Ihsan daripada Unit Kokurikulum JPI, Negara Brunei Darussalam.
Doa Majlis Perkahwinan.Full description
Full description
doa
Full description
doa
Full description
pi
Doa Majlis PerkahwinanFull description
Doa Majlis Perkahwinan PDFFull description
Full description
fvfsdgfs
Rstu Ilmu
DOA SEMPENA PROGRAM PEMBERIAN SUMBANGAN KEPADA ANAK YATIM DAN WARGA EMAS
.
,
Segala puji bagi Allah yang mentadbir sekalian alam. Selawat Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga dan para sahabat baginda sekalian. .
Kami memanjatkan kesyukuran kepada Mu Ya Allah atas perkenan dan izin Mu kami dapat berkumpul di sini bagi mengikuti Program Pemberian Sumbangan kepada Anak-anak yatim dan warga emas. Kesyukuran jua Ya Allah kepada Mu kerana kami dapat melaksanakan program ini seperti yang telah dirancang. Berkatilah perhimpunan ini. Berkatilah jua usaha-usaha kami. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silaturrahim di kalangan kami. Kurniakan kepada kami kesihatan anggota, kecerdasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat, semoga kami mampu menghadapi cabaran, berdaya saing dan mampu menjana kecemerlangan ummah, di persada alam ini.
Kami dengan segala rendah diri memohon agar Engkau kurniakan kami dan hamba-hamba-Mu sekalian dengan taufik dan hidayah, sentiasa di bawah pimpinan dan petunjuk-Mu ya Allah, mudah-mudahan segala usaha dan amal yang kami tunaikan akan mendapat sepenuh kejayaan dalam keredhaan dan restu-Mu di sepanjang zaman.
Peliharakanlah kami dan negara kami daripada segala bala bencana. Jauhkanlah kami sekalian daripada segala ancaman dan pengkhianatan. Bersihkanlah negara kami dari segala anasir jahat. Pandulah kami semua ke jalan yang benar, adil dan saksama dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Ya Allah….Sesungguhnya Allah….Sesungguhnya di tanganMu sahajalah kuasa penilai segala amalan. Kau jadikanlah segala kerja kami hari ini, dan hari-hari yang mendatang, sebagai ibadah yang Engkau redhai. Terimalah segala kerja dan usaha kami itu, sebagai amal soleh yang Engkau berkati
Kurniakanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan. Jadikanlah kami orang-orang yang istiqamah dalam menabur bakti membangunkan ummah. Seterusnya jadikanlah Negara kami sebuah Negara yang mendapat limpahan nikmat dan rahmat Mu.