Pembinaan negara bangsa di malaysiaFull description
INDONESIAN FROM
kertas3Full description
kertas3Full description
sekadar berkongsi ilmu
Skema Jawapan Pembinaan Negara Dan Bangsa Yang Merdeka _ Nota Sejarah
soalanFull description
bahagia
bahagia
nnnnnnnnnn
proses pembentukan bangsa dan negaraFull description
PEMBINAAN NEGARA BANGSA - SJH 1044 (MEI 2014) Bahagian A 1. Jelaskan ciri-ciri asas yang membentuk Negara bangsa. 2. Pengenalan Malayan Union mendapat tentangan daripada orang-orang Melayu. Berikan sebab mengapa Malayan Union ditentang oleh orang-orang Melayu. Nyatakan kepentingan kontrak sosial dalam pembinaan negara bangsa. 3. Kemukakan unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan yang dapat menjamin keutuhan perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia. 4. Kabinet ialah badan tertinggi yang menjalankan kuasa eksekutif ndalam sistem pemerintahan negara. Nyatakan peranan dan tugas kabinet. 5. Perlembagaan mengandungi satu set peraturan tentang hak, kuasa dan undangundang yang mengawal dan memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang lain dan juga antara autoriti dengan rakyat awam. Huraikan tujuan perlembagaan. 6. Perpaduan menjadi kunci utama ke arah kemajuan dan kejayaan sesebuah negara seperti Malaysia. Jelaskan bagaimana perpaduan menjadi cabaran utama dalam proses pembinaan negara bangsa? 7. Nyatakan objektif pengenalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada 1971 yang dianggap sebagai usaha mewujudkan perpaduan dan integrasi kaum di Malaysia. 8. DEB bermatlamat serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. 9. Jelaskan usaha pembasmian yang telah dilaksanankan melalui dasar tersebut. 10. Cabaran pembinaan Negara bangsa semakin sukar pada era globalisasi. Jelaskan peranan dan fungsi institute keluarga dalam menghadapi cabaran tersebut. Bahagian B 1. Konsep satu negara bangsa mempunyai makna yang luas kerana konsep itu merujuk kepada sebuah negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh ikatan perkauman yang sempit, daerah, keturunan, agama, bahasa dan budaya yang berlainan.
Perincikan faktor-faktor utama yang menjadi pemangkin kepada pembentukan negara bangsa. 2. Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia memperuntukkan peranan YDPA dan Majlis Raja-raja. Analisiskan bidang kuasa YDPA. 3. Pada pandangan anda, mengapakah isu penjagaan alama sekitar penting dalam pendidikan lestari dan nyatakan langkah-langkah penjagaan alam sekitar yang telah dilaksanakan oleh kerajaan. Bahagian C 1. Proses pembentukan negara bangsa Malaysia bermula pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ulaskan penyataan di atas, dengan mengupas ciri-ciri negara bangsa pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. 2. Rukun Negara diperkenalkan sebagai satu ideology ke arah perpaduan kaum di Malaysia. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas. Berikan alasan anda. 3. Globalisasi merupakan satu cabaran terhadap pembinaan dan pengukuhan negara bangsa. Negara bukan sahaja
berhadapan dengan cabaran dalaman tetapi juga
pengaruh luar. Bahaskan bagaimana globalisasi memberi kesan kepada pembinaan dan pengukuhan negara bangsa Malaysia.
KETAMADUNAN MANUSIA - SJH 1054 (MEI 14) Bahagian A 1. Nyatakan empat faktor pembentukan tamadun awal manusia yang bermula di lembah-lembah sungai. 2. Penciptaan tulisan dalam tamadun awal manusia merupakan satu pencapaian yang besar kepada manusia untuk menghadapi cabaran kehidupan yang semakin kompleks. Jelaskan dua pengaruh perkembangan sistem tulisan dalam tamadun awal manusia.
3. Kebanyakan tamadun awal mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Senaraikan empat peranan utama raja dalam sistem pemerintahan tamadun awal. 4. Terangkan dua cara pemilihan khalifah pada zaman pemerintahan Khulafa Rasyidin. 5. Jelaskan maksud konsep ketahanan dan pertahanan dalam sistem pertahanan tamadun manusia. 6. Masyarakat tamadun Mesir bergantung sepenuhnya kepada kegiatan pertanian untuk menggerakkan sistem ekonomi mereka. Huraikan dua faktor yang menyebabkan aktiviti pertanian berkembang pesat dan menjadi kegiatan ekonomi utama di Mesir. 7. Pendidikan amat penting dalam Tamadun China, malahan masyarakat Cina dalam tamadun tersebut sangat menghormati golongan intelektual. Jelaskan dua matlamat pendidikan dalam Tamadun China. 8. Sistem penyampaian ilmu pengetahuan telah berkembang pesat di alam Melayu selepas kedatangan Islam. Terangkan 2 institusi utama yang berperanan sebagai pusat penyampaian ilmu pengetahuan di alam Melayu selepas kedatangan Islam. 9. Penjelajahan
dan
penerokaan
telah
membawa
dimensi
dalam
sejarah
perkembangan tamadun manusia. Berikan 4 implikasi positif penjelajahan dan penerokaan terhadap tamadun manusia. 10. Seni Bina boleh didefinisikan sebagai kecepkapan merancang dan membuat bangunan yang indah sesuai dengan tujuan, maksud dan idea untuk pembinaannya. Dalam tamadun awal, seni bina sering melambangkan pencapaian sesuatu tamadun dari segi fizikal dan teknologi. Jelaskan 2 unsur yang terdapat dalam seni bina Eropah. Bahagian B 1. Dakwah dan penyebaran agama Islam oleh Nabi Muhammad s.a.w. selama 13 tahun di kota Mekah telah menimbulkan penentangan masyarakat Quraisy. Perincikan faktor-faktor utama yang menyebabkan penentangan masyarakat Quraisy terhadap penyebaran dakwah Islam di kota Mekah. 2. Sejarah pendidikan bermula sejak kewujudan manusia, namaun begitu bentuk corak sistem pendidikan berbeza mengikut masa, tempat dan adat resam sesuatu masyarakat. Berdasarkan penyataan di atas, bandingkan dasar pendidikan tamadun China dengan Tamadun Mesopotamia.
3. Tamadun Indus telah banyak mencapai kemajuan yang besar dalam seni bina. Kebanyakan
seni
binanya
dipengaruhi
oleh
agama
yang
menjadi
anutan
masyarakatnya pada ketika itu. Buat analisis, bagaimanakah faktor agama telah mempengaruhi cirri-ciri seni bina dalam Tamadun Indus.
Bahagian C 1. Sejak zaman Neolitik, manusia telah cuba untuk menyesuaikan diri dengan unsurunsur kehidupan dalam persekitaran mereka. Zaman ini juga dikenali sebagai zaman
revolusi
pertanian
kerana
perkembangan
kegiatan
pertanian
dan
penternakan binatangnya. Sejauh manakah revolusi pertanian menjadi titik tolak kepada kemunculan tamadun awal manusia. 2. Dakwah dan penyebaran agama Islam oleh Nabi Muhammad s.a.w. selama 13 tahun di kota Mekah telah menimbulkan penentangan masyarakat Quraisy. Perincikan faktor-faktor utama yang menyebabkan penentangan masyarakat Quraisy terhadap penyebaran dakwah Islam di kota Mekah. 3. Perkembangan sistem pendidikan formal dalam tamadun awal manusia dipengaruhi oeleh beberapa faktor utama. Bahaskan.
SEJARAH MALAYSIA MODEN - SHJ 1064 (MEI 2014) Bahagian A 1. Nyatakan empat kesan pendudukan Jepun yang memupuk semangat kebangsaan dalam kalangan orang-orang Melayu pada zaman pendudukan Jepun. 2. Nyatakan empat ciri pejuang-pejuang kemerdekaan yang dikategorikan sebagai golongan kiri dan radikal. 3. Senaraikan empat ciri Rancangan Malayan Union yang ditentang oleh orang-orang Melayu. 4. Bandingkan empat perbezaan perlembagaan Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu 1948. 5. Senaraikan empat strategi bukan ketenteraan yang digunakan bagi membasmi pemberontakan Komunis pada zaman darurat. 6. Tindakan utama yang diambil oleh pihak British dalam membasmi pemberontakan komunis ialah melalui tindakan ketenteraan yang bersifat kolektif. Senaraikan empat langkah yang diambil oleh kerajaan British melalui tindakan tersebut. 7. Nyatakan dua cadanagan yang dikemukakan melalui Laporan Barnes untuk menyusun sistem pendidikan di Persekutuan Tanah Melayu.
8. Cadangkan penubuhan Persekutuan Malaysia telah mendapat sokongan daripada para pemimpin negeri-negeri yang terlibat. Jelaskan 2 sebab penubuhan Malaysia yang mendapat sokongan ramai. 9. Senaraikan empat memorandum Parti perikatan kepada Suruhanjaya Reid semasa penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. 10. Senaraikan empat faktor yang mewujudkan bibit-bibit awal masalah hubungan antara kaum yang mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969.
Bahagian B 1. Penerapan nilai-nilai budaya, bahasa dan pendidikan Jepun melalui Dasar Niponisasi merupakan satu usaha untuk membentuk “Lingkungan Kemakmuran Asia Timur Raya.” Buat analisis mengenai Dasar Niponisasi yang dilaksanakan dalam bidang pendidikan di Tanah Melayu semasa pendudukan Jepun pada tahun 19411945. 2. Buktikan keberkesanan operasi memerangi Parti Komunis Malaya oleh kerajaan Persekutuan melalui taktik bukan ketenteraan. 3. Kerjasama di antara parti-parti polittik dikatakan telah berjaya memberi sumbangan ke arah perjuangan berkerajaan sendidri di Tanah Melayu pada tahun 1957. Perincikan pernyataan di atas yang mengaitkan kerjasama tersebut sejak tahun 1951 sehingga mencapai saat kemerdekaan. Bahagian C 1. Pada 1 Februari 1948, telah ditubuhkan Persekutuan Tanah Melayu untuk menggantikan Malayan Union yang telah dibubarkan akibat penentangan daripada orang-orang
Melayu.
Huraikan
perubahan
yang
telah
dilaksanakan
dalam
penggubalan Persekutuan Tanah Melayu. 2.
“Pada tahun 1948 PKM telah melakukan pemberontakan bersenjata. Kerajaan British mendapati mereka berdepan dengan ‘perang’ yang tidak dapat dimenangi dalam satu malam” Cheah Boon Kheng, Malaysia: The Making of a Nation, 2004. Perincikan langkah-langkah ketenteraan yang diambil bagi memerangi aktiviti PKM sepanjang tahun 1948-1960?
3. Persekutuan Malaysia yang merupakan penggabungan antara Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura telah berjaya ditubuhkan impian untuk membentuk Persekutuan Malaysia sebagai sebuah negara baru yang aman telah melalui beberapa ancaman dalaman dan luaran. Bincangkan pernyataan di atas.