Peranan dan Tanggungjawab Pengawas & Ketua Kelas
[email protected]
Hierarki Masyarakat Sekolah Pengetua Guru Penolong Kanan Guru Pengawas Ketua Kelas Pelajar
Konsep Pimpin dan Memimpin Pimpin?
Bimbing Pandu Tunjuk memegang tangan untuk menunjukkan jalan
Memimpin?
melatih seseorang
mengepalai atau mengetuai sesuatu badan, organisasi atau pergerakan
Semua tugas besar menjadi lebih mudah kalau dipecah-pecahkan , menjadi bahagian yang kecil.
Beban yang lebih banyak dapat dibawa jika diikat dengan kuat berbanding dibiarkan berserakan.
Pemimpin Memahami prinsip kepimpinan yang baik dan mempunyai ketokohan untuk memimpin
Pandai mempergunakan orang yang dipimpin untuk bekerjasama dengan bersungguh-sungguh supaya terlaksana sesuatu pekerjaan
Ciri Asas Kemahuan untuk memimpin sebagai penjaga/ ketua sebagai pemandu arah
sebagai petindak sebagai pembawa perubahan
sebagai pembuat keputusan
sebagai tenaga perancang
Kejelasan matlamat peranan/ tugas
strategi untuk mencapai matlamat
tumpuan organisasi
aktiviti/ program organisasi
Ciri Seorang Pemimpin Tegas dan konsisten apabila keputusan telah diambil, laksanakan dengan tegas, bersungguh-sungguh, serius dan bukan sekadar sambil lewa atau dengan ragu-ragu.
Ikhlas dan sabar melaksanakan tugas kerana amanah. Dugaan akan membuatkan kita lebih cekal dalam mencapai matlamat.
Mengambil berat akan seluruh organisasi sifat ini akan menawan kepercayaan dan arahan akan dipatuhi dengan rela hati, hormat dan ikhlas.
Ciri Seorang Pemimpin Cergas dan cerdas cekap bertindak dan berfikiran tajam dalam membuat tindakan atau keputusan. Tindak-tanduk sentiasa diperhatikan sebagai kayu ukur.
Mempunyai budi bicara/ pertimbangan pada saat genting, tidak melulu atau mengutamakan emosi sahaja.
Kebolehan merancang semua kegiatan dirancang dengan teliti, difahami dengan mendalam dan dilaksanakan.
Peranan Seorang Pemimpin Tanggungjawab terhadap diri sendiri
berdisiplin dan bersahsiah mulia maju dalam ilmu/ akademik dan kokurikulum berhemah tinggi prihatin mesra berkeyakinan tidak mementingkan diri sendiri positif, dll.
Peranan Seorang Pemimpin Tanggungjawab terhadap sekolah
melaksanakan peraturan dan undang-undang sekolah menjaga nama baik sekolah memelihara iklim sekolah yang baik bangga akan sekolah
Peranan Seorang Pemimpin Tanggungjawab terhadap guru
memberi maklumat dan maklum balas bersama-sama membanteras masalah menghormati mereka seperti ibu bapa
Peranan Seorang Pemimpin Tanggungjawab terhadap pelajar lain
mengambil berat akan masalah pelajar lain menjaga keselamatan dan keselesaan pelajar berinteraksi dan menghormati mereka menunjukkan teladan/ menjadi `role model’
Interaksi dalam Kumpulan Tinggi dalam Kuasa
Tinggi dalam Kemesraan
Rendah dalam Kemesraan
Rendah dalam Kuasa
Menasihat Menyelaras Menganalisis Memulakan Memimpin
Bersetuju Membantu Mengikut Sependapat Merelakan
Mengarah Mengkritik Tidak peduli Menimbangkan Menentang
Mengizinkan Mengelak Menyerah Berundur Menarik diri
Gaya Kepimpinan Autoritarian -berpusat kepada ketua yang percaya bahawa jika ahli kumpulan tidak dipimpin dengan cergas mereka akan terbiar dan kurang daya untuk bergerak sendiri. -ahli lazimnya akan bergantung kepada ketua dan sesetengahnya akan berada dalam keadaan tidak berpuas hati serta tidak berkeyakinan.
Gaya Kepimpinan Demokratik -menghormati bakat dan keupayaan ahli. -ketua percaya ahli mempunyai kebolehan mereka sendiri dan dapat menggunakannya jika diberi peluang. -menggerakkan dinamik kumpulan dan bekerjasama dengan ahli untuk menentukan pencapaian arah dan hasil yang diingini.
Gaya Kepimpinan Laissez-faire -ketua tidak memainkan peranan langsung kerana berpandangan ahli kumpulan bertanggungjawab membuat keputusan, menentukan arah dan memastikan tugas tercapai. -biasanya kumpulan menjadi terumbangambing dan tiada sesiapa yang mahu bertanggungjawab.
Pengurusan dan Organisasi Kelas -Organisasi kelas terdiri daripada Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Bendahari dan AJK (cth.: Kebersihan, Disiplin, Mata Pelajaran, Pertandingan) -Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas: - Jadual waktu - Jadual tugas (rooster) - Perabot kelas seperti kerusi, meja pelajar dan guru serta papan putih - Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan
Pengurusan dan Organisasi Kelas -Menentukan kawat elektrik, kipas dan lampu dalam keadaan baik dan selamat digunakan. -Melaporkan perihal perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru kelas. -Membimbing organisasi kelas menjalankan tugas. -Memastikan butiran harian ditulis di sudut atas kanan papan tulis pada setiap hari persekolahan. -Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya dikutip secara berkala untuk tujuan yang berikut: -Keceriaan kelas -Kebajikan pelajar -Pengurusan akademik
Matlamat Kita Sama Pilih sebarang nombor tiga angka yang kedudukannya kecil di hadapan besar di belakang. (cth.: 2 4 6)
Terbalikkan kedudukannya. (cth.: 6 4 2) Tolak nombor asal. (642 – 246) Hasilnya (396) diterbalikkan (693) dan campurkan kedua-duanya. JUMLAHNYA? Cara berbeza tetapi MATLAMAT KITA SAMA.
Rumusan Berkeperibadian mulia dan terpuji
Bersabar dan tenang hadapi dugaan
Pengalaman tingkatkan pengetahuan
Memelihara hubungan baik
Berusaha tingkatkan kualiti organisasi
Berfikiran terbuka & sedia terima teguran
Berusaha tingkatkan prestasi akademik
Amanah, minat dan berdedikasi
Untuk Renungan…………… Orang mukmin yang kuat lebih baik daripada orang mukmin yang lemah. Oleh itu berpegang teguhlah pada tiap-tiap kebajikan yang akan memberi manfaat dan mohonlah pertolongan kepada Allah. -Hadith Riwayat Muslim
Teman manusia yang paling abadi ialah akal dan musuh yang paling durjana ialah kejahilan. -Saidina Ali K.W.
People who fight fire with fire usually end up with ashes. -Abigail Van Buren
RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG
RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG
Sekian.