Ihsan daripada Unit Kokurikulum JPI, Negara Brunei Darussalam.
Full description
doa
Full description
doa
Full description
pi
Full description
fvfsdgfs
contoh teks ucapan penghargaan majlis perkahwinanFull description
contoh teks ucapan penghargaan majlis perkahwinanFull description
Bismillahirrahmanirrahim
. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Ampunkanlah Dosa-Dosa Kami, Berikanlah Taufik Dan Hidayah Kepada Jiwa2 Kami Dan Orang-Orang Yang Kami Sayangi. Ya Allah Tuhan Yang Sangat Banyak Memberi, Janganlah Kamu Memalingkan Hati Kami Setelah Engkau Memberi Petunjuk Kepada Kami Dan Berikanlah Kami Rahmatmu Yang Besar.
Ya Allah, Sesungguhnya Hati-Hati Ini Berkumpul Kerana Mengasihi Mu Dan Ingin Mencari Keredhaanmu. Wahai Tuhanku, Kayakanlah Kami Dengan Ilmu, Hiasilah Kami Dengan Ketenangan Jiwa Dan Muliakanlah Kami Dengan Takwa Dan Elokkanlah Kami Dengan Akhlak Yang Baik.
Jadikanlah majlis perkahwinan dua mempelai antara _______________ _______________ dan ______________ ______________ sebagai ibadah kerana perkahwinan perkahwinan itu mempunyai mempunyai matlamat yang sangat mulia. Jadikanlah perkahwinan mereka sebagai mawaddah dan rahmah, yakni terjalinnya cinta kasih dan termaktubnya ketenteraman jiwa.
Jadikanlah juga perkahwinan mereka sebagai suatu ketenteraman yang membebaskan dari kegelisahan dan rasa gundah gulana, sepanjang perkahwinan itu sendiri didirikan di atas landasan ketentuan syariat Islam.
Kurniakanlah Mereka Zuriat Yang Soleh Dan Solehah. Kekalkanlah Jodoh Mereka Di Dunia Dan Di Akhirat Dan Sempurnakanlah Agama Mereka Dengan Berkat Ikatan Ini. Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan Rahmat Kepada Pengantin Suami Isteri Agar Kekal Abadi, Aman Damai Yang Berkekalan Di Alam Rumahtangga, Sihat Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dilanjutkan Usia Serta Mendapat Syaf aat Daripada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.