Rasullullah s.a.w
Tabi' Tabi'in
Thiqah
Sahabat
Tabi'in
Thiqah
Page " 22
H. Zainuddin Hamidy Fachruddin Hs (1997), Tafsir al-Qur'an, Selangor: Klang Book Centre, Surah al-Hujurat, ayat 6, h. 758.
Mohd. Muhiden Abd. Rahman, Fauzi Deraman, Ishak Suliaman, Abdul Karim Ali (2007), Autoriti Hadis - Menangani Gerakan Antihadis, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, h. 47-48.
Muhammad Abu Laith Khair Abadi (2009), 'Ulum al-Hadith Ashiliha wa Mu'asiruha, Malaysia : Dar al-Syakir, h. 141.
Mohd. Muhiden Abd. Rahman, Fauzi Deraman, Ishak Suliaman, Abdul Karim Ali (2007), Opcit, h. 49
Muhammad Abu Laith Khair Abadi (2009), 'Ulum al-Hadith Ashiliha wa Mu'asiruha, Malaysia: Dar al-Syakir, h. 142.
Mohd. Muhiden Abd. Rahman, Fauzi Deraman, Ishak Suliaman, Abdul Karim Ali (2007), Autoriti Hadis - Menangani Gerakan Antihadis, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, h. 50.
Muhammad Abu Laith Khair Abadi (2009), opcit, h. 142-144. Lihat juga Syarif Mahmud Kudoth (2003), Al-Manhaj al-Hadith fi 'Ulum al-Hadith, Universiti Malaya: Al-Bayan Corp. Sdn Bhd, 41-42.
Ibrahim Sa'id Ibrahim Khalil, al-Tashil fi 'Ilm al-Jarh wa al-Ta'dil, Mesir: Maktabah al-Rushd, h. 60-61.
Muhammad Abu Laith Khair Abadi (2009), 'Ulum al-Hadith Ashiliha wa Mu'asiruha, Malaysia: Dar al-Syakir, h. 154.
Ibid, h. 154.
'Amru 'Abdul Mun'im Salim, Taisir Dirasat al-Asanid lil Mubtadi'in, Thanthat: Dar al-Dhiya', h. 79-80.
Ibid, h. 81.
Muhammad Abu Laith Khair Abadi, 'Ulum al-Hadith, Malaysia: Dar al-Syakir, h. 223.
Ibid, h. 182-183.
'Amru 'Abdul Mun'im Salim, Taisir Dirasat al-Asanid lil Mubtadi'in, Thanthat : Dar al-Dhiya', h. 50-51.
Ibnu Hibban terkenal dengan sikap tasahul (mudah) dalam menthiqahkan seseorang perawi.
Ibid, h. 52.
Ibid, h. 52.
Ibid, h. 53.
Ibid, h. 55.
Ibid, h. 56-62.
Ibid, h. 63-66.
Abu Ahmad bin 'Adi al-Jurjani, al-Dhua'fa' al-Rijal, Beirut-Lubnan : al-Kutub al-'Ilmiah, Bab Awwal min aqlalu riwayat 'anhu mukhafatu al-Zillah, Min Ibtida' Asamihim 'Ainun Mimman Yansibu dharaba min al-Dha'fi, Min Ismuhu 'Amru, no.5682. h. 1945.
Dirasat al-Asanid
IQEU 3111
( Sebab-sebab Penolakan Hadith yang berkaitan dengan sifat al-'Adalah Seseorang Perawi)
Disediakan Oleh:
MOHD FARHAN BIN MD ARIFFIN
IEJ 090021
JABATAN AL-QURAN DAN AL-HADITH
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR
SESI 2010/2011
Tajuk
Halaman
Sanad Dalam Periwayatan Hadith
1
Hadith Sahih
2-3
Definisi al-'Adalah
4-6
Bagaimana Mengenal pasti Keadilan Seseorang Perawi
6
Faktor-faktor Hadith ditolak ( Mardud )
7-8
Sebab-sebab Kecacatan Pada Perawi
8-13
Al-Jahalah
13-17
Ibham
18-20
Kaedah al-'Allamah Ahmad Syakir dan Syeikh Albani dalam berhujah dengan periwayatan perawi Mastur
21-22
Contoh Hadith yang perawinya cacat dari segi al-'Adalah
23
Kesimpulan
24
Sebelum kita pergi lebih lanjut kepada penerangan tentang sifat al-'adalah seseorang perawi. Ada baiknya jika saya terangkan tentang Isnad al-Hadith dan kepentingannya.
SANAD DALAM PERIWAYATAN HADITH
Dalam pengkajian ilmu hadith, aspek sanad atau yang biasa disebut sebagai isnad al-hadith ialah penjelasan tentang jalan rangkaian perawi yang menyampaikan kepada matan (teks) hadith Nabi S.A.W. Maksud melakukan periwayatan hadith adalah melakukan kegiatan menerima hadith dari periwayat hadith dan menyampaikannya kepada orang lain dengan disebutkan jalan periwayatannya. Sehubungan dengan itu, penelitian kepada aspek sanad hadith merupakan persoalan penting bagi menetukan kesahihan sesuatu hadith.
Al-Qur'an juga ada menegaskan betapa pentingnya meneliti kesahihan maklumat berdasarkan kepada penilaian terhadap kualiti si penyampai. Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Hujurat, ayat 6 :~
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْماً بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ (6)
Terjemahannya: "Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.
Daripada pernyataan di atas, dapatlah difahami mengapa ulama'-ulama' dalam ilmu isnad hadith telah mencipta ilmu al-Jarh wa al-Ta'dil, iaitu menilai keadilan dan kelemahan seseorang perawi atau penyampai maklumat dengan manhaj tertentu bagi mengesahkan maklumat yang dibawanya. Bagi Ibn Khaldun, dalam meneliti berita yang berkaitan dengan persoalan agama, ulama' hadith amat menitik beratkan kualiti si pembawa berita tersebut. Jika pembawa berita terdiri dari orang yang boleh dipercayai dan berkualiti, maka berita itu dikatakan sahih. Sekiranya pembawa berita tersebut diragui dan tidak dipercayai, maka berita tersebut tidak boleh dijadikan hujah dalam agama.
Sufyan al-Thawri pula mengumpamakan isnad ini sebagai senjata bagi orang mukmin, jika tiada senjata, dengan apakah yang akan dibawa untuk berperang. Bagi 'Abdullah al-Mubarak, isnad merupakan sebahagian daripada agama, kerana tanpa isnad, orang akan berkata mengikut kemahuannya sahaja.
Selanjutnya, elok rasanya kita imbas kembali tentang pengertian dan syarat hadith sahih yang menjadi asas kepada perbincangan tentang sifat 'adil seseorang perawi hadith.
Hadith Sahih
Definisi: Hadith yang bersambung sanadnya dengan diriwayatkan oleh seorang perawi yang adil lagi dhabit kepada seorang perawi lain yang adil lagi dhabit sehingga ke akhir sanad, tanpa berlakunya syaz dan 'illah.
Syarat Hadith Sahih :~
Bersambungnya sanad.
Diriwayatkan oleh perawi yang adil.
Diriwayatkan oleh perawi yang dhabit.
Tidak berlaku syaz pada hadith tersebut.
Tidak berlaku 'illah pada hadith tersebut.
Bagi Ibn Hajar, antara kriteria hadith sahih ialah sanad yang bersambung sanadnya, diriwayatkan oleh orang yang 'adil, dan dhabit, serta tidak terdapat kecacatan (illah) dan kejanggalan (syaz). Pandangan Ibn Hajar ini sama dengan pandangan ulama' hadith seperti Jalal al-Din al-Suyuti, Ibn al-Salah, al-Nawawi, dan Jamal al-Din al-Qasimi.
Daripada pandangan ulama' ini, jelas bahawa kriteria sesuatu hadith sahih banyak bergantung pada aspek sanad. Sekiranya sanad sesuatu hadith mempunyai kriteria sahih, maka hadith itu pun mencapai tahap sahih .
Rajah di atas menunjukkan Rasullullah S.A.W meriwayatkan hadith kepada sahabat r.a, sahabat r.a meriwayatkan hadith kepada tabi'in, tabi'in meriwayatkan hadith kepada generasi seterusnya iaitu tabi' tabi'in, seterusnya kepada seseorang yang thiqah, kepada seseorang yang thiqah hingga ke akhir sanad. Thiqah adalah gelaran bagi perawi yang adil dan dhabit.
Perawi hadith mestilah seorang yang adil, ia menjadikan sesuatu keutamaan dan syarat bagi hadith sahih. Sifat adil adalah sesuatu yang berkaitan dengan perawi hadith itu sendiri. Hal ini digunakan oleh para ulama' hadith dalam menghukum sesuatu hadith dengan melihat kepada ke'adilan perawinya selain sifat dhabitnya.
Definisi Al-'Adalah
Adil lawannya zalim. Dikatakan bahawa fulan itu adalah seorang yang adil, iaitu dia orang yang adil, menghukum dengan keadilan dan hak (kebenaran). Orang yang adil dari kalangan manusia ialah sesiapa yang diredhai (benar) kata-kata dan hukumannya.
Al-Adalah dari segi bahasa adalah sifat yang sedia ada di dalam diri seseorang, yang membawa tuan empunya diri kepada pautan taqwa dan maruah (melazimi taqwa dan menjaga maruah dan akhlaknya).
Adil mempunyai banyak pengertian, Antara maksud 'adil ialah keadilan, pertengahan, lurus, dan condong kepada kebenaran. Menurut Ibnu Hajar, maksud adil yang lebih khusus dalam konteks ini adalah taqwa, memelihara maruah, tidak berbuat dosa besar seperti syirik, tidak melakukan amalan bid'ah, dan tidak melakukan perbuatan fasik.
Perawi yang adil ialah seorang yang istiqamah. Sifat istiqamah tersebut membuatkan seseorang itu selalu melakukan perkara-perkara agama (lakukan perintah Allah S.W.T dan tinggalkan larangan-Nya, bertaqwa kepada Allah S.W.T (menjauhi dosa-dosa besar, melakukan perkara yang diperintahkan agama, tidak melakukan dosa-dosa kecil, malah menjauhkan diri dari perkara-perkara yang harus yang boleh menyebabkan maruahnya tercalar), dan menjaga harga diri (adab atau akhlak yang memandu diri manusia supaya senantiasa melakukan perkara-perkara yang utama, dan memperbaiki diri, serta jauh dari perkara yang tidak layak baginya).
Syarat bagi perawi yang adil ialah :
Islam
Hanya orang Islam yang cukup syarat sahaja diterima. Bagi orang kafir, periwayatannya tidak sekali-kali diterima. Namun, bagi orang kafir yang mendengar hadith semasa kekufurannya, setelah islamnya, dia ada meriwayatkan hadith yang didengarinya dulu, maka periwayatannya diterima.
Baligh
Budak yang belum baligh tidak diterima periwayatannya. Hal ini kerana, apabila sudah baligh, seseorang itu akan dicatat setiap amalannya, samada dia berbohong atau benar. Budak yang belum cukup umur tidak diterima riwayatnya, kerana belum cukup umur untuk menanggung dosanya sendiri dan sebagai langkah berwaspada daripada penipuan dalam periwayatan.
Berakal
Mengikut ijma' ulama', tidak diterima periwayatan dari orang yang gila. Sekiranya dia pulih sepenuhnya, barulah diterima periwayatannya.
Selamat dari sebab-sebab fasiq.
Menjauhi perkara dan amalan yang buruk dan jahat yang boleh mengakibatkannya disifatkan sebagai orang yang fasik, seperti memandang ringan dan ambil mudah dalam perkara syariat.
Menjaga maruahnya (selamat dari perkara yang menjejaskan maruahnya).
Terdapat beberapa pendapat tentang hal ini, antaranya adalah :~
Mempunyai personaliti yang baik, akhlak dan budi pekerti yang terpuji.
Memiliki sifat-sifat yang sempurna seperti berkata benar dan lain-lain.
Memiliki akhlak yang baik dalam pergaulan dengan sesiapa sahaja, bahkan baik cara berpakaiannya dan aktiviti sehariannya serta seluruh sifatnya (akhlak).
Kesimpulannya, segalanya definisi tentang menjaga maruah memberi makna yang satu, iaitu jauhi perkara yang tercela dan dikeji, dari dosa kecil mahupun dosa besar. Antara lain, contohnya ialah seperti kencing di tepi jalan dan main (bersuka ria) di tandas dan perkara lain yang perlu dijauhi untuk menjaga maruahnya.
Semua perawi hadith wajib memenuhi semua syarat al-'adalah di atas, jika tidak memenuhi salah satu daripanya atau pun separuh daripadanya, maka periwayatan seseorang perawi itu akan tertolak secara automatik.
Bagaimana disabitkan (dikenal pasti) sifat keadilan seseorang perawi
Seseorang perawi mesti mempunyai sifat adil, barulah periwayatannya diterima, jadinya, bagaimana untuk mengenali atau mengenal pasti orang yang adil dalam periwayatan hadithnya ?.
Para ulama' telah menggariskan tiga cara untuk mengenal pasti atau mensabitkan seseorang itu bersifat adil atau sebaliknya.
Masyhur dan dikenali di kalangan ahli ilmu / ulama'
Sesiapa yang terkenal di kalangan ahli ilmu, tidak perlu dipersoalkan tentang keadilannya lagi. Sebagaimana kata-kata al-Khatib al-Baghdadi : "Seseorang muhaddith yang masyhur dengan keadilannya dan thiqah serta amanah tidak memerlukan perakuan atau tazkiyyah dari para mu'addil yang lain". Contohnya seperti Anas bin Malik, Sufyan al-Thawri, Syu'bah bin Hajjaj, Aba 'Amru al-Auza'ie dan yang seumpama dengannya.
Hanya perawi yang majhul (tidak dikenali) sahaja yang perlu dipersoalkan tentang keadilannya.
Tazkiyyah (Perakuan)
Tazkiyyah dari ulama' al-Jarhu wa al-Ta'dil (penilai) yang terkenal atau dikenali keadilannya kepada sesiapa yang tidak diketahui sifat adilnya. Perakuan dari ulama' hadith yang terkenal dan masyhur sudah cukup untuk mensabitkan akan keadilan seseorang. Akan tetapi, di sini ada beberapa khilaf, ada yang berpendapat perakuan dari seorang ulama' sudah cukup, ada yang berpendapat perlukan dua orang dan ada juga yang berpendapat tiga orang. Wallahu A'lam.
Faktor-faktor Hadith Tertolak (Mardud)
Hadith yang ditolak ialah hadith yang tidak terdapat padanya syarat-syarat hadith maqbul. Ia tertolak samada disebabkan oleh diam pada sanadnya (terputus tabakat rawi sanad atau tadlis pada sanad) ataupun disebabkan oleh kecacatan kepada perawi.
Diam pada sanadnya terjadi samada secara zahir (terputus pada tabakat) ataupun secara khafi (tadlis). Manakala kecacatan kepada perawi pula disebabkan oleh sifat adalah atau dhabitnya.
Hadith yang ditolak oleh sebab kecacatan pada perawi
Maksud kecacatan pada perawi: luka atau sakit (cacat) seseorang perawi dari segi 'adalahnya, atau dhabitnya, atau kedua-duanya.
Jadual di atas menunjukkan kepada kecacatan kepada perawi dari segi keadilannya :~
.سقط من الاسناد.ظاهرمعلق
.سقط من الاسناد.
ظاهر
معلق
مرسل
مرسل
خفيمدلسمعضل
خفي
مدلس
معضل
منقطعمرسل الخفي
منقطع
مرسل الخفي
كذبفي العدالةطعن في الراوي.
كذب
في العدالة
طعن في الراوي.
تهمة بالكذب
تهمة بالكذب
الفسق
الفسق
سوء الحفظفي الضبطالجهالةالقلبالادراجكثرة الغفلة
سوء الحفظ
في الضبط
الجهالة
القلب
الادراج
كثرة الغفلة
البدعةالتحريفالتصحيفالاضطرابالزيادةمخالفة الثقاتالوهمكثرة الغلط
البدعة
التحريف
التصحيف
الاضطراب
الزيادة
مخالفة الثقات
الوهم
كثرة الغلط
Sebab-sebab kecacatan kepada perawi :~
Terdapat sepuluh sebab yang menyebabkan kecacatan kepada perawinya secara umumnya. Lima daripadanya berkaitan dengan ke'adilannya, dan lima lagi berkaitan dengan kedhabitannya (ketepatan periwayatannya).
Dalam buku "Taisir Dirasat al-Asanid oleh 'Amru 'Abdul Mun'im Salim", dinyatakan sebab-sebab kacacatan pada al-'Adalah seorang perawi ada lima iaitu :~
Disifatkan dengan berdusta
Dituduh sebagai berdusta
Dinisbahkan sebagai pemalsu (pereka) hadith
Dituduh sebagai pemalsu (pereka) hadith
Disifatkan sebagai pelaku bid'ah
Sesungguhnya disifatkan dengan berdusta atau pemalsu hadith (nombor 1 hingga 4) telah menunjukkan kepada dalil sahih (kecacatan pada adalah seseorang perawi) yang tidak boleh ditolak lagi. Contohnya adalah seperti diakui sendiri oleh perawi bahawa dia memang berdusta atau pun memalsukan hadith, dan dibuktikan sendiri oleh penilai rawi (nuqqad) dalil yang kuat kepada perbuatan dusta dan pemalsuan hadith seseorang perawi itu, dan dia mengakui mendengar dari orang yang tidak pernah bertemu dengannya (menipu), atau mengakui menyaksikan (lihat) perkara yang mustahil berlaku dan lain-lain lagi.
Contohya perawi yang pendusta :~
Contoh di atas menunjukkan bahawa Ziyad bin Maimun al-Fakihi, dikenali sebagai seorang yang berdusta dan pereka hadith. Adapun dituduh dengan berdusta (dalam periwayatan hadith), selalunya berdasarkan dalil dan bukti yang diperolehi oleh penilai rawi tentang perbuatan dusta seseorang perawi itu seperti contoh perawi yang majhul yang meriwayatkan hadith yang batil dengan sanad yang thiqah (perawinya), atau meriwayatkan hadith-hadith mawdu' (rekaan), atau meriwayatkan kisah yang terdapat di dalamnya unsur pendustaan, dan lain-lain lagi.
Disifatkan sebagai pelaku bid'ah
Bid'ah adalah perkara baru di dalam agama Islam. Disifatkan dengan atau sebagai pelaku bid'ah adalah antara sebab kecacatan pada keadilan seseorang perawi itu. Contohnya seperti pelakuy bid'ah di dalam soal ibadah dan akidah seperti golongan Syiah Rafidhah, Khawarij, mu'tazilah dan lain-lain lagi.
Jika seseorang perawi itu sangat kuat amalan bid'ahnya (bid'ah mukaffirah) seperti mengingkari rukun agama dan menyifatkan Allah S.W.T dengan sifat yang tidak sepatutnya, maka hadithnya ditolak secara mutlak dan tidak boleh dinaikkan kepada taraf hasan li ghoirihi.
Jika perawi itu seorang yang benar periwayatannya, tidak kuat dalam amalan bid'ahnya (bid'ah ghaira mukaffirah), seorang yang adil dan dhabit, maka hadithnya diterima dengan dua syarat:
Hadith itu diriwayatkan bukan semasa bid'ahnya.
Seorang yang adil dan dhabit.
Perkara yang menyebabkan kecacatan perawi dari segi sifat 'adalahnya :~
~ Pendusta ~
Hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang berdusta ini hukumnya "Mawdu'". Hadith Mawdu' haram dijadikan hujjah dan diguna pakai jika mengetahui kepalsuannya.
~ Dituduh berdusta atau mereka-rekakan ~
Hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang ditajrihkan sebagai dituduh berdusta dan mereka-reka adalah hukumnya "Matruk". Hadith Matruk taraf kedua selepas hadith mawdu'. Ia juga tidak boleh dijadikan hujjah dan dalil.
~ Fasik ~
Hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang fasik dihukum sebagai "Mungkar".
~ Ahli Bid'ah ~
Hadith yang diriwayatkan oleh ahli bid'ah hukumnya "Dhaif jiddan". Jika perawinya bid'ah mukaffirah, maka periwayatan hadith itu tidak diterima dan tidak boleh dijadikan hujjah. Jika perawinya bid'ah ghaira mukaffirah, maka periwayatannya diterima dengan bersyarat seperti diterangkan sebelumnya di atas.
~ al-Jahalah ( tidak dikenali ) ~
Hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang majhul secara 'ain dan hal, hukumnya "Dhaif".
Semua hadith yang yang diriwayatkan oleh perawi yang cacat dari segi 'adalahnya seperti di atas, hadithnya tidak boleh naik ke taraf "hasan li ghoirih", kecuali hadith oleh perawi yang majhul kerana ia berkemungkinan boleh dinaikkan taraf "hasan li ghoirih" jika perawinya ada meriwayatkan melalui jalan periwayatan lain yang lebih baik dan dikenali akan halnya (nama dan dirinya dikenali melalui penelitian ke atas riwayat lain), dan riwayat sokongan lain yang lebih baik tarafnya.
Syarat 'adalah bagi seseorang perawi ialah perkara yang wajib ada jika ingin meriwayatkan sesuatu hadith, kerana syarat 'adalah berkaitan dengan akidah, akhlak dan agama seseorang perawi itu. Berlainan dengan syarat dhabit ( berkenaan ketepatan periwayatan seseorang perawi ), kerana dhabit adalah berkaitan dengan ketepatan periwayatan (hafalan hadith dan periwayatan melalui kitab dengan tepat) dan tidak berkaitan dengan perkara akidah, akhlak dan agama seseorang perawi itu.
Melalui penelitian kepada Pembahagian al-Jarhu wa al-Ta'dil dalam Kitab Takrib al-Tahzib oleh Ibnu Hajar, Hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang kurang adil semuanya tidak boleh dinaik taraf dan ditolak hadithnya, (dari kalangan 10-12), kecuali perawi yang "majhul hal" (dhaif), ia boleh dinaik taraf sehingga maqbul jika perawinya ada meriwayatkan melalui jalan periwayatan lain yang lebih baik dan dikenali akan halnya (nama dan dirinya dikenali melalui penelitian ke atas riwayat lain), dan riwayat sokongan lain yang lebih baik tarafnya.
Melalui penelitian kepada Pembahagian al-Jarhu wa al-Ta'dil dalam Kitab Takrib al-Tahzib oleh Ibnu Hajar, Hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang kurang adil semuanya tidak boleh dinaik taraf dan ditolak hadithnya, (dari kalangan 10-12), kecuali perawi yang "majhul hal" (dhaif), ia boleh dinaik taraf sehingga maqbul jika perawinya ada meriwayatkan melalui jalan periwayatan lain yang lebih baik dan dikenali akan halnya (nama dan dirinya dikenali melalui penelitian ke atas riwayat lain), dan riwayat sokongan lain yang lebih baik tarafnya.
Contohnya: hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi yang suka berdusta atau dikenali sebagai pendusta di kalangan ulama' hadith, hadith riwayatnya dihukumkan sebagai hadith mawdu' ( hadith rekaan ), manakala hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang kurang dhabit, hanya dihukumkan dengan "dhaif" , akan tetapi jika ia menyalahi riwayat yang lebih thiqah atau lebih baik daripadanya, barulah dihukumkan sebagai "mungkar" dan tidak diguna pakai periwayatannya dan kita perlu mengambil riwayat yang lebih thiqah daripadanya.
" Seseorang perawi akan dinilai dari sudut keadilannya, sekiranya cacat dari segi 'adalahnya (Ahli bid'ah (bid'ah Mukaffirah), pendusta, majhul al-'Ain dan lain-lain) maka, periwayatannya tidak akan diterima sama sekali dan hadithnya tidak boleh dijadikan hujjah dan dinaikkan taraf.
Al-Jahalah
Jahalah al-Hal
Jahalah al-'Ain
Jahalah al-Hal
Ia bermaksud perawi yang dikenali dirinya (ada maklumat tentang namanya, tahun lahir, asalnya dan lain-lain) tetapi tidak disebutkan padanya al-Jarhu dan al-Ta'dilnya (tiada seorang pun yang mengkritiknya), walaupun periwayatan nas (hadith) daripadanya oleh seorang, dua orang atau tiga orang perawi.
Perawi yang "jahalah al-Hal" (tidak dikenali dari sudut al-Jarhu wa al-Ta'dil) juga termasuk dalam golongan yang sering diberikan ta'dil yang tidak mu'tabar oleh ulama' yang terkenal dengan menta'dilkan atau menthiqahkan perawi yang majhul dan tasahul ( mudah ) dalam menthiqahkan perawi, seperti Ibnu Hibban.
Jika Ibnu Hibban sahaja yang menthiqahkan seseorang perawi selepas diteliti al-Jarhu wa al-Ta'dilnya, maka perawi tersebut tergolong dalam golongan yang majhul hal.
Kaedah dalam periwayatan sanad yang diguna pakai oleh Ibnu Hajar dan ulama lain dalam hal perawi yang majhul hal adalah :~
"Tidak diterima penta'dilan yang dibuat secara mutlak (yang dita'dilkan hanya melalui gambaran zahir perawi, tetapi bukan dari sudut al-jarhu wa al-ta'dilnya (dalamannya))".
Hukum Majhul al-Hal
Ditolak periwayatan hadithnya dan hadithnya adalah termasuk hadith yang dhaif.
Contoh perawi yang majhul hal :~
Contoh di atas menerangkan tentang Ishak bin Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib, ada tiga orang perawi yang meriwayatkan daripadanya, iaitu Isma'il bin 'Abdullah bin Ja'afar, Kathir bin Zaid al-Aslamy, dan Abu Bakar Umar bin Abdul Rahman bin Abdullah bin 'Umar bin al-Khattab, akan tetapi Ishak bin Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib tiada maklumat tentang jarhu wa ta'dilnya, maka dia termasuk dalam perawi majhul hal. Maka, Ibnu Hajar menaqadkan Ishak bin Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib sebagai "Mastur" dalam kitab Takrib al-Tahzib.
Contoh lain :~
Nabhan al-Makhzumi, ada dua orang yang meriwayatkan daripadanya, iaitu Imam al-Zuhri, dan Muhammad bin Abul Rahman. Dia pula dithiqahkan oleh Ibnu Hibban dalam kitabnya "al-Thiqqat". Jadi, tidak diterima ta'dilnya dari Ibnu Hibban dan perawi ini, Nabhan al-Makhzumi tergolong dalam perawi yang majhul hal. Maka, Ibnu Hajar menaqadkan Nabhan al-Makhzumi sebagai "Maqbul" dalam kitab Takrib al-Tahzib.
Beza "Maqbul" dan "Mastur" yang dinaqadkan ke atas perawi majhul hal oleh Ibnu Hajar dalam kitab Takrib al-Tahzib ialah :~
"Maqbul" adalah perawi yang meriwayatkan sedikit hadith, tetapi riwayatnya (hadithnya) tidak diabaikan, dan perawinya boleh naik taraf sampai ke taraf "maqbul" jika ada mutaba'at lain yang menyokong, jika tidak ada, maka hukumnya menjadi "Layyinu al-Hadith". Layyinu al-Hadith bermakna perawi tersebut ditajrihkan, tetapi hadisnya di tulis, dan tidak boleh berhujah dengannya, hanya boleh dipakai sebagai i'tibar sahaja.
Istilah "Maqbul" sering digunakan oleh Ibnu Hajar kepada sesiapa (perawi) yang tidak ada maklumat tentang jarhu wa ta'dilnya, tetapi dithiqahkan oleh Ibnu Hibban dan al-'Ajali.
"Mastur" (terlindung), pula adalah hukum khusus ke atas perawi yang tiada ta'dil dan jarhu ke atasnya dari sesiapa pun.
Jahalah al-'Ain
Bermaksud perawi yang hanya diriwayatkan hadithnya oleh seorang perawi sahaja berseorangan dalam periwayatannya), dan tiada maklumat tentang jarhu wa ta'dilnya, dan ditambah lagi tiada maklumat tentang kewujudan dirinya (nama, asal, tempat tinggal dan lain-lain) dan tidak dikenali.
Jahalah al-'Ain adalah seperti pengertian di atas, namun bukan semua yang berseorangan dalam periwayatan (seorang sahaja yang meriwayatkan daripadanya), dan tidak ada maklumat akan jarhu wa al-ta'dilnya, hukumnya majhul 'Ain, ia boleh menjadi majhul hal jika ada diketahui atau dikenali dirinya dan sabit akan kewujudannya.
Beza di antara Jahalah al-'Ain adan Jahalah al-Hal
Beza di antara Jahalah al-'Ain adan Jahalah al-Hal ialah tidak hanya khusus kepada bilangan riwayat daripadanya, tetapi juga dengan bukti yang menunjukkan kepada kewujudannya (maklumat dirinya dan dikenali).
" Setiap perawi yang diriwayatkan darinya dua orang (riwayat), telah terangkat (bebas) dari hukum Majhul 'Ain, dan bukan semua yang meriwayatkan darinya seorang perawi (berseorangan dalam periwayatan) adalah majhul 'Ain "
Antara sebab Majhul 'Ain ialah kesilapan pada namanya (kesilapan ejaan atau tulisan ketika ditulis namanya dan dalam proses periwayatan). Kita hanya boleh mengetahui kesilapan ini dengan membuat perbandingan dengan riwayat lain. Contohnya :~
Contoh di bawah menunjukkan kepada Salam bin Basyir (perawi majhul 'Ain), yang nama sebenarnya ialah Salm bin Basyir, namanya silap ketika periwayatan sehingga dia tidak dikenali dirinya (majhul 'Ain).
Hukum Majhul 'Ain
Hukumnya hadithnya adalah dhaif jiddan dan tidak boleh dinaik taraf dan tidak boleh dikuatkan oleh syawahid dan mutaba'at. Hal ini berbeza dengan Majhul Hal atau pun Mastur yang boleh dinaikkan taraf jika ada mutaba'at dan syawahid yang menguatkan riwayatnya. Ini kerana jahalah al-Hal adalah di antara sebab dhaif secara andaian, apabila adanya sokongan kepada riwayatnya, ini boleh menapung kedhaifannya, dan boleh diangkat hadithnya sehingga ke taraf hasan.
Ibham
Ibham adalah nama yang disebut secara umum dan merupakan jenis-jenis dari jahalah al-'Ain. Contoh ibham (sebutan secara umum) adalah seperti (dari fulan), (dari seorang lelaki dari Thafawah) dan (telah menceritakan kepadaku seorang lelaki).
Hukum hadith riwayatnya juga adalah dhaif jiddan.
Contoh di atas menunjukkan kepada misal ibham dalam sanad yang perawinya disebutkan secara umum dan tidak dikenali siapa. Maka hadith di atas adalah dhaif jiddan dan tidak boleh dinaik taraf.
Ibham Sahabi
Ibham sahabi adalah ibham dari sahabat Nabi S.A.W, seperti contoh :~
(dari seorang lelaki dari kalangan sahabat), (dari seorang lelaki yang mendengar dari Nabi S.A.W), dan seumpamanya yang riwayatkan dari sahabat Nabi namun tidak diketahui siapa oleh sebab sebutan yang umum tentang diri perawi dari kalangan sahabat.
Ibham jenis ini diterima riwayatnya dan tiada persoalan padanya kerana kita bersandarkan kepada kaedah "Semua sahabat Nabi S.A.W adalah adil" dan "Jahalah pada sahabat tidak cacat (menncacatkan riwayat, kerana sahabat semuanya adil".
Ta'dil atas Perawi Ibham
Menghukumkan thiqah kepada perawi yang ibham, contohnya seperti :~
(telah menceritakan kepadaku seorang lelaki yang thiqah), (telah menkhabarkan kepadaku si thiqah).
Hukum riwayat hadith seperti ini juga adalah tidak boleh diterima. Hal ini kerana mungkin perawi yang thiqah tersebut hanya thiqah bagi orang yang mengambil hadith darinya, tetapi tidak thiqah (dhaif) di sisi ulama' dan orang lain.
Contohnya :~
Contoh yang ada di atas adalah riwayat yang mengatakan (telah dikhabarkan kepada kami seorang yang thiqah), Akan tetapi, rupanya dia adalah Ibrahim bin Abi Yahya (matruk hadith) yang terkenal dengan seorang pendusta dan pereka-reka hadith (pemalsu hadith).
Riwayat Seorang yang thiqah daripada perawi yang majhul
Adapun riwayat seorang yang thiqah daripada seorang perawi yang majhul, maka riwayat itu akan bebas (diangkat dari dhaif), dan pasti (sabit) bahawa perawi yang majhul tersebut adalah seorang yang adil dan dhabit.
Contohnya :~
Contoh di atas menerangkan tentang Yahya bin Sa'id dan Abdul Rahman bin Mahdi, kedua-duanya terkenal dengan riwayat yang thiqah dan hanya meriwayatkan hanya dari seorang yang thiqah, maka periwayatannya (hadithnya) diterima dan boleh dijadikan hujah dan ini telah mengangkat darjat perawi majhul yang hadithnya diriwayatkan oleh kedua tokoh besar ini kepada seorang yang thiqah (adil dan dhabit).
Akan tetapi, riwayat seorang yang thiqah daripada seorang yang tidak thiqah (terkenal dengan kedhaifannya), tidak boleh dikuatkan juga riwayatnya. (Ibnu Abi Hatim dalam Kitab al-Jarhu wa al-Ta'dil).
Kaedah al-'Allamah Ahmad Syakir dalam berhujah dengan periwayatan perawi Mastur
Rumusan dari kaedah tersebut adalah "Sesungguhnya perawi yang tidak disebutkan padanya jarhu dan ta'dilnya (mastur), dan disebutkan oleh Ibnu Hibban dalam kitabnya (al-thiqqat), dan juga disebutkan oleh Bukhari dalam kitab al-Tarikh al-Kabir, dan didiamkan padanya, maka perawi itu adalah thiqah". Contohnya :~
Perawi yang menjadi subjek kajian adalah Musa bin Umran bin Mannah, dia dinaqadkan sebagai thiqah oleh al-'Allamah Ahmad Syakir kerana dia adalah seorang yang tidak terkenal (mastur atau majhul), dan disebutkan oleh Ibnu Hibban dalam kitab "thiqqat"nya, dan Imam Bukhari dalam kitab al-Tarikh al-Kabir. Maka riwayatnya adalah thiqah dan diterima.
Kaedah al-'Allamah al-Albani dalam mentauthiqkan dengan periwayatan perawi Mastur
Kaedah oleh Imam al-Albani sama seperti Imam Ahmad Syakir, akan tetapi berbeza sedikit dari segi penelitian ke atasnya (rawi mastur).
Rumusan dari kaedah tersebut adalah, "Sesiapa yang dithiqahkan oleh Ibnu Hibban dan diriwayatkan darinya kebanyakkan perawi yang thiqah, dan tidak ada yang sebab yang mungkar padanya, maka dia adalah suduk dan dan boleh berhujah dengan hadithnya.
Riwayat daripada perawi yang mastur tidak boleh dinaikkan taraf ke darjat 'suduk", kecuali ada perawi yang meriwayatkan daripadanya arif tentang jarhu wa ta'dil dan dia tidak meriwayatkan dari yang thiqah sahaja.
Contoh hadith yang cacat dari segi al-'Adalah Rawi
(5682) حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ الْحَمِيدِ الْغَضَائِرِيُّ ، قَالَ : ثَنَا أَبُو إِبْرَاهِيمَ التَّرْجُمَانِيُّ ، ثَنَا عَمْرُو بْنُ جُمَيْعٍ ، عَنْ جُوَيْبِرٍ ، عَنِ الضَّحَّاكِ ، عَنِ النَّزَّالِ ، عَنْ عَلِيٍّ ، عَنِ النَّبِيِّ أَنَّهُ قَالَ : تَزَوَّجُوا وَلا تُطَلِّقُوا ، فَإِنَّ الطَّلاقَ يَهْتَزُّ مِنْهُ الْعَرْشُ "
Maksudnya : "Telah diceritakan kepada kami 'Ali bin Abdil Hamid al-Ghadhairi, berkata: telah diceritakan kepada kami Abu Ibrahim al-Tarjumani, telah diceritakan kepada kami Amru bin Jumai', dari Juwaibir, dari Dhahhak, dari Nazzal, dari 'Ali, dari Nabi s.a.w, Sesungguhnya Baginda bersabda : " Berkahwinlah dan jangan menjatuhkan talak, kerana talak itu menggegarkan 'Arasy"
Hadith ini mawdu' kerana salah seorang perawinya adalah pendusta (kazzab) iaitu 'Amru bin Jumai'. Ia haram dijadikan hujjah, dan dalil serta tidak boleh dinaikkan taraf.
Kesimpulan
Al-'Adalah adalah antara sebab penolakan hadith yang berkaitan dengan perawi sesuatu hadith. Sifat 'adil seseorang perawi itu amat penting dalam menjamin kesahihan sesuatu hadith di samping bersambungnya sanad, diriwayatkan oleh perawi yang adil, diriwayatkan oleh perawi yang dhabit, tidak berlaku syaz dan tidak berlaku 'illah pada sesuatu hadith.
Sesuatu hadith boleh ditolak apabila berlaku kecacatan perawi dari segi sifat 'adalahnya seperti pendusta, dituduh berdusta atau mereka-rekakan hadith, fasik , ahli bid'ah, dan lain-lain lagi.
Jadi, penting untuk kita mengetahui tentang keadilan seseorang perawi dari segenap sudut terutama sekali apabila adanya kecacatan pada perawi dan hukum hadith yang diriwayatkan olehnya seperti yang telah dibincangkan dan diterangkan dengan panjang lebar di atas.
Dengan ini, semoga kita semua akan mendapat faedah dan manfaat serta dapat mendalami akan sifat 'adalah seseorang perawi selain sifat lain yang berkaitan dengan seseorang perawi dalam sanad sesuatu hadith demi menjaga kesahihan hadith-hadith Nabi S.A.W yang kita akan gunakan sebagai dalil, hujjah, serta panduan dalam kehidupan kita seharian.
Insya-Allah.
Rasullullah s.a.w
Sahabat
Tabi'in
Tabi' Tabi'in
Thiqah
Thiqah