yang paling berkesan melalui komunikasi bersama guru, ibu bapa, teman dan rakan yang membimbing dan membantu mereka. Seseorang yang dianggap penting dalam hidup seseorang pelajar dapat menyumbang kepada fungsi mental yang lebih tinggi. Proses kognitif pelajar berfungsi secara berbeza apabila pelajar belajar bersendirian berbanding berkumpulan. Akhir sekali, Vygotsky berpendapat setiap individu mempunyai Zon Perkembangan Proksimal (ZPP). Dengan menggunakan pendekatan sokongan (scaffolding) oleh seseorang pendidik seperti membantu pelajar menyelesaikan masalah sehingga mereka dapat 62
menyelesaikannya sendiri dilihat sebagai satu usaha yang dapat memperkembangkan kemahiran kognitif pelajar. 2.16
Ringkasan Pembangunan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merangkumi pemikiran kritis, logik,
reflektif, meta kognitif dan kreatif. Kemahiran ini diaplikasikan semasa pelajar (semua peringkat umur) menghadapi isu atau masalah yang di luar dari pengetahuan pra mereka, ketidaktentuan, persoalan atau dilema. Penguasaan KBAT membolehkan pelajar memberi penjelasan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam konteks pengetahuan dan pengalaman serta menggalakkan pertumbuhan berterusan dalam pemikiran aras tinggi. 2.17
Penambahbaikan Penjanaan Idea Melalui Strategi Kognitif Penambahbaikan yang dicadangkan ke atas penjanaan idea reka bentuk tekstil
dapat memberikan peningkatan kemahiran kognitif pelajar dengan menyediakan kaedah penjanaan idea secara sistematik yang disokong oleh kemahiran psikomotor melukis dan melakar. Penambahbaikan ini dibuktikan sebagai kemahiran pelengkap kepada proses reka bentuk tekstil yang sedia ada. Hierarki Taksonomi Bloom (Bloom, 1956) mengkategorikan kemahiran kreatif dan kritis tergolong dalam kategori Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang ditetapkan dan kini digunakan dalam kurikulum Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS). Menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT, 2009), dasar kurikulum ini menekankan keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Matlamat utama KBAT ini adalah untuk melahirkan
63
modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke 21 agar negara mampu bersaing di persada dunia. Asas utama KBAT ini diperkenalkan adalah sebagai satu anjakan paradigma dari pendekatan berfikir sedia ada. Usaha ini mengubah amalan hafalan yang sering dipraktikkan di dalam kelas kepada kaedah pemahaman. Pelajar-pelajar akan lebih memahami sesuatu konsep dan tugasan melalui pemahaman yang mendalam tentang sesuatu subjek yang dikaji. Seterusnya, usaha ini adalah untuk meningkatkan kesedaran pengetahuan dengan lebih mengaplikasikan lebih banyak analis, menilai dan mencipta. Justeru, KBAT ini juga mewajarkan penyelesaian, penemuan dan diperlukan untuk kajian saintifik. Pensyarah berperanan sebagai fasilitator bagi memastikan murid aktif dalam proses pembelajaran dengan memberi peluang kepada murid berbincang, bertanya dan memberi pendapat. Usaha ini dilihat sebagai pendekatan Pembelajaran Berpusatkan Murid (Student Centered Learning). Seterusnya orientasi pensyarah juga perlu mengemukakan soalan-soalan membina, memimpin serta berfikir pada aras tinggi. Strategi yang biasa digunakan dalam KBAT ialah penyoalan dan meta kognitif. Penyoalan yang efektif dapat merangsang keupayaan kognitif pelajar untuk mencari jawapan. 2.18
Proses Reka Bentuk Berasaskan Kreativiti Satu penyelidikan proses reka bentuk berasaskan kreativiti telah dijalankan oleh
Shih Wen Hsio dan Jyh Rong Chou (2003) dari Jabatan Reka Bentuk Industri, Universiti Kebangsaan Cheng Kung, Taiwan. Penyelidikan mereka yang bertajuk A Creativity Based Design Process For Innovative Product Design telah membangunkan satu kaedah kreativiti berdasarkan kepada keupayaan semula jadi manusia untuk memberi tindak balas tentang apa yang mereka rasakan. Dalam penyelidikan ini, 64
mereka juga
mencadangkan satu proses reka bentuk berasaskan kreativiti yang
mengintegrasikan beberapa metodologi reka bentuk sistematik dengan alat kreativiti yang terbaharu yang terdiri daripada kaedah pemikiran evolusi produk, analisis struktur yang sistematik, matriks korelasi dan matriks interaksi. Kaedah kreativiti yang telah dibangunkan ini dinamakan Sensuous Association Method (SAM) yang bertujuan untuk menghasilkan idea-idea kreatif melalui asosiasi individu pereka dengan rangsangan persekitarannya. SAM mengetengahkan empat tingkah laku semula jadi manusia iaitu mencari, berfikir, membanding, menerangkan serta rangsangan persekitaran yang dapat merangsang kreativiti dengan lebih berkesan. Cadangan proses reka bentuk mereka ini terdiri daripada tiga peringkat yang penting seperti yang diutarakan oleh Jones (1992) iaitu divergen, transformasi dan konvergen. Peringkat pertama iaitu divergen merupakan satu proses analisis untuk mencari ruang isu/masalah yang boleh digambarkan sebagai pemecahan/pembahagian masalah reka bentuk kepada beberapa kategori kecil. Peringkat ke dua melibatkan transformasi iaitu satu proses sintetik untuk menghasilkan ruang penyelesaian yang dicirikan sebagai melihat dan meletakkan kategori-kategori masalah melalui cara baharu. Peringkat ke tiga iaitu konvergen adalah integrasi dan penilaian proses untuk mencari penyelesaian reka bentuk yang optimum. Implikasi kreativiti dalam cadangan proses reka bentuk mereka terletak pada peringkat divergen dan konvergen. Pada peringkat divergen, kreativiti berperanan sebagai pembinaan deskripsi konsep, pembinaan korelasi matriks dan pembinaan interaksi matriks dan interaksi jaringan. Pada peringkat konvergen pula, kreativiti berperanan sebagai alat menjana penyelesaian dengan mencari penyelesaianpenyelesaian melalui sub kategori yang telah dibentuk. Hasil penyelidikan mereka ini telah membentuk satu proses penjanaan idea dan penyelesaian masalah yang berbeza
65
dari kaedah tradisional. Perasaan menjadi alat rangsangan penjanaan idea yang digabungkan ke dalam proses kreatif. Kaedah
penyelidikan
mereka
ini
pada
hakikatnya
cuba
untuk
mengintegrasikan kebolehan manusia menjana idea melalui asosiasi perasaan dengan sesuatu objek yang dilihat. Melalui kaedah ini, idea-idea dijana melalui kombinasi perasaan dan pengalaman seseorang. Proses reka bentuk yang dicadangkan oleh mereka memperjelaskan konsep integrasi penjanaan idea melalui perasaan manusia dengan aspek kreativiti, pemikiran konvergen dan divergen. Oleh yang demikian, dalam membentuk sesebuah model reka bentuk, peranan kreativiti tidak dapat dipisahkan kerana ia merupakan komponen yang penting dalam pelaksanaan proses reka bentuk dan penyelesaian masalah. 2.19
Strategi Kognitif Dalam Pembelajaran Kajian literatur ini memberi kupasan tentang strategi kemahiran kognitif yang
digunakan di dalam proses pembelajaran. Strategi kognitif adalah alat yang berguna dalam membantu pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran. Istilah strategi kognitif dalam bentuk yang paling mudah ialah penggunaan minda (kognisi) untuk menyelesaikan masalah atau tugas. Strategi kognitif juga boleh dirujuk sebagai prosedur fasilitator (Bereiter & Scardamalia, 1987) atau arahan prosedur (Rosenshine, 1997). Istilah lain yang biasa digunakan ialah meta kognitif, refleksi kendiri atau ‘berfikir tentang berfikir’ yang diperlukan oleh pelajar untuk belajar dengan berkesan (Baker, Gersten, & Scanlon, 2002). Rosenshine (1997) menegaskan tentang strategi kognitif yang berfungsi sebagai prosedur dalaman untuk menyokong pelajar melaksanakan tugas-tugas yang kompleks. Sebagai contoh, di dalam bidang linguistik, strategi kognitif adalah penting terutama di dalam kefahaman membaca. Strategi menanyakan soalan kepada diri sendiri (self 66
questioning) boleh membantu pelajar memahami apa yang dibaca oleh mereka. Rosenshine (1997) menyatakan tindakan mengajukan sesuatu soalan tidak terus membawa kepada satu kefahaman, sebaliknya pelajar perlu berusaha mencari teks dan menggabungkan maklumat bagi menjana soalan lantas mereka dapat memahami apa yang mereka baca. Pressley dan Woloshyn (1995) pula menyatakan strategi kognitif boleh dibahagikan kepada umum dan khusus. Strategi kognitif umum adalah strategi yang boleh digunakan untuk pelbagai bidang dan situasi yang berbeza seperti membuat rumusan atau menetapkan sesuatu matlamat, manakala strategi kognitif khusus memfokuskan kepada tugas tertentu seperti melukis gambar untuk membantu dalam memberikan sesuatu gambaran atau keadaan dengan lebih berkesan. Strategi khusus cenderung untuk menjadi strategi dominan, walau bagaimanapun penggunaannya agak sedikit terbatas jika dibandingkan dengan strategi kognitif umum. Strategi kognitif ini dibentuk melalui satu set taksonomi pembelajaran sistematik yang diamalkan di dalam bidang pendidikan secara amnya. Margaret Rouse (2007) mendefinisikan taksonomi sebagai sains klasifikasi mengikut sistem yang telah ditentukan, dengan struktur yang terhasil untuk menyediakan satu rangka kerja konsep bagi perbincangan, analisis, atau mendapatkan semula maklumat. Dalam teori, pembangunan taksonomi yang baik mengambil kira kepentingan memisahkan unsur-unsur kumpulan (takson) ke dalam kumpulan kecil (taxa) yang saling eksklusif, jelas, dan diambil bersama-sama, termasuk semua kemungkinan. Dalam amalan, taksonomi yang baik sepatutnya mudah, mudah diingati, dan mudah untuk digunakan. Dalam bidang pendidikan, taksonomi digunakan untuk klasifikasi tujuan pengajaran dan pembelajaran, penampilan, atau sasaran belajar, yang dikategorikan ke dalam tiga klasifikasi umum atau domain, seperti berikut : 67
i) ii) iii)
Domain Kognitif berkaitan dengan tujuan belajar yang berorientasikan kepada kemampuan berfikir. Domain Afektif berkaitan dengan sikap, emosi, sistem nilai, dan perasaan. Domain Psikomotor berorientasikan pada keterampilan, kemahiran fizikal atau penggunaan otot kerangka. Terdapat beberapa jenis taksonomi khasnya digunakan di dalam pengajaran
yang diberi nama mengikut penciptanya seperti Bloom, Merill dan Gagne (kognitif), Krathwohl, Martin, Briggs dan Gagne (afektif), dan Dave, Simpson dan Gagne (psikomotor). Salah satu ciri yang penting dalam taksonomi pengajaran ialah dengan adanya hierarki yang bermula dari matlamat pengajaran pada aras rendah hingga aras tinggi. Matlamat pengajaran aras tinggi tidak dapat dicapai tanpa melalui matlamat aras rendah terlebih dahulu. Oleh yang demikian, variabel kepada taksonomi ini disusun mengikut hierarki bagi membezakan tahap pengajaran yang bersesuaian mengikut peringkat. Penyelidik merujuk kepada dua taksonomi yang berkait rapat dengan domain kognitif sebagai satu perbandingan. Jadual di bawah berikut merupakan dua taksonomi yang biasanya menjadi rujukan di dalam bidang pendidikan. Jadual 2.1: Perbezaan Taksonomi Bloom Dan Gagne. Taksonomi Bloom Mencipta (menjana idea baharu, produk cara berfikir, mereka bentuk, membina, merancang, menghasilkan) Menilai (menjustifikasikan keputusan, tindakan) Menganalisis (memecahkan konsep menjadi sub bahagian) Mengaplikasi (menerapkan) Memahami (menterjemah) Mengingat (mengingat, menghafal)
Taksonomi Gagne
Strategi Kognitif
Kemahiran intelektual Diskriminasi (membezakan) Konsep (mengkategorikan) Rules (hubungan antara konsep) Rules aras tinggi (aturan/prinsip baharu) Verbal (mengingat, menghafal) 68
Jadual 2.1 memperlihatkan perbezaan di antara taksonomi Bloom dan Gagne. Taksonomi Bloom merujuk kepada pengelasan objektif yang berbeza yang ditetapkan oleh pendidik untuk pelajar (objektif pembelajaran). Ia membahagikan objektif pendidikan kepada tiga domain: kognitif, afektif, dan psikomotor. Pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi adalah bergantung kepada penguasaan pembelajaran di peringkat rendah (Orlich, 2004). Matlamat taksonomi Bloom adalah untuk memberi motivasi kepada pendidik untuk memberi tumpuan kepada ketiga-tiga domain dan mencipta satu bentuk pendidikan yang lebih holistik (Bloom, 1956). Hasil pembelajaran Taksonomi Gagne mempunyai sedikit persamaan dengan taksonomi Bloom melalui domain kognitif, afektif, psikomotor. Bloom dan Gagne percaya keupayaan manusia untuk mempelajari sesuatu ilmu boleh dipecahkan ke dalam kategori atau domain. Taksonomi Gagne terdiri daripada lima kategori hasil pembelajaran seperti maklumat lisan, kemahiran intelek, strategi kognitif, sikap, dan kemahiran motor. Gagne, Briggs dan Wager (1992) menjelaskan setiap kategori membawa kepada aras prestasi manusia yang berbeza. Strategi kognitif adalah berdasarkan kepada tiga prinsip iaitu paradigma konstruktivism, teori meta kognitif dan pengalaman di lapangan (reflection in action). Konstruktivism pada asasnya merupakan teori yang berdasarkan pemerhatian dan kajian saintifik bagaimana manusia belajar. Ia menyatakan manusia membina pemahaman dan pengetahuan mereka melalui kaedah mengalami sendiri perkara di persekitaran dan membuat refleksi kepada pengalaman mereka (Piaget, 1967). Meta kognitif yang berlandaskan kepada strategi kognitif merupakan keupayaan individu atau kumpulan dalam mengatur dan mengawal proses berfikir (Preisseisen, 1985) yang meliputi :
69
i.
ii.
iii.
Kemampuan menyelesaikan masalah (problem solving), iaitu keterampilan individu atau kumpulan dalam menggunakan proses berfikir untuk menyelesaikan masalah melalui pengumpulan fakta, analisis informasi, menyusun berbagai alternatif, dan memilih penyelesaian masalah yang efektif. Kemampuan berfikir secara kritis (critical thinking), iaitu keterampilan individu atau kumpulan dalam menggunakan proses berfikir untuk menganalisis hujah dan memberikan interpretasi berdasarkan persepsi yang sahih melalui penaakulan logik (logical reasoning), analisis andaian dan hujah, dan interpretasi logik. Kemampuan berfikir secara kreatif (creative thinking), iaitu keterampilan individu atau kumpulan dalam menggunakan proses berfikir untuk menghasilkan suatu idea yang baharu dan konstruktif, berdasarkan konsep dan prinsip yang rasional serta persepsi dan intuisi individu.
Kemampuan atau kebolehan yang dinyatakan di atas merupakan struktur yang berhubung di antara satu dengan yang lain. Dalam erti kata lain, ketika individu atau kumpulan menggunakan strategi kognitif dalam menyelesaikan masalah, mereka juga secara tidak langsung menggunakan kebolehan untuk membuat keputusan, berfikir secara kreatif dan kritis. Schon (1982), menjelaskan refleksi dalam tindakan (reflection in action) sebagai salah satu prinsip yang berlandaskan kepada strategi kognitif, yang dibentuk melalui pengalaman amalan profesional dalam menyelesaikan masalah yang pernah dihadapi bagi tujuan penyelesaian masalah yang baharu. Secara amnya, amalan reflektif merupakan
proses
pembelajaran
melalui
pengalaman
yang
bertujuan
untuk
menyelesaikan masalah, memperbaiki dan mendapatkan kefahaman baharu dalam amalan (Boud et al, 1985). Bragar dan Johnson (1993) berpendapat seseorang belajar melalui apa yang dilakukannya, kemudian dilakukan secara berulang kali. Refleksi kepada proses ini dinamakan kitaran pengalaman belajar yang memberikan satu kefahaman yang baharu seterusnya menjadi panduan kepada proses pembelajaran yang seterusnya.
70
Strategi pembelajaran kognitif merupakan proses refleksi dalam tindakan, yang berlandaskan pada teori kitaran pembelajaran melalui pengalaman Experential Learning Cycle (ELC) oleh David Kolb. Teori ELC ini digambarkan melalui rajah berikut:
Pengalaman Konkrit
Eksperimentasi AkGf
ELC
PemerhaGan ReflekGf
Konseptualisasi Abstrak
Rajah 2.6: Kitaran Pembelajaran Melalui Pengalaman (David Kolb, 1985)
Berdasarkan kepada teori kitaran pembelajaran melalui pengalaman ini, proses pembelajaran bermula dari pengalaman yang dialami oleh individu atau kumpulan. Pengalaman ini kemudiannya direfleksikan secara individu. Dalam proses refleksi ini, individu akan berusaha untuk memahami apa yang berlaku atau apa yang dialami. Refleksi ini menjadi asas kepada proses konseptualisasi iaitu pemahaman prinsip yang berdasarkan pengalaman yang dialami serta kemungkinannya di dalam situasi dan konteks yang berbeza. Proses eksperimentasi aktif merupakan situasi dan konteks yang memungkinkan penerapan konsep yang sudah difahami oleh individu. Proses pengalaman dan refleksi dikategorikan sebagai proses penemuan (finding out), sedangkan proses konseptualisasi dan eksperimentasi dikategorikan dalam proses penerapan (taking action). Proses 71
keseluruhan ini terjadi dalam bentuk pengulangan sehingga setiap tindakan yang diambil oleh individu merupakan hasil refleksi dari pengalaman atau kejadian yang dialami. 2.20
Jenis Strategi Kognitif Robert Gagne (1984) menjelaskan strategi kognitif adalah berdasarkan kepada
proses alir pengajaran yang bermula dari memerhati (attending), memproses (pengekodan), mencari kembali maklumat (pengambilan) dan berfikir. Bagi setiap peringkat, pelajar boleh menggunakan strategi kognitif yang berbeza. West, Farmer dan Wolff (1991) mengklasifikasikan strategi kognitif kepada empat atribut iaitu Chunking, Spatial, Bridging, dan Multipurpose. i.
ii.
iii.
iv.
Chunking, merupakan strategi penyusunan sesuatu maklumat secara sistematik melalui proses mengikut urutan (order) dan mengklasifikasi (classify). Strategi ini juga dapat membantu seseorang untuk mengolah kepelbagaian data atau proses yang sangat kompleks. Melalui strategi ini, pelajar dapat memecahkan sesuatu masalah yang besar menjadi bahagian yang lebih kecil, kemudian menyusun bahagian tersebut mengikut turutan. Spatial merupakan strategi untuk mengaitkan hubungan di antara sesuatu perkara dengan perkara yang lain. Kategori ini dibentuk melalui dua atribut iaitu frames (bingkai) dan concept maps (peta konsep). Bingkai berperanan sebagai struktur organisasi dan menyediakan pelajar dengan pemahaman melalui isu utama atau skema keseluruhan tema tertentu. Kegunaan bingkai ini adalah untuk memudahkan pemahaman topik dengan membenarkan pelajar mengakses kepada tema yang lebih besar, dan dengan itu memudahkan proses metakognisi yang diterangkan oleh Ausubel (1967) sebagai refleksi aktif di dalam pembelajaran. Peta konsep pula menyediakan representasi visual kepada tema yang kompleks. Bridging merupakan strategi untuk menghubungkan pemahaman pelajar melalui metafora (perumpamaan), analogi dan advance organizer. Metafora dan analogi merupakan strategi mengandaikan yang dapat menghubungkan suatu konsep baharu dengan menggunakan konsep yang sedia ada. Advance organizer merupakan kerangka dalam bentuk abstrak atau ringkasan tentang konsep dasar yang perlu dipelajari. Strategi ini biasanya digunakan oleh pendidik untuk memudahkan proses pembelajaran. Mulitpurpose merupakan strategi kognitif yang dapat digunakan untuk pelbagai tujuan seperti rehearsal, imagery, dan mneumonics (mengingat). Traptai (rehearsal) merupakan strategi latihan menggunakan amalan berulang bagi sesuatu maklumat untuk mempelajarinya. Amalan berulang ini dapat meningkatkan kebiasaan pelajar dengan maklumat. Imagery (membayangkan) merupakan proses visualisasi suatu konsep, kejadian, ataupun prinsip manakala 72
Mneumonics merupakan alat bantu untuk mengingat, misalnya singkatan huruf yang membentuk sesuatu perkataan. 2.21
Peta Kognitif (Cognitive Map) Peta konsep atau peta kognitif merupakan sejenis kaedah grafik yang
menggambarkan hubungan dan sambungan antara konsep yang berkaitan dengan sesuatu topik atau soalan. Kebiasaannya, peta konsep menggunakan pelbagai bentuk (segi empat, segi tiga, bulatan) dengan perkataan di dalamnya untuk mewakili konsep utama, dengan lain-lain bentuk yang mewakili subtajuk atau idea. Sambungan akan dilukis menggunakan garisan atau anak panah, sama ada di dalam kelompok sekitar idea utama atau antara item dalam kelompok berbeza. Penyambung ini mungkin mempunyai label yang menyatakan jenis hubungan. Peta konsep ini menghasilkan satu rangkaian yang menggambarkan satu set hubungan di mana setiap deskripsi dapat diterangkan secara sistematik. Jonassen (1987) menjelaskan peta kognitif merupakan satu teknik yang dibangunkan oleh Buzan (1974) untuk mengatur dan menyusun maklumat yang menunjukkan hubungan antara satu maklumat dan maklumat yang lain. Hubungan antara konsep dengan satu konsep yang lain dikenali sebagai preposisi (Novak & Gowin, 1984). Peta kognitif boleh menunjukkan maksud satu konsep yang berasaskan konsep preposisi dengan konsep yang lain. Oleh itu, Peta kognitif boleh ditakrifkan sebagai satu alat diagram yang menunjukkan makna satu konsep berdasarkan preposisi. Peta kognitif juga boleh berfungsi sebagai peta visual yang menggambarkan pelbagai cara untuk mentafsir konsep yang berasaskan preposisinya. Jonassen (1987) juga mentakrifkan peta kognitif sebagai satu teknik untuk menggambarkan komposisi dan hubungan antara idea atau konsep dalam fikiran seseorang individu. Di dalam kelas, peta kognitif boleh digunakan untuk menggambarkan susunan dan hubungan di antara konsep yang belum, sudah dan akan 73
dipelajari oleh pelajar. Pakar dalam pembelajaran dan kognisi mengesyorkan peta konsep dan alat grafik perlu diintegrasikan ke dalam pelbagai strategi pengajaran yang digunakan oleh pendidik di semua peringkat. Integrasi kaedah ini membolehkan pelajar mendapatkan maklumat melalui lisan dan visual ruang. Joseph Novak dan Alberto Canas (1986) menyatakan otak manusia mengingati maklumat dengan menyusunnya ke dalam struktur hierarki. Oleh yang demikian, peta konsep ini merupakan kaedah yang dapat membantu manusia supaya lebih mudah mempelajari dan mengingati sesuatu maklumat secara sistematik. Ia juga merupakan kaedah yang berkesan untuk pelajar mengamalkan kemahiran berfikir aras tinggi seperti sintesis dan penilaian (Novak & Canas, 1986). Peta konsep dan alat grafik (graphic organizers) dapat digunakan sebagai alat untuk membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran (Susan Ambrose, 2003). Sebagai contoh, carta alir dapat membantu pelajar mengkonseptualisasikan langkah di dalam proses penyusunan semula maklumat mengikut struktur hierarki. Kajian penyelidikan di dalam pelbagai konteks pendidikan, sebahagian besarnya mengesahkan manfaat penggunaan alat grafik di dalam proses pembelajaran. Nicole Strangman (2003) menyatakan kebanyakan kajian yang beliau jalankan mendapati penggunaan pengelola grafik (graphic organizers) di dalam proses pembelajaran berasaskan teks telah berjaya membantu pelajar kurang upaya dan pelajar normal dalam menguasai kefahaman dan perbendaharaan kata. Dapatan dari penyelidikan beliau ini mencadangkan beberapa perkara yang dapat memaksimumkan manfaat penggunaan pengelola grafik (graphic organizers) seperti berikut:
i.
Penggunaan pengelola grafik (graphic organizers) selepas aktiviti membaca memberikan kesan yang lebih besar daripada digunakan semasa pra pembacaan. 74
ii.
2.22
Manfaat pembelajaran adalah bergantung kepada volum latihan dan bimbingan dari pengajar menggunakan pengelola grafik (graphic organizers) seperti berikut: a. Pengajar membuat model tugasan yang akan diberikan kepada pelajar. b. Penjelasan tentang pengelola grafik (graphic organizers) dan mengapa pengajar menggunakannya. c. Peluang untuk menggunakan dan membina alat grafik (graphic organizers) dan menerima maklum balas yang jelas.
Peta Konsep Peta konsep secara amnya merupakan penyusunan struktur konsep yang luas di
bahagian atas dan konsep yang lebih khusus diletakkan pada hierarki paling bawah untuk mewakili pengetahuan dan menunjukkan hubungan antara konsep. Joseph Novak (1970) membangunkan konsep pemetaan dengan pasukannya di Universiti Cornell. Peta konsep ini bermula sebagai satu alat untuk menunjukkan dan meningkatkan pembelajaran dalam bidang sains, dan kemudiannya secara drastik ia digunakan untuk mewakili pengetahuan antara kumpulan dan individu dalam pendidikan, kerajaan dan perniagaan. Praktik terkini, peta-peta konsep digunakan untuk sumbang saran, mengambil nota, komunikasi visual, menjana pengetahuan baharu dan meningkatkan kecekapan pembelajaran. Oleh yang demikian, peta konsep ini pada dasarnya diuruskan dengan struktur hierarki menurun (downward branching hierarchical structure) dan menunjukkan hubungan di antara konsep dengan menghubungkan frasa seperti ‘mengakibatkan’, ‘menyumbang kepada’, dan ‘berbanding’. 2.23
Peta Minda Peta minda merupakan satu teknik grafik yang menggunakan kunci universal
untuk membuka potensi otak (Buzan, 1976). Ia bermula dengan satu perkataan berpusat atau idea yang bercabang ke dalam beberapa idea-idea berkaitan, perkataan atau konsep. 75
Tony Buzan, ahli psikologi British, mencipta pemetaan minda untuk memperbaiki keupayaan individu dalam menyerap maklumat secara bebas. Dalam persekitaran pendidikan, peta minda adalah sering dirujuk sebagai jaringan yang terpisah, fikiran sesawang atau webbing. Peta minda atau webs ini digunakan untuk proses ekspresi kreatif, menyelesaikan masalah dan percambahan fikiran bersama. Secara ringkas, peta minda mempunyai satu pusat perkataan atau idea yang terletak di tengah gambar rajah dan mempunyai pelbagai idea yang berkaitan, perkataan dan konsep yang bercambah dan dikembangkan dari idea utama. 2.24
Strategi Peta Minda Dalam Penjanaan Idea Penyelidik mendapati penggunaan peta minda dalam konteks pendidikan
tempatan biasanya diamalkan oleh guru sekolah rendah, menengah dan di Institut Pendidihan Guru di Malaysia. Peta minda ini merupakan kaedah efektif di dalam pengajaran dan pembelajaran seperti mana kajian dan eksperimentasi yang pernah dijalankan oleh guru itu sendiri membuktikan hasil yang positif terhadap potensi keupayaan kognitif pelajar. Penyelidik merujuk kepada satu kajian kuantitatif yang dijalankan secara bersama oleh dua orang penyelidik tempatan, Mohan Rathakrishnan dari Sekolah Menengah Jit Sin Pulau Pinang, dan Balan Rathakrishnan dari Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial Universiti Malaysia Sabah. Tajuk kajian ini adalah Kesan Penggunaan Peta Minda Dan Pembelajaran Koperatif Terhadap Prestasi Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Empat. Penyelidikan ini mengkaji keberkesanan penggunaan strategi kognitif peta minda dan pembelajaran koperatif untuk meningkatkan kefahaman, pengetahuan jangka pendek, kemampuan menyelesaikan masalah yang diberi berdasarkan topik yang diajar dalam bentuk soalan esei pada akhir sesi pengajaran atau ujian bagi mata pelajaran 76
Sejarah tingkatan empat. Kajian ini juga untuk melihat perbezaan pencapaian antara pelajar lelaki dan perempuan yang menggunakan strategi kognitif peta minda dan pembelajaran koperatif berbanding pelajar lelaki dan perempuan yang tidak menggunakan pembelajaran koperatif. Seramai 60 pelajar dari Sekolah Menengah di Pulau Pinang diambil sebagai sampel kajian. Kajian yang dijalankan ini menggunakan eksperimen kuasi dengan reka bentuk faktorial 2x2 yang melibatkan ujian-t pada paras signifikan 0.05. Dapatan kajian menunjukkan pelajar yang belajar menggunakan strategi pembelajaran peta minda dan pendekatan koperatif dapat meningkatkan prestasi pencapaian dalam mata pelajaran Sejarah. Pelajar bukan sahaja dapat meningkatkan kefahaman terhadap topik yang diajar, malah dapat menggunakan pengetahuan yang baharu diperolehi daripada pembelajaran secara koperatif untuk menyelesaikan masalah dengan lebih yakin. Oleh itu, pembelajaran menggunakan peta minda dan strategi koperatif adalah dicadangkan untuk diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah tingkatan empat. Merujuk kepada dapatan di atas, penggunaan strategi peta minda dan koperatif berjaya meningkatkan prestasi pencapaian, meningkatkan kefahaman dan menyelesaikan masalah dengan lebih yakin di kalangan pelajar. (Mohan & Balan, 2009). Kajian seterusnya merujuk kepada disertasi peringkat Sarjana Wan Noorashikin Wan Abdullah (2009) dari Fakulti Pendidikan, Open University Malaysia (OUM) Kuala Lumpur. Tajuk kajian beliau adalah Kesan Strategi Peta Minda Terhadap Pencapaian Mata Pelajaran Ekonomi Asas Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat. Kajian yang bersifat eksperimen kuasi ini mempunyai dua objektif iaitu eksperimentasi strategi peta minda dalam meningkatkan pencapaian pelajar tingkatan empat dalam mata pelajaran ekonomi asas dan kesan interaksi antara strategi peta minda dan kebolehan pelajar terhadap pencapaian mereka. Hasil dari dapatan kajian beliau mendapati pelajar 77
kumpulan rawatan (treatment) yang didedahkan oleh strategi peta minda telah berjaya mempertingkatkan pencapaian mata pelajaran ekonomi asas berdasarkan kepada keputusan analisis statistik deskriptif dan inferens seperti skor pencapaian, sisihan piawai, ANOVA 2-hala dan Tukey HSD. 2.25
Strategi Sumbang Saran Dalam Penjanaan Idea Kebanyakan rujukan literatur psikologi sosial adalah bersumberkan dari buku
Osborn (1957), Applied Imagination, yang memperkenalkan istilah sumbang saran. Osborn menegaskan bekerja dalam pasukan membawa kepada pelbagai rangsangan kreatif dan interaksi di kalangan peserta yang dilihat sebagai proses yang sangat berkesan. Hujahan beliau ini telah merangsang banyak penyelidikan yang cuba untuk membuktikan hujah beliau secara praktikal melalui kajian eksperimentasi. Sumbang saran adalah teknik rangsangan untuk mengaktifkan struktur kognitif tertentu (pengetahuan domain relevan) dalam minda pelajar untuk eksplorasi mendalam penjanaan idea kreatif (Stroebe, Nijstad, & Rietzschel, 2010). Fungsi yang paling penting teknik sumbang saran untuk pelajar ialah mengamalkan fleksibiliti, kelancaran, pengambilan risiko, penghuraian dan kemahiran lain yang berkaitan dengan kreativiti (Starko, 2009). Tujuan utama sumbang saran adalah untuk membolehkan pelajar menjana idea atau sebagai satu kaedah untuk menyelesaikan masalah sendiri (Wang, et al, 2006). Butler dan Kline (1998) mendapati sumbang saran adalah teknik yang berkesan bagi memudahkan
kelancaran
intelektual
untuk
membantu
pelajar
menghasilkan
penyelesaian yang kreatif. Cheng (2011) memperakui sumbang saran terbukti mempertingkatkan kebolehan pelajar dalam pembentukan pemikiran inovatif, meta kognitif dan sikap positif dalam pembelajaran. Kebanyakan kajian empirikal berkenaan sumbang saran ini tertumpu pada aktiviti penjanaan idea berkumpulan. Terdapat beberapa kajian yang lepas didapati telah 78
mengabaikan beberapa isu asas yang digariskan oleh pencipta teknik sumbang saran, Alex Osborn (1956). Keadaan ini telah membawa kepada beberapa salah faham tentang konsep asal sumbang saran. Prinsip utama sumbang saran seperti dijelaskan oleh Osborn adalah penangguhan penilaian dan kritikan idea semasa aktiviti sumbang saran dijalankan. Osborn (1953) telah mensyaratkan prinsip penangguhan kritikan sebagai salah satu dari empat garis panduan utama bagi sumbang saran untuk mengatasi masalah yang biasanya berlaku dalam mesyuarat tradisional. Mesyuarat tradisional banyak memberi penekanan kepada jawapan logik sehingga menghalang proses penjanaan idea dalam kuantiti yang lebih besar. Empat garis panduan yang dibangunkan oleh Osborn adalah; i. Kritikan tidak dibenarkan semasa sesi sumbang saran bagi mengelakkan keterbatasan kuantiti idea yang dihasilkan ii. Menggalakkan idea bebas tanpa sekatan iii. Keutamaan pada kuantiti idea iv. Kombinasi dan pengembangan idea yang telah dijanakan Walaupun penangguhan penilaian dan kritikan adalah prinsip utama yang digariskan oleh Osborn, beliau menyatakan dengan jelas iaitu penilaian dan kritikan berlaku pada proses menghalusi idea (idea refinement). Proses menghalusi idea ini dapat dilakukan pada sesi yang lain. Kuantiti idea adalah keutamaan dalam sumbang saran, oleh yang demikian segala bentuk penilaian dan kritikan semasa sesi sumbang saran adalah dilarang. Empat garis panduan ini adalah pusat kepada keberkesanan sumbang saran yang berjaya. Namun begitu, Osborn mendapati kebergantungan kepada empat garis panduan tersebut adalah tidak mencukupi. Beliau menggariskan beberapa pertimbangan untuk menguruskan kumpulan dan persediaan untuk sesi produktif seperti berikut: 79
a)
Sumbang Saran Untuk Kreativiti Berkumpulan. Memandangkan sumbang saran digunakan sebagai alat kreativiti berkumpulan,
Osborn menyediakan beberapa garis panduan dan cadangan kepada fasilitator yang bercadang untuk mengendalikan sesi sumbang saran ini. Dalam cadangan beliau, seseorang fasilitator perlu sekurang-kurangnya mengambil satu kursus formal dalam penyelesaian masalah kreatif bagi membolehkan pengurusan dan pengendalian sesi sumbang saran yang lebih efektif. Kemahiran untuk mengendalikan sesi sumbang saran menjadi salah satu daripada faktor keberkesanan sesi sumbang saran. Seterusnya Osborn menyatakan lagi seseorang fasilitator perlu mahir dalam merangsang soalan, membangunkan perancangan untuk penjanaan idea, menyediakan orientasi untuk peserta, mengajar garis panduan sumbang saran, menguruskan perancangan dan penjadualan dan sesi susulan. Melalui aktiviti sumbang saran ini, Osborn menggalakkan sekumpulan lima hingga sepuluh peserta dipilih berdasarkan jenis masalah yang akan dibincangkan. Peserta yang terlibat perlu terdiri dari individu yang berpengalaman dalam tugasan yang diberikan. Sesi sumbang saran yang mengambil masa dalam 30 hingga 45 minit ini memerlukan seseorang yang dapat merekod dan mengumpulkan idea semasa sesi sumbang saran. Memandangkan sumbang saran direka untuk kreativiti berkumpulan, sesi penjanaan idea secara individu dapat dijadikan sebagai teknik kreativiti menjana idea sokongan kepada sesi berkumpulan. Osborn dipengaruhi oleh idea Wallas (1926) yang memperkenalkan terma penyediaan, pengeraman (incubation), pencerahan dan pengesahan sebagai aspek utama proses kreatif.
80
b)
Penyediaan Dan Latihan Sebelum Menggunakan Sumbang Saran. Osborn telah mencadangkan penyediaan berlaku pada dua peringkat.
Peringkat pertama adalah jenis masalah yang perlu diselesaikan dan peserta sumbang saran perlu diorientasikan terlebih dahulu atau semasa sesi dijalankan. Masalah seharusnya perlu dinyatakan dengan jelas dan fokus. 2.25.1
Halangan Kepada Sumbang Saran
Melalui kajian literatur, terdapat tiga kategori utama yang menjadi halangan kepada prestasi sumbang saran berkumpulan seperti berikut: i. ii. iii. 2.25.2
Berlaku penilaian/kritikan semasa sesi menjana idea dijalankan Peserta pasif yang tidak menyumbang idea Struktur interaksi (komunikasi) yang kurang berkesan Penilaian Awal Semasa Menjana Idea Beberapa kajian telah mendapati berlakunya penilaian/kritikan semasa sesi
menjana idea. Ini bertentangan dengan prinsip yang diketengahkan oleh Osborn iaitu penilaian dan kritikan idea perlu ditangguhkan. Produktiviti sumbang saran berkumpulan boleh dipengaruhi oleh kebimbangan peserta kepada penilaian kritikal, menyebabkan mereka merasa selamat dengan mengikut sahaja idea yang dominan. Terdapat beberapa kajian oleh Dunette, Campbell dan Jaastad (1963) yang mendapati kekurangan penyertaan oleh peserta dipengaruhi oleh ketakutan penilaian oleh peserta lain dalam kumpulan. Kajian seterusnya yang dapat mengesahkan hal ini adalah dari Camacho dan Paulus (1995) yang mendakwa ketakutan kepada penilaian telah menghalang penjanaan idea secara produktif. Takut untuk dinilai dan tekanan untuk menyokong idea yang dijana telah memberi kesan ke atas prestasi sumbang saran berkumpulan 81
2.25.3
Peserta Pasif Yang Tidak Menyumbang Idea Henningsen, Cruz, dan Miller (2000) membincangkan terdapat beberapa sebab
individu pasif dalam sumbang saran berkumpulan. Dalam kajian mereka berkenaan peserta sumbang saran berkumpulan, gejala seperti menumpang idea, melepak sosial (social loafing) dan kesan parasit merupakan halangan yang merendahkan motivasi dan usaha kolektif dalam kumpulan. Latane, Williams dan Harkin (1979) bersetuju apabila halangan ini terjadi, sinergi berkumpulan berada pada tahap yang sangat minimum. 2.26
Strategi Sumbang Saran Dalam Pendidikan Reka Bentuk Satu penyelidikan yang dijalankan oleh Nathan Mentzer, Shawn Farrington
dan Jason Tennenhouse (2015) dari Kolej Universiti Teknologi Purdue, Amerika Syarikat berkenaan proses reka bentuk. Penyelidikan ini memperkenalkan strategi enam teknik yang dibangunkan dalam persekitaran berasaskan industri dan diperhalusi dalam tempoh tiga tahun melibatkan lebih dari 3000 pelajar kolej dalam kursus reka bentuk. Proses reka bentuk ini melibatkan dua projek yang memerlukan pelajar melakukan sumbang saran 25 idea secara berkumpulan melalui enam teknik sumbang saran yang dikelolakan oleh seorang pakar reka bentuk industri, Jason Tennenhouse. Enam teknik yang digunakan adalah: i.
Divergen/Konvergen
ii.
Penguraian (decomposition)
iii.
Input
iv.
Prop
v.
Dek Kad
vi.
Relaksasi
Pensyarah dan pakar industri Jason Tennenhouse telah membangunkan enam teknik yang membolehkan kumpulan kolaboratif menjana idea dalam jumlah 100 82
hingga 200 idea dalam sehari. Untuk kursus TECH 120, pelajar dikehendaki menyumbang idea dalam kumpulan, meneroka penyelesaian yang berpotensi untuk dua masalah reka bentuk yang berkaitan. Kumpulan-kumpulan pelajar diminta utuk menonton video berkenaan enam teknik yang dicadangkan oleh Jason Tennenhouse, seterusnya melakukan sumbang saran 25 idea menggunakan sekurang-kurangnya lima teknik. Jason mencadangkan sesi sumbang saran dilakukan dalam masa 30 minit dan disambung semula selepas rehat. 2.26.1
Teknik Divergen Dan Konvergen Kaedah Divergen dan Konvergen bersifat kumpulan fokus untuk mewujudkan
kriteria penyelesaian reka bentuk dengan membangunkan idea-idea wild dalam siri kitaran berulang. Kriteria boleh dilihat sebagai satu aras standard yang perlu dicapai dalam sesuatu reka bentuk. Dengan membangunkan kriteria reka bentuk, sesebuah kumpulan fokus dapat menjana idea kriteria sebagai penyelesaian kepada masalah reka bentuk. Dengan menyediakan senarai idea wild membolehkan sesebuah kumpulan fokus meneroka kreativiti dan memanfaatkan imaginasi kolektif yang boleh membawa kepada sesuatu yang belum terfikir sebelumnya. Setelah kriteria telah dikenal pasti, kumpulan fokus perlu menghalusi senarai idea-idea wild yang memenuhi keperluan kriteria (konvergen). Setelah senarai idea telah diperhalusi, kumpulan fokus sekali lagi perlu mengembangkan senarai idea-idea yang memenuhi keperluan kriteria tanpa menggunakan idea yang sedia ada atau berulang. Ini bertujuan untuk memberi fokus pada kriteria reka bentuk yang baharu. Proses ini boleh diulang seberapa banyak kali yang perlu bagi mendapatkan penyelesaian yang lebih berfungsi.
83
2.26.2
Teknik Penguraian (Decomposition) Teknik Penguraian bertujuan mengenal pasti fungsi objek secara individu
yang diperlukan dalam menyelesaikan masalah. Setelah semua fungsi objek telah dikenal pasti, kumpulan fokus memulakan sesi sumbang saran idea alternatif yang berkaitan dengan setiap fungsi. Sebagai contoh sebuah penukul. Selain memikirkan cara baharu untuk mencipta tukul baharu, sumbang saran bertumpu pada apakah yang boleh dilakukan oleh penukul dari aspek fungsinya seperti mengetuk paku, mengetuk objek lain, mencabut paku atau membelah objek. Kumpulan
sumbang
saran
kemudiannya
membangunkan
idea
bagi
penyelesaian yang berpotensi untuk setiap fungsi penukul dengan membentuk soalan “Bagaimanakah lagi cara untuk mengetuk paku, mengetuk objek lain, mencabut paku dan membelah objek”? Dengan membangunkan semua fungsi penukul, kumpulan sumbang saran dapat menggabungkan idea unik dan asli secara efektif dengan menggunakan pemetaan bagi pemahaman hubungan idea di antara konsep yang sama. 2.26.3
Teknik Input Untuk teknik Input ini, kumpulan sumbang saran diminta untuk memerhatikan
persekitaran di sekeliling mereka samada dalam ruangan tertutup atau terbuka. Inspirasi boleh tercetus melalui objek yang dilihat seperti televisyen, ruang bilik itu sendiri, kereta yang diletakkan di tepi jalan, orang yang berjalan. Teknik ini menjana idea melalui rangsangan persekitaran yang dapat mempengaruhi inspirasi pelajar dalam menyelesaikan masalah reka bentuk. Kaedah ini juga mempunyai persamaan dengan kaedah Prop yang menggunakan teknik pemikiran divergen dalam mejana idea.
84
2.26.4
Teknik Prop/Objek Teknik Prop memerlukan kumpulan sumbang saran menjana idea melalui
objek harian yang terdapat di sekeliling/persekitaran (found object). Pada peringkat awal, teknik ini lebih berkesan apabila idea yang dijanakan tidak berkaitan dengan masalah yang ingin diselesaikan. Melalui penjanaan idea menggunakan objek, inspirasi dapat dibentuk dan dikembangkan melalui fungsi objek seterusnya cuba dikaitkan dengan menyelesaikan masalah reka bentuk yang sedia ada. Melalui teknik ini, sejumlah besar idea bersifat am dapat dijanakan tanpa menumpukan pada idea khusus bagi menyelesaikan isu/masalah reka bentuk. Teknik ini juga mempunyai persamaan dengan teknik divergen dengan mengutamakan idea/konsep dalam perspektif yang lebih luas. Oleh yang demikian, pelajar dapat mempraktikkan kepelbagaian informasi seterusnya dapat mensintesis dan menilai objek yang berkaitan sebagai jalan penyelesaian terhadap sesuatu isu dalam reka bentuk. 2.26.5
Teknik Kad Dek (Deck Of Cards) Teknik Dek Kad ini memerlukan pelajar mewujudkan satu set kad yang
mempunyai fungsi untuk elemen tertentu masalah reka bentuk. Fungsi teknik kad ini adalah dengan menjana idea tambahan selepas sesuatu produk dihasilkan. Ini dilakukan dengan menyelesaikan terlebih dahulu isu/masalah yang dinyatakan dalam kad tersebut (diwujudkan sebelum penghasilan produk), kemudian menjana semula isu/masalah yang mungkin terdapat selepas produk dihasilkan melalui kad. Teknik ini lebih cenderung kepada proses inovatif yang memberi penambahbaikan ke atas prototaip produk sebelum produksi yang sebenar. Setiap helaian kad merupakan pencetus kepada inspirasi idea dalam menyelesaikan masalah dalam reka bentuk. Kuantiti kad mewakili jumlah isu/masalah yang perlu diselesaikan oleh pelajar.
85
2.26.6
Teknik Relaksasi Teknik sumbang saran terakhir ini dinamakan Relaksasi. Teknik ini
dibangunkan melalui konsep bawah sedar yang dapat merangsang pemikiran inovatif di kalangan pereka/pelajar. Menurut teknik ini, idea direkodkan dalam buku nota sebaik sahaja
seseorang
pereka/pelajar
terjaga
dari
minda
bawah
sedar
(aktiviti
relaksasi/istirahat). Teknik ini mungkin tidak sesuai untuk aktiviti sumbang saran berkumpulan, namun bersesuaian dengan sesi di luar kelas mengikut masa pereka/pelajar. Secara umumnya, pelajar mendapati teknik ini amat menarik kerana tidak terikat dengan peraturan sumbang saran. Bagi memastikan teknik ini dilaksanakan dengan berkesan, satu sistem perlu diwujudkan bagi membenarkan pelajar terjaga dengan cepat selepas aktiviti relaksasi/istirahat. 2.27
Rumusan Teknik Yang Diperkenalkan Enam teknik penjanaan idea yang telah diperkenalkan oleh Nathan Mentzer,
Shawn Farrington dan Jason Tennenhouse (2015) ini pada asasnya menggunakan konsep sumbang saran yang diperkenalkan oleh Osborn (1956). Namun begitu, konsep sumbang saran ini telah diberikan sedikit pengubahsuaian melalui enam teknik yang berbeza. Kuantiti idea masih menjadi satu keutamaan dalam penjanaan idea, namun teknik yang diperkenalkan ini telah menetapkan seorang pelajar menjana 25 idea melalui setiap satu daru enam teknik yang dilaksanakan. Oleh yang demikian, pelajar diminta untuk menghasilkan sebanyak 150 idea dalam satu sesi. Teknik ini terbukti berkesan dalam penetapan kuantiti idea yang tetap dan terus diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran reka bentuk di Kolej Universiti Teknologi Purdue, Amerika Syarikat. Nathan Mentzer, Shawn Farrington dan Jason Tennenhouse (2015) percaya sumbang saran adalah satu kemahiran penting yang
86
boleh dibangunkan sebagai teknik penjanaan idea untuk membantu pelajar menyelesaikan masalah dalam reka bentuk. 2.28
Penyelidikan Di Dalam Proses Reka Bentuk Penyelidikan reka bentuk muncul sebagai bidang kajian yang diiktiraf pada
tahun 1960 yang pelopori oleh pengamal seperti Bruce Archer dan John Christopher Jones. Archer (1960) mengkategorikan penyelidikan reka bentuk dalam dua cara yang berbeza iaitu: i.
menjalankan penyelidikan ke dalam proses reka bentuk dengan tujuan untuk meningkatkan keberkesanan dan prestasi.
ii.
penyelidikan dijalankan dalam proses reka bentuk dengan tujuan untuk meningkatkan kreativiti, penyelesaian masalah dan atau membuat keputusan dalam reka bentuk.
Sejak tahun 1960, skop dan bentuk penyelidikan reka bentuk terus berkembang dan menjadi satu keperluan dalam aspek komunikasi, produk dan perkhidmatan. Aktiviti penyelidikan reka bentuk yang berkaitan terus berkembang dan merangkumi pelbagai aktiviti penyelidikan seperti: 2.29
Kajian Proses Reka Bentuk Salah satu dari cabaran yang dihadapi oleh pereka tekstil ialah untuk
mendapatkan idea baharu bagi memenuhi keperluan cita rasa semasa pengguna. Ini secara khususnya akan melibatkan usaha penyelidikan yang menekankan kepada kajian cita rasa dan keperluan pengguna. Bagi menghasilkan reka bentuk yang bersifat trend semasa, kombinasi kreativiti serta kecekapan dalam mengawal selia proses reka bentuk sangat diperlukan. Chapman, Bahill dan Wymore (1992) merumuskan proses reka bentuk yang dikawal selia dengan cekap akan memberikan kelebihan, kerana ia membantu proses reka bentuk secara sistematik bagi mencapai prestasi optimum. 87
Lawson (2006) mentakrifkan reka bentuk sebagai proses sintesis corak. Beliau juga telah menyatakan bahawa objektif seseorang pereka adalah untuk menyelesaikan masalah dengan menggunakan pendekatan yang lebih objektif dan praktikal ke atas sesuatu yang boleh atau harus dikaji. Darke (1979) pula menyifatkan pereka sebagai penjana utama bagi menyelesaikan masalah dan mencadangkan jenis penyelesaian yang difikirkan perlu. Herbert A. Simon (1969) menghuraikan lebih lanjut tentang proses reka bentuk yang dapat menyelesaikan isu penggunaan masa dan sumber yang lebih efektif. Strategi ini juga terdapat dalam kajian tingkah laku reka bentuk yang lain, termasuk beberapa tokoh jurutera (Marples, 1960), arkitek (Eastman, 1970) dan pereka landskap (Levin, 1966). Kelebihan serta manfaat pengaplikasian proses reka bentuk telah dibuktikan di dalam industri. Proses-proses reka bentuk yang digunakan dalam bidang seni bina dan alam sekitar, kejuruteraan, reka bentuk produk industri dan reka bentuk fesyen sering dijadikan bahan kajian serta rujukan semula oleh ahli-ahli teori reka bentuk, penyelidik dan pengamal. Kajian proses reka bentuk daripada bidang-bidang ini mendedahkan tiga peringkat utama termasuk definisi masalah dan penyelidikan, penerokaan kreatif, dan pelaksanaan. 2.30
Reka Bentuk Pakaian John Carr (1992) dalam Yuhan (2010) menyatakan reka bentuk merupakan
keseluruhan
proses
inovasi
dan
pembangunan
produk
sehingga
ke
tahap
pengeluarannya. Kebiasaannya setiap pereka akan mendapat idea untuk reka bentuk melalui inspirasi atau motivasi melalui elemen-elemen fesyen serta reka bentuk fabriknya. Walau bagaimanapun, inspirasi atau motivasi ini boleh dimanipulasikan serta digabungkan mengikut keperluan seseorang pereka. Terdapat beberapa kaedah untuk menjana inspirasi serta idea seperti yang dinyatakan oleh Jared Diamond (1997), 88
bahawa buku-buku trend reka bentuk semasa dapat memberikan cetusan idea kepada pereka mengenai mood, warna, cetakan, dan bayang (silhouette) sebelum sesuatu musim itu bermula. Selain itu, bahan-bahan seperti fabrik sering juga dijadikan sebagai sumber inspirasi untuk gaya tertentu. Ramalan trend termasuk warna dan ramalan reka bentuk fabrik adalah penting bagi seseorang pereka untuk belajar tentang trend fabrik terkini, selain dari penyesuaian warna dan motif mengikut bidang fesyen dan tekstil. Salah satu dari cabaran-cabaran yang sering dihadapi oleh seseorang pereka ialah keperluan kepada idea-idea kreatif bagi merangsang imaginasi mereka untuk menghasilkan idea-idea yang sedia digunakan untuk pelbagai keperluan. Pamela Stecker (1996) mendakwa bahawa idea inspirasi boleh dijana melalui eksplorasi media, aktiviti melancong, dan sumber alam semula jadi, manakala Carr (1992) pula berpendapat, gaya hidup juga boleh digunakan sebagai inspirasi untuk idea-idea pakaian baharu. Ann Marie Fiore (1997) menegaskan bahawa imaginasi individu boleh mempengaruhi inspirasi reka bentuk. Inspirasi untuk reka bentuk pakaian juga boleh diperolehi daripada ciri-ciri formal dari pelbagai sumber. Fiore juga mengesyorkan bahawa pereka harus menggabungkan semua elemenelemen reka bentuk ke dalam setiap rekaan untuk pakaian, termasuk garisan, warna, fabrik, dan bentuk. Warna adalah elemen penting yang utama dari elemen-elemen rekaan yang lain. Setiap pengguna mempunyai cita rasa dalam membuat keputusan untuk memilih atau menolak sesuatu rekaan pakaian berdasarkan pada warnanya. Chan Yin Ching, (2001) pula menyatakan bahawa reka bentuk fesyen pada asasnya sebagai arca dalam bentuk fabrik yang berhubung dengan badan, oleh itu fabrik dianggap sebagai medium seni kepada pereka untuk berkarya. Lima tokoh yang diterangkan di atas didapati mengutamakan aspek inspirasi sebagai sebahagian daripada proses kreatif dalam reka bentuk pakaian. Inspirasi terbentuk melalui pelbagai kaedah seperti yang diterangkan oleh Carr (1992) yang 89
menekankan elemen fesyen dan reka bentuk fabrik sebagai pencetus kepada idea baharu untuk sesuatu reka bentuk. Inspirasi ini pula boleh dimanipulasikan mengikut keperluan pereka mengikut cita rasa pelanggan. Pandangan beliau ini berbeza sedikit dengan pandangan yang diutarakan oleh Diamond (1997) yang lebih menekankan aspek inspirasi melalui bahan rujukan seperti buku trend reka bentuk semasa. Menurut beliau, melalui bahan rujukan terkini, pereka mendapat cetusan idea awal melalui mood, warna cetakan dan bayang (sillhoutte) sebelum sesuatu musim bermula. Sumber inspirasi oleh dua tokoh ini dilihat sebagai satu keperluan yang penting dalam proses penjanaan idea reka bentuk pakaian kerana elemen fesyen dan reka bentuk fabrik seharusnya digabungkan dengan sumber bahan rujukan trend terkini bagi membolehkan seseorang pereka sentiasa peka dengan perkembangan fesyen, cita rasa dan keperluan semasa pelanggan. Pandangan Stacker (1996) pula jauh berbeza berkenaan sumber inspirasi reka bentuk pakaian. Menurut beliau, sumber inspirasi bukan sekadar aspek formal reka bentuk, malahan inspirasi boleh dijana melalui eksplorasi media fesyen dan fabrik. Eksplorasi ini melibatkan eskperimentasi pola, corak dan susunan ke atas sesuatu reka bentuk pakaian. Beliau percaya dengan cara ini dapat merangsang proses kreatif reka bentuk pakaian. Selain dari itu, beliau juga menegaskan bahawa sumber inspirasi reka bentuk juga boleh dijanakan melalui pengalaman seseorang pereka dengan melancong ke tempat menarik dan menjadikan alam semula jadi sebagai salah satu dari objek kajian. Fiore (1997) menyokong pendapat Carr (1992) iaitu inspirasi melalui imaginasi dan ciri-ciri formal reka bentuk pakaian. Ciri formal yang dipersetujui ini merangkumi elemen reka bentuk pakaian seperti warna, bentuk, dan fabrik yang seterusnya digabungkan menjadi satu konsep kepada sesuatu reka bentuk. Perbezaan di antara dua tokoh ini terletak pada pendekatan imaginasi sebagai proses kreatif dalam reka bentuk. 90
Menurut Fiore lagi, seseorang pereka memerlukan imaginasi yang tinggi bagi menggalakkan proses kreatif penghasilan idea dan reka bentuk pakaian. Berbeza pula halnya dengan Chan (2001). Pandangan beliau ini lebih kepada praktik seni halus yang menjadikan seseorang pereka itu sebagai pengarca melalui medium fabrik. Melalui pendekatan ini, proses kreatif penghasilan reka bentuk pakaian terbentuk melalui sentuhan dan ideologi seseorang pereka melalui beberapa siri eksperimentasi ke atas bahan dan bentuk. Menurut beliau lagi, proses reka bentuk pakaian adalah manifestasi kendiri seseorang pereka dalam menghasilkan sesuatu produk pakaian. Reka bentuk merupakan satu proses kreatif, di mana pereka juga mempunyai cara yang tersendiri untuk menghasilkan reka bentuk mengikut tahap kreativiti mereka. Oleh kerana terdapat perbezaan kaedah, satu rangka kerja yang sistematik adalah diperlukan bagi membantu untuk menyediakan satu proses pelaksanaan yang lebih cekap dan berkesan dalam reka bentuk. Oleh kerana bahan penerbitan yang terhad dalam proses reka bentuk tekstil, penyelidik menggunakan kajian literatur berkenaan proses reka bentuk dalam bidang-bidang yang lain sebagai rujukan yang terdekat. Ini adalah perlu bagi mencari persamaan dalam perbezaan setiap bidang serta isu-isu yang kritikal dalam sesuatu teori atau model. 2.31
Model Reka Bentuk Seni Bina Model proses reka bentuk dalam seni bina merupakan salah satu dari model-
model reka bentuk yang masih digunakan dengan meluas dalam pelbagai bidang reka bentuk yang bertunjangkan kepada teori pemikiran kreatif. Model proses reka bentuk ini sering dicadangkan dan digunakan dalam bidang reka bentuk yang lain terutamanya bidang kejuruteraan kerana prinsip-prinsip dalam model ini terbukti dapat diadaptasi
91
dengan berkesan. Model proses reka bentuk dalam seni bina dan reka bentuk kejuruteraan ditemui dan diringkaskan seperti berikut: 2.31.1 Reka Bentuk Dan Proses Penyelesaian Masalah Kreatif Koberg Dan Bagnall Don Koberg dan Jim Bagnall (1973) mencadangkan satu proses reka bentuk yang menekankan kepada dua domain iaitu kreatif dan membina. Ia adalah satu usaha dalam aktiviti yang bercadang untuk memperbaiki keadaan atau isu yang sedia ada. Menurut mereka lagi, reka bentuk diklasifikasikan sebagai proses penyelesaian masalah secara kreatif. Proses reka bentuk menerangkan satu siri peristiwa, peringkat, fasa dan kemajuan yang mesti dialami sebelum melengkapkan perjalanan keseluruhan. Koberg dan Bagnal telah menstrukturkan kaedah penyelesaian masalah secara kreatif dalam proses reka bentuk. Kelebihan proses ini boleh dilihat dalam pelbagai cara seperti linear, kitaran, maklum balas dan format berstruktur. Ia boleh mencadangkan perancangan reka bentuk yang sistematik untuk pereka bagi tujuan membangunkan proses reka bentuk. Struktur yang diperkenalkan ini diubahsuai dan dicipta mengikut urutan normal dan logik seperti yang dinyatakan dalam tujuh peringkat proses reka bentuk di bawah.
92
Jadual 2.2: Proses Reka Bentuk Dan Penyelesaian Masalah Kreatif Koberg Dan Bagnal Tahap 1. Terima 2. Teroka 3. Menentukan
4. Membentuk pengertian 5. Memilih 6. Melaksanakan 7. Menilai
2.32
Penerangan Pereka harus memahami dan peka dengan keperluan situasi masalah. Memahami dan mengetahui lebih lanjut mengenai masalah. Penentuan masalah adalah proses yang tidak berkesudahan daripada memberikan makna semua kepada realiti. Mencari segala cara dan kaedah untuk mencapai matlamat. Memilih idea-idea yang terbaik untuk memenuhi keperluan matlamat Pelaksanaan/membuat tindakan Untuk membandingkan awal dengan akhir, untuk mengesan kelemahan dan penemuan, dan akhir sekali untuk menentukan makna, kemajuan atau nilai yang membentuk keseluruhan proses.
Model Reka Bentuk Kejuruteraan Industri Berbanding model proses reka bentuk untuk semua bidang reka bentuk yang
digunakan, proses reka bentuk perindustrian adalah yang paling berkaitan dengan reka bentuk tekstil dan fesyen. Kedua-dua bidang reka bentuk menekankan kepentingan penyelesaian berfokuskan proses reka bentuk serta konsep hasil penilaian yang diterima. Model proses reka bentuk dalam reka bentuk perindustrian telah menyumbang kepada pemahaman tentang peranan keperluan reka bentuk dan struktur terperinci untuk menyelesaikan masalah. Proses kognitif utama mereka telah dicadangkan dan berdasarkan konsep analisis - penjanaan idea - penilaian. Tiga model utama dalam proses reka bentuk dalam reka bentuk perindustrian diringkaskan seperti berikut:
93
2.32.1 Model Proses Reka Bentuk Archer Bruce Archer (1965) mengkategorikan proses reka bentuk ke dalam tiga peringkat iaitu analitikal, kreatif, dan eksekutif. Fasa analisis melibatkan pemerhatian, pengukuran, dan penaakulan induktif. Fasa kreatif melibatkan penilaian, penghakiman, penaakulan deduktif, dan keputusan, manakala fasa eksekutif melibatkan terjemahan deskriptif dan penghantaran idea untuk proses produksi. Archer menggambarkan fasa analisis sebagai satu proses sistematik dengan aktiviti pasukan berpandukan kepada penyelidikan empirikal yang menyediakan asas untuk membuat keputusan. Archer menyatakan bahawa lompatan kreatif fasa kedua boleh membawa kepada penyelesaian yang boleh dilaksanakan tetapi produk mesti tertakluk kepada ujian. Archer (1984) menekankan bahawa hampir mana-mana penyelesaian reka bentuk merupakan satu hipotesis berdasarkan bukti yang tidak sempurna dan ia perlu tertakluk sama ada untuk ujian pasaran atau beberapa analisis tidak langsung.
• Pemerhatian • Pengukuran • Penaakulan Induktif
Analitikal
Kreatif • Penilaian • Penghakiman • Penaalukan Deduktif • Keputusan
• Terjemahan Diskriptif • Penghantaran Idea Untuk Proses Produksi
Eksekutif
Rajah 2.7: Model Proses Reka Bentuk Archer (1984) 94
Model Archer ini kemudiannya telah diperkembangkan oleh John Chris Jones (1963) dengan menekankan kepada tiga peringkat iaitu perbezaan - transformasi penumpuan. Jones menegaskan bahawa pereka mesti mendisiplinkan diri secara aktif dalam menyelidik masalah secara konklusif sebelum membuat sesuatu keputusan. Jones (1981) membuat kesimpulan bahawa proses reka bentuk adalah bersifat kitaran dan membenarkan fleksibiliti pereka melalui proses yang berulang kali. Proses reka bentuk Jones ini menyumbang kepada pendekatan berfikiran terbuka kepada penjanaan idea reka bentuk yang banyak dengan penekanan kepada penyelidikan sebagai ciri penting dalam proses reka bentuk. 2.32.2 Model Proses Reka Bentuk Jones Model proses reka bentuk seni bina adalah bertunjangkan kepada teori pemikiran kreatif yang dijadikan sebagai rujukan kepada model proses reka bentuk dalam bidang lain. Ini disebabkan oleh modus operandinya mempunyai matlamat yang jelas melalui prinsip model ini dalam menyelesaikan masalah reka bentuk. Salah satu model yang menjadi rujukan adalah dari model proses reka bentuk yang diperkenalkan oleh Koberg dan Bagnall (1973) yang bertujuan untuk memperbaiki keadaan atau masalah yang sedia ada. Melalui dua domain proses reka bentuk iaitu kreatif dan membina, model mereka ini kemudiannya dijadikan rujukan dalam proses reka bentuk kejuruteraan industri. Melalui kajian literatur ini terdapat dua model reka bentuk kejuruteraan industri yang merujuk pada proses reka bentuk seni bina. Model Archer (1965) memberi penekanan kepada tiga aspek utama dalam proses reka bentuk iaitu analitikal, kreatif dan eksekutif. Model Archer ini mengikut proses sistematik yang menjadikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sebagai pelaksanaan dalam proses reka bentuk. Model proses reka bentuk yang diperkenalkan oleh Jones (1963) pula memberi tumpuan 95
pada proses penyelidikan yang menganggap proses reka bentuk melibatkan kitaran. Proses kitaran dalam reka bentuk memerlukan usaha pereka untuk melaksana, memantau dan menilai melalui proses yang berulang kali. Model Jones ini juga menggunakan pendekatan pemikiran divergen dengan mengutamakan kuantiti idea yang banyak. Jadual 2.3: Model Proses Reka Bentuk Jones Tahap 1. Analisis
Proses -Senarai rawak faktor -Klasifikasi faktor -Sumber maklumat -Interaksi di antara faktor-faktor -Spesifikasi pencapaian -Mendapatkan persetujuan -Pemikiran kreatif -Penyelesaian separa -Had -Penyelesaian gabungan -Penyelesaian merancang -Kaedah penilaian -Penilaian operasi
2. Sintesis
3. Penilaian
2.33
Model Reka Bentuk Fesyen Sebagai pereka fesyen/tekstil yang terlibat dalam proses reka bentuk, aspek
kreativiti sentiasa diberi penekanan untuk meningkatkan aktiviti reka bentuk. Fiore dan Kimle, (1997) menyatakan bahawa proses kreatif adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan
langkah-langkah
konsep
yang
terlibat
dalam
pembangunan
penyelesaian inovatif untuk permasalahan. Rangka kerja proses reka bentuk dalam fesyen telah dicadangkan dan ia berdasarkan kepada konsep ‘analisis - sintesis – penilaian’. Kincade, Regan, dan Sheldon (1998) menyatakan teori fesyen telah
96
dibangunkan dengan gabungan kerjasama jurutera produk, arkitek dan ahli teori psikologi tingkah laku. Walau bagaimanapun, sifat masalah dalam bidang fesyen biasanya agak berbeza dari sifat praktikal dan fungsi yang berorientasikan seni bina dan kejuruteraan. Reka bentuk fesyen berkaitan dengan suatu perkara yang tidak pasti, sejagat dalam skop, tertakluk syarat-syarat tertentu atau keadaan tertentu. Oleh itu, proses reka bentuk adalah berbeza mengikut peringkat. Tumpuan atau penekanan bagi setiap proses juga berbeza-beza bergantung kepada bidang reka bentuk. Tiga model utama dalam proses reka bentuk dalam reka bentuk fesyen ditemui dan diringkaskan di bawah: 2.33.1 Model Proses Reka Bentuk Watkins Susan Murray Watkins (1988) dan Lambs dan Kallal (1992) dalam kajian mereka telah merujuk kepada model Koberg dan Bagnal (1981) sebagai asas untuk pembangunan model bagi reka bentuk pakaian. Model Watkins (1988) mengadaptasikan pendekatan tujuh langkah yang sama daripada proses reka bentuk termasuk; i) ii) iii) iv) v) vi) vii)
penerimaan analisis definisi penjanaan idea pemilihan pelaksanaan penilaian
Dalam model Watkins, pereka perlu motivasi yang tinggi dan mencari rasional untuk menumpukan masa dan usaha dalam menyelesaikan setiap masalah di samping perlu mengetahui semua aspek reka bentuk melalui pengamatan. Pada peringkat definisi pula, pereka perlu meneliti data dan idea-idea yang dikumpulkan di peringkat analisis proses dan menentukan elemen-elemen yang paling penting mengikut keutamaan. Peringkat penjanaan idea adalah bahagian kreatif dalam proses reka bentuk iaitu pereka
97
boleh mengembangkan seberapa banyak kaedah yang mungkin untuk menyelesaikan masalah. Hasilnya, pereka boleh membuat keputusan mengenai idea yang terbaik dan mereka dikehendaki untuk melaksanakan cara yang dibangunkan untuk membuat keputusan dan mencuba idea yang terbaik. Dan peringkat penilaian adalah langkah terakhir untuk menganalisis apa yang berlaku apabila sesuatu tindakan diambil. Jadual 2.4: Model Proses Reka Bentuk Watkins Tahap 1. Penerimaan 2. Analisis 3. Definisi 4. Penjanaan Idea 5. Pemilihan 6. Pelaksanaan 7. Penilaian
Penerangan Mendapat motivasi dan mencari sebab-sebab kepada masalah reka bentuk. Mengetahui semua aspek keadaan reka bentuk. Menentukan elemen-elemen yang paling penting. Menjana idea dan perkara-perkara kreatif. Memilih idea yang terbaik. Mengambil tindakan dan mencuba idea yang terbaik. Menganalisis apa yang berlaku apabila tindakan diambil
2.33.2 Model Proses Reka Bentuk Lamb dan Kallal Model Jane M. Lamb dan M. Jo Kallal ini telah dibangunkan dari model Hanks dan model Koberg dan Bagnal yang spesifik mengenai proses reka bentuk. Selain dari model Jones dan model Koberg dan Bagnal, model proses reka bentuk Hanks (1977) menyediakan alat visual untuk memeriksa peranan pereka dan hubungan mereka kepada reka bentuk. Mereka membentuk proses model reka bentuk enam langkah untuk reka bentuk mudah hingga kompleks termasuk 1) mengenal pasti masalah, 2) idea-idea awal, 3) penghalusan reka bentuk, 4) menganalisis, 5) keputusan dan 6) pelaksanaan. Mereka mencadangkan bahawa pereka harus melihat ke hadapan dalam proses reka bentuk secara berterusan. Maklum balas dan perubahan reka bentuk hendaklah digunakan untuk masalah reka bentuk. 98
Berdasarkan model Hanks dan model Koberg dan Bagnal ini, satu rangka kerja reka bentuk generik menggabungkan fungsi, ekspresif dan estetik (FEE) telah dibangunkan oleh Lamb dan Kallal (1992). Proses reka bentuk ini telah membuat pindaan pada model Hanks dan model Koberg dan Bagnal dengan urutan bermula dari:
i) ii) iii) iv) v)
Mengenal pasti masalah Idea-idea awal Penghalusan reka bentuk Pembangunan prototaip akhir Pelaksanaan
Peringkat pertama mengenal pasti masalah melibatkan pembangunan koleksi untuk sasaran pasaran yang telah ditetapkan. Idea-idea awal dihasilkan untuk mencapai matlamat. Penghalusan reka bentuk menerangkan bahawa sebahagian daripada proses di mana idea-idea awal adalah tertakluk kepada penelitian. Pada peringkat Pembangunan Prototaip, idea-idea yang baik akan diaplikasikan. Prototaip ini boleh berbentuk sampel pakaian atau sampel komponen pakaian. Penilaian prototaip adalah untuk penilaian produk mengikut kriteria yang ditetapkan di peringkat mengenal pasti masalah. Peringkat terakhir pelaksanaan menyebut FEE (fungsi, ekspresif dan estetika) diberi pertimbangan sebagai kriteria reka bentuk utama.
99
Mengenal Pasti Masalah
Pelaksanaan
Idea-Idea Awal
Penilaian Prototaip
Penghalusan Rekaan
Pembangunan Prototaip
Rajah 2.8: Model Proses Reka Bentuk Lamb dan Kallal (1992)
2.33.3 Model Proses Reka Bentuk DeJonge Proses reka bentuk Pakaian Berfungsi yang dibangunkan dari model DeJonge (1984) telah diadaptasikan daripada model proses reka bentuk Jones (1963). Model DeJonge ini menetapkan kaedah yang jelas dan sistematik untuk membahagikan rangka kerja reka bentuk ke dalam tujuh langkah seperti berikut;
i) ii) iii) iv) v) vi) vii)
Idea awal Eksplorasi hala tuju reka bentuk Menentukan matlamat reka bentuk Membangunkan penyelidikan reka bentuk untuk spesifikasi Membangunkan kriteria reka bentuk Pembangunan prototaip Penilaian prototaip
Beliau menekankan bahawa idea awal merupakan langkah yang paling penting dalam proses reka bentuk untuk mengenal pasti isu dan arah tuju proses yang seterusnya. Menurut model DeJonge, pereka perlu meneroka seberapa banyak hala tuju yang 100
mungkin bagi membolehkan kemungkinan pendefinisian semula masalah yang terdapat dalam reka bentuk itu sendiri. Selepas matlamat untuk penyelidikan telah jelas, pereka meneruskan penyelidikan yang lebih mendalam kepada faktor-faktor lebih spesifik yang mempengaruhi reka bentuk. Kriteria reka bentuk adalah digunakan untuk kedudukan dan pemberatan dalam penilaian prototaip.
Permintaan Awal
Eksplorasi Hala Tuju Rekaan
Menentukan Matlamat Rekaan
Membangunkan Penyelidikan Rekaan Untuk Spesifikasi
MembangunkanKriteria Rekaan
Pembangunan Prototaip
Penilaian Prototaip
Rajah 2.9: Model Proses Reka Bentuk DeJonge (1984)
2.34
Sintesis Model-Model Proses Reka Bentuk Melalui penelitian yang dijalankan, penyelidik dapat merangka satu kerangka
kerja proses reka bentuk hasil dari sintesis setiap model reka bentuk yang dikenal pasti mempunyai persamaan dengan proses reka bentuk tekstil yang diamalkan di jabatan Seni Reka Tekstil. Aspek-aspek penting dan konsep reka bentuk dikategorikan seperti susunan berikut: 2.34.1 Maklumat Reka Bentuk Maklumat reka bentuk merupakan proses penyelidikan kreatif yang melibatkan rakaman maklumat untuk membina kefahaman kreatif dan inovatif secara mendalam. 101
Proses ini terdiri daripada gabungan kemahiran menganalisis dan teknikal yang melibatkan kreativiti serta pengetahuan lanjutan seseorang mengenai sesuatu produk dan kemahiran teknikal bagi mencapai matlamat reka bentuk. Rujukan literatur yang melibatkan peringkat analitikal dalam proses reka bentuk boleh dirujuk pada model yang telah diterangkan iaitu model reka bentuk Archer (1984) dan Jones (1984). 2.34.2 Objektif Reka Bentuk Kebanyakan proses-proses reka bentuk yang dirujuk di atas, mempunyai langkah atau ketetapan yang menentukan sesuatu matlamat. Salah satu dari langkah yang mempunyai matlamat reka bentuk adalah seperti yang diperkenalkan oleh Jones (1970) iaitu penekanan kepada struktur bagaimana sesuatu maklumat itu diterima dan ditransformasikan. Langkah ini termasuk menyatakan objektif untuk sesuatu projek reka bentuk. DeJonge (1984) pula menggambarkan proses model reka bentuk bermatlamat bermula dengan permintaan awal (initial request) sebagai langkah pertama dalam proses reka bentuk untuk mengenal pasti isu dan arah tuju proses yang seterusnya. Model dan rangka kerja reka bentuk yang diperkenalkan oleh Lamb dan Kallal (1992) pula bertujuan untuk membantu pereka mendekati masalah-masalah reka bentuk untuk semua peringkat pengguna sasaran. Mengenal pasti masalah dalam reka bentuk merupakan proses pertama yang digunakan dalam model Lamb dan Kallal yang memberi penekanan kepada matlamat untuk sesesuatu reka bentuk. Oleh yang demikian, model Jones (1970), DeJonge (1984) dan Lamb dan Kallal ini mempunyai modus operandi yang sama iaitu mengenal pasti masalah reka bentuk pada peringkat awal dan penetapan matlamat untuk sesuatu reka bentuk.
102
2.34.3 Penghalusan Reka Bentuk (Design Refinement) Tema biasanya akan terbentuk melalui proses penghalusan reka bentuk ini dengan mengikut perancangan yang ditetapkan oleh seseorang pereka. Selepas proses analisis dan pengumpulan maklumat yang berkaitan dengan masalah, pereka akan meneruskan proses penyelesaian masalah mengikut perancangan yang ditetapkan. Kebiasaannya proses penyelesaian masalah dilaksanakan menggunakan kemahiran kognitif memperhalusi idea reka bentuk yang juga dinamakan pemikiran kritis. Beberapa kajian menunjukkan bahawa pendefinisian kepada masalah yang perlu diselesaikan mengikut perancangan dapat memberikan fokus awal untuk kerja reka bentuk seseorang pereka (Lamb & Kallal, 1992; Jones 1970, 1992). 2.34.4 Kriteria Reka Bentuk Merujuk pada terma yang digunakan oleh DeJonge (1984), pemilihan kriteria reka bentuk merupakan unsur-unsur penting yang dimasukkan ke dalam kerangka kerja reka bentuk. Ini bertujuan untuk mengenal pasti kriteria reka bentuk umum dan elemen reka bentuk yang berkaitan. Kriteria reka bentuk umum boleh ditakrifkan sebagai tahap kreativiti, penampilan estetik atau pemilihan warna yang bersesuaian, manakala unsur reka bentuk pula terdiri daripada bayang, bentuk, warna, jalinan, saiz dan potongan. Pereka perlu memberi keutamaan kepada unsur-unsur reka bentuk sebagai sumber utama dalam proses reka bentuk. 2.34.5 Pemilihan Reka Bentuk Melalui rujukan yang dijalankan, penyelidik mendapati peringkat pemilihan reka bentuk adalah merujuk kepada model Watkins, Koberg dan Bagnall. Mereka berpendapat bahawa peringkat ini tidak kurang juga pentingnya kerana pemilihan idea
103
yang terbaik adalah salah satu kriteria yang dapat memenuhi sesuatu matlamat reka bentuk yang dirancang. 2.34.6 Pelaksanaan Reka Bentuk Ini merupakan peringkat penerimaan kepelbagaian idea awal yang telah dikumpulkan. Idea awal ini biasanya dibangunkan dan diperkembangkan sehingga seseorang pereka berpuas hati dan kemudiannya dijadikan sebagai cadangan untuk memenuhi keperluan awal. Di dalam kajian literatur yang dijalankan, penyelidik mendapati terdapat beberapa model yang melibatkan peringkat pelaksanaan reka bentuk (Koberg & Bagnall, 1981), Watkins (1984) dan Lamb & Kallal (1992). Beach Johansson (1998) menyatakan pereka pakaian tekstil membina sesuatu projek dengan menggunakan kaedah yang berbeza untuk mencapai keputusan yang dikehendaki. Pelaksanaan proses reka bentuk ini juga bergantung kepada tahap kreativiti dan kebolehan seseorang pereka dalam merancang seterusnya melaksanakan kerja-kerja reka bentuk sesuai dengan peruntukan masa dan kos yang dirancang. 2.34.7 Penilaian Reka Bentuk Peringkat penilaian reka bentuk ini juga merupakan salah satu dari kerangka kerja yang penting dalam proses reka bentuk. Peringkat ini melibatkan penilaian kritikal terhadap prototaip yang dihasilkan serta penambahbaikan terhadap kelemahan yang terdapat dalam proses reka bentuk itu sendiri. Sebagai contoh, sekiranya sesuatu prototaip itu dikritik dan ditolak, maka ia akan memberi ruang kepada proses memperhalusi semula idea dan pelaksanaannya. Proses penilaian dan memperhalusi semula yang dilakukan berulang kali akan menghasilkan prestasi yang berterusan daripada proses reka bentuk.
104
2.35
Pemikiran Reka Bentuk IDEO IDEO merupakan firma reka bentuk global yang berpangkalan di Palo Alto
California, Amerika Syarikat. Firma yang ditubuhkan pada tahun 1991 ini menggunakan kaedah pemikiran reka bentuk untuk mereka bentuk produk, perkhidmatan, persekitaran dan pengalaman digital (Bloomberg Businessweek, 2011). Firma ini memberi penekanan kepada Reka Bentuk Berpusatkan Manusia (Human Centered Design) untuk membantu organisasi awam dan sektor swasta menambah baik perkhidmatan seterusnya berkembang dan berdaya saing. Tim Brown (1999) menyatakan pemikiran reka bentuk sebagai satu proses hubungan dan kefahaman tentang keperluan manusia secara mendalam. Proses ini dilihat sebagai satu proses komprehensif dalam menyelesaikan masalah reka bentuk produk, perkhidmatan dan persekitaran berbanding amalan penyelesaian masalah konvensional yang sedia ada. Pemikiran reka bentuk bergantung kepada keupayaan individu atau kumpulan untuk menjadi intuitif mengenali corak, idea yang bermakna, berfungsi dan untuk menyatakan ekspresi diri individu atau kumpulan melalui cara selain dari perkataan dan simbol. Proses pemikiran reka bentuk digambarkan sebagai sistem ruang bertindih dan bukannya mengikut urutan langkah-langkah yang teratur. Terdapat tiga ruang yang utama iaitu: i. ii. iii.
Inspirasi – Inspirasi adalah masalah atau peluang yang mendorong usaha mencari penyelesaian. Penjanaan Idea – Penjanaan idea adalah proses menjana, membangun dan menguji idea. Pelaksanaan – Pelaksanaan adalah laluan dari peringkat projek ke kehidupan orang ramai. Di bawah sistem ini, IDEO menggunakan dua alat analisis dan teknik generatif
untuk membantu pelanggan melihat bagaimana operasi baharu atau sedia ada mereka di masa depan. Kaedah IDEO terdiri daripada prototaip model perniagaan, visualisasi data, 105
strategi inovasi, reka bentuk organisasi, penyelidikan kualitatif dan kuantitatif serta harta intelek. 2.36
Model Pemikiran Reka Bentuk IDEO Pada tahun 2001, IDEO telah membangunkan model pemikiran reka bentuk
dalam konteks inovasi sosial yang berkonsepkan Inspirasi, Idea dan Pelaksanaan. Konsep asal pemikiran reka bentuk oleh IDEO ini dikembangkan menjadi satu model komprehensif yang terdiri daripada lima peringkat reka bentuk. Model ini dinamakan Pemikiran Reka Bentuk Untuk Pendidik (Design Thinking For Educators Toolkit).
Rajah 2.10: Model Proses Reka Bentuk IDEO Untuk Pendidik (2015) 2.36.1 Peringkat Penemuan (Discovery) Penemuan membina asas yang kukuh untuk idea-idea dengan mencipta penyelesaian yang bermakna kepada pelajar, ibu bapa, guru, rakan-rakan dan pentadbir bermula dengan pemahaman yang mendalam untuk keperluan mereka. Penemuan juga bermaksud membuka peluang baharu, dan mendapatkan inspirasi untuk mencipta ideaidea baharu. Dengan persediaan yang betul, peringkat penemuan ini memberikan satu perspektif dan pemahaman yang baik tentang sesuatu cabaran reka bentuk. Peringkat penemuan terdiri daripada tiga langkah seperti berikut: 106
i. ii. iii.
Memahami cabaran sesuatu isu/masalah reka bentuk. Penyediaan untuk penyelidikan. Mengumpulkan inspirasi.
2.36.2 Peringkat Tafsiran (Interpretation) Tafsiran mentransformasikan idea ke dalam pandangan bermakna. Melalui pemerhatian, lawatan lapangan dan perbualan yang mudah dapat menjana inspirasi yang besar. Namun begitu, proses pencarian makna dan menjadikannya satu peluang untuk tindakan ke atas masalah reka bentuk bukan satu tugas yang mudah. Ia melibatkan penceritaan, pemahaman dan penyusunan informasi sehingga menemui satu hala tuju yang jelas untuk penjanaan idea. Peringkat tafsiran terdiri daripada tiga langkah seperti berikut: i. ii. iii.
Penceritaan. Mencari dan memahami makna. Merangka peluang.
2.36.3 Peringkat Penjanaan Idea (Ideation) Penjanaan idea bermaksud menjana idea dalam kuantiti yang besar. Salah satu daripada teknik kreativiti menjana idea yang berkesan adalah teknik sumbang saran. Melalui teknik sumbang saran ini, individu atau kumpulan dapat menjana idea tanpa sekatan. Sumbang saran ini berfungsi sebagai teknik yang dapat merangsang kebolehan kognitif dalam menjana dan mengembangkan idea baharu melalui set peraturan yang jelas. Peringkat penjanaan idea terdiri daripada dua langkah seperti berikut: i. ii.
Menjana idea. Menghalusi idea.
107
2.36.4 Peringkat Eksperimen (Experimentation) Peringkat eksperimen ini menterjemahkan idea yang dijanakan ke dalam bentuk visual dan prototaip produk. Membina prototaip bermaksud merealisasikan idea, belajar sambil membina prototaip dan berkongsi pandangan mengenainya bersama orang lain. Melalui prototaip produk ini, individu dan kumpulan dapat mempelajari sesuatu kelebihan dan kelemahan yang terdapat pada prototaip yang dihasilkan melalui pandangan orang lain serta membuka ruang untuk penambahbaikan untuk produk akhir. Peringkat eksperimen terdiri daripada dua langkah seperti berikut: i. ii.
Membina prototaip produk. Mendapatkan maklum balas.
2.36.5 Peringkat Evolusi (Evolution) Evolusi merupakan peringkat pembangunan konsep dari masa ke masa yang melibatkan perancangan untuk langkah seterusnya, berkomunikasi idea untuk orang yang boleh membantu, dan mendokumentasikan proses. Perubahan yang sering berlaku dari masa ke masa dan setiap perubahan merupakan satu aspek yang perlu diambil kira sebagai proses pembaharuan sesuatu konsep mengikut peredaran masa. Peringkat evolusi terdiri daripada dua langkah seperti berikut: i. ii.
Trek pembelajaran. Maju ke hadapan.
Model proses reka bentuk oleh IDEO ini berorientasikan proses sistematik berasaskan matlamat khusus pada setiap peringkat. Model ini juga memberi penekanan khusus kepada masalah yang sering dihadapi oleh manusia seterusnya dapat mencari penyelesaian melalui pemahaman yang mendalam tentang isu dan cabaran yang dihadapi. Melalui pelaksanaan proses reka bentuk IDEO ini juga melibatkan penyertaan 108
pelanggan untuk tujuan maklum balas. Usaha ini jelas menunjukkan komitmen seseorang pereka dalam menghasilkan sesuatu reka bentuk dengan mengambil kira maklum balas pelanggan. Model proses reka bentuk oleh IDEO yang dirujuk ini banyak mempengaruhi penambahbaikan proses reka bentuk tekstil yang sedia ada terutamanya pada peringkat menjana dan menghalusi idea. Peringkat menjana dan menghalusi idea ini termasuk dalam kategori kemahiran
kognitif ‘mencipta’ di peringkat tertinggi mengikut
Taksonomi Bloom yang disemak semula (Revised Bloom Taxonomy). Kemahiran mencipta ini melibatkan aspek kreativiti iaitu komponen yang paling berkaitan dengan fungsi kognitif. 2.37
Ringkasan Kajian Literatur Melalui pemerolehan informasi kajian literatur ini, penyelidik berjaya
mengumpulkan bahan rujukan, membuat ulasan dan sintesis pada teori, model, teknik dan amalan yang secara konsep dan pelaksanaannya telah terbukti berkesan melalui kajian dan penyelidikan yang pernah dijalankan oleh penyelidik yang terdahulu. Usaha ini bertujuan sebagai asas pembinaan dan pengayaan pengetahuan (knowledge enrichment) kepada penyelidik tentang bidang yang dikaji secara spesifik. Melalui rujukan dokumen rasmi Program Seni Reka Tekstil, penyelidik dapat melihat kronologi silibus dari tahun awal penubuhannya (1974) sehingga yang terkini (2015). Evolusi silibus program Seni Reka Tekstil ini didapati tidak banyak menyentuh tentang kandungan dan modus operandi pengendalian kursus-kursus reka bentuk tekstil. Setelah lebih dari tiga dekad (1974-2015), bidang pengkhususan utama reka bentuk tekstil seperti percetakan fabrik, tenunan dan batik/resis masih dikekalkan sebagai subjek teras bagi mengekalkan identiti dan ciri eksklusif reka bentuk tekstil itu sendiri. Beberapa siri perubahan sistem kurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian 109
Tinggi (KPT) dilihat memberikan satu pendekatan inovasi dengan penekanan kepada beberapa kemahiran penting yang bersesuaian di peringkat pengajian tinggi. Pengenalan kepada sistem Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome Based Education) pada tahun 2008 telah mengubah paradigma pengajaran, pembelajaran dan penilaian menjadi satu hala tuju pendidikan yang jelas berasaskan pencapaian pelajar yang boleh diukur. Impak positif dari sistem ini telah membuktikan penerapan KBAT di peringkat pelaksanaan pengajaran membuka ruang kepada pelajar untuk menguasai kemahiran penting dalam menyelesaikan masalah. Penerapan KBAT ini sedikit sebanyak telah mengubah struktur kursus reka bentuk tekstil menjadi kursus yang bermatlamatkan kemahiran kognitif berbanding potensi kreativiti penghasilan yang diamalkan sebelum tahun 2008. Walau bagaimanapun, mengikut analisis dokumen yang dibuat oleh penyelidik, isu utama yang dikenal pasti adalah pelaksanaan pengajaran yang masih mengekalkan pendekatan dan tradisi lama yang tidak selari dengan objektif kurikulum Pendidikan Berasaskan Hasil. Keperluan penyelidikan berteraskan inovasi memerlukan rujukan dari teori dan model pelaksanaan yang telah terbukti signifikan agar dapat diaplikasikan ke dalam PdP dan proses reka bentuk. Usaha ini bertujuan untuk membuat penambahbaikan kepada konsep dan pelaksanaan yang sedia ada. Melalui rujukan teori, model dan teknik yang berkaitan, penyelidik telah menemukan konsep dan pelaksanaan dalam PdP dan proses reka bentuk secara kolektif. Teori dalam pendidikan ini pula diterjemahkan melalui beberapa siri strategi pengajaran dan pembelajaran berasaskan kemahiran kognitif dan kreativiti sebagai pelengkap kepada literatur penyelidikan ini. Strategi kognitif dan meta kognitif merupakan asas utama KBAT yang telah diberikan keutamaan. Penyelidik mendapati strategi kognitif dan meta kognitif adalah sangat diperlukan dalam PdP dan proses reka bentuk tekstil secara praktikal. Ini adalah kerana strategi ini adalah selari dengan keperluan KBAT yang memerlukan pelajar menguasai 110
kemahiran menganalisis, menilai dan mencipta. Dalam proses reka bentuk juga memerlukan pelajar menganalisis, menilai dan menghasilkan idea kreatif dan unik. Strategi kognitif dan meta kognitif ini juga berperanan sebagai panduan yang jelas dalam menentukan sesuatu matlamat dalam proses reka bentuk tekstil. Penguasaan kemahiran kreatif dalam proses reka bentuk adalah sebahagian dari keperluan strategi kognitif yang meletakkan aspek kreativiti pada peringkat tertinggi dalam hierarki Taksonomi Pembelajaran Bloom yang di semak semula (revised). Rujukan teori kreativiti dalam literatur ini memfokuskan aspek kreativiti yang lebih khusus dalam bidang seni dan reka bentuk. Oleh yang demikian, landasan teori kreativiti ini dijadikan sebagai sebahagian dari konsep utama dalam pembentukan konsep proses reka bentuk tekstil yang dibangunkan. Strategi sumbang saran dalam PdP dan proses reka bentuk tekstil pula merupakan strategi utama dalam penambahbaikan PdP dan proses reka bentuk tekstil itu sendiri. Sumbang saran adalah salah satu dari alat-alat kreativiti yang terbukti keberkesanannya dalam penjanaan idea dan menyelesaikan masalah pelbagai bidang. Oleh yang demikian, aplikasi alat kreativiti ini dilihat sebagai satu usaha bagi menginovasi teknik penjanaan idea kreatif dalam PdP dan proses reka bentuk tekstil. Akhir sekali rujukan model proses reka bentuk dari bidang lain. Rujukan kepada model reka bentuk ini adalah penting bagi mengenal pasti kelebihan yang terdapat pada konsep pelaksanaan yang tidak terdapat pada model proses reka bentuk tekstil yang sedia ada. Ini dipaparkan melalui modus operandi proses reka bentuk terutamanya dalam bidang kejuruteraan yang dilihat amat menepati sebagai konsep yang dapat diaplikasikan ke dalam proses reka bentuk tekstil. Model proses reka bentuk dari IDEO pula dilihat seiring dengan matlamat silibus reka bentuk tekstil yang mengetengahkan pemikiran divergen dan konvergen pada peringkat penjanaan idea. Oleh yang demikian, hasil dari sintesis teori, model, dan 111
alat kreativiti yang dirujuk dalam kajian literatur ini telah membuka ruang inovasi penambahbaikan PdP dan proses reka bentuk tekstil secara kolektif yang akhirnya menghasilkan satu konsep pelaksanaan yang komprehensif.
112
BAB 3: KAEDAH PENYELIDIKAN 3.1
Pengenalan Bab ini memberi tumpuan kepada reka bentuk penyelidikan dalam bidang yang
dikaji. Kaedah penyelidikan ini merujuk kepada pendekatan yang sesuai dan praktikal serta menentukan prosedur yang efektif bagi menjawab soalan penyelidikan. Bagi melaksanakan penyelidikan ini secara efektif, kaedah penyelidikan yang dirangka ini melibatkan pemilihan reka bentuk, kaedah pengumpulan data, penentuan populasi dan pemilihan sampel dan kaedah menganalisis data. 3.2
Reka Bentuk Penyelidikan Reka bentuk kajian merujuk kepada strategi keseluruhan yang dipilih oleh
seseorang penyelidik untuk mengintegrasikan komponen pengajian yang berbeza dengan cara yang jelas dan logik (De Vaus, 2001). Objektif reka bentuk penyelidikan adalah untuk memastikan masalah kajian dapat diselesaikan dengan membentuk pelan tindakan untuk pengumpulan, pengukuran dan analisis data. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan Kajian Tindakan berorientasikan Reka Bentuk Kaedah Campuran Serentak (Mixed Method Concurrent Embedded Design) yang mengintegrasikan kaedah kualitatif dan kuantitatif ke dalam satu kerangka kerja pelaksanaan. Kaedah kualitatif digunakan untuk eksplorasi terhadap isu melalui instrumen pemerhatian dan temu bual. Kaedah kuantitatif yang digunakan pula adalah reka bentuk Pra Eksperimen ujian pra dan pasca satu kumpulan (One group pre-test post-test) melalui pengujian hipotesis untuk melihat perubahan pencapaian pelajar menjana idea sebelum dan selepas intervensi sumbang saran. Reka bentuk Pra Eksperimen ujian pra dan pasca satu kumpulan ini hanya melibatkan satu kumpulan disebabkan saiz sampel yang kecil.
113
Reka Bentuk Serentak (Concurrent Embedded Design) ini meletakkan kaedah kualitatif sebagai dominan dan kuantitatif sebagai sokongan dengan pemberatan 70% kualitatif dan 30% kuantitatif. Kaedah ini saling memerlukan di antara satu sama lain dan bukannya diinterpretasikan secara berasingan. Hasil data kuantitatif digunakan sebagai sokongan kepada pembentukan kefahaman yang diperoleh melalui data kualitatif. Proses ini seterusnya perlu melalui interpretasi (refleksi) dalam bentuk kualitatif semula bagi melengkapkan proses kaedah campuran Concurrent Embedded Design ini. Reka Bentuk Kaedah Campuran (Mixed Method Concurrent Embedded Design) Kualitatif
Kuantitatif
Pemerhatian & Temu bual
Ujian Kreativiti
Interpretasi Teks
Pengujian Hipotesis Triangulasi Data
Deskripsi & Refleksi
Rajah 3.0: Diagram Proses Reka Bentuk Penyelidikan
3.3
Kaedah Kualitatif Kajian Tindakan Kaedah kualitatif untuk penyelidikan ini adalah berpandukan kepada pendekatan
kajian tindakan dengan menggunakan instrumen pemerhatian peserta, nota lapangan dan temu bual kumpulan fokus. Pemerhatian peserta adalah sesuai untuk pengumpulan data berkaitan tingkah laku yang berlaku secara semula jadi, manakala temu bual kumpulan fokus dapat memberikan maklumat tentang pelbagai idea dan perasaan ke 114
atas isu-isu yang dibincangkan serta menerangkan perbezaan pandangan setiap ahli dalam kumpulan.
Kaedah Kualitatif Kajian Tindakan Pemerhatia n Peserta
Nota Lapangan
Temu Bual Kumpulan Fokus
Interpretasi Teks
Rajah 3.1: Diagram Proses Reka Bentuk Kualitatif 3.4
Kaedah Kuantitatif Pra-Eksperimen (Ujian Pra dan Pasca Satu Kumpulan) Reka bentuk ujian pra dan pasca satu kumpulan adalah salah satu daripada siri-
siri pra-eksperimen. Ciri pra-eksperimen menekankan kepada hanya satu kes di mana pemerhatian dilihat pada dua masa yang berbeza, satu sebelum rawatan dan satu lagi selepas rawatan. Jika rawatan (treatment) mendatangkan kesan sebab dan akibat, maka intervensi pasca akan mempunyai tahap dan slop yang berbeza daripada intervensi pra. O
X
O
Pemerhatian (Ujian pra)
Rawatan (Intervensi)
Pemerhatian (Ujian pasca)
Rajah 3.2: Ujian Pra dan Pasca Satu Kumpulan Pemilihan reka bentuk eksperimen siri masa ini berdasarkan kepada dua perkara seperti berikut: i.
Sifat kajian tindakan
ii.
Jumlah sampel
115
Kajian tindakan bersifat iteratif bergantung kepada objektif tindakan itu sendiri. Oleh kerana proses kajian tindakan ini memerlukan perancangan, pelaksanaan, pengumpulan data, analisis dan refleksi, maka setiap intervensi perlu dinilai keberkesanannya. Sekiranya intervensi yang dijalankan masih belum berkesan menyelesaikan masalah, maka satu siri intervensi yang seterusnya perlu dirancang. Begitulah seterusnya proses kitaran ini dilaksanakan sehingga masalah yang dikenal pasti berjaya diselesaikan. Oleh yang demikian, pemilihan reka bentuk eksperimen siri masa ini adalah bertepatan dengan proses iteratif kajian tindakan yang menggunakan beberapa siri intervensi bagi menyelesaikan masalah. Jumlah sampel pula adalah aspek penting dalam reka bentuk eksperimen. Jumlah sampel yang kecil tidak memungkinkan penyelidik memilih reka bentuk eksperimen quasi ujian pra dan ujian pasca menggunakan kumpulan eksperimen dan kawalan. Jumlah minimum untuk satu kumpulan adalah 30 orang pelajar, maka penyelidik memerlukan sekurang-kurangnya 60 orang pelajar untuk ke dua-dua kumpulan. Sampel untuk penyelidikan ini hanya berjumlah 8 orang pelajar dan penentuan sampel ini dibuat melalui pensampelan bukan kebarangkalian yang bersifat Sampel Bertujuan (Purposive Sampling). Oleh yang demikian, pemilihan reka bentuk Ujian Pra dan Ujian Pasca Satu Kumpulan ini adalah bertepatan dengan kajian tindakan yang bersifat reflektif kepada isu. 3.5
Justifikasi Reka Bentuk Kaedah Campuran
Justifikasi pemilihan reka bentuk kaedah campuran ini dilakukan dengan mengambil kira beberapa faktor penting iaitu: i.
Proses reka bentuk kajian tindakan ini memerlukan data preskriptif dan deskriptif.
ii.
Objektif penyelidikan terdiri daripada interpretasi teks dan analisis nombor (skor/markah). 116
iii.
Menyediakan hujah pelbagai sudut melalui pendekatan kuantitatif dan kualitatif yang menyediakan gambaran berbeza terhadap fenomena/isu.
iv.
Pembuktian yang kukuh dapat memperkukuhkan sesuatu hujah. Gabungan kaedah kualitatif dan kuantitatif dapat menyediakan lebih banyak justifikasi.
3.6
Pendekatan Penyelidikan: Kajian Tindakan Pendekatan penyelidikan utama yang digunakan untuk penyelidikan yang
dihuraikan di dalam tesis ini adalah kajian tindakan. Dalam perenggan yang berikutnya penyelidik memberi gambaran tentang definisi kajian tindakan serta ciri dan model kajian tindakan yang berkaitan dengan penyelidikan ini. Pendekatan penyelidikan ini juga memaparkan beberapa prinsip teras penyelidikan di dalam kelas seperti yang dicadangkan oleh Angelo dan Cross (1993) dan Cross dan Steadman (1996). Penyelidik berpendapat, prinsip yang menyokong pendekatan kajian tindakan dalam pendidikan adalah sama seperti yang dicadangkan dalam pendekatan penyelidikan di dalam kelas. Dalam bahagian-bahagian berikutnya, penyelidik
menerangkan pendekatan dan
metodologi penyelidikan. 3.6.1
Definisi Kajian Tindakan Walaupun pendekatan kajian tindakan diperakui dalam bidang penyelidikan,
namun tiada definisi yang tepat kerana konsepnya diterjemahkan dalam pelbagai cara. McMillan dan Schumacher (2001) menerangkan kajian tindakan sebagai variasi kepada penilaian penyelidikan. Mereka menegaskan penilaian penyelidikan menilai merit dan nilai amalan tertentu di lapangan yang disediakan dan kajian penilaian memberikan maklumat kegunaan segera sebagai amalan yang dibangunkan dan dilaksanakan. Cohen, Manion dan Morisson (2000) menerangkan gabungan tindakan dan penyelidikan telah menarik minat para penyelidik untuk menjalankan kajian dan skop kajian tindakan sebagai kaedah yang impresif. Cohen dan Manion (1994) mentakrifkan 117
kajian tindakan sebagai intervensi berskala kecil kepada realiti sebenar dan potensi kajian secara mendalam kepada intervensi tersebut. Mereka juga menerangkan kajian tindakan sebagai satu prosedur situasi semasa yang direka bagi menangani masalah konkrit yang berlaku pada situasi tersebut. Proses ini sentiasa dipantau dari masa ke semasa seterusnya mendapatkan maklum balas yang boleh diterjemahkan ke dalam bentuk pengubahsuaian, penyesuaian, perubahan arah, serta memberi suatu takrif baharu. Zuber Skerritt (2001) menerangkan kajian tindakan adalah merupakan satu proses kitaran kepada tindakan dan refleksi. Melalui refleksi, seseorang penyelidik membina konsep dan generalisasi perkara yang berlaku melalui tindakan. Seterusnya dapat mengkaji dalam situasi baharu sama ada konsep yang aplikasikan itu adalah betul dengan berusaha untuk mencari bukti yang sah ataupun sebaliknya. Kemmis dan McTaggart (1988) mendefinisikan Kajian Tindakan sebagai satu siasatan reflektif kendiri yang berbentuk kolektif . Kajian ini dijalankan oleh penyelidik-penyelidik Kajian Tindakan dalam situasi sosial yang berusaha untuk meningkatkan rasional dan keadilan amalan sosial atau amalan pendidikan mereka sendiri. Kemmis dan McTaggart (1992) membezakan kajian tindakan daripada kajian tindakan pengajaran harian kerana lebih sistematik dan bukan semata-mata bertujuan untuk menyelesaikan masalah tetapi adalah didorong oleh usaha untuk meningkatkan dan penambahbaikan amalan. 3.6.2
Definisi Penyelidikan Kelas Menurut Pat Cross dan Mimi Harris Steadman, (1996), Penyelidikan Kelas
boleh ditakrifkan sebagai siasatan intelektual yang berterusan dan kumulatif oleh guruguru kelas ke dalam bentuk pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mereka sendiri. Yang terbaik, penyelidikan kelas perlu memberi manfaat kepada guru dan 118
pelajar secara aktif dengan melibatkan diri mereka dalam pembelajaran kerjasama (collaborative learning) kerana berlaku setiap hari dalam konteks tertentu di dalam kelas mereka sendiri. Pendidik belajar bagaimana untuk menjadi model peranan (role model) yang lebih berkesan, dan pelajar belajar bagaimana untuk menjadi lebih pelajar yang berkesan. Kajian tindakan dan penyelidikan kelas mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu melibatkan komitmen untuk meningkatkan amalan pengajaran. 3.6.3
Model Kajian Tindakan Yang Relevan Bagi Penyelidikan Ini Asas pendekatan Kajian Tindakan yang digunakan dalam penyelidikan ini
berasal dari Model Kemmis dan McTaggart (1981) yang kemudiannya dibangunkan oleh Zuber-Skerritt (1997). Ortrun Zuber-Skerritt merupakan Pengarah OZI (Ortrun Zuber International P/L) dan beliau merupakan seorang pakar dalam Tindakan Pembelajaran dan Kajian Tindakan, Program Kepimpinan, Latihan Pasca siswazah Penyelidikan dan Pengawasan, dan Kaedah Penyelidikan Kualitatif. Beliau juga merupakan Profesor Adjung di Fakulti Pendidikan di Universiti Griffith (Brisbane) dan Profesor Pembangunan Profesional dan Organisasi di Pusat Pengurusan Antarabangsa (IMC).
119
3
Merancang
Reflek
Merancang
Reflek
Analisis
1
Analisis
2
BerGndak
MemerhaG
BerGndak
MemerhaG
Rajah 3.3: Kitaran Kajian Tindakan Zuber Skerritt (1997)
Dalam penyelidikan ini, penyelidik telah pun menggunakan beberapa kaedah pengumpulan data yang bersifat kualitatif dan kuantitatif iaitu ujian kreativiti, pemerhatian dan temu bual kumpulan fokus. 3.7
Kerangka Kerja Teori dan Cadangan Model Konseptual Informasi dari kajian teori dan model kajian-kajian lepas banyak membantu
penyelidik dalam membangunkan rangka kerja teori. Rangka kerja teori ini juga dirujuk sebagai model konseptual bagaimana sesebuah teori dapat dihubungkaitkan dengan beberapa faktor yang dikaji secara spesifik (Sakaran, 2003). Kerangka kerja teori ini dibincangkan dan membantu pembangunan soalan kajian dan hipotesis untuk lebih memahami sesuatu isu. Rangka kerja teori bertindak untuk mengenal pasti hubungan konstruk (pemboleh ubah) serta membantu penyelidik memahami lebih mendalam tentang konstruk (pemboleh ubah). Menurut Cooper dan Schindler (2003), pemboleh ubah
120
merupakan simbol yang boleh direpresentasikan dengan angka atau nilai yang membolehkan pemerhatian dan pengukuran. 3.7.1
Pemboleh Ubah Kajian
Variabel atau pemboleh ubah adalah sifat atau ciri-ciri sesuatu subjek yang boleh diukur. Kajian ini terbahagi kepada dua jenis pemboleh ubah seperti berikut: 3.7.2
Pemboleh Ubah Bebas
Pemboleh ubah bebas untuk kajian ini merujuk kepada model pengukuran kreativiti Ujian Pemikiran Kreatif Torrence (Torrence Test of Creative Thinking). Pemboleh ubah ini terbahagi kepada tiga kategori konstruk seperti berikut: i.
Kelancaran (Fluency) iaitu kebolehan menjana idea-idea yang banyak dan pelbagai. Fleksibiliti (Flexibility) iaitu kebolehan untuk menghasilkan idea dalam kategori dan perspektif yang berbeza. Keaslian (Originality) iaitu kebolehan untuk menjana idea baru, unik dan berbeza dari idea-idea biasa.
ii. iii.
3.7.3
Pemboleh Ubah Bersandar Pemboleh ubah bersandar untuk kajian ini merujuk kepada pencapaian pelajar
melalui kuantiti dan kualiti idea yang dihasilkan. Pencapaian ini diukur melalui Ujian Kreativiti Menjana dan Menghalusi Idea menggunakan format Ujian Pemikiran Kreatif Torrence.
121
Kerangka teori penyelidikan dibina berasaskan andaian-andaian berikut: i.
Teknik sumbang saran berkumpulan dalam pengajaran reka bentuk tekstil
dapat meningkatkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif di
kalangan pelajar. ii.
Teknik sumbang saran berkumpulan dalam PdP melibatkan pelajar secara aktif mengaplikasikan pengetahuan ke dalam situasi baru.
TTCT Kelancaran
Fleksibiliti
H1
H2
Penjanaan Idea Reka Bentuk Tekstil (Sumbang Saran Berkategori)
Keaslian
Pencapaian Pelajar (Kuantiti
H3
Rajah 3.4: Cadangan Model Konseptual Penjanaan Idea Reka Bentuk Tekstil
3.8
Soalan Penyelidikan Penyelidikan ini terdiri daripada empat soalan yang berdasarkan dari objektif
umum dan khusus. Soalan penyelidikan adalah bersifat eksplorasi dalam membentuk kefahaman terhadap fenomena yang dikaji. Oleh yang demikian, penyelidik telah menyediakan empat soalan penyelidikan seperti berikut: iv. v.
Bagaimanakah peranan sumbang saran membantu pelajar menjana dan menghalusi idea dalam proses reka bentuk tekstil? Apakah keperluan yang menyumbang kepada keberkesanan teknik sumbang saran dalam proses reka bentuk tekstil? 122
vi. vii.
Apakah bentuk integrasi teknik sumbang saran yang menyumbang kepada prosedur reka bentuk tekstil? Adakah penggunaan integrasi teknik sumbang saran berkategori dapat mempertingkatkan kuantiti dan kualiti idea reka bentuk tekstil?
Dengan terbentuknya soalan penyelidikan ke empat ini, penyelidik dapat merangka hipotesis khusus berdasarkan kepada andaian samada terdapat peningkatan kuantiti dan kualiti idea reka bentuk tekstil melalui intervensi teknik sumbang saran berkategori. 3.8.1
Hipotesis Kajian H0
Akan terdapat peningkatan yang tidak ketara secara statistik ke atas
kuantiti dan kualiti idea kumpulan eksperimen pada ujian kreativiti penjanaan idea sebelum dan selepas yang mungkin disebabkan oleh penggunaan integrasi teknik sumbang saran. 3.9
Populasi Dan Sampel Kajian Sampel kajian ini terdiri daripada dua kategori iaitu dua orang pensyarah yang
mengajar kursus Eksplorasi Penyelidikan Reka Bentuk Tekstil dan lapan orang pelajar semester satu yang mengikuti kursus ini. Penyelidik mengambil inisiatif dengan menghubungi Pegawai Eksekutif Akademik Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (FSSR) bagi mendapatkan informasi responden Jabatan Seni Reka Tekstil semester satu bagi sesi pengajian September 2013 - Januari 2014. Atas kapasiti staf yang cuti belajar, maklumat ini mudah diperoleh. Penyelidik berjaya mendapatkan senarai nama lapan orang pelajar semester satu. Kriteria pemilihan ini dibuat mengikut keperluan penyelidikan di mana ke semua pelajar ini adalah lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang berada pada semester satu. Sampel yang digunakan ini adalah pensampelan bukan kebarangkalian dinamakan Pensampelan Bertujuan (Purposive 123
Sampling). Penyelidik juga membuat beberapa analis jumlah keseluruhan responden lepasan STPM di jabatan ini. Jumlah keseluruhan responden ini adalah disenaraikan pada jadual berikut:
Jadual 3.0: Taburan Jumlah Keseluruhan Responden Lepasan STPM Semester Mac 2013- September 2013
3.10
Semester
Pelajar Siswa
Pelajar Siswi
Jumlah
Semester 01
0
8
8
Semester 02
0
9
9
Semester 03
3
8
11
Semester 04
1
9
10
Semester 05
1
9
10
Semester 06
3
8
11
Rasional Pemilihan Sampel Universiti Teknologi MARA merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) tunggal yang menawarkan program khusus Reka Bentuk Tekstil di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian). Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) juga menawarkan program reka bentuk tekstil, tetapi dalam paradigma dan hala tuju yang berbeza. Program reka bentuk tekstil di UNIMAS berobjektifkan penyelidikan manakala di UMK berobjektifkan warisan. Pemilihan sampel dilakukan berdasarkan kepada keperluan penyelidikan yang memfokuskan kepada pelajar-pelajar semester satu Program Reka Bentuk Tekstil di Universiti Teknologi MARA. Semua pelajar-pelajar ini merupakan lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Semester satu ini sangat penting kerana pada tahap inilah asas ilmu dan pengetahuan reka bentuk tekstil mula diperkenalkan melalui kursus teori dan amalan. 124
Pelajar-pelajar semester satu lepasan STPM ini pada dasarnya tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang reka bentuk tekstil. Sebaik sahaja mereka mendaftar dalam pengajian reka bentuk tekstil ini, terdapat dua isu utama yang perlu dihadapi. Pertama, jurang kemahiran dan pengalaman dibandingkan dengan lepasan diploma reka bentuk tekstil dari cawangan. Pelajar-pelajar lepasan diploma ini jauh lebih berpengetahuan dan berkemahiran kerana telah mengikuti kursus reka bentuk tekstil yang telah dipelajari selama 30 bulan di peringkat diploma. Manakala pelajarpelajar lepasan STPM memulakan pengajian peringkat asas seni lukis dan seni reka pada semester satu. Jurang ini menyebabkan pelajar-pelajar lepasan STPM ini jauh ketinggalan dari aspek kemahiran dan pengalaman. Isu yang kedua, kekangan tempoh pengajian tiga tahun untuk lepasan STPM dilihat masih belum mencukupi bagi mereka untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran secara konklusif. Ini adalah kerana mereka perlu menjalani kursus asas seni lukis dan seni reka selama dua semester. Dalam tempoh ini, tiada kursus teras reka bentuk tekstil ditawarkan. Kursus teras reka bentuk hanya ditawarkan pada semester tiga. Hakikatnya, agak mustahil kefahaman dalam reka bentuk tekstil ini dapat dikuasai dalam tempoh dua tahun sahaja. Jumlah sampel lapan responden mewakili 15 peratus dari populasi 52 orang pelajar lepasan STPM yang berada pada semester dua hingga semester enam di jabatan ini. Oleh yang demikian, satu kaedah praktikal perlu dilaksanakan seperti yang dirancang oleh penyelidik dengan mengetengahkan integrasi penjanaan idea sumbang saran dan kemahiran melukis/melakar sebagai pemangkin bagi mengimbangi jurang pengetahuan yang diperlukan oleh pelajar-pelajar ini.
125
3.11
Instrumen Kajian Menurut John W. Creswell (2009), sumber yang paling biasa pengumpulan data
dalam penyelidikan kualitatif adalah temu bual, pemerhatian, dan kajian semula dokumen-dokumen. Kaedah ini dirancang dan diuji sebelum kajian dijalankan. Creswell (2003) meletakkan prosedur mengumpul data kepada empat kategori: pemerhatian, temu bual, dokumen-dokumen dan bahan-bahan audio visual. Di dalam bab ini juga, penyelidik menerangkan secara sistematik prosedur dan instrumen yang digunakan sejajar dengan objektif penyelidikan. Pengumpulan data ini adalah salah satu dari komponen penyelidikan yang dijalankan oleh penyelidik semasa berada di lapangan. Kerja lapangan ini di reka bentuk sejajar dengan kaedah kajian tindakan kelas yang bersifat kaedah campuran. Proses pengumpulan data ini melalui beberapa kaedah yang telah ditetapkan. Penyelidik menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan ujian kreativiti menjana idea. Secara umumnya, instrumentasi adalah perkakas yang digunakan oleh penyelidik untuk memperolehi maklumat. Pada dasarnya, penyelidik merupakan instrumen dominan dengan memanipulasikan perkakas bagi tujuan pemerolehan maklumat dan data secara lebih tepat. Dalam penyelidikan ini, penyelidik telah menentukan instrumentasi yang digunakan seperti berikut: 3.12
Kaedah Pengumpulan Data Kualitatif
Walaupun kajian tindakan mempunyai prosedur pengumpulan datanya yang tersendiri, namun ia masih menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif konvensional seperti berikut:
126
3.12.1 Pemerhatian Pemerhatian digunakan secara meluas dalam kajian oleh ahli psikologi, antropologi, sosiologi, dan penilai program. Pemerhatian langsung mengurangkan penyelewengan antara pemerhati dan apa yang diperhatikan yang boleh dihasilkan oleh alat seperti soal selidik. Hal ini berlaku dalam persekitaran semula jadi, yang bukan bersifat eksperimen makmal atau dikawal. Di dalam penyelidikan ini, pemerhatian merupakan instrumen yang utama selain dari penilaian hasil kerja pelajar dan temu bual. Kidder (1981) menjelaskan pemerhatian dianggap sebagai alat kajian apabila memenuhi empat syarat berikut: i. Digunakan untuk mencapai tujuan kajian ii. Dirancang dengan rapi iii. Direkodkan secara sistematik iv. Diperiksa dan dikawal kesahan dan kebolehpercayaannya Kerlinger (1973), menegaskan terdapat beberapa kategori pemerhatian iaitu kategori tingkah laku, unit tingkah laku, paras tafsiran pemerhati, generalisasi dan penggunaan serta pensampelan tingkah laku. Kategori-kategori tersebut memperincikan ciri-ciri tingkah laku yang perlu diperhatikan dan direkodkan manakala Mohd. Majid Konting (2000), menyatakan pemerhatian adalah satu kaedah memerhati, mencatat dan merekod peristiwa dan tingkah laku dalam bidang yang dikaji. Walaupun penyelidik mengikuti tingkah laku subjek, pengkaji tidak mempengaruhi responden kajian ke arah tingkah laku tertentu. Dengan penghayatan tersebut, pengkaji mempunyai persepsi yang benar mengenai maklumat yang dikumpulkan. Instrumen pemerhatian ini adalah penting kepada penyelidik kerana dapat digunakan secara efektif sebagai salah satu alat untuk menjawab kepada semua soalan-
127
soalan kajian. Dalam penyelidikan ini, penyelidik menggunakan instrumen iaitu pemerhatian responden. 3.12.2 Pemerhatian Turut Serta (Participant Observation) Pemerhatian responden adalah satu kaedah pemerhatian di mana penyelidik atau pemerhati menjalankan dan merekod pemerhatian individu atau kumpulan dengan mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut. Individu atau kumpulan yang sedang diperhatikan mengetahui tentang kewujudan pemerhati sebagai orang luar yang terlibat secara langsung kepada mereka. Dalam erti kata lain, penyelidik mengambil bahagian aktif sebagai responden dalam aktiviti di bawah pemerhatian dan statusnya sebagai penyelidik di ketahui oleh responden lain. Seperti yang diterangkan oleh James P.Spradley (1980), penyelidik menggunakan kaedah pemerhatian responden ini mempunyai dua tujuan iaitu: i) ii)
melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan situasi. memerhati aktiviti-aktiviti yang sedang berlaku dengan aspek-aspek berkenaan.
Pemerhatian responden ini digunakan pada sesi tutorial. Penyelidik merekodkan aktiviti tingkah laku pada ke dua sesi ini dengan menggunakan nota lapangan. Semasa sesi tutorial, penyelidik terlibat secara langsung bersama responden dalam setiap aktiviti studio.
Aktiviti-aktiviti
studio
yang
dimaksudkan
antaranya
adalah
aktiviti
perbincangan secara individu dan berkumpulan selain dari kerja-kerja studio seperti proses visualisasi dan perkembangan idea serta cadangan komposisi reka bentuk. Dengan menggunakan kaedah pemerhatian responden ini, penyelidik secara langsung dapat merekodkan respons yang jujur dari responden tentang hal-hal yang berkaitan kerja studio dan hal yang berbangkit. Penyelidik juga menggunakan nota lapangan bagi merekodkan respons pelajar semasa sesi penjanaan idea.
128
Hal ini hanya dapat diperoleh apabila tahap penerimaan dan kepercayaan responden terhadap penyelidik tinggi. Penyelidik terlebih dahulu berusaha untuk mendapatkan kepercayaan ini dengan membina hubungan yang baik di kalangan pelajar dengan menggunakan kaedah pengajaran kolaboratif dan penyertaan. Kaedah pengajaran ini menekankan kepada penerimaan idea dan pandangan pelajar sebagai satu usaha yang konstruktif dan perlu diberi keutamaan. Bagi tujuan merekod aktivitiaktiviti pelajar ini, penyelidik menggunakan nota lapangan. Nota ini merupakan diari aktiviti studio yang merekodkan suasana, tingkah laku, kejadian, perkara-perkara berbangkit, permasalahan dan kaedah penyelesaian. Catatan nota lapangan ini terbahagi kepada dua kategori catatan iaitu bentuk deskriptif dan bentuk reflektif. Bentuk deskriptif menerangkan perincian aktiviti di dalam studio, perlakuan, bilangan, kekerapan, dan perkara teknikal, manakala catatan bentuk reflektif merupakan pertimbangan kritikal penyelidik terhadap respons yang diterima. 3.12.3 Temu Bual Kumpulan Fokus Separa Berstruktur Kaedah temu bual yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah temu bual kumpulan fokus separa berstruktur. Kaedah temu bual ini adalah salah satu bentuk penyelidikan kualitatif yang menetapkan responden-responden dalam satu kumpulan. Responden diminta untuk memberikan persepsi dan pendapat tentang sesuatu isu. 3.12.4 Rasional Temu Bual Kumpulan Fokus Separa Berstruktur Temu bual kumpulan fokus adalah perbincangan berkumpulan ke atas topik spesifik yang dikelolakan oleh penyelidik (Kitzinger, 1994). Temu bual kumpulan fokus berkongsi ciri-ciri yang sama dengan kaedah temu bual yang tidak berstruktur. Pengumpulan maklumat dilakukan melalui perbincangan topik spesifik oleh sekumpulan responden sekali gus (tiga orang responden dalam satu kumpulan). 129
Rasional pemilihan kaedah temu bual kumpulan fokus ini terletak pada kesesuaian aktiviti pembelajaran dalam kelas itu sendiri. Perbincangan dalam kumpulan menghasilkan satu jawapan yang lebih jujur dan tepat kerana temu bual yang dijalankan dalam situasi santai tanpa tekanan. Responden bebas memberikan pandangan dan pendapat mengenai pengalaman mereka selepas melalui siri intervensi yang telah dijalankan. Oleh yang demikian, penyelidik mendapati temu bual kumpulan fokus ini adalah kaedah pemerolehan maklumat yang berkesan berbanding temu bual yang dijalankan secara individu. Rasional pemilihan soalan temu bual separa berstruktur adalah berdasarkan pelaksanaannya yang lebih fleksibel kerana soalan temu bual boleh disesuaikan dan berubah bergantung kepada jawapan responden. Kaedah temu bual separa berstruktur ini juga dapat menghasilkan data kualitatif dengan menggunakan soalan terbuka (open ended questions). Ini membolehkan responden bebas mengulas dan bercakap dalam konteks yang lebih mendalam yang akhirnya membolehkan penyelidik memahami perasaan sebenar ke atas kefahaman dan situasi responden. Oleh itu, kaedah temu bual kumpulan fokus separa berstruktur memberikan fleksibiliti melalui prosedur pelaksanaannya. Hasil dari prosedur yang fleksibel ini, penyelidik dapat mengumpulkan data dengan lebih berkesan melalui jawapan yang jujur dan tepat. Soalan-soalan temu bual adalah bersifat interaktif di mana responden-responden boleh berbincang bersama ahli-ahli kumpulan yang lain. Temu bual kumpulan fokus ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu: i. ii.
Responden (tiga orang pelajar untuk setiap kumpulan) Pensyarah Kanan Reka Bentuk Tekstil (dua orang pensyarah kanan) Soalan temu bual yang ajukan kepada responden ini adalah berdasarkan kepada
keputusan pencapaian ujian kreativiti penjanaan idea. Penyelidik memerlukan kefahaman tentang strategi intervensi yang telah dilaksanakan bagi mengenal pasti 130
kekuatan dan kelemahannya. Oleh itu, pembentukan soalan temu bual kumpulan fokus yang seterusnya adalah bergantung kepada isu samada berjaya atau tidak berjaya diselesaikan. Melalui maklumat semua responden ini, penyelidik mengambil sesuatu tindakan dengan merancang semula strategi pengajaran yang seterusnya. Temu bual kumpulan fokus untuk pensyarah pula dilakukan serentak melalui dua orang pensyarah kanan reka bentuk tekstil. Kriteria pemilihan adalah berdasarkan pengalaman yang luas mengajar kursus reka bentuk tekstil. Soalan temu bual kumpulan fokus ini adalah berdasarkan pandangan mereka terhadap teknik sumbang saran yang diperkenalkan oleh penyelidik dan cadangan penambahbaikan pengajaran proses reka bentuk tekstil. Temu bual direkodkan bagi tujuan analisis data. 3.13
Kaedah Pengumpulan Data Kuantitatif
Walaupun kajian tindakan mempunyai prosedur pengumpulan datanya yang tersendiri, namun ia masih menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif seperti berikut: 3.13.1 Ujian Kreativiti Menjana Idea Ujian, pengukuran dan penilaian adalah tiga komponen yang berkait rapat antara satu sama lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Hari Yuliarto (2003), ujian adalah instrumen atau alat yang digunakan untuk memperoleh informasi tentang individu atau objek. Ujar beliau, sebagai alat pengumpul informasi atau data, ujian harus dirancang secara khusus. Kekhususan ujian dibentuk melalui jenis ujian digunakan, jenis pertanyaan, rumusan pertanyaan yang diberikan, dan pola jawapannya harus dirancang menurut kriteria yang telah ditetapkan. Waktu untuk menjawab dan pelaksanaannya juga harus dirancang secara khusus. Selain itu, aspek ujian juga terbatas, yang meliputi domain kognitif, psikomotor dan afektif.
131
Ujian kreativiti penjanaan idea yang dijalankan oleh penyelidik ini adalah berdasarkan kepada Torrence Test for Creative Thinking (TTCT). Ujian ini berbentuk aktiviti studio di mana responden diminta untuk menjana idea dengan menggunakan beberapa teknik sumbang saran. Teknik yang telah diaplikasikan adalah: i)
ii)
iii)
Sumbang saran individu – Teknik kreativiti menjana idea untuk mencari satu kesimpulan bagi masalah tertentu dengan mengumpulkan senarai idea spontan secara bersendirian. Sumbang saran berkumpulan - Teknik kreativiti menjana idea untuk mencari satu kesimpulan bagi masalah tertentu dengan mengumpulkan senarai idea spontan yang disumbangkan oleh ahli kumpulan. Brainwriting – Satu teknik alternatif untuk sumbang saran yang menggalakkan penyertaan yang lebih seragam dalam kumpulan. Teknik ini direka bentuk untuk menjana idea yang banyak dalam masa yang singkat.
Kaedah ini dijadikan strategi intervensi di mana sebelum ini kaedah penjanaan idea melalui konsep sumbang saran tidak pernah diamalkan dan diterapkan di dalam mana-mana kursus di jabatan ini. Penyelidik telah menyediakan borang ujian yang mengandungi atribut ujian kreativiti menjana idea berdasarkan kepada TTCT. Ujian ini terdiri daripada tiga konstruk utama iaitu: d. Kelancaran (Fluency) iaitu kebolehan menjana idea-idea yang banyak dan pelbagai. e. Fleksibiliti (Flexibility) iaitu kebolehan untuk menghasilkan idea dalam kategori dan pandangan yang berbeza. f. Keaslian (Originality) iaitu kebolehan untuk menjana idea baru, unik dan berbeza dari idea-idea biasa. Ujian kreativiti menjana idea ini terdiri daripada sembilan soalan yang distrukturkan kepada tiga aras pemikiran iaitu Kelancaran (Fluency), Fleksibiliti (Flexibility) dan Keaslian (Originality). Konstruk instrumen ini diperoleh dari model pengukuran kreativiti Torrence yang terdiri dari tiga konstruk utama iaitu Kelancaran, Fleksibiliti dan Keaslian. Sepuluh soalan ujian kreativiti menjana idea dibina melalui 132
konstruk Kelancaran (Fluency), sepuluh soalan ujian kreativiti menjana idea dibina melalui konstruk Fleksibiliti (Flexibility) dan sepuluh soalan ujian kreativiti yang dibina melalui konstruk Keaslian (Originality). Penilaian adalah berdasarkan kepada skor kuantiti penjanaan idea yang dihasilkan oleh responden. Skor untuk ujian kreativiti menjana idea bagi kategori fleksibiliti dan keaslian ditetapkan dalam jumlah skor maksimum 50 idea. Penetapan ini dilakukan kerana kategori fleksibiliti dan keaslian idea merupakan proses deduktif serta melibatkan proses persetujuan skor antara dua penilai. Jumlah penghasilan idea pada kategori ini secara signifikan akan berkurangan tertakluk kepada penilaian subjektif dua penilai. Untuk tujuan pengumpulan dan analisis data, penyelidik menggunakan skala satu hingga lima sebagai pengukuran kepada ujian kreativiti menjana idea. Skala ini digunakan pada tiga ujian kreativiti iaitu sumbang saran individu, sumbang saran berkumpulan dan brainwriting. Melalui konstruk kelancaran, kebolehan menjana idea yang banyak ini untuk mengetahui kuantiti idea yang dihasilkan. Sehubungan itu, proses ini juga dinamakan pemikiran divergen. Fleksibiliti pula merujuk kepada kebolehan menghasilkan idea dalam kategori yang berbeza. Ini juga melibatkan proses memperhalusi idea-idea yang telah dijanakan untuk menguji kebolehan responden dalam menapis idea-idea yang tidak relevan bagi mendapatkan hasil idea yang lebih fokus kepada tema projek. Proses ini dinamakan pemikiran konvergen. Pemikiran ini bersifat kritis yang lebih fokus dan terarah. Kebolehan menghubung kait antara satu idea ke idea yang lain ini bertujuan untuk menguji kebolehan responden dalam mengenal pasti idea yang ada hubungan di antara satu sama lain. Ini dilakukan supaya responden dapat memberi satu justifikasi yang kuat tentang perhubungan antara satu idea ke idea yang lain. Konstruk keaslian pula merujuk kepada kebolehan untuk menjana idea baru, unik dan berbeza dari idea
133
biasa. Konstruk ini menguji tahap kreativiti responden menyelesaikan masalah dalam reka bentuk. Kebolehan menyusun idea mengikut keutamaan ini pula bertujuan untuk menguji kebolehan responden dalam memberikan keutamaan idea-idea bermula dari sangat penting hingga kurang penting. Ini juga merupakan kebolehan membuat kategori idea mengikut keutamaan. Kebolehan membuat keputusan ke atas idea-idea akhir bertujuan untuk membolehkan pelajar membuat penilaian ke atas idea-idea akhir di samping dapat memberi justifikasi dengan penuh yakin. 3.13.2
Aktiviti Ujian Kreativiti Menjana dan Menghalusi Idea Untuk mengukur kreativiti menjana dan menghalusi ini, Ujian TTCT Lisan
Borang A dan Borang B digunakan. Ujian ini mengandungi lima aktiviti seperti berikut: i.
Aktiviti 1: Menjana Idea. (Responden diminta untuk menjana seberapa banyak idea yang mungkin mengenai tema projek iaitu Perayaan di Malaysia).
ii.
Aktiviti 2: Menyusun idea mengikut kategori. (Responden diminta untuk menyenaraikan dan menyusun idea yang telah dihasilkan mengikut kategori).
iii.
Aktiviti 3: Menghubungkan idea di antara kategori (Responden diminta untuk menghubungkan sebanyak mungkin idea di antara kategori yang ditetapkan).
iv.
Aktiviti 4: Menghalusi idea. (Responden diminta untuk menyenaraikan idea-idea yang terbaik untuk diketengahkan melalui rasionalisasi idea)
v.
Aktiviti 5: Idea unik. (Responden diminta untuk menyenaraikan sebanyak yang mungkin idea, imej, identiti dan unsur-unsur bagi membentuk tema projek akhir). Kesahan konstruk instrumen ini telah diperakukan oleh dua orang pensyarah
psikologi seni dan seorang pensyarah reka bentuk. Kesemua mereka bersetuju dan 134
mengesahkan setiap item adalah untuk tujuan mengukur kemahiran spesifik. Dari aspek kebolehpercayaan
pula,
Cronbach
Alpha
telah
dijadikan
sebagai
indeks
kebolehpercayaan instrumen yang diaplikasikan pada sampel perintis yang terdiri daripada dua puluh orang pelajar. Hasil dari ujian konsistensi dalaman ini mendapati bacaan 0.81 untuk instrumen secara keseluruhan. Kebolehpercayaan instrumen untuk tiga tahap kemahiran pula adalah antara 0.76 dan 0.88. Nilai-nilai ini memberi pengukuran yang baik terhadap nilai kebolehpercayaan instrumen yang digunakan. 3.14
Prosedur Mengumpul Data Prosedur pengumpulan data ini adalah berdasarkan kepada proses kitaran
tindakan yang dijalankan yang terbahagi kepada tiga peringkat iaitu: i. ii. iii.
Kitaran 1 Kitaran 2 Kitaran 3
Setiap kitaran terdiri daripada proses standard yang ditetapkan mengikut aturan kitaran tindakan yang bermula dari mengenal pasti masalah, merancang tindakan, melaksanakan tindakan, mengumpul dan menganalisis data dan seterusnya membuat refleksi terhadap keputusan. Instrumen pengumpulan data digunakan pada proses melaksanakan tindakan.
135
Kitaran 1
Kitaran 2
Kitaran 3
Mengenal Pasti Masalah
Mengenal Pasti Masalah
Mengenal Pasti Masalah
Merancang Tindakan
Merancang Tindakan
Merancang Tindakan
Melaksanaka n Tindakan
Melaksanaka n Tindakan
Melaksanaka n Tindakan
Mengumpul & Menganalisis Data
Mengumpul & Menganalisis Data
Mengumpul & Menganalisis Data
Membuat Refleksi
Membuat Refleksi
Membuat Refleksi
Rajah 3.5: Carta Alir Proses Pengumpulan Data Melalui Kitaran Tindakan Instrumen pengumpulan data digunakan secara sistematik berdasarkan kaedah campuran Reka Bentuk Serentak (Concurrent Embedded Design). Terlebih dahulu penyelidik memerlukan data preskriptif dari ujian kreativiti penjanaan idea bagi menentukan tahap pencapaian pelajar. Melalui tahap pencapaian pelajar ini, seterusnya penyelidik membuat refleksi dan eksplorasi fenomena melalui kaedah kualitatif. 3.15
Analisis Data Analisis data dibahagikan kepada dua kaedah iaitu kualitatif dan kuantitattif.
Analisis kualitatif ini memberikan penekanan kepada pengecaman pola perkataan yang diterjemahkan melalui kaedah pembinaan dan pengkategorian tema. Analisis data kuantitatif pula dilaksanakan bagi menjana keputusan signifikasi terhadap intervensi yang dijalankan. 136
3.15.1 Analisis Data Pemerhatian, Nota Lapangan dan Temu bual Data-data pemerhatian dan temu bual dianalisis melalui kaedah pengekodan transkrip untuk membentuk tema kandungan dari transkrip temu bual dan nota lapangan yang diperoleh. Ini adalah proses penting dalam analisis data kualitatif kerana melibatkan interpretasi makna yang bersifat subjektif. Dalam mengembangkan analisis data-data kualitatif ini, penyelidik memberi tumpuan kepada perbezaan antara data pemerhatian peserta dengan data dari sumber temu bual. Ini dilakukan sebagai salah satu dari kaedah untuk mengenal pasti kenapa datadata ini berbeza dan apakah implikasi terhadap perbezaan ini. Dengan kaedah inilah kebanyakan isu memuncul (emerging issue) diperoleh. Analisis ini dilakukan dengan bantuan perisian interpretasi teks Atlas.Ti versi 7. Kod dibahagikan kepada pengekodan terbuka, pengekodan berpaksi dan pengekodan terpilih.
Pemerhatian Peserta
Analisis Tingkahlaku
Nota Lapangan
Refleksi Kendiri
Temu Bual Kumpulan Fokus
Pengecaman Tema/Isu
Interpretasi Teks & Refleksi Kendiri
Soalan Penyelidik an
Rajah 3.6: Carta Proses Analisis Data Kualitatif Melalui pemerhatian peserta, penyelidik menganalisis tingkah laku responden melalui senarai semak. Seterusnya analisis ini diinterpretasikan ke dalam satu penyataan ringkas bagi memudahkan proses refleksi ke atas pemerhatian peserta ini. Nota lapangan pula merupakan jurnal refleksi ke atas pemerhatian persekitaran yang melibatkan aktiviti kelas, acara, suasana, tindakan, maklum balas responden dan beberapa isu memuncul (emerging issues). Analisis nota lapangan ini kebanyakannya dari isu memuncul yang 137
diperoleh dari aktiviti pengumpulan data kualitatif. Analisis temu bual kumpulan fokus dilakukan melalui kaedah pengecaman perkataan, pembentukan tema dan mengenal pasti isu yang dibincangkan bersama responden. Transkrip temu bual kemudiannya diinterpretasikan menjadi satu penyataan yang membantu dalam proses refleksi ke atas isu memuncul. 3.15.2 Analisis Data Ujian Kreativiti Menjana Idea Data ujian kreativiti penjanaan idea dianalisis dengan kaedah pengujian hipotesis melalui ujian-t. Ini dilakukan dengan membandingkan keputusan ujian pra dan ujian pasca bagi melihat perubahan pencapaian pelajar setelah intervensi dilaksanakan. 3.16
Kebolehpercayaan dan Kesahan Tujuan kebolehpercayaan adalah untuk memastikan dapatan dan kesimpulan
yang dibuat oleh penyelidik adalah sama dengan dapatan dan kesimpulan yang dibuat oleh penyelidik lain dengan menjalankan proses yang sama. Menurut Robert K.Yin (2003), objektif ini adalah untuk mengurangkan kesilapan dan berat sebelah dalam kajian. Kesahan boleh dibahagikan kepada kesahihan dalaman dan luaran. Kesahan dalaman memperkatakan persoalan bagaimana hasil penyelidikan dapat disesuaikan dengan realiti. Menurut Merriam Sharan B (2001, ms.201), terdapat enam strategi asas untuk meningkatkan kesahan dalaman. Salah satu daripadanya adalah penyegitigaan (triangulation). Menurut beliau lagi, kesahan luaran pula berkaitan dengan sejauh mana hasil sesuatu kajian itu boleh digunakan untuk situasi lain iaitu bagaimanakah keputusan kajian itu dapat digeneralisasikan. Dalam penyelidikan ini, penyelidik telah mengambil langkah yang sewajarnya bagi memenuhi keperluan kebolehpercayaan dan kesahan. Oleh yang demikian, penyelidik menggunakan prosedur kesahan dalam kajian 138
tindakan yang dinyatakan oleh Othman Lebar (2012). Beliau menyatakan prosedur ini terdiri daripada tujuh perkara yang perlu diberi perhatian. Prosedur tersebut adalah: 3.16.1 Penyegitigaan Data (Data Triangulation) Penyegitigaan (triangulation) merupakan prosedur kesahan di mana penyelidik menggunakan sumber maklumat yang berbeza untuk membentuk tema atau kategori dalam sesuatu kajian (Othman Lebar, 2012). Lisa A. Guion (2002) menyatakan penyegitigaan terbahagi kepada lima jenis iaitu penyegitigaan data, penyegitigaan penyelidik, penyegitigaan teori, penyegitigaan kaedah dan penyegitigaan persekitaran. Dalam penyelidikan ini, penyelidik menggunakan penyegitigaan
data yang
terdiri daripada ujian kreativiti menjana idea pelajar, temu bual kumpulan fokus pelajar dan pensyarah, pemerhatian turut serta, penilaian hasil kerja pelajar dan perbincangan/penilaian pakar. Bagi mewujudkan kesahan berintegriti, penyelidik telah menganalisis kesemua data-data yang telah dikumpulkan dan setelah dibuat perbandingan, didapati kesimpulan kepada setiap dapatan dari data-data tersebut adalah sama (synchronized conclusions). 3.16.2 Refleksiviti Penyelidik Prosedur ini membolehkan penyelidik menjelaskan dan melaporkan andaian, kepercayaan, nilai dan bias yang mempengaruhi penyelidikan ini. Penyelidik telah memaklumkan perkara ini pada awal proses penyelidikan bagi membolehkan pembaca/ pemeriksa memahami kedudukan dan langkah yang diambil untuk menyekat dan mengurangkan bias penyelidik dalam proses kajian seterusnya.
139
3.16.3 Verifikasi Data Pemerhatian Oleh Pensyarah Bagi membina kredibiliti dan dapatan kajian, Yvonna S. Lincoln, Egon G. Guba (1985) menerangkan prosedur pemeriksaan oleh responden merupakan teknik yang paling penting. Prosedur ini melibatkan data dan interpretasi dirujukkan semula kepada responden untuk dikaji dan diperiksa bagi membolehkan mereka mengesahkan ketepatan dan kebenaran maklumat dan laporan kajian. Oleh yang demikian, penyelidik telah menjalankan beberapa prosedur pemeriksaan pada instrumen temu bual pelajar dan pensyarah. Rakaman audio temu bual telah ditranskripsikan ke dalam bentuk perkataan dan dicetak dengan menggunakan kertas bersaiz A4. Transkripsi ini berbentuk dialog di antara penyelidik dan responden. Transkripsi ini kemudiannya diberikan kepada responden iaitu pensyarah dan pelajar bagi tujuan pengesahan kandungan temu bual yang telah dijalankan. Proses yang ke dua pula ialah, penyelidik telah menterjemah transkripsi ini dalam bentuk deskriptif dan reflektif. Sekali lagi terjemahan ini diberikan semula kepada responden untuk mengesahkan ketepatan dan kebenaran maklumat dan laporan kajian. 3.16.4 Kolaborasi Kolaborasi membawa maksud penglibatan responden dalam kajian sebagai rakan penyelidik. Usaha secara tidak langsung akan cuba membina pandangan responden ke dalam kajian. Dalam penyelidikan ini, penyelidik mengambil pendekatan terbuka dengan memberi peluang responden memberi input kepada penyelidik dengan membantu dalam pengumpulan data. Kolaborasi ini berlaku semasa sesi tutorial di mana penyelidik bukan sahaja menjadi pemerhati, malahan penyelidik juga menjadi perunding kepada idea dan reka bentuk setiap individu Kolaborasi ini disebabkan oleh kaedah pembelajaran yang diperkenalkan iaitu pembelajaran kolaboratif antara pelajar dan pelajar dan antara pelajar dan pensyarah. Penyelidik tidak menghadapi masalah 140
bagi mendapatkan bantuan dari responden sebagai rakan penyelidik kerana penyelidik terlebih dahulu membina hubungan yang baik dengan mereka. 3.16.5 Deskripsi Tebal Dan Terperinci Menurut Norman K. Denzin (1989) deskripsi yang tebal adalah deskripsi yang mendalam dan terperinci. Deskripsi ini juga perlulah mempunyai ciri seperti berikut; i. deskripsi memberikan konteks sesuatu tindakan ii. deskripsi menyatakan niat dan makna ke atas tindakan tersebut iii. deskripsi mengesan evolusi dan pembangunan tindakan tersebut iv. deskripsi menyediakan tindakan itu sebagai teks yang kemudiannya boleh ditafsirkan Keterangan nipis hanya melaporkan fakta, bebas daripada niat atau keadaan yang mengelilingi sesuatu tindakan. Deskripsi yang tebal dan mendalam juga membolehkan pembaca membuat keputusan tentang kebolehgunaan dapatan kepada latar lain atau konteks yang serupa (Othman Lebar, 2012). Oleh yang demikian, penyelidik mengambil langkah dengan menggunakan kaedah penyegitigaan dari semua sumber data-data yang diperoleh bagi mendapatkan deskripsi tebal. Kombinasi datadata yang digunakan adalah temu bual, pemerhatian, penilaian pelajar dan ujian kreativiti menjana idea. 3.16.6 Penilaian Rakan Sekerja Penyelidik sering menitik beratkan penilaian rakan sekerja dengan banyak merujuk perkara-perkara berkaitan dengan proses penyelidikan dan aktiviti-aktiviti studio. Penyelidik meminta rakan sekerja untuk memberi kritikan dan komen bagi membolehkan penyelidik mengubah suai serta membuat penambahbaikan proses penyelidikan dan proses pengajaran dan pembelajaran. 141
3.17
Ringkasan Kaedah Penyelidikan Bab ini merangkumi dua aspek penting dalam prosedur penyelidikan iaitu
kaedah penyelidikan dan pengumpulan data. Kajian tindakan merupakan salah satu dari paradigma penyelidikan konvensional yang sedia ada. Pada asasnya, kajian tindakan adalah bersifat kualitatif yang bertujuan untuk memahami sesuatu fenomena serta menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan. Namun begitu, penglibatan kaedah penyelidikan kualitatif ini akan dilengkapkan dengan data kuantitatif melalui reka bentuk kaedah campuran. Hal ini biasanya tidak dapat dielakkan memandangkan kajian tindakan kelas secara asanya juga melibatkan ujian dan penilaian bagi mengukur pencapaian pelajar. Kebanyakan kajian tindakan kelas bersifat pengujian sesuatu strategi pengajaran dan pembelajaran yang dijadikan sebagai intervensi kepada model yang sedia ada. Kajian eksperimen seperti Quasi Experimental merupakan reka bentuk penyelidikan kuantitatif yang popular di kalangan penyelidik guru. Kecenderungan kajian adalah berdasarkan pengujian sesuatu modul yang ingin diperkenalkan melalui beberapa siri strategi intervensi. Kaedah ini dijalankan melalui dua kumpulan pelajar iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan (treatment/experiment). Penentuan kepada kaedah penyelidikan ini sebenarnya adalah bergantung kepada isu serta objektif penyelidikan yang dijalankan. Dalam hal ini, penyelidik memberi keutamaan kepada pembinaan kefahaman melalui proses induktif dengan meneroka fenomena yang berlaku. Penglibatan ujian dan penilaian dalam penyelidikan ini adalah salah satu dari tujuan eksplorasi kepada fenomena. Hasil ujian dan penilaian dijadikan sebagai data preskriptif yang membantu proses induktif dalam penyelidikan yang dijalankan. Kedua-dua data ini saling memerlukan antara satu sama lain bagi menyelesaikan isu yang dikenal pasti. Data diperoleh dari pelbagai instrumen penyelidikan yang telah ditetapkan. Memandangkan proses kajian tindakan kelas ini 142
mempunyai prosedurnya yang tersendiri, maka prosesnya juga dianggap rumit mengikut kitaran yang telah ditetapkan. Instrumen penyelidikan telah digunakan secara berulang kali mengikut kitaran kajian tindakan samada instrumen kualitatif dan kuantitatif.
143
BAB 4: HASIL DAPATAN DAN PERBINCANGAN DAPATAN PENYELIDIKAN
4.1
Pengenalan Bab ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama, penyelidik
menerangkan secara sistematik prosedur pengumpulan data. Bahagian kedua, penerangan kepada prosedur analisis data dan bahagian ke tiga adalah dapatan penyelidikan dan perbincangan. Terlebih dahulu penyelidik perlu menerangkan kajian tindakan mempunyai prosedur yang tersendiri dan perlu mengikut kronologi yang bermula dari
mengenal pasti masalah, merancang tindakan, melaksanakan pelan
tindakan, mengumpulkan /menganalisis data dan refleksi ke atas tindakan dan hasil. Pelaporan kajian tindakan memerlukan penyelidik melaporkan semua proses secara konklusif. 4.2
Pengumpulan Data Pengumpulan data untuk penyelidikan ini adalah mengikut kitaran proses kajian
tindakan yang dilaksanakan sebanyak tiga kitaran yang berbeza. Terdapat sedikit perbezaan dengan kaedah pengumpulan data konvensional. Melalui kajian tindakan ini, pengumpulan dan analisis data dilaksanakan mengikut kronologi proses tindakan. Kitaran ini pula dijalankan mengikut tiga strategi intervensi sumbang saran yang berbeza Setiap data yang diperoleh mempunyai kaedah tersendiri untuk dianalisis. Sebelum data dianalisis, penyelidik menerangkan prosedur pengumpulan data yang mengikut kitaran tindakan yang telah dijalankan. Sejumlah tiga kitaran tindakan. Prosedur pengumpulan data ini dibahagikan kepada dua peringkat iaitu:
i.
Prosedur pengumpulan data kualitatif
ii.
Prosedur pengumpulan data kuantitatif 144
Kitaran 1
Kitaran 2
Kitaran 3
Mengenal Pasti Masalah
Mengenal Pasti Masalah
Mengenal Pasti Masalah
Rajah Merancang Tindakan
Merancang Tindakan
Merancang Tindakan
Melaksanaka n Tindakan
Melaksanaka n Tindakan
Melaksanaka n Tindakan
Mengumpul & Menganalisis Data
Mengumpul & Menganalisis Data
Mengumpul & Menganalisis Data
Membuat Refleksi
Membuat Refleksi
Membuat Refleksi
Rajah 4.0: Carta Alir Proses Pengumpulan Data Melalui Kitaran Tindakan. Pada bahagian ini, penyelidik menerangkan jenis-jenis data yang dikumpulkan bagi tujuan menjawab soalan-soalan penyelidikan. Data-data terdiri daripada refleksi dari nota lapangan, temu bual kumpulan fokus, tugasan kursus, pemerhatian peserta dan ujian kreativiti menjana idea. Data-data yang dikumpulkan ini terdiri daripada data kualitatif dan kuantitatif yang kemudiannya dianalisis dan dibentuk melalui carta triangulasi sebagai kaedah pembinaan kefahaman melalui pelbagai sumber data. Di akhir bab ini, penyelidik membincangkan perbezaan persepsi penyelidik tentang tindakan-tindakan yang diambil untuk menangani isu ketandusan idea-idea reka bentuk tekstil yang dihadapi oleh responden. 4.3
Pengumpulan Data Kualitatif Penyelidik telah mengumpulkan sejumlah 157 muka surat nota lapangan yang
telah digunakan sebagai jurnal refleksi kendiri ke atas pemerhatian persekitaran yang 145
dijalankan selama lima bulan. Kandungan nota lapangan ini banyak memfokuskan kepada perbualan dan temu bual bersama rakan pensyarah dan pelajar. Pemerhatian di dalam studio juga banyak dilakukan dengan menulis apa yang berlaku, soalan-soalan bagaimana hendak menyelesaikan isu dan luahan bagaimana kesukaran penyelidik menjalankan kajian tindakan bagi mencapai objektif penyelidikan. Di samping itu, penyelidik juga merekodkan tingkah laku responden serta perubahan sikap mereka secara berperingkat. Segala aduan dan maklum balas responden direkodkan untuk tujuan mengenal pasti isu dan masalah yang dihadapi. Perubahan tingkah laku ini banyak bergantung kepada kefahaman mereka terhadap tugasan yang diberikan. Selain dari itu, penyelidik banyak merekodkan tentang maklum balas responden terhadap teknik-teknik sumbang saran yang dijalankan. Melalui nota lapangan ini, penyelidik dapat mengingati perkara penting yang berlaku terutama di dalam studio seperti tiga sesi sumbang saran yang dijalankan di mana terdapat pelbagai reaksi responden terhadap kaedah penjanaan idea yang tidak pernah mereka lakukan sebelum ini. Ternyata, nota lapangan ini adalah instrumen yang penting terutama untuk kajian tindakan kerana penyelidik dapat membuat refleksi kendiri terhadap sesuatu isu dan refleksi ini dijadikan sebagai salah satu data untuk menjawab soalan penyelidikan. Untuk pengumpulan data temu bual, sejumlah 78 muka surat transkrip temu bual telah dikumpulkan melalui kumpulan fokus ke atas dua kategori responden iaitu pensyarah kanan dan pelajar (responden). Soalan temu bual adalah berkaitan dengan isu-isu berbangkit pada setiap kitaran. Soalan-soalan temu bual yang bersifat eksplorasi dan terbuka membolehkan penyelidik meneroka keperihalan sesuatu isu secara lebih mendalam. Temu bual dijalankan sebanyak tiga kitaran tindakan yang direkodkan dengan perakam suara. Data suara ini kemudiannya melalui proses dengar semula rakaman temu bual dan direkodkan ke dalam transkrip temu bual. Transkrip ini 146
kemudiannya diserahkan semula kepada responden untuk tujuan pengesahan kandungan temu bual. Temu bual kumpulan fokus adalah salah satu instrumen yang sangat diperlukan oleh seseorang penyelidik kualitatif terutama untuk kajian tindakan kerana penyelidik dapat memahami sesuatu isu melalui pembentukan isu memuncul (emerging issue) pada setiap sesi temu bual. 4.4
Pengumpulan Data Kuantitatif Pengumpulan data kuantitatif ini terdiri dari ujian kreativiti menjana idea yang
dilakukan mengikut kitaran tindakan dengan merekod skor yang dihasilkan oleh responden. Melalui ujian kreativiti ini, skor dikumpulkan mengikut format Ujian Pemikiran Kreatif Torrance yang memfokuskan kepada tiga konstruk utama iaitu Kelancaran, Fleksibiliti dan Keaslian idea. Skor ini direkodkan berdasarkan kepada dua sesi ujian kreativiti menjana idea seperti berikut: i.
Ujian Diagnostik Menjana Idea (Ujian Pra)
ii.
Ujian Kreativiti Menjana Idea Berstruktur (Ujian Pasca)
Ujian diagnostik dilaksanakan sebagai ujian pra penjanaan idea tanpa intervensi. Sebelum strategi intervensi dilaksanakan, terlebih dahulu responden-responden telah diminta untuk menjalani ujian kreativiti penjanaan idea berdasarkan kepada konstruk kelancaran, fleksibiliti dan keaslian. Setiap konstruk terdiri dari 10 item. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab 30 soalan adalah 45 minit. Selepas masa tamat, kertas ujian pra ini dikumpulkan dan skor setiap pelajar diukur berdasarkan kuantiti dan kualiti idea yang dihasilkan. Fasa strategi pelaksanaan bermula seminggu selepas responden-responden menjalani ujian pra menjana dan menghalusi idea. Sesi pembelajaran seterusnya mengambil masa 12 minggu dengan peruntukan masa pembelajaran tiga jam setiap minggu.
Responden-responden
menjalani
proses
pembelajaran
serta
aktiviti 147
berkumpulan dengan menggunakan teknik sumbang saran berkategori. Kategori yang disediakan ini bertindak sebagai panduan dalam proses menjana idea. Kategori ini juga terdiri daripada unsur-unsur dan prinsip-prinsip reka bentuk. Sebanyak tiga teknik sumbang saran berkategori iaitu sumbang saran individu, sumbang saran berkumpulan dan brainwriting telah digunakan sebagai intervensi sebelum ujian pasca dilaksanakan. Pada minggu ke 13, responden-responden telah diminta sekali lagi untuk menjalani ujian kreativiti penjanaan idea (ujian pasca) berdasarkan pada konstruk dan item yang sama seperti ujian pra. Peruntukan masa untuk ujian pasca ini juga adalah sama iaitu 45 minit. Selepas masa tamat, kertas ujian pasca ini dikumpulkan dan skor setiap pelajar diukur berdasarkan kuantiti dan kualiti idea yang dihasilkan. 4.5
Analisis Data
Analisis data dijalankan melalui dua kaedah penyelidikan iaitu kualitatif dan kuantitatif. Melalui kaedah kualitatif, analisis data adalah mengikut kitaran tindakan. Kitaran tindakan mengutamakan analisis dan refleksi ke atas tindakan dan hasil yang diperoleh pada setiap kitaran. 4.5.1
Analisis Data Kualitatif
Analisis dilakukan melalui sintesis dari data pemerhatian, temu bual kumpulan fokus dan nota lapangan yang kemudiannya distrukturkan melalui tiga siri analisis ke atas tindakan seperti berikut:
i.
Analisis Tindakan Kitaran
ii.
Analisis Strategi Intervensi
iii.
Analisis Nota Lapangan Kitaran Satu
iv.
Analisis Keberkesanan Intervensi 148
v.
Analisis Maklum Balas Responden (Temu bual) Untuk tujuan analisis data kualitatif ini, penyelidik telah menggunakan kod
untuk mengenal pasti isu-isu penting, pengecaman pola dan tema melalui analisis perkataan demi perkataan (verbatim). Untuk tujuan ini, penyelidik telah menstrukturkan kod-kod kualitatif seperti berikut: Jadual 4.0: Struktur Kod Kualitatif Jenis Data
Kod
Kitaran Perenggan Baris
Contoh Kod
Nota Lapangan
NL
K1
P5
B12
NLK1P5B12
Temu Bual
TB
K3
P4
B7
TBK3P4B7
Penggunaan kod ini bertujuan untuk memudahkan penyelidik mengenal pasti sumber yang dirujuk dari nota lapangan dan temu bual bagi membentuk kombinasi fakta yang berkaitan untuk menjawab soalan penyelidikan. Nota lapangan dilabelkan dengan kod NL, kitaran tindakan dilabelkan dengan K, perenggan dilabelkan P dan baris dilabelkan B. Kombinasi semua kod ini disusun menggunakan perisian pengurusan dan interpretasi teks Atlas.ti versi 7. 4.5.2
Analisis Data Kuantitatif Analisis dilakukan melalui pengujian hipotesis terhadap tiga konstruk utama
TTCT yang terdiri daripada Kelancaran, Fleksibiliti dan Keaslian. Data dari ujian kreativiti dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS versi 21). Data ujian diagnostik dijadikan sebagai ujian pra manakala data dari ujian kreativiti sumbang saran berkategori dijadikan ujian pasca. Perbandingan keputusan
149
dari dua ujian ini menghasilkan satu perubahan yang signifikan melalui intervensi yang dilaksanakan. 4.6
Prosedur Kajian Tindakan Proses pengumpulan dan penganalisisan data kajian tindakan ini adalah
berbeza dengan kaedah konvensional kajian sains sosial yang lain. Ini adalah kerana kajian tindakan mementingkan analisis reflektif terhadap tindakan yang dilaksanakan dan hasil yang diperoleh. Oleh yang demikian, penyelidik melaporkan proses pengumpulan dan analisis data ini mengikut tiga kitaran yang berbeza kerana pada setiap kitaran mempunyai prosedur mengumpul dan menganalisis data yang telah ditetapkan. Semua prosedur ini perlu dilaporkan di dalam penulisan sebagai proses pelaporan kajian tindakan. Untuk tujuan ini, penyelidik telah menyediakan carta alir bagi memudahkan pelaksanaan kajian tindakan yang dijalankan. Kajian tindakan ini adalah proses iteratif yang melibatkan pengenalpastian isu/masalah, merancang, memerhati (mengumpul data) dan menganalisis dan refleksi. Proses ini bersifat kitaran berulang yang melibatkan refleksi kendiri ke atas tindakan yang telah diambil. Dalam penyelidikan ini, penyelidik telah menjalankan sebanyak tiga kitaran kajian tindakan yang melibatkan proses yang disenaraikan seperti rajah 4.1 berikut:
150
Kitaran 1
Kitaran 2
Kitaran 3
Mengenal Pasti Masalah
Mengenal Pasti Masalah
Mengenal Pasti Masalah
Merancang Tindakan
Merancang Tindakan
Merancang Tindakan
Melaksanaka n Tindakan
Melaksanaka n Tindakan
Melaksanaka n Tindakan
Mengumpul & Menganalisis Data
Mengumpul & Menganalisis Data
Mengumpul & Menganalisis Data
Membuat Refleksi
Membuat Refleksi
Membuat Refleksi
Rajah 4.1: Carta Alir Kitaran Kajian Tindakan Penyelidik memulakan proses mengumpul data ini dengan mengendalikan kursus Eksplorasi Penyelidikan Reka Bentuk Tekstil untuk sesi 1 semester September 2013 – Januari 2014. Pengendalian kursus ini adalah berpandukan kepada silibus asal kursus ini. Walau bagaimanapun terdapat beberapa pengubahsuaian pada perancangan pengajaran yang terkandung di dalam informasi kursus asal (course information) yang dirancang oleh jabatan sebelum ini. Pengubahsuaian ini bagi membolehkan penyelidik menyediakan perancangan untuk dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran, tanpa menjejaskan objektif asal kursus Eksplorasi Penyelidikan Reka Bentuk Tekstil ini. Penyelidik mengambil inisiatif dengan menghasilkan rancangan pengajaran kursus untuk proses pengajaran dan pembelajaran studio. Rancangan pengajaran ini dirancang untuk satu semester iaitu dalam tempoh 14
151
minggu. Penyelidik telah menjalankan sebanyak tiga strategi intervensi sebagai rawatan dalam tempoh ini. Permasalahan pra (awal) yang telah dikenal pasti semasa kajian rintis dahulu adalah: i. Responden tidak dapat menghasilkan idea dalam kuantiti yang banyak dan pelbagai. ii. Responden tidak dapat menghalusi idea yang telah dihasilkan. Permasalahan awal ini diperoleh hasil dari refleksi penyelidik semasa menjalankan kajian rintis (pilot study). Kajian tindakan merupakan kajian situasi yang berlaku pada suatu masa dan tempat secara tetap serta penyelidik terlibat secara langsung di dalam kelas/studio. Ini bermakna, dapatan dari kajian rintis yang telah dijalankan pada awal September 2012 lalu tidak relevan dengan kajian sebenar kerana berlaku dua perkara iaitu masa dan responden yang berbeza.
MULA
10 MINIT MASA AKTIVITI
MENGAMBIL KEPUTUSAN
(TAKLIMAT PROJEK)
AKTIVITI PENGUMPULAN MAKLUMAT
MENGANALISA KEPUTUSAN
PERAYAAAN DI MALAYSIA
PENGETAHUAN PRA
MEMBUAT REFLEKSI
Rajah 4.2: Carta Alir Ujian Diagnostik Menjana Idea Dalam carta alir ujian diagnostik ini tidak disertakan pelan intervensi. Ini bertujuan untuk mendapatkan keputusan ujian di dalam penetapan piawai pengajaran dan pembelajaran studio yang diamalkan. Sejam sebelum ujian dijalankan, penyelidik telah memberi syarahan berkenaan kemahiran berfikir dan beberapa teknik penjanaan idea kreatif. Objektif syarahan pada minggu pertama ini bertujuan untuk memberi 152
pendedahan kepada responden tentang reka bentuk tekstil serta bidang-bidang yang berkaitan. Di samping itu, penyelidik memberi penerangan berkenaan dengan kepentingan kemahiran berfikir di dalam bidang seni visual serta beberapa pendedahan tentang teknik-teknik penjanaan idea. Selepas syarahan, ujian diagnostik dijalankan bagi mengenal pasti masalah pelajar. Ujian dimulakan dengan memberikan taklimat projek. Tema projek untuk semester ini adalah Perayaan di Malaysia. Penetapan tema ini adalah melalui perbincangan bersama pensyarah kursus ini dan keputusan bersama telah diputuskan sebelum bermula sesi kuliah. Sebagai amalan biasa pada setiap semester, taklimat projek merupakan prosedur wajib di mana pensyarah memberi taklimat secara verbal dan bercetak di hadapan pelajar. Semasa taklimat ini, sesi perbincangan dibuka dan pelajar boleh bertanya atau memberi pendapat. Ini merupakan proses interpretasi tema yang membincangkan tentang pencarian makna, nilai, pengalaman, isu, peluang serta kemungkinan dari tema ini. Langkah yang seterusnya adalah, tanpa menggunakan bahan rujukan, responden diminta untuk membuat senarai idea apa yang mereka faham tentang perayaan di Malaysia di atas sehelai kertas. Skop perayaan di Malaysia ini masih lagi dalam konteks am. Responden ini diberikan masa sepuluh minit untuk menyenaraikan apa yang mereka faham tentang tema. Setelah masa yang diberikan tamat, pensyarah meminta pelajar menyerahkan hasil penyenaraian yang telah dibuat. Seterusnya penyelidik meminta responden membentangkan hasil senarai yang dihasilkan secara individu. Responden juga diminta untuk menerangkan secara rasional setiap idea yang disenaraikan. Penyelidik juga meminta agar idea yang tidak berkaitan disingkirkan. Proses ini dibantu oleh responden lain yang mengkritik kerelevanan idea yang dihasilkan.
153
4.7
Analisis Ujian Diagnostik Menjana Idea (Ujian Pra) Jadual 4.1: Skor Ujian Diagnostik Menjana Idea (Ujian Pra)
Responden
Kelancaran
Fleksibiliti
Keaslian
Idea pada
Idea pada
Idea pada
Ujian Pra
Ujian Pra
Ujian Pra
P1
P2
P1
P2
Responden 1
14
8
6
3
3
Responden 2
18
15
13
6
5
Responden 3
14
9
8
5
6
Responden 4
17
11
10
6
8
Responden 5
14
8
9
4
5
Responden 6
24
17
15
8
5
Responden 7
13
6
10
5
6
Responden 8
15
7
10
6
5
Jadual 4.1 menggambarkan keputusan ujian diagnostik penjanaan idea (ujian pra) yang telah dijalankan. Melalui keputusan ujian pra ini, jumlah maksimum kelancaran idea adalah 24 dan minimum adalah 13. Fleksibiliti dan keaslian idea dinilai oleh dua orang pensyarah kanan Jabatan Reka Bentuk Tekstil. Jumlah maksimum fleksibiliti idea adalah 13 dan minimum adalah 6. Jumlah maksimum keaslian idea adalah 10 dan minimum 3. Melalui jumlah maksimum dan minimum idea yang dihasilkan ini jelas menunjukkan pencapaian yang lemah dalam kreativiti menjana dan menghalusi idea oleh semua responden. Analisis seterusnya kaedah perbandingan means menggunakan Ujian-t Satu Sampel ke atas Kelancaran, Fleksibiliti dan Keaslian Idea ujian pra dan pasca. Hasil keputusan ujian-t ini dilaporkan pada bahagian dapatan penyelidikan. 154
4.8 Refleksi Refleksi merupakan satu bentuk inkuiri kendiri yang bertujuan bagi meningkatkan kefahaman tentang amalan di mana penyelidik berperanan sebagai agen perubahan yang sentiasa berusaha membuat perubahan untuk tujuan penambahbaikan. Schon (1983) mengklasifikasikan refleksi kepada dua kategori iaitu refleksi dalam tindakan (reflection in action) dan refleksi ke atas tindakan (reflection on action). Refleksi dalam tindakan merupakan eksperimentasi berterusan yang membantu seseorang guru mencari kaedah penyelesaian yang praktikal. Refleksi ke atas tindakan pula merupakan proses penilaian ke atas tindakan yang telah diambil. Penyelidik memulakan refleksi dengan melihat kepada sistem pengajaran pembelajaran yang sedia ada. Hasil dari ujian diagnostik ini merupakan justifikasi kepada salah satu kelemahan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan. Hasil dari ujian ini juga telah mengesahkan isu yang sama dalam dapatan awal (pra) semasa penyelidik menjalankan kajian rintis yang lalu. Yang pertama, informasi kursus Eksplorasi Penyelidikan Reka Bentuk Tekstil ini masih dilihat sebagai informasi am di mana modus operandi kepada pelaksanaannya adalah sama seperti silibus-silibus kursus reka bentuk tekstil yang lain. Perancang silibus seharusnya membezakan di antara kursus berbentuk penyelidikan dan teras reka bentuk serta proses. Ke dua sifat kursus ini adalah berbeza dari aspek paradigma. Kursus Eksplorasi Reka Bentuk Tekstil memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan kemahiran berfikir bagi meneroka isu, peluang dan kemungkinan yang berlaku semasa proses penyelidikan. Manakala kursus teras reka bentuk memberi fokus kepada amalan dalam proses reka bentuk. Penyelidik mendapati terdapat beberapa kelemahan yang ketara dari aspek perancangan dan pelaksanaan pengajaran kursus oleh pensyarah. Kegagalan responden untuk menjana idea dalam kuantiti yang banyak ketiadaan teknik penjanaan idea dalam 155
proses PdP yang tidak sama sekali mengaplikasikan kemahiran berfikir serta teknikteknik penjanaan idea yang sistematik. Pensyarah kursus juga merupakan faktor penyumbang kepada masalah ini di mana pensyarah tidak berinisiatif merangka strategi untuk memperbaiki amalan pengajaran. Metodologi pengajaran yang sedia ada tidak berorientasikan kemahiran berfikir. Proses perubahan ini memerlukan anjakan paradigma di kalangan pensyarah bagi membuka ruang kepada penambahbaikan dalam amalan pengajaran. Kebolehan pelajar dalam menjana dan menghalusi idea adalah isu pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Di sini, penyelidik menggunakan ujian sebagai salah satu dari instrumen untuk mengukur pencapaian responden melalui strategi intervensi yang dijalankan. Ini adalah kerana objektif umum penyelidikan ini adalah untuk membina integrasi penjanaan idea reka bentuk tekstil secara komprehensif. Oleh yang demikian, penyelidik menggunakan kaedah penyelidikan campuran bagi tujuan kajian tindakan ini. Pengumpulan data dalam penyelidikan ini adalah hasil dari analisis isu, kefahaman penyelidik tentang isu, perancangan tindakan, pemerhatian perubahan tingkah laku, merekod, menganalisis data kualitatif/kuantitatif dan membuat refleksi ke atas tindakan yang diambil. Proses ini dinamakan analisis reflektif. 4.8.1
Masalah Yang Telah Dikenal Pasti
Hasil dari refleksi penyelidik, isu-isu yang dikenal pasti selepas ujian diagnostik penjanaan idea terdiri daripada empat faktor seperti berikut: 4.8.1.1 Latar Belakang Pendidikan Pelajar Semua responden merupakan lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Semasa persekolahan, responden ini pernah didedahkan dengan kaedah kemahiran berfikir dan teknik penjanaan idea, tetapi tidak digunakan secara meluas. Kemahiran berfikir ini hanya digunakan pada beberapa subjek seperti pengajian am, sejarah dan 156
geografi. Oleh yang demikian, pembudayaan kemahiran dan teknik ini tidak diamalkan sepenuhnya oleh responden. Penyelidik melihat kepada satu keperluan khusus bagi mengaplikasikan kemahiran dan teknik penjanaan idea di dalam kurus Eksplorasi Penyelidikan Reka bentuk tekstil. Cadangan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan memberi penekanan kepada kemahiran kognitif sebagai asas kepada kursus Eksplorasi Rekaan Tekstil ini. 4.8.1.2 Pemahaman Tema Dan Konsep Walaupun pada peringkat awal, penyelidik telah memberikan tema projek secara verbal, hasil dari pemerhatian, responden amat kurang berkomunikasi dengan menanyakan soalan yang berkaitan dengan pelaksanaan ujian tersebut. Komunikasi di antara mereka juga didapati kurang dipraktikkan. Berkemungkinan hal ini terjadi kerana sesi suai kenal (ice breaking) belum dilakukan. Responden didapati kurang faham tentang tema. Ini dapat dilihat semasa sesi pembentangan di mana kebanyakan idea yang dihasilkan adalah bersifat stereotaip. Cadangan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mengadakan sesi suai kenal bagi membolehkan responden membiasakan diri dengan rakan dan persekitaran. Di samping itu juga penyelidik perlu memupuk budaya soal jawab di antara pelajar dan penyelidik. Diharapkan dengan adanya usaha ini dapat merapatkan lagi jurang kejanggalan di kalangan responden agar mereka dapat berkomunikasi di dalam studio tanpa ada perasaan takut dan segan. 4.8.1.3 Kuantiti idea Responden tidak berkebolehan menjana idea dalam kuantiti yang besar. Ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti aras pemikiran pelajar yang masih rendah. Ini dilihat semasa ujian dijalankan, responden menyenaraikan idea dengan hanya menggunakan pengetahuan pra (pre knowledge) berdasarkan pengalaman semata-mata. 157
Oleh yang demikian, kebolehan responden dalam menjana idea amat terbatas dari aspek kuantiti idea yang dihasilkan. Idea yang paling maksimum dihasilkan adalah sebanyak 24 idea. Cadangan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mengubah suai perancangan pengajaran mingguan dengan mengaplikasikan strategi intervensi berasaskan penjanaan idea yang sistematik. 4.8.1.4 Kualiti idea Hasil dari keputusan ujian diagnostik, kualiti idea yang dihasilkan tidak memuaskan. Kebanyakan idea tersebut berbentuk stereotaip dengan aras pemikiran dan budaya responden. Hampir semua responden memilih perayaan Hari Raya Aidil Fitri sebagai tema projek sedangkan skop perayaan ini boleh diperkembangkan dengan lebih luas lagi. Senarai-senarai idea juga hampir sama di antara satu sama lain. Antara idea yang banyak digunakan adalah seperti Baju Melayu, Baju Kurung, Ketupat, Rendang, Dodol dan sebagainya. Idea ini hanya terhenti di sini tanpa perkembangan. Ini membuktikan satu pola pemikiran yang bersifat umum yang memerlukan latihan bagi memperkembangkan kemahiran berfikir melalui latihan dan teknik penjanaan idea yang sistematik. Cadangan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan juga dengan mengaplikasikan strategi intervensi berasaskan kemahiran menaakul kepada responden. 4.8.1.5 Isu Memuncul (Emerging Issue) Pada asasnya, penyelidikan ini hanya menumpukan kepada kemahiran kognitif menjana dan menghalusi idea, namun setelah melalui pemerhatian, penyelidik mendapati hampir semua responden mengalami masalah komunikasi terutamanya semasa sesi pembentangan hasil ujian diagnostik. Responden tidak dapat bercakap di hadapan audiens. Rentetan dari masalah ini, penyelidik juga mendapati tahap keyakinan responden juga rendah terutama dalam mempertahankan idea yang telah dijanakan. Cadangan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan memberikan latihan pengucapan 158
awam kepada responden. Proses ini dilihat sebagai proses yang berterusan dari masa ke masa. 4.8.2
Latar Belakang Pensyarah Majoriti 11 dari 13 orang pensyarah Program Reka Bentuk Tekstil berkelulusan
Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Tekstil dan Sarjana Reka Bentuk Tekstil dari dalam dan luar negara (maklumat dari direktori staf Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti teknologi MARA Malaysia 2012). Kelulusan ini menjurus kepada kesarjanaan dalam bidang reka bentuk tekstil berasaskan praktis. Oleh yang demikian, berdasarkan temu bual kajian rintis yang dijalankan pada tahun 2012, mereka tidak mempunyai kepakaran dalam
bidang
berpengetahuan
kurikulum terhadap
dan
pedagogi
pembangunan
secara
silibus.
formal,
seterusnya
Pembangunan
silibus
kurang adalah
berdasarkan kepada kurikulum yang sedang dipraktikkan. Setiap silibus kursus pula memerlukan beberapa kriteria yang perlu dipenuhi seperti tiga domain utama pendidikan dalam taksonomi Bloom iaitu kognitif, psikomotor dan afektif. (Keperluan kurikulum pendidikan berasaskan hasil 2008). Antara tiga domain ini, domain kognitif amat diberi penekanan kerana melibatkan proses berfikir. Kelemahan terhadap proses reka bentuk tekstil ini dikenal pasti pada kaedah pengajaran yang tidak menekankan kepada kemahiran kognitif. Seharusnya kemahiran kognitif dan psikomotor ini digabungkan bagi memantapkan lagi sesuatu kursus secara komprehensif. Justeru gabungan dua domain ini dapat memenuhi objektif kursus untuk melahirkan pelajar yang dapat menguasai kemahiran berfikir aras tinggi. (Kementerian Pengajian Tinggi, 2008). 4.8.3
Paradigma Tradisional Faktor ideologi dalam pengajaran merupakan antara faktor yang kuat
mempengaruhi sikap pensyarah terhadap sesuatu perubahan atau pembaharuan samada 159
sistem atau kaedah yang telah, sedang dan akan diperkenalkan (temu bual kajian rintis 2012). Sesuatu pembaharuan mengambil masa yang agak lama untuk diterima. Sebagai contoh, pelaksanaan kurikulum Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome Based Education) yang diperkenalkan pada 2008 telah mendapat reaksi berbeza dari pensyarah. Sebahagian besar pensyarah kanan masih mengekalkan kaedah pengajaran tradisional mereka kerana berpendapat tidak ada kekurangan atau kelemahan dengan paradigma yang sedia ada. Ini merupakan konflik penerimaan sesuatu pembaharuan yang dilihat sebagai satu keterpaksaan yang perlu dilaksanakan. Oleh kerana sikap dan cara
pemikiran
yang
sedemikian,
maka
terhalangnya
satu
usaha
untuk
mempertingkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran ke arah penambahbaikan berterusan kursus reka bentuk tekstil secara menyeluruh. Kaedah pengajaran dan pembelajaran terutama proses dalam reka bentuk tekstil ini sudah melangkaui empat dekad. Kaedah ini juga bersifat ilmu yang diwarisi oleh pensyarah senior dan kemudiannya diamalkan pula oleh generasi pensyarah baharu (temu bual kajian rintis 2012) tanpa mengambil inisiatif ke arah pelaksanaan yang lebih praktikal mengikut kesesuaian sistem kurikulum semasa dan mengambil kira keperluan pelajar masa kini. Penyataan di atas adalah berdasarkan kepada beberapa bukti dokumentasi silibus program yang telah dianalisis oleh penyelidik sendiri (analisis silibus Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Kepujian). Dari analisis yang dijalankan pada 2012, penyelidik mendapati hampir semua silibus kursus teras reka bentuk mempunyai prosedur pengoperasian yang sama dari aspek pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan proses reka bentuk itu sendiri. Analisis yang dijalankan juga merangkumi program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda (kepujian).
160
4.8.4
Inisiatif Dan Motivasi Ke Arah Pembaharuan Faktor ini dilihat dari perspektif kepekaan pensyarah terhadap apa yang berlaku
di persekitarannya. Pensyarah secara peribadinya dilihat kurang memberi respons terhadap perubahan sistem dan kaedah baharu yang diperkenalkan. Setiap perubahan menuntut kepada tindakan yang bersifat relevan bagi memastikan kesinambungan kaedah pengajaran dan pembelajaran tidak terkesan dengan perubahan tersebut. Ini tidak berlaku sebaliknya pensyarah dilihat tidak menunjukkan inisiatif yang tinggi bagi memperbaiki serta mempertingkatkan amalan pengajaran agar kekal relevan dengan tuntutan perubahan. Penyelidik tidak melihat satu usaha baharu bagi memperbaharui amalan pengajaran di kalangan pensyarah kerana mereka merasakan senang berada di zon selesa seperti sekarang. Gabungan tiga faktor ini kuat mempengaruhi usaha penambahbaikan amalan pengajaran serta pelaksanaan sesuatu kaedah yang berpotensi untuk membantu pelajar menguasai kemahiran kognitif secara komprehensif.
4.9
Kitaran Tindakan 1
Tema Penyelidikan (bahan kajian)
Penyelidikan Visual (rekod foto, lakaran, lukisan, eksperimentasi )
Pengembangan Idea (modifikasi, simplifikasi, skema warna, susun atur, cadangan reka bentuk)
Cadangan Reka bentuk (aplikasi cadangan reka bentuk 2 dan 3 dimensi)
Rajah 4.3 Proses Reka Bentuk Peringkat 1 Tema Penyelidikan (Bahan Kajian) Tema penyelidikan merupakan proses pertama dalam reka bentuk tekstil. Pada peringkat ini, responden dikehendaki membuat pemilihan bahan kajian berdasarkan tema yang ditetapkan oleh pensyarah. Kesinambungan dari peringkat pemilihan bahan kajian ini akan menghubungkan kepada proses reka bentuk yang seterusnya seperti penyelidikan visual, perkembangan idea dan cadangan reka bentuk.Di peringkat ini, 161
kemahiran kognitif diberikan penekanan sebagai kaedah memahami tema dan menjana idea yang sesuai untuk pemilihan bahan kajian. Modus operandi pelaksanaan yang sedia ada hanya menggunakan pengetahuan pra responden di samping mengehendaki responden mencari maklumat bahan kajian melalui media cetak, elektronik dan sumber Internet. Dua kaedah ini dilihat tidak mengaplikasikan kemahiran kognitif secara maksimum. Peringkat ini memerlukan 80% strategi pengajaran berteraskan kemahiran kognitif dan 20% psikomotor. Isu utama yang sering dihadapi oleh pensyarah pada peringkat ini adalah bahan kajian yang dipilih oleh responden bersifat stereotaip dan pengulangan. Responden merasa selesa mengemukakan cadangan bahan kajian yang berada di dalam ruang lingkup pengetahuan dan pengalaman mereka. Sungguhpun dibantu oleh rujukan dari media cetak dan elektronik sebagai sumber idea, namun ini tidak membuka minda responden dalam memilih bahan kajian yang jauh lebih kreatif dan inovatif. Setelah mengenal pasti permasalahan pada sesi ujian diagnostik, penyelidik telah merancang untuk mengatasi masalah-masalah tersebut dengan merangka strategi bagi memudahkan tindakan seperti carta alir tindakan berikut :
162
Masalah/Isu
Kemahiran Kognitif
Pelan Tindakan (Perancangan)
Idea terhad pada pengetahuan pra Idea bersifat stereotaip Penghasilan Idea dalam Kuantiti Kecil Penghasilan Idea Tidak Berkualiti
Sumbang Saran Individu Pengkategorian Idea
Kemahiran Kognitif 80% Kemahiran Psikomotor 20%
Kemahiran Psikomotor
Analisis Data
Instrumen Pemerolehan Data
Ujian Kreativiti Nota Lapangan
Ujian Kreativiti Penjanaan Idea Pemerhatian Turut Serta (Nota Lapangan)
Refleksi Kepada Tindakan Kelebihan/Kekurangan Sumbang Saran Individu Pencapaian Responden Menjana/Menghalusi Idea Adaptasi/Maklum balas Responden terhadap strategi yang dijalankan (Afektif)
Kemahiran Teknologi Maklumat Mendapatkan Sumber Rujukan
Mengenal pasti Semula Masalah/Isu
Rajah 4.4: Carta Alir Proses Tindakan Satu
MENGENAL PASTI MASAALAH
MENGAMBIL KEPUTUSAN
UJIAN KEBOLEHAN KOGNITIF SUMBANG SARAN INDIVIDU
MERANCANG TINDAKAN
20 MINIT MASA LATIHAN
10 MINIT MASA UJIAN (PEMERHATIAN)
SESI ORIENTASI. AKTIVITI INDIVIDU DAN KUMPULAN (ICE BREAKING)
LATIHAN TEKNIK SUMBANG SARAN INDIVIDU
10 MINIT MASA MENGHALUSI IDEA
MEMBUAT REFLEKSI KE ATAS TINDAKAN
MENGAJAR TEKNIK BERFIKIR DAN PENJANAAN IDEA METAKOGNITIF
MENGAJAR KONSEP/PRAKTIK SUMBANG SARAN INDIVIDU
MENGUMPUL KEPUTUSAN
MENGANALISA KEPUTUSAN (PEMERHATIAN)
Rajah 4.5: Carta Alir Operasi Sumbang Saran Individu Kitaran Satu.
163
Kitaran tindakan satu dimulakan selepas mengenal pasti masalah di peringkat ujian diagnostik. Penyelidik telah membuat beberapa langkah bagi menyelesaikan permasalahan dengan perancangan seperti berikut: 4.10
Merancang Tindakan
Perancangan kepada tindakan ini merujuk kepada permasalahan di peringkat ujian diagnostik yang telah dijalankan. Penyelidik merancang melalui strategi sumbang saran individu iaitu: 4.10.1 Strategi Sumbang Saran Individu Sumbang saran individu merupakan kaedah individu mengawal penuh terhadap proses kreatif, dan membolehkan individu tersebut bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala keputusan yang dibuat. Dalam konteks penyelidikan ini, sumbang saran individu berperanan sebagai teknik penjanaan idea oleh responden untuk meneroka bahan kajian yang berasaskan kemahiran kognitif. Strategi ini juga dibantu oleh pengkategorian idea yang telah disediakan agar proses percambahan idea dapat dikembangkan semaksimum yang mungkin. Objektif: Menerapkan teknik sumbang saran individu sebagai teknik menjana idea reka bentuk tekstil. Strategi ini bertujuan melatih responden untuk menguasai kemahiran menjana idea secara individu. Sumbang saran digunakan dalam menyelesaikan masalah tingkah laku dan menyemai kemahiran berfikir secara kritis di kalangan responden. Walaupun sumbang saran pada asalnya dibangunkan untuk digunakan dalam kumpulan, prinsip yang sama boleh digunakan untuk individu. Beberapa kajian telah menunjukkan individu yang sering melakukan sumbang saran dapat menghasilkan idea yang lebih kreatif daripada sumbang saran dalam kumpulan. Perincian kepada strategi ini diterangkan di dalam modul pengajaran. 164
4.11
Pelaksanaan Tindakan Kitaran 1 Pelaksanaan tindakan kitaran 1 ini berdasarkan refleksi dan perancangan yang
dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi pada peringkat awal. 4.11.1 Strategi Sumbang Saran Individu Strategi ini dilaksanakan dalam proses pengajaran. Berdasarkan permasalahan yang dikenal pasti, penyelidik mendapati responden tidak mempunyai teknik khusus dalam menjana idea. Oleh yang demikian, responden diajar teknik sumbang saran secara individu. Bagi membolehkan responden menjana idea dalam kuantiti yang besar, penyelidik telah menyediakan satu kaedah mudah dalam menjana idea dengan membuat beberapa kategori idea seperti: i. Makanan dan minuman ii. Pakaian iii. Identiti kaum iv. Perasaan v. Elemen warna, bentuk, tekstur vi. Seni bina Penambahan kategori ini bertujuan untuk menstrukturkan pola pemikiran dalam membantu responden menjana idea dalam kerangka kategori yang disediakan. Oleh yang demikian, responden dapat menjana sesuatu idea itu dalam perspektif yang lebih luas dengan cara memperkembangkan lagi idea seterusnya dengan merujuk kepada kategori yang disediakan. Pelaksanaan ujian kreativiti menjana idea penjanaan idea ini dijalankan sebaik sahaja responden menjalani sesi latihan dan pembelajaran teknik sumbang saran individu. Penyelidik juga telah membuat garis panduan berkenaan sumbang saran individu ini seperti: 165
i. Keutamaan penjanaan idea melalui kuantiti yang dihasilkan ii. Penjanaan idea mengikut panduan kategori Strategi ini juga menekankan kepada kemahiran menghalusi idea walaupun telah diaplikasikan ke dalam strategi meta kognitif. Responden dilatih menguasai kemahiran menghalusi idea dalam masa yang diperuntukkan iaitu selama sepuluh minit. Sebaik sahaja proses menjana idea selesai, responden diberikan masa selama sepuluh minit lagi untuk menghalusi idea. Kaedah menghalusi idea ini telah diajar mengikut kaedah meta kognitif. Oleh yang demikian, strategi sumbang saran individu ini merangkumi dua komponen utama iaitu menjana dan menghalusi idea. Strategi ini diaplikasikan sebelum ujian kreativiti menjana idea dijalankan. 4.11.2 Ujian Kreativiti Menjana Idea Kitaran Satu Ujian ini adalah pengukuran keberkesanan strategi sumbang saran individu yang dilaksanakan, bukan sahaja ujian kepada kreativiti menjana idea, malahan bertujuan membina rasional kepada idea yang dihasilkan. Ujian ini dijalankan setelah pelaksanaan semua strategi intervensi yang dirancang pada kitaran tindakan satu. Pelaksanaan kitaran tindakan satu ini mengambil masa satu minggu. Format ujian ini adalah sama seperti ujian diagnostik. Perbezaannya di sini adalah intervensi yang dilakukan sebelum ujian. Ujian dimulakan pada minggu ke dua. Responden dikehendaki untuk duduk secara individu seperti penetapan piawai kelas. Responden dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu A, B dan C. Setiap kumpulan terdiri dari tiga responden. Tujuan pembentukan kumpulan ini adalah untuk pengagihan tema ujian yang berbeza. Walaupun berkumpulan, ujian yang diberikan masih dalam bentuk individu dan responden tidak dibenarkan berbincang sesama sendiri. Peralatan alat tulis yang diperlukan adalah sehelai kertas bersaiz A3 dan pen/pensel. Responden dari
166
kumpulan A diberikan tema perayaan Deepavali, kumpulan B tema perayaan Tahun Baharu Cina dan kumpulan C tema perayaan Hari Raya Aidil Fitri. Soalan ujian dan juga soalan sumbang saran “ Apakah imej-imej yang dapat menggambarkan suasana perayaan”? Responden perlu menyenaraikan seberapa banyak idea yang relevan dengan tema yang kemudiannya ditulis di atas kertas. Dengan berpandukan kepada strategi sumbang saran individu yang telah diajar, responden boleh merujuk kepada panduan kategori seperti berikut: i. Makanan dan minuman ii. Pakaian iii. Identiti kaum iv. Perasaan v. Elemen warna, bentuk, tekstur vi. Seni bina Masa yang diberikan adalah sepuluh minit. Dalam masa sepuluh minit ini penyelidik menandakan senarai semak berkenaan reaksi responden menjana idea. Setelah masa menjana idea tamat, responden diberikan masa sepuluh minit lagi untuk menghalusi idea yang telah dihasilkan. Kaedah menghalusi idea ini telah diajar di dalam strategi meta kognitif dan sumbang saran individu. Dalam masa ini juga penyelidik mencatat nota lapangan reaksi responden menghalusi idea. Setelah masa yang diberikan tamat, penyelidik meminta pelajar menyerahkan hasil penyenaraian yang telah dihasilkan. Seterusnya penyelidik meminta responden membentangkan hasil penyenaraian idea yang dihasilkan secara individu. Responden juga diminta untuk menerangkan rasional setiap idea yang disenaraikan, dan menyingkirkan idea yang tidak relevan dengan tema projek. Proses ini dibantu oleh responden yang lain dengan membuat kritikan membina terhadap kewajaran sesuatu idea yang boleh diterima dan 167
disingkirkan. Keputusan ujian ini diterangkan di dalam laporan keputusan ujian kreativiti menjana idea. 4.12
Analisis Tindakan Kitaran Satu Terlebih dahulu penyelidik ingin memaklumkan analisis ke atas tindakan yang
dijalankan ini adalah sebahagian dari proses kitaran tindakan. Oleh sebab kajian tindakan memerlukan proses analisis pada setiap kitaran, maka dengan ini penyelidik hanya membincangkannya secara am. Analisis merupakan satu lagi proses penting dalam kajian tindakan selepas pengumpulan data yang berkaitan. Dalam hal ini, penyelidik menggunakan dua instrumen bagi tujuan pengumpulan data ini. Instrumen yang pertama adalah melalui pemerhatian peserta dan bukan peserta dan yang ke dua adalah melalui ujian kreativiti menjana idea. Instrumen pemerhatian peserta dan bukan peserta ini menggunakan nota lapangan yang dicatat sendiri oleh penyelidik semasa sesi tutorial dan ujian kreativiti menjana idea. Penyelidik menggunakan dua kaedah untuk menganalisis strategi intervensi yang dijalankan iaitu kaedah induksi analitis dan perbandingan. Kaedah induksi analitis merupakan salah satu dari kaedah analisis di dalam kajian tindakan. Kaedah ini dilaksanakan dengan merujuk kepada nota lapangan, senarai semak dan keputusan ujian kreativiti. Pada tindakan kitaran satu ini, kaedah analisis perbandingan ini hanya boleh dilakukan pada ujian kreativiti menjana idea. Ini adalah kerana strategi intervensi yang dijalankan belum boleh dibandingkan dengan keputusan yang terdahulu. Kaedah analisis perbandingan ini akan dijelaskan di dalam kitaran dua. 4.12.1 Analisis Strategi Sumbang Saran Individu Strategi ini merupakan intervensi yang pertama diaplikasikan bagi membantu responden memahami teknik penjanaan idea berkategori. Isu yang dikenal pasti semasa 168
ujian diagnostik memperlihatkan ketidakbolehan responden menjana idea dalam kuantiti yang banyak serta menghalusi idea yang telah dihasilkan. Melalui latihan dan pemerhatian yang dijalankan, didapati dengan adanya kategori idea serta garis panduan yang disediakan, responden dapat mengadaptasi intervensi ini dengan cepat. Penyediaan kategori berstruktur banyak membantu responden berfikir dengan lebih terbuka lantas dapat menghasilkan idea berdasarkan bantuan kategori yang disediakan. Selain dari itu, garis panduan aktiviti sumbang saran yang mengutamakan kuantiti dari kualiti idea sangat membantu responden menjana idea tanpa perlu memikirkan salah atau betulnya idea tersebut. Dari aspek masa yang ditetapkan, kebanyakan responden memohon perlanjutan masa dari sepuluh ke lima belas minit kerana masa yang diberikan tidak mencukupi. Responden merasakan satu tekanan bagi menyenaraikan idea dalam tempoh singkat. Masa merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kuantiti idea yang dihasilkan tetapi, mengikut konsep sumbang saran, masa yang diambil terlalu lama mengurangkan fungsi kognitif seseorang kerana setiap kreativiti memerlukan dorongan dan tekanan untuk mencapai sesuatu matlamat. 4.12.2 Analisis Keputusan Ujian Kreativiti Menjana Idea Kitaran Satu i.
Responden Pertama Tema sumbang saran individu untuk responden 1 adalah perayaan Hari Raya
Aidil Fitri. Responden pertama berjaya menjana sebanyak 38 idea dalam masa sepuluh minit. Jumlah idea yang berjaya dikategorikan selepas sesi kritik adalah berjumlah 29 idea. Kebanyakan penghasilan idea ini merujuk kepada kategori yang diberikan. Kategori makanan merupakan idea yang paling banyak dihasilkan. Dari aspek kreativiti penghasilan idea yang unik pula, responden pertama hanya menghasilkan sepuluh idea. Hasil ujian juga mendapati responden pertama kurang berjaya mengaitkan antara satu idea ke idea yang lain. Walau bagaimanapun responden pertama berjaya menyusun idea
169
mengikut keutamaan. Kebolehan responden pertama untuk menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain juga didapati kurang berjaya. ii.
Responden Kedua Tema sumbang saran individu untuk responden kedua adalah perayaan Hari
Raya Aidil Fitri. Responden kedua berjaya menjana sebanyak 37 idea dalam masa yang ditetapkan iaitu sepuluh minit. Semasa proses menghalusi idea, responden kedua berjaya mengkategorikan idea beliau kepada 28 idea. Kebanyakan penghasilan idea ini merujuk kepada kategori yang diberikan. Kategori makanan, pakaian dan warna merupakan idea yang paling banyak dihasilkan. Dari aspek kreativiti penghasilan idea yang unik pula, responden kedua berjaya menghasilkan sepuluh idea. Hasil dari ujian ini mendapati responden kedua ini menunjukkan peningkatan kerana berjaya dalam menghubungkan dari satu idea ke idea yang lain. Bagi penyusunan idea mengikut keutamaan, ujian mendapati responden kedua menunjukkan peningkatan sederhana berjaya. Selain dari itu, responden kedua juga didapati tidak berjaya menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain. iii.
Responden Ketiga Tema sumbang saran individu untuk responden ketiga adalah perayaan Hari
Raya Aidil Fitri. Responden ketiga menjana sebanyak 33 idea yang berkaitan dengan tema. Masa yang diberikan juga sepuluh minit. Proses mengkategorikan idea dilihat sebagai satu proses yang agak sukar di mana responden ketiga dapat menghasilkan hanya 27 idea yang relevan dari jumlah idea asal sebanyak 33 idea. Kebanyakan idea yang dihasilkan melalui kategori makanan tradisional Melayu seperti ketupat, rendang, lemang dan kuih muih tradisional. Dari aspek kreativiti penghasilan idea yang unik pula, responden ketiga berjaya menghasilkan 14 idea. Hasil dari ujian ini mendapati responden ketiga ini berjaya dalam menghubungkan dari satu idea ke idea yang lain. Walau bagaimanapun responden ketiga ini menunjukkan sedikit peningkatan sederhana 170
berjaya dalam menyusun idea mengikut keutamaan di samping sederhana berjaya menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain. iv.
Responden Keempat Tema sumbang saran individu untuk responden keempat adalah perayaan
Tahun Baharu Cina. Responden keempat berjaya menghasilkan 39 idea yang berkaitan dengan tema dalam masa sepuluh minit. Jumlah idea ini berkurangan menjadi 29 setelah melalui proses mengkategorikan idea yang relevan. Kebanyakan idea ini terhasil dari kategori warna, pakaian dan buah-buahan. Dari aspek kreativiti penghasilan idea yang unik pula, responden keempat berjaya menghasilkan 14 idea yang dinilai sebagai idea unik. Responden empat ini juga dikategorikan sebagai kurang berjaya dalam menghubungkan dari satu idea ke idea yang lain. Keputusan ujian kreativiti kitaran satu ini juga mendapati terdapat sedikit peningkatan dari aspek penyusunan idea mengikut keutamaan dan walau bagaimanapun, responden keempat tidak berjaya untuk menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain. v.
Responden Kelima Tema sumbang saran individu untuk responden kelima adalah perayaan Tahun
Baharu Cina. Di akhir ujian, responden kelima menghasilkan sebanyak 41 idea dalam tempoh masa yang diberikan. Setelah melalui proses mengkategorikan idea dan sesi kritik, idea yang relevan dengan tema projek adalah sebanyak 31 idea. Dari aspek kreativiti penghasilan idea yang unik pula, responden kelima berjaya menghasilkan 12 idea. Hasil dari ujian ini mendapati responden kelima ini dikategorikan sebagai kurang berjaya dalam menghubungkan dari satu idea ke idea yang lain. Dari aspek menyusun idea mengikut keutamaan, responden kelima didapati kurang berjaya menyusun. Responden kelima juga disifatkan juga sebagai tidak berjaya dalam menggabung dari satu idea ke idea yang lain. vi.
Responden Keenam 171
Tema sumbang saran individu untuk responden keenam adalah perayaan Tahun Baharu Cina. Responden enam berjaya menjana sebanyak 41 idea dalam tempoh yang diberikan. Jumlah idea ini berkurangan kepada 34 idea setelah melalui proses mengkategorikan idea dan sesi kritik. Kebanyakan idea yang dihasilkan ini berpandukan kepada kategori yang disediakan. Idea dari kategori pakaian, warna, buahbuahan adalah yang paling banyak dihasilkan. Dari aspek kreativiti penghasilan idea yang unik pula, responden keenam berjaya menghasilkan 14 idea. Hasil keputusan ujian mendapati responden keenam berjaya dalam menghubung kait antara satu idea ke idea yang lain. Dari aspek menyusun idea mengikut keutamaan, responden keenam juga diklasifikasikan sebagai sederhana berjaya. Hasil keputusan ujian ini juga mendapati responden keenam sederhana berjaya menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain. vii.
Responden Ketujuh Tema sumbang saran individu untuk responden ketujuh adalah perayaan
Deepavali. Responden ketujuh menghasilkan sebanyak 33 idea semasa sesi penyenaraian idea. Jumlah idea ini berkurangan kepada 26 idea selepas proses mengkategorikan idea dan sesi kritik. Kebanyakan idea ini bersumberkan kepada pakaian, warna dan pelita. Dari aspek kreativiti penghasilan idea yang unik pula, responden ketujuh berjaya menghasilkan 16 idea Responden ketujuh didapati kurang berjaya dalam menghubung kait antara satu idea ke idea yang lain. Hasil keputusan ujian ini juga mendapati responden ketujuh kurang berjaya untuk menyusun idea mengikut keutamaan tema di samping tidak berjaya dalam menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain. viii.
Responden Kelapan Tema sumbang saran individu untuk responden kelapan juga khusus perayaan
Deepavali. Responden kelapan menghasilkan 30 idea semasa awal sesi dalam masa sepuluh minit. Idea beliau ini kemudiannya melalui proses mengkategorikan idea dan 172
sesi kritik yang mengurangkan jumlah idea dari 30 ke 24 idea. Dari aspek kreativiti penghasilan idea yang unik pula, responden kelapan berjaya menghasilkan 12 idea. Hasil dari ujian kreativiti kitaran satu ini, responden kelapan didapati kurang berjaya dalam menghubungkan dari satu idea ke idea yang lain. Dari aspek memberi keutamaan idea, responden kelapan didapati juga kurang berjaya dalam menyusukan idea mengikut keutamaan. Di samping itu juga, hasil ujian kreativiti menjana idea kitaran satu ini juga mendapati responden kelapan kurang berjaya menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain mengikut kerelevanan dan logik tema projek. 4.12.3 Analisis Nota Lapangan Kitaran Satu Penyelidik menggunakan nota lapangan bagi merekodkan aktiviti yang berlaku semasa tutorial dan latihan teknik sumbang saran individu. Berbeza dengan senarai semak, nota lapangan ini tidak mengkhususkan atribut tertentu untuk diperhatikan, malah proses pemerhatian ini bersifat eksplorasi dan tidak berstruktur bagi merekodkan fenomena baharu yang mungkin berlaku semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Penemuan kepada isu baharu ini dinamakan ‘isu baharu muncul’ (emerging issue). Isu baharu muncul terbentuk melalui proses penyelidikan bersifat induktif yang juga merupakan salah satu terma terpenting di dalam penyelidikan kualitatif. Penyelidik juga mendapati salah satu kelebihan pemerhatian turut serta ini adalah responden tidak berasa kekok apabila penyelidik turut serta dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya aktiviti latihan teknik sumbang saran individu yang dijalankan. Ini membolehkan komunikasi dua hala di antara penyelidik dan responden berlaku dalam situasi santai. Maklum balas dan jawapan yang diberikan oleh responden juga lebih terbuka dan jujur. Pada kitaran satu ini penyelidik mendapati kajian tindakan kelas mempunyai satu kelebihan iaitu kawalan ke atas responden. Maksudnya di sini, responden yang juga merupakan pelajar patuh kepada arahan yang diberikan dan mereka bersedia menerima 173
arahan seterusnya. Oleh yang demikian, perancangan dan pelaksanaan strategi sumbang saran individu dapat berjalan dengan baik. Semasa sesi tutorial, kebanyakan responden dilihat masih bersikap tunggu dan lihat sambil menantikan arahan seterusnya dari penyelidik. Oleh kerana terdapat tiga kumpulan yang telah dibahagikan, sesi tutorial juga dijalankan secara perbincangan berkumpulan. Melalui perbincangan kumpulan ini, responden dilihat sudah mula berkomunikasi sesama rakan kumpulan. Kaedah perbincangan kumpulan semasa sesi tutorial ini diteruskan pada dua kumpulan yang lain. Hasil dari kaedah perbincangan ini, penyelidik cuba merumuskan kaedah perbincangan berkumpulan dapat mengatasi masalah komunikasi antara responden. Melalui pemerhatian ini juga, penyelidik mendapati terdapat responden yang agak pendiam dan kurang berbincang. Ini mungkin kerana mereka masih belum dapat membiasakan diri dengan tempat, suasana dan ahli dalam kumpulan. Kumpulan A yang bertemakan perayaan Hari Raya Aidil Fitri dilihat rancak berbincang berbanding kumpulan B dan C. 4.13
Refleksi Ke Atas Tindakan Kitaran Satu Refleksi terhadap tindakan kitaran satu ini dibantu oleh dua instrumen utama
iaitu pemerhatian peserta dan ujian kreativiti pelajar kitaran satu. Melalui pemerhatian peserta ini, penyelidik menggunakan nota lapangan bagi mencatat perkara yang berlaku semasa proses pengajaran, pembelajaran dan ujian kreativiti pelajar. Refleksi dilakukan ke atas tiga perkara iaitu : i.
Kelebihan/kekurangan teknik sumbang saran individu di peringkat tema
ii.
Pencapaian responden dalam ujian kreativiti menjana idea kitaran satu
iii.
Maklum balas responden terhadap teknik sumbang saran individu
174
4.13.1 Refleksi Ke Atas Strategi Sumbang Saran Individu Tindakan membuat penambahbaikan ke atas kandungan silibus eksplorasi penyelidikan reka bentuk tekstil ini membuka ruang bagi pengaplikasian strategi yang dirancang seterusnya dilaksanakan bagi menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi. Walau bagaimanapun penambahbaikan ke atas silibus ini tidak menjejaskan kandungan silibus asal kerana strategi yang diaplikasikan tersebut digunakan sebagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran di dalam studio. Pelaksanaan strategi dilaksanakan mengikut keperluan pengajaran yang dirancang. Oleh yang demikian, kursus eksplorasi reka bentuk ini sedang melalui proses pembaharuan dan penambahbaikan melalui pendekatan yang dilaksanakan. Percubaan pertama ke atas strategi mendapat respons yang baik dari responden. Ini berikutan panduan kategori berstruktur yang telah ditetapkan seterusnya penumpuan dalam penjanaan idea lebih terarah kepada objektif mengikut klasifikasi. Penetapan menjana idea melalui kategori berstruktur ini perlu diperkembangkan lagi kepada beberapa sub-kategori yang lebih terperinci. Dari aspek masa dalam proses sumbang saran juga perlu dibuat eksperimen untuk menentukan kuantiti idea yang dihasilkan. Oleh yang demikian, penyelidik mengambil keputusan untuk meneruskan lagi strategi sumbang saran kategori berstruktur pada perancangan pengajaran dan pembelajaran pada minggu-minggu yang seterusnya. Penyelidik merumuskan satu kaedah penjanaan idea yang berkesan adalah dengan berpandukan kepada struktur serta masa yang mencukupi. 4.13.2 Refleksi Ke Atas Ujian Kreativiti Menjana Idea Kitaran Satu Pada ujian kreativiti kitaran satu ini, penyelidik menggunakan format yang sama dengan ujian diagnostik. Perbezaannya terletak pada strategi sumbang saran individu yang dijalankan bagi melihat perubahan yang berlaku hasil dari perancangan dan 175
tindakan yang diambil. Ujian ini juga dijadikan sebagai instrumen pengumpulan data bagi menjawab kepada persoalan kajian satu dan dua. Keputusan ujian mendapati terdapat sedikit peningkatan kuantiti dan kualiti idea yang dihasilkan oleh responden berbanding dengan keputusan ujian diagnostik menjana idea yang terdahulu. Penyelidik juga mendapati kefahaman terhadap tema juga merupakan faktor penyumbang bagi kuantiti idea yang dihasilkan. Kenyataan ini adalah berdasarkan kepada tiga kategori tema yang telah ditetapkan. Tiga responden yang bertemakan perayaan Hari Raya Aidil Fitri dilihat dapat menghasilkan idea dalam kuantiti yang banyak jika dibandingkan dengan tema perayaan yang lain. Tiga responden ini mempunyai satu kelebihan kerana mempunyai pengetahuan pra dan pengalaman terhadap tema tersebut. Bagi tema perayaan Tahun Baharu Cina pula, tiga responden dapat menghasilkan idea dalam kuantiti yang sederhana, walau bagaimanapun kuantiti idea yang dihasilkan pada ujian ini jauh lebih banyak dari ujian diagnostik yang terdahulu. Ini disebabkan kekurangan sumber idea dan pengalaman bagi perayaan yang bukan disambut oleh mereka. Begitu juga dengan tema perayaan Deepavali. Kuantiti idea yang dihasilkan juga pada tahap sederhana. Oleh itu, penyelidik merumuskan dengan adanya pengetahuan dan pengalaman tentang sesuatu tema akan mempengaruhi kuantiti idea yang dihasilkan. Bagi kualiti idea yang dihasilkan pula, penyelidik mendapati idea yang dihasilkan ini masih di tahap sederhana. Kebanyakan idea yang dihasilkan adalah melalui kategori yang ditetapkan. Untuk tema perayaan Hari Raya Aidil Fitri, idea yang biasa dihasilkan berbentuk makanan dan minuman dan pakaian. Ke tiga-tiga responden dilihat tidak berani untuk menyenaraikan idea selain daripada kategori yang ditetapkan. Responden juga masih dilihat tidak dapat menguasai kemahiran menghalusi idea walaupun latihan telah diberikan sebelum ujian ini. 176
Untuk perayaan Tahun Baharu Cina pula, penyelidik mendapati responden dalam kumpulan ini juga masih menghasilkan idea mengikut kategori yang ditetapkan. Idea dari kategori makanan dan minuman serta pakaian merupakan idea yang paling biasa dihasilkan. Dari aspek kualiti, idea ini dilihat sebagai sederhana. Begitu juga dengan tema perayaan Deepavali yang menyaksikan kualiti idea di tahap sederhana. Kebanyakan kategori idea juga sama seperti tema Tahun Baharu Cina di antaranya adalah makanan, minuman dan pakaian. Penyelidik mendapati strategi ini masih terdapat kekurangan dari segi perancangan dan pelaksanaan. Dengan menetapkan kategori sebagai panduan untuk menjana idea ternyata menjadikan responden terikat dengan kerangka kategori tanpa berani untuk berfikir di luar kerangka yang ditetapkan. Walaupun strategi ini menunjukkan terdapat perubahan dari aspek kuantiti dan kualiti, namun masih tidak mencapai tahap yang diharapkan kerana dua sebab. Sebab yang pertama ialah kefahaman tentang sesuatu tema dan ke dua ialah ketidakbolehan responden dalam menguasai kemahiran rasionalisasi terhadap idea yang dihasilkan. Oleh yang demikian, penyelidik merumuskan satu kaedah yang efektif dalam menjana idea adalah dengan memberikan pendedahan yang mendalam terhadap sesuatu tema dan menyediakan latihan intensif kepada responden untuk menguasai kemahiran rasionalisasi terhadap idea yang dihasilkan. Selain dari itu, kategori idea yang ditetapkan perlu diperluaskan bagi membantu responden berfikir secara terbuka tanpa dikongkong oleh kategori yang ditetapkan. 4.14
Kelebihan Teknik Sumbang Saran Individu Oleh kerana modus operandi peringkat tema ini memerlukan lapan puluh peratus
kemahiran kognitif, teknik sumbang saran individu ini dilihat sebagai rangsangan teknik berfikir berstruktur. Penyelidik mendapati teknik sumbang saran ini berjaya membantu 177
responden menjana idea asli, iaitu idea responden itu sendiri tanpa dipengaruhi oleh idea responden lain. Keaslian idea juga dikategorikan juga sebagai salah satu objektif kursus Reka Bentuk Tekstil. Sumbang saran individu ini bersifat percambahan idea melalui idea yang sedia ada. Keupayaan responden untuk mencambahkan idea pula bergantung kepada beberapa faktor seperti pengetahuan pra, pengalaman, sumber rujukan dan kategori idea. Penyelidik juga mendapati responden dapat mengembangkan idea kepada beberapa rangkaian idea yang lain dengan bantuan kategori idea yang disediakan. Seterusnya, teknik sumbang saran individu ini tidak terikat dengan masa yang ditetapkan. Oleh itu, responden boleh mempraktikkan teknik ini di mana sahaja. Tahap kreativiti seseorang berbeza mengikut masa samada pagi, petang, malam atau semasa aktiviti santai, melancong, menonton wayang dan sebagainya. Responden juga dilihat berani menjana idea tanpa berasa malu kerana teknik ini dilakukan secara individu. Penyediaan kategori idea juga dilihat sebagai faktor penyumbang kepada keberkesanan teknik ini, walau bagaimanapun terdapat beberapa kelemahan pada teknik sumbang saran individu yang membentuk gaya pembelajaran individualistik yang kurang menggunakan komunikasi di antara mereka. Sesungguhnya terdapat perbezaan jumlah idea yang dihasilkan pada sesi ujian diagnostik dan ujian kreativiti menjana idea satu. Ini membuktikan pengaplikasian teknik sumbang saran menyumbang kepada kuantiti idea yang dihasilkan. 4.15
Maklum Balas Responden Terhadap Teknik Sumbang Saran Individu Maklum balas responden ini adalah hasil dari analisis temu bual kumpulan fokus
yang telah dijalankan. Maklumat yang diperoleh dari responden (pelajar) ini telah ditafsir dan disintesiskan menjadi satu fakta naratif terhadap teknik dan intervensi yang diperkenalkan. Sumbang saran individu merupakan proses kreatif individu menjana idea secara perseorangan tanpa melibatkan pengaruh dari responden lain. Proses kognitif 178
yang berlaku semasa aktiviti ini adalah stimulasi aktiviti mental aras tinggi iaitu proses sintesis pengetahuan pra, bahan rujukan dan kategori idea yang telah disediakan. Pengetahuan pra dan bahan rujukan seperti bahan cetak, elektronik dan sumber maklumat dari Internet berperanan sebagai stimulasi kepada inspirasi tema, manakala pengkategorian idea berperanan sebagai pencetus kepada idea baharu. Oleh yang demikian, percambahan idea baharu terhasil dari aktiviti berfikir secara berstruktur dan sistematik melalui pengkategorian idea yang sedia ada. Kemahiran mensintesiskan tiga atribut ini dikategorikan sebagai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) memerlukan latihan yang intensif melalui aktiviti khusus kemahiran kognitif seperti sumbang saran ini. Penyelidik mendapat maklum balas dari responden yang mengatakan teknik penjanaan idea melalui sumbang saran individu ini memberikan mereka kebebasan menjana idea tanpa terikat dengan masa yang khusus, namun setiap responden mempunyai tahap kreativiti yang berbeza bergantung kepada pengetahuan pra, pengalaman serta dan input yang diterima. Latihan merupakan isu utama dalam teknik sumbang saran ini kerana belum pernah dipraktikkan ke dalam proses penjanaan idea dan penyelesaian masalah. 4.16
Masalah Yang Dikenal Pasti Kitaran Satu Proses ini merupakan gabungan analisis dan refleksi ke atas tindakan yang
dijalankan. Masalah yang dikenal pasti ini dapat dikategorikan seperti berikut: 4.16.1 Kelemahan Kemahiran Berfikir Secara Kritis Perancangan dan pelaksanaan strategi pengajaran dan pembelajaran meta kognitif yang dilaksanakan pada kitaran satu dilihat masih belum menampakkan hasil yang positif berdasarkan refleksi yang dilaksanakan. Responden masih belum sepenuhnya dapat menghalusi idea yang dijanakan seperti membeza, mengkategori, menganalisis, menghubung dan mengutamakan idea. Proses ini memerlukan keupayaan berfikir secara kritis. Di dalam pedagogi, berfikir secara kritis ini merupakan salah satu 179
cabang meta kognitif yang menuntut rasionalisasi terhadap sesuatu perkara. Oleh yang demikian, penyelidik membuat perancangan bagi mengatasi masalah ini. 4.16.2 Kuantiti Idea Seperti yang telah dibincangkan, kuantiti idea melalui kaedah sumbang saran individu ini masih di tahap sederhana. Walaupun strategi sumbang saran individu berkategori dapat membantu dalam proses penjanaan idea, dari aspek teknikal, strategi ini masih bersifat individu yang terbatas keupayaannya. Hasil dari keputusan ujian kreativiti menjana idea kitaran satu mendapati empat faktor yang mempengaruhi kuantiti idea yang dihasilkan. Faktor yang pertama adalah kekurangan sumber rujukan terhadap tema kajian. Ini adalah kerana responden hanya menggunakan pengetahuan pra serta pengalaman mereka dalam menjana idea. Responden yang mempunyai pengetahuan pra serta pengalaman terhadap sesuatu perkara dapat menghasilkan kuantiti idea yang banyak. Faktor yang ke dua pula adalah kekurangan latihan sumbang saran semasa sesi tutorial. Ini menyebabkan responden tidak dapat mempraktikkan kaedah ini secara maksimum. Faktor yang ke tiga berkenaan dengan kategori idea yang agak kaku. Kategori ini perlu diperkembangkan lagi bagi membuka minda responden untuk meneroka kemungkinan yang tidak dijangkau oleh fikiran. Faktor yang ke empat pula berkenaan dengan masa yang ditetapkan semasa menjana idea. Dari maklum balas yang diterima, responden memerlukan tambahan masa semasa menjana idea. 4.16.3 Kualiti idea Kualiti idea ditentukan oleh idea terbaik yang relevan dengan tema. Untuk menghasilkan idea yang berkualiti, responden perlu mempunyai kemahiran menghalusi idea (kreativiti). Kemahiran inilah yang memerlukan pemikiran konvergen serta kritis untuk tujuan membeza, mengkategori, menganalisis, menghubung dan mengutamakan idea. Melalui pemerhatian serta keputusan ujian kreativiti menjana idea kitaran satu, 180
penyelidik mendapati responden masih belum boleh menguasai kemahiran ini. Pemikiran konvergen serta kritis perlu diberi penekanan intensif melalui latihan-latihan yang kerap.
181
4.17
Kitaran Tindakan Dua
Tema Penyelidikan (bahan kajian)
Penyelidikan Visual (rekod foto, lakaran, lukisan, eksperimentasi )
Masalah/Isu
Ujian Kreativiti Kitaran 2 Nota Lapangan Senarai Semak
Cadangan Reka bentuk (aplikasi cadangan reka bentuk 2 dan 3 dimensi)
Kemahiran Kognitif
Pelan Tindakan (Perancangan)
Penghasilan Idea Masih Dalam Kuantiti Kecil Penghasilan Idea Masih Tidak Berkualiti
Analisis Data
Pengembangan Idea (modifikasi, simplifikasi, skema warna, susun atur, cadangan reka bentuk)
Sumbang Saran Berkumpulan Pembelajaran Pengkategorian Idea
Kemahiran Kognitif 80% Kemahiran Psikomotor 20%
Instrumen Pemerolehan Data
Kemahiran Psikomotor
Ujian Kreativiti Penjanaan Idea Pemerhatian Turut Serta (Nota Lapangan) Pemerhatian Tidak Turut Serta (Senarai Semak) Foto/Video Aktiviti Studio
Kemahiran Teknologi Maklumat Mendapatkan Sumber Rujukan SS Berkumpulan bertindak sebagai penambahbaikan kepada SS Individu
Refleksi Kepada Tindakan Kelebihan/Kekurangan Sumbang Saran Berkumpulan Di Peringkat Tema penyelidikan (bahan kajian) Pencapaian Responden Menjana/Menghalusi Idea Adaptasi/Respons Responden terhadap strategi yang dijalankan (Afektif)
Mengenal pasti Semula Masalah/Isu
Rajah 4.6: Carta Alir Proses Tindakan Satu Kitaran Dua. Kitaran tindakan satu memperlihatkan masalah yang masih wujud selepas strategi kitaran satu dijalankan. Fokus utama yang perlu diberi perhatian adalah penambahbaikan dan pengubahsuaian strategi intervensi bagi mendapatkan hasil yang diharapkan pada kitaran tindakan dua ini. Oleh yang demikian, penyelidik telah merancang intervensi ke dua dalam kitaran tindakan dua ini. Berikut merupakan carta alir perancangan dan pelaksanaan intervensi seterusnya. 182
MENGENAL PASTI MASAALAH
MERANCANG TINDAKAN
UJIAN KEBOLEHAN KOGNITIF SUMBANG SARAN BERKUMPULAN
12 MINIT MASA UJIAN (PEMERHATIAN)
MENGAMBIL KEPUTUSAN
12 MINIT MASA MENGHALUSI IDEA
Proses Tindakan Strategi Intervensi
Sesi Latihan/Aktiviti
MENGAJAR PENJANAAN / MENGHALUSI IDEA METAKOGNITIF
3 KALI LATIHAN
MENGAJAR KONSEP/ PRAKTIK SUMBANG SARAN BERKUMPULAN
LATIHAN TEKNIK SUMBANG SARAN BERKUMPULAN
20 MINIT MASA LATIHAN
MENGUMPUL KEPUTUSAN
MENGANALISA KEPUTUSAN (PEMERHATIAN)
MEMBUAT REFLEKSI KE ATAS TINDAKAN
Rajah 4.7: Carta Alir Strategi Sumbang Saran Berkumpulan Kitaran Dua. Kitaran tindakan dua dimulakan selepas mengenal pasti masalah kitaran tindakan satu. Penyelidik telah membuat beberapa langkah bagi menyelesaikan masalah dengan perancangan seperti berikut: 4.18
Merancang tindakan Perancangan kepada tindakan ini merujuk kepada permasalahan kitaran tindakan
satu yang telah dijalankan. Penyelidik merancang dengan melakukan pengubahsuaian dan penambahbaikan strategi yang sedia ada. Perancangan ini juga hasil dari perbincangan dengan pensyarah kursus reka bentuk tekstil. Oleh yang demikian, setiap perancangan dan tindakan yang dijalankan adalah di bawah pengetahuan pensyarah kursus. Ini bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan berada pada landasan yang betul. Perancangan ini juga telah mengambil kira beberapa maklum balas dari responden selain dari refleksi penyelidik sendiri. 4.18.1 Sumbang Saran Berkumpulan Sumbang saran berkumpulan merupakan proses kreatif untuk menjana idea serta penyelesaian melalui perbincangan intensif dan bebas secara berkumpulan. Setiap 183
peserta adalah digalakkan untuk berfikir dengan bebas dan mencadangkan idea sebanyak yang mungkin, aneh atau pelik. Selain dari itu, tujuan sumbang saran berkumpulan adalah untuk memanfaatkan pemikiran kolektif dalam kumpulan secara dengan penglibatan peserta antara satu sama lain, mendengar, membina seterusnya memperkembangkan idea lain. Objektif: Memastikan idea dapat dijanakan dalam kuantiti yang besar melalui pengkategorian idea dan kerjasama dalam kumpulan. Strategi ini merupakan satu usaha penambahbaikan dari strategi sumbang saran individu yang telah dijalankan. Oleh sebab strategi sumbang saran individu kurang menjana hasil yang diharapkan, penyelidik mengubah kepada kaedah sumbang saran berkumpulan bagi mendapatkan hasil yang lebih baik. Berdasarkan permasalahan yang dikenal pasti di peringkat kitaran tindakan satu, penyelidik mendapati bekerja secara individu tidak dapat meningkatkan produktiviti penghasilan idea. Oleh yang demikian, responden diperkenalkan dengan teknik sumbang saran berkumpulan. Perancangan strategi sumbang saran berkumpulan ini mempunyai persamaan dengan strategi sumbang saran individu. Bezanya di sini adalah aktiviti dijalankan secara berkumpulan. Bagi membolehkan responden menjana idea dalam kuantiti yang besar, penyelidik masih mengekalkan tiga kumpulan yang telah dibentuk di dalam strategi pengajaran dan pembelajaran meta kognitif. Strategi ini menekankan kerja sama responden dalam kumpulan bagi mengumpulkan seberapa banyak idea atau maklumat berkaitan dengan kategori idea yang disediakan seperti berikut:
i. Makanan dan minuman ii. Pakaian iii. Identiti kaum iv. Perasaan 184
v. Elemen warna, bentuk, tekstur vi. Seni bina Senarai ini adalah sama seperti di dalam strategi sumbang saran individu. Perbezaannya terletak pada pelaksanaan yang dijalankan secara berkumpulan. Objektifnya masih sama iaitu bertujuan untuk menstruktur pola pemikiran dalam membantu responden menjana idea dalam kerangka kategori yang disediakan. Oleh yang demikian, responden dapat menjana sesuatu idea itu dalam perspektif yang lebih luas. Pelaksanaan ujian kreativiti menjana idea penjanaan idea ini dijalankan sebaik sahaja responden memahami konsep sumbang saran berkumpulan. Penyelidik juga telah membuat garis panduan berkenaan sumbang saran berkumpulan ini seperti: a. Keutamaan penjanaan idea melalui kuantiti yang dihasilkan b. Penjanaan idea mengikut panduan kategori c. Setiap responden perlu bekerjasama menyumbang idea d. Idea hendaklah dibangunkan melalui idea yang telah terbentuk e. Tidak dibenarkan membuat kritikan tentang idea yang dijana. Strategi ini juga menekankan kepada kemahiran menghalusi idea walaupun telah diaplikasikan ke dalam strategi meta kognitif. Responden dilatih menguasai kemahiran menghalusi idea dalam masa yang diperuntukkan iaitu selama sepuluh minit. Sebaik sahaja proses menjana idea selesai, responden diberikan masa selama sepuluh minit lagi untuk menghalusi idea. Kaedah menghalusi idea ini telah diajar mengikut kaedah meta kognitif. Oleh yang demikian, strategi sumbang saran individu ini merangkumi dua komponen utama iaitu menjana dan menghalusi idea. Strategi ini diaplikasikan sebelum ujian kreativiti menjana idea penjanaan idea dijalankan sebagai latihan intensif. Penyelidik meletakkan sasaran kuantiti 100 idea bagi setiap kumpulan dan 60 idea setelah melalui proses menghalusi idea. 185
4.18.2 Ujian Kreativiti Menjana Idea Kitaran Dua Strategi sumbang saran individu yang telah dilaksanakan pada kitaran satu dilihat terdapat kelemahan dari aspek penghasilan idea. Aktiviti yang dijalankan secara individu ternyata tidak dapat memenuhi objektif seperti yang diharapkan. Oleh yang demikian, penyelidik menjalankan ujian kreativiti menjana idea untuk kali yang ke dua. Pada kitaran dua ini, ujian kreativiti menjana dan menghalusi idea ini dilakukan secara berkumpulan. Format ujian ini adalah sama seperti ujian kreativiti menjana idea ujian kreativiti menjana idea kitaran satu. (sila rujuk lampiran). Perbezaannya di sini adalah intervensi yang dilakukan sebelum ujian. Ujian dimulakan pada minggu ke tiga. Pada ujian kali ini, responden dikehendaki untuk duduk secara berkumpulan seperti yang telah ditetapkan. Responden dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu A, B dan C. Setiap kumpulan terdiri dari tiga responden. Tujuan pembentukan kumpulan ini adalah untuk pengagihan tema ujian yang berbeza. Responden dibenarkan berbincang sesama sendiri. Peralatan alat tulis yang diperlukan adalah sehelai kertas bersaiz A1 dan pena marker tiga warna. Setiap responden di dalam kumpulan dibekalkan sebatang pena marker yang berlainan warna. Warna yang digunakan ialah merah, biru dan hijau. Objektif penggunaan pena marker yang berlainan warna ini ialah untuk memudahkan penilaian hasil kerja individu. Selain dari itu, penggunaan pena marker berlainan warna ini dapat mengelakkan responden pasif yang kurang menyumbangkan idea. Kertas bersaiz A1 tersebut dilekatkan ke atas dinding bagi memudahkan ahli kumpulan melihat dan menyenaraikan idea. Berbeza dari tema pada kitaran 1, ujian pada kitaran 2 ini agak berbeza kerana setiap kumpulan diberikan tema perayaan yang berbeza dari tema ujian kitaran satu. Responden dari kumpulan A pula diberikan tema
186
perayaan Hari Raya Aidil Fitri, kumpulan B tema perayaan Deepavali dan kumpulan C tema perayaan Tahun Baharu Cina. Soalan ujian dan juga soalan sumbang saran “Apakah imej-imej yang dapat menggambarkan suasana perayaan”? Responden perlu menyenaraikan seberapa banyak idea yang relevan dengan tema yang kemudiannya ditulis di atas kertas. Dengan berpandukan kepada strategi sumbang saran individu yang telah diajar, responden boleh merujuk kepada panduan kategori seperti berikut: i. Makanan dan minuman ii. Pakaian iii. Identiti kaum iv. Perasaan v. Nilai masyarakat vi. Simbol vii. Filem/Muzik viii. Elemen warna, bentuk, tekstur ix. Seni bina Penyelidik memperuntukkan tambahan masa dari sepuluh ke dua belas minit. Dalam masa dua belas minit ini penyelidik mencatat nota lapangan berkenaan reaksi responden menjana idea secara berkumpulan. Setelah masa menjana idea tamat, responden diberikan masa dua belas minit lagi untuk menghalusi idea yang telah dihasilkan. Kaedah menghalusi idea ini telah diajar di dalam strategi meta kognitif dan sumbang saran individu. Dalam masa ini juga penyelidik mencatat nota lapangan reaksi responden menghalusi idea. Setelah masa yang diberikan tamat, penyelidik meminta setiap kumpulan menyerahkan hasil penyenaraian yang telah dihasilkan. Seterusnya penyelidik meminta setiap kumpulan membentangkan hasil penyenaraian idea yang dibuat secara berkumpulan. Setiap ahli dalam kumpulan telah 187
diberikan tugasan membentang hasil kerja secara adil dan saksama. Setiap ahli dalam kumpulan juga diminta untuk menerangkan rasional setiap idea yang disenaraikan, dan menyingkirkan idea yang tidak relevan dengan tema projek. Proses ini dibantu oleh responden dari kumpulan yang lain dengan membuat kritikan membina terhadap kewajaran sesuatu idea yang boleh diterima dan disingkirkan. Keputusan ujian ini diterangkan di dalam laporan keputusan ujian kreativiti menjana idea kitaran dua. 4.19
Analisis Tindakan Kitaran Dua Seperti yang telah diterangkan di kitaran tindakan satu, penyelidik menggunakan
dua instrumen bagi tujuan pengumpulan data ini. Instrumen yang pertama adalah melalui pemerhatian peserta dan bukan peserta dan yang ke dua adalah melalui ujian kreativiti menjana idea. Instrumen pemerhatian peserta dan bukan peserta ini menggunakan nota lapangan yang dicatat sendiri oleh penyelidik semasa sesi tutorial dan ujian kreativiti menjana idea. Kaedah menganalisis tindakan yang dijalankan ini bersifat induksi analitis dan perbandingan. yang dilaksanakan dengan merujuk kepada nota lapangan dan keputusan ujian kreativiti menjana idea. Pada tindakan kitaran dua ini, kaedah analisis perbandingan ini boleh dilakukan pada ujian kreativiti menjana idea pelajar. Ini adalah kerana strategi
intervensi yang dijalankan boleh dibandingkan dengan keputusan
kitaran tindakan satu. Kaedah analisis perbandingan ini dijelaskan di dalam kitaran dua seperti berikut. 4.19.1 Analisis Strategi Sumbang Saran Berkumpulan Strategi ini merupakan penambahbaikan yang diaplikasikan bagi membantu responden menjana idea secara berkumpulan. Idea dapat dikembangkan melalui idea yang dihasilkan sebelumnya. Dengan berbantukan kategori idea serta garis panduan yang disediakan, setiap kumpulan dapat melaksanakan tugasan dengan efisien. Ini 188
adalah kerana banyak idea terhasil melalui perbincangan kumpulan. Faktor yang mempengaruhi keberkesanan strategi ini di dalam kelas adalah terbahagi kepada tiga, iaitu: i.
Penyediaan kategori idea berstruktur
ii.
Garis panduan sumbang saran berkumpulan
iii.
Perbincangan di dalam kumpulan Penyediaan kategori idea berstruktur banyak membantu responden di dalam
kumpulan berfikir dengan lebih terarah lantas dapat menghasilkan idea berdasarkan bantuan kategori yang disediakan. Garis panduan aktiviti sumbang saran berkumpulan yang mengutamakan kuantiti dari kualiti idea sangat membantu responden menjana idea tanpa perlu memikirkan salah atau betulnya idea tersebut. Kelebihan yang terdapat pada strategi ini ialah perkembangan dari satu idea ke idea yang lain berdasarkan kerjasama responden menyumbang idea di dalam kumpulan. Dari aspek masa yang ditetapkan, penambahan masa dari sepuluh ke dua belas minit dilihat masih tidak dapat memuaskan hati responden. Pada mereka, masa dua belas minit ini tidak jauh bezanya dengan strategi sumbang saran individu yang telah dijalankan. Mereka memerlukan perlanjutan masa sekurang-kurangnya 15 minit. Seperti yang pernah penyelidik bincangkan sebelum ini, masa merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kuantiti idea yang dihasilkan tetapi, mengikut konsep sumbang saran, masa yang diambil terlalu lama mengurangkan fungsi kognitif seseorang kerana setiap kreativiti memerlukan dorongan dan tekanan untuk mencapai sesuatu matlamat. Strategi ini dilihat jauh lebih berkesan dari strategi sumbang saran individu kitaran satu. Namun begitu, strategi sumbang saran berkumpulan ini juga mempunyai beberapa kelemahan. Antara kelemahan-kelemahan yang dapat dilihat ialah semasa penjanaan idea dijalankan, terdapat beberapa responden pasif yang kurang
189
menyumbang idea kerana terlalu bergantung dan banyak mengharapkan idea dari rakan kumpulan. 4.19.2 Analisis Keputusan Ujian Kreativiti Menjana Idea Kitaran Dua i.
Responden Pertama (Kumpulan A) Tema sumbang saran berkumpulan untuk responden pertama adalah perayaan
Tahun Baharu Cina. Responden pertama berjaya menjana sebanyak 35 idea dalam masa dua belas minit. Jumlah idea selepas sesi kritik adalah berjumlah 29 idea. Kebanyakan penghasilan idea ini merujuk kepada kategori yang diberikan. Kategori makanan dan pakaian merupakan idea yang paling banyak dihasilkan. Hasil ujian juga mendapati responden pertama berjaya mengaitkan antara satu idea ke idea yang lain. Responden pertama juga berjaya menyusun idea mengikut keutamaan. Kebolehan responden pertama untuk menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain juga didapati menunjukkan peningkatan dan beliau berjaya menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain. ii.
Responden Kedua (Kumpulan A) Tema sumbang saran berkumpulan untuk responden kedua adalah perayaan
Tahun Baharu Cina. Responden kedua berjaya menjana sebanyak 32 idea dalam masa yang ditetapkan iaitu 12 minit. Semasa proses menghalusi idea, responden kedua berjaya mengekalkan idea beliau kepada 28 idea. Kebanyakan penghasilan idea ini merujuk kepada kategori yang diberikan. Kategori makanan, pakaian dan warna merupakan idea yang paling banyak dihasilkan Hasil dari ujian ini mendapati responden kedua ini menunjukkan peningkatan kerana berjaya dalam menghubungkan dari satu idea ke idea yang lain. Bagi penyusunan idea mengikut keutamaan, ujian mendapati responden kedua menunjukkan peningkatan berjaya menghubung. Selain dari itu,
190
responden kedua juga didapati sederhana berjaya menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain. iii.
Responden Ketiga (Kumpulan A) Tema sumbang saran berkumpulan untuk responden ketiga adalah perayaan
Tahun Baharu Cina. Responden ketiga menjana sebanyak 31 idea yang berkaitan dengan tema. Masa yang diberikan juga dua belas minit. Proses menghalusi idea dilihat sebagai satu proses yang agak mencabar di mana responden ketiga dapat mengekalkan hanya 29 idea yang relevan dari jumlah idea asal sebanyak 38 idea. Kebanyakan idea yang dihasilkan melalui kategori pakaian, simbol dan warna. Hasil dari ujian ini mendapati responden ketiga ini dikategorikan sebagai sederhana berjaya dalam menghubungkan dari satu idea ke idea yang lain. Walau bagaimanapun responden ketiga ini menunjukkan sedikit peningkatan sederhana berjaya dalam menyusun idea mengikut keutamaan di samping tidak berjaya menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain. iv.
Responden Keempat (Kumpulan B) Tema sumbang saran berkumpulan untuk responden keempat adalah perayaan
Deepavali. Responden empat berjaya menghasilkan 30 idea yang berkaitan dengan tema dalam masa dua belas minit. Jumlah idea ini berkurangan menjadi 22 setelah melalui proses menghalusi idea. Kebanyakan idea ini terhasil dari kategori warna, pakaian dan makanan. Responden keempat ini juga dikategorikan sebagai berjaya dalam menghubungkan dari satu idea ke idea yang lain. Keputusan ujian kreativiti menjana idea kitaran dua ini juga mendapati terdapat sedikit peningkatan dari aspek penyusunan idea mengikut keutamaan dan responden keempat berjaya untuk menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain.
191
v.
Responden Kelima (Kumpulan B) Tema sumbang saran berkumpulan untuk responden kelima adalah perayaan
Deepavali. Di akhir ujian, responden kelima menghasilkan sebanyak 28 idea dalam tempoh masa yang diberikan. Setelah melalui proses menghalusi idea dan sesi kritik, idea yang relevan dengan tema projek adalah sebanyak 21 idea. Hasil dari ujian ini mendapati responden kelima ini dikategorikan sebagai sederhana berjaya dalam menghubungkan dari satu idea ke idea yang lain. Dari aspek menyusun idea mengikut keutamaan, responden kelima didapati berjaya menyusun. Responden kelima juga disifatkan juga sebagai sederhana berjaya dalam menggabung dari satu idea ke idea yang lain. vi.
Responden Keenam (Kumpulan B) Tema sumbang saran berkumpulan untuk responden keenam adalah perayaan
Deepavali. Responden keenam berjaya menjana sebanyak 31 idea dalam tempoh yang diberikan. Jumlah idea ini berkurangan kepada 24 idea setelah melalui proses menghalusi idea dan sesi kritik. Kebanyakan idea yang dihasilkan ini berpandukan kepada kategori yang disediakan. Idea dari kategori pakaian, warna, buah-buahan adalah yang paling banyak dihasilkan Hasil keputusan ujian mendapati responden keenam berjaya dalam menghubung kait antara satu idea ke idea yang lain. Dari aspek menyusun idea mengikut keutamaan, responden keenam juga diklasifikasikan sebagai sederhana berjaya. Hasil keputusan ujian ini juga mendapati responden keenam sederhana berjaya menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain. vii.
Responden Ketujuh (Kumpulan C) Tema sumbang saran berkumpulan untuk responden ketujuh adalah perayaan
Hari Raya Aidil Fitri. Responden ketujuh menghasilkan sebanyak 43 idea semasa sesi penyenaraian idea. Jumlah idea ini berkurangan kepada 30 idea selepas proses menghalusi idea dan sesi kritik. Kebanyakan idea ini bersumberkan kepada pakaian, 192
warna dan makanan. Responden ketujuh didapati berjaya dalam menghubung kait antara satu idea ke idea yang lain. Hasil keputusan ujian ini juga mendapati responden ketujuh berjaya untuk menyusun idea mengikut keutamaan tema di samping sederhana berjaya dalam menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain. viii.
Responden Kelapan (Kumpulan C) Tema sumbang saran berkumpulan untuk responden kelapan juga khusus
perayaan Hari Raya Aidilfitri. Responden kelapan menghasilkan 34 idea semasa awal sesi dalam masa sepuluh minit. Idea beliau ini kemudiannya melalui proses menghalusi idea dan sesi kritik yang mengurangkan jumlah idea dari 34 ke 28 idea. Hasil dari ujian kreativiti menjana idea kitaran 1 ini, responden kelapan didapati berjaya dalam menghubungkan dari satu idea ke idea yang lain. Dari aspek memberi keutamaan idea, responden kelapan didapati juga berjaya dalam menyusun idea mengikut keutamaan. Di samping itu juga, hasil ujian kreativiti menjana idea kitaran satu ini juga mendapati responden kelapan berjaya menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain mengikut kerelevanan dan logik tema projek. 4.19.3 Analisis Nota Lapangan Kitaran Dua Sesi tutorial pada kitaran dua ini berbeza dari aspek pelaksanaan. Responden dibahagikan kepada tiga kumpulan A, B dan C. Segala aktiviti dilakukan secara berkumpulan. Melalui pemerhatian yang dijalankan, penyelidik mendapati terdapat perubahan interaksi responden bersama rakan kumpulan. Sikap tunggu dan lihat responden didapati berkurangan apabila mereka mula dilihat berkomunikasi sesama rakan kumpulan. Penyelidik juga menyedari perubahan ini berpunca dari keserasian komunikasi sesama rakan senegeri. Pembahagian tiga kumpulan yang dilakukan, secara kebetulan telah meletakkan sebahagian besar responden dalam kumpulan negeri yang sama. 193
Responden yang berasal dari pantai timur iaitu Kelantan telah mendominasi dua dari tiga kumpulan. Kumpulan B dilihat lebih bermotivasi dari dua kumpulan lain walaupun bahan kajian mereka bertemakan perayaan Tahun Baharu Cina. Melalui pemerhatian ini juga, penyelidik menyedari seorang responden dari kumpulan A dan seorang responden dari kumpulan C dilihat agak pendiam. Walau bagaimanapun masih terlalu awal untuk penyelidik membuat kesimpulan mengatakan mereka ini kurang motivasi. Penyelidik mengharapkan agar dua responden ini dapat berkomunikasi dengan baik dalam kumpulan mereka. 4.20
Refleksi Ke Atas Tindakan Kitaran Dua Refleksi terhadap tindakan kitaran dua ini dibantu oleh dua instrumen utama
iaitu pemerhatian peserta dan ujian kreativiti menjana idea kitaran dua. Melalui pemerhatian peserta ini, penyelidik menggunakan nota lapangan bagi mencatat perkara yang berlaku semasa proses pengajaran, pembelajaran dan tutorial manakala senarai semak digunakan untuk pemerhatian pada ujian kreativiti menjana idea pelajar. Refleksi dilakukan ke atas tiga perkara iaitu : i. Kelebihan/kekurangan teknik sumbang saran berkumpulan di peringkat tema ii. Pencapaian responden dalam ujian kreativiti menjana idea kitaran dua iii. Maklum balas responden terhadap teknik sumbang saran individu 4.20.1 Refleksi Ke Atas Strategi Sumbang Saran Berkumpulan Pengekalan panduan kategori berstruktur, kedudukan meja serta aktiviti berkumpulan telah memberikan satu perubahan besar ke atas proses pengajaran dan pembelajaran studio. Responden sudah mula berkomunikasi dan bekerjasama dalam menjana idea mengikut kategori dan garis panduan yang ditetapkan. kuantiti idea yang dihasilkan juga meningkat. Perubahan ini dilihat jauh berbeza dari strategi sumbang 194
saran individu yang dijalankan dahulu. Namun begitu, penyelidik mendapati masih terdapat beberapa kekurangan pada strategi ini. Semasa aktiviti menjana idea dijalankan, terdapat beberapa responden kurang menyumbang idea kerana hanya mengharapkan idea dari rakan dalam kumpulan. Dari aspek masa dalam proses sumbang saran juga perlu dibuat eksperimen untuk menentukan kuantiti idea yang dihasilkan. Oleh yang demikian, penyelidik mendapati antara faktor yang menyumbang kepada keberkesanan strategi sumbang saran berkumpulan ini ialah: i.
Kategori Idea berstruktur
ii.
Latihan berterusan
iii.
Kerjasama dalam kumpulan
iv.
Tambahan masa menjana idea
4.20.2 Refleksi Ke Atas Ujian Kreativiti Menjana Idea Kitaran Dua Format ujian kreativiti menjana idea kitaran dua ini tidak berubah. Seperti yang telah dijelaskan pada refleksi kitaran tindakan satu, perbezaan ujian ini terletak pada strategi intervensi yang dijalankan bagi melihat perubahan yang berlaku hasil dari perancangan dan tindakan yang diambil. Ujian ini juga dijadikan sebagai instrumen pengumpulan data bagi menjawab kepada persoalan kajian satu dan dua. Keputusan ujian mendapati terdapat peningkatan yang drastik dari aspek kuantiti dan kualiti idea yang dihasilkan oleh responden berbanding dengan keputusan ujian kreativiti menjana idea kitaran dua. Pertukaran tema perayaan mengikut kumpulan didapati memberi kesan dari aspek kuantiti dan kualiti idea yang dihasilkan. Penyelidik mendapati kumpulan C yang bertemakan perayaan Hari Raya Aidilfitri menghasilkan kuantiti idea yang lebih banyak berbanding dua tema perayaan yang lain. Pengetahuan pra tentang tema perayaan ini memberikan kelebihan pada kumpulan ini menjana idea. Berbanding 195
dengan kumpulan A dan B, tidak dinafikan, kuantiti idea pada ujian ini meningkat, tetapi penyelidik mendapati kekurangan bahan rujukan dan informasi ke atas tema perayaan Tahun Baharu Cina dan Deepavali menyebabkan usaha menjana idea amat terbatas. Responden dari kumpulan B dan C terdiri dari bangsa Melayu yang mempunyai kurang pengalaman dan maklumat tentang tema perayaan yang tidak pernah disambut oleh mereka. Peningkatan kuantiti idea yang dihasilkan ini dilihat melalui perbandingan dengan kuantiti idea dari ujian kreativiti menjana idea kitaran satu yang telah dijalankan. Ternyata strategi sumbang saran berkumpulan ini sangat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Efektif di sini membawa maksud penjimatan penggunaan masa menjana idea dan kerjasama dalam kumpulan yang dapat memaksimumkan potensi berfikir secara divergen. Namun begitu, kuantiti idea yang dihasilkan oleh setiap kumpulan masih belum mencapai kuantiti yang disasarkan. Seperti yang tertera pada perancangan strategi sumbang saran berkumpulan, penyelidik menyasarkan sebanyak 100 idea bagi setiap kumpulan. Hakikatnya, min kuantiti idea yang dihasilkan oleh semua kumpulan adalah sejumlah 73 idea. Kualiti idea yang dihasilkan oleh responden juga mengalami peningkatan hasil dari pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran meta kognitif kitaran satu dan dua. Penerapan strategi ini membolehkan responden menghalusi idea yang dijana dengan memberi rasional kepada idea mereka. Secara tidak langsung, strategi ini melatih responden menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan konvergen. Melalui pemerhatian penyelidik, responden sudah mula menguasai kemahiran menghalusi idea ini. Ini merupakan petanda yang positif terhadap strategi yang dirancang dan dilaksanakan. Usaha ini sememangnya perlu diteruskan untuk sesi studio yang berikutnya. Keberkesanan strategi ini juga ditentukan oleh faktor seperti berikut:
196
i. Latihan berterusan ii. Kategori Idea berstruktur iii. Kerjasama dalam kumpulan iv. Tambahan masa menjana idea 4.21
Kelebihan Teknik Sumbang Saran Berkumpulan Penekanan lapan puluh peratus kemahiran kognitif pada peringkat ini telah
direalisasikan melalui teknik sumbang saran berkumpulan. Penyelidik mendapati teknik sumbang saran berkumpulan ini mempromosikan gaya pembelajaran dan kerja sama dalam kumpulan. Berbeza dengan teknik sumbang saran individu, matlamat teknik sumbang saran berkumpulan ini memfokuskan kepada kuantiti idea yang dihasilkan bersama. Hal ini dapat diperhatikan melalui jumlah idea yang dihasilkan setiap kumpulan. Dengan bantuan kategori idea yang disediakan, responden dapat memperkembang dan mencambahkan idea dengan lebih efisien. Penyediaan kategori idea juga dilihat sebagai faktor penyumbang kepada keberkesanan teknik ini, walau bagaimanapun terdapat beberapa kelemahan pada teknik sumbang saran berkumpulan iaitu perbezaan kuantiti idea yang disumbangkan oleh setiap responden adalah berbeza. Responden yang agak pendiam didapati kurang menyumbang idea manakala responden yang aktif mendominasi sesi sumbang saran berkumpulan yang dijalankan. 4.22
Maklum Balas Responden Terhadap Teknik Sumbang Saran Berkumpulan Sumbang saran berkumpulan merupakan proses kreatif menjana idea secara
berkumpulan dengan menyumbang dan memperkembangkan idea berdasarkan idea dari rakan kumpulan. Proses kognitif yang berlaku semasa aktiviti ini adalah stimulasi aktiviti mental aras tinggi iaitu proses sintesis pengetahuan pra, bahan rujukan dan 197
kategori idea yang telah disediakan. Proses sintesis ini pula dibantu oleh aktiviti penjanaan idea berkumpulan yang dilihat sebagai faktor pelengkap kepada keberkesanannya dalam meletakkan kuantiti idea sebagai keutamaan. Kebanyakan responden menganggap sumbang saran berkumpulan sebagai teknik mudah dalam menjana idea. Ini berikutan tiada kekangan dalam menyatakan idea malahan idea pelik juga diterima tanpa kritikan oleh rakan kumpulan. Oleh yang demikian, responden tidak perlu merasakan malu atau rendah diri apabila idea mereka ditolak kerana matlamat sumbang saran berkumpulan ini mengutamakan kuantiti idea yang dapat dihasilkan. 4.23
Masalah Yang Dikenal Pasti Kitaran Dua Proses ini merupakan gabungan analisis dan refleksi ke atas tindakan yang
dijalankan. Masalah yang dikenal pasti ini dapat dikategorikan seperti berikut: 4.23.1 Kuantiti Idea Walaupun keberkesanan strategi sumbang saran berkumpulan ini membuahkan hasil, namun kuantiti idea yang dihasilkan oleh setiap kumpulan masih belum mencapai kuantiti yang disasarkan. Melalui analisis dan refleksi penyelidik, hal ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut: i. Kekurangan pengetahuan khusus kepada tema kajian ii. Komitmen responden iii. Keserasian responden bersama kumpulan Kekurangan pengetahuan khusus ini disebabkan oleh pertukaran tema yang berbeza mengikut kumpulan semasa ujian kreativiti menjana idea kitaran 2 dijalankan. Responden masih menggunakan pengetahuan pra terhadap tema perayaan yang diberikan dan menjana idea mengikut apa yang diketahui mereka sahaja. Oleh yang 198
demikian, kumpulan C yang bertemakan perayaan Hari Raya Aidilfitri dilihat sebagai satu kelebihan kerana perayaan ini memang sinonim dengan pengetahuan dan pengalaman mereka. Dengan kelebihan ini, kumpulan C menjana lebih banyak idea dari dua kumpulan lain. Aktiviti di dalam kumpulan memerlukan kerjasama dan persefahaman bagi mencapai matlamat yang optimum. Walau bagaimanapun, masih terdapat sedikit kekurangan apabila aktiviti di dalam kumpulan dijalankan. Penyelidik mendapati dua orang responden yang dilihat kurang memberi komitmen menjana idea. Responden ini banyak bergantung pada idea rakan kumpulan. Besar kemungkinan faktor keserasian yang menjadikan mereka kurang memberi komitmen di dalam kumpulan. Walau bagaimanapun, hal ini melibatkan dua orang responden sahaja. 4.23.2 Kualiti idea Pelaksanaan strategi pengajaran dan pembelajaran meta kognitif satu dan dua bertujuan memupuk kemahiran responden untuk menghasilkan idea yang berkualiti serta menguji potensi individu melalui kemahiran berfikir secara kritis dan konvergen. Setelah tindakan dan analisis strategi dilaksanakan pada kitaran dua ini, penyelidik mendapati responden sudah mula menguasai kemahiran menaakul seperti membeza, mengkategori, menganalisis, menghubung dan mengutamakan idea yang dihasilkan. Namun begitu, penyelidik masih belum berpuas hati kerana jumlah idea selepas proses menghalusi idea tidak mencapai sasaran yang diharapkan. Penyelidik menganggap ini satu masalah yang boleh diatasi dengan melaksanakan latihan berterusan sehingga responden dapat memaksimumkan kemahiran kognitif ini.
199
4.24
Kitaran Tindakan Tiga
Tema Penyelidikan (bahan kajian)
Penyelidikan Visual (rekod foto, lakaran, lukisan, eksperimentasi )
Masalah/Isu
Pelan Tindakan (Perancangan)
Penghasilan Idea Masih Terbatas Penghasilan Idea Masih Tidak Berkualiti Responden Pasif Tidak Menyumbang
Analisis Data Ujian Kreativiti Kitaran 3 Nota Lapangan Senarai Semak
Pengembangan Idea (modifikasi, simplifikasi, skema warna, susun atur, cadangan reka bentuk)
Kemahiran Kognitif 80% Kemahiran Psikomotor 20%
Instrumen Pemerolehan Data Ujian Kreativiti Penjanaan Idea Pemerhatian Turut Serta (Nota Lapangan)
Refleksi Kepada Tindakan Kelebihan/Kekurangan Teknik Brainwriting Pencapaian Responden Menjana/Menghalusi Idea Adaptasi/Respons Responden terhadap strategi yang dijalankan (Afektif)
Emergin g Issue
Cadangan Reka bentuk (aplikasi cadangan reka bentuk 2 dan 3 dimensi)
Kemahiran Kognitif Teknik Brainwriting Pembelajaran Pengkategorian Idea
Kemahiran Psikomotor
Kemahiran Teknologi Maklumat Mendapatkan Sumber Rujukan Brainwriting bertindak sebagai penambahbaikan SS berkumpulan untuk menjana idea mengikut tema yang berpandukan kategori idea
Rajah 4.8: Carta Alir Proses Tindakan Satu Kitaran Tiga Kitaran tindakan dua memperlihatkan masalah yang masih wujud selepas beberapa strategi intervensi dijalankan. Fokus utama yang perlu diberi perhatian adalah penambahbaikan dan pengubahsuaian strategi intervensi bagi mendapatkan hasil yang diharapkan pada kitaran tindakan tiga ini. Oleh yang demikian, penyelidik telah merancang intervensi ke tiga dalam kitaran tindakan tiga ini. Berikut merupakan carta alir perancangan dan pelaksanaan intervensi seterusnya.
200
MENGENAL PASTI MASAALAH
UJIAN KEBOLEHAN KOGNITIF BRAINWRITING
15 MINIT MASA UJIAN (PEMERHATIAN)
MENGAMBIL KEPUTUSAN
15 MINIT MASA MENGHALUSI IDEA
MERANCANG TINDAKAN
MENGAJAR PENJANAAN / MENGHALUSI IDEA METAKOGNITIF
MENGAJAR KONSEP/ PRAKTIK TEKNIK BRAINWRITING
20 MINIT MASA LATIHAN 3 KALI LATIHAN
LATIHAN TEKNIK BRAINWRITING
Proses Tindakan Strategi Intervensi
Sesi
MENGUMPUL KEPUTUSAN
MENGANALISA KEPUTUSAN (PEMERHATIAN)
MEMBUAT REFLEKSI KE ATAS TINDAKAN
Rajah 4.9: Carta Alir Strategi Intervensi Kitaran Tiga Kitaran tindakan tiga ini dimulakan selepas mengenal pasti masalah kitaran tindakan dua. Penyelidik telah membuat beberapa langkah bagi menyelesaikan permasalahan dengan perancangan seperti berikut: 4.25
Merancang Tindakan Perancangan untuk kitaran tindakan tiga ini dilakukan dengan merujuk kepada
masalah yang dikenal pasti di kitaran tindakan dua. Penyelidik telah membuat beberapa penambahbaikan strategi dengan merancang semula strategi ini untuk tujuan mencapai objektif yang diharapkan. Beberapa strategi yang dijalankan sebelum ini telah berjaya mengatasi masalah yang berbangkit seperti strategi pengucapan awam. Pada kitaran tindakan tiga ini, penyelidik hanya mengekalkan strategi pengajaran dan pembelajaran meta kognitif dan mengubahsuai strategi sumbang saran berkumpulan menjadi strategi brainwriting.
201
4.25.1 Brainwriting Berkumpulan Brainwriting merupakan teknik pembelajaran yang melalui kaedah penulisan. Brain bererti otak dan write bererti menulis. Oleh yang demikian, pengertian brainwriting terletak pada prosedur amalan iaitu menulis sesuatu yang terlintas di otak. Modus operandi teknik ini adalah dengan meminta responden menulis idea mereka di atas kertas dan bukannya mengumumkan idea tersebut seperti kaedah sumbang saran berkumpulan. Kaedah brainwriting 6-3-5 merupakan teknik kreativiti berkumpulan yang digunakan di dalam pemasaran, pengiklanan, reka bentuk, penulisan, dan pembangunan produk. Teknik ini dibangunkan oleh Bernd Rohrbach pada tahun 1968. Objektif: Memastikan penglibatan semua responden menyumbangkan idea dalam jumlah yang ditetapkan. Berdasarkan pada konsep brainwriting, matlamat teknik brainwriting 6-3-5 adalah untuk menjana 108 idea dalam masa 30 minit. Penekanannya juga terletak pada kuantiti idea yang dihasilkan. Menurut teknik ini, seramai enam responden ditempatkan dalam satu kumpulan yang diselia oleh moderator. Setiap responden perlu menyediakan tiga idea pada setiap lima minit. Idea ditulis di atas kertas, kemudiannya diserahkan pada responden seterusnya. Setelah itu, setiap responden membacakan idea tersebut supaya dapat digunakan sebagai
inspirasi
pencetus
idea
baharu.
Responden
digalakkan
untuk
memperkembangkan idea melalui idea yang sedia ada sebagai inspirasi lantas dapat merangsang proses kreatif. Selepas lengkap satu pusingan dalam masa 30 minit, hasilnya kumpulan ini berjaya menjana 108 idea. Ini merupakan modus operandi teknik brainwriting 6-3-5. Teknik Brainwriting ini merupakan usaha penambahbaikan dari teknik sumbang saran berkumpulan yang telah dijalankan. Penyelidik mendapati masih terdapat kelemahan pada teknik sumbang saran berkumpulan iaitu kuantiti idea yang dihasilkan 202
masih belum mencapai tahap yang memuaskan dan sesi sumbang saran didominasi oleh responden yang aktif, manakala responden pasif kurang menyumbang idea. 4.25.2 Prosedur Teknik Brainwriting 3-6-5 Perancangan strategi brainwriting ini mempunyai persamaan dengan strategi sumbang saran berkumpulan. Bezanya di sini adalah aktiviti brainwriting ini menggunakan kaedah menulis idea di atas kertas berbanding sumbang saran yang memerlukan idea diumumkan secara terus. Bagi membolehkan responden menjana idea dalam kuantiti yang besar, penyelidik masih mengekalkan tiga kumpulan yang telah dibentuk di dalam strategi pengajaran dan pembelajaran meta kognitif. Strategi ini menekankan kerja sama responden dalam kumpulan bagi mengumpulkan seberapa banyak idea atau maklumat berkaitan dengan visual dan imej dalam kategori idea yang disediakan seperti berikut: i. Makanan dan minuman ii. Pakaian iii. Identiti kaum iv. Perasaan v. Elemen warna, bentuk, tekstur vi. Seni bina Penyelidik perlu mengubah aturan yang ditetapkan pada teknik brainwriting 63-5 kerana kekangan jumlah responden. Formulasi 6-3-5 diubah menjadi 3-10-5 iaitu tiga responden untuk setiap kumpulan, setiap responden menghasilkan sepuluh idea dalam masa lima minit. Masa yang diberikan adalah 30 minit untuk menjana idea sekurang kurangnya 180 idea. Penjanaan idea melalui teknik brainwriting ini juga mempunyai garis panduan yang ditetapkan seperti berikut : i.
Keutamaan penjanaan idea melalui kuantiti idea yang dihasilkan 203
ii.
Penjanaan idea mengikut panduan kategori
iii.
Setiap responden diwajibkan menyumbang idea
iv.
Idea hendaklah dibangunkan melalui idea yang telah terbentuk Selain dari menjana idea, responden juga dilatih dengan kemahiran menghalusi
idea dalam masa yang diperuntukkan iaitu selama 15 minit. Sebaik sahaja proses menjana idea selesai, responden diberikan masa selama 15 minit lagi untuk menghalusi idea. Kaedah menghalusi idea ini telah diajar mengikut kaedah meta kognitif. Oleh yang demikian, strategi brainwriting ini merangkumi dua komponen utama iaitu menjana dan menghalusi idea.. Penyelidik meletakkan sasaran kuantiti 100 idea bagi setiap kumpulan dan 70 idea setelah melalui proses menghalusi idea. Keperluan asas untuk aktiviti penjanaan idea melalui brainwriting ini adalah lebih ringkas dari keperluan peralatan sumbang saran. Peralatan alat tulis yang diperlukan adalah pena dan borang penyenaraian idea. (sila rujuk lampiran) 4.26
Ujian Kreativiti Menjana Idea Kitaran Tiga Kajian tindakan merupakan proses iteratif yang sentiasa berulang sehingga
objektif sesuatu strategi itu tercapai. Setiap kelemahan yang dikenal pasti pada strategi sebelumnya akan diberikan penambahbaikan berterusan seterusnya digunakan pada strategi yang berikutnya. Begitu juga dengan ujian kreativiti menjana idea. Ujian ini dijadikan sebagai pengukur keberkesanan strategi dalam proses pengajaran dan pembelajaran studio. Strategi sumbang saran berkumpulan yang telah dilaksanakan pada kitaran dua masih dilihat mempunyai sedikit kelemahan dari aspek penghasilan idea. Kekurangan bahan rujukan dan kebergantungan kepada pengetahuan pra merupakan faktor yang mempengaruhi kuantiti idea yang dihasilkan. Pada kitaran tindakan tiga ini, ujian
204
kreativiti menjana dan menghalusi idea ini dilakukan secara berkumpulan dengan menggunakan teknik brainwriting. Format ujian ini adalah sama seperti ujian kreativiti menjana idea kitaran satu dan dua. (sila rujuk lampiran). Pengekalan format ini penting bagi memastikan datadata yang diperoleh adalah seragam dan memudahkan proses perbandingan di antara tiga kitaran tindakan yang dijalankan. Responden dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu A, B dan C. Setiap kumpulan terdiri dari tiga responden. Tujuan pembentukan kumpulan ini adalah untuk pengagihan tema ujian yang berbeza. Responden dibenarkan berbincang sesama sendiri. Kertas bersaiz A4 digunakan sebagai medium diletakkan di atas meja setiap kumpulan. Tema untuk ujian ini menggunakan penetapan yang sama seperti strategi pengajaran dan pembelajaran meta kognitif. Soalan ujian dan juga tugasan brainwriting: i. Apakah imej-imej yang dapat menggambarkan suasana perayaan? ii. Apakah unsur reka bentuk yang terdapat pada tema perayaan? iii. Apakah perasaan anda tentang suasana perayaan? (mengikut kumpulan) Setiap responden perlu menulis enam idea yang relevan dengan soalan yang kemudiannya ditulis di atas kertas. Dengan berpandukan kepada teknik penjanaan idea melalui brainwriting, responden oleh merujuk kepada panduan kategori seperti berikut: a. Makanan dan minuman b. Pakaian c. Identiti kaum d. Suasana e. Nilai masyarakat f. Simbol g. Filem/Muzik 205
h. Elemen warna, bentuk, tekstur i. Seni bina Terdapat tiga responden dalam satu kumpulan. Semua responden dikehendaki menulis sepuluh idea dalam masa lima minit melalui borang yang disediakan. Setelah masa lima minit tamat, borang senarai idea perlu diserah dan ditukarkan kepada rakan kumpulan yang lain mengikut pusingan. Responden pertama menyerahkan borang senarai idea kepada responden kedua, responden kedua menyerahkan borang senarai idea kepada responden tiga yang seterusnya menyerahkan kembali borang senarai idea kepada responden pertama. Ini dilakukan dengan mengikut pusingan. Melalui senarai idea yang diterima, setiap responden perlu memperkembangkan enam lagi idea yang terdapat pada senarai idea tersebut. Setelah tamat masa 5 minit, responden sekali lagi menyerahkan borang tersebut kepada rakan kumpulan yang lain. Proses kitaran ini berlaku sebanyak enam pusingan sehingga masa 30 minit tamat. Oleh yang demikian, kuantiti idea yang dihasilkan adalah 108 idea dengan mengikut perkiraan tiga responden, enam idea dan lima minit setiap pusingan. Dalam masa 30 minit ini penyelidik menandakan senarai semak berkenaan reaksi responden menjana idea melalui teknik brainwriting secara berkumpulan. Setelah masa menjana idea tamat, responden diberikan masa untuk mengkategori dan menghalusi idea yang telah dihasilkan. Kaedah menghalusi idea ini telah diajar di dalam strategi meta kognitif dan sumbang saran individu. Setelah masa yang diberikan tamat, penyelidik meminta setiap kumpulan menyerahkan hasil yang telah dibuat. Seterusnya penyelidik meminta setiap kumpulan membentangkan hasil penyenaraian idea yang dibuat secara berkumpulan. Setiap ahli dalam kumpulan telah diberikan tugasan membentang hasil kerja secara adil dan saksama. Setiap ahli dalam kumpulan juga diminta untuk menerangkan rasional setiap idea yang disenaraikan, dan menyingkirkan idea yang tidak relevan dengan tema projek. Proses ini dibantu oleh 206
responden dari kumpulan yang lain dengan membuat kritikan membina terhadap kewajaran sesuatu idea yang boleh diterima dan disingkirkan. Penilaian ujian dilakukan selari dengan sesi pembentangan. Penyelidik menggunakan borang ujian dan menilai hasil kerja individu. Walaupun ujian ini dijalankan secara berkumpulan, namun penilaian individu dapat dijalankan melalui perbezaan warna pen marker. 4.27
Analisis Tindakan Kitaran Tiga Yang Dijalankan. Penyelidik masih mengekalkan dua instrumen utama untuk tujuan pengumpulan
data pada kitaran tindakan tiga ini. Instrumen yang pertama adalah melalui pemerhatian peserta dan bukan peserta, yang ke dua adalah melalui ujian kreativiti menjana dan menghalusi idea. Untuk kitaran tindakan tiga ini, penyelidik menggunakan teknik penjanaan idea brainwriting. Instrumen pemerhatian peserta dan bukan peserta ini menggunakan nota lapangan dan senarai semak yang dicatat sendiri oleh penyelidik semasa sesi tutorial dan ujian kreativiti. Kaedah menganalisis tindakan yang dijalankan ini bersifat induksi analitis dan perbandingan. dengan merujuk kepada nota lapangan, temu bual dan keputusan ujian kreativiti menjana idea. Pada tindakan kitaran tiga ini, kaedah analisis perbandingan boleh dilakukan pada ujian kreativiti pelajar. Ini adalah kerana strategi intervensi yang telah dijalankan kini boleh dibandingkan dengan keputusan kitaran tindakan satu dan dua. Kaedah analisis induksi analitis ini dijelaskan di dalam kitaran tiga seperti berikut: 4.27.1 Analisis Strategi Brainwriting Berkumpulan Teknik brainwriting berkumpulan ini merupakan strategi alternatif dan mempunyai prosedur yang berbeza dengan teknik sumbang saran. Brainwriting
207
merupakan teknik penjanaan idea melalui kaedah penulisan yang bersifat kolektif dengan menulis, membangun dan memperkembangkan idea. Penyelidik mendapati terdapat empat faktor utama yang banyak mempengaruhi kuantiti dan kualiti idea yang dihasilkan. Faktor yang mempengaruhi keberkesanan strategi ini di dalam studio ini terbahagi kepada empat iaitu: i.
Penyediaan kategori idea berstruktur
ii.
Penerapan unsur reka bentuk
iii.
Komitmen penuh responden Konsep brainwriting ini menekankan kepada teknik menulis idea serta
penglibatan penuh semua responden dalam aktiviti ini. Salah satu kelebihan teknik ini adalah untuk menggalakkan responden pasif turut serta menjana idea secara adil dan saksama. Pada masa yang sama, aktiviti penjanaan idea tidak lagi didominasi oleh responden yang aktif. Melalui penyediaan kategori idea berstruktur, responden dapat memberi fokus penjanaan idea dalam lingkungan item yang diberikan. Ini bertujuan agar penjanaan idea terarah kepada matlamat tema. Penerapan unsur reka bentuk yang telah diajar dilihat membantu responden mengenal pasti unsur reka bentuk yang bersesuaian dengan tema. Oleh kerana modus operandi teknik brainwriting berbeza dengan teknik sumbang saran individu dan berkumpulan, setiap responden dilihat berperanan penuh dalam menyumbang idea tanpa bergantung kepada sesetengah responden yang dominan. Ini kerana responden tidak merasakan rendah diri apabila idea mereka ditolak. Dari aspek masa yang ditetapkan, responden tidak merasakan stres kerana mempunyai masa yang cukup untuk menjana enam idea dalam masa lima minit. Oleh yang demikian, kuantiti idea yang dihasilkan juga berada pada tahap yang memuaskan.
208
4.27.2 Analisis Keputusan Ujian Kreativiti Menjana Idea Kitaran Tiga Keperluan teknik brainwriting ini membolehkan responden menjana idea dengan kuantiti yang tetap. Oleh yang demikian, seorang responden berjaya menjana sekurang-kurangnya 60 idea dalam masa 30 minit. Idea yang terhasil ini dibangunkan sepenuhnya melalui satu idea ke idea yang lain. Perbezaannya di sini adalah jumlah idea yang diterima selepas proses menghalusi idea. i.
Responden Pertama (Kumpulan A) Tema ujian teknik brainwriting berkumpulan untuk responden 1 adalah
perayaan Hari Raya Aidilfitri. Responden pertama berjaya menjana sebanyak 75 idea dalam masa 30 minit. Kuantiti idea selepas sesi kritik dan pengkategorian idea adalah berjumlah 60 idea. Kebanyakan penghasilan idea ini merujuk kepada kategori yang diberikan. Kategori makanan dan pakaian merupakan idea yang paling banyak dihasilkan. Dari aspek kreativiti penghasilan idea yang unik pula, responden pertama berjaya menghasilkan 22 idea Hasil ujian juga mendapati responden pertama berjaya mengaitkan antara satu idea ke idea yang lain. Responden pertama juga berjaya menyusun
idea
mengikut
keutamaan.
Kebolehan
responden
pertama
untuk
menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain juga didapati menunjukkan peningkatan dan beliau berjaya menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain. ii.
Responden Kedua (Kumpulan A) Tema ujian teknik brainwriting berkumpulan untuk responden kedua adalah
perayaan Hari Raya Aidilfitri. Responden kedua berjaya menjana sebanyak 70 idea dalam masa yang ditetapkan iaitu 30 minit. Semasa proses mengkategorikan idea, responden kedua berjaya mengekalkan idea beliau kepada 53 idea. Kebanyakan penghasilan idea ini merujuk kepada kategori yang diberikan. Dari aspek kreativiti penghasilan idea yang unik pula, responden kedua berjaya menghasilkan 24 idea.
209
Kategori makanan, pakaian dan warna merupakan idea yang paling banyak dihasilkan. Hasil dari ujian ini mendapati responden kedua ini menunjukkan peningkatan kerana berjaya dalam menghubungkan dari satu idea ke idea yang lain. Bagi penyusunan idea mengikut keutamaan, ujian mendapati responden kedua menunjukkan peningkatan berjaya menghubung. Selain dari itu, responden kedua juga didapati berjaya menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain. iii.
Responden Ketiga (Kumpulan A) Tema ujian teknik brainwriting berkumpulan untuk responden ketiga adalah
perayaan Hari Raya Aidilfitri. Responden ketiga menjana sebanyak 72 idea yang berkaitan dengan tema. Masa yang diberikan juga 30 minit. Proses mengkategorikan idea dilihat sebagai satu proses yang agak mencabar di mana responden ketiga dapat mengekalkan hanya 59 idea yang relevan dari jumlah idea asal sebanyak 72 idea. Kebanyakan idea yang dihasilkan melalui kategori pakaian, simbol dan warna. Dari aspek kreativiti penghasilan idea yang unik pula, responden kedua berjaya menghasilkan 24 idea. Hasil dari ujian ini mendapati responden ketiga ini dikategorikan sebagai sederhana berjaya dalam menghubungkan dari satu idea ke idea yang lain. Walau bagaimanapun responden ketiga ini menunjukkan sedikit peningkatan sederhana berjaya dalam menyusun idea mengikut keutamaan di samping sederhana berjaya menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain. iv.
Responden Keempat (Kumpulan B) Tema ujian teknik brainwriting berkumpulan untuk responden keempat adalah
perayaan Tahun Baharu Cina. Responden keempat berjaya menghasilkan 78 idea yang berkaitan dengan tema dalam masa 30 minit. Jumlah idea ini berkurangan menjadi 61 setelah melalui proses mengkategorikan idea. Kebanyakan idea ini terhasil dari kategori warna, pakaian, makanan flora dan fauna. Dari aspek kreativiti penghasilan idea yang unik pula, responden keempat berjaya menghasilkan 25 idea Responden 210
keempat ini juga dikategorikan sebagai berjaya dalam menghubungkan dari satu idea ke idea yang lain. Keputusan ujian kreativiti kitaran tiga ini juga mendapati terdapat peningkatan dari aspek penyusunan idea mengikut keutamaan dan responden keempat berjaya untuk menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain. v.
Responden Kelima (Kumpulan B) Tema ujian teknik brainwriting berkumpulan untuk responden kelima adalah
perayaan Tahun Baharu Cina. Di akhir ujian, responden kelima menghasilkan sebanyak 78 idea dalam tempoh masa yang diberikan. Setelah melalui proses mengkategorikan idea dan sesi kritik, idea yang relevan dengan tema projek adalah sebanyak 61 idea. Dari aspek kreativiti penghasilan idea yang unik pula, responden kelima berjaya menghasilkan 23 idea. Hasil dari ujian ini mendapati responden kelima ini dikategorikan sebagai berjaya dalam menghubungkan dari satu idea ke idea yang lain. Dari aspek menyusun idea mengikut keutamaan, responden kelima didapati berjaya menyusun. Responden kelima juga disifatkan juga sebagai sederhana berjaya dalam menggabung dari satu idea ke idea yang lain. vi.
Responden Keenam (Kumpulan B) Tema ujian teknik brainwriting berkumpulan untuk responden keenam adalah
perayaan Tahun Baharu Cina. Responden keenam berjaya menjana sebanyak 71 idea dalam tempoh yang diberikan. Jumlah idea ini berkurangan kepada 60 idea setelah melalui proses menghalusi idea dan sesi kritik. Kebanyakan idea yang dihasilkan ini berpandukan kepada kategori yang disediakan. Idea dari kategori pakaian, warna, buahbuahan adalah yang paling banyak dihasilkan. Dari aspek kreativiti penghasilan idea yang unik pula, responden keenam berjaya menghasilkan 23 idea Hasil keputusan ujian mendapati responden keenam berjaya dalam menghubung kait antara satu idea ke idea yang lain. Dari aspek menyusun idea mengikut keutamaan, responden keenam juga
211
diklasifikasikan sebagai sederhana berjaya. Hasil keputusan ujian ini juga mendapati responden keenam berjaya menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain. vii.
Responden Ketujuh (Kumpulan C) Tema ujian teknik brainwriting berkumpulan untuk responden ketujuh adalah
perayaan Deepavali. Responden ketujuh menghasilkan sebanyak 69 idea semasa sesi penyenaraian idea. Jumlah idea ini berkurangan kepada 31 idea selepas proses mengkategorikan idea dan sesi kritik. Kebanyakan idea ini bersumberkan kepada pakaian, warna, seni bina dan makanan. Dari aspek kreativiti penghasilan idea yang unik pula, responden ketujuh berjaya menghasilkan 22 idea. Responden ketujuh didapati berjaya dalam menghubung kait antara satu idea ke idea yang lain. Hasil keputusan ujian ini juga mendapati responden ketujuh berjaya untuk menyusun idea mengikut keutamaan tema di samping sederhana berjaya dalam menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain. viii.
Responden Kelapan (Kumpulan C) Tema ujian teknik brainwriting berkumpulan untuk responden kelapan juga
khusus perayaan Deepavali. Responden kelapan menghasilkan 67 idea semasa awal sesi dalam masa 30 minit. Idea beliau ini kemudiannya melalui proses mengkategorikan idea dan sesi kritik yang mengurangkan jumlah idea dari 67 ke 40 idea. Dari aspek kreativiti penghasilan idea yang unik pula, responden kelapan berjaya menghasilkan 20 idea. Hasil dari ujian kreativiti kitaran tiga ini, responden kelapan didapati berjaya dalam menghubungkan dari satu idea ke idea yang lain. Dari aspek memberi keutamaan idea, responden 8 didapati juga berjaya dalam menyusun idea mengikut keutamaan. Di samping itu juga, hasil ujian kreativiti menjana idea kitaran tiga ini juga mendapati responden kelapan berjaya menggabungkan dari satu idea ke idea yang lain mengikut kerelevanan dan logik tema projek. 4.28
Refleksi Ke Atas Tindakan Kitaran Tiga 212
Refleksi terhadap tindakan kitaran tiga ini dibantu oleh dua instrumen utama iaitu pemerhatian peserta dan ujian kreativiti pelajar kitaran tiga. Melalui pemerhatian peserta ini, penyelidik menggunakan nota lapangan bagi mencatat perkara yang berlaku semasa proses pengajaran, pembelajaran dan tutorial manakala senarai semak digunakan untuk pemerhatian pada ujian kreativiti pelajar. Refleksi dilakukan ke atas tiga perkara iaitu : i. Kelebihan/kekurangan teknik brainwriting di peringkat tema ii. Pencapaian responden dalam ujian kreativiti menjana idea kitaran dua iii. Maklum balas responden terhadap teknik sumbang saran individu 4.28.1 Refleksi Ke Atas Strategi Brainwriting Berkumpulan Strategi brainwriting ini mendapat reaksi yang menggalakkan dari responden. Penyelidik mendapati responden dapat bekerjasama dalam satu kumpulan dan berkomunikasi dalam menjana idea mengikut kategori dan garis panduan yang ditetapkan. kuantiti idea yang dihasilkan juga meningkat. Perubahan ini dilihat jauh berbeza dari strategi sumbang saran berkumpulan yang dijalankan dahulu. Pengekalan panduan kategori berstruktur, kedudukan meja serta aktiviti berkumpulan terbukti memberikan perubahan besar ke atas proses pengajaran dan pembelajaran di dalam studio. Penyelidik mendapati responden selesa dan mudah menjana idea tanpa mengumumkan idea mereka seperti yang berlaku pada teknik sumbang saran berkumpulan. Fenomena ini berikutan mereka tidak merasa takut atau rendah diri sekiranya idea mereka ditolak. Kaedah menulis ini memberikan mereka kebebasan dan keberanian untuk menjana idea dalam kuantiti yang ditetapkan. Penetapan kuantiti idea melalui teknik ini dilihat sebagai satu kaedah yang bersifat objektif di mana setiap kumpulan menghasilkan 180 idea dalam masa 30 minit.
213
Walaupun ini dilihat sebagai satu perkembangan yang positif, namun faktor masa menjadikan responden terlalu fokus dan serius dalam memenuhi keperluan 10 idea dalam masa 5 minit. Menurut maklum balas yang diterima, teknik ini memberi tekanan kepada responden. Oleh yang demikian, penyelidik mendapati formulasi teknik ini boleh diubah mengikut keperluan dan antara faktor yang menyumbang kepada keberkesanan strategi brainwriting berkumpulan ini ialah: i.
Kategori Idea berstruktur
ii.
Pemahaman unsur reka bentuk
iii.
Kuantiti idea yang tetap
iv.
Kepatuhan kepada masa yang ditetapkan
4.28.2 Refleksi Ke Atas Ujian Kreativiti Kitaran Tiga Pertukaran tema perayaan mengikut kumpulan didapati memberi kesan dari aspek kuantiti dan kualiti idea yang dihasilkan. Penyelidik mendapati kumpulan A yang bertemakan perayaan Hari Raya Aidilfitri menghasilkan kuantiti idea yang lebih banyak berbanding dua tema perayaan yang lain. Peningkatan kuantiti idea yang dihasilkan ini dilihat melalui perbandingan dengan kuantiti idea dari dua ujian yang telah dijalankan. Ternyata strategi brainwriting berkumpulan ini sangat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Efektif di sini membawa maksud penjimatan penggunaan masa menjana idea dan kerjasama dalam kumpulan yang dapat memaksimumkan potensi berfikir secara divergen. Namun begitu, kuantiti idea yang dihasilkan oleh setiap kumpulan masih belum mencapai kuantiti yang disasarkan. Seperti yang tertera pada perancangan strategi brainwriting berkumpulan, penyelidik menyasarkan sebanyak 120 idea bagi setiap kumpulan. Ternyata hasil dari ujian terakhir ini, responden berjaya menjana lebih dari kuantiti sasaran yang ditetapkan. 214
Kualiti idea yang dihasilkan oleh responden juga mengalami peningkatan hasil dari pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran meta kognitif kitaran satu dan dua. Penerapan strategi ini membolehkan responden menghalusi idea yang dijana dengan memberi rasional kepada idea mereka. Secara tidak langsung, strategi ini melatih responden menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan konvergen. Melalui pemerhatian penyelidik, responden sudah mula menguasai kemahiran menghalusi idea ini. Ini merupakan petanda yang positif terhadap strategi yang dirancang dan dilaksanakan. Usaha ini sememangnya perlu diteruskan untuk sesi studio yang berikutnya. Keberkesanan strategi ini juga ditentukan oleh faktor seperti berikut: i.
Latihan berterusan
ii.
Kategori Idea berstruktur
iii.
Kerjasama dalam kumpulan
iv.
Penetapan masa
v.
Pemahaman unsur reka bentuk
4.29
Kelebihan Teknik Brainwriting Berkumpulan Aplikasi teknik brainwriting ini dilihat sebagai alternatif kepada teknik sumbang
saran berkumpulan namun mempunyai kelebihan dan kekurangan. Oleh yang demikian, kombinasi teknik ini dilihat dapat mengatasi kelemahan yang terdapat pada dua teknik ini. Sumbang saran berkumpulan menekankan kepada penjanaan idea secara kolektif melalui pengembangan dari idea yang sedia ada dan kemudiannya di catat di ke atas kertas. Teknik brainwriting pula berorientasikan penulisan idea individu dan kemudiannya idea tersebut diperkembangkan melalui rakan dalam kumpulan. Teknik ini secara jelasnya tidak mengumum dan mempamerkan idea dijana secara umum. Kelebihan tenik Brainwriting yang seterusnya adalah, semua responden tidak berkecuali menyumbang idea kerana jumlah idea yang perlu dihasilkan adalah tetap. 215
Penyelidik mendapati teknik Brainwriting berkumpulan ini melibatkan komitmen yang penuh pada setiap responden sebagai satu pasukan. Berbeza dengan teknik sumbang saran berkumpulan, matlamat teknik Brainwriting berkumpulan ini memfokuskan kepada kuantiti idea yang telah ditetapkan. Komitmen seseorang responden adalah bergantung kepada kuantiti idea yang telah ditetapkan untuknya. Dengan bantuan kategori idea yang disediakan, responden dapat memperkembang dan mencambahkan idea melalui idea yang telah terbentuk sebelumnya. Penyediaan kategori idea juga dilihat sebagai faktor penyumbang kepada keberkesanan teknik ini, namun adalah menjadi satu kelebihan sekiranya teknik sumbang saran berkumpulan ini dapat digabungkan bersama teknik Brainwriting khususnya untuk tujuan menjana idea. 4.30
Maklum Balas Responden Terhadap Teknik Brainwriting Berkumpulan Teknik brainwriting berkumpulan merupakan proses kreatif menjana idea secara
berkumpulan dengan menyumbang dan memperkembangkan idea berdasarkan idea dari rakan kumpulan. Maklum balas responden terhadap teknik ini amat menggalakkan terutama responden pasif. Melalui teknik ini, kekhuatiran responden terhadap penolakan sesuatu idea berkurangan kerana kaedah brainwriting ini hanya menulis idea di atas kertas tanpa menyebutkannya di khalayak ramai. Oleh yang demikian, responden amat selesa dengan teknik ini yang dianggap penjanaan idea secara senyap. 4.31
Temu Bual Pensyarah Kursus Reka Bentuk Tekstil Temu bual pakar merupakan instrumen terakhir yang digunakan di dalam
penyelidikan ini yang melibatkan pandangan dan rekomendasi pensyarah Jabatan Seni Reka Tekstil ke atas aplikasi sumbang saran dan peta minda ke dalam dua proses berasingan seperti berikut: 216
i. Proses pengajaran dan pembelajaran ii. Proses penyelidikan reka bentuk tekstil Temu bual ini dijalankan oleh dua orang pensyarah kanan yang dilantik oleh penyelidik berdasarkan kepada kepakaran dan pengalaman mereka di dalam penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran reka bentuk tekstil. Temu bual ini dilakukan secara kumpulan fokus selepas tamat tempoh 14 minggu kuliah. Dua orang pensyarah kanan berbincang dengan merujuk kepada carta alir proses reka bentuk yang dipadankan dengan 14 minggu rancangan pengajaran. Penyelidik berperanan sebagai pemerhati yang turut serta di dalam perbincangan tersebut. Langkah ini dirasakan perlu kerana penyelidik sendiri terlibat secara langsung kepada proses PdP dan penyelidikan reka bentuk. Penyelidik telah menyediakan rakaman suara serta nota lapangan bagi merekod perbincangan ini. Perbincangan dimulakan dengan merujuk dan mengkaji semula proses PdP dan penyelidikan reka bentuk yang sedia ada. Penyelidik telah menyediakan dua carta alir iaitu proses yang sedia ada dan cadangan. Penyediaan carta alir proses ini bertujuan untuk kajian perbandingan. Dua pensyarah kanan ini mengakui terdapat beberapa kelemahan yang ketara pada proses yang sedia ada. Berikut merupakan inti pati perbincangan yang telah rekodkan.
4.32
Kelemahan Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Sedia Ada Pengumpulan data ini dilaksanakan melalui temu bual kumpulan fokus dua
orang pensyarah kanan Jabatan Seni Reka Tekstil. Ini bagi mengenal pasti kelemahan proses pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada.
217
4.32.1 Pensyarah Kanan A Proses pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada agak kaku tanpa pembaharuan dari aspek pedagogi. Pensyarah dilihat masih mengekalkan kaedah PdP lama yang berteraskan kepada pembelajaran berpusatkan pensyarah. Penetapan dan susunan meja studio yang sedia ada tidak menggalakkan suasana pembelajaran kolaboratif. Kandungan silibus subjek penyelidikan reka bentuk juga tidak menekankan kepada
kemahiran
berfikir.
Oleh
yang
demikian,
responden
tidak
dapat
mengeksperimenkan kemahiran yang ada secara maksimum. 4.32.2 Pensyarah Kanan B Responden yang mengambil subjek penyelidikan reka bentuk ini terdiri dari lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Mereka tidak didedahkan tentang suasana pembelajaran khusus reka bentuk tekstil. Oleh yang demikian, pensyarah seharusnya mewujudkan persekitaran pembelajaran berteraskan studio sebagai satu kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berbeza dari persekitaran pembelajaran konvensional. Persekitaran ini memerlukan satu sistem pembelajaran kolaboratif di antara responden agar maklumat yang diperoleh dapat dikongsi bersama. Belajar berkumpulan merupakan kaedah yang terbaik untuk kursus yang berteraskan penyelidikan reka bentuk.
4.33
Kelemahan Proses Penyelidikan Reka Bentuk Tekstil Yang Sedia Ada Pengumpulan data ini dilaksanakan melalui temu bual kumpulan fokus dua
orang pensyarah kanan Jabatan Seni Reka Tekstil. Ini bagi mengenal pasti kelemahan proses penyelidikan reka bentuk tekstil yang sedia ada. 4.33.1 Pensyarah Kanan A
218
Proses reka bentuk tekstil memerlukan pendekatan sistematik yang melibatkan penyelidikan, sumber idea, perkembangan idea dan cadangan reka bentuk. Proses ini memerlukan kefahaman yang jelas oleh responden bagi memastikan setiap proses dilaksanakan dengan sistematik. Terdapat beberapa kelemahan dalam proses penyelidikan reka bentuk tekstil yang sedia ada. Responden tidak diajar kaedah yang betul dalam merancang, melaksana, menilai dan merefleksi ke atas semua tindakan yang dijalankan. Sebagai contoh, setiap projek reka bentuk perlu ada perancangan masa dan kos. Sesuatu kerja akan hilang arah sekiranya tiada perancangan yang betul. Ini akan merugikan masa, tenaga dan kos. Ini merupakan salah satu isu utama di dalam proses penyelidikan reka bentuk tekstil yang sedia ada. 4.33.2 Pensyarah Kanan B Penyelidikan merupakan teras utama di dalam sesuatu proses reka bentuk. Proses yang diamalkan pada masa ini sudah ketinggalan zaman. Banyak manfaat dari teknologi yang boleh dijadikan alat untuk membuat penyelidikan seperti kamera digital, rangkaian media sosial seperti instagram, blog reka bentuk khusus dan sumber atas talian yang memudahkan sesuatu maklumat dicari. Pensyarah perlu memanfaatkan media ini sebagai satu paradigma penyelidikan bagi menambah baik proses penyelidikan yang sedia ada. Kelemahan ini juga dilihat sebagai satu masalah yang berulang pada setiap semester. Responden banyak bergantung sumber idea dari buku yang terdapat di dalam perpustakaan. 4.34
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Teknik Sumbang Saran Dan Brainwriting. Pengumpulan data ini dilaksanakan melalui temu bual kumpulan fokus dua
orang pensyarah kanan Jabatan Seni Reka Tekstil. Ini bagi mendapatkan maklum balas teknik sumbang saran dan brainwriting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 219
4.34.1 Pensyarah Kanan A Efektif boleh membawa maksud kecekapan dari aspek penyampaian kandungan kuliah, penerimaan ilmu oleh responden secara maksimum, penjimatan masa, tenaga dan kos. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk reka bentuk tekstil, kaedah sumbang saran dan brainwriting boleh dijadikan sebagai pemangkin kepada kaedah menyelesaikan masalah dengan menggunakan kemahiran berfikir. Kemahiran berfikir menjadi satu tuntutan yang utama di dalam bidang seni dan reka bentuk ini. Penyampaian kandungan kuliah yang efektif perlu melalui beberapa proses dan persediaan awal sebelum memulakan kuliah oleh pensyarah. Penyampaian kuliah perlu disertakan dengan keperluan seperti berikut: i. Objektif kuliah pada setiap minggu ii. Alat bantuan mengajar iii. Persediaan dan perancangan pengajaran (contoh hasil kerja pelajar) iv. Strategi pengajaran dan motivasi v. Gerak kerja studio vi. Perincian aktiviti vii. Penilaian Pensyarah boleh membuat penilaian pada setiap keperluan yang dinyatakan di atas bagi menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Sumbang saran dan peta minda pula merupakan kaedah penjanaan dan penyelesaian masalah yang biasanya dijalankan secara berkumpulan. Pensyarah boleh menetapkan pembelajaran secara berkumpulan untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Belajar secara berkumpulan ini juga dapat menggalakkan beberapa proses kemahiran berfikir. Selain dari itu, penerapan pengajaran dan pembelajaran meta kognitif dilihat sebagai satu usaha bagi satu anjakan paradigma kaedah khusus di dalam 220
kursus eksplorasi penyelidikan reka bentuk tekstil. Selain dari itu, pensyarah juga perlu memberi penekanan kepada kemahiran komunikasi kepada pelajar. 4.34.2 Pensyarah Kanan B Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Salah satu faktor ialah pensyarah yang berpengalaman serta mempunyai kepakaran khusus di dalam sesuatu bidang. Seharusnya pensyarah mengaplikasikan teknik yang menggalakkan kepada pembinaan kreativiti kepada pelajar mengikut gaya pembelajaran terkini. Pelajar kini terdedah dengan dunia teknologi maklumat yang telah menjadi sebahagian dari gaya hidup mereka. Sekiranya pensyarah masih mengekalkan kaedah pengajaran dan pembelajaran lama, dikhuatiri tidak dapat memenuhi gaya pembelajaran pelajar. Pengajaran dan pembelajaran yang efektif memerlukan komunikasi yang efisien di antara pelajar dan pensyarah dan pelajar sesama pelajar. Oleh yang demikian, kaedah yang terbaik adalah dengan belajar secara kumpulan. Walaupun terdapat kelemahan, pensyarah harus proaktif untuk mengatasinya. Kaedah sumbang saran biasanya digunakan oleh Jabatan Reka Bentuk Grafik dan Reka Bentuk Perindustrian. Tidak menjadi satu kesalahan sekiranya diaplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Tekstil. Isu yang ketara di sini ialah inisiatif pensyarah yang tidak memperkenalkan kaedah baharu yang relevan dengan situasi terkini. 4.35
Proses Reka Bentuk Tekstil Menggunakan Kaedah Sumbang Saran Dan Brainwriting. Pengumpulan data ini dilaksanakan melalui temu bual kumpulan fokus dua
orang pensyarah kanan Jabatan Seni Reka Tekstil. Ini bagi mendapatkan maklum balas teknik sumbang saran dan brainwriting dalam proses Reka Bentuk Tekstil.
221
4.35.1 Pensyarah Kanan A Persoalan ini mempunyai persamaan dengan proses pengajaran efektif. Pensyarah perlu mengaplikasikan kaedah penyelidikan yang sistematik bagi memudahkan responden memahami perbezaan pada setiap peringkat penyelidikan yang dijalankan. Pelajar juga perlu mengetahui rasional pada setiap perancangan dan tindakan yang diambil. Ini bagi memastikan mereka menjiwai tema dan bahan kajian yang dipilih. Pensyarah juga perlu membawa pelajar ke kerja lapangan dengan membuat lawatan sambil belajar ke tempat yang berkaitan dengan tema projek. Proses penyelidikan reka bentuk tekstil yang efektif dapat menjimatkan masa, tenaga dan kos. Untuk mencapai ke tahap proses yang efektif, jabatan memerlukan satu prosedur operasi piawai (standard operational procedure) pada setiap kursus yang melibatkan penyelidikan dan reka bentuk tekstil. Prosedur ini perlu diseragamkan dan dijadikan satu prosedur yang dapat diikuti oleh semua pensyarah Jabatan Reka Bentuk Tekstil. Aplikasi sumbang saran dan peta minda dilihat sebagai satu penambahbaikan kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada. Konsep ini akan lebih berkesan sekiranya dijalankan secara berkumpulan. Aplikasi ini juga boleh dipraktikkan ke dalam beberapa peringkat penyelidikan reka bentuk tekstil dan berikut merupakan cadangan carta alir proses penyelidikan reka bentuk tekstil yang berteraskan konsep sumbang saran dan brainwriting.
222
Tema
Penyelidikan Produk / Material
Proses Menggubah / Menyusun Motif
Sumber Idea
Pengembangan Idea (modify and simplify)
Cadangan Reka Bentuk
Penjanaan / Menghalusi Idea
Proses Melakar / Melukis
Pemilihan Bahan Kajian
Penyelidikan Visual
Rajah 4.10: Cadangan Carta Alir Proses Penyelidikan Reka Bentuk Tekstil Pensyarah Kanan A 4.35.2 Pensyarah Kanan B Proses penyelidikan reka bentuk tekstil yang lengkap haruslah mempunyai satu proses yang sistematik. Pelajar perlu memahami setiap peringkat penyelidikan kerana ia merupakan asas kepada reka bentuk tekstil. Proses ini merupakan kombinasi kepada kebolehan kognitif dan psikomotor pelajar. Amalan proses penyelidikan yang efektif juga perlu ada sesi kritik pada pengakhiran setiap peringkat penyelidikan. Kaedah sumbang saran dan peta minda dilihat membantu dalam dua proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan penyelidikan reka bentuk. Oleh yang demikian, kaedah ini perlu dijadikan sebagai panduan kepada kursus reka bentuk tekstil yang lain. Berikut merupakan cadangan carta alir proses penyelidikan reka bentuk tekstil berteraskan konsep sumbang saran dan brainwriting.
223
Tema
Proses Menggubah / Menyusun Motif
Sesi Kritik
Sumber Idea
Sesi Kritik
Cadangan Reka Bentuk
Penyelidikan Visual
Pengembangan Idea (modify and simplify)
Sesi Kritik
Proses Melakar / Melukis
Sesi Kritik
Rajah 4.11: Cadangan Carta Alir Proses Penyelidikan Reka Bentuk Tekstil Pensyarah Kanan B
4.36
Ujian Kreativiti Menjana Idea Berkategori (Ujian Pasca) Ujian kreativiti Menjana Idea Berkategori ini merupakan Ujian Pasca setelah
melalui tiga intervensi teknik-teknik sumbang saran. Ujian ini dijalankan pada minggu ke 13 dengan menggunakan soalan ujian kreativiti yang sama pada sesi ujian diagnostik (Ujian Pra). Responden-responden telah diminta sekali lagi untuk menjalani ujian kreativiti penjanaan idea berkategori berdasarkan kepada konstruk kelancaran, fleksibiliti dan keaslian. Setiap konstruk terdiri dari 10 item. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab 30 soalan adalah 45 minit. Selepas masa tamat, kertas ujian pasca ini dikumpulkan dan skor setiap pelajar diukur berdasarkan kuantiti dan kualiti idea yang dihasilkan.
224
Jadual 4.2: Skor Ujian Kreativiti Menjana Idea (Ujian Pasca)
Responden
Kelancaran
Fleksibiliti
Keaslian
Idea pada
Idea pada
Idea pada
Ujian Pasca
Ujian Pasca
Ujian Pasca
P1
P2
P1
P2
Responden 1
38
29
24
7
13
Responden 2
37
30
25
10
13
Responden 3
33
28
26
13
14
Responden 4
39
31
26
16
12
Responden 5
41
32
29
14
12
Responden 6
41
34
34
15
12
Responden 7
33
25
21
11
14
Responden 8
30
24
23
11
13
Jadual 4.2 menggambarkan keputusan ujian kreativiti menjana idea berkategori (ujian pasca) yang telah dijalankan. Melalui keputusan ujian pasca ini, jumlah maksimum kelancaran idea adalah 41 dan minimum adalah 33. Fleksibiliti dan keaslian idea dinilai oleh dua orang pensyarah kanan Jabatan Reka Bentuk Tekstil. Jumlah maksimum fleksibiliti idea adalah 34 dan minimum adalah 23. Jumlah maksimum keaslian idea adalah 14 dan minimum 10. Melalui jumlah maksimum dan minimum idea yang dihasilkan ini jelas menunjukkan terdapat peningkatan kuantiti dan kualiti idea berbanding pencapaian ujian pra. Analisis seterusnya adalah kaedah perbandingan means menggunakan Ujian-T Satu Sampel ke atas Kelancaran, Fleksibiliti dan Keaslian Idea ujian pra dan pasca. Hasil keputusan Ujian-T ini dilaporkan pada bahagian dapatan penyelidikan. 225
4.37
Dapatan Penyelidikan Dapatan penyelidikan ini berdasarkan pada analisis data yang terdiri daripada
dua sumber iaitu interpretasi teks dan keputusan ujian kreativiti yang dijalankan. Dapatan dari penyelidikan ini dibentuk melalui kaedah penyegitigaan (triangulasi) data pemerhatian, temu bual, keputusan ujian kreativiti dan refleksi penyelidik terhadap tindakan yang diambil berdasarkan objektif serta soalan penyelidikan yang telah ditetapkan. Berikut merupakan dapatan yang diperoleh yang secara langsung menjawab kepada persoalan penyelidikan. 4.38
Peranan Sumbang Saran Membantu Pelajar Menjana Dan Menghalusi Idea Dalam Proses Reka Bentuk Tekstil
(Berdasarkan kepada soalan penyelidikan pertama: Bagaimanakah peranan sumbang saran membantu pelajar menjana dan menghalusi idea dalam proses reka bentuk tekstil?) Soalan ini berbentuk eksplorasi ke atas teknik sumbang saran dalam membantu pelajar menjana dan menghalusi idea. Data-data yang diperlukan untuk menjawab soalan ini adalah berdasarkan kepada data pemerhatian, temu bual dan keputusan ujian kreativiti menjana idea seperti diagram triangulasi pada rajah 4.6.
226
Data Nota Lapangan Kod:
NL32(A)
NL49(C) NL33(A) NL53(C) NL63(A) Keputusan Ujian
INTERPRETASI/REFL Peranan
Kreativiti
Sumbang
Kod: CT1(A) CT2(A) Data Temu Bual Kod:
Saran
CT3(A)
TB11(A)
TB28(C) TB22(A) TB31(B)
LAPORAN STATISTIK
TB40(A) INTERPRETASI/REFL
Rajah 4.12: Diagram Triangulasi Data Untuk Soalan Penyelidikan 1
Sumbang saran merupakan teknik kreativiti yang boleh dilaksanakan bersendirian
atau
berkumpulan.
Kaedah
berkumpulan
memerlukan
pelajar
mengutarakan idea untuk sesuatu isu dan berkongsi dengan ahli kumpulan yang lain. Bagi memastikan kejayaan menjana idea, aktiviti sumbang saran memerlukan tumpuan sepenuhnya tanpa gangguan. Ini melibatkan lokasi dan masa aktiviti yang dijalankan memerlukan suasana yang kondusif. Aplikasi kemahiran berfikir divergen dan konvergen telah menjadikan teknik sumbang saran sebagai pelengkap kepada proses penjanaan idea dan penyelesaian masalah. Ini adalah kerana proses berfikir secara divergen bersifat penyelesaian abstrak atau baru yang mempunyai banyak jawapan, penyelesaian atau hasil. Melalui proses berfikir divergen ini, pelajar digalakkan untuk mencari jawapan kepada isu/masalah melalui pelbagai kaedah yang dirasakan sesuai. Melalui teknik sumbang saran, pelajar tidak terhalang untuk mengutarakan idea, sebaliknya menggalakkan mereka menjana idea unik yang lain dari idea kebanyakan. Proses berfikir konvergen pula bersifat penyelesaian masalah dengan mencari jawapan yang betul dan tepat. Ia diaplikasikan 227
selepas proses pemikiran divergen melalui teknik sumbang saran. Melalui proses berfikir konvergen ini, pelajar mencari jawapan dengan mendapatkan fakta yang tepat dan logik. Sumbang saran di dalam kelas bertindak sebagai alat kreativiti untuk memotivasikan pelajar agar bebas meluahkan idea dan pendapat tentang sesuatu subjek. Oleh kerana peraturan sumbang saran yang tidak menolak apa jua idea yang disumbangkan, maka proses kreatif dalam menjana dan menghubungkan di antara satu idea ke idea yang lain adalah amat menggalakkan. Proses pemikiran kritis pula berlaku pada peringkat menghalusi idea. Peringkat menghalusi idea ini juga dibantu oleh strategi pembelajaran meta kognitif yang dilaksanakan. Hasilnya, usaha ini dapat memupuk seterusnya pelajar dapat menguasai dua kemahiran tersebut. Dalam konteks penjanaan idea, pengetahuan pra ini dapat dikembangkan melalui beberapa siri intervensi iaitu satu proses stimulasi minda seperti latihan kemahiran berfikir, pembelajaran berkumpulan dan perkongsian pengalaman. Sumbang saran merupakan salah satu daripada aktiviti kognitif yang dapat mengaktif, merangsang dan memaksimumkan fungsi kognitif yang dapat membentuk pola dan struktur pemikiran individu. Aktiviti sumbang saran tidak lengkap tanpa digabungkan bersama beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran yang lain. Ini terbukti apabila beberapa teknik sumbang saran yang diaplikasikan bersama strategi pembelajaran berkumpulan banyak membantu pelajar menjana dan menghalusi idea dalam kuantiti dan kuantiti yang memuaskan. Strategi sumbang saran yang dilakukan secara berkumpulan didapati lebih berkesan kerana proses penjanaan idea adalah bersifat kolektif. Idea dibangunkan dan dikembangkan melalui idea yang sudah terbentuk. Salah satu faktor yang menyumbang kepada kejayaan strategi sumbang saran berkumpulan ini adalah semua idea yang dijana, tidak ditolak, malah menggalakkan lagi idea baharu di luar dari idea biasa. 228
Aktiviti sumbang saran juga berkesan apabila digabungkan dengan strategi pembelajaran meta kognitif terutama semasa proses menghalusi idea. Proses menghalusi idea memerlukan kemahiran berfikir secara kritis. Kaedah penyoalan “Kenapa dan Bagaimana” terbukti dapat mempertingkatkan kebolehan pelajar dalam menghalusi idea dengan menghasilkan idea yang jauh lebih relevan dan berkualiti. Aktiviti sumbang saran juga dilihat berkesan melalui gabungannya bersama penyediaan kategori idea yang disediakan pada peringkat awal. Penyediaan kategori ini disediakan apabila penyelidik mendapati paradigma pelajar masih lagi memerlukan suapan informasi yang perlu disediakan oleh pensyarah. Melalui pengkategorian idea ini, pelajar dilihat lebih fokus membangun dan mengembangkan idea. Jumlah idea yang dihasilkan juga berada pada tahap yang memuaskan. Selain dari itu, sumbang saran berperanan dalam memperkasa kebolehan pelajar menguasai disiplin yang penting dalam reka bentuk iaitu unsur dan prinsip reka bentuk. Dengan penyediaan atribut unsur dan prinsip reka bentuk yang digabungkan bersama aktiviti sumbang saran, jumlah dan kualiti idea yang dihasilkan oleh pelajar juga berada pada tahap yang sangat memuaskan. Pelajar hanya perlu mengaitkan mana-mana atribut unsur atau prinsip reka bentuk yang bersesuaian dengan tema projek mereka. 4.38.1 Peranan Sumbang Saran Dalam Strategi Meta Kognitif Meta kognitif merujuk kepada kebolehan berfikir aras tinggi yang melibatkan kawalan aktif ke atas proses berfikir dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Ini termasuk kesedaran automatik pelajar tentang pengetahuan mereka sendiri dan keupayaan mereka untuk memahami, mengawal dan memanipulasi proses kognitif. Sumbang saran dan meta kognitif mempunyai matlamat yang sama dari aspek pelaksanaan iaitu stimulasi berfikir secara kritis ke atas idea yang telah dijanakan dengan memberikan rasionalisasi mengapa idea tersebut dipilih. 229
Menurut K.D. Tanner (2012), aktiviti meta kognitif ini terbahagi kepada tiga tugasan melibatkan perancangan kepada tugasan pembelajaran yang diberikan, pemantauan terhadap pelaksanaan yang dijalankan dan penilaian terhadap hasil keputusan. Melalui tiga tugasan ini, penyelidik mendapati matlamat sesuatu tugasan dapat dirancang, dilaksanakan dan dinilai secara efektif. Proses ini dilengkapkan lagi melalui sumbang saran menghalusi idea yang secara khususnya menggunakan kemahiran berfikir kritis sepenuhnya. Untuk strategi pembelajaran meta kognitif ini, sumbang saran berperanan sebagai pencetus kepada aktiviti pemikiran kritis terutama semasa sesi tutorial dijalankan. Pelajar dilatih berfikir secara kritis terhadap sesuatu idea yang disumbangkan dengan kaedah bertanyakan tentang rasional pemilihan sesuatu idea, dan mengapa idea itu dipilih. Semua idea yang terhasil dari proses menghalusi idea ini telah menjalani proses meta kognitif yang dilakukan secara berkumpulan. Idea yang terhasil dari proses menghalusi idea ini kemudiannya dapat dihubungkan mengikut klasifikasi yang berkaitan di antara satu sama lain. Pembentukan ini juga memerlukan kebolehan berfikir secara kritis melalui kaedah meta kognitif. 4.38.2 Peranan Sumbang Saran Dalam Strategi Pembelajaran Koperatif Modus operandi sumbang saran secara amnya bersifat aktiviti berkumpulan. Oleh yang demikian, sumbang saran dilihat sebagai teknik pelengkap kepada strategi pembelajaran koperatif. Strategi pembelajaran koperatif pula dilihat sebagai satu langkah yang sangat berkesan bagi mencapai sesuatu matlamat dalam proses reka bentuk tekstil. Keberkesanan yang dimaksudkan oleh penyelidik meliputi aspek kuantiti dan kualiti idea yang dihasilkan oleh pelajar melalui teknik sumbang saran berkumpulan. Berbeza dari strategi pembelajaran individu, aktiviti penjanaan idea yang dilakukan secara berkumpulan berjaya mencapai kuantiti dan kualiti yang diharapkan. 230
Pengukuran pencapaian ini dinilai melalui perbandingan pencapaian penjanaan idea pelajar melalui dua kaedah iaitu : i.
Hasil pemerhatian dari kajian rintis terdahulu
ii.
Hasil dari ujian diagnostik penjanaan dan menghalusi idea terdahulu
Hasil pemerhatian dari kajian rintis yang dijalankan, kuantiti idea yang dihasilkan oleh seorang pelajar adalah dalam anggaran maksimum 10 hingga 22 idea sahaja, manakala keseluruhan kualiti idea yang dihasilkan tersebut amat tidak memuaskan kerana idea yang dipilih oleh pelajar secara amnya bersifat pengulangan dari idea yang telah dihasilkan oleh pelajar terdahulu. Penyelidik mendapati terdapat dua faktor utama yang menyumbang kepada permasalahan ini. Faktor tersebut adalah ketiadaan pelaksanaan aktiviti penjanaan idea yang menekankan kepada pendekatan kemahiran kognitif dan kaedah pembelajaran bersifat individu. Setelah melalui beberapa siri strategi intervensi, masalah ini telah berjaya diselesaikan. Oleh yang demikian, modus operandi sumbang saran adalah selari dengan matlamat pembelajaran koperatif dan telah terbukti sebagai teknik yang banyak membantu pelajar menjana dan menghalusi idea. Penyelidik mendapati terdapat perubahan yang signifikan di antara keputusan dari ujian diagnostik penjanaan dan menghalusi idea dengan tiga strategi intervensi yang telah dijalankan. Melalui kaedah pembelajaran individu, pelajar didapati tidak berjaya merangsang kebolehan kognitif mereka dengan menjana dan mengembangkan idea. Ini disebabkan oleh faktor keterbatasan pengetahuan dan kekurangan motivasi untuk proses menjana idea. Berbeza pula halnya kaedah penjanaan idea melalui pembelajaran koperatif. Setelah diperkenalkan dengan teknik sumbang saran berkumpulan dan brainwriting, aktiviti penjanaan dan menghalusi idea dilihat amat menggalakkan kerana sesuatu idea dapat dikembangkan melalui sumbangan idea ahli dalam kumpulan sehingga 231
menghasilkan kuantiti dan kualiti idea yang jauh lebih baik berbanding jumlah idea pada ujian diagnostik terdahulu. Sesungguhnya sumbang saran telah memainkan peranan yang penting dalam mempromosikan aktiviti berkumpulan selari dengan kaedah pembelajaran koperatif. Dalam erti kata lain, kombinasi teknik sumbang saran dan pembelajaran kognitif sangat diperlukan untuk kursus reka bentuk tekstil. 4.39 Keperluan Yang Menyumbang Kepada Keberkesanan Teknik Sumbang Saran Dalam Proses Reka Bentuk Tekstil. (Berdasarkan kepada soalan penyelidikan ke dua: Apakah keperluan yang menyumbang kepada keberkesanan teknik sumbang saran dalam proses reka bentuk tekstil?)
DATA NOTA LAPANGAN Kod: NL18(A) NL22(C) NL25(A) NL40(C) NL81(A) NL55(C) NL85(A)
KEPUTUSAN UJIAN
INTERPRETASI/REFLEKS KEPERLUAN SUMBANGSARAN DATA TEMU BUAL Kod: TB15(A) TB35(C)
KREATIVITI Kod: CT1(A) CT2(A) CT3(A)
TB29(A) TB34(B) TB33(A) TB66(B) TB48(A)
INTERPRETASI/REFLEKS
Rajah 4.13: Diagram Triangulasi Data Untuk Soalan Penyelidikan 2
232
Jadual 4.3: Keperluan Menjana Dan Menghalusi Idea Penjanaan Idea
Menghalusi Idea
i
Taklimat Projek Reka Bentuk
i
Kemahiran Meta Kognitif
ii
Bahan Rujukan
ii
Aktiviti Berkumpulan
iii
Aktiviti Berkumpulan
iii
Kemahiran Komunikasi Pembentangan Lisan
iv
Kemahiran Komunikasi Pembentangan Lisan Berstruktur
iv
Pengurusan Masa
v v
Pengkategorian Idea
Papan Idea (Mood board, Concept, Board, Idea Board)
vi
Unsur dan Prinsip Reka Bentuk
vii
Pengurusan Masa
viii
Kemahiran Psikomotor
Keperluan yang dikenal pasti sebagai faktor penyumbang kepada keberkesanan teknik sumbang saran ini berdasarkan kepada informasi semasa proses induktif kajian tindakan yang jalankan. Berikut merupakan atribut yang disenaraikan:
4.40
Keperluan Penjanaan Idea
Keperluan penjanaan idea ini terdiri daripada lapan atribut yang terdiri daripada kemahiran, aktiviti dan unsur dan prinsip reka bentuk. 4.40.1 Taklimat Projek Reka Bentuk Untuk kategori penjanaan idea, taklimat projek merupakan dokumen bertulis, bercetak atau verbal berkenaan informasi sesuatu projek reka bentuk yang akan dilaksanakan. Ia melibatkan ringkasan kepada peringkat projek dan reka bentuk konsep hasil maklumat dari perundingan dengan pelanggan dan pihak berkepentingan dan pembangunan reka bentuk berterusan. Melalui informasi ini, pelajar mendapat satu pencerahan tentang konsep serta ciri reka bentuk yang perlu di beri fokus. Taklimat 233
projek reka bentuk ini juga bersifat reka bentuk berpusatkan keperluan manusia (human centered design) dengan mengambil kira apakah yang diperlukan oleh pelanggan. Melalui taklimat reka bentuk ini, pelajar juga dapat membuat perancangan ke atas proses reka bentuk termasuk kos dan masa. Oleh yang demikian, taklimat projek reka bentuk ini juga berperanan sebagai garis panduan yang bersifat objektif agar pelaksanaan proses reka bentuk dapat dilaksanakan secara sistematik. Penyelidik mendapati dengan adanya taklimat reka bentuk ini, pelajar lebih fokus dan bermatlamat untuk melaksanakan projek reka bentuk mereka. Ini berdasarkan kepada perancangan berbentuk jadual harian, mingguan dan bulanan tentang sasaran kerja yang perlu dicapai. Penentuan kepada sesuatu projek reka bentuk terlebih dahulu perlu melalui perbincangan bersama pensyarah yang mengajar kursus reka bentuk tekstil dari semester satu hingga empat. Perbincangan ini bertujuan untuk membuat penyelarasan agar tema sesuatu projek itu berbeza mengikut semester. Tindakan ini perlu bagi memastikan kesinambungan projek reka bentuk tekstil pada semester yang seterusnya dapat dilaksanakan dengan sistematik. Maksudnya di sini adalah. Projek penyelidikan pada semester satu akan diteruskan pada semester dua. Semester dua lebih memfokuskan kepada penghasilan produk tekstil mengikut perancangan projek yang telah dilaksanakan pada semester satu. 4.40.2 Bahan Rujukan Bahan rujukan merupakan keperluan ke dua yang terbukti menyumbang kepada keberkesanan menjana idea. Amalan proses reka bentuk yang sedia ada hanya memfokuskan bahan rujukan ini ke dalam bentuk visual sahaja. Contoh bahan rujukan yang biasa digunakan adalah dari sumber media cetak dan elektronik seperti buku, majalah, fotografi, akhbar dan yang paling popular adalah carian dari sumber Internet. 234
Teknik pembelajaran meta kognitif yang dilaksanakan dilihat memberi kesan yang positif di mana pelajar bukan sahaja dapat mengumpulkan bahan visual, malahan dapat memberi justifikasi ke atas setiap rujukan visual yang dikumpulkan. Bahan rujukan ini juga berperanan sebagai penyedia maklumat tambahan kepada pengetahuan pra pelajar di samping dapat merangsang fungsi kognitif. Maklumat ini kemudiannya akan melalui satu proses pengembangan dan penghubungan melalui aktiviti sumbang saran individu atau berkumpulan. Amalan yang sedia ada hanya menjadikan bahan visual sebagai rujukan melakar atau melukis manakala strategi yang dilaksanakan oleh penyelidik meliputi tiga perkara utama iaitu bahan rujukan dijadikan sebagai alat untuk merangsang fungsi kognitif untuk menjana idea, memberikan justifikasi ke atas setiap rujukan visual yang dikumpulkan dan sebagai bahan rujukan melakar dan melukis. Seterusnya, bahan rujukan berbentuk objek. Bahan rujukan tidak tertakluk kepada bahan media cetak dan elektronik semata-mata. Sekiranya bahan rujukan terlalu bergantung kepada bahan media cetak, dikhuatiri pelajar tidak akan berusaha untuk memahami sifat sebenar objek yang dikaji. Sebagai contoh, objek bunga raya yang dipetik dari pokok adalah lebih tulen sifatnya dari objek bunga raya yang diambil dari majalah. Melalui objek sebenar ini juga, pelajar dapat membuat pemerhatian tiga dimensi yang membuka ruang eksplorasi objek yang lebih realistik untuk tujuan lakaran dan melukis. Oleh yang demikian, dua sumber rujukan ini perlu dalam proses penjanaan idea reka bentuk tekstil. 4.40.3 Aktiviti Berkumpulan Keperluan seterusnya untuk proses penjanaan idea ialah aktiviti pembelajaran dan sumbang saran yang dilakukan secara berkumpulan. Pembelajaran berkumpulan menyediakan peluang untuk pelajar bekerjasama antara satu sama lain dalam menjana dan menghubungkan idea serta menyelesaikan masalah. Kemahiran interpersonal yang 235
diterapkan dalam pembelajaran dilihat dapat mempertingkatkan kebolehan komunikasi di antara pelajar, seterusnya dapat menyelesaikan beberapa persoalan hasil permuafakatan ahli dalam kumpulan. Dalam erti kata yang lain, setiap tindakan dan keputusan dilakukan secara kolektif. Hasil dari dapatan penyelidikan ini, penyelidik mendapati aktiviti sumbang saran yang dilakukan secara berkumpulan juga dilihat berjaya memupuk satu kerjasama di kalangan pelajar dalam menjana dan menghalusi idea. Berbanding dengan aktiviti sumbang saran individu, sumbang saran berkumpulan dilihat lebih bermatlamat kerana setiap pelajar mempunyai sasaran tugasan yang perlu dicapai. Ini merupakan keperluan yang penting dalam keperluan penjanaan dan menghalusi idea. Penyelidik yakin dengan pelaksanaan aktiviti berkumpulan sebegini akan mempertingkatkan kecekapan produktiviti dan kreativiti ke tahap yang diharapkan. 4.40.4 Kemahiran Komunikasi Pembentangan Lisan Berstruktur Pembentangan merupakan suatu bentuk komunikasi satu hala bertujuan untuk menyampaikan maklumat. Sekiranya maklumat itu berjaya disampaikan dengan berkesan, bererti pembentangan itu diklasifikasikan sebagai pembentangan yang baik. Komunikasi satu hala pula bermaksud, seseorang yang menyampaikan maklumat, bukannya menerima maklumat. Hasil dari dapatan penyelidikan ini mendapati, strategi kemahiran komunikasi pembentangan lisan ini amat signifikan dalam melatih pelajar membentang, menjustifikasi dan mempertahankan idea yang dihasilkan. Pembentangan berstruktur yang diperkenalkan membolehkan pelajar merancang isi kandungan pembentangan agar pembentangan dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan bermatlamat. Selain dari itu, dapatan kajian ini juga mendapati keyakinan pelajar semasa membentang berada pada tahap yang tinggi.
236
4.40.5 Pengkategorian Idea Penyediaan kategori idea sebelum aktiviti sumbang saran dilihat sebagai satu langkah yang berkesan dalam memberi informasi awal kepada pelajar tentang senarai subjek yang lebih fokus untuk dihubung dan dikembangkan. Penyelidik meletakkan pengkategorian idea ini sebagai satu keutamaan sebelum aktiviti sumbang saran atas faktor ketidakbolehan pelajar menstrukturkan subjek untuk dikembangkan kepada idea yang lain. Meskipun dibantu dengan bahan rujukan dari media cetak dan elektronik, pengetahuan pelajar terutama semester satu ini masih terbatas kepada pengetahuan am terhadap subjek. Hasil dari dapatan penyelidikan ini, penyelidik mendapati pengkategorian idea ini amat perlu terutama pada pelajar semester satu. Ini adalah kerana, pada aras semester satu, pelajar masih baharu dalam disiplin dan persekitaran reka bentuk tekstil. Kebanyakan pelajar masih belum dapat memahami bagaimanakah bentuk kategori yang dimaksudkan serta perkaitannya di antara satu sama lain. Usaha ini memerlukan latihan khusus yang sudah tentu akan memakan masa yang lama. Hasil dapatan dari penyelidikan ini juga mendapati pelajar masih belum boleh berdikari mencari sumbersumber kategori idea. Mereka ini dilihat masih memerlukan suapan informasi dari pensyarah (spoon feed) bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Dengan adanya pengkategorian idea ini, aktiviti sumbang saran dilihat lebih berkesan bila pelajar aktif
menyumbang idea. Penyediaan kategori idea ini juga
memberi motivasi kepada pelajar agar mereka dapat melengkapkan tugasan penjanaan idea khusus kepada kategori yang telah disenaraikan. Setelah sejumlah idea dari kategori ini dihasilkan, proses pengembangan idea pula dilaksanakan. Ini melibatkan kemahiran mengembang dan menghubungkan idea dari idea yang bersifat am hingga terperinci.
237
4.40.6 Unsur dan Prinsip Reka Bentuk Unsur dan Prinsip (UdP) reka bentuk merupakan disiplin utama dalam sesebuah reka bentuk. Keperluan ini pada hakikatnya diaplikasikan pada setiap kursus yang berteraskan reka bentuk tekstil. Namun begitu, penekanannya dalam proses reka bentuk tekstil didapati tidak menyeluruh. Amalan pengajaran yang sedia ada hanya mengkhususkan UdP ini pada proses pengembangan idea reka bentuk. Kekurangan ini dilihat sebagai satu peluang kepada penyelidik bagi meneroka penggunaan UdP reka bentuk ke atas tema penyelidikan, pengembangan idea dan cadangan reka bentuk. UDP ini dijadikan sebagai sebahagian daripada kandungan pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, ia bukan dianggap sebagai satu strategi tambahan. Penyelidik hanya mengembangkan potensinya ke atas tiga peringkat proses reka bentuk tekstil. Hasil dari dapatan penyelidikan yang dijalankan, penyelidik mendapati penggunaan unsur dan prinsip reka bentuk memainkan peranan yang sangat penting bukan sahaja pada proses pengembangan idea, malah pada setiap proses reka bentuk tekstil. Proses yang dimaksudkan ialah tema penyelidikan, penyelidikan visual, pengembangan idea dan cadangan reka bentuk. Pada proses tema penyelidikan, unsur dan prinsip reka bentuk berperanan sebagai panduan kepada rasionalisasi bahan kajian seperti bahan kajian yang mempunyai tekstur, bentuk, garisan, warna, tona, keseimbangan, pengulangan, kontra, harmoni dan dominan. Bahan kajian yang baik biasanya akan memenuhi kriteria unsur dan prinsip reka bentuk seperti yang telah dinyatakan. Pada proses penyelidikan visual, unsur dan prinsip reka bentuk juga berperanan sebagai panduan kepada proses lakaran dan lukisan. Ini dilakukan degan merujuk kepada unsur yang terdapat pada bahan kajian seperti garisan, tekstur, bentuk dua dan tiga dimensi, warna, tona dan prinsip reka bentuk seperti keseimbangan, kadar banding,
238
pengulangan, kontra, harmoni dan dominan. Lakaran dan lukisan yang baik biasanya akan memenuhi kriteria unsur dan prinsip reka bentuk seperti yang dinyatakan. Pada proses pengembangan idea, unsur dan prinsip reka bentuk berperanan sebagai rujukan kepada pelajar untuk proses kreatif simplifikasi dan modifikasi lakaran dan lukisan yang dihasilkan. Proses ini juga boleh dilakukan melalui kombinasi unsur reka bentuk bersama lakaran yang telah dimodifikasi menjadi sesuatu motif dalam reka bentuk. Proses pengembangan idea ini juga melibatkan susun atur motif (motif arrangements) yang juga menggunakan unsur dan prinsip reka bentuk sebagai pelengkap kepada susun atur motif. Susun atur motif yang dibuat secara berulang-ulang akhirnya akan menghasilkan cadangan satu reka bentuk permukaan (surface design) yang akhirnya akan dapat diaplikasikan ke dalam reka bentuk tekstil. Pada proses cadangan reka bentuk tekstil, unsur dan prinsip reka bentuk berperanan sebagai panduan kepada aplikasi reka bentuk yang telah dihasilkan semasa proses pengembangan idea ke atas sesuatu produk tekstil yang difikirkan sesuai. Panduan kepada aplikasi yang dimaksudkan adalah dengan mengambil kira susun atur yang sesuai untuk sesuatu produk. Sebagai contoh, saiz motif dan gaya susun atur untuk produk kemasan lembut (soft furnishing) seharusnya tidak terlalu penuh dengan motifmotif bersaiz besar dan warna yang terlalu terang. Seharusnya reka bentuk untuk kategori kemasan lembut ini memerlukan motif dan susun atur yang mudah mengikut kesesuaian ruang. 4.40.7 Pengurusan Masa Pengurusan masa juga merupakan salah satu daripada keperluan-keperluan penting dalam proses penjanaan idea. Melalui pengurusan masa, pelajar dapat merancang aktiviti menjana idea dam memastikan masa yang diambil tidak terlalu cepat atau lama. Melalui teknik sumbang saran, masa yang diperuntukkan dalam anggaran sepuluh hingga lima belas minit untuk sesi penjanaan idea manakala sepuluh hingga 239
lima belas minit untuk sesi menghalusi idea. Penetapan masa ini bertujuan untuk memastikan proses stimulasi penjanaan dan menghalusi idea tersebut berada pada tahap maksimum kerana dikhuatiri sekiranya masa yang diperuntukkan ini melebihi dari15 minit, momentum stimulasi akan mula menurun. Ini akan mengakibatkan ketepuan dalam mengembang dan menghubung kaitkan idea. 4.40.8 Kemahiran Psikomotor Melakar dan Melukis Kemahiran psikomotor yang dimaksudkan di sini ialah kemahiran melakar dan melukis. Keperluan kemahiran ini bertujuan sebagai pelengkap kepada proses penjanaan idea melalui teknik sumbang saran. Gabungan dua kemahiran ini perlu bagi melengkapkan kaedah penjanaan idea yang seimbang dari aspek psikomotor dan kognitif. Pelajar diajar secara intensif kaedah melakar dan melukis menggunakan media kering dan basah serta teknik-tekniknya. Ini juga dilakukan dengan bantuan unsur reka bentuk seperti penggunaan garisan, tekstur, tona, bentuk dan warna. Salah satu dari cabaran-cabaran sukar yang dihadapi oleh penyelidik adalah melatih pelajar yang tiada asas membuat lakaran dan lukisan. Usaha ini memerlukan masa dan tenaga penyelidik dalam memberikan latihan intensif dari aspek eksplorasi bahan serta eksperimentasi ke atas permukaan yang pelbagai. Dapatan dari penyelidikan ini menunjukkan gabungan kemahiran psikomotor dan kognitif telah menghasilkan satu kaedah penjanaan idea secara inklusif. Ini dibuktikan dengan perbezaan penghasilan idea oleh pelajar sebelum dan selepas strategi intervensi dijalankan. Kuantiti idea yang hanya dilaksanakan melalui kemahiran melukis semata-mata didapati 60 peratus kurang berbanding kuantiti idea melalui kaedah gabungan kemahiran psikomotor dan kognitif. Salah satu faktor penyumbang kuantiti kaedah gabungan ini adalah, idea yang telah dihasilkan melalui teknik sumbang saran telah dihubung dan dikembangkan 240
melalui lakaran dan lukisan secara terperinci. Sebagai contoh, 50 idea yang dihasilkan melalui kaedah sumbang saran telah dikembangkan kepada 120 idea melalui kaedah lakaran. Pengembangan idea ini adalah melalui perincian terhadap sifat, unsur dan prinsip reka bentuk yang terdapat pada bahan kajian itu sendiri. Oleh yang demikian, keperluan kemahiran melakar dan melukis disifatkan keperluan wajib yang perlu digandingkan dengan kemahiran kognitif menjana idea dalam proses reka bentuk tekstil. 4.41
Keperluan Menghalusi Idea
Keperluan menghalusi idea ini terdiri daripada lima atribut yang terdiri daripada kemahiran, aktiviti dan pengurusan masa dan persembahan. 4.41.1 Kemahiran Meta Kognitif Hasil dapatan dari penyelidikan ini mendapati aplikasi kemahiran meta kognitif amat signifikan dalam proses penjanaan dan menghalusi idea. Kekurangan yang terdapat pada amalan yang sedia ada ialah, tiada penekanan kepada proses pemikiran kritis dalam proses reka bentuk tekstil. Pengaplikasian pemikiran kritis ini membuka ruang dan peluang kepada pelajar mengeksploitasi keupayaan berfikir yang menjurus kepada aturan logik, fakta, ketepatan, keterperincian, justifikasi dan penaakulan. Proses pemikiran kritis ini dinamakan juga dengan pemikiran konvergen. Pelajar terlebih dahulu dilatih dengan kaedah intrapersonal yang sentiasa bertanyakan pada diri sendiri tentang rasional terhadap sesuatu tindakan atau pilihan. Ternyata kaedah ini berjaya memupuk satu budaya pemikiran kritis di kalangan pelajar terutama pada proses menghalusi idea. Proses menghalusi memerlukan keupayaan kognitif pelajar untuk menapis idea yang kurang berkaitan, dan memilih hanya idea berkualiti. 241
4.41.2 Aktiviti Berkumpulan (Menghalusi Idea) Keperluan seterusnya untuk proses menghalusi idea ialah aktiviti pembelajaran dan sumbang saran yang dilakukan secara berkumpulan. Aktiviti berkumpulan juga sama seperti keperluan menjana idea iaitu dengan menyediakan peluang untuk pelajar bekerjasama antara satu sama lain dalam menapis, menghubung dan memberi rasional terhadap idea yang dihasilkan agar lebih berkualiti. Dalam erti kata yang lain, setiap tindakan dan keputusan adalah dilakukan secara kolektif. Hasil dari dapatan penyelidikan ini, penyelidik mendapati aktiviti menghalusi idea yang dilakukan secara berkumpulan juga dilihat berjaya memupuk satu kerjasama di kalangan pelajar dalam menjana dan menghalusi idea. Berbanding dengan aktiviti sumbang saran individu, sumbang saran berkumpulan dilihat lebih bermatlamat kerana setiap pelajar mempunyai sasaran tugasan yang perlu dicapai. Ini merupakan keperluan yang penting dalam keperluan penjanaan dan menghalusi idea. Penyelidik yakin dengan pelaksanaan aktiviti berkumpulan sebegini akan mempertingkatkan kecekapan produktiviti dan kreativiti ke tahap yang diharapkan. 4.41.3 Kemahiran Komunikasi Pembentangan Lisan Berstruktur Seperti keperluan penjanaan idea, hasil dari dapatan penyelidikan ini mendapati kemahiran komunikasi pembentangan lisan berstruktur ini juga diperlukan untuk proses menghalusi idea. Terdapat sedikit perbezaan di mana, pada sesi menghalusi idea ini, pembentang turut bersedia menjawab soalan yang ditanya oleh ahli kumpulan lain seperti apakah kaitan antara idea A dan idea B?. Secara tidak langsung, pembentang mempelajari dua kemahiran iaitu: i. Kemahiran Komunikasi Pembentangan Lisan (KKPL). ii. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) menghubung dan mensintesis dari satu idea ke idea yang lain. 242
4.41.4 Pengurusan Masa Seperti keperluan penjanaan idea, pengurusan dan perancangan masa khusus untuk aktiviti menghalusi idea ini juga penting bagi memastikan masa yang diambil tidak terlalu cepat atau lama. Rasional terhadap penetapan masa aktiviti menghalusi idea bertujuan agar proses stimulasi rasionalisasi, menghubung dan menapis idea berada pada tahap yang segar dan berkualiti. Dapatan penyelidikan ini mendapati masa yang diambil terlalu lama untuk proses menghalusi idea telah mempengaruhi produktiviti dan kualiti yang lebih rendah berbanding peruntukan masa piawai sepuluh hingga dua belas minit. Oleh yang demikian, keperluan pengurusan masa melalui teknik sumbang saran adalah signifikan dalam proses reka bentuk tekstil kerana dengan adanya pengurusan masa ini membolehkan pelajar merancang dan memantau aktiviti sumbang saran dalam kerangka masa yang ditetapkan. 4.41.5 Papan Konsep (Mood Board, Concept Board) Papan konsep merupakan alat yang digunakan untuk membantu pereka mendapatkan idea mengikut permintaan pelanggan. Pada asasnya, papan idea adalah teknik kolaj foto, lakaran, imej, keratan akbar, teks, sampel fabrik dan warna. Untuk sesi menghalusi idea, papan konsep ini dijadikan sebagai keperluan penting representasi idea pada peringkat akhir menghalusi idea. Idea atau imej yang terhasil disusun mengikut keutamaan di atas papan konsep. Penyusunan ini juga mengikut tiga susunan iaitu latar belakang, tengah dan hadapan. Latar belakang biasanya terdiri dari warnawarna dominan berkaitan bahan kajian. Latar tengah pula terdiri daripada objek utama bahan kajian manakala latar hadapan terdiri daripada objek perincian bahan kajian seperti aksesori pelengkap bahan kajian. Dapatan penyelidikan ini membuktikan pelajar dapat memahami konsep tema melalui rasionalisasi serta gabungan imej dan unsur reka
243
bentuk. Dengan menggunakan papan idea ini juga, pelajar dapat membentangkan konsep tema dengan lancar dan yakin. 4.42
Integrasi Teknik Sumbang Saran Yang Menyumbang Kepada Prosedur Reka Bentuk Tekstil Secara Efektif.
(Berdasarkan kepada soalan penyelidikan ketiga: Apakah bentuk integrasi sumbang saran yang menyumbang kepada prosedur reka bentuk tekstil secara efektif?) Formulasi ini membincangkan tentang modus operandi ke atas empat peringkat reka bentuk tekstil yang mempunyai keperluan kemahiran yang berbeza. Melalui gabungan beberapa teknik sumbang saran, keperluan proses reka bentuk dan strategi pembelajaran yang telah dijalankan, penyelidik telah mensintesis seterusnya merumuskan prosedur penjanaan dan menghalusi idea ke tahap optimum bagi mengatasi kelemahan-kelemahan prosedur reka bentuk tekstil yang terdahulu. Terlebih dahulu, formulasi ini telah menjalani peringkat validasi prosedur dan kandungan oleh dua orang pensyarah kanan selaku pakar bidang reka bentuk tekstil. 4.42.1 Peringkat Tema Penyelidikan Tema penyelidikan merupakan peringkat yang paling utama dalam proses reka bentuk tekstil. Peringkat ini memberi penekanan 80% kemahiran kognitif penjanaan idea melalui aktiviti individu dan berkumpulan. Penekanan 20% lagi diperuntukkan untuk kemahiran psikomotor menyusun dan membuat kompilasi dokumen secara sistematik. Kombinasi aktiviti ini dilengkapkan dengan tiga teknik sumbang saran yang menjadi teras kepada pendekatan pembelajaran studio yang dijalankan. Berikut merupakan turutan formulasi/rumusan mengikut keutamaan untuk empat peringkat reka bentuk tekstil.
244
4.42.2 Taklimat Projek Reka Bentuk Rasional kepada keperluan taklimat projek reka bentuk ini adalah maklumat dan arahan yang tepat dapat memastikan perancangan dan pelaksanaan sesuatu projek reka bentuk berjalan lancar. Taklimat projek reka bentuk ini untuk menetapkan objektif perancangan dan pelaksanaan projek reka bentuk. Peringkat ini banyak bergantung kepada pengetahuan pra berdasarkan pengalaman individu. Pengetahuan pra ini berpotensi untuk dikembangkan melalui aktiviti kognitif samada individu atau berkumpulan. Penekanan 80% kemahiran kognitif pada proses ini dilaksanakan melalui kombinasi strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Selepas taklimat projek reka bentuk diberikan, proses seterusnya adalah untuk memastikan pelajar memahami sepenuhnya keperluan projek reka bentuk. Taklimat ini menyediakan informasi tentang tema, spesifikasi, jangkaan, teknikal dan kerangka masa projek. Melalui informasi ini, pelajar kemudiannya diminta untuk mencari maklumat berkenaan tema yang ditetapkan. 4.42.3 Bahan Rujukan Rasional kepada keperluan bahan rujukan ini adalah pengetahuan pra terhadap sesuatu situasi atau subjek adalah tidak mencukupi tanpa bantuan bahan rujukan visual dan teks. Idea yang berkualiti terhasil melalui gabungan pra pengetahuan tentang objek tersebut dan pengalaman visual sebagai inspirasi. Oleh yang demikian, bahan rujukan dijadikan sebagai salah satu sumber inspirasi menjana selain dari aktiviti kognitif menjana idea dan lakaran. Pengetahuan pra pelajar amat terhad terhadap sesuatu objek. Oleh yang demikian, satu usaha untuk menambah dan memperkembangkan lagi pengetahuan terhadap sesuatu objek yang dikaji adalah penting bagi mengelakkan terhasilnya idea yang tidak berkualiti. Objektif utama bahan rujukan ini adalah sebagai
245
sumber visual dan fakta untuk merangsang dan menambahkan informasi terhadap bahan kajian. Pelajar diminta untuk membuat penyelidikan melalui bahan rujukan dari sumber bahan cetak dan elektronik seperti buku, majalah, akhbar, foto dan sumber informasi atas talian. Sumber ini terbahagi kepada dua kategori iaitu visual dan fakta bertulis. Rujukan visual adalah sumber dominan dalam disiplin reka bentuk kerana kekuatan seseorang pelajar reka bentuk adalah berdasarkan kepada kebolehannya menterjemah visual sebagai penyataan reka bentuk. Kategori ke dua pula dijadikan sebagai kefahaman dalam bentuk fakta. Sebagai contoh, perayaan Hari Raya Aidilfitri diraikan oleh semua bangsa yang beragama Islam, tidak spesifik kepada bangsa Melayu sahaja. Fakta ini adalah sokongan kepada visual yang dikumpulkan. Kombinasi dua kategori ini bertujuan bukan sahaja menterjemahkan visual sebagai penyataan reka bentuk, malahan dapat memberi rasionalisasi ke atas setiap rujukan visual yang diperoleh. Tempoh tugasan yang ditetapkan adalah dalam masa satu minggu. Pada minggu seterusnya, pelajar diminta untuk membawa sumber rujukan yang berkaitan dengan tema penyelidikan melalui sumber media cetak, elektronik atau Internet. Bahan rujukan ini juga bukan sahaja memberi penekanan terhadap sumber visual, malahan pelajar diminta untuk mencari informasi dalam bentuk fakta terhadap bahan kajian. Ini bertujuan untuk memperlengkapkan pelajar melalui pengetahuan visual dan fakta. 4.42.4 Jadual Pelaksanaan Reka Bentuk Rasional kepada keperluan penyediaan Jadual Pelaksanaan Reka Bentuk adalah setiap reka bentuk yang efektif memerlukan perancangan dan pelaksanaan teliti dan sistematik agar prosesnya mudah dipantau dan dinilai. Jadual ini terbahagi kepada dua kategori iaitu jadual kerja khusus pada setiap peringkat proses reka bentuk dan jadual kerja umum untuk keseluruhan projek. Rasional kepada penyediaan jadual ini bagi 246
membolehkan pelajar membuat perancangan masa, kos dan merangka tindakan yang akan diambil. Satu semester bersamaan dengan 14 minggu waktu kuliah. Setiap minggu pula diperuntukkan lima jam waktu kuliah. Menurut sistem Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome Based Education, 2012), pembelajaran terbahagi kepada dua kategori iaitu bersemuka (face to face) dan bukan bersemuka (non face to face). Pembelajaran bersemuka memperuntukkan satu jam syarahan dan empat jam tutorial seminggu untuk kursus penyelidikan reka bentuk ini. Jumlah keseluruhan pembelajaran dan aktiviti studio adalah lima jam seminggu. Pembelajaran dan aktiviti studio melibatkan tutorial empat peringkat proses reka bentuk terdiri daripada aplikasi kemahiran kognitif penjanaan idea, menghalusi idea, membuat komposisi, susunan imej serta kemahiran psikomotor melakar, mewarna dan melukis. Pembelajaran bukan bersemuka pula adalah peruntukan masa pembelajaran kendiri di luar waktu kuliah. Mengikut perkiraan yang ditetapkan oleh sistem pendidikan berasaskan hasil, setiap lima jam kuliah seminggu perlu penambahan 90 minit untuk pembelajaran kendiri yang dilaksanakan di luar waktu kuliah pada minggu yang sama. Melalui dua kategori pembelajaran ini, pelajar dapat merancang strategi pembelajaran mereka mengikut keutamaan. Sebagai contoh, masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran bukan bersemuka, pelajar dapat mengisi masa tersebut dengan pembelajaran atas talian melalui portal i-learn yang sediakan oleh universiti, mesej telegram atau whatsapp berkumpulan atau sumbang saran individu menggunakan perisian yang spesifik. Setiap jadual yang dirancang perlulah mengemukakan objektif harian, mingguan dan bulanan berserta keperluan bahan dan kos. Perancangan ini kemudiannya akan dinilai dan direflek semula bagi menguji sejauh mana keberkesanan perancangan dan tindakan yang diambil. Oleh yang demikian, pelajar tertakluk kepada disiplin masa yang dirancang oleh mereka sendiri. Keperluan jadual pelaksanaan reka bentuk ini pada hakikatnya dilaksanakan di organisasi atau syarikat industri kreatif, namun aplikasi ke 247
atas proses pembelajaran juga memberikan satu pengalaman langsung industri kreatif yang melatih pelajar pengalaman sebenar dunia pekerjaan. 4.42.5 Sumbang Saran Berkumpulan Rasional kepada keperluan sumbang saran berkumpulan ini adalah peringkat tema penyelidikan amat memerlukan 80% kemahiran kognitif menjana dan menghalusi idea. Aktiviti berkumpulan dapat merangsang keupayaan berfikir dan membuat keputusan secara kolektif. Dalam konteks penjanaan idea, tujuan sumbang saran berkumpulan adalah untuk mendapatkan kuantiti idea yang banyak dan kualiti idea yang bermutu secara kolektif. Aktiviti ini dilaksanakan sebaik sahaja taklimat projek reka bentuk diberikan. Pelajar perlu terlebih dahulu mengumpulkan maklumat berbentuk visual dan bertulis berkenaan bahan kajian yang ditetapkan. Pelaksanaan teknik ini dilakukan berkumpulan untuk menjana seberapa banyak idea yang mungkin terhadap bahan kajian. Melalui kajian yang dijalankan, penyelidik mendapati idea yang terbentuk melalui teknik ini mempunyai kuantiti dan kualiti yang memuaskan. Melalui
aktiviti
sumbang
saran
berkumpulan
ini,
kebanyakan
idea
dikembangkan melalui idea yang sedia ada sehingga terhasilnya kumpulan-kumpulan idea lebih terperinci yang tidak terfikir sebelumnya. Teknik sumbang saran berkumpulan ini juga mengeksploitasi kebolehan kognitif pelajar ke arah pemikiran dan konvergen yang seharusnya diaplikasikan pada peringkat Ijazah Sarjana Muda ini. 4.42.6 Kategori Idea Rasional kepada keperluan kategori idea ini adalah manusia akan lebih mudah mengingati dan memahami apabila berfikir mengikut pola dan struktur. Kategori idea dijadikan bagai struktur kepada responden untuk menjana idea mengikut panduan kategori idea yang disediakan. Dalam erti kata yang lain, pelajar dapat menjana idea 248
dengan lebih berkesan dengan adanya panduan idea berstruktur. Panduan ini disediakan oleh pensyarah. Sebagai contoh, tema Perayaan Hari Raya Aidilfitri, pelajar dengan mudah dapat mengkategorikan idea seperti kategori makanan, minuman, warna, peralatan, hiasan, pakaian, suasana, perasaan dan sebagainya. Idea ini berkembang dalam kuantiti yang lebih besar apabila dilaksanakan secara berkumpulan. Rasional kepada keperluan brainwriting adalah kuantiti idea ditentukan oleh jumlah peserta yang menyumbang. Seperti kaedah yang telah diterangkan dalam bab tiga, teknik brainwriting ini terbukti sebagai teknik yang paling efektif berbanding sumbang saran individu dan berkumpulan. Memandangkan konsep brainwriting ini melibatkan komitmen semua responden menyumbangkan idea, maka terdapat perbezaan ke atas kuantiti idea yang dihasilkan. Hasil dari penyelidikan ini mendapati apabila sesebuah kumpulan diminta untuk menyumbang idea untuk kumpulan dari subjek yang berbeza, mereka secara langsung menunjukkan komitmen dan motivasi yang tinggi kerana cuba bersaing bagi menjana kuantiti idea yang lebih baik dari kumpulan sebelumnya. Proses percambahan idea berlaku dengan pesat melalui idea yang sedia ada. Oleh yang demikian, kuantiti idea yang dihasilkan untuk setiap kumpulan meningkat. 4.42.7 Sumbang Saran Individu Rasional kepada keperluan sumbang saran individu adalah kemahiran kognitif menjana idea bukan sahaja dapat dilakukan secara berkumpulan, malahan ia juga dapat dilakukan secara individu melalui bantuan aplikasi perisian spesifik sumbang saran. Idea dapat dijana dan dikembangkan melalui teknik dan alat yang sesuai walaupun dilakukan bersendirian. Oleh yang demikian, sumbang saran individu digunakan sebagai teknik penjanaan idea tambahan yang dilaksanakan di luar waktu studio. Ini
249
membolehkan pelajar menambah dan memperkembangkan lagi idea yang telah dijana semasa aktiviti berkumpulan di dalam studio. Sumbang saran individu ini boleh dilakukan menggunakan perisian sumbang saran dan peta minda XMIND versi 6. Melalui perisian ini, pelajar dapat menjana idea dengan menjawab kepada soalan yang telah ditetapkan. Soalan ini boleh diakses melalui forum portal pelajar. Dapatan penyelidikan mendapati sumbang saran individu terbukti membantu pelajar mempersiapkan diri untuk sesi sumbang saran berkumpulan yang dilaksanakan di dalam studio. Ini adalah kerana lebih banyak maklumat dan idea diperoleh sebelum sesi sumbang saran berkumpulan dijalankan. 4.42.8 Persembahan Idea Melalui Papan Konsep/Idea Rasional kepada keperluan persembahan idea melalui papan konsep/idea ini adalah kemahiran kognitif bukan sahaja dilakukan melalui teknik penjanaan dan menghalusi idea, malah ia juga melibatkan kemahiran mentafsir dan menterjemah perkataan ke dalam bentuk visual/gambar. Penyelidikan ini mendapati idea berbentuk visual lebih mudah dicerna berbanding verbatim. Papan konsep ini merupakan idea awal seseorang pereka bagi menggambarkan arah tuju serta inspirasi sesuatu reka bentuk. Papan konsep atau idea ini merupakan satu lagi kemahiran kognitif bagi menzahirkan perkataan dalam bentuk gambar/visual. Dalam hal ini, setiap individu mempunyai tahap kreativiti yang berbeza dari aspek pemahaman, penterjemahan dan pemilihan gambar/visual. Gambar/visual ini dijadikan sebagai representasi idea, warna, objek, mood dan hala tuju sesuatu reka bentuk. Melalui papan konsep ini, pelajar juga bukan sahaja mempelajari penyusunan tiga lapis gambar/visual, malah dapat melatih kemahiran komunikasi membentang papan konsep dengan penuh yakin.
250
4.42.9 Sesi Kritik Tema Penyelidikan Rasional kepada keperluan sesi kritik ini adalah penekanan kepada kemahiran meta kognitif amat diperlukan dalam proses tema penyelidikan. Kemahiran meta kognitif diaplikasikan melalui proses berfikir dan mencari rasional idea yang dibentangkan. Ciri idea yang baik memerlukan maklum balas dari orang lain. Sesi kritik yang dimaksudkan di sini adalah komen rakan lain terhadap papan konsep yang dihasilkan. Objektif sesi kritik ini komunikasi dua hala untuk membolehkan seseorang pelajar menerima maklumat dari rakan lain, manakala rakan lain bebas memberi pandangan dan maklumat berkenaan hasil kerja seseorang pelajar. Secara tidak langsung, sesi ini mempromosikan kemahiran kognitif menjana, memberi idea kepada rakan di samping pelajar yang sedang dikritik pula dapat mempertahankan idea yang dihasilkan dengan memberi rasional kenapa idea yang dipilih itu perlu dipertahankan. 4.43
Peringkat Penyelidikan Visual Penyelidikan visual merupakan peringkat ke dua dalam proses reka bentuk
tekstil. Proses ini memberi penekanan 70% kemahiran psikomotor melakar dan melukis bahan kajian yang telah dipilih dan 30% kemahiran kognitif penjanaan idea dan penyelesaian masalah. Pecahan peratusan ini dibuat hasil dari dapatan penyelidikan yang mencadangkan kemahiran melakar dan melukis dijadikan sebagai salah satu dari teknik penjanaan idea selain dari teknik sumbang saran. Kemahiran melakar dan melukis memerlukan latihan intensif yang berterusan kerana bukan semua responden berkebolehan untuk berbuat demikian. Peranan teknik sumbang saran pada peringkat ini adalah untuk menjana idea penggunaan dan eksplorasi bahan, teknik melukis dan melakar, mengenal pasti unsur dan prinsip reka bentuk yang berkaitan dengan bahan kajian dan beberapa proses penyelesaian masalah reka bentuk.
251
4.43.1 Kemahiran Melakar/Melukis Rasional kepada keperluan kemahiran psikomotor melakar dan melukis ini adalah perlunya 70% kemahiran melakar/melukis bagi mengimbangi kemahiran kognitif kemahiran berfikir. Penjanaan idea reka bentuk tekstil memerlukan dua kemahiran ini. Penyelidik telah meletakkan limitasi penyelidikan yang hanya menyentuh kemahiran kognitif menjana dan menghalusi idea pada setiap peringkat proses reka bentuk. Oleh yang demikian, penyelidik tidak memberi penekanan secara terperinci tentang kemahiran psikomotor melakar/melukis ini. Menurut pemerhatian yang dijalankan, lima dari lapan responden tidak berkebolehan untuk melukis. Walau bagaimanapun, penyelidik telah menyediakan latihan intensif kepada responden melalui latihan melakar dan melukis seperti berikut: a)
Lakaran i.
Teknik Hatching
ii.
Teknik Cross Hatching
iii.
Teknik Smooth Shading
iv.
Teknik Tona Terang/Gelap
b)
Melukis i.
Teknik Outline dan Line Variety
ii.
Teknik Lukisan Realistik
iii.
Teknik Lukisan Terperinci
iv.
Teknik Sudut Pandangan Kreatif Pada hakikatnya, teknik-teknik yang tertera di atas merupakan satu tugasan yang
sangat mencabar kepada penyelidik kerana, untuk memahirkan responden dengan kemahiran melakar dan melukis sesungguhnya memerlukan masa yang lama. Bukan dalam masa enam bulan, malah kemahiran ini memerlukan latihan intensif dari masa ke 252
masa. Bahkan, kemahiran melakar dan melukis untuk penjanaan idea ini boleh dijadikan sebuah penyelidikan di peringkat Ijazah Doktor Falsafah. 4.43.2 Papan Konsep/Idea Rasional penggunaan papan konsep/idea untuk peringkat penyelidikan visual ini adalah sesuatu inspirasi perlu wujud dalam bentuk visual. Untuk peringkat penyelidikan visual ini, perkara yang paling utama yang perlu diberi perhatian adalah kefahaman responden terhadap bahan kajian yang dipilih. Responden perlu memahami secara jelas tentang sifat fizikal dan semula jadi bahan kajian. Papan konsep/Idea ini memberikan gambaran secara umum tentang arah tuju sesuatu reka bentuk yang melibatkan imej, teks, warna, suasana, mood dan sifat fizikal bahan kajian. 4.43.3 Bahan Rujukan Rasional penggunaan bahan rujukan ini adalah perincian terhadap sesuatu bahan kajian memerlukan rujukan visual sebagai sokongan. Pra pengetahuan responden terhadap bahan kajian amat terhad berdasarkan pengalaman individu. Oleh yang demikian, bahan rujukan visual dari media cetak, elektronik dan foto amat diperlukan untuk tujuan melakar dan melukis. 4.43.4 Sumbang Saran Berkumpulan Penggunaan sumbang saran berkumpulan pada peringkat penyelidikan visual ini adalah sebagai teknik penjanaan idea untuk perincian bahan kajian yang lebih spesifik, penggunaan unsur dan prinsip reka bentuk untuk lakaran dan lukisan, pemilihan peralatan serta teknik yang sesuai untuk melakar dan melukis. Dengan wujud idea yang banyak dapat menambahkan kuantiti lakaran dan kualiti lukisan yang bermutu.
253
4.43.5 Unsur dan Prinsip Reka Bentuk Penggunaan unsur dan prinsip reka bentuk untuk peringkat penyelidikan visual ini adalah perlu terutama untuk tujuan melakar dan melukis idea. Ia dijadikan sebagai panduan berstruktur agar responden dapat memberi fokus kepada unsur yang terdapat pada bahan kajian mereka seperti garisan, tekstur, bentuk, rupa, ruang dan warna. Responden dapat mengenal pasti unsur ini pada setiap bahan kajian mereka. Selain dari itu, prinsip reka bentuk juga dapat dijadikan panduan seperti harmoni, kontra, penegasan, imbangan, irama, pergerakan, kepelbagaian dan kesatuan. Dapatan penyelidikan mengesyorkan unsur dan prinsip reka bentuk dijadikan sebagai panduan berstruktur untuk tujuan melakar dan melukis bahan kajian. 4.43.6 Buku Lakaran / Diari Visual Penggunaan buku lakaran atau diari visual merupakan satu kemestian kepada pelajar seni dan reka bentuk. Rasional kepada keperluan ini adalah kemahiran psikomotor dibangun dan dikembangkan melalui proses pemerhatian dan kemudiannya dizahirkan melalui amalan melakar di atas medium seperti kertas lukisan atau buku lakaran. Buku lakaran mempunyai beberapa kepentingan seperti satu amalan atau usaha yang berterusan merekodkan apa yang dilihat dan difikirkan. Selain dari itu, ia juga dijadikan sebagai amalan dan tabiat yang bermanfaat kepada responden. Ia juga dijadikan sebagai refleksi visual ke atas karakter, kualiti dan sikap individu yang juga bertujuan untuk merekodkan pemikiran seseorang pereka di samping mencari kemungkinan idea yang berpotensi untuk dibangunkan. 4.43.7 Sesi Kritik Penyelidikan Visual Tujuan sesi kritik ini adalah untuk memberi penekanan kepada kemahiran kognitif membuat kritikan terhadap lakaran dan lukisan yang dihasilkan. Pada peringkat 254
penyelidikan visual ini, maklum balas oleh responden melalui kritikan dapat memperbaiki persepsi responden yang dikritik, manakala responden yang mengkritik pula dapat memupuk budaya kritik dalam konteks reka bentuk. Begitu juga sebaliknya di mana proses kritik ini berterusan pada setiap responden. Penyelidik juga mendapati sesi kritik ini dianggap sebagai proses penilaian skala kecil yang perlu pada setiap peringkat proses reka bentuk. Terdapat dua kemahiran yang praktikal di sini iaitu kemahiran kognitif dan komunikasi dua hala. 4.44
Peringkat Pengembangan Idea Pengembangan idea merupakan peringkat ke tiga selepas penyelidikan visual.
Peringkat ini juga merupakan peringkat penting dalam proses reka bentuk kerana kefahaman responden teruji melalui kemahiran berfikir aras tinggi yang melibatkan proses mensintesis, menilai dan menghasilkan sesebuah rekaan. Peringkat ini memberi penekanan 50% kemahiran kognitif mensintesis dan menghasilkan karya dan 50% kemahiran psikomotor menggubah, menyusun dan mengkoordinasi warna. Berikut merupakan formulasi keperluan pengembangan idea mengikut keutamaan. 4.44.1 Modifikasi dan Simplifikasi Lakaran dan Lukisan Modifikasi dan simplifikasi hasil lakaran dan lukisan merupakan proses kreatif yang mengehendaki responden mengubah sifat atau bentuk asal bahan kajian tanpa menghilangkan ciri asal objek tersebut. Simplifikasi pula bermaksud meringkaskan lagi perincian unsur reka bentuk yang terdapat pada lakaran dan lukisan seperti garisan, tekstur, bentuk dan warna supaya kelihatan lebih mudah dan ringkas. Proses ini biasanya akan menghasilkan atribut seperti motif, ikon, teks, tekstur dan kombinasi warna yang disusun dan digubah menjadi reka corak. Pembentukan reka corak dihasilkan melalui proses kreatif menyusun dan menggubah atribut yang 255
dihasilkan. Keperluan ini membolehkan responden menguasai kemahiran berfikir aras tinggi dengan mensintesis dan menghasilkan gubahan dan susunan reka bentuk tekstil. 4.44.2 Unsur dan Prinsip Reka Bentuk Unsur dan prinsip reka bentuk pada peringkat perkembangan idea ini dijadikan sebagai teras dalam proses reka bentuk. Peranan unsur dan prinsip reka bentuk ini juga dijadikan sebagai panduan kepada responden untuk menggunakannya dalam membuat komposisi dan susun atur reka corak. Pada peringkat ini juga, unsur dan prinsip reka bentuk saling bekerja sama dengan proses kreatif membuat komposisi dan susun atur pada reka corak. 4.44.3 Komposisi Dan Susun Atur Komposisi dan susun atur menggabungkan enam unsur reka bentuk seperti garisan, warna, rupa, ton, tekstur dan bentuk. Unsur ini kemudiannya dimanipulasikan bersama prinsip reka bentuk utama seperti imbangan simetri, asimetri, ruang, kepelbagaian, kedalaman dan pengulangan. Ini juga melibatkan proses kreatif komposisi serta memerlukan masa untuk responden menguasai kemahiran ini. Proses ini membolehkan responden menguasai dua kemahiran iaitu psikomotor melukis, melakar dan mewarna serta kognitif yang melibatkan proses kreativiti menghasilkan komposisi reka bentuk tekstil. 4.44.4 Sumbang Saran Berkumpulan Untuk peringkat perkembangan idea ini, sumbang saran berkumpulan berperanan dalam dua tujuan iaitu yang pertama sebagai penjanaan bentuk motif, aplikasi tekstur dan koordinasi warna yang bersesuaian dengan tema. Idea disumbangkan oleh ahli dalam kumpulan dapat membantu rakan memilih motif, bentuk, 256
tekstur dan koordinasi warna yang dapat diaplikasikan dalam projek reka bentuk mereka. Tujuan ke dua sumbang saran berkumpulan adalah untuk penjanaan idea komposisi dan penyusunan motif agar menjadi cadangan reka corak yang bersesuaian dengan bahan kajian. Komposisi dan penyusunan reka corak ini mengambil kira unsur dan prinsip reka bentuk seperti ruang, tekstur, ritma, pengulangan dan penegasan. Penyelidik mendapati peranan sumbang berkumpulan ini sangat penting sebagai kaedah perbincangan berkumpulan yang terbukti dapat membantu responden menjana idea, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. 4.44.5 Sesi Kritik Pengembangan Idea Tujuan sesi kritik ini adalah untuk memberi penekanan kepada kemahiran kognitif responden mengkritik terhadap modifikasi, simplifikasi dan komposisi reka corak yang dihasilkan. Pada peringkat pengembangan idea ini, maklum balas oleh responden melalui kritikan dapat memberi input tentang kekurangan yang ada. Begitu juga sebaliknya di mana proses kritik ini berterusan pada setiap responden. Penyelidik juga mendapati sesi kritik ini dianggap sebagai proses penilaian skala kecil yang perlu pada setiap peringkat proses reka bentuk. Terdapat dua kemahiran yang diamalkan di sini iaitu kemahiran kognitif dan komunikasi dua hala. 4.45
Peringkat Cadangan Produk Reka Bentuk Cadangan reka bentuk merupakan peringkat ke empat dalam proses reka bentuk
tekstil. Proses ini memberi penekanan 50% kemahiran psikomotor melakar, melukis dan mewarna cadangan produk reka bentuk yang telah dipilih dan 50% kemahiran kognitif memanipulasikan reka corak ke atas permukaan produk. Pecahan peratusan ini dibuat hasil dari dapatan penyelidikan yang mencadangkan kemahiran yang seimbang di antara 257
psikomotor dan kognitif pada peringkat cadangan produk reka bentuk ini. Proses ini juga melibatkan aspek spesifikasi teknikal ukuran dan ketepatan design placement ke atas produk yang dicadangkan. Cadangan produk reka bentuk tekstil ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu fesyen, kemasan lembut dan kraftangan. Responden boleh memilih salah satu dari tiga kategori produk untuk dibangunkan. Walau bagaimanapun, peringkat cadangan reka bentuk ini hanya membataskan kepada cadangan reka bentuk yang dizahirkan melalui representasi visual sahaja. Ia tidak melibatkan proses produksi untuk semester ini. Proses prototaip produk akan di lakukan pada semester akan datang. 4.45.1 Kategori Produk Berasaskan Tekstil Terdapat pelbagai jenis produk yang berasaskan tekstil, namun kategori yang paling kerap digunakan terbahagi kepada tiga iaitu; i.
Kategori Fesyen
ii.
Kategori Kemasan Lembut
iii.
Kategori Kraftangan
4.45.2 Kategori Fesyen Kategori ini memberi fokus kepada pakaian formal dan kasual lelaki dan wanita serta aksesorinya. Responden yang memilih kategori ini diberikan template lakaran figura lelaki dan wanita sebagai panduan membuat reka bentuk pakaian serta cadangan reka letak motif dan reka corak. Jumlah cadangan reka bentuk untuk kategori fesyen ini adalah dua pasang untuk pakaian kasual dan formal yang dipersembahkan dalam bentuk visual. Di samping itu, responden juga membuat penambahan aksesori fesyen yang berkaitan seperti beg tangan wanita, selendang panjang, kasut gelang tangan, antinganting dan headgear. 258
4.45.3 Kategori Kemasan Lembut Kategori ini memberi fokus kepada produk gunaan seperti langsir, alas meja, hamparan meja (table runner), cadar, sarung bantal dan hamparan tilam (bed runner). Responden yang memilih kategori ini diberikan spesifikasi teknikal berkaitan ukuran dan reka letak motif dan reka corak. Jumlah cadangan bagi kategori ini adalah satu set produk kemasan lembut yang dipersembahkan dalam bentuk visual. Di samping itu, responden boleh membuat penambahan aksesori yang lain seperti kertas dinding, gambar berbingkai, napkin dan coaster. 4.45.4 Kategori Kraftangan Kategori ini memberi fokus kepada produk kraftangan seperti aksesori fesyen, alat tulis, permainan dan pembungkusan kreatif. Responden yang memilih kategori ini diberikan spesifikasi teknikal berkaitan ukuran, reka letak motif dan reka corak. Responden boleh memilih salah satu dari jenis produk yang disenaraikan di atas. Jumlah cadangan bagi kategori ini adalah satu set produk kraf yang dipersembahkan dalam bentuk visual sebagai cadangan reka bentuk. 4.45.5 Sumbang Saran Berkumpulan Peranan sumbang saran pada peringkat ini adalah menjana idea untuk produk yang dikenal pasti berpotensi untuk dihasilkan dan aspek teknikal (design placement) reka corak ke atas produk yang dicadangkan. Terbukti kaedah sumbang saran berkumpulan ini lebih efektif berbanding diskusi berkumpulan dari aspek komitmen responden. Penyelidik mendapati dengan menggunakan kaedah sumbang saran berkumpulan ini, responden mencuba sedaya upaya untuk menjana idea, pandangan, cadangan dan penyelesaian dalam kuantiti yang banyak. Oleh yang demikian, kaedah
259
sumbang saran berkumpulan amat diperlukan terutama pada peringkat cadangan produk reka bentuk ini. 4.45.6 Komposisi dan Pemetaan Reka Corak (Composition and Design Pattern Mapping) Keperluan ini merupakan kesinambungan dari proses pengembangan idea yang terdahulu di mana pada peringkat ini, fokus diberikan lebih kepada kemahiran teknikal memilih komposisi dan pemetaan reka corak ke atas permukaan produk mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Proses ini membolehkan responden menguasai kemahiran teknikal yang berkaitan dengan nisbah skala, ukuran dan ketepatan pemetaan reka corak. Objektif proses ini adalah untuk menghasilkan cadangan reka corak dan menyediakan spesifikasi teknikal ke atas produk. Cadangan produk reka bentuk ini kemudiannya dipersembahkan dalam bentuk visual dan perlu dibentangkan. 4.45.7 Sesi Kritik Cadangan Reka Bentuk Sesi ini membuka ruang kepada responden untuk menguji kemahiran mengkritik cadangan reka bentuk produk yang dihasilkan oleh responden lain. Untuk tujuan ini, beberapa garis panduan telah ditetapkan agar sesi kritik ini tidak tersasar dari matlamat asal. Kritikan perlu mengambil kira unsur dan prinsip reka bentuk seperti kesesuaian reka corak dan produk, kesesuaian warna, komposisi, saiz, imbangan dan potensi produk untuk dipasarkan. Responden yang dikritik pula mendapat input yang dapat memperbaiki kelemahan yang terdapat pada cadangan reka bentuk mereka. 4.45.8 Kemahiran Komunikasi Pembentangan Lisan Berstruktur Seperti dapatan penyelidikan yang diterangkan sebelum ini, kemahiran membentang hasil idea atau karya amat diperlukan terutama pada peringkat tema penyelidikan dan cadangan reka bentuk produk. Pada peringkat ini, setiap responden 260
diminta untuk membuat pembentangan hasil cadangan reka bentuk yang telah siap. Pembentangan ini dilakukan secara berstruktur bagi memudahkan proses pembentangan oleh responden. Struktur kandungan pembentangan perlu menyentuh tentang; i.
Tema Projek
ii.
Bahan Kajian
iii.
Unsur dan prinsip reka bentuk
iv.
Rasional pemilihan bahan kajian
v.
Perkaitan di antara bahan kajian dengan produk
vi.
Rasional komposisi dan pemetaan reka corak pada permukaan produk
vii.
Potensi produk untuk dikomersialkan.
Dengan adanya struktur ini, responden lebih bersedia untuk membentangkan cadangan reka bentuk mereka dengan lebih yakin kerana mempunyai masa yang mencukupi untuk berlatih sebelum pembentangan. 4.46
Peningkatan Kuantiti Dan Kualiti Idea Reka Bentuk Tekstil Melalui Intervensi Teknik Sumbang Saran Berkategori
Berdasarkan kepada hipotesis penyelidikan: Hipotesis 1:
Akan terdapat peningkatan yang tidak ketara secara statistik ke atas
kuantiti kelancaran idea kumpulan eksperimen pada ujian kreativiti penjanaan idea sebelum dan selepas yang mungkin disebabkan oleh penggunaan teknik sumbang saran. Jadual 4.4 menunjukkan terdapat perbezaan statistik yang signifikan (pada tahap p=0.05) antara kedua-dua min skor pelajar pada ujian pra dan pasca secara keseluruhan. Ujian-T berjumlah (8.123) menunjukkan perbezaan yang signifikan secara statistik yang menjadi kelebihan kepada kumpulan eksperimen dengan menggunakan teknik sumbang saran berkategori. Keputusan Ujian-t satu sampel untuk ujian pra mendapati perbezaan yang signifikan pada Ujian Kreativiti Pra (M=16.13, SD=3.603) dan Ujian Kreativiti 261
Pasca (M=36.5, SD=4.071), t(8.123)=-10.5, p=0.015. Penyelidikan ini telah berjaya menolak Hipotesis Null dan menerima hipotesis alternatif iaitu terdapat peningkatan yang ketara secara statistik ke atas kuantiti kelancaran idea kumpulan eksperimen pada ujian kreativiti penjanaan idea pra dan pasca melalui teknik sumbang saran. Jadual 4.4: Keputusan Ujian-T Untuk Kuantiti Kelancaran Idea Ujian Pra Dan Pasca N
Mean
SD
t
df
Ujian Pra
8
16.13
3.603
1.235
7
Ujian Pasca
8
36.5
4.071
8.123
7
Hipotesis 2:
Sig. (2 tailed)
.0015
Akan terdapat peningkatan yang tidak ketara secara statistik ke atas
fleksibiliti idea kumpulan eksperimen pada ujian kreativiti penjanaan idea sebelum dan selepas yang mungkin disebabkan oleh penggunaan teknik sumbang saran. Jadual 4.5 menunjukkan terdapat perbezaan statistik yang signifikan (pada tahap p=0.05) antara kedua-dua min skor pelajar pada ujian pra dan pasca secara keseluruhan. Ujian-T berjumlah (9.071) menunjukkan perbezaan yang signifikan secara statistik yang menjadi kelebihan kepada kumpulan eksperimen dengan menggunakan teknik sumbang saran berkategori. Keputusan Ujian-t satu sampel untuk ujian pra mendapati perbezaan yang signifikan pada Ujian Kreativiti Pra (M=10.25, SD=3.196) dan Ujian Kreativiti Pasca (M=27.88, SD=3.563), t(9.071)=-12.5, p=0.019. Penyelidikan ini telah berjaya menolak Hipotesis Null dan menerima hipotesis alternatif iaitu terdapat peningkatan yang ketara secara statistik ke atas fleksibiliti idea kumpulan eksperimen pada ujian kreativiti penjanaan idea pra dan pasca melalui teknik sumbang saran.
262
Jadual 4.5: Keputusan Ujian-T Untuk Perbandingan Fleksibiliti Idea Ujian Pra Dan Pasca N
Mean
SD
t
df
Ujian Pra
8
10.25
3.196
9.071
7
Ujian Pasca
8
27.88
3.563
22.127
7
Hipotesis 3:
Sig. (2 tailed)
.0019
Akan terdapat peningkatan yang tidak ketara secara statistik ke atas
keaslian idea kumpulan eksperimen pada ujian kreativiti penjanaan idea sebelum dan selepas yang mungkin disebabkan oleh penggunaan teknik sumbang saran. Jadual 4.6 menunjukkan terdapat perbezaan statistik yang signifikan (pada tahap p=0.05) antara kedua-dua min skor pelajar pada ujian pra dan pasca secara keseluruhan. Ujian-t berjumlah (12.689) menunjukkan perbezaan yang signifikan secara statistik yang menjadi kelebihan kepada kumpulan eksperimen dengan menggunakan teknik sumbang saran berkategori. Keputusan Ujian-t satu sampel untuk ujian pra mendapati perbezaan yang signifikan pada Ujian Kreativiti Pra (M=5.75, SD=1.282) dan Ujian Kreativiti Pasca (M=12.75, SD=.389), t(12.689)=-13.5, p=0.004. Penyelidikan ini telah berjaya menolak Hipotesis Null dan menerima hipotesis alternatif iaitu terdapat peningkatan yang ketara secara statistik ke atas kuantiti keaslian idea kumpulan eksperimen pada ujian kreativiti penjanaan idea pra dan pasca melalui teknik sumbang saran. Jadual 4.6: Keputusan ujian-t untuk perbandingan kuantiti keaslian idea Ujian Pra dan Pasca N
Mean
SD
t
df
Ujian Pra
8
5.75
1.282
12.689
7
Ujian Pasca
8
12.75
1.389
25.968
Sig. (2 tailed)
.0004
263
4.47
Kesimpulan Analisis data dan dapatan penyelidikan dalam bab ini merupakan kombinasi
analisis pengukuran pencapaian dan interpretasi teks melalui data pemerhatian dan temu bual. Ini merupakan gabungan analisis lengkap bagi menjawab soalan penyelidikan melalui kaedah penyegitigaan (triangulation) data. Secara khususnya, proses analisis data kajian tindakan berbeza dari aspek pelaksanaan kerana analisis data dilaksanakan pada setiap kitaran tindakan. Ini bermakna, proses kitaran Kajian Tindakan mempunyai prosedur analisisnya tersendiri bagi melengkapi proses kitaran yang bermula dari mengenal pasti masalah, merancang tindakan, melaksanakan tindakan, mengumpulkan data, menganalisis data dan membuat refleksi terhadap tindakan yang dijalankan. Pada pandangan penyelidik, Penyelidikan Kaedah Campuran (Mixed Method Research) membolehkan data dianalisis melalui kaedah kuantitatif dan kualitatif. Keputusan dari analisis ini saling bergantung di antara satu sama lain dan bukannya diinterpretasikan secara berasingan. Data kuantitatif yang digambarkan ke dalam nilai skor dijadikan sebagai dapatan preskriptif bagi membolehkan fenomena diteroka dalam bentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah kualitatif. Oleh yang demikian, gabungan analisis dari dua data ini menjadikan dapatan yang komprehensif. Prosedur pengumpulan data telah diterangkan secara sistematik melalui tiga proses kitaran tindakan yang dijalankan. Data-data ini terdiri daripada skor ujian kreativiti menjana idea, pemerhatian dan temu bual kumpulan fokus pelajar dan pensyarah. Data-data yang diperoleh ini distrukturkan terlebih dahulu melalui kaedah pemadanan soalan kajian bertujuan membentuk penyegitigaan (triangulation) untuk menjawab soalan kajian yang memerlukan lebih dari satu data. Prosedur analisis data juga telah diterangkan secara sistematik melalui tiga proses kitaran tindakan yang dijalankan. Data skor ujian kreativiti menjana idea dianalisis menggunakan IBM Statistical Package For Social Science (SPSS ver21). 264
Hasil dari analisis ini menjanakan laporan statistik deskriptif melalui skor min idea (mean), skor minimum, maksimum dan sisihan piawai (standard deviation). Melalui laporan statistik deskriptif ini, penyelidik telah melaporkan keputusan mengikut soalan kajian yang berkenaan, seterusnya laporan ini direflek dan dibincangkan. Begitu juga data pemerhatian dan temu bual kumpulan fokus. Analisis data yang bersifat kualitatif ini dijalankan dengan menstruktur, mengkategorikan teks dan kemudiannya ditafsirkan menjadi fakta-fakta naratif. Pentafsiran teks dilakukan dengan kaedah pemadanan tema seterusnya distrukturkan semula untuk menjawab kepada soalan kajian. Pembentukan kefahaman terhadap kelebihan, kekurangan dan keperluan membina model penjanaan idea tekstil pada dasarnya diperoleh dari analisis data pemerhatian dan temu bual ini. Konsep penyegitigaan (triangulation) data digunakan bagi memperkuatkan sesuatu hujah dengan menggabungkan analisis data pemerhatian, temu bual dan keputusan ujian kreativiti menjana idea. Gabungan analisis data-data ini membentuk satu deskripsi terperinci bagi menjawab soalan kajian melalui pelbagai aspek.
265
BAB 5: KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1
Pengenalan Dalam bab ini, penyelidik membincangkan kesimpulan dari penyelidikan yang
dijalankan serta cadangan bagi membolehkan hasil dari penyelidikan integrasi penjanaan idea ini dapat dimanfaatkan untuk kegunaan perancangan, pelaksanaan, penilaian dan pembentukan silibus reka bentuk tekstil yang lebih komprehensif. Kesimpulan penyelidikan ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu:
5.2
i.
kesimpulan kepada matlamat penyelidikan
ii.
kesimpulan kepada objektif penyelidikan
iii.
kesimpulan kepada kaedah penyelidikan tindakan
iv.
kesimpulan kepada strategi intervensi yang dilaksanakan
Kesimpulan Kepada Matlamat Penyelidikan Matlamat penyelidikan ini adalah untuk membina model empirikal penjanaan
idea di dalam proses reka bentuk tekstil melalui teknik sumbang saran. Ini bertujuan sebagai penambahbaikan proses penjanaan idea melalui kaedah sedia ada yang dilihat mempunyai kelemahan dari aspek kemahiran kognitif. Penekanan kemahiran berfikir aras tinggi melibatkan kemahiran menganalisis, mensintesis dan penilaian yang juga adalah keperluan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Secara
keseluruhan,
penyelidik
dapat
membuat
kesimpulan
bahawa
penyelidikan kajian tindakan ini telah menemukan satu paradigma baru dalam hala tuju dan pelaksanaan penjanaan idea reka bentuk tekstil iaitu mengaplikasikan pemikiran reka bentuk berpusatkan keperluan manusia (Human Centered Design) bagi menggantikan proses reka bentuk tekstil yang sedia ada. Penjanaan idea reka bentuk tekstil yang sedia ada ini adalah berdasarkan bahan kajian yang diolah melalui kreativiti 266
penghasilan dan seterusnya hanya dijadikan produk gunaan semata-mata. Ini dilihat tidak memberi implikasi terhadap isu/masalah yang dihadapi oleh manusia/pengguna itu sendiri. Konsep reka bentuk yang komprehensif seharusnya berpusatkan keperluankeperluan manusia, seterusnya dilaksanakan melalui proses kreatif dan inovatif bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh yang demikian, proses reka bentuk sebegini dilihat lebih bermatlamat dan praktikal sekiranya paradigma ini dapat diterima dan dilaksanakan. Kesimpulan yang dapat dibuat melalui matlamat penyelidikan ini adalah konsep pelaksanaan komprehensif penjanaan dan menghalusi idea ini telah berjaya dibangunkan melalui gabungan teknik sumbang saran, kaedah pembelajaran dan keperluan penting unsur, prinsip reka bentuk dan kemahiran komunikasi. Asas utama di peringkat awal adalah pemahaman responden tentang objektif setiap peringkat reka bentuk tekstil. Pemahaman yang jelas dapat membentuk hala tuju yang lebih bermatlamat melalui perancangan, pelaksanaan, penilaian seseorang pereka. Penekanan kemahiran berfikir pula merupakan proses berterusan yang memerlukan masa dan latihan intensif khusus dalam reka bentuk tekstil. Perancangan pengajaran akan datang perlu melihat keperluan kemahiran berfikir divergen dan konvergen sebagai salah satu dari kaedah penjanaan idea. Kesimpulan ke dua yang dapat dibuat melalui matlamat penyelidikan ini adalah pembinaan pelaksanaan reka bentuk tekstil melalui konsep sumbang saran. Ini memerlukan dua kemahiran penting iaitu kognitif dan psikomotor. Gabungan dua kemahiran ini telah menghasilkan tahap pemahaman yang jelas oleh responden lantas membentuk satu kaedah mantap untuk teknik penjanaan dan menghalusi idea. Objektif Umum penyelidikan ini adalah untuk membina model penjanaan idea reka bentuk tekstil yang komprehensif dengan memberi penekanan kepada aspek kemahiran kognitif penjanaan dan menghalusi idea kepada pelajar 267
Program Reka Bentuk Tekstil semeter satu. Penekanan aspek kemahiran kognitif ini diberikan kerana tiada pelaksanaan yang diterapkan sebelum ini. (pemerhatian kajian rintis 2012). Melalui objektif umum ini, penyelidik membuat kesimpulan bahawa tugas memperbaiki amalan pengajaran sebenarnya terletak pada inisiatif, kesedaran dan tanggungjawab pensyarah kursus kerana mereka dianggap sebagai pakar bidang kursus itu sendiri. Merujuk kepada dapatan kajian rintis yang dilaksanakan terdahulu, sikap pensyarah yang tidak melakukan perubahan dalam amalan pengajaran telah dikenal pasti sebagai faktor penyumbang kepada ketiadaan pelaksanaan teknik dan kaedah alternatif dalam pengajaran yang berpotensi untuk diaplikasikan. Pelaksanaan ke atas sesuatu strategi pengajaran baharu adalah satu tugas yang mencabar kerana melibatkan perancangan, pelaksanaan, penilaian dan refleksi terhadap strategi yang dilaksanakan. Untuk melihat keberkesanannya pula memerlukan beberapa siri eksperimen yang sudah pastinya berhadapan dengan beberapa kekurangan, kesilapan dan kegagalan. Tambahan pula, proses ini mengambil masa yang agak lama. Situasi ini berbeza dengan penggunaan modul pengajaran yang telah direka bentuk oleh orang lain. Oleh kerana ketiadaan rujukan modul khusus aplikasi sumbang saran sebagai teknik penjanaan idea reka bentuk tekstil, penyelidik telah melaksanakan beberapa strategi pengajaran berasaskan teknik sumbang saran ini sebagai inisiatif untuk memperkenalkan teknik dan kaedah alternatif dalam penjanaan idea reka bentuk yang sedia ada. Penekanan kepada aspek kemahiran berfikir ini pula sebenarnya sudah termaktub sebagai salah satu daripada keperluan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk aras Ijazah Sarjana Muda di universiti awam dan swasta yang menetapkan keperluan kemahiran berfikir aras tinggi pada setiap kursus teras program reka bentuk. Pelaksanaan dan penekanan kemahiran berfikir ke atas kursus eksplorasi penyelidikan reka bentuk tekstil ini telah membuka lembaran baharu 268
inisiatif pembaharuan kaedah pengajaran dan pembelajaran selari dengan keperluan yang ditetapkan oleh KPT. Pengenalan kepada kaedah pemikiran konvergen dan divergen terbukti berkesan dalam aktiviti menjana dan menghalusi idea. Ini membuktikan sesuatu usaha untuk pembaharuan berjaya dilaksanakan seperti frasa yang selalu diungkapkan “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”. Faktor yang paling utama adalah inisiatif pensyarah untuk membuat perubahan dan pembaharuan. 5.2.1
Anjakan Paradigma Sesuatu pembaharuan sebenarnya bukan mudah untuk dilaksanakan dan
diterima oleh sebahagian besar pensyarah-pensyarah kursus reka bentuk tekstil, tambahan pula mereka yang sudah terbiasa dengan kaedah pengajaran yang diwarisi melalui generasi pensyarah yang terdahulu. Mereka ini dilihat berada di dalam zon selesa dengan hanya memenuhi keperluan yang tertulis di dalam silibus kursus sahaja. Tidak dinafikan, mereka mempunyai kepakaran dalam bidang reka bentuk, namun usaha minoriti untuk mengubah cara pemikiran majoriti dilihat sebagai satu usaha sukar dan memerlukan rombakan total (total revamp) silibus kursus, objektif dan kaedah pengajaran. Implikasi teknologi juga memberi manfaat dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka kaedah pengajaran dan pembelajaran juga seharusnya perlu terbuka kepada pendekatan teknologi yang dapat mempercepat dan mempermudahkan proses di samping memenuhi gaya pembelajaran pelajar generasi “Y” ini. Seorang pensyarah reka bentuk yang sensitif kepada perubahan dan keperluan semasa seharusnya mempunyai pemikiran reflektif terhadap masalah, keperluan, cabaran dan kaedah untuk menyelesaikannya. Ini adalah kerana, setiap pelajar mempunyai tahap pemikiran dan kebolehan yang berbeza dari masa ke masa. Pelajar kini lebih berfikiran kritis dalam menerima sesuatu informasi yang memerlukan kemahiran komunikasi dua hala di antara pensyarah dan pelajar. Kesediaan pensyarah 269
untuk menerima dan membuat perubahan dari aspek pemikiran dan kaedah pengajaran adalah perkara asas yang memerlukan satu usaha dan tanggungjawab kolektif dan bukannya usaha segelintir individu yang melihat kepentingan anjakan paradigma ini. Anjakan paradigma ini juga melibatkan pelajar-pelajar khususnya Bumiputera Melayu yang dilihat kurang bermotivasi dan mengharapkan suapan informasi (spoonfeed) dari pensyarah terutamanya semasa proses pembelajaran. Pelaksanaan strategi pembelajaran kolaboratif yang digandingkan bersama teknik sumbang saran berkumpulan telah didapati banyak membantu mengatasi kebergantungan pelajar kepada pensyarah. Seterusnya strategi pembelajaran koperatif ini juga adalah selari dengan falsafah pendidikan konstruktivism sosial. Sebagai kesimpulan, tanggungjawab untuk membuat sesuatu pembaharuan adalah dari pensyarah sendiri bagi mengubah set pemikiran yang terdahulu kepada set pemikiran yang pro aktif. 5.3
Kesimpulan Kepada Objektif Penyelidikan Objektif khusus untuk penyelidikan ini berdasarkan kepada dua tujuan
penyelidikan yang diterangkan iaitu pembinaan konsep penjanaan idea reka bentuk tekstil dan memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, kesimpulan penyelidikan ini juga berdasarkan kepada enam objektif khusus yang disusun mengikut susunan seperti berikut: 5.3.1
Meneroka Penggunaan Teknik Sumbang Saran Dalam Membantu Pelajar
Menjana Dan Menghalusi Idea Reka Bentuk Tekstil. Terminologi meneroka dalam penyelidikan ini merujuk kepada proses eksplorasi teknik sumbang saran sebagai instrumen menjana dan menghalusi idea ke atas empat proses reka bentuk tekstil. Proses ini melibatkan eksperimentasi percubaan dan kesilapan (trial and error) untuk mencari kaedah yang paling sesuai dan efektif. 270
Penerokaan ini melibatkan beberapa implikasi yang terbentuk semasa proses induktif. Berikut merupakan implikasi dan kesimpulan kepada objektif penyelidikan ini: 5.3.2
Teknik Sumbang Saran Individu Konsep sumbang saran secara amnya merujuk kepada aktiviti berkumpulan
dalam menjana idea dan menyelesaikan masalah. Namun begitu, konsep ini juga tidak membataskan hanya untuk aktiviti berkumpulan, malah terdapat beberapa teknik sumbang saran individu yang terbukti lebih berkesan dari teknik sumbang saran berkumpulan. Menurut Alex Faickney Osborn (1953), aktiviti sumbang saran adalah lebih berkesan daripada aktiviti yang dilakukan secara individu dalam menjana idea. Namun begitu, terdapat beberapa penyelidikan terkini yang mempertikaikan kesimpulan beliau (Stroebe, W. 1991). Penyelidik tidak bermaksud untuk mempertikaikan kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada teknik sumbang saran seperti didakwa oleh sarjana dan penyelidik yang terdahulu kerana terdapat beberapa faktor yang melibatkan situasi dan paradigma yang berbeza. Sebagai penyelidik, dapatan dari sarjana dan penyelidik yang terdahulu hanya dijadikan sebagai rujukan literatur untuk menampung jurang pengetahuan yang berpotensi untuk diteroka. Untuk tujuan penyelidikan ini, penyelidik banyak bergantung pada data dari keputusan ujian kreativiti menjana idea, pemerhatian dan temu bual. Penyelidik tidak menafikan terdapat kekurangan pada teknik sumbang saran individu kerana kebolehan kognitif individu adalah terhad kepada pengetahuan pra dan proses merangsang kognitif tidak aktif dan berkembang. Ini memberi kesan kepada kuantiti dan kualiti idea yang dihasilkan. Penyelidik tidak sesekali melihat kelemahan teknik ini sebagai usaha penutup untuk menggantikannya dengan teknik lain. Pada pandangan penyelidik, teknik ini memerlukan strategi gabungan dan tidak perlu terlalu terikat dengan panduan sumbang saran yang diketengahkan oleh Osborn. 271
Dengan mengetahui kelemahan teknik yang ada, penyelidik telah mengubah suai teknik ini dengan menggabungkannya dengan teknik peta minda dan penggunaan perisian khusus untuk sumbang saran individu. Kaedah gabungan ini sebenarnya telah mengubah teknik penjanaan idea dengan mengeksploitasi teknologi melalui aplikasi perisian khusus sumbang saran dan peta minda yang sebelum ini dilakukan secara manual. Penyelidik mendapat maklum balas positif dari responden tentang keberkesanannya. Hasilnya, teknik ini dapat juga dijadikan sebagai teknik tambahan yang menampung kelemahan teknik sumbang saran berkumpulan. Tambahan pula, gabungan teknik sumbang saran individu ini dapat dijadikan amalan terutama di luar waktu studio pada bila-bila masa. Kelebihan teknik ini dilihat dari aspek tiada had masa menjana idea yang dapat dimanfaatkan oleh responden tanpa memerlukan penglibatan peserta lain. Untuk peringkat pembangunan tema projek, teknik ini dilihat dapat dimanfaatkan sebagai teknik sokongan kepada sumbang saran berkumpulan dengan melakukan terlebih dahulu aktiviti sumbang saran individu sebagai persediaan sebelum sesi sumbang saran berkumpulan. Ini bermaksud, responden telah menyediakan ideaidea asas lebih awal agar sesi sumbang saran seterusnya berjalan lancar dan produktif. Aktiviti sumbang saran individu ini adalah sesuai digunakan pada peringkat penyelidikan visual, pengembangan idea dan cadangan reka bentuk. Sebagai kesimpulan, teknik sumbang saran individu ini tidak boleh dijadikan teknik tunggal penjanaan idea tanpa digabungkan dengan teknik peta minda dan aplikasi sumbang saran berkomputer. Teknik ini masih tetap relevan sebagai teknik penjanaan idea kendiri yang secara langsung dapat digunakan juga dalam empat peringkat proses reka bentuk tekstil. Gabungan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai sesungguhnya dapat memanfaatkan potensi sumbang saran
272
individu ini sebagai salah satu dari teknik penjanaan idea reka bentuk tekstil untuk perancangan silibus kursus di masa akan datang. 5.3.3
Teknik Sumbang Saran Berkumpulan Aktiviti sumbang saran berkumpulan merupakan konsep asal sumbang saran
yang memerlukan lebih dari satu peserta. Menurut Osborn (1953), jumlah maksimum sumbang saran berkumpulan ini di antara enam hingga lapan peserta bagi memastikan hasil penjanaan idea yang optimum. Melalui teknik ini, proses penjanaan idea menjadi lebih produktif dengan penglibatan aktif semua responden. Ini berikutan prinsip sumbang saran yang tidak menolak malahan menerima apa sahaja lontaran idea yang disuarakan oleh responden. Oleh yang demikian, proses penjanaan idea berkumpulan ini menjadi lebih produktif serta dapat menghasilkan idea dalam kuantiti yang lebih besar berbanding teknik sumbang saran individu. Penyataan di atas bukan bertujuan untuk bersetuju atau menafikan dapatan penyelidik lain, malah penyelidik telah membuktikan sendiri keberkesanannya ke atas penjanaan idea reka bentuk tekstil melalui beberapa sesi sumbang saran yang telah dilaksanakan. Kebanyakan kajian yang sedia ada memberi fokus teknik sumbang saran ini untuk tujuan inovasi, sedangkan dapatan penyelidikan ini membuktikan teknik sumbang saran berkumpulan dapat digunakan pada setiap proses reka bentuk dalam pembangunan konsep, penyelidikan visual, pengembangan idea dan kreativiti cadangan reka bentuk. Ini bermaksud, teknik sumbang saran berkumpulan ini adalah versatil ke atas semua peringkat proses reka bentuk tekstil. Dari aspek penggunaan masa, melalui panduan sumbang saran yang ditetapkan, responden-responden berjaya merancang dan mematuhi masa menjana dan menghalusi idea mengikut ketepatan masa yang bersesuaian. Ini bermaksud, masa menjana dan menghalusi idea berjaya disingkatkan dalam masa satu jam sahaja berbanding lima jam 273
pada amalan penjanaan idea yang terdahulu. Kecekapan penggunaan masa ini juga dijadikan sebagai salah satu penemuan yang memberi signifikan yang tinggi untuk keseluruhan proses reka bentuk tekstil. Untuk peringkat pembangunan tema projek, sumbang saran berkumpulan ini dilihat sebagai teknik dominan untuk penjanaan dan menghalusi idea. Tema projek merupakan proses pertama untuk membentuk kefahaman tentang pemilihan bahan kajian, fakta, ciri-ciri dan sifat bahan kajian yang dipilih. Oleh kerana kebolehan kognitif individu amat terbatas dengan pengetahuan pra, maka sumbang saran berkumpulan ini sesungguhnya mempraktikkan konsep Osborn iaitu, stimulasi proses kognitif menjadi lebih aktif melalui aktiviti penjanaan idea yang dilakukan secara berkumpulan berbanding individu (Osborn, 1953). Secara langsung, teknik sumbang saran berkumpulan ini mempromosikan gaya pembelajaran koperatif di kalangan responden. Idea untuk pemilihan bahan kajian pada peringkat ini berbentuk verbatim melalui sumbangan idea-idea oleh peserta dalam kumpulan. Terdapat tiga implikasi yang terbukti signifikan hasil dari teknik sumbang saran berkumpulan ini iaitu: i.
Teknik ini berjaya membentuk satu kaedah penjanaan dan menghalusi idea alternatif dalam proses penyelidikan reka bentuk tekstil.
ii.
Tahap kefahaman yang mendalam oleh responden tentang bahan kajian melalui kepelbagaian maklumat yang diperoleh.
iii.
Peningkatan kebolehan asosiasi responden menzahirkan kefahaman verbatim ke dalam bentuk visual.
5.4
Kelemahan Teknik Sumbang Saran Berkumpulan Dapatan dari penyelidikan ini telah mengenal pasti beberapa kelemahan pada
teknik sumbang saran berkumpulan. Aktiviti berkumpulan ini terdiri daripada
274
responden yang berbeza latar belakang dan personaliti. Penyelidik mengkategorikan responden-responden ini ke dalam tiga kategori iaitu: 5.4.1
Peserta Aktif
Peserta aktif merupakan responden yang dilihat mendominasi aktiviti menjana idea melalui penghasilan idea yang banyak dan aktif berkomunikasi. Oleh kerana panduan sumbang saran berkumpulan ini tidak menolak idea yang disumbangkan, maka proses penjanaan idea menjadi lebih aktif dan produktif sekiranya dalam sesuatu kumpulan itu mempunyai peserta aktif. 5.4.2
Peserta Sederhana Aktif
Peserta sederhana aktif disifatkan sebagai responden yang mengikut sifat majoriti dalam kumpulan. Sekiranya sesebuah kumpulan itu aktif, maka responden kategori ini akan cuba untuk menjadikan diri mereka relevan untuk bersama-sama menyumbang idea, walaupun pada hakikatnya mereka kekurangan idea. Begitu juga sebaliknya, responden dalam kategori ini dilihat kurang bermotivasi apabila berada dalam kumpulan pasif. 5.4.3
Peserta Pasif
Peserta pasif ini terdiri daripada responden yang kurang berkomunikasi serta bersifat pendiam. Semasa sesi sumbang saran berkumpulan, peserta dari kategori ini dilihat kurang menyumbang serta terlalu bergantung dan mengharapkan idea dari peserta dalam kategori aktif dan sederhana. Motivasi yang rendah dan kemahiran berkomunikasi merupakan faktor penyumbang kepada kelemahan teknik sumbang saran berkumpulan ini.
275
Sebagai kesimpulan, teknik sumbang saran berkumpulan pada konsepnya kelihatan mudah untuk dilaksanakan, namun pada hakikatnya memerlukan beberapa persediaan dan latihan yang mantap bagi memastikan peserta bersedia mental dan fizikal agar kuantiti dan kualiti idea yang dihasilkan berada pada tahap yang optimum. Masa menjana dan menghalusi idea juga perlu mengikut kesesuaian tema dan bahan kajian. Bahan kajian yang rumit memerlukan masa menjana yang panjang. 5.5
Teknik Brainwriting Peranan utama teknik ini adalah untuk memperkembangkan idea yang sedia ada
secara menulisnya mengikut kuantiti yang ditetapkan. Brainwriting ini dilihat sebagai teknik penjanaan idea yang dapat menutup kelemahan teknik sumbang saran berkumpulan. Walaupun teknik ini dilihat ke arah kaedah konvensional, namun objektifnya dapat memastikan semua responden menjana dan menghalusi idea dalam kuantiti dan kualiti yang sama. Oleh yang demikian, peserta pasif secara tidak langsung perlu menjana idea dalam kuntiti yang telah ditetapkan. Namun begitu, teknik ini juga sama seperti teknik sumbang saran individu iaitu tidak boleh dijadikan sebagai teknik tunggal kerana modus operandinya masih bersifat individu. Brainwriting ini dijadikan prosedur ke dua selepas sesi sumbang saran berkumpulan. Teknik ini sangat berpotensi untuk diaplikasikan dalam proses reka bentuk terutama pada proses penjanaan dan menghalusi idea. Dari aspek komitmen, responden berjaya memenuhi keperluan teknik brainwriting ini dengan mengembangkan idea dalam kuantiti yang ditetapkan. Dari aspek penggunaan masa, teknik ini mempunyai persamaan dengan sumbang saran berkumpulan iaitu masa yang diperuntukkan untuk sesi menjana dan menghalusi idea dapat dikawal mengikut kesesuaian tema dan bahan kajian. Kebanyakan prosedur penjanaan idea khususnya dalam bidang reka bentuk ini menggunakan kemahiran 276
psikomotor melakar dan melukis untuk menjanakan idea, namun kombinasi teknik sumbang saran sesungguhnya dapat memperlengkapkan teknik penjanaan dan menghalusi idea sebagai kaedah komprehensif dalam proses reka bentuk tekstil. Sebagai kesimpulan, usaha penyelidik untuk mendapatkan teknik yang paling berkesan untuk penjanaan idea reka bentuk tekstil ini sesungguhnya telah mengeksperimenkan beberapa teknik yang telah terbukti keberkesanannya dalam bidang lain dan bukannya dari bidang reka bentuk tekstil. Namun begitu, kesesuaian teknik yang telah dieksperimenkan ini perlu disesuaikan dengan disiplin reka bentuk tekstil yang banyak merujuk kepada visual, proses kreatif pengolahan dan komposisi, pembentukan motif, reka corak dan proses kreatif penghasilan produk reka bentuk itu sendiri. Terma teknik sumbang saran dalam proses reka bentuk tekstil ini digunakan bukan sahaja untuk tujuan penghasilan produk, malahan kesesuaian teknik ini meliputi keseluruhan proses reka bentuk tekstil itu sendiri bermula dari tema, penyelidikan visual, pengembangan idea dan cadangan reka bentuk produk tekstil. Oleh itu, eksplorasi sumbang saran pada proses reka bentuk tekstil ini menemukan satu kaedah kognitif penjanaan idea di samping kombinasinya bersama kaedah penjanaan idea melalui psikomotor yang sedia ada. Kombinasi dua kaedah penjanaan idea ini telah memperlengkapkan teknik penjanaan idea secara konklusif. 5.6
Mengenal Pasti Keperluan Yang Menyumbang Kepada Keberkesanan
Teknik Penjanaan Idea Reka Bentuk Tekstil Secara Holistik. Usaha untuk mengenal pasti keperluan yang menyumbang kepada keberkesanan teknik penjanaan idea ini melibatkan proses induktif penyelidikan kualitatif. Induktif merupakan proses penyelesaian dari perkara khusus ke umum yang bermula dari pemerhatian. Strategi penyelidikan induktif menekankan keadaan realiti sosial di mana setiap pengetahuan yang dihasilkan adalah melalui pengumpulan data dan pembentukan 277
kesimpulan umum. Dalam strategi penyelidikan induktif, pemerhatian adalah tonggak utama yang berfungsi untuk menjelaskan fakta dalam realiti sosial. Strategi penyelidikan ini merupakan perspektif penyelidikan yang mewajibkan pemerhatian dan pengukuran yang teliti dan objektif serta analisis data yang tepat bagi menghasilkan penemuan saintifik. Hampir 60% pembentukan keperluan penjanaan idea ini adalah melalui penemuan baharu (emerging issue) selebihnya merupakan keperluan yang telah sedia ada. Pembelajaran berkumpulan dan kemahiran komunikasi merupakan dua penemuan signifikan dalam keperluan penjanaan dan menghalusi idea. Atribut keperluan ini disusun mengikut turutan berdasarkan peringkat proses reka bentuk itu sendiri. Pembelajaran berkumpulan memainkan peranan penting dalam merealisasikan objektif sumbang saran berkumpulan. Aktiviti berkumpulan yang dijalankan telah menunjukkan peningkatan yang ketara dari aspek kefahaman dan produktiviti dan kuantiti idea yang dihasilkan. Ini berbeza dengan teknik sumbang saran individu yang hanya menjana tetapi tidak sampai peringkat menghubung dan mensintesis idea. Dari aspek kemahiran komunikasi pula, komunikasi interpersonal merupakan keperluan yang sama penting bagi memastikan proses pembelajaran dan sumbang saran berkumpulan berjalan lancar serta mencapai objektifnya. Howard Gardner (1983) memberikan definisi kemahiran interpersonal di dalam bukunya Frames of Mind sebagai kebolehan memahami orang lain dan menggunakan kebolehan ini dalam berinteraksi, bekerjasama, membimbing dan menguruskan komunikasi. Kemahiran interpersonal membolehkan seseorang memahami perasaan, tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah dan dapat memberi motivasi kepada orang lain.
278
Kemahiran ini perlu terutama dalam aktiviti berkumpulan. Interaksi, persefahaman dan kerjasama merupakan aspek penting bagi menjayakan sesuatu matlamat. Tanpa kemahiran komunikasi interpersonal ini, aktiviti berkumpulan menjadi statik dan tidak produktif. Melalui latihan komunikasi interpersonal yang dijalankan, penyelidik mendapati strategi ini memberi kesan positif kepada pelajar melalui persembahan berstruktur yang memudahkan pelajar-pelajar merancang isi kandungan pembentangan lisan. Ini dilakukan melalui persefahaman dan kerjasama yang baik di antara ahli kumpulan. Perancangan ini banyak dibantu oleh atribut unsur dan prinsip reka bentuk yang dijadikan sebahagian dari kandungan pengucapan awam. Pelajar dilihat dapat mempersembahkan idea mereka dengan lancar dan yakin dengan adanya strategi kemahiran komunikasi ini. Oleh yang demikian, penyelidik membuat kesimpulan bahawa kemahiran komunikasi interpersonal perlu diberi penekanan kerana tiada gunanya responden menguasai kemahiran menjana idea sekiranya mereka tidak berkebolehan untuk berkomunikasi serta membentangkan hasil kerja. 5.7
Mengintegrasikan Teknik Sumbang Saran dan Atribut Penyumbang
Kepada Prosedur Reka Bentuk Tekstil Secara Efektif. Terma integrasi dalam penyelidikan ini adalah perbuatan membuat atau menggabungkan dua atau tiga teknik sumbang saran yang sesuai untuk setiap peringkat reka bentuk tekstil. Integrasi ini diperoleh hasil dari penelitian dan refleksi terhadap strategi intervensi yang telah dijalankan. Integrasi ini juga menggabungkan teknik sumbang saran bersama atribut penyumbang dalam proses reka bentuk tekstil yang ditemukan. Proses integrasi penjanaan idea ini memerlukan perancangan sistematik bagi memastikan keberkesanan optimum teknik sumbang saran. Perancangan untuk membentuk integrasi dalam proses reka bentuk tekstil ini mengambil kira beberapa 279
faktor penting seperti implikasi kognitif dan psikomotor pada setiap peringkat reka bentuk, keperluan bahan rujukan visual dan fakta, unsur dan prinsip reka bentuk, strategi pembelajaran, kemahiran komunikasi interpersonal dan pembentangan lisan. Pada hakikatnya, sesebuah formulasi teknik penjanaan idea reka bentuk adalah bersifat subjektif dan bergantung kepada usaha yang dilakukan oleh seseorang yang dipertanggungjawab melaksanakannya seperti pensyarah atau penyelidik reka bentuk. Setiap pelaksana mempunyai formulanya tersendiri dan agak mustahil formulasi yang dicadangkan ini dapat dipersetujui oleh semua pihak yang berkaitan. Seperti resipi dalam sesuatu masakan, selera manusia adalah berbeza mengikut cita rasa. Kesesuaian formula pula banyak bergantung pada situasi semasa yang mengambil kira tahap kemahiran pelajar, gaya pembelajaran dan implikasi teknologi. Oleh yang demikian, integrasi teknik penjanaan idea yang direka bentuk ini bersifat fleksibel dan dinamik agar prosedur reka bentuk dapat menerima penambahbaikan berterusan dari masa ke masa. Sebagai kesimpulan, integrasi teknik penjanaan idea reka bentuk harus seiring dengan perkembangan dan gaya pembelajaran semasa. Ini banyak menuntut usaha penambahbaikan oleh pensyarah bagi memastikan kaedah yang dilaksanakan itu kekal relevan sehingga semakan kurikulum yang baharu. Usaha untuk penambahbaikan pula haruslah melalui pengalaman reflektif pengajaran dan pembelajaran kerana melalui kaedah kajian tindakan ini pensyarah dapat mengenal pasti masalah, merancang pelan tindakan, melaksanakan pelan tindakan, memerhati, menganalisis dan akhirnya membuat refleksi terhadap proses kitaran yang dijalankan.
280
5.8
Menentukan Samada Terdapat Peningkatan Kuantiti Dan Kualiti Idea
Reka Bentuk Tekstil Melalui Intervensi Teknik Sumbang Saran Berkategori. Objektif ini berkaitan dengan perbezaan purata skor penghasilan yang dianalisis melalui kaedah kuantitatif iaitu statistik deskriptif dan ujian-t sampel berpasangan. Keperluan dua analisis ini difikirkan perlu kerana terdapat dua objektif analisis yang berbeza. Statistik deskriptif hanya membincangkan tentang purata skor satu ujian pra dan tiga ujian pasca. Perbezaan min skor ini kemudiannya dipersembahkan dalam peratusan peningkatan kuantiti idea secara keseluruhan. Sampel Ujian-T pula adalah kaedah untuk mendapatkan nilai aras signifikan yang biasa digunakan dalam penyelidikan pendidikan. Nilai signifikan <.05 membawa maksud aras yakin (level of confident) 95% yang bermaksud tiga strategi intervensi yang dijalankan mempunyai nilai signifikan yang tinggi. Dapat disimpulkan, strategi intervensi yang dilaksanakan amat memberi kesan yang positif ke atas pencapaian responden. Langkah menjadikan DIAGTEST sebagai ujian pra merupakan tanda aras pencapaian responden selepas melalui tiga intervensi sebelum ujian pasca. Pengukuran pencapaian yang berasaskan skor ini lebih mudah dinilai berbanding interpretasi teks data kualitatif. Perbezaan pencapaian diukur melalui dua kaedah iaitu peratusan dan aras signifikan. Peningkatan peratusan yang tinggi pada setiap intervensi membuktikan keberkesanan strategi intervensi ke atas pencapaian responden menghasilkan idea dalam kuantiti yang besar dan kualiti yang bermutu. Aras signifikan akan dibincangkan pada kesimpulan seterusnya. Sebagai kesimpulan, terdapat perbezaan min skor penghasilan idea yang tinggi di antara ujian pra dan ujian pasca yang dilaksanakan. Perbezaan peningkatan ini membuktikan strategi intervensi yang dilaksanakan telah menyumbang kepada keberkesanan penjanaan dan menghalusi idea reka bentuk tekstil secara praktikal. Namun begitu, pencapaian ini bergantung juga pada inisiatif dan dedikasi pensyarah 281
kursus bagi memastikan penyertaan dan komitmen yang tinggi oleh responden dalam mengaplikasikan konsep dan teknik sumbang saran ini. 5.9
Perbezaan Signifikan Kuantiti Dan Kualiti Idea Pada Setiap Ujian Kognitif
Yang Dijalankan. Objektif ini pada mulanya ingin mengetahui samada terdapat signifikan terhadap kuantiti dan kualiti idea pada setiap ujian. Melalui keputusan ujian, peningkatan peratusan yang tinggi penghasilan idea telah membuktikan pencapaian yang baik dan konsisten. Seperti objektif
min skor penghasilan idea, perbezaan signifikan ini
dianalisis melalui kaedah yang berbeza iaitu ujian-t sampel berpasangan. Analisis ini mengukur aras signifikan melalui perbezaan min skor setiap ujian yang digambarkan dalam perpuluhan yang kecil (95% level of confident). Aras signifikan yang efektif adalah dalam lingkungan 0.01 hingga 0.05. Lagi kecil nilai ini, bererti lebih signifikan keputusan ujian yang dijalankan. Sebagai kesimpulan, pengukuran saintifik seperti ujian-t sampel berpasangan ini sememangnya akan memberikan satu keputusan mengikut piawai yang ditetapkan. Aras signifikan merujuk kepada angka dalam bentuk perpuluhan yang mewakili perbezaan ujian pra dan pos. Signifikan untuk penyelidikan ini adalah termasuk dalam kategori yang mempunyai nilai signifikan yang tinggi dan strategi intervensi berlandaskan teknik sumbang saran telah berjaya membantu responden mencapai objektif dengan menghasilkan idea yang besar dan bermutu. 5.10
Pencapaian Skor Penilaian Projek Reka Bentuk Tekstil. Objektif ini pada asasnya untuk melihat kesan intervensi sumbang saran
terhadap markah penilaian projek samada menunjukkan kemajuan atau sebaliknya. Ia berkaitan dengan pencapaian skor penilaian projek reka bentuk tekstil. Keperluan analisis ini adalah untuk mendapatkan min skor penilaian yang dinilai oleh dua orang 282
pensyarah. Pencapaian responden dinilai melalui skor akhir yang juga mewakili markah untuk projek reka bentuk tekstil untuk semester ini. Kesimpulan yang dapat dibuat melalui objektif ini adalah, strategi pengajaran dan pembelajaran yang efektif dapat membentuk kefahaman dan memupuk kemahiran berfikir dalam melaksanakan tugasan dan menyelesaikan masalah. Setiap peringkat reka bentuk tekstil mempunyai cabarannya tersendiri yang menuntut usaha ke arah perancangan, pelaksanaan, penilaian dan refleksi ke atas strategi yang dilaksanakan. Oleh yang demikian, strategi pembelajaran yang efektif akan menyumbang kepada pencapaian responden untuk memperolehi markah penilaian projek yang cemerlang. 5.11
Kesimpulan Kepada Kaedah Penyelidikan Tindakan Pemilihan reka bentuk penyelidikan tindakan (classroom action research) ini
adalah bertepatan untuk menyelesaikan isu dan permasalahan yang dikenal pasti dalam penjanaan idea reka bentuk tekstil. Sifat penyelidikan tindakan mengehendaki penyelidik terlibat secara berhadapan dengan isu dan situasi yang memerlukan perancangan,
pelaksanaan,
pemerhatian,
analisis
dan
refleksi
untuk
tujuan
menyelesaikan masalah dalam tempoh tertentu. Dalam proses penyelidikan tindakan ini, penyelidik memainkan dua peranan utama iaitu sebagai penyelidik dan pensyarah. Penglibatan aktif sebagai pensyarah membolehkan penyelidik menjalankan perancangan dan strategi intervensi untuk menguji keberkesanan kaedah penjanaan dan menghalusi idea menggunakan teknik sumbang saran. Apa yang boleh dirumuskan mengenai penyelidikan tindakan ini adalah ia merupakan reka bentuk penyelidikan yang sangat praktikal terutama dalam bidang pendidikan. Praktikal yang dimaksudkan di sini merujuk kepada kaedah penyelesaian masalah dalam waktu yang singkat. Ini adalah kerana prinsip penyelidikan tindakan itu 283
sendiri yang menuntut penyelidik untuk terlibat aktif dalam mengenal pasti masalah, merancang tindakan, melaksanakan tindakan, melakukan pemerhatian, menganalisis dan membuat refleksi. Dari aspek penggunaan masa, sesungguhnya kaedah penyelidikan tindakan ini sangat memenatkan memandangkan penyelidik perlu merancang dan membahagikan masa mengikut perancangan mingguan. Proses kitaran yang mengambil masa yang lama mengakibatkan perancangan pengajaran tidak mengikut silibus. Begitu juga sebaliknya, proses kitaran yang terlalu singkat mengakibatkan isu berbangkit tidak dapat diselesaikan secara berkesan. Pengabaian kepada dua situasi ini pula mengakibatkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu bergantung pada tempoh kitaran tindakan. Penyelidik dan pensyarah yang menjalankan penyelidikan tindakan ini juga perlu bersedia dengan kemungkinan proses kitaran mengambil masa yang lama. Ini mungkin disebabkan oleh dua perkara iaitu perancangan dan pelaksanaan yang tidak bersesuaian dengan isu dan faktor kompetensi pelajar. Seseorang penyelidik atau pensyarah juga sesungguhnya memerlukan pembantu yang terdiri dari pensyarah reka bentuk untuk tujuan validasi data. 5.12
Kesimpulan Kepada Strategi Intervensi Yang Dijalankan. Setiap strategi yang dilaksanakan telah melalui proses pengenalpastian kepada
isu, refleksi dan perancangan yang sewajarnya untuk dilaksanakan. Peringkat perancangan ini merupakan peringkat yang terpenting kerana kegagalan merancang memberikan implikasi terhadap proses tindakan seterusnya. Sebagai kesimpulan, strategi intervensi yang dirancang perlu seiring dengan objektif kursus dan perancangan skema kerja mingguan. Komponen strategi intervensi pula perlu ringkas dan bermatlamat memandangkan keterbatasan masa untuk melaksanakannya. 284
Kemahiran kognitif terutamanya kemahiran berfikir merupakan komponen yang wajib dalam membentuk sesuatu strategi kerana hampir semua kandungan kursus reka bentuk tekstil berteraskan kreativiti penghasilan dan penyelesaian masalah. Kreativiti penghasilan termasuk dalam kemahiran berfikir aras tinggi seperti yang dinyatakan dalam taksonomi Bloom (1956). Oleh yang demikian, kemahiran berfikir adalah teras kepada sesuatu strategi yang bangunkan bersama kemahiran psikomotor dan komunikasi. Dalam konteks reka bentuk tekstil, kreativiti penghasilan merujuk pada penghasilan idea dalam kuantiti yang besar dan pelbagai serta kualiti idea yang bermutu. Selain dari itu, kreativiti penghasilan ini juga merujuk pada setiap proses yang melibatkan aktiviti gubahan, susun atur, reka corak dan cadangan reka bentuk. Kemahiran psikomotor pula merupakan komponen pelengkap kepada strategi intervensi yang diaplikasikan bersama kemahiran kognitif. Penjanaan idea menjadi lebih lengkap dan efektif apabila dua kemahiran ini bergabung. Tidak dapat dinafikan, penghasilan idea terbentuk melalui pelbagai sumber formal dan tidak formal. Namun begitu, pola pemikiran manusia memerlukan struktur agar proses berfikir menjadi lebih terancang dan bermatlamat. Aplikasi kemahiran psikomotor melakar dan melukis juga menjadi lebih efektif setelah melalui proses penjanaan idea melalui teknik sumbang saran. Sumber verbal dapat diterjemahkan ke dalam bentuk visual dengan mudah kerana strategi gabungan ini telah menekankan kepada pola pemikiran berstruktur. Kemahiran komunikasi merupakan salah satu dari tiga kemahiran yang perlu ada pada setiap strategi intervensi. Kemahiran ini terbahagi kepada dua iaitu kemahiran interpersonal dan kemahiran pembentangan lisan. Penguasaan kemahiran kognitif dan psikomotor yang baik tidak lengkap apabila responden tidak dapat berkomunikasi secara efektif. Penguasaan kemahiran komunikasi interpersonal membolehkan responden berkomunikasi dengan lebih baik dengan memahami perasaan dan hasrat rakan-rakan di samping dapat mempraktikkan sikap toleransi dalam pembelajaran 285
berkumpulan. Kemahiran pembentangan lisan juga tidak kurang pentingnya kerana ia mencerminkan personaliti responden serta kebolehannya meyakinkan orang lain melalui sesi pembentangan hasil kerja. 5.13
Implikasi Terhadap Amalan / Praktikal Dapatan penyelidikan ini menunjukkan bahawa teknik sumbang saran individu,
berkumpulan dan brainwriting berpotensi untuk diintegrasikan dalam pengajaran reka bentuk tekstil dengan mengambil kira beberapa faktor seperti kemahiran komunikasi, psikomotor melakar dan melukis serta meta kognitif. Kombinasi kemahiran ini dilihat sebagai pelengkap kepada teknik sumbang saran yang diperkenalkan ke dalam proses reka bentuk tekstil. 5.14
Implikasi Terhadap Teori Dan Kaedah Dapatan penyelidikan ini terbukti dapat memantapkan lagi teori dan pengukuran
kreativiti (TTCT) yang diperkenalkan oleh Paul Torrence apabila teknik penjanaan idea sumbang saran telah dapat diukur dan berpotensi mempertingkatkan kreativiti pelajarpelajar dalam kelancaran, fleksibiliti dan keaslian idea yang selama ini menjadi isu dalam mendapatkan idea reka bentuk tekstil. Kategori kelancaran, fleksibiliti dan keaslian idea telah membentuk struktur khusus kreativiti penghasilan idea yang meletakkan aspek penciptaan pada peringkat tertinggi kemahiran kognitif yang diperkenalkan oleh Anderson (2001), dalam Revised Bloom Taxonomy. Teori perkembangan kognitif yang diperkenalkan oleh Piaget pula telah memberi implikasi bagaimana pelajar mencapai keseimbangan mental (equilibrium) melalui teknik sumbang saran berkumpulan seterusnya dapat membangunkan struktur kognitif mereka. Teori Sosio Budaya yang diperkenalkan oleh Vygotsky memberi implikasi bagaimana pensyarah dapat membantu pelajar-pelajar untuk membangunkan kebolehan untuk berfikir kreatif, kritis dan menyelesaikan masalah. 286
Sumbang saran yang diperkenalkan oleh Alex Frickney Osborn adalah kaedah kreativiti penjanaan idea generik namun dapat diaplikasikan ke dalam pelbagai bidang reka bentuk terutamanya reka bentuk tekstil. Teknik ini terbukti mempertingkatkan kreativiti pelajar-pelajar dalam menghasilkan idea dan menyelesaikan masalah berkaitan reka bentuk. Sumbang saran dilihat telah membentuk satu budaya pembelajaran individu dan berkumpulan di kalangan pelajar serta mewujudkan jaringan komunikasi di antara pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan pensyarah. Dalam penyelidikan ini, penyelidik telah memberikan nilai tambah kepada regulasi sumbang saran yang digariskan oleh Osborn. Penambahan konstruk kategori unsur dan prinsip reka bentuk ke dalam empat regulasi sumbang saran telah membantu pelajar menjana idea dalam kategori yang ditetapkan lantas menghasilkan kuantiti dan kualiti idea reka bentuk yang lebih baik. 5.15
Implikasi Strategi Sumbang Saran Kepada Pelajar Dapatan penyelidikan menunjukkan bahawa pelajar harus diberikan penekanan
kemahiran kognitif dengan cara mempraktikkan teknik berfikir divergen dan konvergen. Dua teknik berfikir ini merupakan prinsip asas sumbang saran berkumpulan yang dijadikan sebagai kaedah penjanaan idea dan penyelesaian masalah. Kemahiran ini memberi kesan motivasi dan kesedaran tentang kepentingan bekerjasama dengan pelajar lain kerana pencapaian kumpulan bergantung pada komitmen dan kerja sama semua ahli. Implikasi seterusnya, memupuk sikap bertanggungjawab pelajar ke atas objektif tugasan dan kumpulan. Setiap keputusan yang dibuat adalah bersifat kolektif yang mengambil kira idea dari semua pelajar. Pelajar-pelajar dilihat tidak lagi bersikap individualistik dengan membuat keputusan tanpa merujuk dan berbincang bersama rakan kumpulan. Walaupun kadangkala keputusan individu diperlukan pada waktu
287
tertentu, namun keputusan yang dibuat secara kolektif dapat mengurangkan kesilapan untuk membuat sesuatu keputusan. 5.16
Implikasi Strategi Sumbang Saran Kepada Pensyarah Kursus.
Dapatan dari penyelidikan ini memberikan implikasi yang positif kepada pensyarah melalui kaedah kemahiran kognitif. Implikasi ini terbahagi kepada dua kategori iaitu; i. ii.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran. Penjanaan idea reka bentuk tekstil.
Melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran, penekanan kemahiran kognitif ini telah melengkapkan lagi struktur kandungan pengajaran yang sebelum ini tidak dilaksanakan. Ini dilakukan dengan membuat konsolidasi dan penstrukturan semula rancangan pengajaran dengan memformulasikan kemahiran berfikir, psikomotor, komunikasi dan pembelajaran kolaboratif. Melalui penstrukturan ini, kaedah pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih efektif dari aspek pencapaian pelajar, penggunaan masa, kos dan tenaga. Implikasi
terhadap
proses
reka
bentuk
tekstil
pula
adalah
melalui
penambahbaikan prosedur penjanaan idea dan penyelesaian masalah yang lebih efektif berbanding kaedah yang terdahulu. Sumbang saran mempromosikan teknik berfikir divergen dan konvergen di mana teknik ini berjaya membentuk pemikiran pelajar menjadi lebih generatif dan kritis. Penjanaan idea reka bentuk tekstil memerlukan kombinasi pemikiran generatif, kritis dan kreatif sebagai modus operandi dan pelaksanaannya untuk mencapai objektif sesuatu projek reka bentuk. Selain dari itu, penjanaan idea reka bentuk tekstil yang berkesan mengambil kira aspek penggunaan masa, kos dan tenaga yang minimum untuk mendapatkan hasil yang optimum.
288
5.17
Sumbangan-Sumbangan Penyelidikan Terhadap Ilmu Pengetahuan Reka
Bentuk Tekstil (Research Contributions To Textile Design Body Of Knowledge). Matlamat utama penyelidikan ini adalah untuk membina konsep pelaksanaan yang komprehensif penjanaan idea reka bentuk tekstil melalui teknik sumbang saran. Melalui rujukan literatur, kebanyakan penyelidikan ke atas sumbang saran memfokuskan bidang psikologi, kejuruteraan, pentadbiran, pendidikan, perkhidmatan, pengurusan, jualan dan pemasaran manakala dalam bidang reka bentuk, hanya reka bentuk industri dan grafik multimedia yang menggunakan sumbang saran sebagai kaedah penyelesaian masalah, penambahbaikan dan inovasi. Sumbangan ilmu pengetahuan khusus dalam reka bentuk tekstil diperoleh melalui hasil dapatan penyelidikan yang merangkumi kaedah kuantitatif dan kualitatif. Dua kaedah ini cukup kuat untuk memberi justifikasi terhadap keberkesanan sumbang saran melalui dapatan yang memformulasikan sumbangan penyelidikan seperti berikut. 5.17.1 Penyelidikan
Ini
Menyediakan
Kerangka
Kerja
Untuk
Tujuan
Perbincangan Ke Atas Kaedah Pelaksanaan Reka Bentuk Tekstil. Kebiasaannya apabila membincangkan kaedah pengajaran dan pembelajaran reka bentuk tekstil, terdapat kecenderungan pensyarah untuk mengutamakan kaedah mereka sendiri berdasarkan kepada kepakaran bidang dan pengalaman mengajar. Ini adalah fenomena universal kerana setiap individu mempunyai kaedah dan pendekatan tersendiri mengendalikan kursus reka bentuk. Sebaik sahaja penyelidikan ini tamat, terdapat empat orang pensyarah bersetuju dengan penekanan kemahiran kognitif sebagai teras dalam penjanaan idea reka bentuk. Ini berdasarkan pada fakta di mana sebahagian besar pelajar-pelajar Jabatan Seni Reka Tekstil melaksanakan kaedah reka bentuk dengan bersandarkan pada kemahiran psikomotor melakar dan melukis sahaja.
289
Perubahan persepsi ini menggambarkan penerimaan kaedah alternatif yang berpotensi diaplikasikan bagi menambah baik kaedah penjanaan idea yang sedia ada. Namun begitu, terdapat perdebatan mengenai kaedah dan teknik sumbang saran yang diperkenalkan dalam kerangka kerja. Menurut mereka, teknik ini kurang berkesan kerana pelajar perlu menghadapi dua proses iaitu penjanaan idea verbatim dan penterjemahan perkataan dalam bentuk visual. Ini merupakan satu proses yang dianggap sukar untuk pelajar tahun satu. Menurut mereka lagi, pelajar yang sudah mempunyai asas reka bentuk tekstil berkemungkinan tidak menghadapi masalah untuk melaksanakan dua proses ini, manakala ia menjadi isu pada pelajar tahun satu yang tidak mempunyai asas reka bentuk. Ini adalah kerana mereka belum cukup memahami komponen utama seperti unsur dan prinsip reka bentuk dan sesi kritik. Kerangka kerja yang berkesan memerlukan input dari tenaga pakar supaya pelaksanaannya dapat digunakan oleh pensyarah dan pelajar. Keberkesanan kerangka kerja dinilai melalui kecekapan penggunaan masa, tenaga dan kos di samping menyediakan panduan yang praktikal dalam pengajaran dan pembelajaran. Pencapaian pelajar merupakan matlamat akhir kerangka kerja yang berkesan dalam menyalurkan ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, kerangka kerja ini boleh dipertingkatkan dengan membuat penambahbaikan berterusan ke atas kaedah dan komponen melalui perbincangan dan saranan oleh pakar-pakar bidang.
290
Tema Penyelidikan (bahan kajian)
Penyelidikan Visual (rekod foto, lakaran, lukisan, eksperimentasi )
Pengembangan Idea (modifikasi, simplifikasi, skema warna, susun atur, cadangan reka bentuk)
Cadangan Reka bentuk (aplikasi cadangan reka bentuk 2 dan 3 dimensi)
PELAN PERBINCANGAN Idea Kitar Semula Stereotaip Idea Terhad Idea Kuantiti Kecil Idea Tidak Berkualiti
Kemahiran Kognitif 80%
Tidak Boleh Melukis Tidak Boleh Melakar Idea Terhad Idea Kuantiti Kecil Idea Tidak Berkualiti
Kemahiran Kognitif 30%
Tidak Berkebolehan Mengubah Bentuk /Cadangan Reka Bentuk Tidak Kreatif Menggubah Tidak Kreatif Membuat Komposisi Tiada Kepelbagaian Bentuk Kemahiran Kognitif 50%
Kemahiran Psikomotor 20% Kemahiran Psikomotor 70% Kemahiran Psikomotor 50%
Kemahiran Kognitif SS Individu SS Kumpulan BrainWriting Starbursting Round Robin Peta Minda Berkumpulan Kemahiran Psikomotor Kemahiran Teknologi Maklumat Mendapatkan Sumber Rujukan
Kemahiran Kognitif SS Kumpulan Kemahiran Psikomotor Latihan Melakar/Melukis Eksperimentasi Bahan Kajian Melalui Unsur dan Prinsip Reka Bentuk Eksperimentasi Perincian Visual Bahan Kajian
Idea Kitar Semula Stereotaip Idea Terhad Idea Kuantiti Kecil Idea Tidak Berkualiti
Kemahiran Kognitif 60% Kemahiran Psikomotor 40%
Kemahiran Kognitif
Kemahiran Kognitif
BrainWriting Starbursting PM Kumpulan Kemahiran Psikomotor Latihan Modifikasi, Simplifikasi Idea Lakaran Latihan Membuat Susun Atur, Komposisi dan Cadangan Reka Bentuk
SS Kumpulan BrainWriting Round Robin PM Kumpulan Kemahiran Psikomotor Latihan Visualisasi Produk Latihan Melakar 2 Dimensi Latihan Melakar 3 Dimensi Eksperimentasi Warna Produk
Rajah 5.0: Kerangka Kerja Untuk Tujuan Perbincangan Ke Atas Pelaksanaan Proses Reka Bentuk Tekstil.
291
5.17.2 Penyelidikan Ini Menyediakan Model Berasaskan Isu Yang Boleh Digunakan Untuk Membangunkan Kaedah Integrasi Penjanaan Idea Dan Penyelesaian Masalah Untuk Semua Kursus Reka Bentuk Tekstil. Dapatan konklusif dari penyelidikan ini menyatakan pensyarah-pensyarah reka bentuk tekstil bersetuju dengan keperluan dan penekanan kemahiran kognitif dalam kursus berteraskan reka bentuk tekstil. Model integrasi penjanaan idea yang berteraskan sumbang saran ini mempunyai komponen-komponen yang terdiri dari tiga kemahiran iaitu kognitif, psikomotor dan komunikasi. Oleh itu, model yang berasaskan isu ini sesuai diaplikasikan ke dalam mana-mana kursus seperti reka bentuk, teori dan aplikasi reka bentuk berkomputer. Perbezaannya di sini hanyalah setiap kursus mempunyai pemberatan kemahiran yang berbeza. Oleh yang demikian pensyarah boleh menyesuaikan model integrasi penjanaan idea ini mengikut penekanan kemahiran yang sesuai untuk sesuatu kursus yang dikendalikan. Model berasaskan isu direka bentuk khas untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi pada setiap proses reka bentuk. Melalui integrasi tiga kemahiran, model ini dilihat dapat membantu pensyarah dan pelajar menyelesaikan setiap isu dalam proses reka bentuk. Secara langsung, model ini terbentuk melalui pembelajaran berasaskan projek seperti konsep yang dibincangkan pada sorotan literatur. Oleh itu, model ini perlu dibangunkan sebagai modul integrasi penjanaan idea yang bukan sahaja dapat digunakan untuk kursus reka bentuk, malah semua kursus dalam Program Reka Bentuk Tekstil peringkat diploma, ijazah Sarjana Muda mahupun di peringkat Sarjana. Penyelidik telah membentuk satu konsep dan satu model empirikal penjanaan idea reka bentuk tekstil. Salah satu dari model tersebut memfokuskan keperluan pengguna. Model penjanaan idea reka bentuk yang dihasilkan ini telah menjalani proses kesahan dan verifikasi oleh dua orang pensyarah kanan reka bentuk tekstil. Ini adalah kerana, pembentukan model integrasi penjanaan idea ini adalah melalui temu bual 292
bersama mereka yang banyak memberi informasi yang penting untuk membentuk model pelaksanaan ini.
Produk Akhir
Ko nv er ge n
en ja na
en ja na M en
en
Ko nv er ge n
Prototaip Produk
rg ve Di
rg ve Di
en
Ko nv er ge n
M
en ja na M
i us al gh en
Pembangunan Idea Reka Bentuk
M
i us al gh en
i us al gh en
rg ve Di
Tema
M
M
Subjek
Pemahaman
Rajah 5.1: Konsep Penjanaan Idea Reka Bentuk Tekstil Rajah 5.1 di atas merupakan konsep divergen dan konvergen penjanaan idea reka bentuk tekstil yang dibina melalui dapatan penyelidikan dan sintesis model-model reka bentuk dari pelbagai bidang. Konsep yang dihasilkan ini juga adalah penambahbaikan yang lebih komprehensif dari kaedah penjanaan idea reka bentuk tekstil yang sedia ada. Sesuatu konsep penjanaan idea reka bentuk memerlukan konsep penjanaan idea (ideate) dan penghalusan idea (refine). Peringkat pertama adalah dengan memberikan penekanan kepada pemahaman tentang subjek kajian dan pembangunan tema. Ini dilaksanakan dengan mengaplikasikan integrasi teknik sumbang saran individu, berkumpulan dan brainwriting. Penjanaan idea pada peringkat ini bertujuan untuk mendapatkan jumlah idea yang besar, manakala penghalusan idea adalah proses mencari makna yang tepat untuk pembentukan tema reka bentuk. Proses seterusnya adalah konsep divergen dan konvergen dalam pembangunan idea reka bentuk. Idea, imej, unsur, tema dan identiti subjek yang telah dikenal pasti pada peringkat pemahaman sekali lagi menjalani proses integrasi teknik sumbang saran menjana idea reka bentuk. Peringkat ini berbeza dari peringkat pemahaman kerana menggabungkan kemahiran psikomotor dengan memanipulasikan motif melalui kaedah 293
simplifikasi dan modifikasi. Seterusnya, hasil dari manipulasi motif ini melalui proses percambahan idea dari rakan kumpulan di mana setiap individu dalam kumpulan menyumbangkan idea melalui lakaran motif. Proses ini juga dikenali sebagai brainsketching iaitu percambahan idea melalui lakaran. Lakaran idea-idea hasil sumbangan rakan kumpulan seterusnya dijadikan cadangan reka bentuk tekstil iaitu ke dalam bentuk visual dan spesifikasi produk di atas kertas bersaiz A1 (23.39 inci x 33.11 inci). Proses terakhir integrasi penjanaan idea ini adalah pembangunan prototaip produk tekstil yang masih mengekalkan konsep konvergen dan divergen dalam penjanaan idea. Spesifikasi produk telah ditetapkan pada peringkat pembangunan idea reka bentuk terdahulu, oleh itu integrasi penjanaan idea sumbang saran diaplikasikan untuk
tujuan
rasionalisasi
produk
secara
praktikal.
Ahli
dalam
kumpulan
menyumbangkan idea melalui aspek teknikal (saiz), bentuk (estetik dan fungsi) dan kegunaan. 5.17.3 Model Integrasi Penjanaan Idea Reka Bentuk Tekstil
SS Berstruktur
SS Individu
SS Individu
P1
Isu
Pemahaman
SS Berkumpulan
Tema
Modifikasi
P3
SS Berkumpulan
P2
Pembangunan Idea Reka Bentuk
P4
Simplifikasi
Subjek Analisis Tema
SS Berkategori
Brainsketching
Rajah 5.2: Cadangan Model Integrasi Penjanaan Idea Reka Bentuk Tekstil Rajah 5.1 merupakan cadangan model integrasi penjanaan idea reka bentuk tekstil yang dibina melalui dapatan penyelidikan dan sintesis model-model reka bentuk dari pelbagai bidang. Model penjanaan idea ini adalah integrasi teknik yang digunakan ke atas empat 294
proses reka bentuk tekstil sedia ada dengan menggabungkan pembangunan tema dengan pembangunan idea reka bentuk. Gabungan dua proses ini dilihat sebagai satu keperluan untuk tujuan penjanaan idea melalui kemahiran kognitif dan psikomotor melalui teknik sumbang saran berkategori dan brainsketching. Proses pertama penjanaan idea bermula dari konstruk pemahaman yang terdiri daripada pemahaman terhadap isu, tema dan subjek kajian. Selepas taklimat projek diberikan, pelajar-pelajar diminta untuk menjana idea melalui teknik sumbang saran individu yang boleh dilakukan di luar waktu kuliah/studio. Tujuan sumbang saran individu ini adalah untuk persediaan idea sebelum aktiviti sumbang saran berkumpulan. Pelajar-pelajar boleh merujuk pada media cetak, elektronik dan sumber dari Internet sebagai sumber rujukan dan inspirasi. Pada peringkat ini, pelajar-pelajar sudah dapat mengumpulkan sejumlah idea-idea awal melalui penyenaraian idea di atas kertas. Proses ke dua penjanaan idea adalah melalui aktiviti sumbang saran berkumpulan. Idea-idea yang diperoleh dari sumbang saran individu digunakan sebagai cetusan idea-idea yang dapat dijana dan dibangunkan semula bersama ahli dalam kumpulan. Tujuan sumbang saran berkumpulan ini adalah untuk menjana idea dalam kuantiti yang besar dan menghalusi idea dalam kualiti yang diharapkan. Proses ke tiga adalah analisis tema projek hasil dari penjanaan idea sumbang saran. Analisis tema projek ini bertujuan untuk memastikan imejan, unsur, prinsip dan identiti bahan kajian adalah bertepatan dengan tema projek. Analisis tema dilaksanakan melalui kerangka kerja matriks yang bertujuan untuk mencari padanan perkataan dalam membina makna (semantik). Setelah tema dibentuk dan difahami, proses penjanaan idea seterusnya perlu melalui kombinasi sumbang saran berkumpulan dan kemahiran melakar. Untuk konstruk Pembangunan Idea Reka Bentuk, penjanaan idea melibatkan dua kemahiran iaitu kognitif dan psikomotor. Peringkat pertama penjanaan idea bermula dengan sumbang saran individu ke atas imejan-imejan terpilih yang dibentuk 295
melalui tema projek. Setelah itu, pelajar-pelajar dikehendaki melakar seberapa banyak motif-motif yang berkaitan dengan tema, seterusnya akan dikembangkan lagi semasa akiviti sumbang saran berkumpulan. Objektif sumbang saran berkumpulan pada peringkat ini adalah untuk mengembangkan lagi idea dan motif-motif pelajar yang dijanakan melalui teknik sumbang saran individu. Peringkat penjanaan idea akhir adalah melalui teknik brainsketching yang mengkehendaki pelajar-pelajar menjana idea melalui lakaran secara berkumpulan. Idea dan motif dikembangkan melalui lakaran berbanding perkataan yang digunakan dalam teknik sumbang saran.
5.17.4 Penyelidikan Ini Menyediakan Kerangka Kerja Untuk Membangunkan Kaedah Penjanaan Idea Untuk Bidang Reka Bentuk Yang Lain. Salah satu dari sumbangan-sumbangan penyelidikan yang signifikan adalah apabila kerangka kerja yang telah dibangunkan dapat digeneralisasikan kegunaannya dalam bidang lain. Ini adalah kerana konsep sumbang saran itu sendiri bersifat sejagat yang dapat diaplikasikan dalam pelbagai bidang. Gabungan idea, konsep dan reka bentuk yang membentuk kerangka kerja ini merupakan struktur yang dilihat memenuhi keperluan sesuatu silibus reka bentuk. Konsep pembelajaran berasaskan projek juga dilihat sebagai kaedah yang diamalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dalam bidang reka bentuk lain seperti Fesyen, Seramik, Logam Halus, Grafik dan Reka Bentuk Perindustrian. Oleh kerana sifat pembelajaran ini memerlukan proses berfikir divergen dan konvergen, maka sumbang saran dilihat sebagai teknik penjanaan idea yang bertepatan untuk menjana idea dan menyelesaikan masalah reka bentuk. Seperti model khusus reka bentuk tekstil yang telah dibincangkan, kerangka kerja ini adalah bersifat fleksibel untuk usaha penyelarasan, penyesuaian dan tetapan yang bersesuaian dengan objektif sesuatu kursus. Oleh yang demikian, kerangka kerja ini 296
dilihat dapat diaplikasikan untuk kursus-kursus reka bentuk dari bidang lain secara praktikal kerana mempunyai persamaan dari aspek modus operandi dan objektif kursus.
Konteks Idea
Teroka Idea
Tafsir Idea Ke Konsep
IDEA
Keaslian Idea
Mencipta
Kitaran Reka Tafsir Semula
KONSEP Kaji Selidik Refleksi &
Bentuk
Kenal pasti
REKA BENTUK
Membuat Keputusan Membangun
Soalan
Rajah 5.3: Kitaran Reka Bentuk Untuk Bidang Reka Bentuk Yang Lain Rajah 5.3 di atas merupakan model proses reka bentuk secara am yang boleh diaplikasikan ke dalam bidang reka bentuk yang lain. Model ini terdiri daripada tiga kategori iaitu: 5.17.4.1 Idea Kategori Idea terdiri daripada tiga atribut iaitu konteks idea, penerokaan idea dan mentafsir idea ke konsep. Konteks dan penerokaan idea merupakan proses penjanaan idea, manakala mentafsir idea ke reka bentuk merupakan proses kreativiti menghalusi idea. Tiga atribut ini memerlukan teknik kreativiti sumbang saran bagi penjanaan idea dan penyelesaian masalah. Implikasi teknik sumbang saran ditandakan dengan garisan petak berwarna merah pada rajah 5.5 (rujuk muka surat 298). 5.17.4.2 Konsep Implikasi teknik sumbang saran pada atribut Konsep terletak pada proses kaji selidik dan kreativiti penghasilan idea (keaslian idea). Setiap kaji selidik boleh 297
menggunakan teknik sumbang saran bagi menjana pengetahuan tentang bahan kajian dan tema projek, manakala pembentukan konsep juga boleh menggunakan teknik sumbang saran bagi memastikan konsep yang dibentuk merupakan idea asli. Implikasi teknik sumbang saran ditandakan dengan garisan petak berwarna merah pada rajah 5.5 (rujuk muka surat 298). 5.17.4.3 Reka Bentuk Untuk kategori reka bentuk pula, teknik sumbang saran boleh diaplikasikan melalui proses mencipta semula reka bentuk. Ini bertujuan untuk proses inovasi produk berasaskan penambahbaikan produk yang sedia ada. Proses seterusnya, adalah mengenal pasti beberapa cadangan reka bentuk yang berpotensi untuk dibangunkan. Sumbang saran dilihat dapat membantu proses mengenal pasti cadangan reka bentuk yang terbaik dengan mengambil kira beberapa aspek penting sebelum proses membangunkan reka bentuk itu sendiri. Implikasi teknik sumbang saran ditandakan dengan garisan petak berwarna merah pada rajah 5.5 (rujuk muka surat 298). 5.17.5 Penyelidikan Ini Menyediakan Garis Panduan Untuk Tujuan Penilaian Pelajar Dan Pensyarah. Sumbangan seterusnya berbentuk rujukan atau garis panduan untuk penilaian penjanaan idea reka bentuk tekstil. Kaedah yang sedia ada hanya memfokuskan penilaian pentakrifan hasil kerja pelajar di penghujung sesuatu proses reka bentuk. Kaedah penilaian sedia ada ini dilihat terlalu umum dan kurang berkesan untuk mengukur pencapaian pelajar secara khusus. Melalui garis panduan penilaian yang disediakan ini, pengukuran pencapaian pelajar dapat dibuat dengan lebih terperinci lagi melalui aspek kemahiran kognitif, psikomotor dan afektif (etika). Garis panduan ini juga membentuk kaedah penilaian formatif di mana setiap kemajuan pelajar dapat dipantau dengan lebih berkesan. Melalui penambahan kriteria penilaian 298
khusus ini, kaedah penilaian reka bentuk tekstil bukan sahaja tertumpu pada penghasilan malah ia merangkumi kriteria yang selama ini terabai seperti pengukuran kemahiran kognitif, psikomotor dan komunikasi. Garis panduan ke dua adalah penilaian kaedah pengajaran pensyarah itu sendiri. Pensyarah boleh merujuk garis panduan ini untuk menilai keberkesanan strategi pengajaran melalui objektif yang ingin dicapai. Setiap minggu diperuntukkan satu objektif di mana pensyarah perlu membuat refleksi terhadap kaedah pengajaran yang dilaksanakan untuk minggu tersebut. Amalan reflektif ini sangat dituntut kerana hanya pensyarah yang mengajar sahaja mengetahui kelemahan dan kekurangan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. 5.18
Cadangan Hasil Dari Penyelidikan
Cadangan penyelidikan ini adalah berdasarkan pada dapatan dan kesimpulan yang diperoleh. Cadangan ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu; i. ii. iii. iv.
5.19
Cadangan penambahbaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran Cadangan penambahbaikan proses reka bentuk tekstil Cadangan model pelaksanaan reka bentuk tekstil Cadangan untuk penyelidikan masa hadapan
Cadangan Penambahbaikan Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran
Cadangan penambahbaikan ini bermula dari isu dasar penyelidikan iaitu pelaksanaan. Paradigma tradisional sebahagian besar pensyarah merupakan salah satu dari cabaran dan halangan ke arah proses inovasi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian mengikut peredaran masa. Penerimaan sesuatu pembaharuan inilah yang dikenal pasti sebagai halangan yang merencatkan usaha untuk penambahbaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, penyelidik telah menyediakan beberapa cadangan yang berpotensi untuk mengatasi isu berbangkit. 299
5.19.1 Sangkutan Akademia-Industri / NGO / Agensi Kerajaan Pensyarah boleh mempertingkatkan ilmu pengetahuan dengan menjalani latihan sangkutan industri, NGO atau agensi kerajaan seperti kemudahan yang disediakan oleh Universiti Teknologi MARA. Sangkutan di Industri / NGO / Agensi Kerajaan adalah satu bentuk skim pembangunan kapasiti bagi kakitangan akademik yang berkonsepkan pembangunan profesionalisme seperti berikut: i.
Memberi kemudahan bagi memenuhi keperluan kursus profesional bidang masing-masing.
ii.
Membuka peluang pemindahan dan/atau pertukaran ilmu dan teknologi.
iii.
Menambah dan meluaskan pengalaman pensyarah supaya dapat menjalankan tugas pengajaran dan penyelidikan yang lebih berkesan bagi menepati kehendak industri.
Sangkutan latihan industri / NGO / agensi kerajaan ini adalah bertujuan untuk; a. Memperolehi pengalaman kerja bagi mendapatkan kelayakan profesional di dalam sesuatu bidang seperti perakaunan, kejuruteraan, undang-undang dan lainlain. b. Memperolehi pengalaman kerja di industri / NGO / agensi kerajaan bagi ahli akademik daripada lain-lain bidang misalnya sains sosial, ekonomi, sains & teknologi dan pengajian Islam. c. Memahami dengan lebih mendalam tentang keperluan dan operasi sesebuah organisasi/industri atau sesuatu bentuk perniagaan yang dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran kepada pelajar. Melalui objektif ii dan iii, pensyarah boleh memilih universiti terkemuka yang menawarkan program reka bentuk tekstil. Ini bertujuan untuk mengadaptasi dan mempelajari kaedah pengajaran dan pembelajaran dari pensyarah dan suasana yang berbeza. Selain dari itu, pensyarah juga boleh mengkaji struktur kurikulum dan silibus fakulti agar ia boleh diadaptasikan ke dalam silibus reka bentuk tekstil di Jabatan Seni Reka Tekstil.
Pensyarah yang menjalani sangkutan latihan ini berperanan sebagai 300
pembantu pensyarah atau fasilitator bagi membolehkan mereka meneroka dan menimba pengalaman sebagai tenaga pengajar dan peserta turut serta (participant observer). Pemilihan universiti untuk tujuan latihan ini juga penting kerana, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hanya mengiktiraf universiti yang terdapat dalam senarai sahaja. Melalui sangkutan latihan industri ini, diharapkan pensyarah dapat pengalaman dan ilmu baharu yang berpotensi diaplikasikan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain dari itu, pensyarah juga diharapkan dapat menyumbang idea menambah baik silibus kursus reka bentuk yang sedia ada. Apa yang lebih utama lagi keperluan anjakan paradigma pensyarah agar membuka ruang inovasi terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan. 5.19.2 Kursus Reka Bentuk Kurikulum dan Pembangunan Silibus Keperluan kepada kursus reka bentuk kurikulum dan pembangunan silibus ini dilihat sebagai keperluan wajib kepada pensyarah-pensyarah jabatan seni reka tekstil. Berdasarkan kepada dapatan kajian rintis, pengetahuan majoriti pensyarah tentang kurikulum dan silibus berada pada tahap yang rendah. Pembentukan sesuatu kurikulum adalah berdasarkan kepada dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi khas untuk institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Penetapan kurikulum ini akan berubah mengikut keperluan semasa. Dengan adanya kursus reka bentuk kurikulum ini, diharapkan agar pensyarahpensyarah lebih memahami tentang sistem dan struktur kurikulum. Aras yang disyorkan untuk pemahaman ini hanya menyentuh tentang teori asas, kepentingan, struktur, atribut dan pelaksanaan kurikulum. Begitu juga dengan pembangunan silibus. Proses ini dianggap paling mencabar kerana perancang silibus merangkap pensyarah kursus masih belum mahir untuk menstruktur kandungan sukatan pelajaran mengikut keperluan dan kemahiran. Ini terbukti melalui analisis silibus kursus yang dijalankan mendapati 301
struktur kandungan dan pemberatan aspek kemahiran untuk setiap kursus reka bentuk tekstil tidak seimbang. Dengan adanya kursus pembangunan silibus ini, diharapkan pensyarah kursus dapat memahami bagaimana untuk menstruktur dan membangunkan silibus dengan betul mengikut aras, keperluan dan kemahiran tertentu. 5.19.3 Kursus Pengajaran Berkala Kursus pengajaran berkala ini dicadangkan bertujuan untuk memberikan latihan pengajaran berterusan agar pensyarah kursus dapat menyesuaikan kaedah pengajaran mereka secara fleksibel mengikut keperluan semasa. Dengan usaha ini, pensyarah dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan gaya pembelajaran pelajar masa kini. Melalui pemerhatian yang dijalankan, orientasi pelajar cenderung ke arah gaya pembelajaran kineaesthetic. Oleh yang demikian, satu usaha untuk memenuhi keperluan pembelajaran masa kini, pensyarah perlu kreatif mengaplikasikan pendekatan pengajaran yang berbeza. Kursus pengajaran ini juga melibatkan perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran mengikut standard yang ditetapkan. Untuk memastikan kesinambungan, kursus pengajaran berkala ini boleh ditetapkan setiap tiga tahun perkhidmatan agar dalam tempoh itu, kaedah pengajaran akan dapat berkembang dan diaplikasikan mengikut kesesuaian. Penyedia perkhidmatan iaitu Institut Kepimpinan Pengurusan & Kualiti (ILQAM) dicadangkan mengeluarkan sijil kursus pengajaran berkala ini seterusnya kursus ini menjadi kursus wajib untuk staf akademik bertujuan untuk menjaga kualiti pengajaran di Universiti Teknologi MARA.
302
5.20
Cadangan Penambahbaikan Proses Reka Bentuk Tekstil Cadangan penambahbaikan proses reka bentuk tekstil menekankan keperluan
yang sangat diperlukan sebagai kaedah baharu menggantikan kaedah sedia ada. Oleh yang demikian, penyelidik telah mencadangkan empat kategori penambahbaikan yang dapat mempertingkatkan keberkesanan proses reka bentuk secara komprehensif. 5.20.1 Matlamat Reka Bentuk Perkara dasar yang perlu ditukar adalah matlamat reka bentuk yang sedia ada. Ini berdasarkan pemerhatian di mana matlamat reka bentuk yang sedia ada hanya untuk tujuan eksplorasi dan potensi. Matlamat ini perlu diubah kepada objektif reka bentuk yang lebih fokus dan bermatlamat. Sebagai contoh, pensyarah seharusnya boleh menggunakan konsep Pembelajaran Berasaskan Masalah (problem based learning) dengan meletakkan sesuatu isu sebagai masalah pusat yang perlu diselesaikan. Isu dalam reka bentuk tekstil biasanya berkait rapat dengan keperluan manusia seperti persepsi, cita rasa, penampilan, kesesuaian dan praktikal. Penyelidik mencadangkan matlamat reka bentuk seharusnya berpusatkan keperluan manusia (human centered) bagi memastikan setiap proses reka bentuk yang dilaksanakan mempunyai matlamat khusus menyelesaikan isu pengguna. Sesuatu reka bentuk perlu menepati keperluan dan cita rasa pengguna. Cita rasa pengguna pula adalah sesuatu perkara yang subjektif untuk diinterpretasikan. Oleh yang demikian, ciriciri reka bentuk yang menepati adalah dengan meletakkan diri seseorang pereka di tempat pengguna agar pereka lebih empati tentang masalah yang dihadapi oleh pengguna. Program Reka Bentuk Tekstil memerlukan modus operandi reka bentuk baharu dalam kursus-kursus yang ditawarkan agar lebih berdaya saing dengan kursus reka bentuk tekstil yang ditawarkan oleh universiti lain. Melalui sorotan literatur yang 303
dijalankan, penyelidik banyak merujuk pada model-model reka bentuk terkini yang mengetengahkan konsep Reka Bentuk Berpusatkan Keperluan Manusia (Human Centered Design). Salah satu dari rujukan literatur yang mempunyai signifikan yang tinggi adalah dari model proses reka bentuk IDEO. Garapan dari model ini membuka ruang untuk pembaharuan proses reka bentuk tekstil sedia ada dengan mengaplikasikan pemikiran reka bentuk sebagai teras utama. 5.20.2 Pemikiran Reka Bentuk (Design Thinking) Pemikiran reka bentuk boleh digunakan untuk mencari penyelesaian inovatif, menyeluruh dan jangka panjang kepada isu-isu yang berkaitan dengan masalah pengguna. Kaedah pemikiran reka bentuk ini membawa kepada punca masalah tersebut. Ini dilakukan dengan mengkaji dan mendalami keperluan pengguna yang menyebabkan berlakunya masalah. Terdapat pelbagai model pemikiran reka bentuk yang berpotensi diaplikasikan ke dalam proses reka bentuk tekstil. Terma yang sebelum ini tidak pernah didengari dan difahami seperti empati, kreatif, inovatif, idea, kepelbagaian dan prototaip akan membentuk pemikiran reka bentuk tekstil melalui aplikasi model pemikiran reka bentuk. Penyelidik kuat mencadangkan model pemikiran reka bentuk dari IDEO kerana memenuhi kriteria proses reka bentuk tekstil melalui persamaan modus operandi. Pemikiran reka bentuk juga diharapkan dapat mengubah cara pemikiran pensyarah dan pelajar dalam proses reka bentuk bagi menggantikan kaedah yang sedia ada. Penguasaan pemikiran reka bentuk ini membolehkan pelajar-pelajar berdaya saing dengan program reka bentuk yang lain kerana pemikiran reka bentuk ini bersifat universal iaitu boleh diaplikasikan ke dalam bidang reka bentuk yang lain.
304
Rajah 5.4: Proses Reka Bentuk IDEO (2012) Rajah 5.4 merupakan lima fasa dalam proses reka bentuk yang diperkenalkan oleh IDEO. Fasa ini disusun mengikut peringkat reka bentuk yang bermula dari mengenal pasti pendekatan yang sesuai untuk menghadapi isu dan cabaran. Fasa ke dua pula adalah kefahaman dan interpretasi berkaitan isu yang dihadapi. Ini diikuti fasa ke tiga iaitu penjanaan idea. Penjanaan idea merupakan proses kreatif untuk menyelesaikan masalah melalui pelbagai kaedah dan teknik. Fasa ke empat berkaitan eksperimentasi, penghasilan cadangan reka bentuk dan prototaip. 5.20.3 Teknik Kreativiti Berkumpulan Proses reka bentuk tekstil yang sedia ada memerlukan satu mekanisme baharu dengan memberi penekanan kepada aspek kemahiran dan komunikasi. Untuk memantapkan lagi proses, kemahiran psikomotor yang sedia ada perlu digabungkan bersama dua kemahiran ini. Jika kaedah pelaksanaan reka bentuk sebelum ini berorientasikan usaha individu, penyelidik kuat mencadangkan kaedah dan teknik kreativiti berkumpulan sebagai modus operandi proses reka bentuk tekstil yang akan datang. Keberkesanan melalui teknik sumbang saran berkumpulan dapat dilihat melalui pencapaian pelajar dalam menjana idea kreatif dan menyelesaikan masalah. Oleh yang 305
demikian, gabungan tiga kemahiran ini perlu dilaksanakan pada setiap peringkat reka bentuk tekstil. 5.20.4 Khidmat Pensyarah Pelawat Dari Industri Terma pensyarah pelawat dari industri dalam cadangan ini ialah ahli bukan akademik yang dijemput samada dari industri atau agensi kerajaan lain untuk menyampaikan kuliah atau praktikal dalam bidang kepakaran mereka. Oleh kerana reka bentuk tekstil ini bercirikan praktikal studio, maka pensyarah pelawat yang ditawarkan khidmat ini mestilah terdiri dari tokoh atau pereka tekstil yang mempunyai kewibawaan dan pengalaman yang luas dalam bidangnya. Usaha ini bertujuan untuk proses pemindahan ilmu pengetahuan khusus proses reka bentuk tekstil melalui perspektif industri. Dengan pendekatan khidmat pensyarah pelawat ini, adalah diharapkan agar proses reka bentuk tekstil menjadi lebih fleksibel dan dinamik mengikut peredaran masa. 5.21
Cadangan Model Pelaksanaan Penjanaan Idea Ke Dalam Proses Reka Bentuk Tekstil. Penyelidik mencadangkan tiga model pelaksanaan integrasi penjanaan idea reka
bentuk tekstil menggunakan teknik sumbang saran, hasil dari informasi yang diperoleh serta sintesis pelbagai proses reka bentuk dari bidang lain. Cadangan konsep pelaksanaan ini diketengahkan sebagai model pelaksanaan dengan mengambil kira beberapa faktor penting seperti proses reka bentuk berpusatkan pengguna, kemahiran berfikir kreatif dan kritis serta penekanan prinsip-prinsip reka bentuk. Tiga model cadangan ini telah melalui proses validasi dan verifikasi dua orang pensyarah kanan program reka bentuk tekstil. Ini adalah kerana model pelaksanaan ini dibentuk melalui informasi dari mereka.
306
5.21.1 Cadangan Model Pelaksanaan Reka Bentuk A
Mengenalpasti Masalah
Sumbang Saran Menjana dan Menghalusi Idea
Mengenalpasti Kriteria dan Kekangan
Meneroka Kemungkinan
Membina Model atau Prototaip
Membina Cadangan Reka Bentuk
Memilih Pendekatan
Sumbang Saran Menjana dan Menghalusi Idea
Menguji dan Menilai Prototaip
Sumbang Saran Menjana dan Menghalusi Idea
Produksi Produk Tekstil
Re_leksi
Rajah 5.5: Cadangan Model Pelaksanaan Reka Bentuk A Cadangan model pelaksanaan reka bentuk A ini telah diterangkan pada perenggan sumbangan ilmu pengetahuan reka bentuk tekstil sebelum ini. Model ini bersifat satu kitaran yang mengandungi proses penting dalam reka bentuk. Implikasi sumbang saran ditekankan pada peringkat kreatif penjanaan idea bertujuan untuk mengenal pasti kriteria yang diperlukan oleh pengguna. Proses ini seterusnya perlu melalui cadangan reka bentuk (visual), pembinaan prototaip seterusnya pengujian terhadap prototaip bagi mengenal pasti kelebihan dan kekurangannya. Proses ini sekali lagi melibatkan pemikiran konvergen menghalusi kriteria reka bentuk sebelum penghasilannya. Proses terakhir adalah maklum balas dari pelanggan yang menyediakan informasi terhadap produk. Informasi ini diperlukan untuk tujuan penambahbaikan (inovasi).
307
5.21.2 Cadangan Model Pelaksanaan Reka Bentuk B
1
2
• Mengenalpasti Masalah
• Penyelidikan (Informasi dan Visual)
3
3
4
5
• Proses Reka Bentuk
• Pengembangan Idea
• Dokumentasi Reka Bentuk
6
7
8
• Pembangunan Prototaip
• Produksi
• Penilaian
• Pembinaan Konsep
Rajah 5.6: Cadangan Model Pelaksanaan Reka Bentuk B Cadangan model pelaksanaan reka bentuk tekstil B ini juga merupakan satu kitaran proses yang bermula dari mengenal pasti masalah. Seperti cadangan model proses reka bentuk A, penekanan kepada proses mengenal pasti masalah telah dijadikan sebagai salah satu proses-proses penting dalam kitaran ini. Berbeza dari model proses reka bentuk tekstil yang sedia ada, cadangan model ini mengaplikasikan teknik sumbang saran sebanyak empat peringkat yang bermula dari peringkat penyelidikan, pengembangan idea, proses reka bentuk dan pembangunan prototaip. Kelebihan pada cadangan proses reka bentuk ini juga terletak pada peringkat pembinaan konsep reka bentuk yang juga dihasilkan melalui teknik sumbang saran serta penyediaan dokumentasi reka bentuk sebagai rujukan utama. Melalui cadangan model pelaksanaan reka bentuk B ini, pelajar dikehendaki untuk mengenal pasti sesuatu isu atau masalah pengguna dengan mengadakan beberapa sesi perbincangan bersama pengguna. Ini dilakukan bagi memahami secara mendalam kehendak pengguna. Setelah itu, pelajar menjalankan penyelidikan mencari informasi 308
dan aspek visual sebagai rujukan. Teknik sumbang saran dilihat dapat menjana idea dalam membentuk konsep reka bentuk yang dikehendaki. Melalui proses reka bentuk dan pengembangan idea, teknik sumbang saran sekali lagi dijadikan alat untuk menjana idea-idea yang berpotensi dikembangkan dan dibangunkan menjadi produk. Proses ini didokumentasikan secara sistematik melalui dokumentasi reka bentuk yang bertujuan untuk melihat dan menilai semula sesuatu proses seandainya terdapat kesilapan atau perubahan. Pembangunan prototaip dianggap penting sebagai model awal. Tujuan utama prototaip adalah untuk melibatkan pengguna menguji idea-idea reka bentuk dan mendapatkan maklum balas mereka di peringkat awal pembangunan pada masa yang sama dapat mengurangkan masa dan kos. Ia menyediakan cara yang lengkap dan berkesan untuk memperbaiki dan mengoptimumkan reka bentuk melalui perbincangan, penerokaan dan pengujian. Proses seterusnya adalah produksi produk tekstil yang dihasilkan melalui dapatan perbincangan dan maklum balas pengguna. Spesifikasi yang dikehendaki diterjemahkan melalui penghasilan produk reka bentuk tekstil yang terdiri dari produk gunaan seperti kemasan lembut, fesyen, upholsteri dan kraf. Proses terakhir adalah maklum balas pengguna terhadap produk yang digunakan agar setiap maklum balas dapat dijadikan panduan untuk reka bentuk masa hadapan.
309
5.21.3 Cadangan Model Pelaksanaan Reka Bentuk C
Taklimat Reka Bentuk
Mendefinisikan Masalah Menentukan Hala Tuju Reka Bentuk
Penyelidikan Visual
Rujukan Visual Sumbang Saran
Mereka Bentuk Pengembangan Idea
Pengalaman Penyelidikan Intuisi Imaginasi Sumbang
Produksi Reka Bentuk
Model Prototaip Produk Karya Seni Sumbang Saran
Analisis/ Penilaian Produk
Refleksi Hasil Reka Bentuk dan Aktiviti Produksi
Saran
Rajah 5.7: Cadangan Model Proses Reka Bentuk C Cadangan model proses reka bentuk tekstil C merupakan penambahbaikan daripada model proses reka bentuk yang sedia ada, namun terdapat beberapa perbezaan dari aspek pelaksanaan dan aplikasi sumbang saran untuk proses penjanaan idea dan penyelesaian masalah. Cadangan model ini terdiri daripada lima peringkat yang bermula dari taklimat reka bentuk sebagai idea awal untuk mendefinisikan isu/masalah serta menentukan hala tuju proses reka bentuk. Proses ke dua adalah peringkat penyelidikan yang melibatkan mengumpulkan informasi dan koleksi visual berkaitan fenomena yang dikaji. Ini dilakukan dengan mendapatkan informasi melalui media cetak dan elektronik seperti jurnal, buku, majalah, foto dan sumber Internet. Proses ini melibatkan teknik sumbang saran yang dilihat dapat membantu pelajar-pelajar dalam menjana idea dan memperolehi maklumat melalui perkongsian pengetahuan yang terdapat pada setiap pelajar. Informasi ini kemudiannya dikumpulkan sebagai dokumentasi reka bentuk. Implikasi teknik sumbang saran ditandakan dengan segi empat berwarna merah pada rajah di atas. Proses ke tiga adalah mereka bentuk dan mengembangkan idea. Proses reka bentuk dilaksanakan terlebih dahulu sebelum dikembangkan menjadi reka corak yang pelbagai. Proses ini 310
melibatkan kreativiti pembuatan serta imaginasi seseorang pelajar dalam mengolah dan mengembangkan idea reka bentuk menjadi produk. Pada proses ini juga, sumbang saran dilihat sangat membantu proses menjana idea kreatif pemilihan motif, reka corak, komposisi dan penentuan produk akhir. Implikasi teknik sumbang saran ditandakan dengan segi empat berwarna merah pada rajah 5.8 (rujuk muka surat 311). Proses ke empat adalah penghasilan prototaip reka bentuk produk tekstil setelah melalui proses pengolahan dan pengembangan idea. Prototaip merupakan idea awal produk sebelum penghasilan produk sebenar. Ini dilaksanakan bagi mendapatkan maklum balas pengguna terhadap spesifikasi yang diharapkan. Sekiranya persetujuan tercapai, maka proses seterusnya dapat dilaksanakan. Proses prototaip ini juga melibatkan sumbang saran bagi mendapatkan idea yang lebih meyakinkan tentang produk yang ingin dihasilkan. Implikasi teknik sumbang saran ditandakan dengan segi empat berwarna merah pada rajah 5.7. Proses terakhir adalah maklum balas pengguna terhadap produk yang digunakan agar setiap maklum balas dapat dijadikan panduan untuk reka bentuk masa hadapan. 5.22
Cadangan Untuk Penyelidikan Di Masa Hadapan. Dapatan penyelidikan ini menimbulkan beberapa persoalan yang memerlukan
kajian lanjut. Oleh yang demikian, tidak timbul persoalan samada penyelidik telah mengisi jurang pengetahuan terhadap isu yang dikaji. Ini adalah kerana penyelidikan inovatif adalah bersifat mencipta potensi subjek kajian yang memerlukan kajian lanjutan.
311
Untuk cadangan penyelidikan akan datang, terlebih dahulu penyelidik membincangkan limitasi penyelidikan ini yang merangkumi dua kategori iaitu; i. ii.
penyelidikan tindakan kelas sebagai reka bentuk penyelidikan. sumbang saran sebagai teknik penjanaan idea dan penyelesaian masalah.
Matlamat utama penyelidikan ini adalah untuk membentuk model empirikal integrasi penjanaan idea reka bentuk tekstil. Penyelidik telah mengenal pasti atribut penyumbang keberkesanan penjanaan idea reka bentuk tekstil, seterusnya boleh dijadikan sebagai pemboleh ubah bersandar untuk tujuan penyelidikan ekperimen. Isu yang berpotensi untuk kaji adalah pengukuran keberkesanan strategi sumbang saran pada kumpulan rawatan dan kawalan. Kumpulan kawalan dikendalikan menggunakan kaedah standard proses reka bentuk tekstil. Ke dua-dua sampel boleh diambil dari semester tiga di Kampus Shah Alam dan Cawangan Kelantan. Penyelidikan kuantitatif yang dicadangkan adalah eksperimental kuasi yang melibatkan dua kumpulan iaitu kawalan (control) dan rawatan (treatment). Eksperimen adalah satu kajian di mana penyelidik memanipulasi tahap beberapa pemboleh ubah bebas dan kemudian mengukur hasilnya. Ia juga merupakan teknik yang kuat untuk menilai hubungan sebab dan akibat. 5.23
Bidang Yang Berpotensi Untuk Dikaji Penyelidikan yang telah dijalankan ini memberi fokus kepada proses kognitif
penjanaan idea dan penyelesaian masalah dalam reka bentuk tekstil. Terdapat isu berbangkit selain dari kemahiran kognitif ini. Melalui penyelidikan yang dijalankan, penyelidik mendapati, enam dari lapan responden tidak berkemahiran melukis dan melakar. Ini berikutan pengambilan calon-calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tidak mengambil kira keperluan dan kemahiran melukis. Oleh yang demikian, penyelidik mencadangkan satu penyelidikan ke atas kemahiran psikomotor melukis dan 312
melakar ini sebagai subjek yang perlu diberi perhatian. Reka bentuk penyelidikan tindakan dilihat sebagai kaedah yang tepat untuk cadangan penyelidikan seterusnya kerana lebih praktikal dan efektif. Proses reka bentuk tekstil mempunyai empat peringkat yang bermula dari tema penyelidikan, penyelidikan visual, pengembangan idea dan cadangan reka bentuk. Melalui penyelidikan ini, penyelidik banyak memfokuskan pada peringkat tema penyelidikan sedangkan masih ada tiga peringkat reka bentuk yang masih belum diberi perhatian. Oleh yang demikian, penyelidik mencadangkan penyelidikan yang dapat menumpukan pada peringkat reka bentuk seterusnya. 5.24
Kesimpulan Bab ini merupakan bab terakhir tesis di mana penyelidik telah membuat semua
kesimpulan berkaitan matlamat, objektif, kaedah penyelidikan tindakan dan strategi intervensi yang dijalankan. Kesimpulan yang dibuat ini banyak memberikan signifikan terhadap strategi intervensi sumbang saran yang dilihat berjaya membantu pelajar menyelesaikan masalah dalam proses reka bentuk serta membentuk satu budaya kreativiti berkumpulan. Matlamat penyelidikan yang memberikan inovasi terhadap proses reka bentuk tekstil telah berjaya dibentuk dengan terhasilnya model reka bentuk tekstil berasaskan teknik sumbang saran. Model ini dilihat sebagai pelengkap kepada dua kemahiran utama iaitu kognitif dan psikomotor yang memberi penekanan kepada penjanaan idea, penyelesaian masalah dan kemahiran melakar/melukis. Diharapkan agar model ini juga dapat dijadikan sebagai panduan untuk membentuk silibus kursus reka bentuk tekstil yang akan datang memandangkan modus operandi model ini merangkumi aspek yang lengkap melalui matlamat dan pelaksanaannya. Penyelidikan ini telah berjaya menjawab kepada semua soalan kajian yang spesifik terhadap isu yang diutarakan. 313
Jawapan kepada soalan kajian ini diperoleh melalui kaedah pengumpulan dan penganalisisan data secara sistematik mengikut kaedah kuantitatif dan kualitatif. Melalui kaedah kuantitatif, ujian kreativiti yang dijalankan telah memberi satu kefahaman kepada penyelidik bahawa setiap strategi intervensi yang dijalankan telah mendatangkan kesan pencapaian yang berbeza. Tahap kreativiti penghasilan didapati meningkat dari satu kitaran ke kitaran seterusnya. Melalui kaedah kualitatif pula, penerokaan terhadap fenomena yang berlaku telah memberikan satu kefahaman tentang kelemahan pendekatan pengajaran dan keperluan-keperluan yang perlu diberi perhatian dalam membentuk model pelaksanaan proses reka bentuk tekstil. Oleh yang demikian, gabungan enam objektif-objektif ini telah membentuk satu model pelaksanaan proses reka bentuk tekstil yang komprehensif. Pemilihan penyelidikan tindakan merupakan kaedah yang bertepatan dengan paradigma penyelidikan ini yang menekankan kepada pendekatan yang menilai teori dan kepercayaan melalui orientasi praktis. Tugas seorang pensyarah bukan hanya setakat mengajar kursus yang ditugaskan, malah budaya reflektif terhadap permasalahan studio/kelas adalah diperlukan pada setiap masa bagi memastikan sesuatu kaedah pengajaran dan pembelajaran tetap relevan dengan keperluan semasa. Kajian Tindakan Kelas ini pada asasnya bersifat kualitatif yang membuka peluang kepada pensyarah untuk meneroka fenomena yang dihadapi semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, isu dan objektif kajian ini yang akhirnya menentukan kaedah kajian. Penyelidikan Kaedah Campuran (Mixed Method Research) dilihat lebih berkesan kerana melibatkan pengukuran pencapaian pelajar dan eksplorasi fenomena yang dihadapi di dalam kelas secara serentak. Kombinasi pengukuran dan penerokaan terhadap fenomena ini mempromosikan reka bentuk
penyelidikan reflektif yang
lengkap berbanding reka bentuk kajian kes tunggal (single case study design), reka
314
bentuk eksperimentasi quasi (quasi experimental design) dan reka bentuk kajian korelasi (correlational study design). Strategi intervensi yang dijalankan pula adalah berdasarkan kepada refleksi dari kitaran tindakan yang telah dijalankan sebelumnya. Strategi intervensi ini membuktikan bahawa perancangan dan pelaksanaan teknik sumbang saran seharusnya dibantu oleh beberapa kaedah pembelajaran yang lain seperti kemahiran berkomunikasi, meta kognitif dan pembelajaran kolaboratif. Teknik sumbang saran tidak mendatangkan kesan yang optimum apabila dijalankan bersendirian. Dari aspek implikasi teori dan kaedah yang digunakan, teori perkembangan kognitif Jean Piaget membuktikan idea-idea hasil dari teknik sumbang saran adalah merupakan proses yang diperoleh melalui struktur skema, asimilasi, akomodasi dan keseimbangan. Teori sosio budaya Lev Seminovich Vygotsky pula membuktikan bahawa pengetahuan pra pelajar adalah berdasarkan kepada pengalaman dan pengaruh sosial yang membentuk pemikiran seseorang pelajar. Teknik sumbang saran telah mempromosikan pembelajaran melalui interaksi sosial yang memerlukan sokongan (scaffolding) membentuk budaya pembelajaran koperatif. Teori Victor Lowenfeld merumuskan bahawa kreativiti terbahagi kepada kategori Kelancaran (Fluency), Fleksibiliti (Flexibility) dan Keaslian (Originality). Tiga kategori ini adalah bertepatan dengan objektif sumbang saran yang mengutamakan kuantiti dan kualiti idea yang dihasilkan. Hasil dari penyelidikan ini telah memberikan sumbangan dari aspek pembinaan model reka bentuk tekstil. Model ini pula berpotensi bukan sahaja di dalam proses reka bentuk tekstil, malah dapat digunakan dalam pelbagai bidang reka bentuk yang lain. Penyelidik meletakkan harapan yang tinggi agar hasil penyelidikan ini akan tetap relevan untuk masa hadapan dan dapat menyumbang untuk pembangunan ilmu pengetahuan terutamanya dalam bidang reka bentuk tekstil. 315
RUJUKAN Amer Shakir Zainol. (2010). Factors influencing group brainstorming performance in industrial design practices. (Doctoral thesis) Universiti Teknologi MARA, Malaysia. Anderson, L. W., & Krathwohl, D. A. (2001) A Taxonomy for Learning, Teaching and Assessing: A Revision of Bloom’s Taxonomy of Educational Objectives. Boston: Allyn & Bacon. Archer, L. B. (1965). The structure of design process (Doctoral thesis). Royal College of Art, London. Archer, L. B. (1984). Systematic Method for Designers. In N. Cross (Ed.). Developments in Design Methodology. Chichester: John Wiley & Sons Ltd. Ausbel, D. P. (1967). Learning Theory and Classroom Practice. Toronto: Ontario Institute for Studies in Education. Baker, S., Gersten, R., & Scanlon, D. (2002). Procedural facilitators and cognitive strategies: Tools for unravelling the mysteries of comprehension and the writing process, and for providing meaningful access to the general curriculum. Learning Disabilities: Research and Practice, 17, 65-77. Bandura, A. (1977). Social Learning Theory. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall. Bereiter, C., & Scardamalia, M. (1987). The psychology of written composition. Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates. Billie J. C., Martin J. B., & Phyllis G. (2009). Understanding Textiles. Saddle River, N.J: Pearson Prentice Hall. Bloom, B. S. (1956). Taxonomy of Educational Objectives, the classification of educational objectives, Handbook 1: Cognitive Domain. New York: McKay. Boud, D., Cohen, R., & Sampson, J. (2001). Peer learning and assessment. In D. Boud, R. Cohen., & J. Sampson (Eds.). Peer learning in higher education (pp 67-81) London: Kogan Page. Brager, J., & Johnson, K. (1993). Adult learning: New research on continuous learning in the business environment; Atlanta, GA: American Society for Training and Development. Bruner, J. S. (1966). Toward a Theory of Instruction. Cambridge, MA: Belkapp Press. Bushe, G. R., & Marshak, R. J. (Eds.). (2015). Dialogic organization development: The theory and practice of transformational change. Oakland, CA: Berrett-Koehler.
316
Butler, D. L., & Kline, M. A. (1998). Good versus creative solutions: A comparison of brainstorming, hierarchical and perspective-changing heuristics. Creativity Research Journal, 11, 325-331. Buzan, T. (1974). Use your head. London: BBC Books. Camacho, L. M., & Paulus, P. B. (1995). The role of social anxiousness in group brainstorming. Journal of Personality and Social Psychology, 68, 1071-1080. Canas, A. J., Carff, R., Hill, G., Carvalho, M., Arguedas, M., & Eskridge, T. (2005). Concept maps: Integrating knowledge and information visualization. In S. O. Tergan., & T. Keller (Eds.). Knowledge and information visualization: Searching for synergies (pp. 205-219). Heidelberg/NY: Springer Lecture Notes in Computer Science. Carr, H., & Pomeroy, J. (1992). Fashion Design and Product Development. London: Blackwell Scientific Publications. Carr, W., & Kemmis, S. (1986). Becoming Critical: Education, Knowledge and Action Research. Basingstoke: Falmer Press. Chapman, L. H. (1978). Approaches to Art in Education. New York: Harcourt Brace Javanovich. Chapman, W. L., Bahill, A. T., & Wymore, A. W. (1992). Engineering modelling and design. Florida: Boca Raton CRC Press. Chan, Y. C. (2001). A Conceptual Model of Intimate Apparel Design: An Application to Bra Design. (Master thesis, Institute of Textiles and Clothing, Hong Kong). Retrieved from https://www.polyu.edu.hk/itc/en/ Cheng, V. M. Y. (2011). Infusing creativity into Eastern classrooms: Evaluations from student perspectives. Thinking Skills and Creativity, 6(1), 67-87. Chua Yan Piaw. (2010) Building a test to assess creative and critical thinking Simultaneously. Procedia Social and Behavioral Sciences, 2 (2010) 551-559. Chua Yan Piaw. (2004). Creative and Critical Thinking Styles. Serdang: Universiti Putra Malaysia Press. Cohen, L., & Manion, L. (1994). Research Methods in Education (4th ed.). London: Routledge. Collier, B.J., Bide, M., & Tortora, P.G. (2009). Understanding Textiles (7th ed.). New York: Prentice Hall. Cross, K. P., & Steadman, M. H. (1996). Classroom Research: Implementing the scholarship of teaching. San Francisco: Jossey Bass. Crowl, T. K., Kaminsky, S., & Podell, D. M. (1997). Educational psychology: Windows on teaching. Madison, WI: Brown and Benchmark. 317
Darke, J. (1979). The primary generator and the design process. Design Studies, 1(1), 36-44. DeJonge, J. O. (1984). The design process. In S. Watkins, Clothing the portable Environment. IA: Iowa State University Press. Denzin, N. K. (1989). Handbook of Qualitative Research (2nd ed.). Thousand Oaks, CA: Sage. Dewey, J. (1933) How We Think. A restatement of the relation of reflective thinking to the educative process. (Revised ed.). Boston: D. C. Heath. Diamond, J., & Diamond, E. (1997). The World of Fashion (2nd ed.). USA: Fairchild Publication. Di Mascio, R., Kalyuga, S., & Sweller, J. (2016). The Effect of Wording and Placement of Task Instructions on Problem-Solving Creativity. The Journal of Creative Behavior, 16, 45-49. Dunette, M. D., Campbell, J., & Jaastad, K. (1963). The effect of group participation on brainstorming effectiveness for two industrial samples. Journal of Applied Psychology, 47, 30-37. Fiore, A. M., & Kimle, P. A. (1997). Understanding aesthetics for the merchandising and design professional. New York: Fairchild Publication. Fisher, R. (1990). Teaching Children Thinking. New York: W. H. Freeman. Fletcher, K. (2008). Sustainable Fashion and Textiles: Design Journey. London: Earthscan. Fletcher, K., & Grose, L. (2012). Fashion and Sustainability: Design for Change. London: Laurence King Publishing Ltd. Frings, G. S. (1999). Fashion: From Concept to Consumer (6th ed.). Upper Saddle River, New Jersey: Prentice Hall. . Flavell, J. H. (1979). Metacognition and cognitive monitoring: A new area of Cognitive developmental inquiry. American Psychologist, 34, 906-911. Flavell, J. H. (1987). Speculations about the nature and development of metacognition. In F. E. Weinert & R. H. Kluwe (Eds.), Metacognition, Motivation and Understanding (pp. 21-29). Hillside, New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates. Gardner, H. (1994). Frame of Mind. New York: Harper & Row. Gardner, H. (2000). The Disciplined Mind. New York: Penguin Book. Graham, D., & Bachmann, T. (2004). Ideation: The Birth and Death of Ideas. Hoboken, N.J: John Wiley & Sons Inc. 318
Guilford, J.P. (1967). The Nature of Human Intelligence. Cambridge, UK: Cambridge University Press. Gagne, R.M. (1985). The Conditions of Learning and Theory of Instruction (4th ed.). New York: CBS College Publishing. Gagne, R.M., & Briggs, L.J. (1979). Principles of Instructional Design (2nd ed.). New York: Holt, Rinehart, & Winston, Inc. Gagne, R. M. (1985). The Conditions of Learning. New York: Holt Rinehart & Winston. Gagne, R., Briggs, L., & Wager, W. (1988). Principles of Instructional Design. New York: Holt, Reinhart. Gagne, R., Briggs, L., & Wager, W. (1992). Principles of Instructional Design (4th ed.). Fort Worth, TX: HBJ College Publishers. Gardner, M. J. (1985). Cognitive psychological approaches to instructional task analysis. In E. Gordon, (Ed.). Review of Research in Education 12, 157-96. Gultepe, B., & Coskun, H. (2016). Music and cognitive stimulation Influence idea generation. Psychology of Music, 44, 3-14. Harrow, A.J. (1972). A Taxonomy of the Psychomotor Domain. New York: David McKay Co. Hanks, K., Belliston, L., & Edwards, D. (1997). Design yourself. Los Altos, California: William Kaufmann Inc. Henningsen, D, D., Cruz, M. G., & Miller, M. L. (2000). Role of social loafing in predeliberation decision making. Group Dynamics: Theory, Research and Practice, 4, 168-175. Jacobs, G.M. (1998) Cooperative learning or just grouping students: The difference makes a difference, Paper presented at the RELC Seminar, Singapore. James, P, T. (1997) Creative Education in Industry and Higher Education, 11(5), 106-115. Jonson, B. (2005). Design Ideation: The Conceptual Sketch in the Digital Age, Design Studies, 26, 613-624. Jonassen, D.H. (1996). Computers in the classroom: Mindtools for critical thinking. Columbus, OH: Prentice Hall. Jones, J. C., & Thornely, J. C. (1963). A method of systematic design. New York: The Macmillan Company. Jones, J. C. (1970). Design Methods: Seeds of Human Futures. New York: Wiley Interscience. 319
Jones, J. C. (1981). Design methods: Seeds of human futures. New York: John Wiley & Sons. Jones, J. C. (1984). A method of systematic design. New York: John Wiley. Kahneman, D., & Tversky, A. (1982). The psychology of preferences. Scientific American, 246(8), 160-173. Kanneth, B. K. (2013). New Product Planning. New Delhi: Sage Publication. Kauchak, D., & Eggen, P.D. (1998). Learning and teaching: research-based methods (3rd ed.). Boston: Allyn & Bacon. Kemmis, S., & McTaggart, R. (1981). The action research planner (3rd ed.). Victoria: Deakin University. Krathwohl, D.R., Bloom, B. S., & Masia, B. B. (Eds.) (1964). Taxonomy of Educational Objectives: Handbook II, Affective Domain. New York: David McKay Co. Koberg, D., & Bagnall, J. (1973). The University Traveller: A companion for those on problem-solving journeys. Los Altos, CA: William Kaufmann. Lamb, J. M., & Kallal, M. J. (1992). A conceptual framework for apparel design. Clothing and Textiles Research Journal, 10, 42-47. Latane, B., Williams, K., & Harkins, S. (1979). Many hands make light the work: The causes and consequences of social loafing. Journal of Personality and Social Psychology, 37, 823-832. Lawson, B. (2006). How designers think: the design process demystified (4th ed.). Oxford, Burlington, MA: Elsevier. Levine, J. M., Alexander, K. M., Wright, A. G. C., & Higgins, E. T. (2016). Group brainstorming: When regulatory nonfit enhances performance. Group Processes & Intergroup Relations, 19, 257-271. Lowenfeld, V. (1975). Creative and Mental Growth (7th ed.). New York: Mac Millan. McDavitt, D. S. (1993). Teaching for understanding: Attaining higher order learning and increased achievement through experiential instruction. Retrieved from http://eric.ed.gov/?id=ED374093 McMillan, J, H., & Schumacher, S. (2001). Research in education: A conceptual introduction (5th ed.). New York: Longman. Medland, A. J. (1992). The computer-based design process (2nd ed.). London: Chapman and Hall.
320
Mohan Rathakrishnan, & Balan Rathakrishnan. (2009). Kesan Penggunaan Peta Minda Dan Pembelajaran Koperatif Terhadap Prestasi Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Empat. Jurnal Kemanusiaan Fakulti Pengurusan Universiti Teknologi Malaysia 07, 14-18. Mohd Majid Konting. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Novak, J. D., & Gowin, D. B. (1984). Learning How to Learn. New York: Cambridge University Press. Novak, J. D. (1990). Concept maps and Vee diagrams: Two metacognitive tools for science and mathematics education. Journal of Instructional Science, 19, 29-52. Othman Lebar. (2012). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan kepada Teori dan Metod. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Orlich, M. (2004). Teaching Strategies: A Guide to Effective Instruction (10th ed.). Boston, MA: Cengage Learning Press. Osborn, A. F. (1957). Applied imagination. New York: Scribner's. Paulus, P. B., Korde, R. M., Dickson, J. J., Carmeli, A., & Cohen-Meitar, R. (2015). Asynchronous Brainstorming in an Industrial Setting Exploratory Studies. Human Factors: The Journal of the Human Factors and Ergonomics Society, 44(6), 21-28. doi:10.1177/0018720815570374 Piaget, J. (1981). Intelligence and affectivity: Their relation during child development. Palo Alto, CA: Annual Reviews. Piaget, J. (1968). Genetic epistemology. New York: W. W. Norton & Co. Paget, J. (1929). The child conception of the world. London: Routledge & K. Paul. Presseisen, B. Z. (1985). Thinking skills: Means and models. In Arthur L. Costa (Ed.), Minds: A resource book for teaching thinking. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Development. Pressley, M., & Woloshyn, V. (1995). Cognitive strategy instruction that really improves children’s academic performance. Cambridge: Brookline Books. Regan, C. L., Kincade, D. H., & Shelden, G. (1998). Applicability of the engineering design process theory in the apparel design process. Clothing and Textiles Research Journal, 16(1), 36-46. Rosenshine, B. (1997). Advances in research on instruction. In E. J. Lloyd, E. J. Kameanui & Chard, D. (Eds.). Issues in Educating Students with Disabilities (pp. 197-221). Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum. Gilbert, S. (1980). Principles of Educational and Psychological Measurement and Evaluation (2nd ed.). Belmont: Wadsworth Publishing Company. 321
Saylor, J., Galen, M., & William M. (1974). Planning curriculum for schools. New York: Holt, Rinehart & Winston. Schon, D. (1982). The Reflective Practitioner: How Professionals Think in Action. New York, NY: Basic Books. Schon, D. (1987). Educating the Reflective Practitioner. San Francisco, CA: San Francisco Press. Seels, B., & Glasgow, Z. (1990). Exercises in Instructional Design. Columbus Ohio: Merrill Publishing Co. Shih, W.H., & Jyh, R.C. (2003). A creativity-based design process for innovative product design. International Journal of Industrial Ergonomics, 34(9), 421–443. Simpson, J. S. (1966). The classification of educational objectives, psychomotor domain. Office of Education Project No. 5-85-104. Urbana, IL: University of Illinois. Starko, A. J. (2009). Creativity in the classroom: Schools of curios delight (4th ed.). New York: Routledge Falmer. Stecker, P. (1996). The Fashion Design Manual. Australia: Macmillan Education Pty. Ltd. Spradley, J. P. (1980). Participant observation. New York: Holt, Rinehart & Winston. Stroebe, W., Nijstad, B.A., & Rietzcshel, E. F. (2010). Beyond productivity loss in brainstorming groups: The evolution of question. Advances in experimental social psychology, 43(9) 157-203. Taylor, C. W. (1968). Cultivating new talents: A way to reach the educationally deprived. The Journal of Creative Behavior, 2(5), 83-90. Twitchell, D. (Ed.) (1990). Robert M. Gagne & M. David Merrill in conversation. Educational Technology, 30(7), 34-39. Unin, N., & Bearing, P. (2016). Brainstorming as a way to approach student-centered learning in the ESL Classroom. Procedia for Social and Behavioral Sciences 224(2016), 605-612. Vernon, D., Hocking, I., & Tyler, T. C. (2016). An evidence-based review of creative problem solving tools: a practitioner’s resource. Thinking Skills and Creativity, 19(2016), 153-159. Vygotsky, L. S. (1978). Mind in society. The development of higher psychological processes. Cambridge: Harvard University Press. Wallas, G. (1926). The Art of Thought. New York: Harcourt Brace.
322
Wan Norashikin Abdullah. (2009). Kesan Strategi Peta Minda Terhadap Pencapaian Mata Pelajaran Ekonomi Asas Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat. (Master thesis, Open University Malaysia, Malaysia). Retrieved from http://library.oum.edu.my/repository/742/1/kesam.pdf Wang, H. C., Li, T. Y., Rose, C. P., Huang, C. C., & Chang, C. Y. (2006). VIBRANT: A Virtual Brainstorming Agent for Computer Supported Creative Problem Solving. Paper presented at the 8th International Conference on Intelligent Tutoring Systems (ITS 2006). Watkins, S. M. (1984). Clothing: The portable environment. Ames, IA: Iowa State Press. Watkins, S. M. (1988). Using the design process to teach functional apparel design. Clothing and Textiles Research Journal, 7(1), 10-14. West, C., Farmer, J., & Wolff, P. (1991). Instructional design: Implications from cognitive science. Englewood Cliffs: Prentice Hall. Wiley, S. S. (2008). Definition of Textile Designing. Ames, IA: John Wiley & Sons Inc. Yin, R. K. (2003). Case study research: Design and methods (3rd ed.). Thousand Oaks, CA: Sage. Yuhan, A., & Raymond, A. (2010). A Development of Theoretical Framework of Ultimate Fashion-Textile Design Process Model. Paper presented at Taiwan IFFTI 2010 (pp. 345-348). Taiwan: Department of Textile & Clothing, Catholic University. Zuber, S. O. (2001). Action Research in Higher Education. London: Kogan.
323
Lampiran A Lampiran A1:
Surat Kebenaran Mengumpul Data (Dekan FSSR)
Lampiran A2:
Surat Persetujuan Responden Untuk Turut Serta Dalam Penyelidikan
Lampiran A3:
Surat Lantikan Sebagai Penilai Projek Reka Bentuk
324
325
326
327
328
329
330
Lampiran B Lampiran B1:
Borang Ujian Kreativiti Menjana Idea
Lampiran B2:
Borang Skor Penilaian Projek Reka Bentuk Oleh Pensyarah
331
332
333
334
Lampiran C Lampiran C1:
Taklimat Projek Reka Bentuk (Project Brief)
Lampiran C2:
Rubrik Penilaian Projek Reka Bentuk Tekstil
Lampiran C3:
Contoh Nota Lapangan (Catatan Kuliah)
Lampiran C4:
Soalan Temubual Pensyarah Dan Pelajar
Lampiran C5:
Keputusan Markah Pelajar Untuk Kursus Eksplorasi Penyelidikan Reka Bentuk Tekstil (TXD418) Semester Mac 2013 – Julai 2013
Lampiran C6:
Keputusan Markah Pelajar Untuk Kursus Eksplorasi Penyelidikan Reka Bentuk Tekstil (TXD418) Semester Sept 2013 – Feb 2014
Lampiran C7:
Pelan Pengajaran Untuk Kursus Eksplorasi Penyelidikan Reka Bentuk Tekstil (TXD418)
Lampiran C8:
Contoh Informasi Kursus Reka Bentuk Tekstil
335
336
337
338
339
340
341
342
343
344
345
346
347
348
349
350
SENARAI PEMBENTANGAN KERTAS KERJA
Rainal Hidayat Wardi, Muhamad Firdaus Ramli, Mohammad Mubarrak Mohd Yusof, Dr. Sabzali Musa Kahn, Paper (2013) Title: AN ADAPTATION OF GROUP BRAINSTORMING FOR TEXTILE DESIGN THINKING. The International Conference on Social Sciences Research 2013 (ICSSR 2013, WORLD CONFERENCES RESOURCES. 4th & 5th June 2013, at Equatorial Hotel, Penang, Malaysia. Maithreyi Subramaniam, Rainal Hidayat Wardi, Rusmawati Ghazali, Jafrri Hanafi, Sabzali Musa Kahn, Suhaila Zaki. The Need of New Model for Art Appreciation Directed to Visual Communication At Tertiary Level: A Conceptual Framework.(ISBN (978-969-9347-15-3)).International Colloquium of Art and Design Education Research (i- cader 2014).Organized by IEEE Industrial Electronics & Industrial Applications Joint Chapter of Malaysia. in conjuction with Advancing Technology for Humanities Rainal Hidayat Wardi, Sabzali Musa Kahn, Jaffri Hanafi, Muhamad Firdaus Ramli. 2014.Isu dan Cabaran Bidang Seni Visual Dalam membina Jati Diri Melayu Masa Kini. Prosiding Persidangan Kebangsaan Kecemerlangan Melayu. Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu, Universiti Malaya. 2-3 Disember 2014, Atlanta East, Tingkat 3. Hotel Armada Petaling Jaya, Selangor. Rainal Hidayat Wardi, Sabzali Musa Kahn, 2015. Strategi Pengajaran Bagi Mengatasi Kelemahan Pelajar Melayu Dari Aspek Kreativiti Menjana Idea Reka Bentuk Tekstil Di Universiti Teknologi MARA MALAYSIA. Jurnal Pengajian Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Rusmawati Ghazali, Hema Zulaika Hashim, Rusmadiah Anwar, Rainal Hidayat Wardi, Sabzali Musa Kahn. Interaction Textile Design: Aesthetic Eco-Friendly Material. International Symposium Of Research Of Arts, Design and Humanities (2014), Sutera Harbour Marina, Golf and Country Club, Kota Kinabalu, Sabah MALAYSIA.
351
352
353