BPMS 2013 FIQH MUAMALAT
PENGERTIAN IHYA' AL-MAWAT & ASY-SYUF'AH
Pengertian Ihya' Al-Mawat
Ihya' al-mawat terdiri daripada dua kata iaitu ihya' dan mawat. Ihya' apabila diterjemahkan bermaksud menghidupkan manakala mawat berasal daripada maut yang bererti mati atau wafat. Maksud ihya' al-mawat dari segi bahasa ialah menghidupkan sesuatu yang telah mati. Ini dapat disimpulkan sesuatu yang bermanfaat yang telah mati dibawa kembali kepada kehidupan seharian. Maksud "membawa kepada kehidupan" ialah meletakkan sebidang tanah supaya dapat digunakan oleh individu serta masyarakat dan memperoleh hak milik ke atasnya. Dengan kata lain, menghidupkan tanah yang mati ini adalah dengan memanfaatkannya dengan cara apa sekalipun yang membolehkan tanah tersebut hidup. Apabila tanah tersebut hidup ia mestilah dengan adanya usaha seseorang yang boleh menghidupkan tanah tersebut seperti tanah itu miliknya.
Menurut pandangan tokoh Abu Bakar Ibn Khusen al-Kasynawi, Al-Rafi'I dan Ibn Qudamah mengenai al-mawat adalah hampir sama. Menurut Abu Bakar Ibn Khusen al-Kasynawi al-mawat bermaksud tanah yang tidak ada pemiliknya dan tidak ada yang memanfaatkannya. Manakala Al-Rafi'i mendefinisikan al-mawat adalah dengan tanah yang tidak ada pemiliknya dan tidak ada seorang pun yang memanfaatkannya. Ini dapat disimpulkan sesuatu tanah yang terbiar agak lama sehingga tidak tahu siapa pemilik ke atas tanah tersebut serta tiada seorang pun yang mahu memanfaatkan tanah tersebut. Seterusnya, ia berbeza sedikit dengan pendapat Ibn Qudamah yang mendefinisikan al-mawat adalah tanah rosak dan tidak diketahui siapa pemiliknya. Dapat disimpulkan di sini tanah yang rosak serta terbiar itu dapat dibawa kepada kehidupan apabila ada seseorang yang memanfaatkan tanah tersebut sehingga mencari siapa pemilik ke atas tanah tersebut.
Pengertian ihya' al-mawat menurut pendapat tokoh Hasbullah Bakry, Syaikh Syihab al-Din Qalyubi wa Umairah, Sulaiman Rasjid dan Idris Ahmad adalah berbeza. Hasbullah Bakry berpendapat ihya' al-mawat iailah tanah yang dihidupkan oleh seseorang yang bererti tanah itu akan menjadi milik orang yang menghidupkan tanah tersebut. Sedangkan menurut Syaikh Syihab al-Din Qalyubi wa Umairah, ihya' al-mawat bermaksud menyuburkan tanah yang masih tidak subur. Seterusnya, menurut Sulaiman Rasjid ihya' al-mawat adalah membuka tanah baru yakni tanah yang belum dikerjakan oleh sesiapapun yang membawa maksud tanah itu tidak dimiliki oleh seseorang atau tidak diketahui pemiliknya.
Manakala Idris Ahmad mendefinisikan ihya' al-mawat adalah dengan memanfaatkan tanah kosong untuk dijadikan kebun sawah dan yang lainnya. Ini dapat disimpulkan dengan kata lain menghidupkan tanah yang mati adalah seseorang itu dapat memanfaatkan tanah untuk keperluan apa pun, sehinggakan boleh menghidupkan tanah tersebut yakni dengan adanya usaha seseorang untuk menghidupkan tanah ia bererti usaha seseorang tadi telah menjadikan tanah tersebut miliknya.
Beberapa para ulama' fiqh telah mengemukakan pendapat mereka tentang pengertian ihya' al-mawat antaranya adalah Ulama' Hanafiyah, Ulama' Malikiyah, Ulama' Syafi'iyah dan Ulama' Hanabilah.
Menurut Ulama' Hanafiyah ihya' al-mawat adalah penggarapan tanah yang belum dimiliki dan diusahakan orang lain kerana ketiadaan pengairan serta jauh dari penempatan. Ia bermaksud sesuatu yang belum dimiliki dan diusahakan orang lain kerana jauh dari penempatan orang serta kawasan yang ketiadaan sistem pengairan. Seterusnya, menurut ulama' Malikiyah ihya; al-mawat bermaksud tanah atau tanah yang selamat dari pengurusan adalah disebabkan menguruskan tanah itu dengan sesuatu atau sebab adanya penghalang untuk menguruskan tanah tersebut. Ini membawa maksud sesuatu tanah atau tanah yang selamat dari pengurusan kerana seseorang menguruskan tanah itu dengan sesuatu atau disebabkan adanya penghalang untuk menguruskan tanah tersebut.
Oleh itu, ihya' al-mawat menurut ulama' Syafi'iyah adalah penggarapan tanah atau tanah yang belum digarap orang lain, dan tanah itu jauh dari penempatan mahupun dekat. Ini bermaksud seseorang belum menggarap tanah atau tanah yang jauh dari penempatan mahupun dekat pun masih tidak menggarapnya. Manakala menurut ulama' Hanabilah tentang ihya' al-mawat ialah tanah atau tanah yang tidak ada pemiliknya, tidak ada airnya (gersang), tidak ditapis, serta tidak dimanfaatkan oleh orang lain. Di sini dapat disimpulkan jika sesuatu tanah atau tanah tidak mempunyai pemilik, airnya tidak ada, tidak ditapis serta orang tidak memanfaatkannya maka tanah itu akan menjadi rosak.
Kesimpulan pengertian ihya' al-mawat dapat disimpulkan apabila penggarapan tanah kosong yang belum diproses dan belum dimiliki seseorang untuk dijadikan tanah produktif, baik sebagai tanah pertanian dan mendirikan bangunan, Pengertian ini membawa maksud seseorang itu boleh memiliki sebidang tanah di mana tanah itu kosong, belum diproses dan belum dimiliki oleh seseorang.
Pengertian Asy-Syuf'ah
Pengertian Asy-Syuf'ah berasal dari kata Asy-Syaf'u yang bermaksud Adh-Dhammu iaittu menggabungkan, hal ini dikenalpasti di kalangan orang-orang Arab. Pemohon yang dipanggil sebagai Syafi' adalah seseorang yang akan menjual rumah atau kebun yang didatangi oleh jiran tetangga, rakan usahasama dan sahabat yang meminta Syuf'ah iaitu penggabungan dari apa yang dijual. Selepas itu, ia menjualkannya dengan memberi keutamaan kepada yang lebih dekat hubungannya daripada yang lebih jauh semasa zaman jahiliyah.
Pengertian Syuf'ah adalah pemilikan ke atas harta pertubuhan yang telah dijual oleh salah satu pihak kepada pihak lain yang tidak termasuk dalam persekutuan itu serta tidak pula izinkan ahli persekutuan mengamalkan cara menukar wang penjual kepada pihak pembeli. Menurut syara' Syuf'ah adalah pemilikan kepada barang Syuf'ah oleh Syafi' dikatakan sebagai pengganti daripada pembeli dengan membayar harga ke atas barang kepada pemiliknya yang sesuai dengan nilai yang biasa dibayar oleh pembeli lain.
Beberapa para ulama' telah mengemukakan pendapat mereka tentang pengertian asy-Syuf'ah antaranya adalah Syaikh Ibrahim al-Bajuri, Sayyid Sabiq dan Idris Ahmad. Menurut Syaikh Ibrahim al-Bajuri tentang asy-Syuf'ah adalah hak untuk memiliki sesuatu secara paksa yang telah ditetapkan oleh syarik terdahulu atas syarik yang baru disebabkan adanya syirkah dengan penggantian i'wadh yang dimilikinya dan disyariatkan untuk mencegah kemudaratan.
Seterusnya pengertian al-Syuf'ah menurut Sayyid Sabiq adalah pemilikan ke atas benda-benda Syuf'ah oleh syafi'i sebagai pengganti dan pembeli dengan membayar harga barang yang dimilikinya kepada pemiliknya sesuai dengan nilai yang biasa dibayar oleh pembeli lain. Manakala menurut Idris Ahmad tentang al-Syuf'ah ialah hak yang tetap secara paksa bagi syarikat lama atas syarikat baru dengan jalan ganti kerugian pada benda yang menjadi milik bersama. Secara kesimpulan dapat disimpulkan dari pengertian para ulama tersebut tentang aasy-Syuf'ah ialah penggabungan secara paksa atas suatu hak yang sudah dijual kepada pihak lain supaya dijual kembali kepada pihak yang lebih berhak, yakni ahli pertubuhan syarikah.
2.0 DASAR HUKUM IHYA' AL-MAWAT
Adapun landasan undang-undang menghidupkan tanah kosong atau ihya 'al-mawat iaitu mustahab, yang didasarkan pada hadis Nabi saw yang mengatakan bahawa menghidupkan tanah kosong akan mendapat pahala dari Allah swt. Dalam kitab Kifayatul Akhyar undang-undang menghidupkan tanah kosong adalah jaiz (boleh) dengan syarat orang yang menghidupkan tanah tersebut adalah Muslim dan tanah yang dihidupkan bukan tanah yang sudah dimiliki orang lain.
Hadis-hadis yang berkenaan dengan ihya' al-mawat:
Dari Aisyah r.a : Nabi saw pernah bersabda, " orang yang mengolah tanah yang tidak dimiliki siapa pun lebih berhak untuk memilikinya. "Urwah berkata", Umar r.a memberi keputusan demikian pada masa kekhalifahannya (H.R Bukhari)
Dari Ibnu Umar r.a : Umar r.a mengeluarkan orang-orang yahudi dan nasrani dari hijaz pada saat menaklukan khaibar, rasulullah saw hendak mengeluarkan orang-orang yahudi dari tanah itu, sehingga tanah itu menjadi hak milik Allah, Rasulnya dan umat Islam. Tetapi mereka memohon agar tetap dibiarkan tinggal disana dengan syarat mereka akan mengelola tanah itu dan memperoleh separuh buah-buahan (hasil mengelola tanah itu). Rasulullah saw bersabda kepada mereka, "kami akan membiarkan kalian tinggal disini selama kami mahu," maka mereka (orang-orang yahudi) tinggal disana hingga umar (pada masa kekhalifahannya) memindahkan mereka Tayma dan Ariha. (H.R. Bukhari)
Dari Jabir r.a, bahwasanya Nabi saw bersabda : Barang siapa yang mengolah tanah mati maka tanah tersebut beralih menjadi miliknya (H.R. Ahmad dan At-Turmudzy)
Dari Said bin Jaid berkata : Rasulullah saw bersabda : Barang siapa yang menghidupkan tanah mati maka tanah itu menjadi miliknya, tidak ada suatu hak bagi yang mempunyai akar pohon yang zalim atau orang yang zalim (H.R Ahmad, Abu dawud, dan Turmudzy)
Dari Asmar bin Mudarris berkata : saya datang menemui Nabi, dan membai'atkannya, Nabi bersabda : Barang siapa yang lebih dahulu melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh seseorang muslim yang lain sebelumnya, tanah tersebut menjadi miliknya, Asmar berkata : maka beberapa orang berlumba menuju tanah kosong untuk membuat tanda bagi menandai bahwa tanah itu miliknya (H.R. Abu Dawud)
Ini menjelaskan bahawa beberapa hadis di atas menunjukkan kebolehan menghidupkan tanah mati yang tidak ada pemiliknya, dan tidak sedang dimanfaatkan orang lain. Dengan demikian sesiapa boleh menghidupkannya dengan menyiram, mengolah, dan menanamnya, atau mendirikan bangunan di atasnya, atau membuat pagar di sekitar tanah tersebut. Hadis ini juga menjelaskan bahawa syara 'mendorong untuk menghidupkan tanah kosong kerana manusia sangat memerlukannya. Hal tersebut untuk pertanian, perindustrian, dan bidang ekonomi lain.
Dari huraian di atas menerangkan bahawa nas hanya menjelaskan sistem menghidupkan tanah kosong secara mutlak. Penjelasan tersebut hanya berkaitan pada penekanan siapa yang menghidupkan tanah kosong maka ia memilikinya dengan syarat belum dimiliki orang lain dan penjelasan orang yang berhak terhadap sesuatu adalah orang yang lebih dahulu memilikinya. Dalam hadis tidak dijelaskan ciri-ciri tanah yang sudah dimiliki orang lain, hal-hal apa saja yang menunjukkan bahawa tanah itu tanah kosong yang boleh untuk dihidupkan, dan sebagainya. Hadis-hadis itu juga memberi motivasi kepada umat Islam untuk menjadikan tanah kosong sebagai tanah yang produktif, sehingga kurnia yang diturunkan Allah swt dapat dimanfaatkan semaksimum mungkin untuk kepentingan dan kemaslahatan umat manusia.Oleh kerana itu pada pelaksanaannya di lapangan sangat banyak dipengaruhi oleh hukum adat setempat.
Bahawasanya tidak ada bezanya seorang muslim dengan orang kafir dzimmi (kafir yang tunduk kepada pemerintahan Islam). Disamping kerana harta yang telah diambil oleh kafir dzimmi, dari dasar lembah, semak belukar, serta puncak gunung itu memang boleh menjadi miliknya, di mana harta tersebut tidak boleh dicabut dari orang tersebut. Sebab, tanah mati yang dihidupkan saja boleh menjadi hak miliknya, apatah lagi yang lain. Syarat ini berlaku umum, merangkumi semua bentuk tanah, baik tanah darul Islam, atau tanah darul kufur, hanya saja agar menjadi hak miliknya, tanah tersebut dibuka dan terus-menerus dihidupkan dengan baik agar dapat berproduksi. Bahawasanya pemilikan hanyalah hak untuk membangunkan tanah. Jika seseorang gagal membangunkan tanah tersebut dalam jangka waktu tertentu, dakwaannya atas tanah tersebut hilang dan lenyap.
Abu Yusuf berpandangan dengan sebuah hadis Nabi yang menyatakan, "Orang yang mendakwa akan kehilangan hak untuk membuka tanah yang mati selepas tiga tahun. Ia tidak lagi mempunyai hak atasnya melebihi yang lain. "Untuk pengurusan yang lebih baik daripada jenis tanah itu, pembukaan tanah tanpa menanaminya tidak dibenarkan. Apabila tanah tersebut belum pernah dikendalikan selama tiga tahun, sejak tanah tersebut dibuka, atau setelah dibuka kemudian dibiarkan selama tiga tahun berturut-turut, maka hak pemilikan orang yang bersangkutan atas tanah tersebut telah hilang.
Umar bin Khaththab berkata : "Bagi orang yang membiarkan tanahnya, maka tidak ada hak baginya, setelah dibiarkan selama tiga tahun." Umar menyatakan dan melaksanakan tindakan berupa itu, sementara para sahabat melihat dan mendengarkannya, namun tidak ada satu pun ada di antara mereka yang mengingkarinya. Maka, ini telah menjadi ijma' sahabat. Jadi, jika seseorang membuka sebidang tanah tanpa menanaminya lebih dari tiga tahun, orang yang lain yang menanaminyalah yang akan memiliki hak atasnya. Ini menunjukkan bahwa pembukaan tanah (dengan meletakkan tanda kepemilikan) tidaklah cukup, kecuali jika tanah itu benar-benar ditanami.
CARA-CARA IHYA' AL-MAWAT
Menurut Hafidz Abdullah dalam bukunya bahawa cara-cara menghidupkan tanah mati atau dapat juga disebut dengan memfungsikan tanah yang disia-siakan bermacam-macam. Perbezaan cara-cara ini dipengaruhi oleh adat dan kebiasaan masyarakat. Adapun cara ihya' al-mawat adalah sebagai berikut:
Menyuburkan
cara ini digunakan untuk daerah yang gersang iaitu daerah di mana tanaman tidak dapat tumbuh, maka tanah tersebut diberi baja, baik baja dari bahan organik atau baja dari najis haiwan sehingga tanah itu dapat ditanami dan dapat mendatangkan hasil yang sesuai dengan yang diharapkan.
Menanam,
cara ini dilakukan untuk didaerah-daerah yang subur, tetapi belum dimiliki oleh mana-mana manusia, maka sebagai tanda tanah itu telah ada yang menguasai atau telah ada yang memiliki, maka ia ditanami dengan tanaman-tanaman, baik tanaman untuk makanan pokok atau ditanami pokok-pokok tertentu secara khusus, seperti pokok jati, kelapa dan pokok-pokok lain.
Menggarisi atau membuat pagar
hal ini dilakukan untuk tanah kosong yang luas, sehingga tidak mungkin untuk dikuasai seluruhnya oleh orang yang menyuburkannya, maka dia harus membuat pagar atau garis batas tanah yang akan dikuasai olehnya. Ini untuk menandakan bahawa kawasan tersebut telah mempunyai tuan tanah.
Menggali parit
membuat parit di sekeliling kebun yang dikuasainya, dengan maksud supaya orang mengetahui bahawa tanah tersebut sudah ada yang menguasai dengan demikian menutup jalan bagi orang lain untuk menguasai tanah tersebut.
4.0 OBJEK YANG BERKAITAN DENGAN IHYA' AL-MAWAT
Objek yang berkaitan denga ihya al-mawat ialah hanya berlaku untuk tanah yang mati dan bukan tanah yang lain. Tanah-tanah yang tidak mati, tidak boleh dimiliki kerana ia mempunyai pemilik kecuali bila tanah tersebut diberikan oleh pemiliknya (khalifah ). Ini kerana ia tidak termasuk dalam hal-hal yang yang tidak wajib dan tidak juga ditegah jika melakukannya. Itulah yang kemudian disebut dengan sebutan tanah-tanah milik negara.
Namun begitu, tidak semua tanah kosong yang boleh dijadikan sebagai objek ihya' al-mawat. Menurut Ibn Qudamah, tanah yang akan dihidupkan itu ada dua jenis :
Tanah yang belum ada pemiliknya maka tanah seperti ini menjadi hak milik bagi orang yang menghidupkannya dan tidak memerlukan izin dari imam( khalifah ).
Tanah yang ada pemiliknya tetapi tidak diketahui pemiliknya secara jelas mungkin sudah wafat dan sebagainya. Jadi tanah tersebut boleh di ihya al-mawat kerana tidak jelas siapa pemiliknya.
Contoh
Sebagai contohnya, Bilal Al-Muzni telah meminta sebidang tanah kepada Rasulullah SAW, untuk kegunaan dia di mana dia tidak mampu memilikinya hingga tanah tersebut diberikan oleh Rasulullah kepadanya. Seandainya dia mampu memiliki tanah tersebut dengan cara menghidupkan dan memagarinya kawasan tanah tersebut yang menunjukkan pemilikannya di atas tanah tersebut, tentu tanah tersebut mampu dia miliki tanpa harus meminta Rasul SAW.
5.0 HUKUM – HUKUM IHYA' AL-MAWAT DAN ASY-SYUF'AH
Menurut Syeikh Muhammad Ibn Qasyim al-Ghazzi, ihya' al-mawat (menghidupkan bumi mati) hukumnya boleh dengan adanya dua syarat yang pertamanya ialah, bahwa yang menghidupkan itu orang Islam, maka disunnahkan baginya menghidupkan bumi mati, meskipun Imam (pemuka) mengizinkan atau tidak. Keduanya, bumi yang mati itu jelas (bebas) belum ada seorang Islam pun yang memilikinya dan menurut keterangan, bahawa bumi mati itu dalam status jelas merdeka.
Hafidz Abdullah dalam bukunya kunci fiqih Syafi'i berpendapat barang siapa boleh memiliki harta benda, maka boleh pula untuk memiliki tanah kosong (mawat) dengan menghidupkannya. Tetapi orang kafir tidak boleh memiliki tanah kosong dengan jalan menghidupkannya di negara Islam, dan boleh memilikinya di negara musyrik. Semua tanah kosong yang tidak tampak padanya bekas-bekas pemilikan dan tidak tergantung dengan kemaslahatan umum, maka boleh dimiliki dengan menghidupkannya. Dan tanah kosong yang tampak padanya bekas-bekas pemilikan, tetapi tidak diketahui siapa pemiliknya, jika ia berada di negeri Islam maka tidak boleh dimiliki dengan menghidupkannya. Sedangkan kalau ia berada di negeri kafir, ada pendapat yang mengatakan boleh dan ada pula yang mengatakan tidak boleh.
Para ulama Fiqh menyatakan bahwa jika seseorang menggarap sebidang tanah kosong yang memenuhi syarat-syaratnya, maka akibat hukumnya adalah:
Pemilikan tanah itu
Majoriti ulama fiqh sepakat menyatakan bahwa jika seseorang telah menggarap sebidang tanah kosong, maka ia berhak atas tanah itu sebagai pemilik tanah, Akan tetapi, Abu al-Qasim al-Balkhi pakar Fiqh Hanafi menyatakan bahwa status orang yang menggarap sebidang tanah hanyalah status hak guna tanah, bukan hak milik. Ia menganalogikannya dengan seseorang yang duduk di atas tempat yang dibolehkan, maka ia hanya berhak memanfaatkannya bukan memiliknya.
Hubungan pemerintah dengan lahan itu
Menurut ulama Hanabilah, Syafi'iyah, dan Malikiyah pemerintah tidak boleh mengambil pajak dari hasil tanah itu, jika yang penyewa seorang muslim. Tetapi, apabila penyewa itu seorang kafir dzimmi, pemerintah boleh mengambil pajaknya sebesar 10%. Menurut Abu Yusuf, apabila yang penyewa tanah itu seorang muslim, maka pemerintah dapat memungut pajak sebesar 10% dari hasil tanah yang disewa itu.
Seorang telah menyewa sebidang tanah
Apabila seseorang telah menyewa tanah maka ia berhak memanfaatkan tanah itu untuk menunjang tanah, seperti memanfaatkan tanah itu untuk disebelahnya untuk keperluan pengairan. Akan tetapi, para ulama fiqh sepakat menyatakan bahwa sebelum ia menyewa tanah itu hak memanfaatkan tanah sekelilingnya belum boleh.
Keharusan pengambilan semula hak melalui kaedah al-syuf'ah ini telah disebut antaranya dalam sebuah al-hadis diriwayatkan bahawa:
"Rasulullah SAW telah menghakimi berdasarkan syuf'ah bagi harta yang belum dibahagikan. Namun setelah ditandakan sempadan dan diagihkan jalan-jalan, maka tiada lagi syuf'ah".
(Riwayat Bukhari)
Al-Hadis di atas menceritakan bahawa Rasulullah SAW pernah menghakimi dan mengiktiraf perbuatan al-syuf'ah ini. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai rakan kongsi dalam urusan pemilikan tanah, rumah, kebun dan sebgainya, maka ia tidak boleh menjualnya sebelum ia menawarkan kepada rakan kongsinya. Jika ia telah menjualnaya sebelum ia menawarkan kepada rakannya, maka perlu diingatkan bahawa rakan kongsi tersebut lebih berhak membelinya.
6.0 SYARAT-SYARAT IHYA' AL-MAWAT
Bagi membolehkan sesuatu tanah itu diusahakan bagi tujuan ihya' al-mawat, terdapat beberapa syarat yang mesti dipatuhi. Antara syarat-syarat tersebut ialah:
Penerokaan tersebut hendaklah dengan niat meneroka bagi tujuan untuk mengusahakan tanah tersebut dengan tujuan hendak memilikinya.
Tanah yang berkenaan ialah tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa, bukan kawasan umum dan bukan tanah rizab (al-Harim)
Penerokaan hendaklah bermakna atau bermanfaat iaitu dengan projek yang sesuai seperti tanah pertanian, perikanan atau penternakan. Nilai manfaat ini adalah berdasarkan 'uruf tempatan.
Tanah-tanah yang berhampiran dengan kawasan yang telah dimiliki tidak boleh diterokai kecuali dengan keizinan pihak berkuasa. Ini bertujuan supaya dapat mengelak daripada meneroka tanah milik orang lain.
Bahan-bahan galian yang terdapat dalam tanah yang diterokai tidak boleh dimiliki oleh peneroka kecuali dengan izin pihak berkuasa.
FALSAFAH IHYA AL-MAWAT
Menghidupkan tanah yang mati
Ihya Al-Mawat berpaksikan kepada falsafah menghidupkan tanah yang mati atau lebih mudah difahami membangunkan tanah yang terbiar dengan pelbagai aktiviti pembangunan, pertanian, perikanan perlancongan dan lain-lain yang dilihat boleh menyumbang keberhasilan dalam konteks ekonomi, sosial dan polotik. Selain itu falsafah menghidupkan tanah yang mati ini adalah bagi memenuhi tuntutan syariat yang menekankan aspek berbudi kepada tanah kerana ia akan menghasilkan pelbagai sumber yang boleh membagunkan agama dan masyarakat. Contoh aktiviti yang boleh membagunnkan tanah terbiar ialah membina pembangunan-pembangunan, kilang-kilang, kolam penternakan ikan, kawasan bercucuk tanam atau kawasan reakreasi masyarakat setempat. Dengan aktiviti ini ianya bukan sahaja boleh menghidupkan tanah yang mati tetapi ianya boleh menyediakan pelbagai peluang pekerjaan kepada komuniti amnya masyarakat setempat dan sekaligus mendatangkan manfaat yang bertambah kepada komuniti dan masyarakat tersebut.
Mendorong Manusia Untuk Berusaha dan Berkerja
Konsep ihya Al-Mawat yang menekankan aspek pembangunan tanah yang terbiar wajar diselarikan dengan falsafah yang mendorong manusia untuk berusaha dan berkerja. Konsep ini bukan sahaja selari dengan falsafah yang tetapkan sebaliknya ia juga bersesuaian dengan keperluan dan tuntutan agam islam yang sangat menekankan aspek pembagunan tanah ini. Konsep Ihya Al-mawat ini juga dilihat boleh menyumbang kepada peningkatan ekonomi diri, keluarga dan komuniti. Seperti mana yang dapat kita saksikan dipersekitaran kita ramai golongan pertani yang kini menjadi usahawan yang berjaya yang kini boleh memiliki syarikat dan kehidupan yang mewah. Keadaan ini juga jelas mendorong manusia yang lain untuk melakukan pekerja dengan memakmurkan tanah yang terbiar kerana ia dilihat boleh membantu meningkatkan taraf kehidupan.
Disini jelas dapat kita tuntas dan kaitkan bagaimana penekanan aspek pembagunan tanah terbiar ini yang menyumbang kepada ekonomi seseorang boleh dijadikan falsafah yang mendorong manusia berusaha dan berkerja. Dorongan ini juga jelas terhasil dari permerhatian yang dibuat tidak langsung yang akhirnya mendorong diri seseorang menceburi bidang tersebut.
Agar Manusia tidak Bertengkar kerana Kekurangan sumber
Falsafah Ihya Al-Mawat yang bertulis "agar manusia tidak bertengkar kerana kekurangan sumber" jelas dapat kita rungkaikan dengan lebih detil supaya ianya jelas terpapar dalam kefahaman kita. Falsafah ini sesuai dengan matlamat dan tujuan penekanan kepada pembagunan tanah yang terbiar agar tidak berlaku perebutan atau kekurangan sumber antara satu sama lain. Bagaimana falsafah ini dapat menjelaskan bahawa dengan memakmurkan tanah yang terbiar kita dapat pastikan sumber sentiasa mencukupi. Disini jelas, tanah yang dibiarkan terbiarkan akan lebih menjadi kawasan semak-samun yang langsung tidak menyumbang kepada kesejahteraan hidup. Sebaliknya apabila ia diusahakan dengan pelbagai aktiviti pertanian, perternakan dan pembagunan sudah tentu ianya boleh menyumbang kepada penambahan dana yang mencukupi untuk kehidupan seharian kita,. Dana yang mencukupi akan mengurangkan kita kerah perebutan sumber yang perlu bersaing antara satu sama lain. Apabila kurangnya perebutan sumber ini ia sudah tentu dapat kita simpulkan tidak akan berlakunya pertengkaran dan pertelingkahan antara satu dengan yang lain. Oleh itu, jelaslah konsep Ihya Al-Mawat ini boleh membentuk falsafah yang begitu gah dalam membagunkan sumber manusia.
Agar Manusia Mensyukuri Nikmat Allah.
Konsep Ihya Al-Mawat yang membawa falsafahnya lagi kearah membentuk manusia agar mensyukuri nikmat Allah yang begitu besar ini. Kenapa dikatakan dengan membangungkan kawasan tanah terbiar menjadikan kita mensyukuri nikmat Allah. Hal ini kerana, tanah yang dianugerahkan Allah perlu kita guna semampan yang mungkin kerana itulah kehendak ilahi yang terkandung dalam kitab Al-Quran yang mana Allah sangat membenci kepada manusia yang merosakan alam ini seperti mana yang difirmankan dalam Surah Al-qasas, ayat 77 yang berbunyi "Dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan."
Berdasarkan ayat sedar kita Allah ingin memperjelaskan kepada kita bahawa tanda-tanda yang mensyukuri nimatnya dengan menjaga alam ini termasuklah memakmurkanya. Hal ini dapat kita, fahami lagi berdasarkan satu hadis "Sesungguhnya dunia ini cantik, subur menghijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu (wahai manusia) selaku pengurusnya dan apa yang terdapat padanya." (Hadis riwayat at-Tirmidzi). Dalam konteks ini jelaslah Konsep Ihya Al-Mawat sememangnya sesuai dengan falsafah yang dibina agar manusia mensyukuri nikmat ilahi.
RUKUN-RUKUN DAN SYARAT-SYARAT SYUF'AH
8.1 Syafi (pihak yang berhak menuntut syuf'ah)
Antara pihak yang berhak menuntut syuf;ah ialah rakan kongsi dan jiran sepertimana yang dinyatakan dalam pandangan Imam Hanafi "Syuf'ah ialah hak memiliki harta yang dijual daripada tangan pembeli dengan membayar kos dan harga yang telah dipersetujui untuk mengelakkan ketidakadilan terhadap orang yang terlibat atau jiran". Dalam kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa syuf'ah muncul apabila adanya istilah atau konsep kejiranan serta rakan kongsi. Syufaf'ah yang merangkumi jiran iaitu merujuk kepada hak-hak jiran contohhnya jiran yang hartanya berangkaian dengan harta yang dijual iaitu apabila pemilikan harta tanah yang dijual tetapi ianya berangkaian dengan harta jiran maka akan wujudnya hak-hak kejiranan atau istilahnya syuf'ah jiran yang perlu diambil kira oleh individu yang terlibat atau juga jiran tersebut boleh membuat tuntutan terhadap syuf"ah tersebut.
Seterusnya, pihak yang berhak menuntut syuf'ah ialah rakan kongsi yang kebiasaannya berlaku apabila wujudnya pewaris yang menggantikan rakan kongsi yang asal contohnya apabila rakan kongsi itu telah mewariskan harta kepada pewarisnya maka pewarisnya itu tidak boleh diklasifikasikan sebagai rakan kongsi asal. Oleh itu wujudnya syuf'ah ke atas rakan kongsi yang masih kekal untuk menuntut segala hak-hak yang boleh disyuf'ahkan. Antara contoh lain ialah apabila seseorang rakan kongsi yang ingin menjual sebahagian sahamnya kepada orang lain maka berlakunya syuf'ah kepada rakan kongsi yang lain untuk menuntut hak-hak rakan kongsi dengan memaksa supaya saham-saham tersebut dijual kepadanya bukan kepada orang lain.
Masyfu'fih (harta yang dituntut)
Harta-harta yang boleh dituntut mengikut Pandangan Hanafi, Maliki, Syafi'i dan Hambali ialah jenis harta 'aqar iaitu harta yang tidak boleh dipindahkan sahaja manakala harta yang yang dapat dipindah-pindahkan tidak boleh disyuf'ahkan. Maksud daripada pandangan ini dapatlah ditafsirkan bahawa harta-harta yang layak disyuf'ahkan adalah harta-harta yang tidak boleh dipindahkan secara fizikal ataupun secara realistik seperti tanah, bangunan, gerai-gerai, rumah dan lain-lain lagi. Manakala harta yang boleh dipindahkan berdasarkan kenyataan di atas ialah seperti kereta, haiwan ternakan, dan sebagainya.
Oleh itu, sekiranya sebarang tuntutan yang dibuat keatas barang-barang yang dapat dipindahkan tidak sah kerana ia tidak termasuk dalam harta atau batang yang boleh disyuf'ahkan. Adapun menurut pandangan, Pandangan Zahiri dimana pandangan ini mengharuskan syuf'ah ke atas semua jenis harta termasuk harta yang boleh dialih seperti binatang ternakan, kenderaan dan sebagainya. Walaupun pandangan-pandangan ini perlu dilihat dari sudut kesesuaian keatas syuf'ah yang dibuat terhadap sesuatu objek atau harta mengikut syariat yang berpaksikan Al Quran dan Hadis atau juga boleh merujuk kepada mana-mana jabatan agama yang menyediakan rundingan dalam menyelesaikan isu-isu dalam tuntutan syariah terhadap sesuatu.
Masyfu'alaih (rakan kongsi baru)
Rakan kongsi baru ialah orang yang terkemudian dalam pemilikan harta syuf 'ah tersebut dari pemilikan syafi'iaitu seseorang rakan kongsi yang mewariskan kedudukannya kepada anaknya yang mana rakan kongsi itu merupakan pemilik harta syuf'ah manakala anaknya pemilikan shafi. Syuf'ah merujuk kepada hak-hak yang dimiliki oleh rakan kongsi yang asal manakala syafi adalah hak-hak yang dimiliki oleh pewaris atau dikenali dengan rakan kongsi baru. Walaubagaimanapun rakan kongsi baru ini dikategorikan sebagai rakan kongsi asal walaupun rakan kongsi tersebut mewarisi secara shafi daripada pemilikan syuf'ah. Pada masa yang sama rakan kongsi asal yang lain juga mempunyai syuf'ah terhadap rakan kongsi baru.
Manakala rakan kongsi yang baru pula mempunyai syuf'ah-syuf'ah tertentu bagi membolehkan urusan sebagai rakan kongsi dapat dilaksanakan secara tersusun dan efisyen. Antara syuf'ah sebagai rakan kongsi baru ialah mengetahui tentang segala perjanjian yang telah dibuat oleh rakan kongsi yang lama serta hak-hak menggunakan peralatan syarikat dalam melaksanakan tugas dan membuat keputusan.
HIKMAH ADANYA IHYA' AL-MAWAT & ASY=SYUF'AH
Ihya' al-mawat
Mendorong manusia untuk berusaha dan bekerja mencari rezeki dalam hidup
Ihya' al-mawat mampu mendorong manusia untuk berusaha mencari kerja untuk mencari rezeki. Dengan adanya ihya' al-mawat, ia mampu membuatkan manusia hidupnya tidak berkumpul dalam suatu tempat sahaja tetapi manusia boleh berusaha mencari kerja dengan menghidupkan tanah yang mati tersebut ia membuka peluang pekerjaan kepada manusia yang menganggur dan masih tidak dapat mencari kerja. Manusia juga tidak berdesak-desakan untuk mencari tempat tinggal ataupun untuk perbelanjaan harian disebabkan oleh kekurangan tanah untuk tempat tinggal serta kekurangan kerja yang sedia ada. Apabila tanah yang mati dihidupkan ia telah membuka banyak peluang kepada manusia dari pelbagai sudut.
Asy-Syuf'ah
Menghindari bahaya dan pertengkaran yang mungkin sekali timbul
Dalam asy-Syuf'ah pertengkaran mungkin sekali berlaku tanpa mengira waktu. Hal ini demikian, kerana hak milik syafii' terhadap harta yang dijual dan yang hendak dibeli oleh orang lain akan menolak apabila adanya mudharat yang mungkin timbul dengan adanya asy-Syf'ah dari orang lain. Imam Syafi'i lebih memilih bahawa bahaya tersebut adalah bahaya bayaran pembahagian yang digabungkan, peralatan baru dan sebagainya. Ada yang mengatakan bahawa bahaya tersebut adalah bahaya tidak baiknya persekutuan.
Ibnul Qayyim berkata, "Di antara keindahan syari'at, keadilannya dan berusaha menegakkan maslahat hamba adalah mengadakan Syuf'ah. Kerana hikmah syari 'menghendaki dihilangkan mudarat dari kaum mukallaf semampu mungkin. Oleh kerana kesatuan (bersekutu) itu biasanya sumber mudarat, maka dihilangkanlah mudarat itu dengan diagihkan atau dengan Syuf'ah. Jika ia ingin menjual bahagiannya dan mengambil ganti, maka kawan serikatnya itulah yang lebih berhak daripada orang lain, dapat menghilangkan mudharat dari kesatuan itu dan tidak merugikan penjual, kerana akan menyambung kepada haknya berupa bayaran. Oleh kerana itu, Syuf'ah termasuk di antara keadilan yang sangat besar dan undang-undang terbaik yang selaras dengan akal, fitrah dan maslahat hamba. "
10.0 KEPENTINGAN SYUF'AH KEPADA INDIVIDU, MASYARAKAT DAN NEGARA
Islam mensyariatkan Syuf'ah untuk mencegah kemudaratan dan menghindari permusuhan di antara umatnya. Pemilikan Syuf'ah dari pembelian orang lain akan dapat mencegah kemungkinan adanya kemudaratan dari orang lain yang baru saja memiliki harta tersebut. Imam Syafie memilih pendapat bahawa yang di maksudkan dengan mudarat atau bahaya itu adalah kerugian perbelanjaan dalam proses pertukaran hak milik dan risikonya turut terkena kepada pemilik baru yang lain. Terdapat juga ulama yang berpendapat bahawa maksud kemudaratan adalah risiko bersama. Dalam kajian ini membincangkan kepentingan Syuf'ah kepada individu, masyarakat dan negara.
10.1 KEPENTINGAN SYUF'AH KEPADA INDIVIDU
Kepentingan Syuf'ah ialah hak rakan kongsi yang harta tak alihnya bersatu (tidak boleh dipecahkan atau dipisahkan) dengan harta si penjual dan ia berhak mendapat manfaat hasil daripada usaha dan kos perbelanjaan yang telah dikeluarkan. Hak Syuf'ah diberikan kepada rakan kongsi lama untuk mengambil bahagian yang dimiliki dengan ahli kongsi baru dengan sesuatu balasan (membayar harga yang telah dipersetujui) terhadap hak miliknya. Misalnya A dan B berkongsi membeli tanah untuk dijadikan ladang buah-buahan, atas sebab tertentu, B menjualkan bahagian hak miliknya kepada C. (Wan Asma' Wan Abu Bakar, 2008: 20-21)
Jika A tidak bersetuju berkongsi dengan C, maka A mempunyai hak untuk membatalkan penjualan itu dan membayar harga yang sama seperti yang dibayar oleh C kepada B. Maka, tanah tersebut menjadi hak milik penuh A sahaja. Oleh itu kepentingan Syuf'ah kepada individu ialah apabila harta bersama tersebut dapat diselamatkan daripada dijual oleh rakan kongsi disebabkan kita memiliki akad Syuf'ah yang perlu mendapat persetujuan bersama dalam apa-apa urusan. (Wan Asma' Wan Abu Bakar, 2008: 20-21)
10.2 KEPENTINGAN SYUF'AH KEPADA MASYARAKAT
Kepentingan Syuf'ah yang seterusnya ialah kepentingan kepada masyarakat. Kanun Tanah Negara tidak ada peruntukan mengenai hak Syuf`ah. Sebab itu tuan punya tanah bermilik bebas mengurusniagakan tanah milik mereka kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Dalam Islam, hak Syuf`ah bermaksud hak untuk memiliki harta tak alih yang telah dijual daripada seorang pembeli secara paksa dengan membayar harga tanah itu dan segala kos yang telah dibelanjakan. Tujuan hak Syuf`ah diperkenalkan ialah untuk mengelak bahaya kepada rakan kongsi iaitu jiran. Dengan ada Syuf'ah hubungan di antara masyarakat Islam dapat dijaga dengan baik dalam setiap perkara terutamanya dalam urusan jual beli hak pemilikan dan lain-lain lagi.
Di dalam al-Quran juga menyebut agar setiap manusia perlu menjaga hubungan di antara masyarakat di dalam surah ar-Ra'd ayat 11 bermaksud:
"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan Nya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Ayat ini menerangkan bahawa setiap kaum tidak akan berubah nasibnya sehingga kaum tersebut mengubah nasibnya sendiri, dalam konteks ini setiap masyarakat perlu menolong di antara satu sama lain dan saling memahami di antara satu sama lain agar tidak berlaku permusuhan di antara mereka.
10.3 KEPENTINGAN SYUF'AH KEPADA NEGARA
Kepentingan Syuf'ah bukan sahaja kepada individu dan masyarakat malahan turut memberi kesan yang positif kepada negara. Sekiranya setiap negara yang mempunyai masyarakatnya yang faham akan konsep syuf'ah sudah tentu tidak berlaku perkara-perkara yang melibatkan permusuhan di antara satu sama lain. Konsep syuf'ah ialah untuk mencegah kemudaratan dan menghindari permusuhan di antara umatnya. (Mohd Ridzuan Awang, 1994.)
Justeru itu dalam membina sebuah negara yang aman makmur pihak kerajaan bukan hanya mementingkan peningkatan ekonomi sahaja tetapi perlu juga fokus kepada kesejahteraan rakyat dengan mencari titik utama kesatuan rakyat iaitu dengan mewujudkan peruntukan Hak Syuf`ah (pre-emption), Kanun Tanah Negara tidak ada peruntukan mengenai hak syuf`ah. Oleh sebab itu tuan punya tanah bermilik bebas mengurusniagakan tanah milik mereka kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Dalam Islam, hak syuf`ah bermaksud hak untuk memiliki harta tak alih yang telah dijual daripada seorang pembeli secara paksa dengan membayar harga tanah itu dan segala kos yang telah dibelanjakan. Tujuan hak syuf`ah diperkenalkan ialah untuk mengelak bahaya kepada rakan kongsi iaitu jiran. Dengan itu dicadangkan supaya hak syuf`ah ini diwujudkan dalam Kanun Tanah Negara KTN. (Mohd Ridzuan Awang, 1994.)
11.0 CASE STUDY IHYA AL-MAWAT
SETAKAT MANAKAH HAK DALAM BENTUK IHYA' AL-MAWAT BOLEH DILAKSANAKAN DALAM SITUASI SEMASA KHUSUSNYA DI MALAYSIA
Di dalam konteks situasi semasa, adalah agak sukar untuk menemui dan mengenali tanah mawat. Kerajaan di kebanyakan negara kebiasaannya akan mewartakan sesuatu kawasan tersebut sebagai hutan simpan, kawasan tadahan air, hutan simpan hidupan liar dan sebagainya. Ini dilaksanakan antaranya bagi melindungi hutan-hutan berkenaan agar terpelihara dari aktiviti-aktiviti manusia yang boleh merosakkan keseimbangan ekosistem yang penting kepada kehidupan manusia secara keseluruhannya.
Aktiviti menerangkan atau pembukaan hutan bertujuan pertanian seperti penebangan dan pembakaran pokok boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang ramai sekiranya tidak dikawal. Ia boleh mendatangkan kesan yang besar kepada manusia bukan sahaja di kawasan hutan berkenaan bahkan di tempat-tempat yang lain apabila angin membawa asap dan debu yang terhasil dari pembakaran ini jauh ke tempat lain. Aktiviti pertanian di kawasan tanah tinggi yang tidak terkawal juga boleh menyebabkan perubahan suhu sekitar (pemanasan setempat) seperti apa yang berlaku di Cameron Highlands sekarang ini. Akibatnya sedikit sebanyak ia telah kehilangan daya tarikan pelancongan.
Selain daripada itu pemilikan secara Ihya' al-mawat akan menyebabkan berlakunya ketidakadilan kepada pembahagian tanah di kalangan rakyat. Rakyat terutama mereka yang tidak berupaya ataupun mempunyai pekerjaan lain akan sukar memperolehi tanah apabila kaedah ini tidak dikawal. Ini akan menyebabkan ketidakpuasan hati kepada rakyat yang akhirnya boleh mencetuskan perbalahan.
Sehubungan dengan itu, untuk melaksanakan Ihya' al-mawat di dalam situasi semasa, keizinan oleh pemerintah seharusnya diutamakan kerana masalahnya adalah jauh lebih besar. Kerajaan mungkin telah mempunyai perancangan tersendiri terhadap tanah-tanah yang dirasakan tanah mawat. Malah kerajaan juga lebih mengetahui akan lokasi tanah-tanah yang sesuai untuk pertanian, kaedah yang sesuai untuk penerokaan serta kesan secara keseluruhan yang mungkin timbul apabila penerokaan tanah-tanah yang dirasakan mawat tersebut dilaksanakan.
Menurut Seksyen 40 Kanun Tanah Negara (KTN), Pihak Berkuasa Negeri (PBN) mempunyai hak ke atas semua tanah yang termasuk di dalam sempadan negeri masing-masing. PBN iaitu merujuk kepada Raja atau Gabenor diberi kuasa untuk melupuskan (memberikan) tanah tersebut mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh KTN dan Kaedah Tanah Negeri masing-masing.
Sehubungan dengan itu sesiapa yang ingin melakukan Ihya' al-mawat hendaklah mendapatkan kebenaran daripada pihak pentadbiran tanah negeri dan daerah. Mereka ini bertanggungjawab dalam menguruskan permohonan tanah, mengutip hasil tanah, menguruskan pendaftaran hak milik, menguruskan permohonan pembangunan tanah dan penguatkuasaan undang-undang tanah. Permohonan boleh dibuat dengan pelbagai cara berdasarkan status tanah berkenaan. Ianya boleh dilakukan sama ada dengan memohon terus pemilikan sesuatu tanah tersebut, memajak tanah rizab untuk tujuan awam yang belum dibangunkan (tempoh pajakan tidak melebihi 21 tahun) ataupun memohon lesen pendudukan sementara daripada PBN bagi menjalankan aktiviti atas tanah tersebut. Apabila kebenaran atau permit telah diperolehi maka barulah kerja-kerja penerokaan boleh dilaksanakan kepada tanah tersebut.
Ihya' al-mawat juga tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya kerana terdapat peruntukan undang-undang yang dikenakan bagi mengawal dan memantau sebarang aktiviti pertanian dan penerangan hutan di atas tanah kerajaan. Menurut takrifan di bawah Seksyen 425 KTN, mana-mana orang atau individu yang melakukan kesalahan menduduki, mendirikan bangunan, mengusaha, membersih, menebang pokok atau memindahkan apa-apa hasil di atas tanah kerajaan tanpa kebenaran yang sah adalah suatu yang menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan hukuman denda RM 10,000 atau penjara tidak melebihi setahun. Denda maksima RM 10,000 serta penjara maksima 3 tahun juga dikenakan bagi mereka yang membersih atau memajak tanah dengan tujuan pertanian di kawasan hutan simpan kekal.
Ulama berselisih pandangan dalam hak pemilikan tanah sekiranya tanah dibiarkan menjadi terbiar semula selepas diteroka. Bagi Mazhab Maliki, hak tersebut akan gugur kerana sebab-sebab berikut. Pertama, Ihya' merupakan illah sabitannya pemilikan. Apabila illah sudah tiada lagi maka akan gugurlah segala hak yang sabit melaluinya. Kedua, pemilikan tanah tersebut berlaku dengan meletakkan tangan (menguasai) tanah tersebut. Sekiranya peneroka membiarkan tanah tersebut bermakna ia telah melepaskan tanah tersebut dari penguasaannya dan oleh itu tanah tersebut kembali kepada sifat asalnya (menjadi mal mubah). Ini adalah bertentangan dengan Fuqaha Hanafi yang berpendapat hak milik tidak akan gugur dengan sebab pengabaian tanah tersebut. Ini adalah berdasarkan hadith nabi saw yang dinyatakan sebelum ini iaitu:
Dari Aisyah r.a bahawa Nabi saw bersabda yang bermaksud:-
"Siapa yang membuka tanah yang tidak berpunya, dialah yang lebih berhak memilikinya" (Riwayat Bukhari).
Di samping itu Ihya' juga dikiaskan dengan jual beli iaitu sekiranya seseorang itu memiliki tanah dengan cara jual-beli tidak akan hilang miliknya biarpun tanah tersebut tidak digunakan. Maka begitu jugalah pemilikan melalui Ihya'. Bagi konteks semasa di Malaysia, tanah secara amnya adalah hak milik kerajaan. "Tanah Kerajaan" ertinya semua tanah di dalam negeri itu, termasuk sebanyak mana dasar mana-mana sungai dan tepi pantai serta dasar laut seperti yang ada dalam lingkungan wilayah negeri itu atau batas perairan wilayah selain dari tanah bermilik, tanah rizab, tanah lombong dan mana-mana tanah yang di bawah peruntukan undang-undang yang berhubungan dengan hutan simpanan. Tanah Kerajaan ini boleh diambil balik oleh kerajaan pada bila-bila masa ia diperlukan di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960.
Akta Pengambilan Tanah 1960 memperuntukkan bahawa kerajaan boleh mengambil balik tanah dengan memberikan pampasan yang mencukupi. Selain daripada itu peneroka yang memperolehi tanah melalui pajakan atau memiliki lesen pendudukan sementara dikehendaki memulangkan tanah berkenaan apabila cukup tempoh yang ditetapkan. Sehubungan dengan itu status pemilikan sesuatu tanah seperti yang dikhilafkan oleh ulama sekiranya tanah tersebut terbiar semula adalah tidak terpakai di Malaysia. Gugurnya hak milik terhadap sesuatu tanah antaranya adalah berdasarkan sebab-sebab yang dinyatakan di atas.
Kesimpulannya di Malaysia, Ihya' al-mawat sekiranya hendak dilaksanakan hendaklah mendapat permit, kebenaran atau kelulusan dari pihak berkuasa seperti mana pendapat Imam Abu Hanifah. Pemilikan dan gugurnya sesuatu tanah tersebut tidak bergantung samada tanah tersebut diusahakan atau tidak. Ianya bergantung kepada keputusan pihak berkuasa atau perjanjian yang telah dipersetujui samada melalui pajakan atau lesen yang diberikan.
13