1 5.1
Konsep Kepimpinan Pendidikan
5.1.1
Pengenalan
Menerusi era pasca moden ini, sistem pendidikan negara kita amat memerlukan pemimpin yang beorientasikan corak kepimpinan yang mampu mengharungi sebarang cabaran yang berkemungkinan akan wujud kelak. Topik kepimpinan ini sebenarnya sudah lama menjadi spekulasi. Walau bagaimanapun, kajian secara saintifik terhadap kepimpinan ini tidak dilaksanakan sehinggalah kedatangan abad ke-20. Kajian terhadap kepimpinan ini banyak mengfokuskan pada keberkesanan kepimpinan itu sendiri. Saintis behavioral cuba untuk mengkaji sifat, kemampuan, tingkahlaku, punca kuasa dan aspek yang boleh menyebabkan seseorang pemimpin itu mampu menguasai dan memberikan kesan terhadap pengikutpengikutnya di dalam mencapai objektif kumpulan mereka (Gary Yukl, 1994).
Apa yang nyata ialah pemimpin yang baik mampu dicipta dan bukanlah sedia ada sejak ia dilahirkan. Sekiranya seseorang individu itu mempunyai hasrat dan kekuatan atau keinginan yang tinggi, maka mereka boleh menjadi seorang pemimpin yang efektif. Seorang pemimpin yang baik dapat dibentuk melalui proses mengkaji diri mereka sendiri dan memperbaiki setiap kelemahan secara berterusan menerusi aspek pendidikan, latihan dan pengalaman.
5.1.2
Definisi
Terdapat tiga definisi penting yang akan dijelaskan iaitu pemimpin, memimpin dan kepimpinan. Kesemua definisi ini adalah perkara yang banyak diberi penekanan dalam konsep kepimpinan.
(i)
Pemimpin
Sebelum kita membincangkan dengan lebih lanjut tentang konsep kepimpinan ini, seharusnya terlebih dahulu kita memahami apa yang dikatakan dengan pemimpin. Definisi pemimpin ini agak meluas dan pelbagai mengikut tafsiran individu. Tetapi dalam konteks pendidikan, pemimpin ditafsirkan sebagai seseorang yang diiktiraf oleh satu atau lebih daripada satu orang, di mana pemimpin tersebut mempunyai pengaruh, berwibawa dan mempunyai kuasa. Ini berlaku samaada dalam jangka panjang atau pendek dalam situasi tertentu (Al. Ramaiah, 1999). Contoh yang mudah dalam sistem pendidikan negara kita ialah
2 sekolah. Di sekolah, pengetua memainkan peranan sebagai pemimpin organisasi pendidikan tersebut. Tetapi, berlainan pula sekiranya pengetua ini tidak berada di sekolah kerana kemungkinan pengetua bertugas di luar kawasan. Bagi kes sedemikian, pengetua tidak lagi dianggap sebagai pemimpin organisasi kerana beliau tidak memainkan peranannya lagi walaupun beliau masih menjawat jawatan pengetua sekolah tersebut.
(ii)
Memimpin
Al. Ramaiah (1999) turut menjelaskan definisi memimpin ini dalam bukunya yang berjudul Kepimpinan Pendidikan Cabaran Masa Kini. Memimpin merupakan satu tindakan atau satu siri aktiviti yang dilakukan oleh seseorang individu, dan individu itu memainkan peranan kepimpinan, menggunakan pengaruhnya terhadap orang lain iaitu pengikutnya ke arah pencapaian matlamat.
(iii)
Kepimpinan
Kepimpinan adalah suatu subjek yang menjadi perhatian umum. Secara umumnya, kepimpinan menggambarkan sesuatu yang berkuasa, individu yang dinamik, empayar korporat yang diibaratkan seperti mencakar langit dan sebagainya. Al. Ramaiah (1999) menyatakan kepimpinan adalah satu konsep yang sukar dan kompleks. Dalam konteks sekolah, Al. Ramaiah (1999) menjelaskan kepimpinan merujuk kepada satu aspek tingkah laku Pengetua dan juga sejenis pengaruh. Kepimpinan Pengetua disifatkan sebagai kepimpinan formal kerana bergantung kepada kedudukan formal dalam struktur organisasi sekolah. Pengetua diberikan pengiktirafan dan status yang berwibawa dalam struktur organisasi sekolah.
Terma atau definisi kepimpinan bergantung kepada seseorang individu, di mana setiap individu mempunyai pandangan mereka yang tersendiri terhadap definisi kepimpinan. Tannenbaum et al. (1961 dalam Gary Yukl, 1994 ) mendefinisikan kepimpinan sebagai pengaruh interpersonal, di mana individu tersebut dilatih dan dilaksanakan secara langsung menerusi proses komunikasi untuk mencapai sesuatu kejayaan yang diingini. Kepimpinan merupakan suatu proses yang kompleks di mana seseorang itu mampu mempengaruhi orang
3 lain bagi mencapai misi, tugasan atau objektif bagi sesebuah organisasi. Pendapat tokoh yang terdapat dalam Gary Yukl (1994) menyatakan:
“Kepimpinan ialah tingkah laku individu apabila dia sedang mengarahkan aktiviti kelompok ke arah matlamat yang dikongsi bersama”. (Hemphill & Coons, 1957:7 dipetik dari Gary Yukl, 1994)
5.1.3
Elemen Asas Proses Kepimpinan
Dalam proses kepimpinan terdapat empat elemen asas yang ditekankan iaitu pengikut, pemimpin, komunikasi dan situasi. Keempat-empat elemen ini merupakan kombinasi yang sememangnya sememangnya wujud dalam proses kepimpinan.
(i)
Pengikut
Pengikut bagi seseorang pemimpin adalah berbeza. Ini adalah bergantung pada kriteria pemimpin yang mereka ingin ikuti. Pendekatan yang diperlukan bagi seseorang pengikut adalah bergantung pada pendekatan yang digunakan oleh pemimpin yang mereka pilih. Al. Ramaiah (1999) menjelaskan bagi mengekalkan kesetiaan pengikut dan pengikut dalam kumpulan kohesif, pemimpin perlu mempunyai visi dan misi yang jelas dan juga berkebolehan menyampaikan misi itu kepada pengikut dalam organisasi serta mereka yang berkaitan di luar organisasi. Kenyataan visi dan misi yang jelas dapat menaikkan semangat dan menghidupkan semangat pengikut terhadap fokus dalam pencapaian objektif organisasi.
(ii)
Pemimpin
Seseorang pemimpin terlebih dahulu perlu memahami dengan jelas bagaimana pemimpin perlu membimbing orang lain. Lindsay Levin dalam Kouzes & Posner (2002) mengatakan:
“You have to open up your heart and let people know what you really think and believe. This means talking about your values”. values”. (Lindsay Levin dalam Kouzes & Posner, 2002:14)
4 Alan Keith dalam Kouzes & Posner (2002) menambah salah satu perkara pelajaran bagi kepimpinan yang signifikan ialah: “You must lead from what you believe”. (Lindsay Levin dalam Kouzes & Posner, 2002:14) Pemimpin perlu berpegang teguh pada apa yang mereka percaya supaya mereka akan lebih mempercayai dengan apa yang mereka pertahankan.
(iii)
Komunikasi
Komunikasi dua hala antara pemimpin dan pengikut adalah penting. Pemimpin sentiasa mencari peluang untuk menginovasi, membangun dan memajukan diri. Walau bagaimanapun, pemimpin bukanlah membentuk sesuatu dengan sendirinya. Malah ia memerlukan sokongan dan penglibatan serta kerjasama semua pihak (Kouzes & Posner, 2002). Ia merupakan sebahagian dari tanggungjawab seorang pemimpin; di mana mereka perlu bijak mengambil hati dan menghargai kerjasama semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan sesuatu. Ini kerana kejayaan seseorang pemimpin adalah kerana bantuan dan kerjasama semua pihak.
(iv)
Situasi
Semua situasi yang dilalui oleh pemimpin adalah berbeza. Apa yang dilakukan oleh seseorang pemimpin bagi sesuatu situasi adalah tidak sama bagi situasi yang lain. Aminuddin (1990) menegaskan situasi merupakan persekitaran tempat berfungsinya sesebuah sesebuah organisasi sentiasa berubah kerana perubahan teknologi, undang-undang, kebudayaan, iklim dan banyak lagi. Oleh sebab itu, pemimpin perlu bijak memimpin organisasinya mengikut kesesuaian situasi yang sedang dilaluinya.
5.1.4
Tiga Unsur Yang Membentuk Kepimpinan
Sebagaimana yang terdapat dalam elemen asas proses kepimpinan; pemimpin, pengikut dan situasi merupakan tiga unsur penting yang membentuk kepimpinan. Rajah 5.1 di bawah menunjukkan dengan lebih jelas kedudukan tiga unsur tersebut.
5
SITUASI
PEMIMPIN
PENGIKUT
LOKUS KEPIMPINAN
Rajah 5.1: Tiga unsur yang membentuk kepimpinan: Pemimpin, situasi dan pengikut. Sumber: Hollander, 1974 (dipetik dari Aminuddin, 1990).
Rajah 5.1 yang ditunjukkan menegaskan pendapat yang dikatakan oleh Hollander, 1974 (dalam Aminuddin, 1990). Beliau menyatakan bahawa kepimpinan, pemimpin memberi sesuatu dan mereka mendapat sesuatu sebagai balasan. Apa yang nyata, telah berlaku perdagangan faedah yang terlibat. Proses pertukaran sosial ini melibatkan hubungan antara tiga unsur iaitu pemimpin dengan personaliti, persepsi dan sumber-sumber yang relevan dengan pancapaian matlamat, pengikut dengan personaliti, persepsi dan sumber-sumber yang relevan dengan pencapaian matlamat, dan situasi tempat orang-orang ini berfungsi.
Pengikut merupakan elemen asas proses kepimpinan. Proses kepimpinan tidak boleh berlaku dengan satu orang sahaja kerana proses ini memerlukan sekurang-kurangnya dua orang, seorang yang memimpin dan seorang lagi mengikut. Sekiranya tidak ada pengikut maka tidak ada pemimpin. Maka di sini kesetiaan seseorang pengikut terhadap pemimpin adalah penting (Al. Ramaiah, 1999). Bagi Aminuddin (1990) pengikut adalah bergantung kepada pemimpinnya untuk memuaskan keperluan mereka. Pengikut bergantung kepada
6 pemimpin dalam kerjaya, dalam kelangsungan kerja bagi kenaikan pangkat, peningkatan gaji, tanggungjawab tanggungjawab dan prestij dan pelbagai lagi kepuasan peribadi.
Pemimpin tidak boleh mengharapkan komitmen pengikut menerusi arahan, tetapi mereka mestilah meransang dan menyemainya pada pengikut. Pengikut mesti mempercayai bahawa pemimpin memahami keinginan mereka dan mempunyai minat di dalam hati mereka. Kepimpinan adalah dialog dan bukannya monolog. Bagi mendapatkan sokongan, pemimpin mesti mempunyai pengetahuan dalaman terhadap impian, harapan, apirasi, visi dan nilai seseorang. Pemimpin adalah perintis – seseorang yang ingin melangkah ke suatu arah yang belum pernah wujud. Walau bagaimanapun, pemimpin bukanlah membentuk sesuatu dengan sendirinya (Kouzes & Posner, 2002). Ini menyokong apa yang terdapat pada lakaran Rajah 5.1 iaitu pemimpin memerlukan pengikut dan mereka mempunyai hubungan dua hala yang amat kuat.
Ciri situasi ini meliputi keadaan ekonomi, sistem pemilihan, struktur tugas, kuasa kedudukan dan sebagainya. Situasi tersebut ialah perkenan atau penerimaan. Iklim yang dicipta oleh ketua adalah penting. Di mana pemimpin dapat mewujudkan iklim yang mampu memberikan gerak balas dan merangsang motivasi. Sehubungan dengan itu, keberkesanan seseorang pemimpin adalah bergantung kepada alam sekitar yang berupa manusia dan keadaan (Aminuddin, 1990).
5.1.5
Empat Sikap Pemimpin
Terdapat 4 sikap utama yang disenaraikan oleh Kouzes & Posner (2002) dalam bukunya Leadership The Challenge iaitu jujur, pandang kehadapan, kompeten dan bersemangat. Ini
merupakan 4 sikap pemimpin yang telah dikenalpasti berdasarkan kajian yang dilakukan oleh mereka terhadap responden di negara Afrika, Amerika Utara, Amerika Selatan, Asia, Eropah dan Australia.
(i)
Jujur
Kejujuran adalah kriteria utama yang dilihat oleh pengikut bagi seseorang pemimpin. Di dalam apa jua keadaan, apa yang paling penting ialah semua orang menaruh sepenuh kepercayaan kepercayaan terhadap pemimpin yang dipilih dan mereka sendiri perlu mempercayai
7 pemimpin yang mereka pilih mempunyai karakter dan keperibadian yang teguh sebagai pemimpin. Lebih kurang 90 peratus responden menyatakan pemimpin yang dipilih perlu bersikap jujur di dalam apa jua tindakan yang diambil. Kebanyakan mereka mahukan pemimpin bercakap benar dan pemimpin yang lebih mengetahui kebenaran berbanding ketidakbenaran. Ada kebenarannya sekiranya sesebuah pasukan itu inginkan kemenangan, tetapi apa yang paling penting bagi sesebuah pasukan itu ialah kemenangan tersebut mesti dicapai tanpa melalui proses penipuan. Sebenarnya kejujuran seseorang pemimpin akan melambangkan melambangkan kejujuran pasukan di bawah kepimpinannya. kepimpinannya.
(ii)
Pandang Kehadapan
Memandang kehadapan merupakan salah satu ciri-ciri seorang pemimpin yang diperlukan oleh orang ramai. Ini bermakna seseorang pemimpin itu mestilah mempunyai kemampuan di dalam menetapkan misi, impian, kejayaan dan agenda yang ingin dicapai. Dengan kata lain, pemimpin sewajarnya sudah nampak perjalanan kejayaan yang ingin dicapai dan pemimpin perlu memastikan bahawa terdapat pengikut di dalam pasukannya yang akan sama-sama berusaha untuk mencapai kejayaan tersebut.
(iii)
Kompeten
Seorang pemimpin perlu memiliki sifat kompeten di dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Ini bermakna pemimpin mesti berkebolehan dan efektif di dalam memimpin pasukannya. Ciri kompeten yang paling penting yang mampu dibentuk oleh seorang pemimpin ialah kemampuan mereka berkerjasama dengan orang lain. Bagi menjadi seorang yang kompeten, pengalaman yang mendalam dalam bidang tersebut adalah amat penting. Ini adalah kerana pengalaman adalah berkait rapat dengan kejayaan. Semakin banyak pengalaman seseorang, maka semakin seseorang itu boleh berjaya dalam sesebuah organisasi atau industri yang diceburi. Sekiranya seorang pemimpin itu ingin menjadi pemimpin yang kompeten, maka mereka perlu menjadi seorang yang boleh dijadikan contoh atau ikutan, mempunyai semangat yang kuat, suka menyahut cabaran, sentiasa bersikap terbuka dan memberi galakan ke atas pasukannya.
8 (iv)
Bersemangat
Seorang pemimpin mesti memiliki semangat, tenaga dan perlu sentiasa bersikap positif terhadap kejayaan masa depan yang ingin dikecapi. Sekiranya pemimpin hanya bergantung pada impian ia tidak akan memberi apa-apa kesan, sebaliknya seorang pemimpin mesti berkemampuan berkomunikasi dengan visi yang ingin dicapai sekaligus ia akan menggalakkan menggalakkan orang di bawah pimpinannya untuk berkerjasama di dalam memastikan impian mengecapi mengecapi kejayaan k ejayaan akan menjadi kenyataan.
5.1.6
Lima Perkara Yang Perlu Dipraktikkan Untuk Membentuk Kepimpinan
Terdapat lima perkara yang perlu dipraktikkan di dalam membentuk kepimpinan. Antaranya ialah sentiasa menjadi contoh pada yang lain, mempunyai visi, suka bersaing, bertindak bersama-sama dan mempunyai niat yang baik. Kesemua kriteria ini adalah sebagaimana yang dinyatakan oleh Kouzes & Posner (2002).
(i)
Menjadi Contoh
Seseorang pemimpin terlebih dahulu perlu memahami dengan jelas bagaimana pemimpin perlu membimbing orang lain. Lindsay Levin mengatakan “ You have to open up your heart and let people know what you really think and believe. This means talking about your values”. Alan Keith menambah salah satu perkara pelajaran bagi kepimpinan yang
signifikan ialah “You must lead from what you believe”. Pemimpin perlu berpegang teguh pada apa yang mereka percaya supaya mereka akan lebih mempercayai dengan apa yang mereka pertahankan.
(ii)
Mempunyai Visi
Menyentuh perkara kedua ini, pemimpin perlu membayangkan peluang-peluang yang menarik sekiranya mereka menuju pada suatu destinasi yang dikehendaki. Seseorang yang bersifat kepimpinan kepimpinan
mempunyai mempunyai hasrat yang tinggi untuk menjadikan impian menjadi menjadi
kenyataan seperti mengubah sesuatu keadaan yang mereka fikirkan perlu diubah dan mencipta
9 sesuatu yang belum pernah dicipta sebelum ini. Bagi keadaan yang lain pula, kehidupan pemimpin adalah kehidupan yang sebelum ini.
Seperti arkitek yang melukis blue print atau seorang jurutera yang menghasilkan model projek mereka terlebih dahulu. Mungkin imaginasi mereka yang seperti inilah yang telah membawa mereka maju ke depan. Seseorang yang tidak dapat mendalaminya sepenuhnya bukanlah pemimpin, dan orang lain tidak akan mengikut kata-kata orang seperti ini sehinggalah pemimpin ini dapat mendalami visi mereka sepenuhnya. Pemimpin tidak boleh mengharapkan komitmen orang lain menerusi arahan, tetapi mereka mestilah meransang dan menyemainya pada orang lain. Orang lain mesti mempercayai bahawa pemimpin memahami keinginan mereka dan mempunyai minat di dalam hati mereka. Bagi mendapatkan sokongan, pemimpin mesti mempunyai pengetahuan dalaman terhadap impian, harapan, apirasi, visi dan nilai seseorang.
(iii)
Suka Bersaing
Setiap individu yang mempunyai sifat kepimpinan akan mengambil bahagian bagi setiap cabaran yang ada. Kemungkinan cabaran yang disahut akan membentuk sesuatu produk yang lebih inovatif. Mereka sentiasa mencari peluang untuk menginovasi, membangun dan memajukan diri.
Walau bagaimanapun, pemimpin bukanlah membentuk sesuatu dengan sendirinya. Malah ia memerlukan sokongan dan penglibatan serta kerjasama semua pihak. Pemimpin sangat memahami inovasi dan perubahan akan melibatkan kajian, risiko dan kegagalan. Tetapi pemimpin tetap meneruskannya. Ia mungkin sesuatu yang lucu sekiranya seseorang yang pernah gagal berkali-kali akhirnya berjaya sebagai pemimpin. Dengan kata lain juga, pemimpin adalah pelajar juga. Di mana mereka belajar dari kegagalan dan akhirnya berjaya.
(iv)
Bertindak Bersama-sama
Kepimpinan merupakan usaha sesebuah kumpulan. Bagi mengenalpasti sama ada seseorang berada dalam laluan pemimpin, maka telah membentuk satu ujian yang ringkas. Ujian tersebut akan memaklumkan frekuensi seseorang pemimpin dalam menggunakan perkataan „kita‟. Temubual yang dijalankan bersama Alan Keith menunjukkan beliau
10 menggunakan perkataan „kita‟ lebih dari tiga kali berbanding perkataan „saya‟ semasa menerangkan pengalaman beliau sebagai pemimpin yang baik secara peribadi. Ini menunjukkan kepimpinan itu akan terbentuk dengan adanya kerjasama setiap ahli dalam sesebuah kumpulan.
Adalah sangat penting bagi seseorang pemimpin berkemampuan untuk membenarkan orang lain memainkan peranan dan bertindak. Sekiranya pemimpin mempunyai hubungan yang kuat dan mempunyai keyakinan serta kepercayaan yang kuat, maka orang lain akan sanggup
mengambil
risiko,
melakukan
perubahan,
dan
akan
mengekalkan
serta
menggerakkan menggerakkan organisasi mereka.
(v)
Mempunyai Niat yang Baik
Ia merupakan sebahagian dari tanggungjawab seorang pemimpin; di mana mereka perlu bijak mengambil hati dan menghargai kerjasama semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan sesuatu. Ini kerana kejayaan seseorang pemimpin adalah kerana bantuan dan kerjasama semua pihak. Dengan meraikan kejayaan yang dicapai ia akan menaikkan semangat kerja secara berkumpulan.
11 5.2 Teori – Teori Kepimpinan
Teori Sifat Kepimpinan
Teori X dan Teori Y
Teori Gaya Kepimpinan
Teori-teori Kepimpinan Teori Kepimpinan Karismatik
Teori KontegensiSituasi
Teori Kepimpinan Transformasi
Teori Kepimpinan Tradisional
Rajah 1: Teori-teori Kepimpinan
5.2.1
Teori Sifat Kepimpinan (Trait Theory)
Teori sifat kepimpinan ini adalah kepimpinan yang berpusatkan pada pemimpin itu sendiri. Teori ini bermula pada zaman Yunani Kuno dan Romami yang beranggapan bahawa pemimpin adalah dilahirkan bukan dicipta. Mereka menamakan teori ini sebagai “The Greatma Theory”. Walaubagaimanapun ahli ahli pemikir psikologi berpendapat bahawa sifat
kepimpinan adalah tidak dibentuk sepenuhnya secara semulajadi tetapi ia boleh dicapai melalui pendidikan dan pengalaman.
Teori ini bahagikan pemimpin kepada dua perspektif iaitu : i)
Perbezaan pemimpin dan pengikut
ii)
Perbezaan pemimpin berkesan dan yang tidak berkesan.
12 Pemimpin yang berkesan perlulah mempunyai sifat yang istimewa dan unggul. Ahli di dalam kumpulan yang paling gagah, memiliki kualiti-kualiti khas seperti kecerdasan dan kemahiran yang melebihi daripada orang lain layak untuk dijadikan pemimpin. Pemimpin perlulah mempunyai sifat kepimpinan secara menyeluruh dari segi fizikal, mental dan emosi bagi menentukan kepimpinan yang berkesan. Mereka perlulah mempunyai jati yang kuat seperti yakin pada diri, mempunyai minat yang luas, aktif dalam pelbagai aktiviti, kurang sifat pemarah, prihatin dan sanggup bekerja keras (Razali, 1990). Tambahan daripada Sulaiman (1996) menyatakaan pemimpin perlulah mempunyai kelebihan sifat yang tidak ada pada orang yang dipimpin ini termasuklah sifat kecerdasan karisma, ketegasan, kekuatan, keberanian, kejujuran dan keyakinan diri. Pemimpian yang berkesan mempunyai sifat prihatin terhadap orang dibawahnya, mereka sanggup bekerja keras untuk memperoleh kepuasan kendiri yang bukan di dorong oleh kebendaan dan kepentingan diri.
Tokoh-tokoh hebat dunia seperti Napoleon Bonaparte, Winston Churchill, Mahatma Gandhi, Sukarno, Jamal Nasir, Ayatullah Khomeini dan Tun Dr. Mahathir Mohamed mempunyai sifat yang ada bagi seorang pemimpin. Teori ini menyatakan kewujudan sifat kepimpinan bukanlah dibentuk tetapi tetapi dilahirkan secara semulajadi.
Sifat-sifat asas dan
kemahiran bagi seorang pemimpin ditunjukkan pada Jadual 1.
Jadual 1: Sifat-sifat asas dan kemahiran bagi seorang pemimpin. Sifat
Senang
menyesuaikan
Kemahiran
diri
dengan
Pintar dan pandai
keadaan Berwaspada dengan persekitaran sosial
Kemahiran konsep
Bercita-cita tinggi dan beroremtasikan
Kreatif
pencapaian Bekerjasama
Berdiplomasi dan bijaksana
Tegas
Kebolehan berkomunikasi
Dominan/ berkuasa (berkeinginan untuk Pengetahuan
tentang
tugas
mempengaruhi mempengaruhi orang lain)
tanggungjawab
Cergas
Berorentasi (kebolehan mentadbir)
Keyakinan diri Sabar terhadap tekanan
dan
13 Abdullah et al., (2008) telah menjelaskan lima sifat-sifat kepimpinan yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin.
i)
Pengetahuan
Pemimpin yang mempunyai cara dan teknik kominikasi yang baik, dan berkebolehan bagi menyampaikan hujah dan sebab atas satu situasi boleh menjadikan seseorang itu sebagai pemimpin yang berkesan. Walaubagaimana pun masalah masih boleh timbul apabila idea pemimpin yang terlalu canggih dengan idea mereka adakalanya tidak dapat diterima oleh pengikutnya.
ii)
Keyakinan diri
Keyakinan diri dapat membantu seorang pemimpin itu menjadi seorang yang lebih berkaliber. Cara mereka membuat keputusan dan bertindak memerlukan keyakinan yang tinggi. Nilai keyakinan yang tinggi boleh mempengaruhi orang bawahannya untuk menghadapi situasi dalam organisasi.
iii)
Determinasi.
Dalam menjalankan tugas dan tindakan pemimpin perlu mengambil kira sifat-sifat kepimpinan seperti inisiatif, komitmen, dominasi dan keinginan. Mereka juga perlu bersikap proaktif dan mempunyai kekuatan untuk menempuh sebarang halangan serta menunjukkan dominasi dalam kepimpinan dan memastikan pengikutnya mengikut arahan yang telah ditetapkan.
iv)
Integriti
Integriti merupakan gabungan elemen nilai keualityi dalam kejujuran dan kepercayaan diri sendiri. Mereka mempunayi sifat tanggungjawab dalam menjalankan tugas, memberikan inspirasi dan keyakinan kepada orang lain serta mereka berpegang pada janji yang telah dibuat. Pemimipin yang mempunyai nilai integriti ini membuatkan orang disekeliling mereka percaya dan menyakini kepimpinannya. kepimpinannya.
v)
Kemahiran sosial
Kemahiran bersosial boleh digambarkan sebagai seorang yang peramah, bersifat terbuka, berbudi bahasa, berdiplomatik dan sentiasa menjaga hati dan perasaan orang lain. Mereka sentiasa menjaga hubunagn interpersonal antara dirinya dan orang
14 dibawahnnya dan dengan adanya hubungan yang baik antara pemimpin dan pengikutnya secara tidak langsung membolehkan pemimpin mencapai kerjasama yang tinggi daripada pihak yang dipimpinnya. Walaubagaimanapun kepimpinan ini tidaklah bergantung kepada sifat yang ada pada diri pemimpin itu sahaja ia boleh juga dipengaruhi oleh faktor motivasi, keupayaan interpersonal yang lain, teknologi, sifat ahli kumpulan kumpulan dan permintaan permintaan sekeliling. Kejayaan tampuk kepimpinan seseorang pemimpin juga boleh disebabkan pengaruh politik, sosiologi atau ekonomi ekonomi seperti umur, kelas sosial dan rasuah. Hal ini membawa kepada tiadanya tiadanya perbezaan sifat pemimpin dan pengikut serta pemimpin berkesan dengan yang tidak berkesan.
Antara kelemahan teori ini adalah tiada kebolehpercayaan ujian personaliti yang dijalankan adalah rendah iaitu 0.25-0.50 dan konsep-konsep yang menjadi sasaran pengukuran adalah tidak memberikan pengertian yang jelas dan kukuh. Keadaan ini menyukarkan untuk menentukan dengan tetapkan sifat-sifat yang perlu ada bagi seorang pemimpin yang berkesan.
5.2.2
Teori Gaya Kepimpinan
Pada tahun 1940-an dan 1950-an muncul satu teori baru yang menyelidik corak dan ragam dalam kelakuan pemimpin selepas kegagalan dalam mengenal pasti sifat yang berkesan pada seorang pemimpin. Terdapat tiga jenis gaya kepimpinan yang telah dikenalpasti iaitu:
i)
Autokratik :
Seorang yang dogmatik dan positif, memerlukan pekerjanya untuk menurut perintah yang diarahkannya diarahkannya dan memimpin mengikut kebolehnya untuk menarik balik ganjaran kerja serta hukuman.
ii)
Demokratik:
Menggalakkan penglibatan dan penyertaan dari pekerjanya tentang tindakan dan pembuatan keputusan.
15 iii)
Laissez-faire:
Melibatkan sedikit penggunaan kuasanya dan memberikan pekerjanya kebebasan untuk mengendalikan kerja mereka.
Rajah 2 menunjukkan kajian yang telah dilakukan bagi membentuk teori-teori dibawah gaya kepimpinan.
Kajian Ohio State
Kajian Universiti Michigan
Grid Pengurusan
Kajian Scandinavian
• memulakan stuktur • pertimbangan
• orentasi pekerja • orentasi pengeluaran pengeluaran
• mengambil berat terhadap orang • mengambil berat terhadap pengeluaran • kepimpinan berorentasikan berorentasikan perubahan
Rajah 2: Teori gaya kepimpianan.
5.2.2.1 Kajian Ohio State
Kajian ini telah menemui dua demensi kepimpinan iaitu memulakan struktur dan pertimbangan. Memulakan struktur merupakan pemimpin yang mendefinisikan dan menstukturkan peranannya dan peranan orang bawahannya bagi mencapai matlamat organisasi. Pemimpin seperti ini mengarahkan ahli dibawahnya menjalankan tugas tertentu, menjangkakan pekerja mempunyai standard prestasi yang tertentu dan pematuhan arahan yang telah ditetapkan. Manakala bagi pertimbangan merujuk kepada pemimpin yang berkemungkinan mempunyai hubungan yang akrab dengan orang bawahannya. Mereka menunjukkan rasa saling percaya, hormat-menghormati dan bertimbang rasa. Mereka juga mengambil berat
16 tentang keselesaan kesejahteraan, status, kepuasan pekerja dan mereka mendampingi orang dibawahnya secara adil dan sama rata.
5.2.2.2 Kajian Universiti Michigan
Kajian ini pula memperkenalkan dua lagi demensi kepimpinan iaitu orentasi pekerja dan orentasi pengeluaran. Orentasi pekerja adalah pemimpin yang cenderung untuk meneliti keperluan pekerja bawahan mereka dan menerima perbezaan pada setiap individu. Orentasi ini menjanjikan produktiviti dan kepuasan pekerja yang tinggi. Pemimpian jenis in lebih suka menekankan menekankan aspek perhubunga antara individu (Nasurdin, 2006)
Orentasi pengeluaran adalah pemimpin yang cenderung untuk menekankan aspek teknikal atau tugasan yang diberikan kepada pekerja mereka. Pencapaian tugasan kumpulan dan ahli adalah matlamat utama mereka. Produktiviti dan kepuasan pekerja yang ditunjukkan oleh pemimpin yang berorentasikan pengeluaran adalah rendah.
5.2.2.3 Grid Pengurusan
Grid pengurusan memperkenalkan dua dua dimensi gaya kepimpinan iaitu mengambil berat terhadap orang dan mengambil berat terhadap pengeluaran. Grid terbentuk daripada pemikiran tentang gaya kepimpinan yang berteraskan kepada gelagat dan perlakuan sama seperti yang diperkenalkan oleh Ohio State dan Universiti Mi chigan.
Grid ini mempunyai sembilan kedudukan sepanjang setiap paksi dan membentuk 81 kedudukan berbeza. Gaya kepimpinan seorang pemimpin boleh ditentukan mengikut dominan pemikiran pemimpin. Rajah 3 menunjukkan Grid pengurusan yang digunakan bagi menentukan dimensi pemimpin.
17
Rajah 3: Grid Pengurusan oleh Blake dan Mouton 1984. Lima contoh pentafsiran pada grid pengurusan Pengurusan Drif (1,1) Pengurusan ini memberikan perhatian yang sedikit terhadap manusia dan terhadap pengeluaran serta tugas. Pengurus dan kakitangan masing-masing mempunyai tingkat motivasi yang rendah. Usaha yang minima dilakukan untuk memastikan kerja diperlukan dilaksanakan dilaksanakan bagi mengekalkan keahlian dalam organisasi.
Pengurusan kuku besi (9,1) Perhatian pengurus adalah untuk menyiapkan tugas atau untuk mencapai matlamat. Pengurus memberikan perhatian terhadap pengeluaran dan kecekapan. Hanya sedikit sahaja perhatian diberi kepada para pekerja.
Pengurusan selesa (1,9) Pengurusan mengikut gaya ini memberi banyak perhatian terhadap para pekerja tetapi sedikit perhatian kepada pengeluaran.
Pengurusan sederhana (5,5) Pengurus bersikap sederhana terhadap pengeluaran dan kepuasan pekerja.
18
Pengurusan cemerlang (9,9) Pengurus member perhatian terhadap pengeluaran, semangat bekerja dan kepuasan pekerja. Pada Grid ini pengurusan adalah paling berkesan kerana perhatian kepada manusia dan pengeluaran.
5.2.2.4 Kajian Scandinavian
Kajian ini menyatakan bahawa kepimpinan yang berkesan adalah pemimpin yang yang berorentasikan pembangunan pembangunan sejajar dengan dunia yang sentiasa berubah. Pemimpin perlulah mempunyai gaya yang menghargai eksperimen, sentiasa mencari idea baru dan mengeluar serta
mengimplementasikan
perubahan.
Kajian
ini
menunjukkan
pemimpin
yang
berorentasikan pembangunan mempunyai ramai pekerja yang berpuas hati dan cekap dalam menjalankan tugas mereka. Gaya kepimpinan yang mereka perlulah berubah mengikut keadaan dan persekitaran yang berlaku. Sebagai contoh ketua akan terlebih dahulu akan berbincang dengan pekerjanya dan keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kepada maklumat, kajian penyelidikan dan analisis yang dijalankan.
5.2.3
Teori Kontegensi- Situasi
Teori ini telah diperkenalkan oleh Fred Fiedler pada tahun 1951 yang menyatakan bahawa keberkesanan keberkesanan kepimpinan sesuatu organisasi itu bergantung kepada suasana atau situasa yang sedang berlaku. Jika suasana persekitarannya memberansangkan maka amat mudah untuk pemimpin memimpin kumpulannay dengan berkesan. Tetapi sekiranya ahli kumpulan tidak memberikan kerjasama, persekitan kerja yang kurang kondusif serta serba kekurangan menyukarkan pemimpin melaksanakan tugasan yang diberikan. Fiedler menjelaskan lagi bahawa suasana yang berlainan melahirkan pelbagai ragam prestasi dan data-data kajian yang dijalankan terbatas kepada kumpulan yang dikaji sahaja. 5.2.3.1 Teori Fred E. Fiedler
Fred E. Fiedler mencadangkan teori ini dengan menyatakan pemimpin tidak hanya menjadi pemimpin kerana ciri-ciri keperibadian mereka tetapi pelbagai faktor situasi dan interakasi antara pemimpin dengan anggota kumpulan yang mempengaruhinya. Gaya kepimpinan yang diperkenalkan oleh beliau adalah berorentasikan tugas dan hubungan kemanusiaan. Bagi yang berorentasikan tugas pemimpin memperoleh kepuasan
19 apabila melihat tugasnya boleh dilaksanakan dengan baik dan sempurna. Manakala kepimpinan berorentasikan hubungan kemanusiaan pemimpin mempunyai hubungan yang baik dengan pengikutnya.
Terdapat tiga dimensi yang diperkenalkan oleh Fielder seperti dalam rajah 4 bagi membantu kepimpinan yang paling berkesan iaitu kuasa kedudukan, stuktur tugas dan hubungan pemimpin dengan anggota.
Kuasa kedudukan
• Kuasa yang terdapat pada pemimpin yang jelas memudahkan mereka untuk mengawal dan mempengaruhi pengikutnya.
Struktur tugas
• Seseorang yang jelas dengan tugasan yang diberikan membolehkan mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan secara efektif. Kualiti prestasi pekerja dapat dikawal dengan lebih mudah jika mereka sedar dengan tanggungjawab yang diberikan.
Hubungan pemimpin dengan anggota
• Kedudukan kuasa dan struktur tugas yang jelas adalah penting dalam mengawal organisasi. Dimensi ini membawa kepada kepercayaan dan kesediaan anggota kumpulan sebagai pengikut kepada seorang pemimpin.
Rajah 4: Tiga dimensi kepimpinan yang diperkenalkan oleh Fielder.
5.2.3.2 Teori Hersy dan Blanchard
Selepas Fiedler, Hersey dan Blanchard (1969) telah memperkembangkan lagi Teori Kepimpinan Situasi konsep yang sama dibawa dengan menyatakan situasi berbeza memerlukan gaya kepimpinan yang berlainan dan berbeza. Seorang pemimpin yang efektif perlu bijak mengadaptasikan kemahiran kepimpinnya mengikut kesesuaian suasana dan perbezaan setiap individu. Mereka juga mungkin berurusan dengan pengikut yang sama dalam situasi berbeza tetapi gaya kepimpianan situasi berbeza.
20 Teori ini menjelaskan kepimpinan situasi terdiri daripada dua dimensi iatu mengarah dan menyokong secara diplomatik serta bersistematik mengikut keadaan atau situasi. Gaya kepimpianan dalam dimensi ini boleh menghasilkan satu interaksi yang positif dan sihat dalam organisasi. Sebelum memberikan tugasan kepada pengikutnya pemimpin perlu peka terhadap tahap kemampuan kepimpinan, komimen individu, kemahiran dan motivasi pekerja sebelum memberikan tugasan. Blanchard (1985) telah memperkenalkan Model Kepimpinan Situasi yang terbentuk daripada hasil kajian oleh Hersey and Blanchard (1969) yang mengasingkan situasi kepada dua bahagian iaitu gaya atau cara kepimpinan dan tahap perkembangan perkembangan pengikut.
Rajah 5: Model Kepimpinan Situasi II
21 Gaya kepimpinan yang tergolong dalam teori kepimpinan ini adalah tingkahlaku arahan (direktif) yang membimbing ahli kumpulan dalam mencapai matlamat dengan memberikan arahan dengan jelas, memajukan matlamat dan kaedah penilaian, menetapkan garis masa yang efisyen, mendefinasikan peranan setaip ahli dan menunjukkan cara bagiaman untuk mencapai matlamat. Manakala tingkahlaku sokongan (supportif) merujuka kepada keupayaan bagi menolong atau membantu ahli kumpulan supaya lebih selesa dengan dirinya, rakan sekeliling atau pekerja dan situasi individu itu berada. Dua tindak balas komunikasi yang berbeza ii menunjukkan hubungan sosial dan sokongan emosi yang tebentuk.
Gaya kepimpinan yang mengarah S1 (tinggi arahan dan rendah sokongan) yang memfokuskan mengenai tanggungjawab pada tugasan namun kurang menjurus kepada meningkatkan hubungan sesama individu. Mereka lebih gemar untuk berbicara tentang pencapaian dan kurang peratusan aspek tingkah laku. Arahan dan dan keputusan dibuat oleh pemimpin dan tiada hubungan dua hala yang terbentuk. Kepimpinan seperti ini adalah sesuai untuk individu yang kurang kemampuan berdikari semasa menjalankan tugasan tetapi mereka mempunyai semangat dan komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas.
Gaya kepimpinan bimbingan S2 (tinggi arahan dan tinggi sokongan) yang mana pemimpin dan pengikut mempunyai hubungan yang tinggi dan mereka memberikan komitment yang baik dalam menjalankan kerja yang diberikan. Pemimpin dan pengikut berkerjasama dalam memberikan idea dan cadangan tetapi keputusan masih ditangan pemimpin. Keadaan ini memberikan komunikasi yang seimbang (dua hala). Kepimpinan jenis ini sesuai bagi individu yang berkemampuan melaksanakan tugasan yang diberikan atau berdikari tetapi kurang komitmen dalam menjalankan tugas kerana masih memerlukan arahan dan sokongan. Keadaan ini boleh berlaku kerana pengikut yang masih kurang berpengalaman dalam menjalankan tugas. Sebagai ketua penghargaan dan pujian diberikan untuk meningkatkan motivasi pengikutnya.
Gaya kepimpinan sokongan S3 (rendah arahan dan tinggi sokongan) merujuk kepada keupayaaan seseorang pemimpin tidak memfokuskan kepada matlamat sahaja tetapi lebih menjurus kepada menggunkan sokongan yang dapat melahirkan kemahiran dalam kalangan pengikut bagi mecapai matlamat yang telah ditetapkan. Pemimpin seperti ini lebih banyak berkomunikasi dengan mengikut dengan cara mendengar masalah atau idea, memberi penghargaan, mendapatkan maklumat berbanding memberikan tugasan kepada mereka.
22 Pemimpin akan terlibat bersama dengan pengikut dalam perbincangan tetapi keputusan yang dibuat adalah daripada pengikut. Gaya seperti ini sesuai bagi ndividu yang mempunyai kemampuan dalam menjalankan tanggungjawab tanggungjawab tetapi dari segi keyakinan diri mereka adalah masih rendah. Mereka tidak memerlukan banyak arahan tetapi lebih kepada sokongan dan dorongan.
Gaya kepimpinan delegasi S4 (rendah arahan dan rendah sokongan) ialah pemimpin yang kurung bertanggungjawab dalam menjalankan tugasan dan sokongan sosial yang rendah. Pemimipin masih terlibat dalam setiap erancanga, keputusan dan tugasan kerana kuasa mutlak keputusan adalah daripada pengikut. Pengikut berhak untuk menetapkan apa dan bagaimana sesuatu tugasan itu dilaksanakan dan peranan yang perlu dimainkan oleh pemimpin mereka. Kesuaian gaya kepimpinan ini adalah bagi mereka yang mempunyai kemampuan dan komitmen yang tinggi kerana mereka berupaya melakukan tugasan denga menerima sedikit arahan dan kawalan daripada pemimpin.
5.2.4
Teori Kepimpinan Tradisional
Kepimpinan Autokratik
Kepimpinan Demokratik
Teori Kepimpinan Tradisional Kepimpinan Kerja
Kepimpinan Manusia
Rajah 6: Teori Kepimpinan Tradisional
5.2.4.1 Kepimpinan Autokratik
Kepimpianan autokratik ini juga dikenali sebagai kepimpinan kuku besi yang mana gaya kepimpinan yang mementingkan status dan kedudukan. Pemimpin seperti ini akan membolot semua kuasa yang diberikan kepada kumpulannya. Mohamed (t.th) dalam bukunya
23 Kepimpinan dan Pengurusan dalam PTV memberikan ciri-ciri pemimpin autokratik adalah seperti berikut:
i)
Hendak berkuasa dalam segala urusan
ii)
Sangat cemburu terhadap kuasa yang ada padanya
iii)
Tidak mahu berkongsi dengan orang lain
iv)
Berpendapat Berpendapat kuasa adalah perkara yang sangat penting dan berharga
v)
Meminta orang yang dipimpin supaya taat dan patuh kepadanya
vi)
Banyak memberikan arahan kepada orang bawahnya.
vii)
Tidak suka orang bawahannya mempersoalkan mempersoalkan arahannya.
viii)
Tidak suka beri penerangan dan alas an kepada orang bawahan atas sesuatu perkara.
ix)
Mahukan semua arahannya dipatuhi tanpa t anpa dipersoalkan
x)
Memberi tindakan keras ke atas orang yang tidak mematuhi arahannya. arahannya.
xi)
Tidak suka berunding dengan orang bawahannya apabila hendak membuat keputusan.
xii)
Menentukan cara-cara bagaiman bagaiman setiap kerja dan aktivit akti vit mesti dibuat.
xiii)
Tidak memberi peluang kepada orang bawahannya menggunkan fikiran kreatif dan idea sendiri.
xiv)
Menentukan siapa akan bekerja dengan siapa.
5.2.4.2 Kepimpinan Demokratik
Kepimpinan demokratik boleh dibahagikan kepada dua gaya iaitu kepimpian demokratik kuku besi dan demokratik bebas. Kepimpinan demokratik kuku besi adalah mereka yang mengambilkira pendapat orang bawahan apabila membuat keputusan tetapi mereka akan perhatikan kerja orang bawahan mereka dengan teliti serta terperinci. Manakala demokrasi bebas adalah pemimpin yang membenarkan orang bawahnnya memberi pandangan dan kritikan sebelum membuat keputusan.
Ciri-ciri kepimpinan demokratik adalah: i) Memberi banyak kebebasan dan tanggungjawab kepada orang yang mereka pimpin. ii) Bersikap terbuka terhadap cadangan dan pandangan daripada orang bawahan. iii) Memberikan kebebasan untuk menjalankan tugas dengan baik.
24
5.2.4.3 Kepimpinan Kerja
Pemimpin dalam kepimpinan kerja mementingkan kerja dan kepimpinan yang dipimpinnya. Mereka banyak melakukan aktiviti merancang dan melaksanakan kerja, mendorong orang bawahan supaya mematuhi segala peraturan, membuat sasaran kerja yang perlu dicapai, menerangkan dengan jelas pembahagian tugas dan tanggungjawab antara ketua. Pemimpin dalam kumpulan ini tidak mementingkan hubungan dengan kumpulan yang mereka pimpin dan hanya mementingkan peningkatan kecekapan dan prestasi.
5.2.4.4 Kepimpinan Manusia
Mereka memfokuskan kepda aktiviti membina hubungan kemanusiaan antara dirinya dengan orang-orang yang berada di bawah pimpinannya. Biasanya pengikut akan menyukai mereka keran pemimpin ini mengutamakan kebajikan dan memberikan banyak penerangan. penerangan.
5.2.5
Teori Kepimpinan Transformasi
Transformasi adalah bermakna mengubah sifat-sifat tertentu yang dijelaskan sebagai mengubah sifat-sifat dan cara berfikir individu yang dipimpin untuk menghasilkan perubahan kepada budaya organisasi yang dipimpinnya (Mohamad, t.th). Bryman (1992) menyatakan kepimpinan trasformasi merupakan proses berlakunya perubahan dan transformasi dalam setiap individu yang melibatkan nilai, etika, piawaian dan matlamat jangka panjang bagi setiap individu. Pemimpin pada transformasi ini melibatkan motif para pengikut, memberi kepuasan kepada kehendak kehendak setiap individu dan melayan setiap individu sebagai individu yang sama.
Pemimpin Pemimpi n biasanya merupakan seorang yang bekarisma dan berpandangan jauh.
Mereka menggunakan kepimpinan yang dalam bentuk yang lebih luas dalam usaha mempenaguhi mempenaguhi organisasi keseluruhannya.
Kepimpinan transformasi juga merujuk kepada proses individu berhubungan serta berkomunikasi dengan orang lain. Hubungan mesra yang terjalin dapat meningkatkan motivasi dan moral diantara pemimpin dan pengikutnya. Selain itu, pemimpin akan menjalankan transformasi bagi memenuhi keperluan dan motif pengikutnya serta membantu mereaka dalam meningkatkan potensi diri dalam mencapai matlamat yang sama pemimpin akan mendorong pengikutnya untuk mengubah nilai dan sikap agar lebih komitment dalam tugas.
25 Mohamad (t.th) mengariskan beberapa ciri kepimpinan transformasi seperti berikut:
i)
Membantu organisasi supaya dapat melaksanakan perubahan positif ke atas diri sendiri dan aktiviti atas apa yang diusahakan. diusahakan.
ii)
Mempunyai visi dan misi.
iii)
Diyakini, dihormati, ditaati dan disanjungi para pengikut.
iv)
Berupaya mengemukkan wawasan-wawasan baru dan menggerakkan seluruh tenaga kerja bagi menerima wawasan-wawasan baru untuk bersatu dan bekerjasama.
v)
Melakukan tugas dan tanggungjawab transformasi orang dan organisasi yang dipimpin.
vi)
Memberikan visi dan misi serta perjuangan yang jelas kepada organisasi yang dipimpin.
5.2.5.1 Faktor-faktor Kepimpinan Transformasi.
Pengaruh yang ideal
• Pemimpin bertindak sebagal model pada pengikutnya. pemimpin mempunyai tahap moral dan etika yang tinggi. • Mereka dihormati dan pengikut meletakkan kepercayaan mendalam kepada merrka.
Inspirasi motivasi
• Pemimpin dalam berkomunikasi dengan baik bersama pengikutnya. pemimpian memberikan inspirasi melalui motivasi supaya komited dalam mencapai visi dan misi yang sama. semangat sepasukan dijana oleh kepimpinan jenis ini.
Merangsang intelek
• Pemimpin adalah bersikap terbuka, pengikut diberikan kebebasan kebebasan untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif. Pemimpin memberikan peluang kepada pengikutnya mencuba pendekatan baru dan inovatif dalam menyelesaikan masalah.
Pertimbangan individu
• Pemimpin peka terhadap perkembangan dan keperluan pada setiap pengikutnya. mereka bertindak sebagai sebagai jurulatih atau penasihat dam membantu pembentukan inidividu bagi setiap pengikutnya.
Rajah 7: Faktor-faktor kepimpinan tradisional
26 5.2.5.2 Teori Kepimpinan Transaksi
Terdapat perbezaan diantara kepimpinan trasformasi dan transkasi. Kepimpinan transaksi boleh ditafsirkan sebagai pertukaran yang merupakan pemimpin bagi memandu dau mendorong pengikut mereka kearah matlamat dengan menjelaskan tugas dan peranan yang perlu dilakukan oleh mereka. Contoh bagi kepimpinan transaksi adalah mereka yang berjawatan pengurus pejabat atau pentadbir yang mengganggap jawatannya sebagai batu loncatan kenaikan pangkat. Mereka lebih mementingkan kehendak peribadi berbanding kepentinagn orang bawahannya. Selain itu gaya kepimpinan ini menetapkan suatu usaha boleh dinilai dengan ganjaran dan upah. Gaya kepimpianan ini dilihat berpengaruh dan berkuasa kerana boleh menarik minat dan perhatian orang bawahan dalam memenuhi kehendaknya.
5.2.5.2 Faktor Kepimpinan Transaksi
Ganjaran kontijen • Dalam memenuhi matlamat yang telah t elah ditetapkan pemimpin dan pengikut akan membuat perjanjian. Pemimpin memberi dorong kepada pengikutnya dengan meberi upah, ganjaran, pengiktirafan, kenaikan pangkat dan lain-lain sekiranya arahan yang diberikan dipenuhi.
Pengurusan melalui pengecualian • Aktif: pemimpin memerhatikan pengikutnya dan apabila mereka melakukan kesilapan dan melanggar peraturan pemimpin akan terus memperbetulkannya. • Pasif: pemimpin akan campur tangan jika sasaran yang telah ditetapkan tidak tercapai mereka menunjukkan sikap terus-terusan memberikan penilaian yang negatif tanpa mengira prestasi kerja sebelumnya.
Laissez Faire • Pemimpin mengambil pendekatan tidak masuk campur dalam urusan yang telah diamanahkan dan membiarkan perkara itu berlaku secarta semulajadi. Mereka tidak membuat sebarang perjanjian dengan pekerja mereka dan penambaibaikan dalam productiviti mereka. Rajah 8: Faktor-faktor kepimpinan transaksi
27 5.2.6
Teori Kepimpinan Karismatik
Abdullah et al., (2008) menjelaskan kepimpinan ini adalah kepimpinan berasakan kepada sifat peribadi manusia yang menarik yang ada pada seseorang. Max Weber menyatakan karisma adalah bentuk pengaruh yang bukan berbentuk kuasa tradisi atau formal tetapi lebih kepada persepsi pengikut bahawa pemimpin dianugerahkan sifat-sifat luar biasa. Pemimpin yang menpunyai karisma boleh menarik pengikutnya untuk mencapai visi dalam kepimpinan. Kualiti karisma yang ada pada pemimpin ini membuatkan mereka dilihat sebagai orang luar biasa, mempunyai kualiti personaliti yang khusus dan berbeza dengan orang lain. Caonger dan Kanungo (1987) menyatakan sifat karisma ditentukan oleh tingkah laku pemimpin, kemahiran dan aspek keadaan.
5.2.6.1 Ciri-ciri dan Tingkah Laku Pemimpin Karismati k
Pemimpin bertindak secara luar biasa dalam mencapai wawasan. Pemimpin biasanya akan mengatur langkah yang berbeza daripada cara konvensional bagi menambat hati pengikutnya untuk menambat hati pengikutnya. Selain itu matlamat yang mereka bawa bersama pengikutnya adalah jelas dan ideal. Mereka juga dianggap sebagai agen perubahan. Pemimpin berkarisma apabila mereka tidak berkira dalam membuat pengorbanan, sanggup mengambil risiko dan mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk mencapai matlamat yang didokong. Mereka juga amat sensitif terhadap kekangan persekitaran dan sumber dalam mencapai matlamat mereka. Pengikut akan lebih mempercayai pemimpin yang amanah dalam kerja, teguh personaliti dan sanggup mengambil risiko dalam kehilangan status, wang, kedudukan kepimpinan atau keanggotaan dalam organisasi.
Keyakinan diri yang tinggi ada pemimpin membuatkan mereka lebih disenangi oleh pengikutnya. Pengikut akan memberikan kepercayaan kepada pemimpin yang mengetahui cara mencapai kehendak objektif dan matlamat dalam bekerja. Pemimpin berkarisma boleh berkomunikasi tentang wawasan yang dipegang dengan yakin kepada para pengikutnya serta sentiasa konsistensi dan tumpuan terhadap matlamat yang ingin dicapai.
5.2.7
Teori X dan Teori Y
Konsep teori yang telah diperkenalkan oleh Douglas Mc Gregor pada tahun 1960 menyatakan bahawa perbezaan gaya kepimpinan seseorang adalah bergantung kepada tanggapan
28 pemimpin terhadap orang bawahnya. Beliau telah membentuk dua teori iaitu Teori X dan Teori Y mengenai keadaan manusia dalam hubunganya dengan tugas-tugasnya atau kerjanya. Beliau menyatakan Teori X adalah pemimpin yang berkesan apabila mereka memimpin secara autokratik dengan menggunakan pendekatan “ carol and stik ” atau pemusatan tugas. Teori X ini menyatakan bahawa:
i)
Manusia dasarnya malas dan untuk menggerakkan mereka maka pemimpin perlu menggunakan tekanan dan tindakan hukuman.
ii)
Manusia secara tabiinya tidak suka pada kerja dan sedaya upaya cuba untuk menggelakan menggelakan diri daripadanya.
iii)
Seseorang yang tidak bercita-cita tinggi gemar melarikan diri daripada tanggungjawab tanggungjawab dan suka di arah.
iv)
Seseorang mahu mengatasi orang lain dan memerlukan keselamatan dalam hidup.
v)
Bagi memastikan manusia dapat bekerja untuk memenuhi matlamat organisasi atau kumpulan, mereka memerlukan paksaan, kawalan dan tindakan berbentuk hukuman.
Manakala Teori Y menyatakan pemimpin yang berkesan adalah mereka yang menggunakan kepimpinan demokratik dan memberikan keutamaan kepada faktor manusia. Teori Y menyatakan bahawa:
i) Pengagihan usaha dari segi mental dan fizikal dalam pekerjaan adalah proses biasa bagi manusia. Mereka selaluinya bersifat pasif atau suka menentang kemahuan organisasi akibat dipengaruhi oleh unsur-unsur pengalaman yang disediakan oleh organisasi. ii) Kawalan luar dan tekanan hukuman bukanlah kaedah untuk memastikan pekerja bagi mencapai objektif organisasi. Sekiranya pekerja mempunyai komitmen terhadap organisasi maka mereka akan mempunyai arah pengarahan diri. iii) Manusia normal bukan sahaja menerima tetapi akan berusaha dalam mencari tanggungjawab.
Mengelakkan
diri
daripada
tanggungjawab
adalah
tidak
beraspirasi tinggi dalam kerjaya dan malas bukannua sifat semulajadi manusia.
29 Dalam teori ini McGregor menyatakan pihak pengurusan perlu pintar dan bijak dalam pembangunan kemanusiaan, memahami kehendak pekerja untuk mengawal diri sendiri dan mempunyai semangat dorongan yang tinggi. Pemimpin perlu merancang struktur organisasi, kaedah motivasi, proses membuat keputusan, jalinan komunikaso dan sistem kawalan mengikut teori kepimpinan yang diamalkan sama ada Teori X atau Teori Y.
5.3
WAWASAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN
Wawasan kepimpinan merujuk pendidikan kepada penyatuan matlamat atau visi yang merangkumi kepimpinan yang berkesan serta memberikan manfaat yang besar kepada pelajar serta masyarakat. masyarakat. Wawasan ini tidaklah hanya hanya menjuruskan menjuruskan kepada penyampaian penyampaian akademik akademik sahay tetapi ianya meliputi perwatakan, tingkahlaku dan keupayann sesorang pemimpin untuk menyelesaikan menyelesaikan dan menghadapi pelbagai masalah.
5.3.1
Wawasan Pendidikan Negara
Wawasan Pendidikan Negara telah dicetuskan oleh bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Datuk Datuk Dr. Wan Mohd Mohd Zahid Zahid Mohd Noordin
(1993) merupakan merupakan
perancangan jangka masa panjang bagi menghasilkan sumber manusia yang mempunyai pengetahuan dan mahir dalam bidang masing-masing. Beliau cuba mempertengahkan kepeluan perubahan dalam pendidikan dengan melakukan anjakan paradigam dan memastikan wawasan ini diisi selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Wawasan ini bermatlamat untuk mengangkat pendidikan kearah menjadikan insitusi pendidikan sebagai pusat pembangunan manusia yang cemerlang serta dalam melahirkan pelajar yang mantap nilainilai murni bangsa, subur watak masyarakat penyayang dan menghayati semangat cintakan negara. Dalam wawasan pendidikan pendidikan tesebut beliau beliau telah mengariskan mengariskan 7 elemen yang perlu perlu diterapkan dan diamalkan:
30
Perpaduan Gaya pengurusan dan kepimpinan
Budaya Cemerlang
7 Elemen Wawasan Pendidikan Negara Sekolah Penyayang
Perkhidmatan penyayang
Budaya Ilmu
Empowerment
a. Perpaduan Dalam konteks pendidikan di Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum, bangsa dan agama melihat elemen perpaduan sememangnya tidak boleh diabaikan. Perpaduan merupakan penggabungan, penyesuaian, keserasian dan penyatuan. Ia juga merupakan satu prasyarat yang membolehkan sesuatu organisasi atau masyarakat bersama-sama untuk memaksimumkan tenaga, usaha, fikiran dan pengeluaran bagi mencapai sesuatu matlamat ataupun wawasan. Melalui organisasi pendidikan mereka mestilah bersatu dan berpadu dalam mengembelingkan tenaga, usaha dan idea semaksimum yang mampu untuk mencapai matlamat yang dicita-citakan. Sikap keterbukaan, sedia mendengar, menerima pendapat, berbincang dan mengamalkan muafkat dan mesyuarah perlulah ada
dalam diri pemimpin pemimpin pendidikan pendidikan bagi menghalang
berlakukan persengketaan sama ada dalam dalam masyarakat pendidikan itu sendiri atau dengan masyarakat luar. Selain itu kerja sama dengan pihak luar erlulah dijaga untuk mengekalkan perpaduan yang ada seperti dengan menubuhkan PIBG, khidmat masyrakat dan hubungan koleberasi dengan industri.
31 b. Gaya Pengurusan dan Kepimpinan
Gaya
Pengurusan
yang
efektif
dalam
usaha
meningkatkan
produktiviti,
kecemerlangan, dan kemesraan dalam mencapai matlamat telah ditetapkan. Proses mencapai matlamat ini ia perlulah mengimbangkan gaya kepimpinan bercirikan tindakan idea, proses dan kemanusiaan yang berteraskan kepada Wawasan Pendidikan, kualiti kepimpinan dan pengurusan. Keberkesanan sesuatu pengurusn itu adalah terbina daripada sifar pemimpin dan pengikut yang berani, bersedia memikul risiko, kreatif, inovatif dan imaginatif. Selain itu kritikan yang diberikan oleh pemimpin perlulah dianggap sebagai kritikan yang membina dan kritikan tersebut bukan hanya hanya kepada orang bawahannya tetapi tetapi termasuklah dirinya sendiri. sendiri. Pendidik seharusnya mempunyai ilmu pengetahuan yang luas kerena dengan imu ini mereka data membina keyakinan diri, dihormati, bertindak dengan lebih cekap dan berkesan. Selain itu sahsiah dan aklak yang mulia sejajar dengan penerapan nilai murni penting untuk pengurusan dan kepimpinan yang baik.
c. Perkhidmatan Penyayang
Pihak pentadbiran berusaha dan bertindak untuk memastikan hubungan yang baik dalam kalangan guru-guru agar mereka tidak rasa tersisih. Perkhidmatan penyayang menutamakan nilai-nilai kemanusiaan, menghormati dan menghargai manusia merangkumi dengan cara memberikan pengiktirfan layanan serta perkhidmatan yang baik kepada pelangannya. Dalam konteks pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia mereka perlulah menjaga kebajikan para guru.
d. Empowerment
Empowerment merupakan penurunan dan perkogsian kuasa dari pusat ke bahagianbahagian, dari ketaatan kepadailtizam, dari kawalan kepada perkongsian kuasa, dari technical rationality kepada reflective rationality. Matlamat utama empowerment ini
adalah untuk mengajak pemimpin dan pengikutnya berubah dalam cara berfikir, bekerja, mengurus, menyelia, berhubung dan bertindak dengan cara yang lebih professional.
e. Budaya Ilmu
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk menjadikan menjadikan pendidikan adalah satu proses pembelajaran yan berterusan untuk melahirkan insan
32 kamil dan mencapai semua aspek keseimbangan dalam kehidupannya yang mernagkumi agama, kemanusiaan dan sains. Ilmu yang diamalkan dengan baik dapat melahirkan masyarakat yang berwawasan. Matlamat akhir wawasan ini adalah untuk melahirkan masyarakat yang cintakan ilmu dan kebenaran dan meletakkan ilmu pada tempat yang tertinggi dalam sistem kehidupan mereka. Budaya-budaya ilmu yang boleh dipupuk da diterapkan adalah seperi budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir, budaya berwacana, budaya menulis dan budaya berkarya. Bagi memenuhi wawasan ini pendidik seharusnya menunjukkan contoh yang terbaik keda pelajar da masyarakat dalam membudayakan membudayakan ilmu ini.
f.
Sekolah Penyayang
Kebahagiaan sesebuah keluarga adalah terbentuk daripada sifat kasih sayang terdapat di dalamnya begitu juga sekolah. Dalam pembentukan sekolah penyayang pendidik perlu mempunyai tanggapan positif terhadap pelajar mereka. Sekolah perlulah dipenuhi dengan perasaan kemanusiaan, kebajikan, kerjasama, hormat menghormati, ikram dan berbudi bahasa. Penerapan semanagat Sekolahku Rumahku Syurgaku perlu diterpkan untuk mewujudkan rasa cinta pelajar terhadap sekolah dan guru mereka. Jika hal ini Berjaya kita terapkan maka pelajar yang sifar masalah displin dan tingkah laku dapat dibentuk.
g. Budaya Cemerlang
Budaya cemerlang menekankan kepada mutu dan produktiviti melalui penerapan nilainilai dan budaya budaya kerja koprat. Kecemerlangan Kecemerlangan dalam melakukan setiap setiap tugasan dan dan tanggungjawab seharusnya dijadikan motto. Salah satu konsep dalam melaksanakan budaya cemerlang adalah amanah dan akuantabiliti. Perkhidmatan Awam Malaysia telah menyarankan kepada nilai-niali murni utama iaitu keutuhan dan pretasi bermutu serta nilai sokongan seperti berorentasikan pelanggan, berorentasikan kemanusiaan, inteletualism, profesionalisme dan daya serta displin diri. Budaya koprat yang cemerlang mereka menutamakan rasa kepunyaan, kesetiaan, partisipasi, komitmen, dedikasi dan dan kecemerlangan. kecemerlangan. Nilai-nilai positif dan budaya cemerlang cemerlang ini perlulah dihayati dan diamalkan diamalkan dan menuju wawasan yang ingin ingin dicapai. Selain itu di sekolah pendidikan menggunakan pendekatan " Total Quality Management " dan "Total Education Management " dilaksanakan di semua peringkat ke arah pencapaian " Zero Defect " dan " Zero Failure
33 5.3.2
Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah
Kepimpinan dan pengorganisasian yang baik dan teratur di sesebuah sekolah boleh memberikan kesan yang baik terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran pelajar (Yahaya et al., 2007). Pengaruh kecekapan pengetua sebagai pentadbir di sekolah dapat mempengaruhi kejayaaan sekolah dibawah pimpinannya terutamanya dalam bentuk guru-guru disekolah tersebut. Rutter bersama rakan-rakan telah mengariskan beberapa ciri sekolah yang berkesan:
i)
Kepimpinan pengetua
ii)
Penglibatan guru penolong kanan
iii)
Penglibatan guru
iv)
Penyelarasan Penyelarasan atau ketekalan di kalangan guru
v)
Sesi berstruktur
vi)
Pengajaran yang mencabar keintelektualan
vii)
Perhubungan Perhubungan maksimum antara guru dan pelajar
viii)
Persekitaran untuk bekerja dan belajar
ix)
Penyimpanan rekod
x)
Penglibatan ibu bapa
xi)
Sikap positif.
Jika dilihat selain pengetua yang menjadi peneraju utama di sekolah, pihak-pihak lain yang terlibat dalam organisasi seperti guru, bahagaian pentadbiran dan ibu bapa turut memainkan peranan dalam menjayakan usaha membentuk sekolah yang berkesan.
34 RUJUKAN
Abdullah, A. G., Aziz, A. R. A. & Ahmad, M. Z. (2008). Gaya-gaya Kepimpinan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publislishing Sdn. Bhd.
Mohamed, B. (t.th). Kepimpinan dan Pengurusan dalam PTV . Johor: Penerbitan UTHM. Nasurdin, A. M., Osman, I. & Ahmad, Z. A. (2006). Penghantar Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Wawasan dan Kepimpinan (2012) [versi elektronik] dicapai pada Oktober 30, 2012 dari http://b-naimem.tripod.com/wawasan.htm Yahaya, A., Yahaya, N., & Ismail, S. (2007). Tingkah laku Kepimpinan Pengetua dan Hubungannya dengan Tekanan Kerja dan Keberkesanan Organisasi, di beberapa Buah Sekolah Terpilih di Negeri Sembilan [versi elektronik]. Dicapai pada Oktober 31, 2012 dari http://eprints.utm.my/2353/1/AziziYahay http://eprints.utm.my/2 353/1/AziziYahaya_Tingkah_laku_K a_Tingkah_laku_Kepimpinan_Peng epimpinan_Pengetua_dan etua_dan _Tekanan_Kerja.pdf