Pertandingan Bercerita Tahap 1 Tajuk Cerita
: Sang Kancil Menipu Sang Buaya
Terbitan
: Pustaka Pepada Jaya Sdn. Bhd
Pengarang
: Norleila Chip
Tahun Terbitan : 2013
Pada Zaman dahulukala, dipinggir
sebuah hutan, terdapat sebatang sungai yang
sangat jernih airnya. Sungai tersebut
menjadi tempat haiwan- haiwan dihutan itu
minum dan mandi manda. Namun kini, segalanya telah berubah, semua haiwan dirimba tidak lagi berani pergi ke sungai tersebut, Ini adalah kerana sungai itu kini, telahpun dihuni oleh keluarga Sang Buaya. Buaya –buaya tersebut pula sangatlah ganas dan menakutkan. Pada suatu hari , semua haiwan dirimba pun mengadakan mesyuarat tergempar. Mereka ingin berbincang bagi mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi oleh mereka. “Hmm nampaknya buaya-buaya disungai itu sudah melampau. Jika dibiarkan mereka tinggal lama disitu, pastilah kita semua akan mati kehausan” kata Sang Badak. “ Betul tu, Kita mesti melakukan sesuatu, untuk mengatasi masalah ini “ kata Sang Monyet pula. Namun, meskipun telah lama berbincang, namun mereka masih menemui jalan buntu. Setelah hari petang semua haiwanpun bersurai.
Pada keesokan harinya pula, sedang seekor kancil bersiar-siar dipinggir hutan tersebut, tiba-tiba ia merasa dahaga, Ia pun pergi ke tepi sungai untuk minum air, tiba-tiba ia terlihat Sang Buaya dan keluarganya yang ganas itu sedang mandi-manda disungai itu. Sang Kancil pun berasa amat terkejut “Wah, bagaimana caranya aku hendak minum air disungai itu, jika didalam sungai itu penuh dengan buaya.
Sang Kancil pun berfikir dan terus berfikir, akhirnya dia mendapat satu akal bagaimana cara hendak menghalau buaya-buaya itu dari sungai tersebut. Sang Kancil pun mencari sehelai daun yang lebar dan melukis sebuah peta diatas daun tersebut. Selepas itu dia pun mengulung daun tersebut dengan kemas, kemudian dia pun pergi ketebing sungai dan memanggil semua buaya yang ada didalam sungai tersebut. “ Wahai keluarga buaya, berkumpullah semuanya dihadapan ku, aku ada membawa titah dari Raja Rimba” jerit Sang Kancil.
Apabila mendengar panggilan dari Sang Kancil, semua buaya yang ada didalam sungai itu pun berkumpul dihadapan Sang Kancil. “ Cis berani kamu datang ke sini? Kamu mahu menjadi makanan kami kah? tanya Sang Buaya. “Oh tidak , aku datang ke sini untuk menyampaikan titah dari Raja Rimba, Raja Rimba akan mengadakan jamuan makan dan semua haiwan didalam hutan ini telah dijemput. Kamu semua juga telah dijemput, Banyak makanan telah disediakan untuk kamu, Kamu semua mesti hadir, Jika tidak hadir, pasti baginda akan berasa murka” Kata Sang Kancil lagi.
“Nah ini petanya, tempat jamuan tersebut diadakan” Sang Kancil pun memberikan daun yang digulungnya tadi kepada ketua buaya. Ketua buaya pun
meneliti peta tersebut dan diapun mengarahkan semua buaya
bergerak dengan segera ke tempat jamuan tersebut.
Keluarga buaya tersebut berjalan dan terus berjalan selama berminggu-minggu lamanya, tetapi mereka masih belum menemui tempat jamuan tersebut. Dalam perjalanan ketempat jamuan tersebut banyaklah buaya yang mati kerana terlampau dahaga dan letih. Akhirnya kesemua buaya tersebut telah tersesat dan mati ditengah jalan akibat kesakita dan kelaparan. Sebenarnya jamuan itu hanyalah muslihat Sang Kancil, agar semua buaya keluar dari sungai tersebut. Peta yang diberi oleh Sang Kancil itu adalah sebuah peta palsu yang menuju ke sebuah padang pasir yang amat luas.
Akhirnya, semua penghuni rimba berasa amat gembira kerana keluarga buaya telah keluar dari sungai tersebut. Kehidupan penghuni rimba pun kembali aman dan damai. Ya kawan-kawan kita mestilah menggunakan akal fikiran kita dengan baik untuk mengatasi sesuatu masalah yang kita hadapi dan bukannya bertindak dengan melulu atau terburu-buru.
Sekian Terima Kasih.