MOHD FADHIL NAZRIN BIN MOHD RODHI HUBUNGAN ANTARABANGSA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2012 1.0
PENGENALAN
Falsafah merupakan sebuah kajian yang cuba memahami tentang misteri kewujudan dan realiti. Menurut Kamus Bahasa Melayu Nusantara, falsafah didefinisikan sebagai pengetahuan dan penyelidikan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain.1 Falsafah cuba membongkar sifat kebenaran dan pengetahuan serta cuba menyelami perkara yang mempunyai nilai asas dan kepentingan dalam hidup. Falsafah merupakan sebuah bidang yang membantu kita meneliti pertalian antara kemanusian dan tabii serta pertalian antara individu dengan masyarakat. Ilmu falsafah timbul daripada kekaguman dan keinginan serta hasrat seseorang untuk mengetahui dan memahami secara mendalam. Oleh itu, ilmu falsafah merupakan suatu bentuk pertanyaan atau penyiasatan yang melibatkan proses analisis, kritikan, pentafsiran dan spekulasi. 2 Istilah falsafah tidak dapat didefinisikan secara tepat kerana subjek ini sangat kompleks dan kontroversial. Ahli-ahli falsafah mempunyai pendapat yang berlainan tentang sifat, kaedahkaedah dan jangkauan mengenai ilmu falsafah. Perkataan falsafah ini sebenarnya berasal daripada perkataan Yunani iaitu “philosophia” yang bermaksud cinta kepada kebijaksanaan.3 Berdasarkan maksud tersebut, falsafah boleh diertikan sebagai kebijaksanaan menggunakan akal fikiran secara aktif dan bukannya secara pasif. Bidang falsafah ini telah melahirkan ramai ahli falsafah daripada seluruh pelosok negara. Sumbangan mereka dalam bidang falsafah adalah begitu banyak sehingga membawa perubahan yang besar dalam kehidupan masyarakat dunia. Antara perubahan besar yang dilakukan oleh mereka memperkenalkan pelbagai aliran baru. Hal ini bakal kami ketahui melalui penulisan kami mengenai sebuah falsafah atau aliran yang terkenal pada abad ke-18 di Eropah Barat. Falsafah yang bakal kami menulis ialah mengenai Falsafah Romantisme.
1
Kamus Bahasa Melayu Nusantara, Brunei Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, 2003. Hal.
711 2
Ensiklopedia Dunia, Jilid 7, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005. Hal. 15
3
Ibid. Hal. 15
1
MOHD FADHIL NAZRIN BIN MOHD RODHI HUBUNGAN ANTARABANGSA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2012
2.0
DEFINISI ROMANTISME
Romantisme merupakan satu gaya dalam bidang seni halus dan kesusasteraan. Romantisme sangat memberi penekanan kepada keberahian daripada pemikiran terhadap imaganasi dan gerak hati lebih daripada aspek logik. Romantisme lebih cenderung kepada penyataan emosi yang sepenuhnya, aksi yang bebas dan spontan lebih daripada kawalan serta peraturan. Dalam semua aspek ini, Romantisme berbeza dengan suatu gaya lain yang dikenali sebagai Klasikisme. Era Romantisme ini berkembang sebagai satu aliran yang menentang terhadap Klasikisme.4
3.0
ALIRAN ROMANTISME
Aliran Romantisme merupakan sebuah gerakan yang mementingkan aspek seni, sastera dan intelektual. Aliran ini berasal dari Eropah Barat. Aliran ini muncul pada abad ke-18 di Eropah Barat. Aliran Romantisme ini telah muncul ketika berlakunya Revolusi Industri di Eropah Barat. Aliran merupakan sebahagian daripada revolusi yang melawan norma-norma kebangsawanan, sosial dan politik. Aliran ini juga menekankan reaksi terhadap rasionalisasi alam yang terdapat dalam bidang seni dan sastera. Bukan itu sahaja, gerakan ini juga memberi penekanan yang kuat terhadap aspek emosi yang merupakan pengalaman daripada estetika.
4.0
TOKOH ALIRAN ROMANTISME
Salah seorang tokoh aliran Romantisme ialah Victor Marie Hugo. Victor Marie Hugo adalah salah seorang penulis aliran romantisme pada abad ke-19. Beliau juga merupakan penyair Romantisme yang sangat terkenal di Perancis. Banyak karya puisi yang telah dihasilkan oleh beliau. Antara karya puisinya yang dianggap sangat menonjol di Perancis adalah “ Les
Contemplations ” dan “La Légende Dessiècles ”. Kesemua hasil karya beliau menggambarkan 4
Ensiklopedia Dunia, Jilid 18, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005. Hal. 392 2
MOHD FADHIL NAZRIN BIN MOHD RODHI HUBUNGAN ANTARABANGSA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2012 mengenai
isu politik dan sosial, serta kecenderungan terhadap bidang kesenian pada
zamannya. Beliau menduduki tempat terhormat dalam bidang sastera Perancis. Hal ini disebabkan, karya-karya yang dihasilkan oleh beliau mendominasi hampir sepanjang abad ke19. Selain itu, terdapat seorang lagi tokoh yang sangat terkenal dalam aliran Romantisme iaitu Friedrich Von Schlegel. Friedrich Von Schlegel (1772-1829) atau nama sebenarnya Karl Wilhelm Friedrich merupakan seorang pengkritik, ahli falsafah serta seorang penulis sajak German yang sangat terkenal. Beliau juga merupakan seorang ilmiawan yang terkenal di German pada ketika itu. Beliau merupakan seorang yang aktif dalam menjalankan gerakan Romantisisme di German. Beliau bersama-sama dengan abang sulung iaitu August Wilhelm Von Schlegel (1767-1845) menjalankan gerakan Romantisme secara kritikal di German. Selain itu, beliau dengan kerjasama abangnya telah telah menyunting Athenaeum (1789-1800). Kedua-dua adik beradik ini telah mendahului angkatan penulis romantis dan mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai pengkritik kesusasteraan.5 Friedrich Von Schlegel telah lahir pada 10 Mac 1772 di Hanover. Beliau telah lahir dalam sebuah keluarga yang dikenali dengan nama Schlegel di mana keluarga ini sangat terkenal dalam bidang sastera di Hanover.6 Pada tahun 1790 hingga 1793, Friedrich Schlegel telah melanjutkan pelajaraanya dalam bidang undang-undang di Gottingen dan Leipzing. Walau bagaimanapun, beliau tidak memberi tumpuan yang sepenuhnya dalam pelajaran kerana beliau tidak lagi berminta untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang. Oleh itu, beliau telah mengambil keputusan untuk berpindah ke Dresden. Pada tahun 1794, beliau telah berpindah ke Dersden. Hasil daripada inspirasi dari bakal kakak iparnya iaitu Caroline Bohmer, beliau telah mula memberi tumpuan utama dalam bidang kesusasteraan.7 Perkara ini telah mendorong Friedrich Schlegel untuk memberi sepenuh perhatian serta usaha dalam bidang kesusasteraan sehingga beliau dapat menghasilkan pelbagai karya kesusasteraan mengenai
5
Ensiklopedia Dunia, Jilid 7, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005. Hal. 122 Donald M. Borchert, Encyclopedia Of Philosophy, Second Edition, USA: Thomson Gale, 2005. Hal. 630 7 Ibid. Hal. 630 3 6
MOHD FADHIL NAZRIN BIN MOHD RODHI HUBUNGAN ANTARABANGSA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2012 romantis. Friedrich Schegel juga mempelajari bahasa masyarakat Timur di Paris pada tahun 1802 hingga 1804.8 Bapa Friedrich Von Schlegel ialah Johann Adolf Von Schlegel (1721-1793) yang merupakan seorang pengikut anggota paderi ( Lutheran Pastor ). Abang sulung pula bernama August Wilhelm Von Schlegel (1767-1845) yang merupakan seorang pensyarah dalam bidang kesusasteraan dan seni halus di University Of Jena (1798) dan di Bonn (1818-1845). Beliau juga pernah menjadi setiausaha kepada Bernadotte iaitu merupakan Charles XIV bagi Sweden pada tahun 1813 hingga 1845.9 Manakala isteri Friedrich Schlegel ialah Dorothea Von Schlegel yanag merupakan anak kepada Moses Mendelssohn (ahli falsafah di Jerman). Isteri Friedrich Schlegel merupakan seorang penulis novel dan penterjemah. Beliau pernah menulis sebuah novel yang terkenal sehingga sekarang iaitu “Florentin”. Friedrich Schlegel juga mempunyai seorang anak lelaki iaitu Philipp Veit yang terkenal sebagai seorang pelukis di Jerman. Friedrich Von Schlegel dengan kerjasama abangnya telah telah menyunting “Athenaeum” (1789-1800) iaitu merupakan sebuah teori utama Romantisisme Jerman ( Main Theoretical
Organ Of German Romanticism).10 Perkara ini merupakan sumbangan terbesar yang dilakukan oleh Friedrich Von Schlegel. Selain itu, beliau juga merupakan pengasas teori Romantik (Romantic Theory of Irony). Teori ini merupakan satu bentuk bukan dialektik. Teori ini dihasilkan melalui inpirasi dari “Socratic Irony” serta gabungan daripada proses pemikiran “Fichte’s”. Friedrich Schlegel telah menghasilkan pelbagai karya kesusasteraan sepanjang hayat beliau. Hampir 15 karya telah di hasilkan oleh beliau mengenai romantis dan pergerakan Romantisme. Beliau juga banyak memberi sumbang dalam pergerakan Romantisme di Jerman. Friedrich Von Schlegel telah meninggal dunia pada 12 Januari 1829 di Dresden. 5.0
PERKEMBANGAN ALIRAN ROMANTISME
8
Family Encyclopedia Of World Family, London: The Reader’s Digest Association Limited, 1996. Hal. 571 Family Encyclopedia Of World Family, London: The Reader’s Digest Association Limited, 1996. Hal. 571 10 Robert Audi, The Cambridge Dictionary of Philosophy, Second Edition, Cambridge: Cambridge 9
University Press, 1999. Hal. 818
4
MOHD FADHIL NAZRIN BIN MOHD RODHI HUBUNGAN ANTARABANGSA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2012 Zaman Romantisme memperlihatkan sebuah evolusi manusia yang bercorakkan kesenian dan kecintaan. Zaman ini dapat dibahagikan kepada tiga fasa utama iaitu fasa awal, fasa pertengahan dan fasa akhir. Ketiga-tiga fasa ini dipecahkan menerusi perkembangannya sejak kelahiran Romantisme hinggalah pengakhiran perkembangan Romantisme. Secara umumnya, Romantisme adalah aliran yang berasaskan emosi dimana ia lahir dalam kalangan masyarakat Eropah sehingga ia mencetuskan ideologi baru yang dipanggil Romantisme. Pada awalnya, zaman Romantisme muncul hasil daripada keinginan Eropah menghasilkan sebuah zaman yang yang mampu mencipta suatu falsafah yang lengkap dan moden. Maka, zaman tersebut diistilahkan sebagai zaman Romantisme. Kelahiran zaman Romantisme merupakan hasil daripada revolusi Eropah di Zaman Kesedaran yang menginginkan suatu pembaharuan pada zaman mereka. Kemunculan era Romantisme berlaku secara mendadak impak daripada reaksi dan tindakbalas mereka terhadap Zaman Kesedaran. Kelahiran zaman Romantisme juga dikaitkan dengan konflik falsafah pada Zaman Kesedaran. Masyarakat pada Zaman Kesedaran menjadi porak-peranda pada tahuntahun revolusioner berikutan meletusnya revolusi 1789. Konflik ini berlaku apabila lahirnya falsafah-falsafah
dan
idea-idea
yang
dilihat
lebih
menimbulkan
kepincangan
dalam
keseragaman sifat dan psikologi. Konflik-konflik inilah yang membawa kepada kelahiran zaman Romantisme. Bagi golongan Romantisme, revolusi yang dibawa tersebut digambarkan sebagai sesuatu yang kejam dan sia-sia, dan seharusnya dikecam dengan hebat.11 Revolusi pada Zaman Kesedaran telah melahirkan seorang diktator Perancis yang bernama Napoleon yang memerintah menerusi sistem diktatornya dimana beliau telah berjaya menguasai hampir keseluruhan Eropah Barat. Era Romantisme mencapai kegemilangannya dengan penjajahan politik Perancis ke atas negara-negara besar lain seperti Jerman dan Itali yang telah membawa kepada kebangkitan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat di negara-negara terbabit. Kebangkitan ini dapat dilihat dengan jelas di negara Jerman kerana rakyat Jerman merasakan bahawa penguasaan itu tidak terbatas kepada politik semata-mata, namun turut mempengaruhi budaya masyarakat Jerman dan negara-negara Eropah lain. Para 11
H.E. Barnes, A History Of Historical Writing. University of Michigan: Dover, 1963. Hal. 179
5
MOHD FADHIL NAZRIN BIN MOHD RODHI HUBUNGAN ANTARABANGSA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2012 sarjana intelek berpendapat bahawa fenomena ini tidak wajar berlaku kerana Eropah dan Jerman tidak harus ‘diperanciskan’. Para sarjana dan intelek juga berpendapat bahawa negaranegara Eropah lain memiliki budaya dan tradisi tersendiri untuk dipertahankan, ditonjolkan dan diwarisi. Sejarah Perancis juga bermula dan berkembang di sekitar budaya kebangsaan itu. Perkembangan itu bukan sahaja menggambarkan sikap, reaksi dan keresahan terhadap keadaan yang sedang berlaku, tetapi memperlihatkan perasaan rindu dan kasih mereka terhadap budaya masyarakat dan sejarah mereka. Edmund Burke yang merupakan pengemuka konsep sosiopolitik konsenvatif yang terkenal menyatakan dalam karyanya yang berjudul “Reflection on the French Revolution” bahawa sejarah dan budaya Eropah telah musnah impak danpada revolusi tersebut. Oleh sebab itu, usaha untuk membinanya semula bukanlah sebahagian danipada unsur yang negatif tadi, tetapi adalah sesuatu yang positif dan subjektif, iaitu bagi membuktikan bahawa budaya dan sejarah mereka sudah wujud sejak dahulu lagi. Perihal ini sedikit sebanyak menggambarkan bahawa kemunculannya bukanlah suatu peristiwa yang berlaku secara mendadak sahaja, tetapi adalah suatu proses evolusi yang berterusan yang berlaku pada keseluruhan abad ke-18 dan awal abad ke-19.12 Walaubagaimanapun, para pengkajinya berpendapat bahawa peristiwa tersebut mempunyai suatu titik tolak permulaan yang jelas, iaitu dengan kemunculan tokoh falsafah terkemuka iaitu Rousseau yang menyeru agar manusia “kembali ke alam” untuk mendapat kebahagiaan. Mereka menganggap Rousseau sebagai pengasas gerakan Romantik walaupun gerakan tersebut telah bermula di Jerman. Rousseau adalah tokoh falsafah zaman Kesedaran di Perancis, tetapi tokoh-tokoh Romantisme di Jerman mendapati bahawa beberapa idea-idea yang dikemukakan beliau merupakan idea-idea yang baik dan bermakna bagi psikologi manusia dan perkembangan masyarakat. Menurut G.A. Kelly (1969), beliau berpendapat bahawa idea yang dikemukakan oleh Rousseau merupakan sebuah idea yang sungguh menarik. Masyarakat
Jerman
memandang
tinggi
terhadap
Rousseau
disebabkan
oleh
pengagungannya terhadap sentimen dan kebaikan manusia, gambaran-gambaran tentang 12
L.R. Furst, Romanticism. University of California: Methuen, 1969. Hal.15
6
MOHD FADHIL NAZRIN BIN MOHD RODHI HUBUNGAN ANTARABANGSA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2012 alam,
tentang
kesepian,
tentang
kedurjanaan
zaman
dan
konsep
ketepatan
serta
perkemanusiaan yang paradoks itu.13 Oleh itu, gerakan itu telah bermula sejak tahun 1780-an, iaitu setelah idea Rouseau yang telah dinyatakan oleh G.A Kelly tersebar di kalangan para cendekiawan Eropah ketika itu. Kebanyakan para pengkaji berpendapat bahawa gerakan atau zaman itu berjalan secara aktif selama hampir setengah abad, iaitu sehingga lebih kurang tahun 1830 iaitu apabila bermulanya Revolusi Penndustrian di England yang telah membuka gerbang baru dalam sejarah sosiobudaya dan pemikiran masyarakat Eropah.14 Walaubagaimanapun, Rousseau bukanlah tokoh falsafah yang cenderung terlibat dengan penulisan sejarah, terutama falsafah sejarah. Malahan, beliau tidak begitu menaruh perhatian terhadap perkara tersebut. Oleh yang demikian, pengaruh beliau terhadap perkembangan sejarah dan falsafah sejarah pada Zaman Romantisme tidak berlaku secara langsung, namun berlaku secara umum. Jika dilihat secara teliti menerusi pelbagai perspektif tentang pengaruh beliau, ideologinya lebih cenderung terletak pada pembangunan semangat kasihkan alam dan budaya di persekitaran sendiri yang sudah semestinya mempunyai makna dan pengertian yang mendalam kepada masyarakat setempat. Lantas, ianya mendorong kepada usaha untuk memperbaiki atau mempertahankan segala-galanya dengan berlandaskan pninsip-prinsip yang lebih munasabah daripada prinsip-prinsip yang hanya seragam sematamata, iaitu seperti yang diperjuangkan oleh para tokoh falsafah lain seperti Voltaire, Condorcet dan Montesquieu. Selain itu, ia kemudiannya telah mempengaruhi kemunculan hasrat untuk melakukan spekulasi tentang sejarah dan juga perkembangannya. Hasrat ini ditambah pula dengan adanya bahan-bahan rujukan yang semakin bertambah. Tambahan pula sifat golongan Romantik itu
13
G.A. Kelly, Idealism, Politics and History: Sources of Hegelian Thought. Cambridge: The University Press, 1969. Hal. 78 14 F.L Lucas, The Decline and Fall of Romantic Ideal. New York: Lightning Source Incorporated, 1936. Hal. 3-4
7
MOHD FADHIL NAZRIN BIN MOHD RODHI HUBUNGAN ANTARABANGSA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2012 sendiri yang sentimental dan mistikal tenhadap masa lalu dimana ia telah membawa kepada pembentukan suatu suasana mental bagi melakukan spekulasi terhadap masa lalu.15 Zaman Romantik juga dianggap dapat menghasilkan pelbagai falsafah sejarah yang lebih mantap danipada zaman-zaman yang sebelumnya terutamanya selepas berlakunya Zaman Kesedaran dan tersebarnya idea-idea zaman tersebut ke seluruh Eropah. Oleh sebab itu, masyarakat Eropah mula mengamalkan dan menerapkan nilai-nilai kehidupan yang baru dengan matlamat yang baru. Asasnya ialah fahaman sekular yang telah menjalar dalam kalangan mereka sejak daripada Zaman Kesedaran. Hakikatnya, masyarakat Eropah tidak begitu ghairah untuk kembali ke zaman pertengahan ataupun zaman keagamaan. Walaupun para romantik telah menyeru agar masyarakat Eropah kembali ke zaman tersebut, tetapi seruan itu lebih kepada seruan kerinduan berbanding seruan perjuangan yang serius. Hakikatnya mereka tidak begitu ghairah untuk menghayati semula kehidupan dan pengalaman masyarakat mereka pada zaman keagamaan itu. Perubahan yang berlaku serta kemajuan yang telah mereka capai sangat sedikit jika dilihat menerusi sudut kuantiti. Walaubagaimanapun, ia amat meyakinkan dalam beberapa sebab tentang kecenderungan untuk melakukan spekulasi dan mendalami sejarah itu. Di samping itu, mereka juga sedang mengalami atau menempuh suatu gelora baru dalam kehidupan sosiopolitik iaitu menerusi kemunculan semangat ataupun kesedaran kebangsaan akibat daripada penguasaan Napoleon terhadap negara-negara Eropah yang telah ditaklukinya. Kesedaran ini mempengaruhi penulisan falsafah sejarah atau dalam erti kata lain mereka mula menyedari tentang potensi serta kewibawaan dan pencapaian masyarakat atau bangsa mereka untuk mencari dan mewujudkan kebaikan serta kebahagiaan bersama. Zaman Romantik boleh dikatakan sebagai zaman bermulanya falsafah sejarah moden. Bentuk yang moden itu jelas berasaskan fahaman sekular dan seterusnya relatif kepada perkara lain. Hakikat pengertian falsafah sejarah ialah
berasaskan
agama, khususnya yang
berlandaskan pemikiran St. Augustina, Bossuet dan sebagainya dan tidak lagi dianggap oleh 15
H.E. Barnes, A History of Historical Writing. University of Michigan: Dover, 1963. Hal.193
8
MOHD FADHIL NAZRIN BIN MOHD RODHI HUBUNGAN ANTARABANGSA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2012 mereka sebagai bentuk yang mempunyai pengertian yang mendalam. Pada pandangan mereka, falsafah sejarah keagamaan tidak jelas kedudukannya dan ia merupakan suatu rangka, dan bukannya proses pergerakan waktu yang beredar secara terus-menerus danipada suatu titik permulaan menuju suatu matlamat. Para ahli falsafah Zaman Kesedaran sebagai telah bensengkokol dengan ancien-rejim untuk melahirkan penyelewengan serta kesengsaraan seperti yang berlaku pada Zaman Pertengahan. Oleh yang demikian, seruan untuk kembali ke zaman tersebut hanyalah merupakan sebuah pengucapan emosi kerinduan yang boleh dianggap sebagai superfisial sahaja. Sebenarnya itu hanya merupakan salah satu daripada pelbagai seruan kerinduan mereka. Mereka juga rindu kepada alam semula jadi serta keindahannya, kemajuan masyarakat, malah keunggulan bangsa dan budaya, dan keharmonian serta kedamaian kehidupan. Tetapi landasan bagi memenuhi emosi kerinduan ini telah berubah. Ia sudah ada kelainannya dan mereka bebas memilih daripada kelainan itu. Barangkali kita akan dapat memahami dengan lebih jelas tentang falsafah sejarah pada Zaman Romantisme jika melihat daripada sudut pemikiran beberapa orang tokoh yang berkenaan. Salah seorang danipada tokoh tersebut dan merupakan antara tokoh yang terawal ialah Johann Gottfried Herder (1744 -1803).16 Beliau adalah seorang yang sangat aktif dalam bidang penulisan tentang pelbagai perkara. Contohnya ialah bidang teologi, sastera, bahasa dan sejarah. Antara karya beliau yang berkait rapat dengan falsafah sejarah ialah berkaitan idea-idea falsafah sejarah manusia. Karya beliau yang lebih awal benjudul “Yet Another
Philosophy of History”.17 Melalui karya ini, beliau telah menampakkan penentangan awalnya terhadap idea sejarah yang digambarkan oleh para ahli falsafah Zaman Kesedaran. Beliau sangat memandang berat terutamanya terhadap tanggapan Voltaire terhadap falsafah sejarah Kristian yang dipegang oleh St. Augustina dan pengikut-pengikutnya dahulu.18 Beliau teiah bertemu dan bersahabat karib dengan Goethe dan menjadi salah seorang pemimpin gerakan
Trygve R.Tholfson, Historical Thinking. United States: Harper and Row, 1969. Hal. 129-130 B.A. Haddock, An Introduction Of Historical Though. Britain: E.Arnold, 1980. Hal. 94 18 Muhd. Yusuf Ibrahim dan Mahayuddin Haji Yahaya, Sejarawan dan Pensejarahan. Malaysia: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1998. Hal. 96-98 16
17
9
MOHD FADHIL NAZRIN BIN MOHD RODHI HUBUNGAN ANTARABANGSA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2012 Sturm and Drang yang melambangkan zaman gelisah di Eropah selepas Revoiusi Perancis tahun 1789. Beliau tidak melihatnya sebagai manusia rasional dan taakul semata-mata, sebaliknya sebagai manusia yang memiliki hati, kemesraan, darah, kemanusiaan dan kehidupan. Cassirner menyimpulkannya dengan mengatakan bahawa manusia itu tidak lagi dilihat secara eksklusifnya sebagai manusia kejayaan, tetapi sebagai manusia yang berperasaan.19 Hal ini bermakna manusia itu dilihat sebagai individu yang tersendiri yang sahsiahnya dibentuk oleh berbagai-bagai elemen termasuk perasaan, kemesraan, malah taakul dan rasional. Beliau melihat suatu kesinambungan yang mantap dimana ia menghubungkan Zaman Skolastisisme dan Kesedaran. Beliau menganggap bahawa Zaman Pertengahan adalah suatu tahap yang diperlukan bagi keseluruhan perkembangan yang berlaku seterusnya dalam sejarah peradaban Barat. Oleh hal yang demikian, tiada zaman dalam sejarah itu yang harus diketepikan ataupun dianggap tidak penting, durjana atau tidak perlu diketahui. Maka, perkembangan falsafah Romantisme berlaku secara tidak langsung dalam tempoh yang perlahan menerusi evolusi di negara-negara Eropah Barat.
6.0
SIFAT-SIFAT ALIRAN ROMANTISME
Romantisme mempunyai keinginan yang tidak terhingga. Penyair romantis Inggeris yang bernama William Blake pernah menyatakan bahawa beliau “dapat melihat Dunia dalam Sebutir Pasir dan Suatu Syurga dalam Sekuntum Bunga Hutan”.20 Ahli Romantisme memandang alam semulajadi sebagai suatu yang hidup, sesuai dengan perasaan cinta dan rasa simpati manusia. Romantisme menekankan aspek kebebasan individu. Ia tidak cenderung untuk membataskan kebiasaan sosial dan pemerintahan politik yang tidak adil. Dalam kesusasteraan, watak wira yang romantis seperti “Manfred” yang dipaparkan oleh Lord Byron, selalunya merupakan seorang pemberontak atau penjenayah. 19
Ernst Cassirer, The Problem Of Knowledge. New Haven : Yale University Press. 1978. Hal. 219 Morris Eaves, The Cambridge Companion to William Blake. United Kingdom: Cambridge University Press, 2003. Hal. 19-37 20
10
MOHD FADHIL NAZRIN BIN MOHD RODHI HUBUNGAN ANTARABANGSA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2012 Seperti wira romantis yang menentang peradaban sosial, begitu jugalah seniman romantis yang menentang idea palsu tentang sesuatu yang baik. Dalam drama contohnya, penulis drama romantis menolak penyatuan klasik tentang masa, tempat dan aksi. Mereka sebaliknya membiarkan peristiwa yang berlaku dalam drama mereka berlegar dalam masa dan ruang yang lebih luas. Sebuah drama karya Jean Racine yang bertajuk “Phedre” merupakan salah satu karya yang benar-benar klasik. Drama Johann Wolfgang Von Goethe yang berjudul
“Faust” juga ialah salah satu karya romantis.21
7.0
ROMANTISME DALAM BIDANG KESENIAN
7.1
Romantisme Dalam Kesusasteraan
Semasa berlaku pergerakan romantis, kebanyakkan penulis berasa tidak berpuas hati dengan dunia mereka. Mereka merasakan yang dunia mereka komersial, tidak berperikemanusiaan, dan seragam. Untuk membebaskan diri dari kehidupan moden, para romantis mengalirkan minat mereka kepada tempat-tempat yang jauh dan terpencil, kepada zaman pertengahan silam, cerita rakyat dan lagenda, alam semulajadi dan orang kebiasaan. Para romantis juga tertarik kepada alam ghaib. Banyak ciri romantis disatukan dalam novel “Gothic”. Novel sebegini adalah sejenis cerita seram yang penuh dengan keganasan dan kesan dari kuasa ghaib, berlatar belakangkan istana Gothik yang seram pada Zaman Pertengahan. Novel “Gothic” ini mempengaruhi penulis Amerika, seperti Nathaniel Hawthorne dan Edger Allan Poe. Novel karya Sir Walter Scott dari Scotland memperlihatkan minat romantis yang tipikal terhadap masa silam. “Grimm’s Fairy Tales” yang dikumpulkan oleh penulis dua adik beradik dari Jerman iaitu Jacob dan Wilhelm Grimm, adalah contoh yang masyhur tentang minat para romantis terhadap lagenda dan cerita rakyat. Banyak ciri romantis yang sama terdapat dalam puisi William Wordsworth dari England. Wordsworth lebih suka berfikir dalam “mood” lapang yang serius daripada pencarian pengetahuan saintifik yang penuh dengan keresahan. Beliau 21
Ensiklopedia Dunia, Jilid 18, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005. Hal. 392-393
11
MOHD FADHIL NAZRIN BIN MOHD RODHI HUBUNGAN ANTARABANGSA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2012 percaya bahawa perhubungan dengan alam semulajadi yang harmoni atau perbualan dengan orang desa lebih memberi pendidikan daripada membaca buku. Beliau juga percaya bahawa keharmonian dengan alam semulajadi ialah sumber segala kebaikan dan kebenaran.
7.2
Romantisme Dalam Lukisan
Pelukis romantisme selalu menggunakan kesan cahaya yang ketara dan bayang-bayang yang gelap untuk menimbulkan suatu sinar khayalan ke atas subjek mereka. Mereka meninggalkan bentuk dan tema klasik dan memilih subjek eksotik dari tempat yang jauh seperti pemandangan ketimuran yang dilukis oleh Eugene Delacroix dari Perancis. Pemandangan dramatik alam semulajadi juga sangat popular. Pandangan yang romantis penting bagi pelukis pada awal tahun 1800-an termasuk John Constable dari England dalam Casper David Friedrich dari Jerman. Lukisan Fredrich tentang alam semulajadi nampaknya mencadangkan kualiti penuh misteri lebih mementingkan hal-hal kerohanian yang melepasi batas alam semulajadi itu sendiri.22
7.3
Romantisme Dalam Muzik
Pengubah muzik romantik mengubahsuai “formalisme” dalam muzik klasik, dan menumpukan perhatian mereka kepada ekspresi lirik dan juga penyatuan organik. Ramai diantara pengubah ini melahirkan sifat nasionalis dalam karya mereka dengan menggunakan lagu rakyat sebagai tema. Antara pengubah musik Romantisme termasuk Franz Schubert dari Ausria, Felix Mandelsson, Robert Schumann dan Carl Mariavon Weber dari Jerman, dan Frederic Chopin dari Poland.23
7.4
22 23
Romantisme Dalam Masyarakat.
Ensiklopedia Dunia, Jilid 18, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005. Hal. 393 Ibid. Hal. 393 12
MOHD FADHIL NAZRIN BIN MOHD RODHI HUBUNGAN ANTARABANGSA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2012 Ahli falsafah Perancis iaitu Jean Jacques Rousseau menyatakan bahawa sifat semulajadi manusia adalah baik, tetapi ia dirosakkan oleh institusi yang dicetuskan oleh tamadun. Dia mengunggulkan “orang gasar mulia” (noble savage), iaitu individu yang tidak dirosakkan oleh kemewahan dan kecanggihan. Beliau berhujah bahawa kanak-kanak yang dibesarkan dalam suatu masyarakat yang beraklak mulia, akan membesar menjadi jujur dan bebas. Terpengaruh dengan idea sebegini, ramai para romantis menentang kekejaman politik dan mengambil bahagian dalam aktiviti liberal yang berbentuk revolusi. Revolusi di Perancis dan Amerika pada akhir tahun 1970-an dipengaruhi oleh cita-cita romantis. Banyak Teori Rousseau mempengaruhi teori dan amalan dan amalan pendidikan. Romantisme juga dikaitkan dengan reformasi ekonomi dan sosial, terutamanya di Amerika Syarikat.24
8.0
ROMANTISME DI EROPAH
Pengaruh Romantisme lazimnya menular ke serata Eropah Barat terutama di negara-negara besar secara meluas. Romantisme secara amnya dapat dikatakan sebagai sebuah evolusi dalam sejarah. Aliran Romantisme ini bermula di Jerman berikutan daripada suntikan semangat kedalam kalangan rakyat Jerman selepas daripada penguasaan politik Jerman oleh Perancis. Antara negara-negara yang dipengaruhi ideologi pemikiran aliran Romantisme ini ialah Jerman, Britain, Perancis, Rusia, Katolik Eropah, Amerika Latin, Amerika Utara.
8.1
Romantisme di Jerman
Pengaruh Romantisme awal di Jerman datang daripada Johann Wolfgang von Goethe pada tahun menerusi novel “Sorrows of Young Werther” dimana watak protagonist didalam novelnya 24
Ensiklopedia Dunia, Jilid 18, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005. Hal.393
13
MOHD FADHIL NAZRIN BIN MOHD RODHI HUBUNGAN ANTARABANGSA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2012 menjadi ikutan dan contoh kepada generasi muda di seluruh Eropah. Watak protagonis tersebut mengisahkan tentang seorang artis muda dengan perangai yang sangat sensitif dan bersemangat. Pada masa itu, Jerman adalah negara asing bagi negara-negara Eropah, dan kerja-kerja Goethe akan mempunyai pengaruh dalam membangunkan rasa penyatuan nasionalisme. Satu lagi pengaruh falsafah datang dari idealisme Jerman Johann, Gottlieb Fichte dan Friedrich Schelling. Penulis terkenal iaitu Ludwig Tieck, yang merupakan Novelis Heinrich von Kleist dan Friedrich Holderlin. Heidelberg kemudiannya menjadi tokoh dan rujukan Zaman Romantisme Jerman di mana penulis-penulis dan penyair seperti Clemens Brentano, Achim von Arnim, dan Joseph Freiherr von Eichendorff kerap bertemu dalam kalangan arena sastera. Motif yang menjadi prioriti dalam Romantisme Jerman ialah perjalanan alam semula jadi, dan mitos Jerman. Kemudian, tokoh falsafah Romantisme Jerman seperti ETA Hoffmann Der Sandmann dan Joseph Freiherr von Eichendorff Das Marmorbild mempunyai motif yang lebih gelap dan mempunyai unsur-unsur Gothic yang mendalam. Brentano dan von Arnim adalah sastera utama yang diterbitkan oleh Des Knaben Wunderhorn ( Magic Horn Boy), koleksi cerita rakyat “Versified” pada 1806-1808. Koleksi pertama “Fairy Tales Grimms” yang ditulis oleh Brothers Grimm telah diterbitkan pada tahun 1812.25 Karya ini tidak seperti karya yang terkemudian Hans Christian Andersen dimana beliau menerbitkan cerita-cerita yang dicipta di Denmark dari tahun 1835. Karya-karya Jerman ini dikumpul berdasarkan cerita rakyat. Dalam kesusasteraan bahasa Inggeris, kumpulan penyair dianggap sebagai tokoh-tokoh utama gerakan Romantisme termasuk William Wordsworth, Samuel Taylor Coleridge, John Keats, Mary Wollstonecraft Shelley, Percy Bysshe Shelley, dan generasi yang lebih tua ialah William Blake. Penerbitan Lyrical Ballades pada tahun 1798 bermula dengan penghasilan puisipuisi terbaik oleh Wordsworth dan Coleridge dimana ia sering diadakan untuk menandakan permulaan pergerakan itu. Majoriti puisi yang dihasilkan adalah karya Wordsworth, dan kebanyakan hasil karyanya adalah mengenai kehidupan yang miskin di Lake District, atau perasaan penyair tentang alam semula jadi, yang akan dibangunkan dengan lebih terperinci 25
Jack Zipes, The Brothers Grimms: From Enchanted Forest To The Modern World. New york: Routledge, 1988. Hal. 7-8
14
MOHD FADHIL NAZRIN BIN MOHD RODHI HUBUNGAN ANTARABANGSA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2012 dalam puisi panjang yang berjudul “The Prelude” dimana ia tidak pernah diterbitkan dalam hidupnya. Puisi terpanjang dari segi jumlah perkataan adalah “The Rime of the Ancient Mariner” yang memperlihatkan Gothic dalam Bahasa Inggeris Romantisme dan tetapan eksotik yang banyak menerusi karya-karya yang diketengahkan. Sebaliknya Lord Byron dan Walter Scott mencapai kemasyhuran yang besar dan pengaruh di seluruh Eropah dengan karya-karya yang mengeksploitasi unsur keganasan dan drama eksotik serta sejarah mereka. Puisi naratif panjang Lay daripada Minstrel terakhir pada tahun 1805, diikuti oleh Marmion dan puisi epiknya pada tahun 1808. Byron mempunyai kejayaan yang sama dengan bahagian pertama Haji Childe Harold pada tahun 1812, diikuti oleh empat "Cerita Turki" dimana kesemuanya adalah dalam bentuk puisi lama. Bermula dengan Giaour pada tahun 1813, beliau dikatakan telah mencapai Eropah Uthmaniyyah, dan
“orientalising” yang bertemakan novel Gothic menerusi ayatnya. Perbezaan-perbezaan yang diketengahkan ini berbeza daripada Byronic hero, dan kehidupannya sendiri menjadi penyumbang kepada karya versi berikutnya. Jika dibandingkan dengan Jerman, Romantisme dalam kesusasteraan Inggeris mempunyai sedikit persamaan dengan nasionalisme. Malahan Romantisme sering dipandang serong dan dengan syak wasangka. Scott kerap menghabiskan masa di luar negara, dan di kawasan penginapan yang terkenal. Contohnya, di Tasik Geneva Byron dan Shelley. Pada tahun 1816, beliau menghasilkan novel yang sangat berpengaruh iaitu Frankenstein. Kemerosotan Zaman Romantisme di Inggeris bermula dengan kematian Byron pada tahun 1824 akibat daripada penyakit. Namun, beliau sempat mengukuhkan namanya sebagai tokoh falsafah Romantisme menerusi karya-karya akhirnya. Selain itu, Keats dan Shelly juga kedua-duanya turut meninggal dunia di Itali pada tahun 1821 dan pada tahun 1822, Blake yang berusia hampir 70 tahun pada tahun 1827, dan Coleridge yang kini tidak lagi menghasilkan karya sejak tahun 1820. Dalam perbincangan tentang sejarah sastera Inggeris, tempoh Zaman Romantik sering dianggap sebagai mencapai pengakhirannya di sekitar tahun 1820-an.
15
MOHD FADHIL NAZRIN BIN MOHD RODHI HUBUNGAN ANTARABANGSA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2012 Selain daripada Walter Scott, novelis yang paling ketara kewujudan dan penulisan karyanya dalam Bahasa Inggeris ketika Zaman Romantik berada dipuncak kegemilangannya adalah Jane Austen, yang asas karyanya amat konservatif pada pandangan dunia dimana ia mempunyai sedikit persamaan dengan masyarakat romantik sezaman dengan beliau. Menerusi karyanya, beliau mengekalkan kepercayaan yang kukuh dalam kesopanan dan peraturan sosial, walaupun pengkritik telah mengesan kelemahan dalam beberapa karyanya, terutama “Mansfield
Park” (1814) dan “Persuasion” (1817).
8.2
Romantisme di Perancis
Kemunculan
Romantisme
di
Perancis
agak
lewat
dalam
pembangunan
di
dalam
kesusasteraannya, terutama daripada dalam seni visual. Pelopor abad ke-18 aliran Romantisme, telah menjadi pendorong utama terhadap revolusi Perancis yang menjadi lebih berinspirasi. Yang pertama adalah tokoh utama Francois-Rene de Chateaubriand iaitu seorang bangsawan kecil yang kekal sebagai penyokong setia raja sepanjang revolusi sehingga pulang ke Perancis dari buangan di England dan Amerika di bawah pimpinan Napoleon. Tulisan-tulisan beliau kesemuanya adalah dalam bentuk prosa, termasuk beberapa fiksyen, tetapi kebanyakannya adalah sejarah kontemporari dan politik. Beliau juga turut mempertahankan agama dan semangat Zaman Pertengahan ( Jin Du Christianisme dan akhirnya pada tahun 1830-an dan 1840-an beliau menjadi seorang tokoh besar didalam autobiografi “Memoires d'outer Tombe”.
Selepas Pemulihan
di Bourbon,
Romantisme di Perancis semakin maju di dalam dunia teater di Paris menerusi kemunculan Shakespeare, Schiller di Perancis sebagai penulis Romantik utama. Tambahan pula penyesuaian Scott dan Byron bersama-sama menghasilkan karya-karya Perancis. Malahan, beberapa daripada karya yang ditulis oelh mereka pada lewat 1820 iaitu Cliques pro dan anti-Romantisme semakin berkembang.
8.3
Romantisme di Rusia 16
MOHD FADHIL NAZRIN BIN MOHD RODHI HUBUNGAN ANTARABANGSA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2012 Kemunculan
awal
Romantisme di
Rusia dikaitkan
dengan
penulis-penulis
Konstantin
Batyushkov, Vasily Zhukovsky dan Nikolay Karamzin. Walaubagaimanapun, pelopor utama Romantisme di Rusia ialah Alexander Pushkin. Hasil karya Pushkin dipengaruhi oleh banyak penulis dalam abad ke-19 dan membawa kepada pengiktirafan akhir beliau sebagai penyair Rusia terbesar. Antara penyair-penyair lain di Rusia adalah Mikhail Lermontov, Fyodor Tyutchev, Yevgeny Baratynsky, Anton Delvig, dan Wilhelm Kuchelbecker. Di negara-negara terutamanya Roman Katolik, penyebaran aliran Romantisme dilihat kurang ketara berbanding daripada di Jerman dan Britain. Ia kemudiannya dibangunkan, selepas kebangkitan Napoleon. Ia juga sering diambil untuk memulakan penerbitan puisi pertama Adam Mickiewicz dalam tahun 1822, dan berakhir dengan menghancurkan pemberontakan Januari 1863 menentang Rusia. Satu aspek yang sangat kuat mengenai Romantisme di Poland adalah kaitannya dengan dan inspirasi dari sejarah Poland.
26
Di dalam
Bahasa Poland, Romantisme membawa maksud hidup lama atau "Sarmatism". Tradisi dan adat lama telah dihidupkan semula dan digambarkan secara positif dalam gerakan mesianik di Poland.
8.4
Romantisme di Sepanyol
Romantisme dalam kesusasteraan Sepanyol membangunkan sastera yang terkenal dengan pelbagai syair dan “playwrights”. Penyair Sepanyol yang menjadi tunggak utama dalam gerakan ini adalah Jose de Espronceda. Selepas era beliau, terdapat juga penyair lain seperti Gustavo Adolfo Becquer, Mariano Jose de Larra dan sandiwara Jose Zorrilla iaitu pengarang Don Juan Tenorio.27 Bahasa Sepanyol Romantisme juga mempengaruhi kesusasteraan serantau. Contohnya di Catalonia dan Galicia terdapat penulisan kebangsaan dalam bahasa-bahasa
26
Leon Dyczewski, Values In The Polish Cultural Tradition. United States: CRVP, 2002. Hal. 183 Philip W. Silver, Ruin and Restitution: Reinterpreting Romanticism In Spain. United States: Vanderbilt University Press, 1997. Hal. 49-54 27
17
MOHD FADHIL NAZRIN BIN MOHD RODHI HUBUNGAN ANTARABANGSA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2012 tempatan, seperti Catalan Jacint Verdaguer dan Galician Rosalia de Castro dan merupakan tokoh-tokoh utama gerakan kebangkitan nasional Renaixenca dan Rexurdimento.28
8.5
Romantisme di Amerika Latin
Romantisme Amerika Latin telah dipengaruhi oleh Esteban Echeverria, yang telah menulis pada tahun 1830-an dan 1840-an. Tulisan-tulisan beliau telah dipengaruhi oleh kebencian beliau terhadap diktator Argentina iaitu Juan Manuel de Rosas, dan dipenuhi dengan tema darah dan keganasan, menerusi penggunaan metafora rumah penyembelihan untuk menggambarkan keganasan diktator Rosas. Romantisme di Brazil mempunyai ciri-ciri tertentu dan dibahagikan dalam tiga tempoh yang berbeza. Tempoh yang pertama adalah pada asasnya memberi tumpuan kepada pembentukan identiti kebangsaan, menggunakan ideal India berani. Antara tokoh terkemukanya adalah Jose de Alencar dan Dias Gonçalves. Tempoh kedua dikenali sebagai Ultra-Romantisme dimana ia dipengaruhi tema dan tradisi Eropah secara mendalam, dimana ia melibatkan emosi sayu, kesedihan dan putus asa yang berkaitan dengan kasih sayang yang tidak dapat diperoleh.29
8.6
Romantisme di Amerika Syarikat
Di Amerika Syarikat, sastera Gothic romantis membuat penampilan awal dalam Washington Irving The Legend of Sleepy Hollow (1820) dan Rip Van Winkle (1819), diikuti pula pada tahun 1823 dan seterusnya oleh Tales Leatherstocking James Fenimore Cooper, dengan penekanan mereka lebih kepada kesederhanaan dan penerangan landskap yang kuat mereka daripada sempadan mythicized yang telah eksotik dan didiami oleh tamadun yang mulia. Ianya amat
Gerald Brenan, The Literature of The Spanish People: From Roman Times To The Present. Great Britain: Alden Press Oxford, 1965. Hal. 364 29 Roberto Gonzalez Echevarria and Enrique Pupo-Walker, The Cambridge History of Latin American Literature: Brazilian Literature vol 2 . Great Britain: Univercity Press Cambridge, 1996. Hal. 367 28
18
MOHD FADHIL NAZRIN BIN MOHD RODHI HUBUNGAN ANTARABANGSA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2012 mirip dengan teori falsafah Rousseau yang ditunjukkan oleh Uncas, dari The Last of the Mohicans. Kemudian penulis Transcendentalist seperti Henry David Thoreau dan Ralph Waldo Emerson masih menunjukkan unsur-unsur pengaruh dan imaginasi seperti realisme romantis Walt Whitman.30
Aliran pemikiran Romantisme di Amerika Syarikat dilihat hanyalah bersifat individualistik kerana ia adalah di Eropah. Seperti Eropah, golongan Romantisme Amerika menunjukkan tahap yang tinggi menerusi semangat moralnya, komitmen kepada individualisme dan di sekeliling diri, penekanan kepada persepsi intuitif, dan andaian bahawa dunia asli memang baik, manakala masyarakat manusia telah dipenuhi dengan rasuah.31 Romantisme di Amerika Syarikat berkaitrapat dengan individu dan memberontak terhadap pengurungan “neo-classicism” dan tradisi agama. Pergerakan Romantik di Amerika Syarikat mencipta genre sastera baru yang terus mempengaruhi penulis Amerika. Novel, cerpen, puisi dan menggantikan khutbah dan manifesto dahulu kala. Kesusasteraan Romantik adalah peribadi, kuat, dan digambarkan lebih emosi daripada yang pernah dilihat dalam kesusasteraan neo-klasik. Karya-karya era Romantik juga berbeza dari karya-karya sebelumnya di mana mereka bercakap kepada penonton yang lebih luas, sebahagiannya mencerminkan pengagihan buku-buku dalam kuantiti yang lebih besar sebagai penurunan kos dalam tempoh tersebut. Tempoh Romantisme menyaksikan peningkatan dalam kalangan penulis wanita dan juga pembaca wanita.
9.0
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya kami dapat memahami dan mengetahui apa yang dimaksudkan dengan Falsafah Romantisme dan apa yang dapat dikenal pasti, falsafah ini lebih kepada sifat semulajadi dan perasaan seseorang individu. Falsafah ini melalui tiga perkembangan iaitu pada Andrew Smith, Gothic Literature. Great Britain: Edinburgh Univercity Press Ltd, 2007. Hal 52-82 George L. Michael and Friedrich C. Crews, Eds.Anthology of American Literature: Colonial Through Romantic. United States: Prentice Hall, 1997. Hal. 613 30
31
19
MOHD FADHIL NAZRIN BIN MOHD RODHI HUBUNGAN ANTARABANGSA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2012 peringkat awal, pertengahan dan peringkat akhir. Romantisme juga mempunyai kareteristik yang tersendiri seperti cinta kekeluargaan, emosi dan perasaan mendalam, kekaguman pada alam semulajadi, dan mementingkan imaginasi. Falsafah ini dapat dilihat berbeza dengan falsafah-falsafah yang lain. Falsafah Romantisme juga tersebar dengan meluas di benua Eropah seperti di Jerman, England ,Perancis, Rusia, Amerika Latin, dan Amerika Selatan. Secara umumnya, dapat Falsafah Romantisme mempengaruhi para sarjana sasteratik di seluruh Eropah dimana kelahiran para sasterawan-sasterawan Eropah berlaku dengan pesat pada Zaman Romantisme. Zaman Romantisme juga boleh dikatakan sebagai zaman dimana karya-karya sastera berkembang pesat sehingga ilmu-ilmu tersebut tersebar ke seluruh dunia. Romantisme juga secara kesimpulannya merupakan sebuah zaman yang kaya dengan karya seni seperti seni muzik, seni lukisan, seni kemasyarakatan dan sebagainya.
20