terdapat 4000 bahan kimia berbahaya yang 69 diantaranya merupakan zat karsinogenik (dapat menimbulkan kanker).Full description
Deskripsi lengkap
betulDeskripsi lengkap
PPT Bahaya merokokDeskripsi lengkap
Kerangka Acuan Audit MerokokFull description
Full description
OKFull description
Kak Upaya Berhenti MerokokDeskripsi lengkap
htiuhjh
pppDeskripsi lengkap
bahaya merokokFull description
Materi Bahaya Merokok
Full description
Tabiat merokok bukan sahaja mengancam manusia dari segi kesihatan tetapi boleh juga kepada alam sekitar, sosial dan juga ekonomi.
Dari segi kesihatan, rokok mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan tubuh badan disebabkan oleh bahan kimia yang berbahaya dalam asap rokok. Kesan tersebut boleh dibahagikan kepada dua iaitu kesan jangka panjang dan kesan jangka pendek. Antara kesan  jangka pendek ialah mengurangkan fungsi otak disebabkan oleh pembebasan gas karbon dioksida. Kesan jangka panjang pula, merokok menyebabkan perokok mempunyai nafas berbau dan mudah mendapat jangkitan mulut dan gusi serta gigi menjadi kuning seterusnya merosakkan organ dalam tubuh kita.
Dari segi alam sekitar, merokok juga boleh mencemarkan persekitaran. Asap rokok akan menyebabkan pencemaran udara. Jadi, bukan hanya mereka yang merokok yang mendapat keburukan malahan, orang sekeliling turut merasa kesukaran untuk mendapatkan udara yang bersih dan segar. Merokok juga boleh menyebabkan berlakunya kebakaran. Ini boleh dilihat apabila mereka yang merokok kurang rasa tanggungjawab untuk membuang puntung rokok yang masih berbara di merata-rata tempat secara tidak langsung menyebabkan peningkatan suhu bumi.
Dari segi sosial, Pertubuhan Kesihatan Sedunia berpendapat bahawa merokok adalah satu aktiviti ketagihan. Merokok secara tidak langsung akan menyebabkan seseorang itu terlibat dengan najis dadah. Hal ini disebabkan rokok merupakan bunga kepada dadah. Keadaan ini boleh digambarkan sebagai permulaan untuk menjinakkan diri dengan bahan- bahan yang tidak mendatangkan sebarang manfaat seperti melepak dan penagihan dadah. Ini sekaligus, akan meningkatkan masalah sosial dalam masyarakat.
Dari segi ekonomi, merokok mengundang ke arah pembaziran. Wang yang sepatutnya digunakan ke arah kebaikan telah digunakan untuk membeli rokok iaitu satu perkara yang tidak bermanfaat. Seharusnya wang yang diperolehi perlu dilaburkan ke arah yang lebih baik seperti untuk pelajaran, makanan, memperbaiki taraf hidup keluarga, meningkatkan ekonomi negara dan lain- lain lagi. Dengan ini dapat dilihat yang merokok merupakan satu pembaziran harta.
Kesimpulannya, kita haruslah menjauhkan diri daripada terlibat dengan gejala rokok sejak awal lagi agar kita dapat menikmati kehidupan dengan lebih sihat dan bahagia tanpa rokok.