MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN MODEL INKUIRI-KREATIVITI
CHUZAIRY BIN HANRI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN MODEL INKUIRI-KREATIVITI
CHUZAIRY BIN HANRI
Tesis ini dikemukakan Sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Oktober 2013
MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN MODEL INKUIRI-KREATIVITI
CHUZAIRY BIN HANRI
Tesis ini dikemukakan Sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Oktober 2013
ii
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya
Tandatangan Nama Penulis Tarikh
: : :
iii
Untuk ibu dan ayah atas doa, harapan dan titisan kasih saying Untuk isteri atas sokongan dan pengorbanan Untuk penyelia atas segala ilmu dan tunjuk ajar
iv
Penghargaan
Bersyukur ke hadrat ALLAH kerana dengan izinNya sa ya telah dapat menyempurnakan tesis ini. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat.
Penulis ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada pen yelia disertasi PM. Dr. Mohammad Yusof bin Hj. Arshad yang tidak jemu-jemu memberikan bimbingan dan tunjuk ajar serta nasihat yang berguna.
Penghargaan ditujukan buat isteri dan ahli keluarga tercinta yang tetap memberikan sokongan dalam menempuh cabaran dan dugaan sepanjang menyiapkan tesis ini.
Penghargaan juga ditujukan kepada Pengetua, rakan-rakan guru dan semua pelajar dari sekolah menengah di daerah Kota Tinggi yang terlibat dalam kajian ini. Tidak lupa juga kepada para sahabat yang sentiasa memberi sokongan moral sepanjang tempoh menyiapkan disertasi ini. Semoga Allah memberi sebaik-baiknya ganjaran dan balasan di atas sumbangan yang diberikan.
v
Abstrak
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji pengamalan pengajaran guru dalam menggalakkan kreativiti dan membina modul bagi membantu guru dalam menggalakkan kreativiti pelajar. Bagi mencapai tujuan ini, kajian deskriptif dilaksanakan secara kualitatif dan kuantitatif dalam dua fasa. Kajian Fasa I mengkaji amalan pengajaran guru dalam menggalakkan kreativiti dan masalah pengajaran guru yang boleh menghalang penggalakan kreativiti pelajar. Bagi mencapai tujuan tersebut, lima orang guru daripada daerah Kota Tinggi dicerap pengajaran mereka. Cerapan kelas direkod, ditranskrip, dikod dan dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif melalui statistik deskriptif. Dapatan kajian Fasa I mendapati guru kurang menggalakkan kreativiti pelajar. Guru lebih banyak mengawal pembelajaran pelajar, aktiviti sumbang saran idea kurang dijalankan dan guru hanya memfokuskan kepada idea yang betul sahaja, pembelajaran pelajar lebih banyak melalui penerangan dan aktiviti pengajaran adalah lebih berpusatkan guru. Dalam kajian Fasa II, Modul Kimia Kreatif telah dibina berdasarkan kepada dapatan kajian Fasa I dan digunakan di dalam pengajaran untuk diuji keberkesanannya. Modul Kimia Kreatif dibina berdasarkan kepada Model Inkuiri-Kreativiti yang mengandungi empat fasa iaitu Fasa Permulaan, Fasa Eksplorasi, Fasa Pengukuhan dan Fasa Aplikasi dan diuji kepada lima orang guru. Dengan menggunakan modul, pengajaran guru semakin baik. Guru lebih cenderung memberikan kebebasan kepada pelajar untuk meneroka dan mengawal sendiri pembelajaran mereka. Aktiviti sumbang saran idea dijalankan dengan lebih baik dan dijalankan dengan lebih kerap. Pembelajaran pelajar melalui pengalaman meningkat dan aktiviti pengajaran guru lebih banyak berpusatkan pelajar. Respon daripada pelajar menunjukkan pelajar semakin kreatif dengan merangka sendiri eksperimen dan membina sendiri pengetahuan mereka. Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberikan implikasi untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran kimia khususnya dalam menggalakkan daya kreativiti pelajar.
vi
Abstract
This research was conducted to investigate teachers ’ teaching practices in nurturing creativity and developing module in helping them nurturing students ’ creativity. To achieve those objectives, a descriptive study was conducted qualitatively and quantitatively in two main phases. Phase I was conducted to investigate teachers’ teaching practices in nurturing creativity and problems that inhibit the process of nurturing students’ creativity. Five teachers from Kota Tinggi district were observed to achieve the objective. Class observation was recorded, transcribed, coded and analysed qualitatively and quantitatively through descriptive statistics. The findings of the Phase I study showed that teachers did not encourage students' creativity. Teachers tend to control students' learning, brainstorming activities were not much conducted and teachers only focused on the right ideas, students’ learning process was more towards learnin g through teacher’s explanation and teachers’ teaching activities were more towards teacher-centered. Those findings were then used as a basis to develop Chemistry Creative Module. In Phase II of the study, Chemistry Creative Module was developed based on findings of the Phase I study and used in teaching to test its effectiveness. Chemistry Creative Module was developed based on the Inquiry-Creativity Model that contains four phases which were Engagement Phase, Exploration Phase, Enhancement Phase and Application Phase and tested on five teachers. By using these modules, teachers ’ teaching practice was improved. Teachers tend to give freedom for students to investigate an d control their own learning. Brainstorming activities were improved and done more frequent. Students' learning through experience had increased and teachers ’ teaching activities were more towards student-centered. Student s’ responses showed that they had become more creative by designing their own experiment and construct their own knowledge. The findings of this study are hoped to give an impact to enhance teaching and learning chemistry effectiveness especially in nurturing students ’ creativity.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB
TAJUK Pengakuan Dedikasi Penghargaan Abstrak Abstact Isi Kandungan Senarai Jadual Senarai Rajah Senaran Singkatan Senarai Lampiran
1
2
PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Sistem Pendidikan yang Berorientasikan Peperiksaan 1.3 Pengajaran Sains secara Tradisional 1.4 Kreativiti dalam Sains 1.5 Penggalakkan Kreativiti dalam Sains 1.5.1 Pemikiran Kreatif 1.5.2 Penggalakkan Kreativiti secara Inkuiri 1.6 Pernyataan Masalah 1.7 Objektif Kajian 1.8 Persoalan Kajian 1.9 Kerangka Konsep 1.10 Kepentingan Kajian 1.11 Skop Kajian 1.12 Definisi Operasi 1.13 Rumusan KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 2.2 Konsep Kreativiti 2.2.1 Definisi Kreativiti 2.2.2 Jenis Kreativiti 2.2.3 Ciri-ciri Kreativiti 2.3 Strategi Pengajaran yang Menggalakkan Kreativiti
MUKA SURAT ii iii iv v vi vii xi xiii xiv xv
1 2 3 5 7 7 8 10 11 11 12 14 14 15 16
17 17 18 19 21 21
viii
2.4 2.5
2.6
2.7
2.8 2.9 2.10 3
2.3.1 Keseimbangan antara Kawalan Guru dan Kebebasan Pelajar 2.3.2 Aktiviti Sumbang Saran Idea 2.3.3 Pembelajaran Melalui Pengalaman 2.3.4 Pengajaran Berpusatkan Pelajar Masalah yang Menghalang Penggalakkan Kreativiti Topik Elektrokimia dan Asid dan Bes 2.5.1 Topik Elektrokimia 2.5.2 Topik Asid dan Bes Strategi Penggalakkan Kreativiti dalam Sains 2.6.1 Seni dalam Sains 2.6.2 Penggunaan Teknologi 2.6.3 Penggunaan Pendekatan Inkuiri 2.6.4 Perbandingan Strategi Penggalakkan Kreativiti dalam Sains Pengajaran secara Inkuiri 2.7.1 Tahap Inkuiri 2.7.2 Model BSCS5E 2.7.3 Model Kerangka Inkuiri 2.7.4 Model Arends 2.7.5 Perbandingan Antara Model-Model Inkuiri Proses Kreatif Pembinaan Model Inkuiri-Kreativiti Rumusan
METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 3.2 Rekabentuk Kajian 3.3 Kajian Fasa I 3.3.1 Cerapan Kelas Fasa I 3.3.2 Sampel Kajian Fasa I 3.3.3 Analisis Data Fasa I 3.4 Kajian Fasa II 3.4.1 Proses Pembangunan Modul 3.4.2 Pentadbiran Modul 3.4.3 Sampel Kajian Fasa II 3.4.4 Instrumen Kajian Fasa II 3.4.5 Analisis Data Fasa II 3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan Kajian 3.6 Rumusan
23 23 24 25 25 28 29 31 32 32 34 35 35 37 38 40 41 42 43 45 48 50
51 51 52 52 53 54 54 54 55 57 58 59 61 61
ix
4
KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN 4.1 Pengenalan 4.2 Penggalakkan Kreativiti di dalam Kelas Kimia 4.2.1 Keseimbangan antara Kawalan dan Kebebasan Sebelum Penggunaan Modul 4.2.2 Sumbang Saran Idea Sebelum Penggunaan Modul 4.2.3 Pembelajaran Melalui Pengalaman Sebelum Penggunaan Modul 4.2.4 Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Sebelum Penggunaan Modul 4.2.5 Kesimpulan Penggalakkan Kreativiti Pelajar 4.3 Modul Kimia Kreatif 4.4 Model Pengajaran Inkuiri-Kreativiti 4.5 Pembangunan Modul Kimia Kreatif bagi Topik Elektrokimia 4.5.1 Subtopik Elektrolit dan Bukan Elektrolit 4.5.2 Subtopik Elektrolisis Sebatian Lebur 4.5.3 Subtopik Elektrolisis Larutan Akueus 4.5.4 Subtopik Elektrolisis dalam Industri 4.5.5 Subtopik Sel Voltan 4.5.6 Subtopik Siri Elektrokimia 4.6 Pembangunan Modul Kimia Kreatf bagi Topik Asid dan Bes 4.6.1 Subtopik Menganalisis Sifat-Sifat Asid dan Bes 4.6.2 Subtopik Mensintesiskan Konsep Asid Kuat, Asid Lemah, Alkali Kuat dan Alkali Lemah 4.6.3 Subtopik Menganalisis Kepekatan Asid dan Alkali 4.6.4 Subtopik Menganalisis Peneutralan 4.7 Rumusan Pembangunan Modul Inkuiri-Kreativiti 4.8 Keberkesanan Modul Kimia Kreatif 4.8.1 Proses Pengajaran dan Pembelajaran Semasa Penggunaan Modul 4.8.1.1 Keseimbangan antara Kawalan dan Kebebasan Semasa Penggunaan Modul 4.8.1.2 Aktiviti Sumbang Saran Idea Semasa Penggunaan Modul
64 64 64 70 73 76 81 84 84 87 88 89 90 91 92 92 94 97
99 100 102 103 103 103
104 119
x
4.9 5
4.8.1.3 Pembelajaran Pelajar Semasa Penggunaan Modul 4.8.1.4 Pengajaran Guru Semasa Penggunaan Modul 4.8.2 Produk Kreatif Pelajar 4.8.3 Rumusan Keberkesanan Modul Rumusan
KESIMPULAN DAN IMPLIKASI KAJIAN 5.1 Pengenalan 5.2 Pengamalan Pengajaran Guru dan Subjek Kimia 5.3 Kelemahan Guru dalam Menggalakkan Kreativiti 5.4 Pembangunan Modul Kimia Kreatif Berdasarkan Model Inkuiri-Kreativiti 5.5 Keberkesanan Modul Kimia Kreatif dalam Menggalakkan Kreativiti Pelajar 5.6 Implikasi Kajian 5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 5.8 Kesimpulan Rujukan Lampiran
124 141 155 161 163
164 165 166 167 168 169 171 171 173 187
xi
SENARAI JADUAL NO. JADUAL
2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 3.1 3.2 3.3 3.4 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 4.9 4.10 4.11 4.12 4.13 4.14 4.15 4.16 4.17 4.18 4.19
4.20
TAJUK
Perbandingan antara strategi penggalakkan kreativiti dalam sains Ringkasan Model Schwab Model BSCS 5E Model Kerangka Inkuiri Perbandingan Model Inkuiri Ringkasan Model Proses Kreatif Latar belakang responden kajian Fasa I Latar belakang responden kajian Fasa II Komponen Kreatif yang Dianalisis Ringkasan sampel, instrumen, analisis data berdasarkan persoalan kajian Ringkasan keseimbangan antara kawalan dan kebebasan Aktiviti pengajaran guru Ringkasan aktiviti sumbang saran idea GK1 dan GK4 Aktiviti pembelajaran yang dijalankan guru Ringkasan aktiviti pengajaran guru Keseluruhan pengamalan pengajaran guru Ringkasan dapatan kajian bagi elemen strategi pengajaran Ringkasan subtopik dan aktiviti yang dirangka Ringkasan ciri strategi pengajaran yang diwujudkan bagi setiap aktiviti Penerangan aktiviti dalam subtopik elektrolit dan bukan elektrolit Penerangan aktiviti dalam subtopik elektrolisis sebatian lebur Penerangan aktiviti dalam subtopik elektrolisis larutan akueus Penerangan aktiviti dalam subtopik elektrolisis dalam industri Penerangan aktiviti dalam subtopik sel voltan Penerangan aktiviti dalam subtopik siri elektrokimia Ringkasan subtopik dan aktiviti yang dirangka bagi topik Asid dan Bes Ringkasan ciri strategi pengajaran yang diwujudkan bagi setiap aktiviti bagi topik Asid dan Bes Penerangan aktiviti dalam subtopik menganalisis sifat-sifat asid dan bes Penerangan aktiviti dalam subtopik mensintesiskan konsep asid kuat, asid lemah, alkali kuat dan alkali lemah Penerangan aktiviti dalam subtopik menganalisis
MUKA SURAT
36 38 40 42 45 47 53 57 60 63 66 70 72 75 79 81 83 87 88 89 90 91 92 93 94 95 96 97
99 100
xii
4.21 4.22 4.23 4.24 4.25 4.26 4.27 4.28 4.29 4.30 4.31 4.32 4.33 4.34 4.35 4.36 4.37
kepekatan asid dan alkali Penerangan aktiviti dalam subtopik peneutralan Kawalan guru dan kebebasan pelajar keseluruhan semasa menggunakan modul Kawalan guru dan kebebasan pelajar fasa permulaan Kawalan guru dan kebebasan pelajar fasa eksplorasi Kawalan guru dan kebebasan pelajar fasa pengukuhan Kawalan guru dan kebebasan pelajar fasa aplikasi Pembelajaran pelajar keseluruhan semasa menggunakan modul Pembelajaran pelajar fasa permulaan Pembelajaran pelajar fasa eksplorasi Pembelajaran pelajar fasa pengukuhan Pembelajaran pelajar fasa aplikasi Aktiviti pengajaran guru keseluruhan semasa menggunakan modul Aktiviti pengajaran guru fasa permulaan Aktiviti pengajaran guru fasa eksplorasi Aktiviti pengajaran guru fasa pengukuhan Aktiviti pengajaran guru fasa aplikasi Keseluruhan suasana yang diwujudkan sebelum dan selepas penggunaan modul
102 105 107 110 114 117 126 128 133 135 139 142 144 147 150 153 161
xiii
SENARAI RAJAH NO. RAJAH
1.1 1.2 2.1 2.2 3.1 4.1
TAJUK
Kerangka konsep ubahsuai Model BSCS5E dan proses kreatif Ringkasan kajian Pembangunan Model Inkuiri-Kreativiti Model Inkuiri-Kreativiti Ringkasan pentadbiran modul Ringkasan penyelesaian masalah fasa demi fasa secara umum
MUKA SURAT
12 13 49 49 56 86
xiv
SENARAI SINGKATAN
P&P
Pengajaran dan Pembelajaran
BSCS
Biological Science Curriculum Study
SCIS
Science Curriculum Improvement Study
BPK
Bahagian Pembangunan Kurikulum
KPM
Kementerian Pelajaran Malaysia
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN
TAJUK
MUKA SURAT
A
Transkrip Data Fasa I
187
B
Modul Kimia Kreatif Panduan Guru
188
C
Modul Kimia Kreatif untuk Pelajar
189
D
Produk Kreatif
190
E
Transkrip Temubual
191
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
Dunia sekarang banyak mengalami perubahan dan yang paling ketara adalah perubahan dalam dunia pekerjaan. Pada masa sekarang, kualiti pekerja tidak seperti kualiti pekerja di zaman dahulu. Ini disebabkan oleh perubahan daripada era industri kepada era ilmu pengetahuan. Di era ilmu pengetahuan, pekerja dikenali sebagai ‘Knowledge Worker’ yang perlu mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu yang baru (Ordonez & Maclean, 2007), mempunyai daya kreativiti yang tinggi dan boleh bekerja secara berkumpulan (Florida & Goodnight, 2005; Fosnot, 2005). Ini akan memberikan impak kepada sistem pendidikan di Malaysia kerana bagi menghasilkan ‘Knowledge Worker’ yang berproduktiviti tinggi, sistem pendidikan harus berubah dari sedia ada kepada sesuatu yang lebih dinamik. Adakah kita telah bersedia?
Menyedari akan hakikat ini, kerajaan telah mengisytiharkan tahun 2010 sebagai tahun inovatif dan kreatif sebagai usaha untuk mencapai wawasan 2020. Di bawah Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) menuntut pendidikan berkualiti diperluaskan dan sepatutnya dapat membangunkan budaya kreatif dan inovatif bermula dari peringkat prasekolah lagi terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Persoalannya adakah kreativiti dan inovasi pelajar dapat digalakkan? Bagaimanakah caranya?
2 Terdapat beberapa percanggahan pendapat antara ahli-ahli akademik mengenai kebolehajaran kreativiti. Ada antara mereka berpendapat bahawa kreativiti hanya wujud di dalam diri pelajar yang terpilih sahaja. Terdapat juga ahli akademik yang berpendapat bahawa kreativiti boleh diajar dan dipupuk dalam diri pelajar (Kampylis et al., 2009; Hong & Kang 2009). Ini kerana kreativiti berkait rapat dengan pemikiran pada aras tinggi iaitu pemikiran kreatif dan pemikiran kreatif ini boleh diajar dan dipupuk dengan kaedah yang sesuai (deHaan, 2009). Sekiranya kreativiti boleh diajar dan dipupuk, adakah secara realitinya sistem pendidikan di Malaysia sekarang menggalakkan kreativiti pelajar? Adakah sistem pendidikan Malaysia memberikan ruang kepada pelajar untuk menggalakkan kreativiti mereka sendiri melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas?
1.2
Sistem Pendidikan yang Berorientasikan Peperiksaan
Masalah utama yang menghalang penggalakkan kreativiti yang dilaporkan ialah tekanan peperiksaan (Zohar, 2008; Zawojewski & McCarthy, 2007; Craft, 2005; Maisuria, 2005; Hayes, 2004). Terlalu banyak peperiksaan menyebabkan guru menghadapi masalah dalam menggalakkan kreativiti pelajar. Dalam kajian Maisuria (2005), tekanan peperiksaan yang tinggi menyebabkan guru mengajar cara-cara untuk lulus dalam peperiksaan dan ini menyebabkan kurangnya penekanan kepada kreativiti. Dalam kajian yang dijalankan oleh Hong & Kang (2009) pula, beliau mendapati masalah utama yang dihadapi oleh guru dalam menggalakkan kreativiti pelajar adalah banyak masa digunakan untuk menghabiskan silibus untuk menyediakan pelajar menghadapi peperiksaan. Ini kerana, guru berpendapat bahawa aktiviti yang menggalakkan kreativiti tidak diuji dalam peperiksaan. Maka, mereka merasakan bahawa aktiviti tersebut tidak perlu digalakkan.
Sistem pendidikan di Malaysia terlalu fokus kepada peperiksaan. Pelajar akan menduduki tiga peperiksaan awam sepanjang persekolahan mereka iaitu satu pada peringkat sekolah rendah, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan dua pada peringkat menengah, Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran
3 Malaysia (SPM). Sekiranya pelajar menyambung pelajaran mereka ke tingkatan 6 mereka terpaksa menempuh lagi satu peperiksaan awam iaitu Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Disebabkan terlalu banyak peperiksaan awam dan pencapaian pelajar diukur melalui bilangan A yang diperolehi dalam peperiksaan tersebut, guru menghadapi tekanan peperiksaan yang sangat besar yang menyumbang kepada masalah yang menghalang kepada penggalakkan kreativiti.
Kesan daripada tekanan peperiksaan ini, guru cenderung untuk mengajar pelajar bagaimana untuk lulus dalam peperiksaan. Guru juga akan memfokuskan kepada teknik dan kaedah yang terbaik bagi menjawab soalan peperiksaan dan pengajaran mereka kurang menggalakkan kreativiti.
1.3
Pengajaran Sains Secara Tradisional
Pengajaran tradisional adalah kaedah pemberian fakta dan konsep yang berpusatkan kepada guru (Aliakbar et al, 2006; Steinhorst & Keeler, 1995) . Strategi utama kaedah tradisional adalah kuliah. Sesi pengajaran dan pembelajaran dikawal oleh guru yang memfokuskan kepada pengetahuan asas. Kelas dimulai dengan guru memberikan pengenalan kepada tajuk yang diajar, diikuti dengan pemberian fakta dan konsep secara kuliah dan disudahi dengan guru menyimpulkan apa yang telah dipelajari (Kenneth, 2009) .
Dalam kaedah tradisional hampir 80% masa pengajaran dikuasai oleh guru. Walaupun kaedah ini amat berkesan untuk memperkenalkan topik yang akan diajar pada
masa
tersebut,
menyediakan pelajar
untuk
belajar,
berkesan
dalam
menyimpulkan isi pengajaran dan menjimatkan masa, namun pelajar bersifat pasif dengan hanya mendengar dan mengambil nota di dalam kelas. Proses pengajaran dan pembelajaran sudah tentu membosankan dan tidak memotivasikan pelajar untuk belajar sains. Memandangkan fungsi guru sebagai pemberi maklumat, pelajar terus bergantung kepada guru. Maka, ia tidak membantu pelajar dalam meningkatkan kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah dan kreativiti (Kenneth, 2009)
4 memandangkan mereka hanya menerima input yang diberikan guru secara terus dan tidak mensintesis input tersebut.
Guru perlu menyokong pemikiran kreatif pelajar dengan menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif dan memberikan ganjaran kepada idea kreatif pelajar (Sternberg & Grigorenko, 2004). Namun begitu, didapati pada masa sekarang guru kurang menerima idea kreatif pelajar (Kennedy, 2005). Walaupun kreativiti memerlukan idea yang unik dan relevan, tetapi guru hanya memberi penekanan kepada idea yang relevan sahaja dan tidak mementingkan idea unik dan kreatif daripada pelajar, dan ini akan menghalang pelajar daripada berfikir secara kreatif (Runco, 2004). Disebabkan penekanan yang lebih diberikan kepada idea yang relevan sahaja akan menyebabkan ketakutan kepada pelajar untuk mengemukakan idea unik dan kreatif (Nickerson, 1999). Dalam kajian Beghetto (2007) mendapati guru kurang memberi perhatian terhadap idea unik pelajar yang kurang relevan dan guru lebih suka menerima idea pelajar yang relevan berbanding idea pelajar yang unik semasa perbincangan di dalam kelas. Ini akan menyekat pemikiran kreatif pelajar dan seterusnya mengekang kreativiti pelajar.
Pengajaran secara tradisional juga tidak memberikan kebebasan kepada pelajar
untuk
mengawal
pembelajaran
masing-masing.
Ketiadaan
suasana
pembelajaran yang bebas menyebabkan pelajar takut untuk mengemukakan idea baru atau bertanyakan soalan yang luar biasa (Kennedy, 2005). Ketiadaan kebebasan dalam pendidikan akan melahirkan pelajar yang hanya mahir dalam bidang yang telah ditentukan di dalam kurikulum. Mereka hanya belajar dengan menerima segala ilmu yang diberikan guru secara terus, dan mengaplikasikan sebahagian daripada ilmu tersebut semasa peperiksaan. Pelajar seperti ini boleh berjaya di dalam peperiksaan dengan menghafal fakta. Masalah yang timbul daripada proses belajar seperti ini adalah tiada apa yang baru dihasilkan dan pelajar tidak memproses input yang diberikan menggunakan pemikiran kreatif mereka (Erez, 2004). Oleh itu, kebebasan perlu ada dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk memupuk kreativiti pelajar dan modul yang dibina akan mengambil kira kebebasan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk menjana kreativiti.
5 Realiti yang berlaku di Malaysia adalah guru masih mengamalkan kaedah pengajaran tradisional yang tidak menggalakkan daya kreativiti pelajar. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Martin et al (2004), aktiviti yang diamalkan oleh guru di dalam kelas sains adalah seperti berikut iaitu guru memberi kuliah (25%), guru membantu pelajar (19%), pelajar menyelesaikan masalah tanpa bimbingan guru (11%) dan menyemak kerja rumah bersama-sama (13%). Ini menunjukkan bahawa guru masih menggunakan kaedah pengajaran tradisi onal yang tidak mengembangkan daya kreativiti pelajar. Sesetengah penulis dan penyelidik (Koh, 2009; Norrizan, 2000) berpendapat bahawa sistem pendidikan di Malaysia hanya memfokuskan kepada pengajaran secara tradisional iaitu berorientasikan peperiksaan dan penghafalan sahaja seterusnya menghalang penggalakkan kreativiti. Kesan daripada itu pelajar di Malaysia mempunyai daya kreativiti yang rendah (Norfauzi, 2002). Chua (2004) mendapati min skor kreativiti pelajar Malaysia lebih rendah berbanding skor min pelajar Amerika Syarikat pada peringkat usia yang sama. Oleh itu, kaedah pengajaran perlu ditukar kepada satu pengajaran yang lebih kondusif dalam usaha menggalakkan kreativiti pelajar .
l.4
Kreativiti dalam Sains
Semua mata pelajaran yang dipelajari di sekolah sebenarnya terdapat peluang bagi menggalakkan kreativiti dan ia bergantung sama ada guru tersebut ingin menggalakkan kreativiti di dalam kelas ataupun tidak. Pada masa sekarang guru hanya beranggapan mata pelajaran bersifat artistik sahaja seperti kelas muzik, sastera dan lukisan memberikan peluang kepada pelajar untuk menggalakkan kreativiti dan tidak kepada mata pelajaran sains (Kampylis et. al., 2009).
Mata pelajaran sains sebenarnya memberikan lebih banyak ruang kepada penggalakkan kreativiti memandangkan banyak aktiviti dalam sains yang boleh digunakan bagi menggalakkan kreativiti (Torrance, 1992). Proses dalam sains banyak memberikan ruang kepada kreativiti (Meador, 2003). Seperti contoh, dalam proses pemerhatian, pelajar perlu fleksibel dan sensitif dalam melakukan
6 pemerhatian terhadap fenomena yang ingin dikaji. Pelajar perlu melihat masalah bukan hanya daripada satu aspek sahaja tetapi perlu mengambil kira aspek-aspek yang lain. Fleksibiliti dan sensitiviti merupakan salah satu elemen dalam kreativiti.
Namun begitu, kreativiti dalam sains berbeza dengan kreativiti dalam bidang seni dan artistik kerana pembelajaran sains bukan hanya menguasai pengetahuan sains atau hanya mengikut prosedur yang ditetapkan tetapi pelajar perlu berfikir melampaui pengetahuan dan prosedur sedia ada dalam proses memahami sesuatu fenomena. Dalam menyelesaikan masalah harian menggunakan konsep sains, pelajar perlu menggunakan pengetahuan sedia ada, mensintesis pengetahuan tersebut untuk memikirkan beberapa kemungkinan penyelesaian kepada masalah dan akhirnya menghasilkan penyelesaian hasil daripada kombinasi pengetahuan dan prosedur yang sedia ada (Hu & Adey, 2002).
Park (2011), telah memperkenalkan satu model bagi mengenalpasti kreativiti saintifik melalui tiga dimensi utama iaitu pemikiran kreatif, pengetahuan saintifik dan kemahiran inkuiri saintifik. Seseorang pelajar boleh dikategorikan dalam kreativiti saintifik apabila dia merangka satu eksperimen yang tidak terikat dengan prosedur di dalam buku teks (kemahiran inkuiri saintifik) bagi menguji sesuatu teori (pengetahuan saintifik) dan merangka eksperimen tersebut melalui pemikiran mencapah (pemikiran kreatif). Kriteria dan proses yang dialami oleh pelajar dalam mengasilkan sesuatu yang kreatif dalam sains adalah berbeza berbanding kreativiti dalam seni yang hanya memerlukan pengetahuan dan pemikiran kreatif tetapi tidak memerlukan kemahiran inkuiri saintifik.
Berdasarkan hujah di atas, kreativiti perlu dipupuk dalam subjek sains. Dalam memupuk daya kreativiti pelajar pemikiran kreatif pelajar haruslah diasah kerana kreativiti dan pemikiran kreatif berkaitan antara satu sama lain. Pelajar perlu memiliki kemahiran pemikiran kreatif yang tinggi supaya kreativiti mereka semakin meningkat.
7 1.5
Penggalakkan Kreativiti dalam Sains
Subjek sains memberikan ruang kepada guru untuk menggabungkan kreativiti dan pemikiran kritis (Helgeson, 1998). Oleh itu, dalam pendidikan sains banyak perhatian diberikan kepada penggalakkan pemikiran aras tinggi pelajar dan penyelesaian masalah. Dalam kebanyakan pemikiran aras tinggi yang terlibat dalam sains, kemahiran berfikir secara kreatif merupakan kemahiran berfikir yang paling berharga dan paling penting.
1.5.1
Pemikiran Kreatif
Kemahiran berfikir secara kreatif memainkan peranan penting dalam bidang saintifik terutama sekali dalam menentukan hipotesis dan permasalahan dan merangka langkah penyelesaian bagi hipotesis dan masalah tersebut (Hu & Adey, 2002s). Pemikiran kreatif yang bersifat mencapah (Guilford, 1967) membolehkan seseorang melihat sesuatu perkara daripada pelbagai aspek yang membawa kepada pembinaan hipotesis dan permasalahan yang lebih menyeluruh dan berkesan dan seterusnya menguji hipotesis dan menyelesaikan permasalahan dengan lebih baik.
Komponen-komponen pemikiran kreatif termasuk memahami bahagian bahagian yang tidak lengkap, jurang, masalah dan kesukaran untuk mendapatkan pengetahuan secara intuitif; membuat andaian mengenai bahagian-bahagian, jurang, masalah dan kesukaran; menetapkan hipotesis, menguji hipotesis tersebut, membanding hasil ujikaji, untuk menetapkan dan menilai hipotesis baru dan akhir sekali untuk menjelaskan keputusan akhir ujikaji (Saeki et al., 2001). Kesemua proses ini berlaku secara intuitif. Oleh itu, ianya berlaku dalam keadaan tidak sedar.
Untuk menggalakkan pemikiran kreatif satu proses yang memberikan ruang yang ampuh untuk sesuatu pengetahuan terus dikembangkan perlu disediakan. Banyak kajian lepas yang telah mengkaji proses ini dan mewujudkan model
8 pengajaran bagi menggalakkan pemikiran kreatif (Ott& Pozzi, 2010; Rose, 2009; Torrance, 1993; Klahr & Dunbar, 1988).
Antara model yang boleh diaplikasikan dalam subjek sains adalah model yang dikemukakan oleh Klahr & Dunbar (1988) dan Rose (2009). Kedua-dua model ini menerangkan fasa hipotesis dan eksperimen (Klahr & Dunbar, 1988) dan fasa aplikasi (Rose, 2009). Fasa-fasa ini digunakan dalam menyelesaikan masalah dalam sains dimana penyelesaian masalah adalah proses kreatif dalam sains (Jardine, 2000). Proses pembinaan penerangan berlaku dalam fasa hipotesis. Pelajar akan membina sebanyak mungkin penerangan saintifik mengenai sesuatu fenomena dengan melihat fenomena itu daripada pelbagai aspek. Dalam fasa eksperimen, pelajar akan menguji penerangan yang telah mereka bina sebelum ini. Oleh itu, pelajar berpeluang mereka eksperimen dengan menggunakan imaginasi tersendiri walaupun ianya masih baru bagi pelajar. Fasa yang terakhir adalah fasa aplikasi iaitu pelajar menggunakan kefahaman mereka daripada eksperimen yang telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah yang praktikal dan berkaitan dengan dunia sebenar. Kesemua fasa ini menggalakkan pemikiran kreatif pelajar dengan memberikan ruang yang cukup untuk pelajar mengembangkan idea mereka.
1.5.2
Penggalakan Kreativiti Secara Inkuiri
Dalam
konteks
kreativiti,
inkuiri
boleh
dikatakan
sebagai
sintesis
pemerhatian, refleksi dan maklumat secara kreatif dan berterusan dimana proses inkuiri membolehkan pelajar membina sendiri pengetahuan mereka (Hammerman, 2006). Keadaan ini membuktikan bahawa inkuiri berpusatkan kepada pelajar memandangkan pelajar mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan proses pengajaran dan pembelajaran. Penguasaan pelajar dalam menentukan proses pengajaran dan pembelajaran dan dibimbing oleh guru sebagai fasilitator akan menggalakkan lagi kreativiti pelajar.
9 Pengajaran secara inkuiri memberikan kebebasan kepada pelajar untuk meneroka dan dengan bimbingan guru mereka tidak tersasar daripada objektif pembelajaran (Robertson, 2007). Kebebasan dengan bimbingan guru membolehkan pelajar meneroka sendiri pengetahuan tetapi tidak tersasar dari matlamat kurikulum. Keadaan ini boleh menggalakkan kreativiti pelajar kerana pelajar akan berfikir dengan lebih fleksibel tanpa terikat dengan fakta dan prosedur di dalam buku teks.
Penggunaan teknik makmal berdasarkan kepada pemikiran kreatif dan kritikal boleh menggalakkan kreativiti. Kajian yang dijalankan oleh Koray & Koksal (2009) terhadap guru sains membuktikan bahawa penggunaan teknik makmal boleh menggalakkan kreativiti guru sains. Penemuan ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Haigh (2007) yang mendapati kaedah eksperimen secara terbuka boleh menggalakkan kreativiti pelajar. Keterbukaan dalam merangka eksperimen memberikan ruang kepada pelajar untuk menggunakan pemikiran kreatif dan kritikal seterusnya menggalakkan lagi kreativiti mereka memandangkan pemikiran ini amat berkait rapat dengan kreativiti.
Kajian yang telah dijalankan oleh Longo (2010) mendapati pelajar yang belajar melalui pengajaran secara inkuiri bukan sahaja boleh menguasai topik yang diajar tetapi mereka juga lebih kreatif berbanding pelajar yang belajar dalam suasana pengajaran tradisional. Ini kerana mereka memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran di mana mereka boleh meneroka dan menyelesaikan masalah yang telah mereka pilih. Pelajar perlu bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah yang mereka pilih lebih daripada guru kerana semasa proses menyelesaikan masalah pelajar mungkin akan melakukan kesilapan tetapi mereka belajar daripada kesilapan tersebut (Sternberg & Lubart, 2007). Belajar melalui pengalaman membuatkan mereka lebih fleksibel dan kreatif dalam menyelesaikan masalah-masalah yang wujud dalam kehidupan seharian.
Oleh itu, sudah terbukti bahawa inkuiri boleh menggalakkan kreativiti pelajar. Selain memberikan kebebasan kepada pelajar yang menjadi tunjang utama kepada penggalakkan kreativiti, ia juga melatih pelajar untuk berfikir secara kreatif. Penggunaan pendekatan inkuiri juga meningkatkan kefahaman pelajar dengan
10 mengaitkan apa yang mereka pelajari dengan situasi kehidupan seharian. Dengan itu suatu pembinaan modul kreativiti dalam pengajaran sains perlu dibangunkan.
1.6
Pernyataan Masalah
Kreativiti perlu dipupuk dalam diri pelajar bagi melahirkan pekerja yang fleksibel dan berdaya saing pada masa akan datang. Namun begitu, sistem pendidikan
Malaysia
tidak
menggalakkan kreativiti
pelajar
memandangkan
pengajaran yang masih dijalankan secara tradisional. Pengajaran secara tradisional yang berpusatkan guru, tiada kebebasan dalam pengajaran dan pembelajaran dan terlalu fokus kepada peperiksaan menghalang penggalakkan kreativiti. Oleh itu, satu teknik pengajaran perlu dibangunkan bagi memastikan berlakunya penggalakkan kreativiti dalam diri pelajar.
Subjek sains banyak memberikan peluang bagi menggalakkan kreativiti pelajar. Proses dalam sains yang mirip dengan proses kreativiti secara umum menunjukkan bahawa banyak peluang yang diberikan oleh subjek sains dalam menggalakkan kreativiti. Selain itu, proses sains itu sendiri mempunyai ciri-ciri kreatif. Walaupun proses sains mirip kepada proses kreatif secara umum, kreativiti dalam sains amat berbeza dengan kreativiti dalam bidang artistik. Kreativiti dalam sains bukan sekadar menghasilkan sesuatu yang kreatif tetapi menggabungkan elemen kemahiran inkuiri saintifk, pengetahuan saintifik dan pemikiran kreatif bagi menghasilkan produk kreatif tersebut.
Salah satu pendekatan pengajaran sains yang menggalakkan kreativiti adalah pendekatan inkuiri. Pendekatan inkuiri adalah berpusatkan pelajar dan ia memberi peluang kepada pelajar untuk menentukan pembelajaran mereka dan seterusnya memberikan ruang kepada penggalakkan kreativiti. Kebebasan yang disediakan apabila menggunakan kaedah inkuiri juga akan memberikan ruang kepada pelajar untuk mengasah daya kreativiti mereka. Selain itu, pembelajaran melalui pengalaman
11 yang disediakan daripada pengajaran secara inkuiri juga akan menggalakkan lagi kreativiti pelajar.
Bagi tujuan di atas, pengamalan pengajaran guru akan dikaji. Seterusnya, kelemahan yang terdapat dalam pengajaran guru akan dijadikan asas untuk membina sebuah modul. Modul tersebut cuba untuk menambah baik pengamalan pengajaran guru agar proses penggalakkan kreativiti pelajar lebih efektif. Oleh itu, menjadi hasrat kajian ini untuk membina modul bagi menggalakkan lagi kreativiti pelajar.
1.7
Objektif Kajian
Berdasarkan kepada permasalahan kajian di atas, objektif kajian ini adalah:
(i)
mengkaji pengamalan pengajaran guru kimia dalam menggalakkan kreativiti
(ii)
mengkaji kelemahan pengajaran guru dalam menggalakkan kreativiti berdasarkan kepada strategi pengajaran yang digunakan
(iii)
membangunkan modul pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada Model Inkuiri-Kreativiti
(iv)
mengkaji keberkesanan modul dalam a. menggalakkan kreativiti pelajar dalam sains b. mewujudkan persekitaran yang menggalakkan kreativiti
1.8
Persoalan Kajian
Kajian ini akan menjawab beberapa persoalan iaitu:
(i)
Apakah amalan pengajaran guru dalam subjek kimia dalam menggalakkan kreativiti pelajar?
12 (ii)
Apakah kelemahan yang dilakukan oleh guru dalam menggalakkan kreativiti pelajar?
(iii)
Adakah modul yang dibangunkan dapat menggalakkan kreativiti pelajar?
(iv)
Adakah modul yang dibangunkan berdasarkan kepada Model InkuiriKreativiti berkesan dalam mewujudkan persekitaran yang menggalakkan kreativiti?
1.9
Kerangka Konsep
Teori yang digunakan dalam kajian ini adalah proses kreatif saintifik dan model pengajaran inkuiri. Memandangkan guru merupakan medium kepada penggalakkan kreativiti, pengamalan pengajaran guru perlu mengarah kepada penggalakkan kreativiti. Modul pengajaran yang dibina perlu berupaya dalam membantu guru mengubah strategi pengajaran yang sedia ada kepada strategi pengajaran yang lebih mengarah kepada penggalakkan kreativiti.
Teori proses kreatif saintifik hasil daripada gabungan proses-prose kreatif daripada kajian-kajian lepas digunakan dalam kajian ini kerana proses kreatif akan mewujudkan ruang yang cukup bagi percambahan idea kreatif seterusnya menggalakkan pemikiran kreatif yang menjadi tunjang utama dalam menggalakkan kreativiti. Pendekatan inkuiri digunakan bagi menggalakkan kreativiti pelajar memandangkan pendekatan ini berpotensi untuk mewujudkan persekitaran yang menggalakkan kreativiti. Model pengajaran inkuiri BSCS5E digunakan dan diubahsuai supaya menepatu proses kreatif. Kesemua perkara ini dibincangkan dalam Bab 2. Rajah 1.1 menunjukkan kerangka konsep kajian.
Fasa Permulaan
Persediaan
Fasa Eksplorasi
Fasa Pengukuhan
Pembuktian
Fasa Aplikasi
Pengaplikasian
Penggalakkan Kreativiti
Rajah 1.1: Kerangka konsep ubahsuai Model BSCS5E dan proses kreatif
13 Pemerhatian kelas dijalankan bagi mengkaji pengamalan pengajaran guru dan masalah yang menghalang penggalakkan kreativiti. Seterusnya, satu Model InkuiriKreativiti dihasilkan bagi menambah baik dan menyelesaikan masalah dan kekurangan pengajaran guru seperti yang dikesan semasa pemerhatian kelas. Model ini akan digunakan dalam modul pengajaran yang akan dibina. Seterusnya, modul akan diuji keberkesanannya melalui produk kreatif dan pengajaran guru. Rajah 1.2 menunjukkan ringkasan kajian secara keseluruhan.
FASA I PEMERHATIAN BILIK DARJAH FASA II PEMBANGUNAN MODUL MODEL INKUIRI-KREATIVITI
MODEL BSCS 5E
PROSES KREATIF
FASA PERMULAAN PERSEDIAAN
FASA EKSPLORASI PEMBUKTIAN
FASA PENERANGAN
PENGAPLIKASIAN
FASA APLIKASI
PENGUJIAN MODUL
Rajah 1.2: Ringkasan Kajian
14 1.10
Kepentingan Kajian
Kajian ini dapat memberikan kepentingan kepada:
i.
Guru
Dengan adanya kajian ini, guru boleh merefleksi pengajaran mereka dan mengubah pengajaran mereka sekiranya ianya tidak menggalakkan kreativiti. Perubahan strategi pengajaran ini amat penting agar penggalakkan kreativiti pelajar berlaku dengan lebih baik dan berkesan. Selain itu, guru boleh menggunakan modul ini dalam proses pengajaran mereka agar pelajar yang lebih kreatif boleh dihasilkan dan menjadi pemacu kepada kejayaan negara pada masa akan datang.
ii.
Pelajar
Hasil kajian ini boleh memberikan kesedaran kepada pelajar kepentingan meningkatkan tahap kreativiti mereka. Dengan adanya kreativiti yang tinggi, mereka dapat menyelesaikan masalah dengan pelbagai pendekatan dan fleksibel, mampu menjana idea yang asli dan unik seterusnya berpotensi berkembang menjadi seorang perekacipta. Mereka juga turut menyedari kebolehan mereka yang boleh dimanfaatkan dalam memperolehi ilmu pengetahuan disamping dapat merefleksi kemahiran-kemahiran yang lain.
1.11
Skop Kajian
Kajian ini hanya memfokuskan kepada penggalakkan kreativiti pelajar dalam subjek kimia bagi pelajar tingkatan empat. Kajian ini juga merangkumi pembelajaran konsep-konsep kimia dalam elektrokimia dan asid dan bes di kalangan pelajar tingkatan empat aliran sains.
15 1.12
Definisi Operasi
Operasi kajian akan berkisar kepada beberapa definisi berikut:
i.
Kreativiti
Kreativiti bermaksud kebolehan seseorang untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Sesuatu yang baru tersebut tidak semestinya baru kepada orang lain tetapi juga baru kepada diri sendiri.
ii.
Model Inkuiri-Kreativiti
Model yang menggabungkan pendekatan inkuiri dan proses kreatif yang digunakan dalam kajian ini.
iii.
Pemikiran kreatif
Kemahiran untuk berfikir secara mencapah. Kemahiran ini merupakan tunjang utama dalam menggalakkan kreativiti
iv.
Persekitaran kelas
Persekitaran kelas merujuk kepada suasana di dalam kelas. Suasana yang kondusif perlu diwujudkan bagi menggalakkan lagi kreativiti pelajar.
v.
Modul pengajaran kreatif
Modul pengajaran kreatif adalah modul yang dibangunkan untuk membantu guru menggalakkan kreativiti pelajar.